Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[156]

 

 

 

 

Kalendar Tuhan [156]

(Edisi 4.0 19960316-20000320-20070724-20080103)

 

Kalendar yang ditetapkan oleh TUHAN telah dimulakan sejak penciptaan lagi. Ianya tidak bergantung pada mana-mana orang ataupun sebarang system observasi untuk menentukannya. Ianya telah wujud sepanjang waktu zaman bait Israel dan bukannya kalendar yang sama yang dipelihara oleh orang-orang Yahudi hari ini. Umat-umat Kristian diwajibkan oleh perintah hukum dan kesaksian Alkitab untuk memelihara kalendar ini dan bukan yang lain.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã1996, 1999, 2000, 2007, 2008 Wade Cox)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Kalendar Tuhan [156]



Pengenalan Kepada Kalendar Yahudi

Kalendar bagi sistem Yahudi merupakan suatu sistem yang telah dibentuk lewat, dan bukannya kalendar yang telah digunakan pada jangkamasa Bait Allah sewaktu zaman Kristus dan Jemaat. Schurer mengatakan di dalam Lampiran 3 bagi karya The History of the Jewish People in the Age of Jesus Christ (Vol. 1, mukasurat 587 dan seterusnya), “nama-nama Yahudi-nya mempunyai asal Asyur-Babel; dalam mana bentuk-bentuk sepadan Akkadia-nya ialah: ni-sa-an-nu, a-a-ru, sf-ma-nu, du-u-zu dan sebagainya”, dan dia merujuk kepada karya Landsburger mengenai subjek ini (Materialen zum Sumerischen Lexicon V (1957), mukasurat 25-26 dan seterusnya). Schurer selanjutnya mengatakan:

 

Di dalam lingkungan batasan Judaisme, dokumen terawal yang menyenaraikan kesemua bulan-bulan mengikut turutan adalah Megillath Ta’anith. Ianya telah disusun pada abad pertama atau awal abad kedua TM, kerana ianya sudahpun dinyatakan di dalam Mishnah [Mishnah telah disusun pada sekitar abad kedua]. Berkenaan pihak-pihak pengarang kemudiannya, hanya perlu untuk menyebut pasal seorang Kristian yang kurang dikenali iaitu Josephus, yang mana di dalam karyanya Hypomnesticum (PG cvi, col. 33) telah memasukkan bulan-bulan [Nesan, Eiar, Eiouan, Thamouz, "Ab, ‘Eloul, ‘Osri (disebut Thisri), Marsaban, Chaseleu, Tebeth, Eabath, ‘Adar].

 

Selepas menyenaraikan bukti bagi nama-nama bulan-bulan Yahudi (lihat Lampiran) dia kemudiannya mengatakan:

 

Bulan-bulan Yahudi telah terus berkekalan sepertimana asalnya bulan-bulan bangsa-bangsa bertamadun yang lainnya; iaitu, bulan-bulan lunar yang sejati. Oleh kerana tempoh astronomi bagi satu bulan adalah 29 hari, 12 jam, 44 minit dan 3 saat, maka bulan-bulan yang terdiri daripada 29 hari harus silih berganti dengan bulan-bulan yang terdiri daripada 30 hari. Namun dua belas bulan-bulan lunar hanya berjumlah 354 hari, 8 jam, 48 minit dan 38 saat, sedangkan satu tahun solar terdiri daripada  365 hari, 5 jam, 48 minit dan 48 saat. Dengan itu, terdapatnya perbezaan antara satu tahun lunar (dua belas bulan) dengan satu tahun solar, iaitu sebanyak 10 hari dan 21 jam. Untuk mensetarakan perbezaan ini, sekurang-kurangnya sekali pada setiap tahun ketiga, dan kadangkala pada tahun kedua, satu bulan haruslah diinterkalatkan. Ianya diperhatikan pada zaman-zaman awal bahawa suatu kompensasi yang cukup tepat telah dicapai dengan menginterkalatkan satu bulan sebanyak tiga kali  pada setiap lapan tahun (di mana dalam tempoh ini, perbezaan tersebut adalah berjumlah 87 hari). Sukan-sukan Yunani yang diadakan setiap empat tahun sememangnya sudahpun bergantung pada perkenalan kitaran 8 tahun ini (‘octaeteris’), di mana kitar empat tahun dibilang hanya dengan membahagi-duakan kitar tersebut.

 

Justeru sukan Olimpik adalah berdasarkan pada kalendar lunar. Schurer meneruskan:

 

Seawal abad kelima SM, ahli astronomi Meton dari Athens telah membentuk suatu sistem kompensasi yang lebih tepat lagi dalam bentuk kitaran 19 tahun, di mana satu bulan diinterkalatkan sebanyak tujuh kali. Ini melebihi kitar 8 tahun tersebut dari segi ketepatan, kerana di dalam perkiraan sembilan belas tahun, akan hanya tinggal perbezaan lebih kurang dua jam, sedangkan di dalam lapan tahun ketidaksetaraannya adalah satu setengah hari. Berkenaan ahli-ahli astronomi kemudiannya yang telah memberikan perkiraan-perkiraan yang lebih tepat lagi, Hipparchus dari Nicaea (sekitar 180-120 SM) perlu disebutkan secara khusus. Hakikat bahawa selepas setiap sembilan belas tahun, perjalanan matahari dan bulan hampir tepat-tepat berpadanan, juga diketahui luas di kalangan orang-orang Babilon. Pada hakikatnya, inskripsi-inskripsi kuneiform telah difikirkan menunjukkan bahawa mereka lazimnya menggunakan kitar interkalari 19 tahun sehingga sejauh zaman Nabonnassar, iaitu jauh lebih awal daripada Meton. Sungguhpun ini belum lagi dibuktikan, penggunaan tempoh interkalari sembilan belas tahun ini pada era-era Persia dan Seleucid boleh diterima sebagai sah, sungguhpun masih belum begitu pasti lagi sama ada keutamaan itu adalah milik orang-orang Yunani ataupun (sepertimana yang mungkin) orang-orang Babilon.

 

Jadi, orang-orang Babilon memiliki pengetahuan tentang kalendar lunar kitar 19 tahun. Mereka mengetahuinya jauh lebih awal daripada ahli falsafah Meton. Sungguhpun masih belum terbukti bagi Babilon, jangkamasa interkalari sembilan belas tahun itu pada era-era Persia dan Seleucid boleh sekali diterima sebagai sah. Schurer sendiri tidak begitu pasti sama ada keutamaan pemahaman ini menjadi milik orang-orang Yunani, atau sepertimana yang mungkin, orang-orang Babilon. Ia akan ditemui jauh lebih awal lagi daripada zaman orang-orang Babilon sendiri.

 

Schurer memperhatikan:

… bahawa kitar sembilan belas tahun itu ada digunakan di dalam kerajaan Arsacid pada abad pertama SM dan TM, dan telah ditunjukkan oleh Th. Reinach daripada duit-duit syiling di mana tahun-tahun 287, 317, dan 390 bagi era Seleucid muncul sebagai tahun-tahun interkalari. Berapa jauhkah kemajuan orang-orang Yahudi daripada era inter-[Kitab] Perjanjian di dalam hal-hal sedemikian? Sudah pasti mereka mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan am tentang semua ini, namun kecualilah kita tertipu keseluruhannya, pada zaman Yesus, mereka masih lagi tidak mempunyai kalendar yang tetap, tetapi dengan berdasarkan pada pemerhatian empirikal semata-mata, memulakan setiap bulan baru dengan kemunculan bulan yang baru di langit, dan juga berdasarkan asas pemerhatian yang sama menginterkalasikan satu bulan pada musim bunga setiap tahun kedua atau ketiga demi menurut aturan tersebut bahawa di dalam segala keadaan, Paskah harus tiba selepas ekuinoks vernal atau musim bunga.

 

Petikan-petikan tersebut memulakan karya ini, dengan tempoh masa antara-[kitab] Perjanjian serta komen-komen Schurer ke atas kalendar itu. Kalendar Tuhan terbit sejak daripada penciptaan. Kalendar Tuhan tidak bergantung pada apa yang orang-orang Yahudi lakukan pada zaman Yesus Kristus, dan sememangnya, kita akan lihat bagaimana Schurer sebenarnya tidak betul atau luas huraiannya di dalam hal ini. Kita tahu bahawa sistem pemerhatian tersebut hanya telah diperkenalkan pada suatu masa kemudiannya dan nampaknya digunakan bersama-sama dengan perkiraan konjungsi tersebut demi menyokong adat tradisinya. Para terpelajar cukup setuju bahawa orang-orang Samaria serta golongan Saduki mempunyai sistem yang sama, yang berdasarkan pada konjungsi itu dan dikira serta diumumkan sekurang-kurangnya lapan bulan lebih awal, lebih-lebih lagi bagi orang-orang Samaria. Kita akan teliti aspek ini dengan lebih jauh lagi. Schurer tidak mengambil langkah logik seterusnya di dalam hujahnya untuk menunjukkan kenapa orang-orang Yahudi telah berubah kepada sistem pemerhatian, sedangkan mereka tahu apa yang lebih baik, dan sememangnya kenapa mereka telah memperkenalkan hujah yang menyarankan [sistem] pemerhatian pada penghujung jangkamasa Bait Suci itu. Kita akan lihat bahawa orang-orang Farisi sememangnya tidak mempunyai kuasa untuk memperkenalkannya sewaktu zaman Bait Suci dengan berbekalkan kelicikan mereka sendiri.

