Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[019]

 

 

 

 

Umur Kristus Semasa Dibaptiskan dan Tempoh Pelayanannya

(Edisi  2.0 199200101-20050314-20071213)

 

Tahun kelahiran Kristus telah menyebabkan banyak kerisauan selang masa berlalu. Ia nampaknya telah sengaja disembunyikan. Ini mungkin supaya kita tidak dapat betul-betul mengetahui dengan pasti tahunnya yang tepat untuk mengelak perayaan ritual pagan yang dikaitkan dengan kelahirannya. Bagaimanapun, terdapat beberapa fakta penting yang dikaitkan dengan kelahirannya serta masa pembaptisannya.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1992, 2000, 2005, 2007 Wade Cox)

 

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Umur Kristus Semasa Dibaptiskan dan Tempoh Pelayanannya



Telah dinyatakan dengan tegas sekali oleh sesetengah anggota jemaat bahawa petikan pada Lukas 3:23 menandakan bahawa Kristus betul-betul berumur tiga puluh tahun pada pembaptisannya. Petikan ini diterjemahkan dalam Versi King James sebagai:

 

“Ketika Yesus memulai pekerjaan-Nya, Ia berumur kira-kira tiga puluh tahun.”

 

Moffatt menterjemahkan petikan ini sebagai:

 

“Pada mulanya Yesus berumur kira-kira tiga puluh tahun.”

 

Istilah-istilah dari mana semua ini diterjemahkan ialah dua istilah Yunani. Yang pertama, dari mana perkataan mula diperolehi ialah perkataan  •DP`:,<@H (dari archomai). Ini bermakna di tengah atau bermula atau bermula dalam susunan masa. Kata akar utama perkataan ini adalah archo, iaitu menjadi pertama dari segi pangkat atau kuasa politik, dalam ertikata memerintah sebagai sebahagian dari satu subset.

 

Istilah kedua adalah ¦Jä< JD4V6@<J" (ètõn triákonta) atau tahun tiga puluh, dekad tiga puluh. Maka maknanya yang betul adalah bahawa Kristus telah memulai umur tiga puluhan, atau dalam kata lain, Kristus dalam umur tiga puluhan.

 

Ungkapan ini mempunyai elastisiti (kepelbagaian) yang tidak dipersetujui sesetengah orang dan dengan itu melalui ketidaklenturan mereka ini, memperkenalkan kontradiksi ke dalam Alkitab di mana sepatutnya tiada.

 

Satu contoh kontradiksi yang tidak perlu ditemui dalam pembatasan kepada tiga puluh ini serta syarat untuk perlu dilahirkan sewaktu pemerintahan Herodes (Herod) yang Agung, iaitu sebelum Paskah 4 SM (BCE) dan untuk perlu dilahirkan ketika banci pendaftaran seluruh dunia yang diperintahkan oleh Augustus (Agustus) dan dilaksanakan ketika Quirinius menjadi Gabenor (Wali) Syria (Lukas 2:3). Sulpicius Quirinius telah dilantik sebagai Konsul Rom pada 12 SM (BCE) namun tidak dilantik sebagai Wakil Syria sehinggalah 6 TM (CE) dan meninggal di Rom pada 21 TM.

 

Kata-kata sebenar yang diterjemahkan sebagai Gabenor Syria bermakna apabila Quirinius “memiliki kuasa pemerintah tertinggi”: Schurer berpendapat ianya sama seperti jabatan Gabenor (History of the Jewish People in the Age of Jesus Christ, Vol. 1, ms 424).

 

Bukti arkeologi terkini yang dikatakan menyatakan bahawa ada banci yang dilaksanakan oleh Quirinius pada 12 SM, tahun dia dijadikan Konsul dan diberikan beberapa tanggungjawab terhadap hal-ehwal daerah Timur. Dia sebenarnya telah memimpin satu ekspedisi menentang penduduk gunung yang memberontak (orang Homodenses atau Homonadenses) di Alecia dan untuk kejayaan-kejayaannya telah menerima penghormatan di Rom. Kumpulan Homonadenses merupakan sekumpulan penyamun Cilicia yang ditemui di sempadan selatan Galatia dan ada disebutkan oleh Strabo. Quirinius menghabiskan 14 tahun untuk menakluk mereka antara 12 SM dan 2 TM. Disebabkan kemahirannya dia telah mengiringi Gaius Caesar ke timur sebagai pengajarnya pada 2 TM.

 

Quirinius sememangnya telah menjalankan satu banci lengkap pada 6/7 TM sendiri, namun agak mustahil baginya menjadi banci pada kelahiran Kristus (ibid., ms 423).

 

Jabatan Gabenor Syria dipegang dari 10/9 SM hingga kira-kira 7/6 SM oleh Sentius Saturninus, dan dari 7/6 SM hingga 4 SM oleh Quinctilius Varus. Yang kemudian ini telah menghentikan pemberontakan di Palestin yang berlaku selepas kematian Herodes. L. Calpurnius Piso dicadangkan oleh sesetengah orang sebagai Wakil dari 4-1 SM dan selepas itu Gaius Caesar menjadi Consular Imperium, mungkin dengan Gabenor biasa di Syria.

 

Schürer mengandaikan bahawa pengganti yang mungkin kepada Sentius Saturninus adalah Titus dan juga membuat kesimpulan dari penggubalan undang-undang Pendaftaran Herodes yang Agung, Phillip dan Agrippa (dan Agrippa II) bahawa “pendaftaran Rom tidak mungkin dikenakan di Palestin ketika pemerintahan Herodes dan dengan itu juga tiada banci Rom yang diambil” (ibid. ms 430).

 

Schürer juga menolak sebarang tafsiran tatabahasa bahawa banci ini adalah banci pertama sebelum (atau lebih awal dari) Quirinius menjadi Gabenor Syria (ibid., ms 421). Tambahan pula, gaya dan kehalusan bahasa tulisan Lukas mengecualikan kemungkinan mendakwa penggunaan tatabahasa.

 

Schürer mengandaikan bahawa Quirinius mungkin adalah Wakil Galatia - Pamphylia ketika perang dengan orang Homonadenses (dari Strabo XII 6,5 (567) 9 Tat. Ann. III, 48) dia mengatakan dalam 4-3 SM (ibid., ms 259). Bagaimanapun, tiada alasan untuk mengecualikan masa-masa lebih awal dari 12 SM. Sesungguhnya ianya cukup mungkin bahawa dari 12 SM atau pada 8 SM Quirinius telahpun mempunyai kuasa penuh di utara Syria atau kuasa sementara di Syria selepas Sentius Saturninus. Menurut T P Wiseman, banci penduduk lengkap terakhir yang diambil sebelum Quirinius menjadi Wakil Syria pada 6 TM adalah pada 8 SM, sewaktu Quirinius menjadi Panglima Tentera dan Wakil Galatia-Pamphylia (yang diandaikan), kerana kumpulan pemberontak itu berada di kawasan selatan Galatia.

 

Pada 4 TM Augustus telah mengadakan banci sebahagian, dan banci 6 TM diluaskan untuk meliputi wilayah-wilayah bagi cukai warisan lima peratus (Vicesima hereditatis).

 

Masalah jelas dengan pendapat banci 6 TM yang dirujukkan itu adalah bila dia menjadi Gabenor Syria. Ianya kira-kira 10 tahun selepas kematian Herodes dan dengan itu adalah mustahil.

 

Lukas menyatakan bahawa ini merupakan banci di mana “seluruh dunia didaftarkan”.  Sesudah penyingkiran Archelaus, Palestin ditambah kepada Syria untuk tujuan pentadbiran dan percukaian, menurut Josephus (Antiq. of Jews, XVIII, I, I) Bagaimanapun Josephus menghadkan banci ini kepada Palestin. (Antiq. XVII, XIII, 5; XVIII, IIL)

 

Suatu banci pada 12 SM atau 8 SM yang menurut perintah Augustus merupakan peristiwa yang jauh lebih besar daripada banci Palestin dan ianya jelas bahawa Josephus cuba menghadkan banci ini kepada 6 TM ketika Quirinius menjadi Wakil Syria.

 

Kisah 5:37 menyebut waktu pendaftaran (banci) penduduk pada masa pemberontakan Yudas dari Galilea. Pemberontakan Yudas ini adalah selepas pemberontakan Teudas beserta 400 pengikutnya (ayat 26).

 

Pemberontakan Yudas dari Galilea ini ditarikhkan pada 6 TM oleh Schurer. Ahli-ahli sejarah menyifatkan pernyataan-pernyataan Gamaliel sebagai satu karangan Kristian yang dikaitkan kepada Gamaliel dan menempatkan Teudas dari Kisah sebagai Teudas nabi palsu sewaktu pemerintahan Procurator (Pendakwaraya) pertama yang diutus ke Palestin oleh Claudius, iaitu Cuspius Fadus 44-46? TM.

 

Schürer menolak kemungkinan adanya seorang Teudas sebelum 6 TM (ibid. Vol. 1 ms 456-457, nota 6), dan memandang rendah wibawa Kisah. Nyata sekali dia menganggap pendaftaran yang disebutkan dalam Kisah sebagai pendaftaran atau banci Quirinius setelah menjadi Wakil Syria pada 6 TM. Ianya berguna untuk memperhatikan bahawa anak-anak Yudas orang Galilea itu, James dan Simon telah diperintah disalibkan oleh Tiberius Julius Alexander (?46-48 TM) iaitu pengganti Fadus.

 

Mungkin sekali juga bahawa Kisah merujuk kepada pendaftaran tahun 6 TM, tetapi pendaftaran ini bukanlah pendaftaran sama yang disebutkan Lukas pada kelahiran Yesus.

 

Bagaimanapun keserasian lengkap muncul, jika tarikh banci umum pertama yang diperintahkan oleh Agustus dan dilaksanakan di timur oleh Quirinius adalah 12 SM (BCE) ataupun 8 SM. Maka Kristus berumur 39 atau 35 tahun pada pembaptisannya, iaitu ketika masih dalam umur tiga puluhannya. Dengan itu sama ada terdapat lapan atau empat tahun antara kelahirannya dan kematian Herodes. Ini mengizinkan pencarian, pelarian ke Mesir, kekecewaan dan masalah keluarga Herodes, pertengkaran perebutan takhta serta keasyikan-keasyikan yang lain yang meletus dalam pembunuhan para bangsawan Yudea sewaktu 5/4 SM dan tidak memberi sebarang masalah dengan keserasian ketiga-tiga rujukan alkitabiah. Pelik sekali, keluarga Herodes dan keasyikan perebutan takhta serta dusta dan pengkhianatan keturunannya bermula kira-kira 12 SM dan memulakan apa yang dianggap ahli-ahli sejarah sebagai fasa ketiga dan terakhir pemerintahannya.

 

Versi Tertullian memberi sedikit penjelasan tentang hal ini, walaupun dia bercanggahan dengan dirinya sendiri.

 

Dalam bukunya Against Marcion (Melawan Marcion), Tertullian mengatakan  bahawa sejarah membuktikan bahawa Kristus telah lahir sewaktu banci pendaftaran dibuat di Yudea oleh Sentius Saturninus (Adv. Marc. IV, 19, 10 ANF III, ms 378). Lukas (bab 2) mengatakan agen di Yudea adalah (Sulpicius) Quirinius. Tertullian menyebut Saturninus sekali lagi dalam De Pallio 1. Pernyataan Tertullian ini dibandingkan dengan pernyataan Sanclemente dan lain-lain yang menganggap bahawa Saturninus adalah gabenor Yudea pada waktu kelahiran Kristus dan menetapkan tarikh itu pada 747 A.U.C. Tertullian tidak konsisten dan, dalam Adversus Judaeus VIII, dia dikatakan memberi 751 A.U.C sebagai tahun kelahiran Kristus.

 

Apa yang memang dikatakannya adalah bahawa Kristus telah lahir pada tahun keempat puluh satu Empayar Agustus ketika dia memerintah selama ‘xx dan viii’ (28) tahun  selepas kematian Cleopatra (51-30 BCE (SM)). Tertullian menyatakan dalam teks ini bahawa Agustus terus hidup selama ‘xv’ (15) tahun selepas Kristus dilahirkan. (Dia salah menjumlahkan ini sebagai 437 tahun dan 6 bulan selepas Darius).

 

Caesar telah dibunuh pada Mac 44 SM dan Octavian kembali ke Rom untuk menggantikannya pada 42 SM. Maka 56 tahun dari 43/2 SM membawa kita kepada 14 CE (TM) iaitu tahun kematiannya.

 

Agustus dipercayai telah memerintah selama 44 tahun dan meninggal pada 14 TM. Bagaimanapun, itu adalah dari penggulingan Mark Anthony dan Cleopatra. Tertullian mengatakan dia memerintah selama 56 tahun. Justeru itu, berdasarkan laporan ini, Kristus lahir pada tahun ke 41 pemerintahannya dan 28 tahun selepas kematian Cleopatra, iaitu pada 2/1 SM, lebih dua tahun selepas kematian Herodes - iaitu sesuatu yang mustahil dari segi alkitabiah. Laporannya dalam Adversus Marcionem menjadikan kelahiran Kristus pada 6/5 SM. Maka ia sepatutnya pada hujung pentadbiran Saturninus, walaupun kita membuat andaian-andaian tentang pelanjutan tarikh-tarikh berkenaan kepada September 7/6 SM. Justeru Quirinius, yang berada di sempadan Syria dan Galatia pada waktu itu dalam perang melawan penyamun-penyamun Homonadenses Cilicia, semestinya telah diutus oleh Saturninus, mengikut laporan-laporan Tertullian dan Lukas dalam teks-teks purba yang lain, ke Yudea untuk banci ini pada 6 SM dan Kristus telah dilahirkan pada tahun berikutnya pada 5 SM, berdasarkan laporan-laporan Tertullian dan Lukas dalam teks-teks purba yang lain.

