Jemaat Jemaat Allah Al Maséhi

 

[001]

 

 

 

Umat Pilihan sebagai Elohim [001]

(Edisi 1.3 19940311-19990322-20071112)

 

Karya ini berbincang mengenai kepelbagaian elohim di dalam Keilahian (Godhead) dan takdir umat pilihan untuk menjadi elohim. Keupayaan untuk menjadi elohim ataupun theoi ini, merupakan pandangan Jemaat awal. Karya ini berhubungkait dengan karya-karya Sifat Ketuhanan Kristus dan juga Allah Yang Kita Sembah serta siri Roh Kudus.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1994, 1998, 1999, 2007 Wade Cox)

(Tr. 2002)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Umat Pilihan sebagai Elohim [001]

 


Pada abad ketiga dan keempat, Jemaat telah membuat perubahan doktrin daripada pandangan bahawa umat pilihan akan wujud sebagai elohim atau theoi iaitu pendapat yang dipegang oleh Kristus pada Yohanes 10:34-35 daripada Mazmur 82:6, dan yang merupakan fahaman asal Gereja. Pendapat atau kedudukan asal ini diterangkan dengan terperinci di dalam karya Allah Dinyatakan. Karya ini menumpukan kepada apa yang sebenarnya diperkatakan oleh teks Alkitab tersebut dan mendirikan rencana yang dinyatakannya. Setelah membentuk skema alkitab itu, ia akan kemudiannya diuji terhadap pemahaman penulis-penulis Gereja terawal untuk melihat ketepatannya. Masalah-masalah dan andaian-andaiannya digariskasarkan di dalam Allah Dinyatakan. Kebanyakan Kamus Ibrani-Inggeris mencatatkan penggunaan-penggunaan pelbagai perkataan-perkataan itu. Penggunaan berbagai nama-nama tuhan diambil daripada ini dan diterangkan dari segi rangkabentuk Trinitarian. Hal sebegitu memerlukan teks-teks tersebut diterangkan mengikut konteks tertentu supaya tidak memperbodohkan doktrin Trinitas. Sebagai hasilnya, ada beberapa, contohnya Francis, Driver dan Briggs atau yang lebih luas digunakan iaitu Gesenius (Robinson, tr. Brown, Driver, Briggs yang dikemaskinikan), dibentuk untuk menerangkan makna-makna ekstensif bagi gelaran-gelaran yang digunakan bagi ketuhanan dan Angkatan Malaikat di dalam paradigma suatu agama yang sedang bertumbuh. Disiplin Pembelajaran Agama juga berusaha untuk menerangkan konteks Perjanjian Lama dan juga Perjanjian Baru mengikut cara-cara yang sama. Pengaturan begini sesuai sekali untuk kedua-dua golongan Trinitarian dan agnostik. Bagi Trinitarian, kerana premis yang diterima mereka adalah bahawa bentuk akhir struktur itu tidak dibentuk sehinggalah Sidang Chalcedon (kira-kira 451 CE) dengan menggunakan metafizik Yunani, dan bagi agnostik pula, kerana konsep seorang Allah yang hidup yang menulis Alkitab yang diilhamkan adalah bertentangan dengan sifat sinkretik pelajaran mereka (syncretic). Kita akan memberi perhatian kepada kata-kata sebenar teks-teks tersebut.

 

Perkataan-perkataan yang biasanya digunakan bagi ketuhanan di dalam masyarakat Israel mahupun masyarakat bukan Israel, adalah juga digunakan bagi orang. Penggunaan sebegitu adalah suatu pandangan lazim di Timur Tengah, yang melanjutkan Angkatan surgawi untuk berinteraksi dengan manusia. Pemeriksaan terhadap penggunaan perkataan Eloah, elohim, el, elim (eliym) dan sebagainya, serta bentuk-bentuknya yang sama dalam bahasa Ibrani atau Kasdim atau Aram (Aramaik), terkandung di dalam karya Allah Dinyatakan. Contoh-contohnya di mana perkataan Eloah (atau Elahh) digunakan secara singular untuk merujukkan kepada konsep suatu tuhan yang lain daripada Eloah, adalah di dalam 2 Tawarikh 32:15; Daniel 11:37-39; Habakkuk 1:11. Eloah tidak sekali-kali mempunyai artikel, walaupun Habakkuk 1:11 menentukannya dengan akhiran kata dan ia ditemui sekali dalam binaan di dalam Mazmur 114:7 (lihat Theological Wordbook of the Old Testament, Harris ed., Moody, Chicago, 1980, ms 93). Hal-hal sebegitu tidaklah mengurangkan karya ini. Sebagai contoh, teks-teks di dalam Brown-Driver-Briggs-Gesenius berkenaan El (SHD 410), ms 42, menunjukkan bahawa perkataan tersebut bermaksud tuhan tetapi dengan pelbagai penggunaan pangkat rendah untuk memperlihatkan idea-idea kekuatan dan digunakan bagi orang-orang yang berkuasa dan berpangkat.

 

Begitu juga, elohim (SHD 430), ms 43, diterangkan sebagai bermaksud plural (jamak) dari segi bilangan dan merujuk kepada para pemimpin, atau para hakim, sama ada sebagai wakil-wakil tuhan di tempat-tempat kudus, ataupun sebagai mencerminkan keagungan dan kekuasaan tuhan. Oleh itu, gelaran ini juga dilanjutkan kepada manusia serta juga Angkatan malaikat. Teks-teks alkitab menunjukkan bahawa penerangan mudah ini iaitu pasal mencerminkan keagungan tuhan, adalah caranya bagaimana gelaran atau nama-nama tersebut digunakan di dalam Alkitab. Dengan itu, nama tersebut membawakan kuasa yang sendirinya telah dianugerahkan oleh Allah. Pengertian sebegini ditentang oleh para Trinitarian.

 

Karya-karya Trinitarian yang cuba untuk melanjutkan konsep-konsep Alkitab sebagai suatu struktur membangun yang menumpu kepada Trinitas, adalah sesuatu yang biasa dijumpai. Contoh-contoh baik ialah karya Karen Armstrong A History of God (Heinemann, London, 1993) dan C.M. LaCugna GOD FOR US: The Trinity and Christian Life (Harper, San Francisco, 1993). LaCugna mengakui (Encyc. of Religion, art. ‘Trinity’) bahawa Perjanjian Lama mahupun Perjanjian Baru tidak mengandungi apa-apa bukti untuk dijadikan asas bagi Trinitas itu. Karya klasik yang dirujukkan untuk tujuan-tujuan sebegitu adalah W.F. Albright Yahweh and the Gods of Canaan (London, 1968). G.R. Driver telah mencipta konsep mitos atau dongeng di dalam karyanya Canaanite Myths and Legends (Edinburgh, 1956). R.L. Fox pula pergi lebih lanjut dalam hal yang sama di dalam The Unauthorised Version: Truth and Fiction in the Bible (London, 1991). Pendekatan Trinitarian fundamental selama ini adalah untuk mengubahkan terjemahan teks-teks alkitab untuk menyamarkan konsep-konsepnya, dan untuk menyangkal ciri plural bagi perkataan elohim. Yosua 22:22 adalah satu contohnya. Versi Alkitab RSV mencatatkan teks tersebut sebagai:

 

Yang Mahakuasa, Tuhan Allah! Yang Mahakuasa, Tuhan Allah!

 

Mark S. Smith di dalam The Early History of God (Harper, San Francisco, 1990, ms 8) mencatatkan teks Ibrani tersebut sebagai el’elohim yhwh ‘el’elohim yhwh atau Allah segala allah adalah yhwh Allah segala allah adalah yhwh. Oleh itu El bagi Elohim bermakna kepala kepada suatu kumpulan yang banyak, atau suatu pluraliti. Smith bertegas bahawa teks tersebut mempamerkan asimilasi perkataan el ke dalam Ibrani dan pertumbuhannya menjadi suatu kata nama generik yang bermaksud allah. Smith menyokong pertumbuhan konsep-konsep Ibrani, daripada bentuk Kanaan, mungkin daripada tempoh Zaman Besi I, seperti yang ditunjukkan daripada korpus Ugaritic,  serta memaksakan diri mereka ke atas kultus Yahweh (Intr., ms xxvii). Dia mengatakan bahawa pada akhir zaman Monarki, Yahwisme monolatrus merupakan kebiasaan di dalam Israel, yang membawa kepada pembentukan Monoteisme secara beransur-ansur (ibid.). Smith mengakui pembawaan masuk amalan-amalan luar ke dalam agama Israel. Dia berpendapat bahawa beberapa amalan yang dianggap sinkretik merupakan milik warisan agama purba Israel (ibid. ms xxxi), kemungkinan juga daripada asas linguistik Kanaan yang secara asasnya merupakan bahasa yang sama dengan bahasa Ibrani. Smith mencuba untuk memperkukuhkan dakwaan-dakwaan alkitab dan kemudiannya menelitinya di dalam suatu rangkabentuk yang lebih luas. Karya ini juga bermaksud untuk mengasaskan suatu rangkabentuk alkitabiah supaya ianya boleh diteliti dengan lebih luas lagi tetapi dengan kesimpulan-kesimpulan yang berbeza daripada yang dibuat oleh Smith. Penelitian itu dibuat selanjutnya di dalam karya Mistikisme. Oleh itu, rangkabentuk tersebut haruslah bukan dituliskan dengan prejudis kemasyarakatan. Struktur itu harus dipulihkan sepenuhnya dengan menganggap bahawa teks Alkitab benar-benar bermaksud apa yang diperkatakannya. Prejudis Trinitarian mengganggui proses ini. Skrol-skrol Laut Mati, teks-teks Ugarit dan Nag Hammadi telahpun membantu di dalam menerangkan apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh teks-teks alkitab pada zaman Kristus dan semua ini dirujukkan apabila perlu.

 

Apa yang penting di sini adalah, tidak ada seorangpun daripada golongan terpelajar yang menyangkal bahawa, pada zaman Kristus, Alkitab difahami merujuk kepada suatu Sidang Elohim atau Elim dan bahawa gelaran tersebut berlanjutan melebihi konsep penduaan ataupun suatu Trinitas. Suatu karya yang penting mengenai subjek ini adalah The Psalms: Their Origin and Meaning oleh Leopold Sabourin (S.J., Alba House, NY, versi disemak semula & dikemaskinikan (pasca-1974)). Sabourin menunjukkan konsep Sidang Elohim di dalam karyanya. Pada ms 398f., Sabourin menyenaraikan penggunaan perkataan Eloah tetapi tidak menyatakan kepentingannya. Daripada ms 72-74, Sabourin merujuk kepada Mazmur 86:8-10, 95:3, 96:4, dan 135:5. Bene Elim dikenalpasti sebagai Anak-anak Allah, dan begitu juga dengan Bene Elyon (Anak-anak Mahatinggi). Pada ms 102-104, dia menyebut pasal orang-orang saleh atau Orang-orang Suci (qedosim) daripada Mazmur 89:6-8 yang merupakan pelayan-pelayan peribadi surgawi Allah dan bahawa gelaran tersebut juga digunakan bagi golongan manusia yang beriman. Makhluk-makhluk supra-terestrial (surgawi) ini adalah daripada golongan Bene Elim ataupun Bene HaElohim. Bene HaElohim adalah Anak-anak Allah (Allah-allah) itu (Sons of the God (s)). Sabourin, sambil merujuk kepada komen daripada Coppens (ETL, 1963, ms 485-500) bahawa kata nama qedosim dalam Teks Masoretik menandakan Mahkamah supra-terestrial YHVH, yang dipercayai merupakan elohim (ms 102-103), dan dia memperkatakannya:

 

Konsep tentang suatu perkumpulan surgawi bukanlah suatu bentuk penulisan semata-mata, tetapi adalah suatu unsur daripada corak hidup iman Israel (ms 75).

 

Corak penggunaan gelaran-gelaran bagi Tuhan adalah mengikut suatu aturan terlanjut. Tiada syak lagi mengenai maksudnya tidak kira ianya ditulis di dalam bahasa Ibrani, atau Aramaik, atau Kasdim. Corak ini tidak syak lagi merupakan suatu aturan terlanjut, yang membabitkan manusia juga, dan melibatkan suatu Sidang yang Kristus telah tubuhkan di Sinai. Kumpulan elohim ini dirujukkan di dalam Keluaran 21:6, yang mana perkataannya diterjemahkan sebagai hakim-hakim.

