Jemaat Jemaat Allah Al Maséhi

[002]

 

 

Allah Yang Kita Sembah [002]

 

(Edisi 1.1 19940312-19980613)

Begitu ramai yang keliru tentang siapa dia Allah yang dinyatakan di dalam Alkitab. Satu sebabnya adalah penterjemahan berbagai istilah bahasa Ibrani bagi Allah kepada hanya satu perkataan bahasa Inggeris iaitu ‘God’, dan ini menyebabkan kehilangan maklumat serta ketepatan maksud sebenar istilah yang digunakan, yang akhirnya membawa kepada berbagai doktrin yang membingungkan seperti Trinitarianisme, Binatarianisme, politeisme, dan penyembahan malaikat. Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti siapa dia Allah yang sebenarnya yang diperkenalkan di dalam Perjanjian Lama dan Baru Alkitab, yang sepatutnya menjadi tumpuan penyembahan umat manusia.

 

Christian Churches of God

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

(Hakcipta ã 2002 Wade Cox)

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:

http://www.logon.org and http://www.ccg.org

 

Allah Yang Kita Sembah [002]

 

Perbezaan asas antara umat terpilih dengan umat Kristian yang lain adalah dari segi pemahaman mengenai sifat Tuhan yang kita sembah. Ketuhanan adalah suatu struktur yang diperluaskan kepada suatu Majlis. Majlis ini ada disebutkan di dalam Mazmur dan ayat-ayat lain di bawah, sementara Takhta Tuhan dan Majlis Para Penatua pula disebutkan dari Wahyu 4:1 hingga 5:14. Majlis ini yang juga termasuk Yesus Kristus sebagai Domba dan Imam Besar (Ibrani 8:1-2) melayani dan menyembah Allah Bapa Almaseh (Wahyu 4:8-11).

Wahyu 4:8-11 Dan keempat makhluk itu masing-masing bersayap enam,, sekelilingnya dan di sebelah dalamnya penuh dengan mata, dan dengan tidak berhenti-hentinya mereka berseru siang dan malam: "Kudus, kudus, kuduslah Tuhan Allah, Yang Mahakuasa, yang sudah ada dan yang ada dan yang akan datang." Dan setiap kali makhluk-makhluk itu mempersembahkan puji-pujian, dan hormat dan ucapan syukur kepada Dia, yang duduk di atas takhta itu dan yang hidup sampai selama-selamanya, maka tersungkurlah kedua puluh empat tua-tua itu di hadapan Dia yang duduk di atas takhta itu, dan mereka menyembah Dia yang hidup sampai selama-lamanya. Dan mereka melemparkan mahkotanya di hadapan takhta itu, sambil berkata: "Ya Tuhan dan Allah kami, Engkau layak menerima puji-pujian dan hormat dan kuasa; sebab Engkau telah menciptakan segala sesuatu; dan oleh karena kehendak-Mu semuanya itu ada dan diciptakan."

Untuk melayani Tuhan, Kristus mempersembahkan kehidupannya, sepertimana setiap imam harus mempunyai suatu korban untuk dipersembahkan kepada Tuhan (Ibrani 8:3). Wahyu 4:8-11 menjelaskan bahawa Allah Bapa Almaseh duduk di atas takhta yang lebih tinggi daripada para penatua yang juga duduk di atas takhta. Namun kuasa mereka adalah di bawah naungan Allah Bapa Almaseh yang mencipta semua benda. Dialah Allah Bapa kepada Yesus Kristus dan Majlis tersebut.

Allah Maha Tinggi, Allah Bapa

Daripada pernyataan di atas dan juga The Statement of Beliefs of the Christian Faith [A1], Tuhan Teringgi bagi alam semesta ini adalah Allah. Dialah yang Maha Kuasa, Pencipta dan Pemelihara seluruh langit, dunia dan segala isinya. (Kejadian 1:1; Nehemia 9:6; Mazmur 124:8; Yesaya 40:26,28; 44:24, Kisah Para Rasul 14:15; 17:24,25; Wahyu 14:7). Dia satu-satunya yang kekal abadi (1Timotius 6:16). Dia Allah Bapa kita dan juga Allah Bapa Yesus Kristus (Yohanes 20:17). Dialah Allah yang Maha Tinggi (Kejadian 14:18; Bilangan 24:16; Ulangan 32:8; Markus 5:7) dan yang satu-satunya Allah yang Benar (Yohanes 17:3; 1Yohanes 5:20).

Yesus Anak Tuhan

Yesus adalah gambaran bagi Allah yang tidak terlihat, pertama (prototokos) dalam penciptaan (Kolose 1:15) yakni permulaan (arche) kepada penciptaan Tuhan (Wahyu 3:14). Dia satu-satunya (monogene) Anak Allah (Matius 3:17; Yohanes 1:18; 1 Yohanes 4:9), diperanakkan oleh Roh Kudus dan dilahirkan oleh Maria, seorang perawan (Lukas 1:26-35). Dialah Kristus atau Mesias (Matius 16:16; Yohanes 1:41), yang dihantar Tuhan untuk menjadi Juruselamat kita (Matius 14:33; Yohanes 8:42, Efesus 1:7; Titus 2:14).

Sejauh mana pemahaman kita mengenai siapa yang kita sembah boleh ditunjukkan melalui dua tanda, dan bersama-sama dengan pemahaman mengenai siapa dia Tuhan, menjadi dasar kepada pemeteraian umat terpilih. Dua tanda ini adalah:

1. Sabat (Keluaran 20:8,10,11; Ulangan 5:12). Sabat merupakan tanda antara kita dan Tuhan yang menyucikan kita (Keluaran 31:12-14); dan

2. Paskah. Paskah merupakan tanda atau meterai di mana, daripada Keluaran 13:9,16, Paskah ini termasuklah Roti Tanpa Ragi, adalah tanda bagi Hukum Tuhan (Ulangan 6:8) dan penyelamatanNya terhadap umat Israel (Ulangan 6:10) yang meliputi semua orang di dalam Kristus, seperti ternyata dalam Perjanjian Baru (Roma 9:6; 11:25-26).

Tanda-tanda ini iaitu Hukum, Sabat dan Paskah khususnya bertujuan untuk menghalang berlakunya penyembahan berhala (Ulangan 11:16). Tanda-tanda inilah yang merupakan meterai pada tangan dan dahi umat-umat Allah yang terpilih, dan bersama-sama dengan pembaptisan membentuk dasar pemeteraian umat 144,000 pada zaman terakhir (Wahyu 7:3).

Hukum Allah Berasal Dari Kebaikan SifatNya

Hukum Tuhan berasal dari sifat Tuhan dan kerana itu berkekalan disebabkan Tuhan sendiri tidak pernah berubah, iaitu secara lumrahnya Baik dan menjadi tumpuan segala kebaikan.

Dalam Markus 10:18 Kristus berkata: Kenapa mengatakan saya baik, Allah sahaja yang baik. Kebaikan Tuhan memimpin kita kepada pertobatan (Roma 2:4). Sifat Tuhan adalah kebaikan yang tidak pernah berubah. Seluruh makhluk syurga berkongsi sifatNya. Kerana itu mereka mempunyai sifat keilahian yang serupa, sentiasa. Begitulah juga dengan Kristus yang tetap sama kelmarin, hari ini sehinggalah zaman berkekalan (aionas)(Ibrani 13:8). Umat terpilih, dengan mengambil bahagian di dalam sifat ketuhanan ini (2Petrus 1:4), menjadi sebahagian daripada kumpulan imam ilahi, dengan ciri-ciri Melchisedek yang tidak bertukar-milik (aparabaton) atau berubah selamanya (aiona)(Ibrani 7:24). Kristus boleh menyelamatkan sepenuhnya setiap orang yang datang kepada Tuhan melaluinya (lihat Ibrani 7:25 versi Marshall's Greek-English Interlinear). Namun dia bukanlah tumpuan penyembahan atau Allah yang memerintah melalui kehendakNya.

Hukum Allah haruslah dituruti dengan iman dan bukan dengan kerja sahaja (Roma 9:32).

Menyembah Tuhan

Kepercayaan utama dan sifat yang menandai umat terpilih hanyalah pada kepercayaan Monotheisme (satu Tuhan) mutlak dan kepercayaan bahawa Yesus bertaraf lebih rendah. Kita tidak menyembah sebarang Tuhan melainkan Allah Bapa (Keluaran 34:14, Ulangan 11:16); jika tidak, kita akan dihancurkan (Ulangan 30:17-18). Allah memberi hukum pertamanya sebagai,

Keluaran 20:2,3 Akulah Tuhan, Allahmu, yang membawa engkau keluar dari tanah Mesir, dari tempat perbudakan. Jangan ada padamu allah (elohim) lain di hadapan-Ku.

Sebutan 'di hadapan' di sini bermaksud 'selain daripada, mengambil tempat atau tanpa kebenaran Tuhan Allah Bapa. (Untuk penerangan lanjut lihat kertas kerja The Elect as Elohim [001].

Kita harus mengasihi Allah Tuhan kita dan melayaninya dengan segenap hati dan jiwa kita, dan sebagai balasannya kita akan beroleh hujan untuk tanaman dan ternakan kita. Dalam ertikata lain, kita akan beroleh segala keperluan kita dan tidak kekurangan (Ulangan 11:13-15). Namun ada Perjanjian Baru di mana Allah menerapkan HukumNya ke dalam fikiran kita dan menulisnya di dalam hati kita. Dia Tuhan kita dan kita hamba-hambaNya, kita menyembahNya dengan memelihara HukumNya di dalam kehidupan kita (Ibrani 8:10-13).

Kita haruslah menyembah di hadapan Allah Tuhan kita (Ulangan 26:10; 1Samuel 1:3; 15:25). Adakah kita harus menganggap Tuhan ada berbagai bentuk dan bolehkah kita menyamakan Dia dengan orang lain, atau bolehkah kita menyatakan Yesus Kristus, Anak Tuhan sebagai Tuhan? Sama sekali TIDAK!

Kristus dicabar oleh Setan semasa di gurun belantara dan ini secara tidak langsung memulakan pengadilan Setan. Setan, yang merupakan Bintang Timur, yang bernama Lucifer atau "Pembawa Terang" dunia ini (Yesaya 14:12) dan merupakan penjaga serta pengajarnya, sebenarnya salah seorang daripada Elohim atau Majlis Ketuhanan, yang berkedudukan lebih rendah daripada Allah Bapa.

Kristus merupakan Bintang yang datang dari Yakub seperti tertulis dalam Bilangan 24:17. Dengan itu di dalam buku-buku tulisan Musa, jelas dinyatakan bahawa salah seorang daripada Bintang Timur yang dikatakan hadir pada masa selesainya penciptaan bumi ini dalam Ayub 38:7, iaitu salah seorang daripada Elohim, akan menjadi seperti manusia dan berasal dari Yakub dan juga Daud (Wahyu 22:16).

Elohim ini yang kita kenali sebagai Yesus Kristus belum lagi menjadi Bintang Timur bagi bumi ini. Pangkat ini disandang oleh Setan seperti ternyata dalam Yesaya 14:12 dan Yehezkiel 28:2-10.

Kristus telah diurapi sebagai elohim bagi orang Israel seperti dalam Mazmur 45:7 dan diletakkan lebih tinggi daripada teman-temannya yang lain. Namun Kristus tidak menggambil gelaran Bintang Timur dan tidak akan mengambil tanggungjawab ini sehinggalah kedatangannya yang kedua kali. Pangkat dan tanggungjawab Kristus akan dikongsikan dengan umat terpilih, yang akan beroleh sifatnya sebagai Bintang Timur dalam hati mereka (2Petrus 1:19). Umat terpilih telah dijanjikan akan berkongsi akan kuasa ini di dalam Wahyu 2:28.

Setan, sebagai Bintang Timur, telah mencabar Allah yang Maha Tinggi atau Allah Bapa seperti dinyatakan di dalam Yesaya 14:12. Dia cuba untuk meninggikan lagi takhtanya melebihi Bintang-bintang Tuhan yang lain atau Majlis Elohim.

Majlis ini adalah Jemaat Elohim atau Tuhan seperti dalam Mazmur 82:1. Irenaeus murid kepada Polcarp, iaitu seorang murid Yohanes, menyebut bahawa Mazmur 82:1 merujuk kepada Theoi atau kumpulan Tuhan yang meliputi umat terpilih (Against Heresies, Bk. 3, Ch. 6, ANF, Vol. 1, p. 419).

Ada berbagai Anak Tuhan, disebut dalam Ayub 1:6; 2:1; 38:7; Mazmur 86:8-10; 95:3; 96:4; 135:5, yang dikenali sebagai Bene Elyon atau Anak-anak kepada Yang Maha Tinggi (rujuk juga Sabourin SJ, The Psalms-Their Origin and Meaning, Alba House, NY, pp. 72-74). Umat manusia terpilih juga termasuk dalam angkatan syurga sebagai anak-anak Tuhan dalam Roma 8:14.

Roma 8:14 Semua orang, yang dipimpin Roh Allah, adalah anak-anak Allah.

Kesimpulannya, Kristus dan umat terpilih merupakan anak-anak Allah yang bersatu dengan Allah melalui Roh Kudus. Mereka adalah Satu tetapi bukan seperti konsep yang diutarakan oleh para Trinitarian. Adakah kita harus menganggap mereka sebagai satu makhluk besar hanya kerana Tuhan itu satu? Tidak. Ini membuktikan bahawa konsep Trinitarianisme (3 dalam 1) dan idea para Trinitarian bahawa Kristus satu-satunya Anak Tuhan sebagai sesuatu yang tidak masuk akal, kerana Alkitab membuktikan bahawa dia tidak ada pada permulaan dunia ini.

Jika dikatakan bahawa Anak-anak Allah adalah malaikat, maka Kristus juga harus dimasukkan di dalam golongan ini. Dalam Kisah Para Rasul 7:35-39 seorang malaikat telah berbicara dengan Musa di Sinai dan malaikat ini adalah Kristus. Dalam Galatia 4:14 Paulus menyamakan dirinya dengan malaikat Tuhan dan Kristus sendiri. Juga kita sendiri akan menjadi seperti malaikat (Matius 22:30) sebagai suatu kumpulan atau isaggelos dalam Lukas 20:36, sebagai pewaris bersama dengan Kristus (Roma 8:17; Galatia 3:29; Titus 3:7; Ibrani 1:14; 6:17; 11:9; 1Petrus 3:7).

Pengenalan Alkitab Perjanjian Lama mengenai Mesias sebagai Malaikat YHVH tertulis dalam tulisan The Elect as Elohim [001) dan The Angel of YHVH [024]; (lihat juga Keluaran 3:4-6 di mana 'Tuhan' atau elohim di sini adalah seorang malaikat).

Mazmur 89:6-8 menunjukkan bahawa ada suatu Majlis Para Suci (qedosim atau qadoshim, juga digunakan bagi merujuk kepada manusia) dan penelitian terhadap ayat ini menunjukkan adanya majlis dalaman dan luaran.

Tidak syak lagi daripada pemeriksaan tulisan-tulisan abad pertama, (DSS, Pseudepigrapha, Ugaritic dan Nag Hammadi) bahawa adanya persetujuan pemahaman bahawa adanya Majlis syurgawi Tuhan-tuhan Keadilan atau Elohim Keadilan.

Kebenaran (tsedek) dan Keadilan di dalam bahasa Ibrani adalah perkataan yang sama. Kedua-duanya difahami sebagai mempunyai maksud yang sama. Dengan itu, penyimpangan daripada keadilan akan mendahului umat terpilih daripada kebangkitan pertama.

Setan diusir keluar dari syurga kerana dosa pemberontakan, kerana ia cuba untuk menyamakan dirinya atau melampaui Allah Bapa dan ini adalah serupa penyembahan berhala (atau sihir seperti ternyata dalam 1Samuel 15:23). Setan telah mencuba meningkatkan dirinya lebih daripada Yang Tertinggi atau Allah Bapa. Kristus tidak berbuat demikian dan sebaliknya merendahkan dirinya menyerahkan dirinya (Yohanes 4:34).

