Jemaat Jemaat Allah Al Maséhi

 

[251]

 

 

 

Pentahiran dan Penyunatan [251]

(Edisi 1.0 19990313-19990313)

 

Hukum-hukum berkenaan Pentahiran perempuan dan Penyunatan lelaki mempunyai kepentingannya kepada iman dan merupakan sebahagian daripada Hukum Tuhan. Karya ini bertujuan untuk meneliti hubungan kedua hal ini kepada agama Judaisme, Kristian dan Islam, dengan beberapa fakta serta kesimpulan yang menarik.

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1999 Wade Cox)

(Tr. 2002)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Pentahiran dan Penyunatan [251]



Pentahiran Perempuan

Terdapat beberapa isu-isu rumit yang timbul daripada peraturan-peraturan pentahiran perempuan. Ilmu sains telah mengkaji tentang makanan di dalam banyak aspek-aspeknya, khususnya bidang fisiologi dan nilai zatnya. Sebagai hasil, kini kita faham kenapa makanan-makanan tertentu adalah ‘bersih’ atau halal sementara yang lainnya tidak, dan dilarang untuk kita (lihat karya Hukum-hukum Pemakanan [015]). Namun begitu, berzaman-zaman lamanya kita telah mengikuti hukum-hukum makanan ini semata-mata kerana Tuhan telah memerintahkannya. Kita faham bahawa Tuhan telah memberikan kepada kita hukum-hukumNya demi membolehkan kita hidup dengan sihat, seimbang serta teratur. Hukum-hukum berkenaan perempuan tidak begitu diteliti dengan cara yang sama, jadi kita haruslah berbuat sepertimana kebiasaan kita. Bergantung pada hakikat itu bahawa Tuhan sememangnya telah berkata demikian dan ianya demi kebaikan diri kita sendiri untuk mengikutinya. Hal-hal ini juga dilayakkan di dalam, dan menerusi aspek-aspek rohaninya, sebagaimana ianya berhubung kepada Mesias.

 

Istilah ‘perempuan najis (kotor)’ mungkin merunsingkan ramai orang. Ia seolah-olah bahasa kasar, tetapi sebenarnya tidak. Ianya sekadar waktu pengasingan kerana perempuan tersebut memerlukan rehat serta pemahaman. Istilah ‘najis’ sama sekali tidak sama dengan ‘orang berdosa’. Pentahiran, secara saintifiknya, adalah suatu waktu pembersihan yang berlangsung selama tujuh hari. Ianya suatu kejadian semulajadi dan fizikal di mana lapisan rahim/uterus yang tidak menerima ovum subur untuk proses persenyawaan, dibuang sewaktu menstruasi/haid. Lazimnya ianya suatu tempoh tujuh hari di dalam setiap 28 hari. Proses pembersihan ini membenarkan perlanjutan kaum manusia, untuk mana hukum ini, seperti juga hukum-hukum yang lain, merupakan suatu rahmat daripada Tuhan (Kejadian 1:28). Penggenapan hukum-hukum ini terikat kepada hidupan seharian manusia. Hukum Tuhan berkuasa di dalam keseluruhannya secara jasmani mahupun secara rohani (2Korintus 7:1). Bagi orang-orang Yahudi, ianya suatu kebiasaan bagi kaum perempuan sewaktu tempoh pentahiran mereka untuk:

·        tidak memegang firman Tuhan ataupun Kitab-kitab Suci;

·        tidak menghadiri perkumpulan jemaat/gereja;

·        tidak melakukan hubungan kelamin pada masa ini.

 

Ini adalah tradisi Yahudi.

Imamat 15:19-30 Apabila seorang perempuan mengeluarkan lelehan, dan lelehannya itu adalah darah dari auratnya, ia harus tujuh hari lamanya dalam cemar kainnya, dan setiap orang yang kena kepadanya, menjadi najis sampai matahari terbenam. 20 Segala sesuatu yang ditidurinya selama ia cemar kain menjadi najis. Dan segala sesuatu yang didudukinya menjadi najis juga. 21 Setiap orang yang kena kepada tempat tidur perempuan itu haruslah mencuci pakaiannya, membasuh tubuhnya dengan air dan ia menjadi najis sampai matahari terbenam. 22 Setiap orang yang kena kepada sesuatu barang yang diduduki perempuan itu haruslah mencuci pakaiannya, membasuh diri dengan air dan ia menjadi najis sampai matahari terbenam. 23 Juga pada waktu ia kena kepada sesuatu yang ada di tempat tidur atau di atas barang yang diduduki perempuan itu, ia menjadi najis sampai matahari terbenam. 24 Jikalau seorang laki-laki tidur dengan perempuan itu, dan ia kena cemar kain perempuan itu, maka ia menjadi najis selama tujuh hari, dan setiap tempat tidur yang ditidurinya menjadi najis juga.

 

Ayat-ayat ini adalah berkenaan kitar semulajadi yang sihat bagi tempoh haid seseorang perempuan. Adalah penting sekali untuk memberikan kepada seorang perempuan, masa yang diperlukannya sewaktu tempoh ini untuk memelihara kebersihannya dan mendapatkan rehat serta ketenangan fikiran demi mengekalkan kesihatannya. Selama sepanjang zaman, kaum lelaki telah lazimnya memerlukan peraturan ini semata-mata untuk membolehkan ketenangan sedemikian dilanjutkan kepada kaum perempuan. Mereka tidak mempunyai kemudahan-kemudahan seperti yang kita ada hari ini untuk mengamalkan amalan-amalan kesihatan diri yang baik. Namun begitu, hujah sedemikian juga boleh digunakan bagi hal pemakanan babi. Sungguhpun terdapatnya amalan-amalan kebersihan yang moden di dalam penternakan babi, kita masih lagi dilarang daripada memakan babi berdasarkan sebab-sebab saintifik yang kukuh. Kita juga boleh andaikan bahawa hukum-hukum kuarantin perempuan ini mempunyai asas yang kukuh dan masih lagi wajib dilakukan. Nampaknya ia berdasarkan pada apa yang kita tahu tentang asas saintifik hukum-hukum pemakanan, iaitu ianya membabitkan lebih daripada sekadar kebersihan diri, dan kerana itu kita haruslah berbuat sepertimana yang telah dibuat selama ini. Laksanakan apa yang Tuhan perintahkan kepada kita. Kita bertindak dengan iman.

 

Ayat-ayat seterusnya adalah mengenai lelehan yang abnormal. Kita lihat bahawa asas andaian tersebut adalah bahawa lelehan itu haruslah dianggap sebagai suatu kekotoran, sehingga ianya terbukti sekadar suatu keadaan menstruasi dengan penghentiannya. Oleh itu, hukum-hukum kuarantin merupakan dasar di sebalik peraturan pentahiran itu. Dengan itu perempuan, serta lelaki yang mempunyai ikatan dengan mereka, diwajibkan oleh hukum untuk memandang serius setiap lelehan.

 

25 Apabila seorang perempuan berhari-hari lamanya mengeluarkan lelehan, yakni lelehan darah yang bukan pada waktu cemar kainnya, atau apabila ia mengeluarkan lelehan lebih lama dari waktu cemar kainnya, maka selama lelehannya yang najis itu perempuan itu adalah seperti pada hari-hari cemar kainnya, yakni ia najis. 26 Setiap tempat tidur yang ditidurinya, selama ia mengeluarkan lelehan, haruslah baginya seperti tempat tidur pada waktu cemar kainnya dan setiap barang yang didudukinya menjadi najis sama seperti kenajisan cemar kainnya. 27 Setiap orang yang kena kepada barang-barang itu menjadi najis, dan ia harus mencuci pakaiannya, membasuh tubuhnya dengan air, dan ia menjadi najis sampai matahari terbenam. 28 Tetapi jikalau perempuan itu sudah tahir dari lelehannya, ia harus menghitung tujuh hari lagi, sesudah itu barulah ia menjadi tahir. 29 Pada hari yang kedelapan ia harus mengambil dua ekor burung tekukur atau dua ekor anak burung merpati dan membawanya kepada imam ke pintu Kemah Pertemuan. 30 Imam harus mempersembahkan yang seekor sebagai korban penghapus dosa dan yang seekor lagi sebagai korban bakaran. Dengan demikian imam mengadakan pendamaian bagi orang itu di hadapan TUHAN, karena lelehannya yang najis itu.

 

Sebelum sesuatu keadaan itu benar-benar diketahui adalah berjangkit atau tidak, jelas sekali bahawa langkah berjaga-jaga haruslah diambil terlebih dahulu. Jika kuarantin atau pengasingan dilaksanakan serta-merta, maka keadaan (penyakit) tersebut tidak disebarkan kepada orang lain, lantas melindungi semua orang. Jika keadaan itu kemudiannya diketahui adalah bukan berjangkit maka kuarantin tersebut boleh ditamatkan.

 

Kuarantin seseorang perempuan lazimnya diperlukan demi menjaga kesihatan dirinya sendiri. Sungguhpun sesuatu penyakit itu tidak berjangkit, ada baiknya [dan lazimnya] jika perempuan tersebut boleh diasingkan dan di dalam ketenangan.