 

Justeru perkataan ini diakui membawa maksud jamak di sini, dan di dalam Keluaran 22:8-9, dengan terjemahannya sebagai hakim-hakim, tetapi perkataan yang digunakan adalah elohim. Namun begitu, terdapat dua perkataan yang benar-benar sesuai dan biasa digunakan bagi hakim (hakim-hakim) di dalam bahasa Ibrani. Ini adalah paliyl (SHD 6414; Keluaran 21:22; Ulangan 32:31) dan shaphat (SHD 8199; Bilangan 25:5; Ulangan 1:16, et seq.). Perkataan-perkataan ini memang sudah biasa digunakan pada waktu perkataan elohim digunakan. Oleh itu, perbezaan itu bermaksud untuk menyampaikan suatu konsep lebih daripada hakim. Konsep yang ingin disampaikan itu adalah mengenai kekuasaan Allah sepertimana ianya dilanjutkan kepada jemaat Israel. Dengan itu, Sidang Pemerintahan Israel adalah sebahagian daripada Elohim. Pelanjutan ini merupakan suatu bayangan sistem surgawi, seperti yang didapati daripada Ibrani 8:5. Corak ini sedia difahami secara konsisten di seluruh Perjanjian Lama, dan diaplikasikan sebegitu di dalam Perjanjian Baru juga. Sudah menjadi maksud Allah bahawa, daripada perjanjian ini, Dia akan menaruh Hukum-Nya dalam akal budi mereka dan menuliskannya dalam hati mereka dan mereka tidak akan memerlukan guru-guru lagi (Ibrani 8:10).

 

Perjanjian Lama menunjukkan perhubungan-perhubungan subordinat Elohim dan memperlihatkan sejauh mana bidangnya. Ia juga mengenalpasti Malaikat YHVH (di mana perkataan ini disebut sebagai Yahovah daripada sebutan-sebutan kuno Yaho daripada teks-teks Elephantine; rujuk karya Pritchard, The Ancient Near East: An Anthology of Texts and Pictures, Princeton 1958, ms 278-282) dan hubungannya dengan Hukum yang menjadi dasar kepada isu kedudukan dan kewibawaan Kristus. Pengenalpastian progresif Malaikat YHVH bermula daripada Kejadian 16:7 (lihat nota kaki pada NIV). Dia juga dikenali oleh para komentator sebagai Malaikat Hadirat (Yesaya 63:9). Ada kalanya juga di mana makhluk-makhluk banyak muncul dan dirujukkan sebagai YHVH. Pengubahan-pengubahan yang dibuat daripada YHVH kepada Adonai (oleh Sopherim) pada 134 tempat ada tercatat pada Apendiks 32 di dalam The Companion Bible (lihat juga Apendiks 31 bagi melihat limabelas poin-poin luarbiasa dan Apendiks 33 untuk pembetulan yang dibuat, dan Ginsburg, Introduction to the Hebrew Bible, ms 318-334 untuk butir-butirnya).

 

Malaikat tersebut muncul kepada Abraham dan keluarganya. Hagar melihat Malaikat itu (Kejadian 16:7) yang dirujuknya sebagai Engkau Ialah Allah Yang Melihat. Dia merupakan seorang El. Makhluk tersebut saling berganti dirujukkan sebagai Malaikat Yahovah dan Yahovah, Dia Yang Berbicara Dengannya – dan oleh itu membayangkan bilangan banyak. Malaikat ini, yang merupakan Yahovah, muncul kepada Abraham di dalam Kejadian 17; 18:3 (yang pertama daripada 134 perubahan yang dibuat oleh golongan Sopherim; lihat Massorah, ss. 107-115 dan Ginsburg, ibid.). Penggantian-penggantian yang dibuat yang mempengaruhi konsep itu adalah pada Kejadian 18:3,27,30,32; 19:18; 20:4; Keluaran 4:10,13; 5:22; 15:17; 34:9; Bilangan 14:17. Elohim juga diperlakukan sedemikian dan dengan itu senarai tersebut perlu dipanjangkan. Tiga makhluk yang telah muncul kepada Abraham, dirujukkan sebagai YHVH tanpa pembezaan antara mereka, dan dua Malaikat di dalam Kejadian 19 yang telah membinasakan Sodom dipanggil sebagai YHVH, kedua-duanya bersama-sama dana tanpa pembezaan, dan ini mungkin merupakan sebabnya kepada perubahan yang dibuat oleh Sopherim. Pembinasaan Sodom telah dilakukan oleh elohim (Kejadian 19:29). Oleh itu, gelaran Yahovah atau YHVH itu diaplikasikan di dalam suatu struktur hierarki daripada YHVH (bagi) Angkatan-angkatan Surgawi, Allah yang Mahatinggi atau Eloah, kepada Elohim (bagi) Israel iaitu tuhan subordinat (bawahan), kepada dua Malaikat yang sendirinya merupakan bawahan kepada Elohim tadi. Dengan itu, gelaran itu merupakan suatu gelaran yang menampakkan kuasa perlantikan daripada Eloah. Elohim yang merupakan Malaikat YHVH itu juga telah muncul kepada Abimelekh pada Kejadian 20:4 et seq. Pada Kejadian 21:17-30, elohim dirujukkan sebagai Malaikat elohim.

 

Abraham sendiri disebut sebagai elohim di dalam Kejadian 23:6. Istilah-istilahnya diterjemahkan sebagai raja agung tetapi kata-katanya ialah nâsîy’ (SHD 5387) iaitu seorang yang terpuji sebagai raja atau sheik dan elohim (SHD 430), jadi maksudnya ialah raja atau putera elohim.

 

Kejadian 23:6 6 "Dengarlah kepada kami, tuanku. Tuanku ini seorang raja agung di tengah-tengah kami; jadi kuburkanlah isterimu yang mati itu dalam kuburan kami yang terpilih, tidak akan ada seorangpun dari kami yang menolak menyediakan kuburannya bagimu untuk menguburkan isterimu yang mati itu."

 

Kata-kata yang diterjemah sebagai raja agung secara efektifnya ialah putera/raja daripada elohim. Istilah ini tidak berapa sesuai untuk para Trinitarian dan Judaisme moden, jadi mereka telah menterjemahkannya sebagai raja agung. Justeru kedua-dua Abraham dan Musa digelar sebagai elohim di dalam Alkitab.

 

Malaikat YHVH telah digelar sebagai elohim, Yahovah, serta Malaikat Yahovah di dalam kisah pengorbanan Ishak di Kejadian 22:11-12 (lihat The Interlinear Bible). Makhluk subordinat ini tidak mahatahu. Dia telah muncul di dalam Kejadian 24:7,30-44,48 dan jelas sekali dia bukan Eloah.

 

Malaikat YHVH menyatakan dirinya kepada Yakub sebagai El BethEl atau Tuhan (El) bagi Rumah Allah, dan dari situ adalah imam besar bagi Rumah Allah (Kejadian 28:21-22). YHVH ini, iaitu Elohim bagi Para Bapa dan juga El bagi Rumah Allah, kemudiannya telah mengenalkan dirinya sebagai Malaikat HaElohim atau Allah (-allah) itu (Kejadian 31:11-13). Elohim ini telah memberikan petunjuk kepada Yakub (Kejadian 35:1-13). Kejadian 35:11 dan seterusnya menggunakan AbiEl ataupun Allah ialah Bapaku. Istilah Elohim Abi El Shaddai juga mempunyai erti Tuhan Yang Menyembah Allah Mahakuasa (lihatlah Allah Dinyatakan). Malaikat ini merupakan Peniel atau Muka Allah (Kejadian 32:24-30). Hosea mengenali Malaikat ini sebagai elohim (Hosea 12:2-9). Malaikat ini, seorang daripada elohim, merupakan Elohim (atau Ketua) Angkatan Surgawi (Elohi ha Tseba’avch), yang disalahtuliskan sebagai Tuhan (dan bukan “Tuhan itu”) angkatan surgawi.

 

Dia merupakan seorang ‘ach elohim ataupun Saudara Elohim, lantas menunjukkan perhubungan kekeluargaan yang lebih luas pada elohim. Amos 9:5 juga mempunyai makna serupa yang bersamaan dengan Yosua 5:15. Malaikat ini adalah Pemimpin Angkatan ataupun Panglima Bala Tentera Tuhan. Yahovah adalah Peringatannya [Sebutannya] adalah satu lagi gelaran bagi Malaikat ini. Konsep meterai atau tanda mungkin sekali diambil daripada Keluaran 3:15 (NamaKu adalah PeringatanKu [SebutanKu]). Yakub melihat elohim ini sebagai Malaikat Pelepasan (Kejadian 48:15-16).

 

Malaikat YHVH ini berbicara dengan Musa di Gunung Allah (HaElohim) dan memperkenalkan dirinya sebagai Elohi bagi Abraham, Ishak dan Yakub (Keluaran 3:1-6, 10-12). Dia berasingan daripada dan merupakan seorang pengutus bagi Eloah, Allah alam semesta itu atau Allah Mahatinggi. Makhluk ini adalah Malaikat di dalam Awan di Keluaran (Keluaran 13:21; 14:19 (perhatikan identifikasinya yang saling berganti)) yang merupakan YHVH yang telah menguakkan laut (Keluaran 14:21), YHVH yang di dalam Tiang Api dan Awan (Keluaran 14:24). Oleh itu kita lihat bahawa dia mempunyai gelaran-gelaran yang silih berganti. Dialah yang telah memberikan Hukum (Taurat) itu kepada Musa dan menubuhkan tujuh puluh tua-tua Israel (Keluaran 24:9-18). Ulangan 5:30-33 mengenalpasti makhluk ini sebagai YHVH dan bahawa dia adalah pengutus bagi YHVH alam semesta, yang Kristus telah katakan tidak pernah terlihat atau terdengar oleh sesiapapun (Yohanes 5:37; 6:46). Malaikat ini difahami merupakan Hadirat Allah dan kerana itu adalah Malaikat HadiratNya. Dia merupakan Tuhan bawahan (subordinat) yang telah dilantik sebagai Elohi bagi Israel oleh Allahnya melebihi teman-teman sekutunya (Mazmur 45:6-7; lihat juga Ibrani 1:5-13; Roma 15:6; Efesus 1 to 3). YHVH itu telah mengutus Malaikat ini untuk membawa Israel keluar daripada Mesir (Bilangan 20:16) dan untuk menghalau keluar penduduk-penduduk Kanaan (Keluaran 33:2-3). Malaikat ini merupakan YHVH yang telah berbicara dengan Musa muka dengan muka (Keluaran 33:11) dan Musa tidak membezakan antara mereka secara signifikan (Keluaran 33:12-17). Oleh itu, hadirat Allah dipercayai ada dengan Malaikat itu yang merupakan muka atau persona Dia, di mana persona adalah perkataan Latin bagi muka atau topeng dan merupakan asal terbitan perkataan person atau orang dan yang digunakan secara salah dan terhad di dalam ertikata Trinitas.

 

Malaikat YHVH ini terus bersama dengan Israel sepanjang jangkamasa Para Hakim dan dirujukkan sebagai YHVH (lihat Hakim 6:11 dan seterusnya). Malaikat ini disebut sebagai Adonai (ayat 13), dan YHVH (ayat 15) (diubah oleh kumpulan Sopherim), dan Malaikat Elohim (ayat 20). Malaikat ini juga digelarkan sebagai YHVH Shalom atau Dia Mendamaikan, jadi dia adalah Raja Damai, suatu gelaran bagi Mesias. Gideon telah berdoa dan mempersembahkan korban kepada Allah itu dan bukannya kepada elohim ini (Hakim 6:36), sungguhpun elohim inilah yang membolehkan Roh Tuhan untuk memasuki Gideon (Hakim 6:34).

 

Malaikat itu telah muncul kepada ibubapa Simson dan dipanggil sebagai elohim (Hakim 13:19-20). Malaikat mengumumkan namanya sebagai pel’iy (Hakim 2:18), iaitu bermaksud ajaib, iaitu satu daripada panggilan bagi Mesias (daripada Yesaya 9:6). Malaikat tersebut telah muncul pada zaman para Raja (2Samuel 24:16, 1Tawarikh 21:12-30). Malaikat ini merupakan pengantara antara Langit dan Bumi daripada 1 Tawarikh 21:16. Malaikat YHVH merupakan YHVH yang berbicara melalui nabi Gad (ayat 18). Versi di dalam Samuel menunjukkan bahawa ada dua YHVH terbabit – Malaikat YHVH dan YHVH yang mana ditujukan persembahan korban. YHVH kemudiannya memerintah Malaikat itu (1Tawarikh 21:27). Daud didorong oleh perasaan takutnya terhadap Malaikat YHVH dan kerana itu telah memindahkan Bait atau Rumah Allah (1Tawarikh 22:3).

 

Malaikat YHVH telah muncul kepada Elia dan digelar sebagai YHVH (1Raja-raja 19:5-12). Dia berucap mengutuk raja itu di dalam 2Raja-raja 1:3. Dia berfirman bagi YHVH di dalam 2Raja-raja 1:15 yang dikenalpasti sebagai YHVH alam semesta di dalam 2Raja-raja 19:31-32; 2 Tawarikh 32:31; Yesaya 37:33-36 mengisahkan Yahovah yang berbicara kepada Yesaya. Malaikat YHVH ini, Tuhan pengantara bagi Israel, merupakan pelindung Israel (Mazmur 34:7).

 

Bentuk-bentuk panggilan bagi Yahovah dan Kepalanya, Yahovah Alam Semesta, didapati di dalam Yehezkiel (lihat juga SHD 3068, 3069). Yahovah menggelar Yahovah Alam Semesta sebagai Yahovih (contohnya Yehezkiel 16:36; 31:10,15; 36:5; 38:10,14; 39:8 dan sebagainya). Dabar Yahovah atau firman Yahovah disebutkan seperti biasa di dalam Yehezkiel. Yehezkiel 31:1 dan seterusnya merujuk kepada Taman Allah (-allah) (HaElohim). Adonai Yahovih digunakan bagi nubuatan ini di dalam Yehezkiel 29:8, lantas membayangkan suatu perbezaan antara Firman Allah dan penggunaan Adonai Yahovih. Dengan itu konsep Ibrani iaitu Memra terbit, yang diterjemahkan sebagai logos di dalam Perjanjian Baru Yunani.

