Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

[139]

 

 

 

 

Pengumpulan [139]

(Edisi 2.0 19940908-19990904)

 

Persembahan ini yang memulakan Perayaan Pondok Daun dikawal atur dengan undang-undang dan mempunyai suatu siri tuntutan yang harus diketahui umat Kristian. Tiga urutan persembahan itu dikawal atur. Karya ini meliputi Perayaan Pengumpulan, banci serta cukai Pendamaian, bulan-bulan penuh, Pentakosta, Sangkakala-sangkakala, penghakiman Iblis, tugas-tugas bagi mereka yang dibangkitkan, latihan di dalam tentera Tuhan.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1994, 1995, 1996, 1998, 1999 Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Pengumpulan [139]



Terdapat tiga musim perayaan. Perayaan Pengumpulan merupakan kali ketiga untuk datang ke hadapan Tuhan, yang disebutkan sebagai Perayaan Pondok Daun (Keluaran 23:14-16; 34:22-23; Imamat 23:33-44).

 

Imamat 23:33-44 TUHAN berfirman kepada Musa: 34 "Katakanlah kepada orang Israel, begini: Pada hari yang kelima belas bulan yang ketujuh itu ada hari raya Pondok Daun bagi TUHAN tujuh hari lamanya. 35 Pada hari yang pertama haruslah ada pertemuan kudus, janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan berat. 36 Tujuh hari lamanya kamu harus mempersembahkan korban api-apian kepada TUHAN, dan pada hari yang kedelapan kamu harus mengadakan pertemuan kudus dan mempersembahkan korban api-apian kepada TUHAN. Itulah hari raya perkumpulan, janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan berat. 37 Itulah hari-hari raya yang ditetapkan TUHAN, yang harus kamu maklumkan sebagai hari pertemuan kudus untuk mempersembahkan korban api-apian kepada TUHAN, yaitu korban bakaran dan korban sajian, korban sembelihan dan korban-korban curahan, setiap hari sebanyak yang ditetapkan untuk hari itu, 38 belum termasuk hari-hari Sabat TUHAN dan belum termasuk persembahan-persembahan atau segala korban nazarmu atau segala korban sukarelamu, yang kamu hendak persembahkan kepada TUHAN. 39 Akan tetapi pada hari yang kelima belas bulan yang ketujuh itu pada waktu mengumpulkan hasil tanahmu, kamu harus mengadakan perayaan bagi TUHAN tujuh hari lamanya; pada hari yang pertama haruslah ada perhentian penuh dan juga pada hari yang kedelapan harus ada perhentian penuh. 40 Pada hari yang pertama kamu harus mengambil buah-buah dari pohon-pohon yang elok, pelepah-pelepah pohon-pohon korma, ranting-ranting dari pohon-pohon yang rimbun dan dari pohon-pohon gandarusa dan kamu harus bersukaria di hadapan TUHAN, Allahmu, tujuh hari lamanya. 41 Kamu harus merayakannya sebagai perayaan bagi TUHAN tujuh hari lamanya dalam setahun; itulah suatu ketetapan untuk selama-lamanya bagimu turun-temurun. Dalam bulan yang ketujuh kamu harus merayakannya. 42 Di dalam pondok-pondok daun kamu harus tinggal tujuh hari lamanya, setiap orang asli di Israel haruslah tinggal di dalam pondok-pondok daun, 43 supaya diketahui oleh keturunanmu, bahwa Aku telah menyuruh orang Israel tinggal di dalam pondok-pondok selama Aku menuntun mereka sesudah keluar dari tanah Mesir, Akulah TUHAN, Allahmu." 44 Demikianlah Musa menyampaikan kepada orang Israel firman tentang hari-hari raya yang ditetapkan TUHAN.

 

Harus diperhatikan di sini bahawa Israel diperintahkan untuk tinggal di dalam pondok-pondok sepanjang masa perayaan itu. Ini mulanya diperbuat daripada dahan berdaun, tetapi kemudiannya diatur semula sebagai perkhemahan, mungkin sekali kerana sebab-sebab alam sekitaran dan keluasan. Hosea (Hosea 12:9) menyebut bahawa Israel tinggal di dalam khemah-khemah sewaktu zaman ini dan diminta tinggal di dalam khemah-khemah atau pondok-pondok seperti mana sewaktu hari-hari perayaan. Kebiasaan tinggal di dalam pondok-pondok ini diperkukuhkan lagi di dalam pemulihan di bawah Nehemia (Nehemia 8:14-17).

