Jemaat Jemaat Allah Al Maséhi

 

[161]

 

 

 

Pemberian Persepuluhan [161]

(Edisi 2.0 19960310-20000730)

 

Pemberian persepuluhan adalah suatu kebiasaan di dalam banyak agama. Ada antara para pemimpin yang mengenakan permintaan-permintaan tinggi ke atas pengikut-pengikut mereka, sehinggakan mengkhotbahkan perlunya tiga persepuluhan yang berlainan pada masa-masa tertentu. Karya ini menyelidiki persepuluhan yang dicatatkan di dalam Alkitab dan membuat kesimpulan-kesimpulan yang relevan kepada orang-orang Yahudi dan Kristian hari ini. Orang-orang yang pernah membayar tiga persepuluhan yang berbeza pasti akan mendapat kejutan yang agak menyenangkan.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã1966, 1967  Wade Cox)

(Tr. 2002)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


Pemberian Persepuluhan [161]

 


Hukum pemberian persepuluhan tidak berdiri dengan sendirinya. Ianya suatu isu penting kepada iman dan kepada umat-umat pilihan, dan ianya salah satu daripada tanda-tanda umat-umat pilihan.

 

Perjanjian Allah dikaitkan secara langsung kepada perintah pertama (lihat karya Perintah Pertama: Dosa Setan [153]). Tanda-tanda Perjanjian itu berkait langsung dengan perintah pertama dan penyembahan serta pengetahuan akan Allah Sebenar yang satu (Yohanes 17:3; 1Yohanes 5:20). Tanda-tanda Perjanjian Allah bermula dengan tanda-tanda persunatan dan Paskah di dalam Perjanjian Lama. Sabat adalah tumpuan perintah keempat, yang tersalur daripada perintah pertama, dan merupakan elemen terakhir di dalam perintah pertama dan besar berkenaan kasih Allah.

 

(rujuk Hukum dan Perintah Tuhan Keempat [256] dan Perintah Tuhan Pertama Yang Besar [252])

 

Matius 22:36-39 "Guru, hukum manakah yang terutama dalam hukum Taurat?" 37 Jawab Yesus kepadanya: "Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu. 38 Itulah hukum yang terutama dan yang pertama. 39 Dan hukum yang kedua, yang sama dengan itu, ialah: Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri.

 

Perintah besar ini telah ditubuhkan daripada Ulangan 6:5 dan membentuk elemen utama hukum itu. Semua hukum yang lain terbit daripada hukum ini dan semuanya adalah berdasarkan padanya (lihat juga Markus 12:28-34; Lukas 10:25-28).

 

Perjanjian Allah memerlukan dedikasi umat-umat Israel fizikal dan rohani. Israel telah dipilih dan diasingkan oleh Allah sebagai suatu bangsa dengan beberapa tanda-tanda tertentu. Elemen-elemen yang pertama adalah tanda-tanda penyunatan dan Paskah. Hari Sabat juga adalah salah satu daripada tanda-tanda itu (Keluaran 20:8,10,11; Ulangan 5:12) antara kita dan Allah yang menjadikan kita kudus

 

 

(Keluaran 31:12-14). Hari Paskah, termasuklah Perayaan Roti Tidak Beragi, merupakan satu tanda atau meterai (daripada Keluaran 13:9, 16) yang telah, dan masih lagi, menjadi tanda bagi hukum Allah (Ulangan 6:8) serta penebusanNya terhadap Israel (Ulangan 6:10). Daripada Perjanjian Baru, penebusan ini meliputi semua yang berada di dalam Kristus (Roma 9:6; 11:25-26).

 

Penebusan Israel adalah daripada kelahiran sulung rahim/perut ibu dan kerana itu, adalah yang sulung bagi perempuan dan bukannya lelaki. Dedikasi seluruh Israel ini telah ditetapkan sebagai upacara sunat dan secara sendirinya, menunjuk kepada pembaptisan selaku tanda utama. Hari Paskah memuatkan Perjamuan Suci yang telah menjadi elemen utama bagi perayaan daripada Perjanjian Baru itu. Namun begitu, seluruh perayaan Paskah diperlukan dan dipelihara, sungguhpun kadangkala dengan cara tidak betul (daripada Ulangan 16:4-8; 1Korintus 11:1 dan seterusnya; 2Petrus 2:13; Yudas 12).

 

Persunatan dibuat ada hati jiwa (Ulangan 30:6; Yeremia 4:4) dan bukan hanya secara fizikal (Kejadian 17:11; Ulangan 10:16). Penetapan Paskah sebagai tanda kedua bermula dari Perjamuan Suci pada hari persediaan dan berlanjutan sepanjang perayaan itu (sesuai dengan Ulangan 16:4-8). Sabat merupakan tanda ketiga bagi umat-umat pilihan sebagai bangsa fizikal. Dengan itu, Yehuda mungkin boleh memelihara Sabat tetapi masih tidak mencapai hidup kekal sehinggalah selepas kebangkitan kedua itu, kerana terkeluar daripada Perjanjian Kedua (Baru) ini (lihat juga karya Lazarus dan Orang Kaya [228]). Hari Sabat merupakan tanda luaran mingguan yang saling membaharui, bagi tanda-tanda dalaman Perjanjian itu iaitu pembaptisan, Roh Kudus, dan pencucian kaki, roti dan anggur di dalam Perjamuan Suci yang merupakan pembaharuan tahunan bagi perhubungan Perjanjian itu yang ditetapkan daripada pembaptisan dan penerimaan Roh Kudus (lihat karya Perjanjian Allah [152]).

 

Sabat merupakan tanda bagi kedua-dua Israel fizikal dan rohani. Kerana itulah seseorang itu boleh memelihara Sabat dan termasuk di dalam Israel fizikal, namun masih tidak termasuk di dalam kebangkitan pertama itu sebagai sebahagian daripada umat-umat pilihan rohani.

 

Darah Perjanjian itu telah ditetapkan daripada Perjanjian dengan Abraham pada Kejadian 15:7-21. Abraham berlalu di antara dua bahagian binatang-binatang yang disembelih sebagai suatu pembayangan bagi Mesias yang akan tiba. Kristus adalah pembawa Perjanjian yang juga merupakan pengantara.

 

Kristus perlu mati agar dapat menebus seluruh penciptaan. Menderhakai Perjanjian itu, upahnya adalah mati. Musa menunjukkan hal ini dengan tindakannya di Sinai di mana dia telah memercikkan mezbah dan orang-orang Israel lantas menandakan bahawa Pendamaian bersandar sepenuhnya pada Allah dan bahawa penalti bagi kemurtadan terhadap Perjanjian itu adalah maut dan, melalui kematian ini, para imamat dikuduskan (Keluaran 24:6-8; 29:10-21) dan bersama-sama mereka seluruh bangsa itu dikuduskan.

 

Oleh itu, darah menjadi lambang karunia ekstrim dan penalti ekstrim iaitu mati dan pengorbanan di dalam pendamaian. Tidak ada kasih yang lebih besar dari pada kasih seorang yang memberikan nyawanya untuk sahabat-sahabatnya (Yohanes 15:13). Dengan itu, kesalahan-kesalahan yang membawakan maut, dibayar dengan kematian.

 

Pengambilan nyawa terletak pada pihak-pihak berkuasa, supaya melalui manusia darahnya dicurahkan (Kejadian 9:6). Paulus memperkatakan tentang pemimpin/majistret yang melaksanakan hukuman sebegitu: karena tidak percuma pemerintah menyandang pedang. Pemerintah adalah hamba Allah untuk membalaskan murka Allah atas mereka yang berbuat jahat (Roma 13:4) – kerana upah dosa adalah maut (Roma 6:23). Perintah pertama mewajibkan penetapan hukum Allah sebagai yang tertinggi daripada semuanya, dalam fikiran dan perbuatan, kerana ia tersalur daripada Dia. Ini diaplikasikan kepada hal-hal pemakanan, undang-undang sivil, kepada mempertahankan diri, sama ada secara nasional, iaitu sewaktu perang, ataupun secara individu. Darah hanya boleh dicurahkan menurut firman Allah. Apa yang ditetapkan oleh Allah tidak boleh ditentang manusia tanpa menyebabkan berlakunya dosa. Kerana itu, vegetarianisme (pemakanan sayuran), tidak-menentang atau mungkinpun fahaman aman damai (pasifisme) pada bentuk ekstrimnya, kesemuanya menuduh hukum-hukum Allah dan bertujuan untuk meninggikan manusia dan hukumnya untuk sama tahap dengan Allah.

 

Penebusan bagi dosa adalah nyawa untuk nyawa, dan ini tidak boleh diberikan oleh manusia yang fana (Mazmur 49:7-8; Markus 8:36-37). Setiap nyawa manusia sudah dijadikan tebusan kerana dosanya sendiri dan semua nyawa hidup adalah milik Allah (Mazmur 50:9-10). Kerana itulah, Allah menyediakan darah pendamaian itu (Imamat 17:11) di dalam Mesias dan Perjanjian itu. Dengan itu, pengorbanan adalah buah hasil kasih karunia dan bukannya asas atau akar kasih karunia.

 

Penyunatan dan, kemudiannya, pembaptisan menandakan pemilihan masuk ke dalam Perjanjian itu. Perayaan Paskah meraikan penebusan Israel daripada dunia dan dosa. Aspek-aspek berrdua itu adalah penebusan fizikal dan rohani, lantas membabitkan Perjamuan Suci dan Malam yang harus Banyak Diingati (atau hari Paskah sebenar), untuk mana Mesias adalah Domba yang disembelihkan (lihat karya-karya Perjamuan Suci [103]; Hari Paskah [098] dan Malam yang harus Banyak Dipelihara [101]). Darah diperlukan bagi yang murtad daripada Mesir, kerana mereka tidak percaya, dan juga bagi umat-umat pilihan Israel.

 

Oleh itu, hukuman yang dijatuhkan terhadap Mesir adalah juga hukuman terhadap seluruh manusia. Israel juga terletak di bawah hukuman mati itu. Penebusan Israel adalah penebusan bagi semua melalui domba Paskah itu. Orang-orang Yahudi (termasuklah Yehuda, Lewi dan sebahagian daripada suku-suku kaum yang lain) telah dihukum mati di dalam Matius 24 dan ditakdirkan musnah kerana tidak menurut atau telah mengkhianati Perjanjian itu. Yehuda telah dibuang untuk dipecah-belahkan dan dibinasakan kerana tidak memelihara Hukum Musa; sebaliknya mereka telah memutarbelitkannya. Jemaat telah ditebus dan dibebaskan daripada pembinasaan ini (rujuk karya Perjanjian Allah [152]). Dengan itu, penebusan tersebut melibatkan penebusan fizikal dan rohani yang dicerminkan oleh urutan peristiwa-peristiwa daripada Perjamuan Suci melalui hari Paskah hingga hari suci pertama Roti Tanpa Ragi, di mana ragi kejahatan dan kedengkian diketepikan bagi roti tanpa ragi keikhlasan dan kebenaran (1Korintus 5:7-8). Kebangkitan kemudiannya mengikutinya – selepas mana Kristus telah dipertunjukkan sebagai Persembahan Unjukan Berkas atau yang Sulung bagi Israel. Dengan itu, Mesias adalah yang sulung dipersembahkan sebagai kudus kepada Tuhan dan oleh itu, adalah yang pertama bagi sistem persepuluhan itu di dalam bentuk fizikal dan rohaninya yang muktamad (rujuk karya Persembahan Unjukan Berkas [106b]).

 

Berikutan daripada keperluan-keperluan perintah pertama itu, kita lihat bahawa bangsa dan Jemaat diwajibkan untuk menguduskan umat-umatnya dan hasil-hasilannya kepada Tuhan Allah sebagai sebahagian daripada Perjanjian itu. Elemen pertama adalah sulung kepada manusia dan binatang. Namun begitu, kesemua anak lelaki disunatkan dan yang perempuan pula telah menjadi anak-anak perempuan Perjanjian itu sejak kelahiran mereka dan persembahan penyucian/pentahiran (lihat karya Pentahiran dan Sunat [251]). Paskah diikuti oleh kesemua anak-anak dan orang-orang asing di dalam kediaman mereka. Upacara itu diatur sebegitu cara agar anak yang termuda sekali dapat bertanya Apakah artinya ibadahmu ini? (Keluaran 12:26). Ini berlainan dengan Perjamuan Suci yang hanya melibatkan murid-murid Mesias yang telah dibaptiskan.

 

Oleh itu, adanya suatu perbezaan antara pengudusan fizikal Israel di bawah Perjanjian itu serta pembebasan mereka daripada tawanan, dan penebusan rohani Israel daripada kematian.

 

Ketidakmampuan pengulas-pengulas seperti Rushdoony untuk memahami ciri penduaan (duality) perayaan Paskah selama dua hari pertamanya, menghadkan kebolehan mereka untuk memahami kepentingannya penglibatan anak-anak di dalam Paskah, dan pengecualian anak-anak serta mereka yang belum dibaptiskan daripada Perjamuan Suci, sungguhpun mereka hadir pada perayaan serta perjamuan itu.

 

Kesilapan ini kemudiannya membawa mereka ke dalam dilema logikal, yang mengakibatkan terbentuknya pembaptisan bayi (lihat Rushdoony The Institutes of Biblical Law, Presbyterian and Reformed Publishing Company, USA, 1973, mukasurat 46-47). Kesilapan ini juga nampaknya terbit daripada salahfaham akan masalah perayaan Paskah yang disebutkan oleh Paulus di dalam 1Korintus 11, di mana para keluarga hadir (Ulangan 16:4-7 merujukkannya). Lebih-lebih lagi, apa yang dipanggil sebagai perjamuan roti dan anggur itu, secara tradisinya, telah juga tidak diberikan kepada anak-anak yang sudah dibaptiskan sehinggalah mereka disahkan sudah dewasa, termasuklah di dalam sistem-sistem Ortodoks yang mengamalkan pembaptisan bayi. Amalan ini terbit daripada suatu adaptasi pada sistem Paskah quarto-deciman yang asal (rujuk karya Perselisihan-perselisihan Quartodeciman [277]).

 

Perjanjian yang Baru itu secara khusus menyatakan bahawa anak-anak akan dikuduskan di dalam umat-umat pilihan. Umat-umat terpilih dikuduskan (1Korintus 6:2) oleh Allah Bapa dan dipelihara di dalam Yesus Kristus (Yudas 1). Orang-orang kudus disucikan oleh Allah melalui darah Perjanjian (Ibrani 10:29) dan tubuh badan Yesus Kristus (Ibrani 10:9-10). Dengan itu, Roh Kudus adalah roh Allah kita dan, melalui nama Yesus Kristus, umat-umat pilihan kemudiannya dikuduskan dan disucikan oleh pengorbanannya, berterusan di dalam iman melalui Allah dengan RohNya (Kisah 26:18).

 

Umat-umat pilihan dianugerah pengampunan menerusi kasih karunia dan mengekalkan kedudukan mereka melalui iman – dengan itu menguduskan sesama sendiri di dalam Jemaat serta di dalam keluarga-keluarga (1Korintus 7:14). Maka dengan itulah, pasangan serta anak-anak yang tidak percaya, dikuduskan di dalam umat-umat pilihan. Umat-umat terpilih dikuduskan di dalam tubuh Kristus, kerana adalah satu tubuh di dalam Kristus (Roma 12:5; 1Korintus 12:20-27). Oleh itu, pengudusan tidak tertakhluk kepada struktur-struktur korporat tetapi bergantung kepada pembaptisan dan penerimaan Roh Kudus. Kalaulah anak-anak boleh dibaptiskan, maka pengudusan mereka tidak datang daripada ibubapanya yang telah dikuduskan tetapi dari diri sendiri. Ianya, pada hakikatnya, bukanlah intrinsik atau berdasarkan diri sendiri, tetapi bergantung pada ibubapa yang telah dikuduskan. Kerana itu, pembaptisan bayi adalah tidak sah.

 

Sebagai sebahagian daripada proses penyucian dan dedikasi ini di bawah Perjanjian itu, anak sulung dipersembahkan sebagai kudus kepada Tuhan.

 

Keluaran 13:1-2 Berfirmanlah TUHAN kepada Musa: 2 "Kuduskanlah bagi-Ku semua anak sulung, semua yang lahir terdahulu dari kandungan pada orang Israel, baik pada manusia maupun pada hewan; Akulah yang empunya mereka."

 

Keluaran 13:11-16 Apabila engkau telah dibawa TUHAN ke negeri orang Kanaan, seperti yang telah dijanjikan-Nya dengan sumpah kepadamu dan kepada nenek moyangmu, dan negeri itu telah diberikan-Nya kepadamu, 12 maka haruslah kaupersembahkan bagi TUHAN segala yang lahir terdahulu dari kandungan; juga setiap kali ada hewan yang kaupunyai beranak pertama kali, anak jantan yang sulung adalah bagi TUHAN. 13 Tetapi setiap anak keledai yang lahir terdahulu kautebuslah dengan seekor domba; atau, jika engkau tidak menebusnya, engkau harus mematahkan batang lehernya. Tetapi mengenai manusia, setiap anak sulung di antara anak-anakmu lelaki, haruslah kautebus. 14 Dan apabila anakmu akan bertanya kepadamu di kemudian hari: Apakah artinya itu? maka haruslah engkau berkata kepadanya: Dengan kekuatan tangan-Nya TUHAN telah membawa kita keluar dari Mesir, dari rumah perbudakan. 15 Sebab ketika Firaun dengan tegar menolak untuk membiarkan kita pergi, maka TUHAN membunuh semua anak sulung di tanah Mesir, dari anak sulung manusia sampai anak sulung hewan. Itulah sebabnya maka aku biasa mempersembahkan kepada TUHAN segala binatang jantan yang lahir terdahulu dari kandungan, sedang semua anak sulung di antara anak-anakku lelaki kutebus. 16 Hal itu harus menjadi tanda pada tanganmu dan menjadi lambang di dahimu, sebab dengan kekuatan tangan-Nya TUHAN membawa kita keluar dari Mesir."

 

Keluaran 22:29-30 Janganlah lalai mempersembahkan hasil gandummu dan hasil anggurmu. Yang sulung dari anak-anakmu lelaki haruslah kaupersembahkan kepada-Ku. 30 Demikian juga harus kauperbuat dengan lembu sapimu dan dengan kambing dombamu: tujuh hari lamanya anak-anak binatang itu harus tinggal pada induknya, tetapi pada hari yang kedelapan haruslah kaupersembahkan binatang-binatang itu kepada-Ku.

 

Anak-anak lelaki Israel disunat pada hari kelapan dan ditempatkan ke dalam perhubungan perjanjian dengan Allah, dan pada hari kelapan barang-barang persembahan korban itu mewakili perhubungan tersebut. Kita kini mula melihat bahawa pengenalan ini, berkenaan anak sulung dan perintah pertama serta perhubungan dengan Allah, mempunyai hubungan langsung kepada hasil-hasil sulung dan sistem persepuluhan. Sistem pemberian persepuluhan berkait balik seluruhnya kepada perhubungan kita dengan Allah, sebagai sebahagian daripada Israel dan ini mewakili perhubungan Jemaat dengan Allah kepada kebangkitan pertama.

 

Konsep hasil-hasi sulung berkaitan dengan hukum-hukum penebusan dan dengan itulah kaitannya jelas. Penebusan adalah melalui Domba. Makhluk inilah yang merupakan Malaikat dan Elohim yang telah menebus Israel dan berada di kepala mereka (Kejadian 48:15-16; Zakaria 12:8). Pemeliharaan hukum ini juga adalah satu tanda umat-umat pilihan.

 

Keluaran 34:19-20 Segala apa yang lahir terdahulu dari kandungan, Akulah yang empunya, juga segala ternakmu yang jantan, anak yang lahir terdahulu dari lembu atau domba. 20 Tetapi anak yang lahir terdahulu dari keledai haruslah kautebus dengan seekor domba; jika tidak kautebus, haruslah kaupatahkan batang lehernya. Setiap yang sulung dari antara anak-anakmu haruslah kautebus, dan janganlah orang menghadap ke hadirat-Ku dengan tangan hampa.

 

Oleh itu pemberian persembahan-persembahan adalah mandatori. Tiada orang yang boleh menguduskan yang sulung, ianya milik Tuhan.

Imamat 27:26 Akan tetapi anak sulung, yang sebagai anak sulung menjadi hak TUHAN dari antara hewan, tidak boleh dikuduskan oleh siapapun, baik seekor lembu maupun seekor kambing atau domba, itu milik TUHAN.

 

Pertalian antara anak sulung dan perayaan-perayaan dan Sabat adalah juga jelas.

 

Ulangan 15:19-20  "Segala anak sulung jantan yang lahir di antara lembu sapimu dan kambing dombamu, haruslah kaukuduskan bagi TUHAN, Allahmu; janganlah engkau memakai anak sulung lembumu, dan janganlah engkau menggunting bulu anak sulung dombamu. 20 Di hadapan TUHAN, Allahmu, engkau harus memakan dagingnya tahun demi tahun di tempat yang akan dipilih TUHAN, engkau ini dan seisi rumahmu.

 

Anak sulung terikat ke dalam sistem persepuluhan oleh kedua-dua penebusan dan persepuluhan kedua. Dengan itu, anak sulung adalah kudus kerana ianya terikat kepada rencana keselamatan sepertimana yang dijumpai melalui sistem perayaan.

 

Roma 11:16 Jikalau roti sulung adalah kudus, maka seluruh adonan juga kudus, dan jikalau akar adalah kudus, maka cabang-cabang juga kudus.

 

Penebusan mempunyai ciri fizikal dan rohani. Israel diperhambakan kepada Mesir secara fizikal dan rohani, kerana terletak di dalam perbudakan dosa. Penebusan manusia, dengan itu, adalah terikat kepada hidup rohaninya dan aturan sosialnya. Seluruh penciptaan akhirnya akan ditebuskan (Roma 8:20-21) dan itulah sebabnya kenapa pemerintahan seribu tahun Yesus Kristus harus juga membabitkan manusia fizikal menurut aturan sosial sepertimana yang ditetapkan di Sinai. Hukum daripada Sinai itu adalah sempurna. Beberapa aspek tertentu (contohnya perceraian) dibenarkan kerana kekerasan hati orang-orang Israel.

 

Anak sulung adalah daripada ibu dan bukannya bapa sepertimana yang telah kita lihat (Keluaran 13:2). Lebih daripada satu isteri dibenarkan secara tradisi kepada lelaki kebiasaan sementara raja dibenarkan lebih daripada itu (empat (mYeb 4:11; mKet. 10:1-6; dan juga Quran) atau lima (mKer. 3:7) isteri, bergantung pada pihak berkuasa (lihat juga mKid. 2:7; mBkh. 8:4); dan lapan belas untuk raja (mSanh. 2:4)). Mazhab Qumran berpendapat bahawa kedua-dua raja dan rakyat biasa haruslah bersifat monogami (satu isteri); lihat Schurer The History of the Jewish People in the Age of Jesus Christ, Vol. I, mukasurat 320, n. 125). Perjanjian Baru menghadkan para penatua dan diakon kepada hanya satu isteri sahaja (1 Timotius 3:2, 12). Maka dengan itu, anak sulung dikuduskan dan didedikasikan, sungguhpun berasal daripada suatu perkahwinan poligami dan/atau dilahirkan di bawah hukum tanggungjawab kekeluargaan terhadap isteri saudara lelaki (Ulangan 25:5-6). Zerubbabel, maka itu, dikuduskan kerana dia dilahirkan daripada perhubungan sebegitu (lihat karya Genealogi Mesias [119]).

 

Adalah penting bahawa Zerubbabel disenaraikan di situ kerana kepentingannya di dalam struktur pembangunan Bait Suci.

 

Dalam menangani Israel di bawah Mesir, Allah telah meletakkan semua anak sulung Mesir, kedua-dua manusia dan binatang, di bawah penalti maut. Dengan Israel Dia telah menjadikan seluruh bangsa itu sebagai anak sulungNya.

 

Keluaran 4:22-23 Maka engkau harus berkata kepada Firaun: Beginilah firman TUHAN: Israel ialah anak-Ku, anak-Ku yang sulung; 23 sebab itu Aku berfirman kepadamu: Biarkanlah anak-Ku itu pergi, supaya ia beribadah kepada-Ku; tetapi jika engkau menolak membiarkannya pergi, maka Aku akan membunuh anakmu, anakmu yang sulung."

 

Tindakan penebusan ini mengesahkan kedudukan Israel di dalam keahlian Perjanjian. Dengan itu, manusia dan binatang menjadi milik Allah melalui pengangkatan mereka sebagai anak. Melalui dosa, Israel sepatutnya mati sepertimana Mesir patut mati. Ini dilambangkan oleh permintaan Allah bagi Abraham mengorbankan Ishak. Namun, Allah (melalui Malaikat Jehovah (atau Yahovah)) telah menyediakan korban gantiannya dan pada hakikatnya dilambangkan oleh korban itu sebagai penebus. Dengan itu, nyawa hidup terbabit di dalam persembahan korban, sebagai idea bahawa nyawa dikorbankan di dalam pemeliharaan atau pemulihan manusia kepada Allah di dalam konteks keagamaan, melalui sama ada pengudusan atau penghapusan dosa. Manusia di dalam dosa tidak layak untuk mempersembahkan karunia nyawa hidupnya sendiri. Dengan itu, Kristus telah mendamaikan manusia kepada Allah supaya mereka dapat meneruskan perbuatan berkorban itu secara berterusan (lihat juga karya Tujuan Penciptaan dan Pengorbanan Kristus [160]).

 

Konsep persembahan anak sulung kepada Allah pada hari kelapan, adalah sebagai suatu korban di mana individu itu mengekalkan perhubungannya dengan Allah. Suku kaum Lewi telah dibentuk sebagai sulung pengganti yang taat kepada Allah (Bilangan 3:40-41). Ini juga merujuk kepada kita sebagai sulung yang sejati daripada aturan Melkisedek. Binatang-binatang sering diberikan kepada para imam. Namun begitu, persembahan korban harian tidak boleh dilakukan oleh imam seorang. Bangsa itu terbahagi kepada dua puluh empat divisi, sepertimana dengan para imam, dan mereka mempunyai para individu yang bertugas di Yerusalem ke atas divisi-divisi mereka sepertimana keimamatan juga (ini merupakan simbol yang merujuk kepada aturan Melkisedek kemudiannya sebagai umat-umat pilihan). Divisi-divisi itu berjumpa di dalam suku-suku kaum mereka, dengan majoritinya juga berjauhan daripada Bait apabila divisi itu bertugas di Yerusalem (Schurer, ibid., Vol. II, mukasurat 292-293). Oleh itu, persembahan korban adalah sesuatu yang perlu bagi penyembahan harian tetapi melibatkan seluruh bangsa melalui divisi-divisi. Persembahan divisi-divisi kebangsaan ini adalah melalui doa dan pembelajaran Alkitab, di samping korban tersebut. Korban itu digantikan di dalam Kristus tetapi elemen-elemen yang lain, doa dan pembelajaran Alkitab serta kebaktian harian, tidak digantikan atau dihapuskan. Daripada kedudukan ini, maka ianya mustahil bagi suatu keimamatan elit untuk memisahkan jemaat daripada persembahan korban dan sistem penyembahan – sebagai contohnya, dengan menahan pemberian minuman anggur pada Perjamuan Suci dan, dengan perlanjutan, di dalam sistem perjamuan itu.

 

Penyunatan atau persembahan hari kelapan, pada masa yang sama, adalah suatu pengulangan perhubungan Perjanjian ibubapanya. Hal inilah asal-usulnya dari mana idea berkenaan pembaptisan bayi telah timbul. Pada asalnya ia dikaitkan kepada korban sulung dan perundangan persunatan sebagai janji Perjanjian pada pihak ibubapa. Sungguhpun aspek ini boleh mengambil maksud sebagai suatu dedikasi, ianya tidak boleh mengambil tempat pembaptisan dan perubahan diri. Itulah sebabnya kenapa tindakan-tindakan pengesahan/pengakuan telah menjadi pengganti pembaptisan dewasa, kerana individu sendiri yang harus membuat keputusan itu dan, dengan itu, haruslah dibaptiskan di dalam pertaubatan. Seorang anak kecil atau bayi secara logiknya tidak boleh bertaubat dan membuat komitmen berpengetahuan. Kerana itu satu lagi dongeng telah perlu diciptakan, iaitu ibubapa angkat/penaung (godparent).

 

Bayaran untuk penebusan orang ditentukan oleh hukum dan ianya bukan menyusahkan (Imamat 27:1-8). Penebusan dibahagikan kepada empat kategori berdasarkan pada umur dan jantina. Ini adalah satu bulan-5 tahun, 5-20 tahun, 20-60 tahun, dan lebih daripada 60 tahun. Penyenaraiannya adalah mengikut susunan 20-60 tahun dahulu, diikuti oleh 5-20 tahun. Ianya mengikuti kemudiannya kerana, sepertimana yang dinyatakan oleh karya Stone Chumash, ianya meliputi mereka yang melebihi umur Bar-Mitzvah dan secara teknikalnya adalah dewasa. Penilaian bagi kategori 20-60 tahun ditentukan pada lima puluh syikal kudus, yang dikurangkan kepada tiga puluh bagi perempuan. Nampaknya bayaran-bayaran ini ada pertaliannya kepada jangkamasa Jubli (iaitu mengenai 20+50=70 tahun) dan kapasiti para individu itu untuk datang kepada pengudusan, berdasarkan pada kebolehan mereka untuk membayar. Tiada seorangpun, tidak kira betapa miskin atau hidup bergantungan, boleh dikecualikan kerana terdapat seorang imam khusus yang ditugaskan untuk menilai individu untuk pengudusan, berdasarkan pada keperluan. Dorongan untuk membuat perbandingan dengan pengudusan dan pembaptisan dan tahap-tahap pertumbuhan dan, dengan itu, penghakiman berdasarkan pada umur dan panggilan, sukar ditahan.

 

Binatang-binatang yang diasingkan sebagai yang telah dikuduskan untuk persembahan, tidak boleh ditebus atau digunakan untuk lain-lain tujuan (lihat Stone Chumash nota kaki kepada Imamat 27:9-13).

 

Allah menghubungkan hakNya ke atas anak sulung Israel dengan pembunuhan yang sulung bagi Mesir (Bilangan 8:16-17). Bilangan 8:18 menetapkan suku kaum Lewi sebagai sulung pengganti dan butir-butir spesifik penggantian itu diberikan di dalam Bilangan 3: 11-13,44-51. Butir-butir mengenai kawanan dan gembalaan diberikan (Keluaran 13:11-13; 22:30; 34:19-20; Imamat 27:26-27; Bilangan 18:15-17). Suku Lewi telah menjadi sulung pengganti sebagai prototaip umat-umat pilihan nanti di dalam keimamatan Melkisedek. Hanyalah umat-umat pilihan sahaja yang akan berdepan dengan kebangkitan pertama itu dan, dengan itu, merupakan yang sulung dengan Yesus Kristus bagi sistem milenium/seribu tahun itu.

 

Di dalam Bilangan 18:15-17, kita telah lihat bahawa kesemua yang terdahulu tidak boleh ditebus, namun harus, dengan persepuluhan gandum, anggur dan minyak, membentuk sebahagian daripaa persepuluhan kedua menurut Ulangan 14:23; 15:19-22.

 

Ulangan 14:22-23 "Haruslah engkau benar-benar mempersembahkan sepersepuluh dari seluruh hasil benih yang tumbuh di ladangmu, tahun demi tahun. 23 Di hadapan TUHAN, Allahmu, di tempat yang akan dipilih-Nya untuk membuat nama-Nya diam di sana, haruslah engkau memakan persembahan persepuluhan dari gandummu, dari anggurmu dan minyakmu, ataupun dari anak-anak sulung lembu sapimu dan kambing dombamu, supaya engkau belajar untuk selalu takut akan TUHAN, Allahmu.

 

Oleh itu, sistem persepuluhan tidak boleh lari daripada dedikasi Israel kepada Allah di bawah Perjanjian itu, kedua-dua fizikal dan rohani; Lama dan Baru, atau Perjanjian Pertama dan Kedua. Di dalam ini juga persepuluhan-persepuluhan itu sendiri mewakili dua elemen Perjanjian itu. Persepuluhan pertama didedikasikan kepada keimamatan di dalan bangsa. Persepuluhan kedua didedikasikan kepada individu untuk menyertai perayaan-perayaan sebagai sebahagian daripada penuaian-penuaian di bawah Perjanjian Kedua sebagai para imam dan raja (lihat Wahyu 5:9-10). Persepuluhan ketiga adalah untuk membolehkan mereka yang kurang bernasib baik untuk mengambil tempat mereka di dalam aturan Melkisedek sebagai para raja dan imam di bawah Mesias. Dengan itu, kita akan lihat nanti bahawa persepuluhan kedua itu diubahkan kepada persepuluhan ketiga dan pada hakikatnya adalah persepuluhan yang sama.

 

Rushdoony memetik daripada Waller berkenaan dengan persepuluhan kedua yang dicatatkan di dalam ayat-ayat 22-23 dan juga berhubungan dengan persepuluhan ketiga di dalam ayat 28.

 

Ulangan 14:28 Pada akhir tiga tahun engkau harus mengeluarkan segala persembahan persepuluhan dari hasil tanahmu dalam tahun itu dan menaruhnya di dalam kotamu;

 

Dia memetik Waller (rujuk Ellicott II, 44 f).

 

(22) Haruslah engkau benar-benar mempersembahkan sepersepuluh, - Kitab Talmud dan penterjemah-penterjemah Yahudi secara umumnya saling bersetuju di dalam pandangan bahawa persepuluhan yang disebutkan di dalam petikan ini, dan di dalam ayat 28, dan juga persepuluhan yang digambarkan di dalam bab xxvi, 12-15, adalah semuanya satu perkara – iaitu “persepuluhan kedua”; dan berasingan daripada persepuluhan yang dikhaskan bagi suku kaum Lewi untuk keperluan sara hidup mereka di dalam Bilangan xviii, 21, dan dengan mereka dituntut persepuluhan sekali lagi bagi imam (Bilangan xviii, 26)....

 

(23) Di hadapan TUHAN, Allahmu, .. haruslah engkau memakan persembahan persepuluhan – iaitu, engkau haruslah memakan persepuluhan kedua itu. Ini harus dilakukan setiap dua tahun; tetapi di dalam tahun ketiga dan keenam terdapatnya suatu pengaturan yang lain (lihat ayat 28). Pada tahun ketujuh iaitu tahun Sabat, kemungkinan sekali tiada persepuluhan, kerana sepatutnya tidak ada penuaian. Hasilan tanah adalah untuk semua dan semua orang bebas untuk memakan sesuka hatinya….

 

(28) Pada akhir tiga tahun engkau harus mengeluarkan segala persembahan persepuluhan – Ini dipanggil oleh orang-orang Yahudi sebagai Ma’aser ‘Ani atau “persepuluhan orang miskin.” Mereka menganggapnya serupa dengan persepuluhan kedua itu, yang lazimnya dimakan oleh para pemilik di Yerusalem; tetapi pada setiap tahun ketiga dan keenam dianugerahkan kepada orang miskin. (Rushdoony, ibid., mukasurat 50).

 

Rushdoony memetik P W Thompson All the Tithes or Terumah (The Covenant Publishing Co., London, 1946, mukasurat 19) demi menyokong pendapat bahawa persepuluhan kedua ini tidak semestinya sepersepuluh, di mana suatu sepersepuluhan kedua tidak diasingkan daripada binatang ternakan yang telah ditentukan tetapi bahawa “yang terdahulu mengambil tempat persepuluhan kedua bagi binatang-binatang” (ibid).

 

Alkitab RSV mengatakan bahawa ianya perlu dikeluarkan pada penghujung setiap tiga tahun.

 

Ulangan 14:28-29 Pada akhir [setiap] tiga tahun engkau harus mengeluarkan segala persembahan persepuluhan dari hasil tanahmu dalam tahun itu dan menaruhnya di dalam kotamu; 29 maka orang Lewi, karena ia tidak mendapat bagian milik pusaka bersama-sama engkau, dan orang asing, anak yatim dan janda yang di dalam tempatmu, akan datang makan dan menjadi kenyang, supaya TUHAN, Allahmu, memberkati engkau di dalam segala usaha yang dikerjakan tanganmu."

 

Ini adalah untuk tahun ketiga dan keenam, di mana tahun ketujuh dan tahun Jubli tidak ada persepuluhannya. Namun begitu, Teks Masoretik tidak mengandungi perkataan setiap, dan hanya menyatakan akhir tahun ketiga. RSV nampaknya telah memuatkan perkataan ini berdasarkan pada tradisi. Ini berpadanan dengan terjemahan Soncino yang menambahkan perkataan setiap di dalam versi Inggeris. Alkitab Green’s Interlinear mengabaikan perkataan itu dan teks utamanya menunjukkan bagaimana ianya tidak ada di dalam bahasa Ibraninya. Oleh itu, satu-satunya tahun yang pasti adalah tahun ketiga di dalam kitaran Sabatikal. Nachmanides dan Abraham Ibn Ezra berpendapat bahawa persepuluhan kedua itu diubah kepada persepuluhan ketiga pada tahun ketiga di dalam kitaran tersebut. Soncino menyatakan bahawa tafsiran ini bersesuaian dengan tradisi (nota kaki kepada ayat 28).

 

Edisi Stone bagi karya of The Chumash, Mesorah Publications, 1994 menekankan persepuluhan kedua di dalam ayat-ayat ini:

 

22-27 Persepuluhan kedua. Setelah terumah, atau bagian bagi kohen, dan persepuluhan bagi Lewi diasingkan daripada hasil penuaian, si pemilik haruslah mengasingkan persepuluhan kedua, iaitu subjek petikan ini. Ianya diambil pada tahun-tahun pertama, kedua, keempat, dan kelima daripada kitaran tujuh tahun Shemittah. Pada tahun-tahun ketiga dan keenam, persepuluhan diambil tetapi untuk dibagi-bagikan kepada orang-orang miskin. Pada tahun ketujuh, sebarang persepuluhan tidak diambil.

 

22 …Haruslah engkau mempersembahkan sepersepuluh. Midrash Tanchuma memerhatikan perdampingan antara perintah untuk memberi persepuluhan dengan perintah sebelumnya. Kitab Torah (Taurat) membayangkan bahawa jika engkau gagal untuk memberikan persepuluhan-persepuluhan yang diwajibkan, engkau akan mengakibatkan Allah membawa angin timur yang panas dan kering untuk “memasak” biji-biji gandum sementara ianya masih ada pada tangkai dengan ibunya (Rashi).

 

Tanchuma memberi komen lanjut bahawa bahagian kedua kata kerja paduan ini boleh dibaca sebagai…engkau akan menjadi kaya. Dengan itu Torah mengajar bahawa jika engkau memberikan persepuluhan, engkau akan menjadi kaya, iaitu bertentangan sepenuhnya dengan mereka yang mengatakan kononnya mereka tidak boleh membuat sumbangan kebajikan kerana takut menjadi miskin. Konsep sama ini - bahawa pemberian persepuluhan akan menambahkan kekayaan si pemberi, bukan mengurangkannya - dijumpai di tempat lain di dalam Alkitab: Allah mengatakan: Bawalah seluruh persembahan persepuluhan itu ke dalam rumah perbendaharaan, …apakah Aku tidak membukakan bagimu tingkap-tingkap langit dan mencurahkan berkat kepadamu sampai berkelimpahan (Maleakhi 3:10).

 

Persepuluhan daripada Persepuluhan

Oleh itu, terdapatnya persepuluhan pertama dan kedua. Persepuluhan pertama adalah untuk keimamatan. Di bawah Perjanjian Lama itu ianya dibayarkan kepada para Lewi yang kemudiannya akan membayar suatu persepuluhan daripada persepuluhan itu kepada keimamatan bait suci (Bilangan 18:26; 10:38). Persepuluhan itu dikumpul berdasarkan pada kawasan dan ditadbirkan mengikut kawasan tempatan. Hanyalah persepuluhan daripada persepuluhan itu yang pergi kepada keimamatan bait. Persepuluhan kedua digunakan untuk perayaan-perayaan di tempat yang telah dikhaskan bagi tujuan tersebut (Ulangan 14:22-23). Ianya juga dikongsikan dengan golongan yang kurang bernasib baik, tetapi lebih pentingnya adalah bagi golongan Lewi yang tidak bertanah pusaka (Ulangan 14:27). Persepuluhan kedua itu dikhaskan sepenuhnya untuk golongan miskin pada akhir tahun ketiga. Ini adalah persepuluhan ketiga itu. Ianya ditukarkan kepada wang kerana lebih praktikal begitu, dan kerana itu mempunyai pertalian langsung dengan masyarakat upah-dan-wang. Ianya membentuk  stor sokongan bagi kitaran Sabat. Ini dicukupkan dengan pungutan-pungutan sisa pada tepi-tepian ladang-ladang (Imamat 19:9) dan akses pada hari Sabat kepada apa saja yang tumbuh sendirinya.

 

Teks di dalam Bilangan ini ditafsirkan oleh pihak-pihak berkuasa Yahudi bahawa seorang Lewi harus membayar persepuluhan kepada seorang Kohanim atau imam, dan persepuluhan itu secara upacara adalah murni, dimakan oleh dia seorang saja.

 

Bilangan 18:26 "Lagi haruslah engkau berbicara kepada orang Lewi dan berkata kepada mereka: Apabila kamu menerima dari pihak orang Israel persembahan persepuluhan yang Kuberikan kepadamu dari pihak mereka sebagai milik pusakamu, maka haruslah kamu mempersembahkan sebagian dari padanya sebagai persembahan khusus kepada TUHAN, yakni persembahan persepuluhanmu dari persembahan persepuluhan itu,

 

Namun kita lihat daripada Nehemia bahawa ianya lebih daripada itu – ianya adalah arahan khas bagi suatu sistem pentadbiran. Ini secara khususnya mencegah daripada penubuhan suatu sistem hierarki apabila dilaksanakan dengan betul.

 

Nehemia 10:37-38 Dan tepung jelai kami yang mula-mula, dan persembahan-persembahan khusus kami, dan buah segala pohon, dan anggur dan minyak akan kami bawa kepada para imam, ke bilik-bilik rumah Allah kami, dan kepada orang-orang Lewi akan kami bawa persembahan persepuluhan dari tanah kami, karena orang-orang Lewi inilah yang memungut persembahan-perse persepuluhan di segala kota pertanian kami. 38 Seorang imam, anak Harun, akan menyertai orang-orang Lewi itu, bila mereka memungut persembahan persepuluhan. Dan orang-orang Lewi itu akan membawa persembahan persepuluhan dari pada persembahan persepuluhan itu ke rumah Allah kami, ke bilik-bilik rumah perbendaharaan.

 

Daripada teks di dalam Nehemia 10:37-38 dalam perbandingan dengan Bilangan, kita lihat bagaimana kemungkinannya berlakunya kekeliruan tentang persepuluhan kedua dengan hasilan mula-mula (sulung) yang dibawakan kepada Bait dan dipersembahkan di sini. Hasilan ini dipersembahkan pada waktu perayaan-perayaan kepada keimamatan. Persepuluhan kedua itu membolehkan orang ramai menghadiri perayaan-perayaan tersebut dan khasnya bertujuan untuk dimakan oleh para pemilik dan orang-orang yang menerima derma mereka (mereka menolong yang miskin) pada perayaan itu. Dengan itu, hasilan terdahulu atau sulung secara definisinya haruslah berasingan daripada persepuluhan kedua dan, kerana itu, Stone dan Midrash secara logiknya adalah tidak betul. Persepuluhan pertama diberikan kepada para Lewi mengikut kawasan tempatan tetapi hasil-hasil terdahulu/pertama dikhususkan buat bilik-bilik Rumah Allah. Hasil guntingan pertama (Ulangan 18:4) dan persembahan tepung (Nehemia 10:37, 38) juga diberikan kepada imam. Bahagian terbaik daripada persembahan-persembahan korban itu, iaitu dada dan paha kanan (Imamat 7:30-34), dan sembelihan lazim, iaitu paha depan, kedua rahang dan perut besar (Ulangan 18:3), diberikan kepada para imam. Mazmur 30 menyertai hasil-hasil pertama ini. Anggapan bahawa golongan imam adalah suatu golongan aristokrat yang kaya, disumbangkan oleh tafsiran bahawa peraturan-peraturan pemberian persepuluhan ini sentiasa menyebelahi golongan imam yang menjadi tumpuan syak wasangka orang ramai. Pegangan para ahli Taurat kepada tradisi-tradisi penterjemahan ini telah menyumbang kepada pertumbuhan kekayaan dan kuasa ini, dan akhirnya telah merosakkan sistem tersebut (lihat Schurer, Vol. II, mukasurat 257 dan seterusnya).

 

Pemeliharaan Rumah Allah tidak terhad kepada Yerusalem. Kita telah lihat daripada karya Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci [013] bahawa terdapatnya Bait-bait yang dikekalkan di Mesir di kedua-dua Elephantine dan Leontopolis dengan kebenaran daripada Allah di bawah nubuatan. Elephantine sendiri telah membantu Bait di Yerusalem untuk bermula kembali dengan sumbangan derma (lihat Surat-surat Aramaik yang dirujukkan di dalam karya Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci [013]). Para Lewi disara oleh persepuluhan di dalam Diaspora dan di Galilea serta tempat lain sewaktu jangkamasa Bait sehinggalah waktu Kristus. Oleh itu, persepuluhan itu tiada kaitannya dengan kehadiran Bait itu di Yerusalem dan tidak ditumpukan ke situ selain daripada persepuluhan daripada persepuluhan, hukum-hukum hasil pertama dan persembahan-persembahan daripada persepuluhan kedua. Ini berlangsung daripada pemulihan di bawah pimpinan Nehemia sehingga kemungkinan sekali selewat pengumpulan Mishnah (sekitar 200 TM), di mana pada waktu ini ianya mungkin telah merosot ke dalam teori dan amalannya juga telah menjadi lain.

 

Orang-orang Yahudi di Diaspora telah dihadapkan kepada permasalahan penterjemahan hukum-hukum persepuluhan, dan di dalam penyelerakan itu, hukum-hukum itu dianggap hanya berkesan bagi Tanah Suci itu dan, dengan itu, hukum-hukum berkenaan sistem-sistem tanah telah dibatalkan oleh para imam. Seperkara lagi yang telah berlaku adalah bagaimana sistem Jubli tersebut telah sengaja diabaikan (diputarbelitkan) supaya mereka tidak perlu memeliharanya, kerana ianya mengakibatkan pengurangan pendapatan pada setiap tujuh tahun. Ini dibenarkan oleh para Imam kerana mereka juga tidak mahu kehilangan pendapatan setiap tujuh tahun itu. Keadaannya agak samar-samar berkenaan pentadbirannya yang sebenar tetapi Schurer berpendapat bahawa sistem tersebut dipelihara [dalam bentuknya yang telah berubahsuai] oleh ramai orang di Diaspora dan ramai telah menghantar wang ke Yerusalem. Para Lewi tidak dipedulikan dan pentadbiran dipusatkan di bawah pimpinan keimamatan yang telah merampas hak pentadbiran persepuluhan-persepuluhan itu dan semua ini dimakan oleh para imam dan saudara-saudara serta keluarga mereka, termasuklah para hamba. Hanyalah Yang Mahakudus yang dimakan oleh para imam sahaja (lihat Schurer, Vol. II, mukasurat 260-261, 270). Pada hakikatnya, persepuluhan-persepuluhan itu tidak diberikan kepada para Lewi (Schurer, ibid., mukasurat 270). Namun begitu, Mishnah menganggap begitu sahaja bahawa imam dan para Lewi masing-masing menerima bagian mereka daripada pemilik (mM.Sh. 5:6; rujuk Schurer, nota kaki 46 pada mukasurat 270). Ini melanjutkan amalan yang telah dikuatkuasakan di bawah pimpinan Nehemia (Nehemia 10:38-39). Namun begitu, amalan tersebut telah diputarbelitkan sejak dari masa Kristus (Josephus Vita 12 (63); 15 (80); Ant. xx 8,8 (181); 9,2 (206-207); rujuk Schurer, ibid., juga merujuk kepada Wellhausen, Ritter, Belkin dan Baron). Persembahan-persembahan Terumah, setakat zaman Kristus, adalah berlainan daripada hasil-hasil pertama, yang telah menjadi simbolik, dan hasil-hasil terbaik tanah dan pokok ini telah mula diukur dari segi suatu pendapatan persendirian. Satu perlima puluh adalah purata yang perlu diberikan, dengan satu perempat puluh dianggap sebagai kedekut, sementara satu perenam puluh dianggap sebagai bermurah hati (Schurer, Vol. II, mukasurat 263). Terumah ini dipandang sebagai hasil-hasil pertama. Namun begitu, ianya sebenarnya berkaitan dengan Levi atau Cukai Raja dan bersamaan dengan hasil tuaian barli/jelai pada 2 %. Para imam tiada lagi dasar lain bagi levi untuk Terumah. Hukum Oral atau tradisi telah sengaja digunakan demi untuk melemahkan hukum alkitab dan pada asasnya telah membinasakan kuasa serta kebebasan hukum Allah, demi untuk memperkayakan golongan imamat. Jika digunakan sebagai panduan kepada levi hasil pertama bagi keimamatan dan persepuluhan pertama adalah untuk golongan Lewi dengan para imam hanya menerima persepuluhan daripada persepuluhan itu, maka sistem itu lebih seimbang.

 

Seluruh sistem persepuluhan ini telah sengaja dirosakkan sebelum Kristus, selepas Nehemia, oleh para Imam dan sistem Rabbi yang telah dipusatkan untuk tujuan-tujuan kekuasaan. Inilah sebabnya mereka telah dibiarkan ditawan, kerana tidak ada apa-apa lagi yang boleh dilakukan buat mereka.

 

Cukai Bait Allah

Elemen seterusnya bagi sistem persepuluhan ini adalah cukai bait suci. Levi khusus ini disebutkan adalah untuk Pendamaian. Keluaran 30 adalah berkenaan penetapan mezbah, pengudusannya dan Pendamaian Israel. Israel hanya boleh dihitung dengan banci pada masa ini, dan cukai haruslah dibuat menurut bilangan orang yang berumur dua puluh tahun dan ke atas yang dihitung di dalam banci tersebut. Levi itu telah ditetapkan pada setengah syikal (di mana satu syikal beratnya dua puluh gera). Tiada seorangpun yang dibenarkan untuk memberikan lebih atau kurang apabila cukai Tuhan dipungut untuk khemah pertemuan itu.

 

Keluaran 30:11-16 TUHAN berfirman kepada Musa: 12 "Apabila engkau menghitung jumlah orang Israel pada waktu mereka didaftarkan, maka haruslah mereka masing-masing mempersembahkan kepada TUHAN uang pendamaian karena nyawanya, pada waktu orang mendaftarkan mereka, supaya jangan ada tulah di antara mereka pada waktu pendaftarannya itu. 13 Inilah yang harus dipersembahkan tiap-tiap orang yang akan termasuk orang-orang yang terdaftar itu: setengah syikal, ditimbang menurut syikal kudus--syikal ini dua puluh gera beratnya--;setengah syikal itulah persembahan khusus kepada TUHAN. 14 Setiap orang yang akan termasuk orang-orang yang terdaftar itu, yang berumur dua puluh tahun ke atas, haruslah mempersembahkan persembahan khusus itu kepada TUHAN. 15 Orang kaya janganlah mempersembahkan lebih dan orang miskin janganlah mempersembahkan kurang dari setengah syikal itu pada waktu dipersembahkan persembahan khusus itu kepada TUHAN untuk mengadakan pendamaian bagi nyawa kamu sekalian. 16 Dan haruslah engkau memungut uang pendamaian itu dari orang Israel dan menggunakannya untuk ibadah dalam Kemah Pertemuan; supaya itu menjadi peringatan di hadapan TUHAN untuk mengingat kepada orang Israel dan untuk mengadakan pendamaian bagi nyawa kamu sekalian."

 

Levi ini adalah cukai, dan bukannya suatu persembahan. Pendamaian adalah satu-satunya masa di mana Israel boleh dihitung dan ianya adalah untuk tujuan-tujuan rohani dan bukannya untuk tujuan-tujuan pertahanan. Oleh itu, persembahan pada waktu Pendamaian secara khususnya adalah dilarang dan menumpukan kita kepada kecukupannya korban pendamaian Mesias.

 

Cukai Bait Allah dan Levi Raja

Kekeliruan nampaknya timbul berkenaan cukai bait setengah syikal (atau didrachma) itu, dan levi bagi persediaan korban-korban untuk penyembahan orang ramai sepertimana yang ditadbirkan oleh raja. Schurer nampaknya berpendapat bahawa cukai ini adalah suatu levi selepas buangan untuk mengganti persepuluhan separa di dalam Yehezkiel. Dia mengatakan ketika menyenaraikan cukai-cukai imam apabila mereka mula dikenakan cukai mengikut tradisi dan bukannya hukum, bahawa:

Kesemua cukai yang disenaraikan setakat ini membentuk pendapatan peribadi imam. Daripada ini harus diasingkan cukai untuk tujuan penyelenggaraan penyembahan orang ramai. Yang paling penting sekali adalah cukai setengah syikal atau didrachma. Levi seperti ini tidak wujud sebelum buangan negeri itu kerana sehingga pada masa itu, perbelanjaan bagi pelayanan orang ramai ditanggung oleh raja (Yehezkiel 45:17 dan seterusnya, LXX 46:13-15). Tetapi ianya sudahpun mula dibayar pada zaman Nehemia, sungguhpun pada waktu itu nilai yang dibayar adalah sepertiga syikal (Nehemia 10:33-34). Pertambahan kepada setengah syikal itu hanya mungkin telah berlaku selepas Nehemia. Petikan yang relevan di dalam Pentateuch di mana cukai penilaian setengah syikal itu diarahkan (Keluaran 30:11-16) haruslah dianggap sebagai tambahan kemudiannya kepada Kod Imam. Pembayaran cukai ini pada waktu Yesus boleh dibuktikan kesahihannya (Schurer, ibid., mukasurat 270-271).

 

Pernyataan Schurer ini begitu luar biasa sekali. Ianya bersandar sepenuhnya pada andaian perdebatan Kod Imam yang membahagi-bahagikan pihak penulis Torah, dan bersandar pada premis bahawa Keluaran dan Bilangan telah dituliskan selepas Ulangan, Yehezkiel dan Nehemia (lihat khususnya mukasurat 258). Ianya mengandaikan bahawa amalan terkemudian itu yang berpadanan dengan Keluaran 30:11-16, adalah bukti bahawa teks di dalam Keluaran tidak wujud pada waktu Nehemia. Ini adalah cara pemikiran yang tidak betul. Pemulihan Nehemia adalah bertujuan untuk mengembalikan hukum-hukum sepertimana yang ditemui di dalam Pentateuch. Teks di dalam Keluaran menyatakan berat dua puluh gera bagi syikal. Sistem Babilon nampaknya telah didasarkan kepada divisi-divisi enam puluh (atau tiga puluh gera bagi syikal – itulah sebabnya beratnya diterangkan sebegitu di dalam Keluaran). Sistem tersebut berlanjutan kepada bangsa Medo-Persia. Ini akan menjadikan dua puluh gera itu sebagai dua pertiga daripada satu syikal Medo-Persia. Ini bukannya menunjukkan ketidakwujudan Keluaran 30:11-16 di dalam Pentateuch pada waktu Nehemia, tetapi sebaliknya menjadikan pemulihan yang dibawakan Nehemia itu, sesuatu yang mutlak dan literal. Apabila Yehuda mendapat kembali kemerdekaannya, ia tidak lagi terikat kepada sistem sukatan dan berat Medo-Persia dan sebaliknya mempunyai sistemnya yang tersendiri. Kes alternatifnya adalah bahawa di bawah pimpinan Nehemia, pengurangan syikal ketiga itu telah ditetapkan untuk mengurangkan kesukaran yang dihadapi, namun ini akan memerlukan suatu perubahan pada hukum yang ingin dipulihkan oleh Nehemia, dan kerana itu idea ini harus disangkal berdasarkan sebab itu. Apa sekalipun kesnya, walau bagaimanapun, nampaknya tiada apa-apa yang boleh membuktikan kesahihan andaian Schurer itu.

 

Levi Raja di dalam Yehezkiel adalah untuk tujuan khas menyediakan persembahan-persembahan pada waktu Perayaan-perayaan, Bulan-bulan Baru dan Sabat-sabat.

 

Persembahan-persembahan ini dan petikan yang berikutnya ini, menunjukkan bahawa pada masa di bawah Yehezkiel, ianya dianggap mandatori untuk memelihara Perayaan-perayaan, Bulan-bulan Baru dan Sabat, dan hari-hari itu adalah hari-hari penyembahan dan hari-hari suci.

 

Yehezkiel 45:13-17 Inilah persembahan khusus yang kamu harus persembahkan: seperenam efa dari sehomer gandum dan seperenam efa dari sehomer jelai. 14 Tentang ketetapan mengenai minyak: sepersepuluh bat dari satu kor; satu kor adalah sama dengan sepuluh bat. 15 Seekor anak domba dari setiap dua ratus ekor milik sesuatu kaum keluarga Israel. Semuanya itu untuk korban sajian, korban bakaran dan korban keselamatan untuk mengadakan pendamaian bagi mereka, demikianlah firman Tuhan ALLAH. 16 Seluruh penduduk negeri harus mempersembahkan persembahan khusus ini kepada raja di Israel. 17 Dan rajalah yang bertanggung jawab mengenai korban bakaran, korban sajian, korban curahan pada hari-hari raya, bulan-bulan baru, hari-hari Sabat dan pada setiap perayaan kaum Israel. Ialah yang akan mengolah korban penghapus dosa, korban sajian, korban bakaran dan korban keselamatan untuk mengadakan pendamaian bagi kaum Israel."

 

Levi ini diberikan kepada raja dan bukannya kepada para Lewi, dan ianya tidak digantikan oleh cukai. Keimamatan menganggapnya sebagai perkara yang sama kerana mereka telah menjadi kuasa pemerintah Yehuda dan sistem diraja telah dilenyapkan. Levi ini terikat kepada sistem penyembahan yang kita lihat di dalam Yehezkiel 46:1-3. Pintu timur pelataran dalam harus dibuka pada setiap Sabat dan Bulan Baru, dan pemerintah harus memastikan bahawa persembahan-persembahan ada dibuat. Dengan itu, tanggungjawab kepimpinan Israel berlanjutan kepada implementasi Sabat dan Bulan-bulan Baru, yang mana kedua-duanya adalah hari-hari penyembahan dan persembahan korban.

 

Persepuluhan tambahan ini adalah tepat dua peratus barli/jelai, satu peratus minyak dan setengah peratus daripada kawanan kambing domba. Pertukarannya kepada bentuk wang haruslah mengikut peratusan pendapatan. Relativitinya adalah menurut perhubungan kepada keberhasilan bilangan-bilangannya. Kawanan domba memberikan hasil yang kurang dan terpaksa dipelihara. Jelai dan minyak adalah tuaian-tuaian langsung. Jelai dikenakan cukai tertinggi kerana ia adalah tanaman bijian tahunan yang lebih banyak hasilnya berbanding minyak. Oleh itu, levi tersebut terikat kepada pertambahan bersih pendapatan pada takat kurang daripada dua peratus. Apabila kita meneliti levi Terumah kita dapat lihat bahawa ianya betul-betul satu perlima puluh atau 2% daripada pendapatan peribadi.

 

Daripada levi ini, persembahan-persembahan orang ramai dibuat bagi Sabat, Bulan Baru dan Perayaan.

 

Persembahan-persembahan

Ini kemudiannya membawa kita kepada fasa seterusnya bagi sistem persepuluhan ini iaitu pemberian persembahan-persembahan individu. Pengumpulan persembahan mingguan di Gereja adalah bertentangan dengan hukum-hukum Allah. Pengumpulan yang disebutkan pada hari pertama minggu, atau hari Ahad/Minggu, seperti yang diperintahkan oleh Paulus, bukanlah suatu sokongan terhadap sama ada penyembahan hari Minggu ataupun persembahan mingguan (1Korintus 16:2-4).

 

Pengumpulan yang dibuat di sini adalah bagi Jemaat Yerusalem yang serba kekurangan. Tempoh-masa bagi pengumpulan ini berhubungkait dengan sistem persepuluhan ketiga, kerana ianya tahun persepuluhan ketiga, dan ditetapkan pada hari pertama minggu, yang bermula pada petang [gelap] hari Sabtu, supaya Sabat tidak dicemari, dan bukannya untuk menjadikan hari Minggu sebagai hari ibadah (lihat karya-karya Sabat [031] dan Perkumpulan Bersama [139]). Persembahan-persembahan seharusnya dibuat tiga kali setahun. Ini tidak bermakna pada setiap hari suci. Maksudnya hanyalah tiga kali setahun. Juga, pengumpulan persembahan itu harus dibuat pada petang pertama bagi setiap perayaan. Ianya tidak boleh dibiarkan sehingga pagi. Ada sebab-sebab yang baik kepada semua ini. Golongan miskin dan para Lewi perlu makan dan persediaan-persediaannya dibuat sebelum perayaan tersebut. Mesias akan menguatkuasakan sistem ini pada waktu Milenium, dan sememangnya ia sebahagian daripada hukum Allah sekarang ini.

 

Tempoh-tempoh tiga perayaan dan jangkamasanya disenaraikan di dalam Ulangan 16:1-15. Daripada ayat 16 Tuhan telah menetapkan persembahan itu.

Ulangan 16:16-17  Tiga kali setahun setiap orang laki-laki di antaramu harus menghadap hadirat TUHAN, Allahmu, ke tempat yang akan dipilih-Nya, yakni pada hari raya Roti Tidak Beragi, pada hari raya Tujuh Minggu dan pada hari raya Pondok Daun. Janganlah ia menghadap hadirat TUHAN dengan tangan hampa, 17 tetapi masing-masing dengan sekedar persembahan, sesuai dengan berkat yang diberikan kepadamu oleh TUHAN, Allahmu."

 

Sangkakala-sangkakala tidak disebutkan di dalam Ulangan 16 dan Pendamaian adalah terlarang ketat sebagai suatu persembahan. Oleh itu, tiga kali adalah apa yang disebutkan dan apa yang dimaksudkan. Perhubungannya terikat kepada tiga penuaian Allah: Messias sebagai Unjukan Berkas, umat-umat pilihan daripada kebangkitan pertama (penuaian gandum pada waktu Pentakosta) dan penuaian umum dunia pada perayaan Pondok Daun.

 

Perundangan mengenai pengumpulan persembahan itu ditemui di dalam Keluaran 23:17-19.

 

Keluaran 23:17-19 Tiga kali setahun semua orangmu yang laki-laki harus menghadap ke hadirat Tuhanmu TUHAN. 18 Janganlah kaupersembahkan darah korban sembelihan yang kepada-Ku beserta sesuatu yang beragi, dan janganlah lemak korban hari raya-Ku bermalam sampai pagi. 19 Yang terbaik dari buah bungaran hasil tanahmu haruslah kaubawa ke dalam rumah TUHAN, Allahmu. Janganlah kaumasak anak kambing dalam susu induknya." (KJV)

 

Oleh itu, pengumpulan tersebut haruslah dibuat pada petang-petang pertama hari Paskah, Pentakosta dan Pondok Daun. Dengan itu, lebih daripada tiga persembahan dicegah. Pernyataan mengenai lemak korban yang tidak harus dibiarkan sehingga pagi, ditemui bersampingan dengan teks mengenai Perkumpulan Bersama. Alkitab RSV mengatakan:

Keluaran 23:17-19 Tiga kali setahun haruslah semua orangmu yang laki-laki menghadap ke hadirat Tuhanmu TUHAN. 18 Janganlah kaupersembahkan darah korban sembelihan yang kepada-Ku beserta sesuatu yang beragi, dan janganlah lemak korban hari raya-Ku bermalam sampai pagi. 19 Yang terbaik dari buah bungaran hasil tanahmu haruslah kaubawa ke dalam rumah TUHAN, Allahmu. Janganlah kaumasak anak kambing dalam susu induknya." (RSV)

 

Perlanjutan teks tersebut adalah di dalam konteks bahawa lemak itu adalah persembahan-persembahan perayaan itu. Ianya tidak bermaksud lemak yang dilarang di bawah perintah hukum daripada dimakan. Istilah yang sama ditemui di dalam Kejadian 45:18 dan Nehemia 8:10.

 

Nehemia 8:9-10  Lalu Nehemia, yakni kepala daerah itu, dan imam Ezra, ahli kitab itu, dan orang-orang Lewi yang mengajar orang-orang itu, berkata kepada mereka semuanya: "Hari ini adalah kudus bagi TUHAN Allahmu. Jangan kamu berdukacita dan menangis!", karena semua orang itu menangis ketika mendengar kalimat-kalimat Taurat itu. 10 Lalu berkatalah ia kepada mereka: "Pergilah kamu, makanlah sedap-sedapan dan minumlah minuman manis dan kirimlah sebagian kepada mereka yang tidak sedia apa-apa, karena hari ini adalah kudus bagi Tuhan kita! Jangan kamu bersusah hati, sebab sukacita karena TUHAN itulah perlindunganmu!"

 

Dengan itu, persembahan tersebut dikumpulkan pada masa ketibaan ke perayaan itu pada waktu ianya bermula, dan pada setiap daripada tiga hari raya tersebut.

 

Terdapat satu sebab lagi dalam ertikata peruntukan-salah Nehemia dan Ezra ke dalam tempoh pemerintahan Artahsasta I (Artaxerxes I), kerana sebenarnya, tahun ketujuh kitaran masa tersebut boleh ditentukan pada zaman pemerintahan Artahsasta II dan merupakan saksi kedua dengan Yehezkiel 1:1 untuk mendirikan sistem jubli itu. Itulah sebabnya kenapa mereka telah mengubah seluruh hal ini dan telah sengaja salah-memperuntukkan tujuh puluh minggu bagi tahun daripada Daniel 9:25-27 dan juga telah salah-meletakkan permulaan dan pemerintahan Nehemia bersama Ezra ke dalam zaman pemerintahan Artahsasta I, dan bukannya Artahsasta II, sepertimana yang jelas dikatakan oleh teks-teks Yahudi kuno. Teks-teks Yahudi kuno menetapkan pemerintahan Ezra pada masa yang sama dengan Alexander yang Terbesar (Alexander the Great). Ini membuktikan sepenuhnya bahawa kita sebenarnya berhadapan dengan zaman pemerintahan Artahsasta II dan bukannya Artahsasta I, dan kita berhadapan dengan pengakhiran Ezra pada 320 SM dan bukannya seratus tahun lebih awal. Itu adalah saksi kedua kepada pemulihan kalendar itu.

 

Tahun Sabat

Perundangan tahun Sabat di dalam Imamat 25:1-7 melarang penanaman di ladang-ladang atau merantingi kebun-kebun anggur, mahupun kebun-kebun zaitun (Keluaran 23:10). Hasilan ladang dan anggur-anggur kebun anggur tidak harus dipungut pada tahun ketujuh di dalam kitaran tersebut. Ianya seharusnya digunakan sebagai makanan oleh para pemiliknya, keluarganya serta orang miskin atau yang melalui tanahnya.

 

Hutang-hutang juga diampunkan di dalam tahun-tahun Sabat dan Jubli (Ulangan 15:1-3). Tanah-tanah dipulihkan pada Jubli. Hukum itu juga dibacakan pada perayaan Pondok Daun pada tahun Sabat pada setiap hari perayaan tersebut (Ulangan 31:9-13; Nehemia 7:73, 8:1-18). Tahun Sabat sebagai sebahagian daripada sistem persepuluhan itu adalah asas kepada pemahaman hukum itu.

 

Sebab utama orang Yahudi Diaspora tidak menggunakan sistem Sabat ini bagi Tanah Suci adalah supaya mereka tidak perlu merehatkan ladang-ladang mereka pada tahun Sabat. Ini dibenarkan oleh para imam demi mendapat pendapatan yang berlebihan. Itu juga telah menjadi motivasi kepada amalannya di dalam masyarakat moden serta Jemaat.

 

Pelenyapan Kekuasaan Lewi

Keimamatan yang telah mendahului keimamatan Harun atau Lewi dan juga telah kemudiannya mengambil alih daripada keimamatan Lewi itu, adalah daripada aturan Melkisedek (lihat karya Melkisedek [128]). Abraham memberi persepuluhannya kepada Melkisedek dan kerana itu Daud dan Mesias juga memberi persepuluhan kepada Melkisedek, selaku keturunan Abraham (Kejadian 14:18-20).’

Ibrani 7:5-9  Dan mereka dari anak-anak Lewi, yang menerima jabatan imam, mendapat tugas, menurut hukum Taurat, untuk memungut persepuluhan dari umat Israel, yaitu dari saudara-saudara mereka, sekalipun mereka ini juga adalah keturunan Abraham. 6 Tetapi Melkisedek, yang bukan keturunan mereka, memungut persepuluhan dari Abraham dan memberkati dia, walaupun ia adalah pemilik janji. 7 Memang tidak dapat disangkal, bahwa yang lebih rendah diberkati oleh yang lebih tinggi. 8 Dan di sini manusia-manusia fana menerima persepuluhan, dan di sana Ia, yang tentang Dia diberi kesaksian, bahwa Ia hidup. 9 Maka dapatlah dikatakan, bahwa dengan perantaraan Abraham dipungut juga persepuluhan dari Lewi, yang berhak menerima persepuluhan,

 

Kita lihat di sini bahawa para Lewi juga membayar persepuluhan dan bahawa keimamatan mereka lebih rendah daripada keimamatan milik Melkisedek seperti yang digenapi di dalam Yesus Kristus (Mazmur 110:4). Perlantikan kumpulan tujuh puluh [dua] itu oleh Kristus di dalam Lukas 10:1, 17 merupakan perpindahan kekuasaan daripada pihak Sanhedrin kepada Jemaat. Maka dengan itu, persepuluhan tersebut kini terletak di dalam naungan keimamatan Melkisedek dan bukan lagi keimamatan Lewi. Oleh itu, Jemaat serta pertubuhan tempatannya adalah penerima kepada persepuluhan pertama itu. Pentadbiran sentrat/pusat berhak terhadap persepuluhan daripada persepuluhan itu.

 

Pertambahan Produktif

Penerangan persepuluhan-persepuluhan itu adalah berkenaan pertambahan produktif atau pengeluaran. Ianya adalah pertambahan hasilan ladang-ladang dan haiwan ternakan dan sebagainya. Ianya tidak melibatkan binatang mati, mahupun yang telah dikoyak serta dibaham oleh binatang liar, atau yang dilahirkan mati, ataupun pungutan-pungutan atau buah biji benih yang tidak dipetik, ataupun makanan yang dimakan oleh binatang-binatang sementara membajak atau mengirik gandum bijian. Janganlah engkau memberangus mulut lembu yang sedang mengirik (Ulangan 25:4). Dengan itu, persepuluhan itu adalah persepuluhan net atau bersih, dan bukannya persepuluhan kasar. Diterjemahkan kepada ertikata hari ini, maksudnya adalah persepuluhan selepas cukai atau, upah bersih bebas daripada perbelanjaan, dan bukannya persepuluhan sebelum cukai, atau kasar. Penentuan perbelanjaan atau kos yang terbabit terletak pada individu – ianya bergantung pada perhubungan individu dengan Allah.

 

Menahan daripada memberikan persepuluhan dikenalpasti khasnya sebagai mencuri daripada Allah. Sistem persepuluhan dikenalpasti oleh Allah sebagai bahagian yang mustahak bagi Perjanjian Allah. Allah berurusan mengenai isu Perjanjian itu melalui nabi Maleakhi. Pertalian antara persepuluhan-persepuluhan dan Perjanjian itu ditetapkan di dalam Maleakhi 3. Di situ, Mesias dikenalpasti bersama dengan umat-umat pilihan, dan syarat kemasukan ke dalam sistem yang didirikannya ada disebutkan. Allah memerintahkan agar umatNya kembali kepadaNya dan Dia akan kembali kepada mereka. Dia memberikan arahan-arahan terperinci berkenaan metode atau cara kedatangan kembali serta sebahagian daripada tanda kedatangan itu. Tanda tersebut adalah sistem persepuluhan.

 

Engkau harus mengembalikan kepada Allah dalam bentuk persepuluhan-persepuluhan sebelum Dia kembali kepadamu.

 

Maleakhi 3:6-18 Bahwasanya Aku, TUHAN, tidak berubah, dan kamu, bani Yakub, tidak akan lenyap. 7 Sejak zaman nenek moyangmu kamu telah menyimpang dari ketetapan-Ku dan tidak memeliharanya. Kembalilah kepada-Ku, maka Aku akan kembali kepadamu, firman TUHAN semesta alam. Tetapi kamu berkata: "Dengan cara bagaimanakah kami harus kembali?" 8 Bolehkah manusia menipu Allah? Namun kamu menipu Aku. Tetapi kamu berkata: "Dengan cara bagaimanakah kami menipu Engkau?" Mengenai persembahan persepuluhan dan persembahan khusus! 9 Kamu telah kena kutuk, tetapi kamu masih menipu Aku, ya kamu seluruh bangsa! 10 Bawalah seluruh persembahan persepuluhan itu ke dalam rumah perbendaharaan, supaya ada persediaan makanan di rumah-Ku dan ujilah Aku, firman TUHAN semesta alam, apakah Aku tidak membukakan bagimu tingkap-tingkap langit dan mencurahkan berkat kepadamu sampai berkelimpahan. 11 Aku akan menghardik bagimu belalang pelahap, supaya jangan dihabisinya hasil tanahmu dan supaya jangan pohon anggur di padang tidak berbuah bagimu, firman TUHAN semesta alam. 12 Maka segala bangsa akan menyebut kamu berbahagia, sebab kamu ini akan menjadi negeri kesukaan, firman TUHAN semesta alam. 13 Bicaramu kurang ajar tentang Aku, firman TUHAN. Tetapi kamu berkata: "Apakah kami bicarakan di antara kami tentang Engkau?" 14 Kamu berkata: "Adalah sia-sia beribadah kepada Allah. Apakah untungnya kita memelihara apa yang harus dilakukan terhadap-Nya dan berjalan dengan pakaian berkabung di hadapan TUHAN semesta alam? 15 Oleh sebab itu kita ini menyebut berbahagia orang-orang yang gegabah: bukan saja mujur orang-orang yang berbuat fasik itu, tetapi dengan mencobai Allahpun, mereka luput juga." 16 Beginilah berbicara satu sama lain orang-orang yang takut akan TUHAN: "TUHAN memperhatikan dan mendengarnya; sebuah kitab peringatan ditulis di hadapan-Nya bagi orang-orang yang takut akan TUHAN dan bagi orang-orang yang menghormati nama-Nya." 17 Mereka akan menjadi milik kesayangan-Ku sendiri, firman TUHAN semesta alam, pada hari yang Kusiapkan. Aku akan mengasihani mereka sama seperti seseorang menyayangi anaknya yang melayani dia. 18 Maka kamu akan melihat kembali perbedaan antara orang benar dan orang fasik, antara orang yang beribadah kepada Allah dan orang yang tidak beribadah kepada-Nya.

 

Dengan itu, jelas sekali kelihatan bahawa sistem persepuluhan itu adalah sebahagian daripada perhubungan Perjanjian antara Allah dengan Israel. Tiada seorangpun yang boleh mengubah atau membuat keputusan-keputusan yang mengubahkan hukum-hukum Allah sepertimana ianya berkait kepada hukum-hukum ini dan Perjanjian ini.

 

Tiada seorangpun yang mempunyai bahagian di antara umat-umat pilihan jika dia tidak menurut hukum-hukum persepuluhan itu. Ia adalah tanda kembali kepada Allah di dalam pemulihan.

 

Kesimpulan

Dengan itu, persepuluhan pertama adalah berdasarkan tempatan atau kawasan. Pihak pentadbiran disokong oleh persepuluhan daripada persepuluhan. Persepuluhan kedua digunakan di dalam tahun-tahun pertama, kedua, keempat, kelima dan keenam di dalam kitaran Sabatikal. Persepuluhan ketiga sebenarnya adalah persepuluhan kedua normal pada tahun ketiga kitar tersebut yang diubah kepada persepuluhan ketiga dan diberikan kepada keimamatan (kini adalah Jemaat/Gereja) sebagai bantuan terhadap golongan miskin. Tahun keenam kitar tersebut juga digunakan oleh orang-orang Yahudi sebagai tahun persepuluhan ketiga juga melalui tradisi tetapi tidak ada arahan tegas mengenai hal ini. Kitaran Sabatikal atau tujuh tahun selama tujuh kali (tujuh kitaran) atau empat puluh sembilan tahun dengan tahun kelima puluhnya sebagai Jubli adalah cara untuk menentukan perkiraan tahun-tahun. Perundangan berkenaan Jubli ditemui di dalam Imamat 25:9-54 dan 27:17-24. Jubli tersebut ditetapkan pada tahun-tahun 27 dan 77 pada abad-abad era masakini (daripada Yehezkiel 1:1-2). Allah telah menetapkan asas bagi kalendarNya dan ia tidak boleh dihilangkan (lihat karya-karya Kalendar Allah [156] dan juga Maksud Penglihatan Yehezkiel [108]).

 

Tiada sebarang persepuluhanpun yang boleh dipungut pada tahun ketujuh atau pada tahun Jubli. Kesemua pemberian wang pada tahun-tahun ini adalah persembahan-persembahan rela hati dan dibayar masuk ke dalam dana atau kumpulan wang persepuluhan pertama dan ketiga.

 

Seperti yang kita lihat, persepuluhan kedua itu ditukar kepada persepuluhan ketiga dan diberikan kepada golongan miskin pada tahun ketiga daripada kitaran Sabatikal itu. Perbelanjaan perayaan, iaitu perayaan yang dipelihara di dalam batas pintu gerbang pada tahun ini, adalah daripada simpanan wang selain daripada persepuluhan kedua. Kesemua persepuluhan kedua di dalam tahun ini diberikan kepada golongan miskin dan para Lewi dan, pada tahun-tahun normal, persembahan-persembahan kepada golongan miskin dan para Lewi dibuat daripada persepuluhan kedua individu. Tahun keenam dipelihara sebagai tahun persepuluhan ketiga menurut adat tradisi Oral atau Lisan. Kesannya di dalam sistem Jubli adalah dengan mengambil persepuluhan kedua berganda dua untuk keimamatan (dan Jemaat). Ini adalah keputusan pentadbiran semata-mata oleh orang-orang Yahudi tanpa apa-apa asas Alkitab. Corak-corak pendapatan moden mewajibkan persembahan-persembahan wang kepada kumpulan wang persepuluhan pertama dan ketiga.

 

Tahun Jubli terakhir adalah pada tahun 1977. Kitar seterusnya telah/akan mempunyai tahun-tahun Sabat pada 1984, 1991, 1998, 2005, 2012, 2019 dan 2026. Dengan itu, kitar ini sehingga tahun-tahun Sabat 2005 dan 2012 adalah seperti berikut:

 

·        1992, 1993, 1995, 1996, 1997, 1999, 2000, 2002, 2003, 2004, 2006, 2007, 2009, 2010, dan 2011 adalah tahun persepuluhan pertama dan kedua yang normal.

 

·        1994, 2001, 2008 dan seterusnya adalah tahun-tahun persepuluhan ketiga di mana persepuluhan kedua diberikan kepada golongan miskin untuk kehadiran mereka di perayaan-perayaan.

 

·        2005 adalah tahun Sabat berikutnya dan tiada persepuluhan yang boleh dibayar. Kesemua wang dibayar sebagai persembahan-persembahan persepuluhan pertama dan ketiga. Hukum [Taurat] dibacakan pada perayaan Pondok Daun di dalam tahun ini.

 

2027 adalah tahun Jubli berikutnya dengan tahun-tahun Sabat yang jatuh pada 2005, 2012, 2019 dan 2026.

 

Tiada seorangpun yang boleh mendirikan sistem yang menghadkan, dengan apa sekali carapun, sistem yang telah Allah dirikan. Sebabnya kenapa Jubli-jubli tersebut tidak ditubuhkan semula di dalam Jemaat-jemaat Allah pada abad kedua puluh, nampaknya berdasarkan ketamakan semata-mata kerana sistem ini akan mengakibatkan kekurangan pendapatan. Pada hakikatnya, suatu sistem telah ditubuhkan di mana ia tidak sedikitpun menyerupai sistem persepuluhan sebenar dan yang mengenakan kesukaran pada ramai orang. Kegagalan untuk mendirikan sistem sejati di bawah hukum-hukum Allah adalah serupa dengan menahan kebenaran itu di dalam kejahatan, dan ini dikutuk oleh Paulus.

 

Roma 1:18-19     Sebab murka Allah nyata dari sorga atas segala kefasikan dan kelaliman manusia, yang menindas kebenaran dengan kelaliman. 19 Karena apa yang dapat mereka ketahui tentang Allah nyata bagi mereka, sebab Allah telah menyatakannya kepada mereka.

 

Tiada satupun jemaat atau gereja yang boleh mendirikan secara sah suatu sistem yang bertentangan dengan perundangan yang dikemukakan di atas, dalam ertikata hukum Allah. Apabila ini terjadi, sistem tersebut haruslah dimusnahkan.

 

Seseorang individu itu mempunyai kewajipan untuk mengikuti di dalam perhubungan Perjanjian sepertimana yang telah ditetapkan oleh Allah. Pemberian persepuluhan adalah sebahagian daripada perhubungan Perjanjian itu dan adalah satu tanda bahawa individu tersebut telah kembali kepada Allah dan adalah sebahagian daripada aturan-hukumNya dan sistem pemerintahanNya sebagai imam dan raja. Gagal untuk memberikan persepuluhan bukan saja mencuri daripada Allah, ianya juga menentukan sama ada atau tidak individu tersebut adalah sebahagian daripada Perjanjian itu dan sama ada individu tersebut dan keluarganya benar-benar berkongsi di dalam janji Perjanjian itu mengenai umat-umat pilihan. Ianya bukan sekadar mencuri daripada Allah. Menahan daripada memberikan persepuluhan bermaksud  menyangkal warisan pusaka diri sendiri dan melenyapkan kekudusan keluarganya.

 

q