Jemaat Jemaat Allah Al Maséhi

 [160]

 

 

 

Tujuan Penciptaan dan Pengorbanan Kristus [160]

(Edisi 1.0 19960505-19991217)

 

Karya ini membincangkan tentang salah-faham yang berlaku terhadap asal-usul Kristus. Ada yang percaya bahawa, jika Kristus bukan Tuhan dan bukan suatu makhluk kekal abadi yang asalnya bukan dari penciptaan, maka korbannya tidak cukup untuk mendamaikan manusia dengan Allah. Asal-usul kepercayaan ini berpunca daripada kekurangan yang ada pada falsafah Yunani dan salah-faham terhadap asal-usul sistem Alkitab serta tujuan penciptaan.

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1996, 1999 Wade Cox)

(Tr. 2002)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 


 

Tujuan Penciptaan dan Pengorbanan Yesus Kristus [160]

 



Nota: Karya ini sebaik-baiknya dibaca bersama dengan pita rakamannya.

 

Kepentingan korban Yesus Kristus adalah terutama sekali bagi iman kita. Ianya merupakan isu utama pada Perjanjian Baru dan merupakan pengakhiran kepada sistem persembahan korban dan segala yang diwakilinya.

 

Suatu dongeng yang telah terbentuk daripada isu-isu doktrin berkenaan kepala Tuhan (Godhead) dan kedudukan Kristus di dalam struktur tersebut, adalah bahawa, jika Kristus bukan Tuhan dan bukan suatu makhluk kekal abadi yang tidak diciptakan , maka pengorbanannya tidak mencukupi untuk mendamaikan manusia dengan Allah. Suatu persoalan timbul daripada ini: Dengan asas Alkitab manakah, tuntutan sedemikian dibuat? Tiada apa-apa di dalam Alkitab yang menyokong tuntutan ini dan akan ditunjukkan bahawa hal yang sebaliknya adalah betul. Bagaimana pula tuntutan begitu boleh dibuat atau dikemukakan? Jawabnya terletak pada kekurangan yang ada pada falsafah Yunani dan salah-faham terhadap asal-usul sistem Alkitab serta tujuan penciptaan. Keseluruhan persoalan ini harus dijawab dalam dua bahagian. Suatu bagian akan membincangkan tujuan penciptaan, dan yang satu lagi akan membincangkan sistem Alkitab. Dalam isu ini kekurangan-kekurangan pada falsafah Yunani harus didedahkan dengan membuat perbandingan dengan teks Alkitab.

 

 

Bahagian 1 Penciptaan

 

Penciptaan mula-mula sekali diterangkan di dalam Kejadian pasal 1. Kebanyakan orang menganggap, berasaskan teks tersebut, bahawa inilah dia penerangan tentang permulaan penciptaan. Anggapan ini sangat cetek sekali. Ia menunjukkan kegagalan untuk memahami khabar tentang Generasi-generasi Langit dan Bumi seperti yang disebutkan di dalam Kejadian 2:4. Buku Kejadian menunjukkan pembahagian-pembahagian struktur tersebut.

 

Jadi penciptaan dibuat mengikut generasi-generasi. Terdapat urutan-urutan pada penciptaan dan Kejadian pasal 2 ayat 1-3 adalah berkenaan generasi-generasi langit dan bumi.

 

Generasi 1

 

Generasi pertama terbahagi kepada dua struktur: Permulaan dan sebelum Permulaan (pra-Permulaan).

 

Pra-permulaan adalah tempoh sebelum Allah memulakan penciptaanNya. Pada masa itu adanya Allah Sebenar yang tunggal (Yohanes 17:3; 1 Yohanes 5:20) yang satu-satunya kekal abadi (1 Timotius 6:16). Tiada lagi apa-apa yang wujud ketika itu. Dia seorang diri dan kekal selamanya. Dia maha mengetahui dalam ertikata Dia mengetahui segala maksud yang benar dan Dia maha kuasa dalam ertikata Dia boleh melakukan segala apa yang secara logiknya boleh dilakukan. Keabadian diriNya bererti bahawa Dia tidak boleh mati. Dia sempurna baiknya (Markus 10:18). Dialah Alfa dan Dialah juga Omega (Wahyu 1:8).

 

Wahyu 1:8 "Aku adalah Alfa dan Omega, firman Tuhan Allah, yang ada dan yang sudah ada dan yang akan datang, Yang Mahakuasa." (versi RSV)

 

Versi KJV menyatakan teks itu sebagai

 

Wahyu 1:8 8 "Aku adalah Alfa dan Omega, permulaan dan pengakhiran, firman Tuhan, yang ada dan yang sudah ada dan yang akan datang, Yang Mahakuasa."

 

Kata-kata ho theos atau Allah sengaja tidak dicatatkan di dalam teks bahasa Inggeris (rujuk Marshall’s Greek-English Interlinear). Ini adalah untuk mencuba mengelirukan Allah dengan Kristus atau memberi gambaran bahawa Kristuslah yang berfirman di sini sedangkan ianya jelas sekali bukan dia daripada teks daripada Wahyu 1:1 Teks tersebut terang-terang mengatakan bahawa Wahyu itu adalah Wahyu Yesus Kristus yang telah diberikan Allah kepadanya.

 

Hanya Allah seorang adalah Alfa dan Omega. Dalam ertikatanya Dia satu-satunya yang pertama abadi, dengan itu Dia adalah Alfa. Dia terus bekerja tanpa henti, dan kerana itu Dia yang ada dan Dia yang akan datang dan Dialah yang Maha Kuasa. Dengan itu Omega, atau hasil akhirnya, adalah makhluk ini. Dengan itu penciptaan tertumpu kepada makhluk ini dan merupakan, dengan sendirinya, hasil akhir kepada aktivitinya. Dengan itu, Allah menciptakan diriNya dalam ertikata Dia melanjutkan atau meluaskan diriNya. Kita lihat ini daripada Keluaran 3:14.

 

Keluaran 3:14 Firman Allah kepada Musa: "AKU ADALAH AKU." Lagi firman-Nya: "Beginilah kaukatakan kepada orang Israel itu: AKULAH AKU telah mengutus aku kepadamu."

 

Teksnya di sini adalah ‘ehyeh ‘asher ‘ehyeh. Maksudnya menurut Companion Bible adalah Aku akan jadi apa yang Aku akan jadi. Allah menyatakan aktivitiNya dan tujuanNya. Ada dua tindakan di sini. Keluaran 3:12 menunjukkan bahawa makhluk yang berbicara dengan Musa menyatakan tentang penyembahan/ibadah Allah Sendiri (eth ha ‘Elohim) di atas gunung itu. Makhluk ini merupakan sebahagian daripada aktiviti Allah yang diutuskan.

 

Allah di sini adalah Eloah yang berbentuk singular/satu dan menidakkan keadaan plural/banyak orang, dan dengan itu merupakan tumpuan ibadah bagi segala aktiviti yang kemudiannya (Ulangan 5:6-7; 6:4 (elohenu); Ezra 4:24 – 7:28). Aktiviti atau tindakan pertama Eloah adalah untuk menjadikan para elohim (Kejadian 1:1). Ini merupakan anak-anak Allah, Allah yang Maha Tinggi (Ulangan 32:8; Ayub 1:6; 2:1; 38:4-7). Para elohim merupakan permulaan aktiviti-aktiviti bagi kehendak Allah Eloah yang Maha Tinggi atau ‘Elaha (dalam bahasa Kasdim) (Daniel 4:2).

 

Wahyu 4:9-11 Dan setiap kali makhluk-makhluk itu mempersembahkan puji-pujian, dan hormat dan ucapan syukur kepada Dia, yang duduk di atas takhta itu dan yang hidup sampai selama-lamanya, 10 maka tersungkurlah kedua puluh empat tua-tua itu di hadapan Dia yang duduk di atas takhta itu, dan mereka menyembah Dia yang hidup sampai selama-lamanya. Dan mereka melemparkan mahkotanya di hadapan takhta itu, sambil berkata: 11 "Ya Tuhan dan Allah kami, Engkau layak menerima puji-pujian dan hormat dan kuasa; sebab Engkau telah menciptakan segala sesuatu; dan oleh karena kehendak-Mu semuanya itu ada dan diciptakan."

 

Para elohim membentuk majlis tua-tua yang mana keahliannya dicatatkan di dalam Wahyu pasal 4 dan 5. Kristus merupakan salah seorang daripada makhluk-makhluk tersebut (Wahyu 5:6). Mereka ini disebut berulang-kali di dalam mazmur (Mazmur 82:1; 82:6; 86:8; 95:3; 97:7; 97:9; 135:5; 136:2; 138:1). Merekalah saluran-saluran bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti kehendak Allah. Kristus telah diurapi oleh elohimnya atau Allah melebihi teman-teman sekutunya (Mazmur 45:6-7; Ibrani 1:8-9) tetapi ini merupakan peristiwa yang berlaku kemudiannya sepertimana yang akan kita lihat. Allah wujud bersendiri sebagai Eloah sebelum Dia meluaskan diriNya kepada suatu pluraliti (keadaan bilangan banyak) dengan mencipta, atau membentuk, para elohim selaku Anak-anak Allah.

 

Penciptaan rohani ini secara logiknya berlaku sebelum penciptaan fizikal.

 

Ibrani 11:3 Karena iman kita mengerti, bahwa alam semesta telah dijadikan oleh firman Allah, sehingga apa yang kita lihat telah terjadi dari apa yang tidak dapat kita lihat.

 

Pembacaan teks ini menunjukkan bahawa zaman-zaman diubahsuaikan oleh firman (remati) Allah. Zaman diubahsuaikan supaya benda yang dijadikan atau diciptakan muncul daripada apa yang tidak kita lihat atau bukan fizikal. Persoalannya, jika penciptaan fizikal ini timbul daripada yang rohani adakah ini bererti bahawa Allah sebagai Roh ada di dalam segala benda? Tidak, ianya tidak bererti begitu. Anggapan sebegitu adalah kepercayaan animisme. Benda rohani yang telah diciptakan menjadi asas bagi benda fizikal yang dicipta. Roh tidak semestinya suatu lanjutan Allah kecualilah dianugerahkan begitu oleh Roh Kudus sebagai kuasa Allah.

 

Dengan itu, permulaan yang disebutkan di dalam Alkitab adalah suatu aktiviti penciptaan Allah, yang diubahsuaikan daripada aktiviti dan penciptaan rohaniNya sebelumnya. Aktiviti yang itu melibatkan penciptaan para elohim, iaitu tindakanNya atau pembuatanNya yang pertama. Maka dengan itu, penciptaan rohani dimulakan dan daripada aktiviti Allah ini sebagai Eloah, para elohim (suatu perkataan plural/banyak yang diterbitkan daripada Eloah) kemudiannya memulakan penciptaan fizikal. Kita faham bahawa Kristus adalah salah seorang daripada elohim ini dan memang menyumbang kepada aktiviti penciptaan peringkat ini.

 

Yohanes 1:1 lazimnya disebutkan oleh para Trinitarian dan Binitarian untuk mempertahankan keabadian Kristus kerana mereka tiada jawapan bagi teks-teks banyak yang menunjukkan bahawa hanya ada satu Allah sebenar sahaja (Yohanes 17:3; 1 Yohanes 5:20) yang satu-satunya abadi (1 Timotius 6:16) dan telah memberikan Kristus mempunyai hidup dalam dirinya sendiri (Yohanes 5:26).