 

Pentahiran sewaktu Kelahiran Anak

Imamat 12 mencatatkan perihal perempuan sewaktu melahirkan anak. Hukum berkenaan kelahiran menyediakan tempoh-tempoh khusus pentahiran, bergantung pada sama ada anak tersebut seorang lelaki ataupun perempuan.

 

Imamat 12:1-8 TUHAN berfirman kepada Musa, demikian: 2 "Katakanlah kepada orang Israel: Apabila seorang perempuan bersalin dan melahirkan anak laki-laki, maka najislah ia selama tujuh hari. Sama seperti pada hari-hari ia bercemar kain ia najis. 3 Dan pada hari yang kedelapan haruslah dikerat daging kulit khatan anak itu. 4 Selanjutnya tiga puluh tiga hari lamanya perempuan itu harus tinggal menantikan pentahiran dari darah nifas, tidak boleh ia kena kepada sesuatu apapun yang kudus dan tidak boleh ia masuk ke tempat kudus, sampai sudah genap hari-hari pentahirannya. 5 Tetapi jikalau ia melahirkan anak perempuan, maka najislah ia selama dua minggu, sama seperti pada waktu ia bercemar kain; selanjutnya enam puluh enam hari lamanya ia harus tinggal menantikan pentahiran dari darah nifas. 6 Bila sudah genap hari-hari pentahirannya, maka untuk anak laki-laki atau anak perempuan haruslah dibawanya seekor domba berumur setahun sebagai korban bakaran dan seekor anak burung merpati atau burung tekukur sebagai korban penghapus dosa ke pintu Kemah Pertemuan, dengan menyerahkannya kepada imam. 7 Imam itu harus mempersembahkannya ke hadapan TUHAN dan mengadakan pendamaian bagi perempuan itu. Demikianlah perempuan itu ditahirkan dari leleran darahnya. Itulah hukum tentang perempuan yang melahirkan anak laki-laki atau anak perempuan. 8 Tetapi jikalau ia tidak mampu untuk menyediakan seekor kambing atau domba, maka haruslah ia mengambil dua ekor burung tekukur atau dua ekor anak burung merpati, yang seekor sebagai korban bakaran dan yang seekor lagi sebagai korban penghapus dosa, dan imam itu harus mengadakan pendamaian bagi perempuan itu, maka tahirlah ia."

 

Seseorang perempuan itu najis selama tujuh hari jika melahirkan anak lelaki dan empat belas hari jika ianya seorang anak perempuan. Anak lelaki seharusnya disunat pada hari kelapan. Hari kelapan di sini adalah sangat penting kerana itulah waktunya apabila darah telah berupaya untuk membeku. Kemudiannya diikuti pula dengan suatu tempoh pentahiran lanjut selama tujuh campur tiga puluh tiga hari jumlahnya empat puluh hari bagi anak lelaki, dan empatbelas campur enam puluh enam hari iaitu jumlahnya lapan puluh hari bagi anak perempuan.

 

Bullinger menyatakan di dalam catatannya kepada ayat 5 di dalam Companion Bible bahawa tempoh lebih lanjut bagi yang perempuan itu adalah untuk memastikan kurang kelahiran bayi perempuan. Sebab sebenarnya adalah jauh lebih penting lagi sepertimana yang akan kita lihat nanti.

 

Sistem persembahan korban telahpun tamat tetapi hukum masih tetap wujud. Sebab-sebab fizikal mahupun saintifik bagi perbezaan tempoh-tempoh terbabit di antara kelahiran anak lelaki dan perempuan tidak diketahui. Adakah ianya disebabkan perbezaan hormon-hormon? Adakah sebabnya berkaitan dengan perbezaan-perbezaan di dalam tahap-tahap stres atau tekanan yang terbabit? Atau lebih mungkin lagi, ianya ada kena-mengena dengan soal imuniti atau pertahanan tubuh badan? Kita tahu bahawa sains perubatan mengesyorkan penyusuan dengan susu ibu sewaktu beberapa bulan pertama agar anak tersebut dapat membentuk imuniti melalui ibunya terhadap pelbagai keadaan. Tempoh pengasingan tersebut akan membolehkan kedua-dua ibu dan anaknya mendapatkan kekuatan serta memupuk kebolehan tubuh untuk melawan pelbagai kuman dan virus yang berleluasa di dalam masyarakat moden. Terdapat juga perbezaan nyata di dalam sikap-sikap terhadap anak lelaki dan perempuan. Anak lelaki mengalami penyunatan dan tempoh pengasingan yang lebih pendek. Anak perempuan pula besar kemungkinannya diberikan tempoh pengasingan yang lebih panjang kerana dia tidak disunat, dan bahawa fakta ini juga ditunjukkan oleh perbezaan di dalam tempoh-tempoh pengasingan itu. Terdapat sebab-sebab lain yang dihuraikan berikutnya.

 

Di dalam teks dalam Imamat 12:4 kita melihat ungkapan tidak boleh ia kena kepada sesuatu apapun yang kudus. Dalam istilah-istilah ini kita lihat perlambangan sejajar yang terbabit di dalam pengasingan umat-umat pilihan di dalam pengudusan. Pembezaan ini telah dibuat sehinggalah Kristus. Teorinya adalah bahawa perempuan tersebut di dalam keadaannya itu akan mencemari apa yang kudus. Namun begitu, apa yang kudus akan juga menyucikan apa yang perlua ditahirkan. Kerana sebab inilah, perempuan yang mempunyai masalah lelehan serta memerlukan penyembuhan itu telah dibersihkan apabila dia telah menyentuh jubah Kristus. Ini tidak membuatkan Kristus naji tetapi sebaliknya Roh Kudus telah tersalur daripadanya kepada perempuan itu lantas menjadikannya bersih.

 

Matius 9:20-22 Pada waktu itu seorang perempuan yang sudah dua belas tahun lamanya menderita pendarahan maju mendekati Yesus dari belakang dan menjamah jumbai jubah-Nya. 21 Karena katanya dalam hatinya: "Asal kujamah saja jubah-Nya, aku akan sembuh." 22 Tetapi Yesus berpaling dan memandang dia serta berkata: "Teguhkanlah hatimu, hai anak-Ku, imanmu telah menyelamatkan engkau." Maka sejak saat itu sembuhlah perempuan itu.

 

Peristiwa menunjukkan kita kepada dua perkara. Satu adalah bahawa Kristus merupakan Imam Besar yang baru yang mana ujung gamis/jumbai jubahnya (tepi pakaian) telah diasingkan daripada Keluaran 28:33-34; 39:25-26 dan yang mana patamnya juga adalah Kudus bagi TUHAN (Keluaran 28:36; 39:30).

 

Pelajaran kedua daripada ini adalah bahawa dengan iman melalui Roh Kudus, kebersihan dan ketahiran dilanjutkan kepada yang sakit dan lemah. Ini diulangi selagi di dalam Matius agar kita boleh lihat akan pentingnya kehadiran Kristus bagi kesan Hukum itu dan para nabi serta pemulihan orang yang sakit dan lemah dan tercemar.

 

Matius 14:34-36 Setibanya di seberang mereka mendarat di Genesaret. 35 Ketika Yesus dikenal oleh orang-orang di tempat itu, mereka memberitahukannya ke seluruh daerah itu. Maka semua orang yang sakit dibawa kepada-Nya. 36 Mereka memohon supaya diperkenankan menjamah jumbai jubah-Nya. Dan semua orang yang menjamah-Nya menjadi sembuh.

 

Dengan itu, apa yang suci memang boleh menyentuh apa yang tidak suci atau najis, dan menjadikannya suci. Ini tidak pernah mungkin sehinggalah kedatangan Mesias sepertimana yang kita lihat daripada para nabi.

 

Hagai 2:11-19 "Beginilah firman TUHAN semesta alam itu: Tanyakanlah pengajaran kepada para imam. 12 Andaikata seseorang membawa daging kudus dalam punca bajunya, lalu dengan puncanya itu ia menyentuh roti atau sesuatu masakan atau anggur atau minyak atau sesuatu yang dapat dimakan, menjadi kuduskah yang disentuh itu?" Lalu para imam itu menjawab, katanya: "Tidak!" 13 Berkatalah pula Hagai: "Jika seseorang yang najis oleh mayat menyentuh semuanya ini, menjadi najiskah yang disentuh itu?" Lalu para imam itu menjawab, katanya: "Tentu!" 14 Maka berbicaralah Hagai, katanya: "Begitu juga dengan umat ini dan dengan bangsa ini di hadapan-Ku, demikianlah firman TUHAN, dan dengan segala yang dibuat tangan mereka; dan yang dipersembahkan mereka di sana adalah najis." 15 "Maka sekarang, perhatikanlah mulai dari hari ini dan selanjutnya! Sebelum ditaruh orang batu demi batu untuk pembangunan bait TUHAN, 16 bagaimana keadaanmu? Ketika orang pergi melihat suatu timbunan gandum yang seharusnya sebanyak dua puluh gantang, hanya ada sepuluh; dan ketika orang pergi ke tempat pemerasan anggur untuk mencedok lima puluh takar, hanya ada dua puluh. 17 Aku telah memukul kamu dengan hama dan penyakit gandum dan segala yang dibuat tanganmu dengan hujan batu; namun kamu tidak berbalik kepada-Ku, demikianlah firman TUHAN. 18 Perhatikanlah mulai dari hari ini dan selanjutnya--mulai dari hari yang kedua puluh empat bulan kesembilan. Mulai dari hari diletakkannya dasar bait TUHAN perhatikanlah 19 apakah benih masih tinggal tersimpan dalam lumbung, dan apakah pohon anggur dan pohon ara, pohon delima dan pohon zaitun belum berbuah? Mulai dari hari ini Aku akan memberi berkat!"

