Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[235]

 

 

 

 

Asal-Usul Krismas dan Easter [235]

(Edisi 1.0 19980117-19980117)

 

Umat-umat Kristian telah dibiasakan menerima bahawa Krismas dan Easter adalah sebahagian daripada tradisi Kristian. Hakikatnya: Kedua-duanya bukan Kristian tetapi sebaliknya berpunca daripada kultus-kultus misteri, Saturnalia, sistem penyembahan dewi Ibu dan pemujaan dewa Matahari. Kedua-duanya bertentangan secara langsung dengan hukum-hukum Tuhan dan sistemNya.

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1998 Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Asal-Usul Krismas dan Easter [235]

 


 


Agama Kristian moden merayakan dua perayaan utama Krismas dan Easter. Satu pada bulan Disember dan satu lagi pada Mac-April. Alkitab tidak merayakan apa-apa perayaan agama pada bulan Disember sementara perayaan Mac-April yang diperintah Alkitab untuk dirayakan adalah Paskah. Ia jatuh pada Mac-April tetapi tidak dipanggil Easter dan tidak jatuh pada hari seperti yang ditentukan dengan perkiraan bagi Easter.

 

Lebih penting lagi, terdapat perayaan-perayaan lain yang diperintahkan Alkitab yang juga tidak dirayakan. Juga, Sabat yang diperintahkan oleh perintah hukum keempat tidak dipelihara tetapi sebaliknya hari Minggu dipelihara sebagai gantinya. Bagaimanakah ini terjadi? Bagaimana asal-usulnya? Adakah ia berunsurkan Alkitab dan adakah ia berciri Kristian? Jawapan-jawapannya terdapat di dalam sejarah, dan sungguh menakjubkan.

 

Krismas

 

Saturnalia

Terdapat satu perayaan yang dirayakan pada bulan Disember di Rom. Ianya perlu untuk sebarang pemahaman mengenai apa yang berlaku semasa Krismas. Perayaan tersebut digelarkan sebagai Saturnalia. Ia merupakan perayaan [dewa] Saturn yang dianggap para penduduk Latium, iaitu orang-orang Latin, sebagai dewa pertanian dan seni-seni yang perlu bagi kehidupan bertamadun (karya Smith Dictionary of Greek and Roman Antiquities, 2nd ed., London 1851, mukasurat 1009). Ianya jatuh pada penghujung bulan Disember dan dianggap para penduduk sebagai waktu untuk beristirehat dan bergembira sepenuhnya.  Sewaktu masa ini, mahkamah-mahkamah undang-undang ditutup. Tiada sebarang perniagaan boleh dijalankan. Sekolah-sekolah bercuti. Memulakan suatu peperangan dianggap perbuatan jahat dan menghukum seseorang penjahat membabitkan pencemaran (ibid). Hamba-hamba dilepaskan daripada pekerjaan-pekerjaan berat dan dibenarkan untuk memakai pileus ataupun lencana kebebasan. Mereka diberikan hak kebebasan bersuara dan dilayani di dalam perjamuan khas yang dianjurkan tuan-tuan mereka serta memakai pakaian-pakaian mereka itu (ibid.). Semua lapisan masyarakat menumpu perhatian mereka kepada bersukaria dan bergembira dengan bersertakan pertukaran hadiah antara teman-teman.

 

Dian-dian diberikan oleh mereka yang lebih rendah diri kepada mereka yang lebih tinggi kedudukan. Orang ramai membanjiri jalan-jalanan dan Smith mengatakan bahawa banyak daripada adat-adat tersebut mempunyai persamaan yang ketara dengan adat-adat Krismas dan karnival Itali (ibid.).

 

Perjudian di khalayak ramai dibenarkan pihak berkuasa seperti juga permainan kad kemudiannya yang dimainkan semua termasuk mereka yang berperaturan ketat pada malam Krismas. Kesemua penduduk membuangkan toga, memakai gaun labuh yang dipanggil synthesis dan berjalan-jalan dengan pileus pada kepala mereka. Kamus Smith mengatakan bahawa amalan ini mengingatkan pada domino, topi-topi meruncing dan samaran-samaran lain yang dipakai pada perayaan-perayaan Krismas kemudiannya oleh masques (penghibur) dan mummers (pelakon mimos). Cerei atau dian kecil atau lampu, mungkin sekali digunakan sepertimana moccoli digunakan pada malam terakhir karnival tersebut. Tradisi-tradisi lampu-lampu Krismas kita mungkin sekali terbit daripada tradisi ini.

 

Akhir sekali, sebagai hiburan di dalam persatuan peribadi, adalah pemilihan seorang raja olok-olok yang serta-merta disahkan di dalam upacara Twelfth Night (Malam Kedua belas) (ibid.). Kita kembali kepada ini nanti.

 

Sir James George Frazer, di dalam kajian klasiknya mengenai ilmu sihir dan agama (The Golden Bough, McMillan, 1976), mengatakan bahawa raja olok-olok ini memperingati kembali zaman pemerintahan Saturn yang penuh tenteram dan keadaan hamba-hamba diberikan kebebasan sementara pada waktu ini memperingati pula masa-masa dahulu apabila semua adalah bebas dan segalanya adil (ibid., ix, mukasurat 308 dan selanjutnya). Tentera-tentera Rom yang ditugaskan di Danube pada zaman pemerintahan Maximian dan Diocletian telah direkodkan (oleh Franz Cumont) sebagai telah memilih seorang lelaki muda dan tampan untuk mewakili Saturn dari kalangan mereka melalui undian tiga puluh hari sebelum perayaan tersebut. Mereka memakaikannya pakaian diraja untuk menyerupai Saturn. Dia berjalan di khalayak ramai dengan diiringi sekumpulan askar dan memenuhi kemahuan-kemahuannya tidak kira betapa buruk dan memalukan sekali. Pada akhir tiga puluh hari itu, dia kemudiannya menyembelih lehernya sendiri pada mezbah dewa yang diwakilinya. Pada tahun 303, undian tersebut jatuh ke atas Dasius seorang tentera Kristian namun dia enggan memainkan watak dewa kafir itu serta menajiskan hari-hari terakhirnya dengan perbuatan kejangakan. Dia enggan menyerah kalah pada tekanan daripada pegawai atasannya Bassus dan akhirnya dipancung oleh seorang askar iaitu John pada Durostorum pada hari Jumaat 20 November 303 iaitu hari kedua puluh empat Bulan itu pada jam keempat (Frazer, ibid.).

 

Kisah sejarah ini telah disahkan, selepas penerbitannya oleh Franz Cumont, dengan penemuan di dalam kubur katedral di Ancona, suatu keranda batu putih dengan huruf-huruf yang mencirikan zaman Justinian dengan tulisan Yunani:

 

Di sini letaknya Dasius yang kudus yang telah mati syahid, dibawa daripada Durostorum.

 

Keranda tersebut telah dibawa ke situ daripada gereja St Pellegrino pada tahun 1848 di mana ia terletak di bawah mezbah tinggi dan direkodkan sebagai telah berada di situ pada 1650 (Frazer, mukasurat 310).

 

Frazer mengatakan hal ini menggambarkan dengan lebih jelas lagi akan sifat Tuhan Saturnalia itu, iaitu Tuhan Misrule (Lord of Misrule) yang purba, yang merupakan penaung pesta-pesta musim salji di Rom (ibid., mukasurat 311). Di sini kita lihat sejauh mana pengaruhnya adat tradisi serta elemen-elemen pengorbanan manusia di dalam perayaan-perayaan bulan Disember dengan ekuinoks. Dasius umat Kristian itu rela mati syahid daripada turut serta di dalam pesta-pesta ini.

 

Oleh kerana Saturnus merupakan dewa kebangsaan kuno bagi Latium, institusi Saturnalia telahpun hilang sejak dahulukala lagi (ibid.).

 

Terdapat tiga adat tradisi yang dikaitkan dengannya:

 

1.      Ianya dianggap berpunca dari Janus yang, setelah kehilangan mengejut penyokongnya dari tempat-tempat tinggal manusia, telah mendirikan suatu mezbah baginya sebagai seorang dewa di dalam forum dan telah menetapkan korban-korban tahunan.

 

2.      Menurut Varro, ianya merujuk kepada pengembaraan-pengembaraan Pelasagi pada pendudukan mereka yang pertama di Itali. Hercules kemudiannya sewaktu kepulangannya dari Sepanyol dikatakan telah menghapuskan penyembahan serta amalan membakar korban manusia; dan

 

3.      Adat tradisi ketiga merujuk Saturnalia kepada pengikut-pengikut Hercules yang telah mendirikannya setelah kembalinya dia ke Yunani.

 

Di dalam dua adat terakhir itu kita lihat adanya kesamaan. Dengan itu amalan pesta pertanian ini mempunyai elemen-elemen tertentu yang serupa dengan pesta musim bunga Easter sepertimana akan kita lihat nanti. Elemen korban manusia yang lazim di dalam semua tradisi itu boleh juga dijejaki kepada pemujaan Molokh selaku dewa Bulan Sin dan juga pemujaan Ishtar (lihat karya Anak Lembu Emas [222]). Aspek pengorbanan ini juga muncul di dalam penyembahan dewa Attis (lihat bawah).

 

Penbangunan rumah-rumah ibadah pada zaman dahulu direkodkan, contohnya sewaktu pemerintahan Tatius, superbus Tarquinius, kepada konsul A Sempronius atau M Minucius (497 SM) atau T Larcius pada tahun sebelumnya. Nampaknya upacara-upacara tersebut pada peringkat-peringkat tertentu telah diabaikan atau dikorupsikan dan kemudiannya dipulihkan serta dilanjutkan (ibid.).

 

Saturnalia pada asalnya jatuh pada 14 Kalend Januari. Apabila kalendar Julian diperkenalkan, ianya dilanjutkan hingga 16 Kalend Januari yang mengakibatkan kekeliruan di kalangan mereka yang lebih jahil, dan Augustus telah menggubalkan agar tiga hari sepenuhnya (iaitu 17, 18 dan 19 Disember) dikuduskan untuk selamanya (ibid.). Ada pihak tidak dikenali yang telah menambahkan hari keempat dan Caligula pula telah menambahkan hari kelima iaitu Juvenalis. Ianya menjadi tidak terpakai dan kemudiannya telah dipulihkan semula oleh maharaja Claudius.

 

Khususnya, hanya satu hari sahaja telah dikuduskan bagi pemeliharaan keagamaan pada zaman Republik. Namun, perayaannya berlanjutan lebih lama lagi. Dari segi sejarah, Livy memperkatakan tentang hari pertama Saturnalia (Liv. xxx, 36). Cicero menulis tentang hari kedua dan ketiga (ad Att., v 20; xv 32). Daripada Novius (Attelanae) istilah tujuh hari Saturnalia telah digunakan dan ungkapan ini juga telah digunakan oleh Memmius (Macrobius, i, 10) dan Martial (xiv, 72; rujuk Smith, ibid.). Martial juga memperkatakan tentang lima hari yang telah digubalkan oleh Caligula dan Claudius.

 

Lima hari ini juga mempunyai kepentingan kekalendaran kuno.

 

Smith mengatakan sebenarnya terdapat tiga perayaan yang terbabit selama tempoh ini.

 

Saturnalia sebenar bermula pada 17 Disember (16 Kalend Disember).

 

Ini diikuti dengan Opalia (14 Kalend Januari atau 19 Disember) yang dahulukalanya jatuh bersama dengan Saturnalia. Kedua-duanya berlanjutan bersama selama lima hari. Perayaan ini dirayakan sempena Opis yang dikatakan adalah isteri kepada Saturn. Asalnya, ia dirayakan pada hari yang sama dan, dengan itu, tema kekasih serta dewi Ibu wujud di dalam asal-usul perayaan ini. Kita akan menemui tema ini sepanjangnya. Pengikut-pengikut Opis membayar nazar mereka dengan berduduk dan menyentuh tanah yang mana dia merupakan dewinya (Smith, ibid., art. Opalia, mukasurat 835).

 

1.      Hari keenam dan ketujuh diduduki oleh Sigillaria yang dinamakan sempena patung-patung tanah yang kecil yang dipamerkan untuk dijual pada tempoh tersebut sebagai alat-alat permainan yang diberikan sebagai hadiah untuk kanak-kanak.

 

2.      Oleh itu, tempoh ini berjalan dari 17 Disember hingga 23 Disember di bawah Kalendar Julian, apabila hadiah-hadiah diberikan kepada kanak-kanak.

 

3.      Sekarang kita teruskan dengan penelitian selanjutnya ke atas teologi di sebalik perayaan-perayaan ini. Persamaan tradisi-tradisi perayaan ini terlalu ketara untuk diabaikan.

 

Perawan Surgawi sebagai Ibu dewi

Frazer memerhatikan bahawa:

 

penyembahan Ibu Agung Para Dewa serta kekasihnya atau anaknya adalah sangat popular di dalam Empayar Rom (v, mukasurat 298 dan seterusnya),

 

Daripada inskripsi tersebut kita tahu bahawa kedua-duanya [sama ada sebagai Ibu dan kekasih atau Ibu dan anak] menerima penghormatan kedewaan bukan saja di Itali tetapi di dalam kesemua daerah – khususnya di Afrika, Sepanyol, Portugal, Perancis, Jerman dan Bulgaria (ibid.). Penyembahan mereka ini tetap kekal melepasi pengukuhan agama Kristian oleh Constantine.

 

Dengan itu, perlambangan Perawan Surgawi serta anak bayinya yang diarakkan setiap tahun tidak mempunyai asal-usul Kristian. Mereka ini berpunca daripada agama Ibu dewi yang sangat kuno. Kita akan lihat hal ini lebih dalam lagi kemudiannya.

 

Frazer memerhatikan bagaimana Symmachus mencatatkan tentang perayaan Ibu Agung. Pada zaman Augustine, para imam yang bersifat keperempuanan masih lagi berarak di jalan-jalan serta kawasan-kawasan medan kota Carthage dan, sepertimana rahib-rahib pengemis zaman pertengahan, meminta sedekah daripada orang ramai (ibid., rujuk karya S Dill Roman Society in the Last Century of the Western Empire, London, 1899, mukasurat 16; dan karya Augustine City of God, vii, 26).

 

Orang-orang Yunani sebaliknya telah menolak upacara-upacara yang lebih kejam dan mengambil upacara-upacara serupa tetapi lebih lembut daripada penyembahan Adonis (ibid.).

 

Frazer mengatakan bahawa ciri-ciri yang telah mengejutkan serta menghindarkan orang-orang Yunani adalah ciri-ciri sama yang telah menarik orang-orang Rom serta orang-orang biadap sebelah barat (ibid., mukasurat 298-299).

 

Kekalutan penuh ghairah yang disalah-anggap sebagai ilham ilahi, pencacatan tubuh badan serta teori kelahiran baru dan perlepasan dosa melalui pencurahan darah, semuanya mempunyai asal-usul kekejaman (ibid.).

 

Frazer mengatakan bahawa sifat sebenar mereka lazimnya disembunyikan di sebalik tirai alegori serta tafsiran falsafah yang penuh tertib yang telah menarik minat mereka yang lebih terpelajar kepada perkara-perkara yang sepatutnya menimbulkan rasa ngeri dan jijik. Pentecostalisme moden mendapat inspirasinya daripada idea-idea di sebalik perayaan-perayaan keagamaan ini.

 

Agama Ibu Agung ini hanya salah satu daripada sejumlah besar kepercayaan timur yang serupa yang telah tersebar ke seluruh Kerajaan Rom dan telah menerap masuk masyarakat Eropah. Menurut Frazer, ini telah perlahan-lahan merosakkan keseluruhan fabrik tamadun kuno.

 

Seluruh masyarakat Yunani dan Rom telah didasarkan pada konsep subordinasi individual terhadap kerajaan dan seluruh hidup seseorang itu tertumpu kepada pengekalan masyarakat tersebut. Jika seseorang itu berundur daripada pengorbanan terbesar maka tiada seorangpun yang terfikir bahawa mereka berbuat demikian atas sebab-sebab selain sebab-sebab asas.

 

Keagamaan timur mengajar perkara yang bertentangan dengan doktrin ini. Ia memupuk perhubungan “Jiwa” dengan Tuhan dan keselamatan abadinya sebagai satu-satunya tujuan hidup dan secara perbandingannya kemakmuran serta kewujudan keadaan itu tidak penting.

 

Akibat yang tidak dapat dielakkan daripada doktrin yang tidak berakhlak ini adalah menarik individu daripada khidmat umum dan menimbulkan, di dalam diri individu tersebut, suatu kebencian terhadap kehidupan masakini.

 

Kesilapan di dalam menggunakan doktrin-doktrin rahsia atau agama-agama timur ini serta aplikasinya di dalam Gnosticisme, apabila diletakkan pada cerita Alkitab mengenai Kota Tuhan sebagai tapak rohani, membawakan akibat-akibat yang buruk terhadap ketertiban masyarakat. Kesannya termasuklah melonggarkan ikatan-ikatan kekeluargaan dan negara serta secara umumnya menghancurkan badan politik negara. Masyarakat cenderung berpecah kepada elemen-elemen individualnya dan seterusnya langsung kepada kebiadapan. Tamadun hanya mungkin wujud melalui kerjasama berterusan para individu serta membelakangkan kepentingan-kepentingan individu demi mendahulukan kepentingan bersama (ibid., mukasurat 301).

 

Rakyat tidak ingin mempertahankan negeri-negeri mereka dan sanggup mengabaikan keturunan dirinya di dalam pembujangan pertapaan (ibid., lihat juga karya-karya Vegetarianisme dan Alkitab [183] serta Wain di dalam Alkitab [188]).

 

Frazer berpendapat bahawa obsesi ini berkekalan selama beribu tahun. Dia mengatakan bahawa ia telah hanya berubah pada penghujung Zaman Pertengahan dengan adanya pemulihan undang-undang Rom, falsafah Aristotle serta seni dan kesusasteraan kuno kepada pandangan-pandangan duniawi yang lebih waras. Hakikatnya adalah bahawa jika model Alkitab sejati telah diteguhkan maka masalah sebegitu tidak mungkin wujud. Masalah ini timbul daripada Misteri-misteri Timur yang digabungkan dengan sistem Gnostik yang lebih berleluasa hari ini. Frazer berpendapat bahawa arus pencerobohan timur ini telah berundur dan sememangnya masih lagi berundur. Dia silap dari segi hal ini, sungguhpun dia ada juga mengatakan bahawa pemerintahan buruk serta sistem pengurusan hasil negara yang tidak cekap merupakan dua sebab utama yang telah menyebabkan kejatuhan tamadun-tamadun sepertimana Empayar Turki pada zamannya.

 

Kita akan melihat pada kesan-kesan agama Ibu Agung ini serta sistem Mithras dan aplikasi-aplikasinya di bawah pengaruh Gnostik di dalam agama Kristian demi menyedari bahawa ianya masih ada di situ, tetap kuat seperti dahulu sungguhpun di dalam bentuk-bentuk yang lebih samar. Namun kebanyakan maksud adat tradisinya tetap sama.

 

Mithra

Salah seorang daripada para dewa yang berebut penyembahannya di barat adalah tuhan Persia yang bergelar Mithra.

 

Kemasyhuran kultus ini tidak harus diperkecilkan. Tugu-tugu peringatan yang didirikan sempena sistem ini berselerak di seluruh Empayar Rom dan Eropah (suatu peta yang menunjukkan sejauh mana hadirnya tugu-tugu itu terdapat di dalam karya David Ulansey The Origins of the Mithraic Mysteries, Oxford, New York, 1989, mukasurat 5).

 

Ini merupakan suatu kultus rahsia yang mana rahsia-rahsianya tidak pernah dicatatkan dan, kerana itu, sedikit saja yang benar-benar diketahui mengenai upacara mereka kecualilah apa yang dapat kita simpulkan daripada tempat-tempat suci serta tempat-tempat pemujaan mereka. Namun begitu, kita memang tahu bahawa mereka mempunyai dua bentuk pemujaan. Bentuk yang peribadi dan rahsia adalah Mithraisme. Namun bentuk umumnya adalah Elagabalisme dan kita mengetahui lebih banyak tentang sistemnya daripada yang ini. Kedua-duanya berdasarkan pada penyembahan Matahari.

 

Kebanyakan ciri-ciri agamanya menyerupai agama Ibu Para Dewa dan juga apa yang dikenali sebagai agama Kristian lewat (rujuk Frazer, ibid., mukasurat 302). Keserupaannya itu juga disedari para kedoktoran Kristian sendiri dan ianya diterangkan kepada mereka sebagai pekerjaan iblis yang cuba memalsukan kepercayaan sebenar (ibid.). Tertullian menjelaskan bagaimana puasa-puasa Isis dan Cybele menyerupai puasa-puasa agama Kristian (De jejunio 16).

 

Justin Martyr menerangkan bagaimana kematian, kebangkitan dan kenaikan Dionysius, kelahiran Perseus daripada perawan, dan Bellerophon yang menunggang Pegasus merupakan cerita olok-olokan bagi cerita-cerita Kristian sebenar yang dicatatkan oleh para iblis terlebih dahulu, sehinggakan kepada cerita Kristus menunggang seekor keldai yang terkandung di dalam Mazmur sebagai suatu nubuatan (rujuk Apol., i, 54).

 

Konflik antara Mithraisme dan agama Kristian adalah begitu besar sekali pada suatu ketika sehinggakan akibatnya tidak dapat dijangkakan. Hakikatnya keputusan telah dibuat untuk meniru amalan-amalan mereka dan memberikannya gelaran-gelaran Kristian. Relik paling penting daripada sinkretisme pagan ini adalah Krismas yang dikatakan Frazer telah dipinjam Jemaat secara langsung daripada lawan kafirnya itu (mukasurat 303).

 

Tentera menjadi penganut-penganut Mithras dan jelas sekali daripada rekod-rekod berkenaan Dasius bahawa Saturnalia dipelihara bersama-sama dengan penyembahan Mithras. Dengan itu, Saturnalia hanya mendahului perayaan Solstis itu dan telah menjadi sebahagian daripadanya.

 

Krismas dan Perawan Surgawi

Di dalam kalendar Julian, 25 Disember diperkirakan sebagai solstis musim salji (Frazer, ibid., muka 303; rujuk karya Pliny Natural History, xviii, muka 221). Ianya dianggap sebagai hari kelahiran Matahari kerana hari-harinya mula memanjang dan kuasanya bertambah bermula daripada titik tahunan tersebut.

 

Upacara kelahiran itu, kata Frazer, sepertimana ianya dirayakan di Syria dan Mesir adalah begitu istimewa sekali. Mereka yang merayakannya akan memasuki tempat-tempat suci daripada mana mereka akan melaungkan sorakan gemuruh pada tengah malam, Perawan telah melahirkan! Terang itu mengambang! (ibid., rujuk Cosmas Hierosolymitanus, lihat nota kaki 3 pada mukasurat 303).

 

Orang-orang Mesir adapun menggambarkan Matahari baru lahir itu dengan imej seorang bayi yang, pada hari kelahirannya (solstis musim salji), dibawa keluar dan dipamerkan kepada para penyembahnya (ibid., bandingkan, Macrobius Saturnalia, i, 18, 10).

 

Frazer mengatakan:

Tidak syak lagi bahawa Perawan yang telah mengandung dan melahirkan anak pada hari ke duapuluh lima Disember adalah dewi Timur agung itu yang dipanggil orang-orang Semite sebagai Perawan Surgawi atau Dewi Surgawi; di dalam negeri-negeri Semitik dia adalah suatu bentuk Astarte (ibid., dengan memerhatikan pernyataan Franz Cumont s.v. Caelestis di dalam Pauly-Wissowa’s Real-Encyclopädie der classischen Altertumswissenschaft, v, 1, 1247, sqq).

 

Ini adalah asal-usul doktrin keperawanan berkekalan ibu Yesus Kristus. Ianya tiada asasnya di dalam Alkitab mahupun hakikat. Ibu Kristus tidak bernama Mary/Maria dan Alkitab jelas bahawa dia telah melahirkan anak-anak lain. Kita akan kembali kepada mitos ini kemudian.

 

Dongeng tiga raja

25 Disember merupakan suatu perayaan memuja Matahari yang kuno dan tiga raja yang dikaitkan dengannya bukannya berkaitan dengan orang-orang bijaksana dari timur daripada kisah Alkitab itu tetapi sebaliknya mungkin dengan suatu tradisi lebih tua berkenaan apa yang kononnya disebut sebagai dua belas hari Krismas. Urutan Hari Kedua belas dikaitkan dengan tiga raja di Perancis, Sepanyol, Belgium, Jerman dan Austria. Nama-nama mereka adalah Caspar, Melchior dan Balthasar. Di Jerman dan Austria ianya dikenali sebagai Hari Tiga Raja (Dreikonigstag) sementara di Perancis dikenali sebagai Perayaan Raja-raja (Fête des Rois). Raja-raja tersebut merantau ke sekeliling di beberapa kawasan dengan diwakili oleh para pelakon yang menyanyikan lagu-lagu dan memungut daripada keluarga-keluarga. Ianya diberikan asas Kekristianan namun tidak terdapat sebarang bukti Alkitab yang mengatakan bahawa terdapatnya tiga orang (hanya tiga jenis hadiah) ataupun mereka itu adalah raja. Mereka dicatatkan sebagai majus ataupun orang bijaksana. Ini nampaknya mempunyai suatu asas lain (rujuk Frazer, ix, mukasurat 329). Daripada adat-adat di Franche-Comte dan juga Pergunungan Vosges, Melchior dikatakan adalah seorang raja berkulit hitam dan muka pemuda yang melakonkan wataknya dihitamkan (ibid., muka 330). Ketiga-tiga mereka ini dipohon doa bagi penyembuhan melalui upacara-upacara yang membabitkan tiga paku yang ditanamkan di dalam tanah. Ini jelas merujuk kepada sistem-sistem triune orang-orang Celt di Perancis yang sudah lama wujud sebelum sistem Kristian.