 

Yohanes 1:1 Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah.

 

Hal mudah yang telah berlaku berkenaan teks ini adalah bagaimana ia telah disalahtafsir oleh para Trinitarian sepertimana yang kumpulan Saksi-saksi Yehovah (JW) selalu tekankan. Namun begitu, urutan tafsiran yang dibuat oleh kumpulan JW ini adalah sebenarnya berasaskan pada Alkitab versi KJV (bahasa Inggeris) dan bukannya pada teks literal yang sebenar. Teks asalnya berbunyi:

 

En arche en ho logos,

Pada mulanya (Pada permulaan) adalah firman

kai ho logos en pros ton theon,

Firman itu bersama-sama dengan Allah [itu]

kai theos en ho logos

dan [suatu] tuhan merupakan Firman itu

 

Harus diperhatikan bahawa gelaran ton theon atau pengenalan bagi Allah hanya digunakan bagi memaksudkan Bapa sepertimana pada Yohanes 1:18. Oleh itu Bapalah yang merupakan Allah itu. Kristus sebagai logos diperkatakan di sini secara perlantikannya. Tiada artikel tidak tentu (indefinite article) di dalam Bahasa Yunani. Ianya harus disimpulkan dari segi gaya atau konteks petikan tersebut (lihat Marshall’s Interlinear, Intro., mukasurat ix). Di sini jelas terdapat perbezaan antara Allah itu dan tuhan yang merupakan logos tersebut. Ini bersepadan dengan Mazmur 45:6-7 dan Ibrani 1:8-9.

 

Dengan itu teks JW tersebut mungkin seharusnya berbunyi dan satu tuhan merupakan firman itu dan bukannya firman itu adalah tuhan tetapi ini bukanlah masalah yang terlalu serius. Maksudnya adalah hanya Allah Itu sahaja yang hadir/wujud sebelum permulaan masa, dan kekal selamanya. Hanya Dia saja yang abadi (1 Timotius 6:16). Di sini Kristus dinyatakan sebagai hadir pada masa permulaan bersama-sama dengan Allah. Oleh itu, dialah yang menjadi permulaan bagi penciptaan Allah (Wahyu 3:14). Yohanes menerangkan maksud Yohanes 1:1 di dalam Yohanes 1:14-18; 1 Yohanes 5: khasnya ayat 20; dan Wahyu 3:14.

 

Tempoh permulaan itu terbahagi kepada beberapa fasa yang kita fahami adalah berkenaan penciptaan langit dan bumi.

 

Kejadian 1:1 hingga 2:7

 

1 Pada mulanya Allah menciptakan langit dan bumi.

 

Elohim (loghat Ibrani athnach yang menekankan Allah; lihat Companion Bible, nota kaki bagi ayat 1) di sini mencipta menurut kehendak Eloah sebagai alfa, iaitu yang satu. Inilah dia Elohim Itu atau Allah Pencipta yang bertindak bersama-sama sebagai kepala kepada suatu aturan makhluk-makhluk (Kejadian 1:1 hingga 2:3). Ini merupakan permulaan bagi penciptaan material/fizikal. Setakat ini kita hanya dapat menyimpulkan ciri-ciri sub-strukur bagi bahan kerana ianya tidak dapat diukur buat masa ini. Banyak yang kita tahu tentang teori hubungan penyebab-akibat (causal theory) dan juga pengarahan/penghaluan masa (directionality of time). Ini merupakan isu-isu falsafah dan saintifik yang rumit. Yang ini adalah subjek perbincangan yang lain lagi. Cukup untuk diketahui di sini bahawa prinsip sebab-akibat (causation) adalah bersifat singularis (berasal dari satu sumber) dan ianya adalah Eloah, dan masa adalah berarah atau berhaluan seperti yang ditunjukkan di dalam buku Cox, Creation: From Anthropomorphic Theology to Theomorphic Anthropology [B5]. Di dalam karya tersebut telah ditunjukkan bahawa tidak mungkin untuk adanya penciptaan yang mutlak. Dalam ini, jika Allah tidak mempunyai sedia sifat-sifatNya pada asalnya, tidak mungkin untuk Dia mencipta sifat-sifatNya itu. Oleh itu, Dia harus menyediakan sifat-sifat tersebut bagi makhluk-makhluk yang muncul dalam aturan penciptaanNya. Dengan itu, Allah haruslah menganugerahkan sifat-sifat kepada Kristus dan anak-anak atau waris-waris yang lain, seperti keabadian, maha mengetahui, maha kuasa, kebaikan sempurna, dan kasih sempurna. Ini harus dilaksanakan dengan suatu mekanisme, yang menganugerahkan sifatNya serta kuasaNya. Ini hanya mungkin adalah Roh Kudus. Nampaknya inilah yang dimaksudkan oleh Roma 1:4 tetapi kita akan memeriksa hal ini kemudian nanti.

 

Penciptaan struktur fizikal terdiri daripada dua bahagian. Petrus menerangkannya dengan rujukannya pada bumi ini pada sebelumnya (2 Petrus 3:5-6); dan langit serta bumi sepertimana ianya sekarang (2 Petrus 3:7). Mungkin ada hujah yang mengatakan Petrus hanya merujuk kepada jangkamasa-jangkamasa  sebelum dan selepas banjir (banjir Nuh) tapi ini hanyalah satu andaian sahaja. Andaian seperti ini juga tidak bermaksud bahawa langit sepertimana yang ada pada masa itu, tidak dibahagi-bahagikan oleh malapetaka. Sememangnya boleh diandaikan bahawa idea sebegitu terkandung di dalam hujah mengenai pembahagian zaman-zaman. Sudah pasti bahawa bumi ini sudah berumur, dan mengandungi berbagai-bagai makhluk yang telah lenyap kerana malapetaka.

 

Dunia pada masa itu mempunyai tujuan dan matlamatnya tetapi kemudiannya telah dibinasakan. Tujuan penciptaan hanya boleh disimpulkan daripada catatan-catatan Alkitab dan apa yang kita tahu tentang sains. Ilmu arkeologi (kajipurba) memberitahu kita bahawa telah ada suatu penciptaan yang meluas, yang secara amnya adalah bukan mammalia dan tidak mengandungi manusia atau serupa manusia. Penciptaan yang ini telah dihentikan dengan tiba-tiba. Baru-baru saja di dalam sejarah dunia, struktur manusia (humanoid) telah muncul. Lebih kurang 100,000 tahun dahulu suatu bentuk manusia telah muncul di bumi ini dan telah memberi jalan kepada satu lagi spesis yang tidak berkaitan, yang telah muncul lebih kurang 40,000 tahun yang lalu. Sains moden kini berpendapat bahawa manusia mempunyai satu asal-usul DNA yang sama daripada suatu sumber di suatu kawasan di sistem Afrika/Timur Tengah dan bahawa mereka telah silap tentang umur dan kepelbagaian manusia sepertimana yang telah diandaikan dalam teori-teori sebelumnya. Mereka mengakui adanya suatu asal-usul yang sama dan menentukan kesamaan tersebut sebagai berasal daripada kumpulan manusia/humanoid sepanjang jangkamasa 100,000 tahun itu. Ini akan kemudiannya diputuskan sebagai suatu kesilapan. Diketahui kemudiannya bahawa orang berupa manusia ini/humanoid yang telah ada sebelum keturunan Adam (adamic struktur) adalah tidak berkaitan dan merupakan suatu tujuan lain. Tujuan ini boleh diperolehi daripada Alkitab. Namun begitu, penciptaan kumpulan humanoid ini sudah pasti mempunyai tujuan tertentu sehinggakan interaksi DNA antara spesis-spesis dibolehkan. Ini dibincangkan di dalam karya Nefilim (No. 154) dan juga karya Cox Creation, ibid.

 

Berakhirnya Langit-langit Dahulu

 

Penciptaan yang pertama kali nampaknya dirosakkan oleh sebab-sebab tertentu yang hanya kita boleh cuba fikirkan. Pembinasaan kedua kalinya semasa banjir adalah satu-satunya rekod yang kita ada. Jadi pembinasaan pertama itu hanya kita boleh andaikan keadaannya.

 

Kejadian 1:2 Bumi belum berbentuk dan kosong; gelap gulita menutupi samudera raya, dan Roh Allah melayang-layang di atas permukaan air.

 

Satu konsep di sini adalah bahawa penciptaan telah terjadi tanpa bentuk dan kosong atau tohu dan bohu. Gelaran-gelaran tohu dan bohu tidak semestinya membawa maksud bahawa tidak ada kehidupan kerana gelaran-gelaran ini digunakan semula di dalam Yeremia 4:23 tetapi Allah dengan jelas mengatakan yang Dia tidak akan membuatnya habis lenyap pada ayat 27. Inilah dia teori penciptaan semula (recreation) yang mengandaikan suatu penciptaan semula yang baru saja berlangsung.

 

Mungkin boleh dikatakan juga bahawa air yang dimaksudkan di sini adalah air primordial (permulaan atau asli) sepertimana yang wujud pada mitos-mitos timur, ataupun, air ini adalah sepadan dengan penciptaan kebendaan/jirim secara teori big bang (letupan besar) dan perluasan alam semesta daripada suatu titik tertentu saja dan tiada lainnya, daripada pemilihan volum 10 ruang-masa kepada kuasa ke 10 kepada ke 123 (lihat karya R. Penrose The Emperor’s New Mind). Titik tentu ini boleh diandaikan sebagai titik penciptaan bagi yang bukan fizikal kepada yang fizikal. Daripada teori relativiti, kita dapat simpulkan bahawa tenaga, jirim dan sebagainya merupakan ekspresi-ekspresi bersepadanan akan satu unsur yang asas. Kita akan panggil unsur sebagai Roh. Roh tidak dapat dilihat. Dengan itu, Alkitab dapat difahami maksudnya apabila ia mengatakan bahawa benda-benda yang terlihat dicipta daripada benda-benda yang tidak terlihat.

 

Perbezaan pada jirim mungkin timbul daripada penyusunan tenaga rohani secara berkumpulan dan putaran-putaran pada kelajuan-kelajuan yang berlainan, yang menentukan kombinasi dan struktur zarah-zarah/partikel sub-atomik dan atomik. Pemecahan struktur atomik akan membebaskan tenaga, di mana ini merupakan suatu ekspresi Roh. Roh juga boleh memasuki jirim dengan berinteraksi dengan partikel-partikelnya.

 

Daripada teks-teks, di dalam teori ini, kita dapat lihat bahawa pembinasaan seharusnya telah berlaku mengikut aturan penerangan aktiviti seterusnya di dalam Kejadian. Nampaknya penghentian atau rehat yang berlaku pada aktiviti penciptaan, boleh disimpulkan di dalam teks ini lebih senang lagi daripada yang lain. Namun begitu, tiada ragu-ragu lagi bahawa penghentian atau kerosakan yang berlaku pada penciptaan fizikal adalah suatu pernyataan Alkitab dan tidak boleh disangkal dari segi pandangan iman. Kisah penciptaan yang diceritakan di sini lebih khusus kepada dunia ini dan bukannya tentang alam semesta ini secara amnya, tetapi ia mungkin daripada yang umum kepada yang tertentu; dalam ertikata lain daripada Alam Semesta kepada sistem planet.