 

Jadi, daripada Hukum, apa yang tidak suci sememangnya tidak boleh menyentuh apa yang suci. Ini telahpun diperintahkan kepada para imam dan jawapannya telahpun diberi. Namun dari hukum Tuhan sendiri serta nubuatanNya, situasi yang sama menunjuk kepada suatu masa apabila Tuhan akan melimpahkan RohNya ke atas semua dan menjadikannya Kudus di dalam hukumNya dan Dia akan menulisnya di atas hati dan jiwa mereka. Perbuatan ini tercapai melalui Mesias.

 

Dengan itu semuanya dijadikan kudus di dalam Roh dan disucikan melalui Mesias di dalam Roh Kudus. Perundangan Pentahiran itu merujuk kepada pentahiran ibu manusia sebagai Jemaat Israel dan Pengantin Kristus serta ibu kepada bangsa yang baru.

 

Daripada pandangan ini, kita lihat bahawa ibu itu ditahirkan dan boleh mengambil bahagian di dalam Perjamuan Suci serta Paskah sebagai salah seorang daripada umat pilihan yang disucikan di dalam Roh Kudus. Pengasingan di dalam kelahiran anak sebenarnya, adalah dasar bagi pengambilan Paskah kedua, kalau-kalau situasi seperti itu timbul.

 

Penyunatan

Adalah penting pada takat ini untuk menyimpang kepada topik penyunatan pula.

 

Amalan perkhatanan adalah salah satu daripada upacara-upacara tertua semua tamadun. Ianya ditemui di kalangan semua suku kaum dan kawasan. Ianya ditemui dari Australia ke Afrika dan hinggalah ke dalam Timur Tengah. Dalam dokumentasi tentang amalan-amalan tersebut, James Frazer (The Golden Bough, Vol., 1, Macmillan, 1976, mukasurat 96 dan seterusnya) telah menyatakan asal-usul serta sebab-musabab yang mungkin di sebalik amalan tersebut. Penyunatan mempunyai kesan berfaedah di dalam keadaan iklim-iklim gurun panas dari segi pencegahan penyakit. Selain daripada tujuan ini, amalan asalnya nampaknya mempunyai pertalian tertentu kepada konsep kelahiran semula dan penjelmaan semula. Daripada zaman dahulukala lagi, kulit khatan lelaki yang telah disunatkan akan diletakkan pada suatu tempat yang berdekatan secara langsung dengan totem-totem lelaki-lelaki bersunat. Sama ada di dalam batu-batan atau pohon-pohon atau benda-benda serupa. Daripada apa yang kita dapat tinjau pada masa ini, nampaknya amalan penyunatan itu adalah sebenarnya terikat kepada konsep kelahiran semula seseorang individu di dalam tubuh badan keturunannya. Dan ini nampaknya telah tersebar sebagai suatu konsep di kalangan kesemua suku bangsa kuno. Ianya mempunyai kaitan penting terhadap konsep penipuan di dalam dosa asal itu, iaitu, sekali-kali kamu tidak akan mati.

 

Nampaknya, dengan memberikan ordinan penyunatan kepada Abraham sebagai suatu kewajipan pada hari kelapan, sebenarnya Tuhan masuk campur dan memberikan maksud langsung yang memperbetulkan suatu amalan pagan yang memangpun sudah wujud. Tuhan menyatakan, Aku adalah batu atau totem-mu dan objek kebangkitan-mu serta pengekalan hidup-mu. Bahawa ianya harus dilakukan pada hari kelapan dan bukannya semasa baligh, mengasingkannya daripada alam perwujudan diri sendiri dan kedewasaan individu tersebut, dan meletakkannya pada tahap karunia percuma Tuhan, sebagai seorang anggota bangsa Israel. Dengan cara ini juga, Tuhan mengatakan bahawa Ismael telah dibawa masuk ke dalam suku bangsa itu pada waktu yang sama dengan Ishak dan sememangnya melalui keanggotaan perjanjian sepertimana Abraham sendiri.

 

Tuhan menyerang penipuan doktrin-doktrin jiwa dan penjelmaan semula milik pagan atau ajaran-ajaran Syaitan milik sistem-sistem Sin dan Ishtar (rujuk karya-karya Anak Lembu Emas [222] dan Asal-usul Krismas dan Easter [235]). Amalan ini juga nampaknya telah dipasangkan dengan satu amalan lagi iaitu pencabutan gigi. Gigi dicabut atau diketuk keluar pada waktu penyunatan di dalam sistem-sistem suku kaum yang lebih primitif. Frazer berpendapat bahawa amalan ini mungkin sekali telah timbul daripada konsep ketahanan gigi di dalam tengkorak selepas mati, dan dengan itu ia menjadi simbol hidup sesudah mati. Kita tahu dengan pasti bahawa orang-orang Australia awal telah memelihara adat ini untuk beribu tahun lamanya, dan lelaki Tasik Nitchie yang terkenal itu mempamerkan ciri tersebut. Oleh itu adat ini adalah sangat tua sekali, mungkin daripada zaman-zaman terawal sebelum banjir.

 

Orang asli atau aborigine Australia yang lebih moden itu juga mengamalkan upacara kuno pemotongan atau penandaan dengan lambang kekuasaan suku kaum masing-masing. Nampaknya amalan ini pada masa dahulu telah digunakan untuk menunjukkan dedikasi terhadap sesuatu dewa, dan dengan itu, mereka yang mempunyai tanda-tanda tersebut boleh memanggil dewa mereka. Amalan ini dilarang bagi Israel (Imamat 19:28; rujuk 21:5; Ulangan 14:1). Ianya memang terkenal di kalangan orang-orang Arab dan setiap suku mempunyai tanda sukunya sendiri (wasm) bagi lembu ternakannya (Encyclopaedia of Religion and Ethics (ERE), vol. 2, mukasurat 326 dan seterusnya). Menurut Lucian, semua orang Syria/Aram mempunyai tanda (stigmata) yang mempunyai maksud keagamaan pada pergelangan tangan atau leher mereka (ibid.). Herodotus memberitahu kita bahawa hamba-hamba abdi pelarian yang telah melarikan diri ke Heraculeum yang terletak di muara lelangit sungai Nil, telah ditandakan dengan tatu dan dijadikan milik dewa, dan kerana itu tidak boleh dituntut oleh tuan-tuan mereka. Oleh itu larangan tersebut mempunyai rujukan yang jelas terhadap pembuangan penyembahan berhala di dalam Israel. Di kalangan orang-orang Semite, kesemua tanda-tanda yang serupa merupakan lambang-lambang perhubungan kepada sama ada suatu dewa atau seseorang (ibid.). Jadi pergantungan seseorang itu kepada seorang yang lain ditandakan dengan tusukan pada telinga, sebagai tanda kurang percaya terhadap Tuhan yang merupakan tuan yang sebenar. Lambang-lambang ini mungkin sekali terbit daripada asal yang sama iaitu totem.

 

Upacara “pemotongan bagi yang mati” merupakan sebahagian daripada amalan penyembahan moyang yang kuno ini yang juga mempunyai sebagai dasarnya penjelmaan semula moyang tersebut. Kepercayaan ini juga adalah endemik kepada orang-orang Celt yang telah mendapatnya daripada sumber yang sama. Kita tahu dengan pasti bahawa golongan Caucasian yang mempunyai persaudaraan dengan orang-orang Celt Aryan juga telah mengamalkan pemumiaan (pembuatan mumia).

 

Kini kita mempunyai bukti daripada penemuan-penemuan di dalam kawasan yang mungkin telah dikelaskan sebagai Scythia Kuno. Mumia-mumia dijumpai di Urumchi (atau Urumqi) iaitu yang sekarang ini terletak di China, di Tien Shan di Kawasan Autonomi Uygur yang berdekatan sempadan dengan Kazakhstan. Mumia-mumia tersebut berusia beberapa ribu tahun dan meliputi jangkamasa sekitar 1000 SM iaitu pada zaman Daud hinggalah pencerobohan India oleh orang-orang Aryan.

 

Mumia-mumia itu pada masa ini ada pada tangan kerajaan China, yang telah menyembunyikannya daripada khalayak ramai kerana kesan-kesan rumit yang pasti timbul apabila diketahui tentang kehadiran golongan Caucasian (berkulit putih) yang mempunyai pertalian dengan orang-orang Celt di dalam Scythia Kuno atau apa yang dikenali kini sebagai China. Kita mempunyai rekod mengenai zaman Daud dan peperangan-peperangan di Scythia melawan Mesekh dan Tubal dan di antara khemah-khemah Kedar (Mazmur 120:5-7). Subjek ini akan dibincangkan dengan terperinci di dalam siri berkenaan sejarah bangsa-bangsa (rujuk karya E. J. W. Barber, The Mummies of Urumchi, W. W. Norton, 1979).