 

Boleh dikatakan bahawa orang-orang Samarian mempunyai kalendar yang sama sekurang-kurangnya selama 2500 tahun, dan bahawa kalendar dan Sabat-sabat serta sistem yang mereka gunakan pada hari ini, yang berdasarkan pada konjungsi tersebut, adalah kalendar dan Sabat-sabat yang sama dengan apa yang mereka gunakan semasa tempoh Bait dan sesudahnya. Komen-komen Ibrahim ibn Ya’kub iaitu komentator Alkitab Samaria, menunjukkan bahawa amalan-amalan orang Samaria adalah menurut konjungsi tersebut. Mereka memulakan hari pada sebelah petang atau senja. Mereka memelihara perayaan dua hari itu iaitu 14 dan 15 haribulan, sepertimana yang telah dilakukan oleh Jemaat Pemelihara Sabat untuk selama dua ribu tahun (rujuk Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah [170], edisi 1998). Mereka telah melaksanakan korban itu pada 14 Nisan di sebelah petang pada penghujung hari ke 14, dan mula makan pada sebelah petang 15 Nisan, di mana kesemuanya ditentukan berdasarkan pada konjungsi tersebut. Lebih-lebih lagi, mereka, seperti juga golongan Saduki pada zaman Bait Suci itu, memelihara Pentakosta pada hari Minggu lima puluh hari selepas hari Minggu unjukan berkas di dalam Roti Tanpa Ragi (rujuk karya John Bowman (ed. dan tr.), Samaritan Documents Relating to Their History, Religion and Life, Pittsburgh Original texts and Translation Series Number 2, mukasurat 223-237).

 

Tidak sebarang bukti yang mengatakan bahawa orang-orang Samaria ini telah mengubah sistem tersebut, ataupun bahawa mereka, dan bangsa-bangsa lain yang disebutkan di atas, tidak mempunyai kapasiti untuk mengira konjungsi tersebut dengan tepat, lama sebelum seluruh tempoh bait Kedua itu. Jika orang-orang Yahudi telah “kehilangan” pengetahuan ini pada penghujung jangkamasa Bait Kedua maka mereka telah sengaja berbuat demikian demi memasukkan ajaran-ajaran tradisi mereka. Jemaat tidak pernah mengikuti cara mereka di dalam menentukan kalendar dan Bulan-bulan Baru kecualilah pada waktu kejahilan mereka selepas zaman Reformasi itu di mana mereka telah cuba meniru gaya-gaya Judaisme. Judaisme rabinikal juga telah memperkenalkan pesta-pesta dan sistem-sistem pagan ke dalam kalendar mereka daripada Babilon pada zaman abad Ketiga. R. Samuel Kohn, Ketua Rabbi di Budapest, dan seorang penulis amalan-amalan orang Samaria, yang menulis di Budapest pada tahun 1894, mencatatkan amalan-amalan Jemaat Sabatarian selama jangkamasa Reformasi itu. Dia memerhati bahawa jemaat Sabatarian di situ menentukan kalendar mereka menurut konjungsi tersebut (dengan satu kelainan berbanding amalan-amalan Samaria). Dia juga membuat pemerhatian bahawa memandangkan para judaiser (golongan yang mahu mengikut cara Yahudi) terkemudian (selepas Simon Pechi) di Transylvania telah mengikuti Rosh HaShanah atau Tahun Baru yang dirayakan di Tishri, maka terbuktilah adanya pengaruh Yahudi. Dia menyatakan bahawa Rosh HaShanah tidak diperkenalkan ke dalam Judaisme sehinggalah selepas tempoh Bait iaitu pada Abad Ketiga. Dr. Kohn, menyebut tentang fakta penting ini di dalam karya The Sabbatarians in Transylvania, dengan menyatakan bahawa ia telah masuk pada tempoh “selepas zaman alkitab” dan abad ketiga (merujuk kepada Talmud Talmud Rosh haShanah 8a pada nota 18 kepada bab 7) (Ed. W. Cox, trs. T. McElwain and B. Rook, CCG Publishing, USA, 1998, mukasurat v, 58, 106 dan seterusnya., et. seq. and nn.). Menurut Alkitab, Tahun Baru jatuh pada bulan Abib iaitu bulan Pertama.

 

Perkembangannya daripada kalendar alkitab sejati yang asal kepada kalendar rabinikal yang diperkenalkan dari Babilon, yang bermula di bawah Rabbi Hillel II pada tahun 358 TM, agak lama jangkamasanya kerana tradisi-tradisi tersebut perlu dikukuhkan demi mewajarkan perubahan-perubahan ansur-ansur itu. Mishnah yang dikumpulkan sekitar tahun 200 TM, pada mana Talmud kemudiannya ditulis sebagai komentarinya, sedikit sebanyak merekodkan proses ini melalui komen-komen serta pakar-pakar yang dirujuknya.

 

Kita akan lihat berikutnya bahawa Kalendar pada zaman Bait adalah menurut perkiraan Saduki, dan penentuan atau sistem Farisi hanya telah mula berkesan selepas pembinasaan Bait itu pada tahun 70 TM. Mishnah mencatatkan banyak amalan, untuk apa Kalendar Yahudi moden diciptakan khas untuk menghalang. Kalendar ini belum juga sempurna sungguhpun di bawah Hillel II daripada sekitar tahun 358 dan terus mengalami perubahan sehinggalah abad kesebelas. Butir-butir perubahan-perubahan serta konflik-konflik yang terjadi direkodkan di dalam karya Kalendar dan Bulan: Penangguhan atau Perayaan? [195].

 

Mishnah menunjukkan bahawa hari-hari Suci jatuh sebelum dan selepas Sabat berulang-kali, dan bermakna bahawa tradisi-tradisi dan sistem yang dicipta oleh golongan Farisi untuk memelihara tradisi-tradisi tersebut, belum ada lagi selewat-lewatnya pada masa kompilasi Mishnah itu (rujuk Soncino Talmud: Shabbat 114b; Menachoth 100b; dan Mishnah Besah 2:1; Shabbat 15:3; Sukkah 5:7; Arakhin 2:2; Hagigah 2:4). Sabat-sabat yang saling berikutan lazim terjadi. Teks di dalam Hagigah 2:4 menunjukkan konflik yang sedang timbul pada masa itu (200 TM) di antara penyokong-penyokong pro dan anti Pentakosta Hari Minggu (rujuk ibid. [195] dan lihat di bawah).

 

Justeru mustahil bahawa sistem penangguhan dan kalendar Yahudi moden mahupun yang terkini sudahpun wujud pada zaman Kristus. Kita teruskan:

 

Mishnah juga menyatakan bahawa terdapat empat tahun yang baru, dan bahawa hari Pertama Nisan merupakan tahun yang baru bagi para raja dan perayaan-perayaan. Ini juga dibincangkan di dalam karya Malam Yang Lazim Diraikan [101] yang meneliti amalan-amalan golongan Samaria pada waktu Paskah. Kita juga dapat melihat daripada penentuan-penentuan masa ini di dalam Mishnah bahawa perkiraan-perkiraan tarikh berkaitan Ezra dan Nehemia adalah merujuk kepada 1 Nisan dan bukannya 1 Tishri (rujuk Membaca Hukum Bersama Ezra dan Nehemia [250]). Tishri telah digunakan pada masa itu bagi penentuan tahun-tahun, bagi tahun-tahun Sabat dan bagi Yobel-yobel (Rosh Hashanah 1.1 E (3)). Kita lihat bahawa fahaman [berkenaan] Tishri ini, yang telah masuk daripada Babilon, mula-mula sekali dicatatkan di dalam Mishnah sepertimana yang dikemukakan oleh R. Eliazar dan R. Simeon (ibid. 1.1 D). Ia tidak dipelihara sebagai Tahun Baru pada waktu jangkamasa Bait Suci. Mishnah juga cuba untuk memindahkan permulaan waktu pemberian persepuluhan lembu ternakan itu kepada 1 Elul (ibid. 1.1 C). Rumah (Kumpulan) Shammai juga berpendapat bahawa tahun baru bagi pohon-pohon adalah 1 Shebat, sementara Kumpulan Hillel pula berpendapat bahawa ianya jatuh pada hari Kelima belas bulan tersebut. Tahun Baru pada Bulan Penuh, secara langsungnya adalah suatu amalan pagan, juga diperkenalkan daripada Babilon dan tidak syak lagi dikaitkan dengan penanaman-penanaman berdasarkan carta-carta bulan. Kesemua penentuan ini adalah ciri Judaisme rabinikal sesudah Jangkamasa Bait Suci. Hanya pada Abad Ketiga sahaja barulah kita lihat Tishri dibangunkan oleh para rabbi. Ia, serta sistem pertangguhan tersebut, kini berkuasa ke atas Judaisme bertentangan dengan firman Tuhan. Sangkakala-sangkakala lazimnya bukan ada pada molad yang merupakan konjungsi itu, dan Hari-hari Kudus Tuhan ditangguhkan oleh sebab ketidaktaatan, kepada hari-hari lain yang tidak ditentukan Tuhan.

 

Encyclopedia Judaica mengakui hakikat ini di dalam artikelnya berkenaan Fixing Rosh HaShanah (New Years Day) (Menetapkan Masa Rosh HaShanah (Hari Tahun Baru)).

 

Menetapkan Masa Rosh HaShanah (Hari Tahun Baru). Tahun bermula pada Tishri 1, yang jarang menjadi hari bagi molad, kerana terdapat empat halangan atau pertimbangan, yang dipanggil dehiyyah, yang terbabit di dalam penetapan hari pertama bulan (rosh hodesh). Setiap dehiyyot mungkin membawakan pertangguhan sebanyak dua hari: (1) terutamanya demi menghalang Hari Pendamaian (Tishri 10) daripada jatuh pada hari Jumaat ataupun Minggu, dan Hoshana Rabba (hari ketujuh bagi Sukkot; Tishri 21) daripada jatuh pada Sabtu, tetapi sebahagiannya juga adalah demi tujuan astronomikal…(2) keseluruhannya adalah kerana sebab astronomikal, jika molad adalah pada waktu tengahari atau lebih lewat maka Rosh HaShanah ditangguhkan satu hari (ibid., mukasurat 44).

 

Dehiyyah ketiga dan keempat merupakan peraturan-peraturan yang lebih rumit lagi yang membabitkan waktu-waktu spesifik bagi molad dan pertangguhan 1 Tishri yang berikutan. Moladot-moladot ini ditabulasikan dengan pertangguhan-pertangguhan spesifik yang disebutkan di dalam artikel Encyclopedia Judaica itu. Aturan pertangguhan ini tidak diketahui pada waktu Kristus dan pada masa pengumpulan kitab Talmud. Mishnah, dan Talmud sebagai komentarinya, jelas menunjukkan bahawa Hari Pendamaian jatuh pada hari Jumaat atau Minggu sekurang-kurangnya hingga pada masa kompilasi Mishnah dan, kerana itu, termasuklah waktu Kristus yang dua abad lebih awal dari itu.

 

Kita juga lihat bahawa kejadian bulan-bulan adalah berlainan daripada apa yang ada di bawah Kalendar Yahudi.

 

(Arakhin 2:2): Mereka tidak mengira kurang daripada empat bulan penuh di dalam satu tahun, dan [kepada para bijak-pandai] tidak pernah melebihi lapan

 

Oleh itu adalah mustahil penangguhan-penangguhan itu telah wujud pada waktu Kristus. Kita teruskan:

---sistem masakini dijangkakan akan diganti [tekanan ditambah] sekali lagi oleh suatu sistem yang berasaskan pada nilai-nilai sebenar [sebalik daripada nilai-nilai min] yang lebih menyerupai kalendar Yahudi lebih awal dalam mana Bulan-bulan Baru (hari-hari berlakunya phasis/pertukaran fasa [iaitu ukuran masa daripada konjungsi sebenar hinggalah penglihatan pertama bulan sabit baru]) serta interkalasi-interkalasi diisytiharkan berdasarkan pada pemerhatian dan perhitungan (ibid., muksasurat 47).

 

Perhatikan bahawa komen-komen di sini menunjukkan bahawa perkiraan-perkiraan itu adalah berdasarkan pada konjungsi sebenar menurut phasis (yang tidak kelihatan) tersebut, yang tidak ternampak dan pemerhatian-pemerhatian yang diperkenalkan untuk mengesahkan apa yang sudahpun diketahui berbulan atau bertahun-tahun sebelumnya. Istilah fasa-fasa (phases) bulan datang daripada istilah phasis dan telah sentiasa diaplikasikan kepada Bulan Baru sebagai gelap sepenuhnya, Bulan Penuh serta kuarter pertama dan kedua. Bulan sabit tidak pernah dianggap sebagai fasa sebenar bulan dalam ertikata penggunaan istilah tersebut bagi Bulan Baru.

 

Bersejarah. Menurut suatu tradisi yang dipetik dalam nama Hai Gaon (d. 1038), kalendar Yahudi sekarang ini telah diperkenalkan oleh patriark (bapa) Hillel II…pada 358/59 TM…Sungguhpun bukan tidak munasabah untuk menyatakan Hillel II sebagai punca kepada penetapan aturan interkalasi-interkalasi yang tetap, sama ada dia terlibat sepenuhnya atau tidak di dalam penghasilan kalendar tetap masakini masih diragui (ibid., mukasurat 48).

 

Perhatikan di sini bahawa Kalendar Yahudi Moden sebenarnya tidak menjadi tetap sehinggalah Abad Kesebelas sepertimana yang diakui Judaica. Judaica kemudiannya memperkenalkan konsep ketidaktetapan di dalam interkalasi dengan mengatakan bahawa mereka tidak tetap,

 

… interkalasi yang sebahagiannya bergantung pada keadaan lazim pelbagai hasil-hasil pertanian serta keadaan-keadaan sosial. …keadaan tanam-tanaman ditentukan secara muktamadnya oleh posisi matahari di dalam laluan tahunannya (ibid., mukasurat 49).

 

Namun kita tahu bahawa golongan Saduki dan Samaria tidak pernah menghadapi masalah ketidaktetapan, dan Bulan Baru diisytiharkan dengan penyalaan api-api daripada Bukit Zaitun, yang terletak di sebelah timur bait itu di atas Kidron (rujuk karya Mesias dan Lembu Betina Merah [216]). Lewat kemudiannya barulah orang-orang Samaria telah dituduh menyalakan api isyarat yang mengelirukan dengan sewenang-wenangnya, iaitu apabila orang-orang Farisi telah mengambil kuasa sesudah pembinasaan Bait itu dan memperkenalkan pertangguhan-pertangguhan melalui pemerhatian-pemerhatian.

 

Masalah sebegitu tidak pernah wujud sewaktu zaman Bait Suci. John Hyrcanus telah memusnahkan rumah ibadah pada Gunung Gerizim sewaktu zaman golongan Maccabee namun agama mereka telah tetap teguh. Hyrcanus telah menindas golongan Farisi dan hanya selama sembilan tahun sahaja, di bawah Alexandra, mereka berkuasa. Mereka juga telah ditindas oleh Herod disebabkan perbalahan-perbalahan mereka. Golongan Saduki dan sistem mereka telah sentiasa menguasai Bait itu sehinggalah penawanannya pada tempoh akhir dan pembinasaannya pada 70 TM (rujuk ibid., [101]). Golongan Farisi telah menuduh Kristus sendiri sebagai orang Samaria (Yohanes 8:48). Ini adalah kerana dia telah menyangkal kebenaran ajaran serta tradisi mereka, sepertimana yang kita lihat daripada teks itu. Dia telah memelihara perayaan-perayaan Bait yang berdasarkan pada sistem Saduki dan Samaria yang ditentukan oleh konjungsi tersebut, yang merupakan sistem asal Bait (lihat bawah). Di dalam karya John Bowman The Samaritan Problem: Studies in the Relationships of Samaritanism, Judaism, and Early Christianity (diterjemahkan oleh Alfred M. Johnson Jr., Pittsburgh Theological Monograph Series Number 4, The Pickwick Press, Pittsburgh, Pennsylvania, 1974, bab 1, mukasurat 1 dan seterusnya), kita lihat bahawa orang-orang Samaria telah tetap ada di kerajaan utara itu sungguhpun telah berlakunya persuraian itu pada tahun 721 SM, dan suatu diaspora Samaria telah wujud di Mesir dan Syria sejak dari dulu lagi sehinggalah abad ke 18. Bowman mengatakan:

Oleh kerana terdapat banyak manuskrip-manuskrip Samaria di dalam perpustakaan-perpustakaan Eropah, ianya telah terus menjadi suatu tanda tanya kepada saya kenapa para terpelajar Kristian, yang telahpun mengetahui sejak dari masa Joseph Scalinger (1540-1609) mengenai keberkekalan orang-orang Samaria, masih lagi mengulangi pendapat-pendapat sama berkenaan orang-orang Samaria ini sepertimana yang telah dibuat oleh orang-orang Yahudi sesudah zaman Babilon, Mishnah dan Talmud dan yang telah masuk melalui Para Bapa Jemaat ke dalam tradisi ajaran Kristian.

 

…Penemuan-penemuan Qumran telah kini mendorong beberapa orang terpelajar untuk mempersoalkan idea “Judaisme Normatif” yang sering digunakan dan diterima bulat-bulat, serta sumber-sumber rabinikal, sebagai kriteria yang boleh dipercayai bagi intipati Judaisme abad pertama. Sebagai akibatnya, nampaknya sesuai untuk sekali lagi meneliti betul-betul sama ada atau tidak golongan Samaria, selaku mazhab Yahudi pertama yang tidak mempunyai tradisi dan adat tersendiri, telah mengekalkan adat-adat serta pandangan-pandangan yang lebih tua daripada apa yang telah cuba disucikan oleh para Rabbi abad ke 2 (dan kemudiannya) dengan menyatakan bahawa hal-hal tersebut adalah tradisi-tradisi lisan daripada zaman Musa yang telah diturunkan kepada mereka selaku pemegang-pemegang amanah bagi satu-satunya Israel yang sejati.

 

Sebabnya kenapa posisi golongan Samaria tidak dikaji secara terbuka adalah juga kerana kesilapan imam-imam Samaria itu sendiri, selain daripada orang-orang Yahudi.

 

Kalendar Tuhan

Kita perlu kembali kepada Kejadian 1 untuk menemui dasar bagi Kalendar Tuhan.

 

Kejadian 1:14-19 14 Berfirmanlah Allah: "Jadilah benda-benda penerang pada cakrawala untuk memisahkan siang dari malam. Biarlah benda-benda penerang itu menjadi tanda yang menunjukkan masa-masa yang tetap dan hari-hari dan tahun-tahun, 15 dan sebagai penerang pada cakrawala biarlah benda-benda itu menerangi bumi." Dan jadilah demikian. 16 Maka Allah menjadikan kedua benda penerang yang besar itu, yakni yang lebih besar untuk menguasai siang dan yang lebih kecil untuk menguasai malam, dan menjadikan juga bintang-bintang. 17 Allah menaruh semuanya itu di cakrawala untuk menerangi bumi, 18 dan untuk menguasai siang dan malam, dan untuk memisahkan terang dari gelap. Allah melihat bahwa semuanya itu baik. 19 Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari keempat.

 

Perkataan yang digunakan bagi benda-benda penerang di sini adalah m’aor (SHD 3974) yang bermaksud pemegang-pemegang terang ataupun benda-benda bercahaya (Keluaran 25:6; 27:20; 35:14). Di dalam Kejadian 1:3, teksnya adalah jadilah terang. Ianya berbeza daripada jadilah benda-benda…(lihat Companion Bible, nota sampingan kepada ayat 3). Jadi apa yang dimaksudkan di sini adalah prasyarat sistem tersebut untuk aktiviti-aktiviti seterusnya.

 

Terang tidak ditetapkan kedudukannya sehinggalah hari keempat penciptaan, menurut kisah Kejadian itu. Ini menunjukkan suatu urutan aktiviti Tuhan di dalam penciptaan. Aktiviti elemen keempat bagi urutan penciptaan ini adalah untuk menetapkan benda-benda penerang bagi pembahagian siang dan malam, serta bagi menunjukkan masa-masa yang tetap dan hari-hari dan tahun-tahun (Kejadian 1:14).

