Jemaat-jemaat
Allah Al Masehi
[030]
Unjuran Masa Jemaat-jemaat Allah [030]
(Edition 2.0 20010620-20021118)
Pandangan dari sudut sejarah dan mutakhir mengenai penganiayaan para pemelihara Sabat telah bermula pada 27CE.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta
ă 2001, 2002 Wade Cox)
(Tr.
2003)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini
boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Unjuran Masa Jemaat-jemaat Allah
[030]
|
27 CE |
Penganiayaan
Awal Terhadap Jemaat Yohanes Pembaptis, orang yang diutus oleh Allah (Yohanes 1:6), pengabar yang menyediakan jalan (Mal 3:1) |
|
28 CE |
Yohanes Pembaptis telah dipancung, - Kristus memulakan pelayanan. |
|
30 CE |
Kristus Domba Allah yang memelihara Sabat telah disalibkan sewaktu perayaan Paskah (Rabu April 5). |
|
|
Kebangkitan Yesus dari Nazaret pada
penghujung Sabat (Sabtu April 8/Ahad April 9). Kemudian, hari pertama dalam
minggu itu (Ahad 9, 9 pagi) dia telah naik ke sorga bersamaan masa
persembahan berkas unjukan, yang pertama dari buah pertama. Lihat tulisan Persembahan Unjukan Berkas [106b]. |
|
30-31
CE |
Para murid telah diutus ke pelbagai tempat untuk membentuk jemaat-jemaat. |
|
|
Yusuf dari Arimatia dipercayai membawa iman ini ke Britain. Yudas Timotius telah membawa iman tersebut ke India, Markus membawanya ke Alexandria, Yohanes ke Efesus, Petrus ke Antiok, yang lain ke Parthia dan bangsa-bangsa yang disenaraikan di buku Kisah Para Rasul. |
|
30-70
CE |
Jemaat Yerusalem dianiaya oleh orang-orang
Yahudi dengan kejam. Lihat tulisan Tanda
Yunus dan Sejarah Pembinaan Semula Kaabah [013]. |
|
34 CE |
Stefanus telah dilontar dengan batu sehingga mati. Para orang percaya telah tersebar di seluruh Yudea dan Samaria. |
|
|
Sudan. Orang-orang Kristian yang pertama; injil telah di bawa ke Nubia (Meroc) oleh orang Ethiopia eunuch yang dibaptiskan oleh Filipus. |
|
|
Misi diperluaskan kepada orang-orang Samaria oleh Filipus; penganiayaan baru. |
|
42 CE |
Markus seorang pengabar injil tiba di Alexandria, yang telah menjadi Jemaat Coptic. |
|
|
Phoenicia Cyprus, Antiok: ‘Ramai yang percaya berpaling kepada Tuhan’ (Kisah 11:21). |
|
44 CE |
Penganiayaan di Yerusalem dibawah raja Herodes Agrippa I; saudara Yakobus, Yohanes telah dianiaya, pemenjaraan serta pelepasan diri Petrus. |
|
50 CE |
Orang-orang Yahudi dan Kristian telah dibuang dari Roma. |
|
|
Orang-orang Kristian Asaria telah menubuhkan Jemaat di bahagian Timur (kemudian dikenali Nestorian). |
|
54 CE |
Kekaisaran Roma pertama yang menganiaya orang-orang Kristian, di bawah Kaisar Nero. |
|
58 CE |
Paulus ditangkap di Yerusalem. |
|
60 CE |
Paulus dihantar ke Roma untuk diadili. |
|
61 CE |
Paulus di Roma dibawah kawalan pengawal; injil telah dinyatakan di pusat empayar, |
|
|
Paulus menulis: ‘Berita Baik yang telah sampai kepada kamu sedang berkembang ke seluruh dunia’ (kolose 1:6, Yerusalem); “Berita Baik yang kamu telah dengar, telah diberitakan kepada semua umat manusia” (Kolose 1:23; Greek ‘kepada semua ciptaan di bawah langit.’). Britain (yang kemudian menjadi UK). Pendudukan Kristian yang pertama (Tentera Roma; para saudagar); asal Jemaat Celtic. |
|
63 CE |
Pengakhiran 62 minggu dalam tahun di Daniel 9:25 |
|
|
Kesyahidan Yakobus saudara Yesus, uskup pertama di Yerusalem. |
|
|
Kesyahidan Rasul Markus di Baukalus tekat dengan Alexandria. |
|
|
Penganiayaan Nero telah bermula, Paulus dan Petrus mati syahid. |
|
64 CE |
Api Besar dari Roma; Rasul Petrus dan Paulus telah mati syahid; beribu Kristian telah dibakar atau dibunuh oleh Kaisar Nero. |
|
66 CE |
Rusuhan Anti-Yahudi dan pembunuhan beramai-ramai di Mesir: 50,000 orang telah dibunuh di Alexandria, 60,000 lagi di tempat-tempat lain. Bangsa Vespasia dengan 60,000 pasukan tentera telah menumpaskan pemberontakan Yahudi, menakluki kembali Galilia. |
|
70 CE |
Pengakhiran tujuh puluh minggu dalam tahun dan pemusnahan Kaabah. Pemusnahan Yerusalem oleh titus dengan 4 pasukan; 600,000 terbunuh d Yudea, 10,000 orang Yahudi telah disaliban, 90,000 orang Yahudi pergi ke Roma sebagai Hamba abdi. Orang Yahudi telah tersebar keluar. Orang Kristian awal telah mengendahkan amaran tentang Mesiah dan pergi ke Pella dibawah Simon untuk membebaskan tentera Roma. (lihat – World Christian Encyclopedia (lihat muka surat 23-32) Peninjauan Mengenai Perbandingan Jemaat-jemaat dan Agama dalam Dunia Baru, Oxford University Press – 1982) |
|
71 CE |
Kolesium Roma telah dibina – mempersendakan orang Kristian yang bersyahid. |
|
72 CE |
Orang-orang Kristian yang melarikan diri dari Yerusalem pada 70 CE kembali ke Yerusalem. Mereka mendirikan jemaat-jemaat Kristian di seluruh Filistin, Siria dan Mesopotamia tetapi mereka telah bersengketa dengan jemaat Kristian Greek kerana pemeliharaan hukum Taurat. Ini diajar oleh fahaman katolik moden yang mendakwa bahawa kerana Petrus dan Paulus telah mengadakan sistem yang berlainan terhadap orang Greek, tetapi itu bukan perkara yang sebenarnya. Ianya juga bermanfaat untuk disebut bahawa jawatan “paus” yang disandang oleh bishop dalam keuskupan utama seperti di Alexandria, Yerusalem dan Antiok pada abad ketiga tetapi tidak pernah disandang oleh para rasul. |
|
81 CE |
Penganiayaan Kekaisaran Roma yang kedua, dibawah Domitian |
|
98 CE |
Penganiayaan Kekaisaran Roma yang ketiga, di bawah Trajan |
|
115
CE |
Kesyahidan Ignatius, uskup dari Antiok. |
|
120
CE |
Jemaat Waldensia telah dibentuk di lembah
Piedmont selepas pengutusan polycarp, murid rasul Yohanes dari Smirna. Sejak
dari tarikh ini mereka menurunkan dari bapa ke anak ajaran yang mereka terima
dari para rasul termasuk pemeliharaan Sabat, Bulan Baru dan
Perayaan-perayaan. Lihat tulisan Bulan
Baru Israel [132]. |
|
|
Catatan: Orang-orang Waldensia adalah Unitarian Subordinatis yang memelihara Sabat sebelum kancah Waldo. Menurut Dugger dan Dodd, A History of the True Religion, (3rd ed. Jerusalem, 1972, ms. 224 dan seterusnya) |
|
132
CE |
Pemberontakan Yahudi yang kedua di bawah Bar Kokhba; pemusnahan kedua ke atas Yerusalem oleh orang Roma pada 134, hampir semua penduduk Yahudi dari Filistin mati atau melarikan diri. |
|
154
CE |
