Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

[076]

 

 

 

 

Binitarianisme dan Trinitarianisme [076]

(Edisi 3.0 19941112-20001202)

 

Karya ini membincangkan dasar logik Binitarianisme dan Trinitarianisme. Asal-usul bukan alkitab doktrin-doktrinnya serta penubuhan mereka ditunjukkan. Karya ini mempamerkan suatu siri ketidaksejajaran logik yang dibentuk dari eksposisi Trinitarian yang diungkap dalam bentuk pertanyaan-pertanyaan yang terbit dari kontradiksi Trinitarian terhadap doktrin Perjanjian Baru dari petikan penting Alkitab.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1994, 2000 Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Binitarianisme dan Trinitarianisme



Di dalam khutbah mengenai Bala Tentera Gideon, topik Binitarianisme disebutkan sebagai pendahulu kepada topik penting Pemulihan Akhir Zaman. Topik ini perlu dibincangkan keseluruhannya disebabkan hakikat hadirnya kepalsuan Diteis atau Binitarian di dalam banyak Jemaat-jemaat Tuhan. Kepalsuan Binitarian sama-sama berciri bidaah di dalam jalannya, sebagaimana Trinitarianisme di dalam strukturnya, kerana berdasarkan pada premis bidaah yang serupa. Kita akan mengkaji kedua-dua struktur ini dari segi kepalsuan-kepalsuan di atas mana mereka dibina. Ketidakmampuan untuk menangani kepalsuan ini berpunca sebahagiannya daripada bentuk mentaliti kultus yang dibincangkan di dalam karya Mentaliti Kultus [074].

 

Nama Allah dalam bentuk singular adalah Eloah, dan nama ini tidak memasukkan Anak dari Amsal 30:4-5. Nama bagi Eloah adalah El Maha Tinggi atau Elyon. Ia dipanggil begitu di dalam teks pada Ulangan 32:8-9.

 

Ketika Sang Mahatinggi (elyon) membagi-bagikan milik pusaka kepada bangsa-bangsa, ketika Ia memisah-misah anak-anak manusia, maka Ia menetapkan wilayah bangsa-bangsa menurut bilangan makhluk-makhluk ilahi [tuhan-tuhan, New RSV]. Tetapi bagian Yahweh ialah umat-Nya, Yakub ialah milik yang ditetapkan bagi-Nya. (Smith, halaman 7)

 

Soncino menterjemahkan teks Masoretik (MT) itu sebagai menurut bilangan anak-anak Israel. Oleh itu, pertalian tersebut terhad kepada dua belas suku itu serta wilayah-wilayah Kanaan, tetapi hanya oleh Rabbi Rashbam. MT tertulis bene ysrael di mana LXX atau Septuagint bertulis aggelon theou sementara Qumran mencatatnya sebagai bene 'ilhym [atau bene eliym] (rujuk Smith The Early History of God, halaman 7, nota 37) sambil merujuk juga Meyer, dan Skehan BASOR 136 (1954): 12-15, serta teks Ben Sira 17:17, membayangi penafsiran Ulangan 32:8 kemudiannya yang menyatakan adanya penguasa ilahi untuk setiap bangsa/negara. Kita tahu dengan pasti bahawa Ulangan 32:8 telah diubah, beberapa lama selepas Kristus, untuk mencerminkan konsep-konsep kemudian itu yang terbatas.

Bagaimanapun, tidak ragu lagi bahawa pada zaman Kristus, para bangsa difahamkan berada di bawah pimpinan elohim yang merupakan entiti-entiti yang disebutkan sebagai Anak-anak Tuhan dalam Ayub 1:6 dan 2:1 termasuklah Iblis dan mereka semua datang ke hadapan takhta Tuhan secara tetap. Anak-anak Tuhan ini atau Anak-anak Sang Maha Tinggi dibahagikan kepada dua kumpulan yang mempunyai satu sidang elohim. Sidang itu sendiri terbahagi kepada sidang dalaman dan sidang luaran. Mazmur 89:5-8 merujuk kepada YHVH yang setia di dalam perkumpulan orang-orang kudus. Dia adalah yang tertinggi dari Anak-anak kepada Yang Perkasa atau Eliym. Dia disegani dalam jemaah atau perkumpulan dalaman atau sidang orang-orang kudus atau qedosim. Jemaah ini, dari Wahyu 4 & 5, adalah seramai tiga puluh entiti. Sabourin (The Psalms: Their Origin and Meaning, Alba House, N.Y., 1974 f.) merujuk penggunaan-penggunaan kata Eloah dan membincangkan tentang sidang serta Anak-anak Tuhan dari Mazmur 86:9-10; 95:3; 96:4; 135:5. Pada halaman 102-104 dia menyebut tentang orang-orang kudus atau Orang-orang Suci (qedosim) dari Mazmur 89:6-8 yang merupakan pelayan-pelayan syurgawi Tuhan dan istilah itu juga digunakan bagi umat manusia percaya. Mereka ini adalah bene HaElim atau bene HaElohim; iaitu Anak-anak Tuhan itu. Sabourin juga merujuk kepada komen Coppens (ETL 1963, halaman 485-500) bahawa kata nama qedosim menandakan, dalam teks Masoretik, penghuni istana syurgawi YHVH, yang dipercayai adalah elohim (halaman 102-103). Sabourin mengatakan

 

Konsep mengenai sesuatu perkumpulan syurgawi bukanlah bentuk literari sepenuhnya, tetapi suatu elemen corak keimanan Israel yang hidup (halaman 75).

 

Tidak diragukan lagi bahawa elohim adalah suatu struktur plural dan bahawa mereka adalah utusan-utusan di dalam ayat-ayat Alkitab yang disebutkan sebagai malaikat dan bahawa Kristus sendiri merupakan Malaikat Hadirat atau Malaikat YHVH. Oleh itu, ianya tidak munasabah untuk mencadangkan bahawa tiada malaikat disebutkan sebagai pencipta sedangkan Kristus diakui sebagai seorang pencipta dan juga adalah Malaikat YHVH. Malah, tiada petunjuk bahawa istilah-istilah plural yang membabitkan pencipta-pencipta itu dihadkan kepada dua Makhluk iaitu Tuhan dan Kristus. Ini adalah andaian tiada sokongan yang bertentangan kepada Alkitab.

 

Lebih-lebih lagi, ia merupakan suatu pernyataan asas Binitarianisme, yang tidak munasabah logiknya dan menunjukkan di dalam strukturnya akan terjadinya Trinitarianisme. Kesilapan ini telah memasuki Jemaat kira-kira 30-40 tahun lalu dan ada orang yang tidak dapat melepaskan diri mereka dari paradigma ini. Malah, istilah-istilah yang digunakan dalam penghuraian YHVH tidak menerangkan perbezaan antara YHVH dan YHVH Semesta Alam (Yesaya 44:6-8; 51:15; 54:5; Yeremia 10:16; 32:35 et seq; Amos 4:13; 5:27) iaitu Eloah, atasannya, dan mereka juga tidak menerangkan dengan betul maksud YHVH serta pernyataan di Sinai sebagai 'eyeh 'asher 'eyehatau Aku akan jadi apa yang Aku akan menjadi.

 

YHVH maksudnya Dia yang menyebabkan terciptanya dan merupakan bentuk pihak atau orang ketiga dari pernyataan itu (lihat Alkitab Oxford Annotated RSV) yang digunakan oleh seorang bawahan.

 

Beginilah firman TUHAN (Jehovah), Raja dan Penebus Israel, TUHAN (Jehovah) semesta alam: "Akulah yang terdahulu dan Akulah yang terkemudian; tidak ada Allah selain dari pada-Ku... Adakah Allah selain dari pada-Ku? Tidak ada Gunung Batu yang lain, tidak ada Kukenal!" (Yesaya 44:6-8) (The Interlinear Bible).

 

Oleh itu terdapat dua Yah(o)veh di sini, iaitu Yah(o)veh Israel dan atasannya Yah(o)veh Semesta Alam yang merupakan Alfa dan Omega dan juga Gunung Batu dan Penebus kepada Yahweh Israel. Inilah Eloah, Elohim yang telah melantik Yah(o)veh atau Elohim Israel sebagai Elohim dalam Mazmur 45:6-7, dan Ibrani 1:8 mengenalpasti elohim ini sebagai Kristus. Oleh itu hubungan mereka adalah sebagai pihak atasan dan pihak bawahan, dan yang bawahan ini mempunyai teman-teman sekutu (metaxous) atau rakan-rakan seperjuangan dalam sidang itu seperti yang kita lihat dari bahasa asal Yunani dalam buku Ibrani serta LXX.

 

Sejarah Jemaat menunjukkan bahawa ia dari mulanya bersifat Unitarian (lihat karya Distribusi Umum Jemaat Pemelihara Sabat [122]). Struktur Kekristianan alkitabiah adalah Unitarian.

 

Adalah berguna untuk membuat beberapa catatan penting tentang Trinitarianisme agar kita lebih senang memahami Binitarianisme, yang terbit dari kesilapan teologi yang sama dan kemungkinannya struktur asas yang sama – di mana perbezaan antara para Binitarian dan Trinitarian kebanyakannya hanya dari segi makna kata. Asal-usul pertikaian tersebut serta ciri Unitarian bagi model alkitabiah itu dapat dilihat dari karya-karya berikut: Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah [170] dan Peperangan Unitarian/Trinitarian [268].

 

Artikel Trinity Holy, Volume 14, halaman 295 dari The New Catholic Encyclopedia mengatakan:

 

Adanya kesedaran  di kalangan para pentakwil serta ahli-ahli teologi Alkitab, termasuklah sebilangan anggota Roman Katolik yang kian bertambah, bahawa seseorang itu seharusnya tidak berbicara mengenai Trinitarianisme di dalam Perjanjian Baru tanpa kelayakan yang sebenar.

 

Ahli-ahli teologi sudah lama mengetahui bahawa Trinitas bukanlah berlandaskan Alkitab. Ia telah diperkenalkan dari suatu sudut pandangan yang telah kehilangan pemahaman tentang ketuhanan Kristus dan hubungan kepada Tuhan. Brunner mempertimbangkan bahawa Calvin di dalam penulisannya Institutio I, 13,4, menganggap doktrin Trinitas dari sudut pandangan bahawa

 

Melalui tanggapan-tanggapannya, yang berbeza dari Alkitab, lawan kepada ketuhanan Kristus – iaitu musuh kepada Keimanan Kristian – terpaksa membuang samarannya dan terang-terang berlawan, sebalik menyembunyikan permusuhannya di balik jubah Kekristianan (dipetik dari karya Emil Brunner The Christian Doctrine of God, Dogmatics, Vol. 1, diterjemahkan oleh Olive Wyon, The Westminster Press, 1949, Cambridge. Bab 16 "The Triune God" halaman 205-206).

 

Brunner mengatakan tentang doktrin Trinitas bahawa ia adalah:

 

suatu keadaan yang khususnya berkontradiksi (halaman 205)

 

Dan memang betul keadaannya dilihat sebegitu. Bantahan-bantahan utamanya terletak dalam syarat-syarat bagi Teisme rasional dan Teisme Alkitab bersama-sama dengan Islam untuk menjadi Unitarian. Brunner mengatakan:

 

Judaisme, Islam dan Teisme rasional adalah Unitarian. Namun begitu, kita harus mengakui dengan jujur bahawa doktrin Trinitas tidak membentuk sebahagian dari pekhabaran Kristian awal-Perjanjian Baru, dan tidak pernah menjadi artikel keimanan utama dalam Jemaat Kristian secara keseluruhannya, pada mana-mana zaman dalam sejarahnya. Oleh kita terpaksa bertanya: Adakah kebenaran ini pusat teologi Kristian, namun bukan pusat Keimanan Kristian? Mungkinkah terjadinya ketidaksamaan antara iman dan teologi? Atau, adakah ini akibat dari perkembangan yang salah di dalam pembentukan doktrin Jemaat secara umumnya?

 

Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa bukan saja perkataan “Trinitas”, tetapi idea Trinitas itu sekalipun tidak hadir di dalam kesaksian iman kerasulan; begitu juga, ianya pasti dan tidak dapat diperdebatkan lagi bahawa tradisi teologi terbaik, bersama-sama, jelas merujuk kepada Trinitas itu sebagai pusatnya (ibid., halaman 206).

 

Brunner mendapatkan posisi teologinya dari badan dogma yang telah menonjolkan dirinya, mula-mula sekali pada Sidang Nicæa pada tahun 325 TM dan dari sidang Constantinople pada tahun 381 TM. Brunner menegaskan dalam penerangannya terhadap pendirian luarbiasa Calvin di atas bahawa:

 

Doktrin kepaderian Trinitas, yang ditubuhkan oleh dogma Jemaat dahulu, bukanlah suatu kerygma Alkitab, oleh itu ia bukanlah kerygma Jemaat, namun ia adalah doktrin teologi yang mempertahankan iman utama Alkitab dan Jemaat. Oleh itu ia tidak terkandung dalam bidang pekhabaran Jemaat, tetapi adalah milik bidang teologi; dalam bidang ini, ianya tugas Jemaat untuk menguji serta memeriksa pekhabaran itu, dalam terang Firman Tuhan yang telah diberi kepada Jemaat. Benar sekali dalam proses penelitian teologi ini, doktrin Trinitas adalah yang utama (op. cit., halaman 206).

 

Kesimpulan ini adalah perlu kerana doktrin Trinitas terpaksa dinyatakan oleh pihak Athanasia demi mengalahkan posisi Arian tentang penciptaan Kristus yang berdasarkan pada pelbagai teks-teks bukti seperti Ibrani 3:2, Amsal 8:22, Yohanes 16:28; 20:17, Efesus 4:4-6 dan Wahyu 3:14; 4:11. Sama seperti itu, Karl Barth memegang pandangan bahawa:

 

Alkitab tidak mengandungi deklarasi jelas bahawa Bapa, Anak dan Roh Kudus memiliki intisari yang sama dan kerana itu dari segi kesamaan merupakan Tuhan. Dan satu lagi deklarasi jelas yang tidak ada adalah bahawa Tuhan adalah Tuhan begitu dan hanya begitu sahaja, iaitu, sebagai Bapa, Anak dan Roh Kudus. Dua deklarasi nyata ini yang pergi lebih jauh dari kesaksian Alkitab merupakan kandungan berpendua dalam doktrin Trinitas Jemaat (Doctrine of the Word of God, halaman 437. Juga dipetik oleh George L. Johnson dalam Is God a Trinity?, WCG, USA, 1973, halaman 32).

 

Matlamat Trinitarianisme dan Kesatuan Bersama

Calvin mengatakan bahawa untuk mengheret Arius “keluar dari tempat-tempat persembunyiannya”

 

Jemaat dahulu mengambil langkah selanjutnya, dan mengisytiharkan bahawa Kristus adalah Anak Bapa yang kekal, dan satu bersama dengan Bapa. Keingkaran tersebut terbongkar sepenuhnya apabila golongan Arian mula mengisytiharkan kebencian dan kemeluatan mereka terhadap istilah homoousius. Kalaulah pengakuan mula-mula mereka – iaitu bahawa Kristus adalah Tuhan – betul-betul ikhlas dan berpunca dari hati, pastinya mereka tidak akan menyangkal bahawa dia satu bersama dengan Bapa.

 

Calvin berpendapat

 

bahawa perkataan kecil itu membezakan antara umat Kristian yang beriman sejati dengan golongan Arian yang menghujat.

 

Posisi ini mempamerkan gaya pertimbangan berputar-belit yang paling menjijikkan bukan hanya oleh Calvin tetapi juga pihak Athanasia. Golongan Athanasia tidak dapat menafikan, dari Alkitab, posisi Arius serta biskop-biskop timur bahawa Kristus telah dicipta. Kumpulan itu sebenarnya bukan Arian tetapi digelar begitu untuk memberi gambaran bahawa pemahaman falsafah mereka mengenai Ketuhanan adalah sesuatu yang baru atau yang timbul dengan Arius, namun sebenarnya tidak. Arius telah dilatih oleh Lucian dari Antiokhia, sarjana Kristian termasyhur abad keempat dan orang mati syahid terakhir dari penganiayaan Diocletian. Sekolahnya juga termasuklah Eusebius dari Nicomedia, Menpophantus dari Efesus, Theognis dari Nicaea, Maris dari Chalcedon, Leontius dari Antioch, Athanasius dari Anarzabus dan Asterius orang Sophist, selain dari Arius sendiri (Harnack History of Dogma Vol. Iv, halaman 3, terjemahan bahasa Inggeris).

 

Sarjana-sarjana timur ini dilatih dalam tradisi berterusan Jemaat, yang nampaknya berdasarkan secara sistematik pada Alkitab. Ini telah menarik mereka ke dalam konflik dengan sinkretisme yang sedang berkembang di barat. Apabila berhadapan dengan posisi alkitabiah bahawa Kristus merupakan seorang Tuhan subordinat dan yang dicipta oleh Allah Bapa sebagai pengeluaran utama, pihak Athanasia telah membentuk satu doktrin, yang tidak berdasarkan Alkitab, demi menuduh lawan-lawan mereka sebagai kelompok bidaah. Apabila orang-orang ini menolak dari menerima posisi bukan alkitab seperti itu, mereka kemudiannya difitnah.

 

Calvin mengaku bahawa langkah tersebut adalah di luar alkitab dan perlu bagi “mendedahkan kelompok Arian ini” (Institutes of The Christian Religion, Bk. I, 13,4, Tr. Beveridge, James Clark & Co., London, 1953).

 

Bentuk Kekristianan Unitarian yang disalahlabel sebagai Arianisme dan semi-Arianisme sempena nama salah seorang ahli teologi sekolahnya dan yang nampaknya merupakan suatu contoh ekstrim, adalah antarabangsa skopnya.

 

Bertahun-tahun lamanya, garis pemisah antara orang Roma dan orang Teutonik yang menjajah kawasannya adalah lebih kepada agama daripada kaum. Malang sekali bagi kita kerana kita mempunyai sedikit atau tiada maklumat tentang usaha-usaha para rasul Arian yang tidak dikenali bagi orang-orang Goth, Vandal, Lombard, dan Burgundi. Hakikat bahawa Cyrila, biskop Vandal atau paus kepada Carthage, kurang memahami bahasa Latin (Victor Vitensis, lib. ii), serta kemunculan versi Gothic kitab-kitab suci yang terkenal [sekitar tahun 351], nampaknya menunjukkan bahawa puak-puak biadap itu telah diajar doktrin-doktrin Kekristianan di dalam bahasa-bahasa mereka sendiri, dan dengan itu Arianisme mereka pastinya berbeza dari kehalusan fahaman yang mencirikan sekolah-sekolah empayar tersebut, dan mungkin jelas terlihat dalam keengganan Gundobald orang Burgundi untuk menyembah tiga Tuhan (Avitus, Ep. xli). Namun tidak syak lagi bahawa kesan-kesan pengubahan Kekristianan yang dipeluk puak-puak biadap itu adalah sejati. Kedua-dua Salvian dan Orosius menyanjungi nilai-nilai murni para penakluk Arian yang telah menakluki kawasan Rom, dan Augustine (de Civitate Dei, i.) menyatakan tentang betapa sederhananya orang Arian dari puak Visigoth yang telah menawan Rom di bawah pimpinan Alaric di dalam pelayanan mereka terhadap penduduk kota itu, dan betapa hormatnya mereka terhadap kesucian gereja-gereja Kristian. Malah, tempoh pemerintahan yang lama oleh Theodoric, seorang Arian, di Italy serta kerajaannya yang tidak pilih kasih, mendapatkan, seperti yang disebutkan oleh Milman, 'pujian dari penganut Katolik yang paling taat sekali' (Latin Christianity, bk.iii. ch. iii.). (ERE, Arianism, halaman 782).

 

Pada abad kelima dan sebahagian dari abad keenam, dalam wilayah-wilayah Barat Empayar itu, Arianisme merupakan agama kaum penakluk sementara Kekristianan Athanasia merupakan agama kaum yang ditakluk. Begitulah keadaannya sehinggalah Clovis dan kaum Frank Salien memeluk Kekristianan Roma atau Athanasia. Oleh itu divisinya kini lebih berunsur politik daripada teologi. Jemaat-jemaat Arian merupakan jemaat-jemaat nasional yang tidak berdasarkan politik.

 

Kekuatan organisasi Gereja Empayar yang telah roboh itu jelas berbeza berbanding kelemahan Gereja-gereja nasional yang kurang berdisiplin milik para penakluk Ariannya (ERE, ibid., halaman 783).

 

Apa yang kita perhatikan di sini adalah suatu penyelesaian terhadap pertikaian teologi dengan mempergunakan kuasa-kuasa dunia. Posisi sebenar alkitab tidak pernah dipencilkan sebagai satu isu serius oleh ahli-ahli teologi Athanasia. Posisi serta kuasa Gereja yang kian berkembang telah, setibanya waktu perdebatan itu, menjadi begitu sinkretik dan terpisah dari skema alkitab asal hinggakan sesiapa yang merujuk hanya kepada Alkitab sahaja sebagai yang berkuasa, berdiri sendirian berbanding kependetaan umum. Kekalahan pihak Arian serta penubuhan Empayar Roma Suci pada tahun 590 TM di bawah Gregory I telah menghentikan perdebatan atas hal itu. Kekristianan telah terperangkap di dalam salahfaham yang pelik sejak dari waktu itu.

 

Penyusunan semula umat pilihan pada waktu ini adalah berdasarkan pada persoalan pemahaman Allah Maha Esa. Dalam karya Mentaliti Kultus [074], dicatatkan bahawa pemahaman tentang Allah Maha Esa serta AnakNya Yesus Kristus merupakan dasar bagi kehidupan kekal (Yohanes 17:3; 1 Yohanes 5:20) dan pemahaman tersebut telah disesatkan oleh mazhab-mazhab Katolik.

 

Dicatatkan dalam karya Mentaliti Kultus [074] apa jenis penipuan atau ketidakikhlasan intelektual yang jelas terlihat dalam manipulasi teks-teks Alkitab oleh pihak Trinitarian dan juga Binitarian. Manipulasi sebegitu menghasilkan jenis hujah-hujah seperti yang diajukan dalam komentar G.L. Haydock kepada Alkitab Douay-Rheims (terbitan semula 1850 bagi versi 1819), berkenaan Yohanes 17:3:

 

Ayat 3. Inilah hidup yang kekal itu: iaitu, jalan kepada hidup kekal, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus. Orang-orang Arian, dari kata-kata ini, berpura-pura bahawa Bapa seorang adalah Allah sejati. S Aug. dan berbagai orang lain menjawab, bahawa ertikata dan binaannya adalah, bahawa mereka mengenal engkau, dan juga Yesus Kristus Anakmu, yang telah engkau utus untuk menjadi satu-satunya Allah yang benar. Kita juga boleh huraikannya dengan S. Chrys. dan lain-lain, agar Bapa di sini dipanggil satu-satunya Allah yang benar, bukan untuk mengecualikan Anak, dan Roh Kudus, yang merupakan Allah benar tunggal yang sama dengan Bapa; tetapi hanya untuk mengecualikan Tuhan-tuhan palsu bangsa lain. Biarlah kelompok Socinian melihat bahawa (1 Yohanes v, 20), Anak Tuhan iaitu Kristus Yesus, nyata sekali dipanggil Allah benar yang tunggal, walaupun dengan artikel Yunani itu, atas mana mereka biasanya begitu menekankan.

 

Sebaik saja kamu terjerumus ke dalam pemutarbelitan kebenaran seperti ini, kamu pasti akan mempercayai apa saja. Perhatikan juga penggunaan label-label menghina yang tidak betul seperti Arian yang bertujuan meniadakan atau menyangkal struktur Unitarian Alkitab yang sah. Adalah mustahil bahawa Satu-satunya Allah yang Benar dalam Yohanes 17:3 atau 1 Yohanes 5:20 merujuk kepada Yesus Kristus, dengan atau tanpa artikel tersebut. Hakikat bahawa versi Douay-Rheims itu merupakan satu terjemahan Latin Vulgate, dan oleh itu artikel tersebut dirumuskan dari bahasa Latin itu, tidak disebutkan. Istilah itu dengan artikel tersebut tidak merujuk kepada Kristus tetapi sebaliknya kepada Allah yang Benar yang Anaknya adalah Kristus. Pihak Trinitarian terpaksa menggunakan penipuan begitu untuk mengekalkan posisi mereka di hadapan teks-teks itu. Ini bukanlah sesuatu yang baru.

 

1Yohanes 5:20 20 Akan tetapi kita tahu, bahwa Anak Allah telah datang dan telah mengaruniakan pengertian kepada kita, supaya kita mengenal Yang Benar; dan kita ada di dalam Yang Benar, di dalam Anak-Nya Yesus Kristus. Dia adalah Allah yang benar dan hidup yang kekal.

 

Dia yang Benar adalah Allah Benar yang Satu. Kita mengenal Dia dan ada di dalam Dia yang Benar dan di dalam AnakNya Yesus Kristus. Kita menyembah Dia yang benar, bukan AnakNya Yesus Kristus.

 

Maleakhi menyatakan bahawa murka Tuhan dibangkitkan kerana penghinaan keimamatan terhadap nama Tuhan. Tiada takut ditunjukkan terhadap Bapa dan tiada hormat ditujukan kepada tuan (Maleakhi 1:6). Tuhan marah kerana tiada seorangpun gembalanya yang mahu menutup pintu-pintu bait agar umat pilihan tidak menyalakan api-api yang tidak berguna di atas mezbahnya (Maleakhi 1:10).

 

Dinyatakan dalam karya Bala Tentera Gideon dan Hari-hari Terakhir [022] bahawa Tuhan tidak akan menerima sebarang persembahan dari tangan mereka. Para gembala mengatakan bahawa mangsa-mangsa hari-hari raya tersebut, iaitu domba-domba Tuhan adalah hina. Wujudnya keadaan memilih kasih dari segi bahawa umat pilihan disalahmaklum dan suatu keimamatan elit telah ditubuhkan yang tidak berjuang bagi pihak umat pilihan, mahupun untuk nama dan kehormatan Tuhan.

 

Alkitab memberitahu kita, pada 2Tesalonika 2:3, bahawa akan terjadinya kemurtadan atau penderhakaan (RSV) dahulu, sebelum Hari Tuhan. Kemurtadan ini bukannya suatu pengurangan bilangan umat pilihan tetapi sebaliknya suatu apostasia, suatu pemberontakan atau kemurtadan dari kebenaran. Oleh itu umat pilihan dikhianati oleh semua mereka yang murtad (Matius 24:10 RSV; atau mereka yang ditolak Moffatt atau mereka yang tersinggung (KJV) (dari skandalisthesontai), atau tersandung, dari sumber dalam Yesaya 8:15, di mana ramai dari kalangan kedua-dua Rumah Israel serta para penduduk Yerusalem tersandung dan murtad dari kebenaran dan jahanam).

 

Proses yang digunakan manusia durhaka itu adalah mengisytiharkan dirinya sebagai Tuhan di dalam Bait Suci Tuhan: Yang merupakan kita. Proses ini dicapai dengan meninggikan Kristus kepada tingkat sama taraf dan sama abadi dengan Tuhan. Proses ini tidak berdasarkan Alkitab dan sememangnya diakui oleh ahli-ahli teologi (Calvin, Harnack, Brunner, dsb) sebagai bukan alkitabiah. Langkah bukan alkitabiah ini adalah perlu untuk menjadikannya mustahil bagi mereka yang bukan Trinitarian untuk wujud bersama dengan golongan Trinitarian dan dengan itu memaksa umat pilihan keluar.

 

Peninggian Kristus kepada kesetaraan dengan Allah Maha Tinggi kemudiannya membolehkan Gereja mendakwa mendapat kekuasaan dari Tuhan dan dari situ mengubah waktu (Daniel 2:21) serta hukum seperti yang dinubuatkan oleh Daniel (Daniel 7:25) dan dengan itu menganiaya orang-orang Kudus milik Yang Maha Tinggi (ibid.).

 

Dengan itu, manusia durhaka cuba memperolehi untuk dirinya kewibawaan Kristus selaku wakil khasnya di dunia dan dalam konteks ini, menjadi Tuhan.

 

Trinitas merupakan prasyarat teologi yang memimpin umat pilihan kepada antinomianisme dan pelanggaran hukum. Ia telah dibiarkan terbentuk dalam Jemaat bagi peristiwa utama ketiga dalam sejarah Jemaat. Kenapa ia begitu?

 

Jawapannya adalah kerana ia adalah ujian umat pilihan pada zaman akhir. Janganlah engkau gagal dalam ujianmu.

 

Wahyu 3:1-22 1 "Dan tuliskanlah kepada malaikat jemaat di Sardis: Inilah firman Dia, yang memiliki ketujuh Roh Allah dan ketujuh bintang itu: Aku tahu segala pekerjaanmu: engkau dikatakan hidup, padahal engkau mati! 2 Bangunlah, dan kuatkanlah apa yang masih tinggal yang sudah hampir mati, sebab tidak satupun dari pekerjaanmu Aku dapati sempurna di hadapan Allah-Ku. 3 Karena itu ingatlah, bagaimana engkau telah menerima dan mendengarnya; turutilah itu dan bertobatlah! Karena jikalau engkau tidak berjaga-jaga, Aku akan datang seperti pencuri dan engkau tidak tahu pada waktu manakah Aku tiba-tiba datang kepadamu. 4 Tetapi di Sardis ada beberapa orang yang tidak mencemarkan pakaiannya; mereka akan berjalan dengan Aku dalam pakaian putih, karena mereka adalah layak untuk itu. 5 Barangsiapa menang, ia akan dikenakan pakaian putih yang demikian; Aku tidak akan menghapus namanya dari kitab kehidupan, melainkan Aku akan mengaku namanya di hadapan Bapa-Ku dan di hadapan para malaikat-Nya. 6 Siapa bertelinga, hendaklah ia mendengarkan apa yang dikatakan Roh kepada jemaat-jemaat." 7 "Dan tuliskanlah kepada malaikat jemaat di Filadelfia: Inilah firman dari Yang Kudus, Yang Benar, yang memegang kunci Daud; apabila Ia membuka, tidak ada yang dapat menutup; apabila Ia menutup, tidak ada yang dapat membuka. 8 Aku tahu segala pekerjaanmu: lihatlah, Aku telah membuka pintu bagimu, yang tidak dapat ditutup oleh seorangpun. Aku tahu bahwa kekuatanmu tidak seberapa, namun engkau menuruti firman-Ku dan engkau tidak menyangkal nama-Ku. 9 Lihatlah, beberapa orang dari jemaah Iblis, yaitu mereka yang menyebut dirinya orang Yahudi, tetapi yang sebenarnya tidak demikian, melainkan berdusta, akan Kuserahkan kepadamu. Sesungguhnya Aku akan menyuruh mereka datang dan tersungkur di depan kakimu dan mengaku, bahwa Aku mengasihi engkau. 10 Karena engkau menuruti firman-Ku, untuk tekun menantikan Aku, maka Akupun akan melindungi engkau dari hari pencobaan yang akan datang atas seluruh dunia untuk mencobai mereka yang diam di bumi. 11 Aku datang segera. Peganglah apa yang ada padamu, supaya tidak seorangpun mengambil mahkotamu. 12 Barangsiapa menang, ia akan Kujadikan sokoguru di dalam Bait Suci Allah-Ku, dan ia tidak akan keluar lagi dari situ; dan padanya akan Kutuliskan nama Allah-Ku, nama kota Allah-Ku, yaitu Yerusalem baru, yang turun dari sorga dari Allah-Ku, dan nama-Ku yang baru. 13 Siapa bertelinga, hendaklah ia mendengarkan apa yang dikatakan Roh kepada jemaat-jemaat." 14 "Dan tuliskanlah kepada malaikat jemaat di Laodikia: Inilah firman dari Amin, Saksi yang setia dan benar, permulaan dari ciptaan Allah: 15 Aku tahu segala pekerjaanmu: engkau tidak dingin dan tidak panas. Alangkah baiknya jika engkau dingin atau panas! 16 Jadi karena engkau suam-suam kuku, dan tidak dingin atau panas, Aku akan memuntahkan engkau dari mulut-Ku. 17 Karena engkau berkata: Aku kaya dan aku telah memperkayakan diriku dan aku tidak kekurangan apa-apa, dan karena engkau tidak tahu, bahwa engkau melarat, dan malang, miskin, buta dan telanjang, 18 maka Aku menasihatkan engkau, supaya engkau membeli dari pada-Ku emas yang telah dimurnikan dalam api, agar engkau menjadi kaya, dan juga pakaian putih, supaya engkau memakainya, agar jangan kelihatan ketelanjanganmu yang memalukan; dan lagi minyak untuk melumas matamu, supaya engkau dapat melihat. 19 Barangsiapa Kukasihi, ia Kutegor dan Kuhajar; sebab itu relakanlah hatimu dan bertobatlah! 20 Lihat, Aku berdiri di muka pintu dan mengetok; jikalau ada orang yang mendengar suara-Ku dan membukakan pintu, Aku akan masuk mendapatkannya dan Aku makan bersama-sama dengan dia, dan ia bersama-sama dengan Aku. 21 Barangsiapa menang, ia akan Kududukkan bersama-sama dengan Aku di atas takhta-Ku, sebagaimana Akupun telah menang dan duduk bersama-sama dengan Bapa-Ku di atas takhta-Nya. 22 Siapa bertelinga, hendaklah ia mendengarkan apa yang dikatakan Roh kepada jemaat-jemaat."

 

Adalah penting untuk menyedari bahawa Jemaat-jemaat pada zaman akhir adalah terdiri dari ketiga ini, termasuklah juga sisa Tiatira. Jemaat Sardis telah mati. Jemaat Laodikia dimuntah keluar. Hanya sedikit saja dalam Sardis yang tidak mengotorkan jubah-jubah mereka dan sedikit saja dalam Laodikia yang telah memenangi. Kedua-dua Jemaat ini ditolak kerana kegagalan mereka untuk menurut firman Tuhan. Jemaat Filadelfia adalah satu-satunya jemaat yang taat kepada firman Tuhan, dianiaya yang lain. Memanggil dirimu seorang umat Filadelfia tidak memasukkan kamu ke dalam kebangkitan pertama itu. Jika kamu seorang Binitarian atau seorang Trinitarian, kamu tidak termasuk dalam kebangkitan pertama itu. Ianya ujian kira-kira yang mudah saja. Satu sama dengan satu. Ia tidak sama dengan dua atau tiga. Jika kamu mendapat bilangan yang salah, kamu langsung pergi kepada kebangkitan kedua.

 

Biarlah kita cukup jelas dalam hal kultus-kultus. Seorang pendeta dikatakan telah mengatakan kepada jemaatnya, bahawa mereka patut dipuji kerana mereka telahpun berjaya memasuki kebangkitan pertama itu. Mereka hanya perlu duduk di situ. Jika orang-orang ini mempercayainya, maka mereka sama-sama jahil tentang tuntutan-tuntutan Alkitab seperti orang yang telah mengucapkan kata-kata yang bukan-bukan itu. Jika kamu fikir bahawa kesetiaan kepada suatu organisasi akan meletakkan dirimu dalam kebangkitan pertama, maka kamu tidak akan berada di situ.

 

Pentingnya, fasa kemurtadan Trinitarian setelah memasuki kelompok umat pilihan kemudiannya berusaha untuk mendirikan konsep bahawa Gereja adalah satu-satunya jalan keselamatan yang sah. Langkah logik seterusnya adalah untuk mengubah aturan pembaptisan supaya individu dibaptiskan ke dalam upacara-upacara Gereja berkenaan dan bukannya ke dalam badan Yesus Kristus. Dengan itu pembaptisan dijadikan tidak sah dan organisasi itu selanjutnya bukan lagi suatu organ efektif bagi pembaptisan serta pertumbuhan umat pilihan.

 

Persoalan hidup kekal adalah begitu penting sekali untuk dianggap ringan. Untuk melihat Tuhan dan menerima hidup kekal, kita perlu menjadi sebahagian dari tubuh Kristus, bukannya tubuh sesuatu denominasi atau mazhab.

 

1Timotius 6:14-16 14 Turutilah perintah ini, dengan tidak bercacat dan tidak bercela, hingga pada saat Tuhan kita Yesus Kristus menyatakan diri-Nya, 15 yaitu saat yang akan ditentukan oleh Penguasa yang satu-satunya dan yang penuh bahagia, Raja di atas segala raja dan Tuan di atas segala tuan. 16 Dialah satu-satunya yang tidak takluk kepada maut, bersemayam dalam terang yang tak terhampiri. Seorangpun tak pernah melihat Dia dan memang manusia tidak dapat melihat Dia. Bagi-Nyalah hormat dan kuasa yang kekal! Amin.

 

Kristus memiliki hidup kekal dari Tuhan yang satu-satunya adalah kekal abadi. Kita juga adalah waris bersama dengan Kristus kepada kehidupan kekal yang dianugerahkan oleh Bapa kepada mereka yang taat setia dan mengasihiNya.

 

Binitarianisme bersandar pada kesilapan intelektual yang sama seperti Trinitarianisme. Premisnya adalah bahawa Kristus adalah sama taraf dan sama abadi dengan Tuhan. Ini jelas sekali tidak berlandaskan alkitab. Hanya ada Satu Allah yang Benar (Yohanes 17:3; 1 Yohanes 5:20). Satu-satunya Raja ini tidak dapat dilihat oleh manusia. Itulah sebabnya kenapa Dia berbicara kepada kita melalui malaikat-malaikat selaku pengantara-pengantara yang mentahbiskan hukum itu (Galatia 3:19) yang keluar dari Dia. Allah Maha Esa ini adalah yang satu-satunya abadi. Dia menganugerahkan hidup kekal kepada mereka yang menurutNya. Kristus merupakan permulaan (arche) Penciptaan Tuhan (Wahyu 3:14). Kristus ada bersama Tuhan pada mulanya namun dia bukanlah Tuhan dalam ertikata sama bahawa Bapa adalah Tuhan. Dia wujud dalam bentuk (morphe) Tuhan. Perkataan ini dianggap diterbitkan dari perkataan SGD 3313 meros iaitu suatu bentuk primitif bagi meiromai iaitu mendapatkan sebagai bahagian atau peruntukan; oleh itu satu divisi atau bahagian yang dikongsi. Aplikasi yang luas ini memberi maksud, sebahagian atau sekeping atau bagi pihak. Oleh itu morphe, melalui idea pengaturan bahagian-bahagian, memberi maksud bentuk, sifat atau rupa. Dengan itu Kristus berkongsi dalam sifat ilahi itu. Filipi 2:6 menggambarkan konsep tersebut.

 

Filipi 2:6-7 6 yang walaupun dalam rupa Allah, tidak menganggap kesetaraan dengan Allah itu sebagai milik yang harus dipertahankan, 7 melainkan telah mengosongkan diri-Nya sendiri, dan mengambil rupa seorang hamba, dan menjadi sama dengan manusia.

 

Teks ini menunjukkan bahawa Kristus tidak mengejar kesetaraan dengan Tuhan. Itulah sebabnya kenapa teks ini telah diubah di dalam KJV untuk menyamarkan maksudnya. Iblis telah cuba menjadi setara dan dengan itu menggulingkan Tuhan. Kristus taat setia sungguhpun membawanya kepada kematian oleh penyaliban. Umat pilihan juga sepertinya adalah taat setia. Jemaat-jemaat serta organisasi-organisasi telah berusaha mengelirukan umat pilihan selama dua ribu tahun dan mereka telah gagal. Umat pilihan adalah dipilih (dari situlah dapatnya gelaran umat pilihan). Mereka dipilih melalui penentuan takdir dari mula. Mereka kemudiannya dipanggil dan setelah dipanggil, mereka dibenarkan dan dimuliakan.

 

Roma 8:28-39 28 Kita tahu sekarang, bahwa Allah turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia, yaitu bagi mereka yang terpanggil sesuai dengan rencana Allah. 29 Sebab semua orang yang dipilih-Nya dari semula, mereka juga ditentukan-Nya dari semula untuk menjadi serupa dengan gambaran Anak-Nya, supaya Ia, Anak-Nya itu, menjadi yang sulung di antara banyak saudara. 30 Dan mereka yang ditentukan-Nya dari semula, mereka itu juga dipanggil-Nya. Dan mereka yang dipanggil-Nya, mereka itu juga dibenarkan-Nya. Dan mereka yang dibenarkan-Nya, mereka itu juga dimuliakan-Nya. 31 Sebab itu apakah yang akan kita katakan tentang semuanya itu? Jika Allah di pihak kita, siapakah yang akan melawan kita? 32 Ia, yang tidak menyayangkan Anak-Nya sendiri, tetapi yang menyerahkan-Nya bagi kita semua, bagaimanakah mungkin Ia tidak mengaruniakan segala sesuatu kepada kita bersama-sama dengan Dia? 33 Siapakah yang akan menggugat orang-orang pilihan Allah? Allah, yang membenarkan mereka? Siapakah yang akan menghukum mereka? 34 Kristus Yesus, yang telah mati? Bahkan lebih lagi: yang telah bangkit, yang juga duduk di sebelah kanan Allah, yang malah menjadi Pembela bagi kita? 35 Siapakah yang akan memisahkan kita dari kasih Kristus? Penindasan atau kesesakan atau penganiayaan, atau kelaparan atau ketelanjangan, atau bahaya, atau pedang? 36 Seperti ada tertulis: "Oleh karena Engkau kami ada dalam bahaya maut sepanjang hari, kami telah dianggap sebagai domba-domba sembelihan." 37 Tetapi dalam semuanya itu kita lebih dari pada orang-orang yang menang, oleh Dia yang telah mengasihi kita. 38 Sebab aku yakin, bahwa baik maut, maupun hidup, baik malaikat-malaikat, maupun pemerintah-pemerintah, baik yang ada sekarang, maupun yang akan datang, 39 atau kuasa-kuasa, baik yang di atas, maupun yang di bawah, ataupun sesuatu makhluk lain, tidak akan dapat memisahkan kita dari kasih Allah, yang ada dalam Kristus Yesus, Tuhan kita.

 

Konsep-konsep Binitarianisme adalah sama seperti Trinitarianisme. Malah, hujah-hujah Binitarianisme kebanyakannya terbit dari premis-premis palsu Trinitarianisme berhubung kesetaraan bersama dan keabadian bersama.