 

Sentius Saturninus merupakan gabenor Syria dari 744-748 (rujuk ANF ibid nota kaki 3) atau 10/9 hingga 7/6 SM. Aug. W. Zumpt telah bertungkus lumus untuk membuktikan bahawa Publius Sulpicius Quirinius sememangnya adalah gabenor Syria pada waktu kelahiran Kristus. Senario di atas adalah yang paling mungkin.

 

Josephus menamakan Volumnius dengan Saturninus (Konsul pada 19 SM) (Jos. Ant. XVI, 9, 1 (ms 280). Bagaimanapun, dalam Wars of the Jews (Perang-perang Orang Yahudi) (I, 27, 1) dia memanggil Volumnius tou stratopedarchen dan dalam I, 27, 2 dia memanggilnya epitropos. Maka Schurer berpendapat (vol. 1, ms 257) Volumnius adalah seorang bawahan Saturninus dan seorang gabenor wilayah itu. Saturninus juga disebut oleh Josephus dalam Antiquities XVI, 10, 8, (344); II, 3 (368); XVII, 1, 1 (6); 2, 1, (24); 3, 2, (57). Penggunaan Quirinius oleh Saturninus ini nampaknya adalah jenis perwakilan yang sama berhubung banci di Yudea pada waktu itu. Schurer tidak menyokong pandangan ini, satu penerangan yang kelihatannya lebih jelas. Rekod-rekod menyebut kedua-dua mereka seperti yang kita lihat juga dengan Volumnius dan Saturninus di atas.

 

Kematian Herodes memainkan peranan penting dalam menetapkan tarikh mungkin yang terakhir bagi kelahiran Kristus, seperti yang kita tahu dari Matius 2:12 bahawa lawatan orang-orang Majus berakhir dengan orang-orang ini pulang ke negeri mereka sendiri dengan jalan yang lain, agar mereka dapat mengelak dari kembali kepada Herodes. Yusuf diberi amaran dalam mimpi oleh Tuhan untuk berangkat ke Mesir, sebagaimana yang kita baca dalam Matius 2:13-16:

 

“Bangunlah, ambillah Anak itu serta ibu-Nya, larilah ke Mesir dan tinggallah di sana sampai Aku berfirman kepadamu, karena Herodes akan mencari Anak itu untuk membunuh Dia.”

 

Maka Yusufpun bangunlah, diambilnya Anak itu serta ibu-Nya malam itu juga, lalu menyingkir ke Mesir,

 

dan tinggal di sana hingga Herodes mati. Hal itu terjadi supaya genaplah yang difirmankan Tuhan oleh nabi: "Dari Mesir Kupanggil Anak-Ku."

 

Ketika Herodes tahu, bahwa ia telah diperdayakan oleh orang-orang majus itu, ia sangat marah. Lalu ia menyuruh membunuh semua anak di Betlehem dan sekitarnya, yaitu anak-anak yang berumur dua tahun ke bawah, sesuai dengan waktu yang dapat diketahuinya dari orang-orang majus itu.

 

(KJV, Matius 2:13-16)

 

Justeru itu, waktu kunjungan orang-orang majus itu dan kelahiran Kristus yang dijangkakan adalah hingga dua tahun sebelum pembunuhan di Betlehem itu. Aspek itu mungkin dibayangkan oleh Josephus dalam penceritaannya tentang pembunuhan orang-orang penting Yehuda oleh Herodes dalam tempoh sebelum kematiannya.

 

Yang pasti, kisah ini datang beberapa bulan sebelum kematian Herodes – dan mungkin tempoh dua tahun - hinggakan Kristus mungkin dilahirkan dalam masa dua tahun dari tindakan yang dilaporkan ini di Betlehem, pada satu masa yang cukup lama sebelum kematian Herodes.

 

Dengan memasukkan pelarian ke Mesir, tempoh terbabit tidak mungkin kurang dari setahun. Ahli-ahli sejarah meletakkan kematian Herodes dalam tempoh 1 hingga 14 haribulan Nisan (28 Mac hingga 10 April) 4 SM berdasarkan sebab-sebab berikut:

 

1. Dua pengganti Herodes adalah Archelaus (Arkhelaus) dan Antipas.

 

Arkhelaus, menurut ‘Dio IV 27.6, telah dipecat oleh Agustus pada 6 TM pada tahun kesepuluh pemerintahannya (juga A. of J., XVII, 13, 2(342) of Vita 1(5)) membetulkan pernyataan B.J: II, 7, 3, yang menyatakan tahun kesembilan. (Ini adalah sewaktu tempoh jawatan konsul Aemilius Lepidus dan L. Arvuntius.) Dengan itu dia memulakan pemerintahannya pada 4 SM.

 

Antipas telah dipecat oleh Caligula pada musim panas 39 TM. Oleh kerana terdapat duit syiling yang bertarikh dari tahun ke 43 pemerintahannya, maka pemerintahannya bermula pada tahun 4 SM.