Anicetus memperkenalkan perayaan Paskah Kafir ke dalam Jemaat Roma. Dia telah ditentang oleh Policarp murid Yohanes. Policarp menjadi ketua dalam jemaat di bahagian timur Smirna dan berbicara kepada semua Kwartodeciman. |
|
|
Syuhada Justin menulis surat meminta maaf yang pertama kepada Kaisar Roma bagi pihak Jemaat di Roma. Dia menjelaskan bahawa Kristus adalah malaikat besar dalam Perjanjian Lama yang memberikan Hukum kepada Musa. Bagi pihak Jemaat di Roma, Justin memberitahu kaisar bahawa, sekiranya mereka bertemu dengan orang yang berkata bahawa mereka adalah orang Kristian dan mendakwa bahawa apabila mereka mati, mereka akan pergi ke sorga, jangan percaya mereka kerana mereka bukan seorang Kristian. Ianya adalah Syiboleth di dalam jemaat. Orang yang berkata bahawa mereka akan pergi ke sorga apabila mati adalah penipuan Gnostik |
|
156
CE |
Policarp uskup dari Smirna telah mati pada kayu sula. |
|
161
CE |
Penganiayaan Kekaisaran Roma yang keempat, di bawah Markus Aurelius. |
|
180
CE |
Theophilus dari Antiok membuat sebutan pertama tentang trias yang kemudiannya di terjemah ke dalam bahasa inggeris secara salah sebagai Trinity, dan keboyakan pada permulaan doktrin Binitarian ini telah muncul buat pertama kali dalam sejarah jemaat (lihat Teologi Awal Ketuhanan [127]). |
|
192
CE |
Uskup Victor dari Roma secara paksa membawa
masuk Paskah hari minggu ke atas Paskah dan para Kwartodeciman telah
berselisih dan membelah bagikan
jemaat. Para murid Polycarp berdiri teguh menentang golongan bidaah
Roma. Irenaeus, uskup dari Lyon cuba untuk mengetengahkan namun tiada
keberkesanan. Lihat tulisan Persengketaan
Kwartodeciman [277]. |
|
193
CE |
Penganiayaan Kekaisaran Roma yang kelima, di bawah Septimius Severus. |
|
195 |
Irenaeus menguraikan doctrin Unitarian yang betul mengenai sifat Allah dalam penentangan bidaah. Dia menyatakan arah tujuan umat pilihan adalah untuk menjadi elohim atau theoi (dalam perkataan lain allh dipetik dari Zak 12:8) menurut ayat dalam Alkitab (lihat tulisan Umat Pilihan sebagai Elohim [001]. |
|
200
CE |
Pemeliharaan Sabat meluas & tampak ditentang dari Roma. Ianya dipelihara di Mesir sebagai Oxyrhynchus Papyrus (c. 200-250 CE) menunjukkan: |
|
|
Origen juga menyuruh memelihara Sabat. |
|
|
Demikian juga dengan Konstitusi Rasu-Rasul Kudus (Ante-Nicene Fathers, Vol. 7, ms. 413, c. Abad ketiga) menyatakan: kamu harus memelihara Sabat, bagi mengingati Dia yang berhenti daripada kerja penciptaan, tetapi jangan berhenti dari kerjaNya dalam penghematan: ianya adalah berhenti untuk meditasi terhadap hukum, bukan kemalasan anggota tangan. |
|
|
Penganiayaan kejam Kristian Coptik di Mesir dengan beribu orang yang mati syahid. |
|
|
Tertullian mengatakan bahawa Jemaat British sudah lama dibentuk pada masa itu. |
|
220
CE |
Masalah Modalisma telah muncul dalam
perbincangan di antara paus di Roma dan Alexandria. Perbezaan cuba diambil
dari Trias Bapa, Kristus dan Roh Suci. Di sini pengaruh modalisma dari Attis
telah di lihat di dalam jemaat Kristian di Roma. Kristus ditinggikan dari
Allah sebagai struktur modal buat pertama kali. Lihat tulisan Teologi Awal Ketuhanan [127]. |
|
220
CE |
Sabat di India |
|
|
Pengenalan kepada pemeliharaan sabat di India menyebabkan persengketaan dalam fahaman Buddha pada 220 CE. Menurut Lloyd (The Creed of Half Japan, ms. 23) Dinasti Kushan di India Utara, memanggil kaunsil imam Buddha di Vaisalia, untuk membawa keseragaman di antara sami Buddha dalam pemeliharaan sabat minggu mereka. Beberapa pihak telah begitu terkesan dengan tulisan Perjanjian Lama danmereka mula memelihara Sabat. |
|
235
CE |
Penganiayaan Kekaisaran Roma yang keenam, di bawah Maximinus. |
|
149
CE |
Penganiayaan Kekaisaran Roma yang ketujuh, di bawah undang-undang tentera Decius; negara bahagian sistematik cuba untuk memusnahkan Kekristianan. |
|
253
CE |
Penganiayaan Kekaisaran Roma yang kelapan, di bawah Valerian. |
|
270
CE |
Penganiayaan Kekaisaran Roma yang kesembilan, di bawah Aurelian. |
|
300 CE |
Pada abad keempat, para imam allah Attis kafir mengadu bahawa pelayanan Kristian di Roma telah mencuri semua doktrin mereka. |
|
303
CE |
Penganiayaan Kekaisaran Roma yang kesepuluh dan terakhir, di bawah Diocletion; pemusnahan kepada semua bangunan jemaat dan tulisan Alkitab di arahkan. Sekitar 500,000 orang Kristian telah di aniaya dalam 10 tahun penyembelihan sistematik. |
|
305
CE |
Sabat di Sepanyol |
|
|
Dari dalil 26 dalam kaunsil Elvira (c. 305), ianya tampak bahawa jemaat di Sepanyol telahmemelihara sabat. Roma telah memperkenalkan praktik berpuasa pada waktu sabat untuk membidas pemeliharaan Sabat. Paus Sylvester (314-335) adalah orang yang pertama memerintah supaya berpuasa pada waktu Sabat, dan Paus Innocent (402-417) memperlakukannya sebagai hukum berikat dalam jemaat yang menuruti dia. |
|
|
Innocentius telah mentahbiskan Sabtu atau Sabat sebagai hari untuk berpuasa 9 (Peter Heylyn History of the Sabbath, Bhgn 2, Ch. 2, London, 1636, ms. 44). |
|
314
CE |
Dekri Toleransi Milan, Kekaisaran Konstantine cuba untuk menggunakan Kekristianan untuk tujuan politik dan pada awalnya menyokong golongan Roma, yang telah mengadaptasikan doktrin Athanasius dan kemudiannya doktrin Cappadocian. Kedudukan doktrin dalam jemaat menjadi keliru oleh golongan Gnostik, yang telah dipengaruhi oleh kultus mistri. Konstantine menyokong golongan Athanasian berdasarkan pendapat yang salah bahawa, oleh kerana ia adalah dominan di Roma, ia adalah puak mazhab yang utama, tetapi penurunan takhta Arius dalam kumpulan Synod Alexandria membawa kepada peperangan mutlak dengan Kekaisaran bersamanya iaitu Licinius, dan kekacauan pada 322-323 CE. |
|
|
Paus Sylvester (314-335) adalah orang yang pertama mengarah jemaat untuk berpuasa pada waktu Sabat. |
|
|
Roma mencuba untuk membidas pemeliharaan Sabat. |
|
318
CE |
Persidangan Desposyni: pada 318 Konstantine telah mengarah persidangan di antara uskup Roma dan desposyni, yakni uskup yang berasal dari keluarga Yesus Kristus. |
|
|
Desposyni (bermaksud literal dalam Greek Kepunyaan Tuhan sebab mereka adalah pertalian darah dengan Yesus Kristus) meminta Sylvester, yang pada masa ini mendapat perlindungan Roma, untuk menarik kembali pengesahannya dalam kekuasaan uskup Kristian Greek di Yerusalem, di Antiok, di Efesus, dan di Alexandria, dan menamakan uskup-uskup deposyni bagi manfaat mereka. Tambahan lagi, mereka meminta bahawa praktik menghantar wang tunai ke Yerusalem sebagai jemaat induk akan di kembalikan. Praktik ini boleh dikenalpasti dengan mudah sebab persepuluhan dalam sistem persepuluhan, yang telah ditekan dalam jemaat sehingga sekatan Kekaisaran Hadrian pada 135 CE. Mereka yang mempunyai pertalian darah dengan Kristus meminda pengenalan semula hukum, yang membabitkan Sabat dan sistem Perayaan Hari Suci dan Bulan Baru dalam Alkitab. Sylvester membubarkan permintaan mereka dan berkata bahawa mulai hari ini, jemaat induk adalah di Roma dan dia mendesak mereka untuk menerima para uskup Greek untuk memimpin mereka. |
|
|
Ini adalah dialog yang terakhir dikenali bersama dengan jemaat-jemaat yang memelihara Sabat di bahagian timur yang dipimpin oleh para murid yang memiliki pertalian darah dengan Mesiah. |
|
|
Uskup, atau paus, (semua uskup dari
keuskupan utama dipanggil paus pada
mulanya apabila istilah ini diperkenalkan dari pemujaan kultus) kemudian
dengan penemuan orang-orang Roma, diarah bahawa mereka dimusnahkan dan kempen
pembasmian ini telah dilakukan terhadap keluarga langsung Kristus dari 318
dan seterusnya. Lihat tulisan Perawan
Maria dan Keluarga Yesus Kristus [232]. |
|
322
CE |
Penurunan takhta Arius dalam kumpulan Synod Alexandria membawa kepada peperangan mutlak dengan kekaisaran bersama Konstantine, iaitu Licinius, dan kekacauan pada 322-323 CE. |
|
325
CE |
Kaunsil Nicea di panggil rapat. Peraturan-peraturan Kaunsil Nicea telah hilang. Ia kemudiannya telah dibuktikan bahawa hanya terdapat 20, yang memulai pengenalan penyelewangan seperti: peraturan tempat kediaman untuk golongan paderi yang tinggal bersama kaum wanita, yakni pembujangan; penganiayaan oleh pembebanan penebusan Unitarian (secara salah disebut Arian) dan mereka yang menyokong Licinius; pembentukan sistem diocesan dan pengendaliannya terhadap para imam dan larangan terhadap golongan paderi memberikan kepentingan minat; dan pengenalan kepada berdoa berdiri sewaktu kebaktian hari minggu dan semasa “Musim Paskal.” Sebenarnya yang disebut Musim Paskal adalah penekanan pengenalan dan penyesuaian kepada Paskah seperti yang dipraktikkan di Timur dari Roma oleh sistem Attis dan di Mesir di bawah sistem Osiris/Isis. Perayaan ini adalah perbalikkan dari Paskah dalam Alkitab. Syahadat dibentuk semula dari Konstantinople sendiri, memperkenalkan konsep dasar binitarian kepada rumusan Tritunggal dan memperkenalkan penyelewengan bahawa Kristus adalah “satu-satunya anak Bapa” dan oleh itu menyingkir janji umat pilihan sebagai anak-anak Allah. Athanasius mengatakan (dalam Ad Afros) bahawa ada 318 uskup yang hadir. Arius seringkali dipanggil ke kaunsil, yang mana mungkin telah bermula pada 20 Mei 325 CE di bawah Hosius bangsa Athanasia dari Cordova. Konstantine mengikuti kaunsil pada 14 Jun. Untuk mendapatkan persetujuan, Konstantine berarak de dalam kelompok pasukan tentera Roma dan menangkap beberapa uskup dan membuang Arius, Theonas dari Marmarica dan Secundus dari Ptolemais ke Illyrica. Tulisan Arius kemudian dibakar dan ketiga-tiganya dikutuk sumpah. Para sisa menokong simbol syahadat itu pada 19 Jun. Kaunsil ini berakhir pada 25 Ogos dengan ‘pesta’ yang di adakan oleh Konstantine dengan kehadiran para uskup. |
