Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[176]

 

 

 

Penghakiman Pra-Advent [176]

(Edisi 2.0 19960904-20000712)

 

Dr Samuele Bacchiocchi dari Andrews University baru saja membuat penyelidikan dalam Hari-hari Raya dan mendapat kesimpulan bahawa hari-hari ini harus dipelihara. Ini sememangnya telah sentiasa menjadi masalah bagi jemaat Seventh Day Adventist (jemaat Masehi Advent Ketujuh) kerana simbolisme Pendamaian dan penghakiman umat pilihan telah bersandar pada satu premis Ellen G White yang cacat. Sam Bacchiocchi telah berhadapan dengan masalah bagaimana untuk mengerti Hari-hari Raya ini dalam pandangan kosmologi SDA. Ini sangat sukar kerana sebab-sebab yang dituliskan dalam karya ini. Judaisme mempunyai masalah serupa kerana ia tidak memahami kedatangan-kedatangan Mesianik itu serta pembentukan jemaat. Dengan itu, pengertian mereka tentang urutan penghakiman juga cacat. Ianya jelas bahawa Sam Bacchiocchi kini berhadapan dengan masalah berkenaan penghakiman pra-advent (pra-kedatangan). Karya ini menganalisa doktrin itu.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1996, 2000 Wade Cox)

(Tr. 2005)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Penghakiman Pra-Advent [176]



Dr Samuele Bacchiocchi dari Andrews University baru saja membuat penyelidikan dalam Hari-hari Raya dan mendapat kesimpulan bahawa hari-hari ini harus dipelihara. Ini sememangnya telah sentiasa menjadi masalah bagi jemaat Seventh Day Adventist kerana simbolisme Pendamaian dan penghakiman umat pilihan telah bersandar pada satu premis Ellen G White yang cacat. Sam Bacchiocchi telah berhadapan dengan masalah bagaimana untuk mengerti Hari-hari Raya ini dalam pandangan kosmologi SDA. Ini sangat sukar kerana sebab-sebab yang dituliskan dalam karya ini. Judaisme mempunyai masalah serupa kerana ia tidak memahami kedatangan-kedatangan Mesianik itu serta pembentukan jemaat. Dengan itu, pengertian mereka tentang urutan penghakiman juga cacat. Ianya jelas bahawa Sam Bacchiocchi kini berhadapan dengan masalah berkenaan penghakiman pra-advent. Dia telah mengemukakan pertanyaan berikut:

Soalan: Patutkah Jemaat Masehi Advent Ketujuh kita mempertimbangkan untuk meluaskan dasar taipologi Hari Pendamaian dalam penghakiman pra-Advent dengan memasukkan Hari Raya Sangkakala-sangkakala?

 

Sam Bacchiocchi bergantung pada komen-komen Rabbi S.M. Lehrman bahawa:

“Alkitab yang biasanya memberikan sebab untuk setiap ibadat tidak berbuat begitu dalam kasus Rosh Hashanah [Tahun Baru atau Hari Raya Sangkakala-sangkakala], dan menganggap kesejahteraan rohani setiap individu terlalu jelas untuk memerlukan komen. Kepada guru-guru kemudiannya kami serahkan gambaran hari penghakiman di mana semua makhluk hidup berlalu di hadapan Takhta Syurgawi untuk membuat perhitungan bagi perbuatan-perbuatan mereka dan untuk menerima janji belas kasihan.”

 

Komen tentang guru-guru kemudian itu adalah kritikal. Erti perayaan-perayaan  itu terkandung di dalam Alkitab. Judaisme rabbinikal tidak mengakui Perjanjian Baru. Di situlah letaknya masalahnya. Bahagian kedua masalah itu adalah pemahaman Adventist tentang penghakiman pra-advent itu.

 

Pemahaman Adventist tentang doktrin penghakiman pra-advent bersandar pada satu fiksyen sejarah. Fiksyen ini adalah bahawa Kristus telah memasuki tempat suci menurut nubuatan yang menentukan tahun 1844 sebagai waktu peristiwa itu.

 

Tarikh ini ditentukan dari satu siri premis-premis palsu.

 

Premis palsu yang pertama adalah bahawa Empayar Rom Kudus yang secara nubuatannya memakan waktu 1,260 tahun, dan dua kali masa, satu kali masa dan setengah kali masa menurut Wahyu 12:6,14 (lihat Wahyu 12:1-18), berakhir dengan Revolusi Perancis. Umat Adventist di bawah Miller dan White berpendapat ia bermula pada 538 dan berakhir pada 1798 atau tarikh-tarikh sedemikian. Ini telah menghasilkan pergerakan Advent tahun 1842-44. Mereka telah mempertimbangkan dengan tepat bahawa Empayar Rom Kudus adalah sistem Binatang dan Perempuan Sundal itu. Sistem Advent tidak memahami sepenuhnya berapa lamakah empayar itu atau apakah yang diwakili oleh tanda binatang itu. Mereka membuat kesilapan-kesilapan yang berikut.

 

1. Mereka memutuskan bahawa Empayar Rom Kudus berakhir dengan Revolusi Perancis. Sesetengah orang menganggap waktu ini berakhir pada 1798. E.G. White, antara lainnya, berasal dari golongan pemikiran ini. Mereka telah membentuk satu teologi yang berpendapat bahawa dua saksi itu adalah Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Mereka telah diinjak-injak di jalanan di Paris dan sebagainya. Tarikh kedatangan (advent) dibentuk di sekitar tahun 1842. Tarikh-tarikh diatur semula di sekitar Paskah dan kemudian Pendamaian 1844. Kedatangan itu tidak berlaku dan akhirnya terserah kepada mereka yang tertinggal, contohnya E.G.White, untuk mengertikan nubuatan palsu ini.

 

Ellen White sepatutnya telah mengesampingkan seluruh senario itu dan bermula sekali lagi, mencari kesilapan di sebalik logik itu. Kesilapannya mudah saja. Empayar Rom Kudus tidak berakhir pada 1798 ataupun 1814 seperti yang dinyatakan orang lain dalam gerakan Advent dan Jemaat Tuhan. Pandangan yang satu lagi ini adalah bahawa Napoleon adalah penghujung Empayar Rom Kudus dan mereka terpaksa merencanakan titik-titik permulaan untuk waktu 1,260 tahun ini. Akhirnya permulaan Empayar Rom Kudus telah ditetapkan pada berbagai tarikh tidak betul di sekitar pemulihan Justinian dan dari Busta Gallorum dan sebagainya.

 

Masalahnya adalah Napoleon tidak dikalahkan sehingga tahun 1815 di Pertempuran Waterloo dan dia bukanlah sebahagian dari Empayar Rom Kudus. Malah dia telah membubarkan Empayar Rom Kudus pada 1806 dan, selepas kekalahannya pada 1815, Empayar ini dibentuk semula sebagai Konfederasi (Persekutuan) Jerman di bawah Jabatan Presiden Austria.

 

Empayar ini bertahan sehingga 1850 apabila ia dibubarkan. Tenteranya tidak dibubarkan sehingga tahun 1872. Pasitan terakhir berlangsung antara 1823-1846 dalam Negeri-negeri Paus (lihat M. Martin Decline and Fall of the Roman Church, halaman 254). Dengan itu, tiada apa yang mungkin berlaku sehingga tahun 1850. Tiada dari umat Adventist Amerika yang memahami apapun dari ini kerana mereka tidak tahu apa-apa tentang keadaan politik benua dan tidak mengambil bahagian dalam perang-perang Napoleon itu. Tidak mungkin adanya kedatangan pada 1844 kerana Pasitan masih berterusan dan 1,260 tahun itu belum lagi lengkap. Empayar itu bermula pada 590 CE dari deklarasi Gregory I. Maka nubuatan itu adalah nubuatan palsu.

 

2. Ellen White cuba membayangkan nubuatan palsu itu menjadi pendudukan Bait Suci di syurga. Dia kemudiannya membuat dakwaan salah bahawa Kristus telah memasuki tempat kudus itu pada 1844 dan bahawa peristiwa itulah yang telah diramalkan. Gerakan Advent, mengikut pertimbangan ini, tidak salah; ia hanya salah tafsir tentang peristiwa itu. Kegagalan untuk menangani kesilapan ini telah melumpuhkan pekhabaran zaman akhir selama setengah abad. Kristus telah memasuki tempat kudus pada kenaikannya. Ibrani 8:1-2 menunjukkan bahawa Kristus duduk sebagai Imam Besar dan pelayan di tempat kudus Khemah Suci sejati. Begitulah keadaannya dalam abad pertama agar umat pilihan dapat didamaikan kepada Tuhan. Peristiwa ini berlaku pada hari Minggu 18 Nisan atau 9 April 30 AD (TM) (lihat karya Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan (No. 159)). Ibrani 9:12 menunjukkan bahawa dia telah masuk sekali untuk selama-lamanya, dan telah mendapat kelepasan kekal untuk semua. Ini merupakan pandangan seluruh jemaat mula-mula selama hampir sembilan belas abad. Kalaulah Kristus tidak memasuki tempat kudus sehingga 1844, maka orang mati syahid serta orang-orang kudus zaman-zaman awal telah mati dengan sia-sia. Pandangan kemasukan ke dalam tempat kudus pada 1844 ini tidak masuk akal dan bersifat bidaah namun adalah psikologi kultus yang klasik, iaitu membuat penjelasan rasional lebih daripada mengaku kesalahan. Maka pandangan ini terus kekal, tanpa tentangan, dalam satu bahagian jemaat.

 

3. Senario 1844 telah gagal mengambil kira satu lagi nubuatan yang tidak difahami pada waktu itu. Nubuatan ini menunjukkan bahawa kedatangan itu tidak akan terjadi untuk kira-kira 190 tahun lagi. Nubuatan itu telah disalahfaham oleh Russell dan Saksi-saksi Yehovah (Jehovah’s Witnesses) dan juga menjadi punca keruntuhan mereka berhubung 1914 dalam nubuatan. Nubuatan itu berkaitan dengan kejatuhan Mesir dan Zaman Bangsa-bangsa Bukan Yahudi (lihat karya Kejatuhan Mesir: Nubuatan tentang Lengan-lengan Patah Firaun (No. 36)). Nubuatan ini telah menyaksikan seluruh Jemaat Koptik Mesir ingin bersatu semula dengan Rom dari tahun 1996 setelah berpisah sejak 451 CE.

 

Penghakiman pra-advent bermula dari pemualafan jemaat pada Pentakosta 30 CE. Penghakiman dunia ini bermula dari kedatangan (advent) pertama, bukan yang kedua (Yohanes 12:31).

 

Jemaat dimasukkan dalam penghakiman dari pembaptisan. Karena sekarang telah tiba saatnya penghakiman dimulai, dan pada rumah Allah sendiri yang harus pertama-tama dihakimi. Dan jika penghakiman itu dimulai pada kita, bagaimanakah kesudahannya dengan mereka yang tidak percaya pada Injil Allah? (1 Petrus 4:17). Penghakiman telahpun bermula di rumah Tuhan dalam abad pertama CE sebelum Petrus menulis.

 

Dengan cara itu kita semua telah ditentukan dari semula, dipilih, dipanggil, dibenarkan dan dengan itu dimuliakan (Roma 8:29-30). Kristus layak. Iblis telahpun dihakimi. Waktu penghakiman kita adalah sekarang. Dunia akan dihakimi pada Hari Besar Terakhir.