Filipi 2:6-9 (Dia) yang walaupun dalam rupa Allah, tidak menganggap kesetaraan dengan Allah itu sebagai milik yang harus dipertahankan, melainkan telah mengosongkan diri-Nya sendiri, dan mengambil rupa sorang hamba, dan menjadi sama dengan manusia. Dan dalam keadaan sebagai manusia, Ia telah merendahkan diri-Nya dan taat sampai mati, bahkan sampai mati di kayu salib. Itulah sebabnya Allah sangat meninggikan Dia dan mengaruniakan kepada-Nya nama di atas segala nama.

Dengan itu Allah meninggikan Kristus melalui ketaatannya kerana dia tidak cuba untuk menyamakan dirinya dengan Dia dan juga tidak seperti sepertiga daripada elohim serta bene elohim yang cuba untuk menggulingkan Tuhan.

Dalam Lukas 10:18 Kristus menyebut bahawa dia melihat Setan jatuh, seperti kilat, dari syurga. Setan membawa bersama sepertiga daripada malaikat-malaikat atau Bintang-bintang Syurga (Wahyu 12:4). Malaikat-malaikat ini dibuang bersama dengan Setan ke bumi (Wahyu 12:9).

Kecelakaan ini diibaratkan kebinasaan yang disebut dalam Wahyu 8:10 di mana malaikat ketiga menunjukkan sekali lagi kepada kebinasaan yang terhasil daripada kejatuhan suatu Bintang daripada Angkatan Syurga yang merosakkan sepertiga daripada penciptaan.

Setan menggoda Kristus dengan beberapa cara. Pertama sekali, dia menyebut Kristus sebagai Anak Allah dalam Matius 4;3; 4:6 dan Lukas 4:3. Para setan juga memanggil Kristus sebagai Anak Allah seperti dalam Matius 8:29; Lukas 4:41; dan Markus 3:11. Setan mencoba supaya Kristus membuktikan kedudukannya sebagai Anak Allah melalui suatu pertunjukan kuasa, dengan alasannya bahawa Allah telahpun berjanji untuk memeliharanya melalui malaikatnya seperti tertulis dalam Mazmur 91:11,12. Setan sengaja tidak menyebut 'untuk menjaga engkau di segala jalanmu' dan menambahkan sebaliknya 'pada bila-bila masa'. Oleh itu, dengan memutarbelitkan Kitab Taurat, Setan cuba untuk mengambil nyawa Kristus.

Kristus sama sekali tidak cuba untuk memperbetulkan Setan dan para setan dengan mengatakan bahawa dia Allah dan bukannya Anak Allah. Memang benar, tiada setan yang cuba untuk membuat pemalsuan bahawa Kristus adalah Allah Tertinggi sehinggalah dia mati, di mana mereka mula menanam fahaman salah bahawa Kristus adalah sama tarafnya dengan Allah Bapa. Dengan cara ini, suatu pemalsuan telah ditimbulkan selepas kematian Kristus yang sudah tentu akan ditolaknya semasa masih hidup.

Dalam setiap pencobaan Kristus, tujuannya adalah untuk menggoncangkan ketaatan Kristus kepada Allah, dan pada masa yang sama memusnahkan Taurat. Setan telah mencoba Kristus agar dia menyembahnya. Dia menjanjikan Kristus kuasa pemerintahan dunia jika Kristus menyembahnya. Kristus tidak menentang atau membenarkan pernyataan Setan. Sebaliknya dia menjawab:

...sebab ada tertulis: Engkau harus menyembah Tuhan, Allahmu, dan hanya kepaa Dia sajalah engkau berbakti.

Kristus tidak menyuruh Setan untuk menyembahnya, sebaliknya mengalihkan perhatiannya kepada hukum. Kristus, dalam seluruh pelayanan kehidupannya, tidak pernah menamakan dirinya sebagai Allah. Dia mengatakan dia Anak Allah. Di atas sebab inilah dia dibicarakan. Seperti tertulis dalam Matius 27:43:

Ia menaruh harapan-Nya pada Allah: baiklah Allah menyelamatkan Dia, jikalau Allah berkenan kepada-Nya! Karena Ia telah berkata: Aku adalah Anak Allah.

Pada ketika itulah Kristus menyeru dengan lantang untuk menggenapkan Alkitab di dalam Mazmur 22:1:

Allah-Ku, Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?

Kristus terang-terang tidak menganggap dirinya Allah. Idea bahawa dia sebahagian daripada dan setaraf dengan Allah yang diserunya ini, tidak masuk akal sama sekali.

Lebih penting lagi adalah doktrin anti-Kristus seperti yang ternyata dalam 1Yohanes 4:1-2. Ayat ini yang sebenarnya, diterjemah daripada bahasa asal dan dibentuk semula dari Irenaeus (Ch. 16:8, ANF, Vol. 1, fn.p.443) berbunyi:

Ketahuilah roh Allah: Setiap roh yang mengaku bahawa Yesus Kristus datang sebagai manusia adalah dari Allah; dan setiap roh yang memisahkan Yesus Kristus bukan dari Allah tetapi adalah antikristus.

Ahli sejarah Socrates mengatakan (VII, 32, p.381) bahawa ayat ini telah diputarbelitkan oleh mereka yang mahu memisahkan kemanusiaan Yesus Kristus daripada sifat ketuhanannya.

Juga dalam Lukas 22:70 tertulis Adakah engkau Anak Allah? Dia menjawab Kamu sendiri mengatakan bahwa Akulah Anak Allah.

Dia dikenali sebagai Anak Allah di dalam:

Matius 27:54, di mana mereka mengatakan Benar ini Anak Allah.

Markus 1:1 memperkenalkan Injil pengenalan mengenai Yesus Kristus, Anak Allah.

Lukas 1:35 menyebut bahawa anak kudus ini akan dipanggil Anak Allah.

Mengenali bahawa Kristus adalah Anak Allah merupakan suatu wahyu daripada Allah.

Matius 16:16-17 Maka jawab Simon Petrus: "Engkau adalah Mesias, Anak Allah yang hidup!" Kata Yesus kepadanya: "Berbahagialah engkau Simon bin Yunus sebab bukan manusia yang menyatakan itu kepadamu, melainkan Bapa-ku yang di syurga.

Juga Matius 11:27 menyebut:

Semua telah diserahkan kepada-Ku oleh Bapa-ku dan tidak seorangpun mengenal Anak selain Anak dan orang yang kepadanya Anak itu berkenan menyatakannya.

Dengan itu, Allah Bapa memberikan wahyu kepada orang perseorangan lalu menyampaikan mereka kepada Kristus yang kemudiannya akan memperkenalkan Allah Bapa kepada mereka.

Tiada syak lagi bahawa Allah adalah satu dan yang berkuasa. Amsal 30:4-6 menyebutkan nama Allah dan kewujudan anakNya:

Siapakah yang naik ke syurga lalu turun?

Siapakah yang telah mengumpulkan angin dalam genggamnya?

Siapakah yang telah membungkus air dengan kain?

Siapakah yang telah menetapkan segala ujung bumi?

Siapa namanya dan dan siapa nama anaknya? Engkau tentu tahu!

Semua firman Tuhan (ELOAH) adalah murni. Ia adalah perisai bagi orang-orang yang berlindung pada-Nya.

Jangan menambah firman-Nya, supaya engkau tidak ditegur-Nya dan dianggap pendusta.

Alkitab menyatakan maksudnya sendiri dan nama Allah diberikan berikutan soalan seperti di atas dan jelas sekali bahawa Tuhan bukan gabungan Bapa dan Anak tetapi sebaliknya Dia (Tuhan) mempunyai anak. Kitab Perjanjian Baru dengan jelas menyatakan bahawa Allah Bapa adalah tumpuan segala penyembahan. Kristus mengingatkan wanita Samaria di dalam Yohanes 4:21 bahawa akan tiba waktunya apabila mereka tidak dapat menyembah Allah Bapa lagi sama ada di bukitnya (Samaria) atau di Yerusalem. Namun dia menjelaskan di dalam Yohanes 4:23:

Tetapi saatnya akan datang dan sudah tiba sekarang, bahwa penyembah-penyembah benar akan menyembah Bapa dalam roh dan kebenaran; sebab Bapa menghendaki penyembah-penyembah demikian.

Kristus mengesahkan bahawa tumpuan penyembahan adalah Allah Bapa dan bukannya dia. Oleh itu adalah salah untuk mengatakan kita harus menyembah Kristus yang diangkat sepertimana tertulis dalam Yohanes 3:14 di mana tertulis bahawa Anak manusia akan diangkat seperti juga apabila Musa mengangkat ular itu di gurun belantara. Tujuan penyaliban itu adalah supaya manusia akan beroleh kehidupan kekal dan bukan untuk Kristus menjadi tumpuan penyembahan seperti yang diajarkan oleh yang murtad. Kerana fahaman palsu inilah datangnya idea untuk menyembah tubuh dan darah Kristus seperti dalam upacara eukaris. Perbuatan sedemikian hanya menjadi penyembahan berhala.

Roh Kudus

Para Trinitarian menegaskan bahawa Roh Kudus adalah orang ketiga di dalam Ketuhanan. Ini merupakan suatu kepalsuan.

(Dipetik daripada The Statement of Beliefs of the Christian Faith, [A1] pp 1-4):

Roh Kudus (Kisah Para Rasul 2:4), adalah inti atau kuasa Allah yang dijanjikan Kristus bagi umat yang terpilih (Yohanes 16:7). Ia bukan 'seseorang' tetapi merupakan cabang kuasa Allah yang hidup. Melaluinya kita boleh berkongsikan Sifat Ketuhanan (2Petrus 1:4), sambil dipenuhi dengan Roh Kudus (Kisah Para Rasul 9:17, Efesus 5:18) kita menjadi Anak-anak Allah semuanya (Ayub 38:7; Roma 8:14; IYohanes 3:1-2) dan waris-waris bersama Kristus (Roma 8:17; Galatia 3:29; Titus 3:7; Ibrani 1:14; 6:17; 11:9; Yakobus 2:5; 1Petrus 3:7). Ia dikaruniakan Tuhan bagi mereka yang memintanya (Lukas 11:9-13) dan menurut Dia, ia tinggal di dalam sesiapa yang memelihara hukum-hukum Tuhan (1Yohanes 3:24; Kisah Para Rasul 5:32). Roh Kudus adalah penghibur yang memimpin umat-umat Tuhan kepada kebenaran (Yohanes 14:16,17,26). Roh Kudus memberi kuasa untuk bersaksi (Kisah 1:8). Ia membahagikan karunia seperti tertulis dalam 1Korintus 12:7-11 dan buah roh seperti digambarkan dalam Galatia 5:22-23 (Yohanes 3:34; Roma 12:6) dan dikaruniakan tanpa batasan. Melalui Roh, barulah Allah boleh meliputi semua dan berdiam dalam semua (1Korintus 15:28; Efesus 4:6).

Roh bekerja sebelum pembaptisan lagi. Roh memimpin sesuatu individu itu kepada Allah melalui Kristus (Ibrani 7:25).

Karunia-karunia Roh diberikan pada individu pada saat dia dibaptiskan dalam Roma 8:23 yang menyatakan dengan jelas bahawa penerimaan seseorang itu tidak berlaku sehinggalah tubuh badan telah ditebus kembali.

Dengan itu kita dilahirkan kembali tetapi terus tumbuh dalam roh setiap hari di dalam Kristus sehinggalah apabila kita datang ke dalam kemuliaan Tuhan. Roh Kudus adalah Roh Kebenaran (1Yohanes 4:6, 5:6) dan dengan bercakap kebenaran dalam semua perkara kita tumbuh dalam Kristus yakni pengetua kita dalam semua perkara (Efesus 4:15). Roh Kudus adalah Roh Allah (Roma 8:14) dan juga Roh Iman (2Korintus 4:13) yang menyelidiki segala sesuatu dan mengetahui semuanya (1Korintus 2:10-11; 12:3)

Dengan itu juga Roh Kudus bukanlah sebahagian daripada perorangan ketuhanan tetapi cara untuk kita menjadi elohim. Roh menyampaikan kepada Tuhan suatu pemahaman fikiran kita dan diri kita. Bersambung melalui Yesus Kristus iaitu pengantara dan elohim atau theos pengantaraan (Mazmur 45:6-7; Ibrani 1:8-9), ia membantu Kristus dalam menolong, mengajar dan menghibur kita serta memperkuatkan kita untuk mengerjakan kuasa Tuhan. Roh memberi setiap orang ciri-ciri yang Tuhan inginkan supaya mencukupkan badan itu seperti ternyata dalam 1 Korintus 12:7-11.

Roh boleh disangkal (1Tesalonika 5:19) dengan tidak mengendahkannya atau mendukakannya (Efesus 4:30), dan dengan itu menyatakan penerimaan dan kehilangan individu.

Buah Roh Kudus adalah kasih seperti dalam Galatia 5:22. Kerana itu, jika kita tidak mengasihi sesama sendiri, ertinya Roh Kudus tidak hadir.

Roh adalah sumber untuk kita menyembah Tuhan seperti ternyata di dalam Filipi 3:3. Oleh itu, ia tidak mungkin Tuhan sebagai suatu tumpuan penyembahan, atau setaraf dengan Allah Bapa. Ia suatu kuasa yang memperkuatkan Kristus. Kerana itu ia adalah 'Bapa yang Kekal' (Yesaya 9:5) di kalangan banyak 'bapa' yang ada di syurga dan dunia (Efesus 3:15). Kristus, secara delegasi, juga menjadi 'Bapa yang Kekal'.

Kesemua keluarga ini dinamakan untuk Allah Bapa, dan inilah sebabnya kita tunduk kepada Allah Bapa, menyembah Dia (Efesus 3:14-15).

Kristus adalah anak sulung bagi penciptaan. Untuknya segala sesuatu diciptakan di langit dan di bumi, yang boleh dilihat atau tidak, sama ada takhta atau kerajaan atau kuasa, segala sesuatu dicipta melalui dia dan untuk dia. Dia adalah yang terlebih daripada segalanya dan segala sesuatu ada di dalam dia (Kolose 1:16-17). Tetapi dia datang dari Tuhan dan Tuhanlah yang menjadikan agar segala ciptaan wujud dan hidup di dalam Kristus. Oleh itu Kristus bukanlah Allah dalam ertikata Allah Bapa adalah Tuhan yang satu-satunya abadi dan kekal selama-lamanya.

Allah dinyatakan di dalam Alkitab sebagai Tuhan dan Bapa kepada Kristus (Roma 15:6; 2Korintus 1:3; 11:31; Efesus 1:3,17; Kolose 1:3; Ibrani 1:1; 1Petrus 1:3; 2Yohanes 3; Wahyu 1:1,6; 15:3). Kristus beroleh kehidupannya, kuasanya dan kuasa pemerintahannya melalui perintah Allah Bapa (Yohanes 10:17-18).

Kristus berserah kepada Allah, iaitu Bapa (Matius 21:31; 26:39; Markus 14:36; Yohanes 3:16; 4:34). Allah memberi kepada umat terpilih Kristus dan Allah lebih besar daripada Kristus (Yohanes 14:28) dan melebihi segalanya (Yohanes 10:29). Dengan itu Allah telah menghantar satu-satunya anakNya (monogene) ke dunia ini supaya kita beroleh hidup melalui dia (1Yohanes 4:9). Allah yang meninggikan atau memuliakan Kristus (Yohanes 8:54), kerana Allah lebih besar daripada Kristus (Yohanes 14:28).

Allah adalah Batu Karang (sur) sebagai Kuari atau Gunung di mana datangnya semua yang lain, batu pemotong (Yosua 5:2) yang menyunatkan Israel, penggerak terutama dan berkesan (Ulangan 32:4)[lihat Maimonedes Guide of the Perplexed, Univ. of Chicago Press, 1965, Ch. 16, pp. 42]. Allah adalah Batu Karang Israel, gunung batu keselamatan mereka (Ulangan 32:15), juga batu yang memelihara mereka (Ulangan 32:18;28-31). 1Samuel 2:2 menunjukkan bahawa Allah kita adalah Batu Karang kita, yang berkekalan (Yesaya 26:4). Daripada Batu inilah datangnya semua yang lain seperti juga semua keturunan Abraham di dalam iman (Yesaya 51:1-2). Mesias dibentuk dari Batu ini (Daniel 2:34,45) untuk mengatasi empayar-empayar dunia. Allah adalah Batu yang menjadi asas di mana Kristus mendirikan Gerejanya (Matius 16:18) dan juga tempat sandarannya sendiri. Mesias adalah Batu Dasar Utama bagi Bait Suci Allah, di mana umat terpilih adalah Naos atau (tempat) Maha Suci, iaitu tempat berdiamnya Roh Kudus. Batu-batu Bait Suci ini semuanya berasal dari Batu itu iaitu Allah, seperti juga Kristus, dan disampaikan kepada Kristus, selaku batu rohani (1Korintus 10:4), batu sentuhan dan batu sandungan (Roma 9:33) untuk dia bentukkan kepada Bait Suci itu.

Kristus membina bait suci supaya Allah ada di dalam semua (Efesus 4:6). Allah telah menjadikan Kristus segalanya dan di dalam semuanya (panta kai en pasin Kolose 3:11), meletakkan segalanya pada kakinya (1Korintus 15:27) menjadikanya ketua kepada segalanya berkenaan Jemaat yang merupakan Tubuhnya, yang memenuhi semua dan segala sesuatu (Efesus 1:22-23). Apabila Allah meletakkan segala sesuatu di bawah Kristus, maknanya Allah terkecuali sebagai Dia yang meletakkan segalanya pada kaki Kristus (1 Korintus 15:27).

Setelah Kristus menguasai segalanya maka Kristus sendiri akan berserah kepada Allah yang telah memberikannya segala ini, supaya Allah boleh berada di dalam segala sesuatu (panta en pasin 1Korintus 15:28). Oleh kerana itu, doktrin-doktrin Platonik yang cuba untuk menggabungkan Allah dan Kristus di dalam Trinitas, bertentangan dengan Alkitab. Kristus akan duduk di sebelah tangan kanan Allah, mengikut arahan Allah (Ibrani 1:3,13; 8:1; 10:12; 12:2; 1Petrus 3:22) dan berkongsikan takhta Tuhan sepertimana juga umat terpilih akan berkongsikan takhta Kristus (Wahyu 3:21) yang juga merupakan takhta Tuhan (Mazmur 45:6-7; Ibrani 1:8).

Allah, yang menghantar, lebih tinggi daripada dia yang dihantar (Yohanes 13:16), hamba tidak lebih tinggi daripada tuannya (Yohanes 15:20).

Idea bahawa sesuatu makhluk itu boleh menjadi korban yang ditujukan kepada dirinya sendiri adalah suatu idea yang sangat tidak munasabah. Perbuatan seperti itu, secara logiknya menyerupai perbuatan membunuh diri atau jika menurut konsep Trinitarianisme, suatu pencacatan sebahagian. Kerana itu, doktrin ini menolak kebangkitan, terutamanya dalam 1Korintus 15.

Dengan itu, keistimewaan yang terdapat di dalam penyaliban dan kebangkitan kembali adalah sesuatu yang perlu ada dan harusnya sempurna. Kebangkitan haruslah di dalam bentuk tubuh badan yang mengalami pembaharuan, jika tidak, tiada keselamatan dan tiada penuaian. Persedian Kristus untuk kenaikannya ke Allah dan Allah kita juga, iaitu Bapa kita (Yohanes 20:17), adalah tulen dan khusus. Kristus mencapai kapasitinya untuk menjadi Tuhan dan juga keseluruhan sifat ketuhanan secara fizikal daripada pekerjaan Roh Kudus. Dengan itu, doktrin mengenai penerimaan melalui pembaptisan adalah benar dan sempurna.

Namun begitu, cuma ada satu Allah yang benar Eloah dan semua elohim yang lain wujud kerana kehendakNya dan menurut perintahNya. Segala kuasa dan takhta dan kerajaan di syurga dan dunia akan dikuasai oleh Yesus Kristus bagi dan melalui perintah Tuhan ini, satu-satunya Allah yang Maha Tinggi dan tumpuan penyembahan kita.

Tidak ada gunanya mementingkan cara-cara penyembahan secara fizikal seperti hari Sabat dan Hari-hari Suci yang bermula dengan hari Paskah. Jika Jemaat ini, atau sebarang jemaat yang lain, memeluk kepercayaan trinitarianme atau ditheisme berkenaan Tuhan lalu menolak kekuasaan satu-satunya Allah yang Maha Tinggi iaitu Allah Bapa, ianya sudahpun murtad dan mati secara rohani.

Engkau dipanggil untuk menyembah Allah yang Maha Kuasa melalui pengorbanan anakNya Yesus Kristus. Hari Sabat dan Paskah adalah tanda-tanda yang menunjukkan penyembahan ini. Kedua ini bukanlah penentu bagi iman kita. Allah satu-satunya tumpuan kehidupan kita. Sembahlah Dia.

Pemahaman Trinitarianisme Yang Tidak Munasabah

Para Trinitarian cuba untuk menerangkan konsep Allah Tiga-Kepala dengan menggunakan istilah Stoic 'hypostases' dan istilah Platonic 'ousia' yang bermaksud intipati perseorangan (essence of being).

Istilah hypostases diterapkan terutamanya di dalam doktrin Katolik yang membawa kepada pembentukan Majlis Chalcedon dan Constantinople II. Hasilnya adalah deklarasi Monarchia dan Circumincession. Deklarasi bahawa Ketuhanan (Godhead) 'boleh dibeza-bezakan namun tidak terpisah' adalah suatu pernyataan yang timbul dari Monarchia dan Cicumincession ini. Dari segi falsafah, ianya tidak masuk akal apabila kita mengingatkan penggunaan bahasa Inggeris. Penggunaan istilah hypostases dan ousia merupakan satu percubaan untuk menutup kekurangan ini. Ketuhanan diertikan oleh para Trinitarian sebagai tiga hypostases di dalam satu ousia, menggunakan istilah-istilah Stoic dan Platonik ini untuk membuat suatu perbezaan.

Ada di antara para Trinitarian yang cuba untuk menyangkal bahawa Tuhan itu satu 'Being' (makhluk atau kehidupan), dengan harapan untuk menambahkan lagi tingkah untuk mempertahankan diri mereka daripada digelar sebagai tidak munasabah, dan sebaliknya mengatakan ia suatu misteri. Penolakan istilah 'Being' bagi Allah dan Kristus ini meniadakan kewujudan mereka, dan ini tidak munasabah. Mengatakan bahawa Tuhan adalah suatu Fikiran Semesta (atau Jiwa Semesta) menolak adanya keperibadian Tuhan dan menolak hakikat Anak Allah selain menganggap kewujudan Anak sebagai suatu hypostasis. Ini hanyalah suatu permainan dengan kata-kata yang menidakkan kenyataan hidup Juruselamat. Sebaliknya pula, jika kewujudan nyata Anak ditegaskan juga, maka doktrin hanya akan bertentangan dengan hukum pertama:

Jangan ada allah lain di hadapan-Ku.

Yang dimaksudkan di sini adalah YHVH Eloheik (YHVH, Elohim Engkau) yang dikenalpasti di dalam Mazmur 45:7-8 sebagai Elohim yang diurapi sebagai Elohi kepada Israel. Dengan menaikkan taraf elohim pengantara kita, iaitu salah seorang daripada Majlis (Mazmur 89:7), ke tahap Eloah, Allah Bapa, adalah suatu tentangan terhadap hukum pertama. Inilah dosa Setan yang menamakan dirinya sebagai El di dalam Majlis Elohim (Yehezkiel 28:2).

Doktrin mengenai Trinitas berdasarkan pada anggapan-anggapan palsu yang bertujuan untuk menolong mengubah pandangan seseorang itu. Ianya seperti berikut:

Bahawa elohim sebagai Ketuhanan bermaksud dua bahagian saja tanpa membezakan antara Eloah dan berbagai makhluk yang lain termasuklah Majlis dan Angkatan Syurga (Daniel 7:9ff).

  1. Bahawa kedua-dua 'tuhan' ini (dan Roh Kudus) tidak boleh dipisahkan dari segi tubuh badan atau fikiran dan tidak boleh betul-betul dikenalpasti sebagai Makhluk.
  2. Bahawa kewujudan Kristus sebelum kelahirannya di dunia ini bukanlah sebagai Malaikat YHVH.
  3. Bahawa Kristus adalah satu-satunya Anak Allah sebelum penciptaan dunia (Ayub 1:6, 38:7).
  4. Bahawa hanya Kristus dan Setan sahaja yang menjadi Bintang Timur (Ayub 38:7; Yesaya 14:12; Wahyu 2:28; 22:16)
  5. Bahawa Kristus adalah Tuhan sama seperti Allah Bapa adalah Tuhan dan bukan sebagai orang bawahan Allah (Ibrani 1:9) yang dihantar Tuhan semesta alam (Zakaria 2:10-11). Dengan itu dia menjadi tumpuan penyembahan dan doa, bertentangan dengan Keluaran 34:14 dan Matius 4:10 sebagai contoh.
  6. Bahawa Kristus adalah satu-satunya Anak tunggal dan bukannya Anak dan Tuhan yang dilahirkan (monogenes theos dan uion)(Yohanes 1:18; 3:16; 1Yohanes 4:9; juga lihat Lukas 7:12; 8:42; 9:38; Ibrani 11:17 untuk perbandingan). Dia adalah yang sulung (proototokos) daripada penciptaan (Kolose 1:15), juga permulaan bagi penciptaan Tuhan (Wahyu 3:14).
  7. Bahawa Kristus mempunyai kewujudan selain dan berbeza daripa da waktu kehidupannya sebagai manusia, dan kerana itu dia boleh berdoa kepada dirinya sebagai Tuhan. Pendapat sedemikian menolak adanya perbezaan antara Allah Bapa dengan Anak dan juga kesempurnaan kebangkitan kembali. Ini adalah bersifat antikristus (1Yohanes 2:22; 4:3; 2Yohanes 7).
  8. Bahawa Kristus dan Allah mempunyai kehendak yang sama dan bahawa Kristus tidak mempunyai kehendaknya sendiri yang terserah kepada Allah melalui penurutannya, bertentangan dengan Matius 21:31; 26:39; Markus 14:36 dan Yohanes 3:16; 4:34.
  9. Bahawa di dalam sifat ketuhanan Kristus tidak ada penambahan dan pengurangan. Secara langsung, ini akan menyangkal kebangkitan kembali orang-orang saleh seperti tertulis dalam 1Korintus 15, dan di dalam janji-janji alkitab untuk umat terpilih. Trinitas menekankan bahawa sifat ketuhanan yang dikaruniakan kepada umat terpilih berbeza dengan yang ada pada Kristus.
  10. Bahawa karunia Roh Kudus mempunyai batasan tertentu, bertentangan dengan Yohanes 3:34 dan Roma 12:6.
  11. Bahawa Kristus tidak mungkin berdosa (ini berdasarkan idea bahawa sifat ketuhanan tidak mengalami penambahan atau pengurangan dan bukannya kerana Allah yang Maha Mengetahui telahpun tahu awal-awal lagi yang Kristus tidak akan berdosa).
  12. Bahawa Kristus wujud-bersama dengan Allah sehingga menyebabkan dia setaraf dan abadi-bersama dengan Allah, berlawanan dengan catatan Filipi 2:6 dan 1Timotius 6:16 bahawa hanya Allah seorang sahaja yang kekal abadi. Keabadian Kristus atau yang disebut kehidupan aioonion (1Yohanes 1:2) serta keabadian semua makhluk lain datang daripada Allah. Kristus dan umat terpilih mempunyai asal-usul yang sama (Ibrani 2:11), menerima kehidupan dan keabadian mereka melalui penurutan kepada Allah Bapa (Yohanes 5:19-30) yang mencipta segalanya (Maleakhi 2:10-15). Sama seperti Bapa mempunyai sumber kehidupan di dalam diriNya, demikianlah Dia memberi kepada AnakNya kehidupan dalam dirinya sendiri (Yohanes 5:26), dan kita sebagai waris bersama juga menerima hidup di dalam diri kita melalui perintah Allah.
  13. Bahawa umat terpilih bukanlah anak-anak Allah dalam ertikata yang sama dengan Kristus sebagai Anak Allah dan kerana itu bukanlah waris bersama, bertentangan dengan Roma 8:17; Galatia 3:29; Titus 3:7; Ibrani 1:14; 6:17; 11:9; Yakobus 2:5 dan 1 Petrus 3:7.
  14. Bahawa Allah Yang Tertinggi telah turun ke bumi dalam tubuh fizikal dan tinggal bersama manusia (ini disebabkan berlakunya tambahan kepada 1Timotius 3:16 di dalam Codex A. Penambahan yang salah ini diteruskan di dalam Alkitab versi KJV serta dimuatkan ke dalam pendahuluan pada versi NIV). Pernyataan bahawa Allah Yang Tertinggi turun sebagai manusia fana berlawanan dengan Yohanes 1:18 (dan juga Yohanes 1:14 di mana yang menjadi manusia adalah logos (atau Memra)) dan berbagai ayat yang membezakan Kristus daripada Allah Yang Benar (Eloah atau Theon, iaitu Allah Bapa), iaitu Allah bagi Yesus Kristus (Yohanes 17:3; 20:17; 1Korintus 8:6; 2Korintus 1:3) yang berdiri atas namaNya (Mikha 5:3).

Konsep-konsep yang menyatakan Allah adalah Satu telah salah difahami oleh para Trinitarian. Shema (Ulangan 6:4) terlalu rumit untuk diperiksa di sini (sila lihat keratan Joshua, the Messiah, the Son of God [134]. Yang disebutkan di dalam Ulangan 6:5 dikenalpasti sebagai Allah Yang Tertinggi, Allah yang telah mengurapi Kristus sebagai Elohi bagi Israel di dalam Mazmur 45:7. Persatuan Allah, yang perlu bagi Monotheisme, merupakan suatu golongan yang bersatu bersama di bawah suatu kehendak utama, bersepakat dan berhubungan secara rohani melalui Roh dan Kuasa Allah (1Korintus 2:4-14) yang melalui Kristus ditujukan kepada Allah (2Korintus 3:3-4).

Konsep Trinitas menolak persatuan yang wajib bagi monotheisme, dan secara langsung menjadi konsep politheisme. Ini berlaku kerana para ketua tidak memahaminya disebabkan tidak bersifat rohani (1Korintus 2:8,14).

Pertanyaan Untuk Para Trinitarian

Jika Allah adalah satu makhluk dengan tiga hypostases, atau keperibadian, iaitu Allah Bapa, Anak dan Roh Kudus, bagaimanakah perkara-perkara yang berikut boleh terjadi, seperti yang tercatat dengan jelas di dalam Alkitab?

Wahyu 1:1 mengatakan bahawa ia adalah ahyu Yesus Kristus yang diberikan Allah untuknya menunjukkan hamba-hambanya mengenai perkara-perkara yang akan terjadi. Dan dia mengutuskan dan menyatakannya melalui malaikatnya kepada hambanya Yohanes.

(Wahyu 3:21) Barangsiapa menang, ia akan kududukkan bersama-sama dengan aku di atas takhtaku, sebagaimana akupun telah menang dan duduk bersama-sama dengan Bapaku di atas takhtaNya.

