Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[126]

 

 

 

 

Daud dan Goliat

(Edisi 2.0 19950715-20000226)

 

Karya tulis ini adalah mengenai dengan kisah Daud dan Goliat dan mengembangkan maksud spiritual dan nubuatan dari aktiviti-aktiviti di sekitar konflik ini. Tema yang terdapat di dalam kisah ini adalah berkaitan dengan kemenangan Mesiah ke atas sistem-sistem dunia. Latar belakang penempatan orang Filistin di Tanah Kudus akan diberikan. Pembentukan Israel di Kanaan akan dikembangkan dan perincian kisah mengenai penyingkiran tabut perjanjian juga akan diberikan yang membawa kepada peperangan serta pembentukan monarki. Pembentukan salasila Daud adalah kesudahan akhir dari aktiviti-aktiviti ini.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1995, 2000 Wade Cox)

(Tr. 2005)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Daud dan Goliat [126]

 


Ramai orang mengetahui tentang kisah Daud dan Goliat. Ia adalah satu daripada kisah yang sering diulang-ulang di dalam Alkitab. Kisah tentang Daud dan Goliat selalunya diceritakan untuk mengilustrasikan bagaimana orang yang lemah tetapi berani mengalahkan orang yang kuat dengan pertolongan Allah. Bagaimana pun, kisah ini lebih daripada sebuah cerita. Pencungkilan saya tentang kisah ini berbalik kepada masa masa lalu sebelum Daud berlawan dengan Goliat.  Terdapat siri-siri lengkap yang telah dibuat untuk mencapai kejayaan didalam tindakan tersebut.  Tindakan tersebut menunjukkan simbol aktiviti Mesiah.  Maksud semua perkara didalam kisah Daud dan Goliat, dan latar belakang atau perkembangan mengenai kisah tersebut akan diterangkan.  Terdapat erti disebalik setiap perkara yang disebut dalam cerita.  Terdapat erti disebalik semua pelaku utama dan perkara yang telah dilakukan kepada kedua-dua bela pihak, iaitu pihak orang-orang Israel dan orang-orang Filistin.

 

Terdapat tema asas melalui kisah salib yang menjelaskan kemenangan Mesiah terhadap sistem-sistem dunia.  Goliath dari bangsa Gath adalah juara orang-orang Filistin.  Orang-orang Filistin ini bukanlah orang asal Kanaan.  Mereka tidak membangun sebagai satu bangsa di Kanaan.  Mereka telah diusir dari tempat yang dianggap sebagai tempat Aegean pada penghujung abad ketiga belas BCE.  Mereka telah dipisahkan oleh malapetaka yang memusnahkan peradaban Hittite di Turkey dan juga kuasa Mycenaens.  Sebahagian besar kota-kota orang Kanaan juga telah dimusnahkan dan kuasa Egypt juga telah dikurangkan.  Zaman ini kenali sebagai anarki di darat dan perompakan di laut.

 

Alkitab menyatakan bahawa orang Filistin atau Filistim datang dari kaftor atau crete (Yer. 47:4; Amos 9:7; cf. Ulang. 2:23).  Sebahagian daripadea pantai dipanggil Creton Negeb atau Negeb dari  Cherethites (1Sam. 30:14 lihat RSV).  Orang-orang Kreti juga adalah sehaluan dengan orang-orang Filistin (Yeh. 25-16; Zef. 2:5).  Fasal-fasal tersebut mempunyai perhubungan yang berunsur nubuatan yang sedang berjalan sekarang ini.  Walau bagaimanapun, tidak terdapat bukti secara akiologi penempatan orang Filistin di Kreti.  Apa yang kita ada ialah bahawa Alkitab menyatakan bahawa disanalah mereka datang.  Secara terang, mereka tidak menduduki Kreti dengan pengaruh yang besar.  Mereka tidak meninggalkan bukti akiologi yang banyak.  Ia hanya satu persinggahan dalam perjalanan.  Malahan mereka adalah merupakan kumpulan kedua daripada Orang Laut.  Terdapat buku yang ditulis oleh Velikovsky yang dipanggil Orang-orang Laut, yang agak penting, dan Velikovsky menimbulkan beberapa persoalan yang menarik kepada orang-orang pintar mengenai jangka masa yang terlibat.  Apa yang dilakukan disini ialah mengambil jangka masa pembelajran yang normal berdasarkan kronologi orang-orang Egypt melalui Manetho.  Saya lakukannya hanya untuk mengelakkan pertentangan mengenai sesuatu yang tidak begitu penting terhadap perdebatan ini.  Nama Filistin diambil daripada bentuk Egypt prst yang merupakan satu daripada nama orang-orang laut.  Pelishti Ibrani adalah berbentuk sifat yang diambil daripada wilayah yang ditentukan Pelesheth.  Sumber-sumber Orang Asiria mempunyai kedua-dua Pilisti dan Palastu.  Tidak terdapat etimologi Semitic untuk nama tersebut dan ia kelihatan seperti Indo-European.  Tetapi orang-orang di sana, orang Filistin zaman sekarang,  bukanlah sama seperti orang Filistin atau Palastu pada zaman Daud.  Mereka adalah orang yang berbeza.  Mereka adalah orang Indo-European yang menduduki Egypt pertama dan kemudiannya di pesisiran laut.

 

Orang-orang Filistin menduduki di pesisiran laut di daerah yang kita ketahui sebagai Gaza Strip dan di Inland Kanaan.  Disini mereka telah bergaul dengan kumpulan yang baru tiba, orang Israel.  Penyebab krisis yang mengakhiri Zaman gangsa dan permulaan Zaman Besi adalah masih lagi perkara yang kontroversi.

 

Teori-teori peperangan wilayah telah dicabar oleh malapetaka semulajadi.  Jadi, orang-orang pintar telah mencuba untuk mendebatkan sama ada peperangan wilayah telah menyebabkan perpindahan, atau sama ada ia adalah malapetaka semula jadi.  Velikovsky adalah orang yang percaya kepada malapetaka semulajadi.  Dia menjelaskan bahawa letusan Thera telah menyebabkan perpindahan orang-orang ini dan dia juga telah memindahkan jangka masa.  Misteri telah diperkuatkan lagi dengan ketiadaan apa-apa tulisan dari zaman ini dan menyebut jangka masa ini pada permulaan Zaman Besi, dari abad yang kedua belas kepada abad yang kesebelas BCE, sebagai Zaman Gelap (jangan keliru dengan Zaman Gelap, pre-medieval, 2000 tahun kemudian).  Kita telah mengalami zaman pertengahan yang dipanggil sebagai Zaman Gelap pada abad selepas kejatuhan empayar Rom di Eropah.  Ini bukanlah Zaman Gelap yang dimaksudkan oleh orang-orang ini.  Mereka panggil, Zaman Gelap, di Timur Tengah pada abad yang kesebelas sebelum Kristus.  Penggalian pada tahun 1995 telah dikendalikan oleh Prof. Trude Dothan dan Prof. Seymour Gitin dari Institut Albright, di tempat kota-kota Filistin.  Kota Ekron adalah kota kecil orang-orang Kanaan dari 50 Dunam dan ini telah dimusnahkan sekitar 1200 BCE dan telah digantikan oleh pekan yang diperkuatkan oleh 200 Dunam.

 

Penggalian telah pun dijalankan di Ashdod, Ekron dan Ashkelon.  Ashdod dan Ekron menunjukkan komuniti yang lebih teratur yang baru sampai dari latar belakang kota mendirikan yang besar dan baik dalam kejatuhan kota-kota yang lebih kecil orang-orang Kanaan (Abraham Rabinovich Jerusalem Post, art. Nothing But a Name, Jun 17 1995, m.s. 8).

 

Dua kota Filistin di Pentapolis ialah Gaza, dimana runtuhannya adalah dibawah kota sekarang dan Gat atau Gath yang dipercayai lokasi Tel es-Safi tidak jauh dari Ekron.  Adolphe Lods, seorang Profesor Perancis, menyatakan bahawa orang-orang Filistin adalah orang laut yang diambil alih oleh Rameses III dalam pengunduran dari perbatasan Egypt dalam 1192 BCE (Israel, Hooke tr. Routledge & Keegan Paul, London, 1962, p. 348), atau lebih tepat pada tahun kelapan zaman Rameses III (c. 1188 BCE; Interpreter’s Dictionary of the Bible, Vol. 3, p. 791).  Mereka telah mengekalkan beberapa adat istiadat mereka.  Pelindung dalam peperangan dan senjata sebagaimana yang dihuraikan dalam 1Samuel 17:5-7 adalah sama dengan apa yang digunakan oleh orang-orang Minoriti Asia (ibid).

 

Mereka mengadapasikan adat orang-orang Kanaan dan dewa-dewa mereka adalah Semitic ketuhanan yang asli.  Dagon, tuhan jagung; Atargatis-Derketo, dewi Ashkelon, satu bentuk Semitic Astarte yang terdapat dimana-mana (ibdi., m.s. 349).  Banyak yang ditulis mengenai Dagon, sama ada ia disimbolkan oleh ikan, tetapi Dagon adalah tuhan jagung menurut Lods.  Juga, penyembahan Astarte adalah dibawah Atargatis-Derketo.  Orang Falestin atau Filistin Astarte disebut pada tulisan yang dijumpai di Delos; Baal-Zebub “the lord of flies”,   tuhan Ekron.  Itulah pantheon mereka, jika kamu suka; struktur mereka.  Secara asas itulah sistem Semitic berdasarkan sistem Babylonian.  Jadi, orang-orang Filistin mengadaptasi sistem keagamaan orang Babylon.  Tuhan-tuhan ini adalah berdasarkan kepada sistem orang Babylon, dan orang-orang Babylon adalah orang-orang Semit.

 

Keterperincian tentang sistem ini telah ditulis dalam karya paper Pemurnian dan Penyunatan (No. 251).

 

Sistem keagamaan moden penyembahan Matahari menggunakan nama Paskah dalam penyembahan sistem dan memelihara perayaan dan patung dewi dan dewa.  Tertullian menyatakan bahawa Atargatis adalah dewi orang-orang Syria.  Macrobius memanggil Matahari Hadad dan bumi Atargatis.   Oleh itu, ben Hadad bermaksud anak Matahari.  Talmud memanggilnya Tar’atha.  Di Armenia, dia adalah Tharatha.  Dia adalah dalam bentuk dewi Semitic Ishatar-’Athtar atau dalam Anglo Saxon Easter purba.  Strabo dan Hesychius kedua-dua mengenalnya dengan Athara dan tulisan Delos memanggilnya Aphrodite (ERE ibid).  Askelon, Karnaim dan Delos telah lama devoted kepada Astarte.  Dikenali sebagai Derketo di Askelon, bahagian sebelah bawahnya adalah ikan.  Ini merupakan asal usul ikan duyung.  Lucian tidak mengenali dewa  orang syria di Hieropolis dengan dewa di Askelon disebabkan pada asasnya bahawa dewa di Hieropolis mempunyai bentuk manusia yang sempurna dan dia memanggilnya Hera tetapi mengaku bahawa dia juga boleh dikenali dengan Rhea.  Terdapat sedikit ketidakpastian bahawa mereka adalah satu dan dewa yang sama.  Ikan tidaklah dimakan oleh kedua-dua pengikut-pengikut Atargatis dan Astarte dan upacara seks mengenali kedua-dua dewi sebagai satu dan dewa yang sama.  Dewa dibezakan mengikut tempat oleh itu, ia dikenali dengan menonjol ditempat itu didalam fikiran orang-orang biasa seperti mana ia dikenali sebagai Ishtar di Assyria di Nineveh dan Arbela.  Nama asli Hierapolis ialah Mabog dan bermaksud mata air dalam asli Aramaic (cf. ERE ibid).  Oleh itu, ia juga berkaitan dengan air dan mata air.

 

Dari 2Maccabees 12:26, Judas Maccabeus pergi menentang kaabah Atergatis di Karnion pada 164 BCE dan membunuh 25,000 orang.  Paton merumus dari ayat 1 Maccabees 5:43 bahawa cara pemujaan Atargatis adalah baik bukan sahaja di Hieropolis dan Askalon tetapi juga di Bashan.  Tulisan antara Damascus dan Banias di Kefr Hauwar menunjukkan kaabah ada disana dan juga beberapa tulisan di Delos, bertarikh sebelum era Kristian, mengenali dia dengan Hadad dan juga mengenali dia dia sebagai Aphrodite (cf. ERE, vol. 2., ;. 166).  Oleh itu dia telah isteri Hadad, matahari atau Baal.  Sebagai Rhea, dia mengebiri Attis yang juga dikenali dengan dia.

 

Paton juga telah mengambil perhatian bahawa tulisan Ovid pada 17 CE memberitahu bagaimana Dercetis telah bertukar menjadi ikan di Filistin.  Germanicus pada 19 CE memanggil dewi-dewinya dari Syria, Derceto dan Atargatis dan menambahkan maklumat baru bahawa dia telah berubah menjadi ikan di Bambyce, nama Hieropolis dalam Greek.  Tulisan Strabo pada 24 CE menjatakan

 

‘Artargate (atau Artagate dalam MSS lain) orang-orang Syria memanggilnya Arthara, tetapi Ctesias memanggil dia Derketo.  Disini Atargatis dikenali dengan ‘Athar (=Athtar, Ashtart, Astarte), dalam cara lain dimana dia dikenali dengan Aphrodite didalam tulisan Delos (ERE ibid).

 

Cornutis (ca. 68 CE) merekodkan bahawa ikan dan merpati adalah suci bagi dewi Atargatis dari Syria.  Ia tidak diragu-ragukan asal sebenar simbol ikan di Rom pada abad pertama [dan asal yang paling mungkin mitre bishop, yang mana menyerupai ikan].  Orang-orang Kristian tidak sama sekali membuat benda disembah berhala di Palistin untuk berabad-abad sebelum dan semasa zaman Kristus iaitu simbol keimanan mereka.  Pliny pada 79 CE menyatakan bahawa Ceto disembah di Joppa.  Kedua-dua Pliny dan Strabo mencatatkan rangka raksasa laut yang dipamerkan di Joppa.  Ceto mungkin dianggap sebagai sebahagian daripada bentuk Derceto tetapi Paton menyatakan bahawa ini tidaklah pasti (ERE ibid.).   Pliny mengenal Atargatis sebagai Derceto dan mengatakan bahawa dia telah disembah di Hieropolis atau Bombyce atau Mabog.  Plutarch mengatakan terdapat sekolam ikan suci di Hieropolis dan mengatakan bahawa dewi yang disembah disana dikenali dengan Aphrodite dan Hera atau dewi yang menghasilkan benih kepada semua perkara daripada embun.  (ERE ibid.).  Laporan yang paling menyeluruh telah diberi oleh tulisan Lucian ca 200 CE, dan sebagai saksi; dia sebagai orang Syria.  Sebagaimana kita lihat, dia lebih suka untuk mengenal dia sebagai Hera tetapi Paton mengatakan tidak ragu-ragu lagi bahwa kita merujukkan kepada Atargatis (ERE ibid).  Oleh itu, cara pemujaan Atargatis, Ishtar, atau Astarte, Ashtaroth atau Easter adalah upacara asas yang dikutuk dalam Alkitab yang melibatkan beberapa aspek ini.  Aspek-aspek pembersihan melibatkan pembuangan sistem penyembahan ini.  Ia kembali kepada zaman sistem Anak Lembu emas dibawah beberapa pelbagai nama  (cf. the paper Anak Lembu Emas (No. 222); (Pemurnian dan Penyunatan (No. 251)).

 

(dipetik semula dari W.E Cox The Piñata [276] Christian Churches of God, 1999).

 

Pemimpin-pemimpin mereka telah diistilah sebagai seren yang mana hanya digunakan di Ibrani sehubungan dengan Filistin.  Ia terbukti bahawa ia adalah perkataan dalam bahasa mereka sendiri sama dengan turranos dalam bahasa Greek.  Alkitab Syria menyebutnya truno dan Targum turono (ibid.).   Lima kota itu membentuk federasi.  Sebagai contoh,  Putera Gath kadangkala sebagai raja yang mempunyai gaya tetapi hanya Raja Gath dan bukannya Filistin.  Mereka tidak mempunyai raja secara keseluruhan.  Terdapat lima tuhan Filistin.  Pelabuhan Dor dipunyai oleh pesatuan Filistin, Zekal adalah kumpulan “orang laut” yang lain.  Mereka bukanlah kumpulan yang sama.  Filistin mencapai kemuncak mereka secara menghairankan dengan penaklukan oleh Orang Asirias dibawah Sennacharib pada 701 BCE.  Mereka sebenarnya tidak mencapai kemuncak kekuasaannya sehinggalah  mereka akhirnya diterima oleh Orang Asirias.  Mereka menjadi kota negeri yang maju dibawah sistem ekonomi kerajaan Orang Asiria sebab mereka boleh menyesuai dengan baik.  Mereka telah menyamakan adat mereka.  Mereka menyesuaikan diri mereka dan mengadaptasikan adat istiadat yang baik.  Itulah sebab kelenyapan mereka, sebab mereka tidak mempunyai sistem adat istiadat yang spesifik yang membuat mereka berlainan.  Mereka terus mengambil pakai adat istiadat.  Mereka tidak konsisten.  Sama dengan misteri agama orang Babylon yang disesuaikan.  Orang-orang ini mengambil pakai sistem keagamaan orang Babylon dan mereka kemudiannya termasuk dalam sistem ekonomi Orang Asiria.

 

Mereka telah dimusnahkan oleh orang-orang Babylon sebab mereka telah menjadi kota negeri yang maju dibawah sistem Orang Asiria.  Oleh itu, mereka juga telah musnah apabila orang-orang Babylon memusnahkan orang-orang Orang Asiria, sebab mereka telah menyesuaikan diri terlalu baik dibawah sistem Orang Asiria.  Mereka terkenal sebagai dikalangan Orang Asirias.  Mereka didengar buat kali terakhir dalam senarai pembuangan ialah yang disusun oleh wilayah.  Ekron telah dimusnahkan oleh Nebuchadnezzar pada 603 BCE.  Senarai yang terdapat dalam akrib orang Babylon adalah dari abad yang kelima BCE diNippur dan merujukkan kepada pembuangan Is-qal-lu-nu (Ashkelon) dan Hazatu (Gaza).  Gitin menyatakan bahawa rekod ini menunjukkan penghilangan Filistin dari muka surat sejarah (lihat Robinovich, ibid.).  Yudah, Levi dan sebahagian daripada suku kaum kembali pembuangan Babylon, tetapi rang-orang Filistin tidak.  Penerimaan mereka dalam Orang Asiria adalah lengkap oleh itu mereka tidak boleh teruskan kehidupan sebagai satu kebudayaan, menurut Gitin.  Perhubungan mereka secara suku kaum dengan Aegean rakan di Cyrpus setelah menduduki kota yang lama memboleh mereka berpindah ketempat yang baru and membentuk satu kebudayaan yang dikenali dan membolehkan mereka terus hidup.  Jadi, peradaban Aegean mempunyai perhubungan dengan orang-orang Filistin yang menduduki di Cyrpus dan membolehkan mereka berpindah ke lokasi yang baru, dan mereka dapat hidup disebabkan mereka telah membentuk kebudayaan tersendiri mereka.  Ini saja sebab mereka dapat terus hidup.  Pelajaran yang kita dapat daripada orang-orang Filistin ialah peranan mereka sebagai angkatan yang menentang Israel yang mana menimbulkan ancaman yang cukup besar yang memaksa Israel untuk bersatu sebagai bangsa dibawah Saul.  Kekalahan di Ebenezer adalah katalisator.  Walau bagaimanapun, proses adalah pada jangka masa yang diperpanjangkan.

 

Jadi, apa yang terjadi ialah Allah membuat keputusan untuk membentuk Israel di tanah yang telah dijanjikan.  Beberapa malapetaka telah berlaku dan Israel telah dikeluarkan daripada Egypt.  Musuh telah menempatkan orang-orangnya sendiri untuk mengambil alih, menghalang orang-orang Israel daripada menduduki Kanaan atau Israel;  dalam kata lain daripada mendapatkan janji tersebut.  Jadi, orang laut, orang-orang Filistin telah ditempatkan di Israel untuk cuba menggabungkan dan menghalang penempatan Israel sebagai satu bangsa.  Jika mereka telah membuat demikian, mereka boleh memastikan sistem Babylon akan menguasai Israel, dan agama yang kita ada mungkin tidak diganti atau tidak dapat dibentuk.  Sistem orang Babylon mungkin mengambilnya lebih awal.  Peperangan sistem orang Babylon menentang sistem Alkitabiah, sistem kekristianan-Yudeo, masih lagi berjalan dan peperangan ini diperjuangkan pada zaman akhir.  Sistem orang Babylon adalah sistem keagamaan yang utama di dunia ini.  Orang-orang Filistin mewakili sistem orang Babylon.  Peperangan ini adalah peperangan yang diperjuangkan sekarang ini, pada zaman akhir.

 

Penindasan Israel oleh orang-orang Filistin memperlihatkan suku kaum Dan dan Yudah pertama kali mengalah kepada serangan mereka (cth. Hakim 16:1-3).  Mereka kemudiannya berpindah menentang Ephraim dan Benjamin yang mana mereka menang.  Oleh itu, Israel menjadi hamba.  Israel, kemungkinan Yusup, menentang tetapi orang-orang Filistin telah menyerang mereka.  Allah telah pun bekerja sama dengan Israel pada jangka masa ini.  Saya ingin anda merujukkan kepada karya Samson dan Para Hakim (No. 73), dan Gideon’s Force and the Last Days [022], dimana anda boleh melihat bagaimana Allah bekerja sama dengan Israel pada zaman orang-orang Kanaan dan Filistin.  Setiap kali mereka membuat dosa, Allah membenarkan mereka pecah, dan apabila mereka kembali kepada Allah mereka akan dibentuk semula.  Dalam kes ini, Dia bertindak dengan ketara untuk menentang orang-orang Filistin untuk membentuk Israel pada satu jangka masa.  Dia menyediakan imam yang setia (1Sam. 2:35) untuk melaksanakan semua perkara yang berkenaan dengan kehendak and pemikiran Allah.  Imam kemudiannya memohon makanan dari dia (NB).

 

1Samuel 2:35-36 Dan Aku akan mengangkat bagi-Ku seorang imam kepercayaan, yang berlaku sesuai dengan hati-Ku dan jiwa-Ku, dan Aku akan membangunkan baginya keturunan yang teguh setia, sehingga ia selalu hidup di hadapan orang yang Kuurapi.  36 Kemudian siapa yang masih tinggal hidup dari keturunanmu akan datang sujud menyembah kepadanya meminta sekeping uang perak atau sepotong roti, dan akan berkata: Tempatkanlah kiranya aku dalam salah satu golongan imam itu, supaya aku dapat makan sekerat roti."

 

1Samuel 3:1 Samuel yang muda itu menjadi pelayan TUHAN di bawah pengawasan Eli. Pada masa itu firman TUHAN jarang; penglihatan-penglihatanpun tidak sering.

 

Terdapat applikasi yang berhubung dengan Mesiah dalam ayat ini.  Ia mengatakan, terdapat imam yang setia yang akan dibesarkan dan akan melaksanakan semua apa didalam hati dan minda Allah.  Dia akan mendirikannya rumah yang teguh dan dia akan berjalan dengan yang diurapi selamanya.  Sekarang Samuel sudah meninggal!.

 

Terdapat imam yang dibangunkan untuk berjalan dengan Tuhan selamanya, dengan yang diurapi, dan yang diurapi ialah Mesiah.  Jadi, terdapat imam yang dibangunkan untuk berjalan dengan Mesiah, selamanya.  1Samuel 2:36 adalah nubuatan kepada keimamatan Israel sebab keimaman adalah duniawi dan ia mesti meminta makanan.  Nubuatan yang sangat kuat.

 

Samuel telah dibentuk sebagai nabi dan Tuhan tidak membenarkan satu perkataan gagal.

 

1Samuel 3:19-21 Dan Samuel makin besar dan TUHAN menyertai dia dan tidak ada satupun dari firman-Nya itu yang dibiarkan-Nya gugur.  20 Maka tahulah seluruh Israel dari Dan sampai Bersyeba, bahwa kepada Samuel telah dipercayakan jabatan nabi TUHAN.

 

Samuel mengumpul Israel di Shiloh berdasarkan apa yang dia fahami sebagai kehendak Allah.  Ingat, Jerusalem bukanlah markas besar, dan bukan juga di Hebron.  Kaabah Allah terdapat di Shiloh.

 

1Samuel 3:21     Dan TUHAN selanjutnya menampakkan diri di Silo, sebab Ia menyatakan diri di Silo kepada Samuel dengan perantaraan firman-Nya.

 

1Samuel 4:1-11 Dan perkataan Samuel sampai ke seluruh Israel. (4-1b) Orang Israel maju berperang melawan orang Filistin dan berkemah dekat Eben-Haezer, sedang orang Filistin berkemah di Afek.  2 Orang Filistin mengatur barisannya berhadapan dengan orang Israel. Ketika pertempuran menghebat, terpukullah kalah orang Israel oleh orang Filistin, yang menewaskan kira-kira empat ribu orang di medan pertempuran itu.

 

Disini kita mempunyai Israel yang menurut nabi Allah tetapi jatuh dalam pedang.  Reaksi terhadap kesengsaraan ini bergantung kepada kehadiran Tabut Perjanjian secara fizikal.  Allah membentuk Israel dan mengatakan ‘kamu tidak benar dalam penglihatan saya; kamu tidak bersedia’.  Dia kemudianya membuat syarat-syarat dimana Dia akan menyatukan Israel, sebab setiap manusia pada tahap ini melakukan apa yang benar dihadapan mata mereka sendiri, dan mereka adalah dari kumpulan-kumpulan yang berlainan.  Mereka berada didalam suku kaum tetapi tidak mempunyai administrasi pusat.  Allah sedang memindah mereka dibawah satu administrasi pusat.  Mereka melihat yang mereka gagal kemudian mereka mengambil keputusan ‘bagaimana kita menang?’  ‘Saya tahu Allah telah memindah kita disini, mari kita pergi dan mendapatkan kembali Tabut Perjanjian dan kita akan meletakkan Tabut tersebut bersama-sama dengan kita dalam peperangan’.  Disebabkan mereka mempunya kehadiran Tabut secara fizikal, mereka fikir itu mencukupi.  Mereka tidak memahami bahawa itu adalah simbol hukum, sifat dan kehendak Allah.  Seperti orang-orang Yahudi sekarang, mereka tidak memahami tujuan rohani perhubungan dengan Allah.  Terdapat tujuan rohani kepada semua ini.

 

3 Ketika tentara itu kembali ke perkemahan, berkatalah para tua-tua Israel: "Mengapa TUHAN membuat kita terpukul kalah oleh orang Filistin pada hari ini? Marilah kita mengambil dari Silo tabut perjanjian TUHAN, supaya Ia datang ke tengah-tengah kita dan melepaskan kita dari tangan musuh kita."  4 Kemudian bangsa itu menyuruh orang ke Silo, lalu mereka mengangkat dari sana tabut perjanjian TUHAN semesta alam, yang bersemayam di atas para kerub; kedua anak Eli, Hofni dan Pinehas, ada di sana dekat tabut perjanjian Allah itu.

 

Apa yang dibuat Allah disini ialah Dia akan membukakan Tabut dari Kaabah dan dia berkata ‘Saya akan membuat kehadiran saya jelas diantara orang-orang Israel’.  Pada masa itu anak lelaki Eli (Hophni dan Phinehas) adalah jahat.  Keimamanan telah rosak sepenuhnya dibawah Eli.  Hophni dan Phinehas telah berzina, meniduri perempuan-perempuan didalam baik suci.  Mereka mengamal rasuah.  Mereka mengubah hukuman melalui rasuah dan Eli tidak memperbetulkan mereka.  Samuel melihat ketidakadilan keimaman dibawah Eli.  Dia melihat ketidakadilan Hophni dan Phinehas dan kita akan milihat bahawa Samuel membuat  perkara yang sama.  Samuel adalah nabi Allah dan dia tidak memperbetulkan kesalahan diantara anak-anaknya, yang dilihat dibawah Elih dengan Hophni dan Phinehas.  Ini adalah kesalahan biasa.  Pemimpin-pemimpin gereja yang terpilih boleh, malah, mereka mempunyai keluarga sendiri untuk pergi menyeleweng dan orang-orang yang mengambil tempat mereka boleh melihat tetapi masih lagi membiarkan anak-anak mereka melakukan perkara yang sama.  Inilah yang terjadi dengan Eli, dan inilah juga yang terjadi kepada  Samuel.  Disebabkan ini, kepemimpinan telah ditarik balik dari keimamanan.  Kepemimpinan Israel telah diambil dari hakim-hakim dan imam, dan telah diberikan kepada kerajaan;  dibawah tangan pemerintahan rajah.  Jadi, Allah mengambil Hophni dan Phinehas dengan Tabut Perjanjian keluar dari Shiloh, dan meletakkan mereka dalam posisi dimana mereka boleh dibunuh disebabkan mereka didapati bersalah dan tidak layak untuk menjaga Tabut.  Ini telah diabaikan.

 

1Samuel 4: Segera sesudah tabut perjanjian TUHAN sampai ke perkemahan, bersoraklah seluruh orang Israel dengan nyaring, sehingga bumi bergetar.  6 Dan orang Filistin yang mendengar bunyi sorak itu berkata: "Apakah bunyi sorak yang nyaring di perkemahan orang Ibrani itu?" Ketika diketahui mereka, bahwa tabut TUHAN telah sampai ke perkemahan itu, 7 ketakutanlah orang Filistin, sebab kata mereka: "Allah mereka telah datang ke perkemahan itu," dan mereka berkata: "Celakalah kita, sebab seperti itu belum pernah terjadi dahulu.  8 Celakalah kita! Siapakah yang menolong kita dari tangan Allah yang maha dahsyat ini? Inilah juga Allah, yang telah menghajar orang Mesir dengan berbagai-bagai tulah di padang gurun.  9 Kuatkanlah hatimu dan berlakulah seperti laki-laki, hai orang Filistin, supaya kamu jangan menjadi budak orang Ibrani itu, seperti mereka dahulu menjadi budakmu. Berlakulah seperti laki-laki dan berperanglah!"  10 Lalu berperanglah orang Filistin, sehingga orang Israel terpukul kalah. Mereka melarikan diri masing-masing ke kemahnya. Amatlah besar kekalahan itu: dari pihak Israel gugur tiga puluh ribu orang pasukan berjalan kaki.  11 Lagipula tabut Allah dirampas dan kedua anak Eli, Hofni dan Pinehas, tewas.

 

Tabut mempunyai kesan yang bertentangan.  Orang-orang Filistin berjuang habis-habisan disebabkan mereka dibawah ancaman.  Tiga puluh ribu orang Israel telah jatuh dan juga anak-anak Eli.  Allah menyembelih imam-imam ini dan memberikan Tabut Perjanjian kepada orang-orang Filistin.  Ini telah dibuat secara spesifik ditangan nabi yang diurapi.  Mengapa?  Jawapannya ialah bahawa orang-orang Israel tidak layak untuk berdiri dihadapan Allah dalam bentuk yang nyata.  Lagi pun Allah mempunyai kerja bagi orang-orang Israel dan ia tidak boleh dibuat didalam bentuk organisasi tersebut.  Jadi, Allah mesti memusnahkannya dan dengan membuat demikian, Dia juga mesti memusnahkan keimaman.  Dia telah memaksa Hophni dan Phinehas ke medan pertempuran, dan Dia menyembelih mereka dan 30,000 orang yang mengikut mereka.

 

Pengambilan Tabut Allah daripada tangan orang-orang Filistin juga menunjukkan kepada mereka bahawa mereka juga menyembah berhala.  Berhala Dagon telah dibuat untuk melemahkannya sendiri dihadapan Tabut (1Sam. 5:3-5).  Ia telah jatuh dihadapan Tabut dan terkena kepalanya.  Kepadanya pecah dan tangannya juga telah pecah.  Terdapat sebab ini terjadi.  Pengambilan kepala dan tangannya adalah berkaitan dengan konsep pemeteraian orang-orang dengan sistem tuhan mereka.  Kamu telah dimeterai pada dahi dan tangan dengan pemikiran kamu yang terlibat dalam sistem keagamaan dan dengan cara melaksanakan sister tersebut dalam kerjanya dan dalam aktiviti-aktiviti sosialnya.  Jadi, organisasi sosio-ekonomi sistem tersebut disimbolkan oleh tangan, dan sikap-sikap pemikiran orang disimbolkan oleh dahi.  Itulah sebabnya pemeteraian sistem tersebut adalah pada dahi dan tangan.  Bangsa itu telah dipukul dengan borok-borok (1Sam 5:6; 6:4). Borok-borok dicatat dari Ulangan 28:27 sebagai satu daripada tulah dan kutuk di Mesir. Kita ketahui mereka sebagai bekangkan dibahagian anus.  Ramai orang-orang Filistin terbunuh apabila mereka mendapatkan Tabut Perjanjian dan mereka memberikan lima borok emas dan lima tikus emas, satu untuk setiap lima tuhan orang-orang Filistin, sebagai persembahan yang memenuhi nazar dengan Tabut apabila ia kembali setelah tujuh bulan (1Sam. 6:1-4).  Mereka menyimpankannya selama tujuh bulan dan tanpa guna kecuali masalah.  Tuhan telah memberikan saksi melalui tindakan ini kepada Israel dan Filistin. 

 

Melalui kecemasan ini, Allah akan membentuk pemerintahan pusat dan taktha yang mana Mesiah akan mewarisinya suatu hari nanti.  Dia menyediakan sistem pewarisan Mesiah.  Oleh itu, kejadian-kejadian disekeliling pembentukan kerajaan juga relevan bagi tujuannya.

 

Pertama, kerajaan telah dibentuk setuju seiring dengan Saul anak Benjamin.  Benjamin adalah suku kaum yang paling kecil dan dia hampir dihapuskan atas sebab moral yang jahat dalam kejadian sebelumnya  (Hkm. 20 & 21).  Perkara yang Benjamin dihapuskan dari Israel tidak bermakna.  Baca Hakim-hakim 20 dan 21 dan kamu akan mengetahui sebabnya sebenar Benjamin dihapuskan, hampir semua keturunannya (hanya terdapat 600 orang tertinggal dalam keturunan Benjamin).  Mereka telah diberi perempuan-perempuan dari suku kaum yang lain untuk berkahwin supaya keturunan Benjamin tidak akan lenyap sepenuhnya.  Tetapi dosa yang menyebabkan mereka dihapuskan terjadi setiap hari kepada orang kita.  Berapa lamakah anda fikir Allah boleh bertahan dalam kemurkahannya terhadap suku kaum Israel apabila Dia hampir tidak menyelamatkan Benjamin atas satu pelanggaran?

 

Kerajaan telah dibentuk oleh Allah memalui nabi Samuel.  Ia mestilah di ingat bahawa Samuel tidak mendisiplinkan anak-anaknya sebagaimana Eli gagal dengan Hophni dan Phinehas sebelumnya.  Beberapa ahli psikologi percaya bahawa Samuel telah dibesarkan di rumah Eli, di baikt suci, oleh itu, dia fikir bahawa itu adalah jalan yang biasa untuk membesarkan anak-anaknya.  Itu adalah benar.  Jika anda melihat mereka dibesarkan dengan jalan sedemikian tanpa contoh yang lain, anda akan berfikir bahawa itulah cara untuk melakukannya.  Samuel seharusnya melihat akibat Hophni dan Phinehas, tetapi dia membesarkan anak-anaknya sendiri dengan cara yang sama.

 

1Samuel 8:1-22 Setelah Samuel menjadi tua, diangkatnyalah anak-anaknya laki-laki menjadi hakim atas orang Israel.  2 Nama anaknya yang sulung ialah Yoel, dan nama anaknya yang kedua ialah Abia; keduanya menjadi hakim di Bersyeba.  3 Tetapi anak-anaknya itu tidak hidup seperti ayahnya; mereka mengejar laba, menerima suap dan memutarbalikkan keadilan.  4 Sebab itu berkumpullah semua tua-tua Israel; mereka datang kepada Samuel di Rama 5 dan berkata kepadanya: "Engkau sudah tua dan anak-anakmu tidak hidup seperti engkau; maka angkatlah sekarang seorang raja atas kami untuk memerintah kami, seperti pada segala bangsa-bangsa lain."  6 Waktu mereka berkata: "Berikanlah kepada kami seorang raja untuk memerintah kami," perkataan itu mengesalkan Samuel, maka berdoalah Samuel kepada TUHAN.  7 TUHAN berfirman kepada Samuel: "Dengarkanlah perkataan bangsa itu dalam segala hal yang dikatakan mereka kepadamu, sebab bukan engkau yang mereka tolak, tetapi Akulah yang mereka tolak, supaya jangan Aku menjadi raja atas mereka.

 

Komen:  Mereka berfikir bahawa Allah akan bercampur tangan dan mendidik nabi lain untuk mengganti anak-anak.  Mereka berfikir bahawa mereka akan berkekalan dengan Joel dan Abiah anak Samuel.  Mereka tidak sedar bahawa Allah telah menghapuskan Hophni dan Phinehas and meletakkan mereka ke medan pertempuran apabila mereka tidak mempunyai tujuan untuk berperang, dan menyembelih mereka.  Mereka tidak mempunyai semangat atau iman untuk mempercayai bahawa Allah akan mengeluarkan Joel dan Abiah seperti mana ia mengeluarkan Hophni dan Phinehas.  Mereka mahu membentuk Raja mereka sendiri dan anda akan mengetahui bahawa kerajaan telah dibentuk, tetapi Allah membenarkan ia terjadi dengan tujuan yang lain.  Allah membenarkan ia terjadi supaya martabat raja boleh dibentuk, dan takhta telah dibentuk bagi mesiah.

 

8 Tepat seperti yang dilakukan mereka kepada-Ku sejak hari Aku menuntun mereka keluar dari Mesir sampai hari ini, yakni meninggalkan Daku dan beribadah kepada allah lain, demikianlah juga dilakukan mereka kepadamu.  9 Oleh sebab itu dengarkanlah permintaan mereka, hanya peringatkanlah mereka dengan sungguh-sungguh dan beritahukanlah kepada mereka apa yang menjadi hak raja yang akan memerintah mereka."  10 Dan Samuel menyampaikan segala firman TUHAN kepada bangsa itu, yang meminta seorang raja kepadanya, 11 katanya: "Inilah yang menjadi hak raja yang akan memerintah kamu itu: anak-anakmu laki-laki akan diambilnya dan dipekerjakannya pada keretanya dan pada kudanya, dan mereka akan berlari di depan keretanya; 12 ia akan menjadikan mereka kepala pasukan seribu dan kepala pasukan lima puluh; mereka akan membajak ladangnya dan mengerjakan penuaian baginya; senjata-senjatanya dan perkakas keretanya akan dibuat mereka.  13 Anak-anakmu perempuan akan diambilnya sebagai juru campur rempah-rempah, juru masak dan juru makanan.

 

Komen:  Mereka tidak akan manjaga kuda-kuda kamu; mereka tidak akan menjaga tanah kamu; mereka tidak akan menebah tanam-tanaman kamu; mereka akan melakukan kerja raja; mereka akan menuai hasilnya.  Mereka tidak akan melakukan kerja-kerja yang ringan-ringan di dapur kamu, mereka akan melakukannya di dapur raja.

 

14 Selanjutnya dari ladangmu, kebun anggurmu dan kebun zaitunmu akan diambilnya yang paling baik dan akan diberikannya kepada pegawai-pegawainya  15 dari gandummu dan hasil kebun anggurmu akan diambilnya sepersepuluh dan akan diberikannya kepada pegawai-pegawai istananya dan kepada pegawai-pegawainya yang lain.

 

Komen:  Persepuluhan kamu tidak lagi diberikan kepada bait suci sekarang, ia akan diberikan kepada administrasi raja, dan kemudiannya dia akan menggunakannya untuk tujuannya sendiri.  Jadi, dalam perkataan lain, percukaian akan meningkat.

 

16 Budak-budakmu laki-laki dan budak-budakmu perempuan, ternakmu yang terbaik dan keledai-keledaimu akan diambilnya dan dipakainya untuk pekerjaannya.  17 Dari kambing dombamu akan diambilnya sepersepuluh, dan kamu sendiri akan menjadi budaknya.  18 Pada waktu itu kamu akan berteriak karena rajamu yang kamu pilih itu, tetapi TUHAN tidak akan menjawab kamu pada waktu itu."  19 Tetapi bangsa itu menolak mendengarkan perkataan Samuel dan mereka berkata: "Tidak, harus ada raja atas kami;  20 maka kamipun akan sama seperti segala bangsa-bangsa lain; raja kami akan menghakimi kami dan memimpin kami dalam perang."

 

Komen:  Mereka mahu seseorang berada disana seperti orang-orang Filistin; seseorang yang besar dan kuat; kepala dan bahu di atas mereka semua, supaya mereka boleh berkata ‘kamu pergilah dan bertarung dengan satu tangan’, sebab pada waktu itu, pertarungan biasanya ditentukan oleh satu pertempuran.  Jadi, pasukan tentera akan membiarkan juara bertempur dan dengan cara ini tidak ramai yang akan mati.  Mereka mahu raja yang boleh keluar dan berjuang untuk mereka dan kemudiannya mereka akan mengetahui bahawa mereka melakukannya.

 

21 Samuel mendengar segala perkataan bangsa itu, dan menyampaikannya kepada TUHAN.  22 TUHAN berfirman kepada Samuel: "Dengarkanlah permintaan mereka dan angkatlah seorang raja bagi mereka." Kemudian berkatalah Samuel kepada orang-orang Israel itu: "Pergilah, masing-masing ke kotanya."

 

Apa yang dibuat oleh Tuhan ialah, pertama, membentuk pengertian didalam pemikiran orang Israel apa sebenarnya raja dibawah sistem rohani yang salah.  Dia berkata ‘inilah yang dibuat oleh raja tanpa kebolehan untuk menggunakan Roh Suci.  Inilah yang akan kamu hadapi’.  Dengan cara yang sama dia membentukkan hakim-hakim dan sistem dibawah nabi-nabi sebelum itu.  Proses ini akan menunjukkan kelemahan sistem kerajaan.  Dia kemudiannya akan membangunkan sistem melalui Daud kepada Mesiah.

 

Israel akan berada dalam tahanan dan akan dipisahkan daripada Yudah, oleh itu, Mesiah seharusnya dari Yudah dibawah penindasan Rom pada abad pertama supaya Gereja boleh dibentuk sebagai tahap kemudiannya.  Jadi, pertama sekali Dia membentukkannya dalam suku kaum Benjamin dan martabat raja seharusnya boleh kekal dalam keturunan Benjamin sebab sebahagian daripada suku kaum Benjamin berada dalam Yudah.  Tetapi dia membentukannya di Yudah.  Dia telah memindahkannya dari Benjamin kepada Yudah.

 

Allah menghantar Saul kepada Samuel.

 

1Samuel 9:15-21 Tetapi TUHAN telah menyatakan kepada Samuel, sehari sebelum kedatangan Saul, demikian:  16 "Besok kira-kira waktu ini Aku akan menyuruh kepadamu seorang laki-laki dari tanah Benyamin; engkau akan mengurapi dia menjadi raja atas umat-Ku Israel dan ia akan menyelamatkan umat-Ku dari tangan orang Filistin. Sebab Aku telah memperhatikan sengsara umat-Ku itu, karena teriakannya telah sampai kepada-Ku."

 

Mereka adalah dibawah perhambaan dan mereka menangis memanggil Tuhan dan itulah sebabnya Dia tertindak, sebab mereka telah kembali kepada Tuhan.

 

17 Ketika Samuel melihat Saul, maka berfirmanlah TUHAN kepadanya: "Inilah orang yang Kusebutkan kepadamu itu; orang ini akan memegang tampuk pemerintahan atas umat-Ku."  18 Dalam pada itu Saul, datang mendekati Samuel di tengah pintu gerbang dan berkata: "Maaf, di mana rumah pelihat itu?"  19 Jawab Samuel kepada Saul, katanya: "Akulah pelihat itu. Naiklah mendahului aku ke bukit. Hari ini kamu makan bersama-sama dengan daku; besok pagi aku membiarkan engkau pergi dan aku akan memberitahukan kepadamu segala sesuatu yang ada dalam hatimu.  20 Adapun keledai-keledaimu, yang telah hilang tiga hari lamanya sampai sekarang, janganlah engkau kuatir, sebab telah diketemukan. Tetapi siapakah yang memiliki segala yang diingini orang Israel? Bukankah itu ada padamu dan pada seluruh kaum keluargamu?"  21 Tetapi jawab Saul: "Bukankah aku seorang suku Benyamin, suku yang terkecil di Israel? Dan bukankah kaumku yang paling hina dari segala kaum suku Benyamin? Mengapa bapa berkata demikian kepadaku?"

 

Allah telah mengambil keputusan untuk membesarkan raja dari kaum yang kecil, suku bangsa Israel yang paling kecil.  Saul telah diberi penghormatan tetapi dia tidak mengetahui mengapa, dan dia binggung mengapa dia diberi penghormatan.

 

1Samuel 10:1-12  Lalu Samuel mengambil buli-buli berisi minyak, dituangnyalah ke atas kepala Saul, diciumnyalah dia sambil berkata: "Bukankah TUHAN telah mengurapi engkau menjadi raja atas umat-Nya Israel? Engkau akan memegang tampuk pemerintahan atas umat TUHAN, dan engkau akan menyelamatkannya dari tangan musuh-musuh di sekitarnya. Inilah tandanya bagimu, bahwa TUHAN telah mengurapi engkau menjadi raja atas milik-Nya sendiri:  2 Apabila engkau pada hari ini pergi meninggalkan aku, maka engkau akan bertemu dengan dua orang laki-laki di dekat kubur Rahel, di daerah Benyamin, di Zelzah. Mereka akan berkata kepadamu: Keledai-keledai yang engkau cari itu telah diketemukan; dan ayahmu tidak memikirkan keledai-keledai itu lagi, tetapi ia kuatir mengenai kamu, katanya: Apakah yang akan kuperbuat untuk anakku itu?  3 Dari sana engkau akan berjalan terus lagi dan sampai ke pohon tarbantin Tabor, maka di sana engkau akan ditemui oleh tiga orang laki-laki yang naik menghadap Allah di Betel; seorang membawa tiga ekor anak kambing, seorang membawa tiga ketul roti dan yang lain lagi sebuyung anggur.  4 Mereka akan memberi salam kepadamu dan memberikan kepadamu dua ketul roti yang akan kauterima dari mereka.  5 Sesudah itu engkau akan sampai ke Gibea Allah, tempat kedudukan pasukan orang Filistin. Dan apabila engkau masuk kota, engkau akan berjumpa di sana dengan serombongan nabi, yang turun dari bukit pengorbanan dengan gambus, rebana, suling dan kecapi di depan mereka; mereka sendiri akan kepenuhan seperti nabi.  6 Maka Roh TUHAN akan berkuasa atasmu; engkau akan kepenuhan bersama-sama dengan mereka dan berubah menjadi manusia lain.  7 Apabila tanda-tanda ini terjadi kepadamu, lakukanlah apa saja yang didapat oleh tanganmu, sebab Allah menyertai engkau.  8 Engkau harus pergi ke Gilgal mendahului aku, dan camkanlah, aku akan datang kepadamu untuk mempersembahkan korban bakaran dan korban keselamatan. Engkau harus menunggu tujuh hari lamanya, sampai aku datang kepadamu dan memberitahukan kepadamu apa yang harus kaulakukan."

 

Jadi, dia menunggu selama tujuh hari.  Terdapat banyak simbolisme dalam ayat ini.  Kamu melihat kepada persembahan dan roti dan pemberian kepada raja mengikut hukum.  Sekarang Alkitab mengatakan setiap orang yang ingin menjadi pemerintah di Israel haruslah membuat rekod semua ayat-ayat hukum supaya apabila ia menjadi raja dia tidak mencemarkan hukum.  Setiap raja mestilah membuat salinan semua hukum untuk menyediakan dirinya untuk memerintah Israel.  Itulah syarat bagi setiap pemimpin orang-orang Israel – untuk menyediakan dirinya dengan mempelajari hukum.  Urutan disini ialah dua roti hukum, dua papan roti telah diberi kepada Saul oleh nabi-nabi.  Ini mengumpamakan pemberian hukum dan pemberian pemahaman mengenai Alkitab kepada Saul sebagai raja.  Roh hukum kemudiannya dating kepada raja untuk memenuhi peranannya sebagai pemimpin.  Ini menunjukkan bahawa dibawah kerajaan, kepemimpinan dan Roh Suci akan ditempatkan dibawah raja, sebagaimana ia akhirnya dengan Daud.  Sekarang dia harus menunggu tujuh hari, dan tujuh hari itu melihat dia didalam kesusahan.

 

9 Sedang ia berpaling untuk pergi meninggalkan Samuel, maka Allah mengubah hatinya menjadi lain. Dan segala tanda-tanda yang tersebut itu terjadi pada hari itu juga.  10 Ketika mereka sampai di Gibea dari sana, maka bertemulah ia dengan serombongan nabi; Roh Allah berkuasa atasnya dan Saul turut kepenuhan seperti nabi di tengah-tengah mereka.  11 Dan semua orang yang mengenalnya dari dahulu melihat dengan heran, bahwa ia bernubuat bersama-sama dengan nabi-nabi itu; lalu berkatalah orang banyak yang satu kepada yang lain: "Apakah gerangan yang terjadi dengan anak Kish itu? Apa Saul juga termasuk golongan nabi?"  12 Lalu seorang dari tempat itu menjawab: "Siapakah bapa mereka?" --Itulah sebabnya menjadi peribahasa: Apa Saul juga termasuk golongan nabi?

 

Apa yang mereka katakan ialah ‘Apakah roh yang memasuki mereka?’

 

Samuel memanggil orang-orang di Mizpeh dan menerangkan kepentingan martabat raja kepada bangsa itu.

 

1Samuel 10:17-27 Kemudian Samuel mengerahkan bangsa itu ke hadapan TUHAN di Mizpa  18 dan ia berkata kepada orang Israel itu: "Beginilah firman TUHAN, Allah Israel: Aku telah menuntun orang Israel keluar dari Mesir dan telah melepaskan kamu dari tangan orang Mesir dan dari tangan segala kerajaan yang menindas kamu.  19 Tetapi sekarang kamu menolak Allahmu yang menyelamatkan kamu dari segala malapetaka dan kesusahanmu, dengan berkata: Tidak, angkatlah seorang raja atas kami. Maka sebab itu, berdirilah kamu di hadapan TUHAN, menurut sukumu dan menurut kaummu."  20 Lalu Samuel menyuruh segala suku Israel tampil ke muka, maka didapati suku Benyamin.  21 Sesudah itu disuruhnyalah suku Benyamin tampil ke muka menurut kaum keluarganya, maka didapati kaum keluarga Matri. Akhirnya disuruhnyalah kaum keluarga Matri tampil ke muka seorang demi seorang, maka didapati Saul bin Kish. Tetapi ketika ia dicari, ia tidak diketemukan.  22 Sebab itu ditanyakan pulalah kepada TUHAN: "Apa orang itu juga datang ke mari?" TUHAN menjawab: "Sesungguhnya ia bersembunyi di antara barang-barang." 23 Berlarilah orang ke sana dan mengambilnya dari sana, dan ketika ia berdiri di tengah-tengah orang-orang sebangsanya, ternyata ia dari bahu ke atas lebih tinggi dari pada setiap orang sebangsanya. 24 Dan Samuel berkata kepada seluruh bangsa itu: "Kamu lihatkah orang yang dipilih TUHAN itu? Sebab tidak ada seorangpun yang sama seperti dia di antara seluruh bangsa itu." Lalu bersoraklah seluruh bangsa itu, demikian: "Hidup raja!" 25 Kemudian Samuel menguraikan kepada bangsa itu tentang hak-hak kerajaan, menuliskannya pada suatu piagam dan meletakkannya di hadapan TUHAN; sesudah itu Samuel menyuruh seluruh bangsa itu pulang, masing-masing ke rumahnya.  26 Saulpun pulang ke rumahnya, ke Gibea, dan bersama-sama dengan dia ikut pergi orang-orang gagah perkasa yang hatinya telah digerakkan Allah. 27 Tetapi orang-orang dursila berkata: "Masakan orang ini dapat menyelamatkan kita!" Mereka menghina dia dan tidak membawa persembahan kepadanya. Tetapi ia pura-pura tuli.

 

Dengan jelas, didalam ayat ini, mereka mengambil tempat-tempat untuk menentukan keluarga manakah raja harus diambil.  Mereka tidak dapat mencari Saul,  jadi Tuhan memberitahu mereka tempat untuk mencari dia.  Dia sudah tentu terperanjat.  Ia tidaklah begitu menguntungkan sebagai permulaan apabila raja didapati bersembunyi, walaupun dia diberitahu bahawa dia akan menjadi raja.

 

Allah telah menyediakan orang-orang dengan Saul.  Ini digambarkan sebagai menyentuh hati mereka.  Saul telah cuba untuk mengelakkan daripada tanggungjawab pada mulanya.  Allah telah memberikan Israel seorang raja yang agung sama dengan ketrampilan luarannya.  Walau bagaimana pun, Allah tahu apa yang dia akan buat dari hati.  Orang yang bakal mengambil tempatnya adalah berbeza.  Tetapi Allah membentuk Saul sebagai raja.  Apabila Samuel sudah tua, dia memerintah Israel supaya melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap raja.

 

1Samuel 12:13-25 Maka sebab itu, lihat itu raja yang telah kamu pilih, yang kamu minta. Sesungguhnya TUHAN telah mengangkat raja atasmu,  14 asal saja kamu takut akan TUHAN, beribadah kepada-Nya, mendengarkan firman-Nya dan tidak menentang titah TUHAN, dan baik kamu, maupun raja yang akan memerintah kamu itu mengikuti TUHAN, Allahmu!  15 Tetapi jika kamu tidak mendengarkan firman TUHAN dan kamu menentang titah TUHAN, maka tangan TUHAN akan melawan kamu dan melawan rajamu. 16 Sekarang tinggallah berdiri dan lihatlah perkara yang besar yang akan dilakukan TUHAN di depan matamu ini.  17 Bukankah sekarang musim menuai gandum? Aku akan berseru kepada TUHAN, supaya Ia memberikan guruh dan hujan. Lihatlah dan sadarlah, bahwa besar kejahatan yang telah kamu lakukan itu di mata TUHAN dengan meminta raja bagimu."  18 Lalu berserulah Samuel kepada TUHAN, maka TUHAN memberikan pada hari itu guruh dan hujan, sehingga sangat takutlah seluruh bangsa itu kepada TUHAN dan kepada Samuel.  19 Berkatalah seluruh bangsa itu kepada Samuel: "Berdoalah untuk hamba-hambamu ini kepada TUHAN, Allahmu, supaya jangan kami mati, sebab dengan meminta raja bagi kami, kami menambah dosa kami dengan kejahatan ini."  20 Dan berkatalah Samuel kepada bangsa itu: "Jangan takut; memang kamu telah melakukan segala kejahatan ini, tetapi janganlah berhenti mengikuti TUHAN, melainkan beribadahlah kepada TUHAN dengan segenap hatimu.  21 Janganlah menyimpang untuk mengejar dewa kesia-siaan yang tidak berguna dan tidak dapat menolong karena semuanya itu adalah kesia-siaan belaka.  22 Sebab TUHAN tidak akan membuang umat-Nya, sebab nama-Nya yang besar. Bukankah TUHAN telah berkenan untuk membuat kamu menjadi umat-Nya  23 Mengenai aku, jauhlah dari padaku untuk berdosa kepada TUHAN dengan berhenti mendoakan kamu; aku akan mengajarkan kepadamu jalan yang baik dan lurus.  24 Hanya takutlah akan TUHAN dan setialah beribadah kepada-Nya dengan segenap hatimu, sebab ketahuilah, betapa besarnya hal-hal yang dilakukan-Nya di antara kamu.  25 Tetapi jika kamu terus berbuat jahat, maka kamu akan dilenyapkan, baik kamu maupun rajamu itu."

 

Tujuan ayat ini adalah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa mereka mesti bertanggungjawab kepada Allah dan jika raja mengikuti berhala dan agama sesat, maka dalam keadaan apa sekalipun seseorang akan dibebaskan daripada mengikuti Allah.  Mereka tidak dibenarkan untuk mengikut pemimpin apapun jika ia tidak mengikuti Allah mereka.  Ini adalah jelas.  Ia dijelaskan bahawa jika mereka berbuat jahat, kedua-dua mereka dan rajah akah dihapuskan.  Jika raja berbuat jahat dan mereka tidak, mereka tidak dihapuskan seperti raja.  Tetapi setiap orang mesti bertanggungjawab secara langsung kepada Allah dan inilah tujuan ayat ini.  Ia menunjukkan dengan jelas bahawa tiada seorangpun yang akan dikeluarkan daripada tanggungjawabnya terhadap Allah.

 

Saul telah diberi tugas yang spesifik and juga arahan melalui nabi.  Pengabaiannya telah mengakibatkannya kehilangan martabat raja.  Aspek pendendaan yang melibatkan korban di Michmash tidaklah difahami dengan menyeluruh.

 

1Samuel 13:1-15 Saul berumur sekian tahun ketika ia menjadi raja; dua tahun ia memerintah atas Israel.  2 Saul memilih tiga ribu orang dari antara orang Israel; dua ribu orang ada bersama-sama dengan Saul di Mikhmas dan di pegunungan Betel, sedang seribu orang ada bersama-sama dengan Yonatan di Gibea Benyamin, tetapi selebihnya dari rakyat itu disuruhnya pulang, masing-masing ke kemahnya.  3 Yonatan memukul kalah pasukan pendudukan orang Filistin yang ada di Geba; dan hal itu terdengar oleh orang Filistin. Karena itu Saul menyuruh meniup sangkakala di seluruh negeri, sebab pikirnya: "Biarlah orang Ibrani mendengarnya."  4 Demikianlah seluruh orang Israel mendengar kabar, bahwa Saul telah memukul kalah pasukan pendudukan orang Filistin dan dengan demikian orang Israel dibenci oleh orang Filistin. Kemudian dikerahkanlah rakyat itu untuk mengikuti Saul ke Gilgal.  5 Adapun orang Filistin telah berkumpul untuk berperang melawan orang Israel. Dengan tiga ribu kereta, enam ribu orang pasukan berkuda dan pasukan berjalan kaki sebanyak pasir di tepi laut mereka bergerak maju dan berkemah di Mikhmas, di sebelah timur Bet-Awen.  6 Ketika dilihat orang-orang Israel, bahwa mereka terjepit--sebab rakyat memang terdesak--maka larilah rakyat bersembunyi di gua, keluk batu, bukit batu, liang batu dan perigi;  7 malah ada orang Ibrani yang menyeberangi arungan sungai Yordan menuju tanah Gad dan Gilead, sedang Saul masih di Gilgal dan seluruh rakyat mengikutinya dengan gemetar.

 

Pasukan tentera yang kuat keluar menentang mereka.  Orang-orang Filistin mengetahui bahawa mereka mesti menyelesaikan ancaman ini,  sebab Israel telah disatukan dibawa seorang raja dan mempunyai potensi yang lebih kuat untuk memusnahkan Filistin berbanding dengan Israel dahulunya.  Mereka suatu masa dahulu adalah kumpulan suku kuam yang berlainan dan tidak teratur.  Dengan raja, mereka telah bersedia untuk berjuang menentang Filistin dan tuhan mereka.

 

8 Ia menunggu tujuh hari lamanya sampai waktu yang ditentukan Samuel. Tetapi ketika Samuel tidak datang ke Gilgal, mulailah rakyat itu berserak-serak meninggalkan dia.  9 Sebab itu Saul berkata: "Bawalah kepadaku korban bakaran dan korban keselamatan itu." Lalu ia mempersembahkan korban bakaran.  10 Baru saja ia habis mempersembahkan korban bakaran, maka tampaklah Samuel datang. Saul pergi menyongsongnya untuk memberi salam kepadanya.  11 Tetapi kata Samuel: "Apa yang telah kauperbuat?" Jawab Saul: "Karena aku melihat rakyat itu berserak-serak meninggalkan aku dan engkau tidak datang pada waktu yang telah ditentukan, padahal orang Filistin telah berkumpul di Mikhmas,  12 maka pikirku: Sebentar lagi orang Filistin akan menyerang aku di Gilgal, padahal aku belum memohonkan belas kasihan TUHAN; sebab itu aku memberanikan diri, lalu mempersembahkan korban bakaran."  13 Kata Samuel kepada Saul: "Perbuatanmu itu bodoh. Engkau tidak mengikuti perintah TUHAN, Allahmu, yang diperintahkan-Nya kepadamu; sebab sedianya TUHAN mengokohkan kerajaanmu atas orang Israel untuk selama-lamanya.  14 Tetapi sekarang kerajaanmu tidak akan tetap. TUHAN telah memilih seorang yang berkenan di hati-Nya dan TUHAN telah menunjuk dia menjadi raja atas umat-Nya, karena engkau tidak mengikuti apa yang diperintahkan TUHAN kepadamu." 15 Kemudian berangkatlah Samuel dan pergi dari Gilgal ke Gibea Benyamin. Tetapi Saul memeriksa barisan rakyat yang ada bersama-sama dengan dia itu: kira-kira enam ratus orang banyaknya.

 

Pertempuran telah pun disediakan.  Samuel telah mengatakan bahawa dia akan datang pada satu masa tertentu.  Saul fikir yang dia telah menundakan kedatangannya.  Dia kemudiannya menduga untuk merampas pekerjaan nabi.  Samuel belum lagi berhenti sebagai hakim di Israel,  jadi, tanggungjawab belum lagi dipindahkan sepenuhnya kepada martabat raja.  Samuel masih lagi melaksanakan kuasanya sebagai seorang nabi.  Apa yang sebenarnya terjadi ialah, Saul hanya berfikir yang Samuel terlambat.  Saul telah tersalah kira masa.  Ini mempunyai kaitan dengan zaman akhir dan kedatangan Mesiah, apabila mereka mengatakan ‘Tuhanku telah menundakan kedatangannya’.  Ia juga menunjukkan syarat atau keperluan untuk penurutan yang lengkap kepada autoriti Allah sebagai hukum melalui nabi.  Ujian nabi Allah ialah bahawa mereka bercakap mengikut hukum dan saksi (Yes. 8:20).  Jika mereka tidak bercakpa mengikut hukum dan saksi, tiada terang daripada mereka, atau didalam mereka terdapat kegelapan; tiada bintang hari; tiada bintang fajar.  Martabat raja Saul telah dibuka sebab dia tidak menuruti pendahulunya yang telah mengurapinya.  Dia telah dibuka oleh Allah dan menyediakan yang lain.  Dalam kes ini, ia telah dilakukan melalui nabi yang sama yang belum lagi meninggal dunia.

 

Kisah menunjukkan bahawa Saul juga telah berdosa dengan mengira tentera Allah yang hidup.  Daud juga melakukan dosa ini.  Disebabkan dosa Daud, 70,000 jauh.  Ini menerangkan zaman akhir.  Pengiraan  tujuh hari ini menerangkan jangka masa.  Saul mula mengira sehari lebih awal.  Dia mengira setengah hari.  Dengan ini, dia mendapatkan hari yang mana Samuel seharusnya disana tetapi Samuel tidak berada disana sebab dia sehari lebih awal. Dia datang pada hari yang ke enam dan bukannya pada hari yang ketujuh.  Inilah suatu yang kita mesti simpan didalam minda kita.

 

Allah menghantar arahan kepada Saul melalui Samuel mengenai Amalekites yang mana mempunyai aspek yang penting nanti dan juga sebagaimana kita lihat dari buku Esther.

 

