Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[D2]

 

 

 

 

Upacara Perkahwinan

(Edition 1.0 19951216-19951216)

 

Perkahwinan adalah institusi yang kudus yang ditahbiskan oleh Allah untuk mewakili perhubungan umat manusia kepada Yesus Kristus dan penyatuan bangsa-bangsa di bawah Tuhan Bapa. Ianya bukan satu upacara sakramen di dalam Jemaat.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1995 Wade Cox)

(Tr. 2004)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

 

 

 

 

 

 

 

Upacara Perkahwinan [D2]



Kepada Semua Hadirin:

(nama lelaki)

 

dan (nama perempuan),

 

bersama dengan keluarga mereka dan sahabat handai,

 

menghargai kehadiran kamu untuk mengongsikan kegembiraan mereka dan untuk menyaksikan persatuan janji bersama.

 

yang mana telah memupuk cinta antara satu dengan yang lain,

 

(nama lelaki) dan

 

(nama perempuan) telah

 

memilih untuk menyerahkan hidup mereka bersama di dalam perkahwinan, dan maka hari ini mereka akan disatukan sebagai suami dan isteri.

 

Kepada Pasangan:

Perkahwinan adalah persatuan lazim antara lelaki dan wanita tetapi ianya merupakan satu insttitusi yang kudus, yang ditahbiskan oleh Allah. Manusia tidak membentuk perkahwinan. Pada mulanya, Allah memberikan kepada kita corak perkahwinan dengan menyatukan Adam dan Hawa. Perkahwinan mendapatkan kuasanya dari kehendak kudus dan hukum Allah.

 

Apabila Allah menciptakan kehidupan di bumi, dia mencipta umat manusia mengikut imejNya sendiri. Dia telah memberikan manusia fikiran yang kreatif yang mampu membuat pilihan, untuk mengembangkan perancangan dan membina kehidupan mereka dalam perancangan tersebut.

 

Lelaki dan wanita telah diciptakan dengan keperluan untuk berhubungan dengan Allah, dan dengan Tuhan Yesus Kristus. Sebagai Bapa yang penyayang, Allah memberikan kepada kita institusi perkahwinan dan keberkatan keluarga agar kita lebih memahami cinta kasihNya kepada kita.

 

Untuk menekankan tujuanNya kepada Adam dan Hawa, sang pencipta tidak mencipta wanita terus dari debu tanah, tetapi dari daging dan tulang seorang lelaki. Apabila wanita itu diserahkan kepada Adam, Adam berkata, “Inilah dia, tulang dari tulangku dan daging dari dagingku”

 

(Kejadian 2:23*)

 

*versi bahasa Indonesia (Lembaga Alkitab Indonesia)

 

Sang pencipta kemudiannya menyatukan lelaki dan wanita pertama ini sebagai suami dan isteri, berkata “Sebab itu seorang lelaki akan meninggalkan ayah dan ibunya dan bersatu dengan isterinya sehingga keduanya menjadi satu daging” (Kejadian 2:24).

 

“Kemudian Allah memberkati mereka, dan Allah berfirman kepada mereka, beranak cuculah; dan penuhilah bumi ini”

 

(Kejadian 1:28)

 

Maka itu, kita faham bahawa perkahwinan adalah sangat berharga, yang di institusikan oleh Allah pada masa penciptaan dan disucikan melalui ajaran tuhan kita Yesus Kristus. Oleh itu perkahwinan tidak harus dilakukan dengan remeh-temeh, tetapi dengan penuh hormat, penuh ketenangan dan takut akan Allah.

 

Ianya penting untuk kita pertimbangkan bahawa perkahwinan harus dihargai dan dihormati. Kita harus sedar bahawa tamadun ini mempunyai adat istiadatnya sendiri serta hukum berkenaan dengan perkahwinan, tetapi di dalam jemaat, perkahwinan harus berlandaskan fondasi pendedahan, perkahwinan adalah berlandaskan wewenang dan perintah Allah.

 

Yesus berkata, “Pada mula penciptaan Allah menciptakan lelaki dan perempuan. Dengan ini seorang lelaki akan meninggalkan bapanya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, dan mereka berdua akan menjadi satu di dalam daging. Supaya mereka bukan lagi dua, tetapi satu”. (Markus 10:6-8).

 

Yesus membawa kita untuk memahami perihal bersatu bersama di antara suami dan isteri sebagai satu daging. Penyatuan ini bukan sahaja secara fizikal, tetapi ianya satu penyatuan emosi dan spiritual.

 

Sekarang mari kita perhatikan petunjuk rasul Paulus mengenai perkahwinan: “Patuhilah terhadap satu dengan yang lain dengan rasa hormat bagi Kristus. Para isteri, patuhilah suamimu seperti kamu mengasihi Tuhan. Kerana suami adalah ketua bagi isteri seperti juga Kristus adalah ketua kepada jemaat, yang mana adalah tubuh, sama seperti jemaat yang patuh kepada Kristus, begitu juga para isteri harus demikian, di dalam segala perkara, kepada suaminya.

 

“Para suami, kasihilah isterimu, sama seperti Kristus mengasihi jemaat dan menyerahkan hidupnya kepadanya, demi untuk membuat jemaat itu kudus dengan pembersihan air oleh perkataan……Suami harus mengasihi isterinya seperti mereka mengasihi diri mereka sendiri” (Efesus 5:21-28).

 

Perkahwinan mengumpamakan perhubungan di antara Kristus dan orang Kristian. Ianya satu kesatuan yang kudus, satu lambang yang hidup, satu perhubungan yang berharga yang memerlukan perhatian yang padu, lembut dan pengorbanan diri. Perkahwinan adalah untuk kasih dan terjadi kerana kasih. Kasih adalah sebab, maksud serta landasan kepada sebuah perkahwinan.

 

Yesus Kristus adalah kepala kepada keluarga Kristian, dan kepala bagi Kristus adalah Allah. Kita harus ingat kepentingan kasih Allah kepada kedua-dua suami dan isteri, kerana kasih manusia bukanlah satu matlamat kepada perkahwinan Kristian, tetapi matlamatnya ialah Allah, melalui Roh Suci di bawah Yesus Kristus akan bersemarak di dalam perkahwinan ini. Dengan adanya Roh Suci ini, dia akan membawa perkahwinan ini kepada dasar kasih Allah.

 

Paulus mengingatkan kita sikap seperti Kristus yang boleh dipupuk dalam hidup kita: “Jadi karena dalam Kristus ada nasihat, ada penghiburan kasih, ada persekutuan Roh, ada kasih mesra dan belas kasihan, karena itu sempurnakanlah sukacitaku dengan ini: hendaklah kamu sehati sepikir, dalam satu kasih, satu jiwa, satu tujuan, dengan tidak mencari kepentingan sendiri atau puji-pujian yang sia-sia. Sebaliknya hendaklah dengan rendah hati yang seorang menganggap yang lain lebih utama dari pada dirinya sendiri; dan janganlah tiap-tiap orang hanya memperhatikan kepentingannya sendiri, tetapi kepentingan orang lain juga. Hendaklah kamu dalam hidupmu bersama, menaruh pikiran dan perasaan yang terdapat juga dalam Kristus Yesus” (Filipi 2:1-5).

 

Perjanjian kudus dalam perkahwinan yang kamu berdua buat menyeru kepada kamu untuk menyerahkan diri kamu kepada Yesus Kristus dan kepada satu dengan yang lain, yang berpaut kepada satu dengan yang lain dengan penghargaan yang tinggi, memberikan penghargaan dan pernghormatan kepada satu dengan yang lain. Seringlah memberi perhatian lebih kepada hal-ehwal orang lain. Kasih dan ketaatan yang tidak mementingkan diri sendiri adalah landasan kepada perkahwinan Kristian.

 

Dalam satu daripada pernyataan Alkitab yang paling indah mengenai kasih yang terdapat melalui Yesus Kristus, Paulus mengangkat dan memberi inspirasi kepada kita dengan kata-kata ini:  “Kasih itu sabar; kasih itu murah hati; ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong.  Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri. Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain.  Ia tidak bersukacita karena ketidakadilan, tetapi karena kebenaran.  Ia menutupi segala sesuatu, percaya segala sesuatu, mengharapkan segala sesuatu, sabar menanggung segala sesuatu, (1Korintus 13:4-7).

 

Perhubungan kasih di dalam perkahwinan adalah satu jenis perhubungan spiritual di antara Yesus Kristus dan Jemaat. Ianya di dalam kepatuhan kamu kepada kasih Allah yang membuatkan perkahwinan ini akan menjadi kukuh dan dilindungi.

 

Sebagai Bapa yang penyayang, Allah ingin mencurahkan kepada kita berkatNya yang berlimpah. Dia mahu kita supaya gembira sepenuhnya. Dengan tujuan ini, Dia telah memberikan kamu (nama lelaki) dan (nama perempuan), kurnia perkahwinan yang indah ini.

 

Yohanes memberitahu semua orang Kristian, “Sekarang ini adalah kehidupan yang kekal: supaya mereka mengenal kamu, satu-satunya Allah yang benar, dan Yesus Kristus yang telah kamu utus” (Yohanes 17:3). Sementara kamu berdua terus mengenal satu dengan yang lain, biarlah perhubungan kamu terbina di atas kasih Allah yang benar, dan anakNya, Tuhan kita Yesus Kristus. ‘Peliharalah kasih ini dalam diri kamu, berpaut kukuh antara satu dengan yang lain, penuhilah janji setia yang kamu lafazkan di sini, dan Yesus Kristus akan membolehkan serta menguatkan kamu untuk membentuk satu rumahtangga yang mampu bertahan kepada perubahan dan cabaran dalam hidup.

 

Kerana perkahwinan adalah institusi yang kudus, dan kita mahu Allah untuk bersama dengan kamu sebagai suami dan isteri, ianya sesuai bahawa setiap kamu harus berjanji taat untuk menerima janji setia perkahwinan. Adakah kamu (nama lelaki) berjanji taat dan bersatu dengan Allah, di hadapan saksi-saksi ini, untuk mengambil

 

(nama penuh perempuan) menjadi isteri kamu yang sah selagi kamu berdua hidup, untuk mengasihi dia, menghargai dia, menghormati dia dan menyediakan keperluan bagi dia?

 

(Jawapan pengantin lelaki)

 

Dan adakah kamu (nama perempuan) berjanji taat dan bersatu dengan Allah di hadapan saksi-saksi ini, untuk mengambil

 

(nama penuh lelaki) menjadi suami kamu yang sah selagi kamu berdua hidup, untuk mengasihi dia, menghargai dia, menghibur dia, menghormati dia dan menuruti dia menurut Hukum Allah?

 

(Jawapan pengantin perempuan)

 

[Hadapkan pasangan ini secara berhadapan muka dan hubungkan tangan kanan mereka bersama]. Bermula dengan pengantin lelaki, sebutkan kata-kata ini selepas saya:

 

“saya, (nama penuh lelaki),

 

mengambil kamu (nama perempuan)

 

menjadi isteriku, akan memilikinya, dari hari ini dan seterusnya, di dalam keberadaan dan kekurangan, dalam kesenangan dan kedukaan, dalam keadaan yang sihat dan sakit, untuk mengasihi dan menghargai sehingga hari kematian. Oleh itu, saya berikrar dengan iman saya.”

 

Dan sekarang pengantin perempuan:

 

“saya (nama penuh perempuan),

 

mengambil kamu (nama lelaki) menjadi suamiku, akan memilikinya, dari hari ini dan seterusnya, dalam kesenangan dan kedukaan, dalam keadaan sihat dan sakit, untuk mengasihi dan menghargai sehingga hari kematian. Oleh itu, saya berikrar dengan iman saya.”

 

Kerana kamu mengenal Allah yang maha besar dan kasihNya terhadap kamu, ianya sesuai dan layak untuk kita datang kepada Dia – dan dihadapan Yesus Kristus untuk meminta berkatnya dan meminta dia untuk menyatukan kamu sebagai suami dan isteri.

 

Mari kita berlutut.

 

(Bagi semua perkahwinan: ambil masa berdoa yang sesuai, memohon Allah memberkati perkahwinan ini.)

 

Mari kita berdiri.

 

Dengan kuasa Yesus Kristus, sekarang saya ingin umumkan kamu sebagai SUAMI dan ISTERI!

 

Sekarang kamu boleh bertukar cincin. Cincin perkahwinan adalah lambang luaran kasih dan kesetiaan kamu terhadap satu dengan yang lain.

 

Sekarang kamu boleh mencium pengantin perempuan.

q