 

2. Dari penceritaan Josephus tentang tempoh-tempoh masa itu, seperti yang dicadangkan Mishnah, dari Nisan ke Nisan untuk tahun-tahun regnal dan tahun-tahun sebahagian, iaitu-iaitu bahagian-bahagian sebelum Nisan dikira sebagai tahun-tahun lengkap; maka Schurer menempatkan kematian Herodes antara 1 dan 14 Nisan 4 SM.

 

Tidak lama sebelum kematian Herodes terdapat gerhana bulan. Gerhana ini disebutkan oleh Josephus (dalam A. of J., XVII, 6, 4). Terdapat dua gerhana yang dihitung untuk tempoh ini, satu pada 5 SM dan satu lagi pada 4 SM. Gerhana pada 4 SM berlaku pada 13 Mac yang serasi dengan rekod Josephus. Josephus merekodkan bahawa Imam Besar Matthias telah digantikan oleh Joseph (Yusuf) anak Ellemus sebagai Imam Besar (disebabkan kenajisan ritual dari satu mimpi). Ini adalah sewaktu satu puasa orang Yahudi. Puasa Ester jatuh pada 13 Mac 4 SM dan ini berkebetulan dengan pencatatan gerhana tersebut. Tiada gerhana direkodkan pada 3 SM atau 2 SM dan hanya dalam 5 SM pada 15 September dan dalam 1 SM pada 9 Januari saja terdapatnya gerhana-gerhana bulan yang boleh dilihat di Yerusalem. Herodes meninggal tidak lama selepas gerhana ini dan sebelum Paskah 4 SM. Terjemahan Marcus dari Josephus mempunyai nota-nota yang lebih banyak tentang bahagian ini daripada terjemahan Whiston dan lebih membantu. Apa sekalipun, Schurer membincangkan hal ini secara terperinci dalam karyanya History (Vol., 1, ms 326-328).

 

Jika tempoh dua tahun orang-orang Majus pada Matius 2 diambil kira maka Kristus tidak mungkin lahir lebih lewat dari Paskah 6 SM. Apabila Yusuf kembali dari Mesir dia mendapati Arkhelaus sedang memerintah di Yudea jadi kepulangan dari Mesir ini berlaku dalam tahun pertama pemerintahan Arkhelaus iaitu dalam 4 SM.

 

Dari Lukas kita tahu bahawa Mariam, yang salah dinamakan sebagai Maria, pergi ke Yerusalem selepas pentahirannya menurut hukum dengan Yusuf untuk menyerahkan anak itu kepada Tuhan, serta untuk mempersembahkan korban mengikut kebiasaan (Lukas 2:22-24). Ini berlaku sebelum pelarian ke Mesir. Lukas tidak menyebut pelarian ke Mesir itu, dia hanya menyatakan bahawa mereka kembali ke Nazaret. Tempoh pentahiran untuk seorang anak lelaki adalah 40 (+1) hari (8 hingga penyunatan dan kemudian tiga puluh tiga hari) (Imamat 12:1-4) (rujuk karya Pentahiran dan Penyunatan (No. 251)).

 

Oleh sebab itu, Kristus tidak mungkin lahir lebih lewat dari February 4 SM walaupun jika Yusuf telah berangkat ke Mesir pada hari kematian Herodes. Ini jelasnya bukan apa yang dilakukannya kerana tiada kemungkinan kematiannya apabila mereka berangkat dan Yusuf tinggal di Mesir sehingga seorang Malaikat Tuhan muncul kepada Yusuf apabila Herodes meninggal. Jelasnya Kristus tidak mungkin telah lahir dalam tahun 4 SM dan dari tarikh pendaftaran tersebut serta tempoh dua tahun antara kedatangan orang-orang Majus dan pembunuhan di Betlehem dua tahun terbabit. Tempoh ini, bersama dengan pelarian ke Mesir sebelum kematian Herodes menunjukkan bahawa Kristus tidak mungkin telah lahir selepas Paskah 6 SM. Dengan itu, tahun-tahun bancian ialah satu-satunya petunjuk utama yang lain.

 

Disebabkan kematian Herodes tidak lewat dari Paskah 4 SM, Kristus tidak mungkin berumur kurang dari 31, dan memandangkan maklumat alkitabiah yang lain dia mungkin sekali berumur sekurang-kurangnya 35 atau 39 tahun. Untuknya berumur kurang dari 31 tahun dia semestinya telah lahir pada 6 TM, dan terjemahannya bererti dekad ketiga, iaitu pertengahan 20an, iaitu 22, namun ini mustahil kerana ia bercanggah dengan Injil dan syarat untuk berumur 25 tahun untuk memasuki pelayanan bait dan berumur tiga puluh tahun untuk mengajar.

