Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[B5]

 

 

 

 

Penciptaan: Dari Teologi Antropomorfik kepada Antropologi Teormofik [B5]

(Edition 1.1 19901201-20000919)

 

Karya ini bertujuan untuk meneliti dasar kelojikan kepada penciptaan, penyebaban Kewujudan dan Keperibadian Allah serta kedudukan umat manusia dan anak-anak Allah dalam penciptaan tersebut, sesuai dengan penyataan tulisan Kitab.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã  1990, 2000 Wade Cox)

(Tr. 2004)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

 

 

 

 

 

 

Penciptaan



Kandungan

 

Kata Pengantar

 

1              Penyebaban dan Singulariti

1:1           Singulariti dan Tanggapan Penyebaban

1:2           Perkembangan kepada Penjelasan Penyebaban

1:2.2        Descartes dan Penyebaban golongan setelah-Cartesian

1:3           Aspek-aspek Sains Metafizikal dan Benda

1:4           Menguji Pernyataan Penyebaban

1:4.2        Idea/Ideatum dan Perwujudan tanpa Sebab

1:5.1        Hume dan Leibniz

1:5.2        Kedudukan Humean

                Harmonis              

1:6.1        Aspek-aspek Tidak Kukuh mengenai Penyebaban Singularis

1:6.2        Penyebaban Supervenien dan Pertengahan

1:7           Perdebatan-perdebatan Balasan

1:7.1        Perdebatan dari Kemungkinan Undang-undang yang tidak boleh dipastikan

1:7.2        Penjelasan Singularis

1:7.3        Pernyataan Pertengahan

1:8           Arah Masa

1:9           Pemindahan Idea-idea yang Serentak

1:10         Sifat-sifat Penting bagi Definisi Penyebaban Singularis

 

2              Penciptaan dan Penciptaan Mutlak

2:1.1        Penciptaan siklikal dan Keperibadian Allah

2:1.2        Masalah-masalah Keulungan/Sifat Berada di mana-mana

2:2.1        Penciptaan Mutlak

2:2.2        Aktivisme dan Hukum sebagai Mekanisme

2:3.1        Ontologi dan Iluminasi

 

3              Keulungan dan Anak-anak Allah

3:1           Keulungan dan Malaikat Penebus

3:2           Elohim, Bintang Fajar dan Anak-anak Allah

3:2.1        Elohim

3:2.2        Elohim sebagai Bentuk Jamak

3:2.3        Bintang-bintang Fajar

3:2.4        Kerubim

3:3.1        Roh Manusia dan Susunan Malaikat

3:3.2        Doktrin Milenial yang asli

3:4           Logos dan Penciptaan

3:4.1        Kehendak dan Alam Semulajadi

3:4.2        Iman dan Hikmat

3:4.3        Manusia dan Sifat Keilahian

3:5           Elohim dan Agensi Moral yang Bebas

3:6           Panteisme Lawan Monoteisme yang Ulung

3:6.1        Anak-anak Allah dan Perdebatan yang Berterusan

3:6.2        Persatuan Roh Kudus

3:6.3        Iblis dan Panteisme

 

 

 

4              Penciptaan Benda

4:1           Penciptaan Manusia

4:1.1        Golongan Manusia Sebelum Adam

4:1.2        Menjelaskan Rentetan

4:2           Aspek-aspek Evolusi berunsur Falsafah

4:3           Golongan Nephilim

4:3.1        Qumran

4:4           Harmony di dalam Falsafah-falsafah yang sememangnya mempunyai Konflik

4:4.1        Penyerotan Falsafah Keagamaan Nicene dan selepas Nicene

4:4.2        Penjelasan Alternatif

4:5           Jiwa dan Kehidupan setelah Kematian

4:6           Konsep-konsep Awal dan Terkini mengenai Elohim dan Kebangkitan

4:7           Mekanik Spiritualiti Manusia

4:8           Satu Penjelasan yang kurang Pasti mengenai Fikiran

 

5              Ringkasan

 

Bibliografi

 

Kata Pengantar

 

Sehingga kurun ke 19 Tahun Masehi, berdasarkan teori keagamaan yang bercampur-campur, dipercayai bahawa dunia telah berusia beberapa ribu tahun, berasaskan gambaran senario alkitabiah yang penuh dengan kesilapan dan penerangan tidak logik. Kebanyakan mitos yang tidak logik tersebut masih kekal hingga ke hari ini.  Apabila sains mula membuat anggaran, berdasarkan pengetahuan semasa, banyak pendapat tentang usia bumi telah dibuat, termasuklah juga usia matahari dan sistem suria.  Pada tahun 1854 Helmholtz telah menyatakan bahawa matahari berusia 25 juta tahun, sementara Thomson (yang kemudiannya dikenali sebagai Lord Kelvin) pula mendakwa bahawa ia sebenarnya berusia 100 juta tahun.  “Thomson, sepertimana yang kita ketahui, adalah 10 kali lebih sederhana dalam penilaiannya terhadap usia sistem suria.”  (John Gribbin, In Search of the Big Bang: Quantum Physics and Cosmology, Corgi Books, 1980, ms. 160) Anggaran-anggaran tersebut adalah berdasarkan anggapan saintifik tentang berapa banyak tenaga yang dihasilkan oleh matahari, serta berapa lamakah ia mampu menyimpan tenaga tersebut.  Tenaga yang dilepaskan adalah lebih kurang 4 x 1033 ergs per saat atau 1041 ergs per tahun (ibid. ms. 161).  Dengan penemuan bahan radioaktif, anggaran Helmholtz dan Thomson harus didarabkan 10 atau 100 kali bagi menghasilkan model tepat pemecahan radioaktif tersebut. 

 

Sementara pengetahuan tentang mekanisma sistem suria bertambah, kemungkinan untuk menghasilkan model struktur serta penerangan terhadap pembentukan alam semesta juga telah menjadi-jadi.  Pada kurun ke 20, telah menjadi kebiasaan bagi manusia untuk menolak dengan sewenang-wenangnya konsep Penciptaan dan Aktivisme Teistik.  Telah juga menjadi satu kebiasaan bagi manusia untuk menolak dengan lebih hebat lagi tentang konsep kewujudan setan dan malaikat. Hampir menjadi satu definisi yang diterima umum bahawa kewujudan dunia bukan terjadi dengan tiba-tiba atau berunsurkan keajaiban, melainkan bahawa alam semesta memang sudah sedia berbentuk. Sememangnya terdapat beberapa masalah mengenai konsep singularitipembentukan dunia, juga postulasi struktur pembentukan alam semesta, di mana ia telah menjadi semakin sukar lagi untuk menerangkan tentang kehalusan dan kesamaan dalam unsur-unsur yang membentuk alam semesta, berdasarkan dengan bukti-bukti yang sedia ada.  Tetapi jika dilihat dari segi sukatan radiasi alam semesta yang terkini, serta kehalusan dan keteraturan unsur-unsurnya, Teori Big Bang kelihatan menjadi sukar untuk dipercayai.  Tidak bererti bahawa kita harus menolak model tindakbalas fizikal yang telah dikemukakan, melainkan kita seharusnya sudah tahu mengkaji bahan-bahan yang telah membentuknya.  Dalam karya On Creation and the Host, hasil-hasil penemuan para saintis dan ahli falsafah didapati amat memberi manfaat, terutama sekali dalam kaitan mengenai keajaiban. Setiap penerangan keagamaan adalah berdasarkan kewujudan secara keajaiban, dan dari sini, singulariti dalam penciptaan fizikal.

 

Dianggap bahawa karya Michael Tooley Singularist Causation, penting bukan saja dari segi konsep kewujudan dunia, tetapi juga dalam aktivisme teistik dan konsep tindakan manusia.  Telah dikemukakan pendapat bahawa falsasah agama sebenarnya berasaskan pengetahuan manusia zaman lampau tentang kepercayaan-kepercayaan karut, dan bahawa tindakan beberapa tokoh kristian telah menyelewengkan arah kerohanian dan pengetahuan banyak generasi manusia di dunia.  Pendapat tersebut juga telah banyak kali menimbulkan konflik diantara agama dan antropologi zaman purba.  Roger Penrose dan Stephen Hawking telah menyatakan bahawa persoalan-persoalan tentang perhubungan umum dalam bentuk klasik (tanpa kesan-kesan kuantum), menekankan bahawa terdapat singularitidalam pembentukan alam semesta pada permulaan masa (Gribbin ibid. ms. 381).  Stephen Hawking telah mengenalpasti secara pengiraan matematika tentang keajaiban, di mana bukan saja bahan, melainkan masa dan ruangan juga boleh diciptakan (atau dilenyakpkan dari kewujudan menurut ahli-ahli fizik).  Beliau bukanlah seorang ahli fizik alam semesta, justeru itu segala pendapat model-model fizik alam semesta yang telah dikemukakan adalah dianggap tidak berasas.  Dalam karyanya A Brief History of Time: From the Big Bang to the Black Holes, (Bantam Press, UK, 1988, ms. 50), beliau telah mengubah pendapatnya tentang penyebaban Big Bang, bahawa pendapat tentang penyebaban tersebut akan hilang apabila kesan-kesan kuantum diambil kira. Walau bagaimanapun, beliau menghadapi kesukaran dalam meyakinkan rakan-rakan sejawatnya.  Sementara teori penyebaban Big Bang tersebut telah dipertikaikan kebenarannya, namun penyebaban secara singularititidak boleh ditolak. 

 

Amat dikesali kerja Roger Penrose bermula hanya apabila buku di atas sudah selesai ditulis, kerana ia mempunyai kaitan yang amat penting dalam memahami pemikiran manusia. Terdapat kesan penujuan  ke arah struktur tidak setempat, sementara idea sejenis kesatuan logik mungkin akan menjadi pendapat popular yang muncul dari idea-idea fizik baru.  Ini merupakan sesuatu yang memeranjatkan dalam implikasi terhadap monotisme atau kesatuan yang lebih maju.

 

Dalam Tooley dalam Singularist Causation, beliau telah cuba membentuk satu struktur penyebaban berunsurkan singularitiyang berkait rapat dengan unsur-unsur keAllahan.  Ciri-ciri serta keperibadian Allah memerlukan pada struktur penciptaan, moral yang mutlak juga sistem etika yang berdasarkan perhubungan teori hukum yang tidak terpisah daripada jasad atau relatif.  Ia telah menunjukkan pendapat bahawa kewujudan entiti roh dan juga kejahatan adalah penting bagi membentuk alam semesta yang harmonis dan lengkap, dan bahawa kewujudan malaikat, setan dan juga kejahatan bukan hanya serasi dengan kewujudan kekuatan dan kekuasaan Allah, tetapi juga amat penting dalam membentuk kewujudan kerohanian yang lengkap.  Juga telah didakwa bahawa struktur kecil alam semesta, dengan berasaskan konsep-konsep teori Dark Matter, adalah sebagai bayangan logik kepada perbuatan kerohanian, yang akan terbukti sebagai kerohanian yang niskala dan tidak akan mampu difahami oleh sesiapa.  Alam semesta mempunyai tujuan yang difahami sedikit sahaja oleh orang-orang zaman dahulu, yang akan diketahui sedikit demi sedikit selaras dengan peningkatan pengetahuan manusia dari masa ke semasa. 

 

Bab 1

 

Penyebaban dan Singulariti

 

Anggapan

 

Sama dengan apa yang dinyatakan oleh Tooley, semua yang berikut adalah penting.

 

1: Pendapat tradisional mengenai konsep-konsep yang dianggap secara analitis asasnya adalah dikira sebagai boleh dipercayai dan oleh yang demikian, konsep penyebaban tidak boleh dikira sebagai secara analitis asasnya dan oleh itu harus diteliti secara analisis. 

 

2: Tanpa menghiraukan pendapat Wittgenstein mengenai masalah bahasa peribadi, bahasa peribadi tersebut telah didapati tidak bermasalah dalam menerangkan tentang penyebaban.

 

3: Konsep-konsep yang melibatkan puji-pujian terhadap kualiti yang tidak terlalu penting kepada objek-objek luaran, boleh dianalisa dari segi konsep-konsep yang melibatkan kualiti kepada pengalaman.

 

4: Penganalisaan pada arah yang bertentangan adalah sesuatu yang mustahil.

 

1:1       Singulariti dan tanggapan penyebaban.

 

Kebanyakan pendapat mengenai penyebaban adalah bersifat pengurangan, dan oleh yang demikian telah menganggap bahawa hubungan-hubungan penyebaban boleh diperhatikan.  Semua yang tersebut adalah tidak memuaskan kerana beberapa sebab yang disebut di bawah, dan semua anggapan tentang hubungan-hubungan penyebaban yang diharapkan boleh memberi penjelasan yang memuaskan kelihatan realis, iaitu menganggap hubungan-hubungan penyebaban sebagai mempunyai teori.  Anggapan bahawa hubungan-hubungan penyebaban itu boleh diperhatikan adalah pandangan dari sudut kebendaan yang agak kuno.  Secara asalnya, teori-teori penyebaban adalah berunsurkan keAllahan, bersama dengan anggapan bahawa ada unsur-unsur keAllahan yang tidak boleh diperhatikan secara kasar, melainkan kesan-kesannya. Penjelasan terawal mengenai tindakan bahan-bahan adalah secara asasnya animis, yang telah menganggap bahawa struktur-struktur fizikal bertindak sedimikian rupa kerana sifat semulajadi mereka. Oleh itu bahan dalam alam semesta bertindak mengikut cir-ciri keperibadian semulajadinya.  Ini merupakan suatu penyelewengan daripada pemahaman-pemahaman teistik mengenai sifat-sifat Allah.  Ia secara falsafah tidak keruan kerana ia mengagihkan struktur yang tidak berbentuk, dan secara logiknya struktur bersifat politeistik (kepercayaan kepada lebih dari satu Allah) kepada alam semesta.  Seperti yang diperhatikan terhadap Galileo, bahawa beliau juga keberatan untuk mengetepikan penjelasan ‘causal’ animis kerana tidak ingin menyinggung perasaan para tokoh-tokoh agama zaman beliau yang telah menerima penjelasan struktur atom Greek mengenai sains dalam lingkungan struktur teologikal Chaldean yang memperuntukkan roh abadi kepada entiti-entiti kehidupan.  Pengetahuan teologi ini merupakan asas kepada struktur kepercayaan animis pada zaman kuno. 

 

Untuk menjadi koheren, sebuah struktur ‘causal’ Monoteis memerlukan singulariti dalam pembentukan satu perbuatan yang dilakukan oleh entiti yang dipanggil Allah. Entiti tersebut tidak mungkin bersifatkan ‘plurality’ atau dibentuk oleh beberapa jenis unsur, sebab sekiranya demikian, suatu bahagian kekuasaan politeist akan dikemukakan, yang akan mengakibatkan bantahan secara falsafah sepertimana yang telah dilakukan oleh David Armstrong terhadap Dualisme yang pada hakikatnya tidak mungkin merupakan Monoteis.  Semua entiti yang wujud sesungguhnya adalah tertakluk kepada kekuasaan yang kita fahami sebagai Allah , dan semua yang tersebut hanyalah cabang-cabang yang berpunca dari satu kuasa.  Telah dipertikaikan bahawa semua struktur yang terjadi akibat divisi atau pembahagian dari Allah tidak boleh secara logiknya Monoteis.  Mereka bersifat Polyteist dan terbahagi kepada bahagian-bahagian lain, justeru itu kewujudan mereka adalah berupa jenis peralihan dan mempunyai fungsi-fungsi yang terhad.  Semua ini telah diuruskan kemudiannya. 

 

Semua analisa penyebaban berikut telah berlaku sebelum kajian terhadap penciptaan dilakukan, yang telah ditentukan oleh entiti kekuasaan yang telah kita kenali sebagai Allah, yakni dikenali juga sebagai Bapa dan Pencipta.  Atas sebab pengurangan logik kepada Allahlah yang telah menyebabkan konsep singularitidalam pembentukan alam semesta ditentang hebat oleh pendapat-pendapat sains.  Pada masa yang sama, keinginan para saintis dan tokoh-tokoh falsafah untuk menghadkan konsep struktur-struktur kekuasaan mutlak, telah membuatkan mereka menerima struktur-struktur logik, yang telah menganggap singularitisebagai entiti tidak berbentuk yang boleh berada di mana-mana, dan bukan sesuatu yang ulung.  Demikian jugalah sistem yang dipertahankan oleh Spinoza, dan semua idea dari U.K. oleh Hawking dan lain-lain, yang kelihatan seperti ingin membuat penjelasan berasaskan idea ‘immanence’ atau eniti yang berada di mana-mana. Pendekatan ini adalah berupa Monisme dan bukan Monoteisme.

 

Semua singulariti yang Monoteis secara koheren menghendaki bahawa segala hubungan-hubungan penyebaban adalah berupa teori, dan bukan dalam keadaan tidak berbentuk atau relatif, dan juga bahawa singularitiyang sedemikian bukanlah tidak berbentuk.  Kewujudan singularititersebut harus mempunyai struktur kekuasaan mutlak yang berbentuk hubungan-hubungan teori mantap bagi menunjukkan bahawa hubungan-hubungan tersebut adalah hukum serentak dengan penciptaan entiti-entiti yang telah ditetapkan. Suatu singularitiyang bertanggungjawab terhadap penciptaan berbentuk, harus mendahului keadaan niskala dari segi struktur dan bahan.  Ia juga memerlukan penopangan niskala bagi penciptaan yang berbentuk; sekiranya tidak, semua hukum tidak akan wujud secara teori, melainkan sebagai bahan yang boleh dilihat, dan struktur asal sebagai sesuatu yang fizikal atau berbentuk, sebagai sesuatu yang tidak berbentuk dan sukar difahami, dan terhad kepada keupayaan fizikal bagi struktur yang berbentuk. 

 

Dari segi penampilannya, Monisme yang berbentuk, yang seiring dengan atomisme fizikal, adalah dianggap menarik kerana orang-orang Greek telah menapisnya dari pengaruh teologi Chaldean dan Indo-Aryan.  Walau bagaimanapun, ia tidak koheren dalam kedua-dua ketidakbolehnnya dalam menghapuskan skema unsur-unsur metafizik, juga dalam ketidakbolehnnya menjelaskan tentang keteraturan serta kesamarataan pembahagian sistem fizikal selaras dengan peningkatan pengetahuan. 

 

Terdapat beberapa anggapan yang salah mengenai idea tentang penyebaban, dan sebahagian daripada pendapat-pendapat tersebut telah di sesuaikan dengan sistem-sistem animis dan politeis yang bertentangan dengan pendedahan.  Aquinas serta beberapa analisa teologi telah menyesuaikan pendapat-pendapat orang-orang Greek tentang penyebaban.  Penjelasan mengenai pembangunan tentang idea penyebaban, serta analisa penyebaban tersebut telah dikemukakan.  Justeru itu, kepentingan penyebaban keajaiban, dan juga implikasi berkenaan dengan penciptaan, serta tindakan atau perbuatan manusia telah menjadi jelas:

 

1.  Akan ditunjukkan, bahawa bukan pula pendekatan tradisional yang melibatkan pendapat-pendapat  manusia yang menuju kearah keAllahan sebagai teologi antropomorfik, yang juga menunjukkan kehadiran Allah serta malaikat-malaikatnya; melainkan skema koheren yang logik adalah salah satu daripada antropologi teomorfik, dan terdapat pula tanggapan yang salah oleh manusia mengenai keperibadian, hukum dan juga tujuan utama bagi penciptaan, juga peranan manusia terhadapnya.

 

2.  Kita akan menyelidiki dan menyingkir Cartesianisme, dan dari penyelidikan mengenai napesh, atau roh bagi manusia, akan menunjukkan bahawa semua roh atau entiti-entiti kehidupan wujud di dalam struktur Allah sebagai sebagian daripada Allah sendiri; atau untuk dimusnahkan. Konsep tentang doktrin pembinasaan roh adalah secara falsafah tidak sesuai dan berupa politeis.  Secara logiknya, doktrin roh harus disingkirkan bersama-sama dengan konsep-konsep materialis, dan juga Athanasian tradisional.

 

3.  Akan ditunjukkan, bahawa doktrin roh adalah bersifat politeis secara dasarnya, dan ia adalah bertentangan dengan keperibadian Allah, dan bahawa Allah itu adalah bersifat singular atau satu.