 

Urutan kalendar sepertimana yang ditetapkan oleh Tuhan pada waktu penciptaan, ditentukan oleh benda-benda cakrawala. Jadi, pergerakan serta kedudukan benda-benda cakrawala ini merupakan faktor penentu bagi kalendar tersebut. Ini akan dilihat terbentuk sepanjang penulisan Alkitab dan adalah penting kepada hukum.

Mazmur 104:19 19 Engkau yang telah membuat bulan menjadi penentu waktu, matahari yang tahu akan saat terbenamnya.

 

Oleh itu, bulan ialah faktor penentunya dan bukan matahari. Matahari hanya berfungsi bagi hari sahaja, dan sebagai paksi bagi permulaan tahun daripada ekuinoks.

 

Hari

Perhatikan juga bahawa petang dan pagi membentuk hari. Waktu petang mendahului pagi ataupun waktu siang sesuatu hari. Oleh itu, suatu hari dikira dari waktu senja atau waktu matahari terbenam pada petang hari sebelumnya hingga petang hari itu atau Akhir Senja Nautika Petang (EENT – End of Evening Nautical Twilight).

 

Imamat 23:32 32 Itu harus menjadi suatu sabat, hari perhentian penuh bagimu, dan kamu harus merendahkan diri dengan berpuasa. Mulai pada malam tanggal sembilan bulan itu, dari matahari terbenam sampai matahari terbenam, kamu harus merayakan sabatmu."

 

Pandangan ini, bahawa hari bermula pada sebelah petang, iaitu sesudah matahari terbenam, telah dipelihara secara berterusan sehinggapun di kalangan orang-orang Yahudi pada waktu zaman Mishnah. Ia merupakan cara penentuan hari yang lazim digunakan bagi kebanyakan bangsa dan merupakan amalannya di kalangan orang-orang berbahasa Inggeris sehinggalah sekitar permulaan abad kesembilan belas (lihat bawah).

 

Mishnah:

(Besah 2:1) Pada perayaan yang jatuh pada petang Sabat [Jumaat], seseorang itu sepatutnya tidak memasak bagi memulakan hari perayaan tersebut. [Jumaat] Tetapi dia menyediakan makanan bagi hari perayaan tersebut, dan jika dia telah meninggalkan lebihan makanan, ertinya dia telah meninggalkannya untuk kegunaan pada hari Sabat. Dan dia menyediakan masakan makanan pada petang hari perayaan [Khamis] serta bergantung padanya (untuk menyediakan makanan pada hari Jumaat) juga bagi hari Sabat.

 

(Besah 2:2) Jika suatu hari perayaan jatuh pada hari selepas Sabat [hari Minggu] rumah Shammai mengatakan, “Mereka merendamkan semuanya sebelum Sabat”. Dan rumah Hillel mengatakan, “Alat-alatan seharusnya direndam sebelum Sabat. Tetapi orang boleh berendam pada hari Sabat itu sendiri.”

 

(Shabbat 15:3) Mereka melipat pakaian sehingga empat atau lima kali. Dan mereka membentangkan tempat-tempat tidur pada petang Sabat untuk kegunaan hari Sabat, tetapi tidak pada hari Sabat untuk kegunaan selepas Sabat. D. R. Ishmael mengatakan, “Mereka melipat pakaian dan membentangkan tempat tidur pada Hari Pendamaian untuk hari Sabat”.

 

Teks ini menunjukkan bahawa hari Pendamaian juga jatuh pada hari Jumaat pada waktu Mishnah dikumpulkan.

 

(Sukkah 5:7) Tiga kali setahun kesemua imam-imam penjaga berkongsi sama rata di dalam persembahan-persembahan perayaan dan di dalam pembahagian Roti Sajian. Pada waktu Pentakosta mereka akan berkata kepadanya, “Di sini ada roti tanpa ragi, inilah roti beragi untuk kamu”. Imam penjaga yang waktu pelayanannya ditetapkan untuk minggu itu merupakan orang yang mempersembahkan persembahan harian keseluruhan, persembahan yang dibawa kerana ikrar sumpah serta persembahan sukarela, dan lain-lain persembahan orang ramai. Dan ianya mempersembahkan apa saja. Pada hari perayaan yang bersebelahan dengan hari Sabat, sama ada sebelum ataupun selepasnya, kesemua imam penjaga adalah setara di dalam pembahagian Roti Sajian.

 

Justeru itu, Sabat menyusuli Sabat merupakan perkara biasa.

 

Penceritaan kejadian kapal karam yang dialami oleh Paulus menunjukkan bahawa hari bermula pada waktu petang dan malam diikuti dengan siang hari di dalam urutan duapuluh empat jam itu. Kita juga melihat daripada teks ini bahawa hari tidak bermula pada waktu tengah malam pada abad pertama.

 

Kisah 27:27-33 27 Malam yang keempat belas sudah tiba dan kami masih tetap terombang-ambing di laut Adria. Tetapi kira-kira tengah malam anak-anak kapal merasa, bahwa mereka telah dekat daratan. 28 Lalu mereka mengulurkan batu duga, dan ternyata air di situ dua puluh depa dalamnya. Setelah maju sedikit mereka menduga lagi dan ternyata lima belas depa. 29 Dan karena takut, bahwa kami akan terkandas di salah satu batu karang, mereka membuang empat sauh di buritan, dan kami sangat berharap mudah-mudahan hari lekas siang. 30 Akan tetapi anak-anak kapal berusaha untuk melarikan diri dari kapal. Mereka menurunkan sekoci, dan berbuat seolah-olah mereka hendak melabuhkan beberapa sauh di haluan. 31 Karena itu Paulus berkata kepada perwira dan prajurit-prajuritnya: "Jika mereka tidak tinggal di kapal, kamu tidak mungkin selamat." 32 Lalu prajurit-prajurit itu memotong tali sekoci dan membiarkannya hanyut. 33 Ketika hari menjelang siang, Paulus mengajak semua orang untuk makan, katanya: "Sudah empat belas hari lamanya kamu menanti-nanti saja, menahan lapar dan tidak makan apa-apa.

 

Pertukaran kepada permulaan tengah malam untuk hari merupakan suatu ciptaan kemudian Gereja Roma dan tiada kaitan langsung dengan zaman lebih awal itu. Nampaknya melainkan orang-orang Itali, semua bangsa lain mempunyai amalan yang sama atau serupa bagi permulaan hari.

 

Amalan ini telah berkekalan sepertimana yang kita lihat pada waktu pemulihan di bawah Nehemia, di mana Sabat dijaga dengan penutupan pintu gerbang kota dari petang hingga ke petang.

 

Nehemia 13:19 19 Kalau sudah remang-remang di pintu-pintu gerbang Yerusalem menjelang hari Sabat, kusuruh tutup pintu-pintu dan kuperintahkan supaya jangan dibuka sampai lewat hari Sabat. Dan aku tempatkan beberapa orang dari anak buahku di pintu-pintu gerbang, supaya tidak ada muatan yang masuk pada hari Sabat.

 

Teks ini menunjukkan bahawa keadaan sudah remang-remang atau mula menjadi gelap sebelum Sabat. Kata kerja yang digunakan ialah tsalal (SHD 6752) dan ia:

 

… dikaitkan dengan tsel, iaitu ‘bayang’ dan menandakan ‘apabila pintu-pintu gerbang mula mempunyai bayang-bayang padanya’ atau ‘menghasilkan bayang-bayang memanjang’ (rujuk Soncino, nota kepada ayat 19)

 

Penjelasan yang diberikan di dalam Soncino ini adalah penting bagi tradisi-tradisi di dalam menetapkan masa kepada waktu matahari terbenam. Ini difahami sebagai ‘menghampiri waktu gelap/malam’ (rujuk SHD 6751 dan 6752).

 

“Bayang-bayangan memanjang” berlaku lewat petang pada waktu senja sebelum gelap. Kita mungkin boleh simpulkan daripada teks ini bahawa Sabat sebenarnya bermula apabila ianya sudah gelap. Oleh itu, hari bermula pada waktu yang kita istilahkan sebagai Senja Nautika Petang apabila ia menjadi gelap. Suatu penetapan rabinikal adalah bahawa hari bermula pada waktu apabila ianya mustahil untuk membezakan warna benang merah atau biru. Kegagalan cahaya ini adalah pada Akhir Senja Nautika Petang (EENT – End Evening Nautical Twilight). Empat jenis senja yang ada adalah: 1) Senja Sivil iaitu apabila matahari terletak tiga darjah daripada ufuk langit yang digunakan bagi lampu-lampu jalanan. 2) Permulaan Senja Nautika Petang (BENT – Beginning ENT) apabila matahari terletak enam darjah di bawah ufuk langit. 3) EENT adalah pada sembilan darjah dan; 4) Senja Astronomikal iaitu pada duabelas darjah di bawah ufuk langit. Pada EENT, ianya Gelap. Pada BENT ianya mula gelap pada ufuk langit.