 

Malaikat itu atau Firman Allah sebagai Memra itu difahamkan sebagai Mesias. Zakharia 3:1-9 menunjukkan Malaikat itu sebagai Hakim dan dikenali sebagai YHVH dan Malaikat YHVH. Iblis berdiri sebagai penuduh. Malaikat itu mempunyai kuasa penghakiman dan dengan itu merupakan hakim adil daripada Buku-buku Perjanjian, dan merupakan Elohim daripada Mazmur 82:1 yang berdiri di dalam Perkumpulan El dan menghakimi di antara para elohim. Rujukannya ini termasuklah juga hamba YHVH, Tunas. Mazmur 110:4 melanjutkan keimamatan itu daripada Harun kepada Melkisedek melalui makhluk ini. DSS menunjukkan bahawa Judaisme mengharapkan seorang Mesias yang ada dua kedatangannya (atau advent) (lihat karya G. Vermes, The Dead Sea Scrolls in English, khususnya bahagian Messianic Anthology dan terjemahan tiga belas kepingan dari gua XI).

 

Keturunan Mesias adalah daripada Natan dan Lewi (lihat Zakharia 12:10; seterusnya Lukas 3). Karya Messianic Anthology menumpukan perhatian kepada janji-janji kepada Lewi pada Ulangan 33:8-11 dan 5:28-29. Teks ini mengenalpasti nabi Ulangan 18:18-19 sebagai Mesias, dan begitu juga dengan Bilangan 24:15-17. Mesias Harun dan Mesias Israel merupakan orang yang sama, daripada Damascus Rule (VII) dan kepingan tidak diterbitkan daripada gua IV (Vermes, ms 49). Terjemahan-terjemahan Qumran merujuk kepada Melkisedek sebagai Elohim dan El. Ini timbul daripada pemahaman tentang bagaimana penghakiman terakhir dilaksanakan oleh imam dan keimamatan Mesias. Yesaya 52:7 menggunakan elohim dalam konteks kedatangan Mesias ke Sion (lihat Ibrani 12:22-23). Dia difahamkan serupa dengan Kepala Malaikat Mikhael dan merupakan kepala Anak-anak Syurga atau Tuhan-tuhan Keadilan. Oleh itu beberapa mazhab-mazhab Yahudi mengenalpasti Mesias sebagai Mikhael (daripada Daniel 12:1). Ini merupakan doktrin lama kumpulan Adventist sehinggalah tahun 1931.

 

Mesias juga telah diandaikan adalah Melkisedek. Kedua-dua andaian ini adalah salah. Melkisedek mempunyai maksud Rajaku adalah Kebenaran atau Rajaku adalah Keadilan (kerana keadilan dan kebenaran adalah sama ertinya; lihat karya Vermes Dead Sea Scrolls in English). Kalaulah Melkisedek merupakan Mesias maka ada masalah besar dengan penjelmaan dan pengorbanan itu. Annggapan Kristian bahawa Melkisedek ialah Mesias bersandar pada salahfaham terhadap teks-teks di dalam Ibrani 7:3. Istilah-istilah tidak berbapa, tidak beribu, tidak bersilsilah itu (apator dan seterusnya) merujuk kepada keperluan untuk adanya rekod keturunan Harun (Nehemia 7:64) bagi keimamatan Lewi. Istilah harinya tidak berawal dan hidupnya tidak berkesudahan merujuk kepada kewajipan untuk memulakan tugas-tugas pada umur tiga puluh tahun dan berhenti pada umur lima puluh tahun (Bilangan 4:47). Imam Besar menyandang jabatannya pada hari imam sebelumnya meninggal. Melkisedek tidak memerlukan semua itu. Rekod-rekod Ibrani menunjukkan bahawa dia seorang manusia (Ibrani 7:4). Dia telah dijadikan sama dengan Anak Allah (Ibrani 7:3) namun dia bukanlah Anak Allah yang merupakan seorang imam lain (Ibrani 7:11). Oleh itu, kesemua umat pilihan boleh menganggotai keimamatan ini, dijadikan seperti Anak Allah, tanpa mengira keturunan atau umur, dan berterusan untuk selamanya. Berhubung siapakah sebenarnya Melkisedek itu, kita hanya boleh andaikan (lihat karya Melkisedek [128]). Golongan Essene telah salaherti bahawa teks ini adalah berkenaan dengan Mesias, seperti juga beberapa kumpulan moden. Buku Ibrani nampaknya telah dituliskan sebegitu untuk membetulkan kesilapan tersebut tetapi sendirinya telah disalahertikan. Midrash memberikan pendapat bahawa dia adalah Sem (oleh Rashi) yang merupakan raja (melek) bagi suatu tempat yang benar/adil (tsedek) (Abraham ibn Ezra & Nachmanides). Tempat ini merupakan tempat di mana Bait itu akan dibina bagi Hadirat Ilahi, yang diaplikasikan oleh Midrash kepada Yerusalem secara keseluruhannya, daripada teks Kebenaran berdiam di dalamnya (Yesaya 1:21) (ibn Ezra & Nachmanides, lihat Soncino nota kaki bagi Kejadian 14:18).

 

Tetapi, lebih penting lagi, konsep suatu Sidang Elohim adalah mutlak dan tidak boleh disangkal sebagai maksud sebenar teks-teks Perjanjian Lama berkenaan para elohim. Struktur subordinat/bawahan Elohim memangpun difahami, tetapi disalahfaham bilamana dikaitkan dengan Mikhael dan Melkisedek.

 

YHVH Sabaoth atau YHVH Alam Semesta merupakan nama Allah (daripada Yesaya 51:15; 54:5; Yeremia 10:16; 32:35 et seq.; Amos 4:13; 5:27) iaitu Eloah. Makhluk ini mempunayi seorang Anak, mungkin daripada pembacaan teks pada 1Tawarikh 22:11 (dan bukannya hayah: SHD 1691), sebagai Anak Yehi Yahovah. Sememangnya Eloah mempunyai seorang anak daripada Amsal 30:4-5. Oleh itu, Anak Eloah ini nampaknya Elohi bagi Israel, namun dia bukanlah tujuan doa dan korban.

 

Elohim ini, yang diurapi Allahnya, yang mempunyai takhta elohim (Mazmur 45:6-7) kemudiannya berdiri di dalam Perkumpulan El dan menghakimi dari dalam tengah-tengah para Elohim (Mazmur 82:1). Maka itu:

 

Bangunlah ya Allah (Elohim), hakimilah bumi (Mazmur 82:8).

 

Hasil akhir bagi tindakan Malaikat YHVH tersebut sebagai Elohim dilanjutkan kepada kediaman Daud di dalam Perjanjian Lama. Dengan itu, benar-benar pasti sekali daripada Perjanjian Lama bahawa takdir umat pilihan sebagai sebahagian daripada rumahtangga Daud sebagai Raja Israel adalah untuk menjadi elohim seperti Malaikat YHVH iaitu kepala mereka.

 

Zakharia 12:8 8 Pada waktu itu TUHAN akan melindungi penduduk Yerusalem, dan orang yang tersandung di antara mereka pada waktu itu akan menjadi seperti Daud, dan keluarga Daud akan menjadi seperti Allah, seperti Malaikat TUHAN, yang mengepalai mereka.

 

Istilah di hadapan mereka diterjemahkan di bahagian lain sebagai mengepalai mereka. Dengan itu Malaikat YHVH ini merupakan elohim yang menjadi pemimpin atau kepala seluruh kerabat Israel. Makhluk ini hanya mungkin Mesias.

 

Jadi, Perjanjian Lama melihat kepada suatu peningkatan di dalam status Israel. Rumahtangga raja ditingkatkan kepada tahap elohim yang memerintah daripada Yerusalem di antara para bangsa. Kita lihat bahawa konsep ini bukanlah fizikal dan tidak dibentuk daripada Perjanjian Baru.

 

Perjanjian Baru (Kisah 7:38) mengesahkan bahawa seorang Malaikat telah muncul di Sinai dan berbicara dengan Musa dan yang memberikan Hukum Taurat itu (Kisah 7:53), dan mengenalpasti Kristus sebagai Malaikat Perjanjian Lama ini. Lebih-lebih lagi, Perjanjian baru (Ibrani 1:8-9 yang memetik daripada Mazmur 45:6-7) menunjukkan secara muktamadnya akan penurutan Kristus sebagai orang bawahan.

 

Perkataan atau nama singular yang digunakan bagi Allah Mahatinggi ialah Eloah. Ia digunakan untuk Allah Bapa dan tidak sekali-kali digunakan untuk merujuk kepada Kristus. Istilah am yang digunakan untuk merujuk kepada aturan atau kumpulan lanjutan daripada Angkatan Surgawi yang khasnya bekerja di bawah kekuasaan Allah adalah Elohim.

 

Elohim bertindak sebagai Sidang di kalangan Angkatan Surgawi dan bagi manusia. Pandangan yang telah dinyatakan oleh para Trinitarian bahawa Sidang ini adalah terbentuk daripada para pemimpin Yerusalem, adalah suatu andaian yang diterbitkan berdasarkan komen-komen di dalam Keluaran. Telah menjadi fahaman umum pada abad pertama bahawa pangkat Elohim atau Theoi dilanjutkan kepada manusia dan difahami telah dilanjutkan sebegitu kepada Musa, dengan merujuk kepada kedua-dua Philo dan Josephus. Pandangan Kristian pula adalah seperti yang telah dinyatakan oleh Irenaeus. Ini memang difahami penuh oleh golongan terpelajar moden. Sebagai contohnya, Gregg dan Groh merujuk kepada kata-kata Irenaeus:

 

Tiada lagi yang disebut sebagai Tuhan oleh kitab taurat kecualilah Bapa kepada segalanya dan Anak, dan mereka yang telah diterima sebagai anak (Early Arianism - A View of Salvation, Fortress Press, Philadelphia, 1981, ms 68).

 

Irenaeus telah menggunakan istilah Yunani theoi yang sepadan dengan perkataan Ibrani elohim. Taksiran moden adalah bahawa daripada pernyataan ini, bala angkatan malaikat tidak termasuk di dalam istilah ini.

 

Iaitu, dipercayai bahawa mereka lebih rendah  taraf daripada manusia (daripada salahfaham terhadap 1Korintus 6:3, yang berkaitan sepenuhnya kepada angkatan malaikat yang telah jatuh/murtad) atau tidak memiliki taraf anak (tidak diangkat sebagai anak), yang sebenarnya tidak diperlukan bagi mereka. Angkatan malaikat yang jatuh dipandang oleh ahli-ahli teologi awal sebagai berupaya untuk bertaubat (ini dibincangkan lebih dalam lagi di dalam karya Allah Dinyatakan).

 

Kajian moden menunjukkan bahawa Judaisme mengakui suatu penduaan pada Ketuhanan – iaitu suatu Allah tertinggi dan suatu Tuhan bawahan sehinggalah Zaman Pertengahan (lihat karya-karya Peter Hayman Monotheism: A Misused Word In Jewish Studies? JJS 42 (1991), 1-15; Margaret Barker The Great Angel: A Study of Israel’s Second God, SPCK, London, 1992; dan juga Hurtado One God, One Lord: Early Christian Devotion and Ancient Jewish Monotheism, Fortress/SCM; artikelnya di dalam Dictionary of Jesus and the Gospels (eds. Green McKnight and Marshall, Inter-Varsity Press, 1992); karyanya yang belum diterbitkan iaitu What do we mean by "First-Century Monotheism"? (karya penyelidikan Universiti Manitoba). Karya Theological Wordbook of the Old Testament (93c) menolak pendapat bahawa asal-usul Elah, iaitu nama Aramaik alkitab bagi Allah, adalah daripada dua Tuhan, El dengan Ah (Ahyeh yang dipendekkan atau “Aku akan” seperti yang dicadangkan oleh Feigin (JNES 3:259)). Tiada keraguan lagi bahawa entiti Eloah ini adalah Allah yang Mahatinggi dan penduaan yang berlaku di dalam hal ketuhanan Israel melibatkan secara langsung tuhan tertinggi dan bawahan (superior and subordinate forms).

 

Bilamana Allah Mahatinggi dinyatakan Dia dibezakan daripada YHVH subordinat dengan gelaran YHVH Alam Semesta, atau Elyon, iaitu gelaran Mahatinggi. Kes bagi pembinaan konsep Allah telah dibuat oleh Smith (loc. cit.). Dia berpendapat bahawa Allah asal Israel adalah El. Ini adalah kerana El bukanlah suatu nama Yahwistik. Jadi El adalah Tuhan utama asal bagi kumpulan Israel ini. Smith mendapat sokongannya daripada Kejadian 49:24-25, yang memberikan nama-nama El berasingan daripada sebutan YHVH di dalam ayat 18. Juga, Ulangan 32:8-9 menyatakan YHVH sebagai salah seorang daripada anak-anak El, di sini dipanggil Elyon.

