Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[167]

 

 

 

 

Arianisme dan Semi-Arianiam [167]

(Edisi 1.1 19960608-19991206)

 

Terdapat kecenderungan di kalangan golongan Trinitarian, sebahagian besar melalui kedunguan mereka berdasarkan propaganda ortodoks, untuk mengeirukan fahaman Unitarianisme dan Arianisme sebagai satu pandangan teologi yang sama. Tujuan karya tulis ini adalah untuk melukiskan semudah yang mungkin perbezaan di antara pegangan Unitarian dan Arian dan juga menggambarkan apa yang di lihat sebagai pegangan semi-Arian.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1996, 1999 Wade Cox)

(Tr. 2006)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Arianisme dan Semi-Arianisme [167]

 


Terdapat kecenderungan diantara Trinitarians, kebanyakan melalui ketidaktahuan berdasarkan pada propaganda kaum ortodoks, untuk mengelirukan Unitarianisme dan Arianisme sebagai pandangan theologi yang sama. 

 

Masalahnya ialah, bahawa jemaat kerasulan dan apologist awal adalah semuanya subordinationist Unitarian.  Pengakuan  oleh Trinitarians adalah terbatas kepada abad yang keempat, oleh itu, ia sangat senang bagi mereka untuk menghadkan persoalan kepada protagonist yang prihatin dengan Sidang Nicaea (325 CE) dan Constantinople (381 CE).  Masalah lain ialah bahawa kita adalah bergantung kepada huraian-huraian dan istilah-istilah golongan Athanasian untuk rekod-rekod yang dipanggil Arian atau golongan Eusebian di Nicaea.  Perselisihan di Nicaea akan diteliti pada karya yang seterusnya.  Tujuan karya ini ialah untuk menggambarkan, dengan semudah-mudahnya, perbezaan antara kedudukan Unitarian dan Arian dan juga menunjukkan apa yang dilihat sebagai kedudukan semi-Arian.  Istilah golongan ini, dari 362 CE, dikenali sebagai Macedonian, nama satu daripada protagonist yang bernama Macedonius, yang dibuka dari kerusi Constantinople oleh pihak pengadilan orang Arian (lihat Schaff History of the Christian Church, Jil. III, m.s. 663-664).

 

Pandangan Arian bukanlah dari subordinates Unitarian awal, di sekolah Lucian of Antioch, iaitu tempat asal pandangan tersebut, mempunyai dua perbezaan asas dengan Unitarianisme (jika Athanasians boleh dipercayai didalam rekod mereka, yang sendirinya mempunyai masalah).

 

Schaff menulis (ibid.) bahawa:

Arian menganggap Suci (Roh) sebagai makhluk pertama oleh Anak, dan bawahan kepada Anak sebagai Anak kepada Bapa.  Oleh itu, Trinitas Arian bukanlah trinitas yang sentiasa ada dan kekal, tetapi muncul dalam masa dan didalam gred yang menurun, yang terdiri daripada Allah yang tidak dicipta dan demi-tuhan-tuhan yang dicipta.  Semi-Arians disini, seperti ditempat-tempat lain, mempelajari ajaran ortodoks, tetapi menolak fahaman persamaan bersama, dan menegaskan penciptaan Roh.

 

Oleh itu, kita lihat bahawa Arians telah tersilap untuk memahami peranan Roh dan menganggap ia sebagai makhluk Anak apabila Roh Suci sebenarnya adalah cara dimana Kristus boleh mencapai keilahiannya.  Inilah perbezaan asas antara Unitarianisme dan pandangan yang menjadi sifat kepada Aarianisme.  Semi-Arians bersetuju dalam persoalan mengenai kekekalan-bersama kesamaan bersama dengan anak tetapi mempercayai Roh Suci sebagai ciptaan oleh kedua-dua.  Oleh itu,  tiada diantara kumpulan-kumpulan ini memahami kedudukan awal Roh sebagai kuasa Allah.  Ajaran-ajaran ini adalah mencacatkan kepada iman mereka seperti Trinitarianisme didalam perjalanan mereka.  Kegagalan golongan Arians untuk menerima Wahyu didalam peraturan-peraturan dari Sekolah Lucian di Antioch, tanpa ragu telah menjadi sebahagian daripada kegagalan theologi mereka. 

 

Golongan semi-Arian kadang-kadang dilihat sebabai golongan Binitarian pertama.  Adalah benaar bahawa terdapat tidak terdapat kumpulan Binitarian awal didalam jemaat.  Mereka yang wujud adalah dimulakan oleh, dan dikongsikan bersama dengan, elemen-elemen Gnostic yang cuba menghapuskan perjanjian Lama dan Hukum, membuat Kristus sama dengan Allah dan melampaui Dia.  Pandangan ini bahawa golonga semi-Arian ini adalah Binitarian yang pertama menempatkan ajaran dalam abad yang keempat dan diistilahkan sebagai golongan Macedonian dari 362 CE.  Masalah dengan pandangan ini ialah bahawa ia adalah cacat dan penyesuaian kepada pandangan Trinitarian yang dibangunkan dari Nicaea dalam perubahan sistem-sistem pra-trinitarian, sama ada Arian atau Binitarian.  Kedua-dua daripada pandangan ini tidak betul.  Ketiga-tiga kumpulan dari Nicaea kepada Constantinople (325-381 CE) adalah salah.  Sidang Constantinople kehilangan golongan semi-Arian dalam satu pemogokan, dan oleh itu, penenteraman gagal.