 

4.  Akan ditunjukkan juga, bahawa kerohanian manusia adalah apa yang dianggap sebagai teomorfisme tidak penting, di mana sifat kesyurgaan yang terdapat di dalam diri manusia adalah sesuatu yang bersyarat dan dikurniakan oleh Allah, bukan kerana ia sifat semulajadi manusia tersebut.

1:2       Kemajuan penjelasan penyebaban

 

Penyebaban Pra-Cartesian

 

Salah satu daripada masalah-masalah mengenai konsep penyebaban dari Alkitab ialah konsep yang difahami oleh orang-orang Ibrani, juga yang difahami oleh orang-orang Chaldea, seterusnya orang-orang Greek dan akhir sekali, orang-orang Eropah. Orang-orang Chaldea adalah animis, dan justeru itu semua konsep penyebaban adalah dalam bentuk istilah-istilah animistik.  Contohnya, bahawa entiti-entiti fizikal mempunyai roh yang akan menetapkan perbuatan serta arah tujuan hidupnya.  Orang-orang Greek juga turut mempercayai kepercayaan tersebut, sementara Aristotle pula telah memberikan kepercayaan itu sebuah ekspresi yang formal.  Jennifer Trusted telah memberikan analisa yang mudah mengenainya dalam Free Will and Determination.(Oxfor Opus, 1984, ms. 29 et seq).  Mereka adalah:

 

1. sebab yang berbentuk: bentuk fizikal.

 

2.  sebab yang formal: rencana dan rekabentuk bagi bentuk fizikal tersebut

 

3. sebab yang efisien: punca bagi pergerakan dan/atau aktiviti bagi bentuk tersebut; dan

 

4. sebab yang terakhir: tujuan dan rencana utama bagi penyebaban itu untuk berlaku.

 

Sekarang, satu pengurangan dalam bentuk pemikiran yang jauh dari Monisme Parmenidean atau teisme formal, ke arah atomisme fizikal yang terhad, yang telah berlaku dalam masyarakat Greek dan seterusnya di Eropah (yang akhirnya mengakibatkan kebangkitan Positivisme dan penyingkiran Teisme), telah menyebabkan terjadinya konsep-konsep penyebaban yang memberi penekanan terhadap sebab yang efisien sebagai sebab dalam istilah moden, dan yang selebihnya sebagai kaedah penjelasan. 

 

Konsep-konsep yang telah diterangkan oleh Aristotle pula baru sekarang dianggap sah bagi penyebaban yang begantung terhadap perlakuan manusia (dan kadangkala binatang).  Hal tersebut terjadi disebabkan penolakan terhadap animisme sebagai pemerhatian alam semulajadi.  Animisme Greek yang tidak aktif pula secara tiba-tiba muncul pada zaman Renaissance. Konsep-konsep doktrin roh Chaldea telah dicampuradukkan dengannya.  “Malahan Galileo Galilei (1564-1642) yang mati hanya beberapa tahun sebelum Descartes, tidak menentukan untuk menolak pandangan animistik terhadap alam semesta terlebih dahulu” (Trusted ms. 30).  Konsep-konsep tersebut adalah, “sekiranya penjelasan mengenai sesuatu penyebaban difikirkan sebagai satu tujuan, maka tidak ada masalah pada kuasa memilih; kerana sebab utamanya adalah kehendak.  Tidak masuk akal untuk bertanya apakah yang menyebabkan kehendak tersebut” (idem.).  Pendapat Ibrani dan juga Chaldea adalah dalam pertikaian hanya dalam hal entiti yang menghendaki.  Orang-orang Ibrani, serta orang-orang yang beragama, mendakwa bahawa entiti Allah sahaja yang menghendaki.  Orang-orang Chaldea pula mengaitkan roh animistik sebagai mampu menembusi jasad, yang telah melahirkan idea monisme immanent (bersifat di mana-mana), dan secara tidak koheren telah memeperuntukkan sejenis panteisme dalam sistem Babylon, juga Ino-Aryan secara amnya. 

 

1: 2.2   Descartes dan Penyebaban golongan Setelah-Cartesian

 

René Descartes (1596-1650) telah memperkenalkan sejenis penjelasan baru yang menyatakan bahawa, “penyebaban fizikal boleh dijelaskan secara menyeluruh dari segi penyebaban pra-fizikal yang berlaku selaras dengan hukum yang telah dikuduskan oleh Allah.” (ibid. ms. 30)  Penjelasan teleologikal mengenai penyebaban-penyebaban, terutama sekali yang berunsurkan fizikal, telah menjadi semakin tidak masuk akal kerana fikiran manusia menjadi semakin berunsur tidak mempercayai keAllahan.  Walau bagaimanapun, penjelasan secara fizikal mengenai perilaku manusia juga telah dianggap “aneh kalau tidak, mengarut.” (ibid. ms. 31)  Sebagai contoh: “Kenapakah anda berjalan di jalan raya?” Jawapan: “Denyutan saraf dalam otak saya sedang mengaktifkan otot-otot.”  Penjelasan-penjelasan teleologikal, contohnya, “untuk mengirim surat,” mengesahkan kehendak manusia, dan segala penjelasan luaran yang tidak berbentuk adalah dianggap aneh, contohnya, “roh kudus telah mendorong saya untuk berbuat demikian.”  Penjelasan sedemikian telah menyebabkan penyelidikan psikologi meningkat, dan diagnosis pada masa lampau mungkin sekali mengaitkannya dengan kerasukan roh jahat. Penjelasan Descartes lebih berupa mekanistik daripada animistik. 

 

Penyebaban fizikal yang bergantung kepada penyebaban pra-fizikal, dan dari penyebaban tersebut sendiri sebagai penyebab bagi penyebaban atau sebahagian daripada penyebaban yang berikutnya, semuanya adalah tertakluk kepada hukum alam (sepertimana yang telah ditetapkan oleh Allah dan tidak boleh diubah), penyebaban secara tiba-tiba telah disemadikan.  Hukum-hukum Allah boleh diterokai tetapi tujuan utamaNya tidak akan diketahui oleh manusia.  Pendapat Descartes bahawa hukum-hukum Allah tidak boleh diubah adalah benar; namun penurunan ke tahap rendah bagi konsep-konsep Hukum dan Penyebaban yang hanya diperhatikan dari segi penjelasan fizikal serta penyingkiran terhadap pendedahan sebagai hukum, telah mengakibatkan wujudnya relatisme. Konsep-konsep yang menganggap alam sebagai sebuah badan yang berkuasa atas diri sendiri, dan juga penolakan terhadap Teisme, telah jelas menunjukkan sistemnya itu diterima oleh fahaman Positivisme.  Alam semulajadi telah menjadi mesin yang menghasilkan mesin keupayaan mutlak, moral yang relatif, and juga tujuan kebendaan.  Bagi Descartes, “hukum-hukum alam adalah sama dengan hukum-hukum manusia, di mana mereka menyatakan sesuatu yang akan terjadi, melainkan berbeza dengan hukum-hukum manusia, hukum-hukum alam tersebut tidak boleh sama sekali dilanggar.  Justeru itu segala penyebaban fizikal telah ditentukan; apa yang telah terjadi, memang seharusnya terjadi dan ia tidak boleh dielakkan.  Allah telah memprogramkan mesin kosmik sewaktu penciptaan, dan ia akan berperilaku sebagaimana yang telah ditetapkan oleh rencana Allah.” (ibid. ) Walau bagaimanapun, konsep ini telah jelas menunjukkan kegagalan Descartes dalam menganalisa secara mendalam mengenai konsep keperibadian Allah, serta unsur-unsur kuasa memilih, yang mana kedua-duanya telah dibezakan oleh Augustine dari Determinisme, dan telah menyingkirkan kesilapan kepada Stoics.  Pengkaitan sebab-sebab secara eksklusif kepada penyebaban fizikal, telah mewujudkan konsep fahaman Determinisme, yang telah disebutkan oleh Aristotle dari awal lagi, serta melibatkan premis-premis serta kesimpulan-kesimpulan seperti berikut:

 

Premis-premis

 

1. Setiap penyebaban fizikal yang berlaku adalah disebabkan oleh penyebaban pra-fizikal yang berlaku sebelumnya. 

2. Setiap sebab beroperasi berdasarkan kepada beberapa hukum-hukum alam yang sudah ditetapkan, yang secara lazimnya akan menghasilkan kesan-kesan;

3. Setiap perbuatan manusia adalah penyebaban fizikal atau beberapa siri penyebaban fizikal.

 

Kesimpulan-kesimpulan

 

1. Setiap perbuatan manusia dihasilkan oleh sebuah penyebaban pra-fizikal yang telah beroperasi berdasarkan kepada hukum alam yang sudah ditetapkan, yang secara lazimnya telah menyebabkan perbuatan manusia tersebut berlaku;

 

2. Semua perbuatan manusia adalah ditakdirkan dan tidak ada kuasa memilih.  (Dan akibat yang jelas ialah, manusia, dari segi prinsip, boleh diramalkan)

 

Oleh kerana urutannya membentuk pertikaian yang sah, penerimaan terhadap premis-premis tersebut melibatkan penerimaan terhadap kesimpulan-kesimpulannya.  Oleh yang demikian, perilaku manusia adalah secara keseluruhannya boleh diramal.  Pendapat Cartesian terhadap penjelasan penyebaban, ialah bahawa sebab dan akibat adalah berkaitan dari segi keperluan logik.  Penyebaban juga melibatkan anggapan-anggapan pendahuluan masa Jadi bagi C untuk menyebabkan E, adalah dianggap bahawa C selalu mendahului E dalam hal-ehwal berkaitan dengan masa.  Isu utama bagi penyebaban ialah diantara kaitan yang penting, dengan penggabungan yang konstan.

