Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[007]

 

 

 

 

Simbolisme Nombor [007]

(Edisi 1.0 20000725-20000725)

 

Karya ini menulis tentang signifikans nombor dari segi rohani dalam Alkitab.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2000 Wade Cox)

(tr. 2004)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Simbolisme Nombor [007]



Angka-angka di dalam Alkitab mempunyai signifikans rohani dan bukan sekadar untuk perkiraan matematik.

 

Satu (1) menandakan kesatuan dan permulaan, khususnya mengenai penciptaan. Elohim adalah satu dari perkembangan Eloah kepada Elohim namun adalah satu di bawah kehendak Eloah.

 

Dua (2) menandakan perbezaan. Pertama sekali, persetujuan dalam kesaksian menyimpulkan bukti. Maka dua saksi sentiasa diperlukan untuk mengutuk dosa dan memohon pengadilan (Lihat karya Hukum dan Perintah Tuhan Kesembilan (No. 262)).

 

Dua juga menandakan pembahagian dan ini berlaku dalam ertikata dua hati contohnya dalam percakapan. Ini adalah pekerjaan hari kedua penciptaan.

 

Tiga (3) menandakan kesempurnaan dalam ertikata tiga garis kepada satu angka. Ia juga digunakan dalam struktur sistem keiblisan Tuhan Triune. Hari Ketiga menyempurnakan dasar-dasar penciptaan. Hari Keempat, Kelima dan Keenam adalah hari-hari setara proses ganda tiga penciptaan yang kita perhatikan pada hari pertama, kedua dan ketiga.

 

Empat (4) (3+1) menandakan pekerjaan mencipta dan merujuk kepada bumi serta benda-benda fizikal penciptaan.

 

Dalam fasa-fasa seterusnya pada hari keempat, kelima dan keenam aktiviti-aktiviti tersebut, kita melihat struktur dibina atas apa yang telah disediakan dalam tiga hari pertama. Dalam aspek ini menurut dasar setahun untuk sehari (satu tahun untuk satu masa) kita saksikan perumpamaan pohon itu. Tiga hari (atau tahun) ia dibenarkan tumbuh dan pada tahun keempat ia diberi baja. Tiada buah yang boleh dimakan sewaktu tempoh ini. (lihat karya Simson dan Para Hakim (No. 73) untuk penerangan perumpamaan ini).

 

Lima (5) menandakan Rahmat Ilahi. Sebagai 4+1 ia adalah pekerjaan yang dilaksanakan dengan roh Tuhan dalam kedamaian ke arah penguatan melalui percubaan. Maka tahun kelima turutan ini adalah tahun rahmat dan tiada percubaan yang dilakukan sepenuhnya dalam fasa ini.

 

Dalam bahasa Ibrani, Bullinger menyatakan bahawa, Ha’aretz (bumi) melalui Gematria iaitu penambahan nilai angka huruf-huruf bersama adalah satu gandaan empat, sementara Hashamayim (langit) adalah gandaan lima. Gemaria istilah Yunani iaitu Charis atau Rahmat juga adalah gandaan lima. Lima adalah faktor utama dalam ukuran Khemah Suci.

 

Enam (6) menandakan Bilangan Manusia. Manusia telah dicipta pada hari keenam. Penggunaan nombor ini serta semua gandaannya adalah dikaitkan dengan penciptaan dan merupakan satu hasil manusia dan sistem yang diciptakan. Maka nombor-nombor yang berasaskan nombor enam mewakili pekerjaan itu, sebelum perhentian terakhir yang diberikan oleh Tuhan. Ia juga adalah jumlah pekerjaan itu, selaku penyiapan hari keenam pekerjaan Tuhan dalam penciptaan. Jam-jam dalam hari juga adalah pembahagian-pembahagian nombor enam. Begitu jugalah dengan minit dan saat yang merupakan gandaan enam dalam sepuluh.

 

Aktiviti dalam nombor enam adalah tidak lengkap dan menunjukkan ia tidak dibenarkan oleh Tuhan. Atalya telah merampas takhta Yehuda selama enam tahun. Bilangan ini menandakan mereka yang telah menentang Tuhan misalnya Goliat, Nebukadnezar dan kemudiannya sistem Antikristus itu.

