Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

[092]

 

 

 

Jiwa [092]

 

(Edisi 3.0 19950225-20010127-20071215)

 

Doktrin Jiwa adalah pegangan yang menyeleweng yang mana mengatakan bahawa manusia tidak sesungguhnya akan mati. Secara umummya, sistem keagamaan dunia ini menyatakan bahawa jiwa itu adalah berkekalan. Pegangan Alkitab mengenai jiwa telah diubah oleh fahaman sinkretisme dalam Jemaat awal, seperti yang kita akan teliti dalam karya tulis ini.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1995, 1000, 2001, 2007 Wade Cox)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

 

Jiwa [092]



Pegangan Alkitab mengenai Jiwa adalah jelas dan merupakan doktrin yang mudah, yang mana telah diubah oleh fahaman sinkretisma didalam Jemaat awal. Secara umumnya, pegangan sistem keagamaan sudah menjadi satu, dimana mereka menegaskan bahawa jiwa adalah sesuatu yang berkekalan.  Ini bukan pegangan Alkitab yang benar. Perkembangan dalam pandangan Kristian serta hubungannya dengan pandangan Alkitab telah diteliti.

 

Jiwa dan Alkitab

 

Seperti yang dibincangkan didalam Cox, Creation [B5]: From Anthropomorphic Theology to Theomorphic Anthropology, konsep kewujudan jiwa sepenuhnya selepas kematian telah menjadi tema yang timbul terus-menerus dari Babilon Animisma, yakni dari teologi Chaldean. Ini adalah konsep penganut politeis. Alkitab agak mengkategorikan bahawa orang yang sudah mati akan kekal sehingga kebangkitan, sama ada didalam kebangkitan pertama atau yang kedua. Belum ada orang yang pernah dibangkitkan selain dari Kristus, umat-umat pilihan yang lain telah meninggal (1 Tes 13-18). Tetapi orang yang mati akan dibangkitkan.

 

1Korintus 15:16-18 Sebab jika benar orang mati tidak dibangkitkan, maka Kristus juga tidak dibangkitkan.  Dan jika Kristus tidak dibangkitkan, maka sia-sialah kepercayaan kamu dan kamu masih hidup dalam dosamu. Demikianlah binasa juga orang-orang yang mati dalam Kristus.

 

Tetapi sebenarnya, Kristus telah bangkit dari antara orang mati sebagai yang sulung dari orang-orang yang telah meninggal (1 Kor 15:20). Daud telah mati dan dikuburkan dan kuburannya ada bersama kita sehingga hari ini (Kisah 2:29).

 

Yohanes 3:13  Tidak ada seorangpun yang telah naik ke sorga, selain dari pada Dia yang telah turun dari sorga, yaitu Anak Manusia.

 

Kebutuhan kebangkitan fizikal atau lahiriah akan mengikuti kedudukan ini. Penyangkalan kebangkitan lahiriah, yang mana menjadi kebiasaan dalam fahaman Trinitarian adalah salah dan ini berpunca dari kesalahfahaman tentang urutan korban-korban Paskah serta persembahan-persembahan sajian. Adalah perlu untuk menangani hal kebangkitan ini dalam beberapa perincian supaya dapat berpegang kepada pemahaman tentang perhubungan Kristus dan umat manusia dengan Allah, serta tatacara Alkitab yang mana menyatakan bahawa manusia akan mewarisi kehidupan kekal.

 

Doktrin mengenai Jiwa ini seolah-olah disebarkan demi untuk ditanamkan didalam fikiran manusia, bahawa seseorang itu mempunyai kewujudan selepas mati, dan oleh karana ini, maka dia tidak bergantung kepada Allah untuk kebangkitan dan kewujudannya kelak. Penjelasan Alkitab dalam ilusi tilikan atau berbicara dengan orang yang sudah mati adalah lazim pada umat-umat yang jatuh. Dalam keadaan inilah Saul telah berjumpa dengan ahli sihir di Endor. Ahli sihir itu dipercayai mempunyai roh "&! Öwb atau obe, dari perlakuan yang mengecek atau mengomel seperti dari botol atau kendi, dan kemudian ianya digunakan untuk perbicaraan perut, atau untuk tilikan sebagai satu ilusi roh yang lazim. Konsep yang mengatakan bahawa roh boleh dibangunkan dari orang mati dipercayai menjadi kenyataan daripada ilusi yang memperlihatkan Samuel telah dibangkitkan dari mati oleh ahli sihir dari Endor. Bagaimanapun, bukan Samuel yang telah dibangkitkan dari mati. Beberapa pandangan diajukan bahawa kewujudan yang dilihat oleh perempuan itu adalah sebenarnya Setan, bagaimanapun, perempuan itu merasa takut dengan apa yang dia lihat.

 

1Samuel 28:13  Maka berbicaralah raja kepadanya: "Janganlah takut; tetapi apakah yang kaulihat?" Perempuan itu menjawab Saul: "Aku melihat sesuatu yang ilahi muncul dari dalam bumi."

 

Perkataan yang digunakan oleh perempuan itu untuk tuhan adalah elohim, supaya kewujudan (atau kewujudan-kewujudan) yang dia lihat dan yang telah berbicara dengan Saul adalah elohim. Elohim lah yang telah menyingkirkan martabat beraja Saul serta menjatuhkan hukuman. Berbicara dengan roh adalah pengerahan ilmu sihir  kerana ianya melanggar perintah hukum yang pertama dan justru memberontak terhadap Allah (1Samuel 15:23).

 

Melihat pada ketakutan perempuan itu, kita boleh menyimpulkan bahawa bukannya kuasa itu yang dia ketahui atau mahir. Tidak ada Setan yang boleh menyingkirkan martabat beraja Saul kerana mereka tidak memiliki kewibawaan itu. Satu pernyataan yang tegas mengatakan bahawa kewujudan ini adalah roh yang jatuh atau setan yang hanya boleh diam di tempat yang mempunyai kejadian-kejadian kewujudan yang bertentangan dengan kehendak Allah, yang secara sendirinya menjadi kekuasaan elohim yang jatuh. Pendirian ini berpunca dari pertentangan pada konsep yang dinyatakan oleh Paulus, yang memahami persoalan ini dengan melihat pada pekerjaannya. Elohim dengan kewibawaan ini secara logiknya harus daripada warga semesta alam yang setia. Konsep yang salah mengenai perkara ini mungkin timbul dari penterjemahan yang salah didalam Alkitab NKJV, NIV dan yang lain-lainnya, kerana penterjemahnya tidak memahami konsep mengenai elohim dan telah terikat dengan doktrin Jiwa. Kewujudan itu dinilai sebagai elohim, sama ada dari warga semesta alam yang setia atau warga semesta alam yang jatuh, tetapi ianya bukan roh Samuel.

 

Atas alasan-alasan yang dinyatakan dalam Penciptaan (B5) dan penyataan diatas, jiwa manusia yang kekal adalah fiksyen dari teologi Chaldean. Penebusan dan pemilihan melalui infusi Roh adalah mekanisma yang berhubungan untuk perkembangan kepada struktur spiritual manusia yang berkekalan. Mengapa Allah menciptakan struktur ontologi, yang mana lebih rumit daripada yang diperlukan, yang melibatkan bentuk pemusnahan yang lebih rumit? Kerumitan ini adalah kemestian dalam urutan yang melibatkan manusia dan roh dan pemusnahan kewujudan spiritual yang lebih sukar. Dari kebangkitan, ianya sudah dijelaskan dalam tulisan Alkitab yang lain, bahawa sebenarnya roh itu akan dikurangkan kepada daging badani manusia demi untuk ditangani. Setan akan menjadi manusia dan bukan sebaliknya. Makluk roh akan dikurangkan kepada daging badani dan membiarkan mereka mati, sekiranya mereka memberontak. Mereka yang memberontak akan mati dan dilontarkan ke dalam jurang buangan, demikian juga akan terjadi kepada umat manusia yang tidak mahu bertobat. Kewujudan mereka akan terhenti. Doktrin jiwa adalah sesuatu yang cuba untuk menegaskan kewujudan yang berkekalan tanpa memperhatikan kehendak Allah, rahmat Allah dan kuasaNya. Ianya seperti berkata kepada Allah “Saya akan terus wujud, sama ada kamu suka atau tidak, dan tidak ada yang boleh kamu lakukan untuk menahan kewujudan saya.”

 

Keseluruhan perdebatan ini telah menemui jalan masuk ke dalam teologi liberatur timur mengenai pemboyongan. Ia menemui jalan masuk kedalam teologi Celts bersama kepercayaan pemboyongan. Orang mempercayainya walaupun ia adalah satu fiksyen atau penipuan. Mereka mempercayainya kerana mereka mewarisi sifat untuk memberontak. Pegangan Alkitab dalam Pengkhotbah 12:7, mengatakan bahawa roh itu akan kembali kepada Allah, yang telah memberikannya, tetapi ini bukanlah sebagai satu makluk yang sedar, kerana orang mati tidak tahu apa-apa dan mereka tidak mempunyai ingatan (Peng 9:5). Bagaimana pun, pegangan yang dipeganga di seluruh teks Alkitab adalah bahawa terdapat kebangkitan fizikal (Ayub 19:26; Yeh 37 dan seterusnya).

 

Wahyu menunjukkan dua kebangkitan dari antara orang mati. Yang pertama adalah sewaktu kedatangan Mesiah semasa permulaan Milenium. Ianya dijelaskan didalam Wahyu 20:4 dan satu-satunya keprihatinan mengenai fasa pertama umat-umat pilihan berfungsi sebagai penolong Kristus dalam Milenium. Bantuan ini menyelenggarakan fungsi kedua dalam penyediaan ukuran yang digunakan untuk menghakimi setan di Takhta Penghakiman Putih yang Besar, yang  dikembangkan dalam ayat Wahyu 20:5.

 

Kenyataan sebenar kita menyelenggarakan fungsi ini selama satu ribu tahun boleh  dibandingkan dengan kayu pengukur. Setan tidak boleh dihakimi kecuali Yesus Kristus datang ke dunia untuk melakukan tugasnya serta menyerahkan hidupnya kepada umat manusia yang dia layani. Dia harus digoda di padang belantara. Apabila Kristus digoda dan disuruh untuk menyangkal Allah dan menyembah Setan, dia menolak. Jadi, Setan akan diadili berlandaskan apa yang dilakukan oleh Kristus. Dengan cara yang sama juga setan-setan yang lain akan dihakimi berlandaskan apa yang kita lakukan. Pada penghujung Milenium, semua umat manusia akan dibangkitkan serta ditangani dalam jangka masa penghakiman yang diperpanjangkan, menjadi satu ratus tahun dalam Yesaya 65:20. Konsep jiwa yang berkekalan tidak berada didalam struktur Alkitab. Penguraian yang menyeluruh perihal cara Allah menangani umat manusia dan membawanya ke pengadilan, seperti yang dinyatakan didalam Alkitab akan dibincangkan didalam Problem of Evil (Masalah dengan Kejahatan).

 

Konsep-konsep Selepas Pembuangan Kristus dan Kebangkitan

 

Perhatian telah ditumpukan dalam tugas Penciptaan kepada subordinatis Kristologi sewaktu zaman ahli-ahli apologis awal, selepas penyebaran dari Yerusalem c. 70 CE. Pada fasa inilah jemaat mula menghadapi konsep-konsep yang menentang kosmologi mereka secara langsung atas suatu skala yang penting. Perhatian juga ditumpukan kepada Ander Nygren (Agape and Eros, Tr. oleh Philip S. Watson, Harper Torchbooks, New York, 1969) yang menyebut perbezaan ketara diantara Allah dan manifestasi logos yang dibuat oleh Justin Martyr:

Logos itu adalah ilahi tetapi ianya bukan didalam pengertian yang paling tepat dalam perkataan itu…Bapa itu sendiri tidak boleh memperanakkan dan dimusnahkan dan oleh itu adalah Allah. Dia adalah pencipta dan Bapa kepada segala perkara (Dial. Ivi. 1.).

 

Dia tidak datang kepada kita; Dia sentiasa berada diatas kayangan dan tidak pernah memperlihatkan dirinya kepada sesiapapun dan dia tidak menangani sesiapapun. (Dial. V. 4.).

 

Dalam hubungan dengan Dia, Kristus berada dalam kedudukan yang lebih rendah, *,bJ,D@H 2,`H [deuteros theos], ‘Allah yang lain daripada Dia yang menciptakan segala perkara.’ (Dial. Ivi. 1.).

 

Nygren mengatakan hal ini:

Tidak diragui lagi bahawa sifat subordinatis didalam Kristologi ahli-ahli Apologis adalah merujuk kepada idea Greek mengenai Allah (p. 280).

 

Seperti yang dinyatakan  dalam Creation etc., Nygren adalah salah dalam hal ini seperti yang boleh dilihat dari penelitian skema Perjanjian Lama dan Baru yang diuraikan diatas. Justin Martyr mempunyai pandangan yang hampir tepat daripada dia; bagaimanapun, perbezaan serta tindakan penciptaan adalah berhubungan dengan Logos, dan kedudukan ini tidak difahami oleh kedua-dua orang ini. Nygren mendakwa bahawa Loofs betul apabila dia berkata mengenai ahli-ahli Apologi:

 

Doktrin Logos mereka bukan suatu Kristologi yang ‘lebih tinggi’ dari biasanya, tetapi berada di tahap yang lebih rendah daripada Kristian jati yang menilaikan Kristus. Bukannya Allah yang menyatakan diriNya didalam Kristus, tetapi Logos sebagai pengurangan (depotenzierte) dari Allah, Tuhan yang lebih rendah dari Allah yang maha tinggi. (Loofs: Leitfaden zum Studium der Dogmengeshichte, 4 Aufl. 1906, ms. 129, ibid.)

 

Nygren dan Loofs adalah salah dalam penilaian mereka mengenai Kristian yang jati yang sebenarnya. Mereka cuba untuk menterjemahkan semula Kristologi Ante-Nicene, yang mana lebih mengikuti prinsip Alkitab didalam konsep moden yang tidak berlandaskan perkataan Alkitab.

 

Malaikat penebus adalah satu daripada kaunsil elohim yang lebih rendah dari Elohim pusat, yakni Eloah (Allah Bapa dan Pencipta). Malaikat penebus telah dilantik sebagai Bintang Fajar untuk menggantikan Setan, yang merupakan bintang fajar yang lama. Kristus, melalui tindakan-tindakannya akan menghakimi Setan dan hanya dia sahaja diantara warga malaikat yang akan dihakimi oleh Alkitab (Yoh 16:11). Rujukan didalam 1Enoch mempercayai bahawa ada seramai 20 Setan yang akan dimusnahkan (lihat bab 3). Bagaimanapun, Alkitab menunjukkan bahawa hanya ada satu dan sesungguhnya, kebutuhan yang logis dalam urutan penghakiman telah menunjukkan bahawa ini adalah benar.

 

Apabila menangani konsep mengenai Bintang Fajar yang lama dan baru serta jangka masa peralihan atau penebusan, ianya seolah-olah kontradiksi apabila membiarkan satu daripada warga yang jatuh dan yang paling berkuasa (Kerub yang melindungi) dalam pengarahan, dan menetapkan elohim yang lain diatas planet untuk mengasingkan keimamatan dan memilih serta melatihnya dibawah tekanan yang digunakan oleh warga yang jatuh dan oleh bangsa-bangsa yang berada didalam kawalan mereka melalui ketidaktaatan. Bagaimanapun, perihal penebusan serta proses pengajaran akan diperbesarkan dalam cara ini. Kebutuhan untuk penghakiman yang adil dan saksama oleh teladan juga digambarkan. Ianya dengan sebab inilah Kristus, atas kebutuhan, harus berupaya untuk melakukan dosa. Sekiranya dia tidak melakukan dosa, maka Allah akan memandang bulu dalam penghakiman dan sesungguhnya Setan menjadi tidak bersemangat untuk menggoda Manusia, yang mana sebenarnya sebuah robot.

 

Tidak ada teori yang menguatkan konsep mengenai keburukan dan kemusnahan mutlak planet ini (sekarang terjadi setiap hari) apabila kelak proses ini dilaksanakan. Tidak ada perbincangan dengan warga pemberontak yang telah mendemonstrasikan akibat yang tidak logik dan memusnahkan sistem politeis atau perwujudan luaran kepada hasrat, sifat, dan kasih agape Allah. Demikian juga pada zaman ini, sistem-sistem manusia telah sampai ke satu tahap yang tidak mempunyai jalan kembali, diatas dimana mereka tidak dapat dicapai atau dipanggil untuk bertobat, dan oleh kerana itu bersedia untuk dimusnahkan supaya mereka akan ditebus didalam keadaan yang lebih baik semasa kebangkitan yang kedua. Itulah sebabnya mengapa kebangkitan itu harus didalam bentuk daging lahiriah. Pengeliruan dalam Rencana Keselamatan dan kebangkitan merupakan halangan lain kepada pemahaman yang lebih baik mengenai proses ini, sama seperti ianya adalah halangan kepada pandangan terhadap warga yang jatuh sebagai suatu golongan makluk yang aneh sekali. Setan serta warga yang jatuh akan menyamar sebagai Malaikat Terang (2Kor 11:14), dan secara Alkitabiah, tidak ada beza dalam penampilan mereka dengan kemungkinan pengecualian dalam kesungguhan pada air muka mereka. Mereka telah dituduh untuk mengadaptasikan manusia serta banyak lagi bentuk-bentuk lain dan tampak dalam penglihatan. Peperangan ini akan berlaku untuk fikiran dan sikap manusia, dan demi untuk mencegah mereka dari menyalahgunakan atau hilang, mereka akan dilatih semula didalam daging sewaktu kebangkitan itu. Mereka tidak memiliki kehidupan yang abadi (Creation: etc). Nygren memahami hal ini dengan betul apabila dia mengatakan:

 

Jemaat kuno kebanyakkannya berbeza dari Hellenisma dalam kepercayaannya didalam kebangkitan. Tradisi kristian menegaskan ‘Kebangkitan dalam Daging,’ yang mana ahli-ahli apologi menentang kepada doktrin Hellenistik mengenai ‘jiwa yang berkekalan.’ Percanggahan ini jelas dan disengajakan, sebab tidak ada pokok persoalan yang sesungguhnya kerana ini adalah penentangan mereka kepada roh Hellenistik yang dihadapi oleh kristian-kristian awal. Platonic, yakni doktrin Hellenistik mengenai jiwa yang berkekalan dianggap oleh ahli-ahli Apologi sebagai tidak ilahi dan sebagai doktrin penghujatan, yang mana kesemuanya harus diserang dan dimusnahkan.

 

(Justin, Dial. lxxx. 3-4) cogankata mereka dalam hal ini mungkin bertepatan dalam perkataan Tatian: ‘Tidak abadi, O Greek, jiwa yang berada didalam dirinya, tetapi fana. Namun masih berkemungkinan ianya tidak mati.’ (Tatian, Oratio ad Graecos, xiii. 1). Perbezaan diantara Kristian dan bukan Kristian dalam perkara ini adalah sangat besar bahawa kepercayaan pada ‘Kebangkitan dalam Daging’ boleh menjadi Syibolet. Seseorang yang percaya dalam ‘jiwa yang berkekalan’ menunjukkan bahawa dia bukan seorang Kristian. Seperti Justin mengatakan: ‘Sekiranya kamu tergolong sebagai orang-orang Kristian…dan mengatakan tidak ada kebangkitan pada orang mati, tetapi jiwa mereka, apabila mereka mati, akan diangkat ke sorga; tidak membayangkan bahawa mereka adalah orang-orang Kristian.’ (Dial. lxxx. 4) (ibid., ms. 280-281).

 

Dua perkara diatas ini menandakan dengan jelas titik sempadan diantara orang Kristian dan falsafah Kristian-pseudo. Seperti yang dicatat dalam Creation:

 

Perbezaan falsafah fundamental diantara Kristian-pseudo bersama doktrinnya mengenai ‘jiwa yang berkekalan, dengan Kekristianan kuno bersama doktrinnya mengenai ‘Kebangkitan dalam Daging’, ialah bahawa doktrin Jiwa adalah egosentrik (mementingkan diri sendiri) dan doktrin Kebangkitan dalam Daging adalah Teosentrik (berlandaskan keilahian). Oleh kerana ini, harus ada kontradiksi diantara maksud sistem dan penjelasannya yang telah dinyatakan, dan gaya penterjemahan Alkitab yang tidak menyokong pendirian dan melandaskan sistem yang yang tidak kukuh dan jelas (ms. 62).

 

Sebelum ini, ianya dinyatakan bahawa pembelajaran Alkitab secara terperinci akan memberi pendedahan kepada sifat berfalsafah dan juga konflik yang sebenarnya. Analisis ini akan meneliti konflik ini. Meneruskan dari Creation etc., we ketahui bahawa Doktrin Jiwa boleh didapati didalam Timaeus Plato, dimana dia mendakwa bahawa setiap jiwa telah dipertalikan dengan zodiaknya sendiri, yang mana ianya akan meninggalkan demi untuk penjelmaan di bumi dan akan kembali semula semasa kematian (41 d ff). David Ulansey merujuk konsep ini didalam The Origins of the Mithraic Mysteries (Oxford, 1989, ms. 86-87), dimana dia mengatakan:

‘Kita mendapati idea yang telah berkembang sepenuhnya didalam Empedotimus murid Plato, Heraclides Ponticus, yang mana mendakwa bahawa garis jajaran Milky Way adalah jalan bagi jiwa-jiwa yang akan masuk dan keluar dari penjelmaan.  (Heraclides Ponticus, lihat Burkert, Lore and Science, ms. 366ff; dan Gottschalk, Heraclides of Pontus, ms. 98ff.).

 

Konsep perihal kekekalan yang berhubungan dengan bintang ini menjadi semakin lazim sewaktu zaman Hellenistik sehingga, didalam pengadilan Franz Cumont, yang telah manjadi sebagai gambaran utama kehidupan selepas kematian pada zaman Roma.

 

Menurut Cumont, ‘walaupun memori serta peninggalan dari kepercayaan lama didalam kehidupan si mati didalam kubur dan naungannya turun kedalam jurang neraka, mungkin doktrin ini tetap ada, yang mana dari masa itu menjadi doktrin utama, yakni kekekalan sempurna’ (Franz Cumont, Oriental Religions in Roman Paganism New York: Dover, 1956, ms. 39). Nyata sekali didalam ayat-ayat yang berbentuk sihir dan mistik, kita mendapati bahawa perjalanan jiwa melalui jajaran langit dipercayai amat bahaya dan kuasa cakerawala diperlukan untuk mendamaikan mereka pada setiap tahap’  (lihat contoh dalam The Mithras Liturgy, in Meyer, Ancient Mysteries, ms. 211-21).

 

Yang menariknya bagi kita ialah konsep kekekalan yang berhubungan dengan bintang ini telah disebut dengan tegasnya oleh paderi gereja Origen (dipetik dari tulisan kafir Celsus) sebagai satu doktrin Mithraic. Menurut Celsus, didalam rahsia-rahsia Mithraic, ada simbol pada dua orbit di langit, yang satunya adalah bintang-bintang yang tidak bergerak dan yang satunya adalah yang ditetapkan kepada planet-planet, dan penyaluran jiwa-jiwa akan melalui ini. Simbolnya ialah, ada satu tangga dengan tujuh gerbang serta atasnya mempunyai lapan gerbang. (Origen, Contra Celsum, ms. 334 (6.22)). Sebagai tambahan, neo-Platonist Porphyry berhubungan dengan fahaman Mithraisma, yang merupakan konsep yang rumit mengenai jiwa yang keluar dan masuk dari penjelmaan.

 

Seperti yang telah disebut sebelumnya:

 

Ini akan membawa konsep ini yang telah dikenalpasti dalam buku Kejadian sebagai penipuan terhadap Adam dengan perkataan ‘Kamu tidak akan sekali-kali mati’ melalui rahsia-rahsia orang-orang Babilon dan pembentukan semula mereka didalam Indo-Aryans serta bersama dengan orang-orang Greeka dan Oriental (orang dari timur).

 

Ianya adalah sistem falsafah yang ego, yang mana penganut politeis semakin bertambah serta perbezaan pada penganut dari setiap fahaman rasional Teosentrik bertambah jelas. Kesudahannya, orientasi semula dalam egosentrik menjadi pemusnah kepada sistem ini. Ketidaklogisan akan bertambah dan kesudahnnya ialah berpecah bela dan kacau bilau. Secara inteleknya, proses in runtuh kepada pisikologi Egoisma dan Hedonisma, yang mana benar-benar tidak logis.

 

Apa saja sistem yang berlandaskan penipuan-penipuan serta sifat egosentrik dan yang mana cuba untuk memaksimumkan kebutuhan seseorang individu, akan gagal dalam jangka masa yang lama untuk memaksimumkan keperluan itu. Pemikiran pada penganut politeis mungkin telah menimbulkan fahaman ilusi egosentrik supaya bentuk fahaman egosentrik ini boleh diwujudkan dari objektif-objektif egosentrik yang mengakibatkan sindrom “Mesiah yang Salah”, yang mana diperwujudkan berkali-kali semenjak pembentukan doktrin tersebut secara besar-besaran. Doktrin-doktrin ini menentang keutamaan Allah dan apa saja bentuk tuhan akan mendorong untuk menentang mereka. Kamu tidak boleh percaya dalam hal jiwa yang berkekalan dan secara logisnya harus menjadi Monoteis (dipetik dari Creation: etc., ms. 63).

 

Konsep yang terlibat dalam zaman dan penghakiman akan ditangani didalam Problem of Evil (Masalah dengan Kejahatan). Tulisan yang dipetik disini mendemonstrasikan sifat doktrin sehinggalah pada zaman ahli-ahli Apologis awal.

 

Pengaruh dari Doktrin Jiwa sangat besar dan pada waktu bermula abad yang kelima, Augustine (City of God, xiii.23) mengatakan bahawa tubuh-tubuh spiritual bukannya roh tetapi tubuh-tubuh yang:

 

Bukan dengan kehilangan unsur alamiahnya, tetapi dengan penggantian kualitinya [harus akan] yang tinggal di sorga.

 

Augustine percaya (xxii. 29):

Allah kemudiannya [selepas kebangkitan] akan dilihat oleh mata mereka oleh kerana memiliki  [dalam keadaan telah diubah] sesuatu kualiti dalam intelektual, kuasa untuk melihat hal-hal yang tidak berunsur jasadiah. Namun ianya sukar, ataupun mustahil, untuk menyokong cadangan ini melalui apa saja bukti yang terdapat dalam Alkitab Suci.

 

Mungkin ada orang yang bertanya bagaimana proses penukaran pemahaman fundamental mengenai mekanik kehidupan selepas kematian ini berlaku. Kepentingan dalam pemahamannya juga mempunyai efek yang besar keatas pengertian mengenai mekanik-mekanik dalam peristiwa-peristiwa yang penting dalam Perjanjian Baru. Urutan aktiviti-aktiviti ini diistilahkan sebagai peristiwa Kristus atau kerygma oleh ahli-ahli teologi. Pandangan mengenai jiwa serta perhubungannya dengan Ketuhanan memberi efek kepada pemahaman tentang penjelmaan, perwujudan, kematian dan kebangkitan Yesus Kristus. Untuk memahami mekanik ini dengan menyeluruh dan betul, pertama sekali ianya perlu untuk membina semula pegangan Alkitab mengenai perkara ini.

 

Inkarnasi: Bagaimana Logos Menjadi Manusia

 

Dari Yohanes 4:24 kita melihat bahawa Allah itu adalah Roh. Terjemahan dalam buku Yohanes 4:24 telah mengemukakan bahawa Allah adalah Roh oleh NKJ, NIV, NASB, NEB, JB, TEV, RSV, Moffatt, Zwingli. Ayat ini menterjemahkan Allah adalah Roh oleh KJV, RV, Noli, J.F.B. Komentar, Vincent's Word Studies dalam Perjanjian Baru. Amplified Bible mengemukakan ayat ini Allah adalah Roh (Makluk spiritual). Istilah Origen dalam Yohanes 4:24 telah diterjemahkan sebagai Allah adalah Roh didalam Ante-Nicene Fathers untuk Against Celsus,  Buku 2, Bab 71 (ANF, Vol. 4, ms. 460); Buku 6, Bab 70 (ANF Vol. 4, ms. 605); De Principis Buku 1, Bab 1 (ANF, Vol. 4, ms. 242). ANF telah menterjemahkannya seperti juga untuk Tatian Address to the Greeks (ANF, Vol. 2, ms. 66) dan juga untuk Tertullian dalam Against Praxeas, Bab 7 (ANF, Vol. 3, ms. 602); dan Against Hermogenes Bab 32 (ANF, Vol. 3, ms. 495). Justru, Tertullian juga memahami Greek dengan cara demikian. Perbandingan pada pentafsiran Greek mengenai “Allah lain” akan dipastikan oleh pengemukaan ayat-ayat ini, sebagai contoh, 1Yohanes 4:8, 1Yohanes 4:16, 1Yohanes 1:5. keinginan untuk menjadikan Allah sebagai roh yang umum berpunca dari struktur Platonik termasuklah idea Demiurge, dan juga Stoic World-soul. Kombinasi Philo dalam konsep Yahudi, Shekinah dan juga Memra menghasilkan ideanya mengenai Logos. Sistem Alkitab mempunyai beberapa pernyataan dasar, yang mana memberi pembabitan dalam perbezaan. Sebagai contoh, Kristus mempunyai struktur diri sebagai individu, yang telah dia serahkan kedalam tangan Allah sewaktu kematiannya.

 

Luke 23:46 Kedalam tanganMu, kuserahkan nyawaku.

 

Roh ini berbeza dari Roh Suci, yang mana merupakan Roh Kebenaran dan berasal dari Allah (Yoh 5:26) tetapi tampaknya mempunyai hubungan dengannya dan sesunggunhnya bergantung kepadanya. Bentuk mekanik dalam proses ini kelihatannya mengikuti urutan yang dibentangkan untuk umat manusia dengan saksama, dan yang mana telah dikenalpasti diatas – iaitu: semua daging lahiriah akan mati. Kristus juga mati (Yoh 3:16; Rom. 5:8; 2Kor 5:14-15; 1Pet 2:24). Kristus telah menyerahkan hidupnya sebagai satu ungkapan kasih.

 

Yohanes 15:13 Tidak ada kasih yang lebih besar daripada kasih seorang yang memberikan nyawanya untuk sahabat-sahabatnya.

 

Nyawa Kristus telah diberikan sebagai tebusan untuk ramai orang (Mat 20:28; Mar 10:45). 1Petrus 3:18 berpegang bahawa Kristus mati demi untuk dosa dan domba (lihat Yoh 10:11). Paulus percaya bahawa Kristus mati dan telah dibangkitkan dan bahawa penegasan kepada kematian Kristus serta kebangkitannya merupakan fundamental kepada iman sebab ini adalah kebangkitan orang mati yang sudah umum.

 

1Korintus 15:12-14  Jadi, bilamana kami beritakan, bahwa Kristus dibangkitkan dari antara orang mati, bagaimana mungkin ada di antara kamu yang mengatakan, bahwa tidak ada kebangkitan orang mati? Kalau tidak ada kebangkitan orang mati, maka Kristus juga tidak dibangkitkan. Tetapi andaikata Kristus tidak dibangkitkan, maka sia-sialah pemberitaan kami dan sia-sialah juga kepercayaan kamu.

 

Kebangkitan itu adalah Umum

 

Kelogisan dalam pernyataan Paulus ini ialah bahawa mekanik-mekanik atau tatacara dalam kematian serta kebangkitan Kristus adalah serupa dengan apa yang dialami oleh umat-umat pilihan, umat yang ditebus dari kematiannya (1 Yoh 3:16). Kebangkitan ini, dari Wahyu 20:4 secara umum akan berlaku kepada umat manusia. Kristus mempunyai hidup didalam dirinya yang dianugerahkan oleh Bapa (Yohanes 5:26). Dia dipercayai sebagai Adam yang terakhir.  Justru, Paulus menjawab persoalan mengenai proses kebangkitan, justru:

 

1Korintus 15:35-49  Tetapi mungkin ada orang yang bertanya: "Bagaimanakah orang mati dibangkitkan? Dan dengan tubuh apakah mereka akan datang kembali?" Hai orang bodoh! Apa yang engkau sendiri taburkan, tidak akan tumbuh dan hidup, kalau ia tidak mati dahulu. Dan yang engkau taburkan bukanlah tubuh tanaman yang akan tumbuh, tetapi biji yang tidak berkulit, umpamanya biji gandum atau biji lain. Tetapi Allah memberikan kepadanya suatu tubuh, seperti yang dikehendaki-Nya: Ia memberikan kepada tiap-tiap biji tubuhnya sendiri. Bukan semua daging sama: daging manusia lain dari pada daging binatang, lain dari pada daging burung, lain dari pada daging ikan. Ada tubuh sorgawi dan ada tubuh duniawi, tetapi kemuliaan tubuh sorgawi lain dari pada kemuliaan tubuh duniawi. Kemuliaan matahari lain dari pada kemuliaan bulan, dan kemuliaan bulan lain dari pada kemuliaan bintang-bintang, dan kemuliaan bintang yang satu berbeda dengan kemuliaan bintang yang lain. Demikianlah pula halnya dengan kebangkitan orang mati. Ditaburkan dalam kebinasaan, dibangkitkan dalam ketidakbinasaan. Ditaburkan dalam kehinaan, dibangkitkan dalam kemuliaan. Ditaburkan dalam kelemahan, dibangkitkan dalam kekuatan. Yang ditaburkan adalah tubuh alamiah, yang dibangkitkan adalah tubuh rohaniah. Jika ada tubuh alamiah, maka ada pula tubuh rohaniah. Seperti ada tertulis: "Manusia pertama, Adam menjadi makhluk yang hidup", tetapi Adam yang akhir menjadi roh yang menghidupkan. Tetapi yang mula-mula datang bukanlah yang rohaniah, tetapi yang alamiah; kemudian barulah datang yang rohaniah. Manusia pertama berasal dari debu tanah dan bersifat jasmani, manusia kedua berasal dari sorga. Makhluk-makhluk alamiah sama dengan dia yang berasal dari debu tanah dan makhluk-makhluk sorgawi sama dengan Dia yang berasal dari sorga. Sama seperti kita telah memakai rupa dari yang alamiah, demikian pula kita akan memakai rupa dari yang sorgawi.

 

Paulus menyatakan bahawa daging dan darah tidak boleh mewarisi Kerajaan Allah, begitu juga dengan yang binasa tidak akan mewarisi ketidakbinasaan (v. 50). Mekanik atau tatacaranya difahami dimulai dari struktur umat manusia kepada kelahiran kembali melalui pembaptisan selepas pertobatan sebagai satu kesedaran dan tobat yang sejati, yang telah dipanggil oleh Allah. Justru, pembaptisan hanya boleh dilakukan selepas pertobatan yang sejati. Sementara ayat-ayat didalam Markus 16, dari ayat 9-20, secara umumnya sepakat sama ada menjadi penambahan kepada yang asli atau pemulihan kepada ayat ini, (dan yang mana telah dibuka pada awalnya), ayat yang ke-16 menggambarkan bahawa  konsep pertobatan melalui iman adalah mustahak untuk memperolehi keselamatan. Tetapi dia yang tidak percaya akan dikutuk, ini menunjukkan bahawa pertobatan dan iman adalah tuntutan yang diperlukan untuk pembaptisan. Justru itu, bayi dihindari dari menerima hak ini kerana dia tidak boleh mempamerkan pertobatan. Pembaptisan bayi adalah bertentangan dengan struktur mekanik ini dan ianya sudah difahami sejak beberapa abad yang pertama.

 

Dilahirkan Kembali Melalui Pembaptisan

 

Spiritual manusia dan struktur kelahiran kembali dan pemahaman tentang gennao telah ditangani didalam Penciptaan: Struktur kelahiran kembali melalui pembaptisan yang dihasilkan oleh pertobatan dan penerimaan Roh Suci adalah perlu untuk memasuki Kerajaan Allah (Yoh 3:3-5). Dari Roma 8:23, buah pertama Roh akan diberikan sewaktu pembaptisan tetapi adapsi sebagai anak-anak terjadi bersama dengan pemulihan pada tubuh. Keupayaan untuk dilahirkan kembali akan terjadi sewaktu pembaptisan yang melambangkan kematian dan kebangkitan dengan membenamkan sepenuhnya kedalam air. Pembenaman sepenuhnya kedalam air ini dipercayai sebagai tuntutan yang berterusan bukan sahaja didalam Jemaat tetapi juga didalam pelambangan pada pembaptisan oleh Yohanes yang dilakukan di sungai Yordan. Kristus melalui proses ini dan Roh Suci telah dicurahkan kepadanya oleh Bapa didalam bentuk burung merpati (Mat 3:16; Mar 1:10; Luk 3:22; Yoh 1:32). Setiap injil telah mengesahkan proses ini. Sesungguhnya kelogikannya tampak untuk dinyatakan supaya proses ini sendiri akan dipastikan kerana  ianya dibutuhkan didalam Kristus sebagai contoh yang utama atau buah pertama. Penglihatan-penglihatan lain didalam Perjanjian Lama memiliki Roh Suci tanpa perlakuan dengan meletakkan tangan secara resmi adalah pasti. Daud berdoa supaya Roh Suci tidak diambil dari dia (Maz 51:11). Daud telah diurapi oleh Samuel. Bagaimanapun, pengurapan terhadap yang lain tidak begitu jelas.

 

Alkitab sendiri memberitahu kita bahawa kebangkitan dari orang mati dan pemahaman kepada struktur spiritual telah mewujudkan perselisihan diantara mazhab Yahudi. Orang-orang Saduki mengajar bahawa tidak ada kebangkitan dari orang mati dan tidak ada malaikat atau roh (Kisah 23:8). Orang-orang Farisi mengakui kedua-duanya (Kisah 23:8) dan Kristus percaya bahawa Farisi telah menduduki kerusi Musa dan harus dituruti (Mat 23:2).

 

Orang-orang Saduki tampak telah diambil didalam bentuk struktur kebendaan, yang mana cuba untuk mengelak apa saja sistem yang tidak berbentuk kebendaan. Paulus memperkembangkan struktur itu untuk menggabungkan kedatangan Kristus. Ianya jelas kepada setiap pelajar Alkitab bahawa jangka masa dua ribu tahun memperlihatkan kematian ramai umat-umat pilihan. Proses ini, disebabkan oleh konsep penerimaan roh Suci sewaktu pembaptisan, maka ianya disebut sebagai tertidur. Struktur lama akan mati sewaktu pembaptisan sementara diri individu itu akan dilahirkan kembali didalam roh. Paulus mengatakan:

 

1Korintus 15:51-53  Sesungguhnya aku menyatakan kepadamu suatu rahasia: kita tidak akan mati semuanya, tetapi kita semuanya akan diubah, dalam sekejap mata, pada waktu bunyi nafiri yang terakhir. Sebab nafiri akan berbunyi dan orang-orang mati akan dibangkitkan dalam keadaan yang tidak dapat binasa dan kita semua akan diubah. Karena yang dapat binasa ini harus mengenakan yang tidak dapat binasa, dan yang dapat mati ini harus mengenakan yang tidak dapat mati.

 

Proses yang dibicarakan adalah mengenai kebangkitan pertama diantara orang mati yang dirujuk didalam Wahyu 20:4. Kebangkitan yang kedua akan berlaku selepas satu ribu tahun pemerintahan Kristus keatas dunia ini. Ini merupakan kebangkitan umum yang dirujuk didalam Wahyu 20:11-15.  Dalam 1Tesalonika 4:15, Paulus mengatakan bahawa kita harus tidak mencegah atau mendahului mereka yang sudah meninggal. Kristus akan turun dan orang-orang yang mati didalam Kristus, yakni mereka yang telah dibaptiskan dan mati akan dibangkitkan terlebih dahulu dan kemudian, bersama-sama dengan mereka yang masih hidup, akan diubah atau diwujudkan kedalam roh yang murni. Mekanik atau tatacara proses ini akan diteliti dengan lebih terperinci lagi didalam Problem of Evil.  Makluk-makluk roh ini kemudiannya akan dihimpun kepada Kristus di Yerusalem, yang merupakan tempat pemerintahan dunia dibawah Kristus selama Milenium atau satu ribu tahun. Zakariah 14 menangani perihal jangka masa ini. Proses pembentukannya telah dinyatakan didalam Zakariah 14:1-15. Tuntutan pada penghadiran di Yerusalem dan pemeliharaan Hari Raya Pondok Daun atau Bait Suci untuk musim hujan akan dinyatakan. Akan ada, dari ayat-ayat ini, kewujudan dua golongan makluk yang diam diatas planet ini dalam masa satu ribu tahun selepas kedatangan Kristus. Mereka adalah umat-umat pilihan spiritual dibawah Kristus serta umat manusia yang telah bertahan dalam peperangan pada zaman akhir, yang akan diberikan pimpinan untuk membentuk semula planet ini. Umat-umat pilihan akan menjadi penunjuk kepada sisa struktur manusia  (Yes 30:21).

 

Sebagai satu kumpulan, golongan Seventh-Day Adventist mempunyai ketidakupayaan yang teruk untuk menjelaskan struktur milenium (lihat Apendiks). Berlandaskan tulisan-tulisan Ellen G. White, mereka menjadikan Milenium itu sesuatu yang spiritual dan oleh kerana itu, tidak memadai untuk menjelaskan nabi itu. Ahli-ahli Rapturis lain, termasuk mereka yang bukan-milenialis, secara umum mempunyai masalah yang sama.

 

Proses yang digunakan oleh Alkitab untuk menangani mereka yang tertinggal sewaktu kedatangan Kristus adalah proses pengalihan. Orang mati akan dibangkitkan dan akan dialihkan bersama mereka yang masih hidup. Demikian juga, mereka yang berada di penghujung milenium pemerintahan Kristus, yang tidak memberontak dan mereka yang mengalami kebangkitan kedua, yang dibangkitkan untuk menghadapi penghakiman yang berlangsung selama satu ratus tahun (dari Yes 65:20). Pada penghujung satu ratus tahun, orang-orang yang bertobat yang diselamatkan akan dialihkan. Orang-orang yang tidak bertobat dibiarkan mati dan dilontarkan kedalam api Gehena. Dalam perkataan lain, tubuh mereka akan dibakar. Sebab mengapa ianya perlu untuk menjelaskan proses ini adalah kerana urutan serta rentetan pada penuaian buah-buah adalah perlu dalam pemahaman tentang penjelmaan, kematian dan kebangkitan Kristus.

 

Kristus adalah buah pertama umat manusia. Dia merupakan satu contoh kepada apa yang akan berlaku terhadap umat-umat pilihan serta umat manusia umumnya. Kristus adalah satu-satunya Allah dan Anak yang dilahirkan (monogenes theos & uion) (Yoh 1:18; 3:16; 1Yoh 4:9; lihat juga Luk 7:12, 8:42, 9:38; Ibr 11:17 untuk perbandingan). Dia adalah sulung yang pertama (proototokos) didalam semua ciptaan (Kol 1:15), yakni sebagai permulaan kepada penciptaan Allah (Wah 3:14 tidak seperti dalam NIV)(lihat diatas). Pegangan Alkitab adalah bahawa Kristus adalah Anak Allah dan berbeza dari Allah, yang mana dirujuk sebagai Allah Bapa. Apabila Kristus mati dia hanya wujud sebagai tubuh yang mati selama tiga hari, tetapi dia tidak dibenarkan untuk melihat korupsi (Maz 16:10). Bagaimana pun rohnya telah kembali kepada Allahnya. Dan Bapa telah membangkitkannya dari antara orang mati oleh kekuasaanNya atau perintah yang diberikan kepada dia sebelum kematian Kristus (Yoh 10:18) dan yang mana telah ditetapkan sejak dunia dijadikan (Wah 13:8). Kebutuhan pada pengorbanannya dan juga kebangkitannya telahpun ditetapkan sejak pembentukan atau perlandasan (kataboles) dunia ini (kosmou).

 

Andaian-Andaian Moden yang Salah

 

Kita sudah mengakui tanpa keraguan bahawa Kristus adalah hamba yang setia. Dari semua pembicaraan diatas, kematian dan kebangkitannya adalah wajib kepada iman. Rentetannya sudah difahami mencerminkan terhadap umat-umat pilihan dan kemudiannya kepada umat manusia umumnya. Kekristianan Moden berlandaskan beberapa dasar fikiran yang salah, yang akan diteliti dibawah. Secara ringkasnya, ia cuba untuk menegaskan bahawa:

 

1: Allah dan Mesiah (dan juga Roh) sebenarnya tidak mampu dipisahkan sebenarnya atau didalam pemikiran dan tidak boleh digambarkan sebagai makluk dengan tepat. Juga elohim ini dibatasi kepada dua perwujudan dan Roh, mengabaikan perbezaan diantara Eloah dan Kaunsil. Mengikuti analisis diatas, ini adalah salah.

 

2: Kewujudan jelmaan awal Kristus tidak sama dengan Malaikat YHVH.

 

3:  Kristus adalah satu-satunya Anak Allah sebelum penciptaan dunia (lihat Ayub 1:6; 2:1; 38:7). Dasar fikiran ini adalah salah. Mesti ada proses yang khusus didalam penjelmaan mengenai Kristus sebagai makluk yang dipisahkan, dan berbeza dari Allah. Kekristianan Moden tidak menjelaskan masalah ini.

 

Bukan Kristus dan Setan sahaja yang disebut Bintang Fajar (lihat Ay 38:7; Yes 14:12; Wah 2:28; 22:16). Penegasan mengenai Bintang Fajar yang berganda serta Kaunsil elohim menggambarkan kekuasaan yang meluas diantara banyak sistem. Setiap perwujudan ini mempunyai hubungan dan identiti dengan Bapa yang tidak boleh diragukan, seperti hubungannya dengan Kristus. Fakta bahawa Kristus adalah rakan kepada perwujudan-perwujudan ini bererti dia tidak boleh menjadi Tuhan mereka. Oleh kerana ini, hubungannya dengan Bapa adalah lebih rendah. Justru itu, penjelmaannya tidak mungkin tidak lengkap atas tuntutan mengenai persamaan dengan Ketuhanan. Seterusnya ia menuntut:

 

4: Bahawa Kristus adalah Allah yang sama dan menuntut bahawa Allah adalah Allah adalah salah.

 

Dia adalah lebih rendah (Ibr 1:9) yang diutus oleh Allah semesta alam (Zak 2:10-11). Oleh kerana ini, dia tidak boleh dijadikan sebagai objek untuk penyembahan dan doa, yang bertentangan dengan ayat dalam Keluaran 34:14, Matius 4:10.

 

Kemustahilan seterusnya yang berkembang dari tuntutan mengenai kewujudan Kristus yang dipisahkan, dan selain dari penjelmaannya adalah dia seharusnya boleh berdoa untuk dirinya sebagai Allah. Usul saran ini menyangkal berbezaan diantara Bapa dan Anak serta kemutlakan kebangkitan itu. Ini adalah kepercayaan anti-Kristus (1Yoh 2:22; 4:3; 2Yoh 7). Kemudian perdebatan ini telah menular kepada dalil bahawa Kristus dan Allah mempunyai hasrat yang sama dan bahawa Kristus tidak memiliki tujuan yang berbeza yang mana dia adalah lebih rendah daripada Allah melalui kepatuhan dalam kerelaan. Perkara ini ditiadakan dalam bab 2. usul saran ini terus berkembang:

 

5: Sifat Keilahian mengakui tidak memperolehi dan tidak kehilangan didalam Kristus (konsep ini ditiadakan diatas).

 

Usul saran yang timbul dari perkara ini ialah:

 

6: Bahawa Roh Suci dianugerahkan melalui ukuran yang sudah ditetapkan (bertentangan dengan Yoh 3:34 (RSV); Rom 12:6; dan oleh kerana itu,

 

7: Bahawa Kristus tidak boleh berdosa (dari dasar fikiran yang salah mengenai sifat keilahian yang mengaku tidak memperolehi dan tidak kehilangan daripada mengakui kekuasaan Allah yang maha tahu, yang tahu bahawa Kristus tidak akan berdosa) (lihat diatas).

 

Perdebatan ini berlanjutan dalam penegasan ini:

 

8: Bahawa Kristus adalah suatu pergabungan dengan Allah dan bahawa dia adalah sama serta abadi bersama Allah, ini bertentangan dalam Filipi 2:6 dan 1Timotius 6:16, yang mana menunjukkan bahawa hanya Tuhan yang abadi. Kekekalan Kristus atau kehidupan aioonion (1Yoh 1:2) dan bahawa semua makluk termasuk Kristus berasal dari perwujudan itu (1Yoh 5:20).

 

Kristus dan umat-umat pilihan adalah dari asal yang sama (Ibr 2:11 (RSV)) hidup mereka berasal dari penurutan yang bersyarat terhadap Bapa (Yoh 5:19-30), yang menciptakan kita semua (Mal 2:10-15). Sebagai Bapa, Dia mempunyai kehidupan didalam diriNya, jadi Dia memberikan kehidupan kepada Anak (Yoh 5:26) dan kita adalah sebagai waris yang diurapi untuk memperolehi kehidupan didalam diri kita oleh kekuasaan Allah. Perkara ini menjadi keperluan bagi Kekristianan moden untuk membuat penegasan yang salah.

 

9: Bahawa umat-umat pilihan bukan Anak-anak Allah, sama seperti Kristus adalah Anak Allah dan oleh kerana ini, tidak mendapat kewarisan bersama, yang bertentangan dengan Roma 8:17; Galatia 3:29; Titus 3:7; Ibrani 1:14; 6:17; 11:9; Yakobus 2:5; 1Petrus 3:7.

 

Untuk menyokong fakta ini, penggunaan dibuat dari kesilapan ini:

 

10: Bahawa Allah yang Maha Besar telah turun didalam bentuk daging dan diam diantara orang-orang (berpunca dari selitan yang palsu didalam 1Timotius 3:16 dalam Codex A, digunapakai didalam KJV dan diselewengkan kedalam mukadimah dalam NIV) bertentangan dengan Yohanes 1:18 (dan Yoh 1:14 dimana ianya adalah Logos (atau memra) yang menjadi daging) dan beberapa ayat yang menjarakkan Kristus dari Allah yang Benar (Eloah atau Theon, yakni Allah Bapa), Allah kepada Kristus (Yoh 17:3; 20:17; 1Kor 8:6; 2Kor 1:3) yang berdiri atas namaNya (Mik 5:5).

 

Pernyataan yang salah diatas oleh Kekristianan moden memberi efek kepada pemahaman tentang mekanik atau tatacara penjelmaan. Ini berpunca dari fakta bahawa konsep bagaimana Allah itu Satu telah disalahfahamkan oleh Trinitarian. Shema (Ul 6:4) akan diteliti kemudian. Perwujudan dalam Ulangan 6:5 dikenalpasti sebagai Allah yang Maha Tinggi, Allah yang mengurapi Kristus sebagai Elohi bagi Israel dalam Mazmur 45:6-7. Kesatuan Allah, dibutuhkan dalam Monoteis, sebagai perintah yang dihulurkan untuk tinggal dalam kesatuan dibawah pemerintahan pusat dalam permufakatan dan interaksi spiritual melalui Roh dan Kuasa Allah (1 Kor 2:4-14), yang mana melalui Kristus adalah menuju kepada Allah (2 Kor 3:3-4). Tiga Oknum menyangkal kesatuan yang diperlukan dalam kepercayaan Monoteisma dan mereka adalah politeis. Ianya terjadi kerana penguasa-penguasa tidak memahami keadaan yang tidak spiritual (1Kor 2:8, 14). Kristus telah mencapai keupayaannya untuk menjadi Allah dan mencapai Ketuhanan dalam jasmani yang penuh daripada operasi atau pekerjaan Roh Suci.

 

Pegangan Dalam Jemaat Awal

 

Kekusutan mekanik atau tatacara penjelmaan terus dibongkar. Bagaimanapun, tanpa keraguan lagi bahawa kita tidak akan menangani aktiviti sebahagian makluk yang telah digantung intisarinya di sorga, dan seolah-olah dia mempunyai dua taraf kewujudan. Usul saran ini tidak mempunyai kesahihan didalam Alkitab dalam apa juga bentuk. Dengan menetapkan pegangan dalam Alkitab sewaktu zaman Kristus, kita berupaya untuk melihat bagaimana pegangan ini hadir sewaktu abad yang pertama dan kedua. Dari ayat-ayat yang boleh kita perolehi dari Justin Martyr dan Iranaeus, kita mendapat tahu bahawa pemahaman itu telah disalurkan kepada jemaat awal. Justin Martyr menyatakan bahawa Allah mengajar perkara yang sama melalui para nabi sama seperti oleh Musa dan ini telah dibuktikan diatas (lihat Dial. with Trypho, Bab. XXVII, ANF, Vol. I, ms. 207f.). Justin mengajar bahawa Allah memperanakkan, sebagai permulaan suatu kuasa rasional yang pasti dari diriNya sendiri, yang dipanggil oleh Roh Suci: sekarang kemuliaan Tuhan, sekarang Anak, sekali lagi Hikmat, sekali lagi Malaikat, kemudian Allah (theos), dan kemudiannya Tuhan kepada Logos. Justin mengenalpasti dia sebagai Kapten Tentera Allah yang tampil kepada Yoshua (ibid., LXI). Bahagian ini telah dibawah kedalam eksposisi Amsal 8:21 dan ayat-ayat seterusnya, dimana Hikmat dikenalpasti sebagai Mesiah yang dicipta oleh Allah. Hasrat Allah kemudiannya dilaksanakan oleh Mesiah. Justin percaya (ibid., LXXII) bahawa dalam penciptaan, Allah berbual dengan perwujudan-perwujudan lain yang berlainan dari dirinya. Justru itu, Musa dipercayai membicarakan mengenai penciptaan yang melibatkan sekurang-kurangnya dua makluk yang berbeza diantara satu dengan yang lain. Diteis cuba untuk mengasingkan ini kepada dua makluk dan Trinitarian pula menggabungkannya kedalam tiga hypostases yang berbeza. Dengan perbezaan yang ada didalam Trinitarian sendiri, perdebatan diantara fahaman Binitarianisma dan Trinitarianisma mungkin mempunyai kaitan. Elohim itu sebenarnya lebih ramai, dari ayat-ayat lain yang merujuk perkara diatas, terlebih lagi dalam Mazmur 45:6-7, yang mana dianggap sebagai rakan-rakan kepada Kristus.

 

Irenaeus (c 125-203 AD) menulis tentang persoalan mengenai perkembangan istilah elohim (atau theoi dalam bahasa Greek) kepada umat manusia. Irenaeus penting kerana dia telah diajar oleh Polycarp, murid Yohanes (lihat Butler Lives of the Saints, Burns & Oates, U.K., 1991, ms. 56). Justru, kita boleh mendapat kepastian bahawa pemahaman Irenaeus (kependekan kepada pemalsuan) adalah dari kepercayaan pada waktu jemaat awal. Dia menyokong Quarto-decimans dan menengahi didalam persengketaan upacara Paskah (Butler, ibid., ms. 197), walaupun dia diasingkan dari Asia Minor di Lyon. Dalam karyanya, Against Heresies, dia mengajar konsep bahawa umat pilihan akan wujud sebagai elohim. Irenaeus percaya bahawa malaikat serta pencipta dunia ini tidak jahil terhadap Tuhan yang maha tinggi, yang menganggap mereka sebagai hak milikNya, dan makluk-maklukNya dan yang dikuasai oleh Dia (Buku. II, Bab. VI, ANF, ms. 365). Irenaeus tidak merujuk kepada pencipta dunia ini, yang mana Mesiah, sebagai Allah yang Maha Tinggi atau Maha Besar (Bab. VI, ibid.). Melalui karya ini, ianya dinyatakan bahawa konsep Greek mengenai Demiurge dan Pleroma telah mencerobohi konsep yang diistilahkan sebagai Aeons dan telah cuba untuk menanamkan konsep-konsep Alkitab dengan metafizik-metafizik Greek, justru membinasakan mereka. Kuasa-kuasa Mistik telah ditekan masuk secara tersembunyi dan ini menjadi sebahagian dari misteri-misteri.  Perkembangan terakhir didalam Tiga Oknum akan diteliti kemudian.

 

Irenaeus (dan Justin) mengajar bahawa kebangkitan itu adalah fizikal dan kemudian Allah akan menganugerahkan tubuh yang tidak boleh dibinasakan serta abadi (ANF, Vol. I, ms. 403). Allah dipercayai sebagai pencipta (ibid., ms. 404) yang bertentangan dengan Kristus yang mencipta dunia ini dibawah Allah ini (ms. 405). Irenaeus percaya bahawa Roh Suci telah menetapkan Bapa dan Anak (dari Maz 45:6-7) sebagai elohim atau Theoi; Bapa melantik Anak. Irenaeus percaya bahawa Mazmur 82:1 merujuk kepada Bapa, Anak dan juga umat-umat pilihan (mereka yang diadoptasikan sebagai Jemaat0 bila dia mengatakan:

 

Allah berdiri didalam jumaah tuhan-tuhan (theosi), dia membuat penghakiman diantara tuhan-tuhan (Adv. Her., Buku. III, Bab. VI, ANF, Vol. I, ms. 419).

 

Dia kelihatan tidak memahami secara menyeluruh tentang peringkat persaudaraan umat-umat pilihan, yang mana disalurkan kepada semua warga semesta, yang menjadi saudara-saudara didalam Kerajaan. Wahyu telah diberikan kepada Yohanes sewaktu pembuangan di Patmos selepas dia diajar oleh Polycarp. Wahyu 12:10 percaya bahwa malaikat-malaikat akan menjadi saudara-saudara kepada umat-umat pilihan. Wahyu 4 & 5 menunjukkan bahawa umat-umat pilihan telah ditebus didalam Kaunsil para penatua untuk menjadi raja-raja dan imam-imam diantara warga semesta. Kristus menyatakan bahawa umat-umat pilihan akan menjadi sama dengan malaikat-malaikat (isaggelos dari isos dan aggelos, yang mana mempunyai konsep yang menjadi sebahagian dari mereka sebagai satu susunan).

 

Irenaeus percaya bahawa Gereja adalah sinagog Allah, tempat yang didatangi oleh Anak. Allah kepada segala allah dalam Mazmur 50:1 dipercayai merujuk kepada Allah. Mesiah kita adalah theos atau Allah yang akan datang dan tidak akan berdiam diri (Maz 50:3), dan yang telah berkenan ditemukan oleh orang yang tidak mencari dia (Yes 65:1) dan nama allah dalam Mazmur 50:1 merujuk kepada umat-umat pilihan seperti merujuk kepada Kristus, apabila dia berkata Kamu semua adalah allah dan anak-anak kepada yang Maha Tinggi (Yoh 10:34-35 dipetik dari Maz 82:6). Justru, ianya agak tersasar bagi Jemaat untuk menyatakan dari jarak dua milenia bahawa Kristus telah menggunakan ayat yang merujuk sepenuhnya kepada para hakim di Yerusalem sementara murid Polycarp percaya bahawa dia merujuk kepada umat-umat pilihan sebagai elohim. Mereka yang percaya dengan Kristus dipercayai oleh Irenaeus sebagai Anak-anak Allah sebagai waris bersama dengan Kristus dan juga elohim. Irenaeus juga percaya bahawa Kristus adalah Anak kepada Aku Adalah Aku (YHVH)(dari Kel 3:14). Justru, pembawaan kepada gelaran itu adalah melalui perutusan. Justru, Irenaeus mengungkap Yesaya:

 

Aku juga adalah saksi (dia menyatakan), demikian firman Tuhan dan Anakku yang telah Kupilih, supaya kamu tahu dan percaya kepadaKu dan mengerti, bahawa Aku tetap Aku (ibid.).

 

Soncino mengemukakan ayat ini:

 

Kamu adalah saksi-saksiKu, demikian firman Allah, dan hambaKu yang telah Kupilih; supaya kamu tahu dan percaya kepada Aku dan mengerti bahawa Aku adalah Dia; Sebelum Aku tidak ada Tuhan (EI) yang dibentuk, Demikian juga tidak ada selepas Aku.

 

Ungkapan dari Irenaeus dan Soncino berbeza, yang mana lebih mengesahkan ungkapan Irenaeus, yang ditunjukkan dengan ungkapan AKU yang merujuk kepada Allah, yakni Bapa. Rujukan kepada hambah yang diungkap oleh Soncino dilihat didalam pepatah Irenaeus yang merujuk kepada Mesiah.

 

Soncino cuba untuk menyamakan hambaKu, dengan sak-saksi sebelumnya, sebagai Israel, walaupun tidak ada kekuasaan rabbinical yang disebut. Apa yang pastinya ialah bahwa ayat ini tampak sebagai tanda bahawa hanya Allah, dan bukan Mesiah yang wujud bersama. Lebih lanjut lagi,  Mesiah mempunyai perbezaan dengan Allah. Irenaeus menunjukkan bahwa pemahamannya terhadap Yesaya 44:9 dan Yeremia 10:11 mengenai persoalan berhala, adalah bahawa berhala adalah berhala Setan (Adv. Her., Buku. III, Bab VI, ANF, ms. 419). Setan-Setan ini telah disingkirkan dari theoi atau elohim. Merujuk kepada Yeremia 10:11. Irenaeus mengungkap:

tuhan-tuhan yang tidak menciptakan langit dan bumi, biarkanlah mereka binasa dari bumi yang berada dibawah kolong langit ini, sebab daripada fakta dia turut serta dalam pemusnahan mereka,  dia menunjukkan kepada mereka bahawa tidak ada tuhan (elohim atau theoi) sama sekali.

 

Justru itu, berhala-berhala itu sendiri telah difahami, bukan hanya sebagai berhala yang biasa, tetapi sebagai pemasukan setan, yang mereka wakili (lihat juga Buku III, Bab XII:6, ibid., ms. 432). Ini adalah standar yang tetap sebagai pemahaman di sepanjang dunia kuno. Justru, penyingkiran setan-setan serta pengekangan mereka dan kemudian pengadilan akan menyingkirkan mereka dari golongan elohim.

 

Irenaeus menunjukkan melalui rujukan kepada Keluaran 7:1, bahawa Musa sesungguhnya membuat elohim kepada Firaun tetapi ianya tidak diungkap dengan jelas sebagai Tuhan atau Allah oleh para nabi. Tetapi sebaliknya Musa, disebut oleh Roh sebagai Musa, pelayan yang setia dan hamba Allah (Ibr 3:5; Bil 12:7), yang man Mesiah juga diungkap sedemikian didalam ayat-ayat ini. Justru, setiap elohim adalah hamba bawahan kepada Eloah, yakni Elyon,

 

Irenaeus (p. 421) menyatakan bahawa Kristus mengakui Kaisar sebagai Kaisar dan Allah sebagai Allah dari Matius 22:21 dan juga  dari Matius 6:24 yang melayani Allah dan bukan mammon. Justru, Kristus menjarakkan dirinya dari dituntut sebagai Allah (lihat juga ms 422). Memetik dari Filipi 2:8, Irenaeus menunjukkan bahawa perhubungan yang ada pada Kristus sebagai Allah dan Hakim adalah bermula daripada Allah bagi Semua kerana dia menjadi taat sehingga mati (Bab XII:8, ms 433). Irenaeus memetik dalam Septuagin (LXX) pada Yesaya 9:6, yang menyatakan bahawa Mesiah adalah Emanuel, penyampai [atau Malaikat] kepada Kaunsil besar Bapa (Bab XVI:3, ibid., ms. 441). Dia menunjukkan bahawa Malaikat dalam Kaunsil Besar yang terdapat dalam Perjanjian lama (LXX) telah difahami sebagai Kristus. Irenaeus menyangkal konsep bahawa penderitaan Kristus boleh dipisahkan dari Mesiah dengan menduga bahawa Kristus tetap kekal dalam keadaan pasif. Dalam perkataan lain, dia menyangkal percubaan yang menegaskan bahawa aspek ilahi Mesiah boleh dipisahkan daripada Yesus yang dalam bentuk manusia di bumi. Ini telah menjadi dasar ajaran mazhab syirik yang memutarbalikkan injil Markus dan mengabaikan perkara-perkara lain. Irenaeus juga menunjukkan apa yang menjadi dasar kepada kesilapan pada mazhab-mazhab itu. Ebionite hanya menyatakan injil Matius. Justru, penyimpulan mereka tersasar mengenai posisi Kristus. Athanasian atau Trinitarian menggunakan istilah Ebionite sebagai percubaan untuk membatasi doktrin-doktrin fahaman subordinatisma dan ahli-ahli subordinatis dalam apa saja pujukan kepada silsilah yang menyimpang dari Ebionite kepada pihak-pihak yang terlibat didalam perselisihan di Nicea dan, yang mana disebut sebagai Arian. Tuntutan sedemikian adalah salah mengikut penelitian penulis-penulis sewaktu dalam Jemaat awal, yang mana sebelum Nicea, adalah Subordinatis.

 

Irenaeus bertegas bahawa hanya ada satu Allah atau Bapa, yang disebut Allah Bapa. Mesiah adalah anakNya. Dia mengatakan bahawa Marcion juga memuntungkan injil Lukas untuk membentuk pengajarannya. Orang-orang Valentinian menggunakan Yohanes untuk merosakkan yang lain dan juga dengan memasukkan injil-pseudo. Faktanya ialah, sekarang ini, tulisan Alkitab harus digunakan kesemuanya secara tekun dan bukan dengan cara memilih. Irenaeus menunjukkan pemahaman lanjutan mengenai sifat empat rangkap dalam buku injil dan kepentingannya didalam perhubungan dengan kerub-kerub (ibid., Buku. III, Bab XI:8, ms. 428-429). Irenaeus menyangkal konsep bahawa Kristus seharusnya telah menderita dan bangkit semula, dan bahawa dia yang terbang tinggi keatas adalah yang lain, yang terus kekal pasif. Irenaeus percaya bahawa Kristus yang  dijanjikan oleh Allah itu, telah Dia utus didalam Yesus, yang telah disalibkan oleh mereka dan Allah membangkitkannya (ibid., Bab XII:2,4,5; ms. 430, 431).

 

Tidak ada kekeliruan diantara Allah dan Kristus di dalam fikiran ahli-ahli teologi ini dan dia mengatakan dengan jelas di sini  bahawa para rasul tidak menggantikan Allah tetapi Kristus telah diutus oleh Allah. Irenaeus mengatasan:

 

Dengan ini, kamu mengetahui roh Allah: setiap roh yang mengakui bahawa Kristus datang di dalam daging, adalah dari Allah; dan setiap roh yang memisahkan Yesus Kristus bukan dari Allah tetapi dari anti-Kristus (Bab XVI:8 petikan 1 John 4:1,2. Catatan:Vulgate dan Origen sependapat dengan Irenaeus, Tertullian seolah-olah mengakui kedua-dua tulisan).Socrates mengatakan (VII:32, ms 381) bahawa ungkapan itu telah dicemari oleh mereka yang ingin memisahkan sifat manusia Kristus dengan keilahiannya. Polycarp (Ep., c,vii) seolah-olah setuju dengan Irenaeus dan begitu juga dengan Ignatius (Ep. Smyr., c,v) (lihat to ANF, ibid., ms. 443, juga memetik Burton Ante-Nicene Testimonies to the Divinity of Christ).

 

Justru, apa saja doktrin yang cuba memisahkan Kristus  dengan menggabungkan kedua-dua bidang sorgawi dan duniawi, telah difahami oleh Jemaat awal sebagai doktrin anti-Kristus. Pengubahan ayat ini berlaku di bahagian timur. Ayat-ayat Alkitab ini masih tidak dibetulkan sehingga hari ini.

 

Irenaeus mengatakan bahawa Roh Allah diturunkan kepada Kristus sebagai seekor merpati yang  menggenapkan Yesaya 11:2: Roh TUHAN akan ada padanya, Dan juga Yesaya 61:1: Roh Tuhan ALLAH ada padaku, oleh karena TUHAN telah mengurapi aku. Justru, Karena bukan kamu yang berkata-kata, melainkan Roh Bapamu; Dia yang akan berkata-kata di dalam kamu (Matius 10:20) (Bab XVII:1, ibid., ms. 444). Oleh kerana itu,  Roh Suci difahami berasal dari Allah dan bukan dari Kristus tetapi melainkan melalui Kristus seperti yang diterangkan di atas. Ini adalah oleh kerana:

 

Anak Allah, menjadi Anak manusia, yang menjadi biasa di dalam persatuan dengan Dia untuk diam di antara umat manusia, Untuk tinggal dengan umat manusia dan tinggal di dalam pekerjaan Allah, melaksanakan rencana Allah di dalam mereka, dan memperbaharui mereka  dari sifat lama ke dalam sifat Kristus yang baru (ibid.).

 

Irenaeus mengajar bahawa umat-umat pilihan akan mendapat kehidupan abadi supaya mereka menerima adaptasi sebagai Anak-anak (Bab XIX:1). Roh akan bergabung dengan umat-umat pilihan untuk menghampiri Allah dengan membawa kaum-kaum yang terpencil kepada persatuan dan mempersembahkan kepada Allah buah pertama dari semua bangsa (ibid. XIX:2). Kristus adalah alat Yang digunakan dalam tugasan ini. Namun demikian, dia adalah Penasihat yang Baik dan Tuhan yang Agung dibicarakan melalui Yesaya 9:6, hakim kepada Daniel 7:13 (ibid.). Bagaimanapun, Kristus mengakui bahawa Bapa adalah Allahnya, begitu juga Daud, (dipetik dari Maz 22:1) di mana Daud mengatakan:

 

Allahku, Allahku, mengapa Engkau meninggalkan aku?

 

Dan sekali lagi Kristus menyatakan ungkapan ini sewaktu diatas disalib yang dicatat dalam Matius 27:46 dan Markus 15:34. Kedua-dua Ayat ini merujuk kepada Eloah, Tuhan yang Agung dan Allah dan Bapa kepada Kristus. Perkataan yang digunakan oleh Kristus adalah Aramaic, yang mana dia mengungkap:

 

Eli, Eli, la’ma sabach-th’a’ni.

 

Ini adalah terjemahan bebas dalam bahasa Inggeris dari bahasa Aramaic 'eli, 'eli lamah 'azabthani. Perkataan untuk Allah di sini adalah El dalam Aramaic, sementara Allah menyatakan rencanaNya dan kepada Anaknya. Tetapi Allah tidak meninggalkan Kristus seperti Mazmur 22:24 mengatakan:

 

Sebab Ia tidak memandang hina ataupun merasa jijik kesengsaraan orang yang tertindas, dan Ia tidak menyembunyikan wajah-Nya kepada orang itu, dan Ia mendengar ketika orang itu berteriak minta tolong kepada-Nya.

 

Justru, Allah dan Kristus adalah dua yang berbeza. Kristus bukan sahaja berbicara secara mesianik sebagai hipostasis dalam Ketuhanan kerana ada tuntutan-tuntutan yang berbeza di dalam Alkitab yang membutuhkan tindakan Ilahi dari mereka yang lebih rendah dan ianya tidak boleh diubah, seperti Alkitab juga tidak boleh diubah. Maka Kristus dan umat-umat pilihan sebagi perlanjutan, disebut Allah (elohim). Irenaeus mengatakan:

 

Tidak ada lagi yang dipanggil sebagai Allah oleh Alkitab selain dari Bapa kepada semua, dan Anak dan mereka yang memiliki adaptasi (Adv. Her., Bk. IV, Pref. 4, ANF, ms. 463): [dan juga]

 

[Bab] 1. Oleh kerana itu, ini adalah pasti dan tabah, bahawa tidak ada Allah lain atau Tuhan yang dinyatakan oleh Roh Suci, kecuali Dia, Allah yang menguasai segalanya, bersama dengan perkataan-perkataanNya, dan mereka yang menerima roh adaptasi [lihat iii. 6, 1], bahawasanya, Mereka yang percaya kepada Allah yang satu dan benar, dan percaya di dalam Yesus Kristus Anak Allah; dan demikian juga halnya dengan para rasul yang tidak mengungkap sesiapapun sebagai Allah (bertindak demikian juga), yang mana, Mereka juga  memerintah supaya kita tidak mengungkap sesiapa sebagai Bapa kecuali Dia yang berada di sorga, Allah yang satu serta Bapa yang satu;... (ibid., ms 463).

 

Oleh kerana itu, memang mustahil untuk menganjurkan bahawa pemahaman mengenai umat pilihan yang akan menjadi elohim tidak difahami sebagai pegangan yang asli di dalam Jemaat pada dua abad yang terawal; Irenaeus adalah rujukan yang paling dekat yang kita ada bersama dengan doktrin mengenai perkara ini dan Ianya sangat jelas bahawa dia berpegang pada pendapat ini. Lebih lanjut lagi, ia ditunjukkan tanpa keraguan, bahawa posisi adalah rencana yang saling bersangkutan dalam tulisan Alkitab, bukan sahaja tulisan-tulisan yang tepat – yang mana memberikan definisi secara Alkitabiah, yakni kitab Perjanjian Lama (Dan. 10:21; Mat. 21:42; 22:29; 26:54; Mar. 12:10,24; 14:49; 15:28; Luk. 4:21; 24:27,32,45; Yoh. 2:22; 5:39; 7:38; dan ayat-ayat lain.), tetapi juga buku injil dan kearah penulisan kitab Perjanjian Baru. Tulisan tertentu mengenai dengan umat-umat pilihan sebagai elohim, yakni dalam Yohanes 10:35, Kristus memperkenalkan konsep bahawa tulisan Alkitab tidak boleh diubah. Konsep sewaktu Jemaat awal, merujuk di atas, jelas di lihat sebagai subordinatis, yang melibatkan konsep kehidupan kekal, yang mana bersandar kepada Roh Suci untuk membolehkan kebangkitan umat-umat pilihan di dalam kebangkitan yang pertama sewaktu kedatangan Mesiah sebagai theoi atau elohim.

 

Justru itu, Doktrin Jiwa telah masuk kedalam umat-umat pilihan beberapa lama kemudian bersama dengan rahsia-rahsia pemujaan dan Tritunggal Allah. Jemaat awal yang asli percaya dengan kebangkitan yang mutlak dan menyangkal Doktrin Jiwa sebagai kafir. Perdebatan mengenai penerimaan Jemaat Kristian Yunani yang dikatakan lebih tepat daripada elemen-elemen  Yudea awal seperti mereka yang disebut Ebionite atau dibebaskan sebagai Jemaat Kristrian Yudea yang dijangkau, yang mana secara logik, merupakan Kekristianan yang lebih dinamik dan fleksibel dibawah orang-orang jahil seperti diarahkan oleh Paulus adalah salah. Perdebatan-perdebatan seumpama ini adalah kesalahfahaman tentang apa yang diperkatakan oleh Paulus didalam Kolose dan Galatia. Perdebatan yang sama digunakan untuk memperkenalkan kesalahan mengenai Doktrin Jiwa (lihat tulisan Doktrin Jiwa Socratic [B6].

 

Doktrin Jiwa adalah usul saran pemberontakan yang diwarisi, yang mana mengatakan bahawa manusia tidak sesungguhnya mati (Kej 3:4). Ia merupakan satu pencubaan untuk membuka kepastian pada hukuman  untuk dosa dari umat manusia. Perdebatan yang mengatakan dari pengetahuan sendiri bahawa manusia sama seperti elohim telah dinyatakan oleh Setan dari Kejadian 3:5. Keupayaan untuk menjadi elohim bergantung sepenuhnya kepada kebangkitan dari kematian melalui rahmat keselamatan Yoshua atau Yesus Kristus sebagai Mesiah. Penyangkalan terhadap milenium yang fizikal merupakan sebahagian daripada penipuan serta pencubaan untuk menyatakan bahawa kehidupan kekal akan diwarisi tanpa syarat. Kehidupan kekal hanya diperolehi melalui pengetahuan tentang satu-satunya Allah yang benar dan anaknya Yesus Kristus. Tidak ada jiwa yang abadi. Ia merupakan penipuan didalam sistem Babilon, yang mana dikembangkan ke seluruh dunia. Manusia mempercayai penipuan ini kerana mereka tidak menuruti Allah. Tanpa Roh Suci, fikiran mereka adalah seteru terhadap Allah (Roma 8:7) dan tidak boleh menuruti Allah atau tidak boleh disesuaikan kepada sifatNya. Umat-umat pilihan memiliki sifat Allah sebagai orang-orang yang mengambil bahagian bersama Yesus Kristus (2 Pet 1:4). Hanya Allah yang abadi (1 Tim 6:16). Dia diam pada terang yang tidak boleh dijangkau dan tidak ada manusia yang pernah melihat Dia dan tiada yang akan melihat Dia. Hanya sebagai Roh-roh kita boleh menjangkau Allah dan itu bergantung kepada penurutan kita dan pengorbanan Yesus Kristus yang menjadi pengantara kita kepada satu-satunya Allah yang benar (Yoh 17:3; 1Yoh 5:20; Gal. 3:19-20; 1Tim. 2:5; Ibr 8:6; 9:15; 12:24).

 

Kita bergantung sepenuhnya kepada kebangkitan demi untuk menjadi roh-roh sebagai anak-anak Allah, apabila kita mempunyai keupayaan untuk melihat Allah dan menghampiri Dia secara peribadi. Sekarang kita akan menghampiri takhta kemuliaan dengan berani didalam roh.

 

 

Apendiks

 

Kegagalan Seventh-Day Adventist (SDA) untuk menanggulangi secara tepat nubuatan didalam Zakariah adalah bahawa mereka telah mengiaskan struktur milenium dengan berlandaskan tulisan-tulisan Ellen G. White sebagai aktiviti spiritual, yang mana Setan akan diasingkan di bumi seorang diri.  Ini adalah salah dan telah mengakibatkan ketidakupayaan penulis-penulis mereka untuk menjelaskan dengan tepat mengenai pernyataan Yesaya dan Zakariah yang mana menunjukkan bahawa Kristus akan membentuk semula Sabat, Bulan yang Baru dan Hari-hari raya yang didapati didalam Imamat 23 (Yes 66:23; Zak 14:16-19). Contoh kegagalan dalam pemahaman mengenai pemulihan milenium boleh dilihat dalam karya Robert D. Brinsmead, yang mana menulis tentang persoalan fahaman Sabatarianisma dan hukum baru (lihat Sabbatarianism Re-examined, June 1981). Brinsmead menyerang kesilapan doktrin-doktrin sistem SDA dan cuba untuk membongkar fahaman dispensasi British tetapi membina pandangannya mengenai nubuatan dengan berlandaskan pandangan kosmologi bahawa tulisan Alkitab adalah berbentuk kiasan dan bukan fizikal sedangkan, sebagai contoh, Yesaya menegaskan bahawa mereka merujuk kepada daging fizikal.

 

Amalan SDA tampil dengan tidak ada pembabitan dalam apa sahaja konsep struktur milenial yang sebenarnya, sebagai pemerintahan fizikal Kristus diatas planet selama satu ribu tahun. Ellen G. White dan amalan SDA mempunyai teori yang mengghairahkan, dimana pada waktu kebangkitan pertama, semua orang fasik akan dibunuh dan semua yang benar akan diangkat ke sorga dan Setan akan tinggal seorang diri di bumi selama satu ribu tahun, menunggu sehingga penghakiman akhir. Inilah yang mereka percaya, yang menyangkal ayat-ayat yang ditegaskan oleh Perjanjian Lama dan Baru. Kepercayaan ini tidak mempunyai landasan didalam Alkitab, namun mereka mempercayainya. Sebagai akibatnya, apabila kita menyuruh orang untuk menangani isu ini, mereka tidak memahami nubuatan dalam Perjanjian Lama seperti mana kita memahaminya. Mereka tidak melihat realiti terhadap apa sahaja nubuatan dalam Perjanjian Lama, yang mana membicarakan tentang pemulihan fizikal israel yang sebenarnya. Mereka memahami perkara ini sebagai satu simbol spiritual. Jadi, bagi mereka nubuatan tidak menyimpan makna seperti yang tertulis. Akibat dari kesilapan ini, kita lihat dalam Yesaya 66:23 mengatakan bahawa hari-hari Sabat dan Bulan Baru akan dipulihkan, namun mereka mengatakan bahawa mesti ada satu penekanan spiritual mengenai perkara ini. Mereka tidak akan memulihkan Sabat fizikal, jadi Brinsmead boleh membatalkan Sabat berlandaskan ayat ini, yang jelas mengatakan bahawa Kristus akan memulihkannya. Ini adalah penjajaran mental yang benar-benar dipertikaikan. Ianya tidak berlandaskan fikiran yang stabil. Tidak ada realiti pada mereka, dalam apa sahaja pengertian nubuatan Alkitab yang membicarakan mengenai pemulihan fizikal dimasa hadapan. Mereka mendengar perkataan itu, tetapi mereka mempunyai beberapa delusi mengenai perkara ini. Mereka percaya kepada pembohongan.

 

Aplikasi Brinsmead mengenai ayat didalam Yesaya 40:4-4 kepada Yohanes Pembaptis seorang (lihat Bab 7) menunjukkan bahawa dia tidak memahami realiti kedatangan Mesiah didalam dua tahap, dan bahawa raja Mesiah itu adalah realiti fizikal papa zaman akhir nanti. Alkitab Companion menyatakan Yesaya 40:3 sebagai menunjukkan bahawa ayat ini belum digenapi. Sistem milenial yang berbentuk spiritual yang dipercayai oleh penganut Seventh-Day Adventist adalah tempang baik pada diri mereka mahupun pada kritik-kritik mereka. Secara mutlak, contoh pola yang salah ini akan memusnahkan iman Brinsmead sendiri. Brinsmead percaya bahawa orang yang benar sebagai iman katolik yang sebenar harus melebihi tempat-tempat, maka ia juga harus melebihi masa-masa. Tidak ada lagi masa yang suci daripada tempat yang suci atau apa saja unsur yang tidak bersih. Hukum Strict mengenai tempat-tempat dan masa-masa adalah undang-undang sementara yang dikenakan keatas kultus keagamaan sehingga masa refomasi. (Bab 10, ms. 37).

 

Jadi, kita lihat arah tujunya dari pokok fikiran ini. Dia tidak memahami realiti pada landasan saintifik mengenai hukum makanan dan realiti mengenai perbezaan diantara kudus dan kekotoran, percaya bahawa Kristus telah menghapuskan semua perbezaan diantara kudus dan ala duniawi. Jadi,  tidak ada arahan untuk keluar dari padanya dan menjadi suci; bahawa kamu adalah tempat yang maha suci dan kaabah Allah ada didalam kita. Kita adalah kaabah Allah. Perbezaan ini tidak mempunyai makna. Sebenarnya Brinsmead merujuknya sebagai kebodohan, walaupun hakikatnya ia merupakan pegangan Alkitab.

 

Keseluruhan perdebatan ini adalah pra-andaian tentang kesahihan  keupayaan Kristus untuk menukar masa dan hukum, yang cuba menyamai  Allah dan ini adalah sifat Trinitarian. Lagipun, kesilapan ini telah dinubuatkan didalam Daniel 7:25 dan merupakan satu pelanggaran terhadap Allah Maha Besar. Keseluruhan perdebatan dari fahaman Adventist dan dari fahaman Trinitarian berpunca dari Doktrin Jiwa.

 

Pemulihan dibawah Kristus menunjukkan bahawa ada dua golongan makluk. Golongan yang pertama, yang diungkap sebagai umat pilihan, mengalami kebangkitan pertama dan bertukar kepada makluk-makluk roh selepas kedatangan Kristus. Kelas yang kedua adalah mereka yang mengalami kebangkitan kedua pula terjadi selepas pemerintahan milenial dan melibatkan orang-orang yang masih hidup semasa milenium serta mereka yang sudah mati, yang tidak mengalami kebangkitan pertama (Wah 20:1-6). Setan akan dilepaskan selepas satu ribu tahun dan pergi untuk menyesatkan bangsa, yang mana berada di empat penjuru bumi (Wah 20:8-9). Fahaman Adventist tidak boleh membuat apa-apa pengertian tentang ayat-ayat ini disebabkan oleh tulisan Ellen G. White. Dia tidak menerangkan kebangkitan yang fizikal terhadap seluruh planet dan teologinya meragui sifat Allah.

q