Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[075]

 

 

 

 

Berkat dan Kutukan

(Edisi  2.0 19941105-19990309)

 

Karya ini mengkaji Ulangan 28 serta aplikasinya kepada bangsa.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1994, 1999 Wade Cox)

(Tr. 2005)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Berkat dan Kutukan



Apabila Tuhan mengeluarkan hukum taurat melalui orang tengah dan memerintahkan Mesias sebagai Malaikat Hadirat atau Malaikat Perjanjian untuk menyampaikan hukum itu kepada Israel melalui Musa, dia telah mendirikan sebuah sistem, yang tidak akan gagal atau kekurangan. Sistem ini dijadikan serba kekurangan dalam implementasinya oleh tradisi-tradisi Judaisme. Berkat dan kutukan membabitkan seluruh Israel dan bukan hanya Judaisme. Lebih penting lagi, berkat dan kutukan ini menunjukkan bahawa Tuhan menguruskan bangsa-bangsa secara khusus dan sebuah struktur Jemaat pelbagai bangsa ingin meniadakan sistem khusus tersebut yang telah didirikan Tuhan untuk menangani semua bangsa. Yang pentingnya Israel ditempatkan di atas semua bangsa di bumi dan akan diletakkan pada kedudukan yang lebih tinggi dari semua bangsa bumi pada kedatangan semula Mesias. Mereka akan menjadi suatu cahaya terang dan satu bangsa imam; oleh sebab itu, kita bukannya berdepan dengan pembahagian kuasa dan kesejahteraan material yang tidak adil. Setiap bangsa boleh mendapat bahagian dalam kesejahteraan ini berdasarkan penerimaan mereka terhadap perintah-perintah Tuhan. Oleh itu mereka menjadi sebahagian dari Israel. Bagaimanapun, jika Israel telah terus mentaati hukum taurat itu, sudah tentu mereka tidak akan perlu menunggu dan sepatutnya telah dapat mencapai kedudukan terunggul melalui Mesias dan Angkatan Syurgawi sebelum itu.

 

Ulangan 28:1-68 "Jika engkau baik-baik mendengarkan suara TUHAN, Allahmu, dan melakukan dengan setia segala perintah-Nya yang kusampaikan kepadamu pada hari ini, maka TUHAN, Allahmu, akan mengangkat engkau di atas segala bangsa di bumi. 2 Segala berkat ini akan datang kepadamu dan menjadi bagianmu, jika engkau mendengarkan suara TUHAN, Allahmu: 3 Diberkatilah engkau di kota dan diberkatilah engkau di ladang. 4 Diberkatilah buah kandunganmu, hasil bumimu dan hasil ternakmu, yakni anak lembu sapimu dan kandungan kambing dombamu. 5 Diberkatilah bakulmu dan tempat adonanmu. 6 Diberkatilah engkau pada waktu masuk dan diberkatilah engkau pada waktu keluar.

 

Berkat-berkat Tuhan meluas untuk merangkumi semua aspek bangsa di kota dan di ladang. Maka kesejahteraan material terikat kepada hukum.

 

7 TUHAN akan membiarkan musuhmu yang maju berperang melawan engkau, terpukul kalah olehmu. Bersatu jalan mereka akan menyerangi engkau, tetapi bertujuh jalan mereka akan lari dari depanmu.

 

Di sini musuh-musuh bangsa dibubarkan dengan tindakan-tindakan Tuhan melalui Angkatan Syurgawi. Serangan-serangan bersatu perikatan-perikatan musuh akan dikalahkan dan dibubarkan.

 

8 TUHAN akan memerintahkan berkat ke atasmu di dalam lumbungmu dan di dalam segala usahamu; Ia akan memberkati engkau di negeri yang diberikan kepadamu oleh TUHAN, Allahmu.

 

Pengekalan berkat-berkat ini bergantung pada perintah Yahoveh dalam kawasan-kawasan yang diberikan oleh Yahoveh Elohim. Maka Mesias memberi berkat-berkat dalam kawasan sempadan yang dibahagikan kepada bangsa-bangsa oleh Tuhan.

 

9 TUHAN akan menetapkan engkau sebagai umat-Nya yang kudus, seperti yang dijanjikan-Nya dengan sumpah kepadamu, jika engkau berpegang pada perintah TUHAN, Allahmu, dan hidup menurut jalan yang ditunjukkan-Nya.

