Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[008]
Katolikisme: Soalan Yang Kerap Ditanya
(Edisi 1.0
20010223-20010223)
Soalan-soalan yang kerap ditanya tentang upacara serta tradisi dalam Katolikisme.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 2001 Wade Cox)
(Tr. 2004)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Katolikisme:
Soalan Yang Kerap Ditanya [008]
1…Tuhan
Trinitas Yang Dirahmati-Kenapa ada orang yang
tidak percaya dalam Trinitas-Bilakah trinitas mula-mula dipeluk
2…Yesus Kristus
Kedudukan anak di dalam Ketuhanan-Hukum
Kristus-Kristus terus memberi korban-Adakah Anak dan Bapa setara-Apakah ertinya
menjadi satu dengan Tuhan-Dari manakah Yesus mendapat kromosom Y-nya-Pujaan
hati suci Yesus
3…Alkitab
Hukum alkitabiah dan peperangan-Pemeliharaan
hari Minggu atau Sabtu-Apakah definisi seorang Kristian-Perlukah umat Katolik
membaca buku Perjanjian Lama-Mungkinkah Alkitab itu salah-Versi Alkitab manakah
yang lebih tua-Siapakah Apakah binatang itu
4…Maria (Mary)
dan Pemujaan Maria
Adakah Maria Ratu Syurga-Adakah Fatima
menggenapi 1 Timotius 4:1-Jantung Suci Maria-Adakah Maria mempunyai
anak-anak lain-Penghormatan terhadap Perawan Maria-Siapa dia Medjugorje-Adakah
Maria lahir tanpa dosa-Alkitab dan andaian tentang Maria-Adakah ‘bintang lautan’
suatu konsep pagan-Adakah Maria kekal sebagai seorang perawan-Wanita
dengan Buah Delima-Maria sebagai perawan kekal (Matius 1:24-25)-Apa yang
terjadi kepada Yusuf-Adakah 8 September hari ulangtahun Maria
5…Malaikat-malaikat
Malaikat penjaga peribadi-Adakah
Malaikat-malaikat benar-benar bersayap-Dari manakah datangnya malaikat-malaikat
6…Jemaat
Asal-usul Kepercayaan Jemaat Roman Katolik-Jemaat
Roman Katolik dan Raja Salomo-Apakah ertinya menjadi seorang Katolik
Doktrin..Apakah
Apologetics-Adakah manusia memiliki roh manusia dan Tuhan-Kemaknaan Vatican
II-Perpecahan besar Jemaat Katolik-Bukan Roman Katolik dan Keselamatan-Mendapat
keselamatan dengan memelihara peraturan-peraturan jemaat
Jemaat Sebenar..Adakah Jemaat Katolik itu Jemaat sebenar-Apakah hak
kuasa yang diberikan kepada Petrus-Adakah Petrus paus pertama re Matius
16:18-19-Adakah semua jemaat bukan RK sesat-Di mana dan apakah jemaat sebenar- Adakah
Yesaya 22:15-25 membuktikan Petrus telah diberikan kunci-kunci itu
Masyarakat..Kedatangan yang menurun dalam jemaat-jemaat Katolik-
Adakah Katolikisme Roman suatu kultus-Adakah tahun 2000 suatu tahun Jubli-Kenapakah
orang ramai mengikut dengan membabi buta apa yang mereka disuruh-Adakah agama
Kristian aliran umum akan dikuasai paganisme-Alkitab dan perancangan keluarga-Adakah
Kerajaan Tuhan berada dalam hati kita-Sebab Jemaat England diasaskan-Apakah
maknanya sedevcante-Apakah seorang Secevantist-Ensiklopedia Katolik dan
Pasifisme
7…Sakramen-sakramen
Sakramen-sakramen jemaat
Eucharist..Roti dan anggur sebagai tubuh dan darah-Pembasuhan
kaki dan Eucharist-Anak-anak dan perjamuan suci pertama
Baptisan..Adakah baptisan keinginan diterima-Baptisan anak-anak
luar nikah-Jemaat Katolik dan baptisan melalui selaman-Kenapa membaptis bayi
Perintah-perintah Suci.. Perintah-perintah Suci membabitkan apa
Penebusan Dosa..Kuasa untuk mengampuni dosa
Mengurap Orang Sakit..Konsep mengurap orang sakit
8…Kepaderian
Adakah kaum paderi golongan Farisi moden-Lelaki
dan penutup kepala
Paus..Asal-usul
perkataan paus (pontiff)-Adakah Petrus paus pertama-Nama Paus-Jabatan
Paus dan perintah pertama
Paderi..Kenapakah kaum paderi dipanggil Father
(Bapa)
Rahib perempuan..Adakah mereka pengantin Kristus
Pembantu..Kanak-kanak pembantu dan Mass (Misa atau upacara
sembahyang)
Pengurapan para wanita..Bolehkah wanita menjadi Diakon
Pakaian..Erti pakaian-Kenapakah kardinal berpakaian merah-Adakah
ini berdasarkan alkitab-Kepaderian memakan jubah hitam yang panjang
9…Hidup Kekal
Kebangkitan..Kepercayaan Katolik dan kebangkitan tubuh daging
Jiwa..Perbezaan
antara jiwa dan roh
Syurga..Benarkan ada syurga-Adakah kita pergi ke syurga
selepas mati
Neraka..Adakah Alkitab menceritakan tentang syurga dan
neraka
Tempat Penyucian..Benarkah ada tempat penyucian (purgatory)-Jika
benar adanya tempat penyucian itu kenapa tidak terus saja berdosa
Limbo (Tempat Buangan)..Apakah itu Limbo
10…Kalendar
Pertikaian Paskah/Easter-Asal-usul tempoh
advent (kedatangan)-Bagaimana tarikh untuk Lent ditentukan
Sabat atau Minggu..Mengubah hari Sabat kepada hari Minggu
Hari-hari Suci..Minggu 25 Jun dan Corpus Christi-Kenapakah Hari
Tahun Baru suatu hari suci
11…Dosa
Adakah tahap-tahap dosa-Adakah Yesus akan
mengasihi seorang yang berdosa-Adakah semua orang lahir dengan dosa asal
12…Ibadah
Mass (Misa)..Adakah Kristus telah merayakan Mass-Asal-usul Mass
hari Minggu
13…Simbol-simbol
Air suci dan melutut di dalam gereja
Stesen-stesen Salib..Asal-usul Stesen-stesen Salib
Salib..Adakah
salib suatu simbol pagan
Manik-manik Tasbih..Asal-usul manik-manik Tasbih
Lilin..Asal-usul
lilin
Loceng..Kenapakah loceng-loceng digunakan dalam gereja
Anak-anak tangga Mezbah..Erti anak-anak tangga pada mezbah
Skapular-skapular warna coklat..Amalan
memakai skapular-skapular coklat
Air Suci..Bagaimanakah air menjadi suci
14…Adat-adat
Jendela kaca berwarna-Satria-satria Columbus-Wanita
dan Pengawal Swiss Vatican- Gambaran-gambaran lingkaran cahaya kesucian
dan seni pagan-adat Eropah dalam hari-hari bernama-Orang-orang asalnya dikubur
dalam keranda kayu pain-Jemaat Katolik dan penurutan hawa nafsu-Yeremia
10:3-5 dan pohon Krismas-Kebaktian-kebaktian Jumaat pertama-Pertalian kepada
penyaliban hari Jumaat-Ikan dan bukannya daging-Hari Minggu Palma-Mencium
cincin biskop-Pemberkatan rumah oleh paderi-Lima Sabtu pertama-Kenapakah
salib-salib diperbuat dari pain-Menyembah Maria dan orang-orang santo
15…Doa
Kepada siapakah harus saya berdoa-Bolehkah St
Jude (Yudas) membantu mencari benda-Adakah ucapan Hail Mary perlu-Amalan
berdoa kepada santo-santo penaung
Pernyataan Iman..Adakah sebarang rujukan alkitab tentang 12 rasul
menulis doa ini
16…Santo-santo
Novena hingga St Jude-Hari St Patrick
17…Pasitan
Benarkah Jemaat Roman Katolik cuba
menghapuskan sesiapa yang tidak setuju dengan mereka-Kumpulan Suci Doktrin Iman-Jemaat
RK dan hartanah orang bidaah
18…Bencana Holocaust
Jemaat Roman Katolik dan Holocaust
19…Patung-patung
& Ritual-ritual Pagan
Jemaat Katolik dan patung-patung pagan-Ritual-ritual
pagan dalam keimanan Yahudi dan Kristian-Adakah orang-orang Vandal telah
memusnahkan semua ikon (patung orang suci) di Rom-Paganisme yang telah menyusup
masuk ke dalam Kekristianan
***************************
***Soalan-soalan Lazim Katolikisme***
1…Tuhan
Trinitas
Bolehkah kamu jelaskan kepada saya Trinitas
yang Dirahmati?
J: Trinitas tidak wujud sehinggalah ia
didefinisikan pada Sidang Constantinople pada tahun 381. Sidang Nicea telah
merasmikan Binitarianisme sebagai suatu Bapa dan Anak, dan Pernyataan Iman
Nicene telah dibentuk semula dari kanun-kanun Constantinople. Jemaat
Trinitarian bermula dari Sidang ini pada tahun 381. Sidang Chalcedon pada tahun
451 menyaksikan satu perpecahan dan Jemaat Katolik muncul sebagaimana yang kita
kenalinya dalam cabang-cabang Timur dan Barat yang kini adalah Roman, dan
Ortodoks masing-masingnya. Jemaat Anglican atau British tidak disertakan sama
sehinggalah perubahan-perubahan paksaannya dari Whitby pada tahun 663-4.
Seluruh Jemaat Katolik adalah bersifat Unitarian sehinggalah struktur Modal
memasuki Rom daripada penyembahan Attis pada permulaan abad ketiga. Trias
pertama kali disebutkan pada tahun 180 oleh Theophilus dari Antioch
(Antiokhia), namun ini bukanlah Trinitas sungguhpun ia telah diterjemahkan
sebagai Trinitas. Trinitarianisme tidak wujud secara rasminya di dalam doktrin
jemaat sehinggalah tahun 381.
Ada orang yang
tidak percaya dalam Trinitas, bolehkah kamu jelaskan kenapa?
J: Kekristianan terdiri daripada berbagai elemen.
Ramai orang yang ikhlas dan merupakan pelajar-pelajar Alkitab yang tekun.
Mereka ingin melakukan apa yang betul dan mentaati Tuhan serta hukum-hukumNya
seperti yang dinyatakan dalam Alkitab. Trinitas bukan doktrin Alkitab dan tidak
muncul di dalam Alkitab. Malah, tiada seorangpun dalam jemaat Katolik asal yang
merupakan Trinitarian selama tiga abad. Pertama kali sebarang sistem bertiga
disebutkan adalah pada tahun 180 apabila Theophilus dari Antioch menyebut
tentang trias, yang telah salah diterjemahkan sebagai Trinitas. Bagaimanapun,
sistem Binitarian tidak dirumuskan sehinggalah tahun 325 pada Sidang Nicea.
Trinitas tidak dirumuskan sehinggalah tahun 381 pada Sidang Constantinople. Ia
telah dirasmikan di Chalcedon pada tahun 450/1. Maka Trinitas adalah satu buatan
sidang-sidang jemaat abad Keempat. Pertikaiannya pada masa itu adalah mengenai
hak kuasa jemaat untuk membuat doktrin dan dengan berkesannya mengubah Sifat
Tuhan serta meninggikan Kristus ke tahap Tuhan yang kita panggil Bapa.
Pada dasarnya mereka yang
tidak percaya dalam Trinitas mengatakan bahawa jemaat tidak berhak untuk
membuat doktrin tentang sifat Tuhan sedangkan tiada persetujuan Alkitab untuk
itu. Orang-orang ini telah dianiaya selama berabad-abad kerana pendirian mereka
ini.
Bilakah trinitas
mula-mula dipeluk sebagai teologi rasmi Jemaat?
J: Trinitas tidak dirumuskan sehinggalah tahun
381 pada Sidang Constantinople. Di Nicea pada tahun 325, Trinitas tidak
dirumuskan. Hanya dasar Struktur Binitarian saja yang ditetapkan di sini. Apa
yang disebutkan sebagai pernyataan iman Nicene sebenarnya adalah satu
pembentukan semula kanun-kanun Constantinople pada tahun 381. Roh Kudus belum
ditentukan sebagai pihak ketiga dalam Ketuhanan sehinggalah orang-orang
Kapadokia merumuskannya dan pada kenaikan Theodosius yang lahir di Sepanyol,
Sidang itu berkumpul. Sidang Chalcedon telah lebih kurang merumuskan sistem
Trinitarian yang kemudiannya bermula di situ dari tahun 451. Augustine yang
menulis pada permulaan abad Kelima telah menumpukan hubungan-hubungan pada
peringkat intra-ilahi. Ini adalah teologi akhir sistem Triune Pagan. C.M
LaCugna iaitu ahli Teologi Roman Katolik menerangkan proses ini dalam karyanya God
For Us. Ianya serba kekurangan dalam beberapa tempat berkenaan jemaat
mula-mula. Pandangan jemaat di Rom pada pertengahan abad Kedua adalah bahawa
Kristus adalah Malaikat Besar Perjanjian Lama yang telah memberikan hukum
taurat itu kepada Musa. Pandangan ini terkandung dalam karya Justin Martyr First
Apology kepada maharaja di Rom bagi pihak Jemaat pada sekitar 150-155 TM.
Ketuhanan berganjak dari pandangan Unitarian ini yang meliputi seluruh Jemaat
pada abad kedua, kepada struktur Modalist orang pagan pada abad ketiga, dan
kemudiannya pandangan-pandangan Binitarian di Nicea dan kemunculan semula Unitarian
dari tahun 327 hingga kebangkitan Trinitarian pada tahun 381. Kedudukan Katolik
Moden pastinya akan dikecam sebagai bidaah keberhalaan pada abad pertama dan
kedua walaupun di Rom sendiri, apa lagi di tempat-tempat yang lebih konservatif
di bawah sekolah-sekolah para rasul. Sejarah perkembangan kedoktrinan berkenaan
dijelaskan dalam karya Teologi
Awal Tentang Ketuhanan (No. 127); dan Perkembangan Model
Neo-Platonis (No. 17); Binitarianisme dan
Trinitarianisme (No. 76); dan Satu Bersama dengan Bapa
(No. 81).
Apakah Spiritation
of Bonaventure dan doktrin apakah yang terbabit?
J: Doktrin Spiritation berkait kepada Trinitas dan dianggap sebagai perkembangan doktrin-doktrin Augustinian yang memusatkan hubungan-hubungan berkenaan sifat Tuhan pada tahap intra-ilahi. Istilah ini datang dari sidang umum kedua di Lyons yang menyediakan definisi berikut (lihat karya Denzinger “Enchiridion”, (1908), n. 460). “Kami mengaku bahawa Roh Kudus keluar selamanya dari Bapa dan Anak, bukan sebagai daripada dua asas, tetapi dari satu, bukan melalui dua spirasi, tetapi satu spirasi tunggal.” Ajaran ini sekali lagi telah ditegaskan oleh Sidang Florence (ibid n. 691) dan oleh Eugene IV di dalam Fatwa “Cantate Domino” (ibid (n. 703 sq.) (lihat juga Cath. Encyc. vol. VII, halaman 412). Dalam ertikata ini kita ada konsep “Filioque” dari Sidang Toledo pada tahun 589). Pandangan ini tidak diterima oleh sistem Katolik timur atau Ortodoks. Bonaventure merupakan Biskop Kardinal Albano dan Paderi Utama Biarawan Minor (lahir 1221 meninggal 1274). Dia dipertanggungjawabkan oleh Gregory X untuk menyediakan soalan-soalan untuk perbincangan dalam Sidang Umum Keempat belas, yang dibuka di Lyons pada 7 Mei 1274. Orang Yunani menerima penyatuan itu itu, dicadangkan oleh para pembantunya dari Biarawan minor, pada 6 Julai 1274. Ketika sidang itu masih berlangsung, Bonaventure telah meninggal dunia pada hari Minggu 15 Julai 1274 dan kisah sejarah Peregrinus dari Bologna (ed. 1905) mengatakan dia telah diracun.
Bonaventure adalah seorang pengikut setia
Augustine dan tulisan-tulisannya menggambarkan pendirian tentang Sifat Tuhan
itu dan pandangan tentang hubungan-hubungan intra-ilahi ini. Karya “Commentary
on the Sentences” adalah karyanya yang teragung sekali dan di dalam karya ini
kita temui subjek-subjek tentang Tuhan dan Trinitas, Penciptaan dan Kejatuhan
Manusia, Penjelmaan sebagai Manusia dan Penebusan, Rahmat serta
Sakramen-sakramen. Breviloquim merupakan ringkasan hebat bagi Dogma.
Ajaran-ajarannya berpengaruh dalam sidang-sidang Viene (1311), Constance (1417),
Basle (1431) dan Florence (1438). Sidang Trent (1546) menyaksikan bagaimana
tulisan-tulisannya mempunyai kesan kritikal. Dia juga menolak doktrin berkenaan
fizikal dan hanya mengakui adanya kemanjuran moral dalam Sakramen-sakramen itu.
Pandangan-pandangannya mengenai aspek ini serta lain-lain bahagian kritikal
dalam dogma telah disalahgambarkan oleh para penulis lain, malah penulis moden
sekalipun. Oleh itu kamu haruslah berhati-hati dengan apa yang dikatakan
sebagai ajaran-ajaran Bonaventure mengenai sesuatu subjek. Dia menganggap
Falsafah sebagai lebih dahulu dari Teologi dan merupakan seorang kuasi-mistik.
Ia akan menerangkan perkembangan doktrin Augustinian dan teologikal mengenai
keluaran Roh Kudus. Pandangan awal jemaat dalam hal ini dipastikan dari
karya-karya Teologi
Awal Tentang Ketuhanan (No. 127); Roh Kudus (No. 117);
Satu Bersama dengan
Bapa (No. 81).
2…Yesus Kristus
Umat Katolik mengatakan Kristus mendakwanya
dirinya ilahi, setara dengan Bapa, untuk menjadi firman Tuhan, untuk menjadi
Tuhan Anak. Mereka kemudiannya mendakwa bahawa ini adalah satu rahsia dan tidak
mungkin dapat difahami sepenuhnya. Kristus dikatakan adalah orang kedua dalam
Trinitas (Dirahmati). Mereka mendakwa bahawa tiga orang dalam trinitas itu
bukanlah tiga tuhan, tetapi satu Tuhan, kerana terdapat satu sifat ilahi
sahaja. Kini orang kedua dari trinitas sebagai seorang manusia dapat berdoa
kepada orang pertama dan memanggilnya ‘Bapaku’. Bukankah satu maknanya satu dan
bukan 1+1 atau 1+2? Jika Tuhan adalah satu maka apakah kedudukan Anak dan Roh –
yang dikatakan orang kedua dan ketiga dari Ketuhanan itu?
J: Trinitas
adalah satu rekaan abad Keempat. Telahpun ditulis “Aku telah berfirman:
"Kamu adalah allah,” dan “Kitab Suci tidak boleh dibatalkan” (Yohanes
10:34-35). Jadi kita semua adalah tuhan. Kita adalah waris bersama dengan
Kristus selaku tuhan-tuhan dan Kitab Suci tidak boleh dibatalkan. Roh Kudus
adalah kuasa Tuhan. Perhatikan karya: Roh Kudus (No. 117);
Perkembangan Model
Neo-Platonis (No. 17); dan Satu Bersama dengan Bapa
(No. 81). Kita telah memeriksa hujah ini dalam karya Penciptaan:
Daripada Teologi Antropomorfik kepada Antropologi Teomorfik (B5).
Saya sedang membaca satu katekisma dan mereka
merujuk kepada hukum Kristus. Adakah apa-apa di dalam Kitab Suci yang dikenali
sebagai Hukum Kristus?
J: Kitab
Suci jelas bahawa ia adalah Hukum Tuhan. Umat pilihan adalah mereka yang
memelihara perintah Tuhan serta Kesaksian atau iman Yesus Kristus. Pandangan
bahawa ia adalah hukum Kristus telah diperkenalkan oleh jemaat ini agar mereka
tidak perlu memelihara Hukum Tuhan. Ia berpunca dari anggapan bahawa Kristus
telah datang untuk meniadakan Hukum Perjanjian Lama dan memberi kita satu hukum
yang baru.
Memang dia telah berikan kita beberapa
perintah baru namun semua itu adalah tambahan kepada, atau penjelasan bagi
Hukum Tuhan. Dia berkata: “Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi
ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat,
sebelum semuanya terjadi”. Ini jelas sekali. Hukum Tuhan dibincangkan dalam
siri Hukum Tuhan (No.
L1)
Alkitab mengatakan bahawa Yesus telah
memberikan para rasul kuasa untuk mengampuni dosa (Yohanes 20:23). Kalau kita
perlukan Tuhan sahaja, kenapakah Dia memberikan hak kuasa ini kepada para
rasul?
J: Roh
Kudus telah dianugerahkan kepada jemaat dan kuasa untuk mengampuni dan
mengekalkan telah dibawa dengan jemaat agar mereka yang berada di dalamnya
boleh dikekalkan atau dibuang mengikut arahan jemaat. Kemampuan untuk melakukan
ini hanya bersandar pada pengekalan Roh Kudus dan doktrin seperti yang
diberikan kepada para rasul. Pencabul di Korintus itu (1 Korintus 5:5) telah
dibuang agar hidupnya dapat diselamatkan pada Hari Tuhan iaitu pada Kebangkitan
Pertama. Dia nampaknya telah bertaubat.
Umat Katolik perlu menundukkan kepala mereka
dan/atau berlutut apabila mereka memasuki gereja-gereja mereka kerana ‘tubuh Yesus
Kristus’ sentiasa ada di dalam tempat suci di mezbah - sebagai roti suci yang diberkati.
Bagaimanakah Yesus Kristus boleh hadir di dalam kepingan wafer itu? Juga,
bukankah salah untuk menyembah makhluk lain selain dari Allah Maha Esa?
J: Amalan
ini adalah satu variasi pada doktrin bahawa roti dan anggur adalah tubuh dan
darah Kristus. Ini diambil sekali setahun pada Perjamuan Suci (Perjamuan Tuhan)
pada malam 14 Nisan, iaitu hari dia disalibkan. Selepas pertikaian-pertikaian
Quartodeciman pada hujung abad kedua, perpecahan yang berlaku menyaksikan
kemerosotan ini dengan perjalanan masa. Perhatikan karya Pertikaian-pertikaian
Quartodeciman (No. 277). Ini telah diremeh-temehkan kepada perjamuan mingguan
dan kemudiannya korban harian menjadi upacara sembahyang pagi dan selepas itu
roti itu sentiasa ada di dalam bekas atau simbol matahari iaitu dari mana
asalnya yang sebenar.
Mengapakah perlu untuk Kristus terus
mempersembahkan korbannya? Bukankah kematiannya sudah cukup? Bukankah ini
korban muktamad?
J: Kristus
telah menyerahkan dirinya sekali untuk selamanya. Acara yang ditetapkan itu
adalah Perjamuan Suci (Tuhan) iaitu satu acara tahunan yang diadakan pada 14
Abib di mana kita diperintah untuk membasuh kaki antara kita sebagai simbol
pembaharuan baptisan kita dan kita menjamu roti dan anggur itu sebagai simbol
bahagian kita di dalam jemaat iaitu tubuh Kristus.
[Jamuan] Eucharist mingguan tidak masuk lagi
sehinggalah abad kedua dan dari Rom. Pada mulanya ia diadakan sewaktu
pembaptisan untuk anggota-anggota yang baru dibaptis untuk melambangkan
pengenalan mereka kepada iman ini. Biasanya ini dilakukan pada waktu Paskah.
Lama kelamaan ia berlaku lebih kerap lagi dan begitu juga Eucharist.
Acara sembahyang ini pada asalnya adalah
perjamuan roti dan air dalam sistem Mithras dan dalam bentuk umum ia adalah
kultus Sol invictus elagabal atau Elagabalisme dan bukannya Mithraisme yang
merupakan kultus matahari tersendiri yang dianggotai kaum lelaki saja. Kamu
akan saksikan Justin Martyr mengecam perjamuan roti dan air Mithraisme ini di
dalam tulisannya First Apology sekitar tahun 150-154 TM.
Pada abad pertama Paskah hanya diadakan dalam
14-21 Abib atau Nisan. Sistem pagan Easter telah diperkenalkan pada abad kedua
di dalam apa yang disebutkan sebagai Pertikaian-pertikaian Quartodeciman dari
tarikh 14 Abib. Lihat karya Pertikaian-pertikaian
Quartodeciman (No. 277).
Umat Katolik percaya bahawa Kristus mendakwa
setara dengan Allah Bapa dengan merujuk kepada Yohanes Bab 8 di mana Kristus
menggunakan untuk dirinya gelaran ‘AKU ADALAH AKU’ yang digunakan orang Yahudi
untuk Tuhan. Juga merujuk kepada hakikat bahawa Kristus mengatakan dia telah
wujud sebelum Abraham yang pada masa itu telahpun mati selama 2000 tahun.
Adakah ini petikan sah untuk membuktikan bahawa Anak dan Bapa adalah setara?
J: Dengan mendakwa dirinya Aku adalah Aku, Kristus mengatakan Aku adalah Yahovah atau dia yang menjadikan dari konsep 'eyeh 'ahser 'eheh atau Aku akan jadi apa yang Aku akan jadi. Yahovah adalah dalam bentuk pihak ketiga yang bermakna “dia yang menjadikan.” Ini hanya difahami sepenuhnya oleh para imam. Itulah sebabnya kenapa imam besar itu telah mengoyakkan jubahnya. Jika apa yang dikatakan orang ini adalah benar maka keimamatan itu telah dikoyakkan dari Lewi. Ianya dilarang untuk imam besar mengoyakkan pakaiannya. Lihat karya Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243).
Saya telah memerhatikan bahawa Yohanes bab 10
digunakan oleh orang Katolik sebagai bukti lanjut bahawa Kristus adalah setara
dengan Bapa. Apabila diancam dengan lemparan batu dia mengatakan “Aku dan Bapa
adalah satu” dan mengulang “Bapa di dalam aku dan aku di dalam Bapa” (Yohanes
10:30-38). Juga Yohanes bab 14 Yesus mengatakan “Barangsiapa telah melihat aku,
ia telah melihat Bapa” (Yohanes 14:9). Apakah benar ini yang dikatakan
ayat-ayat Kitab ini? Bolehkah kamu terangkan apakah maknanya ‘satu dengan Tuhan’?
J: Kalau kita gunakan Yohanes bab 10 maka kita semua harus mendakwa diri kita setara dengan Tuhan. Ianya tertulis “Aku telah berfirman, kamu adalah allah dan Kitab Suci tidak boleh dibatalkan” (Yohanes 10:34-35). Kita semua akan menjadi tuhan dan Kitab Suci tidak boleh dibatalkan.
Untuk memahami bagaimana kita akan menjadi elohim dan bagaimana Kristus adalah elohim, perhatikan karya-karya berikut: Umat Pilihan Sebagai Elohim (No. 1); Satu Bersama Dengan Bapa (No. 81); Roh Kudus (No. 117); dan Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243).
Adakah Yesus benar-benar hadir di dalam Tempat Suci
pada mezbah-mezbah di dalam Gereja-gereja Katolik?
J: Kristus hadir di mana saja dia diminta oleh hamba-hamba Tuhan yang taat yang memelihara hukum-hukum Tuhan serta kesaksian Yesus Kristus (Wahyu 12:17; 14:12). Sebarang kumpulan orang yang telah dibaptiskan yang menurut Tuhan dan memelihara hukum-hukumNya akan mempunyai Kristus di tengah-tengah mereka. Dari situ timbulnya persoalan adakah Kristus mempersetujui penyesatan Hukum Tuhan yang disengajakan, dan jawapannya pasti tidak. Jemaat adalah satu tubuh orang-orang kudus yang setia yang menurut Hukum-hukum Tuhan. Jemaat sejagat ini telah berpecah kepada banyak kumpulan di mana kebanyakannya mengajar doktrin-doktrin pagan dan tiada keserupaan mereka kepada Jemaat Katolik Asal yang dimulakan oleh Yesus Kristus. Alkitab jelas tentang kedudukan mereka dan apa yang terjadi kepada mereka.
Oleh kerana Katolikisme mendakwa bahawa Tuhan mereka
telah diperanakkan dan dilahirkan dari seorang perempuan perawan yang tidak
pernah disetubuh, dan bahawa dia (Yesus) tidak pernah mempunyai manusia sebagai
bapanya, dari manakah kromosom Y (lelaki)nya datang?
J: Jawapannya terletak dalam persoalan dari manakah datangnya Kromosom Y atau lelaki bagi Adam dan kenapakah Hawa tidak mempunyai kromosom Y sedangkan dia diambil dari rusuk Adam dan kerana itu sepatutnya mempunyai struktur DNA Adam dan bukannya seorang perempuan.
Hakikatnya adalah bahawa genom asas manusia adalah satu ciptaan Tuhan. Dari segi ini juga kita dapat lihat bahawa doktrin-doktrin Katolik asal bagi Jemaat di Rom pada tahun 150 TM adalah bahawa Kristus juga mempunyai pra-kewujudan sebagai Malaikat Tuhan yang telah memberikan Hukum Taurat kepada Musa dan muncul kepada para nabi dan kaum bapa.
Ini adalah masalah yang lebih besar daripada hanya sekadar penghasilan turutan Kromosom XY yang mudah. Itu boleh dilakukan dengan penyusunan substruktur kuark serta kecepatan pusingannya dan variasinya untuk menghasilkan genom-genom di dalam spesis.
Ini sekadar permainan kanak-kanak bagi alam roh. Bagaimana Kristus serta yang lain-lain dapat kelihatan seperti keldai dan spesis-spesis lain. Ujian besarnya adalah membuatkan Malaikat Tuhan berubah kepada satu idea dalam struktur Tuhan dan kemudian menjadi manusia dan menderita kematian pada salib. Ini adalah persoalan yang lebih besar daripada dari manakah Kromosom Y itu datang.
Di dalam masalah ini terletaknya jawapan sebenar kepada kebangkitan orang mati pada hujung zaman serta pengadilan yang betul. Bukan saja Tuhan perlu membangkitkan setiap individu daripada peta DNAnya, yang disimpanNya di dalam ingatanNya, tetapi juga idea-idea yang membentuk personaliti individu tersebut.
Di situlah kita saksikan kuasa sebenar Tuhan dan keagunganNya yang mengagumkan. Seluruh kewujudan masa depan kita bergantung sepenuhnya pada KemahatahuanNya dan KemahakuasaanNya dan bukannya pada apa-apa benda lain. Itulah sebabnya kenapa mereka mencipta doktrin Jiwa Kekal kerana mereka kurang percaya pada kuasaNya serta kasih dan keprihatinan yang mencakupi semua.
Seperti Tatian katakan: “Tidak abadi Jiwa itu Hai Orang
Yunani namun adalah mungkin untuk ia tidak mati”. Perhatikan karya-karya Pra-Kewujudan Yesus Kristus
(No. 243); Malaikat
YHVH (No. 24); Teologi
Awal Tentang Ketuhanan (No. 127); Jiwa (No. 92); dan Kebangkitan Orang Mati (No.
143).
Apakah asal-usul pujaan terhadap hati (jantung) suci Yesus? Saya mengingati gambar-gambar hati yang bernyala di luar tubuh dengan lima luka dengan pancaran cahaya seperti matahari yang bersinar.
J: Kultus yang telah
merangsangkan sebahagian dari pujaan paling bersemangat sekali dalam
Katolikisme tidak mengarah kepada hati (jantung atau heart) sebagai
hanya hati fizikal tetapi kepada hati sebagai mewakili keseluruhan orang
tersebut. Hati dilihat dalam budaya barat sebagai mewakili tempat duduknya
emosi serta sumber kasih cinta. Di timur pula ia adalah hati (liver) dan
oleh itu kemaknaannya sedikit kehilangan.
Bentuk pujaan ini
jarang-jarang berlaku dan hanya kadangkala dan kita melihatnya muncul dalam
karya-karya Bernard dan Bonaventure yang menyukainya. Gertrude (meninggal 1302)
telah mendapat satu visi di mana dia dikatakan telah menyandarkan kepalanya
pada sebelah badan Kristus yang luka dan mendengar hatinya berdegup. Cerita ini
selanjutnya menyebut bahawa visi itu telah berlaku pada hari St John dan dia
bertanya kepada rasul yang telah mati itu sama ada dia telah mengalami hal ini
dan dia kononnya telah mengatakan ya dia pernah namun wahyu ini telah disimpan
untuk zaman-zaman kemudiannya (Revelationes Gertudae, Paris, 1877 rujuk
ERE, vol. 6, halaman 557).
Pada abad ke 17,
Margaret Mary Alacoque telah mengalami visi yang sama di mana Yesus kononnya
telah menyatakan keajaiban-keajaiban kasihnya dan telah memintanya untuk
mengabarkan semuanya kepada dunia. Visi-visi seterusnya menyusuli dan mereka
diterbitkan dalam jurnal Fr. de la Colombiere pada tahun 1684 dan telah
diketahui luas.
Pemujaan ini menjadi
terkenal dan pada tahun 1693 pengampunan-pengampunan tertentu telah diberikan
oleh Rom kepada Confraternities Hati Suci. Pada tahun 1765, Clement XIII telah
membenarkan jemaat di Perancis untuk mengadakan perayaan dengan acara
sembahyang dan acara-acara keagamaan khas. Bagaimanapun, hanya pada tahun 1856
barulah ini dbenarkan atau diluaskan kepada jemaat secara keseluruhan. Pada
tahun 1889, perayaan ini telah dijadikan dua kali ganda kelas pertama. Ia
diadakan pada hari Jumaat selepas lapan hari perayaan Corpus Christi.
Maka ia adalah satu
kultus yang muncul sebahagiannya pada abad ke 12 dan ke 13 mungkin sebagai
reaksi kepada perang-perang salib Albigensia. Orang-orang Albigensia yang
berilmu Alkitab sedang ditindas dan Alkitab telah ditindas dalam sistem-sistem
Rom di kalangan rakyat malah di UK sekalipun. Pertumbuhan selepas Reformasi
serta Revolusi di Perancis kemungkinan adalah reaksi sama.
Kejatuhan Empayar Roma
Suci yang berusia 1260 tahun itu pada tahun 1850 dengan plebisit (pengundian)
yang mencelakakan dalam mana Jemaat Roman Katolik hanya menerima kira-kira 1000
undian telah mencetuskan satu reaksi politik dan psikologi yang nampaknya telah
menggantikan alatan fizikal dan perasaan ini pada satu tahap yang bertujuan
untuk melawan kesan dari sistem yang sedang runtuh. (Lihat karya Malachi Martin,
seorang ahli sejarah Jesuit, iaitu The Decline and Fall of the Roman Church,
Secker and Warburg, halaman 250-254 dan seterusnya untuk butir-butir Pasitan
dan plebisit terakhir; lihat juga Peranan Hukum Keempat di
dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah (No. 170)).
3…Alkitab
Sewaktu saya membesar saya terkenang
rujukan-rujukan kepada Perang-perang Suci. Bolehkah seorang Paus
mengisytiharkan suatu perang itu suci dan menjadikannya kenyataan? Bagaimana
dengan perintah jangan membunuh? Apakah hukum Alkitab berkenaan perang?
J: Peperangan tidak menjadikan seseorang itu Suci. Daud tidak dibenarkan membina Bait Suci itu kerana dia adalah insan perang. Pengambilan nyawa di bawah kebenaran ilahi adalah menurut Hukum alkitab. Aspek ini dibincangkan dalam karya Hukum dan Perintah Tuhan Keenam (No. 259).
Idea Perang Suci ini adalah satu penyimpangan dari idea bahawa Alkitab mempersetujui beberapa perang dan bahawa jemaat memiliki kemampuan untuk mengisytiharkan sesuatu perang itu suci. Sejarah idea ini dibincangkan dalam karya Teori Peperangan Keadilan (No. 110).
Struktur ini bersandar pada fatwa Paus iaitu Unam Sanctam serta teologi salah Aquinas.
Saya tidak mendapati apa-apa dalam
Alkitab yang menunjukkan bahawa hari kebaktian adalah pada hari Minggu iaitu
hari pertama minggu, sebaliknya apa yang saya temui adalah mengenai hari Sabat
iaitu hari ketujuh. Di manakah ditulis bahawa kita harus memelihara hari Minggu
dan bukan hari Sabtu?
J: Tiada ditulispun dalam Alkitab bahawa hari Minggu harus dipelihara. Paulus telah mengadakan pengumpulan sedekah pada hari Minggu kerana mengikut hukum wang tidak boleh dikumpulkan pada hari Sabat sebagai satu fungsi acara-acara hari Sabat. Ini berkembang di Rom pada abad kedua di mana ia dijadikan satu acara di samping hari Sabat dan apabila kultus-kultus Misteri dan Matahari serta sistem Easter datang dari Rom, hari Minggu dikukuhkan untuk menggantikan Sabat. Ia berjaya membuatkan hari Sabat dipinggirkan dari Sidang Laodikia tahun 366 pada kanun 29. Sejarah ini terkandung dalam karya S Bacchiocchi, From Sabbath to Sunday (Dari Sabat ke Minggu), Pontifical Gregorian University Press, Rome, 1975). Sejarah sistem Sabat dilihat dalam karya-karya Distribusi Umum Jemaat Pemelihara Sabat (No. 122) dan Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah (No. 170).
Saya seorang Katolik dan telah
diberitahu oleh orang-orang "Kristian" bahawa kami bukan Kristian.
Saya telah sentiasa diberitahu jemaat saya bahawa kami adalah Kristian. Apakah
pengertian seorang Kristian?
J: Definisi Alkitab untuk orang kudus Kristian ditemui dalam Wahyu 12:17 dan 14:12. Ini adalah mereka yang memelihara perintah-perintah Tuhan serta Kesaksian atau Iman Yesus Kristus. Jika kamu tidak melakukan ini maka kamu bukanlah seorang Kristian. Iman tanpa perbuatan adalah sia-sia. Lihat karya Pernyataan Kepercayaan-kepercayaan Iman Kristian (A1).
Patutkah orang-orang Katolik membaca
Perjanjian Lama? Bukan ia hanya sekumpulan cerita-cerita mengenai sejarah
Israel yang tiada kaitannya dengan umat Katolik hari ini?