 

Di dalam Bohemia Czech dan Jerman, upacara-upacara pengasapan dan rempah-rempah didapati digunakan pada hari kedua belas. Singkatan C.M.B (Caspar, Melchior dan Balthasar) bersama-sama dengan tiga salib ditandakan pada pintu-pintu selepas pengasapan bagi melindungi daripada pengaruh-pengaruh jahat dan penyakit-penyakit berjangkit. Mereka dipohon doa dengan kata-kata doakanlah untuk kami sekarang ini dan pada waktu kematian kami.

 

Tuan Misrule dan Raja Kekacang

(Lord of Misrule and King of Beans)

 

Di dalam tradisi ini juga kita lihat Tuan Misrule muncul dari kalangan tradisi-tradisi tersebut. Jangkamasa sepenuhnya adalah daripada malam All-hallows (31 Oktober, malam bagi hari All Saints) hingga Candlemas (2 Februari). Umumnya, ianya dihadkan kepada dua belas hari sewaktu Krismas, dan digelarkan dua belas malam. Tuan Misrule dipilih daripada Mahkamah Agung England melalui setiap jabatan negeri itu. Tuan Misrule ini juga dipilih di Kolej Merton Oxford sebagai Raja Kekacang (rujuk Frazer, ix, mukasurat 332).

 

Pesta Orang-orang Bodoh

Di Perancis, orang-orang setaraf Tuan-tuan Misrule tersebut menyamarkan diri mereka sebagai golongan paderi, biskop, ketua biskop atau ketua rahib tiruan. Ini dikenali sebagai Pesta Orang-orang Bodoh (Festival of Fools) dan diadakan sama ada pada hari Krismas, hari Santo Stefanus (26 Disember), hari Tahun Baru, atau hari Kedua belas, bergantung pada tempatnya.

 

Pada waktu-waktu ini diadakan parodi-parodi upacara-upacara serius jemaat di mana para imam memakaikan topeng-topeng dan kadangkala berpakaian seperti perempuan, menari di dalam koir dan menyanyikan dikir lucah; orang biasa menyamarkan diri sebagai rahib bercampur-aduk dengan para paderi, dan mezbah dijadikan tempat peminuman keras di mana diakon serta sub-diakon memakan sosej dan puding hitam atau bermain buah dadu dan permainan kad di sebalik perhatian mereka yang merayakannya. Pedupaan dipenuhi dengan cebisan-cebisan kasut-kasut usang, sehingga menyebabkan gereja dipenuhi bau busuk.

 

Di dalam beberapa kawasan Perancis, contohnya di Autun, seekor keldai dibawa ke dalam gereja di mana suatu parodi atau olok-olokan upacara sembahyang diucapkan ke atasnya. Suatu liturgi Latin yang biasa, diucapkan ke atasnya dan imam yang merayakannya akan memulakan ringkikan seekor keldai (Frazer, mukasurat 334-335).

 

Di Beauvais pada 14 Januari, seorang perempuan muda dengan seorang anak di dalam pangkuannya menunggang di atas seekor keldai, kononnya sebagai meniru pelarian dari Mesir itu. Dia dipimpin dalam suasana kemenangan dari gereja katedral hingga ke gereja tempatan St. Stefanus di mana dia dan keldai itu ditempatkan pada bahagian kiri mezbah. Suatu upacara sembahyang kemudiannya diucapkan di mana ianya terdiri daripada cebisan-cebisan pelbagai upacara gereja sepanjang tahun. Para penyanyi melegakan kehausan mereka sewaktu masa-masa perantaraan sepertimana anggota jemaat dan keldai itu pula diberi makan serta minuman. Kemudiannya, keldai itu dibawa dari bahagian pentas gereja ke bahagian lain di mana seluruh jemaat, paderi serta petugas lain gereja menari sekelilingnya sambil meringkik seperti keldai. Selepas upacara sembahyang petang, suatu kumpulan besar akan berarak ke suatu teater besar di luar gereja di mana mereka menonton sandiwara yang tidak bersopan.

 

Kesemua ini mengingatkan pada upacara-upacara di Afrika Utara yang dijalankan para imam [yang bersifat keperempuanan] daripada sistem Ibu Dewi dan Saturnalia. Frazer mengatakan tiada bukti langsung yang menunjukkan bahawa yang satu berpunca daripada yang satu lagi tetapi Saturnalia, dengan lesen yang mencirikannya dan pemerintahan sementara seorang raja tiruan, membuatkannya seolah-olah begitu (ix, mukasurat 339). Tradisi-tradisi ini telah dipelihara sehinggalah abad kesembilan belas apabila England di bawah pimpinan Victoria dan Perancis di bawah pimpinan Napoleon selepas Revolusi, telah menghapuskannya. Mereka telah digantikan, seperti yang akan kita lihat nanti, dengan suatu bentuk lagi yang mengandungi kesilapan-kesilapan yang sama. Banyak daripada kegilaan moden ini berpunca daripada USA dan komersialismenya.

 

Duabelas hari Krismas, kek, kekacang dan wang

Raja Kekacang juga dikaitkan dengan Pesta Orang-orang Bodoh di Perancis dan terdapat suatu maksud lebih kuno kepada perkara ini. Perayaan Orang-orang Bodoh ini berlanjutan sehingga hari Kedua belas Krismas (Malam Kedua belas merupakan malam 6 Januari). Malam sebelumnya, iaitu 5 Januari yang juga adalah pesta Epiphany 6 Januari, menandakan berakhirnya dua tempoh keramaian pra-Krismas yang dikaitkan dengan Saturnalia dan sistem Matahari yang bermula daripada Solstis 25 Disember dan berlanjutan sehingga 5 Januari.

 

Di dalam beberapa kawasan, raja tersebut mempunyai seorang permaisuri di mana kedua-duanya mempunyai maksud pertanian dan nampaknya juga berkaitan dengan upacara-upacara Saturnalia itu.

 

Raja dan permaisuri dipilih secara undian pada Malam Kedua belas (iaitu pesta Epiphany 6 Januari) atau pada malam sebelumnya pada 5 Januari. Ianya menjadi kebiasaan di Perancis, Belgium, Jerman dan England. Ianya masih dipelihara di beberapa tempat di Perancis. Mahkamah itu mengesahkan amalan tersebut dan setiap keluarga memilih rajanya sendiri. Pada malam menjelang perayaan itu, suatu kek yang besar dibuat dengan satu kekacang di dalamnya. Ianya dibahagikan kepada beberapa bahagian – satu untuk setiap anggota keluarga itu, satu untuk Tuhan; satu untuk Perawan Surgawi dan kadangkala, satu untuk orang miskin. Orang yang mendapat bahagian yang berisikan kacang itu diisytiharkan sebagai Raja Kekacang (Frazer, ix, mukasurat 313). Kadangkala kacang kedua dimasukkan di dalam kek itu untuk memilih permaisuri tersebut. Di Blankenheim berdekatan Neuerburg, di dalam Eiffel kacang hitam dan kacang putih dimasakkan di dalam kek itu – hitam untuk raja dan putih untuk permaisuri. Di Franche-Comte mereka lazimnya memasukkan kacang haricot putih ke dalam suatu topi menurut jumlah orang-orang yang hadir. Ini termasuklah dua kacang berwarna dan ini kemudiannya dipilih secara rambang oleh seorang anak. Mereka yang menerima kacang-kacang berwarna itu merupakan raja dan permaisuri.

 

Di England, amalannya adalah memasukkan satu kacang ke dalam topi untuk raja dan satu kacang pis/pea untuk permaisuri. Namun begitu, di beberapa tempat, hanya raja sahaja yang dipilih secara undian dan dia memilih permaisurinya sendiri. Kadangkala duit syiling digunakan untuk menggantikan kacang di dalam kek tersebut. Amalan ini diikuti di Jerman selatan seawal-awalnya pertengahan pertama abad keenam belas. Namun, ianya dianggap Frazer sebagai suatu variasi kepada kekacang lebih awal itu. Ianya menunjukkan dengan agak jelas bahawa amalan meletakkan duit-duit syiling ke dalam puding Krismas datangnya daripada amalan lebih awal ini.

 

Di Perancis, anak kecil yang hadir itu ditempatkan di bawah meja. Iannya dipanggil sebagai Phoebe atau Tebe dan dia menjawab dalam bahasa Latin Domine. Kepingan-kepingan kek tersebut diagihkan menurut arah anak itu. Etimologi ini dikatakan berpunca daripada petunjuk Apollo oleh beberapa cendekiawan. Frazer berpendapat ianya sekadar terbitan daripada perkataan bagi kacang (Latin faba, Perancis feve).

 

Setiap kali raja atau permaisuri itu minum, orang-orang di situ akan berteriak raja atau permaisuri minum dan mereka juga berbuat sama. Sesiapa yang gagal untuk berbuat begitu akan dihitamkan muka mereka dengan gabus atau jelaga atau keladak wain. Di beberapa kawasan Ardennes, kebiasaannya adalah untuk memasangkan tanduk-tanduk kertas yang besar pada rambut serta kacamata yang besar pada hidung mereka. Ini dipakai sehinggalah tamatnya pesta itu Ini kemungkinan merupakan asal-usul Topi Dunce.

 

Ini masih dipelihara di Perancis utara di mana suatu patung porselin kecil menggantikan kacang itu dan dicabut undi oleh anak kecil. Jika ianya diambil anak lelaki maka dia akan memilih permaisurinya; jika dipilih anak perempuan maka dia akan memilih rajanya.

 

Raja-raja dan permaisuri-permaisuri ini meletakkan salib-salib putih pada bumbung rumah-rumah untuk menghindari pelesit, ahli sihir dan jembalang. Namun begitu, terdapat maksud lebih serius bagi mereka yang memerintah. Di Lorraine, ketinggian tanaman hem dikatakan adalah ditentukan oleh ketinggian raja dan permaisuri itu. Jika raja lebih tinggi, maka hem jantan dijadikan lebih tinggi daripada yang betina dan sebaliknya. Di Pergunungan Vosges di sempadan Perancis-Compte, amalan menari di atas bumbung dilaksanakan untuk membuatkan hem itu tumbuh tinggi.

 

Dalam banyak kawasan, kacang-kacang yang digunakan di dalam kek diberkati para paderi dan tilikan dilakukan pada Malam Kedua belas untuk menentukan bulan di mana harga gandum akan paling disukai.

 

Amalan menyalakan nyalaan api besar masih dilakukan di beberapa tempat dan, pada waktu Frazer menulis, ianya masih dilakukan di Montagne du Doubs pada malam menjelang Malam Kedua belas (ix. mukasurat 316). Nampaknya ini bertujuan untuk memastikan kesuburan tanam-tanaman. Ini nampaknya mempunyai kaitan jelas, sungguhpun jauh, dengan perayaan-perayaan Yule orang-orang kafir.

 

Sementara nyalaan itu membakar, orang-orang menari sekelilingnya sambil bernyanyi Tahun baik kembalilah, Roti dan wain kembalilah!

 

Golongan muda Pontarlier membawa obor-obor api sambil berjalan melalui kawasan tanah yang telah disemai benih sambil berteriak couaille, couaille, blanconnie; yang maksudnya telah lama hilang.

 

Di Bocage di Normandy pada hari yang sama, pokok-pokok buah pula yang dinyalakan. Api-api yang berkelipan ini ada di mana-mana sementara para petani merayakan Upacara Cencorot tanah dan Tikus ladang (Taupes et Mulots). Kampung-kampung bertanding dalam pernyalaan api ini dan hutan-hutan serta belukar dicari dengan rapi untuk bahan-bahan. Mereka mencari-cari di ladang-ladang lantas menakutkan cencorot dan tikus dan, dengan itu, mereka percaya hasil tanaman mereka akan lebih besar lagi pada musim luruh nanti.

 

Nyalaan-nyalaan api pada malam menjelang Epiphany juga dipelihara di kawasan Ardennes. Ianya penting untuk melihat adat-adat ini berbanding perayaan-perayaan dewi Hecate di Rom dan Eropah secara amnya serta ladang-ladang dan salib-salib yang terbabit di situ (rujuk karya Salib - Asal-Usul dan Maksudnya [039]).

 

Adat-adat api yang serupa juga terdapat di UK di Gloucester dan Hertfordshire dengan dua belas nyalaan api pada hujung dua belas kawasan tanah (Gloucester) untuk menghindari kekotoran di dalam gandum. Terdapat suatu nyalaan api ketiga belas yang lebih besar dalam kedua-dua kes – di mana pada tempat kedua (Hertfordshire) ianya pada atas bukit (Frazer, ix, muka 318).

 

Adat menyalakan dua belas nyalaan api jerami serta meminum ucap selamat (toast) dengan cider atau ale (bir) ini dipanggil Wassailing dan kuno. Kumpulan lembu jantan juga diucap-selamat di dalam upacara pelik ini di beberapa kawasan dengan meletakkan kek pada tanduk-tanduk lembu hadapan dan kemudiannya menyebabkan ia terbuang dengan menggeletek lembu itu.

 

Penerangan terhadap amalan menyalakan api dan khususnya yang terbesar ini, ditemui di dalam pemeriksaan amalan ini bukan saja di UK dan Perancis tetapi juga di Makedonia. Nyalaan api yang besar itu adalah untuk membakar para ahli sihir dan jembalang yang berkeliaran di padang-ladang pada waktu malam. Mereka digelar orang-orang Makedonia sebagai karkantzari atau skatzanzari. Mereka dikalahkan dengan mengikat mereka dengan tali jerami. Mereka berubah kepada bentuk manusia mereka pada siang hari. Selama dua belas hari Krismas itu, mereka harus dikalahkan dengan usaha kuat. Beberapa tempat memulakannya pada malam menjelang Krismas sementara pada tempat lain ianya berlanjutan pada atau dilakukan pada Malam Kedua belas.

 

Pada malam Krismas, ada orang yang membakar karkantzari dengan membakar berkas holm-oak dan membuangnya keluar ke jalan-jalanan pada awal subuh. Di sini, sekali lagi, kita melihat rujukan kepada perayaan-perayaan Yule milik golongan Druid. Berkas-berkas oak ini merupakan sisa-sisa tinggalan daripada amalan pembakaran batang kayu yang lebih awal.

 

Di Ireland, mereka memasangkan berkas-berkas oat. Ini dilakukan di Roscommon di mana mereka mempercayai bahawa Malam Kedua belas iaitu Hari Krismas Lama adalah lebih besar daripada Hari Krismas sendiri (Frazer, ix, mukasurat 321).

 

Mereka memasangkan tiga belas lilin di dalam berkas tersebut, dua belas kecil dan satu besar di tengah-tengah dan menyatakan ianya menggambarkan para rasul pada Perjamuan Akhir itu; namun ini berlaku pada masa Krismas dan bukannya Paskah. Tiga belas lilin rushlight yang dinamakan sempena setiap anggota keluarga (atau saudara-mara untuk mencukupi bilangannya) diletakkan di dalam buku kek tahi lembu dan dibakar untuk menentukan panjang hayat setiap orang itu (ix, mukasurat 322).

 

Asal-usul lilin

Penggunaan lilin boleh dikesan sejauh agama Aryan kuno yang menggunakannya di dalam upacara Yule untuk menghindari dewa-dewa guruh, ribut dan taufan (Frazer, x, mukasurat 264 (nota 4) dan juga mukasurat 265). Ianya dinyalakan dan diikat pada pokok oak keramat (ibid., ii, 327).

 

Di dalam beberapa kawasan (Ruthenia dan Eropah amnya), lilin-lilin digunakan oleh para pencuri dan perompak sebagai perangsang tidur (Frazer, i, mukasurat 148-149) dan dalam hal ini lilin-lilin tersebut diperbuat daripada lemak manusia (ibid., i, mukasurat 236). Bahagian-bahagian anatomi manusia juga digunakan sebagai lilin ataupun tulang-tulang manusia diisikan dengan lemak yang diambil daripada lemak badan orang yang telah digantung mati (ibid., mukasurat 149). Kadangkala, lilin-lilin diperbuat daripada tulang jari anak baru lahir atau, lebih baik lagi menurut pandangan mereka, anak belum lahir. Selewat-lewatnya abad ketujuh belas di Eropah, perompak-perompak lazim membunuh perempuan mengandung hanya untuk mendapatkan lilin-lilin sebegitu daripada rahim-rahim mereka (ibid.).

 

Lilin-lilin dibakar untuk menjauhi ahli-ahli sihir. Ianya memasuki agama Kristian melalui Gereja Katolik atau Ortodoks (rujuk Frazer, ibid., i, mukasurat 13).

 

Amalan Aryan kuno menyalakan api baru berterusan di kalangan orang-orang Jerman di mana mereka menyalakan unggun api besar sewaktu Easter dan menghantar kayu-kayu api ke setiap rumah untuk memulakan api-api bagi menghindari dewa-dewa guruh, ribut dan taufan. Amalan ini diperkenalkan ke dalam agama Katolik sebagai lilin Easter. Lilin tunggal raksasa ini dinyalakan sewaktu Easter pada malam Sabtu sebelum Easter Hari Minggu dan kemudiannya kesemua lilin gereja dinyalakan daripadanya. Ini berterusan selama tahun itu sehinggalah Easter seterusnya apabila lilin Easter tunggal itu sekali lagi dinyalakan.

 

Amalan menyalakan lilin itu nampaknya dijalankan pada malam sebelum hari Matahari sebagai sebahagian daripada sistem memuja Matahari yang kuno itu.

 

Di dalam Bait Suci, pedupaan dibakarkan. Lilin-lilin tidak dibakar selain daripada Menorah.

 

Amalan menyalakan lampu dalam bentuk lilin atau dian ini serupa dengan apa yang ada dalam Saturnalia. Kita tahu daripada Kitab Baruch 6:19 dan selanjutnya bahawa amalan menyalakan lilin di hadapan patung berhala yang disaluti logam berharga merupakan amalan Babilon. Amalan menyalakan banyak lilin mungkin memasuki Judaisme melalui sistem Babilon. Kita akan meninjau hal ini lebih dekat lagi di dalam bahagian berkenaan Easter.

 

Menorah bercabang tujuh dan diperintahkan oleh Tuhan bagi Bait Suci. Di dalam Bait Salomo, terdapat sepuluh meja dengan tujuh lilin yang mewakili Sidang Elohim yang mana Sanhedrin merupakan gambarnya. Cabang bersembilan itu diberikan simbolisme mistik. Tiada sokongan Alkitab untuknya.

 

Cuaca

Cuaca dua belas hari Krismas itu dikatakan menentukan cuaca tahun selanjutnya.

 

Ianya berdasarkan pada apa yang kelihatan sebagai suatu bentuk pembahagian zodiak kuno di mana dua belas hari itu dibahagikan kepada empat kuadran yang terdiri daripada tiga hari per kuadran. Ini diamalkan di Kepulauan British dan ianya berlanjutan ke Jerman dan Austria Jerman ke dalam Eropah barat.

 

Daripada cuaca pada setiap daripada dua belas hari itu, ianya mungkin untuk meramalkan cuaca bagi setiap bulan tahun itu. Ianya dipercayai tepat dan diaplikasi juga kepada hari Kedua belas itu sendiri di mana cuaca setiap jamnya akan menentukan cuaca bagi bulan yang bersamaannya. Dengan itu, hari-hari tersebut merupakan suatu sistem tilikan bagi tahun seterusnya di dalam aspek-aspek pertaniannya.

 

Di Swabia, hari-hari tersebut dipanggil sebagai dua belas hari lot. Tilikan yang lebih tepat lagi ditentukan dengan membuat dua belas bulatan yang dibahagikan kepada empat kuadran. Setiap kuadran mewakili seperempat/kuarter bulan. Semua ini dilukiskan di atas kertas dan digantung di atas pintu. Sementara setiap hari daripada dua belas hari itu berlalu dari Krismas ke Epiphany, cuaca bagi setiap kuarter itu digelapkan dan cuaca bagi kuarter bulan itu ditentukan.

 

Di Switzerland, Jerman dan Austria perlaksanaannya agak berbeza. Pada Krismas, hari Tahun Baru atau salah satu daripada dua belas hari itu, seseorang akan membelah bawang kepada dua bahagian, mengupas dua belas keping kulitnya, dan merenjiskan sedikit garam pada setiap satu keping itu. Daripada kelembapan yang tertinggal di dalam mereka pada pagi kemudiannya, ianya dianggap mungkin untuk menentukan cuaca untuk dua belas bulan seterusnya.

 

Ini tidak terbatas kepada suku-suku Jerman mahupun orang-orang Teuton – ianya juga ditemui di Perancis dan di kalangan orang-orang Celt Brittany dan Scotland.

 

Di Bocage di Normandy, suhu ditilikkan bagi tahun selanjutnya daripada suhu dua belas hari itu. Ini dipercayai lebih tepat berbanding ramalan-ramalan Double-Liégois. Di Cornouaille Brittany, dua belas hari itu ditentukan dari Krismas hingga Epiphany – iaitu enam hari terakhir Disember dan enam hari pertama Januari. Di tempat-tempat lain Brittany dan di Scotland, dua belas hari dikira dari 1 Januari. Hari-hari tersebut dikenali di Brittany sebagai gour-deziou atau hari-hari lelaki. Dikatakan bahawa erti sebenarnya adalah hari-hari tambahan atau pencukupan. Konsep ini membawa kita kembali kepada suatu konsep kuno kalendar dan lima hari lebihan bagi tahun.

 

Orang-orang Scot daripada almanak mereka dari hari terakhir Disember ataupun hari pertama Januari (bergantung pada tempat) menentukan cuaca dengan melihat pada cuaca dua belas hari itu. Maka itu, Januari ditentukan cuaca 31 Disember dan seterusnya sebagai satu syarat teguh.

 

Orang-orang Celt Scotland, sepertimana juga di mana-mana tempat di Perancis, berbelah-bagi dalam hal permulaan hari-hari itu sama ada pada Krismas pada 1 Januari atau pada 31 Disember. Frazer menganggap hal ini sebagai suatu petunjuk penting kepada asal-usul kepercayaan-kepercayaan ini (ibid., ix, mukasurat 24).

 

Konsep ini sangat kuno dan ditemui di kalangan orang-orang Aryan zaman Vedic di India. Ini mendahului zaman Kristus selama beberapa abad.

 

Mereka, juga, nampaknya telah menjadikan keramat hari-hari di pertengahan musim sejuk sebagai masa apabila tiga Ribhu atau jin-jin musim berehat daripada pekerjaan mereka di dalam kediaman dewa-matahari, dan dua belas hari-rehat ini dipanggil mereka sebagai ‘suatu gambar atau imej bagi tahun’ (Frazer, ix, mukasurat 324-325).

 

Frazer menurut A Weber di dalam penerangan ini mengenai pandangan-pandangan serupa Timur dan Barat (rujuk nota kaki 3 kepada ix, mukasurat 325).

Oleh itu sistem tersebut merupakan suatu sistem kuno orang-orang Aryan yang telah menakluk India dari kawasan Steppes dengan menggunakan alat-alatan zaman besi serta menunggang kuda-kuda pada sekitar 1000 SM.

 

Saudara-mara mereka telah membawa perayaan-perayaan yang sama ke barat ke dalam Eropah. Pergerakan-pergerakan ini merupakan sebahagian daripada penyebaran misteri-misteri kuno sistem Babilon yang telah menyelinap masuk ke dalam golongan Shaman yang bersifat nomad. Agama ini adalah Animisme.

 

Sistem-sistem kalendar kuno

Pembahagian dua belas hari itu datangnya daripada kalendar Aryan kuno yang dibahagiakan menurut fasa-fasa Bulan dan bukannya Matahari. Pelbagai bahasa Aryan mempunyai nama bagi bulan yang sama dengan nama bagi Bulan.

 

Hari-hari bagi bulan silih berganti di antara duapuluh sembilan dan tiga puluh hari setiap dua bulan. Hari-hari ini pada kali kelima puluh sembilan, adalah kurang daripada tahun solar sebenar sebanyak hampir dua belas hari (sebelas dan seperempat hari).

 

Ini nampaknya merupakan suatu interkalasi untuk mengubahsuaikan tahun lunar kepada tahun solar yang merupakan suatu pemutarbelitan kepada sistem interkalasi sebenar yang dipakai oleh orang-orang Ibrani dan Asyur-Babilon serta Yunani-Roma. Jadi nampaknya ia adalah suatu bentuk pemyembahan Matahari daripada hari-hari terawal pergerakan suku-suku Timur Tengah. Suku Het Celtic, memandangkan mereka yang pertama berpindah ke Eropah, telah membawa sistem itu bersama mereka dan penggunaannya mencemari kolonisasi seterusnya daripada penempatan-penempatan semula Asyur itu serta pergerakan angkatan Parthian dan Gothic.

 

Kini kita tahu lebih banyak lagi tentang sistem kalendar yang digunakan di Eropah serta solstis pertengahan musim sejuk yang digunakan di Eropah dan UK. Bulatan-bulatan tersebut khususnya dibuat untuk menentukan solstis betul-betul pada hari pertengahan musim itu.

 

Dua belas hari itu berlainan daripada lima hari tersebut dan mereka nampaknya telah ditambah dengan pelbagai cara atau dicampur-adukkan di beberapa tempat.

 

Nampaknya lima hari lebihan bagi tahun yang menjadikannya 365 hari, melebihi 360 hari yang dianggap tempoh tahun normal, merupakan suatu kepercayaan amat kuno dan sistem amalan interkalari di mana, dari orang-orang Maya Yucatan hinggalah ke piramid-piramid Mesir, orang-orang menganggapnya sebagai tidak berguna untuk sebarang tujuan agama mahupun sivil dan tidak berbuat apa-apa pada hari-hari tersebut. Ini mungkin juga mempunyai asas-asas tertentu bagi amalan-amalan tersebut. Teks-teks piramid jelas menyebut lima hari tersebut yang melebihi tahun yang terdiri daripada dua belas bulan bertiga puluh hari (ibid., mukasurat 340). Namun begitu, orang-orang Aztec dan sistem Amerika mempunyai lapan belas bulan dengan dua puluh hari dan dengan itu tidak mengikuti sebarang sistem lunar. Hari berlima itu dianggap, disebabkan nilai-nilai matematiknya di dalam pembahagian kalendar, tidak berguna dan dijadikan masa untuk tidak berkerja serta kemalasan umum masyarakat. Ini tiada kaitannya dengan tahun nubuatan Ibrani yang terdiri daripada dua belas bulan bertiga puluh hari yang merupakan suatu idealisasi simbolik bagi kitaran-kitaran sebenar bagi kitar sembilan belas tahun yang berinterkalari sebenar. Perlambangan serta struktur agama ini dihuraikan dengan terperinci di dalam Alkitab.

 

Urutan lima hari berkaitan dengan kalendar yang digunakan di dalam sistem-sistem solar atau penyembahan Matahari. Dua belas hari itu merupakan suatu pengubahsuaian lunar kepada yang solar yang kita jangka dapat ditemui di dalam sistem-sistem Bulan-Matahari-Bintang Fajar yang lebih kuno yang merupakan kebiasaan pada zaman Keluaran (lihat karya Anak Lembu Emas [222]).

 

Dewa Matahari

25 Disember juga dikaitkan dengan Mithras, kerana dia merupakan dewa Matahari.

 

Ahli liturgi Katolik iaitu Mario Righetti (selain daripada Duchesne dan juga Cullman) berpendapat bahawa:

 

Selepas pendamaian Jemaat Rom, untuk memudahkan penerimaan iman ini oleh masyarakat pagan, ia mendapati sesuai untuk mendirikan 25 Disember sebagai perayaan kelahiran duniawi Kristus, bagi mengalihkan perhatian mereka daripada perayaan pagan itu, yang dirayakan pada hari yang sama sebagai penghormatan kepada “Matahari Tidak Terkalah” Mithras, penakluk kegelapan (nota kaki 74, II,mukasurat 67; petikan juga di dalam karya Bacchiocchi, From Sabbath to Sunday, Pontifical Gregorian University Press, Rome, 1977, mukasurat.260).

 

Maka itu, Mithras merupakan dewa perayaan solstis tersebut pada 25 Disember yang tiba sejurus selepas Saturnalia. Dengan tuhan ini, kita lihat bagaimana ibadah hari Minggu bermula di Rom.

 

Ucapan-ucapan kepada Mithra adalah sebagai Soli invicto Mithrae atau Matahari Tidak TerkalahMatahari Tidak Tertakhluk sebagaimana digelarkan oleh Frazer (mukasurat 204). Dia juga disebutkan sebagai Sol Invictus Elagabal di dalam bentuk umum agama tersebut.

 

Gelaran Father (Bapa) merupakan pangkat yang dipegang oleh para paderi Mithra. Istilah ini dilarang untuk umat-umat Kristian (Matius 23:9). Ianya memasuki agama Kristian melalui kultus-kultus Misteri.

 

Apa yang sebenarnya telah berlaku adalah kalendar-kalendar asal sistem Rom memulakan minggu pada hari Sabtu dan sudahpun digunakan pada tahun-tahun awal era Augustan (27 SM hingga 14 TM) berikutan penemuan kalendar Nola (banding karya A Degrassi, nota kaki 26, mukasurat 104; Bacchiochi, ibid., mukasurat 244). Struktur ini nampaknya berkaitan dengan sistem Mithras (seperti yang kita tahu daripada Celcus Epicurea (sekitar 140-180 TM) di mana Matahari menduduki tempat tertinggi pada tangga kenaikan melalui tujuh pintu gerbang tangga Mithraic dari Saturn hingga Matahari. Ini merupakan Shamanisme klasik dan diamalkan oleh agama bersifat animistik di seluruh dunia. Di dalam karya Origen Contra Celsum, 6,21-22 kita lihat bahawa Celsus menyenaraikan planet-planet mengikut urutan terbalik demi membolehkan Matahari menduduki posisi ketujuh yang penting.

 

Kita kemudiannya melihat bagaimana sistem ini muncul sebagai simbolisme hari kelapan di dalam sistem Roma itu bagi minggu yang bermula pada hari Saturn atau Sabtu dan berakhir dengan hari Matahari atau hari Minggu yang sentiasa merupakan hari cuti. Minggu planetari juga tidak mengikut aturan sebenar planet-planet dan orang ramai tidak dapat menentukan perbezaannya (rujuk Plutarch Complete Works, III, muka 230; rujuk Bacchiocchi, ibid., muka 246).

 

Perbezaan-perbezaannya juga boleh dilihat melalui perbandingan dengan Ziggurat daripada sistem Babilon dan tujuh tahap kenaikan kepada dewa Bulan di situ (rujuk karya Anak Lembu Emas [222]).

 

Pernyataan Tertullian (Ad Nationes, 1, 13, ANF, III, mukasurat 123), cuba untuk menafikan tuduhan penyembahan Matahari. Tertullian mengaku bahawa, pada masa itu, umat-umat Kristian telah mula berdoa ke arah timur dan menjadikan hari Minggu sebagai hari berpesta. Dia secara langsung menyalahkan kultus-kultus penyembah Matahari ke atas pertukaran ibadah hari Sabat kepada hari Minggu di mana dia mengatakan bahawa mereka mengutamakan hari itu daripada hari sebelumnya (iaitu Sabat atau Sabtu) (rujuk Bacchiocchi, mukasurat 248-249). Namun begitu, pada masa itu, mereka sudahpun beribadah pada hari tersebut selain hari Sabat Kristian.

 

Berdoa ke arah Matahari di timur

Nampaknya, doa ke arah timur bermula daripada doa terhadap Yerusalem sebagaimana yang disebutkan Irenaeus sebagai adat orang-orang Ebion (Adv. Her., 1,26, ANF, I, muka 352). Setibanya zaman Clement dari Alexandria dan Origen, kita lihat bahawa orientasinya adalah ke arah sumber cahaya itu yang menghalau kegelapan malam sungguhpun Clement masih menyebut tentang rumah-rumah ibadah kuno (Stromateis, 7,7,43, GCS, 3, 32; rujuk Bacchiocchi, mukasurat 255).

 

Bacchiocchi memberitahu dengan jelas bahawa kaitan di antara hari Minggu Kristian dan pemujaan pagan terhadap hari Matahari itu tidaklah nyata sebelum zaman Eusebius (sekitar 260-340 TM). Sungguhpun para penulis sebelumnya ada menyebutkannya sebagai terang sebenar dan matahari keadilan, tiada percubaan sebenar sebelum Eusebius yang dibuat untuk membenarkan pemeliharaan hari Minggu melalui perlambangan hari Matahari (ibid., mukasurat 261).

 

Dengan itu, proses tersebut memasuki agama Kristian melalui perayaan Disember tadi, yang asalnya terbit daripada penyembahan Saturn dan Opis di dalam Saturnalia, dan kaitannya dengan Perawan Surgawi atau dewi Ibu dengan anak baru lahirnya.

 

Injil-injil tidak menyatakan apa-apa tentang hari kelahiran Kristus dan Jemaat awal tidak merayakannya.

 

Adat merayakan kelahiran Kristus bermula di Mesir, di mana ianya terbit daripada kultus dewi Ibu di situ, dan umat-umat Kristian di situ merayakannya pada 6 Januari. Tibanya abad keempat, ianya telahpun kukuh pemeliharaannya secara umum di Timur (Frazer, v, mukasurat 304). Jemaat sebelah barat tidak pernah mengakui 6 Januari sebagai tarikh sebenarnya dan, dengan peredaran masa, keputusannya telah diterima oleh jemaat timur. Di Antiokhia perubahan ini tidak diperkenalkan sehinggalah sekitar 375 TM (Frazer, ibid.).

 

Asal-usul amalan ini jelas dicatatkan oleh umat-umat Kristian Syria (Aram) seperti yang kita lihat daripada Frazer dengan memetik juga Credner dan Momsen serta juga Usener (v, mukasurat 304-305).

 

Sebabnya kenapa para bapa memindahkan perayaan hari keenam Januari kepada hari kedua puluh lima Disember adalah seperti berikut. Ianya adat orang kafir untuk merayakan pada hari duapuluh lima Disember hari lahir Matahari, di mana mereka memasangkan lampu-lampu untuk memeriahkannya. Di dalam upacara-upacara serta kemeriahan ini umat-umat Kristian juga mengambil bahagian. Apabila para kedoktoran Jemaat melihat bahawa umat Kristian menyukai perayaan ini, mereka bersidang dan membuat keputusan bahawa Kelahiran [Kristus] sebenar itu sepatutnya ditetapkan pada hari tersebut dan perayaan Epiphany pada enam Januari. Begitu juga, bersama-sama dengan adat ini, amalan menyalakan api sehingga hari keenam itu telah kekal.

 

Dengan itu, Saturnalia membawa kepada solstis tersebut di mana hadiah-hadiah diberikan kepada anak-anak dari 23 Disember atau sekarang ini malam Krismas pada 24 Disember menurut kalendar Gregorian. Upacara-upacara solstis kemudiannya mengambil-alih daripada Saturnalia asal tetapi tempoh itu kemudiannya diperpanjangkan dari tiga kepada tujuh hari kepada mana telah ditambahkan dua belas hari itu.

 

Apabila kita mengira lima hari dari 25 Disember kita sampai kepada 31 Disember dari mana segelintir orang-orang Celt dan Jerman memulakan perkiraan tersebut. Tambahan St Stephen’s Day (atau Boxing Day) membawa tempoh lima hari itu dari 27 Disember kepada 1 Januari.

 

Asal-usul pagan Krismas juga jelas terlihat di dalam Augustine apabila dia menasihati saudara-saudaranya untuk tidak merayakan hari penuh upacara ini seperti orang-orang kafir kerana Matahari itu tetapi kerana dia yang telah mencipta Matahari tersebut (Augustine Serm., cxc, 1; di dalam Migne Patriologia Latina, xxxviii, 1007). Leo yang digelar Agung juga telah menegur kepercayaan berterusan bahawa Krismas telah dirasmikan kerana kelahiran Matahari yang baru, dan bukannya kerana hari kelahiran Kristus (Frazer, ibid.; rujuk Leo the Great Serm., xxii (al xxi) 6 dan Migne, liv, 198).

 

Namun begitu, pada masa itu, nampaknya tidak berbaloi lagi. Seluruh sistem tersebut sudahpun bersatu dengan agama Kristian dan kultus Ibu dewi itu sudahpun kukuh di dalamnya.

 

Frazer mengatakan:

Dengan itu nampaknya Jemaat Kristian telah memilih untuk merayakan kelahiran Pengasasnya pada duapuluh lima Disember demi memindahkan ibadah orang-orang kafir daripada Matahari kepada dia yang dipanggil Suria Kebenaran (mukasurat 305).

 

Terdapat suatu teori yang dikemukakan oleh seorang yang bernama Mgr Duchesne bahawa 25 Disember timbul daripada penyesuaian dengan ekuinoks pada 25 Mac dan ini adalah hari di mana Kristus telah dibunuh dan juga hari bilamana ibunya mengandung. Ini mendalamkan lagi jerangkapnya kerana 25 Mac sememangnya mula-mula dipakai di Afrika dan lain-lainnya sebagai tarikh penyaliban itu. Namun begitu, ianya jatuh pada hari Minggu pada satu-satunya tahun di mana 14 Nisan berkemungkinan jatuh pada 25 Mac. Kerana itu ia merosakkan teori tersebut. Lebih-lebih lagi, 25 Mac dikaitkan dengan perayaan dewa Attis sepertimana yang dicatatkan oleh Frazer di dalam nota sampingannya kepada mukasurat 305. Kita akan meninjau hal ini di dalam bahagian-bahagian di bawah.

 

Kambing dan Beruang

Pada dua belas hari itu, kita juga melihat para pelakon memainkan peranan kambing [jantan] dan beruang.

 

Di kawasan tanah tinggi Scotland dan St Kilda sehinggalah pertengahan akhir abad kelapan belas, sekurang-kurangnya seorang gembala lembu akan meliputi dirinya dengan kulit pada malam menjelang Tahun Baru. Orang-orang muda akan berjumpa dan dengan tongkat-tongkat mereka akan memukul kulit tersebut seperti suatu gendang dan berarak dari rumah ke rumah di mana orang yang ditutupi kulit tersebut berlari tiga kali bulatan deiseil, iaitu mengikut cara Matahari berpusing. Dia dikejar orang ramai yang berteriak dalam bahasa Gaelic:

 

marilah kita naikkan bunyi ini tinggi dan lebih tinggi lagi marilah kita memukul kulit itu (Frazer, viii, mukasurat 323).

 

Mereka berjalan dari rumah ke rumah sambil menyebut ayat-ayat berulang-kali. Apabila masuk, mereka akan memanggilkan berkat rahmat ke atas rumah itu serta haiwan ternakannya, batu-batu dan papan-papannya, hasilnya dan kesihatannya. Sebahagian daripada kulit tersebut kemudiannya dibakar disapukan pada hidung-hidung setiap orang dan haiwan peliharaan untuk melindungi para penduduk daripada penyakit dan nasib buruk untuk tahun yang akan datang.

 

Hari terakhir tahun ini dipanggil Hogmanay.

 

Setiap kelompok itu, setelah sajak itu dinyatakan dan Rann Calluin atau Sajak Krismas telah disebutkan, akan masuk dan menerima makan minum. Benda yang umumnya dibakar sebagai ganti kepada kepingan kulit itu adalah suatu Casein-uchd yang diperbuat daripada kepingan dada domba (atau rusa atau kambing) yang dibalutkan pada hujung suatu kayu shinty. Ini dibakar sedikit di dalam api dan dibawakan mengelilingi keluarga sebanyak tiga kali dan dihidu semua orang. Tiada minuman diminum sehinggalah upacara ini telah tamat. Tujuannya adalah untuk melindungi keluarga tersebut daripada sihir dan penyakit.

 

Di Isle of Man, bulu burung wren digunakan (viii, mukasurat 324).

 

Adat ini nampaknya berkaitan dengan suatu adat lebih tua yang membabitkan korban manusia. Frazer mencatatkan bahawa orang-orang Khond menyembelih seseorang sebagai dewa mereka dan membawanya dari rumah ke rumah dan semua orang mengambil relik daripada tubuh orang keramat ini (rujuk i, mukasurat 246 dan seterusnya). Kulit lembu tersebut tidak syak lagi menggantikan mangsa tersebut. Perjamuan tersebut menggantikan tubuh dan darah dewa itu.

 

Sungguhpun adat-adat ini tiada kaitannya dengan pertanian, adat-adat serupanya iaitu Plough Monday memang berkaitan dan perarakan-perarakan yang kita lihat di Eropah di mana orang-orang menyamar sebagai binatang-binatang mungkin sekali berkenaan semangat jagung/gandum. Semuanya mungkin ada kaitannya dengan perarakan beruang Gilyak dan perarakan ular Indian (ibid.).

 

Lazimnya di dalam perarakan-perarakan ini (sepertimana pada hari-hari terakhir karnival di Bohemia) seorang lelaki akan diliputi dengan jerami pease dari kepala hingga ke kaki dan dibalut sekelilingnya dengan tali-tali jerami (Frazer, ibid.). Ini mengingatkan kembali kepada orang wicca di Britain purba.

 

Pesta-pesta pertanian ini dikaitkan dengan kedua-dua solstis pertengahan musim sejuk dan ekuinoks musim bunga – kedua-duanya mengisytiharkan kembalinya pertumbuhan dan kehangatan dan kehidupan sebagai kuasa Matahari dan musim panas kepada alam semulajadi.

 

Orangnya di Bohemia dipanggil sebagai Shrovetide atau beruang Karnival (Fastnachtsbär).

 

Sesudah dia menari di semua rumah bersama dengan perempuan-perempuan dan para pelayan perempuan serta surirumah sendiri, mereka semua pergi berehat di rumah ale (bir):

 

Kerana pada masa Shrovetide, tetapi khususnya pada hari Shrove Tuesday, semuanya harus menari, kalau inginkan flax, sayur-sayuran dan jagung/gandum tumbuh menyubur (Frazer, viii, mukasurat 326).

 

Jerami beruang tersebut dimasukkan ke dalam sarang-sarang ayam-ayam betina dan angsa. Beruang itu mewakili semangat kesuburan. Tujuan tari-tarian tersebut adalah untuk membuatkan kedua-dua haiwan dan sayuran subur dalam segala aspek.

 

Di beberapa tempat Bohemia, orang ini tidak dipanggil beruang tetapi kambing oats.

 

Di Lithuania Prussia pada hari Kedua belas, seorang lelaki dibalut di dalam jerami pease untuk mewakili beruang dan seorang lagi di dalam jerami oats untuk mewakili kambing tersebut.

 

Di Marburg di Steiermark, orang-orangnya muncul sebagai serigala dan beruang (Frazer, ibid.).

 

Lelaki yang membuat pukulan terakhir pada waktu pembantingan dipanggil serigala. Dia terus kekal dengan nama Serigala itu sehingga Krismas apabila dia dibalut di dalam kulit kambing dan dibawa dari rumah ke rumah sebagai beruang pease pada hujung tali. Pemakaiannya sebagai seekor kambing jelas menandakannya dan nampaknya menghubungkan simbol-simbol kambing dan beruang dan serigala di dalam upacara kuno semangat jagung/gandum ini.

 

Di Scandinavia, kemunculan semangat gandum itu sebagai kambing adalah suatu kebiasaan (ibid.) Di Sweden, dipimpin ke sana-sini menerusi tanduk-tanduk pada kepalanya, dia menyamari kambing Yule. Di beberapa kawasan Sweden, mereka berpura-pura menyembelih kambing tersebut yang kemudiannya “hidup kembali” (ibid., mukasurat 327). Kedua-dua orang yang menyembelihnya menyanyikan rangkap-rangkap yang merujuk kepada mantel-mantel pelbagai warna, merah, biru, putih dan kuning, yang diletakkan padanya.

 

Setelah makan malam pada malam Krismas, orang-orang menari “tarian malaikat” untuk memastikan tuaian yang baik. Jerami Yule, sama ada gandum atau rai, dibentukkan menjadi seperti seekor kambing dan dibuangkan di kalangan para penari itu dengan sahutan “tangkaplah kambing Yule itu”. Di Dalarne ianya digelar domba jantan Yule.

 

Di Denmark dan Sweden, ianya suatu kebiasaan untuk membakarkan kek-kek tepung halus pada Krismas dalam bentuk kambing, domba jantan dan babi hutan (Frazer, ibid., mukasurat 328). Mereka lazimnya diperbuat daripada berkas terakhir tuaian dan disimpan sehinggalah masa menyemai di mana ianya dicampurkan sebahagiannya dengan benih jagung dan dimakan sebahagiannya oleh orang-orang dan lembu pembajak dengan harapan untuk mendapatkan hasil tuaian yang baik. Keserupaan adat-adat ini dari Kepulauan British ke Eropah dan Scandinavia serta Timur mengukuhkan tanpa ragu-ragu lagi bahawa amalan kuno ini bertujuan untuk memujuk semangat jagung dan dewa-dewa purba. Kemunculan sebagai kibas dan babi hutan juga adalah kuno dan berleluasa.

 

Beruang Jerami disaksikan di Wittlesy Cambridgeshire, yang dipertunjukkan sepertimana berabad lamanya pada hari selepas hari Plough Monday, oleh Profesor Moore Smith dari Universiti Sheffield pada Januari 1909 (lihat surat 13 Januari 1909; rujuk Frazer, viii, mukasurat 329).

 

Hari Plough Monday merupakan hari Isnin pertama bulan Januari selepas hari Kedua belas. Ianya tidak boleh disangkal lagi bahawa kita sebenarnya melihat pada suatu pesta pertanian kuno yang bertujuan memujuk dewa-dewa pertanian purba di dalam urutan perayaan-perayaan pertengahan musim sejuk yang berlanjut dari Saturnalia sehingga hari tinggi solstis dan kemudiannya kepada dua belas hari Krismas itu hinggalah perayaan pembajakan Plough Monday dan Shrove Tuesday.

 

Ia kelihatannya berkait rapat dengan korban manusia semasa dahulukala – mungkin di dalam setiap daripada tiga aspek itu atau mungkin sebagai perayaan-perayaan berasingan.

 

Plough Monday di England biasanya dikaitkan dengan suatu pasukan “lembu” manusia pembajak, yang mana seorang daripada mereka menyamar sebagai seorang perempuan tua bernama Bessy. Mereka ke sana-sini melompat dan menari dengan meriah kononnya untuk membuatkan jagung/gandum tumbuh setinggi mereka melompat. Ini serupa dengan amalan beruang-beruang Jerami atau kambing-kambing Yule di benua serta tempat lain di UK.

 

Amalan-amalan yang sama juga ditemui di Thrace dan Bulgaria pada hari yang sama, iaitu hari Isnin minggu terakhir Karnival. Seorang penarinya (digelar Kuker) adalah seorang lelaki yang berpakaian kulit kambing. Seorang lagi penari (digelar Kukerica), berpakaian dalaman perempuan sebagai perempuan tua atau baba, dihitamkan mukanya.

 

Beruang digambarkan oleh anjing-anjing yang dipakaikan kulit-kulit beruang. Suatu mahkamah olok-olok didirikan yang dianggotai seorang raja, hakim serta pegawai-pegawai lain. Pertunjukan-pertunjukan Kuker dan Kukerica itu penuh dengan ciri-ciri kenakalan dan keberahian.

 

Menjelang petang, dua orang akan dibelenggu pada bajak dan Kuker itu akan membajak beberapa alur dan menyemai sedikit jagung. Dia kemudiannya membuka samarannya dan dibayar untuk usahanya.

 

Orang ramai mempercayai bahawa orang yang memainkan peranan Kuker itu melakukan dosa yang berat dan para paderi juga membuat percubaan sia-sia untuk menghapuskan adat-adat tersebut. Kuker di dalam daerah Losengrad mempunyai suatu kek dengan wang di dalamnya yang dibahagi-bahagikan kepada mereka yang hadir di situ. Jika seorang petani mendapat duit syiling tersebut, maka tanaman akan subur; jika seorang gembalanya mendapatnya, maka kawanan ternakan adalah baik. Kuker juga secara simboliknya membajak tanah dan membuai-buaikan badannya ke sana sini untuk meniru gaya jagung yang terbuai-buai. Orang dengan duit syiling itu diikat dan ditarik dengan kakinya melalui tanah untuk mempercepatkan kesuburan tanah itu. Pengundian seperti ini juga mengingatkan pada korban Saturnalia yang kita lihat di atas.

 

Di Bulgaria sendiri, perayaannya mempunyai Perempuan atau Ibu Tua sebagai watak utamanya, yang dimainkan oleh seorang lelaki yang berpakaian perempuan. Kuker dan Kukerica tersebut tunduk kepada “Perempuan Tua” itu. Mereka memakai topeng-topeng aneh kepala manusia dengan tanduk binatang atau kepala burung dan kulit-kulit dengan pengikat pinggangnya kulit kayu lime(linden). Pada belakang mereka adalah bonggol yang diperbuat daripada kain-kain buruk. Perayaan ini di Bulgaria, memandangkan ianya hari Isnin minggu terakhir Karnival, dipanggil Cheese Monday. Namun begitu ia tetap berkait dengan perayaan Pembajakan itu.

 

Upacara-upacara berkaitan yang serupa di Eropah barat yang melibatkan perbuatan mengelilingi rumah dan berkat rahmat yang dianugerahkan dengan kehadiran “perempuan tua” itu ke atas kesuburan kampung itu, adalah yang utama sekali di dalam fikiran semua orang. Kemasukan orang bertopeng dari sebarang kampung lain dilihat sebagai suatu ancaman dan dianggap menarik keluar kesuburan kampung tersebut. Pencerobohan sebegitu dihalang.