 

Semua bangsa termasuklah Israel kuno dan suku-suku kaum Yehuda memulakan hari dengan waktu malam yang bersambung kepada waktu siang, dengan menghitung malam-malamnya. Ini juga telah dilakukan oleh orang-orang Jerman dan Teuton secara umumnya. Petikan berikut daripada John Brady (Brady’s Clavis Calendaria I-II, London, 1812, mukasurat 98) mengatakan:

 

Pelbagai bangsa telah berbeza, dan kini masih lagi berselisihan, di dalam tempoh-tempoh masa mereka memulakan perhitungan diurnal mereka. Orang-orang Turki dan Mahometan mengiranya dari senja petang; sementara orang-orang Itali, bukan saja memulakan jam pertama mereka pada waktu matahari terbenam, tetapi mengira tempoh duapuluh empat jam itu tanpa henti, dan bukannya dua kali 12, seperti yang diamalkan di dalam negeri ini dan di Eropah secara umumnya, kecualilah beberapa bahagian negeri Jerman, di mana mereka juga mengira duapuluh empat jam itu yang dipanggil mereka sebagai “waktu-waktu jam Itali.” …kerana hari kepaderian seluruh Itali bermula pada tengah malam, dan upacara-upacara gereja Roma dalam semua keadaan diregulasi oleh adat ini, ianya lebih menghairankan lagi bahawa hari sivil dibenarkan berbeza di dari segi tempoh permulaannya, dan dengan itu berbeza penggunaannya bukan saja dengan  kebanyakan negeri Eropah, tetapi juga moyang mereka sendiri; khususnya kerana dengan perbezaan di dalam terbenamnya matahari, yang menentukan hari sivil, …

 

Dengan itu kita lihat bahawa pada 1812 pada zaman Napoleon dan pengunduran daripada Moscow, hari masih lagi bermula dan berakhir pada petang senja di dalam Islam dan mana-mana tempat lain, atau waktu matahari terbenam di kalangan orang-orang Itali. Permulaan hari pada tengah malam masih lagi merupakan pemesongan yang telah dibawakan Jemaat Roman Katolik, dan daripada sumber itulah ianya memasuki Eropah dan negeri-negeri barat. Ianya sekadar suatu ciptaan kepaderian yang tidak disokong alkitab. Lebih-lebih lagi, Kristus sendiri telah memperkatakan tentang hari dan malam 12 jam [masing-masingnya] yang kemudiannya dikira sebagai duapuluh empat jam, sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang Itali dan para ahli astronomi. Tiada seorangpun yang pernah memulakan hari pada waktu subuh, kecualilah sebagai jangkamasa duabelas jam yang kedua itu. Hari berduapuluh-empat jam yang bermula daripada tengah malam merupakan suatu pindaan terkemudian bagi perhitungan jam yang dipiawaikan supaya sepadan dengan perhitungan masa tradisi-tradisi kepaderian Roman. Piawaian masa tersebut sama senangnya, dan sepatutnya, ditentukan daripada waktu subuh dan gelap pada ekuinoks, dengan jam Pertama selepas terbenamnya matahari (jam yang kita kenali sebagai jam 6 petang/p.m.) disebutkan sebagai 1 a.s. dan bukannya 7 p.m. Jam 5 petang atau 5 p.m. akan terus kekal sebagai jam kesebelas, sepertimana lazimnya sepanjang hampir enam ribu tahun yang sudah. Jam 7 pagi atau 7 a.m. pula sepatutnya menjadi 1 a.m. Dari segi penghitungan duapuluh empat jam ianya akan menjadi jam 1300. Ini sudah tentu sepadan dengan ajaran Kristus dan ianya akan diperkenalkan semula daripada Yerusalem daripada pemulihan itu nanti.

 

Sebabnya kenapa urutan-urutan kepaderian itu bermula daripada tengah malam, adalah kerana kepentingannya bagi amalan berpuasa, kerana mereka mempunyai amalan yang berlainan daripada amalan Alkitab serta jemaat awal. Brady mengatakan bahawa istilah tengah hari iaitu noon pada asalnya bermakna jam kesembilan. Dengan mengira daripada pukul 6 pagi, jam kesembilan adalah 3 petang/p.m. “iaitu waktunya apabila nyanyian, menurut peraturan kuno gereja, selalunya dinyanyikan.” (ibid., mukasurat 99). Kini noon betul-betul memaksudkan pertengahan hari, sama ada kerana para rahib sentiasa melanggar puasa, atau kerana waktu itu merupakan waktu makan malam yang lazim (rujuk ibid.). Kita juga harus mengingatkan fakta ini apabila membaca tulisan-tulisan awal yang ada menyebut tentang waktu noon ini. Perkataan luncheon (makan tengah hari) terbit daripada pengejaan silap perkataan nuncheon atau nyanyian noon/tengah hari.

 

Tidak pernah ada di dalam sejarah, keadaan masyarakat dan orang-orang yang begitu menyerupai gambaran di dalam Daniel 7:25 sebagaimana keadaan Eropah pada abad kesembilan belas sehinggalah masakini. Ianya telah bermula dari Rom pada abad kedua dan kini sedang pantas menghampiri penamatnya.

 

Istilah day (hari) datang daripada perkataan Saxon Dæg. Perkataan ini nampaknya berkaitan dengan perkataan Roma Dies atau Diis. Orang-orang dahulukala memberikan nama-nama planet kepada hari-hari, yang mereka panggil sebagai Dii atau dewa-dewa (ibid. mukasurat 100) dan gelaran tersebut telah diberikan kepada putaran duapuluh empat jam bumi.

 

Di kalangan orang Saxon, Kitab Suci telah disediakan di dalam bahasa Saxon oleh Raja Athelstan (kira-kira tahun 940) yang mengenakan denda ke atas trafik yang berlangsung pada hari Minggu kerana hari tersebut dianggap telah menggantikan hari Sabat di dalam sistem Roma sejak daripada abad keempat. Sistem Hari Minggu dan Easter telah dikenakan ke atas Britain melalui kuasa orang-orang Saxon daripada Synod Whitby pada tahun 664 CE. Sebelum itu, kebanyakan Britain merupakan pengikut Sabatarian Quartodeciman (rujuk karya Pertikaian-pertikaian Quartodeciman [277]). Edgar (kira-kira 960) telah mengisytiharkan bahawa hari itu harus dijaga kesuciannya daripada 3 petang hari Sabtu hingga waktu subuh hari Isnin (rujuk Brady, ibid., ms 103-104). Oleh itu, waktu persediaan hari Jumaat telah dipindahkan kepada hari Sabtu dan suatu jangkamasa baru dengan tambahan dua belas jam telah ditambah lagi. Inilah satu-satunya penyelewangan yang diketahui tentang hari yang dipanjangkan yang tamat pada waktu subuh (selain daripada penyembahan Ra yang berlaku di Mesir).

 

Istilah day umumnya difahami dengan dua cara, iaitu sebagai tempoh dua belas jam dan duapuluh empat jam. Tempoh duapuluh empat jam itu kemudiannya telah dipanggil, oleh ahli-ahli astronomi era moden atau industri, sebagai suatu Nycthemeron. Namun begitu, tidak hairanlah jika orang-orang dahulukala telah menggunakan istilah day atau hari untuk memaksudkan kedua-dua tempoh tersebut. Sememangnya begitulah penggunaannya apabila Alkitab diterjemahkan dan begitulah juga penggunaan lazimnya pada hari ini (rujuk Brady, mukasurat 97). Kejadian 1:5 menyebut …jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari pertama. Ianya sepatutnya hanya dinyatakan sebagai Hari Satu ataupun Hari yang Pertama. Soncino menuliskan teks Hari Pertama ini sebagai petang dan pagi, suatu hari (rujuk Soncino Chumash mukasurat 2). Pembezaan ini adalah berdasarkan pada tafsiran Rashi, yang menyimpulkan bahawa Tuhan bersendirian pada hari tersebut selaku Yang Satu, dan menciptakan makhluk-makhluk surgawi yang lain pada hari kedua. Ini tidak tahan diperiksa di dalam teks Soncino itu sendiri dan tidak ditafsirkan sebegitu oleh sebarang pakar yang lain (rujuk Greens The Interlinear Bible). Rashi telah silap dan memperkenalkan lebih banyak kesalahan yang tidak diperlukan kepada Kejadian 1:1-2.

 

Perkataan petang (‘ereb (SHD 6153), rujuk perkataan ‘arab: bercampur-gaul) dan pagi (boker (1242), rujuk bakker: mencari atau memeriksa) menggambarkan keadaan bertentangan siang dan malam. Ereb memaksudkan pergaulan cahaya semasa senja dan boker memaksudkan cahaya siang hari yang jelas, “iaitu waktu bilamana kita mungkin membezakan kualiti tepat yang mencirikannya” (ibid.).

 

Perkataan hari di sini ialah istilah yôwm (SHD 3117), yang asalnya daripada suatu makna dasar yang tidak digunakan iaitu menjadi panas; ia bermaksud suatu hari dan sebagai waktu panas. Ia digunakan, sepertimana yang dikatakan oleh Strong, untuk menandakan tempoh-tempoh, sama ada secara literalnya daripada matahari terbit hingga matahari terbenam, ataupun daripada satu senja ke senja yang satu lagi, atau secara figuratifnya, sebagai suatu ruang masa yang didefinisikan dengan suatu istilah berkaitan dan yang lazimnya digunakan secara adverb lantas mewakili suatu zaman. Membataskan penggunaannya kepada masa siang hari sahaja adalah sesuatu yang tidak munasabah.

 

Istilah-istilah yang digunakan untuk membataskan masa itu kepada masa siang hari sahaja ialah: yôwmâm (SHD 3119) yang bermaksud harian atau dalam cahaya siang hari (rujuk Ulangan 28:66; Yosua 1:8; dan seterusnya); atau, shachar (SHD 7837) yang bermakna cahaya awal apabila matahari terbit (rujuk Yosua 6:15).

 

Mochorath (SHD 4283) atau esok juga digunakan untuk menandakan hari seterusnya atau hari esok (lihat 1Samuel 30:17; Yunus 4:7).

 

Boqer atau boker (SHD 1242) apabila digunakan secara literal dari pagi ke pagi dipakai untuk memaksudkan dari hari ke hari (rujuk Hakim-hakim 16:2; 19:26; 2 Samuel 13:4), dan mungkin merupakan satu punca kekeliruan bagi sesetengah orang jika difahami secara berasingan.

 

Jadi kita lihat daripada perinciannya bahawa sekurang-kurangnya sejak zaman Musa lagi di dalam penceritaan penciptaan itu, istilah hari telah digunakan untuk meliputi kedua-dua petang dan pagi sebagai satu hari, atau suatu jangkamasa duapuluh empat jam. Tiada lagi cara rasional yang lain untuk mengkaji hujah ini.

 

Kita lihat bahawa Paulus di dalam Kisah 27 mempunyai pemahaman yang sama dengan apa yang kita lihat di dalam Nehemia dan sepertimana yang kita perhatikan di dalam arahan yang diberikan kepada Musa berkenaan Pendamaian, dan pemahaman yang sama ini telahpun kita lihat digunakan sehinggalah abad kesembilan belas. Hanyalah baru-baru ini, masa dan hukum telah diubah sehingga mempengaruhi operasi hari.