 

Tujuan penipuan Iblis dalam Trinitarianisme dan Binitarianisme adalah untuk menjadikan Kristus berlainan dari bani syurgawi selebihnya agar kita sampai pada posisi-posisi kita dengan idea yang salah. Lebih-lebih lagi, ia cuba menuduh Tuhan dalam motifNya dalam penciptaan manusia untuk melagakanNya dengan bani syurgawi. Ini merupakan dasar premis-premis palsu itu, yang mendasarkan penderhakaan itu dari mulanya. Kristus pernah menanyakan soalan itu bahawa apabila dia datang nanti adakah dia akan menemui iman di dunia?

 

Ini adalah untuk menggambarkan bahawa iman sejati itu akan terhad kepada sebilangan kecil manusia pada zaman akhir. Terdapat dua kumpulan dalam kebangkitan pertama itu. Satu kumpulan adalah kumpulan umat pilihan pentadbir seramai 144,000 dari suku-suku kaum itu. Kumpulan yang satu lagi adalah kumpulan besar orang yang tidak mengambil tanda binatang itu serta yang telah membuatkan jubah-jubah mereka putih di dalam darah Anak Domba itu. Wahyu 14 menunjukkan dengan cukup jelas bahawa pemilihan 144,000 itu terjadi secara beransur-ansur. Waktu pengadilan itu mengikuti pemilihan tersebut. Namun terdapat ada mereka yang masih mati di dalam Tuhan setelah kejatuhan Babilon dan semasa tempoh binatang itu. Perempuan sundal itu sebagai suatu sistem telah roboh pada tahun 1850 berikutan kehancuran Empayar Roma Suci itu sewaktu tempohnya selama 1,260 tahun dari tahun 590 TM hingga 1850 TM. Kebinasaan perempuan sundal itu juga melihatkan kehancuran umat pilihan ke dalam sistem Sardis itu, dan bibit-bibitnya tersedia bagi kemunculan sistem Laodikia. Sistem ini miskin, kasihan, buta dan telanjang. Wahyu 14:12 menyuarakan perlunya kesabaran orang-orang kudus, iaitu mereka yang memelihara perintah-perintah Tuhan serta keimanan Yesus.

 

Wahyu 14:1-20 1 Dan aku melihat: sesungguhnya, Anak Domba berdiri di bukit Sion dan bersama-sama dengan Dia seratus empat puluh empat ribu orang dan di dahi mereka tertulis nama-Nya dan nama Bapa-Nya. 2 Dan aku mendengar suatu suara dari langit bagaikan desau air bah dan bagaikan deru guruh yang dahsyat. Dan suara yang kudengar itu seperti bunyi pemain-pemain kecapi yang memetik kecapinya. 3 Mereka menyanyikan suatu nyanyian baru di hadapan takhta dan di depan keempat makhluk dan tua-tua itu, dan tidak seorangpun yang dapat mempelajari nyanyian itu selain dari pada seratus empat puluh empat ribu orang yang telah ditebus dari bumi itu. 4 Mereka adalah orang-orang yang tidak mencemarkan dirinya dengan perempuan-perempuan, karena mereka murni sama seperti perawan. Mereka adalah orang-orang yang mengikuti Anak Domba itu ke mana saja Ia pergi. Mereka ditebus dari antara manusia sebagai korban-korban sulung bagi Allah dan bagi Anak Domba itu. 5 Dan di dalam mulut mereka tidak terdapat dusta; mereka tidak bercela. 6 Dan aku melihat seorang malaikat lain terbang di tengah-tengah langit dan padanya ada Injil yang kekal untuk diberitakannya kepada mereka yang diam di atas bumi dan kepada semua bangsa dan suku dan bahasa dan kaum, 7 dan ia berseru dengan suara nyaring: "Takutlah akan Allah dan muliakanlah Dia, karena telah tiba saat penghakiman-Nya, dan sembahlah Dia yang telah menjadikan langit dan bumi dan laut dan semua mata air." 8 Dan seorang malaikat lain, malaikat kedua, menyusul dia dan berkata: "Sudah rubuh, sudah rubuh Babel, kota besar itu, yang telah memabukkan segala bangsa dengan anggur hawa nafsu cabulnya." 9 Dan seorang malaikat lain, malaikat ketiga, menyusul mereka, dan berkata dengan suara nyaring: "Jikalau seorang menyembah binatang dan patungnya itu, dan menerima tanda pada dahinya atau pada tangannya, 10 maka ia akan minum dari anggur murka Allah, yang disediakan tanpa campuran dalam cawan murka-Nya; dan ia akan disiksa dengan api dan belerang di depan mata malaikat-malaikat kudus dan di depan mata Anak Domba. 11 Maka asap api yang menyiksa mereka itu naik ke atas sampai selama-lamanya, dan siang malam mereka tidak henti-hentinya disiksa, yaitu mereka yang menyembah binatang serta patungnya itu, dan barangsiapa yang telah menerima tanda namanya." 12 Yang penting di sini ialah ketekunan orang-orang kudus, yang menuruti perintah Allah dan iman kepada Yesus. 13 Dan aku mendengar suara dari sorga berkata: Tuliskan: "Berbahagialah orang-orang mati yang mati dalam Tuhan, sejak sekarang ini." "Sungguh," kata Roh, "supaya mereka boleh beristirahat dari jerih lelah mereka, karena segala perbuatan mereka menyertai mereka." 14 Dan aku melihat: sesungguhnya, ada suatu awan putih, dan di atas awan itu duduk seorang seperti Anak Manusia dengan sebuah mahkota emas di atas kepala-Nya dan sebilah sabit tajam di tangan-Nya. 15 Maka keluarlah seorang malaikat lain dari Bait Suci; dan ia berseru dengan suara nyaring kepada Dia yang duduk di atas awan itu: "Ayunkanlah sabit-Mu itu dan tuailah, karena sudah tiba saatnya untuk menuai; sebab tuaian di bumi sudah masak." 16 Dan Ia, yang duduk di atas awan itu, mengayunkan sabit-Nya ke atas bumi, dan bumipun dituailah. 17 Dan seorang malaikat lain keluar dari Bait Suci yang di sorga; juga padanya ada sebilah sabit tajam. 18 Dan seorang malaikat lain datang dari mezbah; ia berkuasa atas api dan ia berseru dengan suara nyaring kepada malaikat yang memegang sabit tajam itu, katanya: "Ayunkanlah sabitmu yang tajam itu dan potonglah buah-buah pohon anggur di bumi, karena buahnya sudah masak." 19 Lalu malaikat itu mengayunkan sabitnya ke atas bumi, dan memotong buah pohon anggur di bumi dan melemparkannya ke dalam kilangan besar, yaitu murka Allah. 20 Dan buah-buah anggur itu dikilang di luar kota dan dari kilangan itu mengalir darah, tingginya sampai ke kekang kuda dan jauhnya dua ratus mil.

 

Oleh itu, terdapatnya suatu turutan aktiviti yang berterusan, yang melibatkan kematian umat pilihan sewaktu tempoh ini. Dengan itu, penganiayaan tersebut tidak terhenti dengan kebinasaan perempuan sundal itu oleh binatang tersebut. Sememangnya perempuan sundal itu telah dihapuskan oleh binatang itu pada tahun 1850.

 

Pasitan (inquisition) terakhir terjadi antara tahun 1823 dan 1846. Seramai kira-kira 200,000 orang telah dihukum bunuh atau menderitai hukuman penjara seumur hidup atau kapal-kapal, dalam negeri-negeri kepausan sendiri (lihat karya Malachi Martin The Decline and Fall of the Roman Church). Bagaimanapun, perempuan itu sekali lagi mempergunakan kuasa binatang itu dan wujudnya penganiayaan, malah ianya penganiayaan yang masih berjalan sekarang ini dalam blok Komunis, dalam kawasan yang dulunya merupakan Kesatuan Soviet dan di seluruh Asia. Penganiayaan ini akan berterusan, malah bertambah sehingga Kristus datang.

 

Matius 10:23 23 Apabila mereka menganiaya kamu dalam kota yang satu, larilah ke kota yang lain; karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya sebelum kamu selesai mengunjungi kota-kota Israel, Anak Manusia sudah datang.

 

Teks ini tidak menyebutkan tempat selamat pada kedatangan Mesias. Seperti yang ramai kita tahu, penganiaya-penganiaya itu lazimnya datang dari keluarga kita sendiri. Mereka akan menyerahkan kamu kepada apa yang mereka anggap sebagai pihak berkuasa Jemaat dan apa yang mereka anggap sebagai tubuh yang betul. Suatu pukulan balas konservatif menjelang tiba. Matlamat keseluruhan tempoh empat puluh tahun terakhir dari tahun enam puluhan dan revolusi seksual adalah untuk menyediakan pentas bagi penganiayaan tersebut. Para pendeta yang kelihatan seperti malaikat-malaikat terang akan berusaha menganiaya kamu. Seluruh ujian ini di dalam Jemaat-jemaat Tuhan diremeh-temehkan sebagai suatu pertikaian keperibadian atau penuduhan negatif terhadap individu-individu tertentu. Sebagai contoh, ramai umat Unitarian ditentang atas pendirian mereka, bukannya atas apa yang mereka katakan ataupun dasar isu tersebut. Hal ini diremeh-temehkan kepada bagaimana orang-orang dipengaruhi oleh personaliti-personaliti tertentu. Nampaknya tiada seorangpun anggota Jemaat kita yang membuat keputusan mereka berdasarkan personaliti, namun mereka dituduh dengan cara itu. Semuanya disebabkan ketidakikhlasan intelektual ahli-ahli kultus yang menuduh mereka. Jika isu-isu tersebut diremeh-temehkan kepada personaliti-personaliti, maka fakta-faktanya tidak perlu diperiksa. Proses ini merupakan sejenis propaganda yang dicipta kumpulan Nazi dan disempurnakan oleh pihak Komunis dan tiada kaitannya dengan Tuhan. Ia kini berleluasa di Amerika Utara. Bagaimanapun, ini tidaklah memberi alasan kepada umat pilihan. Umat pilihan dituntut untuk berkumpul bersama dan menyebarkan kebenaran itu. Untuk membantu kita menangani premis-premis palsu yang terkandung dalam Trinitarianisme dan sedikit sebanyak dalam Binitarianisme, bahagian yang ditambah kepada karya Allah Yang Kita Sembah [002] diulangi.

 

Sebagai rangkuman, masalahnya dengan Binitarianisme adalah ia membentuk sejenis dualisme major/minor. Terdapat dua Tuhan, seorang lebih besar dan seorang lebih kecil, yang telah wujud sebelum penciptaan. Struktur ini bermasalah seperti mana Zoroastrianisme dalam penjelasannya tentang kejahatan dan meragui kemahakuasaan Tuhan. Kristus menjadi seorang Tuhan yang berbuat silap, atau sekurang-kurangnya tidak maha kuasa. Teks-teks alkitab disalahi oleh struktur ini. Sebabnya kenapa struktur ini tidak didefinisikan adalah kerana logiknya bermasalah dan secara tradisinya membawa kepada Trinitarianisme apabila dikembangkan. Umumnya ia muncul di kalangan mereka yang cuba mensepadankan Trinitarianisme yang membingungkan dengan teks-teks alkitab, tanpa bersemuka dengan hakikat bahawa Kekristianan aliran umum memang salah.