 

Di sini pernyataan khusus diberikan bahawa penubuhan bangsa tersebut sebagai umat yang kudus kepada Tuhan adalah tujuan dan janji khusus Tuhan dan bahawa ia tertakhluk pada pemeliharaan perintah-perintah Tuhan.

 

10 Maka segala bangsa di bumi akan melihat, bahwa nama TUHAN telah disebut atasmu, dan mereka akan takut kepadamu.

 

Di sini janji dibuat bahawa Tuhan akan menjadikan orang lain takut akan kita sebagai satu bangsa, kerana kita dipanggil dengan nama Tuhan. Teks-teks Interlinear menunjukkan bahawa susunan katanya di sini adalah nama Yahovah dinamakan atas kamu. Maka identifikasi umat pilihan melibatkan penamaan bangsa serta pemahaman sifat Tuhan. Jemaat Filadelfia dipentingkan kerana ia hanya mempunyai sedikit kuasa namun menurut firman itu dan tidak menyangkal nama Mesias (Wahyu 3:8).

 

11 Juga TUHAN akan melimpahi engkau dengan kebaikan dalam buah kandunganmu, dalam hasil ternakmu dan dalam hasil bumimu--di tanah yang dijanjikan TUHAN dengan sumpah kepada nenek moyangmu untuk memberikannya kepadamu. 12 TUHAN akan membuka bagimu perbendaharaan-Nya yang melimpah, yakni langit, untuk memberi hujan bagi tanahmu pada masanya dan memberkati segala pekerjaanmu, sehingga engkau memberi pinjaman kepada banyak bangsa, tetapi engkau sendiri tidak meminta pinjaman.

 

Maka janji-janji di sini membabitkan dua aspek sebagai tanda berkat Tuhan. Tuhan akan memberi hujan pada masanya dan bangsa ini akan menjadi pemberi pinjaman dan bukan peminta pinjaman. Oleh itu, kemarau (kekeringan) adalah tanda ketidakselarasan dengan kalendar jubli dan tidak memelihara hukum-hukum Tuhan. Hasil menyeluruh kedudukan ini adalah bahawa bangsa memiliki kekayaan dan tidak perlu meminjam. Hakikat bahawa dunia kini berada dalam keadaan yang kacau adalah bukti bagi keadaan hubungan rohani dunia ini yang tidak baik dengan Tuhan.

 

13 TUHAN akan mengangkat engkau menjadi kepala dan bukan menjadi ekor, engkau akan tetap naik dan bukan turun, apabila engkau mendengarkan perintah TUHAN, Allahmu, yang kusampaikan pada hari ini kaulakukan dengan setia, 14 dan apabila engkau tidak menyimpang ke kanan atau ke kiri dari segala perintah yang kuberikan kepadamu pada hari ini, dengan mengikuti allah lain dan beribadah kepadanya."

 

Perintah Tuhan jelas dikenalpasti dengan persetujuan dan bantuan atau rahmat Tuhan. Kegagalan untuk memelihara perintah itu dengan sendirinya dikenalpasti sebagai mengikuti tuhan lain. Maka aspek keberhalaan tidak bergantung pada ibadah iblis setan secara khusus dan dilakukan dengan sengaja. Kenyataan bahawa seseorang mengikuti doktrin-doktin iblis setan, sekalipun menurut rangka-rangka rujukannya sendiri, meletakkan seseorang itu dalam permusuhan terhadap Tuhan.

 

Keingkaran kepada hukum Tuhan boleh dihukum secara individu dan berkumpulan. Tuhan bertindak terhadap bangsa seperti mana Dia bertindak terhadap keluarga. Bangsa-bangsa tersebut juga dihakimi sebagaimana Bani Syurgawi yang mentadbir mereka (lihat karya Malaikat YHVH (No. 24)).

 

15 "Tetapi jika engkau tidak mendengarkan suara TUHAN, Allahmu, dan tidak melakukan dengan setia segala perintah dan ketetapan-Nya, yang kusampaikan kepadamu pada hari ini, maka segala kutuk ini akan datang kepadamu dan mencapai engkau: 16 Terkutuklah engkau di kota dan terkutuklah engkau di ladang. 17 Terkutuklah bakulmu dan tempat adonanmu. 18 Terkutuklah buah kandunganmu, hasil bumimu, anak lembu sapimu dan kandungan kambing dombamu. 19 Terkutuklah engkau pada waktu masuk dan terkutuklah engkau pada waktu keluar.

