Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[165]

 

 

 

 

Kekekalan [165]

(Editsi 1.1 19960601-19980605)

 

Ramai orang Kristian telah membesar dengan konsep Ketuhanan Kristrian trinitarian yang telah diperkenalkan beberapa kurun selepas Kristus dan para rasul, dan telah menerimanya tanpa persoalan dan tanpa mengesahkannya di dalam Alkitab. Secara paradoksnya Alkitab tidak mengajar tentang Triniti. Malah para rasul tidak pernah mendengar perkataan triniti, dan tentu sahaja tidak pernah mengajar Ketuhanan yang mempunyai tiga unsur. Konsep yang berkaitan dengan dua Ketuhanan yang kekal telah diperkenalkan dan disebarkan oleh Herbert Armstrong pada kurun yang kedua puluh. Karya tulis ini mengajukan dasar doktrin binitarian Armstrong (atau lebih tepatnya, diteis) dan mendapati kekurangannya. Karya ini menganjurkan ajaran unitarian dalam Alkitab, yakni hanya terdapat satu Allah yang benar.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1996, 1998 Wade Cox)

(Tr. 2006)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Kekekalan [165]

 


Kekristianan Moden (dengan pengecualian ahli-ahli teologinya) menganggap bahawa pandangan yang dipercayai oleh kedua-dua Trinitarianisme dan juga bentuk diteis Binitarianisme, seperti bahawa Kristus kekal bersama dengan bapa adalah pandangan alkitab.  Binitarianisme mahu menegaskan bahawa sementara Kristus adalah kekal bersama dengan Bapa, dia adalah dibawah dan lebih rendah tetapi wujud selama-lamanya dengan Allah.  Dari logic ini, dia adalah Allah yang benar, sama dalam Ketuhanan Allah benar yang lain yang mendapat status sebagai Bapa.  Dia menganggap status Anak, oleh itu, terdapat dua Allah yang wujud berkekalan ab-origine atau dari kekekalan sebelum permulaan penciptaan, sama ada secara rohani atau fizikal.  Pendirian ini dipegang teguh dan dipertahankan dengan manipulasi yang luarbiasa terhadap perkataan-perkataan dalam ayat-ayat ringkas. 

 

Sangat menarik sekali, kedudukan dimana Kristus adalah Allah yang kekal bersama adalah berkaitan dengan jemaat awal, oleh mereka yang mempertahankannya dari sudut pandangan orang biasa.  Tetapi ia tidak dipegang oleh ahli-ahli theology yang mengakui kedudukan awal jemaat yang agak berlainan, seperti Unitarian subordinatis.  Kebanyakan daripada ketidaktahuan Protestantisme moden mengenai kekekalan Kristus timbul daripada kebergantungan tunggal kepada Versi King James yang sengaja diterjemahkan dengan salah dalam beberapa ayat untuk mengaburkan tujuan sebenar ayat-ayat, atau menyelitkan ayat-ayat palsu dalam ayat, sama ada dalam bahasa English atau dalam Textus Receptus dimana ia diasaskan, untuk menyokong pandangan Trinitarian (dengan perluasan, Binitiarian moden).

 

Adalah penting untuk memahami cara pemberian kekekalan kepada Yesus Kristus untuk dapat memahami bagaimana kekekalan yang sama diberikan kepada umat pilihan.  Untuk menyelidiki perkara tersebut, kita terlebih dahulu meneliti ayat-ayat alkitab dari beberapa terjemahan.  Selepas menentukan kedudukan dimana Alkitab didasarkan, kita kemudiannya mengujinya dengan pemahaman ahli-ahli teologi jemaat awal. 

 

Apa yang akan timbul ialah kita akan melihat bahawa rasul-rasul adalah golongan Unitarian.  Iaitu, mereka percaya bahawa terdapat hanya satu Allah yang benar.  Mereka percaya bahawa Kristus bukanlah satu Allah yang benar tetapi hasil daripada satu Allah yang benar dan bahawa yang satu Allah yang benar adalah kedua-dua Bapa kepada segala-gala dan Tuhan kepada segala-gala.  Kita akan melihat bahawa kedudukan yang dipegang oleh Kristus adalah kedudukan yang telah dideligasikan, yang berasaskan kasih yang kekal oleh Bapa.  Umat pilihan akan mengongsikan kedudukan tersebut yang melibatkan kekekalan dengan cara yang sama Kristus mengongsikan dalam kekekalan dan kuasa Allah.  Kita akan melihat bahawa ia adalah pendangan nabi-nabi dan ketua-ketua jemaat awal yang merupakan murid-murid dan rasul-rasul, supaya manusia akan menjadi elohim sebagaimana Kristus telah diurapi sebagai elohim oleh elohimnya iaitu satu Allah yang benar.  Kita akan melihat bahawa ini adalah asas yang benar Monotheisme.

 

Terdapat Hanya Satu Allah yang Benar

Fakta ini telah diterangkan dengan jelas oleh rasul-rasul.  Yohanes adalah jelas (Yoh. 17:3 dan 1Yoh. 5:20). 

 

Yohanes 17:3  Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus.

 

Dasar fikiran yang dibuat ini dilihat sebagai:

1) Subjeknya ialah kehidupan kekal.  Kehidupan kekal adalah diberikan dari dasar.

2) Dasarnya ialah bahawa mereka (umat pilihan atau mereka yang mencari kehidupan kekal) mengetahui satu-satunya Allah yang benar dan Yesus Kristus yang Dia kirimkan.

3) Perkataan-perkataan ringkas dalam ayat membezakan dua mahluk.  Pertama ialah satu Allah yang benar, kedua ialah Yesus kristus yang Dia kirimkan.

 

Dari ayat ini kita boleh menarik kesimpulan seperti berikut:

1) Kehidupan kekal bergantung kepada pengetahuan terhadap satu-satunya Allah yang benar dan wakil atau pesuruh,

2) Yang mendeligasikan Yesus Kristus;

3) Yesus kristus bukanlah satu-satunya Allah yang benar; dan

4) Kegagalan untuk memahami perbezaan antara satu-satunya Allah  yang benar dan Pesuruhnya Yesus kristus atau untuk mengelirukan isu tersebut sama ada terdapat lebih daripada satu Allah yang benar menunjukkan pengetahuan cetek seperti tidak melayakkan calon dari kehidupan kekal.  Ia adalah ternyata, sebab kehidupan kekal adalah bergantung kepada pengadilan dan pengetahuan mengenai kedua-dua entiti dan status mereka adalah bersyarat, seperti, kehidupan kekal bergantung kepada pengetahuan yang dinyatakan tadi.

 

Fakta utama dari ayat ini juga ialah bahawa terdapat hanya satu Allah yang Benar.  Oleh itu, kristus bukanlah Allah yang benar. 

 

Adakah fakta ini timbul secara kebetulan?  Adakah ia muncul dari tempat lain dan adakah ia disokong oleh ayat-ayat yang lain?  Apakah yang mungkin kita boleh simpulkan daripadanya?

 

1Yohanes 5:20  Akan tetapi kita tahu, bahwa Anak Allah telah datang dan telah mengaruniakan pengertian kepada kita, supaya kita mengenal Yang Benar; dan kita ada di dalam Yang Benar, di dalam Anak-Nya Yesus Kristus. Dia adalah Allah yang benar dan hidup yang kekal.

 

Perkataan ayat ini, di antara yang lain, telahpun digunakan untuk menunjukkan kenyataan bahawa Kristus bukanlah satu Allah yang Benar oleh kedua-dua Jemaat awal dan juga Jemaat Unitarian Zaman Pertengahan dan Reformasi.  Tafsiran yang salah telah dimasukkan untuk cuba menegaskan penggunaan artikel, sebagai contoh,  Allah tersebut yang merujukkan kepada Yesus Kristus dalam bahasa Yunani.  Perjanjian Baru telah diperhatikan sepanjang zaman untuk hanya menggunakan artikel tertentu apabila merujukkan kepada Allah Bapa sebagai Allah tersebut.  Ayat dalam 1Yohanes 5:20 telah disalahtafsirkan supaya ia difahami bahawa artikel tersebut merujukkan kepada Kristus.  Pembuktian kesalahan oleh Unitarians di Eropah Timur pada zaman Reformasi, kadang-kadang dipanggil golongan Socinia oleh agama Katolik, telah cuba dilakukan oleh penyusun-penyusun Komentar Heydock 1851 Douay-Rheims, Versi English Alkitab.  Douay-Rheims telah disusun dalam keadaan apapun dari terjemahan injil dalam bahasa Latin (Lihat catatan bawah. Kepada 1Yoh. 5:20 dalam komentar Heydock).

 

Alkitab Yerusalem memberikan terjemahan yang lebih jelas mengenai ayat tersebut.

 

Kita tahu juga bahawa anak Allah telah datang,

dan telah memberikan kita kuasa

untuk mengetahui Allah yang benar.

Kita adalah didalam Allah yang benar,

sebagaimana kita didalam AnakNya, Yesus Kristus.

Ini adalah Allah yang benar,

ini adalah hidup kekal.

 

Ayat 21 mengatakan:

Anak-anakku, waspadalah terhadap segala berhala.

 

Konsep ini, iaitu bahawa Allah yang Benar adalah hidup kekal, telah diulangi disini.  Kristus disini adalah berbeza dari Allah yang benar.  Kristus disini diberi nama sebagai anak Allah.  Kita adalah didalam Allah yang benar sebagaimana kita didalam anak Allah.  Oleh itu, kita adalah kedua-dua didalam Bapa, iaitu Allah yang benar dan AnakNya yang Dia kirimkan.  Pada masa yang sama kita dapat melihat bahawa mereka juga berada didalam kita.

 

Kristus adalah dalam penderitaan yang besar, melalui Yohanes, untuk membuat fakta ini sebab Yohanes lah yang harus menangani dengan bidaah yang cuba mengangkat Kristus kepada kedudukan kekal bersama dengan Allah.  Ini telah menjadi pelopor Trinitarianisme dan pendahulunya yang mengelirukan, Binitarianisme.  Walau bagaimanapun, tidak ada mana-mana pandangan ini diterima oleh ketua-ketua agama, atau anggota-anggota jemaat kerasulan, atau murid-murid dalam abad yang kedua.

 

Konsep satu Allah yang benar telah diambil dari Shema (Ulang. 6:4).

 

Shema Yishroel Jehovah Elohenu Jehovah Ehad

 

Ini telah diterjemahkan Dengarlah Hai Israel Tuhan Allah kita adalah satu.  Trinitarians harus mendapatkan yang terbaik dari ayat ini.  Mereka menyatakan bahawa perkataan Allah disini adalah elohim, tetapi sebenarnya bukan.  Perkataan Elohenu adalah bentuk tunggal diambil dari Eloah.  Elohim adalah bentuk jamak yang diambil daripada bentuk tunggal Eloah.  Elohenu, sebagai bentuk tunggal yang diambil, tidak boleh bercampur gaul dengan Elohim.

 

Eloah adalah Bapa (Amsal 30:4-5; lihat setiap baris).  Eloah adalah sebagai objek kebaktian didalam Bait Suci yang dibina untuk mereka (Ezra 4:24 kepada &;24).  Ezra menetapkan kebaktian didalam rumah Eloah di Yerusalem and mengangkat pemimpin-pemimpin dan hakim-hakim di Israel dan tanah-tanah diseberang sungai untuk menghakimi mereka yang mengetahui Hukum Eloah (Ezra 7:25-28).

 

Hukum Pertama dibawah tujuh prinsipnya dan Shema akan diteliti didalam karya Hukum Pertama: Dosa Syaitan [153].

 

Anak-anak Allah

Kristus, sebagaimana yang direkod didalam injil Yohanes, menentukan pemberian kekekalan pada Kristus oleh Bapa.  Secara logic, ini adalah perlu sebab ia mesti dijelaskan supaya kita boleh memahaminya dan boleh melayakkan diri kita untuk mendapat kekekalan.  Ayat dalam Yohanes 5:17:47 mempunyai beberapa fakta yang penting.  Fakta pertama menangani mengenai keanakkan sebagai persamaan.

 

Yohanes 5:17-48 Tetapi Ia berkata kepada mereka: "Bapa-Ku bekerja sampai sekarang, maka Akupun bekerja juga." 18 Sebab itu orang-orang Yahudi lebih berusaha lagi untuk membunuh-Nya, bukan saja karena Ia meniadakan hari Sabat, tetapi juga karena Ia mengatakan bahwa Allah adalah Bapa-Nya sendiri dan dengan demikian menyamakan diri-Nya dengan Allah.

 

Fakta pertama ialah orang-orang Yahudi mempercayai bahawa dia telah menyamai dirinya dengan Allah dengan menyatakan bahawa Allah adalah Bapanya.  Inilah tuduhan yang dibuat terhadap umat pilihan apabila mereka menyatakan bahawa Alkitab telah menentukan mereka untuk menjadi elohim (dari Zak. 12:8).

 

Zakariah 12:8 Pada waktu itu TUHAN akan melindungi penduduk Yerusalem, dan orang yang tersandung di antara mereka pada waktu itu akan menjadi seperti Daud, dan keluarga Daud akan menjadi seperti Allah, seperti Malaikat TUHAN, yang mengepalai mereka.

 

Zakariah 12:8 menunjukkan bahawa elohim Israel adalah Malaikat Yehovah.  Malaikat ini atau elohim adalah ketua didalam rumahtangga raja.  Ayat telah memperkembangkan Kejadian 48:14-16.

 

Kejadian 48:14-16 Tetapi Israel mengulurkan tangan kanannya dan meletakkannya di atas kepala Efraim, walaupun ia yang bungsu, dan tangan kirinya di atas kepala Manasye--jadi tangannya bersilang, walaupun Manasye yang sulung.  15 Sesudah itu diberkatinyalah Yusuf, katanya: "Nenekku dan ayahku, Abraham dan Ishak, telah hidup di hadapan Allah; Allah itu, sebagai Allah yang telah menjadi gembalaku selama hidupku sampai sekarang, 16 dan sebagai Malaikat yang telah melepaskan aku dari segala bahaya, Dialah kiranya yang memberkati orang-orang muda ini, sehingga namaku serta nama nenek dan bapaku, Abraham dan Ishak, termasyhur oleh karena mereka dan sehingga mereka bertambah-tambah menjadi jumlah yang besar di bumi."

 

Jadi, elohim Israel adalah Malaikat Penebusan.  Ini diselidiki didalam karya Malaikat YHWH [024] dan The Ketuhanan of Christ [147].  Kedudukan ini dipegang oleh rasul-rasul dan murid-murid mereka, sebagaimana yang kita akan lihat.

 

Mazmur menunjukkan bahawa elohim Israel adalah bawahan elohim.

 

Mazmur 45:6-7  Takhtamu kepunyaan Allah, tetap untuk seterusnya dan selamanya, dan tongkat kerajaanmu adalah tongkat kebenaran.  7Engkau mencintai keadilan dan membenci kefasikan; sebab itu Allah, Allahmu, telah mengurapi engkau dengan minyak sebagai tanda kesukaan, melebihi teman-teman sekutumu.

 

Ayat didalam Ulangan menunjukkan bahawa elohim Israel iaitu Yehovah menentukan Israel sebagai bahagiannya apabila Allah yang Maha Tinggi membahagikan bangsa-bangsa diantara anak-anak Allah (RSV; beny eliym DSS) atau malaikat-malaikat Allah (aggelon Theou, LXX).  Ayat ini telah diubah oleh Sopherim selepas Kristus yang sekarang dikenali sebagai Ayat Masoretic (lihat Companion Bible dan Soncino untuk ayat yang telah diubah).

 

Oleh itu, elohim adalah anak-anak Allah.  Mereka mempunyai jalan masuk kepada takhta sejak sebelum penciptaaan dan selepas.  Terdapat beberapa Bintang-bintang Fajar dalam kumpulan ini Syaitan adalah satu daripada anak-anak Allah.  (Ulang. 32:8 (RSV); Ayub. 1:6; 2:1; 38:4-7). Elohim adalah badan penasihat (lihat Sabourin SJ The Psalms: Their Origin and Meaning, Alba House, N.Y., ms. 72-74 Untuk analisis konsep ini).  Ayat-ayat ini terdapat dalam Mazmur 82:1,6; 86:8; 95:3; 96:4,5; 97:7,9; 135:5; 136:2; 138:1.

 

Elohim Israel telah diangkat ke atas rakan-rakannya (Mz. 45:6-7).  Rakan-rakan adalah badan penasihat elohim.  Elohim yang dirujuk dalam Mazmur dikenali sebagai Yesus Kristus dari Ibrani 1:8-9. 

 

Ibrani 1:8-9  Tetapi tentang Anak Ia berkata: "Takhta-Mu, ya Allah, tetap untuk seterusnya dan selamanya, dan tongkat kerajaan-Mu adalah tongkat kebenaran.  9 Engkau mencintai keadilan dan membenci kefasikan; sebab itu Allah, Allah-Mu telah mengurapi Engkau dengan minyak sebagai tanda kesukaan, melebihi teman-teman sekutu-Mu."

 

Kita boleh menentukan dari ayat-ayat ini bahawa Mesiah adalah Malaikat Yehovah iaitu Allah Israel yang kedua.  Ini dilihat dari penggunaan Yehovah dan atasannya Yehovih atau Yehovah Alam Semesta.  Ini difahami dari penggunaan istilah-istilah dalam kamus Ibrani Strong 3068 dan 3069.  Istilah-istilah tersebut tidak pernah digunakan dan diterjemahkan sebagai Adonai untuk SHD 3068 dan sebagai Elohim untuk SHD 3069 supaya ia tidak mengelirukan mengenai kedua-dua makhluk.  Istilah-istilah yang merujukkan kepada Yehovah dan atasannya Yehovah Alam Semesta terdapat, sebagai contoh, dalam Zakariah 2:8-9.

 

Zakariah 2:8-9   Sebab beginilah firman TUHAN semesta alam, yang dalam kemuliaan-Nya telah mengutus aku, mengenai bangsa-bangsa yang telah menjarah kamu--sebab siapa yang menjamah kamu, berarti menjamah biji mata-Nya--:  9 "Sesungguhnya Aku akan menggerakkan tangan-Ku terhadap mereka, dan mereka akan menjadi jarahan bagi orang-orang yang tadinya takluk kepada mereka. Maka kamu akan mengetahui bahwa TUHAN semesta alam yang mengutus aku.

 

Kita boleh melihat disini bahawa entiti Yehovah telah dikirimkan oleh Yehovah Alam Semesta.  Kedua-dua adalah makhluk yang berbeza, satu adalah pesuruh, dan yang satu adalah Allah yang tertinggi.  Pengertian ini terbukti ditempat lain (lihat juga karya Umat Pilihan Sebagai Elohim (No. 1)).

 

Ayat didalam Ibrani menunjukkan bahawa Kristus adalah lebih tinggi daripada rakan-rakannya melalui  inkarnasinya dan aktiviti sebagai anak keduniawian.  Konsep ini diperkembangkan mengenai Mesiah sebagai Mordekai dalam Esther (Esth. 3:1; 5:11; 10:2) (lihat karya Komentar Tentang Esther [063]).

 

Allah tidak prihatin dengan malaikat-malaikat yang setia.  Mereka sedang mempelajari melalui kesetiaan mereka didalam kepimpimpinan sebagai roh-roh melayan.  Adalah keturunan-keturunan Abraham yang dia prihatin seterusnya.  Oleh itu, Imam Besar harus menjadi satu daripada mereka supaya ia boleh memahami mereka dan membawa mereka kepada keselamatan.

 

Ibrani 2:16-18   Sebab sesungguhnya, dia tidak mengambil sifat malaikat; tetapi mengambil  keturuan Adam.  17 Itulah sebabnya, maka dalam segala hal Ia harus disamakan dengan saudara-saudara-Nya, supaya Ia menjadi belas kasihan dan yang setia kepada Allah untuk mendamaikan dosa seluruh orang.  18 Sebab oleh karena Ia sendiri telah menderita karena pencobaan, maka Ia dapat menolong mereka yang dicobai.

 

KJV menterjemahkan ayat sifat malaikat-malaikat.  RSV menterjemahkan ayat tersebut:

Ibrani 2:16-18 Sebab sesungguhnya, bukan malaikat-malaikat yang Ia kasihani, tetapi keturunan Abraham yang Ia kasihani.  17 Itulah sebabnya, maka dalam segala hal Ia harus disamakan dengan saudara-saudara-Nya, supaya Ia menjadi Imam Besar yang menaruh belas kasihan dan yang setia kepada Allah untuk mendamaikan dosa seluruh bangsa.  18 Sebab oleh karena Ia sendiri telah menderita karena pencobaan, maka Ia dapat menolong mereka yang dicobai.

 

KJV cuba membuat ia kelihatan bahawa Kristus bukan didalam golongan warga Semesta Alam.  Ini dibuat bersama-sama dengan manipulasi banyak ayat untuk menunjukkan bahawa Kristus adalah Allah Benar yang lain sebagaimana yang diperkembangkan oleh Athanasians dari Kaunsil Nicaea dalam 325 AD dan dirumuskan didalam Kaunsil Constantinople dalam 381 CE.  Ayat dalam Ibrani telah dipertikaikan dengan panjang lebar di Nicaea.  Trinitarians prihatin tentang konsep Kristus yang dicipta dan menentang kenyataan tegas didalam Ibrani yang menyatakan bahawa Kristus adalah setia kepada Dia yang menciptanya.  Ayat ini diterjemahkan setia kepada Dia yang melantiknya dalam bahasa English disebabkan oleh theologi Trinitarian.  (Ibr. 3:2 – lihat juga Ibr. 1:2).

 

Ibrani 3:2 yang setia kepada Dia yang telah menetapkan-Nya, sebagaimana Musapun setia dalam segenap rumah-Nya.

 

Perkataan yang diterjemahkan sebagai menetapkan adalah SGD 4160 poieo iaitu untuk membuat atau buat.  Ini saja masa dimana perkataan ini diterjemahkan.  Pengertian tentang penetapan Kristus terdapat dalam Ibrani 5:5-10.

 

Ibrani 5:5-10  Demikian pula Kristus tidak memuliakan diri-Nya sendiri dengan menjadi Imam Besar, tetapi dimuliakan oleh Dia yang berfirman kepada-Nya: "Anak-Ku Engkau! Engkau telah Kuperanakkan pada hari ini", 6 sebagaimana firman-Nya dalam suatu nas lain: "Engkau adalah Imam untuk selama-lamanya, menurut peraturan Melkisedek."  7 Dalam hidup-Nya sebagai manusia, Ia telah mempersembahkan doa dan permohonan dengan ratap tangis dan keluhan kepada Dia, yang sanggup menyelamatkan-Nya dari maut, dan karena kesalehan-Nya Ia telah didengarkan.  8 Dan sekalipun Ia adalah Anak, Ia telah belajar menjadi taat dari apa yang telah diderita-Nya, 9 dan sesudah Ia mencapai kesempurnaan-Nya, Ia menjadi pokok keselamatan yang abadi bagi semua orang yang taat kepada-Nya, 10 dan Ia dipanggil menjadi Imam Besar oleh Allah, menurut peraturan Melkisedek.

 

Oleh itu, Kristus bukanlah selalu Imam Besar.  Selepas dia layak, dia telah dilantik sebagai Imam Besar oleh Allah.  Inilah sebabnya mengapa Buku Ibrani telah ditentang oleh golongan modalis, dan mereka yang mahu mengangkat Kristus sebagai Allah yang benar.  Ibrani telah dibuka dari peraturan-peraturan agama oleh mereka yang inginkan perkara ini terjadi (lihat karya Alkitab [164]) untuk penjelasan tentang perkembangan peraturan-peraturan agama).  Walaupun dia adalah anak, dia mempelajari dengan derita yang dia alami, dan dicipta dengan sempurna, dia menjadi sumber keselamatan kekal kepada semua mereka yang menuruti dia.  Walau bagaimanapun, dia bukanlah sumber keselamatan kekal sehingga ia diberikan kepadanya oleh Bapa. 

 

Keanakkan juga dipegang sebagai perbezaaan dari inkarnasi dari Ibrani.  Oleh itu, Kristus mempunyai status yang diangkat dari pengurangan dan penderitaan.  Pengertian tuduhan tentang persamaan dengan Allah dengan mengakuan sebagai anak, telah ditolak oleh rasul-rasul.  Terdapat beberapa ayat yang menolak persamaan Kristus dengan Allah dan menunjukkan perhubungannya dengan Bapa.  Kebanyakan daripadanya telah diubah oleh Trinitarians didalam ayat-ayat English.  Pengertian Filipi 2:6 telah diubah dengan besar didalam KJV.

 

Filipi 2:6  yang walaupun dalam rupa Allah, tidak menganggap kesetaraan dengan Allah itu sebagai milik yang harus dipertahankan,

 

Disini, pengertian telah dibuat sebagai Kristus dan tidak dianggap sebagai rompakan untuk menjadi sama dengan Allah.  Pengertiannya ialah bahawa ia bukanlah sesuatu yang mesti dipertahankan selepas menjadi sama dengan Allah.  Dalam perkataan lain, Warga Semesta Alam yang jatuh mahukah mempertahankan persamaan dengan Allah.  Kristus tidak berbuat demikian tetapi menjadi penurut sehingga kematian.  Kita boleh melihat pemahaman ini dari RSV dan ayat-ayat lain (lihat juga karya Marshall dalam Interlinear Greek-English New Testament).

 

Filipi 2:6-11  yang walaupun dalam rupa Allah, tidak menganggap kesetaraan dengan Allah itu sebagai milik yang harus dipertahankan, 7 melainkan telah mengosongkan diri-Nya sendiri, dan mengambil rupa seorang hamba, dan menjadi sama dengan manusia.  8 Dan dalam keadaan sebagai manusia, Ia telah merendahkan diri-Nya dan taat sampai mati, bahkan sampai mati di kayu salib. 9 Itulah sebabnya Allah sangat meninggikan Dia dan mengaruniakan kepada-Nya nama di atas segala nama, 10 supaya dalam nama Yesus bertekuk lutut segala yang ada di langit dan yang ada di atas bumi dan yang ada di bawah bumi, 11 dan segala lidah mengaku: "Yesus Kristus adalah Tuhan," bagi kemuliaan Allah, Bapa!

 

The New Thayer’s Greek-English Lexicon juga menunjukkan sifat perkataan yang diperkembangkan sebagai dipertahankan (SGD 725 harpagmos) (p. 74).

 

Yohanes 1:1 juga telah ditangani dengan salah (lihat karya-karya The Deity of Christ [147] dan lihat juga Hukum Yang Pertama: Dosa Iblis (No. 153)).  New World Translation telah cuba memperbetulkan terjemahan Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah.  Ayat ini menangani tentang Allah (ton Theon) dan allah (theos tanpa artikel tertentu).  Artikel yang tidak ditentukan mesti mempunyai pengertian didalam bahasa Yunani.  Sekarang kita akan meneliti ayat ini dengan lebih menjalam.  Ayat Yunani dibaca seperti

 

W< •DP± µ< Ò 8`(@H,

En arche en ho logos,

Pada [?] mulanya adalah firman [atau ungkapan ketuhanan],

6"4 Ò 8`(@H µ< BDÎH JÎ< 2,`<,

kai ho logos en pros ton theon

dan firman adalah kearah Allah

6"4 2,ÎH µ< Ò 8`(@H

kai theos en ho logos

dan allah adalah logos

atau:

dan [ ] logos tersebut adalah allah.

Artikel tertentu tidak terdapat ayat pertama En arche.  Ini mungkin lebih tepat sebagai Pada mulanya.  Artikel tertentu telah ditulis didalam bahasa Yunani, manakala artikel yang tidak ditentukan selalu diberi kesimpulan, dan tidak terdapat didalam bahasa Yunani.  Dalam bahasa Yunani, preposisi Pros bermaksud kearah.  Ia tidak bermaksud dengan secara spesifik.  Jadi, asas penggunaan preposisi adalah : Pros bermaksud kearah, en bermaksud dalam dan ek bermaksud daripada (Pro = sebelum; meta = selepas, epi = atas; huper = keatas; pepi = mengenai; eis = didalam; appo = dari; dia = melalui; hupo = dibawah; kata = dibawah).

 

Penggunaan Pros ton theon disini dalam Yohanes 1:1 bermaksud bahawa perkataan adalah kearah atau dengan Allah dalam pengertian bahawa theos ini melihat kearah atau disamping, atau setia hadir dengan Allah.  Logos ini juga adalah allah.  Sekarang, maksud ini tidak boleh diterima sama sekali kepada Trinitarians.  Ayat telah diterjemah seperti yang asal, tetapi maksud-maksud boleh difahami dari beberapa sumber.

 

Terjemahan Kitab Yunani dalam Kingdom Interlinerar Translation  menunjukkan konstruksi yang telah disebut di atas.  Ayat dalam Yohanes 1:1 juga boleh dibandingkan dengan ayat-ayat lain dalam bahasa Yunani dalam konstruksi yang sama.  Contoh dalam kesusasteraan Yunani terdapat dalam Xenophon (Anabasis, 1:4.6).  Ayat telah diterjemah dengan maksud Tetapi tempat tersebut adalah pasar telah difahami bahawa terdapat pasar-pasar lain; Yohanes 1:1 boleh diambil untuk membuat kesimpulan bahawa terdapat elohim lain atau theoi yang kita fahami dari Mazmur dll.  Lampiran Kingdom Interlinear Translation untuk Yohanes 1:1 menangani ayat-ayat ini dan menyenaraikan terjemahan Yohanes 1:1 dalam Alkitab-alkitab lain.  The Complete Bible – An Amerikan Translation menyumbangkan expresi  sebagai ketuhanan, membaca: Pada mulanya Firman hidup.  Firman adalah bersama dengan Allah dan Firman adalah bersifat ketuhanan (1943 reprint).  Dr. James Moffatt menterjemahkan ayat sebagai Logos hidup pada mulanya, Logos adalah bersama dengan Allah, Logos adalah bersifat ketuhanan (A New Translation of the Bible, 1935 edn).  Penggunaan Anarthrous terhadap theos disini mengingatkan penterjemah-penterjemah untuk menggunakan istilah ketuhanan sebab adalah sangat jelas bahawa theos yang dirujukkan kepada ayat tersebut adalah berbeza daripada ton theon atau ho theos iaitu Alllah yang berbeza dengan allah iaitu logos.  Ini adalah pengertian yang sama yang digunakan oleh Yohanes dalam 1&;2-5 (terutama dalam ayat 3).  Kingdom Interlinear memegang teguh bahawa ayat boleh diterjemah seperti dan Firman adalah allah dan selaras dengan penggunaan Xenophon.  Mereka menyatakan bahawa kata kerja wa, s dan expresi allah, membentuk predikat ayat tersebut.  Kesimpulan artikel tertentu untuk digunakan kepada logos sebagai theos supaya ayat akan dibuat seperti dan Firman adalah Allah, menunjukkan bahawa logos adalah Allah yang dinyatakan oleh ayat dan tidak munasabah dalam bahasa dan bertentangan dengan penggunaan perkataan-perkataan dalam ayat.  Buku penuntun Green, Grammar of the Greek Testament menyatakan bahawa peraturan am ialah bahawa dalam ayat ringkas,  subjek mengambil artikel dan predikat mengenepikannya.  Contoh-contoh yang telah diberikan oleh Green dalam penjelasan situasi ini, berhubung kepada perkataan adalah kebenara.  Perkataan adalah allah dan Allah adalah kasih, telah dicatat dalam lampiran kepada Kingdom Interlinear sebagai pengakuan yang tidak disengajakan bahawa perkataan dalam Yohanes 1:1 tidak sama dengan allah sebagai Allah dimana perkataan tersebut katakan (m.s. 1159).

 

Dalam peraturan-peraturan bahasa, yang dikenal pasti, ini kelihatan seperti kes tersebut.  Dr. A. T. Robertson telah menyatakan bahawa:

Allah dan kasih istilah-istilah yang tidak boleh ditukar ganti, sesuatu yang lebih daripada Allah dan Logos atau Logos dan daging… Ketiadaan artikel disini adalah disengajakan dan perlu untuk idea yang benar (A Grammar of the Greek New Testament, ms. 768; petikan. The Kingdom Interlinear, ibid.).

 

Pandangan Robertson disokong oleh Dana dan Mantey (Manual Grammer, m.s. 140, petikan. the Kingdon Interlinear, ibid.).  Senarai Robertson menunjukkan bahawa mengenepikan artikel tertentu dalam predikat mungkin, tidak mengikut kepada mana-mana peraturan am, tetapi untuk tujuan tertentu diluar peraturan tersebut (ibid., m.s. 1159).  Yohanes membuat ini dengan lebih kerap (Yoh. 1:4,9,20,21,25,49; 3:28; 4:29,42; 5:35; 6:14,35,48,50,51,58,63,69; 7:26,40,41; 8:12; 10:7,9,11,14,24; 11:25,27; 14:6; 15:1,5; 18:33; 20:31; 21:24) dan penterjemah-penterjemah seringkali memasukkan artikel yang tidak ditentukan sebelum kata benda predikat (Yoh. 4:19,24,25; 10:33; 12:6).  Oleh itu,  dari penggunaan ini, tiada tentangan boleh ditimbulkan mengenai kemasukan artikel yang tidak ditentukan sebelum anarthrous theos dalam Predikat Yohanes 1:1 (cf. ibid., m.s. 1160).  Beberapa terjemahan menggunakan konstruksi predikat yang sama dengan anarthrous theos, yang terdapat dalam Kisah 28:6, bukan sebagai Allah tetapi dia adalah tuhan.  Oleh itu, peraturan nahu yang sama telah dilanggar dan diterjemah segalanya dengan bertentangan dalam ayat-ayat ini oleh penterjemah-penterjemah Trinitarian (lihat KJV, RSV, Versi Westminster (1948), Moffatt’s Translation, An American Translation, Spencer’s Translation (1946) (petikan. The Kingdom Interlinear, ibid.).  Idea yang benar telah dipercayai sebagai Logos atau perkataan bukanlah Allah atau yang Allah tetapi adalah anak Allah.  Oleh itu, Dia adalah allah atau elohim, yang terdapat didalam kaunsil Allah yang dibentuk oleh anak-anakNya.  Inilah pengertian keseluruhan mengenai Mazmur dan struktur Wahyu 4 dan 5.  Yohanes menerima struktur keseluruhan didalam injil dalam Yohanes 17:3 dan menyatakan kembali pemahaman dari 1Yohanes 5:20.  Alkitab menyokong pandangan ini secara keseluruhan dan menolak dengan kuat terjemahan dan penjelasan trinitarian.  Inilah pandangan penerbitan Perjanjian Baru, didalam Versi yang diperbaiki, berdasarkan Archbishop Newcome’s New Translation: bersama dengan Teks yang dibetulkan,, London, 1808. Versi ini sudah lama mendahului Russell dan penerbit The Kingdom Interlinear.Ayat ini menyatakan:

Firman adalah dalam permulaan dan Firman adalah bersama dengan Allah, dan Firman adalah Allah.

 

Ini adalah terjemahan ayat yang konsisten dibawah theologi Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru.  Fungsi logik trinitarian mengenai ayat-ayat telah memaksa perkembangan theologi keseluruhan yang hanya diterangkan oleh permohonan kepada misteri.  Logos dipercayai sebagai bersama dengan Allah dan juga sebagai Allah.  Ini tidak masuk akal, dan ayat tersebut boleh membuat hepotisis  yang lebih sesuai.  Lagipun, ayat-ayat yang lain menjelaskan bahawa maksud ini bukanlah pengertian tentang ayat, atau Perjanjian Baru.  Oleh itu, adalah tidak sesuai dalam pengertian secara filsafat dan bertentangan dengan banyak ayat yang lain, yang mana menunjukkan bahawa Kristus adalah bawahan dan satu entiti yang berasingan.  Ini diterima oleh kebanyakan ahli-ahli theologi (contoh, Calvin, Harnack, Brunner) sebagai kedudukan Alkitabiah, iaitu Unitarian.  Theisme yang Rasional, Judaisme dan Muslim semuanya diakui sebagai golongan Unitarian.

 

Begitu juga, istilah permulaan digunakan kepada istilah En arche iaitu penggunaan yang sama seperti yang terdapat didalam LXX untuk Kejadian 1:1.  Terdapat banyak perselisihan tentang permulaan yang mana, yang terlibat dalam cerita penciptaan.  Penciptaan semula telah dianggap terjadi oleh ramai atau kebanyakan ahli-ahli theologi, yang menganggap, atau cuba menerangkan cerita yang berhubung dengan bumi yang diketahui oleh arkeologi dan geologi.  Jika ia adalah yang permulaan, maka bahasa Yunani mempunyai kebolehan untuk menyatakannya dengan tepat.

 

Ayat dalam Yohanes 1:1 dilihat sebagai satu pengesahan mengenai Mazmur 45:6-7 – seperti Ibrani 1:8-9.  Yohanes 1:1 mesti dibaca dalam konteks dengan Ibrani 1:8-9 dan juga ayat-ayat Paulus.  Yohanes meneruskan dalam fasal 1 untuk menunjukkan bahawa Kristus adalah bawahan kepada yang Allah.

 

Yohanes 1:10-18   Ia telah ada di dalam dunia dan dunia dijadikan oleh-Nya, tetapi dunia tidak mengenal-Nya.  11 Ia datang kepada milik kepunyaan-Nya, tetapi orang-orang kepunyaan-Nya itu tidak menerima-Nya.  12 Tetapi semua orang yang menerima-Nya diberi-Nya kuasa supaya menjadi anak-anak Allah, yaitu mereka yang percaya dalam nama-Nya;  13 orang-orang yang diperanakkan bukan dari darah atau dari daging, bukan pula secara jasmani oleh keinginan seorang laki-laki, melainkan dari Allah.  14 Firman itu telah menjadi manusia, dan diam di antara kita, dan kita telah melihat kemuliaan-Nya, yaitu kemuliaan yang diberikan kepada-Nya sebagai Anak Tunggal Bapa, penuh kasih karunia dan kebenaran.  15 Yohanes memberi kesaksian tentang Dia dan berseru, katanya: "Inilah Dia, yang kumaksudkan ketika aku berkata: Kemudian dari padaku akan datang Dia yang telah mendahului aku, sebab Dia telah ada sebelum aku."  16 Karena dari kepenuhan-Nya kita semua telah menerima kasih karunia demi kasih karunia;  17 sebab hukum Taurat diberikan oleh Musa, tetapi kasih karunia dan kebenaran datang oleh Yesus Kristus.  18 Tidak seorangpun yang pernah melihat Allah; tetapi Anak Tunggal Allah, yang ada di pangkuan Bapa, Dialah yang menyatakan-Nya.

 

Oleh itu, Firman atau logos adalah makhluk yang datang sebagai anak yang tunggal dari Bapa.  Perjanjian Lama bahawa terdapat ramai anak yang mana sebahagian daripada mereka adalah bintang-bintang fajar pada atau sebelum planet ini dicipta (Ayub. 1:6; 2:1; 38:4-7; Pss. 86:8-10; 95:3; 96:4; 135:5).  Bintang Fajar adalah kedudukan yang dipegang oleh Syaitan (Yes. 14:12) dan diambil alih oleh Kristus (2Pet. 1:19; Wahyu 2:28; 22:16).  Walau bagaimanapun, Kristus adalah anak tunggal yang dilahirkan.  Iaitu, dia sahaja daripada anak-anak Allah yang dilahirkan dengan daging.  Pengertian ini dipegang teguh dalam Yohanes 1:18.  Receptus sekali lagi mengubah ayat ini supaya ia berbunyi hanya anak yang dilahirkan atau monogenes uion.  Bagaimanapun, ayat-ayat kuno menggunakan monogenes theos atau hanya allah yang dilahirkan (iaitu Elohim) sebagaimana yang ditunjukkan oleh Marshall’s Interlinear (menggunakan Nestle’s Text).  Perkataan dia juga telah ditambah.  Pengertian ayat adalah bahawa hanya allah yang dilahirkan berkata.

 

Ini telah disembunyikan oleh Trinitarians dengan cara yang sama Filipi 2:6 kemudiannya diterjemahkan diantara yang lain.  Sebagai contoh: 1Timotius 3:16 dalam KJV telah disusun dari Receptus.  Receptus menggunakan pemalsuan yang ketara dalam Kodeks A untuk memberikan sifat persamaan dengan Allah kepada Kristus.

 

1Timotius 3:16  Dan sesungguhnya agunglah rahasia ibadah kita: "Dia, yang telah menyatakan diri-Nya dalam rupa manusia, dibenarkan dalam Roh; yang menampakkan diri-Nya kepada malaikat-malaikat, diberitakan di antara bangsa-bangsa yang tidak mengenal Allah; yang dipercayai di dalam dunia, diangkat dalam kemuliaan."

 

Companion Bible adalah senang didapati sebagai rujukan untuk ayat ini.  Versi yang dirobah menyatakan Dia yang bukannya Allah.  Ia juga menambah pada pinggiran muka surat.  “Theos berdasarkan pada bukti yang tidak cukup”.  The Companion Bible meneruskan:

Kecenderungannya ialah bahawa pembacaan asal adalah ho (yang mana), dengan Syriac dan semua versi Latin, untuk bersetuju dengan Musterion (neut.).  Makhluk Yahudi yang tidak berkaitan, O, beberapa penulis menambahkan huruf s, membuat [Ho sigma] (Dia yang), yang mana difikirkan membuat pengertian yang lebih baik.  Kemudian orang lain membubuh tanda dalam O ini dan membuat perkataan [theta sigma], singkatan untuk Theos, Allah.  Tanda dalam Kodeks A ini yang terdapat dalam Musium British dikatakan ditulis oleh beberapa orang yang berlainan.

Masalah ini datang dari kenyataan bahawa tiada ayat didalam Alkitab yang menyokong kedudukan Trinitarian.  Untuk memperkembangkan lagi kedudukan Trinitarian, beberapa ayat-ayat lain telah dimasukkan.  Kita akan meneliti ayat-ayat tersebut dibawah.  Binitarians juga keliru dengan ayat-ayat ini tetapi theologi mereka lebih ringkas dan pemahaman mereka tentang isu-isu adalah lebih lemah.

 

Kebergantungan Anak Kepada Allah Bapa

Kedudukan sekarang ini membawa kita kembali kepada Yohanes 5:19-47 dimana Kristus telah membuat siri-siri fakta.

 

Yohanes 5:19-47  Maka Yesus menjawab mereka, kata-Nya: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya Anak tidak dapat mengerjakan sesuatu dari diri-Nya sendiri, jikalau tidak Ia melihat Bapa mengerjakannya; sebab apa yang dikerjakan Bapa, itu juga yang dikerjakan Anak.  20 Sebab Bapa mengasihi Anak dan Ia menunjukkan kepada-Nya segala sesuatu yang dikerjakan-Nya sendiri, bahkan Ia akan menunjukkan kepada-Nya pekerjaan-pekerjaan yang lebih besar lagi dari pada pekerjaan-pekerjaan itu, sehingga kamu menjadi heran.  21 Sebab sama seperti Bapa membangkitkan orang-orang mati dan menghidupkannya, demikian juga Anak menghidupkan barangsiapa yang dikehendaki-Nya.  22 Bapa tidak menghakimi siapapun, melainkan telah menyerahkan penghakiman itu seluruhnya kepada Anak, 23 supaya semua orang menghormati Anak sama seperti mereka menghormati Bapa. Barangsiapa tidak menghormati Anak, ia juga tidak menghormati Bapa, yang mengutus Dia.  24 Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya barangsiapa mendengar perkataan-Ku dan percaya kepada Dia yang mengutus Aku, ia mempunyai hidup yang kekal dan tidak turut dihukum, sebab ia sudah pindah dari dalam maut ke dalam hidup.  25 Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya saatnya akan tiba dan sudah tiba, bahwa orang-orang mati akan mendengar suara Anak Allah, dan mereka yang mendengarnya, akan hidup.  26 Sebab sama seperti Bapa mempunyai hidup dalam diri-Nya sendiri, demikian juga diberikan-Nya Anak mempunyai hidup dalam diri-Nya sendiri.  27 Dan Ia telah memberikan kuasa kepada-Nya untuk menghakimi, karena Ia adalah Anak Manusia.  28 Janganlah kamu heran akan hal itu, sebab saatnya akan tiba, bahwa semua orang yang di dalam kuburan akan mendengar suara-Nya,  29 dan mereka yang telah berbuat baik akan keluar dan bangkit untuk hidup yang kekal, tetapi mereka yang telah berbuat jahat akan bangkit untuk dihukum.  30 Aku tidak dapat berbuat apa-apa dari diri-Ku sendiri; Aku menghakimi sesuai dengan apa yang Aku dengar, dan penghakiman-Ku adil, sebab Aku tidak menuruti kehendak-Ku sendiri, melainkan kehendak Dia yang mengutus Aku.  31 Kalau Aku bersaksi tentang diri-Ku sendiri, maka kesaksian-Ku itu tidak benar;  32 ada yang lain yang bersaksi tentang Aku dan Aku tahu, bahwa kesaksian yang diberikan-Nya tentang Aku adalah benar.  33 Kamu telah mengirim utusan kepada Yohanes dan ia telah bersaksi tentang kebenaran;  34 tetapi Aku tidak memerlukan kesaksian dari manusia, namun Aku mengatakan hal ini, supaya kamu diselamatkan.  35 Ia adalah pelita yang menyala dan yang bercahaya dan kamu hanya mau menikmati seketika saja cahayanya itu.  36 Tetapi Aku mempunyai suatu kesaksian yang lebih penting dari pada kesaksian Yohanes, yaitu segala pekerjaan yang diserahkan Bapa kepada-Ku, supaya Aku melaksanakannya. Pekerjaan itu juga yang Kukerjakan sekarang, dan itulah yang memberi kesaksian tentang Aku, bahwa Bapa yang mengutus Aku.  37 Bapa yang mengutus Aku, Dialah yang bersaksi tentang Aku. Kamu tidak pernah mendengar suara-Nya, rupa-Nyapun tidak pernah kamu lihat,  38dan firman-Nya tidak menetap di dalam dirimu, sebab kamu tidak percaya kepada Dia yang diutus-Nya.  39 Kamu menyelidiki Kitab-kitab Suci, sebab kamu menyangka bahwa oleh-Nya kamu mempunyai hidup yang kekal, tetapi walaupun Kitab-kitab Suci itu memberi kesaksian tentang Aku, 40 namun kamu tidak mau datang kepada-Ku untuk memperoleh hidup itu.  41 Aku tidak memerlukan hormat dari manusia.  42 Tetapi tentang kamu, memang Aku tahu bahwa di dalam hatimu kamu tidak mempunyai kasih akan Allah.  43 Aku datang dalam nama Bapa-Ku dan kamu tidak menerima Aku; jikalau orang lain datang atas namanya sendiri, kamu akan menerima dia.  44 Bagaimanakah kamu dapat percaya, kamu yang menerima hormat seorang dari yang lain dan yang tidak mencari hormat yang datang dari Allah yang Esa?  45 Jangan kamu menyangka, bahwa Aku akan mendakwa kamu di hadapan Bapa; yang mendakwa kamu adalah Musa, yaitu Musa, yang kepadanya kamu menaruh pengharapanmu.  46 Sebab jikalau kamu percaya kepada Musa, tentu kamu akan percaya juga kepada-Ku, sebab ia telah menulis tentang Aku.  47 Tetapi jikalau kamu tidak percaya akan apa yang ditulisnya, bagaimanakah kamu akan percaya akan apa yang Kukatakan?"

 

Kristus membentuk kedudukan autoriti yang diutus.  Dari ayat ini, dia menunjukkan:

Bahawa Kristus tidak boleh membuat apa-apa dengan dirinya sendiri (oleh itu dia tidak mempunyai kuasa yang sama.).

 

Contoh Bapa telah dianugerahkan kepada anak, yang mana dicontohi oleh anak.

Kasih Bapa adalah sebab penyingkapan pengetahuan dan kuasa.

 

Kasih ini harus diperluaskan kepada umat pilihan.  Oleh itu, perluasan ini sendiri adalah sebab, supaya mereka akan heran (dan akan mengalami pengubahan) (ayat 20).

 

Kebangkitan telah diperluaskan kepada yang mati oleh kuasa Bapa.  Kebijaksanaan ini telah diberikan kepada Kristus dalam pengadilan.

 

Bapa tidak mengambil bahagian dalam pengadilan, telah mewakilkan pengadilan kepada Anak.

 

Ini telah dilakukan supaya semua manusia akan memuliakan anak walaupun mereka memuliakan Bapa.  Kemuliaan Bapa adalah sifat kedudukanNya.  Kemuliaan anak adalah sifat deligasinya dan oleh itu bukan intrinsic.

 

Kemuliaan ini adalah bersyarat kepada hubungan dengan Bapa yang mengirimkan anak.

Barangsiapa yang mendengar perkataan-perkataan Kristus dan percaya kepada Bapa yang mengirimkan dia mendapat kehidupan kekal.  Mereka tidak akan datang kepada penghukuman tetapi kepada hidup kekal.

 

Yang mati akan mendengar suara anak Allah dan mereka yang mendengar akan hidup (iaitu, selama-lama).

 

Seperti Bapa mempunyai hidup didalam dirinya, begitu juga Dia telah berikan anak kehidupan didalam dirinya.

 

Oleh itu, anak tidak mempunyai hidup didalam dirinya sendiri kecuali ia diberikan oleh Bapa.  Kuasa kebangkitan dan kehidupan kekal telah dideligasikan oleh Bapa kepada anak, dan oleh itu, kepada umat pilihan.  Umat pilihan adalah pewaris bersama dengan Kristus kepada kuasa Bapa yang dinikmati oleh anak.

 

Keadaan Dalam Kekekalan

Kekekalan adalah keadaan tanpa kematian (athanasia SGD 110).  Ia digunakan hanya tiga kali didalam Perjanjian Baru (1Kor. 15:53,54; 1Tim. 6:16) dalam perbezaan kepada SGD 861 aptharsia dan SGD 862 apthartos juga diterjemah sebagai kekal atau kekekalan, yang bermaksud tidak disuapi atau keaslian dan oleh itu, kekekalan atau keikhlasan.  (Nama Athanasius, bermaksud yang kekal).

 

Allah mempunyai keadaan athanasia ini secara intrinsic.  Allah Bapa tidak boleh mati.  Ini adalah syarat kepada kemahakuasaanNya.

Ayat dalam 1Timotius 6:16 merujukkan kepada Bapa yang hanya Ia yang mempunyai keadaan seperti ini.  Ayat ini, mungkin dijangka, terdapat didalam KJV>

 

1Timotius 6:13-16 Di hadapan Allah yang memberikan hidup kepada segala sesuatu dan di hadapan Kristus Yesus yang telah mengikrarkan ikrar yang benar itu juga di muka Pontius Pilatus, kuserukan kepadamu:  14 Turutilah perintah ini, dengan tidak bercacat dan tidak bercela, hingga pada saat Tuhan kita Yesus Kristus menyatakan diri-Nya, 15 yaitu saat yang akan ditentukan oleh Penguasa yang satu-satunya dan yang penuh bahagia, Raja di atas segala raja dan Tuan di atas segala tuan.  16 Dialah satu-satunya yang tidak takluk kepada maut, bersemayam dalam terang yang tak terhampiri. Seorangpun tak pernah melihat Dia dan memang manusia tidak dapat melihat Dia. Bagi-Nyalah hormat dan kuasa yang kekal! Amin.

 

Pengertian ayat ini adalah bahawa Allah adalah raja yang diberkati dan Raja kepada segala Raja dan Tuhan kepada segala Tuhan yang mana tiada seorangpun yang boleh mendekati, yang mana tiada seorangpun yang pernah lihat dan boleh lihat.  Trinitarians terpaksa cuba untuk mengakui bahawa ayat ini merujukkan kepada Kristus dalam urutan kekekalan, dengan sebab yang jelas, ia menyangkal keadaan tanpa kematian kepada Kristus secara intrinsik.  Kita tahu dari Yohanes 1:18 bahawa tiada seorangpun yang pernah melihat Allah dan bahawa Kristus berkata.  Kristus boleh dilihat dan pernah dilihat oleh manusia.  Allah tidak pernah dilihat dengan mata kasar.

 

RSV menunjukkan tujuan dengan lebih jelas dan bahawa Allah yang menyatakan atau menunjukkan pada masa yang lebih sesuai.  Dia sahaja yang kekal dan tiada seorangpun yang pernah melihat Dia atau boleh sebab Dia tinggal dalam terang yang tidak boleh didekati.

 

1Timotius 6:13-16 Di hadapan Allah yang memberikan hidup kepada segala sesuatu dan di hadapan Kristus Yesus yang telah mengikrarkan ikrar yang benar itu juga di muka Pontius Pilatus, kuserukan kepadamu:  14 Turutilah perintah ini, dengan tidak bercacat dan tidak bercela, hingga pada saat Tuhan kita Yesus Kristus menyatakan diri-Nya, 15 yaitu saat yang akan ditentukan oleh Penguasa yang satu-satunya dan yang penuh bahagia, Raja di atas segala raja dan Tuan di atas segala tuhan.  16 Dialah satu-satunya yang tidak takluk kepada maut, bersemayam dalam terang yang tak terhampiri. Seorangpun tak pernah melihat Dia dan memang manusia tidak dapat melihat Dia. Bagi-Nyalah hormat dan kuasa yang kekal! Amin. (RSV)

 

Alkitab Yerusalem menterjemahkan ini dengan lebih terang dan jelas:

 

Sekarang, dihadapan Allah yang merupakan sumber kepada segala kehidupan dan dihadapan Kristus yang bercakap sebagai saksi untuk kebenaran dihadapan Pilatus Pontius, saya memberikan kamu tugas untuk melakukan semua yang telah diberitahu kepada kamu dengan tiada kesalahan atau kegagalan, sehingga kedatangan Tuhan kita Yesus Kristus, yang akan diperkenalkan oleh Allah tidak lama lagi, yang diberkati dan Pemerintah kepada segala, Raja atas segala raja dan Tuhan kepada segala tuhan, dia saja yang kekal, yang tinggal ditempat yang didapat dimasuki dengan terang,  tiada seorangpun yang pernah dan tiada seorangpun yang boleh melihat:  kepada dia hormat dan kuasa selama-lamanya. Amen.

 

The New English Bible menterjemahkan ayat tersebut seperti ini:

 

Saya perintah kamu untuk menurut perintah tanda cacat cela dan tanpa kesalahan sehingga Tuhan kita Yesus Kristus datang.  Pada kedatangan tersebut, Allah akan membawa mengambil masa yang baik – Allah yang dalam kebahagiaan kekal sahaja yang memegang kekuasaan.  Dia adalah Raja kepada segalam raja dan Tuhan kepada segala tuhan;  Dia sahaja yang memiliki kekekalan, tinggal dalam terang yang diboleh didekati.  Tiada manusia yang pernah melihat atau boleh melihat Dia.  Kepada Dia hormat dan kekuasaan untuk selama-lamanya! Amen.

 

Phillip’s Modern English Bible dan the Living Bible  mempunyai konteks yang sama.  Allah sahaja yang menunjukkan, atau memerintah, kedatangan Yesus Kristus.  Allah sahaja yang kekal, atau sahaja sumber kekekalan (Phillip’s).  Tiada mata kasar yang boleh melihat dia (Phillip’s)  The Living Bible menterjemahkan ayat 1Timotius 6:15-16 sebagai:

 

Untuk masa yang hampir Kristus akan ditunjukkan dari syurga oleh Allah yang diberkati dan berkuasa, Raja kepada segala raja dan Tuhan kepada segala tuhan, dia sahaja yang tidak akan mati, yang tinggal dalam terang, ia sangat dahsyat sehingga tiada manusia yang boleh mendekati Dia.  Tiada manusia yang pernah melihat Dia atau akan melihat.  Kepada Dia hormat dan kekuasaan dan penguasaan selama-lamanya.  Amen.

Maksud ringkas perkataan-perkataan dilihat sebagai makhluk, dan bahawa hanya Allah saja yang memiliki kekekalan intrinsic atau keadaan tanpa kematian.  Allah mendeligasikan keadaan ini kepada Kristus dari Yohanes 5:26.  Ayat ini tidak boleh merujukkan kepada Kristus, sebab dia telah dilihat oleh nabi-nabi dan rasul-rasul didalam keadaannya yang terpuji dan rohani sebelum inkarnasi dan selepas kenaikan yang merupakan keadaannya yang terpuja (Kisah 1:9).  Inilah sebabnya mengapa Badan Penasihat Jemaat Trinitarian memutus untuk menentang mereka yang memegang bahawa Kristus ada dilihat dari Perjanjian Lama.  Keputusan ini juga cuba untuk menghalang pengenalan Kristus sebagai Malaikat Yehovah.  Kristus telah dipuja dan diberi kehidupan kekal oleh Allah sebelum dan selepas inkarnasi.  Logik ini ditentang oleh Trinitarians dari sudut pandangan melalui ayat dalam Yohanes 17:5.

 

Yohanes 17:5 Oleh sebab itu, ya Bapa, permuliakanlah Aku pada-Mu sendiri dengan kemuliaan yang Kumiliki di hadirat-Mu sebelum dunia ada.

 

KJV mengatakan permuliakanlah Aku dengan diri kamu sendiri dengan kemuliaan yang Kumiliki dengan kamu sebelum dunia ada.  Ayat ini mengikuti Yohanes 17:2,3,4 dan telah diubah oleh mereka, juga menunjukkan kerelaan diri terhadap revelasi Allah kepada Kristus, dan diertikan sebagai Kristus adalah kekal, kekal bersama dan sedarjat walaupun banyak ayat-ayat yang menunjukkan bahawa dia tidak mempertahankan persamaan dan bahawa Kristus tidak memiliki kekekalan intrinsik.

 

Yohanes 17:2-5 Sama seperti Engkau telah memberikan kepada-Nya kuasa atas segala yang hidup, demikian pula Ia akan memberikan hidup yang kekal kepada semua yang telah Engkau berikan kepada-Nya.  3 Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus.  4 Aku telah mempermuliakan Engkau di bumi dengan jalan menyelesaikan pekerjaan yang Engkau berikan kepada-Ku untuk melakukannya.  5 Oleh sebab itu, ya Bapa, permuliakanlah Aku pada-Mu sendiri dengan kemuliaan yang Kumiliki di hadirat-Mu sebelum dunia ada.

 

Kita tahu bahawa kematian (thnetos atau mati, wujud lima kali: Rom. 6:12; 8:11; 1Kor. 15:53,54; 2Kor. 4:11)  boleh mendapatkan athanasia atau kekekalan dari 1Kor. 15:53-54.  Oleh itu,  Kristus pada masa sekarang adalah hanya makhluk yang mendapatkan kekekalan melalui kebangkitan.

 

Allah memiliki kekekalan secara intrinsik.  Yang lain mendapatkannya melalui deligasi.  Kristus dan umat pilihan  menjadi kekal tetapi mereka, dengan proses yang sama, bukanlah abadi jika dilihat dalam keadaan yang lalu.  Kristus tidak boleh memberikan kehidupan kekal selain daripada mereka yang telah ditentukan dan diberikan kepada dia oleh Bapa.  Ayat ini hanya menguatkan lagi fakta yang mana Kristus mempunyai keadaan pre-inkarnasi bersama dengan Allah dan dari diri Allah sendiri.  Kristus berada dalam bentuk Allah.  Keadaan ini telah diberikan oleh Roh Suci iaitu Allah sebagai kuasa Allah dan jalan dimana Kristus telah dipuja sebagai Allah (lihat karya Roh Suci [117] dan juga Satu Bersama Dengan Bapa (No. 81)).

 

Pemujaan Kristus adalah oleh umat pilihan.  Bentuk (morphe) Allah, sebagai imej Allah yang tidak kelihatan dideligasikan kepada umat pilihan seperti kepada Kristus.  Oleh itu, umat pilihan diketahui dari pengetahuan Allah, ditakdirkan, dipilih, dipanggil, dibenarkan dan oleh itu dimuliakan (Rom:29-30.

 

Roma 8:29-30  Sebab semua orang yang dipilih-Nya dari semula, mereka juga ditentukan-Nya dari semula untuk menjadi serupa dengan gambaran Anak-Nya, supaya Ia, Anak-Nya itu, menjadi yang sulung di antara banyak saudara.  30 Dan mereka yang ditentukan-Nya dari semula, mereka itu juga dipanggil-Nya. Dan mereka yang dipanggil-Nya, mereka itu juga dibenarkan-Nya. Dan mereka yang dibenarkan-Nya, mereka itu juga dimuliakan-Nya.

 

Pemujaan yang diberikan kepada Kristus, dan yang mana dia miliki sebagai Malaikat Yehovah dan elohim Israel dengan Allah, sebelum inkarnasi telah diberikan kepada umat pilihan sebagai elohim (Zak. 12:8).

 

Oleh itu, umat pilihan juga menjadi kekal.

 

1Korintus 15:51-54 Sesungguhnya aku menyatakan kepadamu suatu rahasia: kita tidak akan mati semuanya, tetapi kita semuanya akan diubah,  52 dalam sekejap mata, pada waktu bunyi nafiri yang terakhir. Sebab nafiri akan berbunyi dan orang-orang mati akan dibangkitkan dalam keadaan yang tidak dapat binasa dan kita semua akan diubah.  53 Karena yang dapat binasa ini harus mengenakan yang tidak dapat binasa, dan yang dapat mati ini harus mengenakan yang tidak dapat mati.  54 Dan sesudah yang dapat binasa ini mengenakan yang tidak dapat binasa dan yang dapat mati ini mengenakan yang tidak dapat mati, maka akan genaplah firman Tuhan yang tertulis: "Maut telah ditelan dalam kemenangan.

Tiada diantara ayat-ayat ini yang boleh ditafsirkan sebagai menunjukkan bahawa Kristus adalah sama ada kekal bersama dengan Allah atau sedarjat.  Ia juga tidak boleh disimpulkan bahawa Kristus tidak bergantung kepada kuasa Allah untuk kewujudan.  Oleh itu, dia mestilah Allah yang benar dalam pengertian bahawa Bapa adalah Allah yang benar.

 

Terdapat hanya satu Allah benar yang hidup untuk selama-lamanya dan segala makhluk atau benda telah dicipta oleh kehendakNya dan mereka wujud dan dicipta untuk kenikmatannya (Wahyu 4:11).

 

Kristus

 

Yehovah

Allah memberikan beberapa kedudukan kepada Kristus.  Yehovah adalah satu daripada gelaran yang diberikan kepada Kristus.  Dia juga diberi yang lain (Yes. 9:6, lihat terutama Bapa yang kekal).

 

Yehovah wujud dari gelaran Aku adalah Aku (dari ‘eyeh ‘asher ‘eyeh) yang diberi di Sinai (lihat Companion Bible. Fn. kepada Keluaran 3:14; lihat SHD 1961 untuk hayah atau ‘eyeh).  Oleh itu, Kristus mengisytiharkan dirinya sebagai Yehovah, allah kebangsaan Israel (SHD 3068) yang bertentangan dengan Yehovih atau Yehovah Semesta (SHD 3069).  Pengakuan Kristus membuat orang-orang Yahudi sangat marah (Yoh. 8:58).

 

Allah sedang menjadi sesuatu dan Kristus adalah sebahagian daripada aktiviti tersebut.  Allah telah memperluaskan dirinya sebagai dan melalui elohim.

 

Bapa yang Abadi

Trinitarians juga membuat pengakuan dari pemberian gelaran Bapa yang abadi dan bahawa Kristus juga adalah Bapa, iaitu mustahil diberi perbezaan didalam theologi Trinitarian Monarchia dan Circumincession dimana trinitas berbeza tetapi tidak terpisah.  Hanya satu jalan dimana gelaran ini boleh diberi ialah melalui deligasi.

Malahan, terdapat banyak kebapaan (atau patria) di syurga dan bumi.  Ini diterjemahkan sebagai setiap keluarga dalam kebanyakan Alkitab-alkitab untuk mengaburkan maksud ini.

 

Efesus 3:14-15  Itulah sebabnya aku sujud kepada Bapa, 15 yang dari pada-Nya semua turunan yang di dalam sorga dan di atas bumi menerima namanya.

 

KJV menterjemahkan setiap kebapaan sebagai seluruh keluarga; sekali lagi mengaburkan maksud ayat.  Kebapaan yang abadi telah dideligasikan dengan kuasa kehidupan kekal.  Setiap keluarga di Syurga adalah dibawah pemimpin dan fungsi bahagian-bahagian keimamatan dan bangsa dalam dua puluh empat bahagian (lihat karya Kalendar Allah [156]) adalah untuk mencerminkan Bait Suci Syurgawi dan pemerintahan Allah (Ibr. 8:5).

 

Raja kepada segala raja dan Tuhan kepada segala tuhan

Gelaran-gelaran lain yang telah dideligasikan adalah Raja kepada segala raja dan Tuhan kepada segala tuhan yang mana kita lihat digunakan untuk Bapa (1Tim. 6:16) tetapi telah diberikan kepada anak sempena Kekembalian, Penaklukan Planet, dan Pemerintahan Millennium (Wahyu 19:16).

Wahyu 19:16  Dan pada jubah-Nya dan paha-Nya tertulis suatu nama, yaitu: "Raja segala raja dan Tuan di atas segala tuan."

 

Fungsi deligasi ini (dalam Ibrani) tidaklah difahami dengan baik oleh Kekristianan moden.  Dalam kosmologi Ibrani, pesuruh dilayan dengan penuh hormat atas entiti orang yang mereka wakili.

 

Deligasi kekekalan dari Alfa dan Omega

Fungsi kekekalan telah diberikan didalam Allah Bapa sebagaimana lihat lihat (1Tim. 6;16).  Proses ini telah diperluaskan kepada Kristus dan kemudiannya kepada umat pilihan.  Kristus sebagai contoh pertama, telah menjadi Alfa dan Omega melalui deligasi.  Ini telah ditunjukkan oleh Allah kepada Kristus dalam Wahyu 1:8-20.

 

Wahyu 1:8-20  "Aku adalah Alfa dan Omega, firman Tuhan Allah, yang ada dan yang sudah ada dan yang akan datang, Yang Mahakuasa."  9Aku, Yohanes, saudara dan sekutumu dalam kesusahan, dalam Kerajaan dan dalam ketekunan menantikan Yesus, berada di pulau yang bernama Patmos oleh karena firman Allah dan kesaksian yang diberikan oleh Yesus.  10 Pada hari Tuhan aku dikuasai oleh Roh dan aku mendengar dari belakangku suatu suara yang nyaring, seperti bunyi sangkakala, 11 katanya: "Apa yang engkau lihat, tuliskanlah di dalam sebuah kitab dan kirimkanlah kepada ketujuh jemaat ini: ke Efesus, ke Smirna, ke Pergamus, ke Tiatira, ke Sardis, ke Filadelfia dan ke Laodikia."  12 Lalu aku berpaling untuk melihat suara yang berbicara kepadaku. Dan setelah aku berpaling, tampaklah kepadaku tujuh kaki dian dari emas.  13 Dan di tengah-tengah kaki dian itu ada seorang serupa Anak Manusia, berpakaian jubah yang panjangnya sampai di kaki, dan dadanya berlilitkan ikat pinggang dari emas.  14 Kepala dan rambut-Nya putih bagaikan bulu yang putih metah, dan mata-Nya bagaikan nyala api.  15 Dan kaki-Nya mengkilap bagaikan tembaga membara di dalam perapian; suara-Nya bagaikan desau air bah.  16Dan di tangan kanan-Nya Ia memegang tujuh bintang dan dari mulut-Nya keluar sebilah pedang tajam bermata dua, dan wajah-Nya bersinar-sinar bagaikan matahari yang terik.  17 Ketika aku melihat Dia, tersungkurlah aku di depan kaki-Nya sama seperti orang yang mati; tetapi Ia meletakkan tangan kanan-Nya di atasku, lalu berkata: "Jangan takut! Aku adalah Yang Awal dan Yang Akhir,  18 dan Yang Hidup. Aku telah mati, namun lihatlah, Aku hidup, sampai selama-lamanya dan Aku memegang segala kunci maut dan kerajaan maut.  19 Karena itu tuliskanlah apa yang telah kaulihat, baik yang terjadi sekarang maupun yang akan terjadi sesudah ini.  20 Dan rahasia ketujuh bintang yang telah kaulihat pada tangan kanan-Ku dan ketujuh kaki dian emas itu: ketujuh bintang itu ialah malaikat ketujuh jemaat dan ketujuh kaki dian itu ialah ketujuh jemaat."

 

Ayat Wahyu 1 telah dibentuk dalam lima perenggan atau bahagian – ayat-ayat 1-3, 4-6, 7-8, 9-11, 12-20.  Allah adalah dihadapan takhta dan makhluk ini adalah berbeza dari Kristus, elemen yang ketiga didalam fasal ini.  Perbezaan dibuat diantara siapa dia yang pada masa kini, masa lalu, dan masa akan datang dengan Yesus Kristus.  Yang terdahulu atau makhluk pertama mempunyai takhta di hadapan tujuh roh.  Makhluk ini, Tuhan Allah iaitu Bapa, makhluk yang kedatanganNya dihurai didalam Wahyu 21.  Struktur ini telah diperkenalkan dalam fasal 1 dan ditamatkan dalam fasal 21, dan telah dijelaskan dalam fasal-fasal yang ditambah.  Alfa dan Omega telah ditunjukkan sebagai Allah yang Mahakuasa, dan bukannya Yesus Kristus, dari ayat 8.  Ayat 17 menunjukkan istilah yang pertama dan terakhir (protos dan eschatos; siri-siri kelahiran pertama).  Ini telah diambil dari maksud proses deligasi bagi yang pertama dan yang terakhir kepada Kristus oleh Allah.  Dia bukanlah Alfa dan Omega tetapi dia adalah kelahiran pertama dari kematian.  Dia telah hidup dan mati dan hidup sekali lagi untuk selama-lamanya.  Ayat menunjukkan konsep tersebut dalam RSV.

 

Dalam KJV, kita boleh melihat bahawa konsep ini telah ditentang oleh penyusun-penyusun Receptus, dan memasukkan perkataan-perkataan Alfa dan Omega didalam ayat 11, dimana tiada konsep atau perkataan seperti ini wujud pada ayat-ayat purba.  Berikut telah menjadi ayat dalam KJV.

 

Wahyu 1:11  katanya: "Apa yang engkau lihat, tuliskanlah di dalam sebuah kitab dan kirimkanlah kepada ketujuh jemaat ini: ke Efesus, ke Smirna, ke Pergamus, ke Tiatira, ke Sardis, ke Filadelfia dan ke Laodikia."

 

Perkataan ini tidak terdapat didalam ayat-ayat purba (contoh, tidak terdapat dalam ayat NU atau M, tidak terdapat dalam tulisan Vatikan #1209 Emphatic Diaglott, oleh itu, ia juga tidak terdapat pada Alkitab-alkitab lain).  Companion Bible mencatatkan bahawa ayat-ayat mengenepikan perkataan-perkataan Aku adalah Alfa dan Omega, yang pertama dan yang terakhir, sebagai merujukkan kepada Kristus dan juga perkataan-perkataan yang terdapat di Asia (lihat fn. kepada ayat 11).  Ayat 8 juga diterjemah sebagai hanya Tuhan dan bukannuya Tuhan Allah (Yunani:  Tuhan yang Allah) sebagai bukti dari RSV dan juga New English Bible, Phillip’s dan Jerusalem Bible.  Versi Wahyu 1 oleh KJV adalah perubahan yang melibatkan penyisipan palsu dalam Receptus.  Tujuan untuk menegaskan Kristus sebagai Alfa dan Omega adalah hanya mengabaikan Allah dan bukannya melalui deligasi dari Allah. 

 

 Semua perubahan dan pemalsuan ayat-ayat penting ini telah dibuat oleh Trinitarians untuk memesong theologi tersebut dan untuk menegaskan kedudukan mereka yang salah.  Alfa adalah sumber utama.  Dia juga terus menggunakan struktur pertama dan terakhir.  Kristus datang dari sumber ini.  Dia bukanlah Alfa.  Walau bagaimanapun, dia adalah yang pertama dan dia akan menjadi yang terakhir (atau eschatos).  Bagaimanapun, Kristus adalah Omega.  Oleh itu, Dia adalah hasil akhir aktiviti penciptaan.  Kristus telah didedikasikan kepada pembentukan Kerajaan Allah dimana Allah akan menjadi segala-galanya.  Sebagai Omega, Allah menjadi produk penciptaanNya (Allah) sendiri.  Kita akan menjadi aspek-aspek individu oleh Roh Suci sebab ia adalah entiti jaringan yang  percaya kepada satu Allah yang datang dari dan bergaul dengan Allah Bapa dan dengan yang lain.

 

Kristus adalah yang pertama diperanakkan dalam penciptaan.  Dia adalah terlebih dahulu dari segala sesuatu (pada kepala mereka, lihat Zak. 12:8).  Didalam dia semua perkara hidup atau ada didalam Dia  (Kol. 1:16-17).

 

Kristus telah dilihat melalui alkitab sebagai bawahan kepada elohim atau theos (Maz. 45:6-7; Ibr. 1:8-9; Kej. 48:14-16; Zak. 12:6).  Ini adalah Malaikat yang besar, iaitu Allah Israel yang kedua (lihat Barker Malaikat Besar Allah Israel yang Kedua untuk perspektif Trinitarian yang tidak benar).

 

Kristus mendapatkan hidup, kuasa dan autoritinya melalui perintah Allah Bapa (Yoh. 10:17-18).  Kristus merelakan kehendaknya kepada Allah iaitu Bapa (Mat. 21:31; 26:39; Mrk. 14:36; Joh. 3:16; 4:34).  Allah memberikan umat pilihan kepada Kristus, sebagai yang lebih besar daripada Kristus (Yoh. 14:28) dan lebih besar daripada semua perkara (Yoh. 10:29).  Allah mengirim anak tunggalNya (monogene) ke dunia supaya kita boleh hidup melalui dia (1Yoh. 4:9).  Allah memuliakan Kristus, sebagai yang lebih besar daripada Kristus (Yoh. 8:54).

 

Umat pilihan telah dibuat untuk mengambil bahagian dalam kudrat ilahi (2Pet. 1:4).  Allah menaruhkan semua perkara dibawah kaki Kristus dan membuat dia sebagai ketua kepada semua perkara didalam Jemaat.  Allah telah berjanji warisanNya kepada yang suci dan memberikannya kepada mereka melalui KuasaNya yang besar:

 

Efesus 1:20-23  yang dikerjakan-Nya di dalam Kristus dengan membangkitkan Dia dari antara orang mati dan mendudukkan Dia di sebelah kanan-Nya di sorga,  21 jauh lebih tinggi dari segala pemerintah dan penguasa dan kekuasaan dan kerajaan dan tiap-tiap nama yang dapat disebut, bukan hanya di dunia ini saja, melainkan juga di dunia yang akan datang.  22 Dan segala sesuatu telah diletakkan-Nya di bawah kaki Kristus dan Dia telah diberikan-Nya kepada jemaat sebagai Kepala dari segala yang ada.  23 Jemaat yang adalah tubuh-Nya, yaitu kepenuhan Dia, yang memenuhi semua dan segala sesuatu.  (RSV)

 

Tujuan keseluruhan kewujudan Kristus sebagai makhluk, kuasa dan inkarnasi sebagai manusia adalah untuk memenuhi kehendak Allah yang telah digunakan terhadap orang-orang yang suci dan rencana penciptaan dan keselamatan Allah. 

 

Keadaan kewujudan Kristus dimana kesempurnaan KeAllahan tinggal secara jasmaniah (Kol. 2:9) melibatkan theotetos diterjemah sebagai KeAllahan.  Ini adalah dewa atau keadaan sebagai Allah.  Dewa (theot) berlainan dari ketuhanan (theiot) sebagaimana perkara asas berlainan dari kualiti atau sifat (Thayer’s m.s. 288).  Oleh itu, Kristus memiliki perkara-perkara asas ketuhanan Allah dan bukan sifat-sifat selain daripada yang dideligasikan.  Semua perkara adalah diberikan kepada Kristus oleh Allah.

 

1Korintus 15:27-28  Sebab segala sesuatu telah ditaklukkan-Nya di bawah kaki-Nya. Tetapi kalau dikatakan, bahwa "segala sesuatu telah ditaklukkan", maka teranglah, bahwa Ia sendiri yang telah menaklukkan segala sesuatu di bawah kaki Kristus itu tidak termasuk di dalamnya.  28 Tetapi kalau segala sesuatu telah ditaklukkan di bawah Kristus, maka Ia sendiri sebagai Anak akan menaklukkan diri-Nya di bawah Dia, yang telah menaklukkan segala sesuatu di bawah-Nya, supaya Allah menjadi semua di dalam semua.  (RSV)

 

Mengaburkan ayat-ayat bukanlah bidang oleh mana-mana Alkitab.  Disini, RSV telah menterjemahkan ayat ini seperti segala sesuatu kepada setiap orang dan bukannya segala-gala sepertimana didalam KJV.  Ayat dalam Kolose 3:11 adalah pengertian yang sama (panta kai en pasin).  Disini lihat bahawa Allah adalah segala-gala.  Oleh itu, kita adalah pembawa Roh Allah.  Kita adalah batu-batu hidup Bait Suci yang menempatkan makhluk dan kuasa Allah.  Oleh itu, kita menjadi kekal sepertimana Kristus diberi kekekalan dan sebagaiaman Allah mempunyai kekekalan.  Kita tidak sama sekali boleh menjadi Alfa tetapi akhirnya menjadi Omega sepertimana elohim sebahagian daripada Allah.

 

Kemahakuasaan dan kekekalan Allah

 

Logik kemahakuasaan Allah mempunyai had yang intrinsik.  Dia tidak boleh mati, sebagai roh dan kekal.  Rencana penciptaan adalah untuk menghasilkan semua diriNya melalui kuasa RohNya yang bererti Dia memberikan sifat-sifatNya.  Ini mesti melibatkan kekekalan.  Pengekalan keadaan kekekalan adalah bergantung kepada pemberian roh didalam struktur rohani oleh kehendak Allah.

 

Warga Semesta yang terjatuh adalah roh tetapi pengekalan keadaan kekekalan mereka adalah terbatas.  Warga Semesta yang setia akan dipermuliakan dengan Allah dalam kehadiranNya dan mereka telah mendapat keadaan tersebut dari sebelum penciptaan dunia dalam cara yang sama Kristus mendapatkan keadaan tersebut sebelum inkarnasinya.  Disebabkan pemberontakan Warga Semesta dan dosa manusia, pemimpin Warga Semesta yang ditentukan harus menerima kewujudan duniawi supaya ia boleh menunjukkan kasih Allah dengan memberikan dirinya kepada saudara-saudaranya.  Allah menunjukkan kasih ini dengan memperluaskan proses kekekalan dan kuasa kepada anak-anakNya.  Ini mengangkat yang lain kepada kedudukan yang lebih tinggi dan tidak memimpin dengan kekerasan dan kuasa tanpa kasih.  Syaitan tidak akan menakluk dirinya.  Allah memilih Kristus dan membuat dia sebagai hanya anak yang dilahirkan dan elohim.  Dia kemudiannya menjadi anak pertama dilahirkan dari kematian.  Dia mencapai kedudukannya sebagai anak Allah didalam kuasa dari kebangkitannya dari kematian (Rom. 1:4).  Oleh itu, dia berada didalam kedudukan ini sebelum kebangkitan.  Oleh itu, dia telah diurapi dengan minyak kegembiraan di atas rakan-rakannya (Ibr. 1:8-9).  Mazmur 45:6-7 adalah nubuatan.  Ini semuanya dilakukan dengan perintah Allah dan melalui tiada kuasa lain.

 

Kristus mempercayai bahawa dia mendapatkan perintah dari Bapa untuk memberikan hidupnya dan mengambilnya kembali.  Semua perkara ini dilakukannya menurut kehendak Bapa iaitu Allah dan Bapanya dan Allah dan Bapa kita.  Ini telah dibuat dalam Yohanes 20:17.

 

Yohanes 20:17 Kata Yesus kepadanya: "Janganlah engkau memegang Aku, sebab Aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudara-Ku dan katakanlah kepada mereka, bahwa sekarang Aku akan pergi kepada Bapa-Ku dan Bapamu, kepada Allah-Ku dan Allahmu."

 

Alkitab adalah jelas bahawa Eloah adalah Allah yang Maha Tinggi.  Dia adalah Bapa kepada semua kita (Mal. 2:10):

Maleakhi 2:10 Bukankah kita sekalian mempunyai satu bapa? Bukankah satu Allah menciptakan kita? Lalu mengapa kita berkhianat satu sama lain dan dengan demikian menajiskan perjanjian nenek moyang kita?  (KJV)

 

Kristus mengorbankan kedudukannya sebagai anak Allah  dan menjadi manusia dan mati untuk kita.  Ini adalah sesuatu yang Allah tidak boleh lakukan.

 

Sekarang kita akan terus meneliti theologi murid-murid kepada rasul-rasul dan pemahaman mereka berhubung dengan pembangunan di atas dari perkataan-perkataan ringkas dalam ayat-ayat Alkitab.  Fakta yang paling penting untuk dibuat ialah bahawa theologi Trinitarian atau binitarian tidak jelas dalam mana-mana tulisan-tulisan awal.  Semua murid-murid dan pembela-pembela awal memegang bahawa Kristus adalah ciptaan Bapa.  Dengan alasan ini, murid-murid awal jarang-jarang dibaca dan jarang sekali dikutip.

 

Satu daripada ahli-ahli theologi awal yang penting ialah Irenaeus.  Dia adalah murid Polycarp dan mungkin Yohanes.  Dia adalah satu daripada jemaat Smyrna yang paling penting dan dia dan murid lain telah pergi ke Lyon melalui Rom.  Dia menjadi uskup Lyon.  Dia adalah yang paling dekat kita boleh mendapat ajaran rasul-rasul dalam penerangan atau penjelasan tentang apa Yohanes dan yang lain maksudkan didalam Perjanjian Baru.  Kita akan lihat bahawa Irenaeus mempercayai bahawa kita akan menjadi elohim atau theoi sebagaimana dinubuatkan dalam Zakariah 12:8.  Kedudukan-kedudukan ini telah diteliti dengan lebih terperinci dalam karya  Teologi Awal Ketuhanan (No. 127)).

 

Irenaeus mengatakan tentang Allah:

 

Dia memerintah, dan mereka telah dicipta; Dia berkata dan mereka telah dibuat.  Kepada siapa lagi Dia perintahkan?  Melalui Firman yang Dia katakan, langit telah dijadikan, oleh nafas dari mulut-Nya segala tentaranya [Mzr. 33:6].

 

Irenaeus memegang bahawa:

adalah jelas dibuktikan bahawa bukan nabi-nabi atau rasul-rasul yang menamakan Allah lain, atau memanggil [dia] Tuhan, kecuali Allah yang satu dan yang benar…. Tetapi perkara yang terbentuk adalah berbeza dari Dia yang membentuk mereka, dan apa yang telah dicipta dari Dia yang mencipta mereka.  Dia sendiri adalah tidak dicipta, tanda permulaan dan pengakhiran dan tidak kekurangan.  Dia sendiri cukup untuk diriNya sendiri; dan seterusnya, Dia memberikan semua perkara-perkara seperti ini, kewujudan; tetapi perkara-perkara yang telah dicipta oleh Dia (ibid.).

 

Irenaeus memperluaskan kebolehan untuk menjadi Allah (theos atau elohim) kepada Logos yang berbeza dari perkara lain yang terbentuk (ibid.).  Dia telah membentuk kedudukan Allah dan Anak dan mereka yang diadopsi sebagai theoi atau elohim dan semua anak-anak Allah dari Buku III, Bab vi.

 

Oleh itu, sama ada Tuhan, Roh Suci, atau rasul-rasul pernah dinamakan sebagai Allah, sudah tentu, dia yang bukan Allah, kecuali dia Allah yang betul; mereka tidak menamakan seseorang dalam Tuhan, kecuali Allah Bapa yang memerintah segala, dan AnakNya yang telah menerima kekuasaan dari BapaNya dalam semua penciptaan, sebagaimana petikan ini:  Demikianlah firman TUHAN kepada tuanku, duduklah di sebelah kanan-Ku, sampai Kubuat musuh-musuhmu menjadi tumpuan kakimu. [Mazmur 110:1].  Disini (Alkitab] mewakili Bapa yang berbicara kepada Anak; Dia yang memberikan Dia warisan penyembah berhala, dan berikan Dia semua musuh-musuhNya…

 

Iranaeus terus menyatakan bahawa Roh Suci menamakan Bapa dan Anak sebagai Tuhan.  Ia mempercayai bahawa Kristuslah yang berkata kepada Ibrahim sebelum pemusnahan orang-orang di Sodom dan telah menerima kuasa [dari Allah] untuk mengadili orang-orang Sodom atas kejahatan mereka.  Dan ini [ayat yang menyusul]

 

telah mengistihar kebenaran yang sama” “‘TakhtaMu, Ya Allah’ adalah selama-lamanya; skeptur (tongakt kerajaan) kerajaanmu adalah skeptur yang betul.  Engkau mengasahi kebenaran dan membenci ketidakadilan; oleh itu Allah, AllahMu telah mengurapi Engkau” [Mz. 45:6]  Roh menunjukkan kedua-dua [mereka] oleh nama Allah [theos atau eloim] – kedua-dua Dia yang mengurapi sebagai Anak dan Dia yang mengurapi, iaitu Bapa.  Dan sekali lagi: ‘Allah berdiri dalam sidang ilahi, di antara para allah Ia menghakimi: [Mz. 82:1].  Dia [disini] merujukkan kepada Bapa dan Anak dan mereka yang telah menerima pengangkatan anak; tetapi ini adalah Jemaat sebab dia adalah gereja Allah, iaitu Allah – Anak sendiri – yang telah mengumpul dengan diriNya sendiri yang berkata sekali lagi:  “Yang Mahakuasa, TUHAN Allah, berfirman dan memanggil bumi.” [Mz. 50:1].  Siapakah yang dimaksudkan dengan Allah?  Dia yang Dia telah katakan, “Allah kita datang dan tidak akan berdiam diri,” [Mz. 50:3] iaitu, Anak yang telah datang dan menunjukkan diriNya kepada manusia, yang berkata, “Aku telah berkenan ditemukan oleh orang yang tidak mencari Aku” [Yes. 65:1].  Tetapi dengan allah apa [yang dia berbicara]? [mereka] kepada mereka yang Dia berkata, "Kamu adalah allah, dan anak-anak Yang Mahatinggi kamu sekalian” [Mz. 82:6].  Kepada mereka, tanpa keraguan, yang telah kebenaran terhadap “pengangkatan, dimana kita berseruh ya Abba, ya Bapa” [Rom. 8:15] (Against Heresy, Bk. III, Bab. vi, ANF, Jil. I, ms. 418-419).

 

Tidak ragu lagi bahawa Irenaeus mempunyai pandangan subordinatis terhadap keilahian dan memperluaskan istilah Allah (sebagai theoi atau elohim untuk memasukkan Anak dan mereka yang telah menjadi anak angkat.  Disini, dia kelihatan menunjukkan bahawa Kristus mengumpulkan umat pilihan, manakala kita tahu dari Alkitab bahawa Allah yang memberikan umat pilihan kepada Kristus untuk dikumpulkan (Yoh. 17:11-12; Ibr. 2:13; 9:15).  Penggunaan khas istilah kepada umat pilihan jasmaniah mungkin salah yang diberikan oleh Irenaeus.  Warga Semesta yang setia juga telah dimasukkan didalam sidang dari pemahaman dalam Wahyu 4 & 5.  Oleh itu, Warga Semesta yang setia adalah juga  adalah Pelayan Allah.

 

Tiada keraguan bahawa istilah elohim atau theoi telah digunakan untuk Jemaat dan bahawa inilah pemahaman jemaat abad yang pertama dari John kepada Polycarp yang mengajar Irenaeus dan juga dalam abad yang kedua dan seterusnya.

 

Seorang lagi penulis yang hampir sama masanya dengan Irenaeus adalah Justin Martyr.  Dia menunjukkan kecenderungan yang pertama untuk memindakan penyembahan kepada hari Ahad seperti yang kita lihat dibawah.

 

Justin

 

Guru kita tentang perkara-perkara ini adalah Yesus Kristus, yang juga dilahirkan untuk tujuan ini, dan telah disalibkan dibawah Pontius Pilatus, agen Judea pada zaman Tiberius Caesar; dan bahawa kita layak untuk menyembah Dia, mengetahui bahawa Dia adalah Anak Allah sendiri yang benar, dan menempatkan Dia pada tempat yang kedua, dan Roh nubuat pada tempat ketiga, kita akan buktikan.  Mereka mengisytiharkan kegilaan kita bahawa kita memberikan orang yang telah disalibkan tempat kedua kepada Allah yang tidak boleh diubah dan kekal, Pencipta semua perkara;  mereka tidak boleh melihat misteri yang terkandung, apabila kami membuat ia lebih mudah kepada kamu, kami berdoa agar kamu mengambil perhatian.  (Apol., I, xiii)

 

Dan kuasa pertama selepas Allah Bapa dan Tuhan kepada segala adalah Firman (logos), ia juga Anak.  (Apol., I, xxxii).

 

Adalah salah untuk memahami Roh dan kuasa Allah, sebagai sesuatu yang lain, selain daripada Firman (logos), iaitu anak kelahiran pertama Allah. (Apol., I, xxxiii).

 

Oleh itu, Justin memikir Logos sebagai sesuatu yang asli dari Allah, yang mana mampu melakukan segala perkara secara sendiri, untuk memegang konsep Roh secara am dan Kristus secara khas.  Walau bagaimanapun, dia berkata:

Tetapi kedua-dua Dia [Allah] dan Anak (yang datang dari Dia dan mengajar kita tentang perkara-perkara ini, dan warga semesta kepada para malaikat yang baik yang mengikuti dan dicipta seperti Dia), dan Roh nubuat, mengetahui mereka dalam pertimbangan dan kebenaran, dan mengumumkan tanpa dendam kepada setiap yang mahu belajar, sepertimana kita telah diajar.

 

Oleh itu, para malaikat juga dikehendaki untuk menyesuaikan diri kepada imej Allah (seperti Kristus telah dicipta seperti Dia).  Dari Bab 13, 16 dan 61, Justin tidak menyokong penyembahan para Malaikat (lihat juga fn. 3 kepada ANF, Vol. 1, m.s. 164) (lihat karya Theologi Awal Ketuhanan [127] untuk komen).  Penyembahan Jemaat Kristian adalah terhad kepada Allah dan tidak diperluaskan kepada Kristus, selain daripada dalam penyembahan sebagai pengawal dan tuan.  Tetapi, yang penting, Justin telah memperluaskannya kepada badan untuk memasukkan warga Semesta yang Setia.  Ini adalah jangkaan yang lebih dekat kepada ajaran alkitab tentang Roh yang mampu melakukan perkara secara sendiri untuk memegang umat pilihan yang menjadi theoi, seperti Kristus adalah satu daripada theoi bawahan kepada theos iaitu Allah Bapa.  Secara Alkitabiah, dia adalah kedua tertinggi theos, sebagai Imam Besar.

 

Justin adalah diantara yang pertama memperkenalkan penyembahan hari Ahad (lihat Bacchiocchi Dari Sabat kepada Ahad, m.s. 223 ff) tetapi dia masih lagi seorang subordinatis.  Dia mempercayai pandangan anti-nomian yang ganjil mengenai Sabat dan applikasinya kepada orang-orang Yahudi sebagai hukuman yang ganjil.  Pandangan-pandangannya tidak disokong oleh Kristian pada masa itu, dan Bacchiocchi memegang bahawa Jemaat Kristian tidak pernah menerima disertasi yang salah seperti itu (m.s. 225).  Untuk memegang bahawa Allah menentukan penyunatan dan Sabat adalah semata-mata catatan kejahatan orang-orang Yahudi sebagai tanda yang membezakan, untuk membuangkan mereka dari bangsa-bangsa lain dan kita sebagai Kristian supaya orang-orang Yahudi akan sengsara dalam penderitaan (Dial. 16:1. 21:1; lihat juga Bacchiocchi, ibid.) membuat Allah merasa bersalah atas hormat yang besar seseorang dan bertentangan dengan seluruh sentimen pengakuan dalam Reformasi.  Disamping kesilapan ini, pandangannya terhadap Keilahian ada masih subordinatis.  Bagaimanapun, dia memperkenalkan dasar pemikiran emanationis yang kelihatan menyertai Pendekatan anti-nomianist.  Sebagaimana yang kita lihat, Justin masih lagi menyangkal ajaran tentang jiwa dan syurga sebagai bukan Kristian yang berakar dari misteri pemujaan.

 

Clement of Alexandria mengatakan:

 

Maka Anak adalah kuasa Allah, sebagai Firman Allah yang paling kuno sebelum penghasilan semua perkara, dan kebijaksanaanNya.  Dia kemudiannya dipanggil Guru kepada para makhluk yang dibentuk oleh Dia.  Sekarang tenaga Tuhan mempunyai rujukan kepada yang Mahakuasa, dan Anak adalah tenaga Bapa.  (“strom,”, VII, ii, P.G., IX, 410)

 

Clement memahami bahawa takdir umat pilihan adalah untuk menjadi para allah.  Dia mengatakan apabila berbicara tentang gnosis, yang dia percayai boleh dicapai oleh manusia pada satu tahap tertentu  semasa dia tinggal dibumi:

 

Tetapi ia mencapai klimaksnya selepas kematian badan, apabila jiwa [gnoostikos] dibenarkan untuk terbang ke tempat asalnya, dimana selepas menjadi allah, ia boleh menikmati rehat yang sempurna dan terus menerus, perenungan keilahian yang paling tinggi ‘muka dengan muka’, bersama-sama dengan yang lain [theoi] (S. R. C. Lilla Clement of Alexandria A Study In Christian Platonism and Gnosticism, Oxford, 1971, ms. 142).

 

Oleh itu, disini kita melihat kombinasi gnosis Yunani digabung dengan ajaran awal bahawa kita akan menjadi theoi dn elohim.  Tiada cadangan bahawa Kristus atau theoi yang lain adalah sama dengan keilahian yang tertinggi (dari Teologi Awal Ketuhanan (No. 127))).

 

Hippolytus mengatakan dan yang paling bererti:

 

Sekarang, Noetus menegaskan bahawa Anak dan Bapa adalah sama, tiada seorangpun yang dungu.  Tetapi dia membuat kenyataannya seperti ini: “Dengan sesungguhnya, Bapa tidak pernah dilahirkan, tetapi Dia masih lagi Bapa yang berlaku adil; dan apabila ia menyenangkan Dia untuk menjalani generasi, sebagai yang diperanakkan, Dia sendiri menjadi AnakNya sendiri, bukan kepunyaan lain.”

 

 Dengan cara ini, dia berfikir untuk membentuk kedaulatan Allah, menyatakan bahawa Bapa dan Anak, adalah satu dan sama [bahan], bukan satu individu yang dihasilkan dari yang lain, tetapi diriNya sendiri dari diriNya sendiri; dan bahawa Dia dicorakkan oleh nama Bapa dan Anak, mengikut perubahan masa.  (Hippolytus mengulang pendapat ini dalam ringkasannya, Bukuk X.) (Con. Noet, n. 14, "Pembuktian Kesalahan Kepada Semua Bidaah", Bk. IX, Ch. V, ANF, Vol. V, m.s. 127-128);

 

Yang pertama dan hanya (satu Allah), kedua-dua Pencipta dan Tuhan kepada segala, tidak mempunyai persamaan dengan diriNya,… tetapi Dia adalah Satu, Sendirian didalam diriNya.  Dengan menjalankan kehendakNya, Dia mencipta semua benda yang ada, yang mana dahulunya tidak wujud, kecuali Dia kehendaki untuk membuat mereka.  Dia mengetahui segala apa saja yang akan terjadi, Dia mempunyai pengetahuan terhadap semua perkara yang belum terjadi.  (Hippolytus, ibid., X, XXVIII, m.s. 150)

 

Oleh itu, Dewa yang tersendiri dan tertinggi ini, melalui jalan pemantulan, terciptalah Logos terlebih dahulu; bukan firman yang dikatakan melaui suara, tetapi sebagai perimbangan alam semesta, yang terkandung dan tertinggal dialam fikiran ilahi.  Dia sahaja yang Dia hasilkan dari benda-benda yang wujud; sebab Bapa sendiri yang merupakan kewujudan, dan makhluk yang lahir dari Dia adalah sebab kepada semua benda dihasilkan.  Logos adalah didalam Bapa sendiri, mengangkat kehendak keturunanNya, dan tidak kurang pengetahuanNya dengan fikiran Bapa.

 

Bersama-sama dengan prosesi dari keturunanNya, oleh kerana Dia adalah sebagai kelahiran pertama dalam keturunan ini, Dia mempunyai suara didalam diriNya sendiri, idea-idea yang difikirkan didalam Bapa.  Dan begitulah terjadi, bahawa apabila Bapa memerintah dunia untuk wujud, Logos menyiapkan satu per satu setiap objek penciptaan, oleh itu, menyenangkan Allah.  (Hippolytus, ibid., X, XXIX)

 

Kristus, dia maksudkan, kebijaksanaan dan kuasa Allah Bapa, telah membangunkan rumahNya… Fragmen pada Amsal 9:1, ANF, Vol. V, m.s. 175)

 

Adalah dengan penulis ini dimana kita pertama sekali membentuk kesilapan bahawa Kristus adalah hanya terbentuk dari Bapa dan bahawa elemen-elemen lain Semesta syurgawi adalah ciptaan oleh Anak dan oleh itu, tidak berkongsi didalam sifat keilahian seperti Anak.  Inilah kesilapan asas dimana ajaran Trinitas mula membesar.  Elohim sepertimana yang ditunjukkan dari konteks Alkitab adalah lipatan Warga Semesta dimana Domba adalah Imam Besar tetapi dia adalah satu daripada mereka sebagai rakan atau pasukan walaupun semua struktur hierarki telah dibuat oleh, atau didalam, dia untuk dia (Kol. 1:15).  Umat-umat suci juga menjadi teman kepada Kristus dari Ibrani 3:14 dan oleh itu, saudara-saudara kepada Warga Semesta (Wahyu 12:10) dan pewaris bersama dengan Kristus (Roma 8:17).  Bumi dan segala yang terdapat didalamnya yang dirujukkan sebagai ciptaan Anak, adalah rohani dan struktur fizikal.  Inilah tujuan rujukkan dalam Yohanes 1:3 mengenai penciptaan, dan 1Kor. 8:6 mengenai alam semesta [ta panta] dan manusia.

 

Kolosi 1:15:17 secara khas menyediakan penciptaan segala sesuatu yang boleh dilihat dan yang tidak boleh dilihat.  Penciptaan takhta-takhta atau ketuhanan atau pemerintah atau yang berkuasa, melalui dia dan untuk dia, tidak boleh dirujukkan kepada sidang Elohim.  Ciptaan oleh Kristus terhadap ketuhanan [kuriotetes] bukanlah entiti-entiti.

 

Jika ia benar, maka ia melibatkan penciptaan Allah iaitu yang tertinggi kurios.  Oleh itu, kita sedang menangani tentang kuasa-kuasa dan bukannya Makhluk-makhluk;  takhta-takhta dan struktur syurga dan pemerintahan mereka.

 

Efesus 1:22 dan 3:9 menunjukkan bahawa Allahlah yang mencipta segala sesuatu dan menempatkan mereka pada kaki Kristus dan membuat dia sebagai ketua kepada segala sesuatu untuk Jemaat.  Ini telah dilakukan supaya pemerintah-pemerintah dan penguasa-penguasa di syurga akan memahami melalui Jemaat kebijaksanaan Allah yang bermacam-macam.  Perkara-perkara ini telah dilakukan untuk menunjukkan bahawa Allah telah mengagungkan Kristus (Filipi 2:10), yang mana secara logik, dia tidak boleh lakukan setiap kali.  Tetapi Allah menggunakan Kristus sebagai ketua dan alat utama dalam penciptaan segala zaman (Ef. 11:3).  Kristus menciptakan dunia (Ibrani 1:2) dan mencerminkan kemuliaan Allah dan membawa tanda sifatnya (Ibr. 1:3).  Ibrani 2:10 merujukkan kepada segala sesuatu [ta panta] yang merupakan sebahagian daripada alam semesta.

 

Ibrani 2:11 mencatatkan bahawa: Barang siapa yang menyucikan dan mereka yang disucikan adalah mempunyai satu asal [enos pantes].  Ibrani 11:3 mengaku mengatakan bahawa dunia telah dicipta oleh firman Allah [remati theou] (lihat Marshall).  Logos tidak dikenali sebagai terlibat dan dengan lebih khusus, firmann yang diterjemahkan sebagai dicipta, telah dikenalpasti oleh Marshall yang bermaksud disesuaikan [katertisthai] dan dunia tidak disesuaikan tetapi zaman [aionas].  Oleh itu, zaman telah disesuaikan oleh firman Allah supaya apa yang boleh dilihat telah dibuat daripada sesuatu yang tidak kelihatan.  Inilah konsep penciptaan dengan penyesuaian persamaan ruang/masa, dimana belum lagi ditangani.  Roma 11:36 merujukkan kepada Allah sebagai sumber dan objek kepada segala sesuatu, bukan Kristus.

 

Para Elohim lain yang dirujukkan didalam Alkitab mempunyai bawahan tetapi mempunyai gabungan autoriti dengan Kristus.  Mereka kekuasaan terhadap struktur alam semesta.  Gabungan Elohim (dibawah Yesus Kristus) telah dicipta mengikut kehendak Allah.  Satu daripada mereka, malaikat pelindung yang dipanggil sebagai Syaitan, dan mereka yang dibawahnya, dicipta bertentangan dengan kehendak Allah, dalam pemberontakan (lihat karya Cox,  Penciptaan: Dari Teologi Antropomorfik kepada Antropologi Teomorfik).  Ia adalah satu kemustahilan yang logik untuk mencadangkan bahawa Kristus boleh dicipta dengan keadaan yang tidak boleh membuat kesalahan tetapi anggota-anggota Warga Semesta yang lain telah diberi agensi moral yang bebas seperti mereka boleh memilih untuk menurut atau berdosa.  Kejayaan Kristus bertumbuh daripada penurutannya dan bukan daripadaa keadaannya yang tidak boleh berbuat salah.  Kejayaannya telah diketahui dari penglihatan Allah.  Dia telah diberi kuasa untuk meneruskan penurutan dan imannya.  Penguasaannya terhadap penciptaan alam semesta, oleh itu, kuasa Kristus dan penciptaan Semesta mestilah diperluaskan kepada manusia selepas kebangkitan yang kedua dari Ulangan 4:19.

 

The New Catholic Encyclopedia (N.C.E.) artikel Trinitas, Suci, Vol. XIV, McGraw Hill, N.Y., 1967, m.s. 296 membuat pernyataaan yang paling luar biasa mengenai ajaran Hippolytus.

 

Hippolytus didalam pembuktian kesalahannya terhadap Noetus (10) dan pengenalan Kristus dengan Bapa yang diperbesar-besarkan, mendesak bahawa Allah adalah ramai dari mulanya.

 

Ini adalah salah daripada perbandingan dengan ayat sebenar Hippolytus (C. Noetus 10) di atas.  Autoriti yang sama mempercayai bahawa

 

Tertullian, yang menentang sikap yang sama (Adv. Prax. 5),  semuanya tetapi dengan tegas mengambil secara peribadi mengenai keserbaragaman yang kekal.  Firman akan berdiri kekal dan berlainan dari Bapa walaupun ia masih lagi di dalam Ketuhanan didalam cara yang dicadangkan oleh pemikiran manusia, sebagai perbicaraan dalaman dalam pengertian lain, yang kedua ditambah kepada diri seseorang, walaupun ia masih lagi didalam diri seseorang.

 

Bentuk ini melibatkan logik yang sama seperti Noetianisme dan Sabellianisme dan tidak masuk akal sama sekali.

 

Tertullian berpegang dari Against (adv.) Praxeas bahawa:

 

Allah yang hanya satu ini juga mempunyai Anak, FirmanNya, yang keluaar daripada diriNya, dimana segala sesuatu telah dicipta… Semua tetapi satu, melalui kesatuan (iaitu) unsure-unsur; sementara misteri mengenai dispensasi masih lagi dilindungi, yang mengagihkan Kesatuan kepada Trinitas, menempatkan dalam urutan mereka untuk tiga orang – Bapa, Anak dan Suci [Roh];  tiga tetapi, bukan dalam keadaan tetapi dalam darjat; bukan dalam bahan-bahan tetapi dalam bentuk; bukan dalam kuasa tetapi dalam aspek; tetapi dalam satu bahan, dan satu keadaan, dan satu kuasa sebab mereka adalah Satu Allah, yang mana semua darjat, bentuk dan aspek ini telah digabungkan dibawah nama Bapa, Anak dan Suci [Roh]… (II);

 

Tertullian juga mengatakan bahawa Bapa membangkitkan anak dari kematian (II).  Oleh itu, Tertullian membuat satu perbezaan mengenai hubugan antara ketiga-tiga entiti tersebut, yang mana merupakan aspek-aspek operasi Allah dalam tahap.  Anak dan Roh adalah prosesi dari Bapa dan aspek bawahan manifestasiNya.  Tertullian memberikan Trinitas urutan dalam nombor dan pengagihan (III).  Dia juga percaya bahawa Monarki Allah datang dari Bapa (III).  Tetapi ia adalah sama dengan Anak yang dipercayai oleh kedua-dua (III) yang komited kepada Anak oleh bapa (IV).

 

Tertuliian memegang bahawa Roh Suci berjalan dari Bapa melalui Anak.  Tertullian mempercayai (IV) bahawa Bapa dan Anak adalah dua orang yang berasingan.  Oleh itu, ia mungkin ditegaskan bahawa Binitarianisme yang benar bermula dengan Tertullian.

 

Dia yang menentukan (segala sesuatu) dan Dia yang mana mereka ditentukan – mestilah dalam dua makhluk yang berlainan.

 

Bagaimanapun, Tertullian mengatakan dalam Bap V bahawa sebelum segala sesuatu, Allah adalah sendirian.

 

Sebelum segala sesuatu, Allah adalah sendirian – sebagai dalam diriNya sendiri, alam adalah untuk diriNya sendiri, dan ruang angkasa, dan segala sesuatu.  Tambahan pula, Dia adalah sendirian, sebab tidak terdapat sesuatu diluarNya melainkan diriNya sendiri.

 

Kenyataan dimana dia memiliki Pertimbangan membuat dia bukan sendirian dan Tertullian mempercayai bahawa kemampuan untuk Pertimbangan, yang dipanggil oleh bahasa Yunani logos, adalah kemampuan dari permulaan yang mana lebih tepat pertimbangan dan bukan perkataan sebab Dia mempunyai pertimbangan tetapi tidak bercakap.  Oleh itu, Terlullian membuat perbezaan bahawa Kristus adalah pertimbangan Allah dan bahawa pertimbangan in mestilah disegerakan didalam dasar keilahian dari permulaan.  Persoalan adalah terpula kepada beberapa tentangan-tentangan.  Kesilapan pertama adalah bahawa Kristus adalah aspek keseluruhan Firman dan Kebijaksanaan dan bukan hanya manifestasi aspek-aspek tersebut.  Oleh itu, dia adalah Logos sebagai sebahagian daripada Logon (untuk pembangunan lihat karya Teologi Awal Ketuhanan (No. 127) dan lain-lain yang disenaraikan).  Logos yang memperlihatkan dirinya kepada manusia adalah Kristus.  Jika Kristus bersama dengan Allah sebelum permulaan, seperti yang dinyatakan oleh Tertullian, bahawa Allah mempunyai pertimbangan malah sebelum permulaan,  Kristus adalah sebahagian daripada pelengkap Alah, yang mampu menjadi penyaluran tetapi tidak boleh diasingkan kepada entiti tunggal.  Adalah mustahil untuk mencadangkan bahawa Kristus, selain daripada Allah, menjadi sebahagian daripada Allah tanpa pertimbangan atau Kebijaksanaan, dan oleh itu, bukan Allah.

 

Kristus adalah permulaan ciptaan Allah (Wahyu 3:14).  Oleh itu, kita sedang mengenalpasti permulaan sebagaimana yang difahami oleh ahli-ahli theologi awal sebagai permulaan ciptaan, yang bermula dengan masa.  Tertullian mempercayai bahawa Allah wujud sebelum permulaan didalam kekekalannya (V), berbeza dari dan lebih besar daripada Anak (IX) yang kedua-duanya Firman dan Kebijaksanaan (VI).  Allah tidak menjadi Bapa sehingga selepas penciptaan Firman (VII) untuk mengakibatkan penciptaan (Adv. Hermog. 3).  Oleh itu, Allah Bapa berada diluar masa tetapi segala sesuatu tidak.  Hanya Dia sahaja Allah yang tertinggi.  N.C.E. menyatakan bahawa

 

Pada pertengahan abad yang ketiga, seorang mungkin boleh melihat apa yang direfleksikan dalam risalat Novatian, De Trinitate, Jemaat Roma, yang pada asalnya dingin terhadap penekanan tentang perkara lain dan bentuk kejamakan, dan sampai kepada masa untuk memasukkan pengertian utama tertullian.  Selain itu, Novatian mendesak (bab. 31) secara terbuka terhadap ketidaksamar-samaran tentang kekekalan bapa dan keanakkan didalam keilahian (op. cit., m.s. 297).

 

Seperti yang boleh dilihat di atas, ajaran Novatian, sementara memasukkan beberapa sentimen Tertullian, telah menjadi dasar kepada konsep Novatian (diduga) mengenai kekekalan bersama dalam pertentangan kepada perkataan-perkataan Tertullian.

 

Oleh itu, ajaran tersebut adalah hasil daripada pembangunan Jemaat abad yang ketiga.  Ia bukanlah berdasarkan kepada tulisan alkitab tetapi dengan cara perlahan-lahan dijadikan theologi yang salah.  Komen-komen di atas menunjukkan bahawa yang berkuasa telah disalahfahami, menyongsangkan maksud ayat-ayat yang menunjukkan pembacaan-pembacaan yang terpilih.

 

Sekolah di Timur, menumpukan perhatian kepada Alexandria dan tulisan dengan lebih dekat kepada zaman Hippolytus, dan Tertullian telah memasukkan ajaran tersebut, bermula dengan Clement (di atas), daripada Anak sebagai generasi Bapa.  Tetapi Clement adalah Subordinatis, seperti semua ahli-ahli theologi awal.  Pengganti Clement adalah Origen.

 

Kita lihat dari urutan ini bahawa ajaran mengenai kekekalan bersalam Kristus adalah ajaran Novatian (c. 250).  Petikan di atas oleh N.C.E., mengenai kedudukan kekekalan Bapa dan anak dalam keilahian mungkin satu kenyataan yang terlebih.  Kelly memegang bahawa Novatian adalah lebih kuno daripada Hippolytus dan Tertullian dimana pengaruh merke telah dipantulkannya.  Dia mempercayai bahawa satu-satunya dan hanya satu keilahian ialah Bapa, iaitu pengarang dan pemberi hidup kepada semua realiti  (De Trin. 31).  Bagaimanapun, dari Dia, apabila Dia kehendakinya, telah lahir seorang Anak,  Firmannya… sebagai orang yang kedua selepas Bapa.  Dia tidak ikatkan generasi dengan penciptaan.  Dia mendugakan bahawa Bapa selalunya Bapa, dan oleh itu, Dia mestilah selalu mempunyai anak.  Konsep ini telah diperkembangkan dari pandangan bahawa Kristus wujud sebelum pondasi dunia (De Trin. 16).  Dalam pengertian ini, Kristus wujud sebelum penciptaan tersebut.  Walau bagaimanapun,  terdapat dua aspek tentang penciptaan, iaitu fizikal dan rohani.

 

Dalam pengertian ini, Novation tidak memahami perhubungan Perjanjian Lama dengan anak-anak Allah, oleh sebab itu, theologinya adalah rosak.  Inilah kes dengan Binitarians dan juga Trinitarians.  Bagaimanapun, kedudukannya kelihatan menolak sebarang aspek mengenai persamaan bersama, yang mana lebih dalam pemeliharaan dengan Binitarians moden daripada dengan Trinitarians.

Pandangan quasi-trinitarian sekarang ini didukung seoleh-oleh seperti ajaran alkitab tetapi ia tidak dipegang sehingga Novatian.  Pengikut-pengikut Novatian juga menyebabkan perpecahan didalam Jemaat disebabkan oleh sikap mereka terhadap mereka yang hilang ingatan sewaktu penganiayaan Decian (Kelly Ajaran Kristian Awal, m.s. 204, 436 f).

Origen dengan jelas adalah Subordinatis.

 

Kami mengistiharkan bahawa Anak tidaklah sebesar daripada Bapa, tetapi lebih rendah daripada Dia.  Dan kepercayaan ini diasaskan kepada perkataan Yesus sendiri.  “Bapa yang mengirimkan aku adalah lebih berkuasa daripada aku.  (Con. Cels., VIII, xv)

Oleh sebab itu, kita tahu bahawa Dia adalah Anak Allah, dan bahawa Allah adalah BapaNya.  Tiada yang luarbiasa atau tidak menarik tentang tabiat Allah didalam ajaran yang Dia harus ada seperti Anak yang tunggal;  dan tiada seorang yang akan memujuk kita bahawa yang satu bukanlah Anak yang tunggal Allah dan Bapa.  Jika Celsus telah mendengar sesuatu dari seseorang yang mempercayai bahawa Anak Allah bukanlah Anak Pencipta alam semesta, maka perkara tersebut adalah suatu perkara yang terletak antara dia dan penyokong pendapat tersebut.  (Con. Cels., VIII, xiv)

 

Origen sebagai pengganti kepada Clement di Sekolah Alexandrian:

 

memimpikan alam semesta bersama dengan aliran Neoplatonis mengenai ramalan perhitungan hierarki.  Pada puncak yang sangat penting, terdapat Allah Bapa (De Princ. 1.1.6), satu sumber tanpa sumber atau, untuk menggunakan istilah kesukaan Origen (e.g., In loan. 2.20. 75), tidak menghasilkan [agennetos].  Tetapi (De Princ. 1.2.3) Bapa mempunyai semua kekekalan anak, dan (in Loan. 1. 10. 75) melalui Anaknya, iaitu Firman, dia telah membawa Roh Suci.  Ketiga-tiga, Origen meneruskan dalam petikan, terdapat tiga individu yang berlainan [oleh itu, orang] atau *hypostases (petikan. In Ioh. 2, 10, 75).  Sementara itu (Frag. In Hebr.), dengan rujukkan yang tegas disini, kepada Bapa dan Anak, mereka berkongsi bersama ‘komunita bahan.’ untuk Anak, dan dia menambah kemudianya dengan ‘dengan bahan yang sama’ [*homoousios] sebagai Bapa. (N.C.E., m.s. 297).

 

J. N. D. Kelly Ajaran Awal Kristian tentang teori Origen mengenai Hypostases mengatakan:

 

Penegasan ini, bahawa setiap ketiga-tiga adalah hipostasis yang berbeza dari semua kekekalan, bukan hanya (untuk Tertullian dan Hippolytus) seperti yang ditunjukkan didalam ‘ekonomi’, adalah satu daripada sifat-sifat penting ajarannya, dan timbul secara langsung dari idea generasi yang kekal.  Hupostasis dan Ousia secara asalnya adalah sinonim, yang dahulu Stoic dan yang kemudian Platonic, yang bererti kewujudan yang nyata, iaitu benda; tetapi hupostasis meneruskan konotasi dalam Origen [contoh In Ioh 20,22,182f.; 32,16,192f.], dia lebih kerap memberikan perasaan nafkah secara individu, oleh itu kewujudan secara individu.  Kesilapan Modalisme, dia bersetuju [ibid.. 10,37,246: cf. ib. 2.2.16; Dalam Matius. 17,14.], terdapat didalam  penanganan ketiga-tiga sebagai nombor yang tidak boleh dibezakan ( *4"NXD,4< Jè •D42:è), hanya boleh dipisahkan didalam minda, ‘seseorang bukan sahaja di dalam dasar inti tetapi juga di dalam keadaan mendapatkan nafka hidup’… (m.s. 129)

 

Dari De Orat. 15,1; C. Cels. 8,12.  Origen memegang ajaran yang benar iaitu bahawa Anak “adalah nafkah hidup selain daripada Allah”.  Bapa dan Anak adalah “dua perkara dalam aspek kemanusiaan mereka, tetapi satu dalam suara, harmoni dan identitas dalam kehendak”  (lihat juga Kelly, ibid.).  Kelly mengatakan bahawa:

 

Sementara mereka betul-betul dibeza, ketiga-tiga adalah dari sudut pandangan yang lain; seperti yang dia nyatakan [Dial. Heracl. 2], ‘kami tidak takut untuk berkata dalam satu perasaan untuk dua Allah,  dalam pengertian lain dalam satu Allah’ (ibid.).

 

Origen percaya Bapa sebagai sebelum Anak secara theologi dan bahawa Anak adalah hasil daripada Bapa.  Dia memegang kesatuan sebagai satu moral dan bukannya Modalisme yang hanya dianggap dan tidak masuk akal.  Origen menerangkan perkahwinan antara lelaki dan isteri sebagai satu daging sebagai simbol perkara kepada ini dan juga menyamakan perhubungan kemanusiaan umat pilihan dengan kristus sebagai satu roh.  Oleh itu, sekali lagi, Bapa dan Anak walaupun berbeza, adalah satu Allah.  Kelly percayai bahawa walaupun Origen kelihatan memperkatakan Kristus sebagai satu makhluk, ini adalah kelonggaran yang disedari kepada Amsal 8:22 dan Kolose 1:15 and bahawa ia tidak seharusnya ditekankan.  Dia mengambil bahagian didalam sifat keilahian dengan disatukan kepada sifat Bapa (In Ioh, 2,2,16; 2,10,76; 19,2,6).  Kelly mengatakan bahawa

Seseorang mestilah berhati-hati, supaya tidak menyumbangkan kepada Origen sebarang ajaran tentang persamaan sifat bersama antara Bapa dan Anak.

 

Penyatuan Origen dengan Bapa dan anak adalah satu kasih, kehendak dan tindakan (Kelly, mengabaikan ayat-ayat yang bertahan dalam terjemahan Latin Rufinus whitewashed, ibid., m.s. 130).  Origen menyatakan mengenai Roh Suci (Frag. In Hebr. PG 14, 1308).

 

Dia menyediakan kepada mereka, disebabkan Dia dan pengambilan bagian mereka didalam Dia, yang disucikan dengan perkara tersebut, jika saya mahu menghurainya, dengan kebenaran.  Kebenaran yang sama ini telah memberikan kesan kepada Allah, dan dipelayani oleh Kristus, dan mencapai nafkah hidup secara individu (ßN,FJfF0H) seperti Roh Suci (lihat juga Kelly, ibid.).

 

Kelly (m.s. 130-131) menganggap dari ini bahawa dasar utama sebagai Roh Suci adalah Bapa tetapi ia disampaikan kepda Roh oleh anak, yang mana Roh mendapatkan semua sifat-sifatnya (cf. ibid., 2,10,76).

 

Ketiga-tiga adalah kekal dan berbeza tetapi mereka bukanlah tiga makhluk yang berasingan.  Kesilapan ialah terletak pada kemasukan bahawa Anak mengilhami Roh dengan semua sifat-sifatnya dan bukannya sebagai penguasa dalam umat pilihan.  Kekekalan bersama adalah secara logik dipersetujui.  Kegagalan untuk memahami sifat Roh didalam penguasaan monoteis pada umat pilihan adalah kesilapan asas disini Roh Kudus (No. 117)).

 

Fahaman Emanationisme Platonis mencatat bahawa struktur yang diturunkan didalam bentuk-bentuk ini dari Bapa, dan oleh itu, Roh menjadi bentuk yang ketiga dan bukannya agensi yang hidup dan cara dimana Kristus menjadi satu dengan Allah.  Melalui kemanusiaan Roh boleh menjadi satu seperti Kristus tetapi dengan berasaskan syarat yang mana ditolak oleh orang-orang Yunani.  Penggangguan neo-Platinisme dalam Kekristianan telah disebarkan (lihat Mysticisme).  Kegagalan untuk memahami perbezaan yang dibuat oleh Origen di atas memberi peluang untuk Sidang Nicaea kira-kira 100 tahun kemudiannya dibentuk.  Kesatuan terhadap unsur asas adalah kesatuan yang diberikan oleh unsur asas Roh Suci, yang mana ia sendiri adalah sifat-sifat Allah.  Origen percaya bahawa hanya Bapa sahaja Allah dari diriNya sendiri. [autotheos] (In Ioan. 2.2.17).

dan didalam fikiran Origen (C. Cels. 5.39) Kristian dengan betul merujukkan kepada Anak sebagai tuhan yang ‘kedua’ [deuteros] (*,bJ,D@H) (N.C.E., ibid.).

 

Penjangkaan Origen terhadap penciptaan kekal meniadakan konsep kekekalan bersama Kristus.

 

Dari ayat-ayat ini, kita boleh lihat bahawa Binitarian tidak betul-betul terjadi sehingga Tertullian dimana ia muncul didalam keadaan quasi-trinitarian dan ini adalah sesuai sekali sebab Binitarian adalah sangat mengelirukan, dan kelihatan seperti di-teist, satu bentuk Trinitarianisme.  Trinitarianisme bukan dalam apa-apa bentuk sehingga Origen.  Contoh pertama yang diketahui yang menyatakan  tentang tiga elemen yang berperanan didalam konser, adalah dibuat oleh Theophilus di Antiok (c. 180 AD) yang menggunakan istilah trias dimana Latin Trinitas dipegang sebagai terjemahan.  Theophilus menggunakan trias terhadap Allah, FirmanNya dan KebijaksanaanNya (Theophilus kepada Autolychus.   ANF menterjemahkan trias sebagai Trinitas).  Seterusnya yang menyatakan mengenai istilah tersebut ialah datang dengan Tertullian (De Pud., c. xxi, P. G., II, 1026).  Sementara Tertullian adalah yang pertama untuk menegaskan kesatuan yang perlu terhadap ketiga-tiga ‘orang’ ia dilihat bahawa logik dan persoalannya adalah subordinatis (lihat Schaff Sejarah Jemaat Kristian, Vol. II, m.s. 570).  Yang paling dekat persamaan dengan ajaran Niceno/Constantinopolitan mengenai Trinitas tidak sehingga bishop Roma, Dionysius (c. 262 AD) yang menjadi prihatin dengan penghapusan proses mengurangkan tiga entiti tersebut kepaa Allah-allah yang berasingan (Schaff, ibid.).  Proses ini juga diteliti didalam karya Teologi Awal Ketuhanan (No. 127)).

 

Pengesahan Theologi Tentang Keilahian Jemaat Awal

Ahli-ahli theologi memahanmi bahawa ajaran Jemaat awal adalah Unitarian Subordinatis.  Mereka menganggap dengan tidak begitu tepat bahawa ini adalah pemahaman yang cetek sehingga dalam abad yang keempat di Nicaea dan Constantinople.

Pandangan-pandangan seperti mana yang kita lihat dari komen-komen berikut, mengakui  ajaran-ajaran awal dan mahu menegaskan keunggulan dari Sidang-sidang kemudian.  Sepertimana kita lihat dalam karya Jiwa [092], Anders Nygren (Agape and Eros, Tr. Oleh Philip S. Watson, Harper Torchbooks, New York, 1969) menyatakan perbezaan yang jelas yang dibuat oleh Justin Martyr di antara Allah dan Manifestasi Logos:

Logos dalam pandangan lain adalah bersifat ketuhanan tetapi bukan didalam maksud yang khusus perkataan tersebut… Bapa sahaja yang tidak diperanakkan dan tidak boleh disuap, dan oleh sebab itu, Allah.  Dia adalah yang Pembuat dan Bapa kepada segala sesuatu.  (Dial. lvi. 1.) Dia tidak datang kepada kita; Dia sentiasa tinggal di atas syurga dan tidak pernah memperlihatkan DiriNya kepada sesiapa dan tidak pernah berurusan dengan sesiapa.  (Dial. v. 4.)  Berhubung kepada Dia, Kristus adalah pada pangkat yang lebih rendah,  *,bJ,D@H 2,`H, [deuteros theos] ‘Allah lain selain daripada Dia yang mencipta segala sesuatu.’  (Dial. lvi. 1.)

 

Nygren mengatakan ini:

Sifat subordinationist didalam Kristology Apologists, tidak syak lagi telah menyumbangkan kepada idea orang-orang Yunani tentang Allah.  (m.s. 280)

 

Nygren adalah salah dalam perkara ini seperti yang boleh dilihat dari penelitian skema Perjanjian Lama dan Baru di atas.  Justin Martyr adalah lebih dekat daripada dia;  bagaimanapun, perbezaan dan tindakan penciptaan adalah berkaitan dengan Logos, dan kedudukan ini tidak difahami oleh mana-mana.  Nygren mengatakan bahawa Loofs adalah betul apabila dia mengatakan mengenai Apologists:

 

Ajaran mereka tentang Logos, bukanlah Kristology yang ‘lebih tinggi’ daripada biasa, tetapi ia adalah pada tingkat yang lebih rendah daripada perkiraan Kristian tulin terhadap Kristus.  Bukan Allah yang menunjukkan DiriNya didalam Kristus, tetapi Logos, Allah yang telah dikurangkan (depotenzierte),  Allah iaitu Allah yang dibawah kepada Allah yang tertinggi.  (Loofs Leitfaden zum Studium der Dogmengeshichte, 4 Aufl., 1906, p. 129, ibid.)

 

Nygren dan Loofs adalah kedua-dua salah didalam perkiraan mereka mengenai apa sebenarnya Kristian tulin.  Mereka cuba menterjemahkan Kristologi Ante-Nicene yang mengikuti alkitab dengan lebih dekat dalam konsep-konsep moden yang merupakan tidal berasaskan alkitab.

 

Ahli-ahli theology menganggap bahawa jemaat awal telah tersalah memahaminya.  Mereka juga cuba menegaskan bahawa pandangan Kristian awal telah diambil dari konsep Yunani tentang Allah apabila kedudukan tersebut adalah biasa kepada zaman purbakala – bukan sahaja terbukti didalam kosmologi Ibrani tetapi dimana-mana.  Kenyataannya ialah bahawa konsep filsafat Yunani seperti yang dibangunkan dari Platonisme adalah tekanan yang kuat dibelakang Trinitarianisme dan Doktrin Jiwa purba yang terdapat didalam Gnosticisme dan juga dari Misteri pemujaan  (lihat di bawah dan juga karya Jiwa (No. 92)).

 

Pemalsuan Trinitarian Lain

Dengan kekurangan alkitabiah dan bukti jemaat awal dalam menyokong Binitarianisme dan Trinitas, ia tidak menghairankan bahawa para cendekiawan Reformasi membentuk ayat Trinitarian untuk Alkitab.  Ini terdapat didalam Receptus dimana ia sepatutnya 1Yohanes 5:7.  Tidaklah jelas siapa penulisnya.  Erasmus telah diberi kredit tetapi mengabaikan ayat tersebut.  Kemungkinan juga ia ditulis oleh Elzevirs.  KJV menuliks ayat tersebut seperti ini:

 

1Yohanes 5:7 Sebab ada tiga yang memberi kesaksian (di dalam sorga: Bapa, Firman dan Roh Kudus; dan ketiganya adalah satu.  (KJV)

 

Ayat ini adalah satu pemalsuan dan telah dikenali sebagai pemalsuan terhebat dalam abad.  Walau bagaimanapun, ia masih lagi sesuai bagi Trinitarian untuk dikutip apabila mereka dicabar.

 

Kekekalan Warga Semesta Alam

 

Kedudukan yang telah dibentuk menunjukkan kedudukan alkitab dari ayat-ayat tersebut dan jemaat awal.  Adalah tidak begitu sesuai untuk mencadangkan bahawa jemaat melihat Kristus sebagai kekal bersama atau selain daripada hasil Bapa.  Ajaran tentang kekekalan bersama, iaitu bahawa kristus telah dipercayai mempunyai kewujudan kekal yang tidak bergantung kepada Bapa, adalah theologi yang dipalsukan.  Ajaran mengenai tiga elemen Allah sebagai makhluk yang kekal wujud atau orang yang sama tidak terdapat dimana-mana sehingga Constantinople (381 AD) dan ia juga telah disalahrumuskan.

 

Kekekalan yang Kristus ada, adalah kekekalan yang sama yang dikongsikan oleh umat pilihan dengan Kristus (Rom. 8:17; Gal. 3:29; Tit. 3:7; Ibr. 1:14; 6:17; 11:9; Jas. 2:5; 1Pet. 3:7).  Adopsi Allah ini timbul pada pembebasan kepada tubuh (Rom. 8:23).  Oleh itu, kita semua menjadi kekal.  Sifat kekekalan ini adalah janji yang terus-menerus.  Ia bukan dan tidak boleh menjadi retrospektif dengan lojiknya.  Tiada seorangpun daripada kita, termasuk Kristus, boleh menjadi Alfa.  Kita boleh, dan semua akan menjadi, Omega tetapi hanya sebagai sebahagian daripada Allah, yang mana kewujudan akan menjadi sempurna.  Oleh itu, Dia sahaja yang Alfa dan Omega.  Kekristianan moden gagal untuk memahami sifat sebenar dan kuasa penuh sistem Monoteis yang dibebaskan daripada system-sistem limitasi binitarian/trinitarian yang salah terhadap Keilahian.  Kuasa mereka terhad kepada visi mereka sendiri dan penipuan oleh musuh yang mahu menghadkan kuasa dan potensi mereka.

 

Warga Semesta syurgawi mempunyai hidup kekal sementara mereka terus dipelihara didalam roh (lihat juga karya Kehidupan Kekal (No. 133)).  Persoalan utama mengenai kekekalan rohani adalah berhubung kepada persoalan Teori Kerelatipan dalam limitasi pemahaman kita sekarang.  Ruang, Massa, Tenaga, dan lain-lain lagi, adalah ungkapan yang bersamaan dengan satu elemen asas.  Kebolehan Allah untuk menyedia dan mengawal kuasa ini adalah hasil daripada kemahakuasaanNya.

 

Kristus haruslah terbatas didalam masa dan ruang sebagai manusia supaya ia boleh dibawa kepada pengadilan dan mati.  Allah tidak boleh lakukan ini, begitu juga dengan Warga Semesta, sebab mereka wujud (lihat juga karya Tujuan Penciptaan dan Pengorbanan Kristus [160]).

 

Pengurangan Warga Semesta didalam pemberontakan adalah oleh limitasi mereka dalam masa dan ruang.  Oleh itu, dengan dihadkan kepada lubang yang tidak mempunyai dasar, menghadkan mereka dalam masa dan ruang.  Ia juga menghadkan kuasa mereka.  Warga Semesta yang berdosa akhirnya akan diturunkan kepada kewujudan fizikal dalam kebangkitan kedua dan akan diadili.  Syaitan akan diturunkan menjadi manusia (Yes. 14:12-15) dan akan dibawa kepada kubur, kepada lubang (ayat 15), dan kemudiannya ditangani dalam bentuk seperti itu.  Dia akan dilihat oleh bangsa-bangsa dalam keadaan seperti itu.

 

Yesaya  14:16   Orang-orang yang melihat engkau akan memperhatikan dan mengamat-amati engkau, katanya: Inikah dia yang telah membuat bumi gemetar, dan yang telah membuat kerajaan-kerajaan bergoncang,

 

Dia sama ada bertobat atau mati (lihat karya Penghakiman Terhdap Iblis (No. 80)).

 

Warga Semesta yang setia telah diuji dalam keadaan dan bahawa mereka dilatih dalam keadaaan tersebut.  Kita akan menjadi isaggelos atau sama dengan, dan sebagai malaikat-malaikat (Lk. 20:36).  Kristus mengakui kita dihadapan malaikat-malaikat untuk kedudukan kita yang akan diterima (Lk. 12:8-9).  Ini kemudiannya akan membawa kita kepada fakta seterusnya mengenai masa hadiah kekekalan.

 

Masa Hadiah Kekekalan

Tiada seorangpun yang telah dibangkitkan selain daripada Kristus; umat-umat pilihan lain telah tidur (1Tes. 4:13-18).  Tetapi yang mati akan dibangkitkan.

 

1Korintus 15:16-18   Sebab jika benar orang mati tidak dibangkitkan, maka Kristus juga tidak dibangkitkan.  17 Dan jika Kristus tidak dibangkitkan, maka sia-sialah kepercayaan kamu dan kamu masih hidup dalam dosamu.  18 Demikianlah binasa juga orang-orang yang mati dalam Kristus.

 

Tetapi, Kristus, buah-buah pertama kepada semua mereka yang sudah tidur, telah dibangkit semula dari kematian (1Kor. 15:20).  Daud telah mati dan dikuburkan dan

 

Kisah 2:29 dan kuburannya masih ada pada kita sampai hari ini.

 

Yohanes 3:13    Tidak ada seorangpun yang telah naik ke sorga, selain dari pada Dia yang telah turun dari sorga, yaitu Anak Manusia.

 

Oleh itu, perluasan kekekalan bersama-sama dengan adopsi sebagai anak-anak Allah datang dari kebangkitan dari kematian.  Penegasan bahawa sesiapa sahaja telahpun dibangkitkan dengan Kristus dan telah naik ke syurga adalah sesuatu yang bidaah dari ayat ini dalam Yohanes.

 

Hadiah kita adalah pada kedatangan Mesiah (1Kor. 15:12-26).  Kristus telah dibangkitkan dari kematian sebagai buah pertama dan kemudian setiap orang dalam giliran mereka sendiri.  Umat-umat pilihan pada kedatangannya (1Kor. 15:23).  Urutan ini adalah terkenal (dari Wahyu 20:1-15).  Wahyu 20:6 menunjukkan bahawa umat pilihan telah dibangkitkan pada kebangkitan pertama, dan kematian kedua tidak mempunyai kuasa terhadap mereka.  Oleh itu, mereka adalah kekal, tetapi tertakluk kepada penurutan.  Dari adopsi mereka, mereka memiliki Roh Suci dan mereka kemudiannya adalah anak-anak Allah dan setia.  Ia dibentuk dari kehendak Allah bahawa mereka tidak akan memberontak dan kematian dan neraka atau sheol, kubur, tidak ada lagi (Wahyu 20:14).  Mereka akan menjadi konsep yang tidak boleh dipakai lagi.  Manusia-manusia lain akan menerima kekekalan dari kebangkitan yang kedua apabila semua orang siap diadili dan diperbetulkan.  Mereka akan diselamatkan melalui pengajaran dan aktiviti-aktiviti umat pilihan dalam urutan kebangkitan kedua, yang akan berterusan selama satu ratus tahun (Yes. 65:20).

 

Warga Semesta tidak mempunyai hidup kekal (lihat Cox Penciptaan: Dari Theologi Anthropomorphic  kepada Anthrolopologi Theomorphic, 4-6, m.s. 121-122). Nygren memahami konsep kehidupan kekal didalam jemaat apabila ia mengatakan:

 

Kepercayaan Jemaat kuno mengenai kebangkitan berbeza sekali dengan Hellenisme.  Tradisi Kristian menegaskan ‘Kebangkitan daging,’ yang mana ditentang oleh Apologists terhadap ajaran Hellenisme mengenai ‘kekekalan jiwa.’  Pertentangan tersebut adalah disedari dan disengajakan, sebab tidak pernah mereka mempunyai tentangan sehebat ini kepada semangat Hellenisme yang pernah dirasai oleh orang-orang Kristian awal.  Doktrin Platonic, Hellenisme mengenai kekekalan jiwa, bagi Apologist, ia adalah ajaran tanpa tuhan dan menghinakan, dan diatas semua perkara, mereka mesti diserang dan dimusnahkan (Justin, Dial, lxxx. 3-4)

 

Motto mereka dalam perkara ini ialah mungkin lebih sesuai dengan kata-kata Tatian: ‘Tidak Kekal, orang-orang Yunani adalah jiwa dalam diri sendiri, tetapi boleh mati.  Tetapi ada kemungkinannya ia tidak akan mati.’  (Tatian, Oratio ad Graecos, xiii. 1).  Perbezaan antara Kristian dan bukan Kristian dalam perkara ini adalah sangat besar sehinggakan kepercayaan didalam ‘Kebangkitan Daging’ boleh menjadi semboyan.  Seseorang yang percaya kepada ‘Kekekalan jiwa’ menunjukkan bahawa dia bukanlah seorang Kristian.  Seperti yang dikatakan oleh Justin:  ‘Jika kamu mempercayai kepada mereka yang dipanggil Kristian… dan mengatakan bahawa tiada kebangkitan kepada mereka yang mati, tetapi hanya jiwa apabila mereka mati dan dibawa ke syurga; tidak membayangkan bahawa mereka adalah Kristian.’ (Dial. lxxx. 4) (ibid., pp. 280-281)

Kedua-dua perkara di atas, dengan jelas menandakan titik pembatasan antara Kristian dan filsafat pseudo-Kristian.  Perluasan kehidupan kekal kepada Warga Semesta oleh Allah adalah melalui penurutan.  Peringatan kepada hidup kekal ialah juga melalui penurutan (lihat juga karya-karya Kebangkitan Orang Mati (No. 143), Kehidupan Kekal (No. 133) dan Jiwa (No. 92)

 

Terdapat hanya satu Allah yang benar dan Yesus Kristus adalah anakNya.  Allah yang benar tinggal ditempat terang yang tidak dapat dihampiri, Seorangpun tak pernah melihat Dia dan memang manusia tidak dapat melihat Dia (1Tim. 6:16).  Dia hanya boleh didekati dan disembah didalam roh dan kebenaran, dan merekalah orang yang dikehendaki oleh Bapa untuk menyembah Dia (Yohanes 4:23).  Ini adalah kehidupan kekal yang engkau tahu, iaitu satu Allah yang benar dan anakNya Yesus Kristus yang Dia kirimkan (Yoh. 17:3).  Eloah sendiri adalah tujuan kepada kebaktian Bait Suci sebagai Allahnya dan Bapa (Ezra 4:24 kepada 7:23) dan segala sesuatu akan dilakukan mengikut kehendak HukumNya (Ezra 7:25-26).

 

Inilah ajaran utama Jemaat-jemaat Allah dalam masa dua ribu tahun (lihat karya Distribusi Umum Jemaat-Jemaat Yang Memelihara Sabat (No. 122)).  Ajaran ini telah diserang apabila jemaat jatuh kepada kemurtadan – pertama sekali, peristiwa-peristiwa sehingga kepada Nicaea/Constantinople (381) dan, keduanya, dalam zaman Reformasi, apabila jemaat hilang kedalam Protestantisme dibawah Barat Waldensians dan baru-baru ini dibawah Jemaat-jemaat Allah yang diadakan di Amerika dari kira-kira 1955 keatas.  Jemaat telah dianiaya oleh mereka yang dipanggil sistem ortokoks untuk berabad-abad disebabkan ajaran ini, yang mana, bersama-sama dengan hukum-hukum makanan, Sabat-sabat, Bulan-bulan Baru dan Hari-hari Suci adalah tanda yang membezakan iman.

 

q