 

666 adalah tanda sistem binatang itu (walaupun beberapa teks purba juga menyebut 612). Tanda kultus-kultus Misteri adalah 666 dalam bentuk identifikasi dengan Isis. Tandanya adalah SSS. Dari segi angka, ini adalah 666. Maka tanda binatang itu adalah sistem keagamaan yang berdasarkan kultus-kultus misteri dan matahari milik sistem Baal-Easter atau Isis di Timur Tengah.

 

Setiap sistem agama yang memeluk ibadat hari Minggu serta sistem Easter membawa tanda Binatang itu. Setiap aspek berdasar dalam nombor enam serta gandaan-gandaannya.

 

Tujuh (7) menandakan kesempurnaan rohani. Ia menggambarkan pekerjaan Roh Kudus sebagai kuasa Tuhan seperti satu tanda rasmi. Ia adalah tanda kehidupan dan membahagikan waktu-waktu pembiakan dalam kehidupan binatang. Ia adalah nombor perhentian dan kitar perhentian dalam jubli. Ia juga adalah waktu untuk kembali kepada Tuhan dalam perhentian dan kembali kepada hukum tauratNya dan itulah sebabnya kenapa Hukum itu dibaca pada tahun Sabat dalam kitar tersebut.

 

Lapan (8) menandakan kebangkitan atau pertumbuhan semula. Maka kita lihat permulaan-permulaan yang baru dan permulaan. Ia adalah pertama yang baru dan kerana itu ia adalah oktaf dalam muzik dan dikaitkan dengan warna serta hari-hari dalam minggu. Ia adalah tahun jubli dalam kitar terakhir tujuh tempoh bertujuh sebagai tahun kelapan, iaitu tahun kelima puluh dan kelapan kitar itu yang hanya bertindihan sebahagiannya (lihat Hukum dan Perintah Tuhan Keempat (No. 256); dan Pemberian Persepuluhan (No. 161); dan Pembacaan Hukum bersama Ezra dan Nehemia (No. 250)).

 

Konsep hari kelapan timbul juga dari Persembahan Kristus sebagai Unjukan Berkas. Kristus telah bangkit bila minggu itu lengkap pada hujung hari Sabat dan Sabbaton sebagai minggu (lihat karya Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan (No. 159).

 

Dia naik sebagai Persembahan Unjukan Berkas pada hari Minggu pada pukul 9 am menunjukkan satu permulaan baru kepada penciptaan dan kembali hari itu bersama dengan Roh Kudus dan menghembuskannya pada murid-murid itu. Itulah sebabnya kenapa begitu banyak usaha dibuat untuk menafikan Unjukan Berkas itu serta penerimaan Kristus oleh Tuhan pada hari ini. Lihat juga pada karya Persembahan Unjukan Berkas (No. 106b).

 

Bilangan Iesous adalah 888 dalam bentuk Gematric juga. Nombor ini dilihat dalam banyak aspek pekerjaan Tuhan.

 

Sembilan (9) menandakan keakhiran turutan atau penghakiman. Ia adalah 3 x 3 dan dengan itu adalah satu struktur aktiviti yang lengkap. Bilangan ini ditemui dalam semua faktor penghakiman.

 

Sepuluh (10) menandakan kesempurnaan ordinal dan satu permulaan baru sebagai 1 dalam siri baru.

 

Sebelas (11) kadangkala dilihat sebagai kekacauan, namun ia adalah ketidaksempurnaan kerana ia adalah setengah abjad Ibrani dan satu angka kurang dari dua belas, iaitu bilangan unit dalam kerajaan ilahi.

 

Dua belas (12) menandakan pemerintahan Tuhan dan semua gandaan dua belas berlaku dalam pemerintahan itu.

 

Ia menandakan khemah suci serta keimamatan yang dibagi-bagikan menurut unit-unit suku, di mana mereka sendirinya mewakili kerajaan Tuhan. Lihat karya Kota Tuhan (No. 180).

 

Tiga belas (13) dilihat sebagai bilangan unit pengawalan atau pengawalaturan dalam turutan pemerintahan. Sebagai contoh terdapat dua belas suku dan suku ketiga belas adalah Lewi yang melayani Bait. Kalendar Tuhan (Lihat Kalendar Tuhan (No. 156)) diatur pada bulan ketiga belas setiap tujuh tahun dalam kitar masa sembilan belas tahun.

 

Maka semua pemberontakan berusaha untuk menguasai fungsi ini sebagai unit ketiga belas atau pengawalan dan nombor 13 lazimnya dikaitkan dengan Pemberontakan. Kita dapat lihat ini dalam kejadian pertama dalam Kejadian 14:4 dan yang kedua yang mengesahkan itu dalam Kejadian 17:25. Dr. Bullinger gagal mengambil kira aspek aktiviti Tuhan ini dalam karyanya tentang subjek ini pada Apendiks 10 kepada Companion Bible. Nama-nama dan bilangan-bilangan yang dikaitkan dengan pemberontakan nampaknya membabitkan gandaan-gandaan 13. Ia adalah nombor perdana keenam dan dengan itu dikaitkan dengan konsep pekerjaan manusia tanpa penyempurnaan Tuhan, melainkan sebagai satu faktor yang diperintahkan oleh Tuhan dalam sistem kawalan berkenaan.

 

Empat belas (14) adalah dua kali tujuh dan kerana itu membawa simbolisme sama. Ia mengurang kepada lima.

 

Lima belas (15) adalah turutan rahmat tiga kali ganda. Ia juga digunakan oleh paganisme dalam numerologinya seperti juga semua nombor dan mengurang kepada enam. Maka nombor ini juga menunjukkan sistem palsu.

 

Nombor 15 adalah bilangan Agama Rom pagan. Bilangan Pontiff dalam Kolej Pontifes di Rom adalah lima belas. Misteri-misteri sistem Ibu Dewi dalam struktur doanya juga adalah 15. Ini dibayangkan dalam apa yang dipanggil sebagai Misteri-misteri Rosary (Tasbih), yang masih wujud hari ini. Adat-adat kultus ibu dewi itu cuma dipindahkan sebagai Pemujaan Maria pada abad kelima dan keenam.

 

Tujuh belas (17) menandakan gabungan Roh dan aturan (10+7) dan merupakan nombor perdana ketujuh.

 

Dua puluh dua (22) adalah bilangan sempurna abjad Ibrani dalam konsonan dan menandakan kesempurnaan.

 

Dua puluh empat (24) adalah bilangan sistem pemerintahan sebagai dua makhluk diberikan kepada satu sistem atau unit, berdasarkan struktur dua belas. Terdapat dua puluh empat divisi keimamatan, dua untuk setiap suku. Terdapat dua puluh empat tua-tua atau elohim di hadapan takhta Tuhan sebagai imam-imam besar yang bertanggungjawab bagi doa-doa orang-orang kudus Yang Mahatinggi.

 

Dua puluh lima (25) adalah 5 x 5 atau rahmat yang dipertingkatkan.

 

Dua puluh tujuh (27) adalah 3 ganda tiga dan penggunaannya harus diperiksa dengan berhati-hati. Ia menunjukkan aspek ganda tiga Tuhan dan Bani Syurgawi yang diikat bersama oleh Roh Kudus.

 

Dua puluh lapan (28) adalah struktur sidang dan kerubim, dan dikaitkan dengan penciptaan.

 

Dua puluh sembilan (29) adalah bilangan sidang di bawah Kristus dan penghakiman ilahi.

 

Tiga puluh (30) (3 x 10) adalah sidang dengan Tuhan dalam aturan dan Pemerintahan ilahi (lihat karya Kerajaan Tuhan (No. 174)).

 

Empat puluh (40) (10 x 4) adalah kemajmukan konsep pembajaan pohon dan dengan itu adalah masa percubaan. Maka semua tempoh percubaan adalah 40. Ia mungkin dari segi hari seperti dalam kes penghakiman individu seperti yang kita lihat dengan Niniwe (lihat karya Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci (No. 13)). Ia juga mungkin majmuk hari iaitu dalam minggu seperti yang kita lihat dengan beberapa imam yang dihakimi.

 

Empat puluh juga adalah satu generasi. Ianya satu generasi di padang gurun dalam Keluaran. Empat puluh tahun telah diberikan kepada Yehuda dari 30 TM pada masa Penyaliban itu hingga 1 Nisan 70 TM pada masa pengepungan Yerusalem oleh Tentera Rom di bawah Titus.

 

Empat puluh jubli telah diberikan kepada semua bangsa untuk bertaubat dan untuk membawa masuk aturan ilahi pada hujung Milenium keenam pada tahun 2027.

 

Empat nombor sempurna 3, 7, 10 dan 12 memberikan hasil mereka sebagai tujuh kali 2,520 (7 x 360). Bilangan ini adalah gandaan paling jarang sepuluh digit yang mengawal pengiraan dan boleh dibahagikan dengan setiap sembilan digit dengan lengkap (Bullinger ibid.). Maka ia adalah nombor kesempurnaan kronologi.

 

Tujuh puluh (70) adalah bilangan sidang-sidang penuh syurgawi dan duniawi, dan mereka mempunyai dua tambahan iaitu Tuhan dan Kristus sebagai Hebdomekonta [Dua] atau golongan tujuh puluh [dua] dalam Lukas 10:1 dan 17.

 

Tujuh puluh juga adalah bilangan Sanhedrin atau sidang tua-tua Israel, yang terdiri dari tujuh puluh orang, campur dua orang di luar perkhemahan yang dilambangkan oleh Eldad dan Medad.

 

Semua bangsa juga dipercayai tergolong dalam tujuh puluh itu, kerana anak-anak Tuhan dianggap tujuh puluh bilangannya dalam sidang-sidang yang mana Sanhedrin adalah satu salinan. Bangsa-bangsa ini telah dibahagi-bahagikan menurut bilangan anak-anak Tuhan; Allah yang Mahatinggi atau Yahovah Semesta Alam telah memberikan Israel Yahovah. Ulangan 32:8 menyatakan ini dalam teks-teks purba. Ia telah diubah selepas kejatuhan Bait Suci untuk menyembunyikan hakikat itu. Satu-satunya Alkitab yang telah memulihkan kebenaran ini adalah RSV.

 

Satu ratus dua puluh (120): Nombor ini (12 x 10) adalah bilangan pemerintahan yang diperluaskan. Ini adalah bilangan seterusnya dalam turutan jemaat.

 

Tiga ratus enam puluh (360) adalah waktu klasik atau tahun nubuatan. Ianya 12 bulan lengkap dengan 30 hari. Tempoh masa ini digunakan dalam nubuatan dan boleh bermaksud setahun namun ia juga bermakna 360 tahun. Maka satu masa, dua masa dan setengah masa iaitu tiga setengah tahun adalah 1260 tahun atau 42 bulan. Biasanya ia adalah dalam kiraan tahun.

 

Lima ratus (500) adalah nombor seterusnya yang kita lihat dalam catatan-catatan mereka kepada siapa Kristus muncul selepas kepulangannya dari Kebangkitan dan persembahannya sebagai Unjukan Berkas.

 

Satu ribu (1,000)  adalah bilangan sidang luaran yang dikaitkan dengan kemampuan Penyelamatan (Ayub 33:23).

 

Gandaan-gandaan bilangan-bilangan ini dengan 1,000 meluaskan aturan serta struktur Tuhan.

 

Tiga ribu (3,000) adalah tambahan besar kepada jemaat dalam satu hari.

 

Dua belas ribu (12,000) adalah bilangan asas pemimpin-pemimpin utama yang diberikan kepada semua suku sebagai nukleus pemerintahan Tuhan. 12 suku itu diberikan 12,000 lantas menjadikan 144,000.

 

Seratus empat puluh empat ribu (144,000) adalah hasil korban-korban dalam setahun yang membentuk sidang 72 itu, sebagai hasil struktur yang memasukkan Tuhan dan Kristus melalui Roh Kudus.

 

Terdapat 52 Sabat dalam tahun nubuatan dengan 12 Bulan Baru dan tujuh hari raya korban atau persembahan. Bilangan sebanyak 71 ini bersama dengan Persembahan Unjukan Berkas memberikan 72 pemimpin manusia atau korban-korban yang sempurna kepada Tuhan dan berlangsung selama empat puluh jubli jemaat berada dalam padang gurun. Jumlahnya adalah 144,000 (lihat karya Tuaian-tuaian Tuhan, Korban-korban Bulan Baru dan Umat 144,000 (No. 120)).

 

Kumpulan orang yang ramai dikaitkan dengan korban-korban harian dan tidak diberi bilangannya kerana Israel tidak dibilang.

 

Bait Yehezkiel menunjukkan bahawa sistem setengah itu dibawa masuk ke dalam sistem milenium, membuatkan tuaian itu terus kepada Kebangkitan Kedua (lihat juga Kebangkitan Orang Mati (No. 143)).

 

Kota Tuhan terdiri dari bilangan-bilangan majmuk 144,000 x 2 dan Bani Syurgawi. Lihat karya Kota Tuhan (No. 180)).