 

Kesamaan antara Perempuan Tua ini dengan muka hitam Demeter serta kedua-dua pembantu Pluto dan Persephone mungkin sekali merupakan asal-usul di sebalik adat tiga raja itu, di mana Mechior yang hitam mewakili Demeter.

 

Perayaan Befana di Rom pada malam sebelum Epiphany jelas sekali mempunyai kaitan dengan pesta Demeter ini dan istilah Befana nyata sekali adalah suatu korupsi istilah Epiphany. Dia merupakan seorang ahli sihir [perempuan] tua dan kebisingan perayaan ini jelas sekali berkaitan dengan satu adat kuno membersihkan kawasan daripada pengaruh-pengaruh jahat (lihat juga di bawah). Upacara-upacara sama yang melibatkan Befana pada malam menjelang Epiphany telah atau masih dipelihara di Tuscan Romagna dan lain-lain tempat di Itali (Frazer, ix, mukasurat 167).

 

Frazer betul di dalam menganggap bahawa Perempuan Tua daripada sistem Bulgaria dan Thracia itu adalah suatu rujukan kepada Ibu dewi Jagung, Demeter, yang dengan rupa seorang perempuan tua telah membawakan berkat rahmat kepada keluarga Celeus, raja Eleusis dan memulihkan kesuburan yang hilang sebelumnya pada padang-padang Eleusis yang terbiar. Kuker dan Kukerica, pelakon lelaki dan perempuan itu, mewakili Pluto dan Persephone. Upacara-upacara ini berleluasa dari Timur ke Barat dan mewakili perayaan keagamaan yang paling tua sekali (Frazer, viii, mukasurat 334-335). Maka itu, kita secara langsung berada di tengah-tengah kultus-kultus Misteri Eleusis dan berkait rapat dengan kultus-kultus Misteri kuno yang sama daripada kultus Apollo pada zaman Eropah awal dan Dionysius dan simbol-simbol pertanian di dalam kultus pemujaan dewa Matahari. Kerana itu, kultus-kultus penyembelih Lembu Jantan juga terlibat sama dan kita dapat melihat daripada masa-masa dedikasi Lembu-lembu yang dikorbankan orang-orang Yunani di Magnesia sesudah dedikasinya pada permulaan musim menyemai bahawa kita mempunyai idea yang sejajar mengenai perayaan tersebut. Zeus merupakan teman Demeter dan hasil akhirnya adalah penyembelihan Lembu itu untuk Zeus pada masa yang menyamai bulan Mei.

 

Batang kayu Yule, holi dan ivy, dan mistletoe

Solstis musim panas dan musim salji/sejuk dilihat sebagai dua titik perubahan besar tahunan. Api-api dinyalakan sewaktu kedua-dua solstis. Api-api pertengahan musim panas dibakar di kawasan terbuka dan orang-orang muda akan melompati api-api itu. Amalan ini ditemui di kalangan orang-orang Celt di Ireland, Britain dan Gaul dan juga di kalangan orang-orang Afrika utara di Morocco serta Pergunungan Atlas. Amalan ini lebih tua lagi berbanding agama Islam yang juga diakui mereka. Amalan menyalakan api ini timbul dahulukala di kalangan orang-orang pagan pada May Day dan pada Halloween (1 November) yang juga dipanggil All Saints Day. Sifat asimetri perayaan-perayaan ini dengan solstis harus diperhatikan. Perayaan Walpurgis pada hari terakhir April sebelum May Day adalah Pesta Membakar Ahli-ahli Sihir. Jenis perayaan sebegini juga dikaitkan dengan dua belas hari antara Krismas 25 Disember dengan Epiphany 6 Januari. Api-api daripada resin pokok pain dinyalakan pada malam-malam ini untuk menjauhkan ahli sihir/pawang ini. Api-api tersebut umumnya lebih besar lagi pada Malam Kedua belas. Di Silesia, orang-orang akan membakarkan api-api resin pain antara Krismas dan Tahun Baru untuk menghalau pawang-pawang daripada rumah-rumah ladang mereka. Ini merupakan “masa sesuai untuk penyingkiran kuasa-kuasa kegelapan”. Pada malam Krismas dan malam Tahun Baru, tembakan-tembakan dilepaskan ke udara di atas ladang-ladang dan orang-orang membalutkan jerami di sekeliling pokok-pokok buah untuk menghalang kuasa-kuasa jahat daripada merosakkannya.

 

Di Biggar di Lanarkshire UK, malam Tahun Baru merupakan waktu tradisional bagi api ini yang telah lazim dinyalakan sejak dari dahulukala.

 

Pada tahun 1644, sembilan ahli sihir sebenar dibakar di Leith Links di Scotland (Frazer, ix, mukasurat 165).

 

Nyalaan api dipasang pada musim Luruh tetapi tidak signifikan. Perayaan hari kelahiran Perawan pada 8 September secara tradisinya dikaitkan dengan kebisingan dan riuh-rendah yang dikaitkan dengan Befana di Rom dan secara tradisinya melibatkan pembunuhan. Profesor Housman mencatatkan bahawa apabila dia menyaksikan perayaan itu di Capri pada tahun 1897, lebih daripada lapan atau sepuluh orang yang lazimnya telah dibunuh (Frazer, x, mukasurat 221).

 

Api-api juga secara tradisinya dinyalakan pada solstis pertengahan musim salji pada 25 Disember. Perbezaan antara api-api pertengahan musim panas dengan pertengahan musim salji adalah bahawa api pertengahan musim sejuk dinyalakan di sebelah dalam [rumah] dan membentuk sebahagian daripada upacara doa permohonan kepada dewa Matahari di tempat kebesarannya di langit. Dengan itu, api-api pertengahan musim salji telah membentukkan suatu suasana kekeluargaan atau yang lebih rapat.

 

Mungkin agak signifikan bahawa di Kepulauan Shetland, cuti Yule atau Krismas bermula tujuh hari sebelum hari Krismas dan berakhir pada Antinmas, iaitu hari kedua puluh empat selepas Krismas.

 

Para penduduk Shetland menamakan hari-hari cuti ini sebagai Yule. Tujuh hari sebelum Krismas, orang-orang elves (orang bunian) yang dipanggil Trows oleh penduduk Shetlander dibebaskan daripada kediaman-kediaman mereka di dalam bumi dan tinggal di atas permukaan tanah jika disukai mereka. Ini mungkin sekali adalah asal-usul simbolisme elf dengan dan bersama Santa Claus. Ia nampaknya berkaitan dengan konsep misrule tujuh hari Saturnalia yang membawa kepada 25 Disember.

 

Upacara terpenting di dalam Yule adalah saining yang perlu dijalankan dengan betul di dalam berurusan dengan rakyat kelabu sepertimana orang-orang elf itu digelar.

 

Mitos-mitos moden yang timbul dari USA berkenaan makhluk asing kelabu tidak lain dan tidak bukan adalah suatu olahan orang-orang elf Yule.

 

Pada hari terakhir musim cuti itu, hari kedua puluh empat selepas Krismas, yang dipanggil up-helly-a, atau Uphalliday di Shetland, pintu-pintu semuanya dibuka dan adegan kejar-mengejar banyak dilakonkan untuk menghalau makhluk-makhluk elf itu daripada kawasan itu. Orang ramai rajin membaca Alkitab mereka dan mempamerkan besi dengan penuh megah “kerana memang diketahui ramai bahawa makhluk elf tidak tahan melihat besi.” Anak-anak kecil dijaga dengan baik dan di“sained”kan oleh para wanita bijaksana dan terpelajar. Tidak syak lagi, di sini kita lihat terbabitnya tanda mata kejahatan sebagai adat kuno (rujuk juga karya Salib - Asal-Usul dan Maksudnya [039]).

 

Apabila siang menjelang setelah malam kedua puluh empat, makhluk Trow atau rakyat kelabu ini lesap dan masa Yule tamat.

 

Dengan itu, adat-adat menghalau kuasa-kuasa jahat dan ahli sihir pada malam yang diasingkan untuk tujuan itu pada tempoh solstis musim salji dan perayaan-perayaannya boleh dijejaki kesannya dari Rom dan Calabria di selatan sehingga jauh ke utara di kawasan Shetland. Ia juga berleluasa dari Ireland ke kawasan Steppe sehinggalah ke Afrika Utara.

 

Batang kayu

Kita tahu bahawa orang-orang Jerman membakar kayu Yule yang merupakan suatu adat kuno sungguhpun pada abad kesebelas. Pada 1184, paderi tempatan Ahlen di Münsterland mencatatkan pasal membawa suatu pokok untuk menyemarakkan api kemeriahan pada hari kelahiran Tuhan (Frazer, x, mukasurat 247). Ini ditemui di Britain pada zaman-zaman dahulukala dan merupakan suatu kebiasaan bagi orang-orang Teuton dan nampaknya orang-orang Celt juga. John Brand disebutkan Frazer sebagai mengatakan bahawa blok Yule itu merupakan benda yang setara dengan api-api pertengahan musim panas yang dilakukan di sebelah dalam rumah kerana cuaca sejuk pada waktu solstis musim sejuk itu (ibid., nota 2). Ini tidak lain dan tidak bukan adalah aplikasi palsu 25 Disember solstis yang diasingkan khusus untuk penyembahan Matahari (Frazer, x, mukasurat 246). Pembakaran api pokok ini adalah untuk membantu Matahari menyalakan semula terangnya yang kian padam, dan seluruh sistem api-api dan lilin-lilin sewaktu hari kelahiran itu di hadapan Perawan Surgawi merupakan ibadah kuno terhadap Ibu dewi dan anaknya, Matahari. Lampu-lampu tersebut menolong di dalam menyalakan api surgawi Matahari itu dan ini merupakan idea asas di sebalik nyalaan api dan penggunaannya di dalam Zoroastrianisme.

 

Kayu Yule itu juga dipelihara di kalangan kumpulan-kumpulan Eropah dan diletakkan pada api untuk menghindari guruh dan kesan-kesan ribut. Dengan itu, perkaitannya jelas terlihat di antara dewa-dewa kuno orang-orang Teuton ke atas guruh dan petir dan cuaca, dengan kayu Yule itu pada solstis.

 

Mistletoe

Mistletoe (sejenis tumbuhan dedalu) adalah keramat di dalam kepercayaan orang-orang Druid. Orang-orang ini yang telah datang melalui Mesir sebagai Majus telah diambil oleh orang-orang Milesia di Sepanyol dari antara orang-orang Gadelia sebelum kelompok Scoto-Milesia pergi ke Ireland. Dari situ mereka berkembang ke Britain dan Eropah (MacGeohagen The History of Ireland, Sadlier, NY, mukasurat 42; rujuk Frazer, ii, mukasurat 358,362; xi, mukasurat 76 dan selanjutnya, 301).

 

Pliny (Natural History, xvi, mukasurat 249-251) mendapatkan terbitan perkataan Druid daripada perkataan Yunani bagi oak iaitu drus. Namun begitu, ianya sama atau serupa di dalam bahasa Celticnya iaitu daur. Dengan itu kumpulan Druid ini merupakan paderi-paderi pokok oak. Dengan itu, kultus mereka adalah kuno dan dikaitkan dengan kelompok pokok oak. Para cendekiawan yang lain lebih suka untuk menerbitkan namanya daripada kata dasarnya yang bermaksud pengetahuan atau kebijaksanaan – dengan itu, mereka adalah orang sakti atau ahli sihir. Ini juga berpunca daripada gelaran Majus yang dipegang mereka (rujuk Frazer, xi, mukasurat 76-77, nota 1 kepada mukasurat 76).

 

Kitar Druid bagi kalendar adalah tiga puluh tahun dan nampaknya terdapat perkaitan penyembahan mereka dan orang-orang Boetia yang, seperti mereka, menyembah atau memuja pokok oak dan, dengan itu, kedua-duanya mungkin mempunyai kaitan Aryan yang sama. Kitar Boetian, di dalam perayaan Daedala yang agung, terdiri daripada enam puluh tahun dan bukannya tiga puluh. Ini mungkin mempunyai aplikasi kepada amalan Aryan yang dipelihara di kalangan orang-orang India iaitu kitar enam puluh tahun yang berdasarkan pada kitar bintang bagi Jupiter.

 

Mistletoe tersebut dipotong dengan sabit emas pada hari pertama atau keenam bagi Bulan (Frazer, xi, mukasurat 77-78). Ianya dikaitkan dengan kesuburan dan dipercayai akan mengandungkan haiwan-haiwan dan perempuan yang mandul. Ianya difikirkan telah jatuh dari langit dan dipanggil sebagai penyembuh-semua (Frazer, xi, mukasurat 77-79,82). Dua lembu jantan putih dikorbankan sewaktu pemotongan tersebut pada hari keenam untuk tujuan ini. Imamnya berpakaian jubah putih. Ianya dipotong pada hari pertama Bulan oleh orang-orang Itali dan pada hari keenam oleh golongan Druid. Kelainan ini mungkin dapat dijelaskan kerana permulaan bulan lunar di dalam kedua-dua sistem. Juga, mistletoe itu tidak dipotong dengan perkakas besi. Ianya tidak dibenarkan jatuh ke tanah dan, kerana itu, disambut dengan kain putih.

 

Orang-orang Itali percaya bahawa mistletoe yang tumbuh pada pokok oak mempunyai ciri-ciri yang sama jika kita terima apa yang Pliny katakan dan, dengan itu terdapat persamaan kepercayaan di dalam kedua-dua sistem.

 

Dengan itu kita kembali sekali lagi kepada sistem kesuburan Saturnalia dan penyembuhan Misteri-misteri tersebut serta Apollo, tetapi di dalam suatu bentuk kuno yang lazim bagi orang-orang Aryan sebelum tahun 1000 SM.

 

Sistem ini begitu kuno sekali sehingga ianya juga satu kebiasaan bagi suku Ainu di Jepun yang menganggapnya keramat. Namun begitu, mereka menggunakan mistletoe yang dipotong daripada pokok willow kerana pokok ini adalah keramat bagi mereka. Mereka sependapat dengan kedua-dua orang-orang Druid (dari segi ciri-ciri penyembuhannya) dan orang-orang Itali (dari segi kesuburan perempuan bagi kelahiran anak) di dalam kepercayaan mereka (Frazer, xi, mukasurat 79).

 

Kepercayaan ini berlanjutan kepada para penduduk Pulau Mabuig di Selat Torres (ibid.). Kepercayaan sama juga ditemui di Afrika di kalangan suku Walos di Senegambia (ibid.).

 

Penghormatan mistletoe ini sebagai penyembuh-semua ditemui di kalangan para petani Swiss dan orang-orang Sweden (ibid., mukasurat 82).

 

Dewa Norse iaitu Balder dikatakan telah dibunuh dengan mistletoe dan Frazer menghuraikannya secara panjang lebar di dalam karyanya.

 

Mistletoe digunakan sebagai penawar kepada epilepsi secara amnya dan oleh pihak-pihak perubatan tertinggi di UK dan Holland selewat-lewatnya abad kelapan belas (ibid., mukasurat 83, dengan memetik daripada Ray dari UK pada tahun 1700, Boerhaave dari Holland pada 1720 dan muridnya Van Swieten pada 1745).

Mistletoe dipercayai memberikan perlindungan terhadap petir dan api dan, kerana itu, dikaitkan juga sistem Yule (Frazer, xi, mukasurat 85).

 

Ianya paling lazim sekali digunakan semasa pembakaran api-api pertengahan musim panas itu dan pada masa ini dikaitkan dengan kematian dewa Balder. Ini nampaknya telah melibatkan korban manusia sebenar pada masa ini di Denmark, Norway dan Sweden (Frazer, xi, mukasurat 87). Amalan membuang mangsa yang dipilih secara undian ke dalam api Beltane dan juga serigala Hijau api-api pertengahan musim panas itu dikaitkan dengan sistem penyembahan ini sebagai semangat-semangat pokok atau dewa-dewa tumbuhan (ibid., mukasurat 88).

 

Pemujaan mistletoe dikaitkan secara langsung dengan kultus pemujaan oak dan merupakan suatu kebiasaan buat semua orang-orang Aryan. Orang-orang Celt di Asia Minor bersembahyang di kelompok pokok yang dipanggil Drynemetum iaitu perkataan Celtic sejati, yang bermaksud Bait/Kuil Pokok Oak. Ini adalah kelompok-kelompok pokok yang juga mengandungi bentuk zakar (phallus) yang ditegah di dalam Alkitab.

 

Di kalangan orang-orang Slav, pokok oak merupakan simbol keramat bagi dewa besar Perun dan oak berpangkat pertama di antara pokok-pokok suci orang-orang Jerman. Ianya disayangi mereka pada masa dahulu dan beberapa daripada amalan-amalan ini serta sikap-sikapnya telah kekal sehingga hari ini (Frazer, ibid., mukasurat 89).

 

Pokok oak juga adalah suci bagi orang-orang Itali dan imej Jupiter pada Capitol pada mulanya hanyalah suatu pokok oak yang semulajadi. Di Dodona, Zeus juga disembah seolah-olah wujud di dalam pokok oak. Frazer membuat kesimpulan bahawa orang-orang Aryan, termasuklah orang-orang Celt, Jerman dan Lithuania, lazimnya mempercayai bahawa oak adalah suci sebelum penyelerakan mereka dan tanah bersama ini dahulunya pasti telah dipenuhi pokok oak. Mistletoe hanyalah merupakan simbolnya, sebagai aspek kurniaan surgawi di dalam penyembuhan, perlindungan dan kesuburan.

 

Penyalaan api keramat, sama ada di kalangan orang-orang Celt, Jerman atau Slav, sentiasa mempergunakan kayu oak dengan menggosokkan dua batang kayunya atau menggosokkan kayunya pada batu kelabu (bukan merah). Jenis-jenis amalan yang sama ditemui dari Jerman sehingga dataran tinggi Scotland di dalam menyalakan api keperluan itu (need-fire) (rujuk Frazer, xi, mukasurat 91).

 

Frazer mengatakan bahawa api kekal Vesta di Rom diteruskan dengan kayu oak. Kayu oak juga dibakar di dalam api kekal itu di hadapan pokok oak keramat di Romove di Lithuania. Blok-blok kayu oak dibakar juga dari solstis pertengahan musim salji sehingga hujung tahun dan digantikan dengan batang kayu yang baru dan debu-debunya dicampurkan di antara benih contohnya untuk kesuburan.

 

Kesamaan di dalam kesemua cerita-cerita ini adalah pembakaran api-api itu dan pemotongan mistletoe. Orang-orang Aryan kuno percaya, seperti yang boleh kita andaikan daripada mitos Balder itu, bahawa pokok oak adalah tuhan dan hubungan mistletoe dengannya memastikan kelanjutan usianya. Korban manusia pada waktu api-api pertengahan musim panas itu memastikan kehidupan tanam-tanaman. Penggunaan mistletoe dan kayu Yule semasa solstis pertengahan musim salji juga merujuk kepada pengorbanan dewa itu yang diwakili oleh orang yang mengambil tempatnya, dan kepulangan sistem Matahari. Inilah simbolisme di sebalik tradisi Krismas itu (rujuk Frazer, xi, mukasurat 93).

 

Sementara mistletoe itu masih ada, dewa atau penggantinya tidak boleh dicederakan. Pemotongan mistletoe itu menandakan serta menyebabkan kematiannya.

 

Holi dan ivy

Holi dan ivy kononnya mewakili lelaki dan perempuan. Tumbuhan ivy berpaut dan berpintal – kononnya mewakili perempuan. Holi pula berduri dan tegang – kononnya mewakili lelaki.

 

Di Surrey England, pokok holi digunakan untuk melalukan seorang anak kecil melalui suatu rekahan untuk menyembuhkan perpecahan sedangkan ia biasanya pokok ash di tempat lain (Frazer, xi, mukasurat 169, nota 2).

 

Pokok holi-oak adalah keramat kepada Fratres Arvales atau Persaudaraan Ladang-ladang Bercucuk Tanam. Ini merupakan suatu kolej Roma yang terdiri daripada dua belas paderi yang melakukan upacara-upacara keagamaan umum untuk tujuan-tujuan pertanian. Mereka memakai kalungan tongkol-tongkol jagung. Korban-korban mereka dilakukan di kelompok pokok dewa Dia sejauh lima batu ke hilir Tiber dari Rom. Kelompok pokok ini mengandungi pokok-pokok laurel dan holi-oak. Ianya begitu disucikan sehingga korban-korban penebusan dipersembahkan setiap kali suatu pohon atau dahan suatu pohon jatuh ke tanah. Nyata sekali ini senang berlaku dengan kedatangan salji dan ribut pada solstis musim salji. Justeru itu, adanya konsep pokok holi dan Krismas yang putih. Korban-korban yang lebih rumit lagi perlu dibuat apabila salah satu daripada pokok itu dipanah petir. Pokok ini kemudiannya akan digali dari akarnya, dibelah dan dibakar sementara gantinya ditanamkan pada tempatnya. Semasa perayaan Parilia Rom bagi kesejahteraan kawanan binatang, para petani berdoa untuk pengampunan jika mereka memasuki kelompok pokok yang keramat, duduk di bawah pokok keramat, atau memotongkan dahan pokok keramat untuk memberi makan dombanya (rujuk Frazer, ii, mukasurat 123).

 

Pliny mengatakan bahawa hutan-hutan tersebut dahulunya merupakan tokong-tokong dewa-dewi dan bahawa pada zamannya sekalipun para petani mendedikasikan suatu pohon yang tinggi kepada seorang dewa dengan upacara dahulukala (Pliny Natural History, xii, mukasurat 3).

 

Ivy merupakan simbol kultus-kultus Misteri. Ianya dikunyahkan oleh mereka yang menghadiri perayaan Bacchus. Ianya dikaitkan dengan dewa Dionysius, atau Bacchus.

 

Ivy digunakan oleh orang-orang Yunani sebagai satu daripada dua kayu penyala api. Bahagian papan bagi alat ini diperbuat daripada tumbuhan parasit atau menjalar yang biasanya adalah ivy. Bahagian penggereknya biasanya adalah laurel. Oak juga ada digunakan sebagaai penggerek.

 

Orang-orang India kuno menggunakan tumbuhan parasit (pohon ara menjalar) sebagai penggerek sambil mempergunakan parasit itu sebagai konsep lelaki. Orang-orang Yunani nampaknya telah menterbalikkan konsep tersebut. Ivy dianggap perempuan sementara laurel dianggap lelaki. Namun di dalam bahasa Yunani, perkataan ivy bersifat lelaki dan ivy dikaitkan dahulunya dengan dewa lelaki Dionysius. Perkataan bagi laurel bersifat feminin dan dikaitkan dengan sejenis pari-pari (nymph). Dengan itu, kita boleh simpulkan bahawa orang-orang Yunani, seperti orang-orang India itu, mempercayai konsep-konsep sama semasa dahulukala tetapi telah mengubahsuainya mungkin untuk menyesuaikannya (Frazer, ii, mukasurat 251-252).

 

Dahulunya, ivy dilarang daripada disentuh atau dinamakan (Frazer, iii, mukasurat 13 dan seterusnya). Ivy juga keramat bagi dewa Attis dan, justeru itu, kita sampai pada pokok pain yang juga keramat bagi dewa tersebut (rujuk Frazer, v, mukasurat 278 dan lihat karya Salib - Asal-Usul dan Maksudnya [039]).

 

Ivy juga suci bagi dewa Osirus (Frazer, vi, mukasurat 112) dan juga bagi mimpi-mimpi (ibid., x, mukasurat 242). Dengan itu, kita melihat adanya kesamaan dengan sistem tuhan Triune dan kultus-kultus Misteri secara amnya yang menyetujui sistem solstis dan penyembahan Matahari itu. Justeru itu, holi dan ivy merupakan simbol-simbol juga bagi oak dan lain-lain kelompok pokok yang didedikasikan kepada tuhan-tuhan yang dikutuk Alkitab.

 

Pokok Krismas

Pokok pain berhias berasal secara langsung daripada kultus-kultus Misteri dan penyembahan dewa Attis. Dia dipercayai merupakan seorang lelaki yang menjelma menjadi pokok dan, dari situ, merupakan penjelmaan semangat-pokok kuno yang kita temui di dalam mitologi India atau Indus yang kuno seawal-awalnya zaman Harappa dan Mohenjo Daro. Dia nyata sekali adalah seorang dewa kesuburan jagung dan memakai topi Phrygia seperti Mithras (daripada suatu ukiran patung di dalam Lateran; Frazer, v, mukasurat 279).

 

Membawa masuk pokok pain yang dihiasi bunga kembang pagi (ungu) dan lingkaran bulu biri-biri adalah seperti pembawaan masuk pokok-Mei atau pokok-Musim Panas di dalam adat penduduk moden. Patung yang dipasangkan pada pokok itu merupakan satu salinan mewakili dewa Attis. Ini secara tradisinya dipelihara disimpan sehinggalah tahun kemudiannya apabila ia dibakar (Firmicus Maternus De errore profanarum religionum; rujuk Frazer, v, mukasurat 277 dan nota 2).