 

Minggu

Perkataan bagi minggu di dalam bahasa Ibrani terbit daripada perkataan shabuwa atau shabua (SHD 7620). Perkataan ini terbit daripada perkataan shaba’ (SHD 7650) yang bermaksud menjadi sempurna. Ini adalah kata dasar prima, yang diterbitkan daripada dan digunakan dalam ertikata perkataan sheba atau shibah (SHD 7651). Perkataan ini merupakan nombor kardinal prima iaitu angka tujuh selaku angka sempurna yang kudus. Justeru, istilah shaba’ (7650) itu bermaksud mentujuhkan diri sendiri, iaitu, bersumpah atau mengangkat sumpah.

 

Dengan itu perkataan bagi minggu adalah berdasarkan pada atau terbit daripada bilangan suci hari-hari yang membentuk tujuh itu. Oleh itu Sabat berkait rapat dengan asal-usul linguistik bagi tujuh dan kesempurnaan. Perkataan bagi minggu timbul di dalam Kejadian 29:27-28 dan Daniel 9:27. Secara literal ianya bermakna ditujuhkan. Jadi, ia adalah satu minggu (tujuh hari) atau satu tempoh tujuh tahun.

 

Perkataan bagi minggu dalam kitab Perjanjian Baru ialah suatu perkataan Yunani yang berasal dari Ibrani – iaitu Sabbaton (SGD 4521, daripada Shabbath (7676)). Ini ialah konsep se’nnight atau waktu antara dua Sabat.

 

Jangkamasa minggu juga ditentukan daripada suatu ungkapan yang bermaksud Sabat sempurna atau lengkap. Ungkapan ini hadir di dalam hukum berkenaan Pentakosta.

 

Imamat 23:15-21 15 Kemudian kamu harus menghitung, mulai dari hari sesudah sabat itu, yaitu waktu kamu membawa berkas persembahan unjukan, harus ada genap tujuh minggu; 16 sampai pada hari sesudah sabat yang ketujuh kamu harus hitung lima puluh hari; lalu kamu harus mempersembahkan korban sajian yang baru kepada TUHAN. 17 Dari tempat kediamanmu kamu harus membawa dua buah roti unjukan yang harus dibuat dari dua persepuluh efa tepung yang terbaik dan yang dibakar sesudah dicampur dengan ragi sebagai hulu hasil bagi TUHAN. 18 Beserta roti itu kamu harus mempersembahkan tujuh ekor domba berumur setahun yang tidak bercela dan seekor lembu jantan muda dan dua ekor domba jantan; semuanya itu haruslah menjadi korban bakaran bagi TUHAN, serta dengan korban sajiannya dan korban-korban curahannya, suatu korban api-apian yang baunya menyenangkan bagi TUHAN. 19 Kemudian kamu harus mempersembahkan seekor kambing jantan sebagai korban penghapus dosa, dan dua ekor domba yang berumur setahun sebagai korban keselamatan. 20 Imam harus mengunjukkan semuanya beserta roti hulu hasil itu sebagai persembahan unjukan di hadapan TUHAN, beserta kedua ekor domba itu. Semuanya itu haruslah menjadi persembahan kudus bagi TUHAN dan adalah bagian imam. 21 Pada hari itu juga kamu harus mengumumkan hari raya dan kamu harus mengadakan pertemuan kudus, janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan berat; itulah suatu ketetapan untuk selama-lamanya di segala tempat kediamanmu turun-temurun.

 

Jangkamasa lima puluh hari itu, yang bermula selepas Sabat minggu di dalam Perayaan Roti Tanpa Ragi, mempunyai tujuh Sabat penuh atau sempurna. Ini digelar sebagai Perayaan Tujuh Minggu dari teks-teks Perjanjian Lama (Keluaran 34:22; Ulangan 16:10,16; 2 Tawarikh 8:13). Perkataan sama iaitu shabua (7620) digunakan. Pentakosta diterbitkan daripada istilah menghitung lima puluh. Istilah bagi sempurna, contohnya dalam  Sabat-sabat sempurna, ialah tamiym (SHD 8549) yang bermaksud seluruh. Bila digunakan sebagai kata nama, ia bermakna keikhlasan atau kebenaran – dengan itu, tanpa cela, lengkap atau penuh. Justeru, lima puluh hari Pentakosta mengandungi tujuh minggu yang sempurna atau tanpa kecacatan. Ini bermula dari hari selepas Sabat minggu dan berakhir pada hari selepas Sabat minggu – iaitu hari Minggu. Dengan itu Pentakosta tidak boleh jatuh pada Sivan 6 kerana perhitungan itu dilanggar dan tidak terdapat tujuh minggu atau Sabat yang sempurna atau tanpa kecacatan.

Perkataan bagi Sabat (SHD 7676) berlainan daripada apa yang digunakan bagi Sabat-sabat hari perayaan yang diistilahkan sebagai Shabbathown (SHD 7677). Istilah ini digunakan bagi kesemua Hari-hari Kudus perayaan dengan maksud suatu Hari Kudus atau Sabatisme, kecualilah Hari Pendamaian yang dirujukkan sebagai Shabbath shabbathown. Ertikatanya di sini menekankan konsep suatu Hari yang amat Kudus. Istilah-istilah yang terbabit di dalam teks ini di dalam Imamat berkenaan perhitungan bagi Pentakosta adalah Sabbath bukannya shabbathown dan, kerana itu, ternyata jelas sekali daripada perbezaan-perbezaan yang dibuat di dalam bab tersebut, bahawa yang dimaksudkan di sini adalah Sabat-sabat minggu dan bukannya sebarang Hari-hari Kudus itu, dan bahawa kalendar Yahudi moden atau Hillel itu adalah salah dengan memelihara Sivan 6. Konflik tersebut jelas di dalam Mishnah, yang menunjukkan bagaimana orang-orang Farisi telah memperkenalkan Pentakosta Sivan 6, yang mungkin jatuh dan memangpun telah jatuh pada hari bersebelahan dengan Sabat pada masa itu. Di dalam sistem Bait Suci dan dengan golongan Samaria, Pentakosta telah sentiasa jatuh pada Hari Pertama Minggu atau hari Minggu.

 

(Hagigah 2:4) Pentakosta yang jatuh pada korban hari Jumaat – Rumah Shammai menyatakan, “Hari untuk penyembelihan [seluruh persembahan yang dibawa bagi menggenapi syarat-syarat untuk datang ke hadapan Tuhan] adalah pada hari selepas Sabat”. Dan Rumah Hillel mengatakan, “Hari untuk menyembelih [seluruh persembahan] itu bukannya pada hari selepas Sabat”. Tetapi mereka setuju bahawa jika ia jatuh pada hari Sabat, maka hari penyembelihan [seluruh persembahan itu] jatuh pada hari selepas Sabat. Dan imam besar tidak memakai pakaiannya. Dan mereka dibenarkan menjalankan suatu ratapan atau berbuat suatu puasa, agar tidak memberi pengesahan terhadap pendapat mereka yang mengatakan bahawa tarikh Pentakosta [mesti jatuh] selepas Sabat [iaitu hari Minggu].

 

Demi menyokong hujah Pentakosta Sivan 6, sesetengah orang berpaling kepada Septuagint (LXX). Versi itu, bagaimanapun, walaupun merupakan teks standard Jemaat mula-mula, telahpun ditolak oleh Judaisme rabinikal dari Jamnia selepas kemusnahan Bait Suci dan peristiwa pembubaran. Teks Perjanjian Lama juga telah diubahsuai agar menyokong Judaisme rabinikal pada masa itu dan akhirnya menghasilkan Teks Masoretik. Seluruh isu Pentakosta ini seperti tertulis di dalam LXX dikaji di dalam karya Perhitungan Omer ke Pentakosta (No. 173). Walau bagaimanapun, hujah-hujah yang dibina berdasarkan teks bagi Sivan 6 adalah tetap palsu.

 

Pentakosta dirayakan pada hari Minggu ketika zaman Bait Suci oleh kedua-dua keimamatan Bait dan orang Samaria. F.F. Bruce berkata dalam The Illustrated Bible Dictionary (J. D. Douglas & N. Hillyer, editors, IVP, 1980; art. ‘Calendar’, Vol. 1, ms 225):

Secara umumnya, kalendar Yahudi pada zaman-zaman Perjanjian Baru (sekurang-kurangnya sebelum 70 TM) adalah menurut perkiraan Saduki, kerana melalui perkiraan itulah upacara-upacara Bait diselenggarakan. Oleh itu, hari Pentakosta ditentukan sebagai hari kelima puluh selepas persembahan berkas jelai daripada tuaian pertama, iaitu, hari kelima puluh (inklusif) dari hari Minggu pertama selepas Paskah (rujuk Imamat 23:15 dan selebihnya); jadi ianya sentiasa jatuh pada hari Minggu, seperti juga yang berlaku di dalam kalendar Kristian. Perkiraan Farisi, yang menjadi standard selepas tahun 70 TM, mentafsirkan ‘sabat’ di dalam Imamat 23:15 sebagai hari perayaan Roti Tanpa Ragi dan bukannya sabat mingguan; dalam kes ini Pentakosta sentiasa jatuh pada hari yang sama bulan itu [iaitu Sivan 6].