 

Bagi menegaskan hubungan sebab-sebab diantara C dan E, ialah dengan menegaskan bahawa C dan E adalah berkait rapat diantara satu dengan yang lain, dan tidak boleh sama sekali berlaku secara berasingan.  Apabila C harus berlaku, adalah seharusnya bagi C diekori oleh E. C dan E sebagaimananya telah dibentuk bersama oleh rantai    kaitan yang penting. (John Hospers, An Introduction to Philosophical Analysis, Routledge and Kegan Paul Ltd. London, 1959, ms. 223)

 

Pendapat Cartesian mengenai kosmos yang berupa mesin tidak dipersoalkan oleh Hume, “tetapi beliau ada menyoal doktrin bahawa penyebaban-penyebaban adalah dengan pentingnya berkaitan, supaya kesan  mengekori sebab, dan hukum-hukum alam semulajadi mewakili kebenaran-kebenaran logik.” (Trusted, loc. cit.)  Hume mempertikaikan doktrin ini sebagai mengikuti pemerhatian berdasarkan pengalaman, yang tidak memberikan apa-apa penjelasan terhadap penggunaan ekspresi-ekspresi seperti “C berkait rapat dengan E.”  Beliau menegaskan bahawa tidak ada kaitan yang logik diantara sebab dan kesan, contohnya suatu penyebaban haruslah secara logik diekori oleh suatu penyebaban lain yang spesifik.  Erti istilah kaitan sebab-sebab, adalah terdiri daripada penyataan pengulangan yang tidak terkecuali.  Idea bahawa kesan harus mengekori sebab dilihat sebagai “antropomorfik dari segi asal-usulnya, dan ia adalah tidak penting.”  (Hans Rucherbach, The Rise of Scientific Philosophy, Berkeley, University of California Press, 1951, ms. 157-158; ibid., ms. 225)

 

Premis ke 2 telah diubah seperti berikut:

 

2. Setiap sebab beroperasi berdasarkan sebuah hukum sebab-sebab yang telah diwujudkan, dan telah dianggap sebagai benar disebabkan pengalaman lampau telah menunjukkan penggabungan konstan diantara sebab dan kesan.

 

Hume menegaskan bahawa pengetahuan mengenai hubungan-hubungan sebab-sebab diantara penyebaban-penyebaban amat bergantung kepada pengalaman lampau.  Dari sinilah lahirnya pendapat Anscombe, bahawa penyingkiran terhadap hubungan-hubungan, dipertikaikan secara individu oleh Hume. Pemerhatian yang telah dilakukan oleh Hume adalah penting bagi menunjukkan kepercayaan bahawa suatu sebab yang diekori oleh kesan, adalah berasaskan kepada pengalaman, dan bukan dari pertikaian deduktif yang logik.  Menurut pertikaian tersebut, ketidakhadiran teisme yang aktif akan menurunkan tahap penjelasan sebab-sebab kepada rekod semata-mata, yang akhirnya menjadi sekadar mitos.  Keputusan penjelasan sebab-sebab tersebut pula akan menyingkirkan logik yang tidak boleh dielakkan dari urutan penyebaban-penyebaban, namun ia tidak boleh dan tidak akan menyingkir kesimpulan bahawa penyebaban-penyebaban fizikal telah ditetapkan.  Oleh yang demikian, Hume disifatkan lebih berupa determinis daripada Descartes, kerana Descartes telah mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan daripada terkena kesan-kesan pertikaian determinis. 

 

Descartes telah mengubah Premis ke 3 yang menyatakan bahawa setiap perbuatan manusia adalah merupakan penyebaban fizikal, kepada

 

Perbuatan manusia berasal dari kerelaan atau pilihan yang telah dibuat oleh jiwa atau pemikiran yang tidak berbentuk.  Oleh kerana ini adalah tidak berbentuk, maka ia membentuk sebahagian daripada sistem sebab-sebab yang fizikal, dan tidak tertakluk kepada hukum-hukum alam semulajadi. Oleh yang demikian, segala perbuatan yang disebabkan oleh fikiran (iaitu perbuatan fizikal) tidak ditetapkan.” (Trusted, op. cit, ms. 35)

 

Bagi Descartes, semua penyebaban diantara objek-objekt fizikal bukan manusia sudah ditakdirkan.  Beberapa perilaku manusia (tindakbalas) dipanggil sebagai perbuatan manusia (actus homini) oleh Aquinas, merupakan penyebaban-penyebaban, sementara perilaku secara fizikal yang dipengaruhi oleh kuasa-kuasa luaran juga dikenali sebagai penyebaban-penyebaban.  Hanya perbuatan secara sukarela yang disebabkan oleh fikiran sahaja yang dianggap sebagai tidak ditakdirkan, tetapi boleh dijelaskan secara teleologi.  Oleh yang demikian, Descartes telah memajukan konsep tentang badan fizikal dan fikiran yang tidak berbentuk fizikal (atau dualisme fikiran/tubuh) di mana inti bagi seseorang individu adalah fikiran yang tidak berbentuk fizikal tersebut.  Setelah kematian, fikiran akan terus wujud sebagai roh yang tidak mempunyai bentuk fizikal.  Justeru itu, terlihatlah perbezaan yang hebat diantara perbuatan-perbuatan serta penyebaban-penyebaban sebagai perbuatan-perbuatan yang dilakukan secara sukarela atau penyebaban-penyebaban yang sudah ditakdirkan untuk berlaku. Berdasarkan kepada perbezaan dan juga penjelasan tersebut, Descartes telah dapat memuatkan Doktrin Roh Chaldea yang telah beliau warisi sebagai seorang Kristian Athanasian yang telah diilhamkan oleh Socrates.

 

Descartes telah menghadapi pertikaian Politeis yang telah wujud dari dakwaan bahawa entiti-entiti yang mempunyai kuasa memilih, adalah tidak selaras dengan kehendak Allah.  Seperti yang ditunjukkan di bawah, kejahatan wujud sebagai satu daripada bahagian di dalam Allah atau Keluarga Allah, sekiranya tidak, maka terdapat had pada kekuasaan Allah yang tidak boleh dielakkan.  Hal ini akan menunjukkan bahawa Allah itu tidak mempunyai kuasa mutlak (omnipotent).  Segala entiti hidupan harus wujud di dalam kekuasaan Allah, dengan dilengkapi kuasa untuk keluar dari sempadan kekuasaan Allah tersebut, yang seterusnya akan mencetuskan pemberontakan atau juga untuk wujud sehati dan sejiwa di dalam kekuasaan Allah.  Masalah Descartes secara asasnya, yang juga merupakan masalah bagi semua sistem yang berdasarkan Teologi Chaldea mengenai roh yang abadi, adalah bahawa penciptaan roh yang abadi tersebut oleh Allah melibatkan penciptaan hidupan yang tidak sempurna, yang menurut keadaan, adalah sesuatu yang luar daripada kehendak Allah dan secara logiknya, dianggap politeis.  Ontologi kompleks yang diperlukan bagi penciptaan serta pembinasaan roh (atau dalam Monisme, dikenali sebagai penyerapan), dan penjelasan mengenainya, jelas menunjukkan bahawa ia adalah tidak koheren sebagai sistem falsafah yang logik.  Descartes juga tidak berupaya mengelakkan masalah-masalah yang lahir di dalam rangka umum bagi Problem of Evil, dalam penegasannya di Mind/Body Dualism. Penjelasan-penjelasan berikutnya mengenai pembahagian-pembahagian yang telah berlaku di dalam Allah, serta masalah mengenai kejahatan, boleh dikaitkan dengan politeisme elit Descartes, kerana semua itu adalah bertentangan dengan Dokrtin Roh secara amnya.  

 

Penyelidikan mengenai Teori-teori Materialis tentang Minda, bersama dengan Mekanikal Quantum dan beberapa masalah yang lain, telah membawa penjelasan formal yang lebih jauh daripada apa yang boleh dilakukan oleh Cartesianisme yang tidak koheren, Teologi Chaldea, dan juga Materialisme Postivistik secara umumnya. Seharusnya jelas dengan apa yang telah dikemukakan di atas, bahawa konsep penyebaban adalah penting bagi memberikan kita gambaran mengenai mekanisme yang mengawal alam semesta sebagai hukum-hukum yang berkuasa keatas operasi struktur.  Bukan sahaja konsep-konsep kita yang akan mengatur keupayaan kita untuk bertindak mengikut kehendak kita, tetapi konsep-konsep tersebut juga akan menetapkan sama ada terdapat ketegangan diantara struktur singularitiyang dikatakan wujud, dan juga operasi entiti-entiti dalam perhubungan teori idea kebebasan untuk bertindak di dalamnya (atau tidak) yang melanggar hubungan-hubungan teori.  Konsep-konsep keupayaan untuk bertindak juga akan meninggalkan kesan terhadap apa jua pandangan mengenai kebebasan dan kesungguhan yang terdapat dalam kekuasaan singulariti tersebut.  Pertimbangan juga akan berlaku dalam idea kebebasan yang telah dinyatakan oleh Kant, dan juga substruktur yang tidak berbentuk fizikal haruslah melibatkan penjelasan-penjelasan metafizikal bagi interaksi sebab-sebab.  Konsep mengenai kehendak yang telah diselitkan dalam idea tentang kepentingan kaitan, adalah idea bagi kesan yang ingin dihasilkan: tapi ini hanya boleh didapati dengan memerhatikan penggabungan yang kerap. Kehendak telah didefinisikan oleh Kant sebagai kuasa untuk menentukan perlakuan seseorang berdasarkan pemahamannya tentang beberapa hukum (gr, 427).  (H.J. Paton telah membuat pemerhatian terhadap implikasi-implikasi ini dalam The Categorical Imperative, Hutchison of London, edisi 4, 1963, ms. 208).  Jadi, bagi Kant, pertimbangan kita, yang bukan perbuatan-perbuatan semata-mata, berlaku dalam Idea Kebebasan. 

 

1:3       Aspek-aspek Sains metafizikal dan Benda                 

 

Sains, sebagai hasil falsafash atomisme fizikal, telah banyak kali menolak pemikiran-pemikiran metafizik dan teisme kerana pendapat teologi Chaldea dalam lingkungan struktru pseudo-Kristian telah didapati tidak koheren dari pemerhatian yang dilakukan terhadapnya, juga didapati bahawa pembangunan teologi antropomorfiknya mengandungi banyak kesalahan.  Walau bagaimanapun, penolakan secara besar-besaran ini telah menghadkan pemahaman mengenai struktur keAllahan yang betul.  Idea bagi penyebaban melibatkan anggapan-anggapan mengenai pemerhatian; walau bagaimanapun, dasar idea-idea bagi struktur atom dalam paradigma mekanika quantum, tidak berupaya untuk disahkan secara saintifik, dan ia harus melibatkan spekulasi metafizikal. 

 

Sir Karl Popper telah mengkaji masalah tersebut dalam mekanika teori quantum (The Logic of Scientific Discovery, Hutchison, 1986, ms. 215-221).  Dalam percubaan bagai mengkaji sifat-sifat elektron, Heisenberg telah menyelidiki kemungkinan bagi memeriksa haluan sebuah elektron diantara dua eksperimen.  Heisenberg telah berpendapat, “sama ada seseorang itu telah memerikan sifat kepada apa jua realiti fizikal bagi sejarah sesebuah elektron, ia sama sekali berkaitan dengan rasa.” (disebut oleh Popper pada ms. 220. Terjemahan bahasa Inggeris kerja Heisenberg Die Physikalische Prinzipen der Quantantheorie, 1930, ms. 15 tentang ms. 20 mengatakan, “ialah berkaitan dengan kepercayaan peribadinya.”)  Sekiranya pendapat mengenai elektron dalam dimensi-dimensi atom tidak boleh disahkan, maka kita tidak boleh memberikan apa-apa sifat kepada pendapat tersebut. “Ia akan menjadi mustahil untuk berbicara mengenai jalannya diantara tempat-tempat di mana ia telah diperhatikan.” Sungguhpun demikian, “Ia adalah mustahil untuk mengkalkuslasi haluan metafizikal yang tidak munasabah dari segi formulasi baru.” (ibid).  Menurut Popper, Heisenberg telah gagal dalam programnya sendiri.  Teori tersebut hanya membenarkan dua posisi, iaitu posisi subjektif, di mana zarah mempunyai posisi dan momentum yang jitu (dan oleh yang demikian mempunyai haluan yang jitu), tetapi kedua-duanya mustahil untuk disukat pada masa yang sama.  “Sekiranya benar sedemikian, maka alam semulajadi masih lagi bertekad untuk menyembunyikan beberapa unsur fizikal dari mata kita.” (ibid) (Popper mempercayai bahawa kedua-dua posisi dan momentum (haluan) adalah tersembunyi).  Ini adalah berkenaan dengan prinsip ketidakpastian sebagai had kepada pengetahuan kita dan justeru itu, subjektif.

 

Posisi ke dua atau posisi objektif menegaskan bahawa adalah tidak boleh diterima atau tidak benar atau adalah metafizikal bagi memberi sifat kepada zarah seperti suatu haluan yang pasti.  Ia samada mempunyai posisi yang jitu dengan momentum yang tidak jitu, atau sebaliknya. Tapi menurut Popper, sekiranya kita menerima interpretasi tersebut, maka sekali lagi, formulasi teori tersebut mempunyai unsur-unsur metafizikal, kerana “haluan” itu sebenarnya boleh dikalkulasikan sewaktu ia tidak mampu diselidiki dengan sekadar pemerhatian. (ibid)., ms. 221) Menurut Popper sekali lagi, “Heisenberg setakat ini tidak menyelesaikan tugasnya: beliau belum menyingkirkan unsur-unsur metafizikal dari teori quantum.” (ibid). Oleh yang demikian, hubungan-hubungan sebab mungkin sekali berupa teori, dan beberapa magnitud fizikal tidak akan diketahui.

 

Salah satu daripada anggapan-anggapan yang biasa mengenai mekanika quantum, ialah bahawa seorang pemerhati yang bersifat Allah akan campur tangan pada operasi sistem dalam proses pemerhatian.  Mekanika quantum telah menspekulasi tentang soal pemerhati untuk beberapa ketika. Satu proposisi telah dibuat oleh James Clark Maxwell mengenai apa yang dikenali sekarang sebagai setan Maxwell. Setan tersebut menguasai pintu diantara dua bahagian, yang mana salah satu daripadanya mengandungi gas manakala yang satu lagi adalah kosong.

 

Setan itu memerhatikan sistem tersebut dan membenarkan molekul-molekul panas yang bergerak dengan cepat, pergi melalui pintu di tengah, lalu memindahkan kuasa. Para saintis tidak dapat membuktikan bahawa setan tersebut tidak wujud, sungguhpun demikian, mereka masih bertekad untuk mempertahankan hukum-hukum Termodinamik mereka.  Proposisi tersebut melanggar hukum ke dua Termodinamik, dan oleh itu kedua-dua posisi tersebut adalah eksklusif. 

 

Charlton Caves dari University of Southern California telah mencuba untuk menggunakan teori maklumat bagi menunjukkan bagaimana suatu setan boleh menghasilkan tenaga dari gas. Caves telah menggunakan sebuah teori setan dipanggil “Unruh” yang juga dikenali sebagai “Enjin Szilard.”  Rolf Landauer dari IBM di Yorktown Heights, New York, telah menunjukkan pada tahun 1988, bahawa enjin Szilard tersebut mendapat tenaga dengan cara menjatuhkan satu bahagian kedalam kotak sesudah memutuskan dimana molekul berada, dengan keputusan yang mengatakan campur tangan dengan saluran tenaga akan membawa piston bertentangan ke tengah, sementara kuasa anjalan yang bertindak terhadap piston, selepas pemisahan bahagian, akan memindahkan sejumlah bentuk tenaga. Namun penghasilan tenaga itu, dibatalkan oleh pengembangan tenaga yang dikeluarkan oleh setan tersebut.  Caves telah mengambil langkah-langkah yang lebih lanjut dengan menghadkan aktiviti yang dilakukan oleh setan Unruh itu kepada operasi terhadap tepi kotak-kotak tersebut hanya apabila molekul berada di tempat yang sama pada setiap 10 kotak-kotak yang ada, mengakibatkan penghasilan sejumlah tenaga.  (Lihat Physical Review Letters, Jilid 64, ms. 2111). Dalam Physical Review Letters, Jilid 65, ms. 1387, satu seminar di Santa Fe telah menghadkan aktiviti-aktiviti setan Unruh tersebut dalam lingkungan hukum ke 2 Termodinamik dengan cara memasukkan kos penghapusan lebih, yang walaupun dalam skim paling efisien, masih mengurangkan penghasilan tenaga kepada sifar.

 

Anggapan-anggapan yang terlibat disini adalah bahawa setan atau entiti tersebut terikat kepada hukum-hukum atomisme fizikal, yang memerlukan pemindahan sejumlah tenaga dalam reaksi fizikal.  Ini berdasarkan premis yang salah, dan juga pada anggapan yang tidak pernah diselidiki, yang berkaitan dengan premis salah.  Pertamanya, apa jua makhluk berkuasa yang mempunyai keupayaan bertindak seharusnya tahu hasil sesebuah reaksi atau urutan sebab-sebab yang sedang berlangsung oleh sebab hubungan-hubungan teori adalah satu keutamaan, dan hukum-hukum yang terlibat bukan tidak berbentuk tetapi telah ditetapkan serta wujud pada masa pra-penyebaban. 

 

Oleh yang demikian, tidak perlu bagi pemerhatian dari segi teknikal. Keduanya, anggapan bahawa entiti tersebut melibatkan pemindahan tenaga, adalah spekulasi antropomorfik yang berdasarkan atomisme fizikal, yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan sifat tidak berbentuk bagi bahan-bahan sub-subatomik.  Tidak ada sebab bagi menganggap bahawa entiti pemerhati adalah secara logik terikat kepada atau oleh pengantara fizikal yang diperhatikannya. Walaupun hal yang sedemikian berlaku, namun tidak ada sebab yang logik bagi menganggap bahawa terdapat dua jenis entiti yang berbeza akan menukar bentuk tenaga dengan cara yang sama. Fizik boleh mengilhamkan suatu setan hipotetikal bagi memuaskan spekulasi mekanika quantum, namun ia akan menyingkir postulasi mengenai entiti bukan fizikal dalam ontologi lain yang berkaitan. 

 

Roger Penrose telah mempostulasikan dalam kerjanya The Emperor’s New Minds: Concerning Computers, Minds and the Laws of Physics, Oxford, 1989, bahawa pengaruh kuat alat menyukatlah yang meninggalkan kesan terhadap keadaan fizikal, bukannya kehadiran pemerhati berbentuk abstrak.  Pada tahap quantum, struktur asas atom mempunyai beberapa jenis keadaan yang berbeza yang telah bertindih-tindih diantara satu dengan yang lain.  Ahli fizik yang mengkaji keadaan-keadaan tersebut telah mengakibatkan jumlah keadaan yang bertindih-tindih itu menjadi satu, sehinggakan hanya satu kesimpulan yang didapati.  Fizika quantum bukan hanya tidak serasi dengan penyebaban-penyebaban secara makroskopik, tetapi juga terlalu bergantung kepada pemerhatian manusia, justeru itu bersifat antropomorfik.  Menurut Penrose, dalam beberapa tahap diantara keadaan-keadaan quantum serta klasikal, segala perbezaan diantara semua keadaan yang bertindih-tindih itu akan menjadi amat penting dari segi graviti, sehinggakan mereka menjadi satu, sama seperti yang telah diselidiki oleh para ahli fizik.  Graviti quantum Penrosian ini telah dianggap boleh menolong menjelaskan apa yang dipanggil sebagai kesan-kesan bukan setempat di mana penyebaban-penyebaban pada satu tempat meninggalkan kesan kepada tempat yang lain pada masa yang sama. 

 

Penyebaban bukan setempat telah pertama kali diperkenalkan oleh eksperiman Fikiran Einstein-Podolsky-Rosen.  Kita telah melihat pada tempat yang lain bahawa pemindahan idea-idea banyak sekali diperhatikan, contohnya perkara Lorentz.  Pemerhatian bukan setempat boleh didapati dengan mengukur putaran suatu photon yang dikeluarkan oleh zarah yang reput.  Suatu photon yang dikeluarkan pada masa yang sama oleh zarah pada arah yang bertentangan, mempunyai putaran yang telah ditetapkan oleh ukuran yang satu lagi walaupun zarah-zarah tersebut adalah jauh diantara satu dengan yang lain.  Mungkin terdapat masalah dalam pendapat-pendapat Penrose, tetapi implikasi oleh minda manusia berhak diteliti dengan lebih lanjut, terutama sekali konsep-konsep yang berkaitan dengan proses-proses fisiologik yang telah menjadi dasar bagi pemikiran mungkin pada mulanya melibatkan beberapa keadaan quantum yang bertindih-tindih, yang mana setiap satunya menjalankan kalkulasi tersendiri. Beliau berpendapat bahawa apabila pembahagian jisim dan tenaga diantara keadaan-keadaan tersebut mencapai tahap graviti yang penting, maka beberapa eadaan-keadaan itu akan jatuh menjadi satu, menyebabkan perubahan-perubahan bukan setempat serta boleh diukur dalam struktur neural otak.  Penyebaban fizikal ini berkaitan dengan penyebaban mental, yang seterusnya memformulasikan fikiran sebagai pemahaman yang amat berbeza daripada kepintaran tiruan. Pendapat-pendapat tersebut berhak diselidiki dengan lebih mendalam lagi oleh kerana implikasi mereka terhadap pemikiran manusia, interaksi fizikal, dan juga pendapat mengenai penyebaban. 

 

1:4       Penyelidikan Pernyataan Penyebaban  

 

Penyelidikan terhadap penjelasan penyebaban harus dilakukan bagi membuktikan sekiranya ia benar, dan juga untuk melihat apakah deduksi mengenai moral serta peraturan yang boleh didapati. 

 

Anggapan Humean 

 

Sejak zaman Hume lagi pendapa falsafah yang amat terkenal ialah bahawa bagi dua penyebaban yang mempunyai kaitan diantara satu dengan yang lain, kaitan tersebut haruslah berdasarkan sejenis hukum sebab-sebab, sama ada asas atau yang diperolehi, dan juga kebarangkalian atau bukan kebarangkalian. 

Konsep singular mengenai penyebaban telah ditolak kerana dianggap tidak koheren, disebabkan oleh penegasannya bahawa dua jenis penyebaban boleh jadi berkaitan. Anggapan bahawa hubungan-hubungan sebab dan akibat telah menjadi endemik terhadap falsafah penyebaban.  G.E.M. Anscombe (dalam “Causality and Determination”, Causation and Conditionals, Ed. E Sosa, Oxford, Oxford University Press, 1975, ms. 63-81) telah mengenalpasti masalahnya tetapi gagal untuk tersilap mendiagnosiskan lokasi tersebut, lalu beliau sendiri mempunyai anggapan yang sama.  Pendiriannya kelihatan seperti berpunca dari kesalahfahaman dengan argumen Humean.  Professor Anscombe (dari “Time, Beginnings and Causes” dalam Rationalism, Empiricism and Idealism, Ed. Anthony Kenny, Oxford Clarendon, ms.56-103) telah menyatakan bahawa argumen Humean telah dilihat sebagai sebuah definisi yang setengah sahaja, yang telah menyebabkan argumen bahawa sesetengah objek tidak boleh mempunyai hubungan sebab dan akibat kerana terdapat keperluan logik yang diberikan kepada yang lain.  Menurut Anscombe, berkemungkinan bahawa Hume akan menolak pendapat-pendapat lain serta mempertikaikan pendapat-pendapat tersebut secara spesifik. Masalah mengenai aplikasi-aplikasi Hume telah diselesaikan ditempat yang lain.

1:4.2 Idea/Ideatum dan Kewujudan tanpa Sebab

Anscombe telah membuat proposisi yang menarik pada ms. 91 mengenai kemungkinan argumen tersebut berasal dari imaginasi, bahawa kemungkinan yang datang dari posisi “kita boleh membayangkan permulaan kewujudan tanpa sebab; justeru itu akan terjadi permulaan kewujudan tanpa sebab.” Ini seakan-akan menerima setengah daripada Monisme Parmenidean dan menolak bahagian yang setengah lagi. Walau bagaimanapun, perkara yang ingin diperkenalkan ialah idea yang dianggap “bukan penyebaban psikologi, tetapi sebagai kandungan proposisi, pendapat-pendapat biasa yang lahir dari minda ramai.”  Anscombe telah membuat perbezaan diantara argumen-argumen Hume dan Aquinas (ms. 92):

Aquinas:

Adalah mungking bagi memahami kewujudan tanpa hubungan dengan sebab-sebab untuk menyebabkan;

oleh yang demikian, hubungan tersebut bukan berasal dari konsep kewujudan;

oleh yang demikian juga tidak ada hubungan langsung.

Hume:

Adalah mungkin bagi menghasilkan suatu objek ke dalam kewujudan tanpa sebarang sebab;

oleh yang demikian, adalah mungkin juga bagi membayangkan suatu objek ke dalam kewujudan tanpa sebarang sebab;

oleh yang demikian juga, adalah mungkin bagi suatu objek untuk wujud tanpa sebarang sebab.

Dari Hobbes mengenai masa dan ruangan, “objek tersebut tidak akan memerlukan sesuatu bagi memperbaiki permulaannya,” menurut Hume, tetapi Anscombe telah menyebut dari petikan The English Works of Thomas Hobbes, Jilid 4, ms. 276, di mana Hobbes telah memperkenalkan keperluan terhadap yang abadi dalam ketidakhadiran sebab yang istimewa (Anscombe in Kenny, op. cit., ms. 93).  Anscombe telah menyatakan, “permulaan bagi kewujudan mengimplikasikan kewujudan seseuatu yang lain, selain daripada apa yang baru mula wujud itu, walaupun impilkasi tersebut hanya dinyatakan melalui proses-proses yang berlaku di dalamnya. Sekiranya demikian, kita sedang membincangkan mengenai kewujudan alam semesta, dan itu sajalah cara bagaimana implikasi tersebut dijelaskan.” (ibid., p.97).

Menurut Anscombe dari apa yang didapatinya dari Aquinas, Hobbes dan juga Hume, hubungan-hubungan teori adalah berkemungkinan dan dari akibat luaran bagi sebab yang pertama, sebuah konsep singularis mengenai penyebaban akan berkembang. Terdapat pula kemungkinan untuk menerima penyebaban singularis dalam argumen Anscombe yang seterusnya, yang telah menggantikan kesalahan dalam identifikasi yang dibuat awal tadi.  Argumen mengenai potensi pra-kewujudan tentang suatu benda yang sedang membentuk, membenarkan satu pendahuluan metafizikal.  Ketidakmunasabahan mengenai kontinum ruang-masa sebagai proposisi linear, hanya mengukuhkan lagi teori penyebaban tersebut.  Pemahaman yang kurang mengenai asal-usul bukannya suatu kekurangan bagi objek tersebut, melainkan kekurangan bagi pemerhati.

Menurut Michael Tooley (The Nature of Causation: A Singularist Account, p.21), bagi menyingkirkan sebuah penjelasan singulari, argumen Humean memerlukan sokongan.

 

Perlu dibuktikan bahawa penyebaban itu boleh dikurangkan sehingga ia menjadi sifat-sifat dan hubungan-hubungan yang mampu diperhatikan.  Kedua-dua kemungkinan, sama ada secara spesifik berkaitan dengan penyebaban, atau sebagai tesis umum bahawa semua sifat dan hubungan harus mampu diperhatikan, atau dikurangkan kepada sifat dan hubungan-hubungan yang mampu diperhatikan, adalah tidak termasuk oleh keupayaan semasa seperti yang telah dinyatakan oleh Popper; dan juga sifat bukan fizikal atau metafizikal bahan kelihatan pasti.  Pengurangan mengenai penyebaban kepada yang dinyatakan di atas, telah disingkirkan sebagai satu kemungkinan, justeru itu membuka kepada  kemungkinan singular yang berasaskan hubungan-hubungan teori.

Leibniz, Harmoni dan Atomisme Fizikal Hide Ishiguro telah menyentuh hal tersebut apabila beliau berhadapan dengan kerja Leibniz ("Pre-Established Harmony Versus Constant Conjunction: A reconsideration of the Distinction Between Rationalism and Empiricism" dalam Rationalism, Empiricism and Idealism, Ed. Anthony Kenny, Oxford Clarendon, 1986, ms. 61-85).  Leibnez telah mengenepikan doktrin falsafah mengenai interaksi sebab dan akibat.  “Beliau tidak setuju dengan Descartes dan Newton mengenai hukum-hukum dinamik yang tidak pernah menitikberatkan persoalan sama ada wujudnya hukum-hukum yang menyatakan tentang hubungan rapat diantara semua benda fizikal.  Ia hanya merujuk kepada bagaimana hukum-hukum tersebut seharusnya dibentuk.”  (ibid., ms. 65).  Lord Russell telah menyalahanggap Leibniz apabila beliau menulis bahawa menurut Leibniz, “tidak ada apa-apa benda yang bertindak keatas benda yang lain!”   (The Philosophy of Leibniz, ms. 93; and ibid., ms. 62).  Ishiguro menyatakan bahawa Leibniz lebih mementingkan tentang penolakan teori mengenai kemasukan yang telah difikirnya melibatkan pemisahan kualiti daripada bahan-bahan (dan oleh itu, petikan dalam Monadology di 7 GVI ms. 607; ms. 643).  Penolakan tersebut melibatkan kemustahilan tentang pemindahan unsur fizikal dalam badan kepada kualit tidak berbentuk di dalam minda. Sistem tersebut berdasarkan pada konsep Leibniz, bahawa terdapat entiti-entiti ringkas yang ulung. Anggapan ini telah dijalankan oleh para ahli atomis fizikal, padahal spekulasi tersebut secara dasarnya adalah salah, bukan dari segi kewujudan entiti-entiti yang ulung disebutkan tadi , mahupun daripada postulasi logik mengenai kewujudan ringkas sub-subatom yang tidak berbentuk, tapi dari anggapan-anggapan sifat fizikal mereka. Anscombe percaya bahawa konsep penyebaban tersebut terjadi akibat pengambilan, yang boleh difahami dengan mudah. Ini sekali lagi mengakibatkan kesalahan dalam mengenalpasti tentang hubungan-hubungan sebab dan akibat. 

1:5.1 Hume dan Leibniz

Kedua-dua Leibniz dan Hume telah menegaskan bahawa sebab yang efisien adalah yang menghasilkan, yang kita ketahui hanya sinonimnya synonyms (Leibniz, New Essays Concerning Human Understanding, II 26,S1; dan Hume, Treatise, Bahagian III, Section 4, ms. 157).  Jadi apakah yang telah diasaskan oleh Leibniz dan Hume?  Leibniz kelihatan seperti mengemukakan argumen dalam lingkungan fizik terhad pada zamannya; terhad kerana pra-andaian atomisme fizikal, sebab bagi keadaan penyebaban yang harmonis, yang menjadi tidak koheren bukan kerana percubaannya dari segi penyebaban singularis yang harmonis, tetapi dengan pemahaman metafizikal yang salah.