|
|
Tiga bulan selepas kaunsil tersebut, Eusebius dari Nicomedia dan Theognius dari Nicea, yang dipaksa untuk menandatangani syahadat di bawah ugutan, telah disingkirkan kerana menarik diri dan Theodotus dari Laodicea yang mana juga telah menandatangani di bawah ugutan telah menarik diri daripada mengikuti mereka. |
|
|
Penganiayaan diadakan oleh pembebanan penebusan Unitarian (secara salah disebut Arian) dan mereka yang menyokong Licinius. |
|
328
CE |
Konstantine sedar bahawa bangsa Athanasia bukan mazhab yang majoriti dan merupakan sumber divisi dan penganiayaan dalam empayar memanggil semula lima pemimpin Unitarian, (ianya dicadangkan dalam dorongan Konstantia, balu Licinius. Bagaimanapun, mungkin dia adalah semata-mata pengikut Unitarian yang dikenali dari golongan Eusebian atau Arian). Masalah dengan sistem Kristian Unitarian adalah ia menuruti prinsip Alkitab dan tidak prihatin kepada pengendalian bangsa-bangsa. Setiap bangsa telah berpecah dan tertakluk kepada pemimpinnya sendiri dan sistem keagamaan bangsa itu adalah di antara mereka dan Allah. Selagi bangsa itu menuruti Allah, ianya akan diberkati. Empayar itu prihatin kepada dominasi dunia dan pertukaran agama ke dalam jemaat di Roma juga iilhamkan dari mentaliti ini. Justeru, mereka menerima organisasi yang inginkan dominasi dunia dan tidak bertolak ansur dengan tentangan terhadap model ini. Sebagai hasil, sistem Jemaat Roma mengadaptasikan sistem kafir dan pemujaan matahari dan di antara bangsa Aryan kepada Kekristianan, seperti tidak ada orang yang percaya dengan Alkitab yang boleh mengikuti kedua-dua sistem ini. |
|
335
CE |
Sabat di Persia |
|
|
Jemaat-jemaat yang memelihara Sabat di Persia telah melalui empat puluh tahun penganiayaan di bawah Shapur II, dari 335-375 secara khususnya kerana mereka memelihara Sabat. |
|
|
“Mereka menghina ilah-matahari kami. Tidak Zoroaster, perintis kudus kepada kepercayaan suci kami, yang menjadikan Ahad satu ribu tahun dulu dalam penghormatan kepada matahari dan menggantikan Sabat dalam Perjanjian Lama. Namun golongan Kristian ini mempunyai upacara suci pada hari Sabtu” (O'Leary The Syriac Church and Fathers, ms. 83-84, memetik semula Truth Triumphant ms. 170). |
|
|
Penganiayaan ini digambarkan di bahagian barat oleh kaunsil Laodicia (c. 366). Hefele mencatat: |
|
|
Dalil 16 – injil bersama dengan tulisan Kitab lain akan dibaca pada waktu sabat (dipetik juga dalil 49 dan 51, Bacchiocchi, fn. 15, ms. 217). |
|
|
Dalil
29 – Orang kristian harus tidak menjadikannya adat Yahudi dengan berhenti
pada waktu Sabat, tetapi harus bekerja pada hari itu menetapinya daripada
berhenti pada hari Tuhan, seboleh-bolehnya sebagai orang Kristian.
Bagaimanapun, sekiranya ada sesiapa yang didapati menjadikannya adat Yahudi,
biarlah mereka dikutuk sumpah untuk Kristus (Mansi, II, ms. 569-570, lihat
juga Hefele Councils, Vol. 2, b.
6). |
|
337
CE |
Kaisar Konstantine telah dibaptis sebagai Unitarian oleh Eusebius di atas katilnya di mana dia mati. |
|
339
CE |
Penganiayaan Kristian yang teruk di Persia sehingga 379; penganiayaan yang sebentar-bentar kejam oleh pemerintahan Sassanian sehingga 640 ditakluk oleh Islam. |
|
345
CE |
Penganiayaan di Timur Siria dan Persia menuntun 400 bangsa Nestoria bersama dengan uskup untuk menduduki Malabar di India. |
|
351
CE |
Bangsa Goth Unitarian menerbitkan Alkitab dalam bahasa Gothik. |
|
358
CE |
Orang Yahudi Menukar
Kalendar |
|
|
Kalendar Yahudi telah diubah sejak zaman
Kaabah yang diteladani oleh sistem pengiraan dan yang dilukisan di bawah Rabi
Hillel II ca. 368 CE (sumbangan dari rabbi orang Babilon dari ca. 344 CE).
Bangsa Waldensia dan kemudian Sabatarian
bangsa Transylvania tidak mengikuti kalendar Yahudi tetapi mengadakan
penelitian mengenai penggabungan astronomi pada Bulan Baru. Lihat tulisan Kalendar Allah [156] & Kata
Pengantar oleh Cox kepada R. Samuel kohn, The
Sabbatarians in Transylvania [A_B2], [1894,
CCG Publishing, 1998] |
|
380
CE |
Para Montanis pada abad kedua memulakan pemujaan terhadap Roh Suci dengan harapan Roh Suci akan datang dan mengambil tempat anak dan menyatakan injil yang lebih sempurna. Pandangan ini ditindas tetapi membawa kepada Kaunsil Keempat Roma pada 380 di mana Paus Damasus mengutuk sesiapa sahaja menyangkal bahawa Roh Suci dipuja sama seperti Bapa dan Anak (ibid., ms. 711). Justeru, pada tahun berikutnya (381) di Kaunsil Konstantinople, Roh Suci telah ditambahkan ke dalam Ketuhanan sebagai Tritunggal tetapi mungkin ianya tidak berjaya seperti yang di bawah oleh bangsa Cappadocia. Ini telah membentuk perbezaan yang besar di antara Jemaat-jemaat Allah dan Trinitarianisma. |
|
381
CE |
Kaunsil Konstantinople melihat firmulasi doktrin tritunggal dan mendefinisikan Roh Suci sebagai bahagian ketiga dalam Ketuhanan, melanjutkan lagi bidaah binitarian yang berasal dari kaunsil Nicea. Bagaimanapun, kedudukan penuh doktrin tidak disetujui sehingga Kaunsil Chalcedon pada 451 CE. Kaunsil ini memperlihatkan pengeluaran tiga-puluh-enam separuh bangsa Ariann, Macedonia atau Pneumatomachi. Kaunsil tersebut, selepas keluar, mengandungi hanya 150 uskup. Justeru, ianya tidak diwakili oleh kebanyakan Kekristianan pada masa itu. |
|
|
Ambrose dari Milan, bersama dengan Theodosius mendapat penguasaan dalam Jemaat roma. |
|
|
Persengketaan bangsa Athanasia/Arian membawa kepada penganiayaan yang lebih pahit. |
|
|
Doktrin yang dihubungkan dengan yang disebut Ariannisma, yakni penciptaan Roh Suci oleh Kristus, tidak menyokong mana-mana tulisan Arius atau pun dalam golongan itu. |
|
|
Lihat tulisan Sosinianisma, Arianisma dan Unitarianisma [185]). |
|
|
Tidak ada Kaisar Trinitarian yang bertakhta sehingga 381, apabila tritunggal diformulasikan di Konstantinople di bawah pengawalan Theodosius. Mereka semua adalah Unitarian sehingga 381 dengan pengecualian Julian yang murtad. |
|
|
Syahadat Unitarian ini berlandaskan teologi yang disebut dalam Mazmur 45:6-7 dan Ibrani 1:8-9. pembela awal seperti Irenaeus di Lyon memegang doktrin ini pada abad yang kedua. Teologi ini dipeluk oleh bangsa Goth, Vandal, Alan, Suevi, Heruli, Briton, Lombard, Jerman, dan semua suku kaum di bahagian utara. Lihat tulisan Perwujudan-Awal Yesus Kristus [243] untuk syahadat bangsa Goth). Ianya berasal dari ajaran para ahli teologi dan murid rasul yang sudah berabad lamanya sebelum Kaunsil Nicea pada 325 CE, di mana kebanyakan uskup ini hadir. Bidaah Binitarianisma telah dimulakan sejar dari Kaunsil ini. |
