Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

[120]

 

 

 

 

Tuaian-tuaian Tuhan, Korban-korban Bulan Baru dan Umat 144,000 [120]

(Edisi 3.0 19951012-19990828)

 

Karya ini mempamerkan saling perkaitan rumit antara rencana keselamatan dan kepentingan sistem persembahan korban. Kajiannya menunjukkan bahawa terdapat pertalian di antara bilangan-bilangan terbabit secara tahunan dan Jubli (dengan menggunakan kedua-dua tahun nubuatan dan juga tanda Yunus), serta komposisi kumpulan tujuh puluh orang itu dan umat 144,000. Pemeliharaan Jemaat Perjanjian Baru di dalam Bulan Baru, hari-hari Sabat dan Hari-hari Kudus dilihat dari segi struktur yang lebih komprehensif.

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã  1995, 1996, 1999  Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Tuaian-tuaian Tuhan, Korban-korban Bulan Baru

dan Umat 144,000 [120]

 


Daripada pemeriksaan Hari-hari Perayaan itu, dapat diperhatikan bahawa Perayaan-perayaan itu berpusat pada tiga musim tuaian yang berdasarkan Lunar Kalendar seperti mana ia berfungsi di Hemisfera Utara. Tuaian-tuaian itu bermula pada musim Paskah dan berlanjutan melalui Pentakosta kepada Perayaan Pondok Daun. Paskah dan Roti Tidak Beragi jatuh pada Musim Bunga dan, kerana itu, lazim disebut sebagai Tuaian Musim Bunga. Pentakosta, atau Perayaan Minggu-minggu, merupakan Tuaian Awal Musim Panas dan Pondok Daun adalah Tuaian Lewat atau Musim Luruh. Tuaian-tuaian ini berlainan jenisnya serta saiznya.

 

Yang pertama sekali daripada tuaian-tuaian ini adalah Persembahan Unjukan Berkas. Ini terjadi semasa Perayaan Roti Tidak Beragi. Berkas tersebut diunjukkan atau dilambaikan di hadapan Tuhan. Ianya satu berkas sahaja dan daripada hasil tuaian gandum terawal. Simbolismenya jelas sekali dilihat melambangkan Kristus sebagai hasil terbaik/pertama daripada hasil-hasil sulung tanah. Peristiwa ini terjadi dari pagi hari selepas kebangkitannya. Dia telah dibangkitkan pada malam hari Sabtu. Maria Magdalena telah datang ke kubur itu pada awal hari pertama minggu (iaitu hari Minggu) ketika masih gelap dan mendapati dia sudah bangkit. Dia kembali bersama Petrus dan Yohanes tetapi mereka tidak melihatnya. Mereka kembali pulang (Yohanes 20:10). Dia terus tinggal dan melihat Kristus sejurus sebelum kenaikannya sebagai Persembahan Unjukan Berkas. Itulah sebabnya kenapa dia enggan membiarkannya (Maria) menyentuhnya, kerana dia belum lagi naik kepada Tuhan. Dia memintanya pergi kepada para rasul dan memberitahu mereka bahawa dia sedang naik kepada Bapa mereka dan Bapanya dan kepada Tuhan mereka dan Tuhannya.

 

Yohanes 20:1-2 Pada hari pertama minggu itu, pagi-pagi benar ketika hari masih gelap, pergilah Maria Magdalena ke kubur itu dan ia melihat bahwa batu telah diambil dari kubur. 2 Ia berlari-lari mendapatkan Simon Petrus dan murid yang lain yang dikasihi Yesus, dan berkata kepada mereka: "Tuhan telah diambil orang dari kuburnya dan kami tidak tahu di mana Ia diletakkan."

 

Tidak syak lagi bahawa Kristus sedang naik terus kepada Tuhan pada masa ini kerana tiada sebabnya untuk dia berkata seperti apa yang telah dibicarakannya. Dia memang telah melihat orang-orang lainnya sebelum kenaikannya yang terakhir dan, hakikatnya, telah bertemu dengan kebanyakan mereka pada malam itu.

 

Yohanes 20:15-23 Kata Yesus kepadanya: "Ibu, mengapa engkau menangis? Siapakah yang engkau cari?" Maria menyangka orang itu adalah penunggu taman, lalu berkata kepada-Nya: "Tuan, jikalau tuan yang mengambil Dia, katakanlah kepadaku, di mana tuan meletakkan Dia, supaya aku dapat mengambil-Nya." 16 Kata Yesus kepadanya: "Maria!" Maria berpaling dan berkata kepada-Nya dalam bahasa Ibrani: "Rabuni!", artinya Guru. 17 Kata Yesus kepadanya: "Janganlah engkau memegang Aku, sebab Aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudara-Ku dan katakanlah kepada mereka, bahwa sekarang Aku akan pergi kepada Bapa-Ku dan Bapamu, kepada Allah-Ku dan Allahmu." 18 Maria Magdalena pergi dan berkata kepada murid-murid: "Aku telah melihat Tuhan!" dan juga bahwa Dia yang mengatakan hal-hal itu kepadanya. 19 Ketika hari sudah malam pada hari pertama minggu itu berkumpullah murid-murid Yesus di suatu tempat dengan pintu-pintu yang terkunci karena mereka takut kepada orang-orang Yahudi. Pada waktu itu datanglah Yesus dan berdiri di tengah-tengah mereka dan berkata: "Damai sejahtera bagi kamu!" 20 Dan sesudah berkata demikian, Ia menunjukkan tangan-Nya dan lambung-Nya kepada mereka. Murid-murid itu bersukacita ketika mereka melihat Tuhan. 21 Maka kata Yesus sekali lagi: "Damai sejahtera bagi kamu! Sama seperti Bapa mengutus Aku, demikian juga sekarang Aku mengutus kamu." 22 Dan sesudah berkata demikian, Ia mengembusi mereka dan berkata: "Terimalah Roh Kudus. 23 Jikalau kamu mengampuni dosa orang, dosanya diampuni, dan jikalau kamu menyatakan dosa orang tetap ada, dosanya tetap ada."

 

Perhatikan daripada teks ini bahawa kenaikan itu sudah hampir dan bahawa Kristus telah bertemu para rasul pada malam itu. Dia menghembusi ke atas mereka sambil berkata Sama seperti Bapa mengutus Aku, demikian juga sekarang Aku mengutus kamu.

Maka, dia telahpun pergi kepada Bapa dan berupaya memajukan Roh Kudus kepada para rasul. Oleh itu, mereka pastinya telah didamaikan kepada Tuhan daripada Unjukan Berkas tersebut. Hal ini disokong selanjutnya oleh hakikat bahawa, dari ayat-ayat seterusnya, dia mampu menangani keraguan-keraguan Tomas dengan membenarkan dirinya disentuh lebih kurang lapan hari kemudiannya, dan berminggu-minggu sebelum kenaikan terakhirnya.

 

Yohanes 20:24-29 Tetapi Tomas, seorang dari kedua belas murid itu, yang disebut Didimus, tidak ada bersama-sama mereka, ketika Yesus datang ke situ. 25 Maka kata murid-murid yang lain itu kepadanya: "Kami telah melihat Tuhan!" Tetapi Tomas berkata kepada mereka: "Sebelum aku melihat bekas paku pada tangan-Nya dan sebelum aku mencucukkan jariku ke dalam bekas paku itu dan mencucukkan tanganku ke dalam lambung-Nya, sekali-kali aku tidak akan percaya." 26 Delapan hari kemudian murid-murid Yesus berada kembali dalam rumah itu dan Tomas bersama-sama dengan mereka. Sementara pintu-pintu terkunci, Yesus datang dan Ia berdiri di tengah-tengah mereka dan berkata: "Damai sejahtera bagi kamu!" 27 Kemudian Ia berkata kepada Tomas: "Taruhlah jarimu di sini dan lihatlah tangan-Ku, ulurkanlah tanganmu dan cucukkan ke dalam lambung-Ku dan jangan engkau tidak percaya lagi, melainkan percayalah." 28 Tomas menjawab Dia: "Ya Tuhanku dan Allahku!" 29 Kata Yesus kepadanya: "Karena engkau telah melihat Aku, maka engkau percaya. Berbahagialah mereka yang tidak melihat, namun percaya."

 

Kristus boleh, bermula dari titik ini, membenarkan penuaian selanjutnya dimulakan. Siri urutan tuaian seterusnya terbayang di dalam hari kudus Pentakosta. Dengan itu, Persembahan Unjukan Berkas itu diperuntukkan khususnya kepada yang terbaik daripada hasil-hasil tanah itu iaitu Mesias. Setiap siri urutan tuaian ini diperuntukkan oleh penceritaan kitab itu. Kristus adalah yang terbaik daripada hasil-hasil sulung. Ini disebutkan di dalam Keluaran 23:19.

 

Keluaran 23:14-19 "Tiga kali setahun haruslah engkau mengadakan perayaan bagi-Ku. 15 Hari raya Roti Tidak Beragi haruslah kaupelihara; tujuh hari lamanya engkau harus makan roti yang tidak beragi, seperti yang telah Kuperintahkan kepadamu, pada waktu yang ditetapkan dalam bulan Abib, sebab dalam bulan itulah engkau keluar dari Mesir, tetapi janganlah orang menghadap ke hadirat-Ku dengan tangan hampa. 16 Kaupeliharalah juga hari raya menuai, yakni menuai buah bungaran dari hasil usahamu menabur di ladang; demikian juga hari raya pengumpulan hasil pada akhir tahun, apabila engkau mengumpulkan hasil usahamu dari ladang. 17 Tiga kali setahun semua orangmu yang laki-laki harus menghadap ke hadirat Tuhanmu TUHAN. 18 Janganlah kaupersembahkan darah korban sembelihan yang kepada-Ku beserta sesuatu yang beragi, dan janganlah lemak korban hari raya-Ku bermalam sampai pagi. 19 Yang terbaik dari buah bungaran hasil tanahmu haruslah kaubawa ke dalam rumah TUHAN, Allahmu.

 

Janganlah kaumasak anak kambing dalam susu induknya."

 

Hasil pertama atau terbaik daripada hasil-hasil sulung khususnya disimpan untuk Rumah Tuhan. Ini merupakan Persembahan Unjukan Berkas dan persembahan inilah yang dibawa masuk ke dalam Rumah Tuhan. Persembahan ini melambangkan kenaikan Mesias ke Rumah Tuhan pada pagi hari Minggu selepas kebangkitannya sebagai yang pertama daripada hasil-hasil sulung Israel. Ini berlaku pada Perayaan Roti Tidak Beragi. Penuaian hasil-hasil sulung umum kemudiannya terjadi pada Pentakosta, di sini disebutkan sebagai hari raya/perayaan menuai. Tempoh penuaian ini adalah dari hari selepas Sabat di dalam Roti Tidak Beragi. Lima puluh hari dihitung dari hari tersebut agar terdapat tujuh Sabat sempurna, sehinggalah hari selepas Sabat yang ketujuh (Imamat 23:15-16, Interlinear Bible). Hari ini hanya mungkin hari Minggu. Dengan itu, penuaian hasil-hasil sulung itu adalah dari hari selepas Sabat sehingga hari kelima puluh yang juga adalah hari selepas Sabat sempurna ketujuh, atau minggu sempurna, iaitu tujuh hari dari hari Minggu hingga Sabtu. Tuaian seterusnya ini, iaitu tuaian hasil-hasil sulung, merupakan penuaian umat-umat pilihan dari Pentakosta. Penuaian ini berterusan selama empat puluh Jubli, atau lebih kuran dua ribu tahun lamanya. Bumi ini tidak boleh dirosakkan sehinggalah semua ini sempurna.

 

Wahyu 7:3 katanya: "Janganlah merusakkan bumi atau laut atau pohon-pohon sebelum kami memeteraikan hamba-hamba Allah kami pada dahi mereka!"

 

Arahan-arahan yang sama disebutkan di dalam Keluaran 34:18-26. Keluaran 34:22 menunjukkan bahawa Pentakosta atau Perayaan Minggu-minggu merupakan hasil-hasil sulung tuaian gandum.

 

Keluaran 34:18-26 Hari raya Roti Tidak Beragi haruslah kaupelihara; tujuh hari lamanya engkau harus makan roti yang tidak beragi, seperti yang Kuperintahkan kepadamu, pada waktu yang ditetapkan dalam bulan Abib, sebab dalam bulan Abib itulah engkau keluar dari Mesir. 19 Segala apa yang lahir terdahulu dari kandungan, Akulah yang empunya, juga segala ternakmu yang jantan, anak yang lahir terdahulu dari lembu atau domba. 20 Tetapi anak yang lahir terdahulu dari keledai haruslah kautebus dengan seekor domba; jika tidak kautebus, haruslah kaupatahkan batang lehernya. Setiap yang sulung dari antara anak-anakmu haruslah kautebus, dan janganlah orang menghadap ke hadirat-Ku dengan tangan hampa. 21 Enam harilah lamanya engkau bekerja, tetapi pada hari yang ketujuh haruslah engkau berhenti, dan dalam musim membajak dan musim menuai haruslah engkau memelihara hari perhentian juga. 22 Hari raya Tujuh Minggu, yakni hari raya buah bungaran dari penuaian gandum, haruslah kaurayakan, juga hari raya pengumpulan hasil pada pergantian tahun. 23 Tiga kali setahun segala orangmu yang laki-laki harus menghadap ke hadirat Tuhanmu TUHAN, Allah Israel, 24 sebab Aku akan menghalau bangsa-bangsa dari depanmu dan meluaskan daerahmu; dan tiada seorangpun yang akan mengingini negerimu, apabila engkau pergi untuk menghadap ke hadirat TUHAN, Allahmu, tiga kali setahun. 25 Janganlah darah korban sembelihan yang kepada-Ku kaupersembahkan beserta sesuatu yang beragi, dan janganlah ada dari korban sembelihan pada hari raya Paskah bermalam sampai pagi. 26 Yang terbaik dari buah bungaran hasil tanahmu haruslah kaubawa ke dalam rumah TUHAN, Allahmu. Janganlah engkau masak anak kambing dalam susu induknya."

 

Dua tuaian awal itu merupakan jenis-jenis tertentu, iaitu tuaian-tuaian jelai dan gandum. Ini menunjukkan bahawa terdapat aplikasi-aplikasi tertentu kepada tuaian-tuaian ini mengikut jenis. Kristus merupakan hasil pertama daripada hasil-hasil sulung. Umat pilihan adalah hasil-hasil sulung tuaian gandum. Tuaian umum pada hujung tahun merupakan tuaian Pengumpulan. Tuaian ini merupakan pengumpulan hasil kerja Tuhan. Ia berlaku pada awal permulaan Pondok Daun, pada malam pertama (lihat karya Pengumpulan [139]), dan menunjukkan bahawa tuaian akhir terjadi sebelum tempoh milenium itu yang diwakili Pondok Daun. Hari raya terakhir siri urutan ini ada pada hujung Pondok Daun, dan ia dipanggil sebagai Hari Besar Terakhir. Ini mewakili kebangkitan kedua dan sebenarnya merupakan tuaian terakhir bagi seluruh bumi. Semua manusia akan dibangkitkan dan dibereskan di dalam tempoh ini yang selama seratus tahun. Mereka akan hidup semula sebagai manusia berdarah daging (Yehezkiel 37:1-14). Mereka akan diajar tentang kebenaran itu dan dibawa masuk sebagai satu umat. Tempoh ini dirujukkan di dalam Yesaya 65:20.

 

Yesaya 65:20 Di situ tidak akan ada lagi bayi yang hanya hidup beberapa hari atau orang tua yang tidak mencapai umur suntuk, sebab siapa yang mati pada umur seratus tahun masih akan dianggap muda, dan siapa yang tidak mencapai umur seratus tahun akan dianggap kena kutuk.

 

Milenium serta kebangkitan itu dirujukkan di dalam Wahyu 20:1-15.

 

Wahyu 20:1-15 Lalu aku melihat seorang malaikat turun dari sorga memegang anak kunci jurang maut dan suatu rantai besar di tangannya; 2 ia menangkap naga, si ular tua itu, yaitu Iblis dan Satan. Dan ia mengikatnya seribu tahun lamanya, 3 lalu melemparkannya ke dalam jurang maut, dan menutup jurang maut itu dan memeteraikannya di atasnya, supaya ia jangan lagi menyesatkan bangsa-bangsa, sebelum berakhir masa seribu tahun itu; kemudian dari pada itu ia akan dilepaskan untuk sedikit waktu lamanya. 4 Lalu aku melihat takhta-takhta dan orang-orang yang duduk di atasnya; kepada mereka diserahkan kuasa untuk menghakimi. Aku juga melihat jiwa-jiwa mereka, yang telah dipenggal kepalanya karena kesaksian tentang Yesus dan karena firman Allah; yang tidak menyembah binatang itu dan patungnya dan yang tidak juga menerima tandanya pada dahi dan tangan mereka; dan mereka hidup kembali dan memerintah sebagai raja bersama-sama dengan Kristus untuk masa seribu tahun. 5 Tetapi orang-orang mati yang lain tidak bangkit sebelum berakhir masa yang seribu tahun itu. Inilah kebangkitan pertama. 6 Berbahagia dan kuduslah ia, yang mendapat bagian dalam kebangkitan pertama itu. Kematian yang kedua tidak berkuasa lagi atas mereka, tetapi mereka akan menjadi imam-imam Allah dan Kristus, dan mereka akan memerintah sebagai raja bersama-sama dengan Dia, seribu tahun lamanya. 7 Dan setelah masa seribu tahun itu berakhir, Iblis akan dilepaskan dari penjaranya, 8 dan ia akan pergi menyesatkan bangsa-bangsa pada keempat penjuru bumi, yaitu Gog dan Magog, dan mengumpulkan mereka untuk berperang dan jumlah mereka sama dengan banyaknya pasir di laut. 9 Maka naiklah mereka ke seluruh dataran bumi, lalu mengepung perkemahan tentara orang-orang kudus dan kota yang dikasihi itu. Tetapi dari langit turunlah api menghanguskan mereka, 10 dan Iblis, yang menyesatkan mereka, dilemparkan ke dalam lautan api dan belerang, yaitu tempat binatang dan nabi palsu itu, dan mereka disiksa siang malam sampai selama-lamanya. 11 Lalu aku melihat suatu takhta putih yang besar dan Dia, yang duduk di atasnya. Dari hadapan-Nya lenyaplah bumi dan langit dan tidak ditemukan lagi tempatnya. 12 Dan aku melihat orang-orang mati, besar dan kecil, berdiri di depan takhta itu. Lalu dibuka semua kitab. Dan dibuka juga sebuah kitab lain, yaitu kitab kehidupan. Dan orang-orang mati dihakimi menurut perbuatan mereka, berdasarkan apa yang ada tertulis di dalam kitab-kitab itu. 13 Maka laut menyerahkan orang-orang mati yang ada di dalamnya, dan maut dan kerajaan maut menyerahkan orang-orang mati yang ada di dalamnya, dan mereka dihakimi masing-masing menurut perbuatannya. 14 Lalu maut dan kerajaan maut itu dilemparkanlah ke dalam lautan api. Itulah kematian yang kedua: lautan api. 15 Dan setiap orang yang tidak ditemukan namanya tertulis di dalam kitab kehidupan itu, ia dilemparkan ke dalam lautan api itu.