 

Ketika Sang Mahatinggi membagi-bagikan milik pusaka kepada bangsa-bangsa, ketika Ia memisah-misah anak-anak manusia, maka Ia menetapkan wilayah bangsa-bangsa menurut bilangan anak-anak tuhan (Israel). Tetapi bagian TUHAN ialah umat-Nya, Yakub ialah milik yang ditetapkan bagi-Nya (Smith, ms 7).

 

Soncino menterjemahkan Teks Masoretik (MT) sebagai mengikut bilangan anak-anak Israel (daripada petikan menurut bilangan anak-anak tuhan). Oleh itu, pertaliannya terhad kepada dua belas suku kaum dan daerah-daerah Kanaan, tetapi hanya oleh Rabbi (rabai) Rashbam.

 

MT tadi berbunyi bene yisrael di mana teks Septuagint (LXX) menuliskannya aggelon theou sementara Qumran pula berbunyi bny ‘ilhym [atau bene eliym] (rujuk karya Smith, n. 37 sambil memerhatikan juga karya Meyer, dan Skehan BASOR 136 (1954):12-15 (rujuk surat pertama Clement, yang menggunakan aggelon theou), dan teks Ben Sira 17:17, yang mencerminkan tafsiran kemudian hari mengenai Ulangan 32:8, yang membayangkan adanya seorang pemimpin ketuhanan bagi setiap bangsa). Oleh itu, teks-teks yang lebih lama menyokong yang di atas dan teks Masoretik itu nampaknya telah diubah pada suatu masa kemudiannya. Alkitab versi RSV menggunakan pandangan ini dan mencatatkan teks-teks tersebut sebagai Anak-anak Tuhan.

 

Pembahagian bangsa-bangsa menurut bilangan Anak-anak Tuhan atau Elohim/eliym menunjukkan selanjutnya mengenai susunan lanjutan itu. Tidak menyokong pendapat tentang suatu struktur yang membangun, ia sebaliknya menyokong suatu struktur lanjutan yang telah disamarkan oleh Judaisme Farisi – dan samaran sebegitu disokong tanpa tentangan serius oleh pihak Trinitarian.

 

Smith sendiri telah berkata:

 

Sama seperti tiada buktinya yang menyatakan bahawa El adalah suatu Allah Israel yang berasingan pada zaman Para Hakim, begitulah juga tiada buktinya bahawa Asherah adalah suatu dewi Israel pada zaman itu. Hujah-hujah…bersandar pada Hakim-hakim pasal 6 di mana dewi ini disebutkan bersama dengan Baal.

 

Pemahaman serantau sebagai suatu struktur lanjutan elim tidak dihargai sepenuhnya oleh para sarjana. Teori integrasi sinkretik digunakan untuk menerangkan pelbagai gelaran dan hierarki tersebut. Namun begitu, kekeliruan yang berlaku di kalangan para bangsa tidaklah seteruk yang disebutkan para terpelajar. Cadangan bahawa umat pilihan akan menjadi elohim diambil sebagai suatu hakikat di dalam karya Epic of Gilgamesh di mana Nuh (Uta-Napishtim) dijadikan salah seorang daripada elim ataupun elohim itu (lihat New Larousse Encyclopedia of Mythology, Ch. Assyro-Babylonian Mythology, Hamlyn, 1984, ms 63).

 

Dia yang disebut Yahweh ini (atau lebih tepat lagi Yahovah) seperti yang dirujukkan di atas, daripada Ulangan 32:8-9, adalah Yahoveh subordinat Israel yang diberikan Israel sebagai bangsa penting bagi pemulihan itu. Pembahagian bangsa-bangsa menurut bilangan makhluk-makhluk tuhan yang disebutkan di sini adalah melebihi tiga puluh itu, kerana difahamkan bahawa ada tujuh puluh bangsa atau bahasa. Oleh itu, boleh disimpulkan di sini bahawa memang sudah difahami bahawa terdapat tujuh puluh elohim di dalam Sidang Elohim yang penuh.

 

Sanhedrin atau Sidang Penatua-penatua ditubuhkan di Sinai sebagai satu prototaip bagi aturan lanjutan itu. Mengenai bagaimana elim dan para penjaga nasional itu telah menentang Allah dan YHVH Israel dicatatkan di dalam Daniel 10:13 (rujuk Ulangan 32:18). Oleh itu, Sidang lanjutan tersebut sudah pasti ada sebilangan daripada Elohimnya yang telah memberontak. Makhluk-makhluk ini akan diambil pengganti-pengganti mereka dari kalangan umat pilihan bermula daripada Kebangkitan Pertama.

 

Harvey (di dalam Jesus and the Constraints of History, in Ch. ‘The Constraint of Monotheism’, Westminster Press, Philadelphia, 1982) memerhatikan bahawa gelaran penghormatan digunakan untuk menggambarkan yang lain daripada Allah. Musa dirujuk sebagai bersifat ilahi (divine). Dia dirujukkan sebagai Theios di dalam Josephus ((Antiquities of the Jews 3:180; 8:34,187; 10:35) dan juga di dalam Philo (contohnya Vita Moses 1:158). Harvey menganggap rujukan terhadap Musa sebagai bersifat tuhan itu, sebagai suatu fenomena linguistik sahaja yang tidak menyampaikan maksud ketuhanan Allah yang unik.

 

Namun begitu, nampaknya tidak ada seorangpun daripada pengulas-pengulas tersebut yang sedar bahawa Allah-lah yang telah menjadikan Musa seorang Elohim dan menempatkannya sebagai Elohim ke Mesir, lantas menjadikan Harun sebagai nabi bagi Musa. Istilah-istilah tersebut digunakan hanya bagi ketuhanan saja, tetapi delegasi itu ditunjukkan bukan saja daripada Allah Mahatinggi kepada Malaikat Hadirat Tuhan tetapi lebih lanjut lagi kepada Musa, yang menjadi bukti khusus alkitab yang pertama yang kita ada bahawa pangkat Elohim itu juga dilanjutkan kepada manusia dan melalui perintah langsung daripada Allah (lihat Keluaran 4:16, 7:1). Kalaulah pangkat Elohim itu tidak boleh didelegasikan atas perintah Eloah, maka Allah sendirilah yang memaksa Firaun untuk melanggar Perintah Pertama dengan menjadikan Musa seorang Elohim bagi Firaun. Dalam kata lain, Firaun akan ada seorang Elohim yang lain di hadapan Allah. Namun begitu, perintah tersebut jelas sekali tidak bermaksud seperti itu. Dengan perlantikan itu, Allah menunjukkan bahawa istilah di hadapan atau di samping itu, khususnya bermaksud selain daripada, atau tanpa perlantikan dan kekuasaan daripada. Dengan itu, Allah boleh melantik seorang Elohim bawahan bagi Israel di dalam Mazmur 45:7 tanpa mempengaruhi pengertian dan kekuasaan Perintah Pertama. Penggunaan istilah Elohim secara delegasi kepada para pemimpin, selaku para hakim di Yerusalem, dipercayai membawa maksud bahawa istilah seperti Allah tidaklah, dengan itu, berlanjutan melebihi tiga hypostases dalam realitinya. Pemikiran tidak munasabah seperti ini seolah-olah menterbalikkan idea yang disampaikan oleh Perjanjian Lama.

 

Istilah Elohim diaplikasikan kepada kedua-dua Angkatan malaikat dan juga mereka yang berkuasa di dalam keimamatan, khasnya Musa, untuk menunjukkan bahawa pangkat Elohim itu, dan kesatuan Allah serta sifatNya, akan dilanjutkan kepada manusia. Jika perkara yang sebaliknya adalah benar maka keimamatan itu telah dan akan sentiasa terbabit dalam menghujat Allah.

 

Istilah elohim adalah suatu perkataan plural yang digunakan untuk merujuk kepada Angkatan malaikat, ataupun kepada Allah yang bertindak melalui atau dengan Angkatan malaikat. Ini dengan sendirinya menunjukkan bahawa istilah elohim itu adalah suatu istilah plural yang melanjutkan konsep, dan kekuasaan, Allah kepada suatu struktur yang lebih rendah. Di dalam Kejadian 35:7, istilah elohim mempunyai makna plural tetapi diterjemahkan sebagai Allah telah menyatakan diri dan bukannya Allah-allah telah menyatakan diri. Soncino memerhatikan bahawa:

 

Elohim yang menggambarkan Allah di bawah aspek Ketuhanan (Lordship), boleh digunakan dengan maksud plural; tetapi tidak ada lagi gelaran lain bagi Allah yang digunakan seperti ini.

 

Soncino seterusnya menyatakan bahawa Abraham ibn Ezra iaitu penguasa rabbi, memahami teks ini sebagai merujuk kepada malaikat-malaikat. Teks tersebut boleh diolahkan untuk menunjukkan bahawa ia merujuk kepada Malaikat Hadirat ataupun Mesias. Aspek penting di sini adalah bahawa logiknya penggunaan perkataan elohim di sini diakui meliputi juga Angkatan malaikat. Jadi, konsep pelanjutan kebolehan untuk menjadi elohim kepada para Malaikat merupakan suatu pegangan di dalam Judaisme. Pelanjutan ini, kepada umat pilihan, secara biblikal, telah bermula sekurang-kurangnya seawal Musa.

 

Rujukan kepada Yesaya 44:8 sebagai suatu bukti bahawa YHVH ialah satu Elohim – yang diusulkan oleh pihak Trinitarian, adalah palsu semata-mata. Yesaya 44:6-8 menyatakan:

 

Beginilah firman TUHAN, Raja dan Penebus Israel, TUHAN semesta alam: "Akulah yang terdahulu dan Akulah yang terkemudian; tidak ada Allah selain dari pada-Ku….Adakah Allah selain dari pada-Ku? Tidak ada Gunung Batu yang lain, tidak ada Kukenal!"

(So says Jehovah, the King of Israel, and his Redeemer, Jehovah of [H]osts: I am the First and I am the Last; and there is no God except Me ... Is there a God beside me? Yea there is none. I have not known a rock.[Interlinear])

 

Disebutkan di sini bahawa Yahovah (atau sebutan tidak tepatnya Jehovah) adalah satu namun teks ini sebenarnya merujuk kepada dua entiti, Yahovah Raja Israel dan Yahovah Alam Semesta. Yahovah Raja Israel sedang berbicara tentang Yahovah Alam Semesta. Green telah menterjemahkan teks ini dengan menambahkan perkataan dan (and) serta Penebus (his Redeemer) supaya ianya kelihatan seperti satu makhluk sahaja. Begitu juga, dia telah menterjemahkan perkataan biladay (SHD 1107) sebagai selain (except) di dalam Yesaya 44:6 dan ‘selain (beside) di dalam Yesaya 44:8. Namun begitu, pengertian sepatutnya yang disampaikan di sini adalah tanpa atau di samping.

 

Yesaya 44:8 jelas sekali mengenalpasti entiti yang diperkatakan di sini, iaitu YHVH Alam Semesta, iaitu Eloah. Eloah merupakan perkataan singular yang merujuk hanya pada Allah Bapa atau Allah Alam Semesta. Daripada Amsal 30:4-5, kita tahu bahawa Eloah ini merupakan Allah Bapa dan Dia mempunyai seorang Anak seperti yang terbayang di dalam perhubungan Perjanjian LamaNya dengan Israel. Judaisme, Islam dan Kristian biblikal menyembah entiti sebagai Allah yang Maha Esa. Yahovah Israel dikenalpasti, daripada atas, sebagai Malaikat Hadirat yang merupakan Mesias. Teks tersebut menunjukkan adanya dua YHVH di sini, dalam mana YHVH Israel yang lebih rendah telah mengumumkan kebesaran YHVH Alam Semesta. YHVH Alam Semesta ini adalah Eloah dan yang mana di sampingnya, dan sememangnya tanpa dia, tidak ada Elohim. Konsep ini membentuk dasar Perintah Pertama itu. Oleh itu, YHVH Israel di sini adalah berasingan dan lebih rendah.

 

Tuhan Israel bawahan (subordinat) ini, Malaikat YHVH yang merupakan Mesias, ialah Imam Besar Rumah atau Bait Allah. Dia merupakan El BethEl. Kitab Ibrani menunjukkan kepada perlantikan ini secara langsung daripada Mazmur 45:6-7. Tiada syak lagi bahawa elohim ini diurapi dan dilantik melebihi pangkat teman-teman sekutunya (metoxous) (Ibrani 1:9) di dalam Sidang itu. Sidang Elohim yang diketuainya sebagai Imam Besar dicerminkan di dalam organisasi Bait Suci, kerana Bait Sion merupakan suatu gambaran dan bayangan bagi struktur surgawi itu (Ibrani 8:5). Keimamatan Besar Bait itu mengandungi dua puluh empat Imam Besar divisi dan seorang Imam Besar utama. Organisasi ini dicerminkan di dalam Sidang Tua-tua di dalam Wahyu pasal 4 dan 5. Sidang Tua-tua/Elohim ini diperkatakan di dalam seluruh kosmologi Timur Tengah dan dirujukkan kepada, dari Sumeria hingga ke Mesir, lantas menunjukkan bahawa struktur alkitab ini sememangnya diketahui umum (lihat juga karya Eliade Gods, Goddesses and Myths of Creation, Harper and Row, New York, 1974, ms 21-25).