 

Tujuan asal adat ini untuk mengekalkan semangat tumbuhan sepanjang tahun kemudiannya. Orang-orang Phrygia menyembah pokok pain melebihi yang lain dan daripada kawasan inilah terbitnya Misteri-misteri dan sistem Mithras itu. Ianya mungkin keramat bagi kultus-kultus itu kerana ia malar hijau sepanjang tempoh solstis itu di serata kawasan yang besar, sewaktu pokok-pokok lain gondol semuanya. Ingat juga bahawa resin pokok pain dibakar sewaktu perayaan-perayaan solstis itu. Asal-usulnya telah hilang sejak dulu di dalam sistem Asyur-Babilon.

 

Gambaran dewa Attis itu telah ditukar kepada simbol Matahari sebagai bingkai pemegang pada sebelah atas [pokok itu] dan kemudiannya hiasan-hiasan seperti bentuk malaikat dan sebagainya. Hiasan-hiasan itu dengan senang dicamkan sebagai Matahari, Bulan, dan bintang-bintang sistem Triune milik orang-orang Babilon seperti Sin Ishtar dan Shamash atau Isis, Osirus dan Horus milik orang-orang Mesir (lihat karya Anak Lembu Emas [222]).

 

Ivy juga suci bagi Attis dan imam-imamnya yang dikembiri dipasangkan tatu simbol daun ivy (Frazer, v, mukasurat 278).

 

Buah-buah pain digunakan untuk menghasilkan sejenis wain yang digunakan di dalam upacara-upacara liar Cybele, yang pada dasarnya serupa dengan pesta-pesta liar Dionysius dan Strabo telah membandingkannya (Strabo, x, 3. 12 dan seterusnya).

 

Pada pesta Thesmophoria, buah-buah ini dibuang bersama babi-babi serta lain-lain agen atau lambang kesuburan ke dalam kubah-kubah keramat Demeter untuk tujuan menambahkan kesuburan tanah dan golongan perempuan (Frazer, v, mukasurat 278). Dengan itu, kita kembali sekali lagi kepada perayaan-perayaan Demeter dan aspek-aspek yang telah terus kekal dan yang dikaitkan dengan Krismas di Eropah secara amnya seperti yang telah kita lihat.

 

Epiphany

Istilah Epiphany bermaksud manifestasi (penjelmaan) iaitu kemunculan makhluk luarbiasa atau ilahi. Ianya diaplikasikan kepada Antiochus IV Epiphanes, raja Syria (Aram) (175-164 SM).

 

Ianya juga dikenali sebagai: dies luminum (hari penuh terang); hari tiga raja atau hari kedua belas. Semua telah dibincangkan di atas. Amalan-amalan yang dikaitkan dengannya semuanya terbit daripada sumber-sumber purba yang kita lihat di dalam teks itu dan tiada kena-mengena dengan iman.

 

Nama itu terus kekal di dalam perayaan besar Befana di Rom (rujuk Catholic Encyclopedia, art., Epiphany, Robert Appleton, NY, 1909, Vol. V, mukasurat 504). CE ini mengatakan:

 

Sukar memastikan betapa dekatnya amalan itu, yang dipelihara pada masa itu iaitu membeli pelbagai jenis imej buatan tanah, ditambahkan dengan alat siulan dan mewakili sebahagian kehidupan orang Rom, harus dikaitkan dengan adat yang agak sama yang terkenal semasa perayaan Saturnalia bulan Disember (ibid.)

 

Ia bukannya sukar untuk dikenalpasti. Amalan-amalannya sama dan istilahnya diaplikasikan kepada penjelmaan Befana sebagai dewi seperti yang kita lihat di atas. Cubaan-cubaan untuk meletakkan rujukannya di dalam Hippolytus pada Sakramen Pembaptisan adalah tidak betul kerana dia menggunakan istilah theophaneia dan bukannya epiphania (ibid.).

 

Rujukan pertama yang sah mengenainya terdapat dengan Clement (Stromateis, I, xxi, mukasurat 45). CE memetik teks ini seperti berikut dan kemudiannya menambah:

 

‘Terdapat golongan orang, juga, yang peliknya telah menetapkan Hari Kelahiran Juruselamat kita bukan saja pada tahunnya tetapi pada harinya, yang mereka katakan adalah 25 Pachon (20 Mei) pada tahun Augustus kedua puluh lapan. Tetapi pengikut-pengikut Basilides juga merayakan hari Pembaptisannya, di mana mereka mengisi waktu malam sebelumnya dengan pembacaan. Dan mereka mengatakan bahawa ianya jatuh pada hari ke 15 bulan Tybi tahun ke 15 Tiberius Caesar. Dan ada yang mengatakan bahawa ianya pada hari ke 11 bulan yang sama.’ Hari ke 15 dan 11 bulan Tybi adalah 6 dan 10 Januari.

 

Kedua-dua Gereja Roman Katolik dan Gereja Ortodoks cuba untuk mendapatkan daripada amalan kelompok Gnostik ini di bawah ajaran Basilides (yang mengajar di Rom pada pertengahan abad kedua) sokongan bagi merayakan kelahiran serta pembaptisan Kristus, namun tiada bukti sebenar bagi andaian ini. Bukti perayaan-perayaan itu sendiri menunjukkan bahawa amalan tersebut adalah perayaan kesuburan serta keberkatan hasil ladang yang kuno. Daripada ini timbullah amalan memberkati air serta amalan membuang patung-patung salib ke dalam laut untuk menjadikan laut berhasil bagi penangkap ikan. Semuanya didasarkan di dalam kepercayaan paganisme kuno dan tidak terlihat di dalam agama Kristian sehinggalah abad keempat. Tambahan ini dilakukan lama selepas zaman Origen yang menulis pada abad ketiga kerana dia tidak menyebut apa-apa tentang Epiphany di dalam senarai perayaan-perayaannya. Sebutan pertama mengenainya sebagai suatu perayaan jemaat adalah pada tahun 361 (rujuk CE, mukasurat 505).

 

Daripada Santo Nicholas kepada Santa Claus

Santa Claus adalah suatu ciptaan yang agak lewat dan tiba kepada kita sebagai suatu produk komersialisme Amerika terkemudian. Ianya berpunca khususnya daripada cerita rakyat Jerman dan Belanda. Asal-usulnya adalah daripada entiti yang digelarkan sebagai Santo Nicholas.

 

Orang yang biasanya dikenali sebagai Santo Nicholas ini adalah Nicholas dari Myra di Lycia. Dia telah meninggal dunia pada 6 Disember 345 atau 352 (Catholic Encyclopedia, Vol. XI, mukasurat 63). Dia terkenal di dalam jemaat Yunani dan Latin namun tiada yang pasti mengenainya kecualilah bahawa dia adalah biskop Myra pada abad keempat (ibid., mukasurat 64). Dia dilahirkan di Parara, Lycia di Asia Minor. Sewaktu zaman mudanya, dia telah membuat lawatan ke Mesir dan Palestin. Pada kepulangannya dia telah dijadikan biskop Myra dan dipenjarakan sewaktu tempoh penganiayaan Diocletian. Dia telah dibebaskan pada kenaikan takhta Constantine. Para penganut Katolik menyatakan bahawa dia hadir di Nicaea namun namanya tidak muncul pada mana-mana rekod yang ada menurut pengakuan mereka sendiri (ibid.).

 

Pada tahun 1087, para pedagang Itali telah mencuri mayatnya di Myra dan membawanya ke Bari. Kultusnya di Itali telah bermula sejak itu. Nampaknya ini telah didorongi suatu kultus yang telah ditubuhkan baginya di Eropah. Keajaiban-keajaiban yang banyak yang dikatakan perbuatannya adalah hasil daripada suatu tradisi yang panjang namun, seperti yang akan kita lihat, kebanyakannya mempunyai asal-usul pagan yang tiada kena-mengena langsung dengan orang asalnya.

 

Kultusnya di dalam jemaat Yunani sudah lanjut usianya dan khususnya menyerlah di dalam jemaat Rusia sungguhpun mereka hanya ada lama selepas zamannya (sekitar 1000 TM). Maharaja Justinian I telah membina sebuah gereja untuk menghormatinya di Constantinople dan namanya muncul di dalam liturgi yang ditulis John Chrysostom (ibid.).

 

Kultusnya di Eropah bermula sejak zaman Otto II yang mana isterinya Theophano merupakan seorang berbangsa Yunani. Biskop Reginald dari Eichstadt (meninggal pada 991) telah menulis suatu metrik berjudul Vita S. Nicholai. Dia dihormati sebagai santo penaung di Greece, Rusia, kerajaan Naples, Sicily, Lorraine, kawasan Diocese bagi Liege, dan banyak bandar di Itali, Jerman, Austria dan Belgium, Campen di Netherlands, Corfu di Greece, Frieburg di Switzerland dan Moscow di Rusia (ibid). Dia merupakan penaung bagi para pelaut, pedagang, pengurus bank dan kanak-kanak.

 

Relik-reliknya masih dipelihara di dalam gereja S. Nicola di Bari. Sejenis bahan berminyak, yang dikenali sebagai Manna di S. Nicola, dikatakan mengalir keluar daripada relik-reliknya itu. Ianya dihargai kerana ciri-ciri pengubatnya. Hubungannya dengan perayaan-perayaan 5/6 Disember diteliti di bawah.

 

Satu dongeng yang dikaitkan dengannya menceritakan tentang pembentukan tiga bola emas, di mana setiap satunya diperbuat daripada upahnya selama setahun, dan digolekkan melalui jendela suatu keluarga baik yang memerlukannya selama beberapa tahun. Bola pertamanya dikatakan jatuh ke dalam sarung kaki (justeru sarung kaki Krismas). Ini membolehkan para penerimanya yang memerlukannya untuk mengahwinkan anak-anak perempuan mereka. Dia kononnya akan dilihat pada kali terakhir. Ini tanpa ragu-ragu adalah asal-usul tiga bola emas milik pemajak gadai dan simbol naungannya ke atas para pedagang. Cerita-cerita ini akan kita lihat mempunyai kaitan dengan mitos-mitos lain.

 

Tradisi-tradisi yang dikaitkan dengan kemurahan hatinya membawa kepada amalan biarawati-biarawati Norman Perancis yang memberi derma kepada orang-orang miskin pada hari Santo Nicholas atau hari menjelangnya, dan ini kemudiannya dikenali sebagai Boxing Day sempena kotak (box) derma gereja. Ini menjadi tradisi di sebalik Boxing Day 26 Disember. Di Jerman, Christ Bundles (bungkusan Kristus) juga diberikan kepada golongan miskin dan perarakan-perarakan tahunannya telah membawa masuk tanda-tanda dewi Ibu Surgawi milik Misteri-misteri itu.

 

Amalan di mana kanak-kanak menyimpan sepanjang tahun untuk babi tahunan sewaktu Krismas di Holland telah membawa kepada pengenalan bank bentuk babi (piggy bank).

 

Gabungan yang terhasil iaitu jubah-jubah Roma palsu golongan paderi yang dipakai sewaktu Perayaan Orang-orang Bodoh dan kisah-kisah mengenai tunggangan liar Odin serta janggut-janggut golongan Majus dengan makhluk-makhluk elf pesta-pesta Yule itu, terjadi perlahan-perlahan.

 

Nicholas dari Myra merupakan seorang santo di dalam Gereja Roman Katolik sehingga tahun 1969 apabila dia mendapat nasib sama dengan dongeng-dongeng lain.

 

Sinterklaas – pendahulu kepada Santa Claus

Sinterklaas, atau Santo Nicholas, adalah cerita rakyat Belanda yang lazim, yang dirayakan di Netherlands dan sebahagiannya di Belgium.

 

Perayaan Sinterklaas sentiasanya pada waktu malam, selepas matahari terbenam pada 5 Disember di Netherlands dan 6 Disember di Belgium.

 

Di dalam perayaan petang dan malam itu, kanak-kanak berkumpul di sekeliling cerobong, sambil menyanyikan lagu-lagu kepada Sinterklaas:

 

“Heerlijk avondje is gekomen. Kom maar binnen met je knecht" atau

“Malam yang baik (seperti tuan) telah datang. Masuklah dengan hambamu”.

 

Hambanya, Black Peter (Peter yang Hitam) adalah hitam. Dia sentiasanya digambarkan sebagai seorang Negro dengan bibir tebal dan berpakaian melucukan. Ini mungkin timbul daripada neksus Demeter/Melchior dan yang kemudiannya dikaitkan dengan kebaikan dan kejahatan yang tersemat di dalam legenda Woden dan Nöwi.

 

Sinterklaas sendirinya adalah seorang biskop dengan penutup kepala dan satu buku yang mencatatkan perbuatan baik dan dosa. Dia mempunyai tongkat gembala dan menunggang seekor kuda putih ke atas bumbung-bumbung. Black Peter mendengar pada cerobong-cerobong untuk menentukan sama ada kanak-kanak menyanyikan lagu-lagu yang betul dan mempersembahkan persembahan yang betul kepada kuda itu dalam bentuk jerami dan karot.

 

Hadiah-hadiah untuk kanak-kanak itu akan dimasukkan melalui cerobong itu.

 

Sinterklaas merupakan hasil sinkretik agama Jerman atau Teutonik yang tua. Akar-umbi Jerman ini dapat diterangkan seperti berikut:

 

Dewa Woden (juga dikenali sebagai Odin), yang masih diingati dengan penggunaan perkataan Wednesday (Rabu), merupakan dewa terpenting suku-suku Jerman tua (bukannya kelompok kecil penduduk yang kita kenali sebagai orang-orang Jerman hari ini). Woden, seorang tokoh sejarah, telah dijadikan personifikasi sekelompok dewa-dewa yang lebih awal – dewa-dewa angin dan peperangan, dewa orang mati, dewa kesuburan, dewa kebijaksanaan dan dewa Matahari. Di dalam legenda-legenda mitologi dia kelihatan “menunggang kuda putihnya yang taat, terbang di udara, berpakaian jubahnya yang menjurai.” Lebih lanjut lagi, dia digambarkan sebagai seorang yang mempunyai janggut putih yang panjang, dengan topi yang besar pada kepalanya. Oleh sebab dia juga dianggap dewa kebijaksanaan, dia mempunyai buku di dalam tangannya yang dituliskan dengan huruf rune (abjad Jerman purba), dan dia membawa lembing yang besar.

 

Di dalam cerita-cerita ini Woden ditemani oleh seorang gergasi bernama Nöwi, yang berkulit hitam kerana dia adalah bapa kepada malam. Dia, menurut legenda, arif di dalam membuat puisi dan sajak. Dia membawa di dalam tangannya, sebagai tanda kesuburan, sejambak ranting.

 

Daripada aspek-aspek ini – kuda putih, jubah lebar, topi besar, buku, lembing, dan Nöwi yang hitam, dengan sejambak ranting, dengan puisi atau tradisi-tradisi bersajak – kita mempunyai begitu banyak kesejajaran dengan Sinterklaas dan Zwarte Piet (Black Peter) yang ada hari ini, lebih daripada sekadar kebetulan saja. Kita lihat di sini, juga, kesejajarannya dengan Demeter dan tiga raja bijaksana yang mana seorang daripadanya adalah Melchior yang berkulit hitam.

 

Jika sekarang kita tambahkan adat-adat tradisinya, kita mendapat gambaran sempurnanya.

 

Suku-suku Jerman atau Teuton yang purba sentiasa meninggalkan, selepas musim menuai, seberkas di atas tanah bagi kuda putih Woden. Kanak-kanak mempersembahkan, sewaktu masa Sinterklaas, jerami di dalam kasut-kasut mereka pada cerobong (sarung kaki pada cerobong sewaktu Krismas) untuk kudanya.

 

Kita lihat di sini tradisi-tradisi yang sama yang ditemui di kalangan orang-orang Celt iaitu membakar dua belas nyalaan api dengan api besar jerami ketiga belas. Kita juga melihat muka-muka hitam daripada sistem Ibu dewi. Kita dapat simpulkan adanya asal-usul lebih awal selain apa yang dikatakan adalah dari Woden. Ini adalah sebahagian daripada kultus-kultus kesuburan lebih awal yang dikaitkan dengan Apollo sebagai dewa Matahari dan ketua kepada agama-agama Misteri di kalangan negeri-negeri sekitar Danube dan ke dalam orang-orang Celt Hyperborea. Dia ditarik melalui langit di dalam kereta kuda dan biasanya ini digambarkan ditarik bukan dengan kuda tetapi angsa atau swan. Persamaan perayaan-perayaan ini adalah dengan upacara-upacara lama Saturnalia yang lazimnya sebelum Krismas. Di Netherlands, kita dapati suatu tarikh yang lebih awal daripada kebiasaan sekarang ini. Ianya lebih kurang tiga puluh hari sebelum Epiphany. Namun begitu, ianya bukanlah tiga puluh hari sebelum solstis sepertimana yang kita lihat di dalam contoh-contoh Saturnalia di atas. Kita lihat tradisi yang sama tetapi dipindahkan agar tiga puluh hari milik Tuan Misrule sebagai dewa Saturn dan Apollo berkait dengan Epiphany dan bukannya dengan penghujung Saturnalia.

 

Tradisi hari ini di Netherlands adalah memberikan surat-surat coklat atau pastri badam. Perkaitannya dengan huruf-huruf rune kuno itu kelihatan jelas sekali. Perayaan Wotan orang Jerman merupakan campuran antara perayaan-perayaan korban dan kesuburan sewaktu dan di sekitar masa perayaan-perayaan pertengahan musim salji. Pemuda dan pemudi suku-suku Jerman berdoa pada masa-masa awal itu untuk mendapatkan pasangan hidup. Hadiah-hadiah daripada Sinterklaas juga di dalam bentuk pasangan kekasih yang diperbuat daripada speculatius atau kek-kek lain. Juga, hadiah-hadiahnya adalah binatang-binatang dalam bentuk tikus dan babi gula, untuk menggantikan korban haiwan-haiwan sebenar.

 

Sinterklaas juga merupakan penaung bagi kota Amsterdam dan para pelaut yang belayar dari pelabuhan-pelabuhannya.

 

Pemakaian Sinterklaas adalah bercirikan Roman Katolik. Tidak hairanlah kenapa, pada abad keenam belas, gerakan Reformasi cuba untuk menghapuskan adat-adat ini. Ianya tidak berjaya sepenuhnya di Netherlands. Sinterklaas muncul semula selepas ketiadaannya selama beberapa abad (atau pergerakannya secara sembunyi-sembunyi) di dalam Netherlands yang bersifat Protestan pada pertengahan pertama abad kedua puluh. Sinterklaas lenyap di England dan Jerman dan menjadi pergerakan bawah tanah. Banyak daripada tradisinya sekadar dipindahkan kepada 25 Disember dan disempurnakan dengan pokok Krismas dan Santa Claus. Penerimaan terhadap ‘kelahiran semula’ Sinterklaas di Netherlands Protestan adalah lebih awal daripada penerimaan terhadap pokok Krismas. Hari ini, komersialisme harus berjuang untuk membuatkan Santa Claus diterima di Netherlands, kerana ramai yang menentang penyamar Sinterklaas ini, sungguhpun kelahiran semulanya di Netherlands merupakan hasil daripada apa yang berlaku di USA.

 

Santa Claus di USA

Apabila para pendatang tiba di Amerika Syarikat, mereka membawa bersama mereka tradisi-tradisi Yule dari Eropah dan khususnya tiga elemen yang kemudiannya membentuk mitos Santa Claus itu.

 

Orang Belanda menyumbangkan mitos Sinterklaas yang diubahsuaikan daripada bentuk tradisionalnya. Tradisi jubah-jubah merah milik Pere Noel juga disumbang dari Eropah. Orang-orang Jerman membawa bersama mereka tradisi Bungkusan Kristus itu dan menggelarnya Christkindl atau tradisi Christ Child (Kanak-kanak Kristus). Nama Kris Kringle terbentuk daripada istilah ini.

 

Washington Irving di dalam karya Knickerbocker Tales (sekitar tahun 1820) membincangkan makhluk elf Santa Claus yang mempersembahkan sarung [kaki] sepertimana Santo Nicholas.

 

Clement Clark Moore memperkenalkan banyak elemen-elemen baru di dalam sajaknya A Visit from Saint Nicholas yang dinamakan semula sebagai ’Twas the Night Before Christmas (Ianya Malam Sebelum Krismas). Dia memperkenalkan elemen-elemen baru seperti lapan rusa reindeer termasuklah perwakilan tradisi yang telah kita lihat berkenaan guruh dan kilat sebagai dewa-dewa perayaan Yule di dalam bentuk [rusa] Donner (Donder) dan Blitzen.

 

Santa Claus masih lagi wujud sebagai makhluk elf daripada tradisi Yule sehinggalah Perang Saudara Amerika apabila Thomas Nast dari akhbar Harpers Weekly ditugaskan untuk membuat suatu siri kartun Santa Claus. Dia meneruskannya selepas Perang Saudara itu dan syarikat penerbitan McLaughlin Brothers Printing Company telah bereksperimen dengan warna pakaian Santa dan telah memilih warna merah.

 

Perubahan terakhir dibuat pada tahun 1931. Warga Scandinavia iaitu Haddon Sundblom telah diupah oleh syarikat Coca Cola untuk melukis Santa Claus. Disebabkan kematian modelnya, dia telah melukis muka Santa Claus berdasarkan mukanya sendiri. Ini berterusan selama dua puluh lima tahun.

 

Pada tahun 1941, lagu Rudolph the Red-Nosed Reindeer telah digubah. Ia telah direkodkan oleh penyanyi koboi Gene Autry.

 

Model Coca Cola dan warna-warna serta mitos-mitos Amerika yang menyelubungi orang ini merupakan hasil akhir daripada sekurang-kurangnya 3,000 tahun penyembahan berhala pagan yang diliputi komersialisme ketara yang mula-mula sekali timbul daripada para pedagang Saturnalia Roma dan telah disempurnakan di USA.

 

Tiada ciri Kristian langsung di dalam Krismas dan, sememangnya, ia begitu mendalam di dalam kepercayaan tahyul keagamaan palsu yang melanggar secara langsung hukum Alkitab. Tiada seorangpun umat Kristian yang dapat memeliharanya dan terus kekal sebagai umat Kristian.

 

Easter

 

Frazer mencatatkan, dan dengan betul, bahawa jika begitulah ceritanya dengan Krismas akan bagaimana orang-orang kafir telah memeluk dan mensejajarkan seluruh sistem itu sambil memberikannya nama-nama Kristian, maka tiada sebabnya untuk mengandaikan bahawa motif-motif yang sama:

 

mungkin sekali telah mendorong pihak tertinggi kepaderian untuk mengasimilasikan perayaan Easter berkenaan kematian dan kebangkitan Tuhan mereka kepada kematian dan kebangkitan seorang tuhan Asiatik lain yang jatuh pada musim yang sama (v, mukasurat 306).

 

Frazer kemudiannya menyatakan bahawa:

 

Kini upacara-upacara Easter yang masih dipelihara di Greece, Sicily dan Itali Selatan mempunyai kesamaan di dalam beberapa ciri kepada upacara-upacara Adonis dan aku telah mencadangkan bahawa Gereja mungkin telah sengaja menyesuaikan perayaannya yang baru itu kepada pendahulu kafirnya demi memenangi jiwa-jiwa kepada Kristus (ibid.).

 

Adonis merupakan bentuk Syria (Aram) bagi Adonai atau Tuan (Tuhan).

 

Frazer menganggap bahawa adaptasi ini mungkin hanya terjadi di dalam masyarakat berbahasa Yunani dan bukannya di dalam yang Latin, kerana penyembahan Adonis nampaknya tidak berkesan di Barat dan sememangnya tidak pernah membentuk sebahagian daripada agama Rom rasmi. Dia mengatakan:

 

tempat di mana ia berkemungkinan mendapat pujaan golongan yang kasar sudahpun diduduki penyembahan Attis dan Ibu Agung, yang serupa tetapi lebih biadap lagi (ibid.).

 

Kematian dan kebangkitan dewa Attis secara rasminya dirayakan di Rom pada 24 dan 25 Mac, dengan tarikh kedua itu dianggap sebagai ekuinoks musim bunga dan, justeru itu, merupakan hari paling sesuai bagi pemulihan seorang dewa tumbuhan yang telah mati atau tidur sepanjang musim salji. Menurut suatu tradisi yang kuno dan tersebar luas, 25 Mac dirayakan sebagai kematian Kristus tanpa mengambil kira keadaan Bulan. Tradisi ini diikuti di Phrygia, Kapadokia, Gaul dan, nampaknya, juga di Rom sendiri (rujuk Frazer, v, mukasurat 306). Tertullian mengesahkan bahawa Kristus telah disalibkan pada 25 Mac 29 TM (Adv. Jud., 8, Vol. ii, mukasurat 719, dan juga oleh Hippolytus dan Augustine; rujuk Frazer, v, nota kai 5 kepada mukasurat 306).

 

Ini merupakan suatu kemustahilan sejarah dan astronomi yang mutlak, namun anggapan ini nampaknya telah berakar-umbi sejak awal-awal lagi di dalam tradisi-tradisi (rujuk Frazer, v, mukasurat 307 dan karya Penetapan Masa Penyaliban dan Kebangkitan [159]).

