Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

[104]

 

 

 

 

Teks Pekerjaan Hukum - atau MMT [104]

(Edisi 2.0 19950415-19990618)

 

Karya ini menerangkan apa yang dimaksudkan Paulus sebagai Pekerjaan Hukum di dalam surat-suratnya. Subjek yang sangat disalahfaham ini diterangkan sambil merujuk kepada bukti arkeologi terkini dengan menggunakan Skrol-skrol Laut Mati. Teks-teks yang diterjemahkan oleh Quimron dan Strugnell diperiksa. Ia menunjukkan bahawa Pekerjaan Hukum itu adalah satu jilid tulisan-tulisan yang wujud pada abad pertama, iaitu Miqsat Ma’ase Ha-Torah atau MMT, yang hanya telah ditemui baru-baru ini. Ini menjadikan Paulus lebih dapat difahami oleh umat-umat Kristian moden.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1995, 1999 Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Teks Pekerjaan Hukum - atau MMT [104]

 


Karya ini adalah yang terakhir di dalam siri mengenai hukum. Ia adalah mengenai konsep pekerjaan hukum yang disebutkan Paulus. Suatu serangan terhadap jemaat di seluruh dunia telah lama wujud di mana ia cuba melenyapkan konsep bahawa hukum itu masih ada, dan menggunakan komen-komen Paulus di dalam Galatia dan Roma sebagai dasarnya. Hujah-hujahnya adalah palsu, namun semuanya tidak benar-benar difahami.

 

Roma 3:20 Sebab tidak seorangpun yang dapat dibenarkan di hadapan Allah oleh karena melakukan hukum Taurat (pekerjaan hukum), karena justru oleh hukum Taurat orang mengenal dosa.

 

Paulus menggunakan suatu istilah iaitu pekerjaan hukum (melakukan hukum). Ramai umat Kristian moden menganggap bahawa apa yang dimaksudkannya adalah hukum Musa. Mereka menganggap yang dia mengatakan bahawa hukum itu telah dihapuskan. Pekerjaan hukum tidak menguntungkan, dan pekerjaan hukum itu bukan sebahagian daripada sistem itu. Semua kemudiannya merujuk komen-komen itu kembali kepada Perjanjian Lama secara umumnya, dan mengatakan bahawa pekerjaan hukum itu tidak mempunyai kaitannya dengan kita. Hujah ini tidak betul kerana hujah-hujah yang ada di dalam karya Perbezaan di dalam Hukum [096]. Di dalam karya ini, ianya ditunjukkan bahawa hukum-hukum Allah adalah abadi, dan semuanya terbit daripada kudratNya. Ia juga ditunjukkan bahawa hukum atau ketetapan persembahan korban itulah yang telah dipakukan kepada salib dan bukannya Hukum Moral perintah-perintah Tuhan. Terdapat satu aspek lain, yang dipanggil pekerjaan hukum, yang berkait pada hukum korban itu, dan juga hukum Tuhan tetapi secara tidak langsung. Pekerjaan hukum itu tidak pernah difahami, dan hanya sekarang ini, melalui bukti arkeologi, barulah kita dapat memahami apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh Paulus itu. Kita dapat tunjukkan sekarang ini bahawa apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh Paulus adalah suatu kelompok atau jilid tulisan-tulisan, yang tersebar luas di dalam sektarianisme (kemazhaban) Judaisme, berasaskan Qumran, dan tiada kaitannya di dalam Judaisme rabbinikal. Ia digunakan kerana golongan Essene dan lain-lain telah menyangkal Talmud serta sistem Bait Suci dan keimamatannya. Mereka merupakan kumpulan-kumpulan Alkitab sahaja bagi abad-abad pertama SM/TM. Kita akan lihat bahawa istilah Paulus pekerjaan hukum ini merujuk kepada suatu analisa sektarian terhadap pentahiran-pentahiran berupacara yang tiada asasnya di dalam keselamatan. Mereka sama sekali tidak merujuk kepada hukum-hukum Tuhan untuk keselamatan. Mereka hanya merujuk, secara tidak langsung, kepada Hari-hari Suci. Mereka merujuk kepada korban dan penyucian, iaitu pentahiran-pentahiran berupacara. Kita akan lihat, daripada siri urutannya, apa yang terlibat. Di dalam Roma 3:20 kita mendapat komen pertama mengenai hal ini. Ia menyebut oleh karena melakukan hukum. Beberapa versi menterjemahkan teks ini sebagai pekerjaan hukum.

 

Roma 3:20-27 Sebab tidak seorangpun yang dapat dibenarkan di hadapan Allah oleh karena melakukan hukum Taurat, karena justru oleh hukum Taurat orang mengenal dosa. 21 Tetapi sekarang, tanpa hukum Taurat kebenaran Allah telah dinyatakan, seperti yang disaksikan dalam Kitab Taurat dan Kitab-kitab para nabi, 22 yaitu kebenaran Allah karena iman dalam Yesus Kristus bagi semua orang yang percaya. Sebab tidak ada perbedaan. 23 Karena semua orang telah berbuat dosa dan telah kehilangan kemuliaan Allah, 24 dan oleh kasih karunia telah dibenarkan dengan cuma-cuma karena penebusan dalam Kristus Yesus. 25 Kristus Yesus telah ditentukan Allah menjadi jalan pendamaian karena iman, dalam darah-Nya. Hal ini dibuat-Nya untuk menunjukkan keadilan-Nya, karena Ia telah membiarkan dosa-dosa yang telah terjadi dahulu pada masa kesabaran-Nya. 26 Maksud-Nya ialah untuk menunjukkan keadilan-Nya pada masa ini, supaya nyata, bahwa Ia benar dan juga membenarkan orang yang percaya kepada Yesus. 27 Jika demikian, apakah dasarnya untuk bermegah? Tidak ada! Berdasarkan apa? Berdasarkan perbuatan? Tidak, melainkan berdasarkan iman!

 

Di sini secara berkesannya Paulus berkata, berdasarkan hukum apa? berdasarkan perbuatan tidak, tetapi berdasarkan iman. Ini merupakan asas utama di sebalik pelanjutan keselamatan kepada manusia. Namun Paulus meneguhkan hukum itu.

 

Roma 3:28-31 Karena kami yakin, bahwa manusia dibenarkan karena iman, dan bukan karena ia melakukan hukum Taurat. 29 Atau adakah Allah hanya Allah orang Yahudi saja? Bukankah Ia juga adalah Allah bangsa-bangsa lain? Ya, benar. Ia juga adalah Allah bangsa-bangsa lain! 30 Artinya, kalau ada satu Allah, yang akan membenarkan baik orang-orang bersunat karena iman, maupun orang-orang tak bersunat juga karena iman. 31 Jika demikian, adakah kami membatalkan hukum Taurat karena iman? Sama sekali tidak! Sebaliknya, kami meneguhkannya.

 

Jadi Paulus meneguhkan hukum itu di dalam Jemaat Roma, namun dia mengatakan bahawa pekerjaan hukum itu di sini adalah tidak betul. Ia tidak memberikan apa-apa keselamatan. Keselamatan hanyalah melalui iman di dalam Yesus Kristus. Kenapakah Paulus melibatkan dirinya di dalam pertikaian ini? Ramai orang, disebabkan konflik yang jelas di dalam istilah-istilahnya, telah menganggap bahawa dia membincangkan hukum korban itu terhadap mereka yang cuba mempertahankan hukum tersebut. Terdapat masalah di dalam pernyataan-pernyataan Paulus serta kesinambungan Alkitab, kerana terdapat kontradiksi yang jelas di dalam apa yang Paulus katakan. Dari satu sudut dia mengatakan bahawa seseorang itu harus meneguhkan perintah-perintah tersebut, sementara dari sudut lain, dia mengatakan bahawa pekerjaan hukum ini tidak memberikan apa-apa kelebihan. Apa yang kelihatan seperti konflik ini harus diselesaikan. Penyelesaian akhirnya, selain daripada perbezaan jelas di antara hukum Moral dan persembahan korban yang telah kita bincangkan di dalam karya Perbezaan di dalam Hukum itu, terletak di dalam suatu kelompok tulisan-tulisan, yang tidak kita sedari. Istilah yang digunakannya adalah ergoon nomou, (di dalam bahasa Yunani yang telah dirumikan), yang bermakna pekerjaan hukum. Ia menterjemahkan suatu istilah Ibrani, yang telah kita temui sekarang ini daripada Skrol-skrol Laut Mati. Istilah tersebut adalah Miqsat Ma’ase Ha-Torah, atau MMT, di mana terjemahannya oleh Strugnell dan Qimron adalah Beberapa daripada Perintah-perintah Torah. Ianya tidak ditemui di mana-mana di dalam Judaisme rabbinik. Ia tidak menjadi kebiasaan dan kerana itu pemahaman mengenainya telah hilang. Namun begitu, miqsat bukan hanya bermakna beberapa. Apabila digunakan di dalam MMT ia bukannya merujuk kepada beberapa hukum secara tidak menentu. Suatu pemahaman boleh didapati daripada penggunaannya di dalam Talmud. Dengan itu Martin Abegg mempertimbangkan (Paul, Works of the Law and MMT, Biblical Archaeology Review, Nov.-Dec. 1994, mukasurat 52 dan seterusnya), bahawa kita mungkin boleh menafsirkan perkataan itu sebagai beberapa yang penting atau berkenaan. Strugnell dan Qimron menterjemahkan ungkapan ma’ase ha torah itu sebagai perintah-perintah Torah. Lawrence Schiffman mencadangkan keputusan-keputusan perundangan Torah (daripada Abegg ibid). Mungkin ini boleh diterjemahkan dengan lebih umum lagi sebagai hal-hal khusus hukum. Namun penggunaannya di dalam bahasa Yunani telah diterjemahkan sebagai ergoon nomou. Istilah ini telah digunakan di dalam Septuagint untuk menterjemahkan istilah ma’ase ha torah. Istilah ergoon nomou ini merupakan istilah yang digunakan oleh Paulus dan yang ditafsirkan sebagai pekerjaan hukum. Semakin jelas bahawa Paulus sebenarnya merujuk kepada suatu pandangan hukum itu yang dipegang oleh mazhab Qumran, dan yang telah diterima umum di dalam Judaisme bukan rabbinikal pada abad pertama dan tidak menjadi sebahagian daripada tradisi serta terjemahan Talmud. Ia tidak menjadi sebahagian daripada apa yang kita kenali sebagai pemikiran Yahudi umum. Ia kemudiannya lenyap. Kita terpaksa menunggu sehingga penemuan Skrol-skrol Laut Mati untuk salinan-salinannya didapati semula dan diterjemahkan. Dari penemuan-penemuan itu barulah kita benar-benar dapat memahami Paulus. Kita akan meninjau beberapa daripada teks-teks ini, dan kemudiannya melihat apa yang dikatakan Skrol-skrol Laut Mati sebenarnya mengenai peraturan-peraturan itu. Kita akan cuba mencungkil hal-hal apakah yang ditentang oleh Paulus. Kita akan melihat apa yang dimaksudkannya yang telah dihapuskan. Ia tidak memberi apa-apa kelebihan. Ia tiada kaitan dengan pandangan kita terhadap keselamatan, dengan peraturan-peraturan di dalam Perjanjian Lama, yang meliputi kita. Ia adalah berkenaan hukum-hukum persembahan korban dan pentahiran berupacara. Ia memberikan kebenaran melalui pekerjaan kerana silap membaca suatu teks.

 

Terdapat satu kes mahkamah yang telah dibicarakan di Amerika ke atas hak-hak Pekerjaan Hukum atau terjemahan-terjemahan MMT, seperti yang disebutkan mereka. Elisha Qimron dan John Strugnell telah menghasilkan teks itu. Mereka cuba untuk memiliki hak-hak ke atas teks-teks Qumran tersebut. Mungkin kamu bertanya “Apa gunanya untuk kami? Apa gunanya jika mereka menemui sebuah karya di Qumran? Dan bagaimana pula ia mempengaruhi iman kami?” Jawabnya ialah ia memberikan kita satu lagi alat, senjata atau perisai, untuk melawan mereka yang cuba merobohkan iman ini serta hukum itu. Sebaik saja hukum itu dihapuskan, konsep dosa itu juga dilenyapkan, dan begitu juga dengan konsep Hari-hari Kudus Roti Tidak Beragi. Ia menyerang betul-betul pada asas rencana keselamatan Tuhan. Pengaburan maksud itu menjadikannya sukar untuk kita faham apa yang Kristus lakukan dengan kita, dan bagaimana dia membawa kita ke hadapan.

 

Perbincangan mengenai apa yang Paulus katakan di dalam Roma dan Galatia dapat dipertahankan dan diterangkan melalui pemahaman tambahan ini. Penerangannya adalah bahawa dia berbicara mengenai Pekerjaan Hukum – iaitu Miqsat ma’ase ha-torah atau MMT, yang khususnya merupakan suatu tulisan mazhab-mazhab Qumran, yang telah memasuki Judaisme sektarian pada abad pertama, dan hilang sejak abad-abad kedua, ketiga dan keempat.

 

Setelah zaman penyelerakan itu, sesudah kejatuhan Yerusalem, dan akhirnya, kejatuhan Massada, MMT telah hilang. Ia terus tersimpan di dalam gua di Qumran. Pemahaman mengenai kata-kata Paulus itu telah dikuncikan, agar orang-orang yang ingin menghapuskan hukum-hukum Tuhan menggunakan teks-teks Perjanjian Baru itu untuk menjatuhkan hukum tersebut melalui apa yang Paulus katakan. Surat-surat Perjanjian Baru juga telah digunakan untuk menyerang sikap-sikap Paulus, dan kemudiannya disebabkan hal itu, orang-orang Yahudi sendiri berasa terancam kerana apa yang Paulus katakan. Ia memasukkan sesuatu yang kelihatan seperti suatu kontradiksi ke dalam teks-teks Alkitab itu. Galatia 2:13 memberi suatu bayangan tentang apa yang sedang terjadi.

 

Galatia 2:13 Dan orang-orang Yahudi yang lainpun turut berlaku munafik dengan dia, sehingga Barnabas sendiri turut terseret oleh kemunafikan mereka.

 

Dalam kata lain Barnabas turut terpengaruh, jadi umat pilihan tidak terlepas daripada pemikiran begini.

 

Galatia 2:14-16 Tetapi waktu kulihat, bahwa kelakuan mereka itu tidak sesuai dengan kebenaran Injil, aku berkata kepada Kefas di hadapan mereka semua: "Jika engkau, seorang Yahudi, hidup secara kafir dan bukan secara Yahudi, bagaimanakah engkau dapat memaksa saudara-saudara yang tidak bersunat untuk hidup secara Yahudi?" 15 Menurut kelahiran kami adalah orang Yahudi dan bukan orang berdosa dari bangsa-bangsa lain. 16 Kamu tahu, bahwa tidak seorangpun yang dibenarkan oleh karena melakukan hukum Taurat, tetapi hanya oleh karena iman dalam Kristus Yesus. Sebab itu kamipun telah percaya kepada Kristus Yesus, supaya kami dibenarkan oleh karena iman dalam Kristus dan bukan oleh karena melakukan hukum Taurat. Sebab: "tidak ada seorangpun yang dibenarkan" oleh karena melakukan hukum Taurat.

 

Secara umumnya, istilah pekerjaan hukum telah dianggap sebagai bermakna daripada dua perkataan itu iaitu sebagai, pekerjaan-pekerjaan atau perlakuan hukum, namun sebenarnya, seperti yang kita lihat, ia adalah suatu tajuk, Pekerjaan Hukum, yang menterjemahkan tajuk Ibrani Miqsat ma’ase ha-torah. Mula dari sekarang, kita dapat mengenalpastinya sebagai suatu tajuk bagi suatu karya Yahudi pada abad pertama, yang cuba menyampaikan idea pembenaran melalui pekerjaan/perbuatan. Galatia 3:1-14 memberikan penerangan lanjut.

 

Galatia 3:1-14 Hai orang-orang Galatia yang bodoh, siapakah yang telah mempesona kamu? Bukankah Yesus Kristus yang disalibkan itu telah dilukiskan dengan terang di depanmu? 2 Hanya ini yang hendak kuketahui dari pada kamu: Adakah kamu telah menerima Roh karena melakukan hukum Taurat atau karena percaya kepada pemberitaan Injil? 3 Adakah kamu sebodoh itu? Kamu telah mulai dengan Roh, maukah kamu sekarang mengakhirinya di dalam daging? 4 Sia-siakah semua yang telah kamu alami sebanyak itu? Masakan sia-sia! 5 Jadi bagaimana sekarang, apakah Ia yang menganugerahkan Roh kepada kamu dengan berlimpah-limpah dan yang melakukan mujizat di antara kamu, berbuat demikian karena kamu melakukan hukum Taurat atau karena kamu percaya kepada pemberitaan Injil? 6 Secara itu jugalah Abraham percaya kepada Allah, maka Allah memperhitungkan hal itu kepadanya sebagai kebenaran. 7 Jadi kamu lihat, bahwa mereka yang hidup dari iman, mereka itulah anak-anak Abraham. 8 Dan Kitab Suci, yang sebelumnya mengetahui, bahwa Allah membenarkan orang-orang bukan Yahudi oleh karena iman, telah terlebih dahulu memberitakan Injil kepada Abraham: "Olehmu segala bangsa akan diberkati." 9 Jadi mereka yang hidup dari iman, merekalah yang diberkati bersama-sama dengan Abraham yang beriman itu. 10 Karena semua orang, yang hidup dari pekerjaan hukum Taurat, berada di bawah kutuk. Sebab ada tertulis: "Terkutuklah orang yang tidak setia melakukan segala sesuatu yang tertulis dalam kitab hukum Taurat." 11 Dan bahwa tidak ada orang yang dibenarkan di hadapan Allah karena melakukan hukum Taurat adalah jelas, karena: "Orang yang benar akan hidup oleh iman." 12 Tetapi dasar hukum Taurat bukanlah iman, melainkan siapa yang melakukannya, akan hidup karenanya. 13 Kristus telah menebus kita dari kutuk hukum Taurat dengan jalan menjadi kutuk karena kita, sebab ada tertulis: "Terkutuklah orang yang digantung pada kayu salib!" 14 Yesus Kristus telah membuat ini, supaya di dalam Dia berkat Abraham sampai kepada bangsa-bangsa lain, sehingga oleh iman kita menerima Roh yang telah dijanjikan itu.

 

Paulus merujuk kepada Abraham di dalam teks Galatia ini, kerana Abraham diperhitungkan sebagai benar, daripada teks-teks di dalam Kejadian. Seluruh komposisi kebenaran Abraham adalah daripada Kejadian 22:16 di mana Abraham telah sanggup mengorbankan anaknya Ishak mengikut perintah Tuhan. Dan Abegg menimbulkan hal ini sebagai suatu poin (ibid). Dia memikirkan bahawa terdapat satu kemungkinan, dan ianya suatu kemungkinan yang besar, kerana jika tidak, Paulus tentu tidak akan menggunakan rujukan tersebut bagi teks ini. Dia tentu tidak berbicara mengenai pekerjaan-pekerjaan hukum, serta menggunakan contoh Abraham, melainkan contoh ini mengkhusus kepada perbuatan dan perhitungan kepada kebenaran. Hakikatnya adalah bahawa dia telah diperhitungkan benar melalui apa yang telah dilakukannya. Abegg memberikan pandangan yang sangat baik, dan ia nampaknya betul, bahawa dasar bagaimana pekerjaan-pekerjaan hukum memberikan kebenaran mungkin juga telah diambil daripada Mazmur 106:30-31.

 

Mazmur 106:30-31 Tetapi Pinehas berdiri dan menjalankan hukum, maka berhentilah tulah itu. 31 Hal itu diperhitungkan kepadanya sebagai jasa turun-temurun, untuk selama-lamanya.

 

Apa yang telah dilakukan oleh Judaisme kontemporari, dan Jemaat kemudiannya, adalah mengambil konsep ini di mana Pinehas berdiri dan melalui perbuatannya itu diperhitungkan benar untuk turun-temurun. Justeru, mazhab Qumran serta MMT, dan kumpulan-kumpulan lain yang memikirkan bahawa hukum itu mampu menganugerahkan kebenaran melalui perbuatan/pekerjaan, telah mengambil teks ini dan mengaplikasikannya sebagai bukti bagi kebenaran yang dianugerahkan melalui tindakan-tindakan individu. Anak-anak Zadok merupakan gelaran yang digunakan mazhab Qumran itu. Bahawa Zadok, imam besar di bawah Daud dan Salomo, adalah keturunan langsung Pinehas menyokong pandangan ini. Paulus mengatakan bahawa tiada seorangpun yang dibenarkan di hadapan Tuhan oleh hukum itu. Sesiapa yang melalui imannya adalah benar akan hidup.

 

Dengan itu, kebenaran adalah penurutan kepada perintah-perintah Tuhan melalui iman. Setia menurut hukum itu tanpa iman di dalam suatu sistem yang lebih tinggi adalah tidak bermakna. Itu adalah konsep yang sedang diancam. Pandangan kebenaran secara fizikal ini terus dipegang walaupun terdapat banyak teks-teks kitab di dalam Yesaya, khususnya Yesaya 9:1-6, yang membincangkan Mesias, dan Yesaya 53, yang menyatakan penderitaannya serta pelenyapan dosa olehnya. Seperti yang Paulus katakan Hai orang-orang Galatia yang bodoh, siapakah yang telah mempesona kamu? Adakah kamu telah menerima Roh karena melakukan hukum Taurat atau karena percaya kepada pemberitaan Injil? Dan selepas itu dia membincangkan mengenai Abraham. Paulus sedar bahawa pegangan mereka itu terbit daripada dua teks tersebut, sungguhpun dia tidak menyebut Pinehas. Namun begitu, pasti sekali bahawa teks di mana Abraham dibenarkan oleh penurutannya serta pekerjaannya di dalam pengorbanan Ishak, merupakan asas pemikiran mereka. Ia mungkin juga telah berperanan di dalam pembujangan Monastik mereka pada beberapa tempat. Mungkin dari segi pengorbanan anak, dengan tidak mempunyai anak, kebenaran diberikan ke atas pembujangan. Jadi seseorang itu akan diperhitung benar hanya dengan menyangkal dirinya daripada mempunyai anak. Ini adalah cara pemikiran yang ganjil. Namun, besar kemungkinan ianya memang begitu adanya. Terdapat pentahiran-pentahiran berupacara yang lain, yang membuatkan hal itu suatu lanjutan munasabah, kerana kamu tidak mungkin tahir dari upacara untuk selamanya, di bawah hukum itu, disebabkan batas-batas di dalam hidup manusia. Abegg nampaknya mempunyai pandangan yang baik berkenaan asal-usul nama tersebut. Dia menunjukkan bahawa MMT telah diungkapkan di dalam bahasa yang sama seperti apa yang disangkal Paulus di dalam suratnya kepada orang-orang Galatia (Galatia 2:16) (Abegg op. cit. mukasurat 55).

 

Seterusnya mungkin kita tertanya: Apakah dia Pekerjaan Hukum itu? Qimron dan Strugnell telah membuat pembentukan semula Pekerjaan Hukum di dalam teks-teks DSS itu (Skrol-skrol Laut Mati). Ia terdiri daripada tiga bahagian. Pertama, ia adalah suatu kalendar yang terdiri daripada baris-baris nombor dari 1 hingga 21. Kedua, ia merupakan bahagian-bahagian hukum, yang terdiri daripada set kedua teks-teks Ibrani itu, yang bernombor 1 hingga 82. Ketiga, ia mempunyai epilog, yang terdiri daripada suatu set ketiga teks-teks, dari 1 hingga 32.

 

Serpihan-serpihan enam salinan berasingan MMT di temui di Qumran, jadi ia bukanlah suatu teks yang terasing. Terdapat pelbagai salinan yang ada. Ia ditandakan dengan dua cara, pertama dengan nombor-nombor 4Q, yang menunjukkan bahawa ia datang daripada gua Qumran ke 4. Ini adalah 4Q394 sehingga 4Q399. Kedua, ia ditandakan dengan huruf a hingga f. Pada ruang sebelah kiri, sumber teks tersebut ditandakan dengan huruf dan nombor 4Q (dalam tanda kurungan). Dengan itu 18 baris pertama kalendar itu datang daripada salinan a, iaitu sama dengan 4Q394. Nombor-nombor selepas nombor 4Q menandakan kolum serta baris (banyak yang diulangi di dalam teks-teks yang lain) (Annex A).

 

Baris pertama berbunyi i [(hari) keenam belas daripadanya (iaitu bulan kedua) adalah suatu Sabat]. Ini bukanlah posisi-posisi alkitab. Ia mungkin juga berasaskan pada kalendar solar di Qumran, yang salah. Ia juga membuangkan sistem Hari Suci. Itu adalah satu sebab kenapa beberapa daripada struktur-struktur kalendar yang dipengaruhi terpaksa disingkirkan. Itulah sebabnya kenapa ia tidak boleh dibenarkan wujud melebihi abad kedua.

 

Pembentukan semula itu berbunyi:

Hari kedua puluh tiga daripadanya adalah Sabat. Yang ketiga puluh [daripadanya adalah Sabat. Hari ketujuh bagi (bulan) ketiga adalah Sabat – yang keempat belas adalah Sabat – yang kelima belas daripadanya adalah Perayaan Minggu-minggu [Jadi Pentakosta jatuh pada hari ke 14 dan ke 15 bulan ketiga bagi Qumran: ini adalah bertentangan dengan Imamat 23. Teks ini meneruskan]. Hari kedua puluh satu ii] daripadanya adalah Sabat. Yang kedua puluh lapan adalah Sabat. Selepasnya (iaitu Sabat), hari Minggu dan Isnin, [Selasa akan ditambah (kepada bulan ini).

 

Ini adalah penulisan semula (dengan menggunakan nama-nama hari yang kita gunakan, supaya kamu faham apakah hari-hari mingguannya dalam sebutan modennya). Teks itu meneruskan:

 

Dan musim itu tamat – sembilan puluh satu hari. Pertama bagi bulan keempat adalah suatu Hari Peringatan. Hari keempat]

 

iii nya [adalah satu Sabat]. Hari ke[sebelas] adalah Sabat. Hari kelapan belas adalah Sabat. Hari kedua puluh lima adalah Sabat. Hari kedua daripada bulan ke[lima adalah Sabat. Hari ketiganya adalah Perayaan Anggur (Baru)…

 

iv Hari kesembilannya adalah Sabat]. Hari keenam belas adalah Sabat. Hari kedua puluh tiga adalah Sabat. Hari ketiga puluh [adalah Sabat. Hari ketujuh (bulan) keenam adalah Sabat. Hari keempat belas adalah Sabat…

 

Teks ini terus menyenaraikan Sabat-sabat sepanjang tahun, dan kemudiannya menamatkan tahun tersebut dengan Sabat-sabat, melalui perayaan-perayaan minyak baru dan perayaan-perayaan persembahan kayu. Ini bukanlah perayaan-perayaan Hari Suci yang diperintahkan Alkitab kepada kita ataupun yang disuruh untuk diadakan sewaktu tempoh-tempoh Hari-hari Suci itu. Terdapat suatu siri menyeluruh perayaan-perayaan kalendar yang terkandung di dalam Pekerjaan Hukum ini, yang disuruh untuk diikuti tanpa kelulusan langsung daripada alkitab mahupun sebarang rujukan daripadanya. Nampaknya Barnabas sendiripun telah terpengaruh dengan material ini. Begitulah bahayanya material tersebut pada abad pertama.

 

Teks itu meneruskan:

1 Ini adalah beberapa daripada keputusan kami […] iaitu [beberapa daripada keputusan menurut]

 

2 perintah-perintah (Torah) yang bersesuaian dengan [pendapat kami, dan] kesemuanya adalah berkenaan […]

 

Kita harus ingat bahawa ini diambil daripada papirus yang berusia 2,000 tahun, dan ada serpihannya yang telah hilang. Jadi terdapat kata-kata yang hilang bersama serpihan-serpihan tersebut. Ia meneruskan:

 

3 dan kemurnian [… Dan berkenaan persembahan-persembahan yang ditanam daripada] biji-biji gandum baru milik [bangsa lain yang mereka…]

 

4 dan biarkan […] mereka menyentuhnya dan men[gotorkannya, dan tiada siapapun yang harus memakan]

 

5 biji-biji gandum baru milik [bangsa lain] itu, [juga tidak] dibawa masuk ke dalam tempat kudus.

 

Di sini kita mula mendapatkan konsepnya iaitu – jangan menyentuh – jangan memakan – jangan merasa. Kini, komen-komen Paulus itu semuanya kelihatan waras. Dia berbicara mengenai Pekerjaan Hukum, iaitu teks ini. Dia mengatakan bahawa kamu tidak boleh diheret masuk oleh bahan ini. Ia mengatakan – jangan menyentuh ini, dan jangan merasa yang itu, dan jangan melakukan ini. Ini tidak memberikan pembenaran. Pembenaranmu terletak di dalam Kristus Yesus. Ini merupakan penemuan baru yang radikal, dan ia adalah suatu teks dan terjemahan yang penting. Ini juga adalah salah satu sebabnya kenapa teks-teks Qumran itu telah ditahan selama 50 tahun. Teks-teks ini menghancurkan hujah-hujah Protestantisme moden. Ini membuktikan kewajaran posisi Sabat tradisional serta Hari Suci yang dipegang oleh Jemaat, dengan muktamadnya. Golongan anti-nomialis moden dihentikan oleh penerbitan teks ini. Kini mereka tiada alasan sama sekali.

 

Kita pergi kepada konsep-konsepnya sekarang (di dalam baris 5).

 

biji-biji gandum baru milik [bangsa lain] itu, [juga tidak] dibawa masuk ke dalam tempat kudus. [Dan berkenaan persembahan korban pentahiran]

 

6 yang mereka masak di dalam bekas [tembaga] [dan mereka…] di dalamnya,

 

7 daging korban-korban mereka, yang mereka […] di dalam halaman Bait (?)…

 

Di sini kita membincangkan tentang korban-korban itu dan bagaimana mereka sepatutnya melakukannya di dalam halaman Bait. Mereka bukannya menguasai Bait Suci! Namun mereka mempunyai sebuah bangunan kecil yang disebut sebagai Bait. Apa yang mereka lakukan di sini adalah membuat peraturan-peraturan untuk sesuatu yang tidak dikuasai mereka. Namun mereka, secara keseluruhannya, sedang memberitahu golongan Farisi serta pihak-pihak atasan rabbinikal bagaimanakah struktur itu sepatutnya. Ini telah menjadi satu dokumen yang sangat meyakinkan di seluruh Timur Tengah pada abad pertama. Begitu sekali sehingga Paulus terpaksa mengkhususkan sebahagian daripada Roma dan Galatia untuk menentang teks ini. Begitulah meluasnya hal tersebut.

 

Ia menyatakan tentang

 

8 bubur korban-korban mereka. Dan mengenai persembahan korban bangsa lain: [kami berpendapat bahawa mereka] mempersembahkan korban

 

9 kepada […] sehingga ianya seumpama (seorang perempuan) yang bersundal dengannya, [Dan berkenaan persembahan bijirin] korban itu

 

Dalam kata lain, mereka menyerang secara langsung semua yang dilakukan bangsa bukan Yahudi di dalam persembahan-persembahan korban untuk Bait Suci. Lawan-lawan mereka itu meninggalkan persembahan bijirin dari satu hari hingga hari seterusnya. Mereka berpendapat bahawa ia seharusnya dimakan sebelum matahari terbenam pada hari ia dipersembahkan.

 

Namun begitu, kita mendapati adanya konsep tersebut, seperti mana dengan Yohanes, berkenaan perempuan itu, iaitu agama palsu, yang merupakan seorang sundal, kerana Yehuda memandang agama palsu seperti seorang sundal berbanding Tuhan dan sebagai seorang yang berzina.

 

Ia memperkatakan tentang korban kesejahteraan mereka, yang ditinggalkan mereka dari satu hari hingga hari berikutnya, namun ianya ada tertulis, dan pada poin 11, persembahan bijirin itu seharusnya dimakan selepas matahari terbenam, dan dagingnya dikorbankan pada hari siang iaitu apabila ia dikorbankan sebelum matahari terbenam. Kerana anak-anak para Imam harus cermat di dalam amalan ini, agar mereka tidak menyebabkan orang-orang itu mendapat hukuman. MMT merujuk kepada peraturan-peraturan kemurnian lembu bagi persembahan pentahiran itu, iaitu lembu betina merah. Dia yang menyembelihnya, dan dia yang membakarnya, dan dia yang mengumpulkan abu-abunya, dan dia yang memercikkan airnya, berkenaan pentahiran; pada waktu matahari terbenam semua ini menjadi tahir.

 

Kita memang sedar tentang persembahan korban lembu betina merah itu (Bilangan 19:2). Penulis-penulis MMT mengutamakan hal korban-korban itu. Mereka bertujuan mengawal atur persembahan-persembahan korban itu. Apa yang Paulus maksudkan, sekali lagi, adalah bahawa kesemua pentahiran-pentahiran berkorban ini telah dihapuskan. Ia adalah cheirographon, atau hutang, yang dipakukan kepada salib itu di dalam Kolose. Buku hutang ini, yang terkumpul oleh sebab dosa-dosa, telah dipakukan kepada salib itu. Namun sesiapapun boleh melihat betapa berbahayanya perkara ini. Mazhab-mazhab itu telah merangka suatu set peraturan-peraturan sampingan, seperti Talmud, yang telah menjadi suatu siri teks yang telah mengawal atur kehidupan seharian mereka, dan ia menjadi lanjutan Judaisme rabbinikal, namun bertentangan dengannya. Justeru itu, mereka begitu obsesi dengan pencucian tangan mereka dan perhatian terhadap apa yang mereka lakukan, serta apa yang mereka makan, dan apa yang mereka gabungkan bersama persembahan-persembahan mereka.

 

Mereka kemudiannya membincangkan isu keimamatan. Mereka menyebut keimamatan itu sebagai anak-anak Harun. Mereka mempunyai arahan bagi air pentahiran itu serta pemercikannya. Perbincangan kemudiannya berpusat (18 dan seterusnya) pada kulit-kulit lembu dan kambing domba. MMT berbicara mengenai hal membawa benda-benda ini masuk ke dalam tempat kudus mereka. Juga sebagai contoh:

 

berkenaan kulit-kulit dan tulang-tulang haiwan yang haram. Ianya dilarang untuk membuat tangkai-tangkai bekas daripada tulang dan kulitnya.

 

Tidak dibenarkan mengambil seekor binatang yang telah mati dan menggunakan tulangnya untuk membuat tangkai tulang, dan memasangnya pada suatu bekas, kerana ini akan menajiskan bekas tersebut. Jadi semua ini adalah peraturan-peraturan tentang apa yang kamu harus lakukan hari demi hari. MMT mengambil Torah dan memperluaskannya kepada peraturan-peraturan pentahiran ini.

 

Dan berkenaan kulit bangkai binatang yang halal, sesiapa yang membawa bangkai seperti ini tidak dibenarkan mengambil makanan kudus.

 

Jadi, kalau kamu membawa bangkai yang tidak najis sekalipun, kamu tidak dibenarkan memakan makanan kudus itu. Sebagai contohnya, jika kamu bekerja di dalam tempat penyembelihan, kamu tidak dapat menyertai persembahan roti kudus. Jika diertikan dari segi Kekristianan, maka kamu tidak boleh memakan roti dan anggur itu. Jadi semua ini adalah kekarutan pengaturan yang harus dilawan Paulus, kerana ia mengancam kemujaraban pengorbanan Kristus. Namun begitu, dia bukannya menghapuskan hukum Perjanjian Lama itu. Apa yang dimaksudkannya adalah suatu kelompok hukum yang berpusat sekitar hukum Perjanjian Lama. Hukum korban itu jelas sekali telah dihapuskan oleh Kristus, seperti yang diajar oleh para rasul, seperti yang dicatatkan di dalam karya Perbezaan di dalam Hukum. Jadi, kita mempunyai tiga elemen ini. Kita berhadapan dengan tiga elemen berlainan bagi hukum di dalam Perjanjian Baru. Paulus sendiri berbicara mengenai tiga elemen berlainan, jadi itulah sebabnya kenapa seolah-olah ada kontradiksi di dalam apa yang Paulus katakan. Kerana kita tidak tahu apa dia Pekerjaan Hukum itu. Tetapi sekarang kita faham bahawa Pekerjaan Hukum itu adalah suatu teks, suatu teks berbentuk penerangan, seperti Talmud, berkenaan Perjanjian Lama. Apabila kita mengetahui hal ini, semuanya menjadi mudah. Kita tidak tertipu dengan tulisan-tulisan anti-nomian moden dengan hanya pemahaman kita sendiri serta perbandingan Alkitab seperti yang kita sedia ada. MMT tidak dipertimbangkan ketika karya Perbezaan di dalam Hukum ditulis, namun sudah agak mudah untuk membolosi hujah-hujah anti-nomian walaupun tanpanya. Dengan teks MMT ini, hujah-hujah anti-nomian tersebut langsung hancur musnah. Seseorang itu boleh mengatakan kepada sesiapapun yang berkata bahawa hukum itu telah dihapuskan, bahawa mereka tidak tahu apa yang mereka katakan. Ini adalah kepentingan MMT. Sekarang kita tahu apa dia Pekerjaan Hukum itu.

 

MMT pergi daripada isu para imam kepada isu uma, lalu mengakibatkan umat menderitai hukuman.

 

MMT mengesan tempat penyembelihan di dalam perkhemahan itu – iaitu pada bahagian utara perkhemahan. Mereka berpendapat bahawa khemah pertemuan (tempat kudus) itu adalah khemah untuk bertemu, dan bahawa Yerusalem adalah perkhemahan tersebut, dan bahawa sebelah luar perkhemahan itu adalah luar Yerusalem.

 

Itu adalah perkhemahan kediaman-kediaman mereka (29-30). Ianya di luar perkhemahan itu di mana seseorang harus [mempersembahkan?] persembahan pentahiran itu, dan membawa keluar abu-abu mezbah itu dan membakar persembahan pentahiran tersebut, kerana Yerusalem adalah tempat yang telah dipilihnya dari antara suku-suku Israel.

 

Nampaknya mereka membuat kesimpulan daripada ini bahawa Yerusalem adalah tempat yang boleh berpindah, sama seperti kediaman-kediaman Israel. Ini mempunyai maksudnya bagi aktiviti sewaktu penyelerakan itu.

 

Mereka berselisih daripada teks-teks ini, mengenai di mana penyembelihan itu harus dijalankan, dan di mana pembuangan abu-abu itu harus dilakukan. Jadi, kita betul-betul berhadapan dengan hukum persembahan korban di sini, serta persembahan-persembahan pentahiran yang diperlukan kerana binatang-binatang dan korban-korban itu, dan daripada binatang-binatang yang mati dengan sendirinya. Teks-teks MMT adalah berkenaan upacara-upacara pentahiran dan penyucian. Ini memberikan kita suatu idea tentang tahap upacara pentahiran yang lazim di dalam masyarakat Yahudi pada zaman itu. Kita cenderung menghakimi mereka dengan standard-standard kita, serta apa yang kita lakukan.

 

Mereka obses dengan kebersihan! Obses dengan upacara! Ia merupakan suatu keasyikan. Paulus perlu membereskan hal ini kerana Kristus harus meletakkan pemahaman agama mereka pada suatu dasar intelektual yang stabil. Pandangan agama ini telah menjadi batu sandungan kepada seluruh dunia, dan semenangnya masih lagi satu batu sandungan kepada seluruh dunia. Hanya apabila kamu membaca bahan-bahan seperti Pekerjaan Hukum, barulah kamu sedar betapa besarnya masalah itu yang dihadapi Paulus.

 

MMT kemudiannya pergi (dari 36) kepada jenis-jenis tabiat memakan berkenaan binatang-binatang yang mengandung. Kamu tidak boleh mengorbankan ibu dan fetusnya pada hari yang sama. Kamu tidak boleh memakan fetus yang ditemui di dalam rahim ibunya yang telah mati; ia hanya boleh dimakan setelah disembelih secara upacara. Hal-hal seperti ini, daripada peraturan-peraturan pengendalian kita yang biasa, sememangnya tidak kita lakukan. Namun ini adalah peraturan-peraturannya supaya orang-orang tidak melakukan perkara-perkara ini.

 

Kemudiannya ia membincangkan isu tentang siapakah yang boleh menganggotai jemaat. Mereka yang disebutkan adalah orang-orang Amon, Moab, dan mamzer, dan dia yang buah zakarnya telah dihancurkan, dan dia yang zakarnya telah dipotong, namun telah memasuki jemaat dan mengambil isteri-isteri untuk menjadi satu tulang , dan memasuki tempat kudus. MMT berbicara di sini mengenai siapa yang boleh berkahwin dan siapa yang tidak boleh – apa yang dikatakan peraturan-peraturan hukum. Dan mereka berbicara mengenai kekotoran-kekotoran tinggal bersama dan hakikatnya bahawa mereka tidak boleh bersatu dengan orang-orang Israel. MMT menyenaraikan jenis-jenis persekutuan atau perkahwinan campur yang dilarang. Larangan-larangan terhadap kahwin campur antara kaum juga membabitkan perkahwinan di luar suku kaum sendiri. MMT juga berbicara tentang orang-orang buta, bahawa mereka yang buta harus sedar tentang semua campuran, dan tidak dapat melihat suatu percampuran apabila ia terjadi. Mereka haruslah membuat persembahan penebusan. Jadi jika kamu seorang yang buta, kamu tidak boleh mencampurkan apa-apa kerana kamu harus tahu apa yang kamu makan atau pakai. Betapa beratnya beban ini untuk seorang buta. Hal-hal seperti inilah yang dibincangkan Pekerjaan Hukum itu. Sekarang kamu faham kenapa Paulus menyangkalnya. Kenapa dia begitu keras mengutuknya. Para penyokong MMT memikirkan bahawa ini menganugerahkan kebenaran. Tiada apa-apapun yang benar mengenai apa yang telah kita bacar daripada MMT. Hukum-hukum korban telah dihapuskan. Hukum-hukum korban dianggap sebagai subjek keberhutangan, namun kebenaran datang melalui Yesus Kristus. Kita tidak akan menganggap apa-apa dari MMT sebagai benar, ataupun apa-apa daripadanya sebagai keutamaan atau berkenaan iman kita.

 

MMT membincangkan perihal cecair – anjing-anjing yang memasuki perkhemahan – memakan tulang-tulang khemah suci – Yerusalem sebagai khemah Kesucian dan sebagainya. Mereka menumpukan perhatian kepada hal itu sebagai posisi utama. Mereka memandang Yerusalem sebagai ibu negara perkhemahan-perkhemahan Israel.

 

Mereka berbicara mengenai pokok-pokok buah yang ditanam untuk dimakan di dalam negeri Israel. Semua itu harus diuruskan sebagai hasil-hasil sulung menurut hak-hak para imam. Begitu juga dengan persepuluhan dan binatang ternakan yang diberikan

 

Juga berkenaan pesakit-pesakit kusta yang telah sembuh, mazhab MMT berpendapat bahawa mereka tidak boleh memasuki sebarang tempat yang mengandungi makanan kudus, tetapi diasingkan, dan tinggal di luar sebarang rumah (64-70 mukasurat 59 dan seterusnya). Jika seseorang itu melanggar suatu perintah larangan dengan tidak sengaja, dan tidak mengetahuinya, maka dia haruslah membuat korban pentahiran. [[D]an berkenaan sesiapa yang sengaja melanggar perintah-perintah itu, ianya tercat]at  bahawa dia ‘menghina dan menghujat’] (70 ibid).

 

Kita tinjau konsep pesakit kusta dan binatang bukan najis dan campuran-campuran yang mencemarkan, contohnya menyemai ladang-ladang dan taman anggurmu dengan baka campuran. Kamu juga tidak dibenarkan melakukan semua ini menurut teks-teks alkitab. MMT kemudiannya berbicara mengenai membajak dengan binatang-binatang yang tidak seimbang belenggunya. Terdapat suatu siri urutan aktiviti-aktiviti menyeluruh yang harus kamu lakukan. Sekarang ini, disebabkan orientasi perbandaran kita, kita mengambil maksud belenggu tidak seimbang ini sebagai orang-orang daripada kepercayaan lain. Mereka khususnya telah mengertikannya dari segi konsep-konsep fizikal iaitu tidak dibenarkan menggunakan mereka di bawah hukum, jadi mereka telah membuat peraturan-peraturan tambahan (daripada perintah-perintah alkitab) mengenai apa yang perlu kamu lakukan. Dan lagi, terdapat peraturan-peraturan tentang apa yang boleh dibawa masuk ke dalam kediamanmu. Juga terdapat konsep percabulan dengan perempuan. Keimamatan dilarang berkahwin dengan orang biasa. Kamu tidak boleh mencemari keturunanmu, jadi ini adalah persoalan pencemaran/penajisan; ia bukanlah masalah rohani/moral. Kesemua konsep-konsep ini telah dipandang dari sudut konteks fizikal. Seluruh struktur Roh itu, pemahaman kita mengenai apa yang kita lakukan secara rohani, telah dirobohkan sepenuhnya oleh teks ini di dalam Pekerjaan Hukum. Ia telah memperkecilkan segalanya kepada suatu tahap fizikal bukan rohani.

 

Pada asasnya, MMT ada di situ untuk memberikan berkat serta sumpahan. Apa yang dikatakan para penulisnya kemudiannya, sebagai kesimpulan, adalah bahawa beberapa daripada berkat dan sumpahan itu telahpun digenapi seperti yang tertulis di dalam kitab Musa. Ada antaranya berkat-berkat daripada Salomo dan ada pula sumpahan-sumpahan daripada Yerobeam (18-19 op. cit. mukasurat 61). Ia merujuk kepada (21) akhir zaman apabila mereka akan kembali ke Israel (22) untuk selamanya…dan tidak dibatalkan (?) namun mereka yang jahat akan berbuat jahat. (Terdapat beberapa kekosongan di dalam teks itu). MMT meneruskan (dari 23 ibid. halaman 61)

 

23 dan […]. Fikirkan raja-raja Israel, dan pertimbangkan perbuatan-perbuatan mereka: sesiapa di antara mereka

 

24 yang takut akan [To]rah telah diselamatkan daripada kesusahan-kesusahan; dan ini adalah mereka yang mencari Torah itu,

 

25 yang pelanggaran-pelanggaran mereka telah [diam]puni. Fikirkan Daud iaitu seorang dipenuhi dengan perbuatan benar dan

 

26 (kerananya) telah diselamatkan daripada banyak kesusahan dan diampuni. Kami telah (sememangnya) mengutus kepada kamu

 

27 beberapa daripada perintah-perintah Torah menurut keputusan kami, untuk kesejahteraanmu serta kesejahteraan umatmu. Kerana kami telah melihat (bahawa)

 

28 kamu memilik kebijaksanaan serta pengetahuan Torah. Pertimbangkan kesemua hal-hal ini, dan mintalah dia agar dia menguatkan

 

29 semangat kamu, dan membuangkan daripada kamu rencana-rencana kejahatan, serta alat-alat Belial

 

30 supaya kamu bersukacita pada akhir zaman, mendapati bahawa ada antara amalan-amalan kami yang betul

 

31 Dan ini akan diperhitungkan sebagai perbuatan kamu yang baik, kerana kamu melakukan apa yang benar dan baik di dalam pandangan mataNya untuk kesejahteraan kamu sendiri, dan

 

32 untuk kesejahteraan Israel.

 

Perintah-perintah Hukum MMT, atau Pekerjaan Hukum, kemudiannya menjadi konsep penganugerahan kebenaran. Itu tidak betul. Kini kita memahami apa tujuan Paulus dan apa yang dimaksudkannya. Pekerjaan Hukum, iaitu MMT atau ergon nomou tidak menganugerahkan apa-apa kebenaran. Kita melihat apa yang ditentangnya dan apa sebenarnya yang dibandingkannya kepada pembenaran melalui iman. Sekarang kita lebih bersedia untuk membincangkan hal berkenaan maksud tersebut di dalam Roma dan Galatia, serta keikhlasan teks-teks itu. Dengan karya ini mengenai MMT serta karya Perbezaan di dalam Hukum, kita lebih bersedia untuk menyangkal dakwaan-dakwaan Protestantisme moden. Kini dapat ditunjukkan dengan jelas bahawa mereka salah. Bukannya Torah yang menganugerahkan kebenaran, dan pastinya bukan juga peraturan-peraturan kebersihan berupacara ini. Ini sebenarnya suatu pengkanunan atau penyimpulan hukum-hukum pengorbanan dan pentahiran di dalam Torah untuk cuba menjadikannya sebahagian daripada penganugerahan kebenaran.

 

Hukum moral itulah yang terbit daripada kudrat Tuhan yang mencontohi kebenaran. Mungkin kamu boleh bayangkan diri kamu berada di dalam abad pertama ketika umat-umat Kristian duduk bersama dan orang-orang ini masuk dengan penulisan ini. Orang ramai berbicara mengenainya. Ia menjadi begitu menyeluruh sehinggakan kita harus melakukan yang ini atau yang itu. Kita harus bersih. Kita tidak boleh menggunakan tulang yang itu untuk membuat tangkai bagi benda itu. Kita tidak boleh membawa binatang itu masuk ke dalam tempat tersebut. Kamu tidak boleh melakukan yang ini dan yang itu. Ini pasti mendorong kita menjadi kegila-gilaan. Sesuatu itu perlu dilakukan kerana ia terdapat di dalam Pekerjaan Hukum. Pekerjaan Hukum mengatakannya. Ianya seperti seseorang mengatakan bahawa seorang individu pengetua kultus mengatakan begitu, atau Biskop x berkata begini. Nampaknya inilah yang telah terjadi.

 

Seperti mana kita terpaksa menangani karya-karya palsu mengenai persoalan Paskah yang cuba menjadikan Paskah 14 Nisan daripada sedikit dusta, begitu juga kita harus membereskan persoalan MMT tersebut. Paulus terpaksa menanganinya, kerana jelas sekali ia telah menjangkiti Jemaat Galatia. Memang bukan kebetulan bagaimana ia telah meresap ke dalam Galatia tetapi hanya disebutkan sepintas lalu di dalam Roma kerana masyarakat Yahudi di Roma adalah lebih jauh lagi dari Yerusalem berbanding Galatia. Lebih jauh jaraknya, kuranglah masalahnya, namun jelas sekali mereka mempunyai masalah yang berat di Timur Tengah. Ianya pada masa ketika Bait Suci itu ditandakan untuk dibinasakan. Itulah sebabnya kenapa Bait itu dan segala sekitaran ini terpaksa dimusnahkan, bagi menyingkirkan sistem Yahudi yang tidak berasaskan alkitab ini. Agar seluruh sistem itu dapat terus bergerak maju di dalam sistem yang lebih bersih, agar kita dapat melihat maksud rohaninya, dan tidak terikat kepada semua upacara ini; elemen-elemen ini. Namun begitu, salah satu mangsa penghapusan ini adalah pengetahuan tentang kewujudan material ini. Kita tidak tahu bahawa Pekerjaan Hukum itu sebenarnya adalah satu teks. Ianya sebuah buku. Ia bukanlah satu perbuatan semata-mata. Kini kita dapat melihat teks-teks tersebut dengan pemahaman bahawa Paulus sebenarnya merujuk kepada MMT itu. Ia belum lagi benar-benar meyakinkan, namun para cendekiawan sudah cukup pasti – bahawa itulah kesimpulannya. Implikasi-implikasinya begitu mendadak sekali. Bukan untuk Jemaat Tuhan, yang memangpun melakukannya. Ianya mendadak bagi umat-umat Protestan moden yang mengabaikan perbezaan di dalam hukum itu yang jelas difahami mereka sewaktu Reformasi tersebut sungguhpun mereka tidak memahami dengan betul hari Paskah dan Hari-hari Suci yang lain di dalam rencana keselamatan. Jemaat disahkan dengan penemuan ini. Seterusnya, Kekristianan moden akan dapat melihat sepenuhnya bahawa Jemaat Tuhan memang betul sejak dari mula lagi.

q