 

Mazmur 9:5-8 merujuk kepada YHVH yang setia di dalam perkumpulan orang-orang kudus (orang banyak). Dia merupakan yang tertinggi di kalangan Anak-anak Mahakuasa (atau Eliym sebagai bentuk plural kepada El, iaitu Tuhan-tuhan). El sangat disegani di dalam jemaat (perkumpulan dalaman atau Sidang) orang-orang kudus itu (qadoshim atau orang-orang suci). Yahovah, Allah Semesta Alam, adalah entiti yang disebutkan sebagai dikelilingi oleh kesetiaan. Wahyu 4 dan 5 menunjukkan bahawa kumpulan ini mempunyai tiga puluh makhluk termasuklah empat Kerub atau Makhluk Hidup. Oleh itu, tiga puluh duit perak (juga merupakan harga bagi seorang hamba) diperlukan bagi pengkhianatan Kristus (Matius 27:3,9 rujuk Zakharia 11:12-13) kerana ianya merupakan suatu penghinaan terhadap seluruh Keallahan. Para Tua-tua ditugaskan untuk memerhatikan doa-doa orang-orang kudus (Wahyu 5:8) dan Kristus merupakan Imam Besar mereka, seorang daripada mereka yang layak untuk membuka gulungan kitab Rencana Allah kerana telah menebus manusia dan membuatkan mereka suatu kerajaan dan para imam kepada Allah kita, iaitu Allah Sidang tersebut dan juga bagi Kristus (Wahyu 5:9-10).

 

Penebusan manusia merupakan sebahagian daripada pemulihan akhir zaman yang akan berlaku pada kedatangan kedua Mesias sebagai Raja Israel, yang mana kedatangan pertamanya difahami adalah sebagai Mesias Harun. Kedatangan Mesias pertama ini adalah untuk pendamaian dosa dan penubuhan keimamatan Melkisedek itu. Pemulihan akhir zaman difahamkan akan melibatkan suatu penambahan elohim seperti yang digambarkan di dalam Zakharia 12:8. Dalam pemulihan Zaman Akhir bilamana Mesias akan datang ke Sion, seperti yang difahami daripada Ibrani 12:22-23, turutan peristiwa Kedatangan ini membabitkan pembentukan pertahanan Yerusalem dan penguatan penduduk fizikal kota itu untuk bersedia bagi pemerintahan seribu tahun tersebut. Namun, seperti yang sudah kita perhatikan di atas, Zakharia seterusnya menyatakan:

 

Dan orang yang tersandung di antara mereka pada waktu itu akan menjadi seperti Daud, dan keluarga Daud akan menjadi seperti Allah (elohim), seperti Malaikat TUHAN (YHVH), yang mengepalai mereka (penekanan ditambah).

 

Signifikannya di sini adalah bahawa Zakharia diberikan pemahaman bahawa Malaikat YHVH adalah seorang elohim dan bahawa rumahtangga Daud (yang sudah lama mati) akan termasuk juga mereka yang sendirinya akan menjadi elohim sebagai sebahagian daripada rumahtangga Daud. Zakharia telah menulis pada penghujung zaman Alkitab dan buku kitab ini merupakan salah satu daripada buku terakhir yang ditulis (dikatakan kira-kira 413-410 BCE, dirujuk daripada Apendiks 77 Companion Bible). Dengan itu, pemahaman tentang urutan itu tidak diubah sepanjang jangkamasa kompilasi teks tersebut. Daripada DSS/Ugarit/Nag Hammadi, kita tahu bahawa pemahaman ini tetap seperti itu pada zaman Kristus.

 

Jemaat telah memeluk sejenis Trinitarianisme yang terutamanya cuba menyangkal semua di atas. Ia sangat tidak koheren dan tidak berdasarkan alkitab. Secara ringkasnya, bentuk awal Trinitarianisme telah dibentuk asalnya oleh Origen di Alexandria untuk menentang apa yang dianggap suatu pandangan Gnostik mengenai suatu Sidang elohim surgawi, yang dipegang oleh Jemaat awal. Kristus merupakan Tuhan yang lebih rendah yang dilantik oleh Allahnya (Mazmur 45:7 (menggunakan Eloheik) dan Ibrani 1:9) iaitu Eloah atau Theon atau ho Theos (sebagai Allah itu) dalam bahasa Yunani (Yohanes 1:1, 18). Origen telah menggunakan konsep Stoic mengenai hypostases, yang merupakan sinonim (seperti juga perkataan Platonik ousia) yang bermakna kewujudan atau intipati nyata, iaitu apa sebenarnya sesuatu benda itu. Tetapi Origen telah memberikannya pengertian penghidupan/sara hidup individu dan dengan itu kewujudan individu. Oleh itu, Origen telah membentuk suatu hierarki tertutup yang hanya mengandungi tiga elemen daripada Ketuhanan itu. Bapa merupakan Allah Tertinggin. Dua lagi elemen iaitu Anak dan Roh Kudus merupakan ciptaan Bapa sebagai ktisma. Tetapi skema Origen itu telah menjadi perintis bagi Trinitarianisme yang satu-satu tujuannya adalah untuk menghadkan peluasan kebolehan untuk menjadi elohim kepada tiga Makhluk itu sahaja dan menyangkal adanya kebolehan itu pada umat pilihan serta bala angkatan surgawi. Orang-orang Yunani telah mengambil skema Origen itu selepas pertengahan abad ketiga. Ada di antara mereka, contohnya Theognostus daripada sekolah catechetic di Alexandria, menekankan hubungan saudara Anak dengan Bapa sungguhpun Anak itu merupakan makhluk ciptaan yang mana aktivitinya terhad kepada makhluk-makhluk rasional. Dia juga mengisytiharkan bahawa intipatinya atau ousia (dengan menggunakan istilah Platonik tersebut dan bukan hypostases) diterbitkan daripada intipati Bapa itu (lihat Kelly Early Church Doctrines, ms 133). Orang lain pula menekankan kerendahan kedudukannya. (subordinationism). Daripada karya Asal-usul Krismas dan Easter [235], kita tahu bahawa dewa Attis mempunyai kedua-dua aspek bapa dan anak. Itu merupakan suatu struktur Modalist. Kedua-dua elemen ini telah membawa kepada pembentukan Trinitarianisme. Trinitarianisme terbentuk kerana keinginan untuk menyesuaikan struktur penyembahan dewa Attis dan Modalisme-nya ke dalam agama Kristian untuk memuaskan tentangan-tentangan falsafah pengikut-pengikutnya.

 

Murid Origen iaitu Dionysius, Paus Alexandria, disebabkan suatu sebaran Sabellianisme di dalam Pentapolis Libya pada lewat lima puluhan abad ketiga, telah menulis untuk menyangkal Modalisme. Dia telah mengutarakan khususnya perbezaan peribadi antara Bapa dengan Anak. Kumpulan Sabellian telah mendapati satu daripada suratnya kepada biskop-biskop mereka Ammonius dan Euphranor, telah menumpu pada aspek ini yang Kelly (ms 134) telah katakan suatu perbuatan kurang bijak. Golongan Sabellian telah mengadu bahawa kumpulan Origenist tersebut membentuk suatu perpisahan yang boleh dikatakan sebagai suatu pengasingan antara Bapa dan Anak. Aduan ini telah ditentang dan dibataskan oleh kumpulan Novationist di Rom yang mempengaruhi Biskop Dionysus, iaitu Paus. Athanasius telah cuba (De sent Dion. 4) untuk membersihkan nama Dionysus dari Alexandria ini satu abad kemudian, tetapi Basil (Ep. 9.2) tetap menegaskan bahawa dia telah pergi ke sudut ekstrim yang bertentangan demi untuk menentang golongan Sabellian itu.

 

Istilah hypostases akhirnya telah diserap masuk ke dalam doktrin Katolik dan membawa kepada kelaknatan-kelaknatan Sidang-sidang Chalcedon dan Constantinople II. Struktur tersebut telah menghasilkan deklarasi-deklarasi Monarchia dan Circumincession. Pengisytiharan bahawa Ketuhanan adalah berbeza tetapi tidak terasing (distinct but not separate) merupakan pernyataan intipati Monarchia dan Circumincession ini. Ianya tidak munasabah secara falsafah memandangkan kegunaan-kegunaan bahasa Inggeris. Penggunaan kata-kata hypostases dan ousia sebagai istilah-istilah penting merupakan suatu percubaan untuk menyamarkan ketidaksinambungan yang ada. Ketuhanan, seperti yang dipercayai oleh para Trinitarian, adalah tiga hypostases di dalam satu ousia dengan menggunakan istilah-istilah Stoic dan Platonik untuk menunjukkan keistimewaannya.

 

Penyangkalan istilah Makhluk (Being) bagi Allah dan Kristus secara muktamadnya menyangkal kewujudan mereka; sesuatu yang tidak munasabah. Mengatakan bahawa Allah adalah suatu Fikiran Universal (atau Jiwa Universal), menghilangkan keperibadian Tuhan sama sekali dan juga menyangkal realiti Anak Allah kecualilah dalam hal bahawa kewujudan Anak itu disebutkan sebagai suatu hypostasis. Ianya suatu permainan kata yang membuatkan konsep Juruselamat itu sesuatu yang tidak nyata. Sebaliknya, kalaulah realiti Anak itu ditegaskan juga, maka doktrin tersebut secara muktamadnya merupakan suatu pelanggaran terhadap Perintah Pertama itu.

 

Jangan ada padamu allah lain di hadapan-Ku

 

Makhluk yang dimaksudkan di sini adalah YHVH Eloheik (YHVH Elohim-mu) yang dikenalpasti di dalam Mazmur 45:7-8 sebagai Elohim yang telah mengurapi Elohi Israel.

 

Dengan meninggikan elohim pengantara kita, iaitu salah seorang daripada Sidang ini (Mazmur 89:7), kepada tahap Eloah, Allah Bapa, kita melanggar Perintah Pertama. Inilah dosa Iblis, yang mendakwa dirinya El bagi Sidang Elohim itu (Yehezkiel 28:2).

 

Doktrin Trinitas bersandar pada suatu siri premis-premis palsu yang dibentuk khas untuk membolehkan suatu perubahan pandangan (rujuk karya Binitarianism and Trinitarianism [076]). Ianya adalah:

 

Bahawa elohim sebagai Ketuhanan merujuk kepada hanya dua entiti sahaja tanpa ada perbezaan antara Eloah dan makhluk-makhluk lain yang banyak termasuklah Sidang itu dan bala Angkatan Surgawi (Daniel 7:9 dan seterusnya).

 

Bahawa kedua-dua entiti tersebut (dan juga Roh) tidak dapat dipisahkan secara hakikat mahupun secara fikiran dan tidak boleh digambarkan sepenuhnya sebagai Makhluk-makhluk.

 

Bahawa kewujudan pra-jelmaan Kristus bukannya sebagai Malaikat YHVH.

 

Bahawa Kristus merupakan satu-satunya Anak Allah sebelum penciptaan dunia (lihat Ayub 1:6; 38:7).

 

Bahawa Kristus dan Iblis berdua sahaja yang menjadi Bintang Fajar (lihat Ayub 38:7; Yesaya 14:12; Wahyu 2:28; 22:16).

 

Bahawa Kristus adalah Allah sama seperti Allah adalah Allah (lihat di atas) dan bukannya Tuhan subordinat (Ibrani 1:9) yang diutus oleh Allah Alam Semesta (Zakharia 2:10-11). Oleh itu, dia dijadikan tumpuan penyembahan dan doa, bertentangan dengan catatan Keluaran 34:14, Matius 4:10 dan seterusnya).

 

Bahawa Kristus merupakan satu-satunya Anak dan bukannya satu-satunya Tuhan dan Anak yang dilahirkan ((monogenes theos & uion) (Yohanes 1:18; 3:16; 1Yohanes 4:9; lihat juga Lukas 7:12; 8:42; 9:38; Ibrani 11:17 untuk perbandingan). Dia merupakan yang sulung (prototokos) daripada semua ciptaan (Kolose 1:15) dan kerana itu adalah permulaan bagi penciptaan Allah (Wahyu 3:14, bukan seperti pada NIV).

 

Bahawa Kristus mempunyai kewujudan yang berasingan daripada penjelmaannya di dunia justeru dia boleh berdoa kepada dirinya sendiri sebagai Allah. Idea sebegitu terang-terang menyangkal perbezaan antara Bapa dan Anak dan keseluruhan kebangkitan itu. Ini ialah fahaman Antikristus (1Yohanes 2:22; 4:3; 2 Yohanes 7).

 

Bahawa Kristus dan Allah mempunyai kehendak yang sama dan bahawa Kristus tidak mempunyai kehendaknya yang berasingan yang diserahkannya kepada Allah menerusi penurutannya yang rela yang bertentangan dengan Matius 21:31; 26:39; Markus 14:36; Yohanes 3:16; 4:34.

