Jemaat-jemaat
Allah Al Masehi
[036]
Kejatuhan
Mesir: Nubuatan Lengan-Lengan Firaun Yang Patah [036]
(Edition 2.0 19940618-20000820)
Nubuatan mengenai kejatuhan Mesir akan diteliti dