Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[015]

 

 

 

 

Hukum-hukum Pemakanan

[015]

(Edisi 2.0 19940409-19990309)

 

Hukum-hukum Makanan diperiksa dari segi pandangan saintifik dan disahkan sebagai betul dan sama penting atau lebih penting lagi hari ini berbanding ketika dikeluarkan. Ianya mustahak bagi planet ini beroperasi dengan betul dan menjaga kesejahteraan alam sekitar.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta γ 1994, 1997, 1999 Wade Cox)

(Tr. 2004 by Herman Mion)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Hukum-hukum Pemakanan [015]

 


 


Ulangan 14:1-3 1 "Kamulah anak-anak TUHAN, Allahmu; janganlah kamu menoreh-noreh dirimu ataupun menggundul rambut di atas dahimu karena kematian seseorang; 2 sebab engkaulah umat yang kudus bagi TUHAN, Allahmu, dan engkau dipilih TUHAN untuk menjadi umat kesayangan-Nya dari antara segala bangsa yang di atas muka bumi." 3 "Janganlah engkau memakan sesuatu yang merupakan kekejian.

 

Pengenalan

 

Berabad lamanya manusia telah membentuk tabiat pemakanan mereka dan telah memakan haiwan-haiwan di sekelilingnya berdasarkan apa yang boleh didapati. Manusia telah membentuk citarasanya dan kadangkala nampaknya bahawa semakin eksotik makanannya, semakin ia diingini dan semakin ia dicari-cari.

 

Konsep tabiat pemakanan terbatas bukanlah sesuatu yang baru dan berasal dari tamadun-tamadun paling kuno dan lazimnya diberikan simbolisme keagamaan.

 

Alkitab mengandungi, dalam Imamat 11 dan Ulangan 14, peraturan-peraturan atau hukum-hukum khusus berkenaan makanan-makanan yang boleh dimakan; bagaimana harusnya binatang disembelih; bagaimana bangkainya dibuang; dan juga, bahagian-bahagian manakah binatang-binatang tersebut yang tidak boleh dimakan, contohnya lemak dan darah. Istilah Alkitab adalah daging haram dan tidak haram, maka penggunaan istilah ini diteruskan.

 

Sepanjang abad-abad lalu, ramai orang telah cuba membongkar kesahihan hukum-hukum makanan Alkitab atau membuatnya sebagai hanya boleh dipakai bagi orang Yahudi, atau telah dibatalkan oleh Perjanjian Baru. Malah, ada para rasionalis Alkitab yang menghujah bahawa hukum-hukum makanan itu telah dibatalkan pada Kisah 10 meskipun tujuan petikan itu jelas dan adanya penjelasannya pada bab 11. Simbolisme khususnya adalah untuk kemasukan bangsa lain ke dalam Jemaat dan sebenarnya memperkukuhkan kesahihan hukum-hukum makanan itu (lihat karya C. Roth The Spanish Inquisition). Orang Yahudi dan Muslim juga dimasukkan dalam kategori ini dan ramai yang telah dibunuh.

 

Nabi Muhammad telah menyatakan semula tuntutan hukum-hukum makanan itu. Dia membuat peruntukan khusus bagi kaum-kaum padang gurun untuk boleh memakan unta (sebelumnya haram) dengan syarat ia disembelih dengan cara tertentu. Muhammad menyatakan bahawa apa yang dihalalkan untuk dimakan orang Yahudi, dihalalkan untuk dimakan orang Muslim dan sebaliknya. Malangnya, dia menyatakan semula hukum-hukum makanan itu tetapi cuma mengeluarkan satu larangan yang serupa dengan Kisah 15 dengan penekanan khusus pada daging babi serta istilah umum bangkai mereput hinggakan, dari sini, Islam kemudiannya telah mengabaikan hukum-hukum makanan itu melainkan panduan-panduan umum ini. Ahli-ahli antropologi dan pelajar Agama Komparatif telah mengkaji hukum-hukum makanan ini dari sudut pandangan pantang-larang ritual suatu kebudayaan yang lebih primitif dan tidak termaklum. Ada yang mengandaikan bahawa hukum-hukum ini ada berkaitan hal kebersihan namun tidak lagi sesuai hari ini dengan adanya standard-standard kebersihan yang lebih baik. Ada juga yang melihat hukum-hukum ini sebagai pantang-larang tidak berasas dan cuba mengelaskan mereka pada dasar ini.

 

Salah satu karya begitu oleh Mary Douglas (Purity and Danger, London, 1966) telah membawa kepada kemasukan hukum-hukum pemakanan ke dalam klasifikasi pantang-larang dalam rangka agama-agama primitif. Dia berhujah bahawa satu-satunya pendekatan waras untuk melihat hukum-hukum ini adalah untuk:

 

melupakan hal kebersihan, estetik, moral dan naluri jijik, malah melupakan orang Kanaan dan orang Majus Zoroaster dan bermula dengan teks-teks itu. Oleh kerana setiap perintah itu didahulukan dengan perintah untuk menjadi suci, maka ia mereka haruslah dijelaskan mengikut perintah tersebut. Seharusnya ada pertentangan antara kesucian dan kekejian yang memberi pengertian menyeluruh kepada semua larangan-larangan khusus itu.

 

Lesser dan Vogt menyatakan bahawa beliau berhujah bahawa kekejian adalah binatang-binatang yang kelihatan ganjil dalam klasifikasi benda-benda semulajadi yang diperturunkan Tuhan dalam Kejadian. Dengan mengelak benda-benda yang melawan keteraturan Tuhan, manusia mengukuhkan keteraturan itu. Melalui pemeliharaan makanan, Tuhan dijadikan suci – khusus dan sempurna (Lesser & Vogt Reader in Comparative Religion, 4th Ed., Ch. An Anthropological Approach, Harper and Row, 1979, halaman 149-152).

 

Malang sekali, Mary Douglas mahupun Lesser & Vogt tidak pernah cuba mengkaji hal itu di luar batas-batas sempit antropologi. Mereka tidakpun menguji hukum-hukum itu untuk melihat kesan-kesan kebersihan dan kesihatannya. Perintah untuk menjadi suci dipandang dalam bentuk pantang-larang dan bukannya pemeliharaan tubuh yang sihat sebagai Bait Suci Tuhan, iaitu tujuan jelas yang dinyatakan dalam Alkitab. Mereka tidak membuat kajian sepatutnya kerana, bertentangan dengan pandangan Douglas bahawa hukum-hukum makanan ini hanya sekadar pantang-larang yang berdasarkan fungsi-fungsi lokomotor serta penerimaan membabi buta oleh para antropologi dan ahli akademik agama komparatif akan pandangan ini, hukum-hukum ini sebenarnya adalah peraturan-peraturan yang boleh dibuktikan untuk pemilihan makanan-makanan yang menjaga tubuh dalam keadaan sihat dan mengurangkan toksin serta penyakit. Setiap satunya adalah kebenaran yang boleh dibuktikan. Tuduhan paling teruk sekali yang boleh dilontarkan kepada seorang akademik boleh dibuat terhadap ahli-ahli antropologi ini. Mereka bukan saja salah, mereka juga sengaja berbuat tidak tahu.

 

Karya ini melihat pada hukum-hukum makanan dalam Imamat 11 dan Ulangan 14 dengan analisa sistematik setiap kategori dengan merujuk kepada kajian saintifik terbaru yang dijalankan dalam setiap kategori. Ada antara kajian ini yang telah dibuat selama beberapa tahun, ada yang baru dan ada yang merupakan hasil kajian terkini data terdahulu.

 

Binatang

 

Darah

 

Larangan umum pertama ditemui dalam Kejadian 9:4.

 

Hanya daging yang masih ada nyawanya, yakni darahnya, janganlah kamu makan.

 

Darah manusia dan binatang adalah nyawa mereka dan dituntut oleh Tuhan. Ianya dicurah keluar ke atas tanah. Dari Kejadian 9:3, telah ditetapkan bahawa:

 

Segala yang bergerak, yang hidup, akan menjadi makananmu.

 

dan, dari sini, ada orang yang mengatakan bahawa apa saja yang bergerak boleh dimakan. Namun begitu, makna maksudnya cukup jelas dari bab-bab sebelumnya di mana Nuh diberitahu pada Kejadian 7:2:

 

Dari segala binatang yang tidak haram haruslah kauambil tujuh pasang, jantan dan betinanya, tetapi dari binatang yang haram satu pasang, jantan dan betinanya

 

Kategori-kategori ini telahpun ada sebelum banjir itu, malah sejak Adam di mana Kain adalah seorang petani dan Habel adalah seorang gembala. Pemberian korban Habel lebih diperkenan Tuhan berbanding Kain.

 

Lemak

 

Bermula dari Imamat 7:22 kita diberitahu:

 

Katakanlah kepada orang Israel: Segala lemak dari lembu, domba ataupun kambing janganlah kamu makan.

