Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[B9]

 

 

 

 

 

Penciptaan lwn Evolusi

 

(Edisi 1.0 20070728-20070728)

 

Dalam karya tulis ini kita akan melihat kepada isu perdebatan Penciptaan lawan dengan Evolusi

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2007 Wade Cox)

(Tr. 2007)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

 

Creation lwn dengan Evolusi [B9]


 


Apa yang jelas terbukti memusnahkan perdebatan tentang Penciptaan adalah pegangan bahawa dinosaur ada didalam Bahtera bersama dengan binatang-binatang lain yang diselamatkan oleh Nuh. Satu kumpulam yang memegang dakwaan ini, iaitu Creation Science Evangelism Ministry yang ditubuhkan pada 1989 oleh Kent Hovind, adalah satu kumpulan yang paling khusus. Hovind mendirikan website Dr. Dino pada penghujung tahun 1990-an dan mula menerbitkan artikel-artikel dan informasi yang memberi dia keuntungan dari segi kewangan. Dia mempunyai tiga sarjana dari sekolah atau kolej yang tidak diiktiraf  dan memanggil dirinya sebagai “Dr.” dari satu daripada sarjana ini. http://en.wikipedia.org/wiki/Kent_Hovind

 

Evolusionis ini telah menggunakan pendidikannya yang kurang dan pegangannya berkenaan dengan dinosaur yang berjalan bersama dengan manusia dan berada dalam Bahtera adalah bukti ketidak rasional pegangan Creationis ini. Orang-orang ini membuat kerosakan yang serius terhadap perdebatan tentang Creationis sebagai bertentangan dengan teori Evolusi yang mana ia sendiri dengan jelas adalah satu teori falsafah agama yang menyeleweng.

 

Terdapat anekdotal dan batu ukiran asli yang dicatatkan dimana membuktikan kelangsungan hidup binatang seperti plesiosaur dan dinosaur di Australia. Ini disokong oleh pengamatan Eropah sehingga akhir tahun 1979-an. Satu sumber yang dicatat adalah Hawkesbury River di Sydney utara (lihat website http://www.mysteriousaustralia.com/aboriginal_rockkart.html (gambar diatas): di bawah pula kelihatan seperti dingo atau thylacine)). Plesiosaur adalah biasa di seluruh Australia dan kita mendapati satu spesimen dari pedalaman laut yang wujud dekat dengan wilayah opal Lightning Ridge. Laporan ini adalah berkenaan dengan satu makluk yang panjangnya di antara 30 kaki sehingga 45-60 kaki ( 9 meter sehingga 18 meter) ( satu didakwa mencapai 180 kaki atau 54 meter) panjangnya dengan kepala gergasi yang serupa ular dan mempunyai tubu besar yang membentuk dua bonggol mungkin menyokong leher yang sangat panjang, yang mana digambarkan kira-kira “dua kaki tebal”. Kepala besar yang serupa ular itu adalah dari 60 cmdan 1.5 meter lebarnya dan lebih satu meter atau 15 kaki panjangnya dan lebih panjang daripada lebarnya. Ekornya adalah kira-kira 4 meter atay 15 kaki. Ianya dipanggi; Mirreeulla dalam bahasa ibunda Dharuk. Ianya dipanggil Yarru (atau Yarrba) oleh suku kaum Kuku Yalanji dari Queensland Utara dimana ianya dikatakan diam di kawasan perairan yang besar disana. Terdapat lagenda di Victoria tentang makluk yang sama tetapi mempunyau empat kaki tetapi ianya tidak pernah disahkan. Jurang masa yang besar di antara penglihatan mungkin menandakan jangka masa hibernasi atau satu daripada makluk laut yang jarang sekali timbul. Laporan tentang binatang di Queensland di Tasik Galilee dan Sandy Cape, Fraser Island, dan di Australia Barat di antara Carnarvon dan Broome, dan juga di Hawkesbury diperincikan dalam http://uqconnect.net/~zzlaueli/serpents.htm.

 

Penglihatan di Fraser Island (Pulau Fraser) sudah lapan tahun berlaku oleh kedua-dua orang asli dan orang Eropah. Ianya dilihat dan digambar di Sandy Cape oleh Miss Lovell, pada Jun 1890. Dia mendakwa berdiri lima kaki dari makluk itu. Makluk itu diberi nama Moha-Moha oleh orang asli, mengistilahkannya Saucy Fellow Meebee, yang bererti Kura-kura yang merbahaya, kerana ia menyerang perkemahan mereka dan memaksa mereka pergi ke bahagian pedalaman lebih dari lapan tahun. Ia diberikan nama saintifik sebagai Chelosauria lovelli (Kura-kura Lovell). Penglihatan ini dan penglihatan di WA adalah pada kurun yang ke-19, tetapi beberapa daripadanya berlaku hanya dua puluh tahun yang lalu.

 

Wollemi Pine telah dutemui di taman nasional di New South Wales tidak lama dahulu dan sehingga ianya ditemui, ianya dianggap telah mati bersama dengan dinosaur dalam kepupusannya, didakwa lebih dari 63 juta tahun dahulu. Penulis ini secara peribadi memerhatikan pohon Bic Antartik di rabung perhutanan Wyangarie di bahagian Utara sempadan NSW.

 

Terdpat bukti yang menyokong tentang dinosaur yang wujud bersama dengan manusia di darat. Fosil yang dilaporkan adalah dari laut atau makluk amphibious dan dengan ini mereka telah bertahan ketika banjir di kawasan perairan itu, demikian juga dengan coelacant yang ditangkap tidak lama dahulu di perairan Afrika Selatan dan telah dianggap telah pupus lama dahulu. Terdapat laporan tentang kewujudan dinosaur yang hidup bersama dengan manusia tetapi tidak disahkan oleh laporan yang lain. Ianya didapati dalam http://www.answersingenesis.org/creation/v18/i4/dinosaurs.asp

 

Artikel ini adalah oleh Sergei Golovin dan berkenaan dengan satu penemuan di Turkmenistan oleh pasukan Rusia. Golovin dilaporkan mendapat siswazah dari Simferopol State University di Ukraine. Pengkhususannya adalah optik laser dan geofisik, dan dia mempunyai ciptaan dalam bidang ini. Kajiannya telah diterbitkan dalam majalah tentang Akademi Sains USSR, dan pada 1992 dia telah menubuhkan (Creationis) Christian Science Centre i Ukraine.

 

Golovin berkata ianya dilaporkan oleh wartawan Alexander Bushhev pada Januari 31, 1995 edisi Komsomolskaya Pravda, satu suratkhabar popular di USSR. Dia melaporkan telah berjalan ke dataran tinggi dekat dengan perkampungan Khodga-Pil di Turkmenistan, dan telah melihat tapak fosil dinosaur dan manusia bersama.

 

Artikel ini dilaporkan dalam Answer in Genesis mengatakan: ‘Bushev mengatakan setiap satu meter di permukaan batu yang seluar setengah kilometer itu ditutupi dengan tapak kaki tiga-jari dari “dinosaur yang besar yang berjalan-jalan di pesisiran pantai’. Dataran tinggi Turkmenistan mempunyai lebih dari 3,000 tapak kaki.

 

Bushev mengatakan bahawa saintis Turkmenistan Kurban Amanniyazov menganggap dataran tinggi ini berumur sekurang-kurangnya 200 juta tahun.

 

‘Tetapi fakta yang paling misteri”, Bushev menambah, ‘adalah di antara tapak kai dinosaur itu, tapak kaki manusia juga didapati!’ Dia mendakwa bahawa, oleh kerana ‘kita tidak tahu’ bahawa manusia wujud kemudiannya selepas dinosaur, terdapat extraterestrial ‘yang berjalan dengan pakaian berenangnya di pesisiran laut’.

 

Laporan tentang dinosaur dan manusia di dataran tinggi Kughitang-Tau bukanlah yang pertama. Berita ini telah diberikan kepada pembaca versi Inggeris dalam Moscow News pada 1983 (N0. 24, ms. 10). Ini adalah semasa komunis mengawal denga ketat aspek ideologi dalam semua penerbitan, jadi artikel seperti ini hanya boleh diterbitkan dengan komentar rasmi dari wakil Sains Negara.

 

Komentar yang diberikan oleh mereka pada ketika itu adalah seperti berikut:

‘Siapa tahu, tetapi mungkin nenek moyang kami memang telah berjalan dengan dinosaur?

 

‘”Sains mungkin boleh menjawab hal itu dengan sah di masa hadapan nanti”, kata Profesor Kurban Amanniyazov, ketua ekspedisi ini. “Bagaimana pun, pada masa sekarang kita tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk mengatakan ini. Kita telah imprin kesan tapak kaki manusia, tetapi sehingga kini belum lagi berjaya untuk disahkan, dengan kebenaran saintifiknya, tapak itu kepunyaan siapa.