 

Jadi nampaknya bahawa tradisi-tradisi terawal ini mempunyai ikatan tertentu dengan kultus Attis. Begitu juga, pokok pain keramat bagi dewa Attis dan ianya bukan suatu kebetulan bahawa kesemua relik-relik salib itu diperbuat daripada kayu pain (rujuk karya Salib - Asal-Usul dan Maksudnya [039]).

 

Ianya merupakan pandangan Frazer dan juga Duchesne bahawa tarikh kematian dan kebangkitan Kristus telah dirujukkan secara rambang kepada tarikh rekaan 25 Mac untuk mengharmonikannya dengan suatu perayaan ekuinoks musim bunga yang lebih tua. Ini nampaknya telah menyamai suatu kepercayaan lebih tua bahawa pada hari itulah dunia ini diciptakan (Frazer, ibid., mukasurat 307).

 

Kebangkitan Attis yang menggabungkan di dalam dirinya watak-watak Bapa ilahi dan Anak ilahi dirayakan secara rasminya di Rom pada hari yang sama. Oleh itu, bukan saja sinkretisme doktrin kebangkitan yang kita risaukan di sini tetapi juga asal-usul doktrin Modalisme, di mana seorang tuhan mempunyai ciri-ciri atau aspek-aspek berlainan sebagai bentuk-bentuk yang satu tetapi berbeza, dan dari idea inilah terbentuknya Trinitas.

 

Terdapat juga heresi lebih terkini iaitu konsep “Yesus adalah Allah sebenar yang satu” yang telah memasuki teologi quasi-Gnostik Protestan.

 

Fenomena penggantian ini di mana suatu perayaan kafir digantikan dengan suatu perayaan dengan nama-nama Kristian dilihat di dalam sebilangan perayaan-perayaan pagan atau kafir. Sesuai dengan teologi Ibu dewi dan Perawan surgawi, Perayaan Diana telah digantikan dengan Perayaan Andaian Perawan pada bulan Ogos. Perubahan-perubahan yang serupa adalah perayaan pagan Parilia bulan April yang digantikan dengan perayaan Santo George. Perayaan air pertengahan musim panas bulan Jun ditukar kepada perayaan Santo Yohanes Pembaptis. Setiap satunya mempunyai kaitan dengan taipologi yang digantinya. Perayaan All Souls pada bulan November merupakan Perayaan kafir Orang-orang Mati yang kuno. Kelahiran Kristus menggantikan kelahiran Matahari. Perayaan Easter pula cumalah perayaan dewa Phrygia iaitu Attis pada ekuinoks vernal. Harus diingati juga bahawa orang-orang Phrygia merupakan sumber sistem Mithras dan kultus-kultus Misteri secara amnya (lihat juga karya Golongan Nicolaitan [202])

 

Mithras telah diperkenalkan kepada Rom oleh lanun-lanun yang ditangkap oleh Pompey sekitar tahun 63 SM. Tempat-tempat yang merayakan kematian Kristus sewaktu ekuinoks merupakan tempat-tempat sama di mana berasalnya penyembahan dewa Attis atau di mana ia telah berakar-umbi, iaitu Phrygia, Gaul dan nampaknya Rom sendiri. Frazer mengatakan ianya sukar untuk menganggap ini suatu kebetulan yang tidak disengajakan (v, mukasurat 309).

 

Satu lagi ciri berkenaan kebangkitan itu adalah bahawa tarikhnya juga diletakkan pada 27 Mac, iaitu dua hari kemudiannya dan di sinilah berlakunya tempoh penyaliban hari Jumaat dan kebangkitan hari Minggu yang dipendekkan. Frazer mencatatkan bahawa perubahan-perubahan serupa perayaan Kristian kepada perayaan kafir berlaku di dalam Perayaan-perayaan St George dan Andaian Perawan (v, mukasurat 309).

 

Mungkin ianya perkara paling ketara di dalam sinkretisme itu apabila kita lihat bahawa tradisi-tradisi Lactantius dan nampaknya jemaat Kristian di Gaul menempatkan kematian Kristus pada hari ke 23 dan kebangkitan pada hari ke 25 betul-betul menyerupai perayaan Attis. Ianya suatu kemustahilan bagi sebarang tahun di dalam kalendar Ibrani di mana Kristus berkemungkinan disalibkan dan berkait secara langsung dengan penyembahan Attis (rujuk Frazer, ibid.).

 

Setibanya abad keempat, para penyembah dewa Attis merungut keras bahawa umat-umat Kristian telah meniru teologi mereka atau kebangkitan Attis, dan orang-orang Kristian pula menegaskan bahawa kebangkitan Attis merupakan suatu pemalsuan jahat akan kebangkitan Kristus.

 

Namun, kita tahu daripada sejarah dan bidang linguistik bahawa tarikh-tarikh asal kebangkitan itu adalah berdasarkan pada hari Paskah yang berdasarkan pada kalendar Lunar dan terjadi pada 14 dan 15 Nisan dan berlanjutan kepada persembahan Unjukan Berkas pada hari Minggunya. Justeru itu, Paskah boleh jatuh pada mana-mana dua hari di dalam minggu yang mempunyai ruang masa boleh-ubah bagi Unjukan berkas hari Minggu yang menandakan kenaikan Mesias dan bukannya kebangkitannya yang terjadi pada malam sebelumnya. Easter, sebaliknya, hanya terhad pada penyaliban hari Jumaat dan kebangkitan hari Minggu yang bertentangan secara langsung dengan Alkitab. Asalnya, ianya pada tarikh-tarikh tetap di dalam kultus Attis. Perkataan Easter telah dimasukkan juga di dalam terjemahan Bahasa Inggeris KJV Alkitab untuk menggantikan perkataan bagi Paskah untuk menyamarkan lagi isu ini.

 

Lilin-lilin sewaktu perubahan musim dan Easter

Kita lihat dari atas bahawa lilin-lilin telah memasuki sistem ibadat daripada agama Aryan yang kuno. Ianya berpunca daripada suatu leluhur sama yang penting bagi dan nampaknya berkaitan dengan sistem Asyur-Babilon sebelum kemasukan orang-orang Aryan ke dalam India sekitar 1000 SM. Ini mungkin sekali terjadi seawal zaman terawal tamadun orang-orang Asyur di dalam milenium kedua ataupun ketiga SM.

 

Amalan Aryan kuno di dalam menyalakan api baru melalui nyalaan api besar sewaktu Easter dan menghantar kayu-kayunya ke setiap rumah untuk memulakan api-api bagi menghindari dewa-dewa guruh, ribut dan taufan berterusan di kalangan orang-orang Jerman. Amalan ini masih terdapat di seluruh Jerman menurut Frazer semasa dia menulis. Perbezaannya di dalam masyarakat Protestan dan Katolik adalah bahawa para pemuda Protestan menjaga api-api itu sedangkan lelaki dewasa Katolik yang menjaga api-api mereka. Perayaan-perayaannya berkait langsung dengan upacara-upacara kesuburan purba. Gereja dibawa masuk kemudiannya sebagai tumpuan perarakan mengelilingi menurut pusingan Matahari. Api-api dinyalakan di atas pergunungan Easter.

 

Amalan ini diperkenalkan ke dalam fahaman Katolik sebagai lilin Easter. Lilin gergasi yang tunggal ini dinyalakan sewaktu Easter pada malam Sabtu sebelum Easter hari Minggu dan kemudiannya kesemua lilin gereja dinyalakan daripadanya. Ini berterusan untuk tahun itu sehinggalah Easter seterusnya apabila lilin tunggal itu sekali lagi dinyalakan. Unggun-unggun api itu terus dibakar di dalam negeri-negeri Katolik dan nyalaan-nyalaan api ini yang dibakar pada malam Easter lazimnya mempunyai patung kayu bergelar Judas yang dibakarkan bersama dan biasanya dicampurkan dengan abu-abu daripada dahan-dahan pokok palma yang telah disucikan yang dicampurkan dengan biji benih sewaktu penyemaian. Sekalipun di tempat di mana patung ini tidak digunakan, api-api tersebut masih lagi dipanggil pembakaran Judas (Frazer, x, mukasurat 121). Frazer mencatatkan bahawa di dalam Bavaria, lilin Easter yang baru dinyalakan itu digunakan untuk menyalakan tanglung-tanglung dan para pemuda berlari ke arah unggun api untuk menyalakannya. Sesiapa yang pertama sampai dihadiahkan oleh para surirumah dengan telur-telur merah pada hari kemudiannya, iaitu Easter hari Minggu, pada pintu masuk gereja. Pembakaran Judas itu diiringi kegembiraan (ibid., x, mukasurat 122).

 

Pada hari yang sama ini di Abruzzi, air suci diambil dari gereja sebagai perlindungan terhadap ahli-ahli sihir dan penyakit-penyakit mereka. Bahan lilin daripada lilin-lilin itu diletakkan pada topi dan menjadi perlindungan terhadap guruh dan petir sewaktu ribut. Di Calabria, dan lain-lain tempat di Italy, adat-adatnya berkenaan air yang baru adalah serupa. Kepercayaan-kepercayaan yang serupa juga ditemui di kalangan orang-orang Jerman Bohemia (lihat juga bahagian Epiphany).

 

R Chambers (The Book of Days, London and Edinburgh, 1886, I, mukasurat 421) merekodkan bahawa kesemua api-api di Rom dibakar semula daripada api suci yang dinyalakan di Rom di St Peter’s pada Sabtu Easter (rujuk Frazer, x, mukasurat 125).

 

Amalan menyalakan lilin-lilin adalah simbolisme bercampur. Lampu atau terang di dalam Bait adalah khusus dan dihadkan bagi tujuan-tujuan istimewa di mana tujuh lampu menggambarkan tujuh roh Tuhan di dalam Menorah tunggal itu dan tujuh puluh lampu Angkatan Surgawi di dalam Bait Suci Salomo. Ini kemudiannya telah ditafsirkan oleh para penganut ilmu ghaib sebagai merujuk kepada tujuh syurga dan tujuh planet. Kenaikan menerusi tujuh tahap Shamanisme animistik memasuki Judaisme melalui Ilmu Mistik Merkabah.

 

Lilin, secara sendirinya, dipercayai adalah suatu simbol terang individu, dan justeru itu riwayat hidup seseorang individu berbanding kehidupan semesta alam dan universal (lihat karya Cirlot Dictionary of Symbols, Dorset, 1991, mukasurat 38). Ini merupakan pembezaan milik ahli-ahli ilmu ghaib dan bukan Kristian.

 

Amalan menyalakan pelbagai lilin di hadapan mezbah-mezbah kafir dan kemudiannya di dalam agama Kristian adalah berdasarkan pada premis-premis yang terkandung di dalam doktrin kafir dan menghujat itu iaitu Keabadian Jiwa dan percubaan-percubaan dibuat untuk mengasingkan kesucian kepada individu melalui tindakan kuasa-kuasa roh yang terlibat dengan menyenangkan entiti yang dipuja. Lebih banyak entiti, lebih banyak lilin diperlukan. Lilin-lilin ini berdiri sebagai simbol-simbol kepada cara pemikiran panteistik doktrin Jiwa itu.

 

Amalannya di dalam Judaisme adalah berdasarkan pada pemikiran yang berfungsi pada tahap fizikal lebih rendah yang berpunca daripada penawanan Babilon itu dan Kemistikan yang memasuki Judaisme daripada fasa itu.

 

Di dalam Judaisme Kabbalistik, seseorang itu akan memasuki Pintu Gerbang Kavanah (atau penumpuan) melalui meditasi berasaskan terang. Dengan itu, simbol-simbolnya adalah bahawa seseorang itu meninggikan fikiran dengan meditasi dari satu terang kepada terang yang lebih tinggi. Dua daripada terang itu dipanggil Bahir (pandai) dan Zohar (berseri) yang merujuk kepada dua klasik Kabbalistik yang paling penting (Kaplan Meditation and Kabbalah, Weiser, 1982, mukasurat 118). Terang-terang ini sejajar dengan Sefirot. Sistem-sistem ini difahamkan oleh Rabbi Moshe de Leon (1238-1305) di dalam karyanya Shekel ha Kodesh tahun 1292.

 

Sistem kenaikan ini adalah Shamanisme kepada terang ketujuh yang besar Ain Sof. Mereka adalah: Tov (Baik) Nogah (Bercahaya) Kavod (Kemuliaan) Bahir (Kepandaian) Zohar (Keserian) Chaim (Kehidupan) dan yang ketujuh dan tidak terhingga adalah Ain Sof (mahkota). Bentuk Sefirotnya yang sejajar adalah Chesed (Kasih) Geveruah (Kekuatan) Tiferet (Kecantikan) Netzach (Kemenangan) Hod (Kemegahan) Yesod (Asas) (Kaplan, ibid., mukasurat 119).

 

Zohar yang kuno memperkatakan tentang warna-warna berbeza berkenaan api dan ini mungkin terbit daripada sistem-sistem Mazdea. Warna-warna tujuh tahap itu bagi penyembahan terhadap Sin sebagai dewa Bulan berhubung rapat dengan Ziggurat di Babilon (lihat karya Anak Lembu Emas [222]).

 

Seluruh sistem ini adalah Mistisisme (Ilmu Mistik) sepenuhnya dan penggunaan lilin-lilin di dalam pelbagai bentuknya berkait langsung dengan ilmu sihir dan amalan mistik kecualilah di mana ia dinyalakan di dalam Bait Tuhan sebagai Menorah. Penggunaannya semasa Hanukkah dan Purim dibincangkan di bawah.

 

Paskah atau Easter

Cara mengira hari Matahari pada ekuinoks vernal adalah serupa dengan perkiraan persembahan Unjukan berkas di dalam Imamat 23 namun ianya tidaklah betul-betul sama. Itulah sebabnya kenapa terdapat sedikit perbezaan antara sistem Paskah dan Easter.

 

Kamus Oxford Universal menunjukkan cara untuk menentukan Easter hari Minggu atau hari Easter yang merupakan Hari Matahari sebenar sebagai Easter.

 

Ianya dipelihara pada hari Minggu pertama selepas bulan penuh kalendar, iaitu hari ke 14 bulan kalendar – yang terjadi pada atau sejurus selepas 21 Mac. Diaplikasikan secara lazimnya kepada minggu yang memulakan Easter hari Minggu (terbitan 1964, mukasurat 579).

 

Ini merupakan peraturannya bagi menentukaan perayaan Easter atau Ishtar dan bukannya peraturan bagi Paskah Alkitab.

 

Hujah-hujahnya jelas ditunjukkan di dalam sejarah pertikaian Quarto-deciman itu yang berlangsung dari zaman pemerintahan Anicetus ke zaman Victor (atau Victorinus), biskop-biskop Rom dari pertengahan hingga penghujung abad kedua (sekitar tahun 154-190).

 

Oleh itu, daripada pertikaian tersebut kita tahu bahawa sistem penentuan tarikh yang palsu ini datang dari Rom pada abad kedua dan ditentang oleh anggota-anggota jemaat yang diajar oleh para rasul, iaitu Polycarp yang menentang Anicetus dan muridnya Polycrates yang melawan Victor (atau Victorinus). Tulisan-tulisan lewat Socrates Scholasticus (sekitar tahun 439 TM) memasukkan kesilapan ke dalam sejarah dan tidak betul di dalam beberapa perkara, yang kebanyakannya dirumuskan oleh para pengumpul karya Nicene and Post Nicene Fathers (rujuk NPNF siri kedua, Vol. 2, pengenalan kepada teks).

 

Socrates mencatatkan bahawa golongan Quarto-deciman memelihara hari ke 14 Bulan tanpa mengambil kira hari Sabat (ibid., Bab XXII, mukasurat 130). Dia mencatatkan bahawa Victor iaitu biskop Rom telah menyingkirkan mereka dari jemaat dan dikritik kerana hal ini oleh Irenaeus (ibid.). Dia cuba untuk memperkenalkan, pada peringkat lewat ini, suatu rayuan terhadap Petrus dan Paulus untuk sokongan amalan Easter ini di Rom dan amalan Quarto-deciman dengan Yohanes (ibid., mukasurat 131). Dia mendakwa bahawa tiada satupun daripada kedua pihak itu yang dapat menunjukkan kesaksian bertulis bagi pandangan-pandangan mereka. Namun begitu, kita tahu bahawa memang benar kumpulan Quarto-deciman itu telah merayu kepada Yohanes daripada tulisan-tulisan Polycarp dan Polycrates yang diajar secara langsung oleh Yohanes. Tiada sebarang rayuan dibuat terhadap Petrus dan Paulus untuk mendapatkan sokongan bagi Easter. Lebih-lebih lagi, ianya tidak masuk akal untuk mencadangkan idea bahawa dua belas rasul itu berbelah-bagi dari segi bagaimana untuk mengira Paskah.

 

Socrates jelas di dalam satu perkara dan ini adalah bahawa jemaat dan golongan Quarto-deciman itu tidak memelihara tarikh-tarikh bagi Paskah menurut perkiraan Yahudi moden (iaitu pada masa dia menulis sekitar tahun 437 setelah pengenalan kalendar Hillel pada tahun 358). Dia berpendapat bahawa mereka silap di dalam hampir semua hal (ibid., mukasurat 131).

 

Di dalam amalan ini mereka menegaskan, mereka tidak sejajar dengan orang-orang Yahudi moden, yang silap di dalam hampir semuanya, tetapi sebaliknya dengan orang-orang dahulukala dan menurut Josephus di dalam apa yang telah dituliskannya di dalam buku ketiga karyanya Jewish Antiquities.

 

iaitu Antiquities of the Jews, III, 10 yang dipetik sepenuhnya di sini:

 

Pada bulan Xanthicus, yang kita panggil sebagai Nisan, dan merupakan permulaan tahun, pada hari keempat belas bulan itu, sewaktu matahari ada pada tanda Aries (Domba Jantan), kerana pada bulan ini kita telah dibebaskan daripada perhambaan di bawah orang-orang Mesir, dia juga telah memerintahkan bahawa kita harus mempersembahkan korban setiap tahun iaitu korban yang, sementara kita keluar dari Mesir, telah diperintahkan mereka untuk kita berikan, ianya dipanggil Paskah.

 

Tanda Aries tamat pada 19-20 April dan dengan itu Paskah tidak mungkin jatuh selepas tempoh ini. Hari ke 14 tidak boleh jatuh sebelum ekuinoks dan dengan itu kita mempunyai parameter-parameter kuno bagi Paskah. Di sini kita lihat bahawa jemaat awal tidak mengikuti tradisi-tradisi Yahudi kemudiannya di bawah Hillel. Kebanyakan daripada petikan Socrates mengabaikan cebisan bukti terpenting ini.

 

Justeru itu, Hari Persediaan 14 Nisan dilihat pada masa dahulu sebagai permulaan Paskah dan tarikh tersebut boleh jatuh pada ekuinoks namun 15 Nisan yang merupakan Hari Suci pertama dan malam pada mana Paskah dimakan, tidak boleh jatuh pada ekuinoks itu. Amalan lama ini merupakan asas untuk peraturannya sekarang namun sesudah penyelerakan itu orang-orang Yahudi cuma memelihara 15 Nisan dan bukan keduanya seperti yang mereka lakukan sebelumnya menurut Ulangan 16:5-7.

 

Kita juga dapati daripada Socrates bahawa Majlis Nicaea tidak menetapkan penentuan masa Easter seperti yang didakwa oleh Audiani (lihat NPNF, ibid., mukasurat 131 dan nota kaki kepada mukasurat 131). Ianya ditentukan menurut tradisi lama dan ini kita tahu kerana ia ditentukan menurut penyembahan dewa Adonis dan dewa Attis bersama dengan Ishtar atau Venus dan penyembahan sistem Matahari. Ia menyelesaikan konflik di dalam sistem-sistem kafir Attis dan Adonis. Nicaea sekadar memeluk Easter sebagai perayaan rasminya dengan menggunakan amalan pagan yang sedia wujud namun telah mengharmonikannya. Ia tidak menentukan ataupun menetapkan perayaan itu. Orang-orang Yahudi telah mendirikan suatu kalendar yang palsu seluruhnya setibanya tahun 358 tidak lama selepas Nicaea seperti yang kita lihat di sini daripada Socrates. Peristiwa ini lebih dekat dengan zamannya dan, kerana itu, lebih tepat catatannya. Justeru itu, Paskah Kristian telah dilenyapkan paganisme, menubuhkan Easter, atau suatu kalendar palsu milik Judaisme rabbinikal yang memindahkan tarikh-tarikh Paskah dalam bulan Nisan menurut Bulan. Sidang Nicaea mendekrikan bahawa penentuan Easter hari Minggu sebagai hari Minggu yang selepas bulan penuh sebenarnya membuatkannya hampir mustahil untuk Easter hari Minggu jatuh pada hari Minggu yang sama dengan persembahan Unjukan berkas pada hari Minggu Paskah jika ia jatuh pada 15 Nisan. Dengan itu, hampir mustahil untuk Easter dan Paskah bersejajar dengan betul pada masa-masa tertentu. Ini kononnya disebabkan keinginan untuk menjauhkan agama Kristian daripada orang-orang Yahudi tetapi sebenarnya ia usaha sistem tuhan palsu untuk melucutkan perayaan sebenar dan menyesuaikannya dengan ibadah panteistik.

 

Maksud Easter

Bahasa Inggerisnya sendiri jelas memperlihatkan maksudnya. Paskah disebut sebagai Pash di dalam tulisan-tulisan jemaat awal. Istilah Easter adalah daripada bentuk Anglo-Saxon yang lama.

 

Kamus Oxford Universal memberi erti Easter sebagaimana ia datang daripada perkataan bahasa Inggeris Lama éastre atau bentuk plural feminin éastron. Ia mengatakan:

 

Baeda menerbitkan perkataan ini daripada Eostre (ejaan Northum. bagi éastre), seorang dewi yang mana perayaannya dirayakan pada ekuinoks vernal (ibid.).

 

Kamus ini kemudiannya terus mengabaikan maklumat ini dan selanjutnya mengaitkannya dengan perayaan Kristian setelah mengenalpasti penggunaan awalnya dengan kultus dewi itu.

 

Ekuinoks vernal ataupun musim bunga merupakan masa di mana waktu siang mula menjadi lebih panjang berbanding waktu malam (justeru, ekuinoks) dan pertumbuhan mula mencepat. Dengan itu, simbolismenya di sini adalah kesuburan.

 

Dari ini kita kaitkan simbol-simbol seperti arnab, telur dan sebagainya. Arnab merupakan simbol kesuburan di dalam sistem Babilon kuno dan ianya ditemui di dalam rekod arkeologi. Arnab telah digunakan di dalam sihir homoeopati kuno dari Afrika hingga Amerika (Frazer, i, mukasurat 154-155). Mereka juga digunakan di dalam upacara-upacara untuk menghentikan hujan (i, mukasurat 295).

 

Bukan agama Kristian saja yang meniru simbol telur di dalam upacaranya. Judaisme rabbinikal juga telah memeluk amalan meletakkan sebiji telur pada meja Seder sewaktu Paskah, lantas mencemari makanan Paskah secara tahunan dan upacara. Bersama-sama dengan penggunaan kalendar Hillel, boleh dikatakan bahawa mereka langsung tidak memelihara Paskah itu sendiri dan menghalang sesiapa yang cuba mengikuti sistem mereka daripada berbuat demikian kerana sistem kalendar palsu yang mereka gunakan.

 

Ishtar atau Astarte

Easter (bentuk plural feminin Eastron) adalah sebenarnya nama Ishtar iaitu satu lagi nama bagi Astarte. Sebagai Ashtaroth, iaitu bentuk pluralnya dalam bahasa Ibrani yang merujuk kepada pelbagai manifestasi tempatan Astarte [Asytarot] (Ulangan 1:4; Yunani Ashtoreth), dia merupakan dewi kesuburan Kanaan iaitu Athtarath, yang disebut Ashtarath atau Ashtereth.

 

Dari ini, orang-orang Yunani mendapatkan Astarte dan orang-orang Ibrani di dalam menulis nama tuhan kafir ini di dalam teks Alkitab telah mengekalkan konsonannya tetapi menggantikan huruf vokalnya dengan vokal bagi perkataan bosheth atau malu. Ashtarath atau Ishtar menjadi Easter di dalam bahasa Anglo-Saxon sebelum kedatangannya ke Britain.