(1Korintus 11:3) Tetapi aku mau, supaya kamu mengetahui hal ini, iaitu Kepala dari tiap-tiap laki-laki ialah Kristus, kepala dari perempuan ialah laki-laki dan Kepala dari Kristus ialah Allah.

(seperti di dalam Matius 27:46; Markus 15:34): Allahku, Allahku, mengapa Engkau meninggalkan aku?

Di dalam Yohanes 10:34-36 Kata Yesus kepada mereka, 'Tidakkah ada tertulis dalam kitab Taurat kamu: Aku telah berfirman, kamu adalah allah? Jikalau mereka, kepada siapa firman itu disampaikan, disebut allah - sedang Kitab Suci tidak dapat dibatalkan - masihkah kamu berkata kepada dia yang dikuduskan Bapa dan yang telah diutusNya ke dalam dunia: Engkau menghujat Allah! Karena aku telah berkata: Aku Anak Allah?

'Kitab Suci tidak dapat dibatalkan' disebutkan di sini untuk menunjukkan bahawa kita akan menjadi elohim dan hakikat ini tidak boleh dibatalkan atau dimusnahkan. Bagaimana pula Kristus berbeza daripada yang lain selaku hak Allah dan dihantar ke dunia jika Kristus adalah Allah dan tidak ada yang lainnya?

Untuk dia menjadi permulaan (arche, bukan pemerintah seperti di dalam NIV) bagi penciptaan Allah (Wahyu 3:14), gambaran Allah yang tidak kelihatan, yang sulung antara seluruh penciptaan (Kolose 1:15).

Para Trinitarian menegaskan bahawa arche dan proototokos hanyalah gelaran untuk mengelak daripada pernyataan-pernyataan yang jelas tertulis di dalam ayat-ayat tersebut bersama-sama dengan 1Timotius 6:16 yang menunjukkan bahawa hanya Allah sahaja yang kekal abadi.

(Yohanes 3:16) Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan AnakNya yang tunggal...

(Efesus 4:6) satu Allah dan Bapa dari semua, Allah yang di atas semua dan oleh semua dan di dalam semua.

Dengan itu, ayat ini menolak kemungkinan bahawa hanya Bapa di dalam Anak dan Anak di dalam Bapa. Hubungan sebegini juga meliputi umat terpilih.

Yesus adalah Anak Allah Yang Maha Tinggi (Markus 5:7) iaitu Allah baginya dan juga Bapanya (Kolose 1:3; 1Tesalonika 3:11), dan ia berbeza daripada Allah dan Bapa kita (2 Tesalonika 2:16). Walaupun dia mengatakan bahawa Allah adalah Bapanya, ini tidak bermaksud bahawa dia sama taraf dengan Allah seperti yang dimaksudkan oleh golongan Farisi di dalam Yohanes 5:18. Kerana itu pemahaman trinitarian adalah bohong yang serupa dengan yang dilemparkan kepada Kristus pada masa tersebut. Bagaimana ini terjadi?

Jika ada tiga hypostases (perorangan), bagaiman tujuh roh Allah wujud (Wahyu 5:6)? Bukankah tujuh mata di dalam tujuh tanduk ini bermaksud penguasa atau makhluk yang berlainan yang diutus oleh Kristus selaku Domba untuk mengawal dunia?

(1Petrus 1:19,21) ..melainkan dengan darah yang mahal, iaitu darah Kristus yang sama seperti darah anak domba yang tak bernoda dan tak bercacat...Oleh dialah kamu percaya kepada Allah, yang telah membangkitkan dia dari antara orang mati dan yang telah memuliakannya, sehingga imanmu dan pengharapanmu tertuju kepada Allah. Roma 5:15 pula mengatakan 'jika karena pelanggaran satu orang semua orang telah jatuh di dalam kuasa maut, jauh lebih besar lagi kasih karunia Allah dan karuniaNya, yang dilimpahkanNya atas semua orang karena satu orang, iaitu Yesus Kristus. Iman dan pengharapan kita terletak di dalam Allah, bukan Kristus, namun melalui Kristus dengan kuasa Roh Kudus selaku Roh Keimanan dan Kebenaran.

(Lukas 11:13) ...apalagi Bapamu yang di syurga! Ia akan memberikan Roh Kudus kepada mereka yang meminta kepadaNya.

(Yohanes 17:4) Aku telah...menyelesaikan pekerjaan yang Engkau berikan kepadaku untuk melakukannya.

(Yohanes 17:9) Aku berdoa untuk mereka. Bukan untuk dunia aku berdoa, tetapi untuk mereka, yang telah Engkau berikan kepadaku, sebab mereka adalah milikMu.

(1Yohanes 5:10) ...karena ia tidak percaya akan kesaksian yang diberikan Allah tentang AnakNya.

(Yohanes 14:28) Kamu telah mendengar, bahawa aku telah berkata kepadamu: Aku pergi, tetapi aku datang kembali kepadamu. Sekiranya kamu mengasihi aku , kamu tentu akan bersukacita karena aku pergi kepada Bapaku, sebab Bapa lebih besar daripada aku.

(Matius 24:36) Tetapi tentang hari dan saat itu tidak seorangpun yang tahu, malaikat-malaikat di syurga tidak, dan AnakNya tidak, hanya Bapa sendiri.

(Wahyu 1:1) Inilah wahyu Yesus Kristus, yang dikaruniakan Allah kepadanya, supaya ditunjukkannya kepada hamba-hambanya apa yang harus segera terjadi.

(1Timotius 2:5) Karena Allah itu esa dan esa pula dia yang menjadi pengantara antara Allah dan manusia, iaitu manusia Yesus Kristus.

(Galatia 3:20) Seorang pengantara bukan hanya mewakili satu orang saja, sedangkan Allah adalah satu.

(1Yohanes 2:1) ...kita mempunyai seorang pengantara pada Bapa, iaitu Yesus Kristus, yang adil.

(1Yohanes 2:22) Siapakah pendusta itu? Bukankah dia yang menyangkal bahawa Yesus adalah Kristus? Dia itu adalah antikristus, iaitu dia yang menyangkal baik Bapa maupun Anak.

(Yohanes 10:18) Inilah tugas yang kuterima dari Bapaku.

(Yohanes 7:16) Ajarku tidak berasal dari diriku sendiri, tetapi dari Dia yang telah mengutus aku.

(Matius 7:21) Bukan setiap orang yang berseru kepadaku: Tuhan, Tuhan! akan masuk ke dalam kerajaan syurga, melainkan dia yang melakukan kehendak Bapaku yang di syurga.

(Matius 12:50) Sebab sesiapapun yang melakukan kehendak Bapaku di syurga, dialah saudaraku laki-laki, dialah saudaraku perempuan, dialah ibuku.

(Matius 26:39) Ya Bapaku, jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu dari padaku, tetapi janganlah seperti yang kukehendaki, melainkan seperti yang Engkau kehendaki.

(Markus 3:35) Barangsiapa melakukan kehendak Allah, dialah saudaraku laki-laki, dialah saudaraku perempuan, dialah ibuku.

(Yohanes 4:34) Makananku ialah melakukan kehendak Dia yang mengutus aku dan menyelesaikan pekerjaanNya.

(1Tesalonika 5:18) Mengucap syukurlah dalam segala hal, sebab itulah yang dikehendaki Allah di dalam Kristus Yesus bagi kamu.

Allah adalah tumpuan penyembahan seperti dinyatakan Yesaya dan ini diulang oleh Kristus di dalam Matius 15:9 'Percuma mereka beribadah kepadaku, sedangkan ajaran yang mereka ajarkan ialah perintah manusia'.

(Lukas 4:8) Tetapi Yesus berkata kepadanya: 'Ada tertulis: Engkau harus menyembah Tuhan, Allahmu, dan hanya kepada Dia sajalah engkau berbakti'.