 

“Sekiranya kita boleh buktikan bahawa ianya dimiliki oleh golongan humanoid, maka ia boleh mencipta satu revolusi dalam sains manusia. Manusia akan “bertumbuh lebih tua‘ sebanyak tiga-kali dan sejarahnya sekurang-kuranya 150 juta tahun.

 

Satu daripada masalah yang kami ada juga adalah bahawa laporan lain tentang tapak kaki dinosaur dan manusia bersama telah didemonstrasikan sebagai tapak kaki dinosaur yang terkahis. Golongan Evolusionis menentang prinsip ini kerana ianya tidak bersesuaian dengan teori ini. Penemuan ini harus di jajarkan dan didokumenkan dengan betul. Sekiranya ini benar, kita mempunyai catatn dimana dinosaur wujud bersama dengan manusia, tetapi jenis apa? Sudah pasti umur dinosaur ini harus dikurangkan dan umur batu itu juga harus dikurangkan, seperti yang kita lihat dibawah.

 

Rebecca Driver, seorang wartawan sambilan dengan diploma dalam Crypto-zoology, melaporkan di http://www.answersingenesis.org/creation/v21/i1/aborigines.asp berkenaan dengan mitos dan legenda asli Australia catatan orang Eropah dari penglihatan mereka. Dia melaporkan tentang legenda dimana terdapat binatang serupa kangaroo yang memakan daging yang mungkin serupa dengan kangaroo kecil rufous bettong yang dilihat mengunyah tulang binatang dan mencuri telur ayam. Bettong ini diketahui memakan rangka kambing biri-biri. Dia mengatakan, “Pada masa dahulu ada terdapat ‘Bettong besar’ yang seberat kira-kira 70 kilogram, dan berdiri setinggi enam shingga tujuh kaki.” Dia mengenal pasti mereka sebagai propleopine kangaroo.

 

Dia mengatakan: “giginya menandakan bahawa ia adalah binatang pemakan daging dan bukannya peragut rumput. Gigi kacip bawahnya tajam dan mendatar dengan sejajar, yang menunjukkan satu senjata yang sesuai untuk mengoyak. Geraham kecilnya juga berbentuk mata mesin gergafi, yang boleh bertahan untuk mengunyah makanan yang liat. Terdapat keraguan bahawa Propleopus oscillans dan P. Chillagoensis adalah serigala dari keluarga kangoroo.

 

Evolusionis mendakwa mereka telah pupus sekitar 20,000 tahun lalu bersama dengan Diprotodon di Jenolan Caves. Dengan itu, berdasarkan fikiran evolusion, golongan orang asli sudah ada lebih dari 20,000 dahulu di benua itu, sekiranya tidak kita harus kurangkan jangka masa ini. Kemungkinan dimana legenda ini dipelihara disepanjang masa dengan keadaan baik kurang masuk di akal. Kesimpulannya adalah mereka telah mati dalam peringatan kepada orang asli pada masa itu yang telah membunuh mereka semua. Kita masih mempunya tumbuhan yang digunakan sebagai makanan Diptotodon di Australia. Ianya juga harus diperhatikan bahawa beberapa mitos orang asli adalah entiti-entiti spiritual dan bukan berbentuk fizikal yang terbukti dari mitos seperti Unggud Snake yang diteliti dalam Mistisisme Bab 1di http://www.ccg.org/english/s/B7_1.html.  Bagaimana pun, laporan dari binatang yang sudah diketahui atau reptelia ini harus diambil kira dengans serius. Perdebatan yang melawan adalah bahawa secara lojiknya orang asli melaporkan penemuan tulang-tulangan; tetapi mereka juga melaporkan melihat realiti ini sebenarnya. Laporan ini perlu dikaji dengan menyeluruh.

 

Penyebaban

 

Terdapat satu analisis tentang Singularis Penyebaban dan pegangan lojikal berkenaan dengan Evolusi dan Alkitab dalam Creation: From Anthropomorphic Theology to Theomorphic Anthropology (B5) dan diterbitkan di http://www.ccg.org/english/s/B5.html.

 

Para ahli falsafah adalah polis di universiti dan dengan demikian boleh mengabstrak dan mengkaji apa saja perdebatan dalam apa saja disiplin bagi kelojikannya, kebenaran dan kesahihannya. Ianya sangat mengganggu untuk melihat usaha bersungguh-sungguh yang dibuat oleh para ahli falsafah secara umumnya untuk mengkaji apa yang dikatakan teori standar yang diajar dalam institusi pembelajaran tinggi, seperti Evolusi dan Global Warming, yang mana tidak lojik dan tidak benar. Perdebatan ini adalah bedasarkan andaian yang salah bagi tujuan politi. Para ahli falsafah mempunyai tugas untuk mengkaji dan mengungkap andaian yang salah ini – tetapi kebanyakannya tidak bermaya untuk melakukannya.

 

Beberapa perdebatan Young Earth Creation adalah tidak lojik dan tidak benar tetapi itu tidak membuat para ahli Evolusionis ini betul. Mereka semata-mata membuat  penyokong Evolusi menutupinya untuk menyerang demi untuk menyalahkan fahaman Creationisme.

 

Saintis Evolusionari ini tidak, sebagai contoh, Stephen Hawking dan Roger Penrose keatas deklarasi mereka tentang singulariti dibelakang penciptaan alam semesta dalam kedudukan 10 kepada kuasa 10 kepada kuasa 123 . mereka membuktikan bahawa terdapat satu titik (phase space volume selection) dan satu titik sahaja yang mana alam semesta ini dibentuk, dan mereka faham singulariti ini adalah Allah. Fizik Atomik dan Teori Quantum telah mendemonstrasikan kepada kita bahawa sub-struktur pada alam semesta bukan berbentuk fizikal. Ianya juga telah didemonstrasikan dari pereputan K-mesons, bahawa terdapat hala tuju kepada masa. Ahli Evolusionis tidak menyebut lojik dan kekompleksan masalah ini. Mereka membuat kesimpulan dan model matematik yang berdasarkan kepada andaian yang salah. Siapa sahaja penuntut falsafah yang baru akan gagal kerana tidak dapat untuk membina perdebatan yang salah ini.

 

Lojik dasar di belakang Alkitab adalah bahaa penciptaan alam semesta adalah produk dari inteligen yakni singulariti. Secara lojiknya inteligen ini mempunyai obligasi untuk mengkomunikasikan tujuannya kepada elemen penciptaan, sekiranya ia mempunyai tujuan dan maksud. Alkitab adalah satu-satunya yang mempunyai catatan yang benar yang kita ada yang mana boleh dikaitkan dengan Singulariti ini, yakni dalam istilah Inggerisnya Allah.

 

Lojik Young Earth School yang mendakwa dinosaur ada dalam bahtera muda ditangkis.

 

Dinosaur telah mati dan tidak mungkin dalam bahtera. Sekiranya Allh mahukan mereka hidup, mereka sepatutnya dalam bahtera dan tidak dimusnahkan, walaupun kepupusan yang progresif kepada flora dan fauna pada zaman moderen. Sekiranya Allah mahukan Nuh untuk meyelamatkan mereka, mereka sepatutnya ada dalam catatan selepas air bah itu dan dalam catatan Alkitab. Mereka tidak ada dalam catatan selepas air bah dan bukan sebahagian daripada catatan sejarah dan geologikal selepas air bah itu; dengan itu mereka bukannya ada didalam bahtera dan dengan itu memang tujuan Allah untuk memusnahkan mereka.

 

Alkitab tidak secara lojiknya mengatakan bahawa Bumi ini hanya berumur enam ribu tahun. Bumi dlam Kejadian digambarkan sebagai belum berbentuk dan kosong, atau Tohu dan Bohu. Deskripsi dalam Kejadian 1 tidak mengatakan Bumi ini telah dicipta enam tahun dahulu, dan sesungguhnya deskripsi ini telah diperdebatkan untuk menggambarkan kebalikannya.

 

Sains pada masa sekarang sedang mengembangkan secara eksponen dalam pemahaman tentang proses-proses dalam alam semesta. Sekarang sistem perbintangan difahami sebagai instrumen dalam penciptaan. Dalam perdebatan tentang Evolusi ini, terdapat beberapa teori yang pelik yang diketengahkan oleh para saintis dan para antropologis yang didasarkan kepada pegangan yang salah.

 

Satu contoh ialah penggunaan teknologi untuk melanjutkan usia secara tiruan terhadap beberapa bahan-bahan galian. Seorang antropologis di Australia mentarikhkan penemuan terhadap tulang humonoid berdasarkan batu yang ditemui di kawasan perut spesimen itu. Dia kemudiannya mendakwa bahawa spesimen ini mempunyai masalah perut dan memakan batu untuk meringankan sakit. Dakwaan ini sangat menyeleweng malah ahli antropologis yang lain merasa malu dan menyatakan bahawa itu adalah menyeleweng.

 

Bagaimana pun, boleh diperhatikan bahawa selalunya apa yang boleh memalukan seorang saintis evolusionari atau antropologis juga mungkin boleh menghentikan alirannya.

 

Beberapa penyelewengan dikembangkan bagi tujuan politik. Sebagai contoh, catatan DNA dan catatan sejaran yang lain yang berkenaan dengan spesis manusia adalah berdasarkan pada siri dasar fikiran yang salah.

 

Dasar Salah 1: Bahawa mtDNA tidak menyebabkan mutasi dalam Genom Manusia.

 

Berdasarkan dakwaan yang salah ini, satu model metematik dari manusia moden telah dibuat yang menjangkau perkembangan spesis manusia Homo sapien selama 130,000 tahun.

 

Kita sekarang mengetahui bahawa dari kajian yang dibuat oleh Pasteur Institute di Perancis bahawa pegangan ini adalah salah dan DNA mitokondrial perempuan boleh menyebabkan mutasi keatas seluruh genom manusia. Walaupun dengan kajian besar ini dan implikasi yang jelas bagi umur manusia moden. Model ini tidak pernah disesuaikan.

 

Dasar Salah 2: Orang Asli moden berada di Australia selama 40,000 tahun.

 

YDNA orang asli jatuh kepada tiga kumpulan yang utama: C4 yang mana adalah mutasi dari kumpulan C asas yang bergerak disepanjang orang India dan orang Asia Tenggara sehingga di Vietnam, yang mana adalah K, dan R asas yang sudah agak lama, dan terdapat kemudiannya DNA orang Cina iaitu Hg. O. Haplogroups K dan R asas adalah mutasi YDNA manusia Haplogroups yang terkemudian. Sehingga 15 % dari orang asli moden adalah turunan dari mutasi rangkaian Haplogroup R asas yang berasal dari K melalui P asas di Asia Kecil, dan berasal dari moyang orang Aryan dan orang Dravidia di India dan Slav serta Celtik di Eropah dan Asia Tengah dan Cameroon.

 

Perdebatan serta pergerakan ini diperincikan dalam karya tulis Keasalan Genetik Bangsa-bangsa (No. 265).

 

Ahli Evolusionis mendakwa bahawa kita datang dari Afrika, dan malah beberapa orang mendakwa ini adalah 250,000 tahun dahulu kerana  satu mtDNA yang asal adalah Hg. L dan hari ini ianya ditemui kebanyakannya di Afrika dan dari wanita Afrika-Amerika.

 

Apa yang dibuktikan oleh saintis adalah semua DNA manusia adalah dari satu sumber yang asal: yakni mtDNA Haplogroup L bagi wanita dan satu saliran yang membentuk satu siri 19 YDNA Haplogroup bagi lelaki. Semua DNA sains moden boleh diterangkan dengan jelas oleh Alkitab dari Adam dan Hawa, tetapi model matematik ini terlalu menganjur dan telah ditolak oleh Evolusionis berdasarkan Dasar Salah 1 diatas.

 

Dasar Salah 3: Ia mengambil berjuta tahun untuk meletakkan strata geologi Bumi.

 

Faktanya ialah bahawa fenomena semulajadi telah diperhatikan terjadi secara spntan dan model geologi terletak pada siri dasar fikiran yang salah.

 

Apa yang kita lihat dalam malapetaka Gunung St. Helena di US adalah pembentukan pelapisan strata yang terjadi hanya berhari dan berjam yang telah dianggap memakan lama selam berjuta tahun. Krakatoa di Indonesia juga muncul dari dasar laut selepas satu kurun setengah dari waktu ia meletuk dan mengeluarkan abu di seluruh dunia selama satu tahun.

 

Penulis ini bercakap kepada geologis senior di universiti dan dalam sistem perlombongan yang memegang  pandangan bahawa banjir ini telah membentuk apa yang dianggap sekarang strata yang terbentuk berjuta tahun. Lojiknya adalah saintis sekarang mencari bukti banjir diatas batu strata yang mana sebenarnya sisa banjir itu sendiri. Batu-batu itu juga adalag catatan dari banjir itu.

 

Pereputan Radioaktif

 

Satu lagi kemustahilan dari beberapa Edakwaan volusionis adalah pereputan kepada beberapa bahan atomik. Sebagi contoh, timah hitam terbentuk dari pereputan uranium, satu lagi radioaktif atom. Terdapat limitasi yang khusus kepada hayat radioaktif dan pada jangka masa yang tertentu timah hitam akan terbentuk. Justru itu, Bumi ini mempunyai umur yang cukup lama untuk membentuk timah hitam dan mempunyai umur yang cukup muda untuk mengekalkan bahan yang asal. Ianya diperdebatkan dengan lojik bahawa terdapat dua langit yang mengandungi apa yang sekarang Bumi yang berlanggar satu dengan yang satu lagi. Bagaimana pun, ia masih membawa implikasi lojikal dari jangka masa bahan yang berkenaan.

 

Terdapat perdebatan yang lain berkenaan dengan pengamatan pereputan nukleon dalam timah hitam per-klorat yang ditumpukan untuk memusnahkan perdebatan Young Earth Creationist ini.

 

Kita akan melihat kepada lojik dalam perdebatan Uranium-timah hitam lebih mendalam lagi.

 

Dasar Salah 4: Litupan Ais di Antartika tidak pernah diganggu selama ratusan ribu tahun.

 

Raja-raja Laut pada masa Kuno memetakan Archipelago Antartik dalam masa tiga ribu tahun, sebelum pemusnahan perpustakaan di Alexandria dan sebelum masa Pemanasan orang Roma (Roman Warm Period) dan reformasi litupan ais. Pelaut Turki menggabungkan peta ini kedalam cartanya pada 1514 dibawah Piri Reis. Ia menunjukkan pesisiran Afrika dan Ameika dengan latitud dan longitud yang betul yang mana kita tidak tahu bagaimana mereka lakukan sehingga beberapa kurun selepas peta itu dicetak semula oleh orang Turki. Orang Turki juga tidak tahu bagaimana mengira kedudukan ini. Columbus telah menggunakan peta lama untuk sampai ke benua Amerika.

 

Implikasi bagi strata masa adalah bahawa lapisan liputan ais ini bukan hanya lapisan yang terjadi dalam satu tahun tetapi melibatkan musim dan perubahan. Jangka masanya adalah lebih pendek. Sebab mengapa model yang ada pada masa kini tidak ditolak adalah kerana evolusionis perlu jangka masa yang lama ini untuk berdepat bagi perubahan evolusion.

 

Dasar Salah 5: Suhu Bumi adalah konstan sejak Zaman Ais dahulu, yang mana kira-kira 10,000 tahun dahulu dan hanya sekarang ianya naik dengan cepat.

 

Faktanya adalah bahawa Bumi mempunyai jangka masa panas setiap satu ribu tahun dan ianya berakhir di antara 350 dan 450 tahun. Suhu naik melebihi 2 darjah dan mengangkat permukaan laut serta mencairkan sebahagian daripada liputan ais. Masa Pemanasan zaman Pertengahan adalah yang terakhir dan bertahan dari kurun yang ke-9 sehingga kunrun yang ke-14. Sebelumnya adalah masa Pemanasan orang Roma dan permukaan laut telah naik sehingga tujuh kaki lebih tinggi dari permukaan laut dan ianya tujuh batu di pedalaman dari pelabuhan Kusadasi di Turki pada masa itu. Pesisiran Australia juga lebih tinggi tujuh kaki daripada yang ada sekarang, mungkin pada jangka masa yang sama (lihat karya tulis Global Warming and Bible Prophecy (No. 218)). Apa sahaja artikel yang mengkaji tentang Penciptaan lwn Evolusi dan Pemanasan Global dll. Harus mengemukakan isu-isu ini atau diabaikan. Terdapat juga aspek plat bumi yang menaik ke permukaan.

 

Uranium dan Timah hitam

 

Uranium mereput menjadi timah hitam. Timah hitam boleh mencega bahan radioaktif kerana bahan tinggalannya selepas proses pereputan ini. Dari lembaran web dalam http://www.ieer.org/fctsheet/uranium.html, kita boleh melihat satu analisis ringkas tentang prose Uranium-Timah hitam.

 

“Pertama ditemui pada kurun yang ke-18, uranium adalah elemen yang boleh didapati dimana-mana bahagian di Bumi, tetapi kebanyakannya dalam kuantiti yang sedikit. Pada 1939, seorang ahli fizik Jerman, Otto Hahn dan Fritz Strassmann menunjukkan bahawa uranium boleh dibahagikan kedalam bahagian-bahagian untuk menghasilkan tenaga. Uranium adalah bahan asas kepada nuklear reaktor dan bahan utama  bagi senjata nuklear. Uranium yang semulajadi mengandungi tiga isotop: uranium-238, uraniu-235, dan uranium-234. Uranium isotop adalah radioaftif. Elemen nuklei radioaktif adalah tidak stabil, yang mana bererti mereka akan bertukar kepada elemen yang lain, dengan cara mengeluarkan partikel (dan kadang-kadang bertukar melalui menyerap artikel). Proses ini, dikenali sebagai pereputan radioaktif, yang secara umumnya menghasilkan pengeluaran partikel alfa atau beta dari nukleus. Ianya juga selalu diikuti dengan pengeluaran radiasi gamma, yang merupakan radiasi elektromagnet, seperti Sinaran-X. Tiga jenis radiasi ini mempunyai bahan yang berlainan dalam beberapa segi tetapi semuanya adalah radiasi ion – setiap satu cukup berkuasa untuk memecahkan gabungan kimia, dengan itu mempunyai kemampuan untuk merosakkan atau memusnahkan sel-sel hidup.

 

Ringkasan Isotop Uranium

Isotope

Peratus dalam uranium semulajadi

Jumlah  Protons

Jumlah Neutrons

Masa reput (dalam tahun)

Uranium-238

99.284

92

146

4.46 bilion

Uranium-235

0.711

92

143

704 juta

Uranium-234

0.0055

92

142

245,000

 

Uranium-238, isotop yang paling umum dalam bijih uranium, mempunyai masa reput kira-kira 4.5  bilian tahun; yang mana setengah dari atom dalam sampel akan mereput dalam jangka masa tersebut. Uranium-238 mereput melalui pengeluaran alfa kedalam thorium-234, yang mana ia sendiri mereput kepada uranium-234, dan seterusnya. Produk-produk pereputan yang pelbagai, (kadang-kadang dirujuk sebagai  “progeny” atau “dughters”) membentuk satu siri yang bermula pada uranium-238. Selepas beberapa pereputan alfa dan beta, siri ini berakhir dengan isotop yang stabil timah hitam-206.

 

RANGKAIAN PEREPUTAN URANIUM- Cabang Utama
Baca dari kiri ke kanan. Panah menandakan pereputan.

Uranium-238 ==>
(masa reput: 4.46 bilion tahun)
pereputan alfa

Thorium-234 ==>
(masa reput: 24.1 hari)
pereputan beta

Protactinium-234m ==>
(masa reput: 1.17 minit)
pereputan beta

Uranium-234 ==>
(masa reput: 245,000 tahun)
pereputan alfa

Thorium-230 ==>
(masa reput: 75,400 tahun)
pereputan alfa

Radium-226 ==>
(masa reput: 1,600 tahun)
pereputan alfa

Radon-222 ==>
(masa reput: 3.82 hari)
pereputan alfa

Polonium-218 ==>
(masa reput: 3.11 minit)
pereputan alfa

Timah hitam-214 ==>
(masa reput: 26.8 minit)
pereputan beta

Bismuth-214 ==>
(masa reput: 19.9 minit)
pereputan beta

Polonium-214 ==>
(masa reput: 163 mikrosaat)
pereputan alfa

Timah hitam-210 ==>
(masa reput: 22.3 tahun)
pereputan beta

Bismuth-210 ==>
(masa reput: 5.01 hari)
pereputan beta

Polonium-210 ==>
(masa reput: 138 hari)
pereputan alfa

Timah hitam-206
(stabil)

 

Urnium-238 mengeluarkan partikel alfa, yang mana kurang penyerapan daripada bentuk radiasi yang lain, dan sinaran gama selagi ianya kekal di luar tubuh, uranium mempunyai sedikit ancaman dalam kesihatan (terutamanya dari sinaran-gama). Bagaimana pun, sekiranya disedut atau ditelan, radiasinya memberikan ancaman masalah barah dalam paru-paru dam barah tulang. Uranium juga adalah toksik secara kimianya yang mempunyai konsentrasi yang tinggi dan boleh menyebabkan kerosakan kepada organ dalaman, khususnya kepada buah pinggang. Kajian tentang binatang mencadangkan bahawa uranium boleh mempengaruhi pembiakan, fetus yang sedang berkembang, dan menambahkan bahaya leukimia dan barah tisu halus.

 

Bahan uranium adalah penting bagi senjata nuklear dan kuasa nulear adalah kemampuannya untuk membahagi atau berpisah kedalam fragmen yang lebih ringan apabila dibedil dengan neutron menghasilkan tenaga dalam proses itu. Dari isotop uranium yang terjadi semulajadi, hanya uranium-235 boleh mengekalkan reaksi rangkaian – satu reaksi yang mana setiap belahan menghasilkan cukup neutron untuk memicu satu satu dengan yang lain, supaya proses belahan itu dikekalkan tanpa ada sumber neutron dari luar. Sebaliknya, uranium-238 tidak boleh mengekalkan reaksi rangkaian, tetapi ianya boleh ditukarkan kepada plutonium-239, yang boleh melakukannya. Plutonium-239, sebenarnya tidak kelihatan kewujudannya, digunakan dalam bom atom yang pertama yang diuji pada Julai 16, 1945 dan satu daripadanya dijatuhkan di Nagasaki pada Ogos 9, 1945.

 

Perdebatan ini diteruskan bahawa Uranium 238, dengan masa reput 4.46 bilion tahun, telah mula memecah kepada Uranium 234. Uranium 235  juga didapati dalam sampel dan bukan sebahagian daripada proses pereputan kepada uranium 234.

 

Uranium 235 mempunyai masa reput 704 juta tahun;  malah ianya ada dalam mendapan uranium yang menandakan bahawa umur Bumi tidak melebihi 704 juta tahun. Bagaimana pun, kuantiti mendapannya adalah 0.711 dan jumlah neutronnya adalah 143 lwn 142 dalam Uranium 234. Hanya Uranium 234 boleh mengekalkan rangkaian reaksinya. Kondisinya dalam sifatnya adalah agak stabil dan berada dalam proses masa pereputan yang awal, dan dengan itu umur Bumi boleh dianggap kurang dari 704 juta tahun. Bagaimana pun, banyak mendapan timah hitamnya yang tersisa, yang mana mewujudkan satu lagi masalah.

 

Perdebatan bahawa Bumi mengalami evolusi dari struktur atomik memerlukan satu umur yang sekurang-kuranga 4.47 bilion tahun, kerana kita sudah stabilkan timah hitam di planet ini yang mana adalah produk pereputan Uranium 238.

 

Tentangan yang jelas adalah bahawa kita juga mempunyai Uranium 235 yang stabil, yang paling mudah kepada rangkaian reaksi dan oleh itu mendapan uranium sememangnya hasil daripada kombinasi ini. Dengan itu Creationi berdebat bagi Penciptaan Ilahi bersama dengan elemen-elemen dan partikel-pertikel ini.

 

Perdebatan Evolusionis adalah bahawa Big Bang(Letupan Besar) itu telah menciptakan uranium yang pertama dan sepanjang 4.47 bilion tahun (4.55 BT, lihat dibawah) kita telah bergerak dan mereput. Tentantang yang jelas kepada isu ini adalah U235 dan Evolusionis mungkin menentang dengan dakwaan bahawa ianya datang dari kelestial angkasa yang lain yang jatuh ke Bumi. Lojiknya masih lagi cacat kerana produksi U235 sepatutnya telah berlaku kurang dari 704 juta tahun lalu dan ianya disebarkan dengan sama.

 

Perdebatan ini tidak boleh dibuat bahawa perlanggaran Bumi telah berlaku lebih dari 704 bilion tahun dahulu ataupun semua jangka reputnya luput dan ianya dalam proses jangka reput yang masih awal. Dengan itu seduhan U235 seharusnya universal dan didalam beberapa juta tahun yang terakhir. Distribusi U235 yang rendah dan sama dalam mendapan uranium menandakan satu seduhan semulajadi dan dalam umur beberapa juta tahun dahulu.

 

Kewujudan timah hitam bersama dengan uranium juga mencipta satu masalah bagi Evolusionis yang tidak boleh dijawab dengan sistem lojik.

 

U238 tidak boleh mencipta rangkaian reaksi kecuali ianya direaksikan oleh Plutonium 239, yang mana tidak boleh kelihatan dalam sifatnya. Dengan itu kita mempunyai perdebatan yang menyokong lebih kepada Penciptaan daripada Evolusi.

 

Tentangannya adalah bahawa kamu tidak boleh mendapat mendapat uranium U238, U235 dan U234 dan timah hitam yang berkembang stabil. Jangka masa tidak membenarkan bagi mendapan ini dari semua bahan kedalam produk akhir sementara ia mengekalkan bahan lain seperti U235 yang mana bentuk pereputan dalam pemahaman saintifik kita pada masa sekarang.

 

Perdebatan dari pereputan bahan adalah kompleks tetapi ia adalah hala tuju masa dari pengamatan kita kepada K-mesons juga Ilihat Creation etc (B5) dalam Bab 1.)

 

Umur Bumi menurut kepada Evolusionis

 

Evolusionis pada zaman sains moden mendakwa bahawa umur Bumi dan semua sistem solar yang lain adalah kira-kira 4.55 bilion tahun (lebih atau kurang kira-kira 1%). Mereka menyatakan bahawa anggaran ini berasal dari beberapa bukti yang ada.