|
|
Pada 381 Tritunggal telah dinyatakan di Konstantinople dari teologi dari bangsa Cappadocia Basil, Gregory dari Nyssa dan Gregory dari Nazianzus. Pemusnahan iman ini oleh bangsa Greek dan Roma telah bermula. Penganut Trinitarian secara salah dan tidak jujur telah melabelkan syahadat ini sebagai Arianisme, untuk memberi impresi bahawa doktrin mereka adalah yang lebih tua daripada doktrin yang berasal dari Arius pada abad yang keempat. Kemudian penganut Trinitarian secara alternatif telah melabelkan doktrin Subordinatis Unitarian (Eusebianisme) dan juga uskup yang lain yang lebih senior dari Arius (yang tidak hadir di Nicea, yang dipanggil di sana hanya untuk tujuan nasihat dan lijik). Trinitarian menuduh Arian percaya bahawa Roh adalah ciptaan anak, apabila kebenarannya ialah ianya adalah doktrin Filique yang berkembang dari kaunsil Toleda, oleh penganut Katolik sendiri pada abad yang keenam. Malahan bangsa Greek juga menolak pandangan ini. orang yang melabelkan pandangan ini sebagai Arian, adalah orang yang bersifat tidak jujur, atau tidak memahami sepenuhnya dengan apa yang mereka perkatakan. |
|
382
CE |
Pada 382 Theodosius I telah menempatkan semula bangsa Visigoth dalam empayar tetapi mereka masih Unitarian. Menyatakan bahawa ianya adalah kerana kaisar, terutama Valen, yang menjadikan puak utara menjadi Unitarianisma dan bukannya Trinitarianisma. Bangsa Goth, Vandal, Alan, Suevi, Heruli, semuanya adalah Unitarian seperti puak-puak Teuton dan terdapat beberapa uskup dari puak Unitarian di Nicea. Bangsa Jerman Hermunduri kekal menjadi Unitarian sehingga kurun ke-lapan. |
|
385
CE |
Pembuangan beberapa penganut Sabatarian dari Britain ke Ireland selepas penghukuman mati Priscillian. |
|
|
Bangsa Celtic yang
memelihara Sabat |
|
|
Henry Charles Lea, kuasa yang terkenal dalam penyelidikan Paus, mencatat jangka masa permulaan penganiayaan yang melibatkan pengadilan pusat bagi bidaah, bahawa ketika penganiayaan Priscillian bersama dengan enam lagi pengikutnya pada 385 AD, bahawa “yang lain dibuang di pulau yang kejam lagi diluar Britain. (A History of the Inquisition of the Middle Ages, vol.1. New York: Harper & Brothers 1887, ms.213.) Apakah pulau yang kejam lagi ganas ini? ianya seolah-olah pulau Ireland. Briatain dan Ireland adalah dua tempat yang terkenal untuk pembuangan dan tempat pemasaran bagi hamba abdi pada ketika itu. Jika sesungguhnya, ramai orang yang bidaah telah dibuang ke Ireland berabad lamanya, maka ia sememangnya mempunyai efek yang besar atau pulau itu, yang mana menjadi pusat terang dibawah Patrick (Abad ke-5), Columba (521-597), dan Columbanus (c. 540-615) sebagai kegelapan dalam kekejaman paus telah diturunkan ke seluruh benua. Para utusan pergi dari Ireland ke Switzerland, Bohemia, dan Kiew. Ireland adalah satu daripada tempat yang paling sukar bagi Roma untuk menaklukinya, dan ini menjelaskan mengapa upaya yang tidak berkesudahan berlanjutan lebih dari 1200 tahun untuk menakliki sepenuhnya pulau Ireland ini. (Diambil dari Cheristh Chronicle, April-June 1998, ms. 46-47). |
|
|
Jemaat bangsa Cel |