Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

[103]

 

 

 

 

Perjamuan Suci [103]

(Edisi 1.1 19950413-19981226))

 

Karya ini menerangkan maksud kompleks di sebalik sakramen Perjamuan Suci. Hari persediaan serta hari Paskah diterangkan. Siri urutan pencucian kaki serta roti dan anggur diterangkan seperti mana ia dilangsungkan. Perkaitannya kepada Keluaran serta hari Paskah juga diterangkan. Darah Perjanjian Baru serta kemasukan ke dalam Tempat Maha Kudus oleh imam besar iaitu Mesias adalah perintis kepada bagaimana kita semua menjadi anak-anak Tuhan. Maksud simbolisme Paskah berbanding teks-teks lain (contohnya Mazmur 34:20; Yesaya 52:13-15) diperiksa. Teks-teks Yohanes 14 serta Yohanes 17 diterangkan.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1995, 1996, 1998 Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Perjamuan Suci [103]

 


Malam ini mungkin sekali adalah waktu paling suci di dalam tahun kalendar Tuhan kerana ia adalah ulang tahun kematian Tuhan dan Juruselamat kita Yesus Kristus. Kita memelihara amalan ibadat ini demi memperingati kematian Kristus. Petikan-petikan berikutnya menerangkan asal-usul amalan ini, serta upacara-upacaranya.

 

Lukas 22:7-16 Maka tibalah hari raya Roti Tidak Beragi, yaitu hari di mana orang harus menyembelih domba Paskah. 8 Lalu Yesus menyuruh Petrus dan Yohanes, kata-Nya: "Pergilah, persiapkanlah perjamuan Paskah bagi kita supaya kita makan." 9 Kata mereka kepada-Nya: "Di manakah Engkau kehendaki kami mempersiapkannya?" 10 Jawab-Nya: "Apabila kamu masuk ke dalam kota, kamu akan bertemu dengan seorang yang membawa kendi berisi air. Ikutilah dia ke dalam rumah yang dimasukinya, 11 dan katakanlah kepada tuan rumah itu: Guru bertanya kepadamu: di manakah ruangan tempat Aku bersama-sama dengan murid-murid-Ku akan makan Paskah? 12 Lalu orang itu akan menunjukkan kepadamu sebuah ruangan atas yang besar yang sudah lengkap, di situlah kamu harus mempersiapkannya." 13 Maka berangkatlah mereka dan mereka mendapati semua seperti yang dikatakan Yesus kepada mereka. Lalu mereka mempersiapkan Paskah. 14 Ketika tiba saatnya, Yesus duduk makan bersama-sama dengan rasul-rasul-Nya. 15 Kata-Nya kepada mereka: "Aku sangat rindu makan Paskah ini bersama-sama dengan kamu, sebelum Aku menderita. 16 Sebab Aku berkata kepadamu: Aku tidak akan memakannya lagi sampai ia beroleh kegenapannya dalam Kerajaan Allah."

 

Telah diandaikan oleh orang-orang tertentu bahawa ini adalah masanya untuk menjamu Paskah itu, tetapi ini tidak betul.

 

15 Kata-Nya kepada mereka: "Aku sangat rindu makan Paskah ini bersama-sama dengan kamu, sebelum Aku menderita.

 

Kristus jelas sekali berkata “Aku benar-benar ingin memakan Paskah ini bersama-sama kamu sebelum aku menderita namun aku berkata kepada kamu bahawa aku tidak akan memakannya lagi sehinggalah ia digenapkan di dalam Kerajaan Tuhan.” Lukas 22:7-16 telah diterjemahkan dengan pelbagai cara untuk mengelak daripada maksud teks ini. Kristus tidak memakan perjamuan Paskah itu. Dia memakan suatu perjamuan Paskah. Ia dinyatakan dengan jelas dan ringkas. Dia ingin memakannya bersama mereka kerana dia tahu yang dia akan mati. Kristus mengatakan di sini bahawa dia tidak akan memakannya lagi sehinggalah ia digenapkan di dalam Kerajaan Tuhan. Jadi Kristus telahpun meramalkan kematiannya sebelum perjamuan Paskah sebenar. Dia sebenarnya adalah Domba Paskah itu.

 

Kita tahu bahawa ini adalah sewaktu Hari-hari Roti Tidak Beragi. Ia adalah permulaan Roti Tidak Beragi, bila mana Paskah itu dikorbankan.

 

Di dalam Yohanes 6, Kristus melaksanakan keajaiban memberi makan kepada lima ribu orang itu dengan lima roti jelai dan dua ikan. Simbolismenya adalah bahawa umat pilihan diselamatkan dengan diambil masuk ke dalam dua belas bakul. Keajaiban berjalan di atas air itu dilakukan oleh Kristus sebagai sebahagian daripada penyelamatan umat pilihan. Setelah mukjizat-mukjizat itu, ada kumpulan-kumpulan orang yang telah berundur kerana khutbahnya di mana dia berkata Sesungguhnya jikalau kamu tidak makan daging Anak Manusia dan minum darah-Nya, kamu tidak mempunyai hidup di dalam dirimu. Barangsiapa makan daging-Ku dan minum darah-Ku, ia mempunyai hidup yang kekal dan Aku akan membangkitkan dia pada akhir zaman (Yohanes 6:53-54).

 

Urutan tersebut adalah suatu fasa kritikal. Tugas itu jatuh kepada Kristus serta dua belas murid itu, dan salah seorang mereka adalah iblis. Waktu itu merupakan paras paling rendah di dalam pekerjaan tersebut. Semua orang telahpun berundur daripada Tuan ini. Pekerjaan ini kemudiannya dibina semula. Kita tahu bahawa Kristus kemudiannya telah melantik tujuh puluh orang itu dan mengutus mereka keluar. Kita tahu bahawa para iblis tertunduk kepada mereka dan kita tahu bahawa para iblis mengetahui hakikat tersebut. Ianya tercatat di syurga. Kita tahu bahawa tujuh puluh orang ini meneruskan pelayanan mereka. Kita tahu bahawa Kristus telah mengutus mereka keluar. Namun begitu, pada perjamuan ini, sekali lagi hanya terdapat dua belas murid ini sahaja. Di manakah tujuh puluh orang itu? Apakah yang dilakukan orang-orang selebihnya, para pengikut Kristus itu? Kenapakah Kristus mengadakan Perjamuan Akhir ini dengan dua belas orang itu sahaja?

 

Terdapat banyak jawapan kepada seluruh persoalan ini. Tujuh puluh orang itu hadir pada waktu Pentakosta tersebut. Mereka tidak meninggalkan Jemaat. Pastinya terdapat persediaan perjamuan-perjamuan Paskah yang lain dengan kumpulan-kumpulan lain. Kristus telah memutuskan untuk mengadakan perjamuan ini (perjamuannya yang terakhir) bersama dengan dua belas muridnya. Tujuh puluh orang itu pastinya ada di tempat lain sambil memelihara Paskah. Aktiviti tujuh puluh orang itu membuka suatu aspek pelayanan yang berlainan yang tidak dipertimbangkan sebelumnya. Tujuh puluh orang ini, murid-muridnya yang lain, seharusnya ada di situ. Namun sekali lagi ianya terhad kepada dua belas orang itu sahaja. Namun tujuh puluh orang tersebut masih lagi terlantik dan masih lagi bekerja dan bertumbuh sehingga Pentakosta daripada Perjamuan Akhir ini.

 

Ini memberitahu kita bahawa terdapat naik-turun di dalam pekerjaan ini daripada peringkat pengukuhan di mana dia membangunkan, kehilangannya dan mengukuhkannya. Membangun dan mengukuh semula namun mereka semuanya di dalam kumpulan-kumpulan berlainan dan pekerjaan tersebut terus membangun, namun diperkukuhkan semula. Dengan itu, Perjamuan Akhir ini mempunyai maksud yang agak berlainan daripada apa yang diandaikan mulanya. Apabila kita memikirkan Perjamuan Akhir ini, kita hanya terfikir tentang dua belas orang itu. Kita tidak teringat akan adanya orang lain. Namun Alkitab memberitahu kita bahawa sepatutnya terdapat orang lain. Tujuh puluh orang itu telah diurap dan mereka merupakan penatua-penatua Yesus Kristus. Terdapat kunci-kunci kepada aspek-aspek lain pekerjaan tersebut di dalam penempatan para penatua itu serta penempatan Paskah dan penyalinan serta pengagihannya. Terdapat beberapa perkara yang melanjut dari situ.

 

Perayaan Roti Tidak Beragi memasukkan kedua-dua hari persediaan itu serta Paskah ke dalam Perayaan tersebut.

 

Matius 26:17-30 Pada hari pertama dari hari raya Roti Tidak Beragi datanglah murid-murid Yesus kepada-Nya dan berkata: "Di mana Engkau kehendaki kami mempersiapkan perjamuan Paskah bagi-Mu?" 18 Jawab Yesus: "Pergilah ke kota kepada si Anu dan katakan kepadanya: Pesan Guru: waktu-Ku hampir tiba; di dalam rumahmulah Aku mau merayakan Paskah bersama-sama dengan murid-murid-Ku." 19 Lalu murid-murid-Nya melakukan seperti yang ditugaskan Yesus kepada mereka dan mempersiapkan Paskah. 20 Setelah hari malam, Yesus duduk makan bersama-sama dengan kedua belas murid itu. 21 Dan ketika mereka sedang makan, Ia berkata: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya seorang di antara kamu akan menyerahkan Aku." 22 Dan dengan hati yang sangat sedih berkatalah mereka seorang demi seorang kepada-Nya: "Bukan aku, ya Tuhan?" 23 Ia menjawab: "Dia yang bersama-sama dengan Aku mencelupkan tangannya ke dalam pinggan ini, dialah yang akan menyerahkan Aku. 24 Anak Manusia memang akan pergi sesuai dengan yang ada tertulis tentang Dia, akan tetapi celakalah orang yang olehnya Anak Manusia itu diserahkan. Adalah lebih baik bagi orang itu sekiranya ia tidak dilahirkan." 25 Yudas, yang hendak menyerahkan Dia itu menjawab, katanya: "Bukan aku, ya Rabi?" Kata Yesus kepadanya: "Engkau telah mengatakannya." 26 Dan ketika mereka sedang makan, Yesus mengambil roti, mengucap berkat, memecah-mecahkannya lalu memberikannya kepada murid-murid-Nya dan berkata: "Ambillah, makanlah, inilah tubuh-Ku." 27 Sesudah itu Ia mengambil cawan, mengucap syukur lalu memberikannya kepada mereka dan berkata: "Minumlah, kamu semua, dari cawan ini. 28 Sebab inilah darah-Ku, darah perjanjian, yang ditumpahkan bagi banyak orang untuk pengampunan dosa. 29 Akan tetapi Aku berkata kepadamu: mulai dari sekarang Aku tidak akan minum lagi hasil pokok anggur ini sampai pada hari Aku meminumnya, yaitu yang baru, bersama-sama dengan kamu dalam Kerajaan Bapa-Ku." 30 Sesudah menyanyikan nyanyian pujian, pergilah Yesus dan murid-murid-Nya ke Bukit Zaitun.

 

Aktiviti ini berlangsung, seperti yang dikatakan di sini, pada hari pertama Perayaan Roti Tidak Beragi. Pada zaman itu, hari persediaan, iaitu hari Keempat belas, dikira sebagai hari pertama daripada lapan hari Perayaan Roti Tidak Beragi, jadi memang benar semua ini terjadi pada hari persediaan. Hari persediaan ini mendirikan suatu simbolisme yang baru. Simbolismenya terkandung di dalam persediaan untuk suatu Paskah yang belum lagi tiba. Oleh kerana akan ada suatu keluaran yang baru dan para imam yang baru (Yesaya 66:20-21), maka Perjamuan Suci ini melambangkan persediaan Jemaat bagi pemerintahan milenium itu.

 

1Korintus 11:23-26  Sebab apa yang telah kuteruskan kepadamu, telah aku terima dari Tuhan, yaitu bahwa Tuhan Yesus, pada malam waktu Ia diserahkan, mengambil roti 24 dan sesudah itu Ia mengucap syukur atasnya; Ia memecah-mecahkannya dan berkata: "Inilah tubuh-Ku, yang diserahkan bagi kamu; perbuatlah ini menjadi peringatan akan Aku!" 25 Demikian juga Ia mengambil cawan, sesudah makan, lalu berkata: "Cawan ini adalah perjanjian baru yang dimeteraikan oleh darah-Ku; perbuatlah ini, setiap kali kamu meminumnya, menjadi peringatan akan Aku!" 26 Sebab setiap kali kamu makan roti ini dan minum cawan ini, kamu memberitakan kematian Tuhan sampai Ia datang.

 

Malam ini mengisytiharkan kematian Tuhan kita sehingga ia datang: sebagai suatu ketetapan yang diperintahkan kepada umat Kristian.

 

Seluruh bab Yohanes 6 merupakan suatu siri urutan simbolisme yang membawa kepada persediaan itu dan kepada Paskah. Terdapat maksud tertentu di dalam setiap ayat Yohanes 6 dan bagaimana ia menyediakan semua orang untuk panggilan mereka, penempatan mereka di dalam umat pilihan serta penempatan mereka di dalam suku-suku itu sebagai sebahagian daripada kumpulan 144,000 itu dan kumpulan orang besar di bawah pimpinan dua belas rasul itu selaku para hakim suku-suku tersebut.

 

Yohanes 6:53-54 Maka kata Yesus kepada mereka: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jikalau kamu tidak makan daging Anak Manusia dan minum darah-Nya, kamu tidak mempunyai hidup di dalam dirimu. 54 Barangsiapa makan daging-Ku dan minum darah-Ku, ia mempunyai hidup yang kekal dan Aku akan membangkitkan dia pada akhir zaman.

 

Terdapat tiga elemen kepada hidup kekal. Elemen-elemen ini biasanya tidak dibincangkan bersama dengan Perjamuan Suci. Dua elemen pertama adalah daripada Yohanes 17:3.

 

Pertama, Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus.

 

Elemen kedua hidup kekal adalah iman di dalam Yesus Kristus melalui pengenalan akan Allah Benar yang Satu.

 

Elemen ketiga hidup kekal adalah penyertaan di dalam Paskah serta perjamuan tubuh dan darah Yesus Kristus (Yohanes 6:53-54).

 

Itu adalah tiga elemen tersebut yang kamu perlukan untuk mendapat hidup kekal. Kesemua tiga elemen itu adalah berasaskan pada penurutan. Penurutan adalah terhadap Allah benar yang satu dengan memelihara perintah-perintahNya. Ini adalah syarat yang perlu bagi terus memiliki Roh Kudus. Tanpa Roh Kudus, kamu tidak boleh memasuki Kerajaan Tuhan dan menerima hidup kekal. Jadi dengan ketiga-tiga elemen ini kamu kemudiannya dikehendaki menyertai demi ketaatan. Taat kepada hari raya ini bererti memelihara perintah-perintah serta peraturan-peraturan yang telah ditetapkan Kristus bagi penyertaan di dalam Paskah. Jika kamu tidak menyertai upacara ini maka kamu tidak ada bahagian dengan Yesus Kristus.

 

Acara pertama Perjamuan Suci adalah pencucian kaki. Perbuatan mencuci kaki seseorang merupakan amalan biasa semasa zaman Kristus. Orang ramai memakai sarung kaki yang mendedahkan kaki mereka kepada kekotoran sekitaran. Mereka memakai kasut sandal yang mendedahkan jari-jari kaki mereka. Ia memang sesuai digunakan berjalan, seperti yang kita sedia maklum. Orang ramai memakai kasut sandal kerana ia dingin dan murah dan senang dibuat, tetapi ia memang membuatkan tapak kaki kamu kotor. Biasanya, pencucian kaki dilakukan sebagai suatu perbuatan pelayanan oleh tuan rumah apabila tetamu telah datang. Biasanya mereka sudah mandi tetapi mereka telahpun berjalan melalui jalan-jalanan. Jadi mereka dilayan begitu untuk membuatkan mereka selesa. Ianya menjadi tugas hamba paling rendah untuk mencuci kaki. Tetamu diberikan sehelai tuala dan sebuah kendi air. Ia biasanya dilakukan pada ketibaan atau sebelum sesuatu perjamuan dimulakan, sebelum atau semasa para tetamu berehat di meja. Rasa tidak suka terhadap tugas ini melambangkan hakikat bahawa tiada seorangpun yang suka melakukan perkara-perkara remeh, khususnya, bagi orang lain.

 

Ianya suatu perbuatan kasih untuk melayani orang lain dan dunia ini berunsurkan orang-orang yang sebenarnya tidak mengasihi sesama sendiri (jika kamu belum sedar lagi). Lazimnya seseorang itu tidak akan merendahkan diri mereka serta meninggikan orang lain. Ia memerlukan sejenis sikap yang istimewa dan Roh Kudus-lah yang menjadikannya mungkin. Ia adalah tanda umat pilihan (iaitu para pelayan Yesus Kristus) di mana mereka benar-benar bersukacita di dalam pelayanan orang lain; iaitu mereka menjadikan kemenangan-kemenangan sesama saudara sebagai milik mereka sendiri dan mereka menyanjung sesama sendiri melebihi diri mereka. Proses pelayanan seperti ini tidak kenampakan di dalam sistem yang telah didirikan di bawah tuhan dunia ini. Tuhan dunia ini telah menubuhkan suatu sistem (ataupun, elohim dunia ini telah mendirikan suatu sistem) yang berunsur kedudukan dan pangkat dan keutamaan seperti golongan haiwan. Semua binatang mempunyai susunan darjat. Susunan ini menentukan di mana mereka makan, dan apakah kedudukan sosial mereka, dan berapa baiknya mereka dijaga. Ini tidak sepatutnya terjadi dengan kita. Kita seharusnya tidak berfikir seperti itu. Seluruh proses pencucian kaki ini bukan sekadar pelayanan. Ianya melambangkan penyangkalan diri sendiri. Kita melihat hal ini daripada konsep ‘tithenai’ (penanggalan jubah dan peletakannya ke samping) serta pengikatan pinggang Kristus dengan kain lenan/tuala. Seluruh proses ini merupakan simbolisme di mana Kristus telah benar-benar mengesampingkan segala kemuliaannya dan pakaiannya. Mula-mula sekali dia menanggalkan statusnya sebagai elohim. Dia mengesampingkannya dan dia menjadi seorang manusia untuk melayani kita. Dia tahu bahawa dia perlu turun ke sini, bukan hanya untuk menunjukkan kepada kita, kerana kita hidup di bawah sistem yang telah didirikan para iblis. Dia telah datang ke dunia sebagai manusia untuk menunjukkan kepada para iblis bahawa dia perlu mengorbankan hidupnya.

 

Para iblis melalui pemberontakan mereka tidak mempunyai korban untuk memulihkan mereka kepada Tuhan. Tiada korban yang mungkin dapat dilakukan Iblis serta Bani tersebut untuk mendamaikan mereka kepada Tuhan bagi dosa mereka. Seseorang harus mati. Jadi salah seorang daripada mereka harus mengambil bentuk manusia dan mati bagi mendamaikan mereka kepada Tuhan bagi menunjukkan jalannya. Ia bukan hanya kerana Tuhan mengkehendaki suatu korban darah. Ringkasnya Dia mengatakan bahawa tanpa mentaliti tersebut, kamu tidak boleh menjadi Aku. Aku tidak dapat hidup di dalam sesiapapun antara kamu yang tidak sedia untuk menyerahkan hidupnya untuk saudaranya. Jika kamu tidak sanggup menyerahkan hidupmu dan mencuci kaki saudaramu untuk menundukkan dirimu, maka Tuhan tidak dapat hidup di dalam kamu. Dan itu adalah hakikatnya yang menyedihkan. Kita telah perhatikan bagaimana jemaat pada abad kedua puluh telah mencapai tahap-tahap memandang muka yang begitu ketara sehinggakan mereka tidak sanggup berkorban untuk sesama sendiri. Roh Kudus telah dialihkan daripada mereka. Kristus telah menetapkan acara ini untuk para pengikutnya sebagai suatu teladan pengorbanan. Sekarang mari kita periksa konsep fizikal pencucian kaki tersebut, sebalik daripada apa yang telah ada sejak dari permulaan, dalam ertikata Bani surgawi sebagai konsep-konsep rohani. Setiap aspek-aspek ini adalah hal-hal rohani serta fizikal. Judaisme melihat ke belakang kepada Paskah itu dan memandangnya dari segi fizikal. Kita melihat ke hadapan kepada Paskah itu dan memandangnya dari segi fizikal dan rohani. Kristus tahu bahawa dia akan dikhianati dan bahawa dia dikehendaki mengorbankan nyawanya.

 

Yohanes 13:1-5 Sementara itu sebelum hari raya Paskah mulai, Yesus telah tahu, bahwa saat-Nya sudah tiba untuk beralih dari dunia ini kepada Bapa. Sama seperti Ia senantiasa mengasihi murid-murid-Nya demikianlah sekarang Ia mengasihi mereka sampai kepada kesudahannya. 2 Mereka sedang makan bersama, dan Iblis telah membisikkan rencana dalam hati Yudas Iskariot, anak Simon, untuk mengkhianati Dia. 3 Yesus tahu, bahwa Bapa-Nya telah menyerahkan segala sesuatu kepada-Nya dan bahwa Ia datang dari Allah dan kembali kepada Allah. 4 Lalu bangunlah Yesus dan menanggalkan jubah-Nya. Ia mengambil sehelai kain lenan dan mengikatkannya pada pinggang-Nya, 5 kemudian Ia menuangkan air ke dalam sebuah basi, dan mulai membasuh kaki murid-murid-Nya lalu menyekanya dengan kain yang terikat pada pinggang-Nya itu.

 

Penanggalan jubahnya itu (tithenai) melambangkan penyerahan nyawanya. Kerana dengan menyerahkan hidupnya dia membasuh kita semua. Ajaran paling asas daripada pencucian kaki ini adalah pengorbanan diri serta kerendahan hati. Sikap Yesus adalah sikap rela untuk mengorbankan dirinya untuk manusia, rela mengorbankan hidupnya bagi setiap kita secara peribadi, sebagai seorang sahabat. Dan begitu jugalah, kita seharusnya bersedia mengorbankan diri kita untuk sesama sendiri.

 

Yohanes 13:6-8  Maka sampailah Ia kepada Simon Petrus. Kata Petrus kepada-Nya: "Tuhan, Engkau hendak membasuh kakiku?" 7 Jawab Yesus kepadanya: "Apa yang Kuperbuat, engkau tidak tahu sekarang, tetapi engkau akan mengertinya kelak." 8 Kata Petrus kepada-Nya: "Engkau tidak akan membasuh kakiku sampai selama-lamanya." Jawab Yesus: "Jikalau Aku tidak membasuh engkau, engkau tidak mendapat bagian dalam Aku."

 

Mungkin kita semua sudah menghafal kata-kata ini. Petrus tidak mengingini dia membasuh kakinya kerana satu sebab yang cukup baik. Petrus menginginkan seorang Mesias Raja. Dia tidak memahami Hari Pendamaian. Dia tidak faham bahawa Imam Besar mula-mula masuk dengan berpakaian jubah lenan untuk mendamaikan serta mempersembahkan korban. Kemudian dia bertukar kepada suatu set jubah yang lain. Dia tidak faham bahawa terdapat dua Mesias: seorang yang kelihatan bertaraf rendah dengan berpakaian jubah lenan yang biasa dan seorang lagi yang akan berpakaian seperti seorang Raja. Dia menginginkan seseorang untuk memerintah, seumpama Darius atau mana-mana raja Persia yang lain, ataupun seperti para Kaisar. Dia ingin mendudukkan Yesus Kristus pada takhta Kaisar dan memerintah dunia ini dengan tidak adil sama seperti yang dilakukan para Kaisar, tetapi dari Yerusalem. Dia menginginkan hak istimewa sama seperti orang-orang Roma. Itu adalah mentaliti di sebalik komen-komen Petrus. Itulah maksud Petrus apabila dia mengatakan Engkau tidak akan membasuh kakiku. Dia berkata begitu kerana perbuatan ini bermaksud bahawa mereka akan menjadi para pelayan. Dia berfikir: Aku akan membuatkan orang-orang Roma membasuh kakiku. Itulah maksud Petrus. Kristus tahu tentang itu. Itulah sebabnya Kristus menjauhkan dirinya daripada kumpulan orang ramai itu selepas keajaiban di dalam Yohanes 6. Mereka juga ingin menjadikannya Mesias Raja. Kristus mengatakan pada Perjamuan Suci itu bahawa dia adalah yang melayani di antara mereka itu.

 

Kita harus meninjau psikologi di sebalik apa yang diperkatakan orang-orang ini. Mereka merupakan pengutama Zionis. Petrus belum lagi berubah. Tidak seorangpun daripada murid-murid pada perjamuan itu yang telah berubah, tiada seorangpun. Mereka telah dibaptiskan namun mereka masih belum insaf. Kristus memperkatakan hal ini kemudiannya. Dia berkata kepada Petrus Dan engkau, jikalau engkau sudah insaf, kuatkanlah saudara-saudaramu (Lukas 22:32). Petrus belum insaf dan berubah sehinggalah dia memiliki Roh Kudus pada Pentakosta. Iblis telah menuntut untuk menampinya seperti gandum (Lukas 22:31) sebelum peristiwa ini seperti mana yang diberitahu Kristus kepadanya sewaktu Perjamuan Suci itu. Tiada seorangpun daripada mereka yang memiliki Roh Kudus sehinggalah Pentakosta. Mereka telah dibaptiskan tetapi terdapat ruang di antara masa mereka dibaptiskan dengan masa mereka menerima Roh Kudus. Tangan-tangan diletakkan ke atas kita untuk menerima Roh Kudus itu namun kita tidak menerimanya dengan kuasa yang sama seperti yang mereka terima pada Pentakosta. Kita adalah seumpama biji sesawi. Namun begitu, orang-orang ini belum lagi berubah. Kita boleh lihat hal ini melalui apa yang Petrus lakukan. Ajaran sebenar di sini adalah bahawa Petrus tidak ingin menyerahkan hidupnya dan melayani. Dia tidak ingin melayani bangsa-bangsa bukan Yahudi. Dia adalah seorang Yahudi. Kita haruslah melayani semua orang.

 

Kita harus membenarkan kaki kita dibasuh, melambangkan hidup kita yang dibasuh bersih oleh Kristus secara berterusan, jika kita mahukan bahagian kita bersamanya di dalam Kerajaan itu dan, sememangnya, melakukan segala dia lakukan. Jika kita berbuat begitu, maka kita akan mewarisi Kerajaan itu sama seperti dia. Petrus sedar akan keperluan tindakan tersebut namun bukan maksudnya.

 

Yohanes 13:9-11 Kata Simon Petrus kepada-Nya: "Tuhan, jangan hanya kakiku saja, tetapi juga tangan dan kepalaku!" 10 Kata Yesus kepadanya: "Barangsiapa telah mandi, ia tidak usah membasuh diri lagi selain membasuh kakinya, karena ia sudah bersih seluruhnya. Juga kamu sudah bersih, hanya tidak semua." 11 Sebab Ia tahu, siapa yang akan menyerahkan Dia. Karena itu Ia berkata: "Tidak semua kamu bersih."

 

Kesedarannya adalah, bahawa jika kamu tidak bersedia untuk bekerja dan tunduk dan menjadi sebahagian daripada tubuh itu (untuk ini berlaku), kamu tidak akan mendapat apa-apa bahagian di dalam Kerajaan itu. Namun Petrus mengatakan kepadanya Tuhan, jangan hanya kakiku saja, tetapi juga tangan dan kepalaku. Dalam kata lain dia tidak ingin ketinggalan. Dia telah ditegur dan sikapnya diluruskan. Dia menginginkan semua itu kerana dia tidak faham simbolisme pencucian kaki itu. Dia tidak faham bahawa dia dibaptiskan sekali sahaja. Begitu juga, dia tidak benar-benar memahaminya pada masa itu, kerana maksud sepenuhnya bagi kematian serta pengorbanan Kristus belum lagi ternyata. Namun dia sepatutnya tahu daripada Perjanjian Lama, dia patut tahu daripada Kitab Suci bahawa Kristus harus mati dan bahawa kematian Kristus-lah yang mendamaikan manusia kepada Tuhan. Dia sepatutnya telah memahami hakikat itu.

 

Setelah kematian itu mendamaikan manusia kepada Tuhan maka mereka bersih melalui baptisan. Semua orang yang telah mengambil bahagian di dalam acara pembaptisan adalah bersih melalui baptisan tersebut disebabkan kematian Kristus yang akan tiba. Pencucian kaki ini merupakan pembaharuan tahunan. Dengan cara yang sama di mana para tetamu yang telah dijemput ke majlis perjamuan perkahwinan Domba itu telah dibersihkan (mereka telah membasuh diri mereka melalui pembaptisan). Mereka telah diberikan jubah. Jubah mereka tiada cacat cela kerana telah dibersihkan (di dalam darah Kristus). Hanya kaki mereka saja, daripada pengembaraan mereka melalui dunia, yang telah kotor dan itu perlu dibersihkan dan dibaharui setiap tahun.

 

Jadi, dengan pencucian kaki ini setiap tahun, kaki dibersihkan secara fizikal. Secara rohani, kita membersihkan asas-asas tubuh rohani kita. Kita kembali pada posisi bersama Kristus agar kita mara ke tahun hadapan bersedia (seumpama bateri yang dicaskan semula) untuk melaksanakan tugas-tugas yang diberikan kepada kita. Jadi jubah kita tetap bersih. Kita tetap bersih kerana hanya sebahagian saja daripada diri kita yang kotor (secara simboliknya, kaki). Jadi kita dibersihkan semula. Itu adalah konsep yang kita lihat di dalam ayat 10.

 

Di dalam acara baptisan, dosa-dosa dibawa pergi dan akan dibawa pergi. Ini merupakan suatu proses yang sangat sukar difahami kerana Kristus belum lagi mati pada masa itu dan orang-orang ini belum lagi insaf. Apa yang mereka lakukan adalah mendirikan sistem yang boleh kita fahami, agar kita boleh kembali dan memeriksa segala apa yang mereka lakukan. Pada masa itu kita akan tahu apakah siri urutan serta simbolisme segalanya. Jadi dia mengatakan kepada mereka Kamu sudah mandi jadi kamu sudah bersih. Kita hanya perlu membasuh kaki kita dan itu menghidupkan kita semula. Kita tidak perlu dibaptis semula setiap tahun. Apa yang kita perlu hanyalah untuk membasuh kaki kita setiap tahun. Kalaulah pembaharuan simbolik ini tidak cukup baik maka tentunya kita perlu dibaptiskan semula setiap dua belas bulan untuk mengulangi kitar itu kerana jika tidak, maka tiada maknanya di dalam apa yang telah dilakukan pada Perjamuan Suci itu. Seluruh perkara ini dilakukan untuk memperbaharui kita dan memimpin kita ke dalam keadaan merenungkan serta berdamai dengan Tuhan.

 

Jemaat Korintus jatuh kerana mereka tidak merenungkan perhubungan mereka dengan Tuhan. Mereka tidak menyediakan diri mereka untuk mengambil perjamuan ini, pemakanan ini dan Paskah (atau Malam Untuk Berjaga-jaga). Mereka tidak menyediakan diri mereka untuk mengambil tempoh itu. Jika mereka telah menurut Ulangan 16, atau hanya makan di luar acara ini, mereka pasti tidak akan berada di dalam keadaan di mana mereka menjadikannya suatu kekacauan kemabukan, iaitu apa yang telah mereka lakukan.

 

Apa yang kita lihat di sini juga adalah bahawa, daripada siri urutan pembaptisan itu, Yudas Iskariot telah dibaptiskan. Sekarang kakinya juga telah dibasuh. Urutan pencucian kaki ini serta roti dan anggur adalah bahawa pencucian tersebut dilakukan terlebih awal di dalam perjamuan itu. Roti dibahagi-bahagikan pada penghujung perjamuan tersebut dan air anggur diminum selepas perjamuan itu. Yudas Iskariot tidak pergi sehinggalah anggur itu diminum. Dia menyertai seluruh acara tersebut dan ini adalah sesuatu yang perlu kita pertimbangkan. Yudas Iskariot telah dibaptiskan, dia menyertai pencucian kaki, dia mengambil bahagian di dalam tubuh dan darah Yesus Kristus, namun Yudas Iskariot membiarkan dirinya dikuasai dan digunakan oleh Iblis kerana motif-motifnya adalah salah.

 

Motif-motif Petrus telah dibentuk oleh konsep-konsep pengutama Iblis di dalam dunia. Pandangan hidupnya adalah berdasarkan struktur hierarki ini. Namun dia pantas melihat kesilapannya ini; Yudas Iskariot tidak. Dalam cara yang sama, murid-murid yang lain ingin duduk pada sebelah kanan dan kiri Kristus. Namun ini bukanlah hak Kristus untuk memberi. Kristus bukan Tuhan. Tuhan telah memperuntukkan kerusi-kerusi pada sebelah kanan dan kiri Kristus kerana semuanya mempunyai fungsi-fungsi tertentu yang Tuhan inginkan agar diambil sewaktu pemulihan serta pendamaian Bani surgawi.

 

Yudas tidak boleh dibasuh bersih dan kita akan terus melihat Yudas Iskariot. Hakikatnya, jika kamu lihat pada terjemahan Knox bagi Vulgate, kamu akan lihat bahawa Jemaat Filadelfia dibiarkan membawa masuk mereka yang berasal daripada jemaat Iblis (umat Iblis sendiri). Itu adalah konsep yang ketara. Terdapat orang-orang terpilih yang Iblis masukkan ke dalam sistem Filadelfia itu. Kita harus menumpukan fikiran kita kepada konsep-konsep di sebalik idea ini. Semua ini adalah konsep-konsep rohani. Kita bukanlah orang-orang Yahudi. Kita tidak berfikir dalam ertikata fizikal. Kita adalah orang-orang Yahudi rohani dan bukannya anggota-anggota suku kaum Yehuda. Kita adalah anggota-anggota bangsa Israel. Besar perbezaannya. Namun kita adalah orang-orang Yahudi rohani di dalam konsep itu.

 

Kita hanya perlu membasuh kaki kita kerana kita pernah sekali dimandikan di dalam air pembaptisan dan kerana itu kita dibersihkan sekali sahaja untuk selamanya. Hanya pada Perjamuan Suci sahaja barulah kaki kita perlu dibasuh. Setiap tahun, dari segi rohani, kita mengumpul dosa-dosa sementara kita berjalan di dalam jalan kehidupan, dan kerana itu kita perlu memperbaharui perjanjian baptisan kita itu. Kita perlu dibasuh semula. Secara simboliknya kita menerima pemandian semula ini apabila kita melakukan pencucian kaki.

 

Daripada Yohanes 13:12-17 kita melihat sekali lagi konsep tersebut.

 

Yohanes 13:12-17 Sesudah Ia membasuh kaki mereka, Ia mengenakan pakaian-Nya dan kembali ke tempat-Nya. Lalu Ia berkata kepada mereka: "Mengertikah kamu apa yang telah Kuperbuat kepadamu? 13 Kamu menyebut Aku Guru dan Tuhan, dan katamu itu tepat, sebab memang Akulah Guru dan Tuhan. 14 Jadi jikalau Aku membasuh kakimu, Aku yang adalah Tuhan dan Gurumu, maka kamupun wajib saling membasuh kakimu; 15 sebab Aku telah memberikan suatu teladan kepada kamu, supaya kamu juga berbuat sama seperti yang telah Kuperbuat kepadamu. 16 Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya seorang hamba tidaklah lebih tinggi dari pada tuannya, ataupun seorang utusan dari pada dia yang mengutusnya. 17 Jikalau kamu tahu semua ini, maka berbahagialah kamu, jika kamu melakukannya.

 

Di sini dia cuba menerangkan kepada mereka mengenai simbolisme tersebut kerana mereka tidak mengetahui siri urutannya seperti kita mengetahuinya. Namun kata-kata ini dicatatkan supaya kita faham bahawa terdapat suatu simbolisme yang patut mereka ketahui. Daripada konsep di mana Tuhan dan Guru ini telah membasuh kaki, kamupun wajib saling membasuh kakimu merupakan perintah Kristus kemudiannya. Proses fikiran ini haruslah diperingati terus untuk selamanya untuk menanam di dalam fikiran kita bagaimana harusnya kita melayani sesama sendiri.

 

Masalahnya dengan kebanyakan orang pada abad kedua puluh adalah bahawa keadaan hidup begitu penuh dengan persaingan sehinggakan sukar untuk membuatkan diri sendiri lebih rendah daripada orang lain. Persaingan yang wujud di dalam masyarakat kita semakin menjadi-jadi. Insan diajar untuk bersaing pada setiap peringkat. Orang-orang diajar bahawa mereka serba kekurangan jika usaha mereka tidak mencapai paras-paras objektif tertentu. Terdapat kadar membunuh diri yang tinggi di kalangan orang-orang muda kita. Orang-orang Jepun juga mempunyai kadar membunuh diri yang sangat tinggi di kalangan orang muda mereka dan ianya disebabkan persaingan yang wujud di dalam sistem mereka. Mereka dipaksa berfikir secara bersaing. Mereka harus lebih baik. Mereka harus mencapai. Mereka harus memasuki Universiti dan mereka harus mendapatkan ijazah. Masyarakatnya tidak sanggup menerima mereka yang tidak berjaya. Ini datangnya daripada suatu konsep ganjaran untuk usaha yang telah menjadi tidak seimbang. Masyarakat melanjutkan kesemua konsep-konsep ini kepada tahap di mana mereka tidak lagi melihat nilai individu-individu serta nilai sesama sendiri. Kristus harus datang semula untuk memulihkan beberapa daripada perbuatan pengorbanan diri yang mudah yang diperkatakannya dan apa yang perlu kita tumpukan pada.

 

Kristus mengatakan di dalam ayat 16 Sesungguhnya seorang hamba tidaklah lebih tinggi dari pada tuannya, ataupun seorang utusan dari pada dia yang mengutusnya. Ini adalah konsep di mana dia menekankan kedudukannya pada tahap di bawah Tuhan agar kita faham bahawa semua kita tidaklah lebih tinggi dan kita bukan seperti Bani surgawi derhaka yang ingin mengambil alih kedudukan Tuhan. Kita membasuh kaki di antara kita untuk menunjukkan kepada sesama sendiri bahawa kita sedang membangunkan kedudukan kita serta kerohanian kita sendiri bersama Yesus Kristus.

 

Jadi sekarang ini, sambil mengikut perintah Yesus dan teladannya, kita akan saling membasuh kaki kita.

 

***

 

Simbolisme pencucian kaki ini berganda dua. Mula-mula sekali, ia di dalam bentuk fizikal, dan di dalam 1 Korintus 10, bermula dengan ayat 1, kamu akan faham bahawa keselamatan fizikal umat kita telah dilakukan sebagai satu teladan kepada kita semua untuk menyediakan kita bagi fasa kedua keselamatan kita ini. Melalui pembaptisan kita mengambil bahagian di dalam Roh Kudus yang telah tertutup kepada Israel sebelum Kristus.

 

1Korintus 10:1-13 Aku mau, supaya kamu mengetahui, saudara-saudara, bahwa nenek moyang kita semua berada di bawah perlindungan awan dan bahwa mereka semua telah melintasi laut. 2 Untuk menjadi pengikut Musa mereka semua telah dibaptis dalam awan dan dalam laut. 3 Mereka semua makan makanan rohani yang sama 4 dan mereka semua minum minuman rohani yang sama, sebab mereka minum dari batu karang rohani yang mengikuti mereka, dan batu karang itu ialah Kristus. 5 Tetapi sungguhpun demikian Allah tidak berkenan kepada bagian yang terbesar dari mereka, karena mereka ditewaskan di padang gurun. 6 Semuanya ini telah terjadi sebagai contoh bagi kita untuk memperingatkan kita, supaya jangan kita menginginkan hal-hal yang jahat seperti yang telah mereka perbuat, 7 dan supaya jangan kita menjadi penyembah-penyembah berhala, sama seperti beberapa orang dari mereka, seperti ada tertulis: "Maka duduklah bangsa itu untuk makan dan minum; kemudian bangunlah mereka dan bersukaria." 8 Janganlah kita melakukan percabulan, seperti yang dilakukan oleh beberapa orang dari mereka, sehingga pada satu hari telah tewas dua puluh tiga ribu orang. 9 Dan janganlah kita mencobai Tuhan, seperti yang dilakukan oleh beberapa orang dari mereka, sehingga mereka mati dipagut ular. 10 Dan janganlah bersungut-sungut, seperti yang dilakukan oleh beberapa orang dari mereka, sehingga mereka dibinasakan oleh malaikat maut. 11 Semuanya ini telah menimpa mereka sebagai contoh dan dituliskan untuk menjadi peringatan bagi kita yang hidup pada waktu, di mana zaman akhir telah tiba. 12 Sebab itu siapa yang menyangka, bahwa ia teguh berdiri, hati-hatilah supaya ia jangan jatuh! 13 Pencobaan-pencobaan yang kamu alami ialah pencobaan-pencobaan biasa, yang tidak melebihi kekuatan manusia. Sebab Allah setia dan karena itu Ia tidak akan membiarkan kamu dicobai melampaui kekuatanmu. Pada waktu kamu dicobai Ia akan memberikan kepadamu jalan ke luar, sehingga kamu dapat menanggungnya.

 

Ayat 6 sepatutnya membunyikan amaran kepada kita. Mereka telah melihat pekerjaan yang besar. Jika ada antara kita yang hadir di situ maka kita pasti takjub dengan pekerjaan-pekerjaan besar yang Tuhan lakukan dengan Israel apabila Dia membawa mereka keluar di bawah pimpinan Musa semasa perjalanan itu, keluaran tersebut serta tulah-tulah. Jika kita telah melihat aktiviti-aktiviti tersebut kita pasti sungguh takjub dengan kuasa Tuhan. Ia pastinya telah kukuh tertanam di dalam fikiran kita. Namun mereka tidak menumpukan fikiran mereka kepada Tuhan. Salah satu sebab kenapa mereka tidak berbuat begitu adalah bahawa mereka tidak memiliki Roh Kudus. Ini tidak bermakna bahawa kita lebih baik daripada mereka dari apa-apa segi kecualilah bahawa Tuhan telah memilih kita, untuk memasukkan Roh KudusNya ke dalam kita, untuk memenangi diri jasmani kita serta masalah-masalah kita sendiri. Proses tersebut adalah suatu masalah yang sangat berat.

 

Ayat 7 meneruskan dengan beberapa masalah yang dilihatnya, iaitu penyembahan berhala.

 

Ayat 11 menunjukkan bahawa semua itu terjadi ke atas mereka sebagai suatu amaran. Ia bukan amaran bagi mereka yang terbunuh. Mereka telah mati. Mereka telah dibunuh. Ianya suatu amaran kepada bangsa Israel selebihnya dan ia merupakan suatu amaran yang cukup penting. Dan ia adalah amaran kepada kita. Ayat 12 dan seterusnya menunjukkan bahawa setiap seorang kita diberikan satu percubaan namun Tuhan tidak membiarkan kamu dicubai melebihi kemampuan kamu dan Dia menyediakan jalan keluar apabila kamu dicuba. Dalam kata lain, akan sentiasa ada pintu. Akan sentiasa ada satu keadaan di mana kamu mempunyai dua pilihan dan kamu yang membuat pilihan itu.