 

Ia mestilah diingat bahawa ajaran kumpulan-kumpulan ini adalah salah dan mereka sendiri, termasuk Athanasians (sekarang Katolik), adalah tidak pasti apa sebenarnya kedudukan tersebut.  Seawal-awal 380, Gregory dari Nazianzen (atau Nazianzus), satu daripada golongan Cappadocia yang menyokong dan membangunkan Trinitas, telah membuat kenyataan yang menarik:

Daripada yang bijak diantara kita, ada yang menganggap Roh Suci sebagai pengaruh, ada menganggapnya makhluk, ada menganggapnya Allah sendiri (oi de theon) dan ada yang tidak tahu mana jalan yang diambil, dari kesucian, sebagaimana yang mereka katakana, untuk Alkitab Suci, yang tidak menyatakan dengan betul dalam kes tersebut.  Disebabkan alasan ini, mereka ragu-ragu sama ada menyembah atau tidak menyembah Roh Suci, dan mengambil jalan pertengahan yang mana, satu jalan yang tidak baik (lihat juga Schaff, catatan bawah 5,6, m.s. 664).  Basil, pada 370, masih lagi dengan hati-hati, mengelakkan daripada memanggil Suci [Roh] Allah, tetapi dengan pandangan untuk mendapatkan yang lemah.  Hilaary dari Poietiers (sic) percaya bahawa Roh, yang mencari perkara-perkara yang mendalam tentang Allah, mestilah ilahi, tetapi tidak boleh mencari petikan dalam Alkitab yang dia dipanggil Allah, dan berfikir bahawa dia mestilah berpuas hati dengan kewujudan Suci [Roh] yang diajar oleh Alkitab dan yang ditegaskan dalam hati.  (De Trinitate, ii, 29; and xii, 55; cf. Schaff, ibid.).

 

Schaff meneruskan dalam perkara ini seperti berikut:

tetapi jemaat tidak mungkin boleh memuaskan dirinya sendiri dengan hanya dua dalam satu.  Formula pembaptisan dan doa kerasulan, sebagai lagu-lagu pujian tradisional trinitarian, menempatkan Roh Kudus pada tahap yang sama dengan Bapa dan Anak, dan memerlukan tiga personaliti ilahi yang tinggal dalam kesatuan essence.  Ilahi tritunggal bertimbang rasa dalam diri sendiri, tiada ketidaksamaan dalam inti dasarnya, tiada campuran pencipta dan makhluk.  Athanisius memahami dengan baik perkara ini, dan menyokong dengan keputusan unsur persamaan Roh Suci yang menentang Pneumatomachi atau Tropici (sebagaimana golongan Macedonian juga dipanggil)

 

Masalah sebenar ialah bahawa ajaran tersebut belum lagi dibentuk.  Pandangan Athanasius ini telah juga digunapakai oleh Basil, Gregory dari Nazianzux, Gregory dari Nyssa, Didymus dan Ambrose (Schaff, ibid.).  Ajaran ini telah dibentuk dari Sidang Alexandria pada 362 AD, di Roma di 375 CE dan  akhir sekali di Constantinople pada 381 CE.

 

Constantinople pada 381 AD melihat keluaran enam puluh enam semi-Arians, Macedonians atau Pneumatomachi.  Sidang, selepas keluaran tersebut, hanya mempunyai 150 uskup (Schaff, Op. cit., m.s. 639).  Oleh itu, ia tidak boleh mewakili Kekristianan pada masa itu.  Schaff membuat andaian mengenai pernyataan kepercayaan Nicaean yang disahkan disana (ibid.).  Walau bagaimanapun, ia muncul buat pertama kali.

 

Kita boleh membuat kesimpulan bahawa Trinitarian adalah kumpulan Binitarian yang telah dimanupulasikan oleh Cappadocians kepada fasa seterusnya.  Binitarianisme adalah dilihat sebagai pelopor kepada Trinitarianisme dan secara logik gagal terhadap ajaran tersebut mengikut masa.  Dalam tahun-tahun ini, ajaran baru muncul dari kesan Gnosticisme dan Modalisme terhadap pada abad-abad sebelumnya sehingga ia menjadi sebagai satu perdebatan dalam abad yang keempat.

 

Kedudukan asal dan awal jemaat adalah Unitarian dan, oleh itu, Subordinationist.  Ia bukan disebabkan oleh ketiadaan bukti terhadap perkara tersebut.  Ia bukan perdebatan dari kesunyian.  Terdapat banyak bukti dan semua bukti ini adalah Unitarian atau bidaah Modalist atau Gnostic.  Bukti tersebut menghalangi mana-mana kedudukan Binitarian diantara jemaat kerasulan atau jemaat awal.