 

Perhatikan bahawa terdapat dua kebangkitan di sini. Mereka dari kebangkitan pertama memerintah bersama Kristus selama seribu tahun. Kebangkitan kedua itu berlaku selepas tempoh seribu tahun itu. Pengadilan Besar Takhta Putih tidak terjadi sehinggalah seribu tahun itu tamat. Orang-orang kudus memerintah bersama Kristus ke atas bumi sementara Iblis diikat. Semua bangsa masih berada di atas bumi sepanjang tempoh ini dan Iblis akan sekali lagi menipu mereka setelah tamatnya seribu tahun itu. Semua aktiviti sewaktu kedua-dua kebangkitan itu terhad kepada bumi. Hanya tuaian pertama hasil-hasil sulung sahaja yang pergi kepada Tuhan.

 

Hasil-hasil sulung umum daripada tuaian gandum dibangkitkan pada penghujung tempoh dua ribu tahun itu sewaktu kedatangan Mesias, seperti yang kita lihat daripada 1 Tesalonika 4:15-17.

 

1Tesalonika 4:15-17 Ini kami katakan kepadamu dengan firman Tuhan: kita yang hidup, yang masih tinggal sampai kedatangan Tuhan, sekali-kali tidak akan mendahului mereka yang telah meninggal. 16 Sebab pada waktu tanda diberi, yaitu pada waktu penghulu malaikat berseru dan sangkakala Allah berbunyi, maka Tuhan sendiri akan turun dari sorga dan mereka yang mati dalam Kristus akan lebih dahulu bangkit; 17 sesudah itu, kita yang hidup, yang masih tinggal, akan diangkat bersama-sama dengan mereka dalam awan menyongsong Tuhan di angkasa. Demikianlah kita akan selama-lamanya bersama-sama dengan Tuhan.

 

Justeru itu, terdapat tiga tempoh Perayaan, yang mana setiap satunya mempunyai satu tuaian. Kristus adalah yang pertama sebagai Persembahan Unjukan Berkas. Umat pilihan mengikutinya. Mereka menjadi Rumah Tuhan (1Korintus 3:16-17) dari pemilihan mereka serta penerimaan Roh Kudus oleh mereka daripada pembaptisan dan Hari Raya Pentakosta tahun 30 TM.

 

1Korintus 3:16-17 Tidak tahukah kamu, bahwa kamu adalah bait Allah dan bahwa Roh Allah diam di dalam kamu? 17 Jika ada orang yang membinasakan bait Allah, maka Allah akan membinasakan dia. Sebab bait Allah adalah kudus dan bait Allah itu ialah kamu.

 

Tuaian Tuhan mengandungi seluruh dunia, yang meliputi semua insan manusia dan Bani Surgawi. Tempoh-tempoh hari kudus membayangi Rencana Keselamatan planet ini. Tuhan akan menebus bumi ini walaupun para iblis dan manusia berkelakuan degil. Siri urutan ini akan tertakhluk kepada syarat-syaratnya, yang paling mungkin membolehkan proses-proses pembelajaran serta kemahiran-kemahiran yang perlu dimajukan di dalam setiap individu.

 

Roda di dalam Roda

Diketahui daripada penglihatan Yehezkiel bahawa terdapat roda-roda di dalam roda-roda Kerubim. Struktur ini diterangkan dengan lebih terperinci di dalam karya Maksud Penglihatan Yehezkiel ([108]. Sekarang kita akan meninjau teks Yehezkiel 1:14-17. Kita tahu daripada Yehezkiel 1:12 bahawa Kerubim bergerak bila mana Roh bergerak. Mereka pergi bersamanya dan tidak terpesong di dalam pergerakan mereka. Pernyataan ini merujuk kepada pergerakan tiang api dan awan yang mewakili Kristus di padang gurun bersama Israel (Keluaran 13:21-22; 14:19-24; 33:9-10; Bilangan 12:5; 14:14; Ulangan 31:15; Nehemia 9:12,19; Mazmur 99:7). Kita tahu daripada teks Paulus di dalam 1Timotius 3:15 bahawa Jemaat adalah tiang dan dasar kebenaran.

 

1Timotius 3:15 Jadi jika aku terlambat, sudahlah engkau tahu bagaimana orang harus hidup sebagai keluarga Allah, yakni jemaat dari Allah yang hidup, tiang penopang dan dasar kebenaran.

 

Dengan itu, tiang dan dasar kebenaran adalah ecclesia (ekklesia) atau jemaat Tuhan yang hidup. Jemaat atau ecclesia ini menjadi Keluarga Tuhan, iaitu oikoo yang bermakna suatu kediaman dan secara implikasinya satu keluarga. Jadi ia juga adalah rumah atau kerabat atau bait.

 

Jadi Kerubim itu sendiri mewakili Keluarga Tuhan yang diwakilkan secara fizikal oleh jemaat Israel di padang gurun. Kita melihat susunan-susunannya daripada Bilangan 9 dan 10. Tiang awan itu meliputi pada siang hari, khemah pertemuan itu sebaik saja ia didirikan dan terus berada di situ sebagai suatu tiang api (Bilangan 9:15-16). Awan ini merupakan petunjuk untuk mereka mengetahui bilakah untuk bergerak ke tempat seterusnya. Dengan itu, jemaat di padang gurun itu tidak pernah terhad kepada satu tempat saja, dan tempat-tempat mereka ditentukan oleh hadirat Tuhan di dalam Roh. Jemaat itu berkhemah menurut susunan tertentu setiap kali mereka berpindah dan tidak mengubah aturan ini seperti yang kita lihat di dalam Kerubim. Oleh itu, jemaat ini mewakili melalui penyusunan mereka, organisasi pentadbiran sistem surgawi itu. Khemah suci duniawi ini merupakan replika atau salinan sistem surgawi.

 

Ibrani 8:5 Pelayanan mereka adalah gambaran dan bayangan dari apa yang ada di sorga, sama seperti yang diberitahukan kepada Musa, ketika ia hendak mendirikan kemah: "Ingatlah," demikian firman-Nya, "bahwa engkau membuat semuanya itu menurut contoh yang telah ditunjukkan kepadamu di atas gunung itu."

 

Kerubim bertujuan memantulkan susunan pentadbiran serta strukturnya. Terdapat empat semuanya dalam satu siri dan perkumpulan-perkumpulan ini mempunyai ciri-cirinya yang tertentu. Roh memasuki jemaat dan umat-umat ini terbahagi kepada kumpulan-kumpulan dalaman dan luaran seperti juga jemaat Bani surgawi.

 

Pada tahap fizikal, ini dibayangkan di dalam keimamatan dan jemaat. Lewi, sebagai suku yang diberikan tanggungjawab keimamatan itu, menduduki kawasan dalaman sekitar khemah suci pada mana Roh atau Shekinah tinggal.

 

Anak-anak Harun bertanggungjawab membunyikan semua amaran kepada bangsa itu (Bilangan 10:8). Tugas ini dipertanggungjawabkan kepada Jemaat daripada aturan baru Melkisedek sebagai hasil daripada pemilihan mereka.

 

Ibrani 7:11-12 Karena itu, andaikata oleh imamat Lewi telah tercapai kesempurnaan--sebab karena imamat itu umat Israel telah menerima Taurat--apakah sebabnya masih perlu seorang lain ditetapkan menjadi imam besar menurut peraturan Melkisedek dan yang tentang dia tidak dikatakan menurut peraturan Harun? 12 Sebab, jikalau imamat berubah, dengan sendirinya akan berubah pula hukum Taurat itu.

 

Justeru itu, terdapat penumpuan jemaat itu secara beransur-ansur di sekeliling dan ke arah khemah suci, yang sendirinya terdiri daripada khemah dalam dan khemah luar. Khemah luar itu perlu dilenyapkan untuk membenarkan kemasukan ke dalam khemah suci dalaman. Jadi hasil akhirnya adalah suatu struktur yang berlainan dan lebih sempurna lagi.

 

Ibrani 9:1-12 Memang perjanjian yang pertama juga mempunyai peraturan-peraturan untuk ibadah dan untuk tempat kudus buatan tangan manusia. 2 Sebab ada dipersiapkan suatu kemah, yaitu bagian yang paling depan dan di situ terdapat kaki dian dan meja dengan roti sajian. Bagian ini disebut tempat yang kudus. 3 Di belakang tirai yang kedua terdapat suatu kemah lagi yang disebut tempat yang maha kudus. 4 Di situ terdapat mezbah pembakaran ukupan dari emas, dan tabut perjanjian, yang seluruhnya disalut dengan emas; di dalam tabut perjanjian itu tersimpan buli-buli emas berisi manna, tongkat Harun yang pernah bertunas dan loh-loh batu yang bertuliskan perjanjian, 5 dan di atasnya kedua kerub kemuliaan yang menaungi tutup pendamaian. Tetapi hal ini tidak dapat kita bicarakan sekarang secara terperinci. 6 Demikianlah caranya tempat yang kudus itu diatur. Maka imam-imam senantiasa masuk ke dalam kemah yang paling depan itu untuk melakukan ibadah mereka, 7 tetapi ke dalam kemah yang kedua hanya Imam Besar saja yang masuk sekali setahun, dan harus dengan darah yang ia persembahkan karena dirinya sendiri dan karena pelanggaran-pelanggaran, yang dibuat oleh umatnya dengan tidak sadar. 8 Dengan ini Roh Kudus menyatakan, bahwa jalan ke tempat yang kudus itu belum terbuka, selama kemah yang pertama itu masih ada. 9 Itu adalah kiasan masa sekarang. Sesuai dengan itu dipersembahkan korban dan persembahan yang tidak dapat menyempurnakan mereka yang mempersembahkannya menurut hati nurani mereka, 10 karena semuanya itu, di samping makanan minuman dan pelbagai macam pembasuhan, hanyalah peraturan-peraturan untuk hidup insani, yang hanya berlaku sampai tibanya waktu pembaharuan. 11 Tetapi Kristus telah datang sebagai Imam Besar untuk hal-hal yang baik yang akan datang: Ia telah melintasi kemah yang lebih besar dan yang lebih sempurna, yang bukan dibuat oleh tangan manusia, --artinya yang tidak termasuk ciptaan ini, -- 12 dan Ia telah masuk satu kali untuk selama-lamanya ke dalam tempat yang kudus bukan dengan membawa darah domba jantan dan darah anak lembu, tetapi dengan membawa darah-Nya sendiri. Dan dengan itu Ia telah mendapat kelepasan yang kekal.