 

Tertulis: Maka duduklah bangsa itu untuk makan dan minum; kemudian bangunlah mereka dan bersukaria, membayangkan simbol-simbol amalan-amalan penyembahan berhala pada zaman itu. Allah adalah Tuhan yang cemburu dan Dia tidak bersabar dengan penyembahan berhala. Seluruh konsep perzinaan adalah dosa roh. Ianya dosa di mana umat membelakangi Tuhan mereka sendiri. Berzina hanyalah dosa bentuk fizikal bagi penyembahan berhala yang merupakan dosa rohani. Itulah sebabnya kenapa perceraian dibenarkan bagi perzinaan, kerana Tuhan menceraikan Israel kerana penyembahan berhalanya. Tuhan menghantar Israel ke gurun belantara dan Tuhan menghukum Israel kerana dosa-dosa itu.

 

Melalui perintah terhadap percabulan itu, orang-orang ini menggambarkan percubaan Kristus dan umat pilihan, berkenaan menguji Kristus, lalu ramai yang dibinasakan. Mereka membayangi pada tahap jasmani, masalah-masalah rohani lebih tinggi yang kita hadapi dengan Bani surgawi yang telah jatuh itu, sebagai teman-teman sekutu Kristus pada mezbah dan Anak-anak Tuhan. Jadi semua perkara ini ada di situ hanyalah untuk menyediakan kita serta menunjukkan kepada kita ke mana arah tujuan kita dan standard-standard yang harus kita tetapkan. Ini menunjukkan apakah standard minimum palang lompat tinggi ini, namun kita telah diberikan galah lompatan. Kita bukannya melompat pada palang lompat tinggi itu; kita melompat pada acara lompat bergalah kerana kita memiliki Roh Kudus dan orang-orang itu tidak memilikinya. Kita mempunyai standard yang lebih tinggi lagi. Kadangkala umat pilihan tidak sanggup melepasi standard-standard mudah bangsa-bangsa lain yang tidak memiliki Roh Kudus.

 

1Korintus 10:14-20 Karena itu, saudara-saudaraku yang kekasih, jauhilah penyembahan berhala! 15 Aku berbicara kepadamu sebagai orang-orang yang bijaksana. Pertimbangkanlah sendiri apa yang aku katakan! 16 Bukankah cawan pengucapan syukur, yang atasnya kita ucapkan syukur, adalah persekutuan dengan darah Kristus? Bukankah roti yang kita pecah-pecahkan adalah persekutuan dengan tubuh Kristus? 17 Karena roti adalah satu, maka kita, sekalipun banyak, adalah satu tubuh, karena kita semua mendapat bagian dalam roti yang satu itu. 18 Perhatikanlah bangsa Israel menurut daging: bukankah mereka yang makan apa yang dipersembahkan mendapat bagian dalam pelayanan mezbah? 19 Apakah yang kumaksudkan dengan perkataan itu? Bahwa persembahan berhala adalah sesuatu? Atau bahwa berhala adalah sesuatu? 20 Bukan! Apa yang kumaksudkan ialah, bahwa persembahan mereka adalah persembahan kepada roh-roh jahat, bukan kepada Allah. Dan aku tidak mau, bahwa kamu bersekutu dengan roh-roh jahat.

 

Ini adalah konsep yang sangat penting. Korban pada mezbah itulah yang menentukan siapa kamu, siapa yang kamu sembah dan dengan siapa kamu menyembah. Mezbah mana yang kamu pergi menentukan Tuhan mana yang kamu sembah dan itu adalah konsep paling penting yang kita hadapi. Kamu tidak boleh, dengan suka-suka, pergi kepada mezbah tuhan palsu. Hukumannya adalah maut.

 

Keluaran dan Paskah memperlihatkan kejatuhan Bani surgawi derhaka dan penempatan elohim yang lain di hadapan Allah Bapa kita. Hanya ada seorang Allah yang benar dan ia adalah Allah Bapa; dan Yesus Kristus adalah anakNya.

 

1Korintus 10:21-22  Kamu tidak dapat minum dari cawan Tuhan dan juga dari cawan roh-roh jahat. Kamu tidak dapat mendapat bagian dalam perjamuan Tuhan dan juga dalam perjamuan roh-roh jahat. 22 Atau maukah kita membangkitkan cemburu Tuhan? Apakah kita lebih kuat dari pada Dia?

 

Tidak ada percampuran. Apabila kamu mencipta doktrin Antikristus serta meja perjamuan palsu, kamu mencipta seorang tuhan palsu. Penyertaan di dalam perjamuan para iblis adalah dilarang. Penyertaan mengambil bentuk memberi serta menerima. Kamu tidak boleh memberi ataupun menerima persepuluhan dan persembahan tuhan-tuhan palsu. Persepuluhan serta persembahan Jemaat-jemaat sebegitu jelas sekali bertentangan dengan arahan-arahan di dalam Kisah 15:19-29; 21:25-26; 1Korintus 8:1-13; 10:13-33, khususnya ayat 21; 2 Korintus 6:16; 1Tesalonika 1:9-10; 1Yohanes 5:20-21 (yang mengatakan hanya ada seorang Allah sebenar dan Yesus Kristus adalah anakNya) serta Wahyu 2:14,20. Kita tidak dibenarkan juga mengambil wang daripada mereka yang bekerja bagi organisasi suatu tuhan palsu. Jika kamu tidak tahu di mana daging itu dipersembahkan, kepada tuhan palsu atau tuhan asing, maka tiada masalahnya untuk memakan kerana kamu di dalam kejahilan melakukannya untuk kemuliaan Tuhan. Namun apabila kamu mengetahui asal-usulnya, kamu tiada pilihan lain. Doktrin trinitas adalah tuhan palsu.

 

Hanya ada satu roti sahaja, tubuh Kristus, yang menjadikan kita semua satu tubuh, dengan memakan roti yang satu ini. Hanya ada satu cawan, cawan Tuhan. Jadi adakah kita merendahkan Kristus dengan mengatakan bahawa hanya ada seorang Allah sebenar? Tidak, sama sekali tidak. Kristus adalah Tuhan dan Tuan kita namun dia bukanlah Allah sebenar yang tunggal. Kristus hidup di dalam aku sama seperti Tuhan hidup di dalam aku dan dia hidup di dalam kita semua, kerana semua kita telah ditebus dari maut.

 

Dengan simbolisme ini kita diasingkan. Keluaran pertama itu adalah untuk membawa kita keluar dari Mesir dan menubuhkan negara Israel, agar suatu tempat dapat didirikan di mana Allah dapat menyatakan rencanaNya melalui nabi-nabiNya.

 

Yeremia 31:31-34 Sesungguhnya, akan datang waktunya, demikianlah firman TUHAN, Aku akan mengadakan perjanjian baru dengan kaum Israel dan kaum Yehuda, 32 bukan seperti perjanjian yang telah Kuadakan dengan nenek moyang mereka pada waktu Aku memegang tangan mereka untuk membawa mereka keluar dari tanah Mesir; perjanjian-Ku itu telah mereka ingkari, meskipun Aku menjadi tuan yang berkuasa atas mereka, demikianlah firman TUHAN. 33 Tetapi beginilah perjanjian yang Kuadakan dengan kaum Israel sesudah waktu itu, demikianlah firman TUHAN: Aku akan menaruh Taurat-Ku dalam batin mereka dan menuliskannya dalam hati mereka; maka Aku akan menjadi Allah mereka dan mereka akan menjadi umat-Ku. 34 Dan tidak usah lagi orang mengajar sesamanya atau mengajar saudaranya dengan mengatakan: Kenallah TUHAN! Sebab mereka semua, besar kecil, akan mengenal Aku, demikianlah firman TUHAN, sebab Aku akan mengampuni kesalahan mereka dan tidak lagi mengingat dosa mereka."

 

Kita akan ditumbuhkan oleh Roh Kudus sehingga tahap itu di mana kita semua akan mengenal Allah. Itulah sebabnya kenapa kepala Kristus adalah Tuhan dan kepala setiap orang adalah Kristus. Kerana kita memiliki Roh Kudus, kita mengenal Tuhan dan kita mengenal Yesus Kristus, bahkan semua kita. Itu adalah penggenapan Kitab Yeremia. Itulah sebabnya kenapa tiada seorangpun pendeta yang boleh meletakkan dirinya di antara sesiapa saja antara kita dan Yesus Kristus. Tiada pendeta yang layak memberitahu kamu bahawa kamu tidak perlu melakukan sebarang tindakan khusus yang ditetapkan Alkitab serta membebaskan kamu daripada tanggungjawab itu. Tiada penatua yang memiliki kuasa untuk mengurangkan hukum itu; tiada seorangpun di antara kita.

 

Perjanjian ini yang harus dibuat, memerlukan korban darah (rujuk karya Perjanjian Tuhan [152]).

 

Matius 26:26-28 Dan ketika mereka sedang makan, Yesus mengambil roti, mengucap berkat, memecah-mecahkannya lalu memberikannya kepada murid-murid-Nya dan berkata: "Ambillah, makanlah, inilah tubuh-Ku." 27 Sesudah itu Ia mengambil cawan, mengucap syukur lalu memberikannya kepada mereka dan berkata: "Minumlah, kamu semua, dari cawan ini. 28 Sebab inilah darah-Ku, darah perjanjian, yang ditumpahkan bagi banyak orang untuk pengampunan dosa.

 

Dengan itu, Kristus membuat suatu perjanjian dengan kita; namun perjanjian tu memerlukan, seperti perjanjian-perjanjian lain, korban darah. Dia telah dilantik sebagai imam besar kita, daripada Ibrani 8:3.

 

Ibrani 8:3 3 Sebab setiap Imam Besar ditetapkan untuk mempersembahkan korban dan persembahan dan karena itu Yesus perlu mempunyai sesuatu untuk dipersembahkan.

 

Imam besar masuk ke dalam Tempat Maha Kudus untuk korban darah itu. Simbolismenya membawa kepada, atau menunjuk kepada, pengorbanan Kristus sebagai korban darah. Kristus, sebagai pemimpin, hanya mempunyai dirinya untuk dipersembahkan. Tiada lagi korban yang cukup baik, dan yang boleh menunjukkan cara Tuhan berfikir, serta cara yang diinginiNya untuk kita berfikir.

 

1Korintus 10:24 Jangan seorangpun yang mencari keuntungannya sendiri, tetapi hendaklah tiap-tiap orang mencari keuntungan orang lain.

 

Ini adalah konsep yang sama seperti dengan pencucian kaki. Peringatan ini terlihat di dalam Kristus, di mana Kristus tidak mencari keuntungannya sendiri melainkan keuntungan kita; benda-benda milik kita, dan untuk melakukan itu, dia masuk menjadi korban di mana dia menyerahkan hidupnya sendiri sebagai contoh kepada kita supaya kita bersedia mengorbankan diri kita untuk sesama sendiri. Konsep ini mengenai tubuh keselamatan sebagai roti dilihat daripada Yohanes 6:58.