 

Perjanjian Darah

Tanda-tanda di kalangan orang Arab telah dibuat sebagai perjanjian dan ini pada asalnya adalah di antara manusia dengan Tuhan yang kemudiannya bertukar menjadi perjanjian di antara manusia dengan manusia (ERE ibid.). Penandaan ini diikuti dengan pengumpulan darah, dan ia diminum sebagai tanda perjanjian tersebut. Ini merupakan dasar rohani di sebalik perintah yang melarang daripada meminum darah di dalam Alkitab. Selain itu, terdapat juga akibat-akibat serius dari segi kesihatan yang timbul daripada amalan ini. Itulah sebabnya kenapa Kristus membuat komen tersebut bahawa mereka perlu meminum darahnya dan memakan tubuhnya sebagai sebahagian daripada perjanjian itu.

 

Amalan-amalan serta Pergerakan-pergerakan Dahulukala

Dengan itu, perkhatanan telah menjadi lambang bagi perjanjian ini di antara Yahovah dengan umatNya. Pada asalnya penyunatan adalah sangat berleluasa dan nampaknya sudahpun wujud di Mesir pada waktu Keluaran tersebut dan sememangnya sebelum masa itupun, dan kerana itu telah dianggap sebagai asal bagi amalan tersebut di dalam Israel. Tuhan telah memberikan kepada Israel maksud sebenar perlambangan tersebut. Angkatan Jatuh di bawah pimpinan Azazel nampaknya telah diberikan perlambangan tersebut sebagai tanda keabadian jiwa dan sistem penjelmaan di dalam manusia. Banyak telah diperkatakan bahawa orang aborigine Australia adalah berusia empat puluh hingga beribu-ribu tahun lamanya dan telah lama menduduki Australia, tetapi hakikatnya adalah bukti yang ada tidak menyokong dakwaan tersebut dan mereka sebenarnya telah datang ke Australia dalam lapan gerakan gelombang selama beberapa ribu tahun baru-baru ini sahaja. Profesor Berndt berpendapat bahawa mereka mempunyai pertalian dengan orang-orang Mesir kuno serta golongan Dravidian berpuak di India. Ciri-ciri mereka, daripada penelitian adat-adat mereka, nampaknya menyokong pendapat ini. Beberapa daripada bukti yang ada, dan teori-teori antropologikal menghubungkan mereka kepada jenis-jenis orang awal yang ditemui di dalam Gua Atas Choukoutien di China yang juga termasuk tiga jenis kaum berlainan yang tergolong di dalam kumpulan orang “jenis-jenis Mongoloid, Melanesoid dan Eskimoid primitif”. Birdsell, yang dipetik oleh Hooten, juga berpendapat bahawa tengkorak-tengkorak peninggalan jenis Murrayian atau Archaic putih atau Caucasoid atau gelombang migrasi kedua, mempunyai persamaan paling dekat dengan apa yang digelar sebagai Orang Tua yang ditemui di Gua Atas Choukoutien itu (rujuk R. M. and C. H. Berndt Aboriginal Man in Australia, Angus and Robertson, 1965, mukasurat 29-31). Weidenreich memerhatikan bahawa:

ada daripada pekerja [pakar-pakar antropologi] yang menganggap orang Aborigine Australia sebagai keturunan langsung Manusia Paleolitik Atas Eropah dan merupakan golongan migran yang baru berpindah dari Eropah atau Asia Tengah ke Australia (ibid. mukasurat 31).

 

Apa yang juga penting dalam hal ini adalah bahawa jenis-jenis kaum yang berbagai ini dijumpai di dalam kumpulan dan strata yang sama di Choukoutien di China, lantas menunjukkan kemungkinan adanya satu titik sebaran yang sama bagi jenis-jenis kaum Asia dan/atau suatu tabung genetik yang lebih luas pada waktu itu di dalam spesis.

 

Selama berabad lamanya, para sami Buddha di dalam upacara-upacara ordinasi mereka, telah membakarkan tiga timbunan setanggi pada dahi mereka dan ini diulangi setiap kali mereka naik pangkat dan aturan sehinggalah mereka terbentuk sembilan parut pada dahi mereka (ERE ibid., 2, mukasurat 327). Pada hari inipun, di dalam upacara pra-ordinasi Theravadin, dewa atau roh-roh diseru turun melalui lima peringkat itu ke dalam anggota baru itu. Dewa itu disembah dan para imamnya ditandakan dengan bersesuaian.

 

Kerana itulah, Tuhan telah memberi perintah kepada Israel, melarang daripada amalan sebegitu. Namun begitu, pada zaman dahulukala Israel, para nabi nampaknya telah mempunyai suatu bentuk tanda atau lambang pada dahi mereka sepertimana yang diandaikan segelintir orang daripada teks di dalam Satu Raja-raja. (rujuk 1Raja-raja 20:35-43; rujuk ERE, vol. 2, mukasurat 327).

 

Musa nampaknya telah membuktikan amalan penandaan ini di kalangan orang-orang Midian dan keturunan Abraham. Ayub, anak kepada Isakhar (Kejadian 46:13) pada zaman sebelum Keluaran, di Midian, nampaknya mempunyai suatu tanda yang mendedikasikannya kepada Yahovah. Teks asal Ayub 31:35 mengatakan:

 

Ah, kiranya ada yang mendengarkan aku! Lihatlah tandaku! Biarlah Yang Mahakuasa menjawab aku dan biarlah Penuduhku menulis surat tuduhan.

 

Hal ini disamarkan di dalam versi KJV tetapi ia sememangnya ada di situ dan merujuk kepada tanda Ayub (rujuk Green’s Interlinear Bible dan ERE ibid.). Ini telah digantikan dengan Hukum Tuhan sebagai suatu tugu peringatan di antara mata dan di atas tangan dengan dituliskan pada hati. Ia telah sentiasa menunjuk kepada Roh Kudus yang ditugaskan untuk menuliskan Hukum Tuhan pada hati dan fikiran kita dan di dalam perbuatan-perbuatan kita.

 

Judaisme memakaikan filakteri-filakteri (buku-buku kecil yang dimuatkan teks Ibrani) pada zaman Kristus sebagai lambang-lambang Hukum Tuhan, tetapi ianya sekadar untuk tujuan menunjuk-nunjuk.

 

Lencana perlambangan bagi orang-orang Yahudi tidak digunakan sehinggalah Pakatan Omar (Pact of Omar) (sekitar 640 TM) di mana di dalam negeri-negeri Islam semua orang Yahudi diwajibkan memakai jahitan berwarna kuning pada pakaian-pakaian sebelah atas tubuh mereka. Di Mesir pada abad keempat belas, orang-orang Yahudi memakai serban berwarna kuning. Sesudah Sidang Lateran Keempat tahun 1215, Rom telah mengarahkan agar kesemua orang Yahudi dan Muslim memakaikan suatu lencana tersendiri. Ia sudahpun digunakan pada tahun 1208 di Perancis bagi orang-orang Yahudi. Jemaat Roma telah memberikan alasannya sebagai menghalang perkahwinan campur serta pengambilan gundik dengan orang-orang Kristian. Di Perancis, lencana itu berwarna kuning tetapi di timur ianya berwarna merah (rujuk contohnya selepas Majlis Buda).

 

Upacara penyunatan lambat-laun dilihat sebagai pendahulu kepada pembaptisan dan kerana itu di dalam Jemaat-jemaat Reformasi, bayi “dibaptiskan” pada hari kelapan sepertimana kewajipan penyunatan dan kemudiannya disahkan pada umur baligh dengan peletakan telapak tangan oleh biskop. (Perkara ini juga akan diperiksa di dalam karya mengenai Sakramen Pembaptisan).

 

Posisi Jemaat Terhadap Penyunatan

Di dalam jemaat awal kontroversi penyunatan ini telah timbul di mana parti yang digelar parti Hellen telah menolaknya sementara parti Yahudi telah menyokongnya (rujuk Kisah Para Rasul 11:2; 15:1,5; 21:21). Paulus sendiri telah disunat, dan disebabkan tekanan daripada golongan Yahudi itu, telah menyunatkan Timotius (Filipi 3:5; Kisah 16:3). Dia menganggapnya sebagai satu tanda pilihan ilahi terhadap bangsa tersebut (Roma 3:1 dan seterusnya). Namun begitu, dalam kes golongan percaya bukan Yahudi, ianya dianggap tidak perlu (Kisah 15:19 dan seterusnya; rujuk Galatia 5:2-4).

 

Paulus menganggap ada atau tiadanya sunat secara fizikal itu sebagai tidak penting bagi perjanjian di antara lelaki dewasa dengan Tuhan (Roma 3:30 dan seterusnya; 4:9 dan seterusnya; 1Cor. 7:18 dan selebihnya.; Galatia 5:6; 6:12 dan selebihnya.; Kolose 3:11). Melalui iman Hukum itu diteguhkan dan kebenaran melalui iman. Sebab mereka yang menyunatkan dirinyapun, tidak memelihara hukum Taurat. Kerana mereka yang menyunatkan diri, sendirinya tidak memelihara hukum Taurat, tetapi sebaliknya bermegah atas keadaan lahiriah berbanding kita yang memang memelihara hukum itu (Galatia 6:12 dan seterusnya).

 

Kerana satu-satunya sunat sebenar adalah rohani (Roma 2:25 dan seterusnya; Filipi 3:3 dan seterusnya; Kolose 2:11 dan seterusnya). Dengan ajaran ini, Paulus mengukuhkan Yeremia (Yeremia 4:4; 6:10; 9:26; rujuk Ulangan 10:16; 30:6). Dia membenarkan prosedur-prosedur berbeza bagi keadaan-keadaan berlainan (rujuk Kisah 16:3 dengan Galatia 2:1 dan seterusnya).

 

Dia berpendapat bahawa dia harus cuba memenangkan sebanyak mungkin orang (1 Korintus 9:19 dan seterusnya). Apa yang penting adalah kepercayaan peribadi yang ikhlas mengenai apa yang betul bagi setiap individu (rujuk Galatia 2:11 dan seterusnya). Paulus menganggap dirinya sebagai seorang yang telah diamanahkan dengan injil tidak bersunat, sementara Petrus pula telah diamanahkan dengan injil penyunatan (Galatia 2:7-9). Oleh itu, misi Petrus adalah kepada orang-orang Yahudi yang telah tersebar dan juga kepada Israel. Petrus tidak pernah menjadi biskop Rom. Itu tidak pernahpun menjadi tugasnya.

 

Hal tidak bersunat itu telah berkekalan, dan lazim ditegaskan bahawa hanya beberapa mazhab minor sahaja yang dianggap silap, yang masih lagi memelihara amalan sunat. Salah satu daripadanya adalah golongan Ebion [yang bersikap Yahudi] yang menganggap sunat sebagai “tanda dan cap para nabi dan orang-orang benar” sepertimana bagi Kristus sendiri dan mendasarkan amalan mereka sendiri pada Matius 10:25 (ERE, 3, mukasurat 665 dan seterusnya.; rujuk Iren. Adv. Her. xxx. 26). Cerinthus juga mengambil pendirian yang sama dan kerana itu dia sering dianggap sebagai seorang Gnostik yang bersikap Yahudi (ERE ibid). Namun begitu, pandangan ini salah. Kita akan lihat kenapa, di bawah.

 

Majlis Toledo Ketiga (8 Mei 589) melarang orang-orang Yahudi daripada membeli hamba abdi Kristian, dan membuat peraturan bahawa mana-mana orang Yahudi yang menyunatkan hamba seumpama itu dengan berdasarkan pada Kejadian 17:12 [dan seterusnya], haruslah melepaskannya. Sikap ini juga dibawa ke dalam perundangan yang dibuat oleh Recared di dalam Leges Visigothorum [Undang-undang bangsa Visigoth] (ed. Zeumer, Hanover, 1894, mukasurat 305 [=XII. ii. 12]) yang menyatakan: ‘ille autem qui Christianum mancipium circumciderit, omnem facultatem amittat et fisco adgregetur.’ (rujuk ERE ibid., mukasurat 664).

 

Begitulah, golongan bukan Trinitarian, atau apa yang dipanggil sebagai mazhab-mazhab Arian sama-sama bersetuju dengan para Trinitarian dalam hal ini. Para Trinitarian atau Katolik telah berkuasa tidak lama selepas ini, dan pada tahun 590 telah menubuhkan Empayar Rom Suci. Eugene IV telah membuat pengisytiharan rasmi Roman Katolik di dalam Bull (Fatwa) Cantate Domino (4 Feb. 1441). Dia berpendapat bahawa segala kewajipan dan upacara Hukum Taurat, bagaimana sesuaipun untuk zamannya, telah dibatalkan dengan kedatangan Kristus dan pengenalan sakramen-sakramen Perjanjian Baru. Dengan itulah, pembaptisan dilihat sebagai pengganti kepada penyunatan.

 

Di dalam Gereja Koptik, ianya bukanlah sebegitu sehingga pembaptisan dianggap sebagai pengganti penyunatan. Anak lelaki dibaptiskan pada umur 40 hari sementara anak perempuan pada 80 hari. Prosedur ini jelas membayangkan bahawa perundangan pentahiran serta penyunatan bagi lelaki tetap kekal sebagai sesuatu yang umum (ERE, vol. 4, mukasurat 119).]

 

Golongan Kopt (dari Jemaat Koptik) ini merupakan sebahagian daripada Jemaat Kristian Afrika Utara yang terawal daripada Mesir. Mereka telah berpisah daripada apa yang dikenali sebagai gereja ortodoks pada sekitar tahun 451 disebabkan kemasukan doktrin-doktrin yang telah timbul daripada Constantinople (tahun 381) dan Chalcedon (tahun 451). Dengan berpandukan pada bukti amalan golongan Kopt ini, boleh dibahaskan bahawa pembaptisan tidaklah dilihat sebagai pengganti penyunatan, kerana sungguhpun mereka telah membawa masuk pembaptisan bayi dengan berdasarkan kepada tatacara tersendiri pentahiran lelaki/perempuan, yang lelaki masih lagi disunat, sepertimana kebiasaannya di dalam Israel kuno. Jadi, anak lelaki serta penyunatan itu sendiri dipandang sebagai faktor tersendiri di dalam pembezaan-pembezaan pentahiran tersebut, yang mencerminkan pembezaan-pembezaan alkitab.

 

Kita boleh membuat kesimpulan daripada amalan-amalan jemaat Koptik awal ini, yang juga diamalkan di kalangan mazhab-mazhab pemelihara Sabat di Eropah dan Asia Minor, bahawa penyunatan anak-anak dianggap sesuatu yang perlu sebagai sebahagian daripada bangsa Israel sebagai Jemaat. Hanya lelaki dewasa daripada bangsa lain sahaja yang tidak diwajibkan bersunat, apabila mereka mengganggotai Jemaat sebagai orang dewasa. Apabila sudah berada di dalam gereja, bangsa-bangsa lain ini menyunatkan anak-anak mereka sepertimana yang lainnya. Amalan ini adalah sesuatu yang umum dan tidak ditentang secara rasmi di dalam sistem Katolik sehinggalah abad Kelima belas.

 

Penyunatan merupakan sesuatu yang lazim di kalangan orang-orang Indian Amerika, dan Lewis Spence (ERE, vol. 3, mukasurat 670) menganggapnya suatu amalan yang telah terbit daripada, dan merupakan pengganti bagi persembahan korban manusia. Perlambangan yang diperkatakan oleh Frazer dan dikomen oleh Spence menunjukkan adanya suatu hubungan, bukan saja kepada fahaman penjelmaan kembali tetapi juga kepada kelahiran semula roh-roh bumi, yang kita lihat di dalam sistem-sistem keagamaan pagan Krismas dan Easter (rujuk Asal-usul Krismas dan Easter [235]). Spence memandang penyunatan sebagai dua jenis; satu, sebagai suatu pengorbanan bersimbol keseksualan dan nafsu keinginan, dan yang satu lagi sebagai suatu pengorbanan separa, yang melambangkan pengorbanan diri sepenuhnya kepada dewa atau tuhan yang berkaitan (ibid.)

 

Penyunatan Mesir telahpun ada sejak sekurang-kurangnya Dinasti ke VI, daripada bukti yang ditemui di Saqqarah, dan bukti sebenar akan adanya amalan seperti ini pada tempoh yang begitu awal pada mulanya diragui oleh pakar-pakar berwibawa (ERE ibid., 3, mukasurat 671 dan seterusnya).

 

Amalan ini ditemui, seperti yang dijangkakan, di dalam mazhab kuno Bene Israel, orang-orang Israel kuno yang dipanggil “orang-orang Minyak Sabtu” (“Saturday Oil Men”) di India yang tersebar dari Selatan Bombay ke seluruh Konkan (rujuk ERE, vol. 2, mukasurat 471 dan seterusnya). Penyunatan telah sentiasa dilakukan di rumah sehinggalah zaman Geonim, dan antara abad-abad keenam dan kesebelas ia telah dipindahkan ke rumah ibadat dan dilaksanakan secara terbuka sebagai upacara agama di hadapan kumpulan jemaat. Kesemua aktiviti-aktiviti ratapan di dalam penyembahan dibatalkan pada hari-hari upacara ini.

 

Sejak daripada zaman Kristus dan di dalam zaman Judaisme Talmud kemudiannya, anak tersebut dinamakan serta-merta selepas upacara tersebut. Dari situ kita lihat bagaimana terbitnya amalan penamaan baptisan yang kemudian, yang bukannya daripada pembaptisan itu sendiri, dan akhir sekali bagaimana pembaptisan bayi telah dimasukkan untuk mengganti tempat upacara penyunatan ini. Di dalam Judaisme Talmud, upacara tersebut terdiri daripada tiga bahagian:

 

1.      milah: pemotongan bahagian luar prepus/kulup yang dilakukan dengan satu potongan pisau sahaja;

 

2.      peri’ah: pengoyakan lapisan dalaman prepus yang masih berpaut pada glan dan dilakukan dengan menggunakan kuku ibujari dan jari telunjuk;

 

3.      atau penyedutan darah daripada luka itu. (Perbuatan ini bertentangan dengan hukum alkitab).

 

Penyunatan tidak dianggap sebagai sakramen orang-orang Yahudi (atau Israel kuno) dalam ertikata yang sama dengan mana Pembaptisan serta Perjamuan Suci merupakan dua Sakramen bagi Kepercayaan Kristian (rujuk Sakramen-sakramen Jemaat [150]); rujuk ERE, vol. 3, mukasurat 680). Orang-orang Yahudi Reforma sejak tahun 1843 telah berusaha untuk membasmikan amalan penyunatan ini tanpa apa-apa hasil, tetapi sejak 1892, Kumpulan Yahudi Reforma Amerika telah tidak mewajibkannya bagi para proselit (orang yang bertukar agama) atas dasar ianya suatu kekejaman apabila dilakukan ke atas orang dewasa.

 

Sunat di dalam Israel merupakan simbol struktur etika dan upacara bagi hati dan fikiran, yang menempatkan semua pemeluk agama rohani sebagai sebahagian daripada tubuh badan Israel (rujuk Ulangan 30:6; Yeremia 4:4; Imamat 26:41; Roma 2:28; Kolose 2:11). Philo 38d mencatatkannya sebagai berasal daripada El yang menyunatkan dirinya serta sekutu-sekutunya (ERE, vol. 9, mukasurat 896).

 

Herodotus (ii 104) memerhatikan bahawa orang-orang Phoenicia dan Syria/Aram telah mengambil masuk penyunatan daripada Mesir.

 

Salah satu daripada upacara kuno para penyembah Astarte atau Asytarot atau Ishtar atau Athargatis, bergantung pada kawasannya di Timur Tengah, adalah pelemahan batin. Lelaki-lelaki muda akan membuatkan diri mereka tergila-gila dengan menggunakan musik dan lain-lain acara keagamaan, dan kemudiannya mengasi (memotong kemaluan) diri mereka sendiri. Bermula dari situ, mereka akan memakai pakaian perempuan. Mereka membawa bersama patung atau gambaran dewi mereka itu, yang mereka sembah sewaktu pesta-pesta liar mereka. Mereka menyebat dan menghiris diri mereka. Terdapat juga pengikut-pengikut perempuan di dalam Kuil mereka dan upacara-upacara gasang diamalkan. Terdapat penghormatan terhadap ikan pada pusat-pusat mereka di Hierapolis dan Bambyce. Dari situ kita boleh simpulkan bagaimana ikan menjadi simbol bagi Easter atau Attis, dan tiada kaitan langsung dengan agama Kristian. Upacara-upacara tersebut juga melibatkan amalan-amalan lain, yang telah menyelinap masuk ke dalam agama Kristian. Upacara membawa berhala ketiga (‘Ate) ke tepi laut dan kemudiannya membawa balik air di dalam kendi ke kuil untuk mencurahkannya ke dalam suatu lubang di dalam kawasannya, juga dipelihara. Pesta musim bunga meliputi pelonggokan dahan-dahan dan pengumpulannya bersama dengan barang-barang serta harta yang kemudiannya dibakar di hadapan dewa-dewa Syria, yang semuanya telah dikumpulkan di dalam Kuil itu untuk prosedur tersebut. Binatang dan kadangkala anak-anak juga dipersembahkan dengan cara ini. Para jemaah haji sentiasa mencukur kepala mereka apabila datang ke kuil pada masa ini, dan pemuda-pemudi mempersembahkan rambut mereka di dalam kotak-kotak emas atau perak sebelum berkahwin. Penandaan dengan tatu demi menghormati tuhan mereka juga merupakan satu amalan biasa (rujuk ERE, artikel Atargatis vol. 2, mukasurat 166-167). Daripada ini kita dapat lihat hubungannya dengan amalan Arab awal berikutnya. Lewis Paton berpendapat bahawa dewa Lydia iaitu Attis mungkin sekali adalah satu bentuk lagi bagi nama Atargatis, atau Ishtar dalam bentuk ‘Ate (rujuk ERE, ibid., ‘Ate, vol. 2, mukasurat 168). Attis telah dikembiri oleh Rhea dan kemudiannya berpakaian perempuan. Lucian memberikan dua sebab bagi aktiviti ini. Dia mengatakan bahawa ianya adalah penghormatan bagi Ate atau Attis, dan juga sebagai penghormatan bagi Combabus yang telah mencacatkan dirinya demi menghalang daripada mengkompromikan dirinya dengan Permaisuri Stratonice (ERE ibid.) Sistem agama ini yang kita temui di dalam Alkitab berulang kali sudah pasti merupakan sebab asal kepada larangan-larangan Alkitab terhadap amalan-amalan tersebut. Mudah juga untuk kita melihat kaitan di antara Ishtar atau Easter dengan dewa Attis yang hampir mati itu yang dikorbankan dengan menggantungkannya pada salib pokok pain (rujuk karya Salib [039]). Penyembahan dewa Attis adalah sesuatu yang endemik di Rom pada permulaan era terkini.

 

Para imam Attis telah terus membantah pada abad keempat bahawa orang-orang Kristian telah mencuri segala doktrin mereka. Sistem keagamaan moden kultus-kultus Matahari menggunakan nama Easter di dalam penyembahan sistem mereka dan memelihara pesta serta patung-patung dewi dan dewa mereka. Tertullian mengatakan bahawa Atargatis merupakan dewi orang-orang Syria. Macrobius mengatakan bahawa mereka menggelar Matahari sebagai Hadad dan bumi sebagai Atargatis. Jadi ben Hadad maksudnya adalah anak Matahari. Talmud memanggil dewi ini sebagai Tar’atha. Di Armenia dia dinamakan Tharatha. Dia ini sekadar satu bentuk lagi bagi dewi Semitik Ishatar-‘Athtar atau dalam sebutan bahasa Anglo-Saxon kunonya, Easter. Strabo dan Hesychius menyamakannya dengan Athara sementara inskripsi-inskripsi Delos memanggilnya Aphrodite (ERE ibid.). Askelon, Karnaim dan Delos sudah lama menjadi pengikut Astarte. Dikenali sebagai Derketo di Askelon, bahagian bawah tubuhnya adalah badan ikan. Ini merupakan asal-usul ikan duyung. Lucian tidak menyamakan dewa Syria di Hierapolis itu dengan dewa di Askelon, dengan alasan bahawa tuhan di Hierapolis itu mempunyai bentuk manusia sejati, dan memanggilnya sebagai Hera, tetapi mengakui bahawa dia mungkin adalah Rhea. Tidak syak lagi, mereka ini adalah tuhan yang sama. Ikan tidak dimakan oleh pengikut-pengikut Atargatis dan Astarte, dan upacara-upacara seks yang diamalkan mengenalpasti bahawa kedua-dua dewi ini adalah dewi yang sama. Ianya cuma dibezakan oleh daerahnya, dan kerana itu [seolah-olah] adalah berlainan mengikut tempatnya di dalam akal fikiran rakyat biasa, sama seperti ketika ia adalah Ishtar di Asyur pada kota-kota Niniwe dan Arbela. Nama asli bagi Hierapolis adalah Mabog dan bermaksud mata air di dalam bahasa asli Aramaik (rujuk ERE, ibid.). Dengan itu adanya juga pertalian dengan air dan mata air.

 

Daripada 2 Maccabee 12:26, Judas Maccabeus telah menentang Kuil Atergatis di Karnion pada 164 SM dan telah membunuh 25,000 orang. Paton membuat kesimpulan daripada teks 1Maccabee 5:43 bahawa kultus Atargatis telah bertumbuh pesat bukan saja di Hierapolis dan Askelon, tetapi juga di Bashan (Basan). Inkripsi-inskripsi antara Damsyik dan Banias pada Kefr Hauwar menunjukkan wujudnya suatu kuil di situ dahulu, dan juga sebilangan inskripsi di Delos, daripada zaman sejurus sebelum era Kristian, mengaitkan dewi ini dengan Hadad dan juga sebagai Aphrodite (rujuk ERE, vol. 2, mukasurat 166). Oleh itu, maknanya dia adalah pasangan kepada Hadad, matahari, atau Baal. Sebagai Rhea dia telah mengasi Attis yang juga dikaitkan dengan dia.

 

Paton juga mencatatkan bahawa tulisan Ovid pada 17 TM mengisahkan bagaimana Dercetis telah dijelmakan menjadi seekor ikan di Palestin. Germanicus, pada 19 TM, memanggilnya sebagai Derceto iaitu dewi Syria/Aram, dan Atargatis serta memberi maklumat baru bahawa dia telah diubah menjadi ikan di Bambyce, iaitu nama Yunani bagi Hierapolis. Strabo menulis pada tahun 24 TM:

 

‘Artargate (atau Artagate di dalam beberapa MSS) dipanggil Arthara oleh orang-orang Syria, tetapi Ctesias memanggilnya Derketo. Di sini Atargatis dikaitkan dengan ‘Athar (=Athtar, Ashtart, Astarte), dengan cara sama dengan mana dia telah dihubungkan dengan Aphrodite di dalam inskripsi-inskripsi Delos itu (ERE ibid.).