 

Di Ras Shamra, dalam bentuk Anat, dia memainkan peranan utama sewaktu gerhana dewa Matahari Baal di dalam peranan tuhan tumbuhan ((Interpreter’s Dictionary of the Bible, Vol. 1, mukasurat 254). Dia tidak begitu menonjol di Palestin sebagai Ashtaroth tetapi sebagai Astarte yang mengambil peranannya di Anat di situ. Apa yang kita lihat ini adalah peranan yang sama yang dimainkan oleh dewi ini dengan nama-nama berlainan, menunjukkan aspek tertentu tempatan atau yang lainnya. Ini nampaknya sama seperti dengan peranan Artemis-Diana. Upacara-upacara bermusim kultus kesuburan Baal dan Astarte diperhatikan pada zaman awal Israel (Hakim-hakim 2:13; 10:6; rujuk Interp. Dict., ibid.). Samuel di Mizpah sewaktu pemilihan Saul telah memerintahkan Israel agar membuang Baalim dan Ashtaroth, lantas menunjukkan bahawa mereka berdua ini saling berkait dan plural (1 Samuel 7:4). Israel tidak berbuat demikiaan dan mengaku kemurtadannya selepas dikalahkan orang-orang Filistin (1 Samuel 12:10). Daripada 1 Samuel 31:10, kita lihat kultusnya di Beth-shan (Bet-Sean) yang tidak diduduki Israel, dimusnahkan pada zaman Daud. Jadi, kultusnya memang menduduki kawasan itu. Dia dipanggil Ashtaroth Tanduk-tanduk ((Ashteroth-karnaim). Kota ini merupakan kota Refaim dan terletak di dalam kawasan Og raja Basan (Ulangan 1:4; 3:10; Yosua 12:4). Cherdorlaomer (Kedorlaomer)  telah menyerbu orang Refaim di situ (Kejadian 14:5). Ianya kemudiannya diduduki oleh Machir (Makhir) (Yosua 13:12, 31) dan telah menjadi suatu kota lindungan Israel (1 Tawarikh 6:71; rujuk Yosua 21:27). Ini mewakilkan dewi Astarte yang digambarkan sebagai dewi bertanduk dan diwakili dengan cara yang sama sebagai Hathor dewi lembu Mesir. Ini merupakan perwakilan Ishtar dengan dewa Bulan Sin yang mana tanduk-tanduknya yang menghala ke atas dicamkan di dalam bulan sabit pada ufuk langit dengan Venus sebagai bintang petangnya (rujuk karya Anak Lembu Emas [222]). Oleh itu, sistem ini adalah kuno dan sentral kepada orang-orang Refaim serta sistem-sistem keagamaan Mesir dan Asia Minor amnya tetapi berpusat pada sistem Asyur-Babilon.

 

Bentuk perkataan Ashteroth (a. soneka) juga adalah suatu kata nama biasa yang bermaksud anak muda kawanan atau haiwan ternakan yang merujuk kepada produktiviti domba (rujuk Ulangan 7:13; 28:4,18,51). Etimologi kuno bagi istilah-istilah itu mencadangkan kaitan dengan sistem pembiakan atau kesuburan dan mungkin juga sebabnya kenapa tanda matahari bagi bulan ekuinoks dinamakan Aries atau Domba Jantan oleh orang-orang dahulu.

 

Astarte, atau Easter di dalam pelbagai bentuknya, merupakan Ibu dewi yang disebutkan di atas dan dikaitkan dengan kekasih-anak itu sebagai Tuhan iaitu makna bagi Baal, Adonis dan sebagainya. Sebagai Perawan Surgawi atau Ibu dewi, dia terlibat, sepertimana yang kita lihat, di dalam simbolisme anak lembu emas yang telah menyesatkan Israel di Sinai sewaktu dipimpin Musa (rujuk ibid.). Di dalam Trinitas Bintang, Matahari dan Bulan ini kita melihatnya sebagai dewi cinta berahi sebagai bintang petang (jadi, juga Venus) dan dewi perang sebagai bintang fajar. Peranan perang ini diberikan kepada Aphrodite. Gelaran ini berkait langsung dengan Iblis daripada Yesaya 14 dan Yehezkiel 28. Dia berhubung rapat dengan dewa Bulan Sin (Dosa) dari mana kita terbitkan konsep kita meengenai perkataan itu dan berkait dengan Matahari sebagai ahli ketiga Trinitas tersebut. Perayaan-perayaan itu terikat kepada simbolisme ini.

 

Kultus Ashtoreth dinaungi oleh Salomo (1 Raja-raja 11:5). Kedudukan kultusnya yang didirikan di atas Bukit Korupsi pada Bukit Zaitun di seberang Sion telah dihapuskan semasa pemulihan Yosia. Dalam kedua-dua kes, kultus ini berkaitan dengan orang-orang Fenisia (Phoenicia) dan, khususnya, orang-orang Sidon. Dengan itu, sistem Bull Sin dan korban-korban Minotaur di Crete juga dikaitkan di sini melalui sistem perlautan awal milik Tuan-tuan Laut. Penyembahannya berkait langsung dengan penyembahan dewa Milkom orang-orang Amon dan dewa Kamos orang-orang Moab. Mereka nampaknya berkaitan dengan dia dalam bentuk Athtar, Venus astral, yang mana Asytoret merupakan bentuk perempuannya. Dia adalah pasangan dan sekutu kepada Baal di dalam konflik dengan Laut-dan-Sungai di dalam teks-teks Ras Shamra dan, di dalam teks daripada dinasti kesembilan belas Mesir, dia merupakan pengantin yang dituntut oleh Laut yang zalim. Dia dikaitkan dengan Baal sebagai Pemberi Karunia Hidup atau Mati di dalam kisah saga raja Keret daripada teks Ras Shamra itu. Di sini, raja itu telah mengucapkan suatu sumpahan di dalam nama Athtarath-the-name-of-Baal (Athtarath-nama-Baal). Dengan itu nama itu dikaitkan dengan Baal dan mempunyai aspek-aspek lelaki dan perempuan sebagai pasangan dan pemberi kesuburan. Di Ras Shamra, kedudukannya telah dirampas oleh Anath saudara perempuan kepada Baal tetapi, daripada inskripsi-inskripsi Alkitab dan Fenisia, dia merupakan tuhan kuno yang paling terkenal (Interp. Dict., ibid., art. Ashtoreth, mukasurat 255-256; rujuk karya Anak Lembu Emas [222]).

 

Orang-orang Mesir di bawah pimpinan kerabat Ptolemy di Edfu menggambarkan Asytoret sebagai dewi berkepala singa. Ini sekali lagi merupakan suatu kaitan dengan Aeon yang berkepala singa dan Misteri-misteri itu. Sebagai Quodshu atau kesucian, sambil memegang tumbuhan papirus dan seekor ular, dia berdiri, di atas seekor singa, di antara dewa kesuburan Mesir Min dan Resheph dewa kemusnahan dan kematian Semitik. Rambutnya dibentukkan seperti tanduk-tanduk dewi lembu Hathor. Patung-patung kecil gangsa dari Gezer memperlihatkan bentuk tubuh yang telanjang dengan tanduk-tanduk dan dianggap adalah gambar Asytoret. Sistem-sistem kultusnya bertumbuh pesat di Bet-Sean dari abad kelima belas sehingga abad ketiga belas SM dan, pada abad kedua SM, terdapat suatu pusat kultus di Delos bagi Astarte dari Palestin (ibid., mukasurat 256). Simbol-simbol kesuburan yang ditemui adalah berkaitan dewi dengan hiasan kepala bertanduk dan buah dada menonjol serta lazimnya kelihatan memegang bunga lotus dan seekor ular. Di mana Ibu dewi digambarkan, ianya adalah Ashera dan kelihatan memegang seekor burung merpati pada dadanya. Dia juga dikaitkan dengan dewa penyembuh Fenisia iaitu Eshmun daripada suatu inskripsi tidak bertarikh dari Carthage. Peranan ini endemik kepada kultus ini keseluruhannya dan ditemui di kalangan orang-orang Celt dan golongan Druid yang terdedah kepada pengaruh Tuan-tuan Laut pada dahulukala. Satu nama yang dikaitkan dengannya di dalam bentuk Asyurnya Ishtar adalah Ishtar-miti-uballit atau Ishtar membuatkan orang mati hidup (ibid.). Oleh itu, tema kebangkitan dikaitkan dengannya sewaktu Easter sebagai Easter.

 

Ratu Syurga

Nabi Yehezkiel mengutuk golongan perempuan di Israel kerana meratapi Tammuz (Yehezkiel 8:14). Tuhan Syria ini ditangisi sebagai dewa yang akan mati oleh Israel yang menyembah berhala.

 

Tammuz dikaitkan dengan Ratu Syurga yang juga merupakan Perawan Syurgawi sepertimana yang telah kita lihat. Kuih-muih dibuatkan untuknya dan nabi Yeremia terang-terang mengutuk amalan ini (Yeremia 7:18; 44:19).

 

Ratu Syurga adalah, seperti yang kita lihat, seorang dewi Timur kuno. Dia dikaitkan juga dengan penuaian dan berkas atau jagung/gandum terakhir hasil tuaian lazimnya didedikasikan untuknya dan dia dipanggil Ratu (Frazer, ii, mukasurat 146; vii, mukasurat 153).

 

Ratu itu di Athens kahwin dengan dewa Dionysius (ii, mukasurat 136 dan seterusnya; vii, mukasurat 30 dan seterusnya). Nampaknya penyempurnaan penyatuan ilahi ini (yakni persetubuhan) di samping tingkahlaku pernikahan dilakonkan di dalam upacara itu. Tidak diketahui sama ada peranan dewa itu dimainkan oleh seseorang ataupun gambar. Perundangan Athens menuntut bahawa Ratu itu haruslah seorang penduduk tempatan dan tidak pernah berhubungan dengan lelaki lain kecuali suaminya (Frazer, ii, mukasurat 136). Dia dibantu oleh empat belas perempuan keramat, setiap satunya bagi setiap mezbah Dionysius. Upacara Dionysian milik kultus-kultus Misteri ini dilakonkan pada hari ke 12 Anasterion (atau sekitar bulan Februari). Empat belas perempuan itu dipimpin mengangkat sumpah untuk tulus suci oleh Ratu itu pada makam purba Dionysius on the Marshes yang dibuka pada hari itu sahaja dalam tahun itu. Perkahwinannya nampaknya berlangsung kemudiannya dan menurut Aristotle (Constitution of Athens, iii, mukasurat 5) berlangsung di kediaman lama raja pada sebelah timur-laut Acropolis dan dikenali sebagai Cattle stall (Kandang Lembu). Namun ianya sebahagian daripada perayaan kesuburan kuno pokok-pokok anggur dan buah yang mana Dionysius adalah dewanya (dewa Bacchus bagi orang-orang Rom) (rujuk Frazer, ii, mukasurat 136-137 dan nota 1).

 

Ratu ini menjadi isteri kepada dewa-dewa namun kekal sebagai dewi kesuburan dan Ibu dewi. Di dalam peranan ini, Ratu tongkol-tongkol jagung ini diarakkan pada penghujung musim menuai.

 

Ratu Mesir juga merupakan isteri kepada Amon (ii, mukasurat 131 dan seterusnya; v, mukasurat 72) dan, dengan itu, mewakilkan dewi itu di dalam dirinya. Ini merosot pada tahun-tahun kemudiannya di mana isteri ilahi ini merupakan seorang perempuan muda dan cantik daripada keluarga yang baik yang menjalani kehidupan perhubungan seks paling bebas sekali sehingga dia mencapai umur baligh dan kemudiannya diratapi dan dikahwinkan (Strabo, xvii, I, 46, mukasurat 816). Orang-orang Yunani memanggil gadis-gadis ini sebagai Pallades sempena dewi perawan mereka Pallas.

 

Pelacuran ini nampaknya pada masa dahulu dikaitkan dengan penyembahan Ishtar dan sememangnya kebanyakan pemuja Easter atau Ishtar meluangkan sedikit masa sekurang-kurangnya sebagai pelacur tokong sewaktu masih perempuan muda di pusat-pusat kultus itu di Asia Minor. Di Corinth, pelacuran adalah sesuatu yang umum dan boleh dikatakan semua di dalam bandar tersebut pernah terbabit dengannya.

 

Nabi wanita Apollo juga mempunyai peranan isteri ini. Selama dewa ini tinggal ini di Patara iaitu kediaman musim salji dan petunjuknya, nabinya itu bersama-samanya setiap malam.

 

Sebagai Artemis, dewi banyak buah dada di Efesus, dewi ini mempunyai pasangan-pasangan yang dipanggil Essenes atau King Bees dan nampaknya telah membujang selama tempoh tertentu kerana didedikasikan kepada dewi ini. Rekod-rekod atau inskripsi di Efesus menunjukkan yang ada di antara mereka yang telah berkahwin.

 

Dia mempunyai kelompok pokok buah di sekitar tokongnya (Frazer, i, mukasurat 7). Justeru itu, dia dikaitkan dengan Demeter yang digelar sebagai pengangkat buah (vii, mukasurat 63). Dalam cara ini dia juga dihubungkan dengan Diana yang merupakan penaung pokok-pokok buah seperti dia sendiri (i, mukasurat 15 dan seterusnya). Ibu dewi ini dikaitkan oleh Frazer dengan King of the Wood (Raja Pokok) dan dewi hutannya Diana at Nemi (Diana di Nemi). Ini masuk akal sekali dan dapat menerangkan kenapa rombongan orang di Efesus itu, di dalam Kisah Para Rasul, merujuk kepada dewi itu sebagai Diana dari Efesus. Aspek ini telah dipindahkan kepada kultus Perawan itu dan pokok-pokok buah diberkati pada hari perayaan Andaian Perawan itu (Frazer, i, mukasurat 14 dan seterusnya). Kultus Perawan ini di dalam agama Kristian tidak lain dan tidak bukan adalah kultus Ishtar, Astarte, Diana atau Artemis daripada paganisme kuno dalam bentuk yang baru dan kadangkala dalam bentuk sama.

 

Hubungan dengan misteri-misteri di Mesir berlanjutan kepada kultus Osirus yang mana penganut-penganutnya dilarang mencederakan pokok-pokok buah (Frazer, vi, mukasurat 111). Dionysius juga merupakan dewa pokok buah (vii, mukasurat 3 dan seterusnya). Kita melihat adanya suatu perhubungan saling berkait di sini yang menunjukkan bahawa ini bukanlah dewa-dewa berlainan tetapi hanyalah aspek-aspek berlainan bagi sistem penyembahan yang sama dengan variasi-variasi tema.

 

Golongan Essene di Efesus ini dijangkakan untuk tidak berhubungan seks dengan perempuan fana kerana isteri-isteri Bel dan Amon, sejak zaman dahulu, dijangkakan tidak berhubungan dengan lelaki fana. Kelihatan ada logiknya di dalam dedikasi kebujangan kepada Ratu Syurgawi sebagai Ibu dewi. Itulah sebabnya kenapa para paderi yang didedikasikan kepadanya  adalah bujang atau sida-sida. Amalan ini memasuki agama Kristian daripada kultus-kultus pagan dan Gnosticisme di dalam adaptasinya terhadap kultus-kultus Misteri itu (lihat karya Vegetarianisme dan Alkitab [183]). Perempuan-perempuan di dalam kultus Ishtar di Asia Minor tidak bujang tetapi sebaliknya berkelakuan rambang. Mungkin Pliny memanggil Anak-anak Zadok di Qumran sebagai Essene kerana ada di antara mereka yang merupakan pertapa-pertapa membujang. Mereka sendirinya tidak menggunakan gelaran sebegitu dan penggunaan gelaran paderi-paderi dewa pagan pastinya menyakitkan hati.

 

Sebagai Ratu Mei, dewi ini mewakilkan semangat pertumbuhan (ii, mukasurat 79, 84) di Perancis (ii, mukasurat 87) dan di England (ii, mukasurat 87 dan seterusnya).

 

Nampaknya ia pandangan umum bahawa Ibu itu adalah juga dewi Jagung dan hasil akhir tuaian biasanya didedikasikan kepadanya di dalam simbolisme dan sebuah kek istimewa dibuatkan daripada hasil akhir itu dan didedikasikan kepadanya. Simbolisme ini wujud di seluruh Eropah dalam pelbagai bentuk dan mempunyai simbolisme yang sama yang dikaitkan dengan Ratu penuaian ini (rujuk Frazer, vii, mukasurat 149-151).

 

Sebuah kek korban dibuatkan daripada barli (jelai) atau padi baru (Frazer, viii, mukasurat 120). Musim menuai barli adalah pada Easter atau Paskah. Di kalangan orang-orang Hindu, korban dibuat pada permulaan penuaian sama ada pada bulan baru atau bulan penuh. Barli tersebut dituai pada musim bunga dan padi pada musim luruh. Daripada tuaian yang baru itu, suatu kek pengorbanan diletakkan di atas dua belas serpihan tembikar yang keramat bagi dewa-dewa Indra dan Agni. Suatu palpa bubur atau bijiran rebus dipersembahkan kepada kumpulan dewa-dewi, iaitu Visve Devah, dan satu kek di atas satu serpihan tembikar dipersembahkan kepada syurga dan bumi (ibid.). Ini serupa dengan rekod pemberian kuih-muih kepada Ratu Syurga yang disebutkan Yeremia dan nampaknya merupakan suatu kebiasaan bagi semua orang-orang Aryan dahulu. Korban-korban di dalam sistem Hindu itu adalah hasil-hasil sulung dan bayaran sami-sami itu adalah anak-anak sulung lembu ternakan dan, dengan itu, kita melihat bagaimana sistem hasil sulung kuno di kalangan orang-orang Aryan itu memasuki Hinduisme. Dewi penuaian di sini adalah Gauri isteri kepada Siva. Kuih beras atau penkek dipersembahkan kepada suatu patung Gauri yang diperbuat daripada tumbuhan. Pada hari ketiga, ianya dibuangkan ke dalam sungai atau tangki. Segenggam tanah atau batu dibawa pulang dari tempat itu dan dibuangkan di sekitar rumah dan taman dan pokok untuk memastikan kesuburan. Ini merupakan efek yang sama seperti adat menyapu gereja-gereja di Itali pada hari ketiga perayaan Easter dan menunjukkan adanya suatu tradisi sama yang kuno yang lebih tua daripada agama Kristian. Di dalam agama Kristian, kek atau kuih itu telah menjadi kuih hot cross buns.

 

Amalan yang sama terdapat di kalangan orang-orang Chin di Burma (Myanmar) Utara sebagai persembahan hasil-hasil sulung kepada dewi Pok Klai.

 

Bentuk Ibu dewi ini memasuki agama Buddha dan sebelah Timur sebagai dewi Kuan-yin yang merupakan Avalokitesvara bagi sistem Mahayana.

 

Dia memasuki agama Kristian sebagai Perawan Surgawi yang dipanggil Mary (Maria). Dia dijadikan ibu Yesus Kristus dan mencaci Tuhan dengan digelarkan sebagai Ibu Tuhan.

 

Madonna Hitam

Kita lihat sekarang ini bahawa kepercayaan Ibu dewi itu memasuki agama Kristian sebagai Perawan Maria. Dia dipanggil sebagai Madonna. Kita boleh lihat bagaimana aspeknya sebagai dewi semangat tumbuhan ditekankan di dalam aplikasi muka hitam kepada dewi itu di dalam peranannya sebagai Demeter atau dewi kesuburan musim bunga di dalam aspek-aspeknya sebagai Artemis atau Diana.

 

Di dalam agama Kristian, aspek ini nampaknya dikenali sebagai Madonna Hitam.

 

Tidak terdapat sebarang kultus Perawan Mariam atau Maria pada abad-abad awal jemaat. ERE mengatakan berkenaan kultus Maria ini:

 

Tiada sebarang sebutan nama Maria, mahupun rujukan kepadanya, di dalam notis-notis Perjamuan Suci di dalam Perjanjian Baru; juga tiada di dalam liturgi ucap selamat di dalam surat pertama St. Clement dari Rom; juga tiada di dalam Didache; juga tiada di dalam laporan Justin Martyr mahupun Tertullian mengenai upacara-upacara Eucharistik. Satu-satunya tempat di mana invokasi St. Mary dibuat adalah pada Peringatan Orang-orang Mati Syahid dan Peringatan Orang-orang Mati; dan mengenai ini apa yang dikatakan St Cyprian hanyalah:

 

‘Disiplin kepaderian mengajarkan, seperti yang diketahui mereka yang beriman, bahawa pada waktu orang-orang mati syahid ini dinamakan pada mezbah Tuhan, di sana mereka tidak didoakan bagi mereka yang diperingati doa-doa peringatan diberikan (Epp. i, [Opera, Oxford, 1682, mukasurat 81])

 

Tiada bukti langsung bahawa di antara ‘orang-orang mati syahid’ ini Perawan itu disebutkan ((ERE, Vol. 8, mukasurat 475-476).

 

Pengenalan Mariolatry (berhala Maria) berlaku beberapa lama kemudiannya selepas pengenalan di dalam upacara-upacara Timur itu. Setelah jemaat dipeluk oleh Empayar Rom, amalan kafir atau heresi ini dipeluk dan amalannya direkodkan oleh Epiphanius:

 

sebagai heresi (Her, lxxix) bahawa ‘golongan perempuan tertentu di Thrace, Scythia, dan Arabia’ mempunyai kebiasaan memuja perawan itu seperti seorang dewi dan mempersembahkan kepadanya sejenis kuih [kollurida tina] dari mana dia memanggil mereka sebagai golongan ‘Collyridians’. Amalan mereka (rujuk Yeremia 44:19) dan idea di sebaliknya jelas sekali merupakan relik-relik kekafiran yang memang terkenal dengan tuhan-tuhan perempuan mereka.

 

Kek-kek ini dibuat bagi Ratu Syurga pada perayaannya, perayaan Ishtar atau Easter atau Astarte, sejak jauh sebelum penawanan Babilon itu.

 

Epiphanius menegaskan bahawa Maria [atau Mariam] seharusnya tidak disembah. Di dalam Liturgi St Mark (Alexandrian), Maria pada asalnya dimasukkan ke dalam doa mengenai bagaimana Tuhan akan memberi perhentian kepada orang mati yang kudus (ERE, ibid., mukasurat 478). Maria atau Mariam dilihat sebagai benar-benar sudah mati dan tergolong di antara mereka yang menunggu kebangkitan.

 

Golongan Trinitarian, khususnya orang-orang Kapadokia, meninggikan Maria sebagai respon terhadap hujah-hujah golongan bukan-Trinitarian yang dikenali kemudiannya sebagai golongan Arian (rujuk ERE, ibid., mukasurat 476). Mereka meningkatkan Kristus kepada tahap Tuhan dan kemudiannya meninggikan ‘Maria’ sebagai Ibu Tuhan dan, dengan itu, sebagai Ibu dewi dan ibu kepada dewa-dewi. Idea-idea ini adalah kafir sepenuhnya dan tidak timbul sehinggalah penghujung abad keempat. W R Ramsey menyatakan bahawa:

 

seawal abad ke 5 penghormatan yang diberikan kepada Perawan Maria di Efesus merupakan kemunculan semula di dalam bentuk terbaptis, penyembahan pagan Anatoli kuno akan Ibu Perawan itu (Pauline and Other Studies, mukasurat 126; rujuk ERE, ibid., mukasurat 477, nota 1).

 

Perawan Maria bukannya lain tetapi Artemis atau Diana dari Efesus yang terang-terang ditentang Paulus (Kisah 19:24-35).

 

Pada zaman abad pertengahan hampir kepada penutupan majlis Trent pada tahun 1563, kita lihat bahawa Maria telah ditinggikan di dalam liturgi itu dan disebutkan namanya sebagai:

 

yang paling suci, tanpa cela, dirahmati, Tuan kita, Ibu Tuhan dan urutan pemikiran, yang masih menunjukkan bahawa dia didoakan dicelah dengan suatu salam hormat ‘Terpujilah engkau yang penuh kemuliaan…kerana sememangnya engkau telah melahirkan juruselamat dunia ini.’ (ERE, ibid., mukasurat 478).

 

Nyata sekali Mariam, atau Maria, ibu Kristus, pada asalnya dianggap telah mati dan didoakan, bukannya berdoa kepadanya, dan tanggapan ini telah dilenyapkan oleh kultus Ibu dewi yang menggantikan tempatnya.

 

Ibu dewi diberikan muka hitam sebagai Demeter dewi kesuburan di dalam upacara-upacara bulan Disember dan sebagai Madonna Hitam dia berkait rapat dengan kultus-kultus kesuburan dan Misteri. Kultusnya, di dalam apa sekali bentukpun, adalah pagan dan suatu penghinaan kepada agama Kristian.

 

Sidang Majlis Trent cuba untuk mengurangkan penyembahan berhala berkaitan Maria dan membuat perbezaan di dalam konsep-konsep penyembahan yang diberikan kepada Tuhan, Yesus, Maria dan orang-orang kudus.

 

Kesan-kesan daripada sidang ini akhirnya dihapuskan oleh paus-paus kemudiannya sehinggalah hari ini.

 

Hanukkah dan Purim

Suatu perayaan orang-orang Yahudi yang mencerminkan pengaruh orang-orang Persia dan Yunani adalah Hanukkah. Ianya tidak mempunyai kepentingan keagamaan dan pekerjaan tidak dihentikan. Ia adalah perayaan hari ke 25 bulan kesembilan yang dipanggil Chislev (atau Kislev) iaitu lebih kurang bulan Disember.

 

Kita tahu daripada Baruch 6:19 dan seterusnya bahawa orang-orang Babilon menyalakan lilin-lilin di hadapan patung berhala mereka dan ini diperkecil-kecilkan di dalam Baruch. Orang-orang Yunani juga telah mengambil-alih sistem ini seperti yang kita lihat daripada rujukan-rujukan di atas. Daripada zaman kerajaan Seleucid dan pengaruhnya ke atas Yehuda, Hellenisasi ke atas Palestin tidak dapat dielakkan.