 

Langit dan Bumi yang ada sekarang ini adalah: Hasil Ciptaan Enam Hari

 

Kejadian 1:3-5 Berfirmanlah Allah: "Jadilah terang." Lalu terang itu jadi. 4 Allah melihat bahwa terang itu baik, lalu dipisahkan-Nyalah terang itu dari gelap. 5 Dan Allah menamai terang itu siang, dan gelap itu malam. Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari pertama.

 

Ayat yang digunakan di dalam ayat 3 adalah jadilah ia terang (lihat nota kaki pada Companion Bible bagi ayat 3). Dengan itu kita menetapkan keadaan mula bagi penciptaan sistem-sistem pada hari keempat.

 

Kejadian 1:6-31 Berfirmanlah Allah: "Jadilah cakrawala di tengah segala air untuk memisahkan air dari air." 7 Maka Allah menjadikan cakrawala dan Ia memisahkan air yang ada di bawah cakrawala itu dari air yang ada di atasnya. Dan jadilah demikian. 8 Lalu Allah menamai cakrawala itu langit. Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari kedua. 9 Berfirmanlah Allah: "Hendaklah segala air yang di bawah langit berkumpul pada satu tempat, sehingga kelihatan yang kering." Dan jadilah demikian. 10 Lalu Allah menamai yang kering itu darat, dan kumpulan air itu dinamai-Nya laut. Allah melihat bahwa semuanya itu baik. 11 Berfirmanlah Allah: "Hendaklah tanah menumbuhkan tunas-tunas muda, tumbuh-tumbuhan yang berbiji, segala jenis pohon buah-buahan yang menghasilkan buah yang berbiji, supaya ada tumbuh-tumbuhan di bumi." Dan jadilah demikian. 12 Tanah itu menumbuhkan tunas-tunas muda, segala jenis tumbuh-tumbuhan yang berbiji dan segala jenis pohon-pohonan yang menghasilkan buah yang berbiji. Allah melihat bahwa semuanya itu baik. 13 Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari ketiga. 14 Berfirmanlah Allah: "Jadilah benda-benda penerang pada cakrawala untuk memisahkan siang dari malam. Biarlah benda-benda penerang itu menjadi tanda yang menunjukkan masa-masa yang tetap dan hari-hari dan tahun-tahun, 15 dan sebagai penerang pada cakrawala biarlah benda-benda itu menerangi bumi." Dan jadilah demikian. 16 Maka Allah menjadikan kedua benda penerang yang besar itu, yakni yang lebih besar untuk menguasai siang dan yang lebih kecil untuk menguasai malam, dan menjadikan juga bintang-bintang. 17 Allah menaruh semuanya itu di cakrawala untuk menerangi bumi, 18 dan untuk menguasai siang dan malam, dan untuk memisahkan terang dari gelap. Allah melihat bahwa semuanya itu baik. 19 Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari keempat. 20 Berfirmanlah Allah: "Hendaklah dalam air berkeriapan makhluk yang hidup, dan hendaklah burung beterbangan di atas bumi melintasi cakrawala." 21 Maka Allah menciptakan binatang-binatang laut yang besar dan segala jenis makhluk hidup yang bergerak, yang berkeriapan dalam air, dan segala jenis burung yang bersayap. Allah melihat bahwa semuanya itu baik. 22 Lalu Allah memberkati semuanya itu, firman-Nya: "Berkembangbiaklah dan bertambah banyaklah serta penuhilah air dalam laut, dan hendaklah burung-burung di bumi bertambah banyak." 23 Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari kelima. 24 Berfirmanlah Allah: "Hendaklah bumi mengeluarkan segala jenis makhluk yang hidup, ternak dan binatang melata dan segala jenis binatang liar." Dan jadilah demikian. 25 Allah menjadikan segala jenis binatang liar dan segala jenis ternak dan segala jenis binatang melata di muka bumi. Allah melihat bahwa semuanya itu baik. 26 Berfirmanlah Allah: "Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita, supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas ternak dan atas seluruh bumi dan atas segala binatang melata yang merayap di bumi." 27 Maka Allah menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Allah diciptakan-Nya dia; laki-laki dan perempuan diciptakan-Nya mereka. 28 Allah memberkati mereka, lalu Allah berfirman kepada mereka: "Beranakcuculah dan bertambah banyak; penuhilah bumi dan taklukkanlah itu, berkuasalah atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas segala binatang yang merayap di bumi." 29 Berfirmanlah Allah: "Lihatlah, Aku memberikan kepadamu segala tumbuh-tumbuhan yang berbiji di seluruh bumi dan segala pohon-pohonan yang buahnya berbiji; itulah akan menjadi makananmu. 30 Tetapi kepada segala binatang di bumi dan segala burung di udara dan segala yang merayap di bumi, yang bernyawa, Kuberikan segala tumbuh-tumbuhan hijau menjadi makanannya." Dan jadilah demikian. 31 Maka Allah melihat segala yang dijadikan-Nya itu, sungguh amat baik. Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari keenam.

 

Kejadian 2:1-7 Demikianlah diselesaikan langit dan bumi dan segala isinya. 2 Ketika Allah pada hari ketujuh telah menyelesaikan pekerjaan yang dibuat-Nya itu, berhentilah Ia pada hari ketujuh dari segala pekerjaan yang telah dibuat-Nya itu. 3 Lalu Allah memberkati hari ketujuh itu dan menguduskannya, karena pada hari itulah Ia berhenti dari segala pekerjaan penciptaan yang telah dibuat-Nya itu. 4 Demikianlah riwayat langit dan bumi pada waktu diciptakan. Ketika TUHAN Allah menjadikan bumi dan langit, -- 5 belum ada semak apapun di bumi, belum timbul tumbuh-tumbuhan apapun di padang, sebab TUHAN Allah belum menurunkan hujan ke bumi, dan belum ada orang untuk mengusahakan tanah itu; 6 tetapi ada kabut naik ke atas dari bumi dan membasahi seluruh permukaan bumi itu—7 ketika itulah TUHAN Allah membentuk manusia itu dari debu tanah dan menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya; demikianlah manusia itu menjadi makhluk yang hidup.

 

Ianya tidak kritikal sama ada ini suatu kisah penciptaan semula ataupun suatu peristiwa yang berlaku secara umum. Proses ini adalah suatu penerangan yang baik daripada apa yang kita tahu daripada sains moden mengenai proses penciptaan daripada distribusi/penyebaran am alam semesta dan pembentukan jirim. Dengan itu, manusia diciptakan pada penghujung urutan itu dan nampaknya merupakan matlamat penciptaan fizikal. Sememangnya, sains moden sedang menuju kepada pemahaman bahawa manusia bijaksana hanya mungkin wujud dalam jangkamasa pendek beberapa juta tahun daripada usia sistem-sistem bintang utama. Dengan itu, planet ini mempunyai tujuan yang terbatas dan penciptaan fizikal  itu bukanlah matlamat penciptaan itu sendirinya.

 

Penciptaan rohani telah diaturkan oleh para elohim dan Kristus merupakan entiti atau makhluk rohani sentral bagi proses ini.

 

Kolose 1:15-16  Ia adalah gambar Allah yang tidak kelihatan, yang sulung, lebih utama dari segala yang diciptakan, 16 karena di dalam Dialah telah diciptakan segala sesuatu, yang ada di sorga dan yang ada di bumi, yang kelihatan dan yang tidak kelihatan, baik singgasana, maupun kerajaan, baik pemerintah, maupun penguasa; segala sesuatu diciptakan melalui Dia dan untuk Dia. (RSV)

 

Dengan itu, Kristus dijadikan gambar Allah yang tidak kelihatan. Dia merupakan prototokos atau yang sulung daripada segala makhluk (KJV).

 

Kolose 1:15-16 Ia adalah gambar Allah yang tidak kelihatan, yang sulung, lebih utama dari segala yang diciptakan, 16 karena oleh Dialah telah diciptakan segala sesuatu, yang ada di sorga dan yang ada di bumi, yang kelihatan dan yang tidak kelihatan, baik singgasana, maupun kerajaan, baik pemerintah, maupun penguasa; segala sesuatu diciptakan oleh Dia dan untuk Dia. (KJV)

 

Perhatikan di sini bahawa Kristus, sebagai yang sulung daripada segala makhluk yang diciptakan (ktiseos daripada ktisma) merupakan ektisthe atau pembuat atau pencipta struktur organisasi itu. Dia yang menciptakan takhta dan kerajaan, pemerintah dan penguasa. Ini bukannya makhluk-makhluk rohani. Mereka adalah sistem-sistem pentadbiran. Dia bukanlah yang menciptakan para elohim. Dia yang telah menstrukturkan kerajaan-kerajaan dan aturan-aturannya. Dia sendirinya taat setia kepada Dia yang telah mencipta (SGD 4160 poeio) nya (Ibrani 3:2). Kristus telah dilantik (SGD etheken daripada theoo ke tempat) sebagai waris kepada segala sesuatu (Ibrani 1:2).

 

Perkataan yang digunakan di dalam Ibrani 3:2 adalah sebenarnya menciptakan atau membentuk dan cuma ditafsirkan sebagai menetapkan dalam kes ini untuk menghindari implikasi-implikasinya yang jelas bagi pihak Trinitarian. Perkataan yang betul bagi menetapkan tidak digunakan.

 

Persoalan ini kemudiannya dikemukakan oleh pihak Trinitarian atau Binitarian: Kenapa pula harusnya Allah mencipta Kristus dan entiti-entiti lain yang dipanggil elohim atau Angkatan malaikat (anak-anak Allah (Daniel 3:25); atau elahin dalam bahasa Kasdim, yang kediamannya bukan di antara manusia (Daniel 2:11; 4:8)), dan kemudiannya pula perlu lagi mencipta spesis manusia? Apakah tujuannya dengan dua aspek penciptaan ini?

 

Boleh diperhatikan bahawa cara pemikiran sebegini menimbulkan isu-isu yang sama bagi konsep Angkatan malaikat dan kemudiannya Kristus sebagai satu lagi ketuhanan abadi bersama (co-eternal) yang kedua, bagi para Binitarian. Binitarian adalah suatu gelaran bersopan bagi seorang Diteis yang mengaku dirinya Kristian. Namun begitu mereka bukanlah Monoteis dan tiada perbezaan ketara antaranya dengan golongan-golongan Diteis yang lain, kecualilah dari segi fahaman mereka tentang aktiviti-aktiviti dewa atau tuhan mereka, contohnya dalam Zoroastrianisme. Dalam kes para Trinitarian, kita dihadapkan dengan suatu masalah yang lebih misteri lagi yang bertentangan dengan akal fikiran dan dipertahankan oleh rayuan terhadap kerahsiaan. Para Trinitarian juga telah berpegang sama dengan pendirian kultus-kultus misteri perihal kenaikan ke syurga atau penurunan ke neraka pada waktu kematian, sebalik kebangkitan fizikal yang diperkatakan oleh Alkitab. Aspek Gnostik dan Misteri-misteri ini dikutuk khasnya oleh Justin Martyr dan Jemaat awal. Itu caranya bagaimana seseorang itu boleh membezakan antara seorang Kristian sejati dan orang-orang Kristian palsu.

 

Para Binitarian (terutamanya mereka yang telah berpegang kepada pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Herbert Armstrong pada akhir usianya sebagaimana yang dituliskan di dalam karya Mystery of the Ages) mempunyai pendapat bahawa para malaikat hanyalah penjaga-penjaga sistem tersebut. Kemungkinannya Teori Taman Besar Alam Semesta di mana ianya dirosakkan kerana pemberontakan dan Allah kemudiannya telah mencipta manusia untuk mengganti tempat malaikat-malaikat yang telah memberontak. Kristus merupakan Tuhan kedua, abadi bersama dengan Bapa tetapi secara relanya merendahkan dirinya. Umat-umat pilihan dari antara manusia akan menjadi lebih unggul dan daripada aturan serta jenis yang berlainan berbanding Angkatan malaikat. Para malaikat tidak mungkin boleh menjadi elohim, iaitu suatu perkataan plural, yang diberikan kepada Allah sebagai suatu keluarga tetapi yang hanya terdiri daripada dua entiti buat masa ini. Pandangan ini tidakpun mengambil kira tentang  seluruh struktur Mazmur dan teks-teks yang lain yang memberitahu tentang elohim. Ianya jelas sekali tidak bersamaan dengan ajaran kitab dan membawa bersamanya tuduhan-tuduhan yang merendahkan sifat maha kuasa dan maha mengetahui Allah. Kristus merupakan Tuhan kedua bagi bangsa Israel tetapi bukanlah sebagai abadi bersama. Pendapat ini diperiksa oleh karya Alan F. Segal Two Powers in Heaven Early Rabbinic Reports About Christianity and Gnosticism, E.J Brill, Leiden, 1977, dan juga dalam karya M. Barker THE GREAT ANGEL A Study of Israel’s Second God, SPCK, London, 1992. Larry Hurtado di dalam karyanya One God One Lord Early Christian Devotion and Ancient Jewish Monotheism, SCM Press, 1988, cuba untuk membuat kes bagi sifat Binitarian Jemaat awal. Dia mengatakan:

 

Saya setuju bahawa pembaharuan-pembaharuan ibadah menyokong bantahan-bantahan saya (a) bahawa Ibadah Kristian awal boleh digambarkan dengan tepat sebagai bersifat binitarian, dengan memberikan kedudukan penting kepada Kristus yang telah bangkit di samping Allah, dan (b) bahawa sifat binitarian ini jelas ternampak di dalam adat tradisi Yahudi Monoteisme yang luas dan berbagai-bagai, yang membentuk latar belakang golongan Kristian awal, yang mana amalan-amalan ibadah ini telah mempunyai permulaannya (mukasurat 114).

 

Hurtado memang membangunkan sifat bukan Trinitarian Jemaat awal tetapi gagal untuk menangani dengan betul persoalan mengenai Malaikat Besar itu sebagai Kristus yang telah cuba diterangkan oleh Barker mengikut suatu rangkabentuk ortodoks dan telah gagal. Namun begitu, kesemuanya kurang lebih menunjukkan bahawa Malaikat Besar itu adalah seorang elohim. Tiada yang berani untuk menyamakan elohim ini dengan Allah Itu. Hurtado menunjukkan bahawa Binitarianism dibentuk berdasarkan Kristus yang telah bangkit dan berbeza daripada serta tidak berkaitan dengan kewujudannya sebelumnya di dalam Judaisme sebagai Malaikat Besar.

 

Paling banyakpun, struktur Jemaat awal hanya boleh dikatakan sebagai bersifat Binitarian jika berdasarkan pada perlantikan yang berikutan daripada kebangkitan itu (Roma 1:4) dan bukannya daripada kewujudan berkekalan Kristus. Kristus dan Angkatan malaikat semuanya adalah hasil aktiviti Allah dan kehendakNya.

 

Allah maha mengetahui, jadi Dia tahu penghujung bagi aktiviti-aktiviti angkatan pemberontak sewaktu mereka diciptakan. Dia melantik Kristus sebagai Domba, yang telah disembelih dari sejak dunia dijadikan, dan menuliskan nama-nama umat pilihan di dalam buku kehidupan, sebelum dunia dijadikan.

 

Wahyu 13:8 Dan semua orang yang diam di atas bumi akan menyembahnya, yaitu setiap orang yang namanya tidak tertulis sejak dunia dijadikan di dalam kitab kehidupan dari Anak Domba, yang telah disembelih.

 

Oleh itu, bukan saja diketahui bahawa Kristus akan disembelih sebelum dunia dijadikan tetapi juga nama-nama umat pilihan semuanya diketahui dan dicatat di dalam buku Allah sebelum dunia dijadikan. Begitulah luasnya sifat maha mengetahui Allah. Kristus jelas sekali tidak mempunyai sifat itu, kerana terdapat perkara-perkara yang dia tidak tau, contohnya masa kedatangannya (Markus 13:32) dan juga Wahyu yang telah dikaruniakan kepadanya oleh Allah.

 

Dengan itu  Allah telah mengetahui yang angkatan surgawi itu akan memberontak dan Dia juga tau yang Kristus bukan saja perlu dikorbankan tetapi bahawa dia akan taat setia sampai mati dan dengan itu akan memperkenalkan suatu kumpulan baru ke dalam kategori elohim (Zakharia 12:8) sepertimana dia juga seorang elohim dan kepala kepada mereka.

 

Filipi 2:5-11  Hendaklah kamu dalam hidupmu bersama, menaruh pikiran dan perasaan yang terdapat juga dalam Kristus Yesus, 6 yang walaupun dalam rupa Allah, tidak menganggap kesetaraan dengan Allah itu sebagai milik yang harus dipertahankan, 7 melainkan telah mengosongkan diri-Nya sendiri, dan mengambil rupa seorang hamba, dan menjadi sama dengan manusia. 8 Dan dalam keadaan sebagai manusia, Ia telah merendahkan diri-Nya dan taat sampai mati, bahkan sampai mati di kayu salib. 9 Itulah sebabnya Allah sangat meninggikan Dia dan mengaruniakan kepada-Nya nama di atas segala nama, 10 supaya dalam nama Yesus bertekuk lutut segala yang ada di langit dan yang ada di atas bumi dan yang ada di bawah bumi, 11 dan segala lidah mengaku: "Yesus Kristus adalah Tuhan," bagi kemuliaan Allah, Bapa!

 

Oleh itu Kristus adalah dalam rupa bentuk atau morphe Allah. Dia merupakan gambar Allah sepertimana kita dibentuk mengikut gambar Allah melalui gambar Kristus (Roma 8:29). Kita berbuat demikian, sepertimana Kristus juga, dengan mengambil bagian dalam sifat ilahi itu (2 Petrus 1:3-4). Dengan itu kita menjadi waris-waris bersama dengan Kristus (Roma 8:17; Galatia 3:29; Titus 3:7; Ibrani 1:14; 6:17; 11:9; Yakobus. 2:5; 1Petrus 3:7). Matlamat Allah yang ini tidak berubah (Ibrani 6:17). Kristus tidak pernah cuba, sepertimana Setan (Yesaya 14:12-14; Yehezkiel 28:14-18), untuk menjadikan dirinya sama taraf dengan Allah. Dia menjadi manusia dan taat setia sampai mati sehinggapun kematian pada salib. Oleh itu, Kristus bukanlah sama taraf dengan Allah dan tidak pernah menyamakan dirinya dengan Dia.

 

Dengan itu kita lihat bahawa Kristus menuruti Allah dengan menjadi manusia. Penyalibannya merupakan suatu perintah daripada Bapa demi untuk mencapai tujuan Bapa, yang telah diketahui sejak dari permulaan, sebelum dunia ini dijadikan.

 

Angkatan manusia jelas sekali dinyatakan sebagai saudara para malaikat (Wahyu 12:10; 22:9) dan umat pilihan akan menjadi setara dengan, sebagai suatu aturan daripada, para malaikat pada masa kebangkitan nanti (Lukas 20:36 isaggelos).

 

Dengan itu penciptaan adalah untuk membentuk suatu kesempurnaan yang bersatu dan Wahyu 5 menunjukkan bahawa umat pilihan akan menjadi raja-raja dan imam-imam ke atas struktur tersebut. Jika begitu kenapa pula Allah tidak cuma  mencipta semua itu pada masa yang sama dengan ciri-ciri yang sama? Kenapa pula adanya dua struktur dan apakah tujuan mereka itu? Jawabnya senang sekali.

 

Jika hanya satu saja struktur penciptaan, pemberontakan masih lagi akan berlaku. Setan tentu masih lagi akan memberontak walaupun dia sempurna dalam penciptaannya. Anak-anak Allah di dalam angkatan malaikat dan manusia seharusnya mempunyai kebebasan memilih, jika tidak, akan hanya seperti robot saja. Kristus seharusnya berupaya untuk melakukan dosa atau dia hanya suatu robot dan dengan itu tiada penghakiman bagi Setan. Dalam segalanya dia dicuba seperti kita juga (Ibrani 4:15).

 

Angkatan malaikat haruslah diberikan tanggungjawab keluarga. Ini dilakukan dengan melayani manusia dan memelihara seluruh ciptaan fizikal. Suatu makhluk rohani tidak perlu mengerjakan iman perihal kewujudan Allah tetapi suatu angkatan fizikal memang perlu untuk mengerjakan iman. Dengan pengujian berinteraksi setiap elemen diajar dan diuji di dalam tanggungjawab-tanggungwajab mereka masing-masing. Kristus mengerjakan imannya dengan meninggalkan bentuk rohaninya dan menjadi seorang manusia yang bergantung sepenuhnya kepada kehendak dan kuasa Allahnya untuk kehidupan dan kebangkitannya kepada hidup kekal.

 

Kristus melakukan ini atas dua sebab. Sebab pertama adalah dia taat setia kepada Allahnya. Sebab kedua adalah sebagai Malaikat Yehovah (lihat karya Malaikat YHVH (No. 024)) dia merupakan pemimpin rohani Israel dan bangsa ini serta dunia ini bergantung sepenuhnya kepada kasih sayang suatu makhluk lain untuk menebus mereka kepada Allah. Dia merupakan elohim dan malaikat yang telah menyelamatkan Israel (Kejadian 48:15-16).

 

 Kejadian 48:15-16 Sesudah itu diberkatinyalah Yusuf, katanya: "Nenekku dan ayahku, Abraham dan Ishak, telah hidup di hadapan Allah; Allah itu, sebagai Allah yang telah menjadi gembalaku selama hidupku sampai sekarang, 16 dan sebagai Malaikat yang telah melepaskan aku dari segala bahaya, Dialah kiranya yang memberkati orang-orang muda ini, sehingga namaku serta nama nenek dan bapaku, Abraham dan Ishak, termasyhur oleh karena mereka dan sehingga mereka bertambah-tambah menjadi jumlah yang besar di bumi."

 

Elohim ini adalah suatu Malaikat. Dia menyelamatkan Israel, sebagai manusia dan bangsa. Allah telah memilih dia untuk melakukan tugas ini, kerana dia akan menjadi imam besar mereka. Untuk memimpin, kita haruslah bersedia untuk menggadaikan nyawa kita untuk satu sama lain. Kristus bersedia untuk melakukan ini dan kerana itu dia layak untuk menjadi anak Allah yang berkuasa, daripada kebangkitannya daripada mati melalui pekerjaan Roh Kudus (Roma 1:4).

 

Sekarang kita akan membincangkan isu kedua itu supaya pendirian Alkitab boleh diketahui berkenaan tujuan bagi peristiwa yang kini dikenali sebagai peristiwa Kristus, atau Penjelmaan.

 

Bahagian 2 Penjelmaan dan Pengorbanan Kristus

 

Kristus merupakan Domba yang disembelih sejak masa dunia ini dijadikan. Nama-nama umat-umat pilihan ditulis di dalam buku kehidupan sejak dari kejadian dunia.

 

Wahyu 13:8 Dan semua orang yang diam di atas bumi akan menyembahnya, yaitu setiap orang yang namanya tidak tertulis sejak dunia dijadikan di dalam kitab kehidupan dari Anak Domba, yang telah disembelih.

 

Teks ini menunjukkan sepertimana yang telah kita perhatikan di dalam Bahagian 1 bahawa nama-nama mereka yang terpilih tertulis di dalam buku kehidupan Domba itu sebelum dunia ini dijadikan. Itu bukan saja menunjukkan perlunya penentuan dibuat bagi Domba disembelihkan daripada kejadian dunia tetapi juga penulisan nama-nama umat pilihan di dalam buku itu.

 

Ini mempunyai beberapa implikasinya bagi konsep-konsep yang digelar sebagai Determinisme (Penentuan). Umat-umat terpilih sudahpun diketahui sebelumpun mereka lahir (lihat juga Yeremia 1:4-5). Rencana ini hanyalah milik Allah Bapa sahaja (1Petrus 1:2). Umat-umat pilihan sudah diketahui oleh Bapa dan dikuduskan oleh Roh kepada penurutan dan percikan darah Yesus Kristus.

 

1Petrus 1:2  yaitu orang-orang yang dipilih, sesuai dengan rencana Allah, Bapa kita, dan yang dikuduskan oleh Roh, supaya taat kepada Yesus Kristus dan menerima percikan darah-Nya. Kiranya kasih karunia dan damai sejahtera makin melimpah atas kamu.

 

Sifat maha mengetahui Allah Bapa adalah sempurna. Dia kenal umat-umat terpilih dan menganugerahkan mereka kepada Kristus. Pengetahuan ini meliputi jangkamasa yang kita fahami sebagai masa penciptaan. Umat pilihan ditentukan sebelum dunia dijadikan. Allah memberitahukan dari mulanya hal yang kemudian.

 

Yesaya 46:10  yang memberitahukan dari mulanya hal yang kemudian dan dari zaman purbakala apa yang belum terlaksana, yang berkata: Keputusan-Ku akan sampai, dan segala kehendak-Ku akan Kulaksanakan,

 

Umat-umat pilihan ini, pada waktu yang sesuai diserahkan kepada Kristus untuk bagian yang akan mereka mainkan di dalam rencana Allah.

 

Roma 8:28-30  Kita tahu sekarang, bahwa Allah turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia, yaitu bagi mereka yang terpanggil sesuai dengan rencana Allah. 29 Sebab semua orang yang dipilih-Nya dari semula, mereka juga ditentukan-Nya dari semula untuk menjadi serupa dengan gambaran Anak-Nya, supaya Ia, Anak-Nya itu, menjadi yang sulung di antara banyak saudara. 30 Dan mereka yang ditentukan-Nya dari semula, mereka itu juga dipanggil-Nya. Dan mereka yang dipanggil-Nya, mereka itu juga dibenarkan-Nya. Dan mereka yang dibenarkan-Nya, mereka itu juga dimuliakan-Nya.

 

Setiap orang umat ini sudahpun ditentukan takdirnya untuk dibentuk mengikut gambar Kristus yang merupakan gambar Allah. Apabila tibanya masa yang paling sesuai bagi mereka memasuki penghakiman mereka akan dipanggil dan kemudiannya diadili dan dimuliakan.

 

Allah mengetahui apa yang akan berlaku pada setiap peringkat penciptaan. Ini tidaklah menyebabkan berlakunya perkara-perkara tersebut, juga tidak mengganggu hak bebas memilih para individu, kecualilah pada keadaan-keadaan di mana ia sesuai dengan tujuan Allah. Dalam kes-kes itu, kebaikan bagi pihak umat pilihan sentiasa menjadi tumpuan utama.

 

Fungsi Kristus di dalam proses ini adalah menurut pengetahuan terus mata Allah. Pada Pentekosta, rasul Petrus mengumumkan pekerjaan rencana Allah. Kristus telah disembelihkan dan diserahkan oleh maksud dan rencana Allah yang pasti dan diangkat dari kalangan orang mati. Allah tidak membiarkan Orang KudusNya mengalami korupsi (rujuk Ulangan 33:8; Mazmur 16:10; 52:9).

 

Kisah 2:22-28  Hai orang-orang Israel, dengarlah perkataan ini: Yang aku maksudkan, ialah Yesus dari Nazaret, seorang yang telah ditentukan Allah dan yang dinyatakan kepadamu dengan kekuatan-kekuatan dan mujizat-mujizat dan tanda-tanda yang dilakukan oleh Allah dengan perantaraan Dia di tengah-tengah kamu, seperti yang kamu tahu. 23 Dia yang diserahkan Allah menurut maksud dan rencana-Nya, telah kamu salibkan dan kamu bunuh oleh tangan bangsa-bangsa durhaka. 24 Tetapi Allah membangkitkan Dia dengan melepaskan Dia dari sengsara maut, karena tidak mungkin Ia tetap berada dalam kuasa maut itu. 25 Sebab Daud berkata tentang Dia: Aku senantiasa memandang kepada Tuhan, karena Ia berdiri di sebelah kananku, aku tidak goyah. 26 Sebab itu hatiku bersukacita dan jiwaku bersorak-sorak, bahkan tubuhku akan diam dengan tenteram, 27 sebab Engkau tidak menyerahkan aku kepada dunia orang mati, dan tidak membiarkan Orang Kudus-Mu melihat kebinasaan. 28 Engkau memberitahukan kepadaku jalan kehidupan; Engkau akan melimpahi aku dengan sukacita di hadapan-Mu.

 

Dengan itu Kristus dibangunkan dari mati bukan atas kuasanya sendiri atau sifat tidak bersalahnya tetapi atas pengetahuan awal atau rencana Allah. Dia berjaya bukan kerana dia tidak berupaya untuk berdosa, tetapi kerana dia memilih untuk tidak berdosa. Dia telah diutus kerana Allah tahu daripada pengetahuan terus mataNya yang mutlak atau sifat maha mengetahuiNya bahawa dia tidak akan berdosa. Korbannya adalah bagi membayar dosa. Maka dengan itu, dialah maksud dan tujuan hukum itu. Kristuslah penggenapan hukum tersebut (Roma 10:4).

 

Dengan itu Allah mengetahui bahawa akan ada pemberontakan sejak dari mula lagi. Dia telah mencipta makhluk-makhluk yang sempurna dengan kuasa untuk bebas memilih supaya mereka boleh menjadi anak-anakNya dalam segala hal dengan kebebasan sepenuhnya, terbatas hanya oleh sifat Allah dan kehendakNya yang sempurna.

 

Terdapat dua aspek penciptaan yang perlua dihadapi oleh Allah. Aspek pertama adalah dosa Setan yang sudah diketahuiNya, yang akan berlaku kerana godaan-godaan yang diterimanya daripada kuasa yang dikerjakannya sebagai kerub yang berjaga (Yehezkiel 28:14-16). Setan telah mengambil sepertiga daripada bintang-bintang Angkatan itu bersama-sama dengan dia di dalam pemberontakan tersebut (Wahyu 12:4).

 

Sebagai sebahagian daripada proses latihan Allah telah menciptakan struktur manusia. Dia juga tahu bahawa disebabkan pekerjaan tanggungjawab yang tidak sempurna oleh Angkatan itu, manusia akan berdosa. Dengan itu terdapat dua elemen yang akan berpisah daripada Allah dan ditempatkan di dalam suatu proses yang akan hampir membinasakan seluruh penciptaan. Allah telahpun memberitahu yang ini sejak dari permulaan. Setiap anggota Angkatan itu mempunyai kebebasan untuk memilih dan dengan itu para malaikat yang terbabit serta kita sendiri telah memilih untuk tidak memperdulikan arahan-arahan atau hukum-hukum Allah dan telah berdosa. Oleh itu urutan rantai peristiwa-peristiwa itu telah dimulakan yang akan menyebabkan hampir seluruh penciptaan musnah kecualilah Allah campur tangan.

 

Tujuan utama bagi semua ini adalah untuk mengajar setiap anak-anakNya menjadi sempurna, seperti juga Dia sempurna. Allah adalah kasih (1 Yohanes 4:8). Kasih sempurna Allah meliputi segalanya dan dilanjutkan kepada semua anak-anakNya. Ucapan sempurna kasih itu terdapat di dalam teks Alkitab itu.

 

 Yohanes 15:9-19 "Seperti Bapa telah mengasihi Aku, demikianlah juga Aku telah mengasihi kamu; tinggallah di dalam kasih-Ku itu. 10 Jikalau kamu menuruti perintah-Ku, kamu akan tinggal di dalam kasih-Ku, seperti Aku menuruti perintah Bapa-Ku dan tinggal di dalam kasih-Nya. 11 Semuanya itu Kukatakan kepadamu, supaya sukacita-Ku ada di dalam kamu dan sukacitamu menjadi penuh. 12 Inilah perintah-Ku, yaitu supaya kamu saling mengasihi, seperti Aku telah mengasihi kamu. 13 Tidak ada kasih yang lebih besar dari pada kasih seorang yang memberikan nyawanya untuk sahabat-sahabatnya. 14 Kamu adalah sahabat-Ku, jikalau kamu berbuat apa yang Kuperintahkan kepadamu. 15 Aku tidak menyebut kamu lagi hamba, sebab hamba tidak tahu, apa yang diperbuat oleh tuannya, tetapi Aku menyebut kamu sahabat, karena Aku telah memberitahukan kepada kamu segala sesuatu yang telah Kudengar dari Bapa-Ku. 16 Bukan kamu yang memilih Aku, tetapi Akulah yang memilih kamu. Dan Aku telah menetapkan kamu, supaya kamu pergi dan menghasilkan buah dan buahmu itu tetap, supaya apa yang kamu minta kepada Bapa dalam nama-Ku, diberikan-Nya kepadamu. 17 Inilah perintah-Ku kepadamu: Kasihilah seorang akan yang lain." 18 "Jikalau dunia membenci kamu, ingatlah bahwa ia telah lebih dahulu membenci Aku dari pada kamu. 19 Sekiranya kamu dari dunia, tentulah dunia mengasihi kamu sebagai miliknya. Tetapi karena kamu bukan dari dunia, melainkan Aku telah memilih kamu dari dunia, sebab itulah dunia membenci kamu.

 

Urutan kasih ini adalah faktor penentuan bagi pengorbanan Yesus Kristus. Allah telah mengutus Kristus kerana kasihNya ke atas seluruh penciptaan (Yohanes 3:16). Kristus tidak pernah berdosa atau memberontak. Tapi dia telah dipilih untuk menjadi korban. Pada takat inilah datangnya hujah itu bahawa Kristus tidak mungkin berdosa dan bahawa dia semestinya adalah Tuhan, kerana jika tidak korbannya tidak cukup untuk mendamaikan manusia kepada Allah. Hujah ini asalnya daripada Setan dan merupakan suatu pemalsuan.

 

Cadangan-cadangan tersebut dibuat dari segi dua aspek.

 

Aspek pertama adalah bahawa Setan cuba, daripada premis yang palsu ini, untuk mengisytiharkan Allah sebagai tidak adil. Jika Kristus tidak boleh berdosa, bagaimana pula Setan boleh dihakimi secara adil dengan membandingkannya dengan seorang makhluk yang tidak mungkin boleh berdosa.

 

Hujah seterusnya datang daripada cadangan bahawa Setan dicipta dengan sifatnya begitu. Inilah juga alasan yang sama kita lihat hari ini bagi membenarkan perbuatan dosa. Alasan diberikan bahawa “Saya dilahirkan begitu” atau “Saya dibesarkan begitu” dan sebagainya. Walaupun benar bahawa tanggungjawab seseorang itu berkurangan dengan keadaan-keadaan seperti itu, ia bukanlah pembenaran di bawah hukum. Suatu pendapat telah dibuat oleh beberapa Trinitarian bahawa Setan sudah jahat dari mula penciptaannya. Kita tahu bahawa ini salah kerana Allah memberitahu kita bahawa dia sempurna pada waktu penciptaannya sehinggalah dosa didapati di dalam dia (Yehezkiel 28:14-18).

 

Kristus memang berupaya untuk berdosa kerana dia telah dicuba sama seperti kita (Ibrani 4:15). Namun begitu, dia tetap tidak berbuat dosa.

 

Hujah seterusnya adalah bahawa Kristus perlu setaraf dengan Allah sebagai suatu Tuhan kekal abadi. Jika tidak maka korbannya itu tidak mungkin dapat mendamaikan kita dengan Allah. Hujah ini berasal daripada falsafah Yunani dan bertentangan dengan seluruh maksud Alkitab. Ini biasanya dikemukakan oleh para Trinitarian apabila mereka tidak dapat menjawab pernyataan dari Alkitab. Ianya biasanya fasa terakhir retorika (ucapan berbunga-bunga) sebelum penganiayaan.

 

Hujah ini dikemukakan daripada premis-premis berikut.

 

Di dalam falsafah Yunani tidak ada konsep tentang kasih Agape tanpa syarat. Kisah Sparta berkenaan anak lelaki dengan musang di dalam bajunya adalah hasil akhir bagi proses intelektual ini.

 

Agape merupakan suatu konsep Ibrani yang disampaikan daripada ‘ahab (SHD 157) atau ‘ahabah (SHD 160) di dalam Kidung Agung. Perkataan Agape ini tidak ada di dalam bahasa Yunani sehinggalah Septuagint (LXX) diterjemahkan di Mesir. LXX ini menggunakan perkataan Agape bagi Ahabah di dalam Kidung Agung 2:4,5,7; 3:5,10; 5:8; 7:6; 8:4,6,7. Thayer (sambil memetik daripada karya Zezschwitz iaitu Profangraec. u. bibl. Sprachgeist, mukasurat 63), memperkatakan tentang hal ini bahawa:

 

“Jelas kelihatan bahawa perkataan ini mula-mula muncul sebagai istilah terkini di dalam kidung agung Salomo; - yang pastinya ini bukanlah bukti yang tidak disengajakan yang menyokong idea yang ada pada penterjemah-penterjemah Alex. mengenai kasih yang dimaksudkan di dalam Kidung ini”

 

Perkataan ini tidak dijumpai di dalam buku-buku Perjanjian Baru Kisah Para Rasul, Markus ataupun Yakobus. Ia hanya muncul di dalam Matius dan Lukas dua kali di dalam Ibrani dan Wahyu tetapi banyak kali di dalam tulisan-tulisan Paulus, Yohanes, Petrus dan Yudas (Thayer, mukasurat 4).

 

Perkataan plural Agapae digunakan bagi perayaan-perayaan kasih Kristian yang berlangsung pada waktu Perjamuan Suci apabila makanan disediakan bagi semua dengan belanjanya daripada saudara-saudara yang lebih kaya (Yudas 12; 2 Petrus 2:13) (Thayer, ibid.). Oleh itu perkumpulan bersama umat-umat pilihan pada waktu Paskah merupakan suatu ciri Jemaat awal.

 

Orang-orang Yunani tidak mempunyai konsep ini di dalam falsafah mereka sehinggalah kemunculan Septuagint itu dan, kadang-kadang saja. Orang-orang Yunani mengenali dua jenis cinta kasih iaitu kasih pada ibubapa dan cinta berahi. Falsafah yang timbul daripada kelemahan ini di dalam memahami sifat Allah adalah bahawa hanya yang sama dapat mengenali yang sama dan hanya yang sama dapat mengasihi yang sama. Dengan itu, para Dewa boleh jatuh cinta dengan manusia, tetapi ianya tidak semulajadi. Seluruh proses ini berakhir dengan hujah bahawa bagi Kristus membayar ganti rugi bagi dosa-dosa manusia, ianya hanya mungkin jika dia Allah. Ini adalah konsep yang dibincangkan di dalam komen-komen Paulus di dalam Perjanjian Baru di mana dia mengatakan:

 

1Korintus 1:17-25 Sebab Kristus mengutus aku bukan untuk membaptis, tetapi untuk memberitakan Injil; dan itupun bukan dengan hikmat perkataan, supaya salib Kristus jangan menjadi sia-sia. 18 Sebab pemberitaan tentang salib memang adalah kebodohan bagi mereka yang akan binasa, tetapi bagi kita yang diselamatkan pemberitaan itu adalah kekuatan Allah. 19 Karena ada tertulis: "Aku akan membinasakan hikmat orang-orang berhikmat dan kearifan orang-orang bijak akan Kulenyapkan." 20 Di manakah orang yang berhikmat? Di manakah ahli Taurat? Di manakah pembantah dari dunia ini? Bukankah Allah telah membuat hikmat dunia ini menjadi kebodohan? 21 Oleh karena dunia, dalam hikmat Allah, tidak mengenal Allah oleh hikmatnya, maka Allah berkenan menyelamatkan mereka yang percaya oleh kebodohan pemberitaan Injil. 22 Orang-orang Yahudi menghendaki tanda dan orang-orang Yunani mencari hikmat, 23 tetapi kami memberitakan Kristus yang disalibkan: untuk orang-orang Yahudi suatu batu sandungan dan untuk orang-orang bukan Yahudi suatu kebodohan, 24 tetapi untuk mereka yang dipanggil, baik orang Yahudi, maupun orang bukan Yahudi, Kristus adalah kekuatan Allah dan hikmat Allah. 25 Sebab yang bodoh dari Allah lebih besar hikmatnya dari pada manusia dan yang lemah dari Allah lebih kuat dari pada manusia.

 

Kenapa Kristus yang disalibkan menjadi suatu batu sandungan untuk orang-orang Yahudi dan suatu kebodohan untuk orang-orang bukan Yahudi (Yunani)? Jawab mudahnya adalah bahawa Mesias datang dalam kelemahannya untuk menebus orang-orang Yahudi mahupun orang-orang bangsa lain dan telah mati tanpa menewaskan orang-orang Rom. Orang-orang Yunani memikirkannya suatu kebodohan kerana konsep seorang Mesias yang begitu lemah yang disalibkan tanpa menjelajah atau tanpa kuasa dan tiada status yang membuktikannya sebagai Tuhan, bermakna bahawa dia tidak dapat mendamaikan manusia kepada Allah atau mempunyai hubungan dengan Allah. Ini berdasarkan pada idea bahawa hanya seorang tuhan sahaja yang dapat menebus mereka yang berhubungan dengan atau mendamaikan dengan seorang tuhan lagi. Hujah ini telah berterusan di dalam cara fikiran sekolah-sekolah Yunani yang telah menghasilkan Trinitas.

 

Hujah ini salah berdasarkan hal-hal yang berikut. Seluruh sistem persembahan korban telah didirikan untuk menunjuk kepada Kristus dan bagi menebus dosa Israel secara berterusan. Sistem persembahan korban ini diterangkan di dalam karya Persembahan Pengunjukan Berkas (Wave Sheaf Offering). Mesias diwakilkan di dalam sistem ini dan setiap korban mewakili aspek-aspek penebusan dosa yang dilakukan oleh Mesias.

 

Mesias telah diutus oleh Allah untuk menebus dosa Israel. Dia diutus oleh Allah, bukan kerana dia seorang makhluk yang kekal abadi, iaitu suatu kesilapan yang selalu dibuat, tetapi kerana Allah mahukan seorang pemimpin dengan ciri-ciri tersebut. Seorang yang dapat menunjukkan sifat kasih Dia.

 

Pemimpin Israel dari aspek imam yang menebuskan adalah Imam Besar. Imam ini tidak boleh mendekati Allah kecualilah sekali dalam setahun dan hanya dia seorang saja yang dapat masuk ke Tempat Maha Kudus dan hanya dengan darah daripada persembahan korban. Mezbah itu disucikan setiap hari dengan darah lembu (Keluaran 29:36). Tidak boleh disangkal lagi bahawa persembahan korban itu diterima (Imamat 1:4). Ini bertujuan untuk menghapuskan dosa yang diketahui dan yang tidak disengajakan. Penebusan ini disampingkan oleh para tua-tua Israel dan orang-orang yang bersalah, baik putera ataupun orang biasa diampuni (Imamat 4:13-18, 20, 22-35; 5:6-10), serta juga imam sendiri (Imamat 6:7; 9:7). Persembahan itu maha kudus dan Allah menyediakannya bagi mengangkat dosa jemaah bagi mengadakan pendamaian mereka di hadapan Tuhan (Imamat 10:17). Persembahan-persembahan boleh digunakan untuk tujuan pentahiran dan objek-objek korban itu mungkin berbagai jenisnya dari domba-domba hinggalah burung merpati dan tekukur (Imamat 12:6-8). Imam bertanggungjawab untuk membuat persembahan tersebut (Imamat 14:12-32).

 

Imam Besar (yang dilambangkan oleh Harun) membuat persembahan pendamaian itu di balik tirai Bait atau Khemah Pertemuan itu (Imamat 16:6-34). Pendamaian ini adalah bagi pentahiran Israel. Ini dilakukan dengan korban darah. Perjanjian ini dengan Israel menunjuk kepada suatu sistem yang lebih sempurna lagi yang masih lagi merupakan perjanjian Allah dengan manusia melalui Israel (lihat karya Perjanjian Allah [152]). Yeremia telah menubuatkan tentang perjanjian dan korban darah itu. Perlambangannya boleh dilihat daripada Ibrani 8:3-6.

 

Ibrani 8:3-6 Sebab setiap Imam Besar ditetapkan untuk mempersembahkan korban dan persembahan dan karena itu Yesus perlu mempunyai sesuatu untuk dipersembahkan. 4 Sekiranya Ia di bumi ini, Ia sama sekali tidak akan menjadi imam, karena di sini telah ada orang-orang yang mempersembahkan persembahan menurut hukum Taurat. 5 Pelayanan mereka adalah gambaran dan bayangan dari apa yang ada di sorga, sama seperti yang diberitahukan kepada Musa, ketika ia hendak mendirikan kemah: "Ingatlah," demikian firman-Nya, "bahwa engkau membuat semuanya itu menurut contoh yang telah ditunjukkan kepadamu di atas gunung itu." 6 Tetapi sekarang Ia telah mendapat suatu pelayanan yang jauh lebih agung, karena Ia menjadi Pengantara dari perjanjian yang lebih mulia, yang didasarkan atas janji yang lebih tinggi.

 

Hakikat tentang penduaan sistem surgawi ini menerangkan kenapa terdapat bilangan-bilangan tertentu di kalangan para imam dan kenapa adanya dua puluh empat imam-imam besar divisi, dengan seorang imam besar umum yang kedua puluh lima. Terdapat dua puluh empat para tua-tua di dalam Majlis Elohim di bawah Yesus Kristus sebagai Imam Besar. Hal-hal ini difahamkan adalah sebahagian daripada struktur surgawi.

 

Kristus, sebagai Imam Besar, haruslah ada persembahan korban darah. Ini hanya dapat dilaksanakan dia dengan menjadi manusia. Konsep Kristus sebagai korban darah dan tubuh keselamatan ini dilihat daripada Yohanes 6:58. Dialah roti yang telah turun daripada syurga, bukan seperti yang dimakan oleh para bapa dan telah mati, tetapi barangsiapa yang memakan roti ini akan hidup kekal selamanya. Kita lihat bahawa Mana itu merupakan prototaip dan bahawa roti itu asalnya dari syurga. Kristus menyatakan bahawa pemecahan dan pengambilan roti itu adalah seumpama tubuhnya. Darah itu merupakan korban darah yang diperlukan. Penggunaan perlambangan roti dan wain anggur itu menyampaikan banyak gambaran penting kepada Israel rohani.

 

Konsep perjanjian Kristus dengan adanya darah bermaksud bahawa korban itu hanya sekali saja, kerana roh bukanlah darah daging. Kristus hanya mungkin berkorban, atau dikorbankan, sekali saja dan untuk semua. Dia hanya boleh menjadi manusia sekali saja, walaupun dia memang dapat menunjukkan rupabentuk manusia dan memang biasa melakukannya. Juga tidak terdapat korban darah di dalam alam rohani. Tiada roh yang dapat melakukannya, kecuali dalam bentuk manusia. Oleh sebab itu pemberontakan di dalam Angkatan-angkatan itu - seluruh pemberontakan itu -  memerlukan seseorang untuk menjadi daging untuk mati, dan Setan tidak bersedia untuk merendahkan kedudukannya atau berkorban bagi makhluk-makhluk bawahannya. Makhluk yang bersedia untuk mempersembahkan korban itu, daripada model fizikal Bait Suci, hanya adalah, atau harus dijadikan, Imam Besar. Imam Besar ini dikenali sebagai Domba dan Penebus oleh Majlis Tua-tua di dalam Wahyu Pasal 4 dan 5. Kristus telah bersedia untuk menurut Allah dan membuat pengorbanan itu, dan kerana itu Kristus dianggap layak.

 

Pembayangan ini dijumpai di dalam analogi Kain dan Habel di mana persembahan Habel lebih diterima daripada persembahan Kain. Tiada sifat pengorbanan diri di kalangan Angkatan yang jatuh. Kepimpinan kita adalah bersifatkan pengorbanan diri, perihal menyerahkan nyawa kita bagi saudara-saudara kita sepertimana Kristus telah lakukan sebagai pemimpin kita. Oleh itu kita menjadi elohim sama seperti dia menjadi elohim (Zakharia 12:8) sebagai anak Allah yang berkuasa melalui Roh Kudus daripada kebangkitannya dari mati (Roma 1:4).

 

Jadi, hujah yang mengatakan bahawa sesiapa yang lebih rendah daripada Allah adalah tidak cukup baik, sebenarnya memukul pada kuasa dan sifat maha kuasa Allah. Janganlah takut hai si cacing Yakub.

 

Yesaya 41:14 Janganlah takut, hai si cacing Yakub, hai si ulat Israel! Akulah yang menolong engkau, demikianlah firman TUHAN, dan yang menebus engkau ialah Yang Mahakudus, Allah Israel.

 

Allah boleh menentukan dengan cara apakah Dia akan menerima manusia dan hanya Allah sahaja yang boleh menentukan hakikat ini. Jika Allah mahu manusia ditebus dengan apa saja benda, maka benda itu sudahpun mencukupi.

 

Hakikatnya adalah Alkitab jelas bahawa penebus Israel adalah seorang malaikat.

 

Kejadian 48:14-16 Tetapi Israel mengulurkan tangan kanannya dan meletakkannya di atas kepala Efraim, walaupun ia yang bungsu, dan tangan kirinya di atas kepala Manasye--jadi tangannya bersilang, walaupun Manasye yang sulung. 15 Sesudah itu diberkatinyalah Yusuf, katanya: "Nenekku dan ayahku, Abraham dan Ishak, telah hidup di hadapan Allah; Allah itu, sebagai Allah yang telah menjadi gembalaku selama hidupku sampai sekarang, 16 dan sebagai Malaikat yang telah melepaskan aku dari segala bahaya, Dialah kiranya yang memberkati orang-orang muda ini, sehingga namaku serta nama nenek dan bapaku, Abraham dan Ishak, termasyhur oleh karena mereka dan sehingga mereka bertambah-tambah menjadi jumlah yang besar di bumi."

 

Israel telah ditebus oleh seorang elohim yang merupakan seorang malaikat. Petikan ini jelas tentang hal itu. Ayub juga menyatakan tentang keselamatan yang dibawakan salah seorang daripada seribu itu.

 

Ayub 33:21-24 susutlah dagingnya, sehingga tidak kelihatan lagi, tulang-tulangnya, yang mula-mula tidak tampak, menonjol ke luar, 22 sampai nyawanya menghampiri liang kubur, dan hidupnya mendekati mereka yang membawa maut. 23 Jikalau di sampingnya ada malaikat, penengah, satu di antara seribu, untuk menyatakan jalan yang benar kepada manusia, 24 maka Ia akan mengasihaninya dengan berfirman: Lepaskan dia, supaya jangan ia turun ke liang kubur; uang tebusan telah Kuperoleh.

 

Dengan itu, wang tebusan tersebut boleh dibayar oleh seorang penengah iaitu seorang malaikat daripada seribu itu. Pendapat bahawa korban sebegitu tidak mencukupi berasal dari luar Alkitab. Ianya bertentangan dengan firman jelas dan maksud Alkitab. Tujuan-tujuan yang dicapai dengan menaikkan taraf Mesias supaya sama dengan Allah, bukanlah tujuan Allah mahupun tujuan Mesias. Ianya milik Setan. Ia bertujuan untuk meniadakan kecukupan aktiviti-aktiviti Kristus serta menuduh Allah. Ia bertujuan untuk meniadakan hukum Perjanjian Lama dan nubuatan sepertimana ia menunjuk kepada Mesias.

 

Pengorbanan Kristus telah ditahbiskan oleh Allah (Lukas 2:30-31; Galatia 4:4-5; Efesus 1:3-12, 17-22; 2:4-10; Kolose 1:19-20; 1 Petrus 1:20; Wahyu 13:8). Jadi, kecukupannya tidak boleh dipersoalkan lagi. Ianya suatu misteri atau rahsia (1 Korintus 2:7) tetapi dalam batasan suatu konteks (1 Petrus 1:8-12).

 

Pengorbanan Kristus harus dilakukan sekali sahaja (Ibrani 7:27; 9:24-28; 10:10,12,14; 1 Petrus 3:18).

 

Kristus merupakan penebus yang diperkatakan oleh Israel. Kita ketahui tentang penebusan ini daripada beberapa teks (Matius 20:28; Kisah 20:28; Galatia 3:13; 1 Timotius 2:6; Ibrani. 9:12; Wahyu 5:9).

 

Pengorbanan itu merupakan suatu pembayangan (typology) langsung. (rujuk Kejadian 4:4 dengan Ibrani 11:4; Kejadian 22:2 dengan Ibrani 11:17,19; Keluaran 12:5,11,14 dengan 1 Korintus 5:7; Keluaran 24:8 dengan Ibrani 9:20; Imamat 16:30,34 dengan Ibrani 9:7,12,28; Imamat 17:11 dengan Ibrani 9:22; lihat juga pada Naves Topical Bible, Atonement, mukasurat 85).

 

Allah berfirman melalui para nabi dan memberikan Alkitab yang harus digenapi oleh Mesias. Sememangnya Mesias sendiri yang telah menyebutkan firman Allah kepada para nabi (Yohanes 1:18).

 

Pemahaman tentang pengorbanan Kristus adalah suatu rahsia Allah yang diberikan kepada umat pilihan (Markus 4:11).

 

Tiada seorangpun yang dapat datang kepada Kristus kecualilah Bapa menariknya atau memberikannya kepada Kristus dan Kristus akan mengangkat mereka pada hari terakhir (Yohanes 6:44; lihat juga ayat-ayat 37, 65). Mereka diajar oleh Allah dan kemudiannya pergi kepada Kristus (Yohanes 6:45).

 

Kristus bukanlah Allah itu. Dia telah datang untuk memuliakan Allah dan menghabiskan pekerjaan yang Allah telah berikan kepadanya (Yohanes 17:4). Pengorbanan Kristus adalah mengikut suatu rencana dan sesuai dengan isi kandungan Kitab Suci (Yohanes 19:28). Paulus menunjukkan bahawa Kristus telah diangkat dan dikaruniakan kuasa oleh Allah.

 

Roma 10:3-9 Sebab, oleh karena mereka tidak mengenal kebenaran Allah dan oleh karena mereka berusaha untuk mendirikan kebenaran mereka sendiri, maka mereka tidak takluk kepada kebenaran Allah. 4 Sebab Kristus adalah kegenapan hukum Taurat, sehingga kebenaran diperoleh tiap-tiap orang yang percaya. 5 Sebab Musa menulis tentang kebenaran karena hukum Taurat: "Orang yang melakukannya, akan hidup karenanya." 6 Tetapi kebenaran karena iman berkata demikian: "Jangan katakan di dalam hatimu: Siapakah akan naik ke sorga?", yaitu: untuk membawa Yesus turun, 7 atau: "Siapakah akan turun ke jurang maut?", yaitu: untuk membawa Kristus naik dari antara orang mati. 8 Tetapi apakah katanya? Ini: "Firman itu dekat kepadamu, yakni di dalam mulutmu dan di dalam hatimu." Itulah firman iman, yang kami beritakan. 9 Sebab jika kamu mengaku dengan mulutmu, bahwa Yesus adalah Tuhan, dan percaya dalam hatimu, bahwa Allah telah membangkitkan Dia dari antara orang mati, maka kamu akan diselamatkan.

 

Jika kamu percaya bahawa Allah telah mengangkat Kristus daripada mati kamu akan diselamatkan. Jika kamu katakan Kristus adalah Allah dan kemudiannya mula mengatakan bahawa Kristus tidak mati dan tidak dibangkitkan oleh Allah dan bahawa sifat kemanusiaan Kristus berasingan daripada sifat ketuhanannya dengan menegaskan keadaan sebegitu bagi dia, maka kamu mempunyai doktrin Antikristus. Socrates, ahli sejarah itu mengatakan (VII, 32, mukasurat 381) bahawa 1 Yohanes 4:2-3 telah diubah oleh mereka [yang kini adalah para Trinitarian], pada abad-abad terawal, yang ingin untuk mengasingkan kemanusiaan serta kematian Kristus daripada ketuhanannya (lihat karya Ante-Nicene Fathers, Vol 1, nota kaki mukasurat 443).