1:5.2    Posisi Humean

Hume juga telah membuat penekanan tentang argumenyang telah dikemukakannya. Pertama sekali, beliau menyatakan bahawa penyebaban tidak secara langsung boleh diperhatikan dari segi teknikal yang relevan, justeru itu ia bukanlah suatu hubungan primitif diantara penyebaban-penyebaban, yang tidak boleh dianalisa.  Kedua, berdasarkan jurang sebab-sebab yang radikal, penyebaban tidak boleh dikurangkan untuk menjadi sifat-sifat yang boleh diperhatikan, dan juga sebagai hubungan-hubungan diantara penyebaban-penyebaban secara individu. Oleh yang demikian, kemungkinan masih kekal, bahawa penyebaban adalah secara ringkasnya suatu hubungan diantara penyebaban-penyebaban secara individu yang boleh diperhatikan.      

Harmonis

Ishiguro telah menyatakan bahawa alam semulajadi boleh difahami walaupun struktur metafizikal penyebaban tidak boleh difahami dengan sempurna.  Doktrin mengenai harmonis diwujudkan lebih awal adalah suatu konsep metafizikal, yang juga merupakan idea yang asal.  Hukum, seperti yang telah difahami oleh tokoh-tokoh Alkitab, adalah berdasarkan sebuah konsep unit metafizikal yang dikuasai oleh hukum-hukum mutlak, yang seterusnya membawa kepada penambahan unsur kerohanian kepada hukum-hukum fizikal dalam Hukum Sepuluh dan juga hubungan-hubungan sesama mereka. Ishiguro telah menegaskan, “Allah tidak boleh mencipta hukum-hukum yang tidak mempunyai bentuk.  Bahan-bahan dan hukum-hukum telah disamakan diantara satu dengan yang lain.  Dalam penciptaan sebuah alam semesta yang dikendalikan oleh kekuasaan berupa hukum, Allah tidak menjalankan dua jenis perbuatan yang berbeza dalam penciptaan. Dengan mengasaskan hukum-hukum tersebut, Allah tidak sekadar memberikan kita satu cara menerangkan tentang segala hal, dari segi sifat-sifat hubungan yang kontinjen atau ekstrinsik.”  (Ishiguro, ms. 72)

Sekarang penciptaan hubungan-hubungan teori secara tidak logik terikat terbatas kepada bahan-bahan fizikal, dan oleh itu suatu hukum yang tidak berkaitan dengan bentuk fizikal hanya tidak berbentuk dari segi pandangan bahawa ia bukanlah suatu hubungan secara fizikal diantara dua benda.  Aspek-aspek teori mengenai peraturan berpunca dari satu sebab singular dalam keadaan awal yang tidak berbentuk.

1:6.1 Aspek-aspek Tidak kukuh Mengenai Penyebaban Singularis

Dalam penjelasan singularis mengenai penyebaban, adalah penting bagi mengetahui aspek-aspeknya yang tidak kukuh.

Pengalaman Terdekat

Argumen bagi penjelasan singularis yang mengekori pengalaman terdekat hubungan-hubungan sebab dan akibat adalah tidak kukuh kerana keadaan-keadaan yang tidak sama, seperti menurut Tooley, sama ada pendapat Berkely atu pemahaman dari aktiviti terasing bagi minda.  Ia menganggap bahawa tidak ada apa-apa yang disedari oleh seseorang dalam pengalamannya boleh menjadi punca bagi sesuatu penyebaban yang lain.  Argumen tersebut adalah tidak kukuh.  Ia tidak menghalang pengaruh sesuatu tindakan dengan cara mengubah pemahaman sebagai pengaruh aktiviti minda, contohnya, rangsangan atau pelaziman.  Dari semua yang disebutkan tadilah, konsep-konsep mengenai keupayaan untuk mengubah pemahaman, bahawa konsep tersebut diambil sebagai anggapan, telah dibuat sewaktu ia mula-mula dikemukakan, bahawa dari empirisisme, suatu idea dapat dianggap sebagai asas secara analitik, hanya apabila ia berfungsi untuk mengisolasikan sifat-sifat atau hubungan-hubungan didalam pengenalan seseorang, dan oleh sebab inilah penyebaban harus dianalisa, dan tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang asas.

Kebolehan Untuk Diperhatikan

Kita telah pun berhadapan dengan sifat-sifat teori bagi hubungan-hubungan sebab dan akibat, dan juga perdebatan bahawa untuk mengemukakan argumen berdasarkan apa yang disebutkan tadi adalah tidak kukuh.  Pengetahuan yang didapati dari apa yang berlaku di atas, adalah berdasarkan inferens dan berlaku sebelum pengetahuan didapati, adalah suatu sebab dan akibat yang umum yang berkaitan dengan kes yang diperhatikan.  Sekiranya demikian, hal-hal mengenai pemahaman terhadap pengetahuan yang biasa mengenai hubungan-hubungan sebab dan akibat, tidak boleh digunakan untuk mendemonstrasikan kewujudan penyebaban-penyebaban yang berkaitan yang tidak termasuk dalam hukum-hukum sebab dan akibat. Ketidakhadiran bagi pengetahuan awal sebab dan akibat boleh menunjukkan bahawa hubungan-hubungan sebab dan akibat hanya di mana ia memperlihatkan kerumitan yang relevan, dan kerumitan tersebut bererti bahawa pemerhatian yang berlaku melibatkan beberapa jenis contoh mengenai hukum yang berkaitan.  Pemerhatian sedemikian bererti suatu hukum relevan memang wujud.  Pemerhatian-pemerhatian akan membuat kesimpulan bagi hubungan-hubungan sebab dan akibat hanya apabila kesimpulan mengenai penyebaban sebagai satu contoh hukum sebab dan akibat.  Dari sini, secara epistemologi, penjelasan singularis telah gagal. 

1:6.2 Penyebaban Supervenien dan Pertengahan

Michael Tooley telah menawarkan (dalam Causation) satu perbincangan mengenai argumen-argumen yang membuat percubaan untuk mengasaskan satu konsep singularis tentang penyebaban, dengan cara menolak alternative-alternatif yang ada.  Beliau bermula dengan pandangan supervenien yang dominan yang menunjukkan bahawa penyebaban-penyebaban tidak boleh berkaitan diantara satu dengan yang lain kecuali ia merupakan suatu contoh dari sejenis hukum, hubungan sebab dan akibat tersebut secara logiknya ditetapkan oleh sifat-sifat bukan sebab dan akibat daripada dua jenis penyebaban yang berlaku, dan juga oleh hubungan-hubungan bukan sebab dan akibat bersama-sama dengan hukum-hukum sebab dan akibat yang ada di dunia.  Menurut pandangan supervenien:

1. hubungan-hubungan sebab dan akibat mengandaikan hukum-hukum yang sepadan;

2. hubungan-hubungan sebab dan akibat adalah secara logik, supervenien diatas hukum-hukum sebab dan akibat bersama-sama dengan sifat-sifat bukan sebab dan akibat, dan juga hubungan-hubungan diantara penyebaban-penyebaban.

Dari sini, pandangan supervenien dan singularis diekori oleh suatu posisi pertengahan akibat daripada penafian tentang tesis kedua di atas.  Posisi tersebut ialah, hubungan-hubungan sebab dan akibat mengandaikan hukum-hukum sebab dan akibat yang sepadan, bersama-sama dengan sifat-sifat bukan sebab dan akibat, serta hubungan-hubungan diantara penyebaban-penyebaban.

1:7       Perdebatan-perdebatan Balasan

Argumen-argumen bagi penjelasan singularis yang bertentangan dengan pandangan-pandangan supervenien dan pertengahan, terdapat dalam dua bahagian.  Terdapat tiga jenis argumen:

1:7.1 Perdebatan dari Kemungkinan Undang-undang yang tidak boleh dipastikan

yang melibatkan anggapan bahawa hukum-hukum sebab dan akibat yang tidak ditetapkan adalah secara logiknya, berkemunkinan.

Jawapan A: Sebab hubungan-hubungan sebab dan akibat terjadi diantara keadaan-keadaan mengenai hal-hal, sementara ekspresi-ekspresi penyarak boleh digunakan untuk memilih hal-hal bagi beberapa jenis keadaan, maka hal-hal bagi beberapa jenis keadaan tersebut tidak boleh menjadi penyarak dalam sifatnya.

Jawapan B: (lihat Tooley, Causation, op. cit., bab. 8)  Dari pandangan supervenien pula, hubungan-hubungan sebab dan akibat diantara hal-hal bagi beberapa jenis keadaan pula adalah secara logiknya supervenien terhadap hukum-hukum sebab dan akibat, juga hal-hal bagi beberapa jenis keadaan yang bukan berdasarkan sebab dan akibat.  Fakta-fakta asas yang perlu dipostulasikan adalah semua yang sepadan dengan hukum-hukum sebab dan akibat, dan fakta-fakta tersebut harus dikenalpasti dengan beberapa hubungan kontinjen diantara beberapa universal.

1:7.2 Penjelasan Singularis

berpegang pada sifat utama bagi hubungan-hubungan sebab dan akibat.  Ketetapan penjelasan-penjelasan bagi hukum-hukum alam telah ditentang hebat (contohnya, Fred I. Dretske, "Laws of Nature" dalam Philosophy of Science, ms. 44, 1977; dan David M. Armstrong, What is a Law of Nature, Cambridge University Press, 1983); oleh yang demikian satu penjelasan singularis telah menggabungkan ini dengan pandangan bahawa hukum-hukum adalah hubungan-hubungan diantara beberapa universal.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pendekatan memerlukan satu penjelasan mengenai sifat hukum-hukum dan kedua-duanya gagal: secara supervenien, dalam membezakan sebab dan akibat daripada hukum-hukum bukan sebab dan akibat; dan secara singularis, dalam penjelasan mengenai hubungan-hubungan sebab, dan akibat yang berkaitan dengan hukum akan menjelaskan apa sebenarnya hukum sebab dan akibat tersebut.

1:7.3 Dari Tooley, Causation, ms. 268-274,

dalam penjelasan pertengahan, sekiranya pengecualian penyebaban anomik itu ingin difahami, suatu penjelasan yang terpisah mengenai hukum-hukum sebab dan akibat diperlukan.  Alternatif-alternatif bagi konsep singularis mengenai penyebaban haruslah dikecualikan; dalam pandangan supervenien, berkenaan dengan beberapa kes secara logik, yang melibatkan hukum-hukum sebab dan akibat bukan ditetapkan, juga, pandangan pertengahan adalah secara ontologi lebih terlibat atau tidak ekonomi berbanding dengan singularis tersebut.  Argumen-argumen yang berkaitan dengan tiga pandangan tersebut, berkaitan dengan Argument from the Possibility of Exact Replicas of Causal Situations dan juga kepada Argument from the Possibility of Inverted Universes. Dalam hal yang kedua, Argument from the Inversion of the Direction of Time akan melihat beberapa hukum yang mengecualikan penyongsangan, sementara yang lain lagi tidak.

1:8       Arah Masa

Sekiranya anggapan boleh dikekalkan, bahawa arah tujuan masa itu harus dianalisa dari segi hala penyebaban, maka contoh balasan terhadap pandangan supervenien mengenai penyebaban juga boleh dikekalkan.  Melalui Einstein, postulasi telah dibuat bahawa ruangan, bahan, masa, tenaga dan juga graviti semuanya adalah ekspresi sama kepada suatu inti dasar yang amat berkait rapat diantara satu dengan yang lain.  Inti tersebut, menurut James Jeans, tidak dapat digambarkan dengan apa jua cara dari segi bentuk fizikal.  Ini mengimplikasikan bahawa hubungan penyebaban adalah terhad oleh ketidakbolehannya untuk mengaplikasikan secara universal dalam hipotesis penyongsangan masa. Sementara kita telah melihat bahawa hubungan tersebut adalah secara teori, teori-teori tersebut, dalam beberapa kes, adalah ditentukan supaya tidak boleh diterbalikkan, dan ini menunjukkan pendapat mengenai hubungan-hubungan teori yang telah ditetapkan.  Stephen Hawking (A Brief History of Time), kelihatan seperti mengaplikasikan hukum-hukum dibawah hipotesis penyongsangan masa, dan telah membuat deduksi darinya mengenai singulariti-singulariti yang mungkin atau tidak mungkin sah. 

Penemuan-penemuan oleh Tsung-Dao Lee dan juga Chen Ning Yang juga adalah penting (ibid., p.77 et seq.).  Menurut mereka, simetri bagi zarah-zarah dan anti zarah-zarah adalah sedemikian rupa seperti Simetri-simetri C, P dan T, kuasa yang lemah tidak akan menurut kepada Simetri P, yang berupa putaran zarah-zarah dan juga anti zarah-zarah. Anggapan bagi Simetri P ialah, “sekiranya anda membalikkan arah gerakan semua zarah-zarah dan anti zarah-zarah, sistem itu akan balik kepada keadaan awal; dalam kata lain, hukum-hukum adalah sama dalam arah masa ke depan mahupun ke belakang.” (ibid.)  Chien-Shung Wu telah dikatakan membuktikan ramalan-ramalan tokoh-tokoh di atas pada tahun 1956, dengan cara mendemonstrasikan bahawa elektron-elektron akan dibebaskan dengan lebih lagi pada satu arah tujuan berbanding dengan yang lain, dengan cara mengumpulkan nuklei atom-atom radioaktif dalam sebuah medan magnet.  Juga didapati bahawa kuasa yang lemah tidak menurut Simetri C tersebut, jadi satu alam semesta yang terdiri daripada anti zarah-zarah akan berkelakuan secara berlainan dengan alam semesta kita sendiri.  Walau bagaimanapun, kelihatan bahawa kuasa lemah tersebut akhirnya menurut kepada gabungan Simetri-simetri C dan P.  Cronin dan Fitch telah menemui bahawa “Simetri CP tersebtu tidak dituruti dalam beberapa jenis zarah yang dipanggil K-Mesons yang reput.”  (ibid.) Menurut Hawking tentang hal ini, “Cronin dan Fitch telah menunjukkan bahawa sekiranya zarah-zarah digantikan dengan anti zarah-zarah dan menyerupai bayangan kaca, tetapi tidak pula membalikkan arah masa, maka alam semesta tidak akan berkelakuan dengan sama.  Oleh yang demikian, hukum-hukum fizik haruslah berubah sekiranya arah masa dibalikkan:  ia tidak menurut kepada Simetri T.”  (ibid.) Pengembangan serta pengecutan alam semesta dikatakan mengecualikan salah satu daripada kombinasi-kombinasi ini.      

Pengandaian mengenai mekanika quantum kepada struktur berbentuk fizikal dari banyak zarah adalah secara akademik dan hanya sekadar memperkenalkan suatu langkah pengantara dalam pengurangan yang dicadangkan di sini.  Justeru itu, terdapat suatu arah yang ketara mengenai masa, dan oleh itu, suatu arah bagi penyebaban.  Penyebaban masih memerlukan banyak analisis yang terperinci, dan juga memerlukan disertasi penjelasan yang lanjut yang tidak disertakan disini. 

1:9       Pemindahan Idea-idea yang Serentak

Berikutan dengan anggapan mengenai atomisme fizikal berkenaan dengan struktur berbentuk fizikal, dan juga penjelasan-penjelasan tentang perilaku manusia, kita telah diberi satu penegasan mengenai tindakan fiziko-kimia pada badan sebagai penjelasan penyebaban bagi pemikiran manusia dan juga pengeluaran idea-idea.  Walau bagaimanapun, pemindahan serentak bagi idea-idea pula, menimbulkan beberapa masalah metafizikal yang serius terhadap teori-teori Materialis bagi minda, dan juga penjelasan sebab dan akibat yang berupa fiziko-kimia supervenien, yakni bukan singularis.

Pemerhatian-pemerhatian mengenai pemindahan idea-idea serentak telah dicatat dengan sempurna untuk dinafikan, dan juga terlalu kerap berlaku untuk dianggap kebetulan. Materialis pula telah secara tidak logik, mendakwa kebetulan itu adalah satu alternatif, yang memerlukan penjelasan sebab dan akibat eksternal yang melibatkan pendapat-pendapat luaran, dan juga pengaruh terhadap minda manusia dengan cara penanaman idea-idea baru. Penimbulan serentak bagi pemikiran telah menunjukkan suatu luaran yang tidak berbentuk fizikal yang mempunyai kuasa serta pengetahuan yang hebat.  Perbezaan-perbezaan diantara pemerhatian dan pemahaman bersama-sama dengan idea-idea serentak adalah amat jelas, sebagai contoh, dalam teori-teori Lorentz/Fitzgerald. Pemahaman terhadap hubungan-hubungan dan juga sebab dan akibat adalah berbeza-beza, dan teori Lorentz mempostulasikan bahawa, “pemerhati-pemerhati dalam rangka-rangka rujukan yang berbeza akan melaporkan keputusan-keputusan yang berbeza-beza juga, bagi ukuran kepanjangan objek yang sama pada arah pergerakan.” (Stanley Goldberg, "Understanding Relativity" dalam Origin and Impact of a Scientific Revolution, Oxford Science Publications, Clarendon, 1984, msk. 124-125).  Menurut penjelasan Lorentz, objek dihimpit dalam arah pergerakan sebagai kesimpulan daripada hubungan-hubungan elektromagnet mengenai objek, dan juga eter di mana ia tembusi semasa pergerakannya, adalah satu insiden bagi masalah tersebut.

Apa yang penting dalam persoalan disini ialah, bahawa Lorentz dan Fitzgerald telah menemui idea yang sama pada masa yang sama juga, dalam konteks yang sama.  Goldberg mengatakan, “idea-idea didapati di mana-mana, dan kadangkala manusia akan membuat beberapa pendapat yang sama mengenai fenomena semulajadi secara serentak, dan akan membina argumen-argumen yang sama juga.” (loc. cit.)  Konsep tersebut mempunyai kepentingan bagi pendapat-pendapat dan juga pemahaman-pemahaman mengenai penyebaban, yang secara langsung diaplikasikan kepada pendapat-pendapat moral, yang mana akan menyumbang kepada relatifisme dalam konsep-konsep moral.  Ia adalah bayangan kepada kenyataan Anscombe dan berkaitan secara langsung kepada proposisi bahawa idea-idea sebagai proposisi-proposisi luaran akan membolehkan pengaruh terhadap minda manusia.  Oleh yang demikian, bukan semua fikiran adalah berupa penyebaban-penyebaban psikologi secara individu.  Justeru itu, pengaruh-pengaruh tidak berbentuk fizikal akan mempengaruhi yang berbentuk fizikal.  Apa saja yang mengendalikan pengeluaran fikiran ini akan mempengaruhi perilaku manusia, dan dari sinilah terjadi konsep bahawa Setan sebagai Allah di dunia, adalah Putera kepada Kuasa di Udara (Efesus 2:2) 

Adalah penting untuk mengingati bahawa, walaupun dalam alam fizikal, perbezaan akan berlaku apabila massa diukur, kerana terdapat beberapa perbezaan diantara yang benar atau massa yang tidak bergerak, dengan yang tidak benar atau massa yang bergerak.  Perbezaan terjadi oleh kerana pertentangan mengenai pertimbangan tentang keserentakan (ibid., ms. 147).  Jadi dari sudut tertentu, massa yang tidak bergerak adalah sama dan tidak berbeza dalam perilakunya terhadap konsep Newtonian, mengenai massa.  Ia merupakan suatu peringkasan yang tidak boleh diterima, bagi menggunakan teori relativiti untuk menyokong suatu pandangan bahawa “semua benda adalah relatif” walaupun frasa “semua benda” tersebut merujuk kepada objek-objek dalam fizik. (ibid.)

Dalam teori relativiti, perkara yang sebenarnya adalah sebagaimana ia diukur, tapi ini tidak mengimplikasikan suatu perbezaan sebab dan akibat yang terlazim; melainkan, dari inferens-inferens mengenai hubungan-hubungan massa bahawa konsep suatu hukum (dalam konteks ini, hukum konservasi terhadap momentum), boleh dikekalkan dan ini adalah semasa ketidakhadiran bukti empirikal.  Dari teori relativiti yang umum, kesan bagai massa ialah untuk