 

Bahawa sifat ketuhanan tidak mengakui sebarang pertambahan atau pengurangan di dalam Kristus. Secara logiknya ini akan menyangkal kebangkitan orang-orang kudus seperti yang diterangkan di dalam 1Korintus 15, dan di dalam janji-janji alkitab kepada umat pilihan. Fahaman Trinitas ini mahu menegaskan bahawa sifat ketuhanan yang dianugerahkan kepada umat pilihan adalah berlainan daripada cara ianya dikongsikan oleh Kristus.

 

Bahawa Roh Kudus dikaruniakan mengikut sukatan yang telah ditetapkan bertentangan dengan Yohanes 3:34 (RSV); Roma 12:6.

 

Bahawa Kristus tidak berupaya untuk berdosa (daripada premis palsu bahawa sifat ketuhanan tidak mengakui sebarang penambahan ataupun pengurangan, dan bukannya kerana Allah mahatahu, dan sudahpun tahu bahawa Kristus tidak akan berdosa).

 

Bahawa Kristus wujud bersama dengan Allah dengan sebegitu sekali hinggakan dia setara-bersama dan abadi-bersama dengan Allah bertentangan dengan Filipi 2:6 dan 1Timotius 6:16, yang menunjukkan bahawa hanya Allah seorang sahaja yang kekal abadi. Keabadian Kristus ataupun kehidupan aioonion-nya (1Yohanes 1:2) dan juga semua makhluk lain, termasuklah Kristus sendiri, terbit daripada entiti ini iaitu Allah. Kedua-dua Kristus dan umat pilihan mempunyai asal yang sama (Ibrani 2:11 RSV), dan memperolehi kehidupan dan kekekalan mereka daripada ketaatan bersyarat kepada Bapa (Yohanes 5:19-30) yang telah mencipta kita semua (Maleakhi 2:10-15). Sepertimana Bapa mempunyai hidup dalam diriNya sendiri, demikian jugalah diberikan-Nya Anak supaya mempunyai hidup dalam dirinya sendiri (Yohanes 5:26), dan kita semua ialah waris bersama, ditahbiskan untuk memiliki hidup dalam diri kita sendiri oleh kekuasaan Allah (lihat karya Wujud Bersama dengan Bapa [081]).

 

Bahawa umat pilihan bukanlah Anak-anak Allah sama sepertimana Kristus merupakan Anak Allah dan kerana itu bukanlah waris bersama, bertentangan dengan Roma 8:17; Galatia 3:29; Titus 3:7; Ibrani 1:14; 6:17; 11:9; Yakobus 2:5; 1Petrus 3:7.

 

Bahawa Allah Tertinggi telah turun dalam bentuk manusia dan tinggal di antara manusia (berasal daripada tambahan-tambahan palsu yang dimasukkan ke dalam 1Timotius 3:16 di dalam Codex A. Sisipan-sisipan palsu ini telah terus dikekalkan di dalam Alkitab versi KJV dan diubahsuaikan lagi di dalam versi NIV). Idea bahawa Allah Tertinggi telah turun dalam bentuk daging adalah bertentangan dengan Yohanes 1:18 (dan Yohanes 1:14 di mana dicatatkan bahawa logos (atau Memra) yang menjadi daging) dan pelbagai teks-teks yang mengasingkan Kristus daripada Allah Sebenar yang Tunggal (Eloah atau Theon atau ho Theos sebagai Allah, iaitu Allah Bapa), Allah kepada Yesus Kristus (Yohanes 17:3, 20:17; 1Korintus 8:6; 2Korintus 1:3) yang berdiri di atas namanya (Mikha 5:5).

 

Konsep-konsep tentang bagaimana Allah adalah Satu telah disalahfaham oleh para Trinitarian. Shema (Ulangan 6:4) merujuk kepada Yahovah Elohenu atau Yahovah sebagai satu Allah. Entiti di dalam Ulangan 6:5 boleh dikenalpasti sebagai Allah yang Mahatinggi, iaitu Allah yang telah mengurapi Kristus sebagai Elohi Israel di dalam Mazmur 45:7.

 

Kesatuan Allah, yang perlu bagi Monoteisme, adalah suatu aturan yang diperluaskan yang tinggal bersatu di bawah suatu kehendak pusat, dalam persetujuan dan interaksi rohani melalui roh dan kuasa Allah (1Korintus 2:4-14) di mana melalui Kristus ianya ditujukan kepada Allah (2Korintus 3:3-4). Trinitas menyangkal penyatuan ini yang penting bagi Monoteisme dan kerana itu ianya secara logiknya berciri politeis. Ini berlaku kerana tidak ada dari penguasa dunia ini yang mengenalnya, kerana mereka tidak kenal hal-hal rohani (1Korintus 2:8, 14).

 

Allah yang disebutkan di dalam Amsal 30:4 sebagai mempunyai seorang Anak ialah Eloah, daripada Amsal 30:5. Oleh itu hal Anak-anak Allah telahpun diketahui daripada Perjanjian Lama dan, secara khususnya, Mesias. Pemahaman Kristus tentang Bapa adalah hasil daripada pernyataan Bapa tentang diriNya sendiri (lihat Wahyu 1:1, 6). Kristus bukan maha mengetahui dan memangpun tidak pernah mengakui sedemikian.

 

Allah, dinyatakan oleh Alkitab sebagai Allah dan Bapa kepada Kristus (daripada Roma 15:6; 2Korintus 1:3; 11:31; Efesus 1:3,17; Kolose 1:3; Ibrani 1:1 dan seterusnya; 1Petrus 1:3; 2 Yohanes 3; Wahyu 1:1,6; 15:3). Kristus mendapat kehidupannya, kuasanya dan kuasa pemerintahannya melalui perintah daripada Allah Bapa (Yohanes 10:17-18). Kristus menakhlukkan kehendaknya kepada kehendak Allah, iaitu Bapa (Matius 21:31; 26:39; Markus 14:36; Yohanes 3:16; 4:34). Allah telah menyerahkan umat pilihan kepada Kristus dan Allah lebih besar dariapda Kristus (Yohanes 14:28) dan lebih besar daripada semua (Yohanes 10:29). Maka begitulah, Allah telah mengutus satu-satunya Anaknya yang dilahirkan (monogene) ke dalam dunia ini agar kita dapat hidup melalui dia (1Yohanes 4:9). Allah-lah yang menganugerahkan penghormatan kepada Kristus kerana Dia lebih besar (Yohanes 8:54).

 

Allah adalah seumpama Gunung Batu (sur) iaitu Kuari atau Gunung dari mana semua yang lain dibentukkan, batu Yosua 5:2, penggerak utama dan muktamad (Ulangan 32:4, lihat karya Maimonedes Guide of the Perplexed, University of Chicago Press, 1965, Bab 16, ms 42 dan seterusnya). Allah merupakan Gunung Batu Israel, Gunung Batu keselamatannya (Ulangan 32:15), Batu yang telah mengangkat mereka (Ulangan 32:18, 30-31). 1Samuel 2:2 menunjukkan bahawa Allah Kita adalah Gunung Batu Kita, suatu Batu yang kekal selamanya (Yesaya 26:4). Daripada Gunung Batu inilah dibentukkan semua yang lain, sepertimana juga semua keturunan Abraham di dalam Iman ini (Yesaya 51:1-2). Mesias dibentuk daripada Gunung Batu ini (Daniel 2:34, 45) untuk menundukkan empayar-empayar dunia. Allah, bukannya Petrus, mahupun Kristus, ataupun sesiapa yang lain, adalah Gunung Batu atau asas pada mana Kristus akan membangunkan Jemaatnya (Matius 16:18) dan pada mana dia sendiri bersandar.

 

Mesias ialah batu penjuru utama bagi Bait Allah, di mana umat pilihan merupakan Naos atau Maha Suci, iaitu tempat simpanan Roh Kudus. Batu-batu Bait semuanya dipotong daripada Gunung Batu iaitu Allah, sama seperti dengan Kristus, dan dianugerahkan kepada Kristus, selaku batu karang rohani (1Korintus 10:4), batu sentuhan dan batu sandungan (Roma 9:33) untuk membentuk Bait itu. Kristus akan membina Bait itu supaya Allah akan menjadi semua di dalam segala sesuatu (Efesus 4:6). Allah telah memberikan Kristus untuk menjadi semua dan di dalam semua (panta kai en pasin, Kolose 3:11), dan ditaklukkan-Nya di bawah kakinya (1Korintus 15:27), memberikannya kepada jemaat sebagai Kepala dari segala yang ada, kepenuhan Dia yang memenuhi semua dan segala sesuatu (Efesus 1:22-23). Apabila Allah menaklukkan segala sesuatu di bawah Kristus, nyata sekali bahawa Allah dikecualikan, kerana Dialah yang menaklukkan segala sesuatu di kaki Kristus (1Korintus 15:27). Apabila Kristus menundukkan segala sesuatu, maka masa itulah Kristus akan sendirinya tunduk kepada Allah yang telah menaklukkan segala sesuatu di bawah Kristus supaya Allah menjadi semua dalam semua (panta en pasin 1Korintus 15:28 tidak seperti dalam RSV). Justeru, doktrin-doktrin Platonist yang cuba menggabungkan Allah dan Kristus dalam Trinitas merupakan suatu kekarutan metafizikal yang bertentangan dengan Injil. Kristus akan duduk di sebelah kanan Allah, menurut pimpinan Allah (Ibrani 1:3, 13; 8:1; 10:12; 12:2; 1Petrus 3:22) dan berkongsi Takhta Allah sepertimana umat pilihan akan berkongsi takhta yang diberikan kepada Kristus (Wahyu 3:21) iaitu suatu takhta Tuhan (Mazmur 45:6-7; Ibrani 1:8 atau Allah adalah Takhta-mu diterjemahkan Takhta-Mu ya Allah, lihat nota kaki pada RSV yang diterangkan).

 

Allah yang mengutus lebih besar daripada dia yang diutus (Yohanes 13:16), hamba tidak lebih besar daripada tuannya (Yohanes 15:20). Sungguh tidak munasabah sekali untuk mencadangkan bahawa suatu makhluk itu boleh menjadi persembahan korban bagi dirinya sendiri. Perbuatan sebegitu, secara logiknya, ialah perbuatan membunuh diri atau, dalam fahaman Trinitarianisme, suatu pencederaan separa. Jadi, doktrin tersebut menyangkal kebangkitan, khususnya daripada 1Korintus 15.

 

Oleh itu, perbezaan di dalam penyaliban dan kebangkitan itu adalah mandatori dan sempurna. Kebangkitan haruslah terjadi dalam daging dan melibatkan perubahan sepertimana Persembahan Unjukan, kerana jika tidak maka tidak ada keselamatan dan tiada penuaian berterusan. Persediaan Kristus untuk pemergiannya kepada Allahnya dan Allah kita, iaitu Bapa kita (Yohanes 20:17), adalah sesuatu yang nyata dan tersendiri. Kristus sudah mencapai kapasitinya untuk menjadi Tuhan dan mencapai kesempurnaan Ketuhanan itu secara jasmaniah daripada pekerjaan Roh Kudus. Dengan itu, doktrin mengenai Keanakan daripada pembaptisan adalah benar dan sempurna.

 

Setelah menetapkan kedudukan alkitab pada waktu Kristus, kita boleh lihat bagaimana pegangan ini telah hadir sewaktu abad pertama dan kedua. Daripada teks-teks yang tersedia bagi kita daripada Justin Martyr dan Irenaeus, kita tahu bahawa pemahaman ini tersebar di dalam Jemaat awal.

 

Justin Martyr menyatakan bahawa Allah mengajarkan perkara yang sama dengan para nabi sepertimana dengan Musa dan ini dilampirkan di atas (lihat Dialogue with Trypho, Ch. XXVII, ANF, Vol. I, ms 207 dan seterusnya). Justin mengajar bahawa pada permulaannya, Allah telah membentuk suatu kuasa rasional tertentu daripada diriNya, yang dipanggil, oleh Roh Kudus: sekarang Kemuliaan Allah, sekarang Anak, sekali lagi Hikmat, sekali lagi suatu Malaikat, kemudiannya Allah (Theos), dan kemudiannya Tuhan dan logos. Justin mengenalpasti dia sebagai Panglima Bala Angkatan Tuhan yang telah muncul pada Yosua (ibid., LXI). Bahagian ini diketengahkan untuk menghuraikan Amsal 8:21 dan seterusnya, dalam mana “Hikmat” dikenalpasti sebagai Mesias, yang dicipta oleh Allah. Kehendak Allah kemudiannya dilaksanakan oleh Mesias. Justin percaya (ibid., LXII) bahawa sewaktu penciptaan, Allah telah berbual dengan makhluk-makhluk yang berbeza dari segi bilangan daripada diriNya. Justeru itu, Musa dipercayai menyatakan bahawa penciptaan itu melibatkan sekurang-kurangnya dua Makhluk yang berbeza dari segi bilangan antara satu sama lain. Golongan Diteis cuba untuk mengasingkan ini kepada dua sementara pihak Trinitarian menggabungkannya kepada tiga hypostases yang tidak berasingan. Para elohim pada hakikatnya adalah jauh lebih banyak bilangannya, daripada teks-teks lain yang dirujukkan di atas, khususnya Mazmur 45:6-7, yang menyatakan tentang adanya teman-teman sekutu Kristus.