1Samuel 15:1-23 Berkatalah Samuel kepada Saul: "Aku telah diutus oleh TUHAN untuk mengurapi engkau menjadi raja atas Israel, umat-Nya; oleh sebab itu, dengarkanlah bunyi firman TUHAN. 2 Beginilah firman TUHAN semesta alam: Aku akan membalas apa yang dilakukan orang Amalek kepada orang Israel, karena orang Amalek menghalang-halangi mereka, ketika orang Israel pergi dari Mesir.  3 Jadi pergilah sekarang, kalahkanlah orang Amalek, tumpaslah segala yang ada padanya, dan janganlah ada belas kasihan kepadanya. Bunuhlah semuanya, laki-laki maupun perempuan, kanak-kanak maupun anak-anak yang menyusu, lembu maupun domba, unta maupun keledai."  4 Lalu Saul memanggil rakyat berkumpul dan memeriksa barisan mereka di Telaim: ada dua ratus ribu orang pasukan berjalan kaki dan sepuluh ribu orang Yehuda.  5 Setelah Saul sampai ke kota orang Amalek, disuruhnyalah orang-orang menghadang di lembah.  6 Berkatalah Saul kepada orang Keni: "Berangkatlah, menjauhlah, pergilah dari tengah-tengah orang Amalek, supaya jangan kulenyapkan kamu bersama-sama dengan mereka. Bukankah kamu telah menunjukkan persahabatanmu kepada semua orang Israel, ketika mereka pergi dari Mesir?" Sesudah itu menjauhlah orang Keni dari tengah-tengah orang Amalek. 7 Lalu Saul memukul kalah orang Amalek mulai dari Hawila sampai ke Syur, yang di sebelah timur Mesir.  8Agag, raja orang Amalek, ditangkapnya hidup-hidup, tetapi segenap rakyatnya ditumpasnya dengan mata pedang.  9 Tetapi Saul dan rakyat itu menyelamatkan Agag dan kambing domba dan lembu-lembu yang terbaik dan tambun, pula anak domba dan segala yang berharga: tidak mau mereka menumpas semuanya itu. Tetapi segala hewan yang tidak berharga dan yang buruk, itulah yang ditumpas mereka.  10 Lalu datanglah firman TUHAN kepada Samuel, demikian:  11"Aku menyesal, karena Aku telah menjadikan Saul raja, sebab ia telah berbalik dari pada Aku dan tidak melaksanakan firman-Ku." Maka sakit hatilah Samuel dan ia berseru-seru kepada TUHAN semalam-malaman.  12 Lalu Samuel bangun pagi-pagi untuk bertemu dengan Saul, tetapi diberitahukan kepada Samuel, demikian: "Saul telah ke Karmel tadi dan telah didirikannya baginya suatu tanda peringatan; kemudian ia balik dan mengambil jurusan ke Gilgal."  13 Ketika Samuel sampai kepada Saul, berkatalah Saul kepadanya: "Diberkatilah kiranya engkau oleh TUHAN; aku telah melaksanakan firman TUHAN."  14 Tetapi kata Samuel: "Kalau begitu apakah bunyi kambing domba, yang sampai ke telingaku, dan bunyi lembu-lembu yang kudengar itu?"  15 Jawab Saul: "Semuanya itu dibawa dari pada orang Amalek, sebab rakyat menyelamatkan kambing domba dan lembu-lembu yang terbaik dengan maksud untuk mempersembahkan korban kepada TUHAN, Allahmu; tetapi selebihnya telah kami tumpas."  16 Lalu berkatalah Samuel kepada Saul: "Sudahlah! Aku akan memberitahukan kepadamu apa yang difirmankan TUHAN kepadaku tadi malam." Kata Saul kepadanya: "Katakanlah."  17 Sesudah itu berkatalah Samuel: "Bukankah engkau, walaupun engkau kecil pada pemandanganmu sendiri, telah menjadi kepala atas suku-suku Israel? Dan bukankah TUHAN telah mengurapi engkau menjadi raja atas Israel?  18 TUHAN telah menyuruh engkau pergi, dengan pesan: Pergilah, tumpaslah orang-orang berdosa itu, yakni orang Amalek, berperanglah melawan mereka sampai engkau membinasakan mereka.  19 Mengapa engkau tidak mendengarkan suara TUHAN? Mengapa engkau mengambil jarahan dan melakukan apa yang jahat di mata TUHAN?"  20 Lalu kata Saul kepada Samuel: "Aku memang mendengarkan suara TUHAN dan mengikuti jalan yang telah disuruh TUHAN kepadaku dan aku membawa Agag, raja orang Amalek, tetapi orang Amalek itu sendiri telah kutumpas.  21 Tetapi rakyat mengambil dari jarahan itu kambing domba dan lembu-lembu yang terbaik dari yang dikhususkan untuk ditumpas itu, untuk mempersembahkan korban kepada TUHAN, Allahmu, di Gilgal."  22 Tetapi jawab Samuel: "Apakah TUHAN itu berkenan kepada korban bakaran dan korban sembelihan sama seperti kepada mendengarkan suara TUHAN? Sesungguhnya, mendengarkan lebih baik dari pada korban sembelihan, memperhatikan lebih baik dari pada lemak domba-domba jantan.  23 Sebab pendurhakaan adalah sama seperti dosa bertenung dan kedegilan adalah sama seperti menyembah berhala dan terafim. Karena engkau telah menolak firman TUHAN, maka Ia telah menolak engkau sebagai raja."

 

Alasan mereka ialah jika mereka mengambil semua kambing daripada Amalekites, mereka tidak akan mengambil sepuluh peratus daripada binatang mereka.  Hukum adalah jelas mengatakan bahawa rampasan juga perlu diberi persepuluhan, dan kamu memberikannya kepada orang.  Tetapi itu bukanlah yang disuruh oleh Allah kepada mereka.  Dia tidak mahu binatang Amalekite.  Kita tidak tahu apa sebab sebenarnya.  Mungkin terdapat penyakit dan boleh merebakkannya kepada haiwan orang-orang Israel.  Ia juga mungkin disebabkan penerimaan korban.  Kita tidak tahu dan kita tidak diberitahu.  Tetapi Dia mahu semuanya dimusnahkan dan dia juga ingin Agag Amalekites dimusnahkan, sebab Agagites, anak-anak Agag, telah mengancam kewujudan orang-orang Yahudi secara keseluruhan.

 

Pelajaran disini ialah bahawa martabat raja yang terpilih adalah diramalkan melalui penurutan.  Jika kamu mahu menjadi satu daripada raja dalam zaman akhir, jika kamu mahu menjadi raja dan imam, kamu mestilah menjadi penurut.  Struktur keseluruhan ialah penurutan.  Allah mahu orang yang penurut dan dia mahu orang yang akan bekerja.  Takhta Israel tidak didapati oleh Mesiah melalui penurutan (Fil. 2:6).  Kristus tidak cuba mendapat tempat yang sama dengan Allah, dia menurut sampai kematian.  Yang terpilih telah diberi hukum dan kesaksian untuk menguji penurutan mereka terhadap hukum-hukum, sampai kematian, dan mereka mereka dibunuh kerena memelihara hukum-hukum tersebut; yang pertama, kedua, dan ketiga sebelum hukum yang keempat.

 

Perkara penting disini ialah penurutan yang Allah mahu kita perolehi dalam jangka panjang.  Mereka diberitahu untuk memusnahkan semuanya termasuk anak-anak dan semua bayi Amalik.  Semua mereka mestilah dibunuh.  Ayat ini sangat luar biasa.   Orang mengatakan ‘Apakah jenis Allah yang akan berbuat demikian?’  Itu adalah arahan.   Orang Amalik mengancam untuk memusnahkan Yudah kemudiannya.  Keturunan Agag, Haman adalah penghasut utama dalam buku Esther (see Komentar Tentang Ester f(No. 63)).  Ancaman terhadap keselamatan Israel juga berkaitan dengan zaman akhir.  Bahagian ini merujukkan kepada martabat raja dibawah Mesiah seperti mana kita lihat daripada ayat.

 

1Samuel 15:24-29 Berkatalah Saul kepada Samuel: "Aku telah berdosa, sebab telah kulangkahi titah TUHAN dan perkataanmu; tetapi aku takut kepada rakyat, karena itu aku mengabulkan permintaan mereka. 25 Maka sekarang, ampunilah kiranya dosaku; kembalilah bersama-sama dengan aku, maka aku akan sujud menyembah kepada TUHAN." 26 Tetapi jawab Samuel kepada Saul: "Aku tidak akan kembali bersama-sama dengan engkau, sebab engkau telah menolak firman TUHAN; sebab itu TUHAN telah menolak engkau, sebagai raja atas Israel."  27 Ketika Samuel berpaling hendak pergi, maka Saul memegang punca jubah Samuel, tetapi terkoyak.  28 Kemudian berkatalah Samuel kepadanya: "TUHAN telah mengoyakkan dari padamu jabatan raja atas Israel pada hari ini dan telah memberikannya kepada orang lain yang lebih baik dari padamu.  29 Lagi Sang Mulia dari Israel tidak berdusta dan Ia tidak tahu menyesal; sebab Ia bukan manusia yang harus menyesal."

 

Pentadbisan dan pengurapan pemimpin pengikut Allah bergantung kepada iman dan penurutan kepada Allah.  Sesiapa pemimpin pengikut Allah yang tidak setia dan tidak menurut kepada hukum, semua hak memerintah akan ditarik balik.  Itulah pelajaran yang boleh diambil dari ayat ini.  Samuel membunuh Agag dengan tangannya sendiri dan menghentikan semua hubungannya dengan Saul sehingga hari kematiannya (1Sam. 15:35) tetapi tidak berhenti bersedih dan berdoa untuk dia.  Begitulah hendaknya kita juga.  Kita tidak berhenti bersedih atau berdoa bagi pemimpin-pemimpin kita walaupun mereka berdosa.

 

Allah kemudiannya mendorong Samuel dengan anointing David.  Kita kemudiannya pergi kepada pembentukan penggantian martabat raja.

 

1Samuel 16:1-7 Berfirmanlah TUHAN kepada Samuel: "Berapa lama lagi engkau berdukacita karena Saul? Bukankah ia telah Kutolak sebagai raja atas Israel? Isilah tabung tandukmu dengan minyak dan pergilah. Aku mengutus engkau kepada Isai, orang Betlehem itu, sebab di antara anak-anaknya telah Kupilih seorang raja bagi-Ku."  2 Tetapi Samuel berkata: "Bagaimana mungkin aku pergi? Jika Saul mendengarnya, ia akan membunuh aku." Firman TUHAN: "Bawalah seekor lembu muda dan katakan: Aku datang untuk mempersembahkan korban kepada TUHAN.  3 Kemudian undanglah Isai ke upacara pengorbanan itu, lalu Aku akan memberitahukan kepadamu apa yang harus kauperbuat. Urapilah bagi-Ku orang yang akan Kusebut kepadamu."  4 Samuel berbuat seperti yang difirmankan TUHAN dan tibalah ia di kota Betlehem. Para tua-tua di kota itu datang mendapatkannya dengan gemetar dan berkata: "Adakah kedatanganmu ini membawa selamat?"  5 Jawabnya: "Ya, benar! Aku datang untuk mempersembahkan korban kepada TUHAN. Kuduskanlah dirimu, dan datanglah dengan daku ke upacara pengorbanan ini." Kemudian ia menguduskan Isai dan anak-anaknya yang laki-laki dan mengundang mereka ke upacara pengorbanan itu.  6 Ketika mereka itu masuk dan Samuel melihat Eliab, lalu pikirnya: "Sungguh, di hadapan TUHAN sekarang berdiri yang diurapi-Nya."  7 Tetapi berfirmanlah TUHAN kepada Samuel: "Janganlah pandang parasnya atau perawakan yang tinggi, sebab Aku telah menolaknya. Bukan yang dilihat manusia yang dilihat Allah; manusia melihat apa yang di depan mata, tetapi TUHAN melihat hati."

 

Saul was head and shoulders over Israel, tetapi Saul adalah salah.  Jadi, Allah melihat hati dan tahu apa yang harus dilakukan.

 

1Samuel 16:10-23 Demikianlah Isai menyuruh ketujuh anaknya lewat di depan Samuel, tetapi Samuel berkata kepada Isai: "Semuanya ini tidak dipilih TUHAN."  11 Lalu Samuel berkata kepada Isai: "Inikah anakmu semuanya?" Jawabnya: "Masih tinggal yang bungsu, tetapi sedang menggembalakan kambing domba." Kata Samuel kepada Isai: "Suruhlah memanggil dia, sebab kita tidak akan duduk makan, sebelum ia datang ke mari."  12 Kemudian disuruhnyalah menjemput dia. Ia kemerah-merahan, matanya indah dan parasnya elok. Lalu TUHAN berfirman: "Bangkitlah, urapilah dia, sebab inilah dia."  13 Samuel mengambil tabung tanduk yang berisi minyak itu dan mengurapi Daud di tengah-tengah saudara-saudaranya. Sejak hari itu dan seterusnya berkuasalah Roh TUHAN atas Daud. Lalu berangkatlah Samuel menuju Rama.

 

Apabila ia telah diurapi, roh Tuhan datang kepada dia dan kemudian dia mempu melaksanakan pekerjaan yang besar didalam roh walaupun dia bukanlah seorang raja.  Itu juga pelajaran bagi yang terpilih.  Semua kita adalah rajah; semua kita telah diruapi dari pembaptisan dan tangan telah diletakkan diatas kita.  Semua kita boleh melaksanakan pekerjaan didalam roh.  Roh Tuhan bersama-sama dengan kita.  Kita mesti mengingatinya.

 

14 Tetapi Roh TUHAN telah mundur dari pada Saul, dan sekarang ia diganggu oleh roh jahat yang dari pada TUHAN.

 

Roh Iblis dibenarkan sebab Roh Suci telah pergi, dan iblis dibenarkan untuk menganggu Saul sebab dia tidak menyediakan dirinya bersama dengan Allah.

 

15Lalu berkatalah hamba-hamba Saul kepadanya: "Ketahuilah, roh jahat yang dari pada Allah mengganggu engkau; 16 baiklah tuanku menitahkan hamba-hambamu yang di depanmu ini mencari seorang yang pandai main kecapi. Apabila roh jahat yang dari pada Allah itu hinggap padamu, haruslah ia main kecapi, maka engkau merasa nyaman." 17 Berkatalah Saul kepada hamba-hambanya itu: "Carilah bagiku seorang yang dapat main kecapi dengan baik, dan bawalah dia kepadaku."  18 Lalu jawab salah seorang hamba itu, katanya: "Sesungguhnya, aku telah melihat salah seorang anak laki-laki Isai, orang Betlehem itu, yang pandai main kecapi. Ia seorang pahlawan yang gagah perkasa, seorang prajurit, yang pandai bicara, elok perawakannya; dan TUHAN menyertai dia."  19 Kemudian Saul mengirim suruhan kepada Isai dengan pesan: "Suruhlah kepadaku anakmu Daud, yang ada pada kambing domba itu."  20 Lalu Isai mengambil seekor keledai yang dimuati roti, sekirbat anggur dan seekor anak kambing, maka dikirimkannyalah itu kepada Saul dengan perantaraan Daud, anaknya.  21 Demikianlah Daud sampai kepada Saul dan menjadi pelayannya. Saul sangat mengasihinya, dan ia menjadi pembawa senjatanya.  22 Sebab itu Saul menyuruh orang kepada Isai mengatakan: "Biarkanlah Daud tetap menjadi pelayanku, sebab aku suka kepadanya."  23 Dan setiap kali apabila roh yang dari pada Allah itu hinggap pada Saul, maka Daud mengambil kecapi dan memainkannya; Saul merasa lega dan nyaman, dan roh yang jahat itu undur dari padanya.