 

Teks ini, khususnya dari Ibrani 9:10, menunjukkan bahawa hanya hukum korban itu sahaja yang dihapuskan. Kristus telah melenyapkan korban-korban itu sekali untuk selamanya dan membenarkan kita untuk mengambil bahagian di dalam proses ini.

 

Struktur lama itu mengandungi suku-suku jemaat itu di mana di dalamnya adalah suku Lewi. Di dalam Lewi pula adalah keimamatan Harun yang memasuki bahagian luar tempat kudus. Hanya Imam Besar sahaja yang memasuki bahagian dalam atau Tempat Maha Kudus dan itupun hanya sekali dalam setahun.

 

Dari Pentakosta tahun 30 TM, struktur ini telah diubahkan. Kerub seterusnya mewakili penyingkiran bait luar itu dan umat pilihan sebelah dalamnya pula yang menjadi naos atau Bait dalam mana Tuhan tinggal sebagai Yang Maha Kudus. Tabut Perjanjian itu tidak lagi diperlukan kerana kita adalah Tabut Perjanjian tersebut. Roh Kudus meletakkan hukum itu di dalam diri kita seperti mana ia dimasukkan di dalam Tabut tersebut (lihat karya Tabut Perjanjian [196]).

 

1Korintus 3:16-17 Tidak tahukah kamu, bahwa kamu adalah bait Allah dan bahwa Roh Allah diam di dalam kamu? 17 Jika ada orang yang membinasakan bait Allah, maka Allah akan membinasakan dia. Sebab bait Allah adalah kudus dan bait Allah itu ialah kamu.

Dengan itu, roda di dalam roda bagi struktur ini terdiri daripada struktur luaran iaitu bangsa Israel dari mana jemaat diambil dan bangsa-bangsa lain dimasukkan. Umat pilihan kemudiannya menjadi teras (roda) dalaman yang membentuk struktur pentadbiran di bawah Mesias pada masa pemulihan itu. Mereka sekarang mempunyai tugas-tugas dan fungsi-fungsi di dalam umat pilihan. Namun, tanggungjawab-tanggungjawab hujungnya nanti masih belum ditentukan. Orang-orang ini yang membentuk ecclesia atau Jemaat terdiri daripada dua kumpulan, di mana roda sebelah dalamnya adalah umat 144,000 itu. Roda luaran itu terdiri daripada suatu kumpulan sederhana yang berasingan yang memelihara perintah-perintah Tuhan. Semua ini memiliki iman orang-orang kudus dan dibaptiskan ke dalam tubuh Kristus sebagai tuaian kedua hasil-hasil sulung. Kedua-dua kumpulan ini disebutkan di dalam Wahyu. Kumpulan pertama 144,000 itu disebutkan di dalam Wahyu 7. Kumpulan ini beransur-ansur dimeteraikan sambil masa berlalu. Bumi dilindungi sehingga peristiwa ini, iaitu tamatnya pemeteraian umat pilihan, telah terjadi.

 

Barulah bumi ini dibenarkan untuk dibinasakan, oleh kuasa-kuasa yang dicetuskan oleh Bani surgawi murtad di dalam sikap serta sistem mereka masing-masing.

 

Kita melihat proses ini dari Wahyu 7:1-17 di mana 144,000 orang itu diperuntukkan kepada sistem Mesias.

 

Wahyu 7:1-17 Kemudian dari pada itu aku melihat empat malaikat berdiri pada keempat penjuru bumi dan mereka menahan keempat angin bumi, supaya jangan ada angin bertiup di darat, atau di laut atau di pohon-pohon. 2 Dan aku melihat seorang malaikat lain muncul dari tempat matahari terbit. Ia membawa meterai Allah yang hidup; dan ia berseru dengan suara nyaring kepada keempat malaikat yang ditugaskan untuk merusakkan bumi dan laut, 3 katanya: "Janganlah merusakkan bumi atau laut atau pohon-pohon sebelum kami memeteraikan hamba-hamba Allah kami pada dahi mereka!" 4 Dan aku mendengar jumlah mereka yang dimeteraikan itu: seratus empat puluh empat ribu yang telah dimeteraikan dari semua suku keturunan Israel. 5 Dari suku Yehuda dua belas ribu yang dimeteraikan, dari suku Ruben dua belas ribu, dari suku Gad dua belas ribu, 6 dari suku Asyer dua belas ribu, dari suku Naftali dua belas ribu, dari suku Manasye dua belas ribu, 7 dari suku Simeon dua belas ribu, dari suku Lewi dua belas ribu, dari suku Isakhar dua belas ribu, 8 dari suku Zebulon dua belas ribu, dari suku Yusuf dua belas ribu, dari suku Benyamin dua belas ribu. 9 Kemudian dari pada itu aku melihat: sesungguhnya, suatu kumpulan besar orang banyak yang tidak dapat terhitung banyaknya, dari segala bangsa dan suku dan kaum dan bahasa, berdiri di hadapan takhta dan di hadapan Anak Domba, memakai jubah putih dan memegang daun-daun palem di tangan mereka. 10 Dan dengan suara nyaring mereka berseru: "Keselamatan bagi Allah kami yang duduk di atas takhta dan bagi Anak Domba!" 11 Dan semua malaikat berdiri mengelilingi takhta dan tua-tua dan keempat makhluk itu; mereka tersungkur di hadapan takhta itu dan menyembah Allah, 12 sambil berkata: "Amin! puji-pujian dan kemuliaan, dan hikmat dan syukur, dan hormat dan kekuasaan dan kekuatan bagi Allah kita sampai selama-lamanya! Amin!" 13 Dan seorang dari antara tua-tua itu berkata kepadaku: "Siapakah mereka yang memakai jubah putih itu dan dari manakah mereka datang?" 14 Maka kataku kepadanya: "Tuanku, tuan mengetahuinya." Lalu ia berkata kepadaku: "Mereka ini adalah orang-orang yang keluar dari kesusahan yang besar; dan mereka telah mencuci jubah mereka dan membuatnya putih di dalam darah Anak Domba. 15 Karena itu mereka berdiri di hadapan takhta Allah dan melayani Dia siang malam di Bait Suci-Nya. Dan Ia yang duduk di atas takhta itu akan membentangkan kemah-Nya di atas mereka. 16 Mereka tidak akan menderita lapar dan dahaga lagi, dan matahari atau panas terik tidak akan menimpa mereka lagi. 17 Sebab Anak Domba yang di tengah-tengah takhta itu, akan menggembalakan mereka dan akan menuntun mereka ke mata air kehidupan. Dan Allah akan menghapus segala air mata dari mata mereka."

 

Kumpulan ini diperuntukkan kepada suku-suku sebagai suatu keimamatan istimewa di bawah dua belas hakim bagi dua belas suku itu. Kesemua suku itu termasuk di dalam peruntukan ini, Lewi mengambil tempatnya di dalam keimamatan itu dan Dan bergabung dengan Efraim untuk memberi jalan bagi Lewi. Dengan itu, Yusuf menjadi Dan dan Efraim dan bukannya Efraim dan Manasye. Manasye mempunyai peruntukan miliknya sendiri.

 

Umat 144,000 itu dimeteraikan dari tempat yang tinggi. Mereka tahu siapa diri mereka apabila mereka diberikan benda-benda yang menandakan keistimewaan mereka. Mereka diberikan meterai itu dan juga nyanyian yang baru.

 

Wahyu 14:1-5 Dan aku melihat: sesungguhnya, Anak Domba berdiri di bukit Sion dan bersama-sama dengan Dia seratus empat puluh empat ribu orang dan di dahi mereka tertulis nama-Nya dan nama Bapa-Nya. 2 Dan aku mendengar suatu suara dari langit bagaikan desau air bah dan bagaikan deru guruh yang dahsyat. Dan suara yang kudengar itu seperti bunyi pemain-pemain kecapi yang memetik kecapinya. 3 Mereka menyanyikan suatu nyanyian baru di hadapan takhta dan di depan keempat makhluk dan tua-tua itu, dan tidak seorangpun yang dapat mempelajari nyanyian itu selain dari pada seratus empat puluh empat ribu orang yang telah ditebus dari bumi itu. 4 Mereka adalah orang-orang yang tidak mencemarkan dirinya dengan perempuan-perempuan, karena mereka murni sama seperti perawan. Mereka adalah orang-orang yang mengikuti Anak Domba itu ke mana saja Ia pergi. Mereka ditebus dari antara manusia sebagai korban-korban sulung bagi Allah dan bagi Anak Domba itu. 5 Dan di dalam mulut mereka tidak terdapat dusta; mereka tidak bercela.

 

Perempuan-perempuan yang mencemarkan bumi ini adalah agama-agama atau jemaat-jemaat palsu yang berbicara di dalam nama Kristus. Sistem palsu ini diperkenalkan di dalam Wahyu 14:6 sebagai sistem ibadah palsu Babilon/Babel. Umat-umat pilihan tidak dicemari sistem-sistem ini. Mereka adalah hasil-hasil sulung. Sistem hasil sulung ini adalah sistem yang kita lihat menjadi efektif dari tuaian Pentakosta atau Perayaan Minggu-minggu. Hasil tuaian Unjukan Berkas atau hasil pertama/terbaik daripada hasil-hasil sulung itu adalah Kristus.