 

Irenaeus (kira-kira 125-203) telah menulis berkenaan persoalan perlanjutan/perluasan istilah elohim (atau theoi dalam bahasa Yunani) untuk meliputi manusia. Pernyataan Irenaeus adalah penting kerana dia telah ditunjuk-ajar oleh Polycarp, iaitu murid Yohanes (lihat karya Butler Lives of the Saints, Burns & Oates, UK, 1991, ms 56). Oleh itu, kita boleh katakan yang kita pasti bahawa pemahaman Irenaeus ini menyerupai pemahaman yang ada pada Jemaat awal. Sememangnya dia telah menyokong golongan Quartodeciman dan telah mengantara dalam perbalahan Paskah itu (Butler, ibid., ms 197), sungguhpun dia telah terasing daripada Asia Minor, kerana dia bertempat di Lyon. Di dalam karyanya Against Heresies dia telah menghuraikan konsep bahawa umat pilihan akan wujud sebagai elohim.

 

Irenaeus percaya bahawa para malaikat dan pencipta dunia ini tidak jahil tentang Allah tertinggi memandangkan mereka ialah hakmilikNya dan makhluk-makhlukNya dan dikawal olehNya (Buku II, Bab VI, ANF, ms 365). Irenaeus tidak merujuk kepada pencipta dunia ini, iaitu Mesias, sebagai Allah Mahatinggi ataupun Allah Mahakuasa (ibid., Bab VI:2). Daripada karya ini, ditunjukkan bagaimana konsep-konsep Yunani berkenaan Demiurge dan Pleroma telah menyerap masuk ke dalam konsep-konsep yang digelar Aeons yang telah cuba untuk memasukkan metafizik-metafizik Yunani ke dalam konsep-konsep Alkitab, demi untuk membinasakannya. Kumpulan Gnostik telah dipaksa menjalankan kegiatan mereka secara rahsia, sebagai sebahagian daripada kumpulan-kumpulan Misteri dan akhirnya telah membentuk Trinitas. Ini dibincangkan di tempat lain.

 

Irenaeus (dan Justin) mengajar bahawa kebangkitan itu adalah sesuatu peristiwa jasmaniah, dan kemudiannya Allah akan menjadikan tubuh badan kepada bentuk tidak binasa dan abadi (ANF, Vol. I, ms 403). Allah dianggap sebagai Pencipta (ibid., ms 404), berlainan dengan Kristus, yang mencipta dunia ini di bawah kuasa Allah ini (ibid., ms 405). Irenaeus berpendapat bahawa Roh Kudus telah menggelarkan kedua-dua Bapa dan Anak (daripada Mazmur 45:6-7) sebagai Elohim atau Theoi – dengan Bapa melantik Anak.

 

Irenaeus berpendapat bahawa Mazmur 82:1 merujuk kepada Bapa, Anak dan umat pilihan (mereka yang diangkat sebagai anak, sebagai Jemaat) apabila ianya menyebut:

 

Allah berdiri dalam sidang ilahi (theoi), di antara para allah Ia menghakimi (Adv. Her., Buku III, Bab VI, ANF, Vol I, ms 419).

 

Dia tidak faham sepenuhnya betapa luasnya persaudaraan umat pilihan itu yang meluas kepada seluruh Angkatan surgawi, yang merupakan saudara dalam Kerajaan itu. Wahyu telah diberikan kepada Yohanes sewaktu dia dibuang ke Patmos selepas dia melatih Polycarp. Wahyu 12:10 menyatakan bahawa malaikat-malaikat adalah saudara kepada umat pilihan. Wahyu 4 dan 5 menunjukkan bahawa umat pilihan telah ditebus bagi Sidang Tua-tua itu untuk menjadi raja-raja dan imam-imam di kalangan Angkatan Surgawi. Kristus menyatakan bahawa umat pilihan akan menjadi setara dengan para malaikat (isaggelos daripada isos dan aggelos (Lukas 20:36) yang mempunyai konsep menjadi sebahagian daripada mereka sebagai suatu aturan). Kristus mengakui kita di hadapan saudara-saudaranya di dalam Angkatan itu.

 

Irenaeus berpendapat bahawa Jemaat merupakan jemaah Allah yang Anak telah kumpulkan untuk dirinya. Allah segala allah di dalam Mazmur 50:1 dipercayai merujuk kepada Allah. Mesias kita adalah theos atau Allah yang datang dan tidak akan berdiam diri (Mazmur 50:3) dan yang telah bertemu terang-terang dengan mereka yang tidak mencari dia (Yesaya 65:1); dan kata nama segala allah dalam Mazmur 50:1 merujuk kepada umat pilihan yang mana Kristus telah sendiri memperkatakannya, apabila dia menyatakan:

 

Kamu adalah allah, dan anak-anak Yang Mahatinggi kamu sekalian (Yohanes 10:34-35 rujuk Mazmur 82:6) (ibid.).

 

Oleh itu adalah silap sekali bagi Gereja menyatakan daripada jarak dua ribu tahun bahawa Kristus menggunakan teks yang merujuk kepada para pemimpin di Yerusalem sedangkan seorang murid Polycarp telah menyatakan bahawa dia merujuk kepada umat pilihan sebagai elohim. Mereka yang percaya pada Kristus dipandang oleh Irenaeus sebagai Anak-anak Allah dan sebagai waris bersama dengan Kristus, dan kerana itu adalah elohim.

 

Irenaeus juga percaya bahawa Kristus adalah Anak kepada Aku adalah Aku (YHVH) atau, lebih tepat lagi, Aku akan jadi apa yang Aku akan jadi (rujuk Oxford Annotated RSV) (daripada Keluaran 3:14). Oleh itu, pembawaan gelarannya itu adalah melalui perlantikan. Dari situ Irenaeus telah memetik daripada Yesaya seperti ini:

 

Aku juga adalah saksi (dia mengumumkannya) kata Tuhan Allah, dan Anak yang telah Kupilih; supaya kamu tahu, dan percaya, dan faham bahawa Aku tetap Aku (Yesaya 43:10) (ibid.).

 

Soncino menuliskan teks ini sedemikian:

 

"Kamu inilah saksi-saksi-Ku," demikianlah firman TUHAN, "dan hamba-Ku yang telah Kupilih, supaya kamu tahu dan percaya kepada-Ku dan mengerti, bahwa Aku tetap Dia. Sebelum Aku tidak ada Allah (El) dibentuk, dan sesudah Aku tidak akan ada lagi.

 

Petikan daripada Irenaeus, dan versi Soncino yang sedikit sebanyak mengesahkan Irenaeus, menunjukkan bahawa AKU ini merujuk kepada Allah, iaitu Bapa. Rujukan kepada hamba dalam versi Soncino itu dilihat daripada Irenaeus sebagai merujuk kepada Mesias. Soncino cuba untuk menyamakan HambaKu dengan saksi-saksiKu, sebagai Israel, walaupun tidak ada sokongan rabinikal dinyatakan. Apa yang pasti adalah teks ini dilihat sebagai menunjukkan bahawa hanya Allah sahaja, dan bukannya termasuk Mesias, yang telah wujud pada awalnya. Lebih-lebih lagi, Mesias dibezakan daripada Allah.

 

Irenaeus menunjukkan bahawa pemahamannya tentang Yesaya 44:9 dan Yeremia 10:11 berkenaan persoalan patung berhala, adalah bahawa patung-patung itu merupakan patung-patung iblis (Adv. Her., Buku III, Bab VI, ANF, ms 419). Iblis-iblis ini telah dibuang daripada kelompok theoi atau elohim. Dalam rujukannya berkenaan Yeremia 10:11, Irenaeus telah menyatakan:

 

Para allah yang tidak menjadikan langit dan bumi, biarkan mereka lenyap dari bumi ini yang berada di kolong langit ini." Kerana daripada hakikat bahawa dia telah menambah kepada pemusnahan mereka, dia telah tunjukkan bahawa mereka bukannya allah (elohim atau theoi) sama sekali.

 

Justeru itu, ditunjukkan bahawa patung-patung berhala itu sendiri difahami, bukan sebagai patung sembarangan, tetapi sebaliknya jelmaan iblis yang dilambangkannya (lihat juga Buku III, Bab XII:6. ibid., ms 432). Ini merupakan  pemahaman standard di seluruh pelusuk dunia kuno. Oleh itu, penyingkiran iblis setan itu serta penahanan mereka dan penghakiman ke atas mereka kemudiannya, menyingkirkan mereka daripada kategori elohim. Irenaeus menunjukkan dengan merujuk pada Keluaran 7:1 bahawa Musa sememangnya telah dijadikan elohim kepada Firaun tetapi tidak digelar sepenuhnya sebagai Tuan atau Tuhan oleh Kitab Para Nabi. Sebaliknya dia diperkatakan oleh Roh Kudus sebagai Musa, pelayan yang setia dan hamba Allah (Ibrani 3:5; Bilangan 12:7), iaitu sama seperti gelaran Mesias di dalam teks-teks itu. Dengan itu, setiap elohim merupakan hamba subordinat atau bawahan kepada Eloah, iaitu Elyon itu.

 

Irenaeus (ibid., ms 421) menyatakan bahawa Kristus mengakui Kaisar sebagai Kaisar dan Allah sebagai Allah daripada Matius 22:21 dan juga daripada Matius 6:24 di dalam hal melayani Allah dan bukannya Mamon. Oleh itu, Kristus telah menjauhkan dirinya daripada dakwaan bahawa dia adalah Allah itu (lihat juga ibid., ms 422).

 

Dengan memetik ayat Filipi 2:8, Irenaeus menunjukkan bahawa hubungan yang Kristus ada sebagai Tuhan dan Hakim diterbitkan daripada Allah Segala Sesuatu kerana dia setia sampai mati (ibid., Bab XII:8, ms 433). Irenaeus memetik daripada LXX berkenaan Yesaya 9:6, dan menyatakan bahawa Mesias adalah Imanuel pengutus [atau Malaikat] Nasihat Ajaib Bapa ibid., Bab XVI:3, ms 441). Dari situ dia telah menunjukkan bahawa Malaikat Penasihat Ajaib Perjanjian Lama (LXX) dikenalpasti adalah Kristus.

 

Irenaeus menyangkal konsep bahawa penderitaan Yesus boleh dipisahkan daripada Mesias dengan memberi alasan bahawa Kristus tetap tidak berubah. Dalam kata lain, dia menyangkal percubaan untuk menegaskan bahawa aspek ketuhanan Mesias boleh dipisahkan daripada Yesus manusia di Bumi. Ini telah menjadi suatu ajaran mazhab-mazhab Gnostik, yang memutarbelitkan injil Markus dan mengabaikan yang lain. Irenaeus juga menunjukkan tentang apa yang telah menjadi asas kepada kesilapan-kesilapan mazhab-mazhab tersebut. Golongan Ebionite hanya menggunakan injil Matius. Dengan itu, mereka telah membuat kesimpulan-kesimpulan salah berkenaan kedudukan Kristus. Golongan Athanasian atau Trinitarian telah menggunakan istilah Ebionite kemudiannya sebagai suatu percubaan untuk membataskan doktrin-doktrin subordinationisme dan orang-orang yang percaya pada doktrin-doktrin tersebut, kepada suatu keturunan penyimpang agama daripada golongan Ebionite hinggalah pada pihak-pihak yang terbabit di dalam perbalahan di Nicaea dan yang dilabelkan sebagai golongan Arian. Dakwaan-dakwaan sebegitu adalah palsu semata-mata, daripada penelitian terhadap tulisan-tulisan para penulis Jemaat awal yang, sebelum peristiwa Nicaea, merupakan para subordinationis (orang-orang yang percaya bahawa Yesus lebih rendah) (rujuk karya Teologi Awal Tentang Ketuhanan [127]).

 

Irenaeus menegaskan bahawa hanya ada seorang Allah atau Bapa sahaja, iaitu Allah Bapa. Mesias ialah AnakNya. Dia mengatakan bahawa Marcion juga telah memutarbelitkan injil Lukas demi untuk mengasaskan ajarannya. Golongan Valentinian telah mempergunakan injil Yohanes sehingga membawakan kesan buruk pada orang lain dan juga dengan memasukkan injil-injil palsu. Hakikatnya adalah, pada masa dahulu dan juga masa kini, Kitab Injil haruslah digunakan bersama dan bukannya secara memilih mana-mana yang disukai. Irenaeus memperlihatkan pemahaman yang lebih maju tentang sifat empat kali lipat Injil-injil itu dan kepentingan mereka berhubungan dengan kerubim (ibid., Buku III, Bab XI:8, ms 428-429).

 

Irenaeus menyangkal konsep bahawa Yesus mungkin telah menderita dan bangun kembali, dan bahawa dia yang telah diangkat naik itu merupakan seorang yang lain, yang tetap tidak berubah dan tidak tercemar. Irenaeus mempercayai bahawa Kristus yang Allah telah berjanji akan utus, Dia telah utus Yesus, yang mereka telah salibkan dan Allah bangkitkan (ibid., Bab XII:2,4,5, ms 430-431).