 

Pengaruh politiknya dianggap sedikit sahaja terhadap Yerusalem menurut Hayyim Schauss di dalam karyanya (The Jewish Festivals: History and Observance, Chanukkoh, Schocken Books, mukasurat 211). Hanya dengan melihat saja hakikatnya bahawa terdapat kelompok pokok seorang dewa Yunani di Betlehem (lihat bawah), maka didapati pernyataan ini begitu jahil sekali. Dia mengaku pada mukasurat 212 bahawa proses Hellenisasi itu adalah demi kebaikan politik dan ekonomi. Pihak pemerintah di Yerusalem di bawah pemerintahan Syria/Aram adalah pihak Aristokratik Hellenistik. Konflik-konflik daripada sistem ini sampai kepada kemuncaknya di bawah Antiochus Epihanes. Imam besar ini merupakan seorang Yahudi yang mengalami Hellenisasi daripada parti aristokratik Jason (diubah daripada Joshua/Yosua) yang pro-Syria. Dia mendirikan suatu gimnasium di Yerusalem dan memperkenalkan sukan Yunani. Orang-orang Yahudi memeluk nama-nama Yunani serta budayanya (rujuk Schauss, mukasurat 213). Apabila peperangan Syria-Mesir terjadi, parti Jason yang bersifat konservatif ini telah digulingkan oleh parti Menelaus (Menachem) yang lebih radikal dan pro-Yunani-Syria.  Khabar angin yang mengatakan bahawa Antiochus telah terbunuh di medan pertempuran telah memberanikan Jason untuk memasuki Yerusalem dengan 1,000 orang dan menyerang Menelaus. Antiochus memasuki Yerusalem dan mula membunuh setiap penyokong parti Mesir itu. Dia merompak Bait Suci dan mengambil kesemua harta serta kesemua perkakas emas dan perak. Menelaus dibiarkan memerintah. Setahun kemudian Antiochus sekali lagi mara terhadap Mesir tetapi diperintahkan berundur oleh senat Rom dan dia terpaksa menurutnya (rujuk Schauss, mukasurat 214). Antiochus kemudiannya terpaksa mengukuhkan empayar itu terhadap kuasa Rom dan Mesir. Untuk melakukan ini, dia memaksa penyembahan dewa-dewa Yunani. Orang-orang Yahudi tidak menurut dan dia terpaksa menghantar tentera ke Palestin untuk menguatkuasakannya. Bait itu diubah kepada tokong Yunani. Hukuman mati diperkenalkan bagi pemeliharaan kepercayaan Yahudi.

 

Suatu parti yang bersifat nasionalis sepenuhnya muncul di bawah Judah Maccabee dan saudara-saudaranya daripada keluarga Hasmonea.

 

Pada 25 Kislev mereka mendedikasikan semula mezbah Bait itu dan menubuhkan suatu perayaan tahunan selama lapan hari bermula hari itu. Mereka memaksa pemansuhan undang-undang anti-Yahudi orang-orang Syria dan mula mendirikan kerajaan Yahudi bebas di Palestin. Kerajaan ini kekal selama kurang daripada 100 tahun sebelum ia ditelan orang-orang Rom.

 

Schauss membuat suatu pernyataan yang berkesan pada mukasurat 216. Dia mengatakan:

 

Selama berabad lamanya sejak penawanan Babilon itu, mereka merupakan suatu masyarakat yang kecil dan lemah di dalam negeri kecil Yehuda…Hanyalah melalui pemberontakan dan kemenangan keluarga Hasmonea ini barulah kekuatan terpendam rakyat dibangkitkan, dan pelbagai kecenderungan di dalam kehidupan rohani Yahudi telah mencapai bentuk-bentuk tersendiri. Orang-orang Yahudi tumbuh pesat dari segi bilangan dan kuasa sewaktu zaman itu.

 

Hanukkah kononnya memperingati kemenangan orang-orang Hasmonea ini. Apa yang kita lihat adalah suatu jangkamasa sinkretisme keagamaan sepenuhnya dengan sokongan suatu parti rakyat Yahudi. Amalan membakar dian atau lilin selama lapan hari bermula pada awal Disember dan berterusan selama lapan hari biasanya bertindihan dengan Saturnalia atau pesta-pesta Demeter dan Ibu dewi di Mesir, seperti yang kita lihat di atas. Ini menunjukkan suatu adaptasi terhadap amalan asing untuk memperingati kemenangan suatu parti Yahudi aristokratik dan mendapatkan baginya kesahihan aristokrasi sebelumnya di dalam pandangan rakyat. Amalan ini tidak mendapat kebenaran Alkitab. Hagai 2:10-19 memperkatakan 24 Kislev sebagai jangkamasa pemulihan Bait. Tarikh yang salah terlibat di dalam aplikasi nubuatan ini (lihat juga karya Petunjuk-petunjuk Tuhan [184]).

 

Suatu petunjuk bahawa cara pemikiran yang sama terlibat di dalam pesta-pesta Yahudi ini adalah nota 305 oleh Schauss (pada mukasurat 310) bagi teks berkenaan Purim dan amalan memakan kacang di situ di mana dia berkata:

 

Sumber primitif adat ini harus dicari di dalam ciri primitif Purim sebagai perayaan musim. Kerana, seperti juga memukul dan berpesta, kekacang juga adalah, di dalam kepercayaan rakyat, suatu azimat terhadap roh-roh. Atas sebab yang sama juga kekacang dimakan sewaktu sesuatu perkahwinan.

 

Perhatikan pemukulan dan penyamaran yang menyertai pemakanan kekacang. Ianya juga adalah amalan, namun sekarang ini hanya di kalangan orang-orang Yahudi timur, untuk membakar Haman sewaktu Purim.

 

Di dalam proses yang sama, Judas/Yudas dibakar di kalangan umat Roman Katolik di Eropah. Aspek-aspek sama iaitu pemukulan dan penyamaran ada pada semuanya.

 

Schauss mengatakan (pada mukasurat 270), berkenaan Purim dan pemakanan Kreplech serta Hamantaschen.

 

Perkataan Kreplech nyata sekali berasal daripada bahasa Jerman dan seperti kebanyakan bentuk pemeliharaan Purim telah diambil dari ‘Shrove Tuesday’ milik orang-orang Kristian dan dijadikan sebahagian daripada Purim. Dari Purim, harus diandaikan bahawa adat memakan Kreplech telah dibawa kepada hari sebelum Yom Kippur dan kepada Hashano Rabboh.

 

Dia mengatakan bahawa penerangan gurauan itu telah dibuat bahawa ianya dimakan pada hari-hari apabila pemukulan dibuat – jadi, adalah hari sebelum Yom Kippur apabila orang-orang memukul [menyebat] diri mereka; Hoshano Rabboh apabila dahan-dahan pokok willow dipukul; dan Purim apabila Haman dipukul (mukasurat 270).

 

Amalannya pada masa dahulu adalah membakarkan lampu-lampu sewaktu Hanukkah. Haman dibakar semasa Purim pada tiang gantungan. Ini adalah asal-usulnya kenapa orang-orang Kristian membantah amalan ini atas alasan ianya berkaitan dengan Kristus. Setelah ini dilakukan, sepuluh lilin dinyalakan untuk anak-anak Haman.

 

Kita lihat di sini konsep lilin-lilin sebagai jiwa tunggal individu dan pembakaran lilin-lilin untuk mencipta terang. Amalan ini hanya mungkin mempunyai asal-usul Asyur-Babilon dan terbitan animis pagan. Ianya telah lenyap bersama pembakaran itu tetapi terikat kepadanya. Lilin-lilin itu dinyalakan untuk menenangkan roh-roh sepuluh syaitan.

 

Schauss menunjukkan bahawa amalan-amalan aspek-aspek teater perayaan-perayaan itu bermula pada Chanukkoh (atau Hanukkah) tetapi lebih banyak lagi sewaktu Purim di ghetto.

 

Dia mengatakan tentang penyamaran sewaktu pesta Purim itu:

 

Biasanya diandaikan bahawa penyamaran Purim timbul di kalangan orang-orang Yahudi Itali, melalui pengaruh Karnival Kristian, dan bahawa dari Itali ia telah tersebar kepada orang-orang Yahudi di negeri-negeri lain. Namun begitu, lebih logik lagi untuk mengandaikan bahawa penyamaran ini sudah ada dengan Purim sejak dari mula lagi, bersama-sama dengan kebisingan. Kedua-dua kebisingan dan penyamaran ini pada asalnya bertujuan untuk melindungi daripada roh-roh jahat, di mana perlu untuk melindungi diri sendiri pada perubahan musim-musim. Lebih betul lagi untuk mengatakan bahawa Topeng Purim dan Karnival Kristian itu mempunyai asal-usul kekafiran yang sama, dengan musim tahunan dan ketibaan musim bunga dan kedua-duanya kemudiannya mendapat maksud yang baru (mukasurat 268).

 

Dia memerhatikan adanya adat di kalangan golongan akademik Talmud untuk memilih seorang rabbi-Purim sehinggalah baru-baru ini (mukasurat 269). Adat ini terbentuk daripada adat memilih raja-Purim yang serupa dengan pemilihan Raja Kekacang atau Raja Orang-orang Bodoh di Eropah (lihat atas).

 

Amalan-amalan kafir jelas ini yang dikaitkan dengan perayaan-perayaan yang diperintahkan untuk tidak dipelihara, menunjukkan bahawa kita berhadapan dengan pesta-pesta primitif kuno milik kultus-kultus kesuburan yang telah memasuki Judaisme daripada sumber-sumber yang sama sepertimana mereka memasuki sistem-sistem Roman dan Ortodoks, iaitu daripada sistem Asyur-Babilon dan kemudiannya orang-orang Yunani dan Mesir. Ianya mengarah kepada Paskah dalam cara yang sama sepertimana sistem-sistem lain membawa kepada Easter.

 

Tradisi-tradisi Judaisme juga tercemar, dan sememangnya mempunyai asal-usul kafir yang sama, seperti mazhab-mazhab Kristian umum. Babilon yang Agung memerintah seluruh dunia.

 

Penyembahan Adonis semasa Easter

Sisa-sisa kultus penyembah Adonis masih kekal sehingga hari ini di Sicily dan Calabria. Di Sicily, taman-taman Adonis masih lagi disemai pada musim bunga di samping musim panas, dari mana Frazer menyimpulkan bahawa Sicily dan Syria merayakan suatu perayaan vernal kuno yang merayakan seorang dewa yang telah mati dan bangkit. Frazer mengatakan:

 

Menjelang ketibaan Easter, para wanita Sicily menyemai gandum, lentil dan benih canary di dalam pinggan-pinggan, yang disimpan mereka di dalam gelap dan mengairkannya setiap dua hari. Tumbuh-tumbuhan itu tidak lama kemudian bertumbuh; batang-batangnya diikat bersama dengan reben-reben merah, dan pinggan-pinggannya diletakkan pada makam-makam, yang bersama-sama dengan patung-patung yang menggambarkan Kristus yang mati, dibuatkan di dalam gereja-gereja Katolik dan Yunani pada hari Good Friday, sama sepertimana taman-taman Adonis ditempatkan pada kubur Adonis yang telah mati. Amalan ini tidak saja terhad pada Sicily tetapi juga dilakukan di Calabria dan mungkin juga tempat-tempat lain (Frazer, ibid., v, mukasurat 253-254).

 

Taman-taman ini juga masih ditanamkan di Croatia dan lazimnya diikatkan dengan warna-warna kebangsaan.

 

Frazer menarik perhatian kita kepada bagaimana tersebarnya kultus ini di dalam samaran Kristiannya. Jemaat Yunani telah mengambil masuk perayaan ini dalam bentuk perarakan Kristus yang telah mati di sekitar bandar-bandar Greece dari rumah ke rumah sambil meratapi kematiannya.

 

Frazer berpendapat bahawa jemaat telah menggabungkan perayaan dewa mati Adonis ini dengan begitu cekap sekali ke dalam perayaan Easter yang kononnya milik agama Kristian itu. Adonis yang telah mati dan bangkit dijadikan Kristus yang telah mati dan bangkit. Gambaran para artis Yunani berkenaan dewi yang berdukacita dengan kekasihnya yang hampir mati Adonis di dalam pelukannya, menyerupai dan nampaknya merupakan model bagi jenis karya Kristian Pieta yang menggambarkan Perawan itu dengan tubuh anaknya yang telah mati di dalam pangkuannya (ibid., mukasurat 256-257). Contoh yang paling disanjungi adalah apa yang dibuat oleh Michelangelo di St Peter’s.

 

Jerome memberitahu kita tentang kelompok pokok yang ditujukan kepada Adonis yang terdapat di Betlehem. Di mana Yesus meratap, di situlah dewa Syria dan kekasih Venus diratapi (ibid., mukasurat 257). Betlehem bermaksud Rumah Roti dan dengan itu penyembahan terhadap Adonis, selaku dewa jagung/gandum, telah lambat-laun dikaitkan dengan Betlehem dan bukannya roti kehidupan iaitu Mesias.

 

Ini sendirinya mungkin suatu perbuatan sengaja untuk mengasimilasikan kepercayaan di dalam dewa Syria Adonis serta kekasihnya Ishtar atau Astarte, Venus bagi orang-orang Rom.

 

Tapak pertama agama Kristian di luar Palestin adalah Antiokhia dan ianya telah diduduki oleh rasul Petrus sebagai biskopnya. Di sinilah telah berkubunya kultus Adonis, dan kematian serta kebangkitan tuhan ini dirayakan setiap tahun dengan penuh upacara.

 

Ketika maharaja Julian memasuki kota itu, pada waktu perayaan kematian dan kebangkitan dewa Adonis, dia disambut dengan begitu hormat sekali sehingga dia kagum dengan mereka sementara mereka bersorak Bintang Keselamatan telah terbit ke atas mereka di Timur (Ammianus Marcellinus, xxii, 9. 14; rujuk Frazer, v, nota 2 kepada mukasurat 258).

 

Membuat hujan sewaktu Easter

Demi memastikan pertumbuhan tanam-tanaman, adalah perlu untuk hujan turun selewat-lewatnya pada ekuinoks bagi memulakan musim bunga.

 

Untuk mencapai tujuan ini, pelbagai upacara-upacara membuat hujan dilakukan pada masa dahulu dengan mendedahkan dewa-dewi kepada pelbagai bentuk kesusahan. Di Itali, hari Minggu Palma (Palm Sunday), hari dewa Matahari pada perayaan Easter itu, digunakan untuk menggantungkan dahan-dahan palma yang diberkati pada pokok-pokok. Gereja-gereja disapukan dan debunya dipercikkan pada taman-taman (lihat juga di atas). Lilin-lilin yang diberkati yang istimewa juga dinyalakan bagi memastikan adanya hujan. Patung St Francis di Paola dipercayai menyebabkan hujan turun apabila ia dibawakan melalui taman-taman pasaraya pada setiap musim bunga.

 

Semasa kemarau besar tahun 1893, direkodkan bahawa selepas lebih kurang enam bulan kemarau tersebut, orang-orang Itali tidak dapat menggalakkan santo-santo untuk membawakan hujan dengan lilin-lilin, loceng, lampu-lampu, bunga api dan upacara sembahyang serta vesper yang khas. Mereka telah menghalau santo-santo itu setelah mereka mencambuk diri sendiri dengan cemeti besi dengan sia-sia. Di Palermo, mereka membuangkan patung St Joseph ke satu taman untuk dia melihat keadaannya sendiri dan dengan tujuan membiarkan dia di situ sehinggalah hujan turun. Patung-patung lain dipalingkan ke arah dinding seolah-olah seperti kanak-kanak nakal. Ada lain yang dibukakan segala perhiasannya dan dibuang daripada gereja-gereja kediaman mereka, dimasukkan di dalam kolam-kolam air untuk kuda dan diancam serta dicaci kasar. Di Caltanisetta, patung ketua malaikat Mikhael telah ditanggalkan sayap-sayap emasnya dan jubahnya dan diberikan sayap-sayap yang diperbuat daripada kertas tebal dan kain lap dibalutkan mengelilinginya. Patung St Angelo di Licata lebih teruk lagi diperlakukan kerana ia telah ditelanjangkan dan dibiarkan begitu. Patung itu dikutuk, dipasangkan rantai besi dan diancam dengan melemaskan atau gantung. Rakyat yang marah berteriak padanya sambil bertempik Hujan atau tali (Frazer, i, mukasurat 300).

 

Peristiwa ini, sungguhpun kelihatan melucukan, dijalankan dengan serius sekali lebih kurang 100 tahun yang lalu di dalam negeri bertamadun yang kononnya negeri Kristian dengan pengetahuan dan kebenaran Gereja Katolik. Aktiviti-aktiviti ini menunjukkan perkaitan di dalam fikiran golongan petani dengan sistem pertanian kuno kut dan patung-patung santo-santo itu sekadar menggantikan patung-patung dewa-dewa kuno penuaian iaitu Adonis, Attis, Astarte, dan Zeus sebagai dewa hujan dan sebagainya.

 

Amalan-amalan ini adalah berdasarkan pada idea-idea serta konsep-konsep sama yang ditemui di China purba dan lain-lain tempat di Timur. Pada tahun 1710 di pulau Tsong-ming di wilayah Nanking, wizurainya, setelah cuba menenangkan tuhannya, telah menutup tokongnya dan mengunci pintu-pintunya sesudah menghalau tuhan itu. Hujan turun tidak lama kemudiannya dan dewa itu telah dipulihkan kepada tempatnya. Pada April 1888, golongan mandarin di Canton berdoa pada dewa Lung-wong agar menghentikan hujan lebat yang tidak berhenti. Dia tidak mendengar mereka dan kerana itu mereka telah memasukkannya ke dalam lokap selama lima hari dan hujan akhirnya reda. Dia kemudiannya dipulihkan kebebasannya (Frazer, i, mukasurat 298-299). Justeru itu, idea-ideanya di sini benar-benar sama dan mendahului agama Kristian selama beribu tahun. Namun begitu, semua ini telah memasukinya dan terus kekal hingga ke abad ini.

 

Hakikatnya, idea-idea ini masih wujud lagi di dalam legenda-legenda serta fikiran golongan petani yang percayakan benda tahyul, yang digalakkan kejahilan serta keimamatan yang suka memanipulasi.

 

Bintang Fajar

Kultus Adonis melibatkan pasangan ilahi Adonis yang nama kunonya adalah Astarte yang dicamkan dengan planet Venus. Oleh itu, bintang itu merupakan simbol bagi kedua dewa dan kekasihnya.

 

Ianya juga merupakan lambang Iblis di dalam Alkitab dan dengan itu, visi-visi Perawan itu berkait dengan Bintang Fajar dan hanya mungkin mempunyai maksud kesetanan. Musuh kita menyamar sebagai seorang malaikat terang.

 

Astarte iaitu pasangan ilahi Adonis dicamkan dengan Venus oleh orang-orang Babilon yang mana para ahli astronominya membuat catatan rapi mengenai perubahannya daripada Bintang Fajar kepada Bintang Petang, sambil menilik petanda-petanda daripada kemunculan serta pelenyapannya (Frazer, v, mukasurat 258).  Dengan itu, adalah wajar untuk mengandaikan bahawa perayaan Adonis ditentukan masanya agar bermula bersama-sama dengan kemunculan itu sebagai Bintang Fajar atau Petang. Oleh kerana bintang yang diberi penghormatan oleh penduduk Antiokhia itu dilihat di Timur, dan jika benar ianya Venus, maka ia hanya mungkin adalah Bintang Fajar. Daripada ini kita dapat simpulkan bahawa istilah Easter berkait juga dengan perkataan bagi Timur (East) serta dewi fajar pagan ini.

 

Frazer berpendapat bahawa perayaan Astarte di tokong kuno di Aphaca, Syria ditentukan masa mulanya sama dengan kejatuhan sebiji meteor dari langit di mana pada hari tertentu ditentukan jatuh daripada sebelah atas Gunung Lebanon ke sungai Adonis (v, mukasurat 259). Ini kelihatan semacam terlalu kebetulan dan kemungkinan sekali bintang fajar yang dimaksudkan di Antiokhia dan tempat lain adalah meteor yang sama ini yang mewakili bintang dewi yang jatuh dari syurga ke dalam pangkuan kekasihnya (ibid). Penempatan tokong di Aphaca berbanding Gunung Lebanon dan Sungai Adonis akan memberikan suatu lokasi tepat tokong itu berhubung kenaikan bintang fajar itu pada hari pertama Matahari selepas ekuinoks vernal setiap tahun. Pengukuran yang agak tepat sepatutnya dapat menunjukkan lokasi tokong itu dengan agak tepat berdasarkan hipotesis ini.

 

Percubaan-percubaan Frazer untuk menempatkan bintang ini dengan Betlehem dan orang-orang bijaksana itu tidak mungkin adalah benar.

 

Namun begitu, perkaitannya dengan dewa Adonis dan Astarte memang mutlak. Adanya perkaitan perayaan-perayaan ini dengan Adonis dan juga Attis sebagai dewa mati dan bangkit untuk siapa pokok pain adalah keramat seperti yang kita lihat dengan Attis, adalah sesuatu yang pasti (Frazer, v, mukasurat 306). Lambang orang mati yang digantungkan pada pokok dan bergabung dengannya dan kemudiannya dibangkitkan, adalah dasar di sebalik relik-relik salib yang diperbuat semuanya daripada kayu pain. Sistem Easter dengan penyalaan semula api baru atau api-keperluan seluruhnya tidak berdasar pada Alkitab dan bukan-Kristian.

 

Agama Kristian telah berkompromi dengan lawan-lawannya untuk menampung suatu musuh yang lebih berbahaya lagi. Dalam kata-kata Frazer, para paderi yang licik mengetahui bahawa:

 

jika agama Kristian ingin menakluki dunia ia akan hanya dapat berbuat demikian dengan melonggarkan prinsip-prinsip Pengasasnya yang terlalu ketat, dengan memperlebarkan sedikit pintu sempit yang membawa kepada keselamatan.

 

Dia membuat hujah berkesan namun salah itu bahawa agama Kristian adalah sama seperti agama Buddha di mana keduanya secara asasnya merupakan reformasi-reformasi etika yang hanya dapat dilaksanakan oleh sebilangan kecil murid-murid yang terpaksa menyangkal keluarga serta negara mereka. Agar kepercayaan-kepercayaan itu diterima, mereka haruslah cukup perubahan perwatakan agar dapat merayu pada prejudis dan keinginan dan kepercayaan tahyul orang-orang kasar. Ini terjadi di dalam kedua-dua Judaisme dan agama Kristian.

 

Epilog

 

Dalam cara ini, kepercayaan Mesias telah diputarbelitkan oleh paderi-paderi sekular duniawi yang telah menyesuaikan iman itu dengan agama-agama Rom purba dan kultus-kultus Misteri penyembah Matahari. Pemutarbelitan iman ini bermula dengan perayaan-perayaan asas di mana perayaan-perayaan Alkitab telah digantikan dengan perayaan-perayaan penyembah Matahari. Mereka telah memperkenalkan Krismas dan Easter dan kemudiannya ibadah hari Minggu yang telah menggantikan perintah keempat berkenaan hari Sabat. Mereka telah mencipta mitos keperawanan kekal seorang perempuan yang dipanggil mereka sebagai Maria, dan bukannya Mariam, untuk menyembunyikan hakikat bahawa mereka telah membunuh anak-anaknya dan keturunan mereka, iaitu saudara-mara Mesias Dunia ini, Anak Allah yang telah datang untuk mengajar mereka kebenaran serta menyelamatkan mereka daripada diri mereka sendiri (lihat karya Perawan Mariam dan Keluarga Kristus [232]). Perlambangan Krismas membabitkan Perawan ini melahirkan anak dari sebuah gua tahun demi tahun sebagai Matahari abadi yang lahir pada solstis.

 

Simbolisme yang disampaikan perayaan-perayaan sebenar Tuhan yang terkandung di dalam Alkitab telah sengaja diselindungkan agar menghalang pertumbuhan di dalam iman dan di dalam pengetahuan Tuhan sebenar yang tunggal.

 

Mereka yang jahil mengajarkan hal-hal dusta kepada anak-anak mereka, percaya bahawa semua ini akan menjadikan mereka gembira. Masyarakat telah menjadikan orang-orangnya penyembah-penyembah berhala melalui komersialisme dan ketamakan dengan mengikuti amalan-amalan yang penuh dengan kekafiran dan keagamaan palsu. Merayakan Krismas dan Easter adalah penglibatan secara langsung di dalam kultus-kultus penyembah Matahari dan Misteri, dan merupakan pelanggaran langsung terhadap perintah-perintah pertama dan keempat selain yang lainnya.

 

Kristus memanggil mereka sebagai hipokrit dan memetik kata-kata Tuhan melalui nabi Yesaya (Yesaya 29:13):

 

Bangsa ini memuliakan Aku dengan bibirnya, padahal hatinya jauh dari pada-Ku. Percuma mereka beribadah kepada-Ku, sedangkan ajaran yang mereka ajarkan ialah perintah manusia." (Matius 15:8-9; Markus 7:6-7).

 

Tuhan telah memberikan perintah-perintahNya melalui hamba-hambaNya para nabi. Tidak lama lagi, Mesias akan kembali untuk menguatkuasakan hukum-hukum itu serta sistem tersebut.

 

q