 

Cornutis (sekitar 68 TM) mencatatkan bahawa ikan dan burung merpati merupakan objek-objek keramat bagi Atargatis, dewi orang-orang Syria. Tidak syak lagi bahawa inilah asal-usul sebenar simbol ikan di Rom pada abad pertama. Orang-orang Kristian tidak mungkin menjadikan objek yang merupakan suatu berhala yang telah disembah di Palestin selama berabad lamanya, sebelum dan sewaktu zaman Kristus, sebagai simbol iman mereka. Pliny pada tahun 79 TM mengatakan bahawa  Ceto disembah di Yafo (Joppa). Kedua-dua Pliny dan Strabo menyatakan tentang tulang rangka suatu raksasa lautan yang dipamerkan di Yafo. Ceto mungkin boleh dianggap sebagai bentuk singkatan bagi Derceto, tetapi Paton mengatakan bahawa ianya tidak pasti (ERE ibid.). Pliny mengenalpasti Atargatis sebagai Derceto, dan mengatakan bahawa dia disembah di Hierapolis (atau Bambyce atau Mabog). Plutarch mengatakan bahawa terdapatnya suatu kolam yang dipenuhi ikan keramat di Hierapolis, dan menyatakan bahawa dewi yang disembah di situ, adalah dikaitkan dengan Aphrodite dan Hera, atau dewi yang menghasilkan benih-benih kepada semua benda daripada kelembapan (ERE ibid.).  Huraian paling ekstensif sekali telah diberikan oleh Lucian yang telah menulis sekitar 200 TM, dan sebagai salah seorang saksi, memandangkan dia sendiri adalah berbangsa Syria. Seperti yang telah kita lihat sebelum ini, dia lebih cenderung memanggilnya sebagai Hera, tetapi Paton mengatakan bahawa tiada keraguan lagi bahawa dewi yang dimaksudkan di sini adalah Atargatis (ERE ibid.). Oleh itu, kultus Atargatis, Ishtar, atau Astarte, Asytarot atau Easter merupakan asas kepada upacara-upacara yang dikutuk di dalam Alkitab yang melibatkan pelbagai aspek ini. Aspek-aspek pentahiran membabitkan penyingkiran daripada sistem ibadah ini. Ianya merujuk kembali kepada sistem Anak Lembu Emas di bawah pelbagai nama (rujuk karya Anak Lembu Emas [222]). Oleh itu, sistem Attis dan Easter telah tetap beroperasi di Syria selewat-lewatnya tahun 200 TM.

 

Upacara-upacara pentahiran dan penyunatan telah dianggap sebagai pembasmian kultus-kultus kesuburan dan matahari di dalam Israel dan dari kalangan keturunan Abraham. Sunat telah sentiasa diamalkan di kalangan orang-orang Arab dan telah diambil masuk ke dalam Islam tanpa dipersoalkan dan berdasarkan pada amalan-amalan kuno, mungkin sekali terbit daripada Abraham. Islam mempunyai amalan-amalan yang betul-betul serupa dari segi anak lelaki di mana sunat dilakukan selepas tujuh hari. Namun, ianya lazimnya ditunda selama lima, enam tahun atau lebih. Rambut anak tersebut juga dicukur dan ditimbang, dan beratnya dalam emas atau perak diberikan kepada golongan miskin. Tempoh pentahirannya adalah tempoh yang sama iaitu empat puluh hari, dan si ibu akan mandi pada masa ini (ERE, vol. 2, mukasurat 660).

 

Amalan-amalan kuno penebusan anak di dalam korban juga telah masuk ke dalam tradisi-tradisi Islam daripada zaman-zaman dahulu. Istilah aqiqah diberikan kepada kedua-dua pencukuran rambut anak itu, dan penyembelihan kambing bagi penebusan pada hari ketujuh (ERE, ibid.). Dari amalan kuno inilah, maka timbulnya kekeliruan bahawa sunat itu adalah pada hari ketujuh. Rambut di sini mempunyai maksudnya yang serupa dengan hal orang nazir di dalam perundangan alkitab, iaitu dedikasi kepada Tuhan (rujuk juga ERE, Vol. 12, mukasurat 148a).

 

Kita mungkin boleh simpulkan daripada kaitan antara pentahiran tujuh hari itu dengan aktiviti-aktivit penyunatan hari kelapan, bahawa kita sedang berhadapan dengan rencana keselamatan. Hari ketujuh pentahiran itu berhubungkait dengan sistem Milenium terakhir dan pentahiran (penyucian) bumi. Hari kelapan pula dikaitkan dengan kebangkitan terakhir dan pemulihan kesemua manusia di atas bumi, sebagai sebahagian daripada bangsa Israel dan dengan itu, sebahagian daripada Kota Tuhan (rujuk Wahyu 21:1-3 dan karya Kota Tuhan [180]). Golongan perempuan dikuduskan di dalam Roh Kudus, dan kemudiannya anak-anak juga dikuduskan melalui ibubapa mereka.

 

Kita akan lihat seterusnya konsep pengudusan ini yang dibawa kepada peringkat-peringkat yang lebih tinggi. Perkara-perkara yang disebutkan di dalam Hukum, yang dikecualikan atas sebab-sebab pentahiran, kita akan lihat dibersihkan di dalam Mesias. Simbol-simbol ini mempunyai maksudnya yang penting untuk umat-umat pilihan dan tidak boleh difahami jika dihadkan di dalam alam fizikal dalam mana kita lihat Yehuda sedang terperangkap sekarang ini.

 

Penyunatan Perempuan

Pembezaan di dalam perundangan pentahiran dari segi pengasingan nampaknya bertujuan untuk menetapkan satu lagi perbezaan jelas di dalam perhubungan lelaki-perempuan. Iaitu berkenaan amalan penyunatan perempuan yang kejam dan bersifat pagan, yang telah lama mendahului Islam mahupun agama Kristian, mahupun Judaisme sendiri. Penyunatan perempuan tiada kena-mengena langsung dengan Tuhan mahupun Hukum-hukumNya, dan merupakan kekejaman pagan semata-mata, yang terbit daripada adat-adat sesat beberapa kaum Timur Tengah.

 

Penyunatan perempuan membabitkan pemotongan bahagian nymphoe atau labia minora vulva yang bergabung di atas klitoris/kelentit. Upacara ini masih lagi dilakukan di kalangan suku-suku kaum Arab di Moab apabila waktu perkahwinan hampir tiba. Pada asalnya, ianya mungkin sekali suatu upacara korban bagi dewi kesuburan untuk mendapatkan anak-anak yang lebih ramai, tetapi mungkin juga membayangkan pengorbanan sebahagian daripada orang tersebut dan bukannya seluruhnya sepertimana yang endemik di kalangan orang-orang Moab (rujuk ERE ibid.). Pencacatan kelentit di dalam penyunatan perempuan untuk menghalang berlakunya orgasma, adalah suatu upacara ganjil yang terbit daripada beberapa suku kaum Timur Tengah dan tidak disokong oleh sama ada Alkitab mahupun Quran.

 

Perlindungan anak-anak perempuan

Salah satu daripada amalan yang endemik pada zaman-zaman dahulukala adalah pengorbanan bayi-bayi kepada Molokh dan dewa Bulan Sin, atau apa sekalipun gelaran mereka itu pada pelbagai kawasan di mana mereka disembah. Salah satu fakta yang paling kurang diketahui di dalam proses ini adalah juga bahawa perempuan-perempuan ditanam sebagai persembahan korban kepada dewa bumi. Amalan ini juga adalah setua amalan penyunatan. Amalan tersebut di kalangan orang-orang Arab diperhatikan di dalam artikel Arabs (Ancient) (ERE, Vol. 1, mukasurat 669 dan seterusnya). Quran ada mencatatkan tentang amalan tersebut dan menyatakan motif sebenar di sebaliknya, iaitu kemiskinan (Surah 5:152; 17:33).

 

Mangsanya dibunuh tanpa menumpahkan darah. Dalam ertikata lain, dikubur hidup-hidup. Amalan ini mungkin sekali telah dijadikan dasar perundangan bagi perlindungan anak-anak perempuan. Pengetahuan kita tentang amalan ini adalah begitu sedikit sekali pada masa lanjut ini, tetapi ianya tidak boleh diketepikan bahawa perintah ini telah diberikan kepada kita sebagai suatu tanda dan simbol bagi perlindungan anak perempuan di dalam Israel dan dedikasinya kepada Tuhan di dalam pentahiran serta pengasingannya daripada sistem pagan para bangsa, dari mana Israel telah dipilih dan dipanggil keluar.

 

Perundangan pentahiran atau pembersihan itu juga nampaknya mempunyai pertalian kepada pengasingan Mesias dan pengorbanannya. Mesias, yang mempunyai pra-kewujudan telah dibawa kepada pekerjaan pelayanannya pada penghujung sistem milenium keempat, atau empat puluh abad, yakni dilahirkan pada tahun 5 SM. Perempuan yang merupakan pengantin kepada lelaki telah diambil keluar dan diasingkan selama tujuh puluh abad daripada Adam kepada Kebangkitan Pertama, dan kemudiannya selama seribu tahun waktu Milenium Ketujuh itu dan terus ke dalam Kebangkitan Kedua pada Milenium Kelapan. Dengan itu, lelaki disunatkan pada hari kelapan, yang juga merupakan simbol bagi penghujung sistem yang dilambangkan oleh perempuan pada lapan puluh hari. Fasa terakhirnya adalah langit yang baru dan dunia yang baru.