 

Daud mempunyai kuasa melalui Roh Suci untuk mengalah syaitan, dengan cara yang sama kita mempunyai boleh mengalah syaitan melalui Roh suci.  Inilah berita ayat ini.

 

Daud telah diurapi sebagai pewaris yang jelas dan ditempatkan dikawasan raja pada kedudukan yang paling rendah supaya dia boleh belajar tentang peperangan dan perdamaian.  Dia telah diberi roh Tuhan supaya dia boleh melakukan kerja yang baik.  Daud kemudiannya telah dibentuk sebagai pemimpin dengan cara yang mengkagumkan.

 

1Samuel 17:1-11 Orang Filistin mengumpulkan tentaranya untuk berperang; mereka berkumpul di Sokho yang di tanah Yehuda dan berkemah antara Sokho dan Azeka di Efes-Damim. 2 Saul dan orang-orang Israel juga berkumpul dan berkemah di Lembah Tarbantin; mereka mengatur barisan perangnya berhadapan dengan orang Filistin. 3 Orang Filistin berdiri di bukit sebelah sini dan orang Israel berdiri di bukit sebelah sana, dan lembah ada di antara mereka. 4 Lalu tampillah keluar seorang pendekar dari tentara orang Filistin. Namanya Goliat, dari Gat. Tingginya enam hasta sejengkal.  5 Ketopong tembaga ada di kepalanya, dan ia memakai baju zirah yang bersisik; berat baju zirah ini lima ribu syikal tembaga. 6 Dia memakai penutup kaki dari tembaga, dan di bahunya ia memanggul lembing tembaga. 7 Gagang tombaknya seperti pesa tukang tenun, dan mata tombaknya itu enam ratus syikal besi beratnya. Dan seorang pembawa perisai berjalan di depannya. 8 Ia berdiri dan berseru kepada barisan Israel, katanya kepada mereka: "Mengapa kamu keluar untuk mengatur barisan perangmu? Bukankah aku seorang Filistin dan kamu adalah hamba Saul? Pilihlah bagimu seorang, dan biarlah ia turun mendapatkan daku.  9 Jika ia dapat berperang melawan aku dan mengalahkan aku, maka kami akan menjadi hambamu; tetapi jika aku dapat mengungguli dia dan mengalahkannya, maka kamu akan menjadi hamba kami dan takluk kepada kami."  10 Pula kata orang Filistin itu: "Aku menantang hari ini barisan Israel; berikanlah kepadaku seorang, supaya kami berperang seorang lawan seorang."  11 Ketika Saul dan segenap orang Israel mendengar perkataan orang Filistin itu, maka cemaslah hati mereka dan sangat ketakutan.

 

Orang ini kira-kira sepuluh kaki, dengan senjata yang sangat besar.  Adalah sangat sukar untuk melawan menentang senjata yang begitu kuat apabila ia menyerang kamu.  Mereka ketakutan.  Goliat dari Gath adalah simbol sistem empiris yang terkandung dalam sistem Babylonian dan warisannya dalam Daniel 2.  Ini adalah satu lagi contoh mengenai raksasa dengan kepada yang kuat.  Manakala sistem ini adalah mengenai urutan empayar dan kemusnahan oleh Mesiah pada tahap akhir empayar sepuluh raja zaman akhir, apabila batu iaitu Mesiah menghentam mereka pada kaki.  Itu dalah Daniel 2.  Pada kes ini, Goliat tidak terkena pada kaki.  Dia terkena betul-betul diantara mata, pada dahi, dimana sistem meterai dibuat.  Goliath memberitahu tentang sistem kerohanian, oleh itu,  kepala tetap manjadi pusat utama kisah tersebut.  Kisah dalam 1Samuel 17:12 menyatakan bahawa Daud seolah-olah tidak bersama-sama dengan Saul dan cerita-cerita ini boleh menggambarkan proses yang berkaitan.  Kamu mempunyai satu urutan dimana ia membentuk cara bagaimana roh diambil daripada Saul dan diberikan kepada Daud.  Apabila Daud menerimanya, ia diambil daripada Saul dan Saul merasa terganggu, kemudian Daud menjadi kuat tetapi telah ditempatkan sebagai pembawa senjata Saul.  Dia menjadi orang kanannya.  Urutan ini berkembang.

 

Daud pergi ke medan pertempuran untuk menghantar bertih gandum dan sepuluh papan kepada saudara-saudaranya.

 

1Samuel  17:17-54  Isai berkata kepada Daud, anaknya: "Ambillah untuk kakak-kakakmu bertih gandum ini seefa dan roti yang sepuluh ini; bawalah cepat-cepat ke perkemahan, kepada kakak-kakakmu.  18 Dan baiklah sampaikan keju yang sepuluh ini kepada kepala pasukan seribu. Tengoklah apakah kakak-kakakmu selamat dan bawalah pulang suatu tanda dari mereka.  19 Saul dan mereka itu dan semua orang Israel ada di Lembah Tarbantin tengah berperang melawan orang Filistin."  20 Lalu Daud bangun pagi-pagi, ditinggalkannyalah kambing dombanya pada seorang penjaga, lalu mengangkat muatan dan pergi, seperti yang diperintahkan Isai kepadanya. Sampailah ia ke perkemahan, ketika tentara keluar untuk mengatur barisannya dan mengangkat sorak perang.  21 Orang Israel dan orang Filistin itu mengatur barisannya, barisan berhadapan dengan barisan. 22 Lalu Daud menurunkan barang-barangnya dan meninggalkannya di tangan penjaga barang-barang tentara. Berlari-larilah Daud ke tempat barisan; sesampai di sana, bertanyalah ia kepada kakak-kakaknya apakah mereka selamat. 23 Sedang ia berbicara dengan mereka, tampillah maju pendekar itu. Namanya Goliat, orang Filistin dari Gat, dari barisan orang Filistin. Ia mengucapkan kata-kata yang tadi juga, dan Daud mendengarnya.  24 Ketika semua orang Israel melihat orang itu, larilah mereka dari padanya dengan sangat ketakutan.  25 Berkatalah orang-orang Israel itu: "Sudahkah kamu lihat orang yang maju itu? Sesungguhnya ia maju untuk mencemoohkan orang Israel! Orang yang mengalahkan dia akan dianugerahi raja kekayaan yang besar, raja akan memberikan anaknya yang perempuan kepadanya dan kaum keluarganya akan dibebaskannya dari pajak di Israel."  26 Lalu berkatalah Daud kepada orang-orang yang berdiri di dekatnya: "Apakah yang akan dilakukan kepada orang yang mengalahkan orang Filistin itu dan yang menghindarkan cemooh dari Israel? Siapakah orang Filistin yang tak bersunat ini, sampai ia berani mencemoohkan barisan dari pada Allah yang hidup?" 27 Rakyat itupun menjawabnya dengan perkataan tadi: "Begitulah akan dilakukan kepada orang yang mengalahkan dia." 28 Ketika Eliab, kakaknya yang tertua, mendengar perkataan Daud kepada orang-orang itu, bangkitlah amarah Eliab kepada Daud sambil berkata: "Mengapa engkau datang? Dan pada siapakah kautinggalkan kambing domba yang dua tiga ekor itu di padang gurun? Aku kenal sifat pemberanimu dan kejahatan hatimu: engkau datang ke mari dengan maksud melihat pertempuran."  29 Tetapi jawab Daud: "Apa yang telah kuperbuat? Hanya bertanya saja!"  30 Lalu berpalinglah ia dari padanya kepada orang lain dan menanyakan yang sama. Dan rakyat memberi jawab kepadanya seperti tadi. 31 Terdengarlah kepada orang perkataan yang diucapkan oleh Daud, lalu diberitahukanlah kepada Saul. Dan Saul menyuruh memanggil dia. 32 Berkatalah Daud kepada Saul: "Janganlah seseorang menjadi tawar hati karena dia; hambamu ini akan pergi melawan orang Filistin itu."

 

Daud adalah sangat pintar dan Roh Suci bersama dengan dia dan dia boleh melihat kesan orang besar ini kepada tentera.  Mereka hilang semangat setiap hari sebab tiada yang berani menentang dia.  Itulah masalahnya dan Daud mengetahui ada sesuatu yang mesti dilakukan secepat mungkin.  Itulah juga malah kita sekarang, sebab kita tidak menentang system; sebab kita tidak bercakap perkataan Tuhan dengan berani.  Sebab kita dikalahkan dengan bilangan dalam juta, orang kita tidak mempunyai semangat sebab mereka adalah minoriti.  Kita mesti bercakap dengan berani walaupun kita kecil, sebab kita berjuang untuk tentera Allah yang hidup dan mereka tidak.  Tidak kira berapa kecilnya, kita tidak boleh gentar tentang apa yang kita lakukan.  Itulah pelajarannya.

 

33 Tetapi Saul berkata kepada Daud: "Tidak mungkin engkau dapat menghadapi orang Filistin itu untuk melawan dia, sebab engkau masih muda, sedang dia sejak dari masa mudanya telah menjadi prajurit."  34 Tetapi Daud berkata kepada Saul: "Hambamu ini biasa menggembalakan kambing domba ayahnya. Apabila datang singa atau beruang, yang menerkam seekor domba dari kawanannya, 35 maka aku mengejarnya, menghajarnya dan melepaskan domba itu dari mulutnya. Kemudian apabila ia berdiri menyerang aku, maka aku menangkap janggutnya lalu menghajarnya dan membunuhnya.  36 Baik singa maupun beruang telah dihajar oleh hambamu ini. Dan orang Filistin yang tidak bersunat itu, ia akan sama seperti salah satu dari pada binatang itu, karena ia telah mencemooh barisan dari pada Allah yang hidup."

 

Daud mempunyai tujuan dan dia memahami tujuan Allah.  Dia memahami melalui Roh Suci bahawa tiada yang boleh menentang tentera Allah yang hidup dan tiada yang akan.

 

37 Pula kata Daud: "TUHAN yang telah melepaskan aku dari cakar singa dan dari cakar beruang, Dia juga akan melepaskan aku dari tangan orang Filistin itu." Kata Saul kepada Daud: "Pergilah! TUHAN menyertai engkau."  38 Lalu Saul mengenakan baju perangnya kepada Daud, ditaruhnya ketopong tembaga di kepalanya dan dikenakannya baju zirah kepadanya.  39 Lalu Daud mengikatkan pedangnya di luar baju perangnya, kemudian ia berikhtiar berjalan, sebab belum pernah dicobanya. Maka berkatalah Daud kepada Saul: "Aku tidak dapat berjalan dengan memakai ini, sebab belum pernah aku mencobanya." Kemudian ia menanggalkannya.

 

Keperluan peperangan ialah untuk mencuba senjata sebelum pergi.  Daud tidak pernah mencuba senjatanya.  Dia tidak pernah memakainya sama sekali.  Tiada guna untuk pergi berperang dengan sesuatu yang belum lagi diketahui.  Jangan pergi dan berperang dengan senjata yang tidak diketahui sama sekali.  Allah telah memberikan kita senjata dan kamu boleh membacanya didalam Perjanjain Baru.  Senjata allah sudah diuji dan dibuktikan.  Daud telah menanggalkan senjata yang telah diberikan kepadanya dan mengambil barang kepunyaannya sendiri dan memilih lima biji batu cantik dari anak sungat dan menyimpannya didalam kantong gembala.  Sekarang ini adalah sangat penting.  Daud tidak memilih untuk menentang tenteran Filistin, and ketua Filistin.  Dia tidak memilih untuk menentang dengan senjata konvensional di dunia ini.  Sistem Babylon tidak boleh dikalahkan dengan senjata konvensional dan sistem dunia ini.  Daud menggunakan sesuatu yang berlainan.  Dia mengambil barang keperluannya dan lima batu yang cantik yang diambilnya daripada anak sungai.  Simbol ini adalah mudah dan jelas.  Barang-barang kepunyaan Daud adalah kepemimpinan Mesiah dan kuasa yang diberikan kepadanya melalui Roh Suci.  Lima biji batu yang cantik dari anak sungai adalah lima gereja Allah yang akan bertahan pada zaman akhir, telah dipilih melalui air hidup Roh Suci.  Kantong gembala adalah kuasa pelindung Mesiah.  Sebabnya terdapat hanya lima biji batu ialah dua daripada gereja Allah tidak mampu sampai ke kerajaan.  Gereja Sardis dan Loadikea dibuang keluar daripada kerajaan.

 

40 Lalu Daud mengambil tongkatnya di tangannya, dipilihnya dari dasar sungai lima batu yang licin dan ditaruhnya dalam kantung gembala yang dibawanya, yakni tempat batu-batu, sedang umbannya dipegangnya di tangannya. Demikianlah ia mendekati orang Filistin itu.  41 Orang Filistin itu kian dekat menghampiri Daud dan di depannya orang yang membawa perisainya. 42 Ketika orang Filistin itu menujukan pandangnya ke arah Daud serta melihat dia, dihinanya Daud itu karena ia masih muda, kemerah-merahan dan elok parasnya.  43 Orang Filistin itu berkata kepada Daud: "Anjingkah aku, maka engkau mendatangi aku dengan tongkat?" Lalu demi para allahnya orang Filistin itu mengutuki Daud.