 

Pemilihan 144,000 itu terikat kepada bilangan-bilangan yang ditentukan Kristus. Ramai yang telah menganggap bahawa 144,000 itu dipilih semuanya daripada tempoh terakhir Jemaat. Tiada bukti jelas bagi menyokong andaian tersebut dan, sememangnya, untuk memastikan taburan yang rata di kalangan umat bangsa lain, suatu tempoh yang panjang diperlukan. Bilangan-bilangan terbabit mempunyai maksudnya. Bilangan 144,000 diperuntukkan kepada empat puluh Jubli adalah 3,600 orang per Jubli. Sebaliknya, tempoh empat puluh Jubli itu adalah juga lima puluh generasi/keturunan. Maka ertinya, 2,880 orang dipilih bagi setiap generasi.

Bagi mereka yang memelihara sistem era, proses ini harus diagihkan kepada tujuh Jemaat itu. Dari yang tujuh, dua daripadanya tidak diterima Tuhan dan hanya sedikit sahaja daripada mereka yang mampu memasuki Kerajaan Tuhan. Jemaat-jemaat ini adalah Sardis dan Laodikia. Ini adalah dua daripada empat Jemaat yang masih hidup lagi pada kedatangan Mesias nanti (lihat Wahyu 2 dan 3).

 

Dua lagi jemaat lain adalah Filadelfia dan Tiatira. Filadelfia kecil sementara bagi Tiatira, kebanyakan kerjanya telahpun dilakukan berabad-abad sebelum kedatangan Mesias. Oleh itu bilangan umat pilihan di dalam abad kedua puluh memang kecil sekali. Peruntukannya bagi setiap Jemaat adalah lebih kurang 20,571 (20,571 x 7 + 3 = 144,000). Bilangan tiga orang itu mungkin diambil kira sewaktu adegan Transfigurasi (Penjelmaan di atas gunung) sebagai Kristus, Musa dan Elia. Jika diperuntukkan kepada lima Jemaat maka bilangannya bertambah kepada 28,800.

 

Dengan bilangan penuh Tiatira dan Filadelfia yang masih hidup pada hari-hari terakhir abad kedua puluh, hanya mungkin terdapat paling ramaipun 57,600 orang yang hidup pada mana-mana satu masa. Dengan tempoh dua setengah generasi selama seratus tahun itu, bilangan hidup yang maksima adalah 23,040. Angka ini mungkin terlebih taksir. Angka yang lebih rendah lagi terbabit.

 

144,000 dibahagikan dengan jumlah tahun Jubli adalah tujuh puluh dua setiap tahun. Mungkin terdapat maksud di dalam bilangan ini. Golongan Sanhedrin ada lebih kurang tujuh puluh orang semuanya. Majlis ini ditubuhkan dari Sinai sebagai sidang majlis tua-tua. Sidang majlis Israel ditubuhkan berdasarkan penyalinan sistem surgawi itu (Ibrani 8:5). Sidang tujuh puluh itu terdiri daripada sidang dalam dan luar, menurut Mazmur. Pembahagiannya adalah tiga puluh empat bagi setiap divisi tersebut, tambah dua orang (lihat Wahyu 4 dan 5 untuk Sidang dalaman).

 

Kristus telah mendirikan semula sistem tujuh puluh ini, dari Lukas 10:1. Tujuh puluh orang itu diurapi dan diutus keluar secara berdua ke semua tempat yang ditujui Kristus. Dengan itu Kristus didahului murid-muridnya dari tujuh puluh orang ini secara berpasangan. Ia ditubuhkan agar berlangsung selama dua ribu tahun. Terdapat juga tujuh puluh bangsa daripada peruntukan Bani surgawi kepada bangsa-bangsa menurut bilangan Sidang itu. Justeru, terdapat juga peruntukan sebanyak 2,000 orang bagi setiap bangsa kepada 144,000 itu atau pentadbiran pusat itu.

 

Terdapat satu lagi aspek teks ini. Golongan Sanhedrin tidak pernah mempunyai bilangan tujuh puluh di dalam melaksanakan pengadilan. Sentiasanya ada tujuh puluh, dan tambah satu. Namun sesuatu terjadi pada struktur ini apabila Kristus melantik tujuh puluh orang itu. Teks Yunani menunjukkan bahawa kata hebdomekonta (atau tujuh puluh) dan [duo] (atau dua) ditambahkan di dalam kurungan kepada teks tersebut. Kata ini ditafsirkan sebagai tujuh puluh dua di dalam teks utama Alkitab Marshall’s Interlinear. Namun begitu, kebanyakan Alkitab menterjemahkan perkataan ini sebagai tujuh puluh daripada maksudnya yang difahami. Jadi, apa yang kita perhatikan di sini adalah tujuh puluh orang yang disertai dua orang. Struktur ini mencirikan penyalinan model pentadbiran itu pada setiap tahun selama empat puluh Jubli sehinggalah bilangan penuh 144,000 itu habis dipilih. Semestinya, siri urutan ini adalah simbolik dan mungkin kurang atau lebih yang dipilih sewaktu tempoh itu seperti mana diizinkan keadaannya. Namun, ia melambangkan suatu sistem korban tahunan.

 

Keasyikan perhatian umat pilihan terhadap perbezaan antara umat 144,000 dan kumpulan orang yang besar itu adalah tidak wajar. Lebih penting lagi, ini akan membawa kepada sikap tinggi diri. Tujuan analisa terhadap bilangan dan struktur itu adalah untuk mengembangkan kesedaran tentang struktur pentadbiran umat pilihan serta pemerintahan Tuhan di dalam pemulihan itu. Hanya dari penebusan 144,000 itu kepada Domba di Sion sahaja maka injil kekal itu dikhabarkan ke seluruh dunia.

 

Wahyu 14:6 Dan aku melihat seorang malaikat lain terbang di tengah-tengah langit dan padanya ada Injil yang kekal untuk diberitakannya kepada mereka yang diam di atas bumi dan kepada semua bangsa dan suku dan bahasa dan kaum,

 

Sesudah ini, sistem Babilon itu akan roboh.

 

Wahyu 14:8-10 Dan seorang malaikat lain, malaikat kedua, menyusul dia dan berkata: "Sudah rubuh, sudah rubuh Babel, kota besar itu, yang telah memabukkan segala bangsa dengan anggur hawa nafsu cabulnya." 9 Dan seorang malaikat lain, malaikat ketiga, menyusul mereka, dan berkata dengan suara nyaring: "Jikalau seorang menyembah binatang dan patungnya itu, dan menerima tanda pada dahinya atau pada tangannya, 10 maka ia akan minum dari anggur murka Allah, yang disediakan tanpa campuran dalam cawan murka-Nya; dan ia akan disiksa dengan api dan belerang di depan mata malaikat-malaikat kudus dan di depan mata Anak Domba.

 

(rujuk karya Pesanan-pesanan Wahyu 14 [270]).

 

Alkitab KJV merujuk kepada Babel sebagai kota besar. Namun istilah itu diertikan daripada teks-teks lain khususnya Wahyu 18:10,18,19,21-24.

 

Revelation 18:21-24 Dan seorang malaikat yang kuat, mengangkat sebuah batu sebesar batu kilangan, lalu melemparkannya ke dalam laut, katanya: "Demikianlah Babel, kota besar itu, akan dilemparkan dengan keras ke bawah, dan ia tidak akan ditemukan lagi. 22 Dan suara pemain-pemain kecapi dan penyanyi-penyanyi, dan peniup-peniup seruling dan sangkakala, tidak akan kedengaran lagi di dalammu, dan seorang yang ahli dalam sesuatu kesenian tidak akan ditemukan lagi di dalammu, dan suara kilangan tidak akan kedengaran lagi di dalammu. 23 Dan cahaya lampu tidak akan bersinar lagi di dalammu, dan suara mempelai laki-laki dan pengantin perempuan tidak akan kedengaran lagi di dalammu. Karena pedagang-pedagangmu adalah pembesar-pembesar di bumi, oleh ilmu sihirmu semua bangsa disesatkan." 24 Dan di dalamnya terdapat darah nabi-nabi dan orang-orang kudus dan darah semua orang, yang dibunuh di bumi.

 

Sistem agama palsu ini telah menyesatkan seluruh dunia dengan ilmu sihir. Perkataannya adalah pharmakeia atau pharmacy, iaitu perubatan, dengan itu adalah ilmu ghaib dan dari situ ilmu sihir. Sistem Babel ini bergantung pada ilmu sihir dan ilmu mistik sebagai dasar keagamaannya. Ia tersebar ke seluruh dunia sebelum pembinasaan terakhir. Ia seorang pelacur mengikut Wahyu 17:1. Pelacur ini adalah seorang perempuan atau Jemaat dalam ertikata nubuatannya. Sistem ini duduk di atas kota tujuh gunung (Wahyu 17:9). Perempuan ini melakukan percabulan rohani dengan raja-raja bumi untuk suatu tempoh masa yang lama. Binatang yang memerintah dunia itu datang daripada raja-raja yang telah diteguhkan pelacur ini (Wahyu 17:14). Sistem ini berperang dengan Domba. Maka sistem ini terus hidup hinggalah kedatangan Mesias. Pelacur itu mabuk dengan darah orang-orang kudus serta saksi-saksi Yesus. Maka, ertinya jemaat ini telahpun membunuh ramai dari umat pilihan atas sebab-sebab keagamaan. Sistem ini kuat dan memegang kuasa ke atas suatu sistem yang lahirnya penuh dengan hujat (Wahyu 17:3-6).