 

Orang-orang Samaria dan Jemaat tidak pernah mengubah amalan mereka, berkenaan Pentakosta, sejak abad pertama. Hanya Judaisme seorang saja yang telah mengubah pemerhatian-pemerhatiannya dan itu dilakukan bagi mengekalkan tradisi-tradisi yang diperkenalkannya. Jemaat Trinitarian mempengaruhi minggu pada mana Pentakosta jatuh melalui manipulasinya terhadap tarikh Easter, namun ia sentiasa jatuh pada hari Minggu seperti kebiasaannya sewaktu tempoh Bait Suci dan sejak zaman penawanan Asyur itu dan sebelum itupun pada zaman Musa. Amalan-amalan Samaria berasal daripada sebelum perompakan Bait Suci pertama dan penawanan Yehuda pada tahun 587 SM dan kerana itu mencerminkan dengan lebih tepat lagi amalan-amalan yang dipegang pada zaman Bait Suci Pertama awal. Tradisi-tradisi telah diperkenalkan ke dalam Yehuda dan sistem Farisi secara perlahan-lahan daripada masa penawanan Babilon itu dan kemudiannya. Semua itu tidak mempengaruhi amalan Bait sehinggalah zaman kejatuhan dan pemusnahannya.

 

Minggu dengan Tujuh Hari

Konsep minggu dengan tujuh hari ditentukan daripada Keluaran 20:8-11.

 

Keluaran 20:8-11 8 Ingatlah dan kuduskanlah hari Sabat: 9 enam hari lamanya engkau akan bekerja dan melakukan segala pekerjaanmu, 10 tetapi hari ketujuh adalah hari Sabat TUHAN, Allahmu; maka jangan melakukan sesuatu pekerjaan, engkau atau anakmu laki-laki, atau anakmu perempuan, atau hambamu laki-laki, atau hambamu perempuan, atau hewanmu atau orang asing yang di tempat kediamanmu. 11 Sebab enam hari lamanya TUHAN menjadikan langit dan bumi, laut dan segala isinya, dan Ia berhenti pada hari ketujuh; itulah sebabnya TUHAN memberkati hari Sabat dan menguduskannya.

 

Oleh itu, minggu adalah suatu ketetapan teratur serta mandatori yang didirikan dengan tumpuan terhadap Sabat atau hari ketujuh minggu yang merupakan, dan sememangnya sentiasa adalah, hari yang dikenali sebagai hari Sabtu. Istilahnya di dalam bahasa Inggeris diterbitkan daripada perkataan Saxon Seator (atau juga Crodo nampaknya, rujuk dengan Brady) yang lazimnya dikaitkan dengan dewa Roma yang bernama Saturn (Brady, mukasurat 122-123). Hari ini dinamakan di dalam banyak bahasa sebagai Sabat atau lain-lain bentuk nama yang diterbitkan daripada perkataan itu. Samuele Bacchiocchi ada membentangkan seluruh sejarah hal ini (From Sabbath to Sunday, Pontifical Gregorian University Press, Rome, 1977).

 

Bulan

Perkataan bulan (month) diperolehi daripada perkataan untuk moon di dalam bahasa kuno asal, yang kemudiannya menjadi bahasa Inggeris. Perkataan Ibrani baginya adalah chadash atau chodesh (SHD 2320) yang bermakna Bulan Baru – jadi, ianya bermaksud bulan. Dengan itu, Bulan Baru adalah cara untuk menentukan permulaan sesuatu bulan. Kamus Brown-Driver-Briggs-Gesenius Hebrew-English Lexicon memperkatakan tentang perkataan ini (ms 294) bahawa ia bermaksud Bulan1 (Moon) atau Bulan2 (Month) Baru… “1. bulan1 baru yakni hari, masa bulan1 baru sebagai suatu perayaan keagamaan. 2. bulan2 yakni yang bermula dengan kemunculan Bulan1 Baru. Jelas sekali bahawa dari segi sejarah, sesuatu bulan itu akan bermula dengan Bulan Baru. Bulan itu juga sentiasa dijadikan perayaan sewaktu zaman Bait Suci dan Imam Besar memasuki bait itu pada hari ini disamping pada hari Sabat.

 

Perkataan ini berkaitan dengan perkataan châdar (SHD 2314), mengelilingi atau meliputi, menyembunyi atau menyelindungi. Dalam catatannya tentang Strong’s 2314, Lexicon meneruskan: “(seperti sesuatu yang mengelilingi) [daripada] II. menyembunyi di sebalik tirai, menyelindungi, membatasi. IV. menyembunyikan diri, juga kekal, berdiam, atau tinggal dan juga menyarungkan pedang” (ms 294).

 

Asasnya istilah tersebut jelas sekali adalah Bulan Baru yang gelap sepenuhnya dan bukannya bulan sabit. Hal berkenaan bulan sabit ini dikaji di dalam karya Anak Lembu Emas [222].

 

Satu istilah lagi bagi bulan adalah yerach (SHD 3391) (1 Raja-raja 6:37-38; 8:2; 2 Raja-raja 15:13; Zakharia 11:8). Ianya berasal daripada suatu kata dasar yang tidak dipakai yang tidak diketahui kepentingannya dan bermaksud satu lunasi, iaitu satu bulan (month) atau bulan (moon). Satu lagi perkataan ialah perkataan Kasdim yerach  (SHD 3393), yang sepadan dengan SHD 3391 (Ezra 6:15).

 

Istilah bagi bulan apabila digunakan dalam ertikata matahari dan bulan adalah SHD 3394 atau SHD 3391. Ianya mungkin juga SHD 3842 (Yesaya 24:23; 30:26). Istilah bagi Bulan Baru (SHD 2320) diterjemahkan kepada month di dalam bahasa Inggeris. Pengecualian-pengecualian yang wujud membuktikan bahawa suatu hari yang khusus dimaksudkan di sini ((1 Samuel 20:5,18,24; 2 Raja-raja 4:23; Mazmur 81:3; Yesaya 66:23; Yehezkiel 46:1,6; Amos 8:5). Dengan itu, bulan-bulan yang kita ada adalah [sebenarnya] Bulan (moon) Baru pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.

 

Oleh itu, Bulan Baru merupakan titik sentral atau penentu bagi bulan. Ia membentuk asas bagi perkiraan tempoh-tempoh di dalam sebulan. Begitulah jadinya dengan semua Hari-hari Kudus itu, termasuklah Bulan-bulan Baru itu sendiri (Bulan-bulan Baru [125]; Bulan-bulan Baru Israel [132]; dan juga Tuaian-tuaian Tuhan, Korban-korban Bulan Baru dan Umat 144,000 [120]. Komen-komen mengenai bulan-bulanan yang dibuat di dalam karya Bulan-bulan Baru Israel [132] dibincang semula di bawah bagi menunjukkan urutan serta kepentingan penggunaannya.

 

Istilah Saxon Almanac nampaknya diperolehi daripada kata-kata Aramaik al dan manach yang bermaksud pengiraan. Namun begitu Verstigan, yang satu-satunya berkecuali, mengatakan bahawa ianya datang daripada al mon aght, iaitu al mon heed atau memperdulikan bulan-bulan. Sememangnya, konsep mengenai hari yang bermula dan berakhir pada petang senja atau waktu matahari terbenam, konsisten dengan asal-usul timur ini (rujuk Brady, mukasurat 42-43). Almanak atau takwim asal merupakan kalendar-kalendar kitar bulan, yang diukir pada empat kepingan kayu, yang berasaskan urutan-urutan 30 dan 29 hari berpadanan dengan jangkamasa bulan menentukan konjungsi-konjungsi itu dan bulan-bulan penuh. Urutan hari silih berganti itu juga merupakan amalan Arab. Satu salinan Almanak Saxon asal terdapat di dalam karya Brady (op. cit., Vol. 1, antara mukasurat 42-43. Suatu almanak yang amat tua ada di Kolej St Johns, Cambridge.

 

Bulan-bulan dalam Tahun

Bulan juga berlambang kerana ia mempunyai fasa-fasa. Bulan Baru (permulaan bulan) mewakili permulaan aktiviti setiap kitar. Terdapat dua belas bulan di dalam tahun (selain daripada interkalasi) (1Raja-raja 4:7; 1 Tawarikh 27:1-15). Secara umum ia dikira sebagai mempunyai tempoh 30 hari dan begitulah ia diperkatakan secara nubuatan (Kejadian 7:11; 8:3-4; Bilangan 20:29; Ulangan 21:13; 34:8; Ester 4:11; Daniel 6:7-13).

 

Bulan jatuhnya hari Paskah iaitu bulan Nisan atau Abib, khususnya diperintahkan Tuhan sebagai permulaan tahun/bulan pertama (lihat juga Bilangan 9:1-3; 33:3; Yosua 4:19; Yehezkiel 45:18, 21). Permulaan ini melambangkan penebusan Israel kepunyaan Tuhan daripada sistem dunia ini (Galatia 1:4; Wahyu 14:4).

 

Abib ditentukan daripada Bulan Baru yang terdekat dengan ekuinoks musim bunga di hemisfera utara, yang memulakan musim panas. Ekuinoks musim luruh di hemisfera utara memulakan musim salji/dingin. Ini adalah dua musim yang disebut Alkitab (Kejadian 8:22; Mazmur 74:17). Perkiraan ini memang diketahui:

Observasi ekuinoks musim luruh, iaitu, ‘akhir tahun’ (lihat Keluaran 23:16), dan ekuinoks vernal atau musim bunga, yang dipanggil ‘tahun berikutnya’ (1 Raja-raja 20:26; 2 Tawarikh 36:10 AV), adalah penting untuk penentuan kalendar dan dari situ perayaan-perayaan tersebut. Oleh itu, tahun bermula dengan bulan baru yang paling dekat dengan ekuinoks vernal ketika matahari berada di dalam Aries (Jos., Ant. 3.201 [lebih baik melihat karya Ant. (Antiquities of the Jews) III.x.5]), dan Paskah yang jatuh pada hari keempat belas Nisan kebetulan sama harinya dengan bulan penuh yang pertama (Keluaran 12:2-6). (The Illustrated Bible Dictionary, J D Douglas & N Hillyer, editors, IVP, 1980; art. Calendar, Vol. 1, mukasurat 223).

 

Bulan-bulan dinomborkan menurut urutan agar tahun itu boleh dikenalpasti dan tiada kekeliruan kemudiannya (Keluaran 12:2; 13:4; 2Tawarikh 30:2; Nehemia 8:2). Bulan-bulan serta rombongan-rombongan tugasan para imam semuanya disenaraikan di dalam 1Tawarikh 27:1-15. Bulan-bulan Baru disenaraikan di dalam hari-hari penyembahan bersama-sama dengan Sabat dan Hari-hari Kudus di dalam Bilangan 28 dan 29 (khususnya 28:1-2, 11, 14).