 

Saintis dipaksa untuk mengakui bahawa umur ini tidak boleh dikira terus dari bahan yang didapati dari Bumi. Perdebatan umum adalah bahawa terdapat bukti bahawa tenaga dari bahan-bahan terkumpul Bumi menyebabkan permukaan menjadi lebur. Mereka juga mendakwa bahawa proses hakisan dan kitaran kerak telah memusnahkan semua permukaan yang sebelumnya.

 

Batu yang tertua didapati tidak jauh dari Bumi 0telah ditarikhkan oleh Evolusionis kira-kira 3.8 sehingga 3.9 bilion tahun dahulu dengan menggunaka kaedah radiometrik. Beberapa daripada batu-batu ini adalah mendapan dan berkaitan dengan Banjir tetapi Evolusionis tidak mengakuinya. Inklusi bahan galian yang telah habis dipercayai setua 4.1 sehingga 4.2 bilion tahun. Evolusionis mengakui bahawa batu setua itu jarang dijumpai. Mereka mendakwa bahawa batu yang yang sekurang-kurangnya berumur 3.5 bilion tahun boleh didapati di Amerika Utara, Greenland, Australia, Afrika, dan Asia berdasarkan pada bahanradioaktif dalam atom yang ditunjukkan diatas.

 

Perdebatan Evolusionis adalah bahawa Bumi ini sekurang-kurangnya setua dengan struktur yang ada di atasnya, oleh itu apabila mereka menemui batu-batu bersama dengan pereputan bahan yang kita lihat diatas, mereka terus mendakwa bahawa Bumi ini adalah setua dengan pereputan bahan tersebut. Kemudian mereka mendakwa bahawa limit lebih bawah ini adalah sejajar dengan 4.55 bilion tahun walaupun mereka tidak mempunyai bukti dari Bumi dari struktur yang utama.

 

Evolusionis mengakui bahawa mereka menggunakan perdebatan berdasarkan pada pereputan kepada timah hitam sebagai kaedah yang paling langsung bagi pengiraan umur Bumi ini. Ini dilakukan dengan menggunakan isochron umur Pb/Pb, yang berasal dari sampel Bumi dan meteorit. Ini melibatkan tiga isotop dari timah hitam (Pb-206, Pb-207, dan sama ada Pb-208 atau Pb-204). Satu plot dikonstruksikan dari Pb-206/Pb-204 bertentangan dengan Pb-207/Pb-204.

 

Mereka menganggap bahawa sistem solar telah dibentuk dari kumpulan bahan yang biasa, yang mana didistribusikan dengan tidak sekata dari segi nisbah isotop Pb. Kemudian mereka mendakwa bahawa plot pertama bagi semua objek dari bahan terkumpu itu akan jatuh pada titik yang satu.

 

Sepanjang masa, jumlah Pb-206 dan Pb-207 akan bertukar dalam beberapa sampel, kerana isotop ini adalah produk pereputan dari pereputan uranium (pereputan U-238 kepada Pb-206, dan pereputan U-235 kepada Pb-207). Ini menyebabkan titi datanya terasing dari satu dengan yang lain. Lebih tinggi nisbah uranium kepada timah hitam dalam batu, lebih tinggi nilai Pb-206/Pb-204 dan Pb-207/Pb-204akan berubah bersama dengan masa.

 

Mereka mendasarkan perdebatan ini pada dasar fikiran bahawa sekiranya sumber sistem solar juga didistribusikan dengan tidak sekata sama dengan nisbah isotop uranium, maka titi data selalunya jatuh pada garisan yang satu. Mereka mendakwa bahawa dari cerunan garisan ini mereka boleh mengira jumlah masa yang berlalu sejak perkumpulan bahan ini menjadi berasingan kedalam objek yang tersendiri.

 

Masalah dengan dakwaan ini dilihat dalam masa reput bahan U238 dan U235 dan perbezaan besar masa reput dalam pertikel, dan fakta bahawa U235 adalah terkandung dalam keadaan pereputan yang pelbagai, seperti dengan U238 dan produk akhir timha hitam dalam kedua-dua bentuk. Pb 206 dan Pb 207, sebaliknya tersedia. Dengan ini asal Bumi harus berubah-ubah berdasarkan kepada dakwaan mereka, atau produk yang berinteraksi di sepanjang masa, dan/atau gangguan dari sumber yang lain yang telah mengubah strukturnya. Creationis mendakwa bahawa entiti adalah singulairiti yang kita panggil Allah.

 

Hukum Kedua Thermodinamik dan Entropi dalam Penciptaan

 

Hukum kedua Thermodinamik tidak membenarkan Teori Evolusi melalui jangka masa yang dikatakan oleh Evolusionis.  Tidak ada proses yang spontan yang boleh diambil dalam sistem yang diasingkan dan memerlukan campur tangan luar atau input.

 

Entropi dari sistem yang diasingkan adalah tertakluk kepada kebenaran. Satu proses sistem yang diasingkan hanya boleh terjadi sekiranya ia meningkatkan jumlah entropi dari sistem itu.

 

Dengan itu, sistem ini sama ada kekal sama, atau melalui beberapa proses fizikal yang menambahkan entropi. Proses-proses yang menambahkan jumlah entropi sistem yang diasingkan tidak akan berlaku. Sekiranya satu sistem itu seimbang, melalui definisi tidak ada proses yang spntanakan berlaku, dan dengan itu sistem itu berada dalam entropi yang maksimum (petikan tentang Hukum Kedua di Wikipedia http://en.wikipedia.org/wiki/Second_law_of_thermodynamics). Evolusi adalah berada dalam fakta satu proses spontan. Proses ini belum lagi diamati secara rasmi tetapi ia adalah proses hipotetikal yang dianggap menjadi keasalan kepada spesis. Catatan geologi terang-terangan tidak diteruskan dan Hipotesis ini tidak diperbaiki. Fakta bahawa kita mengongsikan sistem kehidupan dengan Chimpanzee dan cacing tanah dan tikus tidak bererti secara lojik bahawa kita datang dari satu daripada binatang ini.

 

Dari Clausius formulasi yang paling muda dari Hukum Kedua, formulasi haba, mengatakan:

Haba tidak boleh mengalir secara spontan dari satu bahan pada tahap darjah yang lebih rendah kepada tahap darjah yang lebih tinggi.

 

“Secara tidak rasmi, ‘Haba tidak mengalir dari arah sejuk ke panas’, yang mana jelas benar dari pengalaman harian. Perhatikan bahawa dari definisi entropi matematik, satu proses yang mana haba mengalir dari arah sejuk ke panas mempunyai entropi yang bertambah, jadi formulasi entropi dari hukum kedua diimplikasikan langsung kepada formulasi haba (ibid).

 

“Formulasi ketiga dari hukum kedua, formulasi haba, oleh Tuan Kelvin, adalah:

Ianya mustahil untuk menukar haba sepenuhnya kepada work (jumlah tenaga yang disalurkan tanpa bantuan entropi)).

 

Yakni, ianya mustahil untuk mengambil tenaga melalui haba dari sumber darjah yang tinggi dan kemudian menukar semua tenaga ini kedalam work. Sekurng-kurangnya beberapa daripada tenaga ini harus disalurkan pada sink tenaga yang mempunyai tahap darjah yang rendah. Dengan itu, kuasa haba dengan eficien 100% adalah mustahil secara thermodinamik.

 

Thermodinamik adalah teori sistem makroskopik dalam keseimbangan dan dengan ini hukum kedia diaplikasikan hanya kepada sistem-sistem macroskopik dengan tahap darjah yang ditetapkan. Tidak ada pelanggaran terhadap hukum kedua thermodinamik yang pernah diperhatikan dalam sistem makroskopik. Tetapi pada skala dari beberapa atom, hukum kedua tidak diaplikasikan; sebagai contoh, dalam sistem dari dua molekeul, ianya tidak mustahil bagi pergerakan melekeul yang lebih perlahan (“sejuk”) untuk mengalirkan tenaga kepada molekeul yang bergerak dengan lebih lagu (“panas”). Sistem yang kecil seperti ini adalah di luar domain dalam thermodinamik, tetapi ianya boleh dikaji dengan menggunakan mekanik statistik. Bagi system asingan yang banyak yang lebih dari beberapa pikogram, hukum kedua adalah benar didalam beberapa bahagian dalam satu juta.

 

“dalam pengertian umum, hukum kedua mengatakan perbezaan suhu darjah di antara sistem yang bersentuhan satu dengan yang lain akan menjadi serata dab dan work ini boleh dicapai dari perbezaan bukan-ekuilibrium ini, tetapi kehilangan haba akan berlaku, dalam bentuk  entropi, apabila work berlaku. Perbezaan tekanan, perbezaan kepadatan, dan perbezaan suhu, semuanya menjadi serata sekiranya diberikan peluang ini. Ini bererti bahawa sistem asingan akan akhirnya menghasilkan suhu yang sama.” (ibid).

 

“Tidak ada work yang boleh berasal dari  sistem asingan dalam ekuilibrium; selalunya adalah dari sumber tenaga luaran dan sinki yang sink yang sejuk. Dengan definisi, mesin yang bergerak berterusan akan melanggar hukum kedua untuk berfungsi.

 

Dan juga haba tidak mengalir dari sejuk kebahagian yang panas, tetapi pandangan ni bertentangan dengan Teori Caloric Sains dua kurun lalu.

 

Wikipedia juga menyatakan bahawa:

“Didirikan pada kurun yang ke-19, pernyataan Kelvin-Plank tentang Hukum Kedua mengatakan, “ Ianya mustahil untuk apa sahaja alat yang beroperasi pada kitaran untuk menerima haba dari satu sumber resevoir dan menghasilkan satu jumlah work yang bersih.” Ini ditunjukkan sama dengan pernyataan yang dibuat oleh Clausius.

 

Hipotesis Ergodik juga penting bagi pendekatan Boltzmann. Ia mengatakan bahawa, pada jangka masa yang lama, masa yang diperuntukkan dalam beberapa bahagian pada mikrostat bersama dengan tenaga yang sama adalah sebanding  dengan jumlah bahagian ini, yakni semua mikrostat yang didapati mungkin menjadi sama selepas jangka masa yang lama. Dan juga, ia mengatakan bahawa nisbah masa dan nisbah keatas statistik yang sedondon adalah sama.” (ibid).

 

Mekanik quantum juga digunakan untuk membuktikan Hukum Kedua dengan menunjukkan bahawa Entropy Von Neuman adalah pada nilai yang maksimum dengan kebarangkalian yang tinggi dan sah bagi kelas sistem quantum yang besar seperti gas dalam bekas. Sistem lengkap seperti ini adalah tulen dan tidak mempunyai entropi. Bagaimana pun, melalui quantum thermodinamik, persangkutan di antara gas dan bekas akan menaikkan gas entropy setempat yang meningkat.

 

Deskripsi yang tidak rasmi

 

Hukum kedua boleh dinyatakan dalam beberapa cara yang ringkas, termasuk: Ianya mustahil untuk menghasilkan work di persekitaran dengan menggunakan proses kitaran yang bersambung dengan satu resevoir haba (Kelvin, 1851).

 

Ianya mustahil untuk membawa proses kitaran dengan menggunakan enjin yang bersambung dengan dua resevoir haba yang menjadi satu-satunya efek kepada pengaliran kuantiti haba dariresevoir suhu rendah kepada resevoir suhu tinggi (Clausius, 1854).

 

Sekiranya work thermodinamik dilakukan pada kadar yang terbatas, tenaga bebas harus digunakan..”

 

Clausiua mengatakan pada April 24, 1865 bahawa “entropi alam semesta menjadi maksimum.” Bagaimana pun, istilah ini terlalu umum dan sistem ini harus dijelaskan” (ibid). Evolusionis mendapati ini sebagai masalah kerana alam semesta dengan definisi dalam keadaan yang mendistribusikan haba dengan sekata keatas sistem, dan keatas jangka masa yang diperuntukkan bagi alam semesta entropi harus berada dalam keadaan maksima.

 

Bagaimana pun, kita tahu bahawa alam semesta sedang membentuk sistem-sistem baru dan memusnahkan sistem-sistem lama senantiasa. Fungsi matahari sebagai enjin haba harus menjadi entropi dan sistem solar harus menjadi sejuk. Jangka masa penyejukanna adalah persoalan serius dengan memberikan fungsi penghasilan abanya. Tidak ada penjelasan yang cukup jelas bagi matahari dipersetujui atau dijelaskan dengan lengkao dakam Hukum Kedua.

 

Penjagaan alam semesta hanya berlaku dari satu kuasa yang mengekalkannya pada mekanikal Quantum atau tahap sub-atomik dan substan ini dijelaskan oleh pelbagai istilah seperti quarks – dan ini sendiri adalah subjek kepada sub-struktur bukan fizikal yang lebih kecil. Pandangan ini juga dari mekanik statistikal dimana penjelasan Hukum Kedua mendalilkan bahawa satu bahan adalah mengandungi atom-atom dan molekeul-molekeul yang mana bergerak dengan tetap. Bagaimana pun, pergerakan ini juga berasal dari  sub-pertikel yang lebih kecil yang mana ianya sendiri terbentuk dari kuasa yang tidak boleh dijelaskan secara fizikal dan dalam keadaan yang bukan fizikal.

 

“Satu set kedudukan yang khusus dan halaju bagi setiap partikel dalam sistem dipanggil mikrostat sistem dan oleh kerana pergerakan tetapnya, sistem ini dengan tetap berubah mikrostatnya. Mekanik statistik mendalilkan bahawa, dalam equilibrium, setiap mikrostat dalam sistem yang terbabit akan mungkin berlaku, dam apabila tanggapan ini dibuat, ia membawa langsung kepada kesimpulan bahawa hukum kedua harus memegang dalam erti kata statistikal. Yang mana, hukum kedua akan memgang pada purata, dengan kepelbagaian statistik pada susunan 1/√N dimana N adalah jumlah partikel dalam sistem itu. Pada situasi setiap hari (makrokopik), kebarangkalian bahawa hukum kedua akan dilanggar tidak ada secara praktikalnya. Bagaimana pun, bagi sistem yang mempunyai jumlah partikel yang sedikit, parameter thermodinamik, termsuk entropi, akan menunjukkan sisihan statistik yang besar dari yang diramailkan oleh hukum kedua. Teori kalsik thermodinamik tidak menangani variasi statistik ini.” (ibid).

 

Dengan ini, satu-satunya cara untuk mengekalkan alam semesta adalah melalui infusi tenaga kedalam sistem menerusi keadaan quantum atau melalui Penciptaan macrostat didalam sistem solar yang berlainan dari segi umur; dan dengan itu alam semesta ini sendirinya akan mencipta-semula pada tahap bukan-fizikal kedalam keadaan macroskopik. Sumber tenaga yang bukan-fizikal kita sebut Roh, dan ianya adalah penciptaan singulariti pada titik ruangan yang kita istilahlah sebagai “jari Allah” atau titik sebenar dimana Allah telah menciptakan alam semesta. Bahan yang boleh dilihat telah dibuat dari bahan yang tidak kelihatan. Penciptaan adalah berterusan.

 

Cahaya dan Jarak

 

Alam semesta adalah luas dan galaksinya yang terjauh adalah sejarak cahaya yang ribuan tahun untuk sampai. Kebanyakan bintang dab malah galaksi kita lihat sudahpun meletup atau musnah tetapi kita masih boleh melihat cahayanya. Ianya fakta bahawa kita sekarang tahu bahawa alam semesta bergerak dengan cepat dari titik pusat mulanya pada kadar gerak yang sangat laju, dan kita belum lagi mengetahui dengan tepat (kerana kelajuan pergerakan ini) berapa umur alam semesta ini sebenarnya.

 

Beruk dan Manusia

 

Beberapa pihak Evolusionis mendakwa bahawa kita bukan keturunan dari beruk tetapi dari moyang yang sama. Pengakuan yang lebih terbuka bahawa moyang yang terdahulu adalah diistilah dari beruk atau monyet. Pada dasarnya, Evolusionus percaya bahawa satu kumpulan makluk telah berpisah dengan kumpulan besar dari primat secara umumnya dan menjadi terasing dalam produktifnya, yang telah membawa kepada spesis yang baru (allopathic speciation). Kumpulan utama telah berterusan dan tidak menjadi berbeza. Creationis juga menggunakan perdebatan ini untuk menjelaskan kepelbagaian dalam spesis selepas penciptaan.

 

Fakta dari perkara ini adalah bahawa spesis manusia tidak membentuk spesis baru tetapi berubah mengikut alam sekelilingnya. Satu contoh ialah adalah penurunan Melanin orang yang menjauh dari ekuator dan mereka telah menyerap vitamin D, dan pengubahan kepada YDNA dan mtDNA Haplogroup membentuk suku kaum yang pelbagai. Yang tertinggal kekal dekat kepada tropik masih mempunyai kulit yang coklat sedang dari mtDNA L salasila Hawa dan adalah warna asli (cabang pre-Haplogroup A dan SRY 10831.1 dll.) Adam.

 

Dengan itu dakwaan Creationis melibatkan pengasingan informasi genetik yang wujud dan pengubahan atau kehilangan mutasi. Evolusi memerlukan jutaan material genetik baru yang belum diketahui.

 

Idea tentang transmisi sifat yang diperoleh telah disahkan dengan sepenuhnya. Perdebatan ini kadang-kadang menumpu kepada Creationis. Sebagai contoh, ianya kadang-kadang didebatkan bahawa Adam mempunyai satu tulang rusuk yang diambil untuk mencipta Hawa dan dengan pandangan ini, maka didakwa bahawa lelaki mempunyai kurang satu tulang rusuk daripada wanita untuk menjadikan Alkitab itu betul. Lojik ini tidak betul, dan sesungguhnya kita sekarang tahu bahawa tulang rusuk Adam mungkin telah tumbuh sekiranya lapisan memberan periosteum masih lagi dalam kedudukannya.

 

Evolusionis berpegang teguh kepada teori yang memerlukan satu transisi dari atom-atom fizikal kepada organisma hidup dan secara khususnya seorang manusia moderen. Tidak ada perubahan seperti begitu yang telag diamati berlaku biarpun dalam informasi genetik yang bertambah dengan sedikit. Semua yang telah kita lihat adalah perubahan penting apabila gen yang mengawal diaktifkan atau tidak diaktifkan. Sekiranya Evolusi benar, perubahan dalam mutasu akan dibuktikan dimana-mana. Ianya tidak terbukti dan dengan itu teori ini adalah satu hipotesis yang tidak disokong dan tidak bernilai sebagai teori yang saintifik.

 

Menguji Primat

 

Satu daripada praktik antropologis yang bersifat menipu adalah menyembunyikan DNA dari primat yang telah diuji. Sebagai contoh, kita tahun bahawa DNA Neanderthal tidak ada kaitan langsung dengan manusia moderen tetapi struktur ini tidak dibincangkan dan dianalisi secara terbuka. Dakwaa yang dibuat bagi keturunan hominid boleh disangkal dengan jelas oleh produksi YDNA dan mtDNA dari penemuan itu, namun ianya tidak dilakukan secara terbuka kerana ianya tidak menyokong teori tersebut.

 

DNA yang tidak tercemar selalunya boleh didapati dengan senang dari gigi yang didapati dari fosil apabila dilakukan oleh orang profesional yang mengelak pencemaran objek atau tempat penemuan itu.

 

Ia harus mendatori bagi setiap penemuan fosil diuji dan catatn DNA diambil dibawah keadaan makmal dan diterbitkan bagi perbincangan umum. Publikasi seperti ini dalam kebanyakan penemuan harus senang diatur dan dikawal.

 

Semua penemuan di Australia harus diuji dan diterbitkan. Bahawa mereka tidak diuji dan didokumenkan dengan baik kerana teori-teori dan politik wilayah ibunda dan paradigma Antroplogis dan minat adalah berkonflik dengan publikasi yang terbuka.

 

Mitos asal dipercayai suci keatas fakta saintifik fi Australia dan di Amerika dan dimana-mana. Teory evolusion yang digunakan bagi hal ini bukan satu sains.

 

Logam dan Pertarikhan Arkeologi

 

Logam telah dikerjakan sebelum air bah dan Tubal-Kain (Kej 4:22) adalah guru logam yang pertama, yang dipercayai seperti loyang dan besi. Dengan itu, besi telah dikenali sebelum Air Bah dan sebelum yang dipanggil zaman gangsa menurut Alkitab. Besi loyang dikeluarkan dengan menggunakan tembaga dan timah; ianya satu proses yang sukar untuk dikembangkan dan hanya didirikan di UK selepas Reformasi. Perkataan yang digunakan bagi besi loyang dalam Perjanjian Lama adalah Necosheth (Strong’s Hebrew Dictionary No. 5178) dari Nechushah (SHD 5154) yang bererti tembaga dan digunakan juga untuk besi loyang dan besi waja. Dengan itu kita harus simpulkan bahawa penggunaan pertama istilah itu adalah tembaga dan ia adalah mungkin istilah bagi  besi dalam Kejadian 4:22. Besi  adalah perkataan barzel (SHD 1270).

 

Timah hitam adalah bentuk nei yang telah digunakan sejak air bah dan telah diketahui tentangnya sebelum ini. Kapak tembaga dikenali pada zaman yang dipanggil zaman batu. Manusia yang tertua yang kita dapati dakam glasier pergunungan Itali mempunyai kapa tembaga seperti ini.

 

Arkeologi mederen mengundurkan tarikh budaya besi yang awal kepada 7250-6750 SM dalam Çatal Hüyük dekat dengan Konya di Turki Asia-timur. Tarikh-tarikh ini menimbulkan masalah bagi 40004 SM yang dipegang oleh Young Earth Creationis dan sesungguhnya semua Creationis yang mengikuti Teks Masoretik dan bukan Septuagin dan yang percaya Bumi ini telah bermula pada 40004 SM atau kemudian. Konflik ini dikaji dalam Apendiks B kepada Garis besar Jadual Masa Zaman (No. 272) (edisi ke-3).

 

Masalahnya terletak dalam sistem yang digunakan untuk mentarikhkan masa seawal itu. Masalah sebenar muncul dari kejamakan karbon dalam bahan yang telah diukur bagi pertarikhkan untuk karbon dan pelumusan batu strata dalam thermo-luminesen.

 

Primordial Waters (Perairan Kuno)

 

Young Earth Creationis mempunyai satu masalah serius dalam lojik teks yang digunakan dalam Kejadian 1:1-2. Kejadian 1:1 mengatakan: “Pada mulanya Allah menjadikan langit dan bumi”. Ayat yang pertama adalah istilah yang difahami sebagai Penciptaan dalam masa lalu. Ini difahami oleh para Rasul sebagai “dunia ini sebelumnya”. Dunia ini yang sebelum penciptaan zaman ini. Kita lihat sekarang fosil dan “tinggalannya” (petikan 2 Pet 3:3-4).

 

Kejadian 1:2 kemudian mengataka: “ dan bumi ini kosong dan tidak berbentuk (yakni tohu dan bohu) dan kegelapan menutupi samudera raya. Dan Roh Allah melayang-layang di permukaan air”. Sains mendakwa bahawa Bumi wujud dan terdpat kegelapan menyelubungi diatasnya dan juga air ada diatasnya. Istilah yang digunakan bagi air adalah mayim (SHD 4325), yang mana merupakan perkataan standar Perjanjian Lama bagi bentuk air, termasuk air kencing dan air kumuhan. Ini selalunya difahami sebagai primordial chaos (hura-hara kuno) yang menerangkan keadaan Bumi yang terasing. Ianya tidak diimplikasikan secara lojik bahawa tidak ada apa-apa di bumi sewaktu perkara ini berlaku, dan jarak antara zaman ayat 1 dan ayat 2 adalah sangat jauh dan pemusnahan planet dan zaman-zaman sebelumnya. Ini seolah-olah memasukkan kebanyakan atau semua dinosaur. Rentetan dalam bab ini menandakan satu pengaturan semula sistem solar dan planet-planetnya serta bulan dan catatn fosil tampaknya mengesahkan desolasi dan pembinaan semula ini.

 

Ianya mustahil secara saintifik bagi planet untuk mengekalkan kandungan H2O dalam jumlah air yang banyak seperti yang disebut dalam Kejadian 1:2 dan tidak mempunyai sistem solar pada ketika itu. Terdapat bahagian air yang luas dalam sistem solar kita dan air ini ditambahkan di Bumi secara berterusan, seperti yang kita ketahui baru-baru ini. Asal air dalam sistem solar belum dikatahui dan mungkin juga diambil dari planet lain seperti Marik atau planet-planet yang disebut Phaeton sebelum ia menjadi sabuk asteroid. Kondensasi dari gas yang berligar kedalam bahan-bahan galian yang pelbagai dan gas-gas telah didakwa oleh pihak Creationis telah berlaku 6000 tahun dahulu tetapi sains pada masa sekarang mengemukakan beberapa masalah bagi proses ini; dan dinosaur-dinosaur berkenaan tidak dapat hidup sekurang-kurangnya selepas air bah. Dengan itu kewujudannya adalah dalam lingkungan 2000 tahun berdasarkan pandangan ini.

 

Ianya tidak semestinya ia wujud secara alkitabiah bahawa mereka wujud sehingga air bah dan sudah pasti bukan selepas banjir ini. Ianya satu perdebatan yang mungkin bahawa mereka telah diciptakan pada masa Adam tetapi teks ini menandakan bahawa ular diciptakan merayap pada masa Eden, maka itu perdebatan ini membenarkan zaman sebelumnya bagi masa penciptaan Adam dimana Iblis dan warga yang jatuh menciptakan dinosaur. Tujuan mereka adalah sangat praktikal: untuk menyuburkan persekitaran Bumi.

 

Satu lagi masalah adalah dengan binatang mamot (gajah besar) dalam wilayah beku di Siberia yang telah didakwa berumur 44,000 tahun. Daging mereka telah dipelihara dan satu anak mamot telah dijumpai baru-baru ini dalam keadaan yang baik di Siberia pada ketika wilayah itu mula mencair. Dasar sainstifik pada pertarikhkan dianggap satu tekaan. New Earth Creationis perlu untuk mengurung mamot ini dalam keadaan kewujudannya pada masa sekarang dan mamot ini telah dikaji dan mempunyai rumput didalam mulut yang boleh didapati di latitud di sebelah selatan. Makanan yang ada dimulut mamot ini berbeza dari kandungan makanan di dalam perut mereka, yang mana ditemui di mastodon di Amerika Utara. Indikasinya adalah bahawa terdapat peranjakan pola baru-baru ini dari Amerika Utara ke Lautan Artik dan dengan ini tahap permukaan air laut juga naik dan membuat mamot-mamot ini membeku.

 

Eden

 

Pernyataan tentang Taman Eden dalam Kejadian telah menghadkan kawasan darat oleh sungai Pison di Havilah, yang merupakan sungai di barat Euprates di utara (Pallukat), bersama dengan hujung timur di Shur di padang belantara yang bersambungan dengan Ophir. Sungai yang lain adalah Gihon di sebelah timur Tigris yang merupakan wilayah Kherkhah dan Khoaspes, yang mempunyai pergunungan Kassi atau wilayah asal orang Kush dan dengan itu disalahtafsirkan sebagai wilayah orang Selatan atau wilayah orang Afrika Kush di Etiopia. Sungai Hiddekel adalah perkataan Accadian bagi Tigris sebagai Idiqla atau yang mengelilingi. Seterusnya adalah Euprates, yang berasal dari perkataan pherath. Perkataan Yunani Euphrates berasal dari perkataan orang Parsi kuno Ufratu.

 

Penciptaan Adam terjadi di Timur Tengah dalam wilayah yang dikelilingi oleh sungai-sungai.

 

Ianya tidak mustahil bahawa kewujudan kedua-dua litupan ini di darat sebelum air bah membuat tahap permukaan laut ke bawah kira-kira 160 kaki, dan Laut Mediteranean semestinya mendatar dengan sungaia di bahagian Barat mengalir melaluinya ke jarak yang lebih jauh, dan wilayah Kush di Selatan sesungghnya menjadi sempadan selatan – tetapi itu tidak diperlukan bagi pernyataan itu.

 

Tahap permukaan laut adalah lebih tinggi dan wilayah Timur Tengah lebih basah dalam zaman itu sehingga Masa Pemanasan Roma dari kurun ke-1 SM sehingga kurun ke-4 CE. Peta Piri Reis menunjukkan bahawa tahap permukaan air lebih tinggi dan darat lebih basah semasa zaman ini. Peta ini diletakkan di perpustakaan di Alexandria berkurun sebelum ianya dibakar oleh pihak Muslim dan semasa Pemanasan Roma. Salinan peta kuno ini ada dalam karya Hapgood Maps of the Ancient Sea Kings dan peta Piri Reis 1513, berdasarkan peta Alexandria, berada di Cyrus karya Gordon Before Columbus (Turnstone Press, London, 1972, ms. 71-73).

 

Peta pesisiran Atlantik ini termasuk Antartika tidak dibuat selewat kurun yang ke-5 dalam Zaman Selepas Masehi. Laluan Drake tidak simasukkan sebagai satu bahagian di persisiran Amerika Selatan, tetapi ianya berhubunga langsung dengan Afrika dan dipetakan dengan baik. Peta ini agak konsisten dengan persisiran laut sehingga kira-kira (tujuh) kaki lebih tinggi dan lebih panas dengan kolam-kolam dan lebih lembab di Afrika dan Sepanyol. Daratan yang di bahagian utara Britanny tidak ditunjukkan dan ini adalah konsisten dengan peningkatan tahap permukaan laut.

 

Justru itu, model evolusionari yang tetap adalah salah sepenuhnya, dan Zaman Ais yang lebih kecil terjadi setiap satu ribu tahun. Kita sedang menuju kepada satu lagi zaman ais pada masa sekarang dan kutub sudah menunjukkan bukti peleburan. Mungkin ianya akan mengikuti peredaran kutub bermagnet dan mungkin akan beredar ke Rusia/Siberia, yang mana mungkin akan menurunkan tahap permukaan air pada jangka masa yang lama dengan meletakkan litupan ais di darat. Peningkatan permukaan laut ini mungkin terjadi pada jangka masa yang pendek.

 

Model Global Warming (Pemanasan Serantau) yang terkini tidak mengambil Masa Pemanasan Zaman Pertengahan didalam pernyataa dan tidak mengambil Masa Pemanasan Roma kedalam pernyataan ini, ataupun pada zaman Daud dan pada masa air bah. Air bah ini sendiri mungkin disebabkan oleh peleburan luptan air di Canada dan peredaran kutun kedalam Artik dan dengan ini meningkatkan tahap air di bahagian Mediteranean dan melanda keatas tamadun awal disana dan membekukan mamot-mamot di Siberia. Ini telah mengubah iklim dimana mana bahagian dunia, khususnya di bahagian Timur dan Australia dan New Zealand dengan ketara.

 

Peristiwa ini memperlihatkan pembasmian alat teknologi Kartan di bahagian pesisiran laut Australia (lihat juga karya tulis Cox, Creation: From Anthropomorphic Theology to Theomorphic Anthropology (B5)). Kewujudan kehidupan tumbuhan di Antartika, yang mana sekarang mula muncul dari benih yang terpendam, adalah bukti dari apa peta kuno ini cuba beritahu kita.

 

Ringkasan

 

Kesimpulannya adalah:

 

·        Alkitab tidak menghendaki Bumi ini berumur 6000 tahun. Hanya penciptaan-semula dan penciptaan Adam berada dalam jangka masa ini.

·        Kesimpulan pihak Evolusionis berkenaan dengan umur sistem Solar adalah berdasarkan pereputan uranium kepada timah hitam dan dakwaan ini secara lojiknya tidak sejajar atau bertentangan, dengan memberikan masa reput struktur yang digunakan.

·        Jarak galaksi dalam pertalian kepada sistem kita yang berdasarkan kepada kelajuan cahaya dipengaruhi oleh peredaran merah dan pergerakan galaksi-galaksi dari titik asal dalam kelajuan yang tinggi, dan umur alam semesta tidak didasarkan langsung kepada jarak tubuh induk dari segi cahaya tahun.

·        Dinosaur mungkin telah wujud pada waktu penciptaan Adam di darat tetapi kita tidak mempunyai bukti langsung tentang ini. Penemuan orang Turkimenistan ini perlu dikaji dan didokumenkan dengan baik. Bukti dinosaur laut pada masa moderen seperti makluk Plesiosaur di Loch Ness dan Hawkesbury adalah anekdot dan harus dikaji dengan lebih mendalam. Kita mempunyai bukti fizikal dari coelacanth masih wujud jadi jangka masa ini mungkin menjangkau lebih lama lagi.

·        Pengetahuan manusia berbeza-beza di sepanjang masa dan orang-orang dari Mediteraneam memetakan Antartika dan Amerika Selatan kira-kira dua ribu tahun dahulu (dan mungkin tiga ribu tahun atau lebih, kerana Britain tidak dimasukkan dalam peta ini). Mereka mempunyai pengetahuan yang lebih luas daripada yang ada sehingga baru-baru ini. (Hanya dalam masa tiga puluh tahun yang terakhir ini kita boleh memetakan Antartika dengan satelit). Dengan ini, kita harus menyimpulkan bahawa sekurang-kurangnya tidak ada litupan di perlembahan Barat.

·        Anggapan Evolusionis berdasarkan umur litupan ini adalah salah dan umur serta implikasi ini harus dikira semula.

·        Perdebatan yang ada sekarang mengenai Pemanasan Serantau, yang berdasarkan sepenuhnya pada emisi kurun yang ke-20, adalah salah dan tidak mengendakan Jangka Masa Pemanasan Milenial yang telah terbukti berlaku setiap milenium selama ribuan tahun. Peredaran kutub juga mempunyai implikasi bagi umur Bumi dan telah disalahtafsirkan oleh Evolusionis pada jadual masa yang salah.

·        DNA Manusia menandakan bahawa catatan Alkitab adalah betul menurut bangsa-bangsa. Jangka masa yang digunakan bagi menjejak struktur DNA telah diselewengkan kerana kegagalan untuk mengambil kira pengamatan saintifik mengenai mutasi mtDNA dalam Genom Manusia.

·        Teknik pertarikhan Evolusionis adalah tidak betul secara analitiknya dan perlu ditulis semula.

·        Evolusionis dengan terang-terangan tidak meneruskan hipotesis yang tidak mempunyai sokongan yang boleh dibuktikan dan sebenarnya satu keagamaan yang berdasarkan iman dalam teorinya sendiri tanpa bukti. Ianya tidak mempunyai dasar yang boleh diajar sebagai fakta dalam institusi pembelajaran.

 

Kajian tentang perdebatan Penciptaan dan Evolusi harus dilakukan dalam keadaan disiplin yang baik dan dalam forum yang lebih terbuka.

 

 

q