 

Perintah dan ketetapan tersebut haruslah dipelihara. Hukuman adalah berterusan untuk keingkaran dan ini dibayangkan dalam hasil negeri itu. Bangsa dikenakan tindakan sebagai satu umat. Bangsa tersebut akan diberikan kebersihan gigi. Dalam kata lain mereka akan mengalami kebuluran. Kekayaan bumi berhubungkait dengan hukum-hukum Tuhan.

 

20 TUHAN akan mendatangkan kutuk, huru-hara dan penghajaran ke antaramu dalam segala usaha yang kaukerjakan, sampai engkau punah dan binasa dengan segera karena jahat perbuatanmu, sebab engkau telah meninggalkan Aku.

 

Tuhan bertindak terhadap umat dengan kutukan dan huru-hara dan pengajaran. Huru-hara ini melarat dari atas ke bawah. Kepimpinan atau pentadbiran bangsa dipenuhi dengan kebodohan dan pembuatan keputusan yang bodoh yang bertentangan dengan kebajikan penduduknya. Keputusan-keputusan yang dibuat yang tidak padan dengan kesaksian dan hukum taurat membenamkan bangsa ke dalam kegelapan. Kebinasaan sesuatu bangsa yang menderhakai Tuhan berlaku pantas. Fikirkan betapa cepatnya Amerika Syarikat telah merosot. Fikirkan betapa pantasnya Australia merosot dengan mengikuti teladan Amerika itu. Perhatikan sekarang pada Sydney dan Mardi-Gras. Bangsa ini akan dihapuskan dengan cepat melainkan ia bertaubat.

 

21 TUHAN akan melekatkan penyakit sampar kepadamu, sampai dihabiskannya engkau dari tanah, ke mana engkau pergi untuk mendudukinya. 22 TUHAN akan menghajar engkau dengan batuk kering, demam, demam kepialu, sakit radang, kekeringan, hama dan penyakit gandum; semuanya itu akan memburu engkau sampai engkau binasa. 23 Juga langit yang di atas kepalamu akan menjadi tembaga dan tanah yang di bawahpun menjadi besi. 24 TUHAN akan menurunkan hujan abu dan debu ke atas negerimu; dari langit akan turun semuanya itu ke atasmu, sampai engkau punah.

 

Penyakit sampar ini akan dilepaskan atas umat sehingga mereka dihapuskan. Perhatikanlah penyakit-penyakit yang semakin endemik dalam negara ini. Keadaan-keadaan wabak Denggi dan penyakit bawaan nyamuk adalah serius. Parasit dan lalang dibawa masuk melalui pembuatan keputusan pentadbiran yang kurang cekap. Firdaus ini sedang berubah menjadi padang gurun disebabkan ketidakcekapan dan pemikiran yang sesat.

 

25 TUHAN akan membiarkan engkau terpukul kalah oleh musuhmu. Bersatu jalan engkau akan keluar menyerang mereka, tetapi bertujuh jalan engkau akan lari dari depan mereka, sehingga engkau menjadi kengerian bagi segala kerajaan di bumi. 26 Mayatmu akan menjadi makanan segala burung di udara serta binatang-binatang di bumi, dengan tidak ada yang mengganggunya.

 

Sedangkan kita telah diberikan janji-janji hak kesulungan dan mengambilnya melalui campur tangan Tuhan agar penduduk negara-negara tersebut juga mendapat manfaat dengan pengenalan hukum-hukum adil Tuhan yang berbelas kasihan, kita menyesatkan hukum-hukum itu dan menganiaya orang-orang tersebut. Hanya sekarang barulah orang-orang itu dipulihkan. Orang Indian Amerika dan Aborigine Australia sepatutnya telah dijadikan bangsa-bangsa yang kuat di bawah kuasa Tuhan tetapi sebaliknya mereka dipaksa memisahkan diri mereka dari hukum kerana penyesatan kita terhadap hukum dan prinsip-prinsip agama kita yang palsu. Orang Amerika tidak pernah mematuhi perjanjian dengan orang Indian. Kita juga serupa.

 

27 TUHAN akan menghajar engkau dengan barah Mesir, dengan borok, dengan kedal dan kudis, yang dari padanya engkau tidak dapat sembuh. 28 TUHAN akan menghajar engkau dengan kegilaan, kebutaan dan kehilangan akal, 29 sehingga engkau meraba-raba pada waktu tengah hari, seperti seorang buta meraba-raba di dalam gelap; perjalananmu tidak akan beruntung, tetapi engkau selalu diperas dan dirampasi, dengan tidak ada seorang yang datang menolong.