 

Kumpulan besar orang itu dicatatkan sebagai mereka yang telah menjadikan jubah-jubah mereka putih di dalam darah Domba itu (Wahyu 7:14). Maka, mereka dibaptiskan melalui kasih karunia di dalam Yesus Kristus. Mereka melayani Tuhan di hadpan takhtaNya dan di dalam Bait itu. Jadi ia sekadar suatu persoalan akademik pada peringkat manusia untuk merenungkan siapa yang berada atau tidak berada di dalam mana-mana satu kumpulan itu. Memasuki mana-mana satu kumpulan adalah satu penghormatan. Ramai yang termasuk di dalam kumpulan ini melalui mati syahid daripada sistem agama palsu ini. Semuanya telah dianiaya olehnya. Kedua-dua kumpulan ini memelihara perintah-perintah Tuhan. Yang satu ada di dalam yang satu lagi. Kedua-duanya adalah keturunan perempuan itu. Keturunan perempuan itu adalah Yesus Kristus (Kejadian 3:15). Perintah-perintah Tuhan serta kesaksian Kristus adalah dua elemen mustahak bagi memastikan umat pilihan.

 

Wahyu 12:17 Maka marahlah naga itu kepada perempuan itu, lalu pergi memerangi keturunannya yang lain, yang menuruti hukum-hukum Allah dan memiliki kesaksian Yesus.

 

Wahyu 14:12 Yang penting di sini ialah ketekunan orang-orang kudus, yang menuruti perintah Allah dan iman kepada Yesus.

 

Maka elemen-elemen ini menjadi ketekunan orang-orang kudus. Oleh itu, pemeliharaan semua perintah-perintah Tuhan serta kesaksian Yesus adalah penting untuk keselamatan.

 

Wahyu 22:14 Berbahagialah mereka yang membasuh jubahnya. Mereka akan memperoleh hak atas pohon-pohon kehidupan dan masuk melalui pintu-pintu gerbang ke dalam kota itu.

 

Pohon kehidupan dan kemasukan ke dalam Kota Tuhan dipastikan oleh perintah-perintah itu serta kesaksian Yesus.

 

Penentuan umat 144,000 itu dilihat daripada sebilangan teks-teks. Dapat diperhatikan daripada beberapa teks alkitab bahawa Rencana Keselamatan dipecahkan kepada tiga bahagian. Setiap bahagian ini diwakili oleh empat puluh Jubli. Tempoh-tempoh empat puluh Jubli ini berlangsung selama lebih kurang dua ribu tahun. Rencana tersebut terpantul di dalam hidup Musa yang merupakan prototaip bagi Mesias (Ulangan 18:15; Matius 17:5; Kisah 3:22-23). Musa hidup selama seratus dua puluh tahun; empat puluh tahun di Mesir, empat puluh tahun di Midian dan empat puluh tahun di padang gurun. Dia telah meninggal dunia dan tidak memasuki tanah perjanjian itu yang boleh dianggap sebagai mewakili perhentian seribu tahun itu. Bahagian-bahagian ini mewakili Israel sepanjang sejarah dunia dari Adam ke Abraham, dari Abraham ke Mesias, dan dari kedatangan pertama kepada kedatangan kedua. Tempoh-tempoh lima puluh tahun boleh diambil sebagai gambaran tempoh-tempoh empat puluh Jubli itu, di mana setiap tempoh tersebut mewakili dua ribu tahun. Tempoh sepenuhnya iaitu enam ribu tahun itu pula menggambarkan Rencana Keselamatan dari Adam kepada pemulihan milenium itu di bawah Mesias.

 

Tempoh terakhir di padang gurun dari Pentakosta tahun 30 TM hingga Jubli keempat puluh, yang berlangsung pada tahun 2027-28 (ditentukan daripada Yehezkiel 1:1), meliputi empat puluh Jubli atau lebih kurang dua ribu tahun. Terdapat maksudnya jika kamu membahagikan bilangan 144,000 dengan 2,000 kamu akan mendapat bilangan 72. Terdapat 3,600 bagi setiap Jubli itu. Nombor 72 mempunyai maksud penting di dalam Alkitab, khususnya dari Lukas.

 

Tiga divisi atau bahagian 40 Jubli itu juga dapat dilihat di dalam Pemerintahan Raja-raja (rujuk karya Pemerintahan Raja-raja  [282]).

 

Korban Bulan Baru di dalam penentuan umat 144,000

Bulan-bulan Baru adalah penting kepada pemahaman mengenai Sidang itu serta umat 144,000. Bilangan umat pilihan yang ditempatkan bersama Mesias pada kedatangannya disenaraikan sebagai 144,000 (Wahyu 7:1-8; 14:1). Bilangan ini adalah tambahan kepada Kumpulan Besar Orang dari Wahyu 7:9-17 dan ia diterbitkan daripada suatu siri Sidang-sidang majlis. Umat ini membentuk pentadbiran pusat Kerajaan Tuhan. Tanda Yunus berlanjutan selama satu tempoh masa tertentu dalam fasa-fasa. Fasa pertama adalah dari penyaliban tahun 30 TM kepada pembinasaan Yerusalem dan Bait itu pada tahun 70 TM (lihat karya Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci [013]). Fasa seterusnya adalah selama 40 Jubli (atau 2,000 tahun). Tahun 1996 merupakan ulang tahun ke 3,000 bagi kemasukan Daud ke dalam Yerusalem dan ulang tahun ke 2,000 bagi kelahiran Kristus. 1996 juga merupakan penghujung zaman bangsa-bangsa lain (lihat karya Kejatuhan Mesir: Nubuatan tentang Lengan-lengan Patah Firaun [036]). Tahun 2028 mewakili ulang tahun ke 2,000 bagi pelayanan Yesus Kristus serta tahun pertama Jubli baru milenium (rujuk karya Pembacaan Hukum Dengan Ezra dan Nehemia [250]).

 

Maka, Tujuh puluh-Dua itu menjadi persembahan-persembahan korban sistem Hari Kudus. Ianya mustahil untuk memahami apa yang berlaku di dalam struktur Kerajaan Tuhan ataupun mengenai proses penyembahanNya tanpa Bulan-bulan Baru. Sememangnya, ianya mustahil untuk tergolong di dalam umat 144,000 itu melainkan umat pilihan memelihara Bulan-bulan Baru bersama dengan Sabat dan Perayaan-perayaan itu. Kristus tetap sama dahulunya, hari ini dan selamanya (Ibrani 13:8). Pemulihan itu melibatkan hukum yang sama seperti yang diberikan kepada Musa dan kepada kita sebagai Jemaat. Terdapat dua Jemaat yang tidak memelihara Perjanjian Tuhan secara keseluruhannya dan kedua-dua Jemaat ini telah disingkirkan daripada kebangkitan pertama, yakni Sardis (Wahyu 3:1-6) dan Laodikia (Wahyu 3:14-22). Sardis mati sementara Laodikia suam-suam. Hanya individu-individu daripada sistem-sistem ini yang diterima masuk ke dalam Kerajaan Tuhan pada kebangkitan pertama. Sisa-sisa era Laodikia dan Sardis dipindahkan untuk bergabung dengan era Filadelfia (rujuk karya Tiang-tiang Filadelfia [283]). Sejarah menunjukkan bahawa kedua-dua sistem tersebut tidak memelihara Bulan-bulan Baru. Yang lainnya ada berbuat begitu dan memasuki Perhentian Tuhan.

 

Kumpulan 72 itu ditentukan dari suatu urutan tertentu korban-korban, yang memperlihatkan rencana Tuhan. 72 ini bukanlah kebetulan. Bilangan ini merupakan bilangan korban yang tepat yang dipersembahkan kepada Tuhan pada mana-mana satu tahun di dalam sistem Jubli. Berkenaan tahun Korban dapat dilihat dari Yehezkiel 45. Teks di dalam Yehezkiel 45 menunjukkan dengan tepatnya hari-hari kudus Tuhan serta bilangan-bilangan apakah yang harus diberi perhatian.

 

Yehezkiel 45:16-17  Seluruh penduduk negeri harus mempersembahkan persembahan khusus ini kepada raja di Israel. 17 Dan rajalah yang bertanggung jawab mengenai korban bakaran, korban sajian, korban curahan pada hari-hari raya, bulan-bulan baru, hari-hari Sabat dan pada setiap perayaan kaum Israel. Ialah yang akan mengolah korban penghapus dosa, korban sajian, korban bakaran dan korban keselamatan untuk mengadakan pendamaian bagi kaum Israel."

 

Keutamaannya adalah dari Sabat kepada Bulan Baru kepada Hari Raya, di sini dicatatkan secara songsang. Dengan itu, perhitungan-perhitungan harus mengambil kira Bulan-bulan Baru. Apabila Bulan-bulan Baru disertakan, beberapa perkara menarik terjadi kepada bilangan-bilangan itu. Sabat-sabat mingguan memangnya tidak berubah. Namun, Bulan-bulan Baru yang dua belas bilangannya dalam satu tahun biasa apabila dicampurkan dengan hari-hari raya memberikan bilangan 19. Jumlah semuanya adalah tujuh puluh. Namun begitu, bilangan penuhnya adalah tujuh puluh campur dua.

 

Komposisi Tujuh puluh orang itu mewakili tujuh puluh korban (Korban) bagi sistem Kudus. Korban-korban itu adalah hal-hal yang disebutkan sebagai yang dibenci di dalam Maleakhi 1:12. Salah satu daripada Korban ini, iaitu domba Paskah, menyingkirkan keimamatan itu (Maleakhi 2:3). Korban-korban itu adalah: lima puluh dua Sabat, tujuh Perayaan Hari Kudus dan dua belas Bulan Baru, bersama dengan Persembahan Unjukan Berkas (Imamat 23:9-14). Sangkakala-sangkakala merupakan korban ganda dua kerana ia adalah Hari Raya dan juga Bulan Baru (Bilangan 29:1-6).

 

Raja menyediakan korban-korban itu. Raja ini pada hakikatnya adalah Mesias. Poin sebenarnya di sini adalah bahawa kita diberikan Tuhan kepada Kristus sebagai penggenapan peruntukan persepuluhan bagi Perayaan-perayaan, Bulan-bulan Baru serta Hari-hari Kudus itu.

 

Bulan Baru bagi tahun interkalari tidak disertakan sebagai aspek tambahan. Tahun nubuatan adalah selama 360 hari dan jumlah bilangan hari ini menghadkan tahun kepada 52 Sabat dan dua belas Bulan Baru sahaja, dan dengan tujuh Perayaan itu serta Unjukan Berkas, berjumlah tujuh puluh dua korban. Bila ditaburkan selama dua ribu tahun, ianya berjumlah 144,000 korban sepanjang zaman tujuh jemaat itu yang dicurahkan sebagai korban curahan kepada Tuhan. Maka 144,000 itu adalah saksi-saksi yang mati syahid atau mangsa-mangsa yang mengikuti jejak Kristus di dalam dedikasi mereka. Ramai daripada saksi-saksi ini telah dibunuh oleh apa yang menyatakan dirinya sebagai agama Kristian aliran umum sepanjang sejarahnya. Dengan itu, pelacur Wahyu itu adalah jemaat yang telah mabuk dengan darah orang-orang kudus serta saksi-saksi yang mati syahid.

 

Kristus merupakan mangsa pertama atau Korban pertama perayaan tersebut yang, secara efektifnya, melenyapkan keimamatan Lewi itu.

 

Maleakhi 2:3 Sesungguhnya, Aku akan mematahkan lenganmu dan akan melemparkan kotoran ke mukamu, yakni kotoran korban dari hari-hari rayamu, dan orang akan menyeret kamu ke kotoran itu.

 

Di sini kita melihat bahawa salah satu daripada korban perayaan itu akan menyeret keimamatan tersebut. Korban ini atau mangsa ini adalah Yesus Kristus, atau Yehoshua atau Yosua iaitu Mesias, sebagai Domba Paskah. Dia menyingkirkan keimamatan Lewi itu dan mendirikan keimamatan Melkisedek.

 

Jadi, 144,000 orang itu merupakan korban-korban Bait yang akan menjadi Yang Maha Kudus serta pentadbiran pusat Kerajaan Tuhan. Kebanyakan daripada 144,000 orang ini telahpun dicurahkan sebagai korban curahan kepada Tuhan. Hanya sedikit saja yang terus tinggal hingga akhir zaman. Kumpulan besar itu pula adalah yang selainnya yang memasuki Kerajaan Tuhan di dalam kebangkitan pertama.

 

Bilangan 144,000 ini terdiri daripada jumlah 2,000 sidang Tujuh puluh campur dua ini. Ketika Kristus melantik tujuh puluh orang itu, ianya sebenarnya disenaraikan sebagai Tujuh puluh [dua] di dalam teks-teks itu (Lukas 10:1,17). Ini merupakan cara tradisional untuk merujuk kepada Sanhedrin. Septuagint juga ditulis oleh Tujuh puluh (LXX) itu yang disebutkan juga sebagai Tujuh puluh dua. Sentimennya adalah bahawa Tuhan dan Kristus adalah sentiasa sebahagian daripada Sidang tersebut. Sanhedrin sentiasa melebihi tujuh puluh orang dan ia menyertakan Imam Besar serta Timbalan Imam Besar.

 

Penutupan Bait Suci sehingga tamat malapetaka kemurkaan Tuhan

Penuaian itu tamat bersama orang terakhir daripada kumpulan besar itu yang mati di dalam Tuhan sewaktu masa kesukaran itu.

 

Wahyu 14:12-20 Yang penting di sini ialah ketekunan orang-orang kudus, yang menuruti perintah Allah dan iman kepada Yesus. 13 Dan aku mendengar suara dari sorga berkata: Tuliskan: "Berbahagialah orang-orang mati yang mati dalam Tuhan, sejak sekarang ini." "Sungguh," kata Roh, "supaya mereka boleh beristirahat dari jerih lelah mereka, karena segala perbuatan mereka menyertai mereka." 14 Dan aku melihat: sesungguhnya, ada suatu awan putih, dan di atas awan itu duduk seorang seperti Anak Manusia dengan sebuah mahkota emas di atas kepala-Nya dan sebilah sabit tajam di tangan-Nya. 15 Maka keluarlah seorang malaikat lain dari Bait Suci; dan ia berseru dengan suara nyaring kepada Dia yang duduk di atas awan itu: "Ayunkanlah sabit-Mu itu dan tuailah, karena sudah tiba saatnya untuk menuai; sebab tuaian di bumi sudah masak." 16 Dan Ia, yang duduk di atas awan itu, mengayunkan sabit-Nya ke atas bumi, dan bumipun dituailah. 17 Dan seorang malaikat lain keluar dari Bait Suci yang di sorga; juga padanya ada sebilah sabit tajam. 18 Dan seorang malaikat lain datang dari mezbah; ia berkuasa atas api dan ia berseru dengan suara nyaring kepada malaikat yang memegang sabit tajam itu, katanya: "Ayunkanlah sabitmu yang tajam itu dan potonglah buah-buah pohon anggur di bumi, karena buahnya sudah masak." 19 Lalu malaikat itu mengayunkan sabitnya ke atas bumi, dan memotong buah pohon anggur di bumi dan melemparkannya ke dalam kilangan besar, yaitu murka Allah. 20 Dan buah-buah anggur itu dikilang di luar kota dan dari kilangan itu mengalir darah, tingginya sampai ke kekang kuda dan jauhnya dua ratus mil.

 

Orang-orang ini yang mati di dalam Tuhan adalah mereka yang memelihara perintah-perintah Tuhan. Maka, penganiayaan terhadap pengikut-pengikut Kristus berlaku sehinggalah waktunya Kristus datang.

 

Dari masa Mesias datang, penuaian bumi ditutup sehinggalah kemurkaan Tuhan menundukkan bumi. Terdapat tujuh malaikat yang dilepaskan untuk melaksanakan pembalasan ini ke atas mereka yang telah mengambil tanda binatang itu. Mereka yang telah mencapai kemenangan ke atas binatang itu serta gambarnya dan tandanya atau sistemnya adalah mereka yang kemudiannya diberikan Nyanyian Musa dan Nyanyian Domba.

 

Jadi terdapatnya gabungan antara Perjanjian Lama dan Baru. Kedua-duanya adalah penting untuk keselamatan. Kasih karunia terbit daripada pendamaian Kristus kepada Tuhan di bawah perintah-perintahNya.

 

Wahyu 15:1-8 Dan aku melihat suatu tanda lain di langit, besar dan ajaib: tujuh malaikat dengan tujuh malapetaka terakhir, karena dengan itu berakhirlah murka Allah. 2 Dan aku melihat sesuatu bagaikan lautan kaca bercampur api, dan di tepi lautan kaca itu berdiri orang-orang yang telah mengalahkan binatang itu dan patungnya dan bilangan namanya. Pada mereka ada kecapi Allah. 3 Dan mereka menyanyikan nyanyian Musa, hamba Allah, dan nyanyian Anak Domba, bunyinya: "Besar dan ajaib segala pekerjaan-Mu, ya Tuhan, Allah, Yang Mahakuasa! Adil dan benar segala jalan-Mu, ya Raja segala bangsa! 4 Siapakah yang tidak takut, ya Tuhan, dan yang tidak memuliakan nama-Mu? Sebab Engkau saja yang kudus; karena semua bangsa akan datang dan sujud menyembah Engkau, sebab telah nyata kebenaran segala penghakiman-Mu." 5 Kemudian dari pada itu aku melihat orang membuka Bait Suci--kemah kesaksian--di sorga. 6 Dan ketujuh malaikat dengan ketujuh malapetaka itu, keluar dari Bait Suci, berpakaian lenan yang putih bersih dan berkilau-kilauan dan dadanya berlilitkan ikat pinggang dari emas. 7 Dan satu dari keempat makhluk itu memberikan kepada ketujuh malaikat itu tujuh cawan dari emas yang penuh berisi murka Allah, yaitu Allah yang hidup sampai selama-lamanya. 8 Dan Bait Suci itu dipenuhi asap karena kemuliaan Allah dan karena kuasa-Nya, dan seorangpun tidak dapat memasuki Bait Suci itu, sebelum berakhir ketujuh malapetaka dari ketujuh malaikat itu.

 

Perhatikan bahawa tiada seorangpun yang dapat memasuki Bait itu sehinggalah tujuh malapetaka itu berakhir. Bait itu, seperti yang telah kita perhatikan, adalah umat pilihan yang Tuhan gunakan untuk mengisi diriNya sebagai Roh Kudus. Proses in dihentikan sehingga bumi ditundukkan di bawah tujuh malapetaka itu. Proses dilaksanakan di bawah kekuasaan kepala-kepala malaikat atau makhluk-makhluk hidup yang mengelilingi takhta itu.

 

Dengan itu, tuaian-tuaian tersebut terhenti pada kedatangan Mesias dan sebelum permulaan sebenar Milenium itu. Itulah sebabnya kenapa Pengumpulan dilakukan pada malam pertama Perayaan Pondok Daun dan menurut hukum tidak boleh ditinggalkan sehingga pagi (Keluaran 23:19). Kesemua tuaian hasil-hasil sulung dilakukan menurut suatu siri urutan yang tepat dan itulah sebabnya kenapa hukum menuntut bayaran tepat pada masanya (Keluaran 22:29). Kristus memulakan penuaian ini sebagai hasil pertama dari hasil-hasil sulung, sebagai Unjukan Berkas. Ia berlangsung selama dua ribu tahun dan akan berlanjut ke dalam Milenium dan tamat pada Pengadilan Besar Takhta Putih.

 

Bulan-bulan Baru di dalam Zaman Pemulihan

Tuhan membuat janji melalui nabi Maleakhi pada akhir Perjanjian Lama. Janji ini secara berkesannya menutup wahyu Tuhan melalui para nabi sementara menunggu ketibaan Jemaat.

 

Maleakhi 4:1-6 Bahwa sesungguhnya hari itu datang, menyala seperti perapian, maka semua orang gegabah dan setiap orang yang berbuat fasik menjadi seperti jerami dan akan terbakar oleh hari yang datang itu, firman TUHAN semesta alam, sampai tidak ditinggalkannya akar dan cabang mereka. 2 Tetapi kamu yang takut akan nama-Ku, bagimu akan terbit surya kebenaran dengan kesembuhan pada sayapnya. Kamu akan keluar dan berjingkrak-jingkrak seperti anak lembu lepas kandang. 3 Kamu akan menginjak-injak orang-orang fasik, sebab mereka akan menjadi abu di bawah telapak kakimu, pada hari yang Kusiapkan itu, firman TUHAN semesta alam. 4 Ingatlah kepada Taurat yang telah Kuperintahkan kepada Musa, hamba-Ku, di gunung Horeb untuk disampaikan kepada seluruh Israel, yakni ketetapan-ketetapan dan hukum-hukum. 5 Sesungguhnya Aku akan mengutus nabi Elia kepadamu menjelang datangnya hari TUHAN yang besar dan dahsyat itu. 6 Maka ia akan membuat hati bapa-bapa berbalik kepada anak-anaknya dan hati anak-anak kepada bapa-bapanya supaya jangan Aku datang memukul bumi sehingga musnah.

 

Janjinya adalah bahawa Suria Kebenaran akan terbit dengan kesembuhan pada sayapnya. Hukum itu harus diingati dan hubungan-hubungan di dalam keluarga harus dipulihkan. Hukumannya kerana tidak melakukan tanggungjawab-tanggungjawab yang dipegang Kristus, dan dengan itu Jemaat juga, pada masa pemulihan itu adalah, dipukul bersama dengan mereka yang tidak insaf.

 

Kristus mengatakan bahawa Elia akan memulihkan segala sesuatu.

 

Matius 17:10-13 Lalu murid-murid-Nya bertanya kepada-Nya: "Kalau demikian mengapa ahli-ahli Taurat berkata bahwa Elia harus datang dahulu?" 11 Jawab Yesus: "Memang Elia akan datang dan memulihkan segala sesuatu 12 dan Aku berkata kepadamu: Elia sudah datang, tetapi orang tidak mengenal dia, dan memperlakukannya menurut kehendak mereka. Demikian juga Anak Manusia akan menderita oleh mereka." 13 Pada waktu itu mengertilah murid-murid Yesus bahwa Ia berbicara tentang Yohanes Pembaptis.

 

Siri urutannya adalah bahawa pemulihan itu mendahului kedatangan tersebut. Jadi, jelas sekali bahawa Jemaat diharapkan untuk melaksanakan pemulihan itu sebelum kedatangan Mesias. Ianya tidak boleh diterima untuk tidak aktif di dalam proses pemulihan ini. Ciri-ciri Elia bersandar di dalam Yohanes Pembaptis namun nubuatan ini tidak digenapi di dalam Yohanes. Hukumannya kerana tidak mengusahakan proses ini adalah dikutuk bersama dengan mereka yang tidak insaf.

 

Apakah yang terlibat di dalam pemulihan segala sesuatu?

Kita tahu bahawa Kristus berbicara mengenai struktur pemerintahan Tuhan dan juga sistem ibadahNya. Pemulihan itu adalah suatu subjek yang luas. Di sini kita hanya menumpu pada persoalan mengenai satu aspek pemulihan itu, iaitu: Adakah Bulan-bulan Baru itu sebahagian daripada pemulihan tersebut dan adakah kita dituntut untuk mengukuhkan pemeliharaannya apabila kita dikuatkan, atau mampu, berbuat demikian?

 

Bulan-bulan Baru jelas sekali adalah sebahagian daripada pemulihan itu. Yesaya meramalkan penubuhannya serta penguatkuasaannya.

 

Tuhan berbicara melalui Yesaya dan menyatakan tujuanNya serta kemakmuran Israel yang akan datang. Tuhan memandang pada mereka yang orang yang tertindas dan patah semangatnya dan yang gentar kepada firmanNya (Yesaya 66:2). Mereka yang gentar pada firman Tuhan adalah dibenci dan diusir keluar oleh saudara mereka kerana menghormati namaNya. Namun mereka akan mendapat malu (Yesaya 66:5).

 

Yesaya 66:22-23 Sebab sama seperti langit yang baru dan bumi yang baru yang akan Kujadikan itu, tinggal tetap di hadapan-Ku, demikianlah firman TUHAN, demikianlah keturunanmu dan namamu akan tinggal tetap. 23 Bulan berganti bulan, dan Sabat berganti Sabat, maka seluruh umat manusia akan datang untuk sujud menyembah di hadapan-Ku, firman TUHAN.

 

Bulan-bulan Baru dilihat sebagai setaraf dengan Sabat-sabat. Ia lebih diutamakan daripada Shabbathown atau Perayaan-perayaan itu dan disebutkan menurut keutamaannya dan ia haruslah dipelihara suci (contohnya Yesaya 1:13-14; lihat juga karya-karya Bulan-bulan Baru [125] dan Bulan-bulan Baru Israel [132]. Raja bertanggungjawab bagi pelaksanaannya. Maka, ianya suatu tanggungjawab berterusan.

 

Yehezkiel 45:17 Dan rajalah yang bertanggung jawab mengenai korban bakaran, korban sajian, korban curahan pada hari-hari raya, bulan-bulan baru, hari-hari Sabat dan pada setiap perayaan kaum Israel. Ialah yang akan mengolah korban penghapus dosa, korban sajian, korban bakaran dan korban keselamatan untuk mengadakan pendamaian bagi kaum Israel."

 

Seluruh jemaat itu, pemimpin dan umat, diperintahkan untuk menyembah pada hari Sabat dan Bulan-bulan Baru (lihat juga Yehezkiel 46:6,9-10).

 

Yehezkiel 46:1-3 Beginilah firman Tuhan ALLAH: Pintu gerbang pelataran dalam yang menghadap ke sebelah timur haruslah tertutup selama enam hari kerja, tetapi pada hari Sabat supaya dibuka; pada hari bulan baru juga supaya dibuka. 2 Raja itu akan masuk dari luar melalui balai gerbang dan akan berdiri dekat tiang pintu gerbang itu. Sementara itu imam-imam akan mengolah korban bakaran dan korban keselamatan raja itu dan ia akan sujud menyembah di ambang pintu gerbang itu, lalu keluar lagi. Dan pintu gerbang itu tidak boleh ditutup sampai petang hari. 3 Penduduk negeri juga harus turut sujud menyembah di hadapan TUHAN di pintu gerbang itu pada hari Sabat dan hari bulan baru.

 

Malah, korban Bulan Baru lebih besar lagi daripada korban Sabat (Yehezkiel 46:4,6). Tiada perbezaan dibuat antara Bulan Baru dan Sabat mingguan. Kedua-dua hari ini adalah suci dan tiada perdagangan dibenarkan pada keduanya.

 

Amos 8:5 dan berpikir: "Bilakah bulan baru berlalu, supaya kita boleh menjual gandum dan bilakah hari Sabat berlalu, supaya kita boleh menawarkan terigu dengan mengecilkan efa, membesarkan syikal, berbuat curang dengan neraca palsu,

 

Shabbathown disenaraikan di dalam Imamat 23. Hari Pendamaian adalah Shabbath Shabbathown yang menekankan kesuciannya (lihat SHD 7677). Tiada pungutan harus dibuat pada Hari Pendamaian – ia jelas dilarang (Keluaran 30:15; lihat karya-karya Pendamaian [138], Pengumpulan [139] dan juga Kalendar Tuhan [156]).

 

Perundangan berkenaan Unjukan Berkas terkandung di dalam Imamat 23 (lihat karya Persembahan Unjukan Berkas [106b]. Bulan-bulan Baru tidak disebut di situ. Ia muncul di dalam Bilangan 10:10 di mana ia disebut bersama dengan Perayaan-perayaan itu. Penggunaan Bilangan adalah penting kerana teks ini mengisahkan susunan perbarisan serta susunan perang umat Israel. Bulan-bulan Baru serta Perayaan-perayaan itu bertindak sebagai penanda-penanda bagi umat pilihan di dalam hubungan mereka dengan Tuhan dan merupakan lanjutan langsung daripada perintah keempat. Jemaat Tuhan telah memelihara Bulan Baru bersama Hari Raya dan hari Sabat sehinggalah abad kesembilan belas (Kolose 2:16; lihat karya Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah [170]).

 

Bulan-bulan Baru dan Kalendar Tuhan

Kepentingan korban-korban berkenaan Bulan-bulan Baru berkait kepada Jemaat dan sidang-sidang Israel. Melainkan Bulan Baru dipelihara, ianya mustahil untuk memahami Kalendar Tuhan (lihat karya Kalendar Tuhan [156]). Kalendar Yahudi Moden bukanlah kalendar betul dan menyekat pemulihan itu. Sehingga Kalendar Tuhan dipulihkan, Perayaan-perayaan serta Bulan-bulan Baru itu tidak dapat dipelihara dengan betul dan pemulihan itu dilambatkan. Hanya dengan memulihkan Bulan-bulan Baru itu saja barulah Kalendar tersebut, dan dengan itu juga, Perayaan-perayaan itu dapat dipelihara dan difahami.

Kalendar Yahudi telah dipertahankan oleh beberapa penjelasan yang agak luar biasa. Pendapat yang mempertahankan Kalendar Hillel II tahun 358 TM, secara umumnya mempunyai kecacatan. Juga pemikiran di sebalik penyaliban Mesias terhasil dan menyalahfaham kedua-dua tahunnya yang terbabit dan pemahaman mengenai nubuatan tujuh puluh minggu tahun itu serta Tanda Yunus (lihat karya-karya Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan [159] dan Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci [013]).

 

q