 

Teks yang betul sepatutnya berbunyi:

 

Demikianlah kita mengenal Roh Allah: setiap roh yang mengaku, bahwa Yesus Kristus telah datang sebagai manusia, berasal dari Allah, dan setiap roh, yang tidak mengaku Yesus, tidak berasal dari Allah tetapi dari antikristus.

 

Yohanes telah mengatakan bahawa tiada seorangpun yang pernah melihat Allah. Bagaimana pula anak itu merupakan Allah yang telah mengutusnya dan tidak pernah terlihat oleh sesiapapun?

 

1Yohanes 4:9-15 Dalam hal inilah kasih Allah dinyatakan di tengah-tengah kita, yaitu bahwa Allah telah mengutus Anak-Nya yang tunggal ke dalam dunia, supaya kita hidup oleh-Nya. 10 Inilah kasih itu: Bukan kita yang telah mengasihi Allah, tetapi Allah yang telah mengasihi kita dan yang telah mengutus Anak-Nya sebagai pendamaian bagi dosa-dosa kita. 11 Saudara-saudaraku yang kekasih, jikalau Allah sedemikian mengasihi kita, maka haruslah kita juga saling mengasihi. 12 Tidak ada seorangpun yang pernah melihat Allah. Jika kita saling mengasihi, Allah tetap di dalam kita, dan kasih-Nya sempurna di dalam kita. 13 Demikianlah kita ketahui, bahwa kita tetap berada di dalam Allah dan Dia di dalam kita: Ia telah mengaruniakan kita mendapat bagian dalam Roh-Nya. 14 Dan kami telah melihat dan bersaksi, bahwa Bapa telah mengutus Anak-Nya menjadi Juruselamat dunia. 15 Barangsiapa mengaku, bahwa Yesus adalah Anak Allah, Allah tetap berada di dalam dia dan dia di dalam Allah.

 

Allah telah menghantar Anak itu untuk menjadi Juruselamat dunia. Pengorbanannya sudah mencukupi kerana Allah yang menghantarnya, bukan kerana Kristus adalah Allah.

 

Barangsiapa yang mengaku bahawa Yesus Kristus adalah Anak Allah, Allah ada di dalam dia dan dia ada di dalam Allah. Konsep tersebut adalah inti pengorbanan itu. Pengorbanan Kristus mencukupi untuk kita kerana Allah katakan ianya mencukupi. Kristus pergi untuk dikorbankan kerana dia taat setia sampai mati (Filipi 2:6-8). Kristus layak dengan penurutannya untuk menjadi Imam Besar kepada semua dan untuk menjadi anak Allah yang berkuasa, melalui Roh Kudus, dengan kebangkitannya daripada mati (Roma 1:4). Dia diberikan anugerah dengan apa yang dideritakannya.

 

Ibrani 9:1-28 Memang perjanjian yang pertama juga mempunyai peraturan-peraturan untuk ibadah dan untuk tempat kudus buatan tangan manusia. 2 Sebab ada dipersiapkan suatu kemah, yaitu bagian yang paling depan dan di situ terdapat kaki dian dan meja dengan roti sajian. Bagian ini disebut tempat yang kudus. 3 Di belakang tirai yang kedua terdapat suatu kemah lagi yang disebut tempat yang maha kudus. 4 Di situ terdapat mezbah pembakaran ukupan dari emas, dan tabut perjanjian, yang seluruhnya disalut dengan emas; di dalam tabut perjanjian itu tersimpan buli-buli emas berisi manna, tongkat Harun yang pernah bertunas dan loh-loh batu yang bertuliskan perjanjian, 5 dan di atasnya kedua kerub kemuliaan yang menaungi tutup pendamaian. Tetapi hal ini tidak dapat kita bicarakan sekarang secara terperinci. 6 Demikianlah caranya tempat yang kudus itu diatur. Maka imam-imam senantiasa masuk ke dalam kemah yang paling depan itu untuk melakukan ibadah mereka, 7 tetapi ke dalam kemah yang kedua hanya Imam Besar saja yang masuk sekali setahun, dan harus dengan darah yang ia persembahkan karena dirinya sendiri dan karena pelanggaran-pelanggaran, yang dibuat oleh umatnya dengan tidak sadar. 8 Dengan ini Roh Kudus menyatakan, bahwa jalan ke tempat yang kudus itu belum terbuka, selama kemah yang pertama itu masih ada. 9 Itu adalah kiasan masa sekarang. Sesuai dengan itu dipersembahkan korban dan persembahan yang tidak dapat menyempurnakan mereka yang mempersembahkannya menurut hati nurani mereka, 10 karena semuanya itu, di samping makanan minuman dan pelbagai macam pembasuhan, hanyalah peraturan-peraturan untuk hidup insani, yang hanya berlaku sampai tibanya waktu pembaharuan. 11 Tetapi Kristus telah datang sebagai Imam Besar untuk hal-hal yang baik yang akan datang: Ia telah melintasi kemah yang lebih besar dan yang lebih sempurna, yang bukan dibuat oleh tangan manusia, --artinya yang tidak termasuk ciptaan ini, -- 12 dan Ia telah masuk satu kali untuk selama-lamanya ke dalam tempat yang kudus bukan dengan membawa darah domba jantan dan darah anak lembu, tetapi dengan membawa darah-Nya sendiri. Dan dengan itu Ia telah mendapat kelepasan yang kekal. 13 Sebab, jika darah domba jantan dan darah lembu jantan dan percikan abu lembu muda menguduskan mereka yang najis, sehingga mereka disucikan secara lahiriah, 14 betapa lebihnya darah Kristus, yang oleh Roh yang kekal telah mempersembahkan diri-Nya sendiri kepada Allah sebagai persembahan yang tak bercacat, akan menyucikan hati nurani kita dari perbuatan-perbuatan yang sia-sia, supaya kita dapat beribadah kepada Allah yang hidup. 15 Karena itu Ia adalah Pengantara dari suatu perjanjian yang baru, supaya mereka yang telah terpanggil dapat menerima bagian kekal yang dijanjikan, sebab Ia telah mati untuk menebus pelanggaran-pelanggara yang telah dilakukan selama perjanjian yang pertama. 16 Sebab di mana ada wasiat, di situ harus diberitahukan tentang kematian pembuat wasiat itu. 17 Karena suatu wasiat barulah sah, kalau pembuat wasiat itu telah mati, sebab ia tidak berlaku, selama pembuat wasiat itu masih hidup. 18 Itulah sebabnya, maka perjanjian yang pertama tidak disahkan tanpa darah. 19 Sebab sesudah Musa memberitahukan semua perintah hukum Taurat kepada seluruh umat, ia mengambil darah anak lembu dan darah domba jantan serta air, dan bulu merah dan hisop, lalu memerciki kitab itu sendiri dan seluruh umat, 20 sambil berkata: "Inilah darah perjanjian yang ditetapkan Allah bagi kamu." 21 Dan juga kemah dan semua alat untuk ibadah dipercikinya secara demikian dengan darah. 22 Dan hampir segala sesuatu disucikan menurut hukum Taurat dengan darah, dan tanpa penumpahan darah tidak ada pengampunan. 23 Jadi segala sesuatu yang melambangkan apa yang ada di sorga haruslah ditahirkan secara demikian, tetapi benda-benda sorgawi sendiri oleh persembahan-persembahan yang lebih baik dari pada itu. 24 Sebab Kristus bukan masuk ke dalam tempat kudus buatan tangan manusia yang hanya merupakan gambaran saja dari yang sebenarnya, tetapi ke dalam sorga sendiri untuk menghadap hadirat Allah guna kepentingan kita. 25 Dan Ia bukan masuk untuk berulang-ulang mempersembahkan diri-Nya sendiri, sebagaimana Imam Besar setiap tahun masuk ke dalam tempat kudus dengan darah yang bukan darahnya sendiri. 26 Sebab jika demikian Ia harus berulang-ulang menderita sejak dunia ini dijadikan. Tetapi sekarang Ia hanya satu kali saja menyatakan diri-Nya, pada zaman akhir untuk menghapuskan dosa oleh korban-Nya. 27 Dan sama seperti manusia ditetapkan untuk mati hanya satu kali saja, dan sesudah itu dihakimi, 28 demikian pula Kristus hanya satu kali saja mengorbankan diri-Nya untuk menanggung dosa banyak orang. Sesudah itu Ia akan menyatakan diri-Nya sekali lagi tanpa menanggung dosa untuk menganugerahkan keselamatan kepada mereka, yang menantikan Dia.

 

Alkitab menegaskan bahawa hukum itu tidak diberikan kepada Musa oleh Allah sendiri tetapi telah disampaikan kepada Musa oleh malaikat-malaikatNya (Kisah 7:53; Galatia 3:19; Ibrani 21:2). Schurer (History of the Jewish People in the Age of Jesus Christ, Vol. II, mukasurat 350-351) membuat perhatian bahawa: Ianya sebahagian daripada kesempurnaan wahyuNya sehinggakan ia dicatat di dalam tujuh puluh bahasa yang berlainan di atas batu-batu yang didirikan di atas Gunung Ebal (Ulangan 28:2 dan seterusnya). Buku Mishnah juga telah mencatatkan hal ini (mSot. 7:5) dengan merujuk kepada Ulangan 27:8 (lihat karya Schurer, ibid., nota kaki 46). Tujuh puluh bahasa itu bersepadan dengan tujuh puluh bangsa yang dilihat daripada Kejadian 10 (lihat ulasan Tg. Ps. –Jon. ke atas Kejadian 11:7-8; Ulangan 32:8; rujuk juga karya Schurer, ibid.). Schurer juga memerhatikan bahawa perlantikan tujuh puluh malaikat di dalam Buku Henokh sebagai “Gembala-gembala” dunia adalah berdasarkan pada andaian-andaian berkenaan tujuh puluh bangsa bukan Israel.

 

Tujuh puluh bahasa itu juga dibincangkan di dalam mShek. 5:1 (Mordekhai juga dipercayai memahami tujuh puluh bahasa) (Schurer, ibid.; lihat juga karya Komentari Mengenai Ester (No. 063)  untuk melihat tentang sifat Mesias pada Mordekhai). Andaian-andaian yang sama berkenaan tujuh puluh bangsa dan bahasa serta pembahagian mereka di kalangan Angkatan itu diberi perhatian di dalam Clementine Homilies 18:4; Clementine Recognitions ii 42; Epiphanius Heresies i 5; Augustine City of God xvi 9. Dengan itu diandaikan bahawa hukum itu ditegakkan bagi bangsa-bangsa lain yang di bawah naungan angkatan malaikat mereka dan andaian ini jelas sekali adalah asas bagi peletakan itu pada Gunung Ebal. Oleh itu, Malaikat Besar yang merupakan elohim bagi Israel telah memberikan hukum itu kepada Musa. Makhluk ini adalah Kristus.

 

Mesias duduk di tangan kanan Allah dan merupakan raja dan tuan kerana Allah menjadikannya begitu. Pengorbanannya merupakan ekspresi kasih yang Allah inginkan daripada para pemimpinnya dan anak-anaknya. Hanya dengan meninggalkan kuasanya sebagai seorang anak Allah dan melalui suatu kehidupan yang lebih rendah dan menyakitkan serta kematian, barulah dia dapat menunjukkan kualiti atau ciri-ciri yang Allah inginkan daripada umat-umat pilihanNya.

 

q