 

Tarikh paling mungkin adalah 8 SM dengan banci lengkap terakhir sebelum kematian Herodes, dan menjadikan Kristus 35 tahun pada permulaan tahun 27/8 TM.

 

Bagaimanapun, ianya mungkin bahawa Quirinius telah mengarahkan banci lengkap pada 12 SM untuk mengukuhkan kuasa atas Galatia, Kapadokia dan Syria dalam perang melawan kumpulan penyamun, sebab perompak juga telah beroperasi lebih awal dari Trachonitis apabila Agustus menganugerahnya kepada Herodes pada 24/23 SM. Dia mungkin sekali telah melaksanakan pemerintahan tentera sepenuhnya dalam kawasan itu sehinggalah M. Titius menjadi Wakil Syria.

 

Dia juga mungkin telah berbuat begitu sebagai panglima tentera antara Wakil-wakil Saturninus dan Varius pada 8/7 SM sebagai sebahagian dari banci umum yang diperintahkan oleh Agustus.

 

Ahli-ahli sejarah Gerlach, Quandt dan Hahn menjelaskan tuntutan-tuntutan Zumpts dengan pandangan bahawa Quirinius telah diutus ke Syria dengan Quinctilius Varus (6-4 SM) sebagai wakil luar biasa dan mengadakan banci tersebut sebagai ini (lihat juga Schürer vol. 1, ms 424). Maka, berdasarkan pandangan ini dia tiba pada 6 SM pada waktu pertukaran Varus dengan Saturninus.

 

Sanclemente menampilkan pandangan sebegitu dengan menyatakan bahawa Quirinius telah diutus ke Syria sebagai wakil khas yang dilengkapi dengan kuasa yang lebih tinggi dari wakil Syria masa itu, iaitu Saturninus.

 

Schürer menganggap (ibid.) bahawa kata-kata Lukas, bahawa dia memiliki kuasa tertinggi dengan tepatnya bermakna ketika dia menjadi gabenor Syria. Bagaimanapun, dia mungkin memang telah mempunyai kuasa tertinggi tentera di Asia Minor untuk perang melawan Homonadenses dan memiliki kuasa ketenteraan atas Galatia dan Syria. Penjelasan tersebut membolehkan semua laporan menjadi serasi. Pandangan-pandangan semua ahli sejarah adalah bahawa dia telah memiliki kuasa ini pada 6 SM pada akhir pemerintahan Saturninus dan sebelum atau pada permulaan pemerintahan Varus. Maka ianya dianjurkan bahawa banci tersebut telah diperintahkan pada pertengahan akhir 6 SM dan mengambil masa hingga 5 SM untuk dilaksanakan.

 

Pada 23 SM Agustus telah mengutus M. Agrippa, teman rapat dan penasihatnya, ke Syria, dan yang pada 21 SM menjadi anak mertuanya. Gelarannya ialah Timbalan Kaisar melampaui Laut Ionian (Josephus, A. of J., XV, 10, 2) dan dia memiliki kuasa luas lebih daripada seorang Wakil biasa. Bagaimanapun dia tidak pergi ke pulau Lesbos di Mytilene dari 23-21 SM. Dia kembali ke Rom di mana dia sibuk di barat selama empat tahun. Pada 16 SM dia kembali ke Timur di mana dia terus tinggal sehingga 13 SM dan dia melaksanakan kuasa rasminya melalui Wakil-wakil. Orang yang sebenarnya melaksanakan kuasa di Timur dan khasnya Syria tidak diketahui namun memandangkan kuasa tentera Quirinius dan kenaikan kepada Konsul pada 12 SM, ianya mungkin sekali bahawa dialah yang telah melaksanakan pemerintahan tentera sehingga M Titius memegang kuasa atas Syria, seperti yang kita tahu dilakukannya menjelang 10 SM kerana Josephus menyebutnya sebagai Gabenor pada waktu perselisihan Herodes dengan anak-anak lelakinya. Ini dan pertikaian-pertikaian kenaikan takhta keluarga Herodes yang kemudian mungkin sekali telah dicetuskan oleh kelahiran Kristus dan malah kelahirannya yang dijangkakan menurut nubuatan kerana terdapat banyak bukti di kalangan masyarakat-masyarakat agama tentang jangkaan Mesias dari Harun.

 

Kelahiran Kristus seawal 12 SM masih lagi boleh diterima dengan semua rekod yang diketahui dan Injil-injil, dan kemungkinan yang lebih lanjut untuk adanya aktiviti-aktiviti 8 SM tidak boleh diketepikan.

 

Tiada banci yang diketahui telah terjadi ataupun dimaklumkan pada 6 SM atau 5 SM dan dengan itu adalah lebih diragui memandangkan maklumat Lukas yang tepat. Sebarang percubaan untuk menegaskan secara dogmatik umur Kristus pada 30 tahun pada pembaptisannya menghasilkan konflik yang tidak diperlukan dalam Injil-injil dan Alkitab secara umumnya.

 

Untuk menentukan bila Kristus dibaptiskan dan dari situ bila dia memulakan pelayanannya dan apakah signifikans pewaktuan pelayanannya itu, kita mesti bermula dengan pelayanan Yohanes Pembaptis.

 

Kita tahu dari Lukas 3:1 bahawa Yohanes “mula mengajar dalam tahun kelima belas dari pemerintahan Kaisar Tiberius’ yang tidak mungkin bermula lebih awal dari Oktober tahun 27 TM jika Kalendar Sivil yang digunakan di Timur dipakai. Tiberius mula memerintah pada 17 September 14 TM dan tahun 27 TM didapati hanya jika bulan September diambil kira sebagai tahun pertama dan tahun kedua bermula dalam Oktober 14 TM. Maka ini memulakan tahun ke 15 dalam Oktober 27 TM. Panggilan Yohanes untuk pertaubatan mungkin bermula dari hari Pendamaian tahun itu dan berterusan hingga Paskah 28 TM apabila dia ditangkap. Kita tahu bahawa Kristus telah dibaptiskan beberapa ketika selepas Oktober 27 TM dan sebelum Paskah 28 TM.

 

Pembaptisan Kristus mendahului permulaan rasmi pelayanannya dan beberapa aktiviti terjadi selepas pembaptisannya, sebelum permulaan pelayanannya dengan pemenjaraan Yohanes Pembaptis.

 

Daripada Lukas 3:21 kita tahu bahawa Kristus bukanlah antara yang pertama yang dibaptiskan Yohanes, tetapi sebaliknya dia dibaptiskan selepas kebanyakan orang, maka pembaptisannya adalah beberapa lama selepas Oktober 27 TM – mungkin lewat dalam 28 TM.

 

Turutan masa dari pembaptisannya termasuk hari baptisannya ini, kemudian puasa 40 hari dan 40 malam. Dia kembali kepada Yohanes Pembaptis dan merekrut murid-muridnya sepanjang 3 hari (Yohanes 1:35-45). Pada hari ketiga adalah perkahwinan di Kana di mana dia melakukan keajaiban air menjadi wain (anggur) (Yohanes 2:1). Dia kemudiannya pergi ke Kapernaum di mana dia tinggal “beberapa hari saja” (Yohanes 2:12). Kemudian Paskah menjelang tiba.

 

Maka tempoh waktu antara pembaptisan Kristus dan Paskah 28 TM meliputi 44 hari tambah ‘beberapa hari’ (katakan 6). Tempoh ini tidak mungkin telah melebihi lima puluh hari. Melihatkan tempoh tetap dari Paskah ke Pentakosta selama 50 hari pada akhir pelayanannya, tempoh sebelumnya mungkin adalah 50 hari juga. Ia pasti tidak lebih dari itu dan mungkin kurang. Maka pembaptisannya mungkin berlaku dalam 28 TM dalam bulan Februari. Dengan itu, umurnya pada pembaptisan ialah sekurang-kurangnya 31 tahun dan mungkin lebih tua.

 

Kita tahu dari Matius bab 4 bahawa Kristus tidak mula mengajar sehingga selepas Yohanes Pembaptis telah dipenjarakan, apabila dia berpindah ke Kapernaum (ayat-ayat 12-13). Ayat 17 khasnya menyatakan “Sejak waktu itulah Yesus memberitakan: "Bertobatlah, sebab Kerajaan Sorga sudah dekat!" Turutan dari ayat-ayat 18-22 menandakan bahawa Petrus, Andreas, Yakobus dan Yohanes telah dipanggil sesudah pemenjaraan Yohanes Pembaptis namun ini adalah penyusunan keserasian aliran cerita untuk membantu turutan dari ayat 23. Turutan ini hadir pada Markus 1:14-20 dan ayat 21 menyusuli hingga ke kemasukan ke Kapernaum.

 

Kita tahu dari Yohanes 2 bahawa Yesus melakukan keajaiban air menjadi anggur sebelum pelayanannya bermula (rujuk Yohanes 2:4). “Waktunya (jamnya) belum tiba;” dan dia mempunyai murid-muridnya yang hadir bersamanya dan ini adalah sebelum lawatannya ke Kapernaum.

 

Daripada Yohanes 1:35 kita tahu bahawa Andreas, saudara Petrus, merupakan seorang murid Yohanes dan berpaling, untuk mengikuti Kristus. Dia membawa Petrus kepada Kristus sambil memberitahunya dia telah menemui Mesias (Yohanes 1:41), yang menamakannya Petrus (Kefas). Dengan itu Matius 4:18-22 dan Markus 1:14-20 adalah ringkasan-ringkasan kisah terperinci mengenai panggilan murid-murid pertama. Kemungkinan sekali mereka telah dipanggil dari Yohanes dan mungkin membaptis sebelum waktu itu dan bahawa ini merupakan panggilan yang memulakan pekerjaan sebenar.

 

Yohanes 2:22 menunjukkan bahawa selepas perkahwinan di Kana di Galilea, Yesus dan murid-muridnya pergi ke daerah Yudea, di mana dia menghabiskan beberapa waktu bersama mereka yang membaptis, walaupun dia sendiri tidak membaptis (Yohanes 4:2). Yohanes Pembaptis juga sedang membaptis di Ainon dekat Salim dan ini adalah hampir Paskah 28 TM (Yohanes 2:13).

 

Moffatt meletakkan bahagian ini dalam satu turutan yang menukar Yohanes 3:22-30 ke antara Yohanes 2:12 dan 13 kerana Yohanes belum lagi dibuang ke dalam penjara dalam bahagian ini; namun sebab Yesus mula melakukan keajaiban pada waktu Paskah dia menganggap ini menandakan bahawa Yohanes dipenjarakan pada masa itu. Matius cukup tegas bahawa Kristus tidak mula mengajar sehinggalah selepas Yohanes dipenjarakan. Sememangnya Kristus tidak boleh mula mengajar lebih awal dari Paskah 28 TM atau jika ya, Injil-injil akan bercanggahan dan Firman Tuhan dikompromi.

 

Teks Injil Yohanes yang Dibenarkan, jika diikut turutan, menandakan bahawa dia memasuki Bait pada Paskah 28 TM sambil melakukan keajaiban, dan selepas itu berundur ke tanah Yudea di mana murid-muridnya membaptis sementara Yohanes membaptis di Aenon. Maka Teks yang Dibenarkan ini menunjukkan bahawa pengajaran sebenar Kristus adalah kurang dari dua tahun dan bermula selepas Paskah 28 TM.

 

Kristus mengajar sehingga Paskah 30 TM, bilamana dia ditangkap dan disalibkan. Dia meninggal pada lewat petang 14 Nisan/Abib, yang jatuh pada hari Rabu 5 April 30 TM. Tarikh 25 April 31 TM yang diandaikan adalah terlalu lewat dan Paskah sudah berabad-abad tidak jatuh begitu lewat (lihat karya Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan (No. 159)).

 

Ini konsisten dengan turutan Tanda Yunus kerana Yunus tidak mula mengajar sehinggalah dia memasuki Niniwe pada perjalanan hari pertama. Yunus mengajar kepada Niniwe selama kurang dari tiga hari penuh dan Niniwe diberikan empat puluh hari untuk bertaubat dan ia memang bertaubat. Yehuda diberikan kurang sedikit daripada (namun, katakan) tiga tahun pelayanan Yohanes Pembaptis (setara dengan sehari perjalanan ke dalam Niniwe) dan dua tahun pelayanan Kristus menurut prinsip sehari-untuk-setahun/satu masa (setara dengan 2 hari). Atas prinsip yang sama Yehuda diberikan 40 tahun untuk bertaubat. Mereka tidak berbuat begitu dan telah dibinasakan dari Pendamaian 70 TM hingga 1 Abib 71 TM, lalu melengkapi Tanda Yunus dalam fasa keduanya (lihat karya Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci (No. 13)).

 

Tuntutan bahawa pelayanan Kristus ialah tiga setengah tahun merupakan satu tuntutan lewat dan pastinya bukan berdasarkan Alkitab. Ia mengaburi tanda-tanda sebenar pelayanan Kristus dan menghadkan pemahaman yang betul. Tuntutan ini berpusat pada satu lagi terjemahan palsu Alkitab berkaitan pembinaan bait suci serta tujuh puluh kali tujuh masa. Sesungguhnya doktrin berbahaya ini telah menyaksikan teks Daniel 9:25 dirosakkan dalam Versi Dibenarkan (Authorized Version) untuk menafsir makna sekitar tempoh ini, bermula dari satu tarikh rekaan dalam tempoh pemerintahan Cyrus Macrocheir, yang dipanggil Artahsasta I oleh orang Yunani.

 

Tanda Yunus adalah satu-satunya tanda yang diberikan kepada pelayanan Kristus. Ia bukan hanya terbatas kepada tiga hari dan tiga malam dalam kubur dan kebangkitan, tetapi sebaliknya meliputi seluruh rencana pembinaan bait suci dan tujuh puluh kali tujuh masa. Ia mempunyai signifikans lanjut yang timbul dari penglihatan Yehezkiel pada bab 1 serta turutan empat Kerub. Tempoh Yobel-yobel mengizinkan tempoh Kedatangan Mesias dari Harun serta Mesias Israel sebagai satu lanjutan Tanda Yunus.

 

q