 

Yohanes 6:58 Inilah roti yang telah turun dari sorga, bukan roti seperti yang dimakan nenek moyangmu dan mereka telah mati. Barangsiapa makan roti ini, ia akan hidup selama-lamanya."

 

Manna merupakan prototaipnya, contoh bagi kita, bahawa kita akan memakan roti Yesus Kristus. Roti ini datang dari syurga. Ini melambangkan bahawa tiada satupun perkara yang kita buat atau lakukan, yang mencukupi. Melalui Kristus dan korbannya kita mencapai kemampuan kita untuk menjadi Anak-anak Tuhan.

 

Markus 14:22  Dan ketika Yesus dan murid-murid-Nya sedang makan, Yesus mengambil roti, mengucap berkat, memecah-mecahkannya lalu memberikannya kepada mereka dan berkata: "Ambillah, inilah tubuh-Ku."

 

Ini harus dilakukan sekarang ini.

 

Tuhan Allah, Bapa Kekal, kami memohon berkat-berkatmu ke atas roti dan anggur ini. Kami meminta juga ilhammu di dalam pemahaman simbolisme itu. Kami memintanya dalam nama Kristus Yesus. Amen.

 

Perjanjian yang disebutkan oleh Yeremia di dalam 31:31 bukannya memandang ke hadapan kepada suatu perjanjian masa depan. Perjanjian tersebut hanya mungkin buat masa ini, dan didirikan secara terus-menerus.

 

Lukas 24:39  Lihatlah tangan-Ku dan kaki-Ku: Aku sendirilah ini; rabalah Aku dan lihatlah, karena hantu tidak ada daging dan tulangnya, seperti yang kamu lihat ada pada-Ku."

 

Oleh itu, darah Kristus hanya mungkin dicurahkan sekali. Sebaik saja Kristus naik, tidak mungkin lagi ada korban, kerana dia akan menjadi tubuh rohani. Tiada lagi peringkat seterusnya di mana perjanjian itu dapat diperkenalkan. Ia diperkenalkan di situ juga dan pada masa itu, dan merupakan suatu perjanjian yang kekal dan berlanjutan. Anggur melambangkan korban imam besar, di mana setiap tahun, melalui darah lembu-lembu jantan, imam besar masuk ke dalam Tempat Maha Kudus. Kristus dengan darahnya telah mengoyakkan tirai tersebut, dan dia, untuk sekali saja, masuk ke dalam Tempat Maha Kudus itu dan menjadikannya mungkin bagi kita juga untuk masuk ke dalam suatu perhubungan dengan Tuhan, sambil menerima Roh Kudus itu. Untuk mencapai ini, kita perlu dibersihkan daripada dosa yang merupakan suatu simbolisme pengorbanan Kristus.

 

Ibrani 1:3 Ia adalah cahaya kemuliaan Allah dan gambar wujud Allah dan menopang segala yang ada dengan firman-Nya yang penuh kekuasaan. Dan setelah Ia selesai mengadakan penyucian dosa, Ia duduk di sebelah kanan Yang Mahabesar, di tempat yang tinggi,

 

Korban ini berganda dua, dan anggur juga melambangkan Kristus yang berperanan sebagai pokok anggur.

 

Yohanes 15:1-6 "Akulah pokok anggur yang benar dan Bapa-Kulah pengusahanya. 2 Setiap ranting pada-Ku yang tidak berbuah, dipotong-Nya dan setiap ranting yang berbuah, dibersihkan-Nya, supaya ia lebih banyak berbuah. 3 Kamu memang sudah bersih karena firman yang telah Kukatakan kepadamu. 4 Tinggallah di dalam Aku dan Aku di dalam kamu. Sama seperti ranting tidak dapat berbuah dari dirinya sendiri, kalau ia tidak tinggal pada pokok anggur, demikian juga kamu tidak berbuah, jikalau kamu tidak tinggal di dalam Aku. 5 Akulah pokok anggur dan kamulah ranting-rantingnya. Barangsiapa tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam dia, ia berbuah banyak, sebab di luar Aku kamu tidak dapat berbuat apa-apa. 6 Barangsiapa tidak tinggal di dalam Aku, ia dibuang ke luar seperti ranting dan menjadi kering, kemudian dikumpulkan orang dan dicampakkan ke dalam api lalu dibakar.

 

Konsep air anggur yang keluar daripada buahnya juga melambangkan Roh Kudus, di mana setiap kita menghasilkan buah Roh, melalui Kristus, melalui kuasa Tuhan. Simbolisme mudah korban Kristus terbayang di dalam dua simbol ini iaitu roti dan anggur. Kita akan meminum anggur ini sekarang.

 

***

 

Mungkin penting untuk menyedari bahawa roti dan anggur itu, yang baru kita makan dan minum, menambahkan suatu dimensi baru kepada pemahaman tentang korban Kristus yang tidak dapat difahami melalui domba Paskah. Tulang-tulang domba itu tidak pernah dipatahkan bagi melambangkan tulang-tulang seorang yang benar di mana semuanya masih ada untuk menggenapi Mazmur 34:20, namun tubuh Kristus telah patah pada salib itu. Roti mewakili tubuh Kristus yang terbentuk daripada ramai orang berlainan dan dengan itu roti tersebut dibahagi-bahagikan kepada bahagian-bahagian berlainan. Darah domba itu tidak pernah diminum, namun kita meminum anggur itu, yang melambangkan darah Kristus yang dicurahkan untuk kita. Telah dikatakan bahawa setelah mengambil simbol-simbol ini, kita harus melalui hari esoknya, sambil sedar bahawa Kristus menderita berat untuk kita. Kita akan mengkaji salah satu nubuatan berkenaan hal ini, dan ianya terdapat di dalam Yesaya.

 

Yesaya 52:13-15 Sesungguhnya, hamba-Ku akan berhasil, ia akan ditinggikan, disanjung dan dimuliakan. 14 Seperti banyak orang akan tertegun melihat dia--begitu buruk rupanya, bukan seperti manusia lagi, dan tampaknya bukan seperti anak manusia lagi—15 demikianlah ia akan membuat tercengang banyak bangsa, raja-raja akan mengatupkan mulutnya melihat dia; sebab apa yang tidak diceritakan kepada mereka akan mereka lihat, dan apa yang tidak mereka dengar akan mereka pahami.

 

Yesaya 53:1-12 Siapakah yang percaya kepada berita yang kami dengar, dan kepada siapakah tangan kekuasaan TUHAN dinyatakan? 2 Sebagai taruk ia tumbuh di hadapan TUHAN dan sebagai tunas dari tanah kering. Ia tidak tampan dan semaraknyapun tidak ada sehingga kita memandang dia, dan rupapun tidak, sehingga kita menginginkannya. 3 Ia dihina dan dihindari orang, seorang yang penuh kesengsaraan dan yang biasa menderita kesakitan; ia sangat dihina, sehingga orang menutup mukanya terhadap dia dan bagi kitapun dia tidak masuk hitungan. 4 Tetapi sesungguhnya, penyakit kitalah yang ditanggungnya, dan kesengsaraan kita yang dipikulnya, padahal kita mengira dia kena tulah, dipukul dan ditindas Allah. 5 Tetapi dia tertikam oleh karena pemberontakan kita, dia diremukkan oleh karena kejahatan kita; ganjaran yang mendatangkan keselamatan bagi kita ditimpakan kepadanya, dan oleh bilur-bilurnya kita menjadi sembuh. 6 Kita sekalian sesat seperti domba, masing-masing kita mengambil jalannya sendiri, tetapi TUHAN telah menimpakan kepadanya kejahatan kita sekalian. 7 Dia dianiaya, tetapi dia membiarkan diri ditindas dan tidak membuka mulutnya seperti anak domba yang dibawa ke pembantaian; seperti induk domba yang kelu di depan orang-orang yang menggunting bulunya, ia tidak membuka mulutnya. 8 Sesudah penahanan dan penghukuman ia terambil, dan tentang nasibnya siapakah yang memikirkannya? Sungguh, ia terputus dari negeri orang-orang hidup, dan karena pemberontakan umat-Ku ia kena tulah. 9 Orang menempatkan kuburnya di antara orang-orang fasik, dan dalam matinya ia ada di antara penjahat-penjahat, sekalipun ia tidak berbuat kekerasan dan tipu tidak ada dalam mulutnya. 10 Tetapi TUHAN berkehendak meremukkan dia dengan kesakitan. Apabila ia menyerahkan dirinya sebagai korban penebus salah, ia akan melihat keturunannya, umurnya akan lanjut, dan kehendak TUHAN akan terlaksana olehnya. 11 Sesudah kesusahan jiwanya ia akan melihat terang dan menjadi puas; dan hamba-Ku itu, sebagai orang yang benar, akan membenarkan banyak orang oleh hikmatnya, dan kejahatan mereka dia pikul. 12 Sebab itu Aku akan membagikan kepadanya orang-orang besar sebagai rampasan, dan ia akan memperoleh orang-orang kuat sebagai jarahan, yaitu sebagai ganti karena ia telah menyerahkan nyawanya ke dalam maut dan karena ia terhitung di antara pemberontak-pemberontak, sekalipun ia menanggung dosa banyak orang dan berdoa untuk pemberontak-pemberontak.

 

Kita lihat bahawa Yesaya memahami asal-usul sebenar Kristus. Kita lihat bahawa Yesaya menyedari bahawa Kristus harus mati serta terhitung bersama para pemberontak dan, namun begitu, bahawa dia akan melihat keturunannya. Kristus tidak pernah berkahwin dan mempunyai anak, namun nubuatan ini mengatakan bahawa dia akan melihat keturunannya. Nubuatan ini mesti digenapi. Kita adalah keturunan mula-mula yang diberikan kepada Yesus Kristus. Kita juga adalah pengantin Kristus dan keturunan kita akan menjadi era pengadilan benar, iaitu, tempoh seribu tahun Milenium itu. Keturunan tersebut akan bersama dengan Kristus untuk memerintah planet ini dan planet ini akan berharmoni sepenuhnya dengan Tuhan. Itu adalah nubuatannya. Itulah sebabnya kenapa kita disamakan seperti seorang pengantin. Itulah sebabnya kenapa kita menjadi sebahagian daripada suatu sistem, dan Kristus menjadi seorang bapa kekal daripada Yesaya 9:6. Dia menjadi seorang bapa dan kita menjadi pengantin-pengantin kepada dia, dan keturunan kita adalah struktur seribu tahun itu; mereka yang diajarkan kebenaran. Hanya dengan perjamuan ini sajalah dapat kita fahami perkara tersebut atau mengambil bahagian di dalamnya.

 

Sesudah murid-murid itu melalui upacara-upacara tersebut, Yesus memberikan mereka tunjuk-ajar bersungguh-sungguh.