 

Hari Raya Sangkakala-sangkakala dan Pendamaian bukannya membayangi penghakiman. Keduanya membayangi campur tangan dan pendamaian. Sangkakala-sangkakala mewakili seruan kedatangan Mesias dan kejatuhan kerajaan-kerajaan dunia ini. Ada dua sangkakala (Bilangan 10:1). Peristiwa ini telah dinubuatkan bukan saja dalam Wahyu tetapi juga dalam Yosua di Yerikho (lihat karya Kejatuhan Yerikho (No. 142)) dan dalam Ester (lihat karya Komentar Tentang Ester (No. 63)).

 

Hari Pendamaian mempunyai keduaan dalam proses pengudusan. Taip pertama adalah sebagai Mesias Imam yang diwakili oleh pakaian lenan. Taip kedua adalah sebagai Mesias Raja yang dibayangkan oleh pakaian raja Imam Besar. Kambing Azazel mewakili pengikatan Iblis supaya pemerintahan Mesias Raja ini dapat berlaku. Itulah sebabnya kenapa urutannya seperti itu dalam Imamat 16:1-34.

 

Simbolisme itu jelas difahami mewakili dua Mesias, Mesias Harun dan Mesias Israel dan bahawa kedua-dua ini adalah Mesias yang sama. Ini difahami dari sebelum zaman Kristus dan pengertiannya dicatatkan dalam DSS pada Peraturan Damascus VII (Damascus Rule VII) dan fragmen dari gua IV (lihat Vermes Dead Sea Scrolls in English untuk penjelasan).

 

Ertinya adalah bahawa Mesias Imam telah menebus bagi dan mendamaikan Israel dari penyaliban, kebangkitan dan kedatangan itu.

 

Penghakiman kita adalah sekarang. Penzina Korintus telah diserahkan kepada musuh itu agar hidupnya dapat diselamatkan pada hari akhir (1 Korintus 5:5). Dia nampaknya telah bertaubat dan telah dipulihkan kepada jemaat. Dunia tidak dihakimi sekarang. Ia dihakimi selepas Milenium (Seribu tahun) pada Hari Besar Terakhir yang mewakili Penghakiman Agung Takhta Putih dalam Wahyu 20:11 dan seterusnya. Itulah sebabnya kenapa Hari Besar Terakhir adalah perayaannya yang tersendiri. Ia mewakili persiapan untuk kedatangan kota Tuhan ke dunia sesudah pemerintahan milenium Kristus sebagai Mesias Raja bersama dengan orang-orang kudus selama seribu tahun. Kebangkitan kedua adalah kebangkitan untuk penghakiman atau keputusan dari pengadilan, iaitu hukuman (krisis), dan bukan pembinasaan seperti yang disebutkan KJV (Yohanes 5:29). Pandangan bahawa dunia selebihnya akan binasa merupakan tuduhan kasar terhadap sifat Tuhan (lihat karya Kebangkitan Orang Mati (No. 143)).

 

Ellen G White telah mengambil pandangan Jerome berhubung Milenium syurgawi yang telah ditolak oleh jemaat-jemaat pemelihara Sabat selama tujuh belas abad sebagai bidaah. Dia melakukan ini kerana dia tidak dapat mengerti struktur di sekitar kegagalan nubuatan 1844 ini. Daripada meninggalkan kesilapan ini, Adventisme telah dilumpuhkan oleh hal ini sejak itu. Kesilapan-kesilapannya berhubung Milenium adalah sangat serius. Itu adalah subjek karya yang lain.

 

Kamu tidak boleh masukkan anggur baru ke dalam bekas lama atau yang rosak. Amsal 16:3 berkata bahawa jika kita serahkan segala perbuatan kita kepada Tuhan maka Dia akan melaksanakan segala rencana kita. Ianya bukan yang sebaliknya. Sesudah Tuhan membuka mata kita terhadap perayaan-perayaan ini, kita harus memelihara perayaan-perayaan itu dan dengan itu kita kemudiannya akan berkembang dalam pemahaman.

q