 

Perlambangan Hukum dan persembahan-persembahan korban

Sistem korban itu sendirinya melambangkan beberapa aspek penyembahan. Persembahan korban keselamatan dengan perayaan perjamuannya menunjukkan bentuk ideal bagi hubungan antara Tuhan dengan manusia. Tamid atau korban berterusan melambangkan sumpah pelayanan tanpa henti Israel kepada Yahovah. Korban dosa:

 

dengan percikan darahnya menunjukkan bahawa salah satu daripada syarat untuk mentahirkan diri sendiri daripada dosa adalah dengan meletakkan dirinya dengan penuh berserah di hadapan Tuhan (ERE, vol. 12, mukasurat 148).

 

Sunat merupakan lencana kebangsaan yang menunjukkan dedikasi kepada Yahovah. Sabat melambangkan penggenapan pekerjaan penciptaan. Sabat-sabat juga merupakan tanda pengudusan Israel dan umat-umat Tuhan (Keluaran 31:13).

 

Keluaran 31:13 "Katakanlah kepada orang Israel, demikian: Akan tetapi hari-hari Sabat-Ku harus kamu pelihara, sebab itulah peringatan antara Aku dan kamu, turun-temurun, sehingga kamu mengetahui, bahwa Akulah TUHAN, yang menguduskan kamu.

 

Dengan itu, sebarang sistem Sabat yang lain menandakan penyembahan Tuhan yang lain, dan dari segi hukum dan penyembahan, merupakan penyembahan berhala. Ianya suatu kompromi terhadap pentahiran yang mengikuti daripada pengorbanan Mesias. Hukum itu sendiri dan perundangan pentahiran tersebut sememangnya tidak boleh menjadikan seseorang itu sempurna, dan sebaliknya menunjuk ke arah suatu sistem yang lebih sempurna:

Ibrani 10:1-23 Di dalam hukum Taurat hanya terdapat bayangan saja dari keselamatan yang akan datang, dan bukan hakekat dari keselamatan itu sendiri. Karena itu dengan korban yang sama, yang setiap tahun terus-menerus dipersembahkan, hukum Taurat tidak mungkin menyempurnakan mereka yang datang mengambil bagian di dalamnya. 2 Sebab jika hal itu mungkin, pasti orang tidak mempersembahkan korban lagi, sebab mereka yang melakukan ibadah itu tidak sadar lagi akan dosa setelah disucikan sekali untuk selama-lamanya. 3 Tetapi justru oleh korban-korban itu setiap tahun orang diperingatkan akan adanya dosa. 4 Sebab tidak mungkin darah lembu jantan atau darah domba jantan menghapuskan dosa. 5 Karena itu ketika Ia masuk ke dunia, Ia berkata: "Korban dan persembahan tidak Engkau kehendaki--tetapi Engkau telah menyediakan tubuh bagiku--. 6 Kepada korban bakaran dan korban penghapus dosa Engkau tidak berkenan. 7 Lalu Aku berkata: Sungguh, Aku datang; dalam gulungan kitab ada tertulis tentang Aku untuk melakukan kehendak-Mu, ya Allah-Ku." 8 Di atas Ia berkata: "Korban dan persembahan, korban bakaran dan korban penghapus dosa tidak Engkau kehendaki dan Engkau tidak berkenan kepadanya" --meskipun dipersembahkan menurut hukum Taurat--. 9 Dan kemudian kata-Nya: "Sungguh, Aku datang untuk melakukan kehendak-Mu." Yang pertama Ia hapuskan, supaya menegakkan yang kedua. 10 Dan karena kehendak-Nya inilah kita telah dikuduskan satu kali untuk selama-lamanya oleh persembahan tubuh Yesus Kristus. 11 Selanjutnya setiap imam melakukan tiap-tiap hari pelayanannya dan berulang-ulang mempersembahkan korban yang sama, yang sama sekali tidak dapat menghapuskan dosa. 12 Tetapi Ia, setelah mempersembahkan hanya satu korban saja karena dosa, Ia duduk untuk selama-lamanya di sebelah kanan Allah, 13 dan sekarang Ia hanya menantikan saatnya, di mana musuh-musuh-Nya akan dijadikan tumpuan kaki-Nya. 14 Sebab oleh satu korban saja Ia telah menyempurnakan untuk selama-lamanya mereka yang Ia kuduskan. 15 Dan tentang hal itu Roh Kudus juga memberi kesaksian kepada kita, 16 sebab setelah Ia berfirman: "Inilah perjanjian yang akan Kuadakan dengan mereka sesudah waktu itu," Ia berfirman pula: "Aku akan menaruh hukum-Ku di dalam hati mereka dan menuliskannya dalam akal budi mereka, 17 dan Aku tidak lagi mengingat dosa-dosa dan kesalahan mereka." 18 Jadi apabila untuk semuanya itu ada pengampunan, tidak perlu lagi dipersembahkan korban karena dosa. 19 Jadi, saudara-saudara, oleh darah Yesus kita sekarang penuh keberanian dapat masuk ke dalam tempat kudus, 20 karena Ia telah membuka jalan yang baru dan yang hidup bagi kita melalui tabir, yaitu diri-Nya sendiri, 21 dan kita mempunyai seorang Imam Besar sebagai kepala Rumah Allah. 22 Karena itu marilah kita menghadap Allah dengan hati yang tulus ikhlas dan keyakinan iman yang teguh, oleh karena hati kita telah dibersihkan dari hati nurani yang jahat dan tubuh kita telah dibasuh dengan air yang murni. 23 Marilah kita teguh berpegang pada pengakuan tentang pengharapan kita, sebab Ia, yang menjanjikannya, setia.

 

Dengan cara ini kesemua kita telah ditahirkan. Sida-sida dan bukan Yahudi itu yang dihalang oleh Hukum daripada melayani, telah dijadikan sebahagian daripada Bait Tuhan melalui korban Yesus Kristus yang menyelamatkan.

 

Kisah 8:26-40 Kemudian berkatalah seorang malaikat Tuhan kepada Filipus, katanya: "Bangunlah dan berangkatlah ke sebelah selatan, menurut jalan yang turun dari Yerusalem ke Gaza." Jalan itu jalan yang sunyi. 27 Lalu berangkatlah Filipus. Adalah seorang Etiopia, seorang sida-sida, pembesar dan kepala perbendaharaan Sri Kandake, ratu negeri Etiopia, yang pergi ke Yerusalem untuk beribadah. 28 Sekarang orang itu sedang dalam perjalanan pulang dan duduk dalam keretanya sambil membaca kitab nabi Yesaya. 29 Lalu kata Roh kepada Filipus: "Pergilah ke situ dan dekatilah kereta itu!" 30 Filipus segera ke situ dan mendengar sida-sida itu sedang membaca kitab nabi Yesaya. Kata Filipus: "Mengertikah tuan apa yang tuan baca itu?" 31 Jawabnya: "Bagaimanakah aku dapat mengerti, kalau tidak ada yang membimbing aku?" Lalu ia meminta Filipus naik dan duduk di sampingnya. 32 Nas yang dibacanya itu berbunyi seperti berikut: Seperti seekor domba Ia dibawa ke pembantaian; dan seperti anak domba yang kelu di depan orang yang menggunting bulunya, demikianlah Ia tidak membuka mulut-Nya. 33 Dalam kehinaan-Nya berlangsunglah hukuman-Nya; siapakah yang akan menceriterakan asal-usul-Nya? Sebab nyawa-Nya diambil dari bumi. 34 Maka kata sida-sida itu kepada Filipus: "Aku bertanya kepadamu, tentang siapakah nabi berkata demikian? Tentang dirinya sendiri atau tentang orang lain?" 35 Maka mulailah Filipus berbicara dan bertolak dari nas itu ia memberitakan Injil Yesus kepadanya. 36 Mereka melanjutkan perjalanan mereka, dan tiba di suatu tempat yang ada air. Lalu kata sida-sida itu: "Lihat, di situ ada air; apakah halangannya, jika aku dibaptis?" 37 (Sahut Filipus: "Jika tuan percaya dengan segenap hati, boleh." Jawabnya: "Aku percaya, bahwa Yesus Kristus adalah Anak Allah.") 38 Lalu orang Etiopia itu menyuruh menghentikan kereta itu, dan keduanya turun ke dalam air, baik Filipus maupun sida-sida itu, dan Filipus membaptis dia. 39 Dan setelah mereka keluar dari air, Roh Tuhan tiba-tiba melarikan Filipus dan sida-sida itu tidak melihatnya lagi. Ia meneruskan perjalanannya dengan sukacita. 40 Tetapi ternyata Filipus ada di Asdod. Ia berjalan melalui daerah itu dan memberitakan Injil di semua kota sampai ia tiba di Kaisarea.

 

Sejak masa itu, sida-sida tersebut tidak memerlukan guru lagi, dan Filipus telah dilarikan untuk menunjukkan dengan mukjizat di dalam Roh Kudus, bahawa sida-sida itu telah diajar secara langsung oleh Roh dan tidak memerlukan sebarang guru lagi selain daripada Kristus di dalam Roh Kudus sebagai kuasa Tuhan yang menjadi semua di dalam semua. Apa yang berdiam di dalam dosa telah ditahirkan dan dijadikan suci.

 

q