 

Yohanes 14:1-31 "Janganlah gelisah hatimu; percayalah kepada Allah, percayalah juga kepada-Ku. 2 Di rumah Bapa-Ku banyak tempat tinggal. Jika tidak demikian, tentu Aku mengatakannya kepadamu. Sebab Aku pergi ke situ untuk menyediakan tempat bagimu. 3 Dan apabila Aku telah pergi ke situ dan telah menyediakan tempat bagimu, Aku akan datang kembali dan membawa kamu ke tempat-Ku, supaya di tempat di mana Aku berada, kamupun berada. 4 Dan ke mana Aku pergi, kamu tahu jalan ke situ." 5 Kata Tomas kepada-Nya: "Tuhan, kami tidak tahu ke mana Engkau pergi; jadi bagaimana kami tahu jalan ke situ?" 6 Kata Yesus kepadanya: "Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku. 7 Sekiranya kamu mengenal Aku, pasti kamu juga mengenal Bapa-Ku. Sekarang ini kamu mengenal Dia dan kamu telah melihat Dia." 8 Kata Filipus kepada-Nya: "Tuhan, tunjukkanlah Bapa itu kepada kami, itu sudah cukup bagi kami." 9 Kata Yesus kepadanya: "Telah sekian lama Aku bersama-sama kamu, Filipus, namun engkau tidak mengenal Aku? Barangsiapa telah melihat Aku, ia telah melihat Bapa; bagaimana engkau berkata: Tunjukkanlah Bapa itu kepada kami. 10 Tidak percayakah engkau, bahwa Aku di dalam Bapa dan Bapa di dalam Aku? Apa yang Aku katakan kepadamu, tidak Aku katakan dari diri-Ku sendiri, tetapi Bapa, yang diam di dalam Aku, Dialah yang melakukan pekerjaan-Nya. 11 Percayalah kepada-Ku, bahwa Aku di dalam Bapa dan Bapa di dalam Aku; atau setidak-tidaknya, percayalah karena pekerjaan-pekerjaan itu sendiri. 12 Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya barangsiapa percaya kepada-Ku, ia akan melakukan juga pekerjaan-pekerjaan yang Aku lakukan, bahkan pekerjaan-pekerjaan yang lebih besar dari pada itu. Sebab Aku pergi kepada Bapa; 13 dan apa juga yang kamu minta dalam nama-Ku, Aku akan melakukannya, supaya Bapa dipermuliakan di dalam Anak. 14 Jika kamu meminta sesuatu kepada-Ku dalam nama-Ku, Aku akan melakukannya." 15 "Jikalau kamu mengasihi Aku, kamu akan menuruti segala perintah-Ku. 16 Aku akan minta kepada Bapa, dan Ia akan memberikan kepadamu seorang Penolong yang lain, supaya Ia menyertai kamu selama-lamanya, 17 yaitu Roh Kebenaran. Dunia tidak dapat menerima Dia, sebab dunia tidak melihat Dia dan tidak mengenal Dia. Tetapi kamu mengenal Dia, sebab Ia menyertai kamu dan akan diam di dalam kamu. 18 Aku tidak akan meninggalkan kamu sebagai yatim piatu. Aku datang kembali kepadamu. 19 Tinggal sesaat lagi dan dunia tidak akan melihat Aku lagi, tetapi kamu melihat Aku, sebab Aku hidup dan kamupun akan hidup. 20 Pada waktu itulah kamu akan tahu, bahwa Aku di dalam Bapa-Ku dan kamu di dalam Aku dan Aku di dalam kamu. 21 Barangsiapa memegang perintah-Ku dan melakukannya, dialah yang mengasihi Aku. Dan barangsiapa mengasihi Aku, ia akan dikasihi oleh Bapa-Ku dan Akupun akan mengasihi dia dan akan menyatakan diri-Ku kepadanya." 22 Yudas, yang bukan Iskariot, berkata kepada-Nya: "Tuhan, apakah sebabnya maka Engkau hendak menyatakan diri-Mu kepada kami, dan bukan kepada dunia?" 23 Jawab Yesus: "Jika seorang mengasihi Aku, ia akan menuruti firman-Ku dan Bapa-Ku akan mengasihi dia dan Kami akan datang kepadanya dan diam bersama-sama dengan dia. 24 Barangsiapa tidak mengasihi Aku, ia tidak menuruti firman-Ku; dan firman yang kamu dengar itu bukanlah dari pada-Ku, melainkan dari Bapa yang mengutus Aku. 25 Semuanya itu Kukatakan kepadamu, selagi Aku berada bersama-sama dengan kamu; 26 tetapi Penghibur, yaitu Roh Kudus, yang akan diutus oleh Bapa dalam nama-Ku, Dialah yang akan mengajarkan segala sesuatu kepadamu dan akan mengingatkan kamu akan semua yang telah Kukatakan kepadamu. 27 Damai sejahtera Kutinggalkan bagimu. Damai sejahtera-Ku Kuberikan kepadamu, dan apa yang Kuberikan tidak seperti yang diberikan oleh dunia kepadamu. Janganlah gelisah dan gentar hatimu. 28 Kamu telah mendengar, bahwa Aku telah berkata kepadamu: Aku pergi, tetapi Aku datang kembali kepadamu. Sekiranya kamu mengasihi Aku, kamu tentu akan bersukacita karena Aku pergi kepada Bapa-Ku, sebab Bapa lebih besar dari pada Aku. 29 Dan sekarang juga Aku mengatakannya kepadamu sebelum hal itu terjadi, supaya kamu percaya, apabila hal itu terjadi. 30 Tidak banyak lagi Aku berkata-kata dengan kamu, sebab penguasa dunia ini datang dan ia tidak berkuasa sedikitpun atas diri-Ku. 31 Tetapi supaya dunia tahu, bahwa Aku mengasihi Bapa dan bahwa Aku melakukan segala sesuatu seperti yang diperintahkan Bapa kepada-Ku, bangunlah, marilah kita pergi dari sini."

 

Di dalam Yohanes 14:3, Kristus memberitahu murid-muridnya bahawa dia akan menyediakan tempat untuk mereka (dan untuk kita). Bilik-bilik di dalam Bait Tuhan didiami para imam. Bilik-bilik di dalam Bait itu dibina mengikut urutan tertentu untuk didiami oleh keimamatan bermula dari Imam Besar ke bawah. Setiap tempat yang disediakan untuk kita melambangkan hakikat itu bahawa kita dilantik, semua kita, sebagai para imam Allah yang hidup. Itu adalah maksudnya tempat-tempat yang disediakan Kristus untuk kita.

 

Daripada Yohanes 14:4-7, kita lihat bahawa melalui pengenalan kita akan Yesus Kristus, melalui penyertaan di dalam korban ini, kita dapat mengenal Tuhan. Apabila seseorang mengatakan kepadamu bahawa Allah adalah suatu rahsia dan tidak mungkin dikenali, maka kamu tahu bahawa orang itu tidak insaf dan bukan sebahagian daripada umat pilihan. Kerana ia adalah tugas kita, melalui korban Yesus Kristus, untuk mengambil bahagian di dalam pengenalan Tuhan. Jika kamu mengatakan bahawa Allah adalah suatu misteri, maka kamu tidak mengenal Dia dan kamu bukanlah milik Kristus. Mengenal satu-satunya Allah yang benar serta anakNya Yesus Kristus adalah hidup kekal (Yohanes 17:3). Menyangkal hal ini bermakna tidak mempunyai bahagian di dalam Bapa kita mahupun anakNya Yesus Kristus.

 

Daripada Yohanes 14:8-9, kita melihat bahawa Kristus mampu mengatakan apa yang dikatakannya mengenai Bapa kerana dia sebahagian daripada kudrat ilahi itu. Kudrat ilahi memberikan aspek-aspek Bapa kepada anak, seperti mana kudrat ilahi itu juga memberikan aspek-aspek Bapa kepada kita. Bila mana sesiapa saja melihat kita, mereka melihat Bapa dan mereka melihat Kristus.

 

Jadi daripada Yohanes 14:10-12, pekerjaan-pekerjaan itu sendiri merupakan bukti (pekerjaan kita adalah bukti) bahawa Bapa ada di dalam diri kita.

 

Daripada Yohanes 14:13-20, kita melihat bahawa oleh kerana Tuhan telah memberikan Kristus kuasa untuk hidup maka Dia telah memberikan kita kuasa itu untuk hidup. Jadi Kristus ada di dalam Bapa, dan Bapa ada di dalam kita. Kita ada di dalam Kristus dan di dalam Bapa dan mereka berdua di dalam kita. Sebarang sistem yang cuba untuk membataskan Kristus dan Bapa serta memisahkan Kristus dan Bapa daripada kita adalah suatu bidaah. Ianya satu percubaan untuk merompak hak kelahiran kita dengan dusta-dusta.

 

Daripada Yohanes 14:21-23, ianya cukup jelas bahawa keduanya datang dan menjadikan kediaman mereka di dalam setiap daripada umat pilihan yang mengasihi mereka. Daripada ayat 24: pemeliharaan perintah-perintah Tuhan adalah perlu untuk terus memiliki Roh Kudus serta untuk setiap umat pilihan terus didiami Bapa dan Anak ini.

 

Ayat 27 penuh bermakna. Roh Kudus mengikat kita semua bersama, Bapa, Anak dan semua anak-anak Tuhan. Setiap orang anak Tuhan terikat kepada Bapa dengan cara yang sama. Kita semua adalah waris-waris bersama dengan Kristus, terikat bersama dengan Bapa oleh Roh Kudus. Roh Kudus-lah yang membolehkan Kristus dan kita semua untuk menjadi elohim.

 

Daripada ayat 28, kita didamaikan kepada Bapa. Jika Bapa tidak lebih besar maka sebaliknya Dia yang pergi kepada Yesus Kristus.

 

Daripada ayat 30, kita melihat bahawa tuhan dunia ini tidak berkuasa ke atas anak-anak Tuhan.

 

Adalah penting untuk memahami cara bagaimana hubungan dengan Bapa dijaga. Aspek pentingnya adalah bahawa ia dipelihara oleh Roh Kudus, dan melalui pemeliharaan perintah-perintah Tuhan, di dalam kasih Kristus. Kita telah memakan dan meminum tubuh dan darah Kristus, dan telah bergabung dengan Kristus untuk suatu tujuan dan tujuan itu adalah untuk menjadi satu dengan Bapa. Acara Perjamuan Suci ini bertujuan semata-mata untuk mendamaikan kita kepada Tuhan. Tidak cukup untuk hanya menjadi satu dengan Yesus Kristus. Tujuannya adalah untuk menjadi  satu dengan Yesus Kristus agar kita semua bersatu dengan Tuhan. Tidak ada perpisahan antara satu dengan yang lain. Adalah perlu untuk menjadi satu dengan Kristus untuk menjadi satu dengan Tuhan.

 

Penutupan Perjamuan Suci adalah berkenaan Ketuhanan serta hubungan kita dengan Tuhan.

 

Yohanes 17:1-26 Demikianlah kata Yesus. Lalu Ia menengadah ke langit dan berkata: "Bapa, telah tiba saatnya; permuliakanlah Anak-Mu, supaya Anak-Mu mempermuliakan Engkau. 2 Sama seperti Engkau telah memberikan kepada-Nya kuasa atas segala yang hidup, demikian pula Ia akan memberikan hidup yang kekal kepada semua yang telah Engkau berikan kepada-Nya. 3 Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus.

 

Hanya ada satu Allah yang benar dan Yesus Kristus adalah anakNya. Pengenalan mereka adalah hidup kekal.

 

Yohanes 17:4-5 Aku telah mempermuliakan Engkau di bumi dengan jalan menyelesaikan pekerjaan yang Engkau berikan kepada-Ku untuk melakukannya. 5 Oleh sebab itu, ya Bapa, permuliakanlah Aku pada-Mu sendiri dengan kemuliaan yang Kumiliki di hadirat-Mu sebelum dunia ada.

 

Kristus telah menyelesaikan tugasnya di dalam memuliakan Tuhan. Dia kemudiannya meminta untuk dipulihkan semula daripada urutan ini kepada kemuliaan yang dia miliki bersama dengan Tuhan sebelum dunia dicipta.

 

Yohanes 17:6-8 Aku telah menyatakan nama-Mu kepada semua orang, yang Engkau berikan kepada-Ku dari dunia. Mereka itu milik-Mu dan Engkau telah memberikan mereka kepada-Ku dan mereka telah menuruti firman-Mu. 7 Sekarang mereka tahu, bahwa semua yang Engkau berikan kepada-Ku itu berasal dari pada-Mu. 8 Sebab segala firman yang Engkau sampaikan kepada-Ku telah Kusampaikan kepada mereka dan mereka telah menerimanya. Mereka tahu benar-benar, bahwa Aku datang dari pada-Mu, dan mereka percaya, bahwa Engkaulah yang telah mengutus Aku.

 

Kristus telah menyatakan nama Tuhan kepada mereka yang Tuhan berikan kepada Kristus. Umat pilihan telah memelihara firman Tuhan. Mereka tahu bahawa Kristus berasal dari Tuhan. Dia bukanlah Allah sebenar yang satu itu. Namun mereka percaya bahawa Tuhan telah mengutusnya.

 

Yohanes 17:9-10 9 Aku berdoa untuk mereka. Bukan untuk dunia Aku berdoa, tetapi untuk mereka, yang telah Engkau berikan kepada-Ku, sebab mereka adalah milik-Mu 10 dan segala milik-Ku adalah milik-Mu dan milik-Mu adalah milik-Ku, dan Aku telah dipermuliakan di dalam mereka.

 

Saling perhubungan antara umat pilihan dengan Tuhan dan Kristus jelas ternyata daripada teks ini.

 

Yohanes 17:11 Dan Aku tidak ada lagi di dalam dunia, tetapi mereka masih ada di dalam dunia, dan Aku datang kepada-Mu. Ya Bapa yang kudus, peliharalah mereka dalam nama-Mu, yaitu nama-Mu yang telah Engkau berikan kepada-Ku, supaya mereka menjadi satu sama seperti Kita.

 

Daripada ayat 11, kita melihat bahawa Kristus telah diberikan nama itu dan bersamanya, kekuasaan Tuhan. Ini merupakan suatu konsep Ibrani. Di mana nama diberikan, kamu membawa bersama kuasa pihak yang memberi itu. Itulah sebabnya kenapa Musa disebut sebagai seorang elohim. Kristus sedang kembali sementara umat pilihan masih tinggal di dalam dunia. Mereka telah diamanahkan kepada Tuhan. Kedua-dua Tuhan dan Kristus bersama dengan umat pilihan adalah satu.

 

Yohanes 17:12 Selama Aku bersama mereka, Aku memelihara mereka dalam nama-Mu, yaitu nama-Mu yang telah Engkau berikan kepada-Ku; Aku telah menjaga mereka dan tidak ada seorangpun dari mereka yang binasa selain dari pada dia yang telah ditentukan untuk binasa, supaya genaplah yang tertulis dalam Kitab Suci.

 

Dalam ayat 12 dinyatakan bahawa genaplah yang tertulis dalam Kitab Suci. Ini bukan kerana Yudas Iskariot tidak mempunyai pilihan, kerana dia memang memiliki pilihan tersebut. Dia telah diberikan peluang untuk diselamatkan dan dia telah jatuh. Bukannya tidak mungkin untuk dia mencapainya. Dia diberi peluang tersebut namun kejahatan hakiki dirinya memang diketahui sejak dari permulaan dunia. Sejak masanya Kitab Suci ditulis, sudahpun diketahui bahawa urutan peristiwa ini akan terjadi dan Kristus akan mempunyai seorang murid yang akan mengkhianatinya. Tuhan tidak terbatas kepada had-had ruang dan masa yang kita alami dan rencanaNya yang terlebih dahulu telah memastikan bahawa Yudas akan berdosa. Tuhan tidak menjadikan dia begitu. Tuhan hanya mengetahui bahawa dia akan melakukannya. Besar perbezaannya.

 

Yohanes 17:13 Tetapi sekarang, Aku datang kepada-Mu dan Aku mengatakan semuanya ini sementara Aku masih ada di dalam dunia, supaya penuhlah sukacita-Ku di dalam diri mereka.

 

Daripada ayat 13, kita lihat bahawa Kristus mengatakan semua itu agar kita faham apa yang berlaku pada dirinya demi menyedarkan kita serta memenuhkan sukacitanya di dalam kita.

 

Yohanes 17:14-16 Aku telah memberikan firman-Mu kepada mereka dan dunia membenci mereka, karena mereka bukan dari dunia, sama seperti Aku bukan dari dunia. 15 Aku tidak meminta, supaya Engkau mengambil mereka dari dunia, tetapi supaya Engkau melindungi mereka dari pada yang jahat. 16 Mereka bukan dari dunia, sama seperti Aku bukan dari dunia.

 

Dunia membenci umat pilihan kerana mereka adalah dari firman Tuhan. Kristus memberikan firman itu, iaitu Logos (di sini adalah logon yang berciri akusatif) kepada umat pilihan. Oleh itu, Logos adalah suatu ekspresi atau ucapan sejati Tuhan yang tidak terbatas kepada diri Yesus Kristus. Ini berbeza dengan pseudo-logon daripada 1Timotius 4:2 yang diterjemahkan sebagai daripada orang-orang yang berkata dusta (lihat Alkitab Marshall’s Interlinear).

 

Umat pilihan dikuduskan oleh kebenaran itu iaitu firman Tuhan.

 

Yohanes 17:17 Kuduskanlah mereka dalam kebenaran; firman-Mu adalah kebenaran.

 

Umat pilihan diutus ke dalam dunia seperti mana Kristus diutus seperti domba di kalangan serigala.

 

Yohanes 17:18-19 Sama seperti Engkau telah mengutus Aku ke dalam dunia, demikian pula Aku telah mengutus mereka ke dalam dunia; 19 dan Aku menguduskan diri-Ku bagi mereka, supaya merekapun dikuduskan dalam kebenaran.

 

Ayat 19 menyebut tentang dikuduskan di dalam kebenaran. Kebenaran adalah pengudusan Roh Kudus. Kristus dikuduskan oleh kebenaran itu agar kita juga dapat dikuduskan. Seharusnya tiada dusta di kalangan umat pilihan.

 

Yohanes 17:20-21  Dan bukan untuk mereka ini saja Aku berdoa, tetapi juga untuk orang-orang, yang percaya kepada-Ku oleh pemberitaan mereka; 21 supaya mereka semua menjadi satu, sama seperti Engkau, ya Bapa, di dalam Aku dan Aku di dalam Engkau, agar mereka juga di dalam Kita, supaya dunia percaya, bahwa Engkaulah yang telah mengutus Aku.

 

Ayat 20-21 merujuk kepada hakikat bahawa dunia akan hanya mengetahui bahawa Kristus telah diutus oleh Tuhan melalui bukti diri kita yang sesungguhnya. Jika kita tidak menyatakan hal ini, maka dunia akan terus buta kepada hakikatnya bahawa Tuhan telah mengutus Kristus. Melalui teladan kita, dunia dapat melihat bahawa Yesus Kristus telah diutus oleh Tuhan dan sememangnya telah mencapai tujuanNya. Itu adalah tanggungjawab yang diletakkan ke atas umat pilihan. Kadangkala orang-orang berdosa dipanggil keluar hanya untuk memperlihatkan kuasa Tuhan. Mereka diperbaiki dan dimulakan di dalam pelayanan Allah sebenar yang satu, hanya untuk memalukan mereka yang kuat (1Korintus 1:27).

 

Kita berkongsi di dalam kemuliaan Kristus supaya kita dapat menjadi satu dengan Tuhan.

 

Yohanes 17:22-23 Dan Aku telah memberikan kepada mereka kemuliaan, yang Engkau berikan kepada-Ku, supaya mereka menjadi satu, sama seperti Kita adalah satu: 23 Aku di dalam mereka dan Engkau di dalam Aku supaya mereka sempurna menjadi satu, agar dunia tahu, bahwa Engkau yang telah mengutus Aku dan bahwa Engkau mengasihi mereka, sama seperti Engkau mengasihi Aku.

 

Daripada ayat 23, kita melihat bahawa tidak ada perbezaan di antara kasih Tuhan terhadap Yesus Kristus dan kasihNya terhadap semua kita. Tuhan tidak memandang muka. Dia tidak mengasihi Yesus Kristus lebih daripada Dia mengasihi sesiapa di antara kita, kerana tidak ada dosa di dalam Bapa kita – dan memandang muka adalah dosa. Jika Tuhan mengasihi Kristus lebih daripada Dia mengasihi kita maka Dia menjadi seorang yang memandang muka dan berdosa kerananya. Namun hakikatnya, Tuhan mengasihi kita semua dengan setara dan sempurna.

 

Yohanes 17:24-26 Ya Bapa, Aku mau supaya, di manapun Aku berada, mereka juga berada bersama-sama dengan Aku, mereka yang telah Engkau berikan kepada-Ku, agar mereka memandang kemuliaan-Ku yang telah Engkau berikan kepada-Ku, sebab Engkau telah mengasihi Aku sebelum dunia dijadikan. 25 Ya Bapa yang adil, memang dunia tidak mengenal Engkau, tetapi Aku mengenal Engkau, dan mereka ini tahu, bahwa Engkaulah yang telah mengutus Aku; 26 dan Aku telah memberitahukan nama-Mu kepada mereka dan Aku akan memberitahukannya, supaya kasih yang Engkau berikan kepada-Ku ada di dalam mereka dan Aku di dalam mereka."

 

Satu hari nanti kita juga akan memandang kemuliaan Tuhan yang diberikan kepada Kristus.

 

Sesudah itu, Kristus dan murid-muridnya menyanyikan sebuah nyanyian, dan kemudiannya mereka keluar.

 

Markus 14:26 Sesudah mereka menyanyikan nyanyian pujian, pergilah mereka ke Bukit Zaitun.

 

Acara ini akan tamat dengan menyanyikan nyanyian pujian: The Lord is My Shepherd (Tuhan adalah GembalaKu).

 

q