 

Dengan serta merta dia menyatukan tuhan-tuhannya untuk menentang Roh Suci dari Allah yang hidup,  inilah sebenarnya motif peperangan ini.

 

44 Pula orang Filistin itu berkata kepada Daud: "Hadapilah aku, maka aku akan memberikan dagingmu kepada burung-burung di udara dan kepada binatang-binatang di padang."  45 Tetapi Daud berkata kepada orang Filistin itu: "Engkau mendatangi aku dengan pedang dan tombak dan lembing, tetapi aku mendatangi engkau dengan nama TUHAN semesta alam, Allah segala barisan Israel yang kautantang itu.

 

 

Sekarang ia sangat jelas; bahawa Allah telah menghantar Daud dengan tujuan Daud bercakap didalam Roh Suci.  Daud bercakap kepada orang yang bergantung kepada kekuatan fizikal dan senjata.  Senjata kita bukanlah secara fizikal dan kekuatan adalah didalam Roh Suci.  Senjata kita mempunyai kekuatan untuk meruntuhkan benteng dan itulah senjata kita pada zaman akhir.  Itulah perjuangan zaman akhir.

 

46 Hari ini juga TUHAN akan menyerahkan engkau ke dalam tanganku dan aku akan mengalahkan engkau dan memenggal kepalamu dari tubuhmu; hari ini juga aku akan memberikan mayatmu dan mayat tentara orang Filistin kepada burung-burung di udara dan kepada binatang-binatang liar, supaya seluruh bumi tahu, bahwa Israel mempunyai Allah,  47 dan supaya segenap jemaah ini tahu, bahwa TUHAN menyelamatkan bukan dengan pedang dan bukan dengan lembing. Sebab di tangan Tuhanlah pertempuran dan Iapun menyerahkan kamu ke dalam tangan kami."

 

Ia adalah anak lelaki tanpa senjata, menentang orang yang sangat besar dan kuat dengan senjata, dengan pembawa senjata atau pembawa pelindung yang mampu membunuh Daud seorang diri.  Jadi, dia pergi dan menentang dua orang.  Satu daripadanya ialah sepuluh kaki tinggi dan dilengkapi dengan senjata kuat.

 

Disini kita melihat kepada beberapa masalah.  Pertama, kita melihat kepada alat-alat peperang Daud.  Tidak tidak dilengkapi dengan senjata Saul sebab senjata untuk peperangan kita tidaklah sama dengan senjata dunia ini.  Mesiah tidak digunakan oleh mereka.  Daud dating dengan tentera Allah yang hidup.  Kemusnahan kuasa bangsa-bangsa adalah sama dengan pada zaman akhir.  Filistin yang diambil daripada Pereset atau orang laut juga merupakan konsep yang berkatian dengan Kittim zaman akhir.  Kittim adalah musuh yang disenaraikan didalam Gulungan Laut Mati (Dead Sea Scrolls).  Israel pada abad yang pertama melihat orang-orang ini datang daripada lautan dengan kapal-kapal, orang laut.  Raksasa juga berkaitan dengan golongan Nephilim yang merupakan hasil yang kumpulan semesta yang terjatuh (lihat karya Golongan Nephilim (No. 154)).  Goliath dari Gath adalah raksasa dan Israel pada abad yang pertama memahami bahawa raksasa-raksasa ini adalah keturunan golongan Nephilim.  Mereka mewakili sistem yang runtuh; sistem syaitan yang dibentuk.  Tetapi sistem itu akan digantikan dengan tindakan raja yang baru, Mesiah.  Lima biji batu didalam kantong gembala adalah lima gereja yang mengambil bahagian dalam kebangkitan pertama.  Gereja Sardis dan laodikea tidak mengambil bahagian dalam kebangkitan pertama sebagai entiti yang lengkap.  Gereja-gereja ini hanya mempunyai individu-individu didalam katetori tersebut.  Gereja Sardis adalah mati dan Laodikea telah dimuntahkan daripada mulut Allah.  Hanya individu-individu sahaja yang telah berjaya masuk kedalam Kerajaan Allah.

 

Goliath telah dibunuh dengan satu biji batu.  Kita lihat bahawa dari urutan gereja-gereja,  ia mestilah menjadi yang terakhir.  Walau bagaimanapun, perkabaran malaikat pertama adalah proses yang masih lagi berjalan,  yang mana akan mencapai puncak dalam kuasa zaman akhir.  Hasil terakhir proses ini ialah kemusnahan sistem keagamaan Babylon yang sesat sebagaimana yang kita lihat dari perkabaran malaikat yang seterusnya (Wahyu 14:6-12).

 

Wahyu 14:6-12  Dan aku melihat seorang malaikat lain terbang di tengah-tengah langit dan padanya ada Injil yang kekal untuk diberitakannya kepada mereka yang diam di atas bumi dan kepada semua bangsa dan suku dan bahasa dan kaum,  7 dan ia berseru dengan suara nyaring: "Takutlah akan Allah dan muliakanlah Dia, karena telah tiba saat penghakiman-Nya, dan sembahlah Dia yang telah menjadikan langit dan bumi dan laut dan semua mata air." 8 Dan seorang malaikat lain, malaikat kedua, menyusul dia dan berkata: "Sudah rubuh, sudah rubuh Babel, kota besar itu, yang telah memabukkan segala bangsa dengan anggur hawa nafsu cabulnya."  9 Dan seorang malaikat lain, malaikat ketiga, menyusul mereka, dan berkata dengan suara nyaring: "Jikalau seorang menyembah binatang dan patungnya itu, dan menerima tanda pada dahinya atau pada tangannya, 10 maka ia akan minum dari anggur murka Allah, yang disediakan tanpa campuran dalam cawan murka-Nya; dan ia akan disiksa dengan api dan belerang di depan mata malaikat-malaikat kudus dan di depan mata Anak Domba. 11 Maka asap api yang menyiksa mereka itu naik ke atas sampai selama-lamanya, dan siang malam mereka tidak henti-hentinya disiksa, yaitu mereka yang menyembah binatang serta patungnya itu, dan barangsiapa yang telah menerima tanda namanya." 12 Yang penting di sini ialah ketekunan orang-orang kudus, yang menuruti perintah Allah dan iman kepada Yesus.

 

Secara terus dari mesej malaikat pertama akan diikuti oleh kejatuhan Babilon sebagai satu batu dari umban raja Israel.

 

Tujuan peperangan di antara Daud dan Goliat ini adalah supaya  tentera Allah akan mengetahui bahawa Tuhan menyelamat bukan dengan kekuatan atau kuasa tetapi dengan rohku firman Tuhan Semesta Alam (Zak 4:6).

 

Namun, walaupun dengan pernyataan ini, Daud kemudiannya melakukan dosa dengan menjumlahkan Israel (2Sam 24:1 dan seterusnya; 1Taw 21:1 dan seterusnya). Dosa ini menyebabkan kematian 70,000 orang Israel. Dosa menghitung tentera Tuhan adalah dosa administrasi yang utama pada zaman akhir. Ianya bukan bangsa ini sahaja yang dipenuhi dengan kuasa tentera. Jemaat-jemaat Allah pada zaman akhir akan menjumlahkan tentera Allah sehingga proses ini menjadi sesuatu yang cabul di dalam bahasa kita – sekiranya kita kembali kepada konsep pemusnahan warga semesta. Di sini, Daud telah bergantung kepada Allah. Dia menghadapi Goliat dan dia berkata akan memusnahkan Goliat. Imannya adalah besar dan dia sebenarnya telah berjaya memusnahkan dia. Tetapi pada waktu tuanya dia mula bergantung kepada jumlah seperti Napoleon: Allah ada bersama dengan batalion; atau Stalin: Berapa banyak divisi yang dimiliki oleh Paus? Penghitungan Jemaat-jemaat Allah pada zaman akhirt adalah dari mentaliti yang sama. Pra-penempatan dengan jumlah, dengan angka, dengan yang disebut ‘buah’, adalah satu pencabulan pada zaman akhir di mata Allah. Proses ini telah membawa kepada pra-penempatan orang-orang yang tidak melakukan sesuatu dan tidak mengajar, tidak meletakkan orang lain ke dalam tubuh dan tidak menyediakan mereka bagi tugasan mereka. Sebagai akibatnya orang ini akan kehilangan tempat mereka di dalam Kerajaan Allah. Tujuh puluh ribu orang akan mati dan menghadapi kebangkitan yang kedua kerana kegagalan ini. Orang yang sisa akan menghadapi tuaian seperti gandum. Prose ini telah dijelaskn di dalam karya tulis Mengukur Kaabah (No. 137). Ianya sangat panjang dan melibatkan topik.

 

48 Ketika orang Filistin itu bergerak maju untuk menemui Daud, maka segeralah Daud berlari ke barisan musuh untuk menemui orang Filistin itu;  49 lalu Daud memasukkan tangannya dalam kantungnya, diambilnyalah sebuah batu dari dalamnya, diumbannya, maka kenalah dahi orang Filistin itu, sehingga batu itu terbenam ke dalam dahinya, dan terjerumuslah ia dengan mukanya ke tanah.

 

Dengan cara yang sama tuhan Filistin telah jatuh, begitu juga dengan jaguh mereka. Meterai Allah ada di antara mata, dan batu ini, mesej Allah yang hidup ini adalah untuk menghendam sistem mereka di mana mereka telah dimeterai, di dalam tuhan mereka. Dan ini telah membunuh jaguh mereka dan dia jatuh dengan sendirinya.

 

50 Demikianlah Daud mengalahkan orang Filistin itu dengan umban dan batu; ia mengalahkan orang Filistin itu dan membunuhnya, tanpa pedang di tangan.

 

Inilah yang terjadi pada zaman akhir. Kita tidak memerlukan pedang dan kita akan memusnahkan tentera tuhan dalam dunia ini. Kita akan memusnahkan berjuta-juta pada zaman akhir dan tidak ada pedang di dalam tangan kita.

 

51 Daud berlari mendapatkan orang Filistin itu, lalu berdiri di sebelahnya; diambilnyalah pedangnya, dihunusnya dari sarungnya, lalu menghabisi dia. Dipancungnyalah kepalanya dengan pedang itu. Ketika orang-orang Filistin melihat, bahwa pahlawan mereka telah mati, maka larilah mereka.  52 Maka bangkitlah orang-orang Israel dan Yehuda, mereka bersorak-sorak lalu mengejar orang-orang Filistin sampai dekat Gat dan sampai pintu gerbang Ekron. Dan orang-orang yang terbunuh dari orang Filistin bergelimpangan di jalan ke Saaraim, sampai Gat dan sampai Ekron.  53 Kemudian pulanglah orang Israel dari pemburuan hebat atas orang Filistin, lalu menjarah perkemahan mereka.  54 Dan Daud mengambil kepala orang Filistin yang dipancungnya itu dan membawanya ke Yerusalem, tetapi senjata-senjata orang itu ditaruhnya dalam kemahnya.

 

Terdapat konsep yang sangat penting di sini. Kepala sistem ini telah disingkirkan dengan pedangnya sendiri. Dengan cara yang sama Mesiah akan menjatuhkan semua musuh dunia pada zaman akhir, dan akan membunuh mereka dengan senjata mereka sendiri. Semua bangsa ini, satu persatu akan dijatuhkan. Semua tentera mereka akan dijatuhkan dan dimusnahkan.

 

Perhatikan kepala akan dijatuhkan ke Yerusalem tetapi baju baja diletakkan di dalam kemah Daud. Yerusalem belum lagi menjadi kota Saul. Sesungguhnya bahtera itu ada di Siloh dan Daud akan meletakkannya di Hebron sebelum akhirnya kedua-dua bait suci dan pemerintahan akan dipindahkan bersama ke Yerusalem. Apabila Daud mengambil kepala Goliat ke Yerusalem, dia sedang menunggu masa di masa hadapan, kedatangan Mesiah, apabila kepala sistem Babilon akan disingkirkan dan struktur yang memerintah, sistem keagamaan akan digantikan oleh Mesiah dan setiap kepala akan dibawah ke Yerusalem. Sistem ini akan memerintah dari Yerusalem. Baju baja akan diletakkan di dalam kemahnya, dalam cara yang sama tombak dan senjata-senjata yang dikumpulkan dari peperangan Armegedon. Semua perkara ini akan diambil dan ditumpukkan. Komentarnya adalah bahawa barang-barang yang dikumpulkan ini akan mempertahankan Israel selama tujuh tahun. Terdapat sumber fizikal yang mencukupi dari tentera, sementara mereka dijatuhkan, untuk memelihara Israel selama masa Milenium.

 

Dengan ini, struktur ini menunjukkan kepada kamu bahawa ini bukanlah hanya sebuah kisah tentang seorang budak lelaki yang membunuh orang raksasa yang setinggi sepuluh kaki dengan hanya menggunakan ambun. Ini adalah kisah tentang Mesiah. Ia adalah satu kisah tentang pangkat diraja yang didirikan di dalam tangan Allah yang hidup dan bahawa sistem ini, serta senjata-senjata dunia ini, dan kaedah peperangan yang diajar oleh Iblis kepada umat kita untuk digunakan, akan disingkirkan. Ianya adalah dengan senjata yang diajar oleh Iblis kepada umat kita, yang akan memusnahkan seluruh sistemnya, dan meletakkan umat kita di bawah Mesiah di Yerusalem. Penempatan kepala di Yerusalem adlah menandakan bahawa kerajaan dan sistem keagamaan akan berpusat di Yerusalem.

 

q