(Yohanes 4:21-23) ..kamu akan menyembah Bapa...Kamu menyembah apa yang tidak kamu kenal, kami menyembah apa yang kami kenal, sebab keselamatan datang dari bangsa Yahudi. Tetapi saatnya akan datang dan sudah tiba sekarang, bahwa penyembah-penyembah benar akan menyembah Bapa dalam roh dan kebenaran; sebab Bapa menghendaki penyembah-penyembah demikian.

(Efesus 3:14-15) Itulah sebabnya aku sujud kepada Bapa, yang daripadaNya semua turunan yang di dalam syurga dan di atas bumi menerima namanya.

(Yohanes 14:28) Kamu telah mendengar, bahwa aku telah berkata kepadamu: Aku pergi, tetapi aku datang kembali kepadamu. Sekiranya kamu mengasihi aku, kamu tentu akan bersukacita karena aku pergi kepada Bapaku, sebab Bapa lebih besar daripada aku.

(Yohanes 16 27-28) ...dan percaya, bahwa aku datang dari Allah. Aku datang dari Bapa...aku meninggalkan dunia pula dan pergi kepada Bapa.

(Yohanes 6:46) Hal itu tidak berarti, bahwa ada orang yang telah melihat Bapa. hanya dia yang datang dari Allah, dialah yang telah melihat Bapa.

(Yohanes 5:37) Bapa yang mengutus aku, Dialah yang bersaksi tentang aku. Kamu tidak pernah mendengar suaraNya, rupaNyapun tidak pernah kamu lihat.

(Yohanes 11:41-42) ...Bapa, aku mengucap syukur kepadaMu, karena Engkau telah mendengarkan aku. Aku tahu, bahwa Engkau selalu mendengarkan aku, tetapi oleh karena orang banyak yang berdiri di sini mengelilingi aku, aku mengatakannya, supaya mereka percaya, bahwa Engkaulah yang telah mengutus aku.

(Yohanes 5:19) ...Aku berkata kepadamu, sesungguhnya anak tidak dapt mengerjakan sesuatu dari dirinya sendiri, jikalau tidak ia melihat Bapa mengerjakannya; sebab apa yang dikerjakan Bapa, itu juga yang dikerjakan Anak. Bolehkah ia meniru dirinya sendiri?

(Yohanes 12:49-50) Sebab aku berkata-kata bukan dari diriku sendiri, tetapi Bapa, yang mengutus aku, Dialah yang memerintahkan aku untuk mengatakan apa yang harus aku katakan dan aku sampaikan.

(1Korintus 15:28) Tetapi kalau segala sesuatu telah ditaklukkan di bawah Kristus, maka ia sendiri sebagai Anak akan menaklukkan dirinya di bawah Dia, yang telah menaklukkan segala sesuatu di bawahNya, supaya Allah menjadi semua di dalam semua.

(1Korintus 15:24) Kemudian tiba kesudahannya, iaitu bilamana ia menyerahkan Kerajaan kepada Allah Bapa, sesudah ia membinasakan segala pemerintahan, kekuasaan dan kekuatan.

(Yohanes 5:30) Aku tidak dapat berbuat apa-apa dari diriku sendiri; Aku menghakimi sesuai dengan apa yang aku dengar, dan penghakimanku adil, sebab aku tidak menuruti kehendakku sendiri, melainkan kehendak Dia yang mengutus aku.

(Yohanes 5:19) Aku berkata kepadamu, sesungguhnya Anak tidak dapat mengerjakan sesuatu dari dirinya sendiri, jikalau tidak ia melihat Bapa mengerjakannya; sebab apa yang dikerjakan Bapa, itu juga yang dikerjakan Anak.

(Matius 26:29) Akan tetapi aku berkata kepadamu: mulai dari sekarang aku tidak akan minum lagi hasil pokok anggur ini sampai pada hari aku meminumnya, iaitu yang baru, bersama-sama dengan kamu dalam Kerajaan Bapaku.

(Markus 10:15) Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya barangsiapa tidak menyambut Kerajaan Allah seperti seorang anak kecil, ia tidak akan masuk ke dalamnya.

(Lukas 12:32) Janganlah takut, hai kamu kawanan kecil! Karena Bapamu telah berkenan memberikan kamu Kerajaan itu.

(Lukas 22:29-30) Dan aku menentukan hak-hak Kerajaan bagi kamu, sama seperti Bapaku menentukannya bagiku, bahwa kamu akan makan dan minum semeja dengan aku di dalam Kerajaanku dan kamu akan duduk di atas takhta untuk menghakimi kedua belas suku Israel.

(Roma 8:17) Dan jika kita adalah anak, maka kita juga adalah ahli waris, maksudnya orang-orang yang berhak menerima janji-janji Allah, yang akan menerimanya bersama-sama dengan Kristus,...

(Matius 10:32-33) Setiap orang yang mengakui aku di depan manusia, aku juga akan mengakuinya di depan Bapaku yang di syurga. Tetapi barangsiapa menyangkal Aku di depan manusia, aku juga akan menyangkalnya di depan Bapaku di syurga.

Yohanes 15:23 menyebut 'Barangsiapa membenci aku, ia membenci juga Bapaku'. Namun ini tidak bermaksud bahawa cuma ada satu makhluk sahaja, seperti yang tercatat di dalam Yohanes 5:20: 'Sebab Bapa mengasihi Anak dan Ia menunjukkan kepadanya segala sesuatu yang dikerjakanNya sendiri, bahkan Ia akan menunjukkan kepadanya pekerjaan-pekerjaan yang lebih besar lagi daripada pekerjaan-pekerjaan itu, sehingga kamu menjadi heran'. Dari sini, bagaimanakah seseorang yang maha mengetahui ditunjukkan sesuatu oleh seorang lagi yang juga maha mengetahui? Oleh itu, dengan melihat pernyataan di atas (dan Wahyu 1:1), adakah Kristus seorang yang maha mengetahui?

Allah adalah roh. Yohanes 4:24 menyebut 'Allah itu Roh dan barangsiapa menyembah Dia, harus menyembahNya dalam roh dan kebenaran'. Tafsiran ayat ini secara bulat-bulat sebagai 'Allah adalah roh' tidak disokong oleh sama ada versi terjemahan lain bagi ayat ini atau cara penggunaannya oleh ahli teologi pra-Nicene dan penterjemah-penterjemah mereka. Tafsiran ini digunakan untuk menegaskan bahawa sifat Allah tidak berperibadi dan tidak khusus. Dari situ istilah Allah dilanjutkan untuk meliputi suatu bidang struktur yang lebih luas. Konsep ini berterusan, melebihi trinitarianisme, kepada Teologi Proses.

Allah mempunyai keluarga seperti dalam Efesus 3:14-16 'Itulah sebabnya aku sujud kepada Bapa, yang daripadaNya semua turunan yang di dalam syurga dan di atas bumi menerima namaNya,..

Para Trinitarian mencuba untuk membentuk Kristus dan Allah kepada Satu atau menegaskan bahawa Kristus adalah Allah dengan merujuk kepada ayat-ayat palsu di atas dan juga penterjemahan salah pada Yohanes 1:1 yang mungkin lebih tepat lagi berbunyi, 'Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah itu (Theon) dan Firman itu adalah (suatu) Allah (theos).

Ayat Yohanes 2:19 juga diambil sebagai bermaksud bahawa Kristus adalah Allah kerana dia berkata, 'Rombak Bait Allah ini, dan dalam tiga hari aku akan mendirikannya kembali'.

Penyangkalan terhadap pendapat ini boleh didapati dalam buku yang sama iaitu dalam Yohanes 10:18 di mana Kristus menyebut mengenai hidupnya,

'Tidak seorangpun mengambilnya daripadaku, melainkan aku memberikannya menurut kehendakku sendiri. Aku berkuasa memberikannya dan berkuasa mengambilnya kembali. Inilah tugas yang kuterima dari Bapaku'.

Tidak syak lagi bahawa Kristus adalah hamba yang taat, menurut dan berserah kepada Allah Benar yang Satu. Dia saudara kita dan waris bersama dalam janji berkenaan Kerajaan Allah. Namun kita tidak menyembahnya atau lambang-lambang kerohaniannya. Dari perintahnya kita menyembah Allah.

q