 

Cara untuk menentukan bulan Pertama Tahunan (yang dipanggil Nisan atau Abib) adalah bahawa tempoh Paskah pada 14 dan 15 Nisan harus jatuh selepas ekuinoks itu. Dengan itu hari persediaan Keempat belas boleh jatuh pada ekuinoks itu sendiri namun hari Kelima belas itu mesti jatuh selepas ekuinoks. Ini adalah dua peraturan penentuannya sehinggalah revisi Hillel itu. Schurer mencatatkan peraturan berkenaan Paskah itu di dalam Lampirannya mengenai Kalendar itu.

 

Bulan-bulan biasanya dinomborkan dan bukan semua bulan disenaraikan dengan nama di dalam Kitab Suci. Bulan-bulan tahun adalah:

 

1.      Nisan (Mac-April) (atau Abib; bahasa Kanaan)

2.      Iyyar (April-Mei) (atau Ziv; bahasa Kanaan)

3.      Sivan (Mei-Jun)

4.      Tammuz (Jun-Julai)

5.      Ab (Julai-Ogos)

6.      Elul (Ogos-September)

7.      Tishri (September-Oktober) (atau Ethanim; bahasa Kanaan)

8.      Marcheshvan (Oktober-November) (atau Bul; bahasa Kanaan)

9.      Chislev (November-Disember)

10.  Tebeth (Disember-Januari)

11.  Shebat (Januari-Februari)

12.  Adar (Februari-Mac)

 

Kesamaannya dalam bahasa Babilon adalah:

1.      Nisanu: bulan persembahan korban

2.      Ayaru: bulan perarakan

3.      Simanu: musim yang telah ditetapkan atau masa untuk membuat bata

4.      Du-uzu: bulan bagi Tammuz, dewa kesuburan

5.      Abu: bulan bagi nyalaan obor

6.      Elulu atau Ululu: bulan pentahiran

7.      Teshritu: bulan permulaan

8.      Arah-samna: bulan kelapan

9.      Kislimu: bulan bagi maksud yang tidak dipastikan

10.  Tebitu: bulan membenamkan (ke dalam air)

11.  Shabatu: bulan ribut dan hujan

12.  Adaru: bulan bagi tempat pengirikan

 

Kitar dua belas bulan lunar itu (354 ¼ hari) tidak mencapai tempoh tahun solar (365 ¼ hari). Oleh kerana perayaan Paskah-Mazzoth musim bunga, yang memulakan kitar perayaan-perayaan pertanian, perlu ditetapkan pada suatu masa tertentu di dalam tahun, maka jelas sekali kenapa bulan interkalari diletakkan di dalam bulan Adar pada penghujung tahun.

 

Paskah harus jatuh betul-betul pada masa yang sama dengan tuaian pertama [yang menyusuli ekuinoks] dan kerana itu permulaan tahun bergantung pada kedudukan bulan di langit bagi tempoh tersebut di dalam mana tuaian jelai bermula.

 

Abib bermaksud bulir-bulir (tongkol) hijau dan bulir-bulir hijau dipotong dan dipanggang memandangkan belum lagi pada peringkat putih penuaian. Hasil sulung daripada tuaian bulir hijau dipotong dan diunjukkan sebagai Unjukan berkas bagi memulakan perkiraan omer ke arah Pentakosta. Ulasannya di dalam Yosua mengatakan bahawa mereka telah memperolehi Tanah suci itu dan kemudiannya memakan hasil negeri itu pada pagi selepas Paskah iaitu waktu pagi hari kelima belas Bulan Pertama dan manna telah berhenti (Yosua 5:11). Bulir hijau tidak disebut kerana mereka memanggang bulir-bulir baru bagi bulan Abib selepas Unjukan berkas, yang belum lagi berlangsung. Itulah sebabnya kenapa disebutkan bahawa hasil negeri [lama] yang dimakan mereka [dan bukan yang baru]. Unjukan berkas melambangkan Mesias yang sulung daripada kalangan orang mati.

 

Perlambangan rohaninya adalah penting sekali. Perayaan-perayaan tertakhluk kepada Bulan-bulan Baru dan bukan sebaliknya. Nama bagi bulan interkalari itu adalah WeAdar (atau dan Adar) menurut M. Ned VIII.5 (lihat Interpreter’s Dictionary of the Bible, Vol. 1, mukasurat 487). Perkiraan-perkiraan rabinikal menunjukkan bahawa tujuh daripada setiap sembilan belas tahun mempunyai satu bulan tambahan, yang kita namakan Adar II.

 

Seperti yang telah kita lihat, bulan-bulan ditentukan oleh Bulan-bulan Baru dan seluruh Rencana Keselamatan dipertunjukkan dari setiap Bulan baru melalui perhitungan perayaan-perayaan itu dan penunjukannya di dalam kitar penuaian-penuaian fizikal sebenar. Tahun didasarkan pada suatu tahun nubuatan atau simbolik yang terdiri daripada 360 hari, atau dua belas bulan dengan 30 hari masing-masing (lihat karya Tuaian-tuaian Tuhan, Korban-korban Bulan Baru dan Umat 144,000 [120] bagi melihat implikasi-implikasi Hari-hari Raya itu dan umat 144,000); ini [tahun] disebut sebagai satu masa. Tempoh ini juga boleh diperluaskan secara nubuatan kepada 360 tahun berpandukan asas satu tahun untuk satu hari. Tujuh masa adalah 2,520 hari, di mana setengah daripada tempoh itu (atau 1,260 tahun) merupakan satu masa dan dua masa dan setengah masa yang disebut di dalam Daniel 12:7.

 

Diperhatikan daripada karya Musa dan Dewa-dewa Mesir [105] bahawa Tuhan menangani sistem Mesir serta tuhan-tuhannya melalui Keluaran. Tuhan menangani sistem Babilon melalui pendirian sebenar kalendar serta Jemaat. Harus diperhatikan bahawa sistem Babilon itu memulakan tahun dengan bulan permulaan, Teshritu atau Tishri. Daripada bulan ini Mesias akan mendirikan Permulaan Baru yang dilambangkan oleh Perayaan Sangkakala-sangkakala, Hari Pendamaian dan Perayaan Pondok Daun.

 

Tishri ditentukan oleh Bulan Baru, iaitu Perayaan Sangkakala-sangkakala. Dinyatakan di dalam karya Bulan-bulan Baru [132] bahawa bulan permulaan itu dijadikan bulan ketujuh. Dicatatkan di situ bahawa urutan ini mewakili penubuhan tujuh fasa bagi tujuh Jemaat itu di bawah pimpinan Mesias. Kepentingannya diterangkan di dalam karya-karya mengenai Bulan-bulan Baru. Penerangan mengenai perlambangan perayaan-perayaan diulangi (dipetik semula di bawah daripada Bulan-bulan Baru [125]:

Tahun diolah agar bermula pada bulan persembahan korban yang mewakili korban Paskah Mesias. Bulan ini memulakan penuaian yang juga merupakan yang pertama di dalam urutan penuaian itu, iaitu, tuaian jelai. Tuhan kemudiannya meneruskan proses penuaian-penuaian itu melalui setiap fasa-fasa tersebut yakni tiga tempoh penuaian. Ini adalah Paskah dan Roti Tidak Beragi, Perayaan Minggu-minggu, dan Perayaan Pondok Daun atau Perkumpulan. Perayaan Minggu-minggu melambangkan penuaian Jemaat sebelum kedatangan Mesias. Ini adalah suatu proses yang sedang giat berjalan.

 

Dengan itu, Pentakosta adalah permulaan suatu urutan yang melalui lima bulan dari Sivan ke Tishri, sungguhpun terdapat tujuh bulan semuanya di dalam urutan dari Nisan ke Tishri. Yang lima ini adalah batu-batu yang telah dipungut Daud daripada dasar sungai itu (lihat karya Daud dan Goliat [126]). Sardis dan Laodikia disingkirkan. Sivan memulakan pembuatan batu bata Bait Suci Tuhan. Urutan itu kemudiannya membabitkan kelahiran semula (Du-uzu: Tammuz), nyalaan obor (Abu: Ab) atau lilin-lilin Jemaat dan pentahiran (Elulu: Elul) umat-umat pilihan. Dengan itu bulan-bulan dari Simanu (Sivan) hingga Teshritu (Tishri) diambil kira dalam perlambangan Kristian lantas menyingkirkan perlambangan Babilon. Penyalaan obor pada 9-10 Ab dibenarkan kerana keberhalaan Israel terhadap amalan Babilon.

      

Bulan-bulan ada dua belas semuanya, dengan suatu bulan ketujuh (Adar II) yang diinterkalasi sebanyak tujuh kali setiap sembilan belas tahun. Sembilan belas tahun itu menandakan genapnya satu kitar penuh. Tempoh ini ditentukan oleh bulan-bulan itu sendiri, sambil mereka terus berputar sepanjang musim-musim. Korban-korban perayaannya berjumlah 72 untuk seluruh tahun, dan terdiri daripada: lima puluh dua Sabat, tujuh Hari Kudus, dengan dua belas Bulan Baru dan Persembahan Unjukan Berkas. Sangkakala-sangkakala pula sememangnya korban berganda, memandangkan ia Bulan Baru dan juga suatu Hari  Raya (Bilangan 29:1-6).

 

Korban Unjukan Berkas, apabila digabungkan dengan perayaan-perayaan dan Bulan-bulan Baru, mempunyai maksud penting yang besar yang diterangkan di dalam karya Tuaian-tuaian Tuhan, Korban-korban Bulan Baru dan Umat 144,000 [120]. Hubungkait bulan-bulan interkalari mempunyai kaitan kepada pentadbiran Tuhan di dalam Israel dan juga di dalam sistem alam semesta, seperti yang dinyatakan