 

Tiada sebarang kekeliruan antara Allah dan Kristus dalam fikiran ahli teologi ini, dan dia jelas mengatakan di sini bahawa para Rasul tidak mengubah Allah tetapi Kristus telah diutus oleh Allah. Irenaeus mengatakan:

 

Demikianlah kita mengenal Roh Allah: setiap roh yang mengaku, bahwa Yesus Kristus telah datang sebagai manusia, berasal dari Allah, dan setiap roh, yang tidak mengaku Yesus, tidak berasal dari Allah. Roh itu adalah roh antikristus (Bab XVI:8 yang memetik daripada 1 Yohanes 4:1-3. Nota: Penulisan Vulgate dan Origen menyetujui Irenaeus. Tertullian nampaknya mengesahkan kedua-dua pembacaan. Socrates mengatakan (VII,32. ms 381) bahawa petikan tersebut telah diputarbelitkan oleh mereka yang ingin memisahkan kemanusiaan Kristus daripada ketuhanannya. Polycarp ((Ep., c, vii) nampaknya setuju dengan Irenaeus dan begitu juga dengan Ignatius (Ep. Smyr., c, v) (lihat nota kaki pada ANF, ibid., ms 443, sambil memetik juga karya Burton iaitu Ante-Nicene Testimonies to the Divinity of Christ).

 

Justeru, sebarang doktrin yang cuba untuk memisah-misahkan Kristus kepada rupabentuk duniawi dan surgawi, difahami oleh Jemaat awal sebagai doktrin Antikristus. Pengubahsuaian pada teks tersebut nampaknya telah berlaku di Timur. Teks-teks Alkitab masih lagi tidak diperbetulkan sehingga hari ini.

 

Irenaeus mengatakan bahawa Roh Allah telah turun kepada Kristus sebagai satu burung merpati supaya ianya menggenapi Yesaya 11:2 (Roh TUHAN akan ada padanya) dan juga Yesaya 61:1 (Roh Tuhan ALLAH ada padaku, oleh karena TUHAN telah mengurapi aku). Jadi bukan kamu yang berkata-kata, melainkan Roh Bapamu; Dia yang akan berkata-kata di dalam kamu (Matius 10:20) (ibid., Bab XVII:1, ms 444). Dengan itu Roh Kudus difahamkan berasal dari Allah dan bukannya daripada Kristus melainkan melalui Kristus, seperti yang diterangkan di atas.

 

Ini terjadi supaya:

 

…Anak Allah, dijadikan Anak manusia, membiasakan dirinya dengan perhubungannya dengan Dia untuk tinggal di dalam bangsa manusia, untuk berdiam bersama manusia dan tinggal di dalam hasil ciptaan Allah, mengerjakan kehendak Bapa di dalam mereka, dan memperbaharui mereka daripada sifat lama mereka kepada pembaharuan Kristus (ibid.).

 

Irenaeus mengajar bahawa umat-umat terpilih akan memakaikan kehidupan kekal agar mereka dapat menerima pelawaan itu untuk menjadi Anak-anak (Allah) (ibid., Bab XIX:1).

 

Roh menggabungkan umat-umat terpilih kepada Allah dengan membawakan suku-suku yang jauh ke dalam kesatuan, dan mempersembahkan kepada Bapa hasil sulung daripada semua bangsa (ibid., 2). Kristus merupakan saluran bagi tindakan ini tetapi dia bukannya tumpuan penyembahan mahupun perancang operasi ini. Walau bagaimana sekalipun, dia tetap adalah Penasihat Ajaib dan Tuhan Perkasa yang diperkatakan di dalam Yesaya 9:6, dan Hakim daripada Daniel 7:13 (ibid.).

 

Namun begitu, Kristus mengakui Bapa sebagai Allah-nya, sama seperti Daud dengan memetik Mazmur 22:1 yang sama, dalam mana Daud mula-mula mengatakan:

 

Allahku, Allahku, mengapa Engkau meninggalkan aku?

 

dan Kristus telah menyatakan kata-kata yang sama di atas salib itu seperti yang direkodkan di dalam Matius 27:46 dan Markus 15:34. Kedua-dua teks tersebut merujuk kepada Eloah, Allah yang Mahatinggi dan Allah serta Bapa Kristus. Kata-kata yang digunakan oleh Kristus adalah bahasa Aramaik – di mana dia telah menyebut:

 

Eli, Eli, lama sabakhtani

 

Perkataan untuk Tuhan di dalam bahasa Aramaik adalah El, dan di sini bersamaan dengan Eloah, sebagai Allah yang menyatakan kehendakNya dan kepada AnakNya. Walau bagaimanapun, Kristus dan umat pilihan dipanggil Tuhan (elohim) secara lanjutan.

 

Irenaeus berkata:

Tiada lagi yang disebut sebagai Tuhan oleh Alkitab kecualilah Bapa kepada semua, dan Anak serta mereka yang diangkat sebagai anak (Adv. Her., Buku IV, Pref. 4, ANF, ms 463).

 

Lebih lanjut lagi:

 

[Bab] 1. Dengan itu, sekarang ini, pernyataan ini adalah benar dan tetap setia (sic), bahawa tiada lagi Allah atau Tuhan yang dinyatakan oleh Roh itu, kecualilah Dia yang, sebagai Allah, memerintah di atas segala sesuatu, bersama-sama dengan FirmanNya, dan mereka yang diangkat sebagai anak [lihat iii. 6,1], iaitu, mereka yang percaya di dalam satu-satunya Allah yang benar, dan di dalam Yesus Kristus Anak Allah; dan begitu juga para rasul tidak menggelarkan sesiapa yang lain sebagai Allah, atau menamakan [sesiapa lain] sebagai Tuhan; dan, apa yang lebih penting lagi, [kerana ianya benar (sic)] adalah bahawa Tuhan kita sendiri, telah memerintahkan kepada kita untuk tidak mengakui sesiapapun yang lain sebagai Bapa, kecualilah Dia yang ada di syurga, satu-satunya Allah dan Bapa;…(ibid., ms 463).

 

Oleh itu, tidak munasabah sekali untuk mengusulkan bahawa pemahaman bahawa umat pilihan akan menjadi Elohim, tidak membentuk pandangan asal Jemaat pada dua abad pertama, memandangkan Irenaeus ialah pertalian terdekat yang kita ada dengan doktrin-doktrin itu dan dia jelas sekali berpendapat sedemikian. Lebih-lebih lagi, telah ditunjukkan tanpa apa-apa keraguan lagi bahawa pandangan tersebut merupakan rencana paduan Alkitab, bukan saja daripada Kitab Taurat asal yang kita kenali sebagai Perjanjian Lama (Daniel 10:21; Matius 21:42; 22:29; 26:54; Markus 12:10,24; 14:49; 15:28; Lukas 4:21; 24:27,32,45; Yohanes 2:22; 5:39; 7:38; dan seterusnya), tetapi juga Injil-injil sehingga tulisan-tulisan dalam Perjanjian Baru.

 

Di dalam rangkap itu yang menyebut pasal umat pilihan sebagai elohim, iaitu Yohanes 10:35, Kristus memperkenalkan konsep bahawa Kitab Suci tidak boleh dibatalkan. Pemilihan petikan ini sebagai contoh tidaklah dibuat sembarangan. Konsep inilah yang menandakan takdir kita dan merupakan aspek yang paling ditumpukan serangan oleh Musuh itu dan merupakan tujuan kepada pembentukan fahaman Trinitas itu. Injil-injil itu khususnya untuk memperlihatkan garis kasar Kerajaan Allah yang akan datang. Tulisan-tulisan para Rasul adalah untuk menyediakan umat pilihan dan untuk menunjukkan langkah-langkah pelaksanaannya. Namun semua Rasul, seperti yang disebutkan oleh Paulus, percaya bahawa:

 

Segala tulisan yang diilhamkan Allah (atau diberi nafas Allah) memang bermanfaat untuk mengajar, untuk menyatakan kesalahan, untuk memperbaiki kelakuan dan untuk mendidik orang dalam kebenaran. (2Timotius 3:16)

 

Kitab Suci adalah pembawa Hukum Raja untuk mengasihi sesama sendiri seperti diri sendiri (Yakobus 2:8). Begitu juga Kitab Suci bukanlah untuk ditafsirkan sesuka hati (2Petrus 1:20). Oleh itu, doktrin yang telah dibentuk oleh tiga ahli teologi Cappadocian (Kapadokia) pada abad keempat dan kelima yang bertentangan dengan Alkitab dan kedudukan atau pandangan asal Jemaat, haruslah ditentang sekuat-kuatnya. Ianya jelas sekali melanggar Perintah Pertama, dengan menjadikan Kristus setara dengan Allah. Sungguh jelas sekali yang inilah maksudnya sehinggakan rangkap ayat pada Filipi 2:6 telah diubahsuaikan di dalam versi Alkitab KJV untuk menyokong aspek ini dan membentuk suatu ilusi bahawa Kristus adalah setaraf dengan Allah. Ini adalah demi menuduh bahawa Kristus berbuat dosa penyembahan berhala, sama seperti Iblis.

 

Tiada seorangpun umat Kristian yang boleh menerima doktrin Trinitas ini kerana ia menafikan kemahakuasaan Allah Bapa dan menolak takdir kita. Atas sebab-sebab inilah Jemaat-jemaat Allah telah dianiayai selama 1,600 tahun sudah.

 

Umat pilihan telah dianiaya kerana doktrin ini oleh mereka yang menggelarkan diri mereka ortodoks, atau sekurang-kurangnya yang diberikan hak itu, kerana doktrin mereka bagi pemerintahan bersesuaian sekali dengan struktur sivil empayar yang menggunakannya. Jemaat-jemaat Allah telah ada, sehinggalah baru-baru ini, suatu struktur organisasi yang berbeza yang telah membantu mereka untuk bertahan daripada penganiayaan yang dihadapi mereka.

 

Paulus mencatatkan bahawa Jemaat telah ada banyak perbalahan berkenaan doktrin sungguhpun mereka biasanya tidak sukakan perselisihan (1Korintus 11:16). Dia mencatatkan bahawa perselisihan faham berlaku sehingga menyebabkan perpecahan di dalam Jemaat-jemaat Allah.

 

Sebab di antara kamu harus ada perpecahan, supaya nyata nanti siapakah di antara kamu yang tahan uji. (1Korintus 11:19)

 

Perselisihan faham atas sifat Allah dan sifat bawahan Kristus pernah berlaku dalam zaman-zaman Jemaat. Hasilnya adalah perpecahan. Kumpulan-kumpulan yang telah memeluk fahaman Trinitarianisme, atau bentuk samanya iaitu Modalist pada zaman Yohanes, kemudiannya sama ada meninggalkan Jemaat bilamana kesilapan-kesilapan mereka ditunjukkan, seperti dengan Yohanes (1Yohanes 2:19), ataupun jatuh ke dalam antinomianisme, menjadi Protestan, seperti yang telah terjadi di kalangan golongan Waldensian. Kristus tidak campur tangan, sekurang-kurangnya pada peristiwa terakhir itu. Setiap orang harus membuat pilihan mereka sendiri berdasarkan pada pemahaman mereka sepertimana yang dibangunkan oleh Roh Kudus.

 

Proses penjelasan Trinitarian pada asalnya telah berlaku dalam suatu jangkamasa tertentu. Langkah pertama adalah untuk menghuraikan doktrin bahawa Kristus abadi-bersama dengan Allah sejak mula dan bukannya daripada pelantikannya, sepertimana dengan umat pilihan dan kesemua Angkatan Surgawi. Dengan kepalsuan ini, ianya diikuti pula dengan doktrin kesetaraan-bersama sehinggakan ianya dianggap suatu penyimpangan agama jika menegaskan bahawa Kristus adalah lebih rendah dan bergantung pada Allah, ataupun bahawa dia adalah prõtotokos, iaitu yang sulung daripada segala penciptaan, permulaan bagi penciptaan Allah. Prõtotokos bukanlah suatu gelaran, seperti yang telah ditunjukkan daripada pemahaman awal itu. Disebabkan itulah, Kristus telah membuat poin tersebut di dalam Wahyu 3:14 kepada Gereja Laodikia bahawa dia adalah permulaan atau arche dari penciptaan Allah (rujuk karya Arche Dari Penciptaan Allah sebagai Alfa dan Omega [229]). Nampaknya, Gereja mengajar bahawa dia bukanlah begitu. Merekalah satu-satunya Gereja atau Jemaat yang berbuat demikian, dan sebarang ajaran berkenaan zaman (era) harus merangkumkan bahawa zaman akhir Jemaat berbuat demikian juga. Kesilapan tentang keabadian-bersama ini, ab orgine, telah mula dijelaskan di dalam Jemaat-jemaat Allah untuk pertama kalinya dalam lima ratus tahun kebelakangan ini, iaitu selepas tahun 1940, mungkin sekali tahun 1950an. Kepalsuan ini haruslah difahami dan  diperbetulkan.

 

q