 

Konsep tinggal di dalam pondok-pondok itu adalah untuk meneguhkan pergantungan Israel ke atas Tuhan, sementara mereka mengembara di padang gurun. Pemulihan melibatkan satu lagi keluaran seperti mana yang dialami Israel apabila keluar dari Mesir. Kali ini ia akan seperti yang digambarkan di dalam Yesaya 66:18-24. Keluaran ini akan lebih besar lagi daripada keluaran pertama itu dan akan mengambil tempat keluaran pertama. Itulah sebabnya kenapa pondok-pondok digunakan sewaktu Perayaan Pondok Daun. Perayaan ini mewakili fasa terakhir tersebut di bawah Mesias bagi pemerintahan Milenium dari Yerusalem. Hanya pada Hari Besar Terakhir sahaja barulah pondok-pondok itu tidak lagi diwajibkan oleh hukum Tuhan. Ini adalah kerana Hari Besar Terakhir melambangkan pemulihan serta pendamaian muktamad kepada Tuhan. Tinggal di dalam pondok-pondok adalah mandatori bagi perayaan itu.

 

Seluruh bab Imamat 23 mengisahkan setiap perayaan-perayaan tersebut mengikut urutannya, sehinggalah Perayaan Pondok Daun dan Hari Besar Terakhir, sambil menerangkan urutan tuaian-tuaian itu. Pengumpulan merupakan tuaian terakhir. Kita akan lihat, di dalam urutan ini, kenapa hanya tiga pungutan saja yang diperintahkan setiap tahun. Adalah satu kesilapan untuk mempunyai lebih dari tiga pungutan.

 

Banci yang diambil pada Hari Pendamaian adalah suatu cukai. Karya Pendamaian [138] menyentuh tentang seluruh banci tersebut serta cukai yang dipungut, dan kenapa ianya salah untuk membuat sebarang pungutan pada Hari Pendamaian. Ini sebenarnya suatu penghinaan kepada Yesus Kristus dan suatu kritikan terhadap pengorbanan Yesus Kristus. Kristus akan memperkenalkan semula cukai bait apabila dia berdiri semula di Sion. Namun, dia tidak akan memulakannya sehinggalah dia berdiri di dalam Sion.

 

Mempunyai tujuh pungutan persembahan setahun pada setiap Hari Suci atau, lebih teruk lagi, setiap minggu adalah bertentangan dengan Alkitab. Ianya bercanggah sepenuhnya dengan arahan Yesus Kristus selaku Malaikat Perjanjian itu.

 

Hari kelima belas bulan ketujuh adalah hari bulan penuh. Biasanya perayaan-perayaan di dalam kalendar Yahudi berlangsung apabila bulan sehari atau dua jauhnya dari menjadi penuh. Peraturan mengenai penentuan perayaan-perayaan itu terikat jelas kepada Bulan Baru, dan bukannya kepada sistem Yahudi yang menghitung molad bagi Tishri. Imamat 23:33-35 mengatakan:

 

Imamat 23:33-35 TUHAN berfirman kepada Musa: 34 "Katakanlah kepada orang Israel, begini: Pada hari yang kelima belas bulan yang ketujuh itu ada hari raya Pondok Daun bagi TUHAN tujuh hari lamanya. 35 Pada hari yang pertama haruslah ada pertemuan kudus, janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan berat.

 

Perayaan ini adalah satu simbol keluaran kita dari sistem-sistem dunia. Kristus telah membawa kita keluar dari Mesir ke dalam Israel. Ini merupakan tanda fizikal kepada suatu penebusan masa hadapan. Dia pernah membawa kita keluar sekali, dan dia akan memimpin kita keluar sekali lagi, secara rohani dan secara fizikal. Yang pertama daripada hasil-hasil sulung itu adalah Yesus Kristus. Persembahan Unjukan Berkas, yang dibuat sewaktu Paskah, mewakili Yesus Kristus sebagai yang pertama daripada hasil-hasil sulung.

 

Pentakosta merupakan penuaian KITA sendiri – bukannya Pondok Daun. Penuaian kita adalah pada Pentakosta dan sedang berjalan masa kini. Sebabnya kenapa ia harus pada Pentakosta adalah kerana kesemua umat kita, iaitu umat pilihan, telah dituai sejak dari tahun 30 TM; dari masanya Yesus Kristus mati sehinggalah pada hari ini. Pada Pentakosta tahun 30 TM kita telah diberikan Roh Kudus itu. Ini merupakan ganjaran awal untuk hasil-hasil sulung yang memiliki panggilan kita serta iman kita. Mereka yang tidur di dalam tanah adalah juga dari kumpulan hasil-hasil sulung ini. Oleh itu, tidak sesuai untuk kita menganggap Perayaan Pondok Daun itu sebagai tuaian kita. Kita telahpun dituai dari Pentakosta. Kita akan menyertai Kristus pada kedatangannya nanti. Namun terdapat pekerjaan yang besar untuk kita lakukan dan kita mengambil bahagian di dalam penuaian pada masa ini.

 

Sebabnya kenapa tidak ada pengumpulan persembahan semasa Sangkakala-sangkakala atau Pendamaian adalah kerana ia tiada kena-mengena dengan kita. Apa sekalipun tindakan di dalam Sangkakala-sangkakala atau Pendamaian, semuanya adalah melalui rahmat Yesus Kristus yang menyelamatkan di bawah arahan Tuhan. Kita tiada kena-mengenai dengannya. Dia datang untuk menyelamatkan kita. Ia bukannya sesuatu yang kita tuai atau kerjakan dengan sendiri. Ianya dilakukan untuk menyelamatkan serta melindungi kita. Oleh itu, tiada apa yang boleh kita persembahkan selain daripada diri kita sendiri. Itulah sebabnya kenapa Sangkakala-sangkakala tidak disenaraikan sebagai satu pengumpulan [persembahan]dan kenapa tiada ada pengumpulan pada Pendamaian. Malah, ianya khususnya dilarang untuk memungut pungutan persembahan pada Pendamaian di mana seseorang itu mungkin memberi lebih dari orang lain. Umat pilihan sepatutnya telah faham tentang hal ini di dalam jemaat-jemaat lain, dan memandangnya sebagai satu konsep dan bertanya: Kenapakah kami melakukan ini, kenapakah ia khususnya dilarang? Tiada seorangpun yang patut memberi lebih atau kurang dari yang lain. Ia merupakan cukai khas. Kepalsuan telah memasuki umat pilihan kerana mereka tidak mengikuti kebenaran itu. Sebaliknya, mereka menurut ajaran manusia.

 

Konsep tuaian ini, sebagai Pengumpulan, adalah penubuhan era struktur kebenaran milenium. Kita akan dapat mengawal planet ini dan membawa kebenaran serta keadilan kepada planet ini. Kita akan menjadikan penuaian itu sesuatu yang pasti, yang mungkin telah digenapi jika hanya Yehuda mengambil tempatnya lebih awal. Anggapan sebegitu adalah bermasalah kerana segala sesuatu dilakukan menurut pengetahuan serta pimpinan Tuhan. Umat dipanggil pada masa-masa tertentu untuk melakukan tugas-tugas khusus. Siapakah yang boleh mengatakan dengan pasti kenapa terdapat bilangan terhad umat pilihan pada mana-mana satu masa? Siapa dapat pastikan kenapa terdapat umat khusus pada suatu tempat tertentu yang memahami serta bertindak, sementara kebanyakan orang tidak memahami? Kenapakah bilangannya begitu sedikit? Siapakah yang tahu apa yang Tuhan lakukan?

 

Kita harus melakukan tugas kita dan kita perlu mengikut hukum itu dengan setia serta memahami aplikasi rohaninya. Tuhan memanggil setiap kita pada masa paling sesuai untuk melakukan bahagian kita di dalam rencana keselamatan itu. Itulah sebabnya kenapa Kristus berbicara di dalam perumpamaan dan kenapa rahsia-rahsia Tuhan dinyatakan secara terkawal (lihat karya Rahsia-rahsia Tuhan [131]). Umat Yahudi menurut hukum itu, begitulah kata mereka, namun mereka tidak memahami aplikasi rohaninya. Itulah sebabnya mereka membebaninya dengan tradisi-tradisi.

 

Sekarang kita akan mengkaji kenapa persembahan ini harus diberikan pada malam pertama Perayaan Pondok Daun. Ia mewakili tuaian besar ketiga. Di dalam Keluaran 23:17-19, ia menyatakan:

 

Keluaran 23:17-19 Tiga kali setahun semua orangmu yang laki-laki harus menghadap ke hadirat Tuhanmu TUHAN. 18 Janganlah kaupersembahkan darah korban sembelihan yang kepada-Ku beserta sesuatu yang beragi, dan janganlah lemak korban hari raya-Ku bermalam sampai pagi. 19 Yang terbaik dari buah bungaran hasil tanahmu haruslah kaubawa ke dalam rumah TUHAN, Allahmu. Janganlah kaumasak (rebus) anak kambing dalam susu induknya. (KJV)

 

Keluaran 23:17-19 Tiga kali setahun semua orangmu yang laki-laki harus menghadap ke hadirat Tuhanmu TUHAN. 18 Janganlah kaupersembahkan darah korban sembelihan yang kepada-Ku beserta sesuatu yang beragi, dan janganlah lemak perayaan hari raya-Ku bermalam sampai pagi. 19 Yang terbaik dari buah bungaran hasil tanahmu haruslah kaubawa ke dalam rumah TUHAN, Allahmu. Janganlah kaumasak (rebus) anak kambing dalam susu induknya. (RSV)

 

Seluruh ayat itu dipetik kerana ungkapan Janganlah kaumasak anak kambing dalam susu induknya terikat kepada ayat 19 dan ia berada di situ atas sebab tertentu. Jamuan yang dimaksudkan adalah suatu adat keagamaan timur yang berkait dengan misteri-misteri Babilon. Ia tiada kena-mengena mencampurkan susu dengan daging. Korban-korban itu juga dimasak (rebus). Oleh itu, memasak anak kambing di dalam susu induknya (ibunya) pada waktu persembahan-persembahan ini adalah seumpama membuat korban persembahan di dalam suatu upacara misteri-misteri itu, dan dengan itu merupakan suatu penyembahan berhala. Kerana itulah ia dilarang, dan disebutkan di sini di dalam teks ini untuk menyampaikan maksud tersebut.

 

Terdapat satu lagi konsep di dalam teks ini. Satu terjemahan mengatakan korban (KJV) dan satu lagi perayaan (RSV). Alkitab Interlinear membereskan hal ini. Ia juga menyebutkan korban.

 

Janganlah kaupersembahkan darah korban sembelihan yang kepada-Ku beserta sesuatu yang beragi, dan janganlah lemak korban hari raya-Ku bermalam sampai pagi.

 

Konsepnya terikat kepada persoalan apakah itu perayaan dan apakah korban. Istilah bagi perayaan di sini di dalam kamus Ibrani Strong (SHD 2282) adalah khawg yang bermakna sama ada satu perayaan atau satu mangsa. Young menggolongkannya di bawah korban, mengikut maksud KJV. Teks Masoretik, menurut Alkitab Interlinear, mengertikan perkataan tersebut mengikut Konkordans Strong. Oleh itu, maksudnya terselindung. Komentar-komentar Soncino ada menyentuh tentang pemahamannya. Teks tersebut merujuk kepada lemak anak domba Paskah (Rashbam) dan kepada persembahan-persembahan para penziarah pada perayaan-perayaan itu (Abraham ibn Ezra). Rashi berpendapat bahawa korban-korban itu haruslah tidak sepanjang malam berjauhan daripada mezbah itu (Soncino).

 

Memahami teks ini maknanya memahami bilakah Pengumpulan harus terjadi dan apakah tujuannya. Maksudnya jelas dari teks itu. Ia haruslah dikumpulkan pada malam pertama dan harus tidak dibiarkan hingga pagi. Terdapat maksud rohani dan fizikal kepada hal ini.

 

Pada perayaan itulah hasil pertama atau hasil terbaik hasil-hasil sulung itu dibawa masuk. Persediaan harus dibuat untuk perayaan ini. Kita mestilah dapat mengadakan suatu perayaan agar satu pengumpulan atau pungutan dapat dibawa masuk. Haruslah ada, daripada simbolisme tuaian-tuaian itu, sesuatu untuk menubuhkan struktur milenium itu.

 

Juga, konsepnya adalah bahawa di dalam tempoh seperti suatu perayaan lapan hari, jika kamu membawanya masuk lewat maka kerja-kerja pengurusan yang tidak diperlukan akan dibuat pada hari suci itu. Ini adalah jika kamu melakukannya dengan betul mengikut syarat-syarat tuaian. Apabila kita memperkenalkan semula hukum ini, apabila Tuan kita datang dan kita mendirikan sistem ini, kita bukannya akan mengambil wang dari bank dan memasukkannya ke dalam satu bakul. Kita akan membawa karung-karung gandum serta binatang-binatang dan kita akan membawa hasil-hasil sulung kita sebagai keluarga kepada perayaan yang ditetapkan itu dan kita akan membawa mereka masuk dan memberi kepada keimamatan itu, iaitu kumpulan Lewi yang baru.

 

Ada antara kita yang akan menjadi raja-raja secara fizikal, suatu keimamatan, jadi bagi anak-anak muda terdapat khabar yang besar dan rahmat di dalam hal ini. Sering kali kita mendengar bahawa jemaat akan dibawa pergi secara ghaib, ke Petra atau tempat lain, dan kita semua akan menjadi makhluk-makhluk roh. Anak-anak kecil akan terfikir: bagaimana dengan kami? Aku belum dibaptiskan, aku belum cukup umur lagi. Anak-anak muda jarang diberitahu bahawa mereka akan menjadi raja-raja serta para imam. Anak-anak akan menjadi para pemimpin bumi fizikal ini, di dalam tuaian besar itu, iaitu Pengumpulan yang besar. Mereka adalah sebahagian daripada korban Pengumpulan itu.

 

Seluruh urutan peristiwa ini berlaku pada permulaan Milenium itu, jadi semua orang ada di situ dan penuaiannya besar sekali. Sebabnya kenapa kita harus melakukannya pada malam pertama adalah supaya keimamatan atau para pentadbir dapat mengaturkannya. Ia diberikan pada waktu malam agar umat serta kumpulan-kumpulan imam itu dapat makan. Ini adalah berkenaan distribusi. Kita tidak akan meminta bendahari pergi ke bank pada hari esoknya, dan mengambil keluar wang tahun sebelumnya. Kita tidak mengambil dari tuaian tahun sebelumnya kecualilah pada tahun-tahun Sabat. Pengumpulan juga merupakan suatu tuaian fizikal dan kita harus belajar untuk bersedia. Kita harus mula berfikiran begitu kerana kita perlu memastikan bahawa orang-orang terbabit adalah teratur dan mereka mengetahui apa yang terjadi. Ini dilakukan kerana jika bangsa-bangsa tidak merayakan perayaan ini, kita selaku umat pilihan rohani akan terpaksa memastikan bahawa tiada hujan akan turun pada musimnya. Ini adalah janji dari Zakharia 14:16-19.

 

Jika bangsa-bangsa tidak mengutus perwakilan mereka ke Yerusalem untuk merayakan perayaan itu, kita akan perlu menahan hujan bagi bangsa-bangsa itu. Ada antara kita yang akan bertanggungjawab ke atas para bangsa. Kita akan melakukan tugas yang sama yang sepatutnya telah dilakukan oleh para iblis. Kita akan perlu memastikan bahawa segala perkara tersebut berlaku. Kita akan mengawal susunan aktiviti itu dalam waktu seribu tahun dan kita diadili menurut betapa baiknya kita melakukannya. Kita akan diuruskan Yesus Kristus berdasarkan bagaimana baiknya kita melakukan tugas kita. Kita akan dipertanggungjawabkan oleh Mesias tetapi lebih khusus lagi, para iblis akan dihakimi menurut betapa baiknya kita melakukan tugas kita.

 

Kita akan menetapkan standard dengan mana mereka diukur; sama seperti Yesus Kristus telah menetapkan standard dengan mana Iblis diukur di dalam pertentangan mereka di padang gurun. Melalui apa yang Kristus telah lakukan di dalam hidupnya, di dalam pelayanannya, dia kemudiannya menetapkan standardnya. Itulah sebabnya kenapa dia berkata Iblis diadili. Iblis seorang saja yang telah diadili. Para iblis yang lain diadili berdasarkan umat yang setara dengan mereka: iaitu kita sendiri. Kita adalah rakan-rakan sedarjat para iblis dan mereka diadili di dalam cara yang sama. Iblis telah diadili menurut perbandingan standard dengan Yesus Kristus. Para iblis diadili menurut perbandingan standard dengan kita. Jika kita tidak dapat memelihara perintah-perintah Tuhan maka kita tidak sesuai untuk mengadili di dalam sistem Milenium itu.

 

1Yohanes 2:1-5 Anak-anakku, hal-hal ini kutuliskan kepada kamu, supaya kamu jangan berbuat dosa, namun jika seorang berbuat dosa, kita mempunyai seorang pengantara pada Bapa, yaitu Yesus Kristus, yang adil. 2 Dan Ia adalah pendamaian untuk segala dosa kita, dan bukan untuk dosa kita saja, tetapi juga untuk dosa seluruh dunia. 3 Dan inilah tandanya, bahwa kita mengenal Allah, yaitu jikalau kita menuruti perintah-perintah-Nya. 4 Barangsiapa berkata: Aku mengenal Dia, tetapi ia tidak menuruti perintah-Nya, ia adalah seorang pendusta dan di dalamnya tidak ada kebenaran. 5 Tetapi barangsiapa menuruti firman-Nya, di dalam orang itu sungguh sudah sempurna kasih Allah; dengan itulah kita ketahui, bahwa kita ada di dalam Dia.

 

Jika kita tidak memelihara perintah-perintah Tuhan tetapi mengatakan kita mengenal Tuhan, kita adalah pendusta. Hidup kekal adalah mengenali satu-satunya Allah yang benar serta Yesus Kristus yang telah diutusNya (Yohanes 17:3). Jika kita mengatakan kita mengenal Tuhan dan tidak menurut perintah-perintahNya maka kita adalah pendusta.

 

Tuaian Pengumpulan menggambarkan tugas kita. Itulah sebabnya kenapa kita harus menumpukan perhatian kita kepadanya. Pada waktu malam Pengumpulan kita harus berfokus kepada penuaian itu. Tidak ada penuaian pada Hari Besar Terakhir kerana tugas kita bermula dari Pengumpulan sehinggalah Hari Besar Terakhir. Hari Besar Terakhir adalah kebangkitan itu. Hal-hal kebangkitan serta penghakiman dibincangkan di dalam karya-karya lain. Tidak ada tuaian yang bermula dari pengadilan. Pengadilan merupakan penamatan proses tersebut. Kita akan kemudiannya mengagihkan dan menyusun. Ini adalah fungsi penuaian dan ia mempunyai maksud penting rohaninya.

 

Itulah erti di sebalik tiga kali setahun itu. Konsep ini ditekankan kerana kita tidak boleh bertumbuh kecualilah kita melakukan hal-hal menurut apa yang dikatakan Alkitab. Kita tidak dapat pergi kepada langkah seterusnya secara fizikal ataupun rohani.

 

Tanpa mengira apa yang Alkitab katakan, beberapa jemaat membuat suatu peraturan pentadbiran dan mengatakan mereka akan mengadakan tujuh pungutan persembahan kerana ini akan menambahkan wang simpanan. Namun ini bukanlah keputusan pentadbiran. Ianya suatu perintah Tuhan yang diberikan kepada kita melalui Yesus Kristus. Kita tidak boleh membuat keputusan-keputusan pentadbiran berkenaan hukum itu. Satu titik atau iota tidak akan hilang dari hukum itu sehinggalah semuanya telah digenapi. Apa yang perlu kita buat adalah menurut dengan setia. Sebaik saja kita telah memastikan semuanya tepat pada tempatnya, kita akan bertumbuh di dalam pengetahuan dan pemahaman di dalam fikiran kita serta di dalam fikiran teman-teman kita.

 

Apabila kita memelihara Paskah dengan betul, untuk pertama kalinya, kita mula bertumbuh dengan pesat di dalam pengetahuan. Jika tindakan kita tidak berdasarkan kebenaran, roh meninggalkan kita. Pembelajaran yang berterusan menghasilkan ilham yang baru. Jika kita mengerjakan apa yang kita tahu, maka kita akan diberikan langkah seterusnya kepada pemahaman. Tuaian-tuaian ini adalah hal-hal penting untuk memahami aktiviti rohani yang berlaku di dalam Milenium itu. Sebaik saja kita telah memastikan semuanya, kita akan memahami maksud serta tujuan semuanya itu. Perayaan ini melambangkan keadilan serta kebenaran sistem Mesias. Kita akan melaksanakan seluruh hukum itu. Segala yang telah diberikan Mesias, sebagai Malaikat Yahovah di Sinai, kepada Musa akan ditubuhkan semula dalam iman mutlak dan kita akan melakukannya.

 

Kristus bukannya telah memberikan keadaan yang mustahil kepada Musa. Kekristianan moden mengatakan bahawa ianya sesuai bagi Israel dan bahawa hukum itu adalah untuk umat Yahudi. Dengan mengatakan bahawa hukum itu boleh diubah, aliran utama Kekristianan sebenarnya mengatakan bahawa umat Yahudi telah diberikan tugas yang mustahil. Mereka telah memiliki rangkaian hukum itu serta suatu sistem yang tidak cukup sempurna dan sekarang kononnya kita lebih mengetahui lagi. Hakikat sebenarnya adalah bahawa Kristus telah memberikan suatu sistem yang sempurna kepada Musa yang mampu mengawal atur planet ini serta menghasilkan suatu sistem milenium pada masa itu. Pengajarannya adalah bahawa kita memerlukan Roh Kudus Tuhan untuk memelihara Hukum itu. Jika seluruh dunia telah diinsafkan oleh Israel; jika ia tetap memelihara imannya dan tidak mengikuti tuhan-tuhan asing, dan tidak gagal, kesan mereka terhadap dunia sudah pasti begitu menakjubkan. Pastinya kita tidak akan melihat peperangan di seluruh planet ini sekarang. Planet ini tidak akan mati seperti yang sedang berlaku sekarang. Namun mereka tidak tetap setia. Mereka tidak melakukan tugas mereka. Mereka terus mengabaikan hukum itu dan telah kehilangan pemahaman mereka mengenai konsep maksud tuaian-tuaian ini. Mereka tidakpun merayakan Perayaan Pondok Daun selama berabad lamanya. Perayaan-perayaan itu telah diperkenalkan semula oleh Nehemia. Perayaan-perayaan ini dinubuatkan akan diperkenalkan semula oleh Yehezkiel. Nabi Yehezkiel berbicara secara milenium.

 

Nehemia dan Ezra telah mengaturkan semula Bait Suci itu serta mengukuhkan semula kota di Yerusalem. Mereka telah menemui kitab hukum itu dan mereka membacanya setelah membuat persediaan serta mengumpulkan umat itu. Umat itu menangis. Seluruh bangsa itu berdiri di hadapan para imam dan mereka mendengar pembacaan hukum itu (rujuk Pembacaan Hukum Dengan Ezra dan Nehemia [250]). Ianya satu keperluan untuk membacakan hukum itu pada setiap tahun Sabat.

 

Jemaat-jemaat Tuhan umumnya tidak melakukan itu. Tiada hukum yang dibacakan pada tahun-tahun Sabat di dalam sebarang jemaat di planet ini selama berabad-abad. Ianya telah dibacakan pada tahun Sabat 1998-99 untuk pertama kalinya selepas banyak abad pada Perayaan Pondok Daun. Ia telah dilakukan dengan penuh taat dan kini diterbitkan di dalam banyak bahasa.

 

Seperti yang dinyatakan sebelumnya, kita sedang dicantumkan sebagai satu kumpulan. Tuhan akan tetap bekerja dengan kita sehinggalah kita bersedia. Jika kita tidak benar secara rohani, maka Tuhan akan menyingkirkan kita. Kita tidak akan ditambahkan dalam bilangan yang banyak sehinggalah kita bersedia. Tuhan akan menambah menurut rencanaNya. Apa yang boleh kita lakukan hanyalah membicarakan kebenaran. Ianya tugas kita untuk berkembang secara rohani dan bertumbuh agar kita dapat bersedia untuk penuaian ini. Kita adalah tentera di dalam bala tentera Tuhan, yang sedang berlatih sehingga sampai pada tahap di mana kita berguna dan akan berdiri bersama Yesus Kristus. Seperti yang kita lihat daripada kandungan serta struktur perayaan itu, ianya tidak akan berlaku hanya dengan duduk sambil lewa.

 

Milenium tidak akan dimulakan dari keadaan aman damai. Kita harus memahami itu dan bersedia baginya. Maksud rohani Pengumpulan ini adalah penting bagi pemahaman masa-masa ini. Ianya Perintah Tuhan untuk kita berada pada perayaan itu dan mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti tersebut.

 

q