 

Jenis-jenis penyakit yang bertambah setiap hari adalah semakin menakutkan. Epidemik AIDS nampaknya dinubuatkan dalam Roma 1:25-27. Peningkatan kegilaan dalam masyarakat dunia adalah bukti pelanggaran hukum-hukum Tuhan. Fungsi penyakit gila adalah bahawa ia dikenakan di seluruh bangsa pada orang-orang yang tidak mengerjakan Roh Kudus. Ia terjadi dari penderitaan masyarakat dan lazimnya bukan tanggungjawab langsung individu yang terikat kepada ciri-ciri kimia rantai makanan dan simpanan air. Rom menggunakan paip-paip timah disebabkan ketidakcekapan pentadbirannya dan akibatnya bangsa ini menderita kegilaan endemik. Ubat dadah dalam masyarakat ini meningkatkan penyakit gila dan juga masalah-masalah genetik.

 

Hubungan-hubungan keluarga retak dan masyarakat hancur. Kaum wanita kita menjadi pelacur-pelacur untuk tentera penjajah dan hasil kita akan diberikan kepada orang lain.

 

30 Engkau akan bertunangan dengan seorang perempuan, tetapi orang lain akan menidurinya. Engkau akan mendirikan rumah, tetapi tidak akan mendiaminya. Engkau akan membuat kebun anggur, tetapi tidak akan mengecap hasilnya. 31 Lembumu akan disembelih orang di depan matamu, tetapi engkau tidak akan memakan dagingnya. Keledaimu akan dirampas dari depanmu, dan tidak akan dikembalikan kepadamu. Kambing dombamu akan diberikan kepada musuhmu dengan tidak ada orang yang datang menolong engkau. 32 Anak-anakmu lelaki dan anak-anakmu perempuan akan diserahkan kepada bangsa lain, sedang engkau melihatnya dengan matamu sendiri, dan sehari-harian engkau rindu kepada mereka, dengan tidak dapat berbuat apa-apa. 33 Suatu bangsa yang tidak kaukenal akan memakan hasil bumimu dan segala hasil jerih payahmu; engkau akan selalu ditindas dan diinjak. 34 Engkau akan menjadi gila karena apa yang dilihat matamu. 35 TUHAN akan menghajar engkau dengan barah jahat, yang dari padanya engkau tidak dapat sembuh, pada lutut dan pahamu, bahkan dari telapak kakimu sampai kepada batu kepalamu.

 

Urutan ini diperlukan untuk meletakkan dalam susunan proses pertaubatan. Tanpa proses ini kita tidak akan dapat melihat akibat dari apa yang kita lakukan. Ia harus berlaku pantas dan keras; demi menguatkan lagi kesan pengajaran perbandingan ini.

 

Di sini kita lihat bahawa Musa telah menubuatkan bahawa monarki akan ditubuhkan. Pelayanan elohim lain digabungkan dengan kayu dan batu tidak bermakna bahawa elohim tersebut diperbuat dari kayu dan batu. Teks utama Interlinear memisahkan mereka dengan tanda koma.

 

36 TUHAN akan membawa engkau dengan raja yang kauangkat atasmu itu kepada suatu bangsa yang tidak dikenal olehmu ataupun oleh nenek moyangmu; di sanalah engkau akan beribadah kepada allah lain, kepada kayu dan batu.

 

Penawanan ini adalah oleh sebuah bangsa asing yang kita tidak ketahui. Mereka akan menggunakan bahasa asing dan akan diberikan hati batu untuk menguruskan kita. Tambahan lagi, jalan-jalan kita begitu jahat sekali hinggakan ia ditunjukkan bahawa apa yang kita sebutkan sebagai agama adalah terpisah sepenuhnya dari ibadah Allah Maha Esa dan keberhasilan yang datang dari iman itu. Sehingga kini bangsa ini telah dilindungi dan diberikan hak kesulungannya kerana janji yang telah diberikan kepada Yusuf melalui anak-anaknya Efraim dan Manasye.

 

Kejadian 48:15-22  Sesudah itu diberkatinyalah Yusuf, katanya: "Nenekku dan ayahku, Abraham dan Ishak, telah hidup di hadapan Allah; Allah itu, sebagai Allah yang telah menjadi gembalaku selama hidupku sampai sekarang, 16 dan sebagai Malaikat yang telah melepaskan aku dari segala bahaya, Dialah kiranya yang memberkati orang-orang muda ini, sehingga namaku serta nama nenek dan bapaku, Abraham dan Ishak, termasyhur oleh karena mereka dan sehingga mereka bertambah-tambah menjadi jumlah yang besar di bumi." 17 Ketika Yusuf melihat bahwa ayahnya meletakkan tangan kanannya di atas kepala Efraim, hal itu dipandangnya tidak baik; lalu dipegangnya tangan ayahnya untuk memindahkannya dari atas kepala Efraim ke atas kepala Manasye. 18 Katanya kepada ayahnya: "Janganlah demikian, ayahku, sebab inilah yang sulung, letakkanlah tangan kananmu ke atas kepalanya." 19 Tetapi ayahnya menolak, katanya: "Aku tahu, anakku, aku tahu; ia juga akan menjadi suatu bangsa dan ia juga akan menjadi besar kuasanya; walaupun begitu, adiknya akan lebih besar kuasanya dari padanya, dan keturunan adiknya itu akan menjadi sejumlah besar bangsa-bangsa." 20 Lalu diberkatinyalah mereka pada waktu itu, katanya: "Dengan menyebutkan namamulah orang Israel akan memberkati, demikian: Allah kiranya membuat engkau seperti Efraim dan seperti Manasye." Demikianlah didahulukannya Efraim dari pada Manasye. 21 Kemudian berkatalah Israel kepada Yusuf: "Tidak lama lagi aku akan mati, tetapi Allah akan menyertai kamu dan membawa kamu kembali ke negeri nenek moyangmu. 22 Dan sekarang aku memberikan kepadamu sebagai kelebihanmu dari pada saudara-saudaramu, suatu punggung gunung yang kurebut dengan pedang dan panahku dari tangan orang Amori."

 

Malaikat yang telah menebus Israel adalah Mesias sebagai Malaikat YHVH. Berkat yang diberikan kepada Israel melalui Yusuf dan Efraim telah dijadikan tumpuan berkat-berkat ini. Yehuda akan memegang tongkat dari mana Mesias akan datang namun Yusuf memiliki berkat-berkat hak kesulungan itu dan ini tidak pernah diambil daripadanya. Bagaimanapun, berkat-berkat ini tertakhluk kepada penurutan.

 

Ulangan 28:37 dan selanjutnya diteruskan:

37 Engkau akan menjadi kedahsyatan, kiasan dan sindiran di antara segala bangsa, ke mana TUHAN akan menyingkirkan engkau. 38 Banyak benih yang akan kaubawa ke ladang, tetapi sedikit hasil yang akan kaukumpulkan, sebab belalang akan menghabiskannya. 39 Kebun-kebun anggur akan kaubuat dan kauusahakan, tetapi engkau tidak akan meminum atau menyimpan anggur, sebab ulat akan memakannya. 40 Pohon-pohon zaitun akan kaupunyai di seluruh daerahmu, tetapi engkau tidak akan berurap dengan minyaknya; sebab buah zaitunmu akan gugur. 41 Engkau akan mendapat anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan, tetapi mereka bukan bagi dirimu, sebab mereka akan menjadi tawanan. 42 Segala pohon-pohonmu dan hasil bumimu akan diduduki oleh kawanan belalang. 43 Orang asing yang ada di tengah-tengahmu akan menjadi makin tinggi mengatasi engkau, tetapi engkau menjadi makin rendah. 44 Ia akan memberi pinjaman kepadamu, tetapi engkau tidak akan memberi pinjaman kepadanya; ia akan menjadi kepala, tetapi engkau akan menjadi ekor.

 

Anak lelaki dan perempuan bangsa akan menjadi tawanan. Bangsa tidak dilindungi dari masalah-masalah ini. Tambahan lagi umat pilihan adalah sebahagian dari bangsa itu. Kalau kita anggap kita boleh berdiam dan masih lagi dilindungi ketika kutukan-kutukan tersebut menimpa negeri ini maka kita silap. Janji yang dipunyai orang benar adalah bahawa makanan dan minuman mereka terjamin; namun itu saja dan tidak lebih dari itu. Terus berdiam sementara kejahatan ini berkuasa dan Tuhan tidak akan mendengar kita sehinggalah kita bertaubat dengan pakaian berkabung dan abu.

 

45 Segala kutuk itu akan datang ke atasmu, memburu engkau dan mencapai engkau, sampai engkau punah, karena engkau tidak mendengarkan suara TUHAN, Allahmu dan tidak berpegang pada perintah dan ketetapan yang diperintahkan-Nya kepadamu; 46 semuanya itu akan menjadi tanda dan mujizat di antaramu dan di antara keturunanmu untuk selamanya."

 

Semua itu adalah tanda dan mujizat pada Israel untuk selamanya.

 

Israel merupakan umat rohani maka semua itu kekal selamanya pada mereka yang mengaku Yesus Kristus dan dengan itu dimasukkan dalam penghakiman.

 

47 "Karena engkau tidak mau menjadi hamba kepada TUHAN, Allahmu, dengan sukacita dan gembira hati walaupun kelimpahan akan segala-galanya, 48 maka dengan menanggung lapar dan haus, dengan telanjang dan kekurangan akan segala-galanya engkau akan menjadi hamba kepada musuh yang akan disuruh TUHAN melawan engkau. Ia akan membebankan kuk besi ke atas tengkukmu, sampai engkau dipunahkan-Nya. 49 TUHAN akan mendatangkan kepadamu suatu bangsa dari jauh, dari ujung bumi, seperti rajawali yang datang menyambar; suatu bangsa yang bahasanya engkau tidak mengerti, 50 suatu bangsa yang garang mukanya, yang tidak menghiraukan orang tua-tua dan tidak merasa kasihan kepada anak-anak; 51 yang akan memakan habis hasil ternakmu dan hasil bumimu, sampai engkau punah; yang tidak akan meninggalkan bagimu gandum, air anggur atau minyak, ataupun anak lembu sapimu atau anak kambing dombamu, sampai engkau dibinasakannya.

 

Ini sedang berlaku sekarang. Lembu sapi kita dijual dalam suasana perdagangan yang semakin buruk. Kemarau sedang menghancurkan umat kita. Kita telah mengimport gandum untuk pertama kalinya dalam ingatan. Kita berhutang dengan banyak sekali dan diletakkan dalam keadaan begitu oleh usahawan-usahawan asing. Orang-orang asing membaham kekuatan kita dan kita tidak menyedarinya. Kita sudah banyak beruban dan kita tidak mengetahuinya. Kita disesatkan oleh pemimpin-pemimpin yang buta dan orang-orang murtad dari Manasye atau lebih teruk lagi dari bangsa-bangsa asing khususnya Eropah.

 

52 Engkau akan ditekannya di segala tempatmu, sampai runtuh tembok-tembokmu yang tinggi dan berkubu, yang kaupercayai itu di seluruh negerimu, bahkan engkau akan ditekan di dalam segala tempatmu, di seluruh negeri yang telah diberikan kepadamu oleh TUHAN, Allahmu.

 

Janji ini berkaitan dengan perang dalam wilayah-wilayah kita. Satu masa nanti kita akan diduduki dan menyaksikan kebinasaan umat kita. Kita tidak akan selesai melarikan diri penganiayaan, mengunjungi semua kota-kota Israel sebelum Anak Manusia datang (Matius 10:23).

53 Dan engkau akan memakan buah kandunganmu, yakni daging anak-anakmu lelaki dan anak-anakmu perempuan yang diberikan kepadamu oleh TUHAN, Allahmu, --dalam keadaan susah dan sulit yang ditimbulkan musuhmu kepadamu. 54 Dan orang laki-laki yang paling lemah dan paling manja di antaramu akan kesal terhadap saudaranya atau terhadap isterinya sendiri atau terhadap anak-anaknya yang masih tinggal padanya, 55 sehingga kepada salah seorang dari mereka itu ia tidak mau memberikan sedikitpun dari daging anak-anaknya yang dimakannya, karena tidak ada lagi sesuatu yang ditinggalkan baginya, dalam keadaan susah dan sulit yang ditimbulkan musuhmu kepadamu di segala tempatmu. 56 Perempuan yang lemah dan manja di antaramu, yang tidak pernah mencoba menjejakkan telapak kakinya ke tanah karena sifatnya yang manja dan lemah itu, akan kesal terhadap suaminya sendiri atau terhadap anaknya laki-laki atau anaknya perempuan, 57 karena uri yang keluar dari kandungannya ataupun karena anak-anak yang dilahirkannya; sebab karena kekurangan segala-galanya ia akan memakannya dengan sembunyi-sembunyi, dalam keadaan susah dan sulit yang ditimbulkan musuhmu kepadamu di dalam tempatmu.

 

Ini adalah teks yang mengerikan namun ia pernah terjadi tetapi tidak seburuk seperti apa yang akan berlaku dalam kemusnahan penamat dan terakhir.

 

58 Jika engkau tidak melakukan dengan setia segala perkataan hukum Taurat yang tertulis dalam kitab ini, dan engkau tidak takut akan Nama yang mulia dan dahsyat ini, yakni akan TUHAN, Allahmu, 59 maka TUHAN akan menimpakan pukulan-pukulan yang ajaib kepadamu, dan kepada keturunanmu, yakni pukulan-pukulan yang keras lagi lama dan penyakit-penyakit yang jahat lagi lama. 60 Ia akan mendatangkan pula segala wabah Mesir yang kautakuti itu kepadamu, sehingga semuanya itu melekat padamu. 61 Juga berbagai-bagai penyakit dan pukulan, yang tidak tertulis dalam kitab Taurat ini, akan ditimbulkan TUHAN menimpa engkau, sampai engkau punah. 62 Dari pada kamu hanya sedikit orang yang tertinggal, padahal kamu dahulu seperti bintang-bintang di langit banyaknya--karena engkau tidak mendengarkan suara TUHAN, Allahmu. 63 Seperti TUHAN bergirang karena kamu untuk berbuat baik kepadamu dan membuat kamu banyak, demikianlah TUHAN akan bergirang karena kamu untuk membinasakan dan memunahkan kamu, dan kamu akan dicabut dari tanah, ke mana engkau pergi untuk mendudukinya. 64 TUHAN akan menyerakkan engkau ke antara segala bangsa dari ujung bumi ke ujung bumi; di sanalah engkau akan beribadah kepada allah lain yang tidak dikenal olehmu ataupun oleh nenek moyangmu, yakni kepada kayu dan batu.

 

Kegilaan ini sedang berlaku dalam negara ini sekarang. Orang asing mendirikan berhala-berhala asing di sini dan umat kita menyembah semua itu. Doktrin-doktrin iblis setan berleluasa. Vegetarianisme dipuji sebagai sesuatu yang baik dan proses fikiran gila orang murtad menjadi racauan dan mantra terbuka.

 

Apabila kebinasaan zaman akhir meletus di negara ini, umat pilihanlah yang akan dianiaya. Mula-mula sekali, saudara seiman mereka yang ingin menyelamatkan diri akan mengkhianati mereka. Tetapi akhirnya kumpulan besar orang banyak akan menjadikan jubah mereka putih dalam darah anak domba itu. Sekiranya kita tidak mampu berdiri teguh untuk kebenaran itu sekarang dan cuba menyelamatkan negara ini, kita akan mengkhianati saudara-saudara kita apabila ianya memanfaatkan. Oleh itu, wabah-wabah zaman akhir akan menimpa setiap mereka yang lemah dan apa yang mereka takutkan akan menjadi kenyataan.

 

65 Engkau tidak akan mendapat ketenteraman di antara bangsa-bangsa itu dan tidak akan ada tempat berjejak bagi telapak kakimu; TUHAN akan memberikan di sana kepadamu hati yang gelisah, mata yang penuh rindu dan jiwa yang merana. 66 Hidupmu akan terkatung-katung, siang dan malam engkau akan terkejut dan kuatir akan hidupmu. 67 Pada waktu pagi engkau akan berkata: Ah, kalau malam sekarang! dan pada waktu malam engkau akan berkata: Ah, kalau pagi sekarang! karena kejut memenuhi hatimu, dan karena apa yang dilihat matamu. 68 TUHAN akan membawa engkau kembali ke Mesir dengan kapal, melalui jalan yang telah Kukatakan kepadamu: Engkau tidak akan melihatnya lagi, dan di sana kamu akan menawarkan diri kepada musuhmu sebagai budak lelaki dan budak perempuan, tetapi tidak ada pembeli."

 

Tuhan telah menjanjikan bahawa kita tidak akan kembali semula ke Mesir, jadi terdapat sebuah sistem yang akan digerakkan yang akan menguruskan kemurtadan negara ini. Tiada seorangpun yang akan membeli kita kerana mereka tidak dapat memberi kita makan dan kita begitu dipenuhi penyakit hingga merugikan untuk orang lain.

 

Namun bangsa-bangsa akan diuji oleh kita. Tuhan menghukum kita untuk bertindak terhadap kita namun Dia juga menggunakan kita untuk menghakimi bangsa-bangsa. Yeremia 30:11-24.

Yeremia 30:11-24 Sebab Aku menyertai engkau, demikianlah firman TUHAN, untuk menyelamatkan engkau: segala bangsa yang ke antaranya engkau Kuserahkan akan Kuhabiskan, tetapi engkau ini tidak akan Kuhabiskan. Aku akan menghajar engkau menurut hukum, tetapi Aku sama sekali tidak memandang engkau tak bersalah. 12 Sungguh, beginilah firman TUHAN: Penyakitmu sangat payah, lukamu tidak tersembuhkan! 13 Tidak ada yang membela hakmu, tidak ada obat untuk bisul, kesembuhan tidak ada bagimu! 14 Semua kekasihmu melupakan engkau, mereka tidak menanyakan engkau lagi. Sungguh, Aku telah memukul engkau dengan pukulan musuh, dengan hajaran yang bengis, karena kesalahanmu banyak, dosamu berjumlah besar. 15 Mengapakah engkau berteriak karena penyakitmu, karena kepedihanmu sangat payah? Karena kesalahanmu banyak, dosamu berjumlah besar, maka Aku telah melakukan semuanya ini kepadamu. 16 Tetapi semua orang yang menelan engkau akan tertelan, dan semua lawanmu akan masuk ke dalam tawanan; orang-orang yang merampok engkau akan menjadi rampokan, dan semua orang yang menjarah engkau akan Kubuat menjadi jarahan. 17 Sebab Aku akan mendatangkan kesembuhan bagimu, Aku akan mengobati luka-lukamu, demikianlah firman TUHAN, sebab mereka telah menyebutkan engkau: orang buangan, yakni sisa yang tiada seorangpun menanyakannya. 18 Beginilah firman TUHAN: Sesungguhnya, Aku akan memulihkan keadaan kemah-kemah Yakub, dan akan mengasihani tempat-tempat tinggalnya, kota itu akan dibangun kembali di atas reruntuhannya, dan puri itu akan berdiri di tempatnya yang asli. 19 Nyanyian syukur akan terdengar dari antara mereka, juga suara orang yang bersukaria. Aku akan membuat mereka banyak dan mereka tidak akan berkurang lagi; Aku akan membuat mereka dipermuliakan dan mereka tidak akan dihina lagi. 20 Anak-anak mereka akan menjadi seperti dahulu kala, dan perkumpulan mereka akan tinggal tetap di hadapan-Ku; Aku akan menghukum semua orang yang menindas mereka. 21 Orang yang memerintah atas mereka akan tampil dari antara mereka sendiri, dan orang yang berkuasa atas mereka akan bangkit dari tengah-tengah mereka; Aku akan membuat dia maju dan mendekat kepada-Ku, sebab siapakah yang berani mempertaruhkan nyawanya untuk mendekat kepada-Ku? demikianlah firman TUHAN. 22 Maka kamu akan menjadi umat-Ku, dan Aku akan menjadi Allahmu." 23 Lihatlah, angin badai TUHAN, yakni kehangatan murka, telah keluar menyambar, --angin puting beliung--dan turun menimpa kepala orang-orang fasik. 24 Murka TUHAN yang menyala-nyala itu tidak akan surut sampai Ia telah melaksanakan dan mewujudkan apa yang dirancang-Nya dalam hati-Nya; pada hari-hari yang terakhir kamu akan mengerti hal itu.

 

Oleh sebab itu terdapat satu janji kepada Israel dalam seluruh urutan ini. Pengajaran ini diberikan agar kita dapat melihat kengerian penuh dari ketidakaktifan dan kegagalan kita untuk bekerja dalam bangsa kita. Kristus berdiri di luar pintu Jemaat Laodikia. Dia sedang mengetuk di pintu. Dia akan masuk ke dalam kediaman individu, namun dia tidak berada dalam Jemaat itu. Bangun dan bertaubatlah, dan kemudian bantulah untuk memanggil bangsa ini kepada pertaubatan sebelum ianya terlalu lewat.

 

q