 

Jemaat Tuhan telah bersifat Unitarian selama dua ribu tahun. Bidaah Binitarian itu adalah bertentangan dengan Kitab Suci dan telahpun dilawan selama dua milenia. Kepalsuan Binitarian ini menyemai bibit-bibit bagi penerimaan Trinitarianisme secara sah.

 

Kedudukan Trinitarianisme yang Tidak Logik

Pihak Trinitarian cuba mengertikan Tuhan Tiga-Kepala dengan menggunakan istilah Stoic hypostases dan istilah Platonic ousia yang bermakna, secara efektifnya, intisari kewujudan (essence of being).

 

Istilah hypostases itu akhirnya dimasukkan ke dalam doktrin Katolik lantas menghasilkan laknat-laknat Sidang-sidang Chalcedon dan Constantinople II. Struktur tersebut menghasilkan deklarasi-deklarasi Monarchia dan Circumincession. Deklarasi bahawa Ketuhanan adalah berbeza namun tidak berasingan secara dasarnya merupakan pernyataan Monarchia dan Circumincession itu. Ianya tidak masuk akal dari segi falsafah memandangkan fungsi-fungsi bahasa Inggeris. Penggunaan hypostases dan ousia sebagai istilah-istilah nampaknya adalah percubaan untuk menutupi kebingungan tersebut. Ketuhanan dipercayai umat Trinitarian sebagai tiga hypostases dalam satu ousia, dengan menggunakan istilah-istilah Stoic dan Platonic itu untuk membeza-bezakannya.

 

Ada umat Trinitarian yang cuba menafikan bahawa Tuhan adalah seorang Makhluk dengan harapan agar dapat memperkenalkan tingkah-tingkah tambahan untuk mempertahankan dakwaan-dakwaan terhadap posisi tidak logik itu, yang mereka pertahankan dengan mengisytiharkan bahawa seluruh hal itu adalah satu rahsia. Penafian istilah Makhluk bagi Tuhan dan Kristus secara langsung menafikan kewujudan mereka, yang mana adalah mustahil. Mengatakan bahawa Tuhan adalah Akal Sejagat (atau Jiwa Sejagat) sama sekali membuang keperibadian Tuhan dan menyangkal realiti Anak Tuhan melainkan kewujudan Anak itu dianggap sebagai suatu hypostasis. Ianya suatu permainan kata yang tidak memberikan realiti kepada Juruselamat. Sebaliknya, jika realiti Anak itu ditekankan maka doktrin itu secara asasnya melanggar perintah pertama: Jangan ada padamu allah lain di hadapan-Ku.

 

Entiti di sini adalah YHVH Eloheik (YHVH ElohimMu) yang dikenalpasti dalam Mazmur 45:7-8 sebagai Elohim yang telah mengurapi Elohi Israel. Dengan menaikkan elohim pengantara, salah seorang dari Sidang itu (Mazmur 89:7), kepada darjat Eloah, Allah Bapa, kita melanggar perintah pertama itu. Ini merupakan dosa Iblis yang menyatakan dirinya sebagai El kepada Sidang Elohim itu (Yehezkiel 28:2).

 

Doktrin Trinitas bersandar pada satu siri premis-premis palsu yang direka untuk membolehkan suatu perubahan pandangan. Ini adalah:

 

a) Bahawa elohim sebagai Ketuhanan merujuk kepada dua entiti sahaja tanpa membezakan antara Eloah dan berbagai makhluk yang lain termasuklah Sidang dan Bani Syurgawi (Daniel 7:9).

  

b) Bahawa kedua-dua entiti ini (dan Roh Kudus) tidak boleh dipisahkan secara lahiriah atau pemikiran dan tidak dapat digambarkan sepenuhnya bagai Makhluk-makhluk.

           

c) Bahawa kewujudan Kristus sebelum kelahirannya di dunia bukanlah sebagai Malaikat YHVH.

  

d) Bahawa Kristus adalah satu-satunya Anak Tuhan sebelum penciptaan dunia (Ayub 1:6, 38:7).

  

e) Bahawa hanya Kristus dan Setan sahaja yang menjadi Bintang Fajar (Ayub 38:7; Yesaya 14:12; Wahyu 2:28; 22:16)

  

f) Bahawa Kristus adalah Tuhan sama seperti Allah Bapa adalah Tuhan dan bukan bawahan Allah (Ibrani 1:9) yang diutus oleh Allah Semesta Alam (Zakaria 2:10-11). Dengan itu dia dijadikan tumpuan ibadah dan doa, bertentangan dengan Keluaran 34:14 dan Matius 4:10 dan sebagainya.

  

g) Bahawa Kristus adalah satu-satunya Anak tunggal dan bukannya Anak dan Tuhan Tunggal yang dilahirkan (monogenes theos dan uion) (Yohanes 1:18; 3:16; 1Yohanes 4:9; juga lihat Lukas 7:12; 8:42; 9:38; Ibrani 11:17 untuk perbandingan). Dia adalah yang sulung (proototokos) dari penciptaan (Kolose 1:15), juga permulaan bagi penciptaan Tuhan (Wahyu 3:14).

 

h) Bahawa Kristus mempunyai kewujudan lain yang berasingan dari kewujudannya sebagai manusia, dan kerana itu dia boleh berdoa kepada dirinya sebagai Tuhan. Pendapat sedemikian menolak adanya perbezaan antara Allah Bapa dengan Anak dan juga kesempurnaan kebangkitan tersebut. Ini adalah antikristus (1Yohanes 2:22; 4:3; 2 Yohanes 7).

 

i) Bahawa Kristus dan Tuhan adalah akal fikiran yang sama dan bahawa Kristus tidak mempunyai kehendaknya yang berasingan yang ditaklukkannya kepada Tuhan melalui penurutannya yang rela, bertentangan dengan Matius 21:31; 26:39; Markus 14:36 dan Yohanes 3:16; 4:34.

 

j) Bahawa kudrat Ilahi tidak mengalami penambahan dan pengurangan dalam Kristus. Secara logiknya, ini akan menafikan kebangkitan semula orang-orang kudus seperti yang dijelaskan dalam 1Korintus 15, dan di dalam janji-janji alkitab kepada umat pilihan. Trinitas ingin menekankan bahawa sifat ketuhanan yang dikaruniakan kepada umat pilihan adalah berbeza dari segi bagaimana ianya dikongsikan pada Kristus.

 

k) Bahawa Roh Kudus diberikan mengikut sukatan tetap, bertentangan dengan Yohanes 3:34 dan Roma 12:6.

 

l) Bahawa Kristus tidak mungkin berdosa (ini berdasarkan premis palsu bahawa kudrat ilahi tidak mengalami penambahan atau pengurangan dan bukannya kerana Kemahapengetahuan Tuhan yang telahpun tahu awal-awal lagi yang Kristus tidak akan berdosa).

 

m) Bahawa Kristus satu-bersama dengan Tuhan sehingga menyebabkan dia sama taraf dan sama abadi dengan Tuhan, berlawanan dengan catatan Filipi 2:6 dan 1Timotius 6:16 bahawa hanya Allah seorang sahaja yang kekal abadi. Kehidupan kekal Kristus atau yang disebut kehidupan aioonion (1Yohanes 1:2) serta yang dimiliki semua makhluk lain, termasuk Kristus, datang dari entiti itu. Kristus dan umat pilihan mempunyai asal-usul yang sama (Ibrani 2:11), memperolehi hidup serta kekekalan mereka melalui ketaatan bersyarat kepada Allah Bapa (Yohanes 5:19-30) yang mencipta kita semua (Maleakhi 2:10-15). Oleh kerana Bapa memiliki kehidupan di dalam diriNya, demikianlah Dia memberi kepada AnakNya kehidupan dalam dirinya sendiri (Yohanes 5:26), dan kita sebagai waris bersama juga menerima hidup di dalam diri kita melalui kuasa Allah.

 

n) Bahawa umat pilihan bukanlah anak-anak Tuhan seperti mana Kristus adalah Anak Tuhan dan kerana itu bukanlah waris bersama, bertentangan dengan Roma 8:17; Galatia 3:29; Titus 3:7; Ibrani 1:14; 6:17; 11:9; Yakobus 2:5 dan 1Petrus 3:7.

 

o) Bahawa Tuhan Yang Agung telah turun ke bumi dalam tubuh daging dan tinggal di kalangan manusia (ini timbul kerana berlakunya tambahan-tambahan palsu kepada 1Timotius 3:16 di dalam Codex A. Penambahan palsu ini dikekalkan di dalam Alkitab versi KJV serta dimuatkan ke dalam pendahuluan dalam versi NIV). Pernyataan bahawa Allah Yang Agung turun sebagai manusia fana adalah bertentangan dengan Yohanes 1:18 (dan juga Yohanes 1:14 di mana dia yang menjadi manusia adalah logos (atau Memra)) dan berbagai ayat yang membezakan Kristus daripada Allah Yang Benar (Eloah atau Theon, iaitu Allah Bapa), iaitu Tuhan kepada Yesus Kristus (Yohanes 17:3; 20:17; 1Korintus 8:6; 2Korintus 1:3) yang berdiri atas namaNya (Mikha 5:3).

 

Konsep tentang bagaimana Tuhan adalah Satu telah disalahfaham oleh pihak Trinitarian. Shema (Ulangan 6:4) terlalu rumit untuk diperiksa di sini (sila lihat karya Yosua, Mesias, Anak Tuhan [134]. Entiti yang disebutkan di dalam Ulangan 6:5 dikenalpasti sebagai Tuhan yang Maha Tinggi, iaitu Tuhan yang telah mengurapi Kristus sebagai Elohi kepada Israel di dalam Mazmur 45:7. Perpaduan Tuhan, yang perlu bagi Monotheisme, merupakan suatu aturan lanjutan yang hidup dalam perpaduan di bawah pimpinan suatu akal pusat, bersepakat dan berinteraksi secara rohani melalui Roh dan Kuasa Allah (1Korintus 2:4-14) yang melalui Kristus ditujukan kepada Tuhan (2Korintus 3:3-4).

 

Trinitas menafikan penyatuan ini yang wajib bagi monotheisme, dan dengan itu ia secara logiknya menjadi politheisme. Ini berlaku kerana para pemimpin tidak memahaminya sebab mereka tidak berciri rohani (1Korintus 2:8,14).

 

Soalan-soalan untuk umat-umat Trinitarian

Jika Tuhan adalah seorang makhluk dalam tiga hypostases, atau oknum, iaitu Bapa, Anak dan Roh Kudus, bagaimanakah perkara-perkara yang berikut boleh terjadi, seperti yang tercatat dengan jelas di dalam Alkitab?

 

·        Untuk Yesus menerima wahyu daripada Allah?

Wahyu 1:1 mengatakan bahawa ia adalah Wahyu Yesus Kristus yang diberikan Allah untuknya menunjukkan hamba-hambanya mengenai perkara-perkara yang akan terjadi. Dan dia mengutuskan dan menyatakannya melalui malaikatnya kepada hambanya Yohanes.

 

·        Untuk Kristus duduk di atas takhta Bapanya?

(Wahyu 3:21) Barangsiapa menang, ia akan kududukkan bersama-sama dengan aku di atas takhtaku, sebagaimana akupun telah menang dan duduk bersama-sama dengan Bapaku di atas takhtaNya.

 

·        Bagi Tuhan mengepalai Kristus?

(1Korintus 11:3) Tetapi aku mau, supaya kamu mengetahui hal ini, iaitu Kepala dari tiap-tiap laki-laki ialah Kristus, kepala dari perempuan ialah laki-laki dan Kepala dari Kristus ialah Allah.

 

·        Bagi Kristus menyeru kepada Allah?

(seperti di dalam Matius 27:46; Markus 15:34): Allahku, Allahku, mengapa Engkau meninggalkan aku?

 

·        Bagi Kristus diangkat kepada Allah seperti dalam Yohanes 20:17?

Kata Yesus kepadanya: Janganlah engkau memegang aku, sebab aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudaraku dan katakanlah kepada mereka bahwa sekarang aku akan pergi kepada Bapaku dan Bapamu, kepada Allahku dan Allahmu.

 

·        Bagi mereka yang memiliki roh Tuhan menjadi tuhan-tuhan?

Di dalam Yohanes 10:34-36 Kata Yesus kepada mereka, 'Tidakkah  ada tertulis dalam kitab Taurat kamu: Aku telah berfirman, kamu adalah allah? Jikalau mereka, kepada siapa firman itu disampaikan, disebut allah - sedang Kitab Suci tidak dapat dibatalkan - masihkah kamu berkata kepada dia yang dikuduskan Bapa dan yang telah diutusNya ke dalam dunia: Engkau menghujat Allah! Karena aku telah berkata: Aku Anak Allah?

 

'Kitab Suci tidak dapat dibatalkan' disebutkan di sini untuk menunjukkan bahawa kita akan menjadi elohim dan hakikat ini tidak boleh dibatalkan atau dihapuskan. Bagaimana pula Kristus dibezakan dari yang lain sebagai milik Tuhan dan diutus ke dunia jika Kristus adalah Allah dan tidak ada yang lainnya?

 

·        Untuk Kristus diciptakan Bapa?

Untuk dia menjadi permulaan (arche, bukan pemerintah/penguasa seperti di dalam NIV) dari penciptaan Tuhan (Wahyu 3:14), gambaran Tuhan yang tidak kelihatan, yang sulung antara seluruh penciptaan (Kolose 1:15).

 

Para Trinitarian cuba menekankan bahawa arche dan proototokos hanya sekadar gelaran-gelaran untuk mengelak kesimpulan-kesimpulan jelas yang boleh dirumuskan dari ayat-ayat tersebut berbanding 1Timotius 6:16 yang menunjukkan bahawa hanya Allah sahaja yang kekal abadi.

 

·        Bolehkah seseorang itu memperanakkan dirinya sendiri?

(Yohanes 3:16) Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan AnakNya yang tunggal...

 

·        Bagi Bapa seorang sahaja yang menguasai segalanya?

(Efesus 4:6) satu Allah dan Bapa dari semua, Allah yang di atas semua dan oleh semua dan di dalam semua.

 

·        Oleh itu, teks ini menafikan bahawa Bapa ada di dalam Anak dan Anak di dalam Bapa sahaja. Hubungan sebegini juga meliputi umat pilihan.

 

·        Yesus adalah Anak Allah Maha Tinggi (Markus 5:7) iaitu Tuhan kepadanya dan juga Bapanya (Kolose 1:3; 1Tesalonika 3:11), dan dia dibezakan dari Tuhan dan Bapa kita (2 Tesalonika 2:16). Walaupun dia mengatakan bahawa Tuhan adalah Bapanya, ini tidak bermaksud bahawa dia sama taraf dengan Allah seperti yang dimaksudkan oleh golongan Farisi di dalam Yohanes 5:18. Kerana itu pemahaman Trinitarian itu adalah dusta yang sama dengan apa yang dilemparkan kepada Kristus pada masa itu. Bagaimana ini terjadi?

 

·        Jika ada tiga hypostases (oknum), bagaimanakah tujuh roh Tuhan itu wujud (Wahyu 5:6)? Bukankah tujuh mata di dalam tujuh tanduk ini bermaksud penguasa atau subdivisi berlainan yang diutus oleh Kristus selaku Anak Domba untuk mengawal dunia?

 

·        Bolehkah seorang makhluk menjadi korban kepada dirinya sendiri?

 

(1Petrus 1:19,21) ..melainkan dengan darah yang mahal, iaitu darah Kristus yang sama seperti darah anak domba yang tak bernoda dan tak bercacat...Oleh dialah kamu percaya kepada Allah, yang telah membangkitkan dia dari antara orang mati dan yang telah memuliakannya, sehingga imanmu dan pengharapanmu tertuju kepada Allah.

 

Roma 5:15 pula mengatakan Jika karena pelanggaran satu orang semua orang telah jatuh di dalam kuasa maut, jauh lebih besar lagi kasih karunia Allah dan karuniaNya, yang dilimpahkanNya atas semua orang karena satu orang, iaitu Yesus Kristus. Iman dan pengharapan kita terletak di dalam Allah, bukan Kristus, namun ianya melalui Kristus dengan kuasa Roh Kudus selaku Roh Iman dan Kebenaran.

 

·        Bolehkah seseorang itu berdoa kepada dirinya sendiri dan/atau memberi kepada dirinya sendiri? Sebagai contoh:

 

(Lukas 11:13) ...apalagi Bapamu yang di syurga! Ia akan memberikan Roh Kudus kepada mereka yang meminta kepadaNya.

 

(Yohanes 17:4) Aku telah...menyelesaikan pekerjaan yang Engkau berikan kepadaku untuk melakukannya.

 

(Yohanes 17:9) Aku berdoa untuk mereka. Bukan untuk dunia aku berdoa, tetapi untuk mereka, yang telah Engkau berikan kepadaku, sebab mereka adalah milikMu.

 

(1Yohanes 5:10) ...karena ia tidak percaya akan kesaksian yang diberikan Allah tentang AnakNya.

 

·        Bagaimanakah sesuatu makhluk boleh menjadi lebih besar daripada dirinya sendiri?

(Yohanes 14:28) Kamu telah mendengar, bahawa aku telah berkata kepadamu: Aku pergi, tetapi aku datang kembali kepadamu. Sekiranya kamu mengasihi aku , kamu tentu akan bersukacita karena aku pergi kepada Bapaku, sebab Bapa lebih besar daripada aku.

 

·        Bolehkah seseorang makhluk itu berbahagi dari segi pengetahuannya?

 

(Matius 24:36) Tetapi tentang hari dan saat itu tidak seorangpun yang tahu, malaikat-malaikat di syurga tidak, dan AnakNya tidak, hanya Bapa sendiri.

 

(Wahyu 1:1) Inilah wahyu Yesus Kristus, yang dikaruniakan Allah kepadanya, supaya ditunjukkannya kepada hamba-hambanya apa yang harus segera terjadi.

 

·        Bagaimanakah seseorang makhluk itu mengantara kepada dirinya sendiri?

 

(1Timotius 2:5) Karena Allah itu esa dan esa pula dia yang menjadi pengantara antara Allah dan manusia, iaitu manusia Yesus Kristus.

 

(Galatia 3:20) Seorang pengantara bukan hanya mewakili satu orang saja, sedangkan Allah adalah satu.

 

(1Yohanes 2:1) ...kita mempunyai seorang pengantara pada Bapa, iaitu Yesus Kristus, yang adil.

 

(1Yohanes 2:22) Siapakah pendusta itu? Bukankah dia yang menyangkal bahawa Yesus adalah Kristus? Dia itu adalah antikristus, iaitu dia yang menyangkal baik Bapa maupun Anak.

 

·        Bagaimanakah seorang makhluk menjadi subordinat kepada dirinya sendiri?

 

(Yohanes 10:18) Inilah tugas yang kuterima dari Bapaku.

 

·        Adakah dia akan menafikan doktrinnya (ajarannya) sendiri?

 

(Yohanes 7:16) Ajarku tidak berasal dari diriku sendiri, tetapi dari Dia yang telah mengutus aku.

 

·        Bolehkah suatu makhluk itu mempunyai kehendak berasingan namun mempunyai suatu elemen iaitu Kristus yang menuruti kepalanya iaitu Allah?

 

(Matius 7:21) Bukan setiap orang yang berseru kepadaku: Tuhan, Tuhan! akan masuk ke dalam kerajaan syurga, melainkan dia yang melakukan kehendak Bapaku yang di syurga.

 

(Matius 12:50) Sebab sesiapapun yang melakukan kehendak Bapaku di syurga, dialah saudaraku laki-laki, dialah saudaraku perempuan, dialah ibuku.

 

(Matius 26:39) Ya Bapaku , jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu dari padaku, tetapi janganlah seperti yang kukehendaki, melainkan seperti yang Engkau kehendaki.

 

(Markus 3:35) Barangsiapa melakukan kehendak Allah, dialah saudaraku laki-laki, dialah saudaraku perempuan, dialah ibuku.

 

(Yohanes 4:34) Makananku ialah melakukan kehendak Dia yang mengutus aku dan menyelesaikan pekerjaanNya.

 

(1Tesalonika 5:18) Mengucap syukurlah dalam segala hal, sebab itulah yang dikehendaki Allah di dalam Kristus Yesus bagi kamu.

 

·        Bagaimana pula elemen-elemen diri seorang makhluk tunduk kepada sesama sendiri namun sama taraf dan sama abadi, serta masih mampu menjadi sebahagian dari suatu struktur lanjutan, iaitu tubuh Kristus tanpa perkongsian taraf yang sama antara semua anggota tubuh ini?

 

·        Bagaimanakah seseorang itu menyembah dirinya sendiri tanpa memperlihatkan seperti mempunyai masaalah psikologi yang berat?

 

Allah adalah tumpuan ibadah seperti yang dinyatakan dalam Yesaya dan ini diulangi oleh Kristus di dalam Matius 15:9 'Percuma mereka beribadah kepadaku, sedangkan ajaran yang mereka ajarkan ialah perintah manusia'.

 

(Lukas 4:8) Tetapi Yesus berkata kepadanya: 'Ada tertulis: Engkau harus menyembah Tuhan, Allahmu, dan hanya kepada Dia sajalah engkau berbakti'.

 

(Yohanes 4:21-23) ..kamu akan menyembah Bapa...Kamu menyembah apa yang tidak kamu kenal, kami menyembah apa yang kami kenal, sebab keselamatan datang dari bangsa Yahudi. Tetapi saatnya akan datang dan sudah tiba sekarang, bahwa penyembah-penyembah benar akan menyembah Bapa dalam roh dan kebenaran; sebab Bapa menghendaki penyembah-penyembah demikian.

 

(Efesus 3:14-15) Itulah sebabnya aku sujud kepada Bapa, yang daripadaNya semua turunan yang di dalam syurga dan di atas bumi menerima namanya.

 

·        Bagaimanakah seseorang yang hadir di mana sahaja pada bila-bila masa (omnipresent) dalam keadaan hypostases (terbahagi) datang dan pergi dari dirinya?

 

(Yohanes 14:28) Kamu telah mendengar, bahwa aku telah berkata kepadamu: Aku pergi, tetapi aku datang kembali kepadamu . Sekiranya kamu mengasihi  aku, kamu tentu akan bersukacita karena aku pergi kepada Bapaku, sebab Bapa lebih besar daripada aku.

 

(Yohanes 16:27-28) ...dan percaya, bahwa aku datang dari Allah. Aku datang dari Bapa...aku meninggalkan dunia pula dan pergi kepada Bapa.

 

·        Begitu juga, bagaimanakah ia boleh lebih besar dari dirinya sendiri? Atau bagaimana pula dia boleh dilihat namun menafikan bahawa orang pernah melihatnya?

 

(Yohanes 6:46) Hal itu tidak berarti, bahwa ada orang yang telah melihat Bapa. hanya dia yang datang dari Allah, dialah yang telah melihat Bapa.

 

(Yohanes 5:37) Bapa yang mengutus aku, Dialah yang bersaksi tentang aku. Kamu tidak pernah mendengar suaraNya, rupaNyapun tidak pernah kamu lihat.

 

·        Bagaimana pula Tuhan mempunyai rupa tetapi tidak bentuk?

 

·        Bagaimanakah seseorang itu boleh mendengar doanya sendiri dan doa itu ditujukan kepada dirinya sendiri?

 

(Yohanes 11:41-42) ...Bapa, aku mengucap syukur kepadaMu, karena Engkau telah mendengarkan aku. Aku tahu, bahwa Engkau selalu mendengarkan aku, tetapi oleh karena orang banyak yang berdiri di sini mengelilingi aku, aku mengatakannya, supaya mereka percaya, bahwa Engkaulah yang telah mengutus aku.

 

·        Bagaimanakah suatu makhluk itu dikatakan tidak berkuasa namun bergantung pada kekuasaan dirinya sendiri?

 

(Yohanes 5:19) ...Aku berkata kepadamu, sesungguhnya Anak tidak dapt mengerjakan sesuatu dari dirinya sendiri, jikalau tidak ia melihat Bapa mengerjakannya; sebab apa yang dikerjakan Bapa, itu juga yang dikerjakan Anak.

·        Bagaimanakah dia boleh meniru dirinya sendiri?

 

·        Bagaimanakah sesuatu makhluk itu boleh mencirikan hak kuasa berasingan kepada dirinya sendiri?

 

(Yohanes 12:49-50) Sebab aku berkata-kata bukan dari diriku sendiri, tetapi Bapa, yang mengutus aku, Dialah yang memerintahkan aku untuk mengatakan apa yang harus aku katakan dan aku sampaikan.

 

·        Bagaimanakah sesuatu makhluk itu tertakhluk kepada dirinya sendiri dan menyerahkan sesuatu kepada dirinya sendiri?

 

(1Korintus 15:28) Tetapi kalau segala sesuatu telah ditaklukkan di bawah Kristus, maka ia sendiri sebagai Anak akan menaklukkan dirinya di bawah Dia, yang telah menaklukkan segala sesuatu di bawahNya, supaya Allah menjadi semua di dalam semua.

 

(1Korintus 15:24) Kemudian tiba kesudahannya, iaitu bilamana ia menyerahkan Kerajaan kepada Allah Bapa, sesudah ia membinasakan segala pemerintahan, kekuasaan dan kekuatan.

 

·        Begitu juga, bagaimanakah sesuatu makhluk boleh membahagi-bahagikan kuasanya?

 

(Yohanes 5:30) Aku tidak dapat berbuat apa-apa dari diriku sendiri; Aku menghakimi sesuai dengan apa yang aku dengar, dan penghakimanku adil, sebab aku tidak menuruti kehendakku sendiri, melainkan kehendak Dia yang mengutus aku.

 

(Yohanes 5:19) Aku berkata kepadamu, sesungguhnya Anak tidak dapat mengerjakan sesuatu dari dirinya sendiri, jikalau tidak ia melihat Bapa mengerjakannya; sebab apa yang dikerjakan Bapa, itu juga yang dikerjakan Anak.

 

·        Bagaimanakah Kristus boleh mengatakan bahawa Bapalah yang memiliki Kerajaan Allah jika mereka satu makhluk?

 

(Matius 26:29) Akan tetapi aku berkata kepadamu: mulai dari sekarang aku tidak akan minum lagi hasil pokok anggur ini sampai pada hari aku meminumnya, iaitu yang baru, bersama-sama dengan kamu dalam Kerajaan Bapaku.

 

(Markus 10:15) Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya barangsiapa tidak menyambut Kerajaan Allah seperti seorang anak kecil, ia tidak akan masuk ke dalamnya.

 

(Lukas 12:32) Janganlah takut, hai kamu kawanan kecil! Karena Bapamu telah berkenan memberikan kamu Kerajaan itu.

 

·        Bagaimanakah pula seseorang yang sama taraf dengan Bapa harus dianugerahkan sesuatu sebelum dapat memberikannya kepada bawahannya sendiri?

(Lukas 22:29-30) Dan aku menentukan hak-hak Kerajaan bagi kamu, sama seperti Bapaku menentukannya bagiku, bahwa kamu akan makan dan minum semeja dengan aku di dalam Kerajaanku dan kamu akan duduk di atas takhta untuk menghakimi kedua belas suku Israel.

 

·        Bagaimanakah umat pilihan boleh menjadi pewaris-pewaris bersama dengan Kristus jika Kristus adalah Allah yang memang sedia memiliki Ketuhanan sejak dari waktu abadi lagi? Apakah saja lagi yang boleh diwarisi?

 

(Roma 8:17) Dan jika kita adalah anak, maka kita juga adalah ahli waris, maksudnya orang-orang yang berhak menerima janji-janji Allah, yang akan menerimanya bersama-sama dengan Kristus,...

 

·        Bagaimanakah seseorang makhluk boleh mengaku atau menyangkal orang lain terhadap dirinya sendiri?      

 

(Matius 10:32-33) Setiap orang yang mengakui aku di depan manusia, aku juga akan mengakuinya di depan Bapaku yang di syurga. Tetapi barangsiapa menyangkal Aku di depan manusia, aku juga akan menyangkalnya di depan Bapaku di syurga.

 

·        Bagaimanakah dia boleh mengasihi atau membenci dirinya sendiri dalam ertikata suatu perhubungan sejati, dan bukannya dari segi psikologi sahaja?

 

Yohanes 15:23 menyebut 'Barangsiapa membenci aku, ia membenci juga Bapaku'. Namun ini tidak bermaksud bahawa cuma ada satu makhluk sahaja, seperti yang tercatat di dalam Yohanes 5:20: 'Sebab Bapa mengasihi Anak dan Ia menunjukkan kepadanya segala sesuatu yang dikerjakanNya sendiri, bahkan Ia akan menunjukkan kepadanya pekerjaan-pekerjaan yang lebih besar lagi daripada pekerjaan-pekerjaan itu, sehingga kamu menjadi heran'. Dari sini, bagaimanakah seseorang yang maha mengetahui ditunjukkan sesuatu oleh seorang lagi yang juga maha mengetahui? Oleh itu, dengan melihat pernyataan di atas (dan Wahyu 1:1), adakah Kristus seorang yang maha mengetahui?

 

TUHAN adalah suatu roh. Yohanes 4:24 menyebut 'Allah itu Roh dan barangsiapa menyembah Dia, harus menyembahNya dalam roh dan kebenaran'. Percubaan untuk menafsirkan ayat ini secara bulat-bulat sebagai 'Allah adalah roh' tidak disokong oleh sama ada versi terjemahan lain bagi ayat ini atau cara penggunaannya oleh ahli teologi pra-Nicene dan penterjemah-penterjemah mereka. Tafsiran ini bertujuan menegaskan bahawa kudrat Tuhan adalah tidak berperibadi dan tidak khusus. Dari situ istilah Allah dilanjutkan untuk meliputi suatu bidang struktur yang lebih luas. Konsep seperti ini berkembang melampaui trinitarianisme, kepada Teologi Proses.

 

Tuhan mempunyai keluarga seperti dalam Efesus 3:14-16 'Itulah sebabnya aku sujud kepada Bapa, yang daripadaNya semua turunan yang di dalam syurga dan di atas bumi menerima namaNya,..

 

Golongan Trinitarian cuba menjadikan Kristus dan Tuhan sebagai Satu Makhluk atau menegaskan bahawa Kristus adalah Tuhan dengan merujuk kepada ayat-ayat palsu di atas dan juga penafsiran salah Yohanes 1:1 yang mungkin lebih tepat lagi berbunyi, 'Pada mulanya adalah Firman dan Firman itu bersama-sama dengan Allah itu (Theon) dan Firman itu adalah (seorang) Tuhan (theos).

 

Ayat Yohanes 2:19 juga diambil sebagai bermaksud bahawa Kristus adalah TUHAN kerana dia berkata,

 

Rombak Bait Allah ini, dan dalam tiga hari aku akan mendirikannya kembali.

 

Penyangkalan terhadap pemahaman ini boleh didapati dalam buku yang sama iaitu dalam Yohanes 10:18 di mana Kristus menyatakan tentang hidupnya bahawa,

 

Tidak seorangpun mengambilnya daripadaku, melainkan aku memberikannya menurut kehendakku sendiri. Aku berkuasa memberikannya dan berkuasa mengambilnya kembali. Inilah tugas yang kuterima dari Bapaku.

 

Tidak syak lagi bahawa Kristus adalah hamba yang taat, setia dan tunduk kepada Allah yang Maha Esa. Dia adalah saudara kita dan waris bersama kita dalam janji Kerajaan Allah. Namun kita tidak menyembahnya ataupun lambang-lambang kerohaniannya. Melalui perintahnya kita menyembah Allah.