 

Lemak bangkai atau lemak binatang yang mati diterkam boleh dipergunakan untuk segala keperluan, tetapi jangan sekali-kali kamu memakannya.

 

Dari ayat 25 kita temui bahawa hukumannya adalah dilenyapkan dari bangsanya. Dari ayat 26 kita diberitahu:

Demikian juga janganlah kamu memakan darah apapun di segala tempat kediamanmu, baik darah burung-burung ataupun darah hewan.

 

Dari Imamat 17:10, hukuman serupa dikenakan kerana memakan darah dan hukum ini dilanjutkan kepada orang asing dalam Israel termasuk mereka yang lahir di situ. Darah itu haruslah dicurahkan ke atas tanah dan ditimbun dengan tanah.

 

Di samping menggunakan lemak-lemak itu untuk tujuan domestik seperti sabun dan dian, lemak itu juga dibakar sebagai bau yang menyenangkan atau persembahan jenis kemenyan.

 

Lemak dipotong dari semua daging dan tidak pernah dimakan. Ini sememangnya memang wajar sekarang ini dan merupakan cara yang disyorkan untuk mencegah penyakit jantung yang disebabkan peningkatan tahap-tahap kolesterol dan trigliserid yang terhasil dari pemakanan lemak – sesuatu yang kini dianggap benar, namun hanya baru-baru saja.

 

Dari Imamat 17:15, larangan dikeluarkan terhadap memakan apa saja bangkai atau sisa mangsa binatang buas. Peraturan ini mencegah satu siri penyakit yang boleh dijangkit dari bangkai binatang yang dimakan atau melalui jangkitan luka. Terdapat bilangan penyakit berjangkit yang signifikans (lihat bahagian Penyakit yang Berpindah dari Binatang kepada Manusia). Tuntutan-tuntutan kebersihan bagi kontaminasi adalah pembasuhan dan pengasingan hingga matahari terbenam. Semua ini kini adalah langkah-langkah pencegahan kebersihan yang diketahui umum.

 

Identifikasi binatang-binatang yang boleh dimakan

 

Setiap binatang yang berkuku belah, yaitu yang kukunya bersela panjang, dan yang memamah biak boleh kamu makan.

 

Dua ciri khusus ini, iaitu berkuku belah dan memamah biak, merupakan tanda-tanda binatang ruminan yang boleh dimakan. Ada binatang yang memamah biak namun tidak berkuku belah seperti unta, pelanduk dan kelinci. Famili ini yang termasuk arnab adalah haram. Namun begitu, harus diperhatikan bahawa Muhamad telah memberi pengecualian kepada kaum-kaum padang gurun untuk memakan unta dalam keadaan-keadaan tertentu. Ini adalah satu-satunya perubahan yang diketahui dibuat pada hukum-hukum makanan ini di kalangan keturunan Abraham. Hakikat bahawa hukum-hukum ini secara keseluruhannya diabaikan dan bahawa Islam menghadkan penggunaan istilah bangkai reput hingga memakan sebarang kekejian melainkan babi dan binatang pemangsa darat tidak mempengaruhi kewujudan dan relevans mereka.

 

Daging babi

 

Babi adalah keterbalikan ciri khusus itu di mana ia mempunyai kuku belah namun tidak memamah biak. Antara binatang-binatang dalam dunia, babi dianggap salah satu yang paling tidak bersih. Larangan umum terhadap semua daging babi juga mungkin adalah larangan yang paling dilanggar sekali. Orang ramai kini cenderung untuk memberi alasan bagi pemakanan mereka ini sebagai “Itu pada masa lalu ketika penjagaan kebersihan tidak baik. Hari ini, dengan peraturan-peraturan kesihatan yang lebih baik serta pembekuan ia tidak boleh dipakai.” Namun hakikatnya adalah bahawa ia memang sangat boleh dipakai. Pemakanan daging babi merupakan satu kegemaran Asyur dan Babilon, dan mereka beserta orang Celt telah membawanya bersama mereka ke dalam Eropah.

 

Kajian terbaru terhadap daging babi telah memberi hasil-hasil yang menakjubkan. Mula-mula sekali, babi merupakan binatang yang paling banyak terlibat dalam penularan penyakit-penyakit berjangkit kepada manusia. Tiada lagi binatang yang boleh dibandingkan dengannya.

 

Namun begitu, terdapat satu aspek pemakanan daging babi yang paling menyerlah berbanding yang lain dan begitu sekali hinggakan betapa baik sekalipun penjagaan kebersihan atau sterilisasi atau kawalan penyakit, ia tidak dapat dihapuskan. Aspek ini adalah hubungan kausal antara daging babi dengan sirosis hati. Pada 23 Mac 1985 Lancet, pada halaman 681-683, telah menerbitkan penemuan-penemuan Dr Amin A. Nanji dan Dr Samuel W. French berkenaan Hubungan Antara Daging Babi dan Sirosis (Relationship Between Pork Consumption and Cirrhosis.). Pakar-pakar hati terhormat ini menemui, dengan menganalisa statistik-statistik bagi 16 negara (berkenaan kesan-kesan alkohol, daging babi, daging lembu serta pemakanan lemak), bahawa pertalian antara mortaliti (kematian akibat) sirosis dengan produk etanol dan pemakanan daging babi untuk 16 negara itu adalah sangat signifikan. Namun begitu, apabila kajian ini dihadkan kepada 7 negara dengan julat kecil peminuman alkohol (7.5-11.01 caput setahun) dan julat besar mortaliti sirosis (2-18 kematian per 100,000), pertalian antara mortaliti sirosis dan peminuman alkohol adalah tidak signifikan. Sebaliknya, pertalian antara pemakanan daging babi dan mortaliti sirosis untuk 7 negara yang sama adalah sangat signifikan.

 

Dari data tahun 1970an mereka dapat simpulkan bahawa pertalian antara pengambilan alkohol dan mortaliti untuk 11 negara adalah 0.54 berbanding pertalian antara pemakanan daging babi dan mortaliti sirosis per 100,000 untuk 11 negara yang sama pada 0.89. Mereka menyimpulkan bahawa pertalian antara pemakanan daging babi dan mortaliti sirosis adalah sangat signifikan. Pertalian ini khususnya menonjol sekali dalam negara-negara yang mempunyai peminuman alkohol per caput yang agak rendah (<10 orang/caput/tahun) dan pertalian rendah antara peminuman alkohol dan sirosis. Populasi negara-negara ini mempunyai kadar pembawa yang rendah bagi virus hepatitis B, lantas mengecualikan hepatitis berjangkit sebagai penjelasan bagi perbezaan dalam mortaliti sirosis itu.

 

Yang signifikan sekali adalah statistik-statistik bagi negara-negara Scandinavia (Norway, Sweden dan Finland). Pada tahun 1978, pengambilan alkohol dalam negara-negara ini adalah antara yang terendah di Eropah. Kadar mortaliti akibat sirosis untuk 1978 berkait langsung kepada pemakanan daging babi per caput dalam negara-negara ini. Di Kanada, mortaliti akibat sirosis dalam setiap wilayah juga berkaitan dengan pemakanan daging babi tetapi tidak dengan pengambilan alkohol. Mereka menyimpulkan bahawa:

 

Bagaimana daging babi boleh menyebabkan atau mempertingkatkan sirosis adalah tidak diketahui. Kandungan lemak daging lembu dan daging babi adalah serupa (mereka nampaknya memaksudkan daging lembu berlemak tinggi atau lembu yang bukan diberi makan di ladang) namun daging babi mengandungi lebih banyak asid linoleik daripada daging lembu.

 

Kami telah menunjukkan bahawa amaun daging babi yang dimakan berkait rapat dengan mortaliti dari sirosis. Kami cukup terkesan oleh kekuatan pertalian antara mortaliti sirosis dengan produk alkohol dan pemakanan daging babi untuk membuat spekulasi bahawa daging babi mungkin adalah faktor penyumbang yang dicadangkan oleh Beazell dan Ivy. (Ini merupakan laporan mengenai Pengaruh alkohol ke atas saluran penghadaman yang diterbitkan dalam Quart J Studies Alcohol, 1940, 1:45-73).

 

Nampaknya insidens tinggi sirosis di kalangan peminum alkohol adalah disebabkan sumbangan alkohol kepada kesan sesuatu bahan yang belum lagi dipastikan. (halaman 683).

 

Doktor-doktor ini telah menunjukkan faktor penyumbang tidak dipastikan yang diandaikan dalam tahun 1940 oleh Beazell dan Ivy, dan menentukan bahan ini sebagai terkandung di dalam daging babi. Komposisinya langsung memberikan masalahnya, dan ini salah satu sebab kenapa babi diharamkan. Apabila istilah daging babi digunakan, ia merujuk kepada semua produk babi – termasuk bacon (daging panggang) dan sosej yang mengandungi daging babi. Penting diperhatikan bahawa sirosis hati adalah satu masalah di kalangan anak-anak India dari latar belakang Hindu yang tidak meminum alkohol namun memakan daging babi dan bukannya daging lembu. Kesimpulannya adalah bahawa alkohol dengan sendirinya bukanlah penyebab sirosis hati. Namun dengan pemakanan daging babi, insidensnya adalah tinggi, dan alkohol dan daging babi bersama-sama nampaknya sungguh berbahaya.

 

Ia telah mengambil masa hingga tahun 1985 untuk manusia akhirnya membuktikan apa yang telah diberitahu kepada Musa oleh Yang Abadi di Sinai. Babi adalah haram untuk kamu. Daging binatang-binatang itu janganlah kamu makan dan bangkainya janganlah kamu sentuh; haram semuanya itu bagimu.

 

Rangkuman

 

Binatang-binatang yang boleh dimakan bukan saja termasuk pelbagai spesis lembu, domba dan kambing, tetapi juga semua jenis kijang dan rusa, malah termasuk zirafah – semua kerbau dan binatang pemakan rumput secara umumnya. Kuda dan spesisnya seperti baghal dan zebra adalah haram. Boleh dikatakan semua yang lain adalah haram termasuklah semua reptilia, haiwan pengunggis (rodensia) dan cerpelai dan feret.

 

Namun, terdapat berbagai jenis belalang dan belalang padi yang boleh dimakan dan ini ditemui pada Imamat 11:22 jika kamu ingin melihatnya. Belalang padi agak enak bila dipanggang atas api terbuka hingga rangup dan rasanya seperti kacang. Butir-butir jenis-jenis ini boleh ditemui dalam Imamat dan Ulangan.

 

Burung-burung

 

Burung-burung yang boleh dimakan adalah famili ayam, ayam belanda, tekukur dan merpati – iaitu burung yang mempunyai tembolok. Larangan terhadap famili angsa putih (swan) yang timbul dari Imamat 11:18 Versi King James adalah satu kesilapan dari kata Ibrani teshemet yang bukan bermakna swan tetapi sebaliknya merujuk kepada sejenis ayam air dan satu spesis burung hantu – pelbagai pihak lain menterjemahkannya sebagai salah satu terjemahan itu. Itik dan angsa dan juga swan adalah burung-burung yang boleh dimakan.

 

Kebanyakan burung-burung lain adalah haram. Senarainya terdapat pada Imamat 11:13-20. Umumnya, semua burung pemangsa dan pemakan bangkai seperti burung nasar, helang, rajawali dan burung hantu bersama dengan semua burung undan, ranggung, bangau dan jenis-jenis burung itu adalah haram. Ini nampaknya adalah kerana enzim-enzim dalam burung-burung ini digunakan untuk menangani rantai makanan pada mana mereka bergantung dan enzim-enzim ini tidak boleh ditampung tubuh manusia.

 

Semakin banyak penemuan kita mengenai jangkitan penyakit-penyakit virus di kalangan burung-burung yang diharamkan dan nampaknya benda-benda ini sedang berpindah ke dalam burung-burung yang dihalalkan, iaitu itik di kawasan seperti Hong Kong di mana penternakan intensif berkait rapat dengan perhentian burung migratori sekitar kawasan Hong Kong. Cetusan perebakan influenza dari Asia, iaitu jenis-jenis flu Hong Kong telah dijejak ke sumber ini. Burung-burung bersih umumnya bebas dari masalah ini namun, di bawah keadaan-keadaan seperti ini yang ditemui di tempat lain, burung-burung bersih mungkin menjadi mudah terjangkit. Namun begitu, peraturan yang diberikan boleh dipakai secara umumnya. Peraturan-peraturan penjagaan kebersihan umum bagi kontaminasi juga terkandung dalam Imamat 11.

 

Penyakit yang Berpindah dari Binatang kepada Manusia

 

Bahagian ini mengasingkan jenis-jenis penyakit serta pemindahannya kepada manusia mengikut jenis-jenis binatang dan mengikut binatang-binatang individu. Jenis-jenisnya, binatang-binatang terbabit serta cara-cara sebaran menunjukkan kesahihan pencirian hukum makanan.

 

Ringkasan penyakit-penyakit mengikut kategori-kategori penyakit

 

Bakteria Gram Negatif

 

Sepuluh dari 13 penyakit ini membabitkan haiwan ruminan atau binatang-binatang yang dibenarkan; satu membabitkan ikan dan kerang-kerangan (iaitu Vibriosis). Dari sepuluh yang membabitkan haiwan ruminan, hanya dua sub-kategori yang membabitkan ruminan (hanya yang dikelaskan sebagai binatang-binatang halal) dan hanya satu dari ini yang disebabkan pemakanan dan itupun hanya satu kemungkinan saja. Ini adalah Vibriosis (dari Vibrio tetus). Yang satu lagi disebabkan jangkitan oleh Pasteurella haemolytica yang menyebabkan Pasteurellosis dan ditemui di Britain dan AS. Penyakit ini dikawal melalui larangan pengendalian darah. Bagi kategori-kategori penyakit yang lain, ada yang begitu luas sekali hingga membabitkan semua mamalia dan burung-burung. Kebanyakannya tertumpu pada jenis-jenis binatang terlarang, dengan pengecualian Brucellosis dan Salmonellosis. Brucellosis dijangkiti melalui pendedahan sekitaran kerja dan pemakanan hasil-hasil susu dan lain-lain makanan yang terkontaminasi. Serotaip-serotaip Salmonella dari kelompok Aryonia memang terkenal seluruh dunia dan disebarkan melalui penelanannya atau dibawa udara. Penyakit-penyakit ini berlaku dalam kategori-kategori binatang haram, yang pertama dalam babi dan kuda, yang kedua dalam babi dan binatang peliharaan.

 

Bakteria Gram Positif dan Actinomycetes

 

Kesemua 14 jenis penyakit boleh melibatkan binatang atau burung-burung bukan haram (atau yang dibenarkan) kerana beberapa kategori terbabit adalah begitu luas sekali hingga melibatkan semua mamalia dan semua ikan dan burung-burung. Hanya dua sub-kategori saja yang terhad kepada binatang bukan haram atau yang dibenarkan, dala kes ini lembu, dan keduanya ditular melalui jangkitan luka (Edema Malignan dan Actinomycosis). Kumpulan-kumpulan lain termasuk penyakit-penyakit berikut:

 

Antraks: Yang disebarkan oleh pendedahan sekitaran bekerja dan antropoid terbang atau menggigit. Ia hanya boleh memasuki badan dengan memakan daging tercemar, yang boleh dilihat dan dicakupi oleh larangan-larangan lain yang terkandung dalam hukum-hukum makanan itu.

 

Keracunan makanan Clostridia dan Gangren Gas: Ini berlaku dalam mamalia atau ikan dan mamalia atau burung, masing-masingnya. Hanya yang pertama saja yang disebarkan melalui pemakanan. Ini dikurangkan oleh peraturan-peraturan kesihatan umum dan pengendalian.

 

Jangkitan-jangkitan Corynebacteria: Ini disebarkan oleh sentuhan dan juga melalui penelanan atau jangkitan luka.

 

Lain-lain penyakit adalah Staphylococcosis; Streptococcosis dan Tuberculosis: Ini tersebar luas di kalangan binatang-binatang haram dan tidak haram, dan undang-undang pengendalian, alkitab dan saintifik, mengurangkan risiko-risiko penyakit-penyakit ini.

 

Jangkitan-jangkitan Disebabkan Rickettsioses dan Spirochetes

 

Terdapat sembilan jenis penyakit yang disebabkan oleh Rickettsioses dan dari ini hanya dua jenis saja yang membabitkan binatang bukan haram antara lainnya, iaitu mamalia. Jenis pertama, Chlomydiosis, ditular melalui udara, sentuhan atau pendedahan sekitaran bekerja. Yang kedua, demam Q, lazimnya melalui udara atau kadangkala melalui kutu. Susu boleh menjadi satu cara laluannya sungguhpun ini cuma andaian.

 

Bagi kedua jenis Spirochetes, iaitu demam Berulang Endemik dan Leptospirosis, kedua-duanya boleh berjangkit kepada binatang-binatang tidak haram. Yang pertama melalui kutu yang dijangkiti serta kutu badan, dan yang kedua melalui sentuhan sekitaran bekerja atau pemandian di dalam air, iaitu membengkakkan atau menjangkiti binatang itu. Bagaimanapun, keduanya lazimnya dibawa haiwan rodensia, dan pematuhan dengan hukum-hukum makanan serta sterilisasi air yang rutin menghindari jenis penyakit ini.

Jangkitan Mycotic

 

Dari dua belas jenis jangkitan Mycotic, dari Cacing gelang hingga Candidiasis Cryptococcoses, Geotrichosis Piedra dan seterusnya, tiada yang terhad kepada binatang-binatang bukan haram dan lazimnya dipindah melalui sentuhan dalam alam sekitar – secara langsung atau melalui fomite atau rekahan pada kulit. Hukum-hukum makanan Alkitab serta larangan-larangan pengendalian mengurangkan jenis-jenis jangkitan ini juga.

 

Nematod Parasitik

 

Dari tiga belas jenis jangkitan yang disebabkan oleh Nematod Parasitik, hanya tiga saja yang membabitkan binatang bukan haram dan satu membabitkan ikan bukan haram (iaitu Anisaleiasis dari pemakanan ikan mentah atau separuh masak). Dalam kes-kes yang membabitkan binatang-binatang bukan haram, hanya Trichostrongylosis saja yang terhad kepada haiwan herbivor domestik dan liar akibat pemakanan tumbuhan tercemar dan ini dikawal melalui pengurusan stok yang lazim. Yang dua lagi, Strongyloidiasis dan Ancylostomiasis, membabitkan penembusan kulit oleh larva terjangkit. Jenis pertama dapat masuk melalui pemakanan namun kedua-duanya lazimnya adalah penyakit anjing dan kucing. Dalam kes pertama, ia juga membabitkan haiwan primat dan rodensia. Insidens dalam binatang-binatang bersih adalah terbatas, dan hukum-hukum makanan serta larangan-larangan pengendalian mengurangkan bahaya jangkitan-jangkitan ini. Ada antara penyakit-penyakit ini (contohnya Trichinosis dan Ascariasis) yang ditular oleh pemakanan ofal (organ dalaman) oleh binatang-binatang haram, khususnya babi.

 

Trematod Parasitik dan Cestod

 

Dari sebelas penyakit yang disebabkan oleh Trematod Parasitik, hanya satu jenis iaitu Fascioliasis (dalam mana dua sub-taip disebabkan oleh Fascida hepatica dan f. gigantica) yang melibatkan lembu, domba dan kambing. Kedua-duanya dikawal oleh pengurusan stok serta peraturan pengendalian betul. Lapan dari penyakit-penyakit ini mempengaruhi babi, sama ada sendirian atau dengan haiwan perosak lain.

 

Dari sembilan jenis Cestod, hanya dua saja yang melibatkan binatang-binatang bersih dan satu melibatkan burung-burung bersih. Jenis pertama adalah Cacing pita lembu dan ditular dengan memakan daging lembu bermutu rendah dan dicegah dengan pemeriksaan yang betul dan tuntutan-tuntutan pengendalian alkitabiah (organisma serupa, iaitu Taenia Solium, mempengaruhi babi dan juga bertanggungjawab bagi auto-jangkitan anjing). Penyakit kedua, Hydatidosis, mempengaruhi anjing, domba, lembu, babi dan rusa dan ditular oleh penelanan embriofor. Ianya dikawal oleh pembuangan ofal serta pengendalian yang betul berlandaskan peraturan dan pemeriksaan Alkitab. Kategori ketiga, Sparganosis, membabitkan ayam melalui penelanan atau sentuhan dengan daging binatang-binatang terjangkit. Ini disebabkan oleh Cacing pita Pseudophyllidea dan lazimnya ada dalam monyet, kucing, babi, cerpelai, tikus – juga tersebar kepada ayam, ular, katak dan tikus mencit. Dan lagi sekali, hukum-hukum makanan mengurangkan jenis penyakit ini.

 

Protozoa Parasitik

 

Dari tiga belas jenis jangkitan yang disebabkan Protozoa Parasitik, hanya empat saja yang mungkin mempengaruhi binatang bukan haram. Yang pertama adalah Penyakit Tidur yang disebabkan gigitan lalat tsetse dan terbatas kepada Afrika. Yang kedua, Piroplasmosis, disebabkan gigitan kutu terjangkit dan adalah umum kepada binatang-binatang liar dan domestik. Dua terakhir, Sarcosporidiosis dan Toxoplasmosis, mempengaruhi burung dan mamalia – khususnya kucing dari antara mamalia. Hukum-hukum makanan alkitabiah serta peraturan pengendalian juga mengurangkan penyakit ini.

 

Virus

 

Virus-virus DNA. Dari enam Virus DNA, empat mempengaruhi binatang-binatang bukan haram namun boleh ditular oleh sentuhan atau pendedahan sekitaran bekerja. Ini termasuklah Cowpox (Cacar lembu), Pseudo-Cowpox, Bovine Papular Stomatitis dan Contagious Ecthyma.

 

Virus-virus RNA. Dari sepuluh virus RNA, hanya dua mempengaruhi binatang bukan haram, dan dua mempengaruhi burung. Semuanya ditular melalui sentuhan dan pendedahan sekitaran bekerja. Penyakit Newcastle dalam burung-burung memang dikenali dan dikawal oleh peraturan-peraturan alkitabiah. Penyakit Kaki dan Mulut tidak terhad kepada lembu dan juga dikawal oleh hukum-hukum makanan dsb. Menarik sekali, Influenza disebarkan oleh babi, kuda dan burung. Itik (sebagai sejenis burung bukan haram) telah dibuktikan menjadi perumah dalam keadaan-keadaan sempit di Asia khususnya Hong Kong. Vesicular Stomatitis juga merupakan penyakit mamalia dan ditularkan oleh penelanannya dan, dengan itu, haiwan karnivor lebih cenderung kepada penyakit ini.

 

Virus tidak dikelaskan. Dari tiga virus yang tidak dikelaskan, tiada yang ditemui dalam binatang bukan haram.

 

Jangkitan Disebabkan Arbovirus yang dibawa Nyamuk

 

Dari tiga puluh satu jenis-jenis penyakit ini, hanya dua saja membabitkan binatang bukan haram dan tiga yang membabitkan burung-burung domestik mungkin melibatkan burung-burung bukan haram. Kategori pertama adalah Demam Rift Valley, yang mempengaruhi domba, kambing dan lembu. Ia terhad kepada Afrika dan ditularkan oleh gigitan nyamuk; sentuhan bangkai atau pengendalian daging segar. Peraturan-peraturan pengendalian mengurangkan penyakit ini. Yang kedua adalah jangkitan Wesselbron yang terhad kepada Afrika Selatan dan ditular oleh nyamuk Aedes. Kategori-kategori burung membabitkan Encephalomyelitis Equine (Kuda) barat dan timur, dan mungkin melibatkan Encephalitis St Louis. Kategori-kategori binatang bukan haram nampaknya kurang dipengaruhi penyakit-penyakit ini dengan signifikannya berbanding binatang haram, dan membuktikan selanjutnya kesahihan divisi-divisi dalam Imamat 11 dan Ulangan 14.

 

Infestasi dan Reaksi Parasitik

 

Penyakit-penyakit annelid ditemui di Afrika dan Asia di antara lembu dan kerbau, dan disebabkan sentuhan langsung dengan lintah (pacat).

 

Dari antara penyakit-penyakit Arthropid, cacing lidah ditemui dalam domba dan kambing di samping anjing, ular dan cicak dan dicegah dengan tidak memakan jenis ofal ini atau dengan pemeriksaan. Satu lagi penyakit binatang bersih adalah Paralisis Kutu namun tidak mempengaruhi manusia, tidak dikhususkan kepada hukum-hukum makanan. Myiosis tersebar melalui kemasukan larva lalat ke dalam tisu hidup dan, kerana itu, tidak dipengaruhi hukum-hukum makanan walaupun semua mamalia terlibat.

 

Ikan

 

Imamat 11:9 9 Inilah yang boleh kamu makan dari segala yang hidup di dalam air: segala yang bersirip dan bersisik di dalam air, di dalam lautan, dan di dalam sungai, itulah semuanya yang boleh kamu makan.

 

Imamat 11:10 10 Tetapi segala yang tidak bersirip atau bersisik di dalam lautan dan di dalam sungai, dari segala yang berkeriapan di dalam air dan dari segala makhluk hidup yang ada di dalam air, semuanya itu kejijikan bagimu.

 

Untuk memahami sebab-sebab di sebalik hukum-hukum makanan ikan, kita perlu mengkaji suatu siri fenomena semulajadi dan mempertimbang bagaimana hukum itu menghadkan kesan-kesannya pada manusia.

 

Insidens logam berat dan racun-racun semulajadi tersebar seluruh rantai makanan dengan beberapa cara. Walaupun logam-logam berat ini wujud dengan semulajadinya, ia, seperti juga bahan pencemar umumnya, semakin luas tersebar dan memasuki rantai makanan dalam beberapa tempat. Disebabkan tempat mereka dalam rantai makanan serta sifat semulajadi dan metabolisme mereka, beberapa spesis laut lebih cenderung kepada bahan pencemar berbanding yang lain dan ada yang mempunyai kecenderungan lebih tinggi untuk memindahkan bahan pencemar dari yang lain.

 

Satu sumber keracunan dalam kehidupan laut adalah merkuri (raksa). Sungguhpun tahap-tahapnya adalah tetap dalam jumlah amaun-amaun global, konsentrasinya, kapasitinya untuk dipindahkan dalam beberapa bentuk serta kapasitinya untuk berubah dari bentuk bukan organik kepada bentuk lebih toksik dalam alam sekitar menjadikannya satu bahaya. Tahap-tahap merkuri dalam laut-lautan adalah sekurang-kurangnya 70 juta ton dan pemeriksaan terbaru tudung ais Greenland menunjukkan bahawa tidak ada peningkatan dalam tahap-tahap merkuri dalam zaman-zaman sejarah (Applequist et al., 1978).

 

Nampaknya terdapat latar belakang atau tahap asas normal 11.2 ng/kg dalam laut-lautan dunia, di mana tahap-tahap berhampiran permukaan air di hemisfera utara mempunyai bacaan setinggi 33.5 ng/kg, mungkin disebabkan guguran atmosfera dari pencemaran perindustrian.

 

Penggunaan perindustrian merkuri adalah di dalam berbagai industri dengan perlombongan dan peleburan yang bertambah pada kadar 2% setahun sejak 1973, meskipun berkurangan dari kitaran semula dan sebagainya. Pelepasan merkuri ke dalam alam sekitar terjadi juga dari aktiviti-aktiviti tambahan seperti bahan api fosil, penghasilan keluli, simen dan fosfat serta peleburan dan pengeluaran logam, khususnya bijih-bijih sulfid (WHO, 1976). Sebahagian dari keluaran-keluaran ini sekurang-kurangnya tersebar meluas ke dalam lautan-lautan (Gardner, 1975, 1978).

 

Merkuri menemui jalan memasuki rantai makanan oleh sebab metilasi merkuri bukan organik di dalam sedimen-sedimen tasik, sungai dan lain-lain laluan air dan dalam semua lautan. Metil-merkuri berkumpul di dalam organisme-organisme akuatik mengikut tahap trofik, dan konsentrasi tertinggi ditemui dalam ikan karnivor yang besar. (Ini dipastikan dalam Report on Mercury in Fish and Fish Products, Jabatan Industri Utama Australia, 1979, Perkhidmatan Penerbitan Kerajaan Australia, 1980. Bahagian 2.4 (III) laporan ini dan komen-komen pada halaman 28 membentangkan poin ini).

 

Menurut laporan itu, difahamkan bahawa merkuri kerap sekali diambil masuk dalam bentuk metilasi oleh organisme akuatik. Metilasi berlaku melalui kaedah kimia (suatu proses bukan berenzim yang diperantara metil-kobalamin dan mikro-organisme sedimen contohnya bakteria dan fungi (Mason et al., 1974) [penekanan ditambah], dalam keadaan-keadaan aerobik dan anaerobik (Jensen and Jernelov, 1974), di mana kadar metilasi bergantung pada mikro-organisme khusus yang hadir (Hartung, 1973) serta pelbagai faktor fisio-kimia. Metilasi dipertingkatkan apabila terdapat pH alkali serta kandungan organik yang tinggi dalam sedimen tersebut (Matsumura et al., 1972), dan juga apabila suhu meningkat (Jernelov, 1972a). Maka, dapat disimpulkan bahawa peningkatan dalam suhu dunia dan laut akan meningkatkan ketoksikan sekitaran laut.

 

Proses metilasi ini diimbangi dalam alam semulajadi oleh bakteria metogenik penyekat metilasi (Alston et al., 1972). Banyak jenis bakteria nampaknya mampu melakukan demetilasi, sungguhpun semuanya adalah anaerob dan spesis pseudomonas nampaknya adalah yang lebih banyak (Shariat et al., 1979). Semua ini dipetik dalam laporan Jabatan Industri Utama (DPI) itu. Menurut laporan itu, terdapat dua laluan yang mungkin bagi pengambilan masuk merkuri yang hadir oleh organisme akuatik; pertama, melalui jaringan makanan dan, kedua, melalui ekstraksi langsung metil-merkuri dari medium berair berkenaan (Laporan DPI, halaman 30).

 

Bakteria bersaing sangat baik dengan sedimen dalam mengumpulkan ion-ion merkuri dari air sungai, dan mempunyai kesan signifikan pada mobilisasi merkuri dari sinki sedimen ke dalam rantai makanan (Ramamoorthy et al., 1977). Bagaimanapun, merkuri diambil masuk di peringkat lebih tinggi dalam rantai makanan melalui telanan atau detritus organik yang berkompleks dengan merkuri. Pengambilan masuk langsung melalui haiwan pemakan saring seperti tiram, teritip dan kepah nampaknya lazim (Guthrie et al., 1979) (dari Laporan DPI, halaman 30) [penekanan ditambah].

 

Kompleksiti jaringan makanan merupakan faktor pembatas utama pada amaun merkuri yang terkumpul (Peterson et al., 1973), dan organisme pada peringkat-peringkat trofik lebih tinggi cenderung untuk mengumpulkan lebih banyak merkuri. Telah dicadangkan bahawa jaringan makanan akan menyumbangkan merkuri kepada ikan hingga satu tahap asas tertentu dan, di atas tahap ini, merkuri dikumpulkan secara langsung dari air sekitaran (Jernelov, 1972b). Ekstraksi langsung merkuri dari air sekitaran dibolehkan oleh afinitinya terhadap kumpulan-kumpulan aniotik, khususnya kumpulan protein sulfidril (Lofroth, 1970). Kemasukannya sama ada secara langsung melalui kulit atau melalui insang. Sekurang-kurangnya dalam ikan trout, laluan masuk utamanya adalah insang kerana kulitnya telah ditunjukkan agak sukar ditembusi (Olson et al., 1973). Kadar kemasukannya mungkin satu fungsi konsentrasi merkuri dalam air sekitaran, bentuknya serta kadar metabolik ikan berkenaan (Laporan DPI, halaman 30-31).

 

Kedua-dua merkuri organik dan bukan organik mudah diserap dari air laut. Retensi kedua-dua bentuk ini dari makanan adalah tidak sama di mana metil-merkuri, berbeza dengan merkuri bukan organik, hanya disingkir perlahan. Tiada bukti yang didapati bagi metilasi penyurih (tracer) dalam merkuri bukan organik yang didapati dari air laut. Hasil utamanya, menurut laporan itu, adalah pengenalpastian kemasukan langsung metil-merkuri dari air sebagai subjek paling penting untuk kajian lanjut.

 

Laporan itu juga menyatakan bahawa, sebaik saja masuk ke dalam aliran darah, merkuri kemudiannya tersebar dengan tidak rata di dalam tubuh (lihat bahagian 2.4 (IV) laporan ini serta nota-nota pada halaman 31).

 

Kajian-kajian yang dijalankan dalam tahun 1978 (Hall et al.) atas insidens logam-logam berat dalam makanan laut telah mengukur berbagai jenis unsur surih dalam 204 spesis ikan sirip, moluska dan krustasia dari 198 tapak sekitar pinggir pantai AS, dan mewakili 93% dari jumlah penangkapan komersil dan sukan, manakala satu tahap purata merkuri melebihi 0.5 ng/kg hanya ditemui dalam 2% hasil tangkapan untuk pemakanan manusia dan ini adalah; ikan snapper (Lutjanus compechanus) dan ikan batu bersama dengan ikan Halibut Pasifik Hippoglossis stenolepis.

 

Di Eropah, dari antara 12 ikan air tawar yang disenaraikan, ikan pike mempunyai tahap-tahap purata dan maksimum yang tertinggi (1.6 ng/kg). Hasil-hasil ini serupa di Sweden.

 

Laporan DPI menyatakan pada halaman 32 bahawa Nilai-nilai tertinggi merkuri lazimnya dilihat dalam ikan yang berada pada hujung rantai makanan yang panjang, contohnya spesis-spesis karnivor yang besar. Ini termasuklah ikan yu (ikan haram), ikan todak dan ikan tuna (ikan bukan haram). Salmon nampaknya mempunyai tahap-tahap rendah merkuri dengan kebanyakan nilainya dari beberapa 260 sampel dari Lautan Atlantik, Kanada dan Laut Baltik dekat kepada 0.05 ng/kg. Laporan-laporan terbaru menunjukkan bahawa tahap-tahap merkuri dalam kebanyakan ikan lautan berada dalam julat 0 – 0.5 ng/kg, dengan kebanyakan nilainya hampir kepada 0.15 ng/kg berat bersih (dari 1,600 sampel). Contoh-contoh paling penting adalah ikan todak, ikan tuna dan halibut.

 

Jepun mempunyai standard merkuri terkini untuk kebanyakan speses sebanyak 0.4 ng/kg. Ikan-ikan laut dalam mempunyai konsentrasi merkuri lebih tinggi berbanding ikan dari kawasan benua. Ikan yu dan ikan tuna mempunyai tahap-tahap purata tertinggi dalam perairan laut Jepun. AS telah meningkatkan tahap tindakannya dari 0.5 ng/kg kepada 1.0 ng/kg. Ini mungkin disebabkan tekanan ekonomi.

 

Satu aspek Laporan DPI itu yang sangat menarik adalah bahawa spesis yang dibenarkan, contohnya ikan tuna, menyekat ketersediaan merkuri melalui tindakan sekatan bahan kimia selenium. Tahap-tahap selenium dalam ikan umumnya dilaporkan sebagai berada di bawah 1.0 ng/kg.

 

Dalam ikan kod Norway (iaitu Timur Laut Atlantik) dan halibut, sebagai contohnya, tahap-tahap tidak melebihi 0.15 ng/kg (Egaas & Braekkan, 1977a). Namun, tahap-tahap dalam kerang-kerangan umumnya lebih tinggi, dengan nilai-nilai setinggi 4 ng/kg dalam lobster (udang kara) dan 2 ng/kg dalam moluska dilaporkan (Laporan DPI, halaman 51).

 

Tahap-tahap selenium dalam ikan pemangsa yang lebih besar, contohnya tuna dan ikan todak, adalah sangat tinggi. Dalam ikan todak, tahap-tahap seleniumnya adalah antara 0.79 hingga 4.84 ng/kg dalam otot dengan nilai purata 2.18 ng/kg. Nilai-nilai ini nampaknya berkaitan dengan saiz dan tahap merkuri (Friedman et al., 1978). Ikan mempunyai lebih banyak merkuri berbanding makanan lain.

 

Kesan-kesan toksik selenium diimbang balas oleh kesan arsenik, yang luas tersebar dalam ikan, dan khususnya tisu-tisu kerang-kerangan (Hall et al., 1978). Shuomi et al., 1984 menunjukkan bahawa arsenik dan bentuk-bentuk kimianya dalam kerang-kerangan adalah berkait langsung dengan tabiat-tabiat pemakanan mereka. Haiwan berinjap dua dan gastropod herbivor adalah di bawah 10 ppni dalam kebanyakan spesimen. Sebaliknya, kandungan arsenik dalam otot-otot gastropod karnivor mempunyai nilai purata lebih tinggi yang signifikan, dari 16.8 ppni hingga 67.9 ppni. Ini adalah perlu untuk meneutralkan tahap-tahap merkuri dan selenium yang tertumpu dalam mangsanya. Ini juga sepatutnya menunjukkan ketidaksesuaian gastropod herbivor dan haiwan berinjap dua untuk pemakanan manusia.

 

Sebagai pemerhatian umum, spesis-spesis haram makanan laut, seperti krustasia dan moluska, adalah sumber pertama keracunan logam berat dalam rantai makanan dan paling mudah dipengaruhi bahan pencemar. Untuk mengimbang balas ketoksikan dalam sekitaran mereka, mereka mempunyai tahap-tahap lebih tinggi bahan toksik lain seperti selenium dan arsenik. Kesesuaian mereka untuk pemakanan manusia berkurangan kerana retensi bahan-bahan toksik pada tahap-tahap lebih tinggi dalam tisu mereka. Bahan-bahan yang setara dengannya ada di antara ikan karnivor terbesar pada hujung satu lagi rantai makanan itu.

 

Spesis ikan yang haram, contohnya ikan yu, tidak mempunyai selenium yang mengimbang balas yang menjadikan ikan ini sesuai untuk dimakan manusia. Sebaliknya, ikan bukan haram mengandungi tahap-tahap seimbang agen-agen detoksifikasi, seperti selenium dan arsenik, yang mengurangkan impak ke atas spesis manusia.

 

Sebagai peraturan umum, spesis ikan bukan haram tidak mempunyai tahap-tahap bahan toksik yang tinggi. Hanya dalam spesis-spesis karnivor yang lebih besar saja tahap-tahap sebegini wujud, namun dengan bahan-bahan kimia yang mengimbangi, yang menghadkan kesan-kesan toksik terhadap tubuh manusia. Ikan bukan haram yang lebih kecil jelas adalah yang paling bebas dari bahan-bahan toksik dan, dengan itu, paling sesuai dimakan.

 

Kerang-kerangan

 

Dalam kerang-kerangan, tahap-tahap bahan toksik yang sangat tinggi ditemui, dengan tahap keseimbangan yang berbeza dengan apa yang ada dalam spesis bukan haram yang besar. Kerang-kerangan, moluska, dan sebagainya juga mengandungi tahap-tahap kolesterol yang tinggi yang menggalakkan penyakit jantung. Ini, bersama dengan kemasukan logam berat dalam bahan sayuran, menjadikan diet sebegini satu risiko jantung yang tinggi.

 

Oleh itu, hukum-hukum makanan merupakan peraturan-peraturan yang rumit namun boleh dibuktikan bagi pemakanan spesis akuatik oleh manusia. Dengan menggunakan sampel-sampel rambut dan darah untuk mengukur merkuri dalam manusia, didapati bahawa di mana hukum-hukum makanan ditinggalkan, tahap-tahap merkuri boleh mencapai 27 ng/kg dalam rambut dengan pemakanan 780 gram seminggu, dan tahap-tahap darah setinggi 0.038 mg/liter untuk pemakanan 2,000 gram ikan dan makanan laut seminggu.

 

Dalam kajian DPI itu, tiada pertalian signifikan ditemui antara tahap merkuri dalam rambut dengan darah, tidak seperti kajian-kajian lain. Tahap-tahap ini boleh diperbetulkan dengan cepat dengan mengubahsuai diet kepada spesis yang kurang tercemar, yakni menurut hukum-hukum makanan itu.

 

Keracunan Ikan

 

Terdapat 300 spesis yang diketahui menyebabkan cetusan keracunan ikan. Hampir semuanya adalah jenis-jenis yang diharamkan. Namun, ada juga dari jenis yang dibenarkan. Ikan parrot, yang ditemui di perairan tropika, adalah beracun hampir sepanjang tahun; dalam perairan lain ia tidak beracun. Toksin dikeluarkan dari hati sepanjang tahun melainkan dari bulan April hingga Jun dan cukup berbahaya untuk membunuh tikus (Fusitani et al., 1985). Ikan snapper dan perch dsb mungkin menjadi beracun sekali-sekala di tempat-tempat tertentu. Ini harus diberi perhatian, namun ia bukanlah sesuatu yang umum. Dari antara 84 spesis dalam penangkapan ikan di St Thomas di kawasan Caribbean, 50% daripadanya yang berjumlah 56% dari penangkapan ini membawa sedikit risiko keracunan jika dimakan (Olsen et al., 1984).

 

Sementara pencemaran dan tahap-tahap logam berat bertambah, tahap-tahap ketoksikan dalam semua spesis ikan akan meningkat, lantas menjadikan hukum-hukum makanan itu semakin penting. Namun begitu, akhirnya akan tiba satu takat apabila semua jenis ikan tidak dapat menampung kehidupan. Ini mungkin akan berlaku tidak lama lagi.

 

Alga, dsb.

 

Kehadiran alga merah nampaknya sedang meningkat dan hanya dikawal oleh tahap-tahap rendah suhu air. Sambil suhu purata air meningkat, laut-lautan menjadi semakin merah dengan alga. Mereka akan berubah menjadi darah dan infestasi-infestasi itu disebarkan lagi oleh perkapalan, angin dan arus. Ini akan selanjutnya membinasakan kehidupan laut dan sekitarannya, lantas menganggu rantai makanan. Alga merah yang berkekalan ini, Grateloupia cuneifolia, dari Pelabuhan Rio Grande, R S Brazil, telah dianalisa untuk perubahan-perubahan bermusim sepanjang tempoh April 1980 hingga Mac 1981. Ujian-ujian menunjukkan variasi-variasi besar dalam kandungan unsur-unsur dengan tahap-tahap 40.4 hingga 129.5 mg/g bagi zink, 7.1 hingga 59.5 mg/g bagi tembaga, 28 hingga 209 mg/g bagi plumbum dan 0.09 hingga 43.1 mg/g bagi kadmium dalam berat kering alga (Yunes et al., 1982). Ini akan terbukti sangat signifikan, dengan pertambahan bahan pencemar loga dan suhu, kepada sekitaran laut. Hal lautan menjadi darah mungkin tidak begitu sukar untuk difahami.

 

Insidens kejadian penumpuan logam berat adalah konsisten dengan distribusi aktiviti gempa bumi bawah laut yang diketahui, yang menunjukkan bahawa pelepasan logam berat ke dalam laut oleh aktiviti gunung berapi mungkin menambahkan risiko ombak merah. Oleh itu, lautan menjadi darah mungkin terhasil dari pelbagai gempa bumi serta letupan gunung berapi yang dicatatkan dalam Wahyu 6:12, 8:8 dan seterusnya.

 

Ketam, dsb.

 

Kesan logam berat pada makanan haram dari jenis ketam dikenalpasti semakin meningkat. Kesan-kesan aktiviti ion kuprik bebas dalam air laut ke atas metallothionein serta pertumbuhan dalam larga ketam telah ditunjukkan oleh Sander, Jenkins Sinda dan Costlow (lihat ASFA Pt. 1, Vol. 14 No. 6, bahan 14194 - 1Q14). Data mereka menunjukkan adanya perkaitan yang boleh diramalkan antara aktiviti ion kuprik dalam air laut dan proses-proses pada peringkat selular dan organimistik.

 

Pencemaran zink dan timah (tin) juga mempengaruhi ekosistem dengan mencemari sekitaran antara ombak dan memasuki sistem ini pada peringkat invertebrat dan pemakan gantung. Sekali lagi, ini adalah sumber makanan yang dilarang di bawah hukum-hukum makanan.

 

Juga telah ditunjukkan bahawa keadaan hidup ringkas ikan mungkin merupakan sejenis tindakan perlindungan diri untuk mencegah pengumpulan sebatian-sebatian toksik dalam badan mereka. Ianya mungkin bahawa ini mempunyai kesan langsung atas jenis-jenis haram dan bukan haram (Ogawa, Tonogai, Ho, Twaida, Osaka 1983 – dari ASFA Pt. 1, Vol. 14 No. 6, bahan 14232 - 1Q14).

 

Ianya juga penting untuk memerhatikan bahawa beberapa spesis kerang-kerangan mengumpulkan kadmium dari sumber-sumber tidak tercemar pada kadar-kadar lebih tinggi berbanding sumber-sumber tercemar. Sebagai contohnya, Frazier dan George, 1983, telah mengkaji dua spesis tiram O. gigal (L) and O. edulis (L). Mereka menunjukkan bahawa O. edulis mengumpulkan kadmium dari sekitaran tidak tercemar. Oleh itu, larangan-larangan makanan itu tidak mengkhusus kepada sekitaran tercemar, tetapi dipakai secara umum. Salah satu tindakan perlindungan beberapa ikan bukan haram terhadap keracunan logam berat (dalam kes ini, kromium trivalen) ditunjukkan oleh kesannya ke atas peringkat-peringkat awal kehidupan ikan steelhead trout. Stevens dan Chapman, 1984, menunjukkan bahawa pencemaran itu mengakibatkan mortaliti penuh dalam pendedahan peringkat awal kehidupan dari telur yang baru disenyawakan hingga 30 hari selepas berenang naik pada 495 ug/l dan mengurangkan keberterusan hidup dengan signifikannya pada tahap-tahap lebih rendah. Keberterusan hidup sesudah menetas dikurangkan dengan signifikannya pada 271 ug/l. Tiada penyesuaian diri terhasil dari pendedahan kromium sebelumnya. Dalam kata lain, ikan bukan haram ini, jika tercemar, akan mati atau tidak mencapai kematangan dan tidak membentuk sebarang imuniti selang masa. Oleh itu, hukum-hukum makanan terus tetap. Hukum ini tetap sama hari sebelumnya, hari ini dan hari esok.

 

Juga telah ditunjukkan oleh Cai, Chera, Wu dan Xu pada tahun 1983, bahawa organisme-organisme kritikal bagi pengumpulan kobalt (Co) adalah fitoplankton dan kepah, manakala bagi sesium (Cs) adalah fitoplankton dan udang. Dalam ikan, organ-organ pengumpulan Co dan Cs adalah perut, usus dan hati, yang disingkirkan melalui pembersihan, manakala seluruh tubuh organisme lain terbabit, melainkan udang di mana organ-organ pengumpulan Co adalah kepala dan dada dan CS tersebar seluruh badan udang itu.

 

Ini menunjukkan bahawa bentuk-bentuk berlainan logam tersebar dengan berbagai cara dalam invertebrat dan moluska. Ini selanjutnya menunjukkan bahawa haiwan lebih maju dan spesis bukan haram mempunyai sistem-sistem yang lebih berkesan bagi membuang toksin. Bagaimanapun, pada tahap terlalu tinggi logam-logam tidak terkawal. Dengan kadmium, nilai hematokrit dan sistem darah merah dipengaruhi. Pada tahap-tahap rendah konsentrasi hemoglobin, nilai hematokrit dan kiraan sel darah merah dipengaruhi. Lebih tinggi dari tahap-tahap ini akan mengakibatkan kerosakan hati dan anemia (Kayama dan Ozaki, 1984).

 

Juga telah ditunjukkan bahawa tahap-tahap tembaga yang bertambah akan mengurangkan kadar pernafasan serta kadar pemakanan ikan dan kematangan dan kesuburan di samping mengurangkan rantai makanan dari segi produktiviti utama, penghasilan plankton dan kromial (Mukhopadhyay, 1983). Oleh itu, pencemaran yang meningkat juga akan mengurangkan penghasilan ikan yang dibenarkan.

 

Ekosistem-ekosistem sekitaran lautan juga cenderung akan pengambilan konsentrasi hidrokarbon petroleum. Pemerhatian ke atas kepah biru menunjukkan pertambahan selepas pembersihan pertumpahan minyak dari latar belakang 40 ug/g kepada 652 ug/g pada 3 batu dan 533 ug/g pada jarak 4.5 batu dari pinggir pantai. Ianya menjadi semakin berbahaya untuk mengabaikan hukum-hukum makanan, dan kemudahan kepah dipengaruhi bahan-bahan pencemar di pelabuhan-pelabuhan (khususnya pelabuhan Amerika) banyak didokumenkan. Semua sekitaran pelabuhan seluruh dunia dipengaruhi. Sememangnya pertambahan dalam bahan-bahan pencemar harus bermakna satu peningkatan dalam tahap yang ditemui dalam ikan, namun boleh dikatakan bahawa beberapa ikan bukan haram, contohnya ikan leper (iaitu ikan flounder), menghadapi risiko lebih. Ianya benar bahawa pengumpulan zink dalam organ-organ luaran adalah penting. Telah dihujahkan bahawa gaya hidup Benthic mungkin tidak bertanggungjawab terhadap bio-akumulasi logam-logam unsur surih yang mengkhusus kepada ikan leper. Bagaimanapun, hipotesis kemasukan melalui makanan dan sedimen tidak boleh ditolak (Amiard et al., 1983).

 

Juga telah dipastikan bahawa banyak virus yang berasal dari manusia tersebar luas di kawasan estuari dan pinggiran pantai dan telahpun diasingkan dari sample-sampel air laut, sedimen laut dan kerang-kerangan. Bukti yang ada menunjukkan bahawa penanda-penanda bakteria bukanlah ukuran sebenar kehadiran virus-virus dalam sampel-sampel tercemar (Ellendar dan Cook, 1981, dan Flondorfer, 1984). Oleh itu, makanan-makanan haram adalah dilarang juga kerana kemampuannya untuk menularkan enterovirus.

 

Ada juga yang mengandungi racun paralitik kerang-kerangan dan tersebar luas. Salah satu penyebab keracunan paralitik kerang-kerangan dalam kepah hijau, Perna oriental, dalam sampel-sampel di Filipina pada tahun 1983 adalah dinoflagelat, Pyrodimium bahamense var compresse –penyebab satu siri ombak merah pada awal dan pertengahan 1970an. Tahap-tahap ketoksikan adalah tinggi dan menunjukkan satu lagi aspek kerang-kerangan dan ombak merah (lihat Gacutan et al., 1985). Keracunan muncul pada tahap kira-kira 60 ug toksin per 100 g daging; dan merupakan satu masalah serius di kawasan-kawasan pantai utara Amerika Syarikat (Sullivan dan Iwaska, 1983). Kini terdapat lebih dari 12 toksin yang dikenalpasti terbabit dalam ombak merah dan keracunan paralitik kerang-kerangan. Toksin Gonyaulex tersebar luas di AS. Siasatan juga menunjukkan kewujudan organisme-organisme bertoksik lemah di kawasan-kawasan yang belum pernah dilaporkan (Shuniza, 1983).

 

Bakteria patogenik manusia telah didapati tinggi dalam ketam dan tiram. Kecuali Staphylococcus aureus, semua patogen ini hadir dalam bilangan tertinggi dalam ketam dan tiram hidup, dan mencadangkan bahawa pemprosesan adalah berkesan dalam mengawal bilangan-bilangan patogen yang hadir dalam jenis-jenis ini (Elliot dan Colwell, 1982, diterbitkan 1983). Bagaimanapun, bukan semua bakteria dikawal oleh pemprosesan.

 

Ujian juga telah menunjukkan bahawa bagi ikan bukan haram sekalipun, pengawetan adalah cara pemprosesan yang tidak sempurna dengan kecacatan dalam pembersihan tidak baik, penggaraman tidak cukup, serta keadaan pemprosesan yang tidak bersih (Joseph et al., 1983). Fungus dapat dibuang dan infestasi semula fungus dapat dicegah dalam hasil-hasil ikan kering yang dikerumuni fungus dan bakteria halofilik merah dengan pencucian, pengeringan dan kemudian disapukan dengan campuran 3% sodium propionat dalam garam terproses kering menurut nisbah 1 bahagian campuran kering kepada 10 bahagian ikan kering. Tempoh luputnya adalah lima bulan (Nair et al., 1983).

 

Bakteria Vibrio Flurialis telah diasingkan dari kerang-kerangan di Laut Adriatik. Sebelas jenis penyakit ini telah diasingkan dalam kerang-kerangan pada pinggiran pantai dan untuk dijual di kedai-kedai runcit. Vibrio Flurialis bersifat Ralofilik, dan menyebabkan vibrio cirit-birit manusia dalam hasil-hasil perikanan Mediterranean, (Gionella et al., 1984).

 

Di Galicia, kepah nampaknya bukan saja dijangkiti dengan Gynadinium catenatum di samping Protogonyaulax tamarensis yang menyebabkan keracunan paralitik kerang-kerangan, tetapi juga jangkitan-jangkitan jenis cirit-birit (Sepanyol, 1983). Pencemaran sekitaran estuari di AS oleh kumbahan telah membawa kepada banyak cetusan Hepatitis A, penyakit Norwald dan gastroenteritis tidak spesifik di kalangan pemakan kerang-kerangan (Durham, NH USA, diterbitkan Jun 1985, ISSN 0160-8347). Oleh itu satu keadaan sekitaran berjangkit semula tersedia di kalangan para pemakan kerang-kerangan dan penyakit enterik virus (termasuk Shigelloides) menjadikan orang-orang ini berisiko tinggi. Maka, boleh dikatakan bahawa penyakit-penyakit ini adalah luka yang dilakukan ke atas diri sendiri.

 

Beberapa jangkitan luka-luka tisu lembut oleh vibrioneceae estuari juga telah membawa kepada beberapa kematian. Pemakanan kerang-kerangan serta spesis haram yang lain nampaknya adalah perbuatan bodoh ata, sebaik mana sekalipun, seperti satu perjudian Russian Roulette. Pembinasaan sistematik yang dilakukan manusia pada sekitarannya akan akhirnya memusnahkan sekitaran lemah ini dari mana manusia mendapat sara hidupnya, dan pembezaan antara haram dan bukan haram mungkin menjadi sekadar hal akademik saja dalam sekitaran laut, kerana mungkin tiada lagi yang wujud.

 

Penyakit Jantung

 

Kajian terbaru di Jepun mengenai hubungan antara sklerosis aorta dan logam-logam dalam sekitaran-sekitaran biogeokimia menunjukkan bahawa terdapat pengumpulan jelas kalsium (Ca) dan fosforus (P) yang terlihat pada bahagian sklerotik suatu aorta, namun nisbah Ca/P adalah lebih kecil berbanding nisbah bagi aorta yang sihat dan vertebra lumbar. Konsentrasi logam surih zink (Zn), plumbum (Pb), tembaga (Cu), nikel (Ni), tin (Sn), mangan (Mn) dan kadmium (Cd) dalam bentuk partikel-partikel terapung dalam 169 sungai-sungai utama Jepun jelas tinggi di daerah timur laut di mana nisbah-nisbah sulfat/kalsium karbonat (SO4/CaCO3) dalam air adalah besar dan kadar kematian dari penyakit gila babi (apopleksi) adalah tinggi. Nisbah Ca/P ini jelas rendah dalam benda-benda makanan berasid, contohnya daging dan bijirin, berbanding benda-benda makanan beralkali, seperti sayuran dan buah. Amaun logam dalam aorta sklerotik berkait positif dengan pengambilan berlebihan logam-logam surih di samping bahan-bahan pembentuk asid, seperti SO4 dan P, dari sekitaran biogeokimia (Teraoka, Japan, 1984 seperti yang dipetik dalam ASFA, Pt. 1, Vol. 15 No. 6).

 

Oleh itu, telahpun ditunjukkan bahawa diet seimbang daging dan bijirin di samping sayurgan dan buah-buahan adalah lebih sihat untuk jantungmu berbanding vegetarianisme yang tidak seimbang. (Pengambilan berlebihan logam-logam surih yang mempengaruhi jantung juga terjadi dari pemakanan kerang-kerangan). Mungkin kerana sebab inilah, antara lainnya, Paulus mengulas tentang penyimpangan vegetarianisme dalam zaman akhir pada 1 Timotius 4:1-3, di mana dia berkata,

 

Tetapi Roh dengan tegas mengatakan bahwa di waktu-waktu kemudian, ada orang yang akan murtad lalu mengikuti roh-roh penyesat dan ajaran setan-setan

 

Ayat 3 mengatakan:

 

Mereka itu melarang orang kawin, melarang orang makan makanan yang diciptakan Allah supaya dengan pengucapan syukur dimakan oleh orang yang percaya dan yang telah mengenal kebenaran.

 

Kedua-dua penyimpangan ini bukan selalunya bersama-sama (lihat karya Vegetarianisme dan Alkitab (No. 183))

 

Daging mengandungi kuantiti-kuantiti semulajadi vitamin B12 yang tidak boleh digantikan di bawah diet vegetarian. Tubuh dapat menampung vegetarianisme untuk beberapa tahun tanpa kesan buruk, namun selepas itu, kesan-kesan pada otak di samping ketidakseimbangan jantung seperti di atas akan berlaku.

 

Penyingkiran lemak, yang merupakan bahan terlarang mengikut hukum-hukum makanan, mengurangkan penyakit jantung hingga minimum dan larangan terhadap memakan darah sistem tubuh lebih baik lagi.

 

Organisasi Kajian Saintifik dan Perindustrian Komanwel di Australia telah mula memeriksa konsep toksin semulajadi dalam makanan kita, dan Drs. Fenech dan Dreosti sedang menganalisa isu ini ketika karya ini mula-mula ditulis. Sebagai tambahan, Dr Robert Scheuplein, Ketua Pakar Toksikologi dari Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat, baru-baru ini menganggarkan bahawa 98% penyebab kanser dalam diet kita adalah semulajadi.

 

Dr Dreosti mengatakan pada tahun 1990 bahawa:

 

Terdapat berbagai jenis toksin semulajadi dalam tumbuh-tumbuhan yang sama kuatnya dengan racun serangga buatan manusia, namun kita cenderung melupakannya sepenuhnya selama ini. (The Weekend Australian, 18-19 Ogos 1990, halaman 7).

 

Kebanyakan tumbuhan mengandungi quinon, ubi kentang mengandungi alkaloid Glyce dan bijirin, susu, lemak, telur dan madu mengandungi alkaloid Pyrrolizidine, sementara kacang tanah mengandungi aflatoksin. Lucerne atau pucuk alfalfa mengandungi ester pharbol serta amaun besar vitamin K yang memekatkan darah, menambahkan kapasiti pembekuan darah dan dengan itu meningkatkan risiko penyakit jantung.

 

Makanan mengandungi banyak bahan untuk menentang toksin atau racun semulajadi, dan tidak cukup diketahui tentang keseimbangan-keseimbangan relatifnya. Namun apa yang pasti adalah bahawa peningkatan pencemar logam berat dan vegetarianisme tidak seimbang membabitkan konsentrasi jenis-jenis makanan dan, dengan itu, toksin-toksin tertentu terhasil. Ini mungkin sekali menyebabkan bebanan lebih pada sistem-sistem pembaikan tubuh dan menyumbang dalam penghasilan kanser dalam struktrur DNA di samping penyakit jantung yang disebabkan pengumpulan toksin dan logam berat.

 

Cara-cara masakan, khususnya membakar atau memasak berlebihan, juga dapat memusnahkan bahan-bahan berfaedah dan melepaskan karsinogen.

 

Kesimpulan

 

Lebih banyak kajian memperkukuhkan posisi alkitabiah dan mungkin akan membuktikan Paulus adalah betul dan hukum-hukum makanan adalah mutlak.

 

Tujuan penting spesis-spesis haram bukannya terletak dalam aplikasi mereka kepada manusia tetapi sebaliknya sebagai sumber makanan bagi spesis-spesis bukan haram dan sebagai sebahagian penting alam sekitar. Kapasiti penyaringan kerang-kerangan dan kapasiti penghasilan makanan dalam sekitaran estuari berada dalam keseimbangan halus. Ia harus dilindungi. Pemeliharaan hukum-hukum makanan akan memastikan keseimbangan itu dijaga. Lebih penting lagi, ia akan memastikan alam sekitar dilindungi dan dijaga bersih asalkan kita mengawal benda-benda pencemar yang lain. Tuhan telah memberikan kita planet ini untuk dijaga dan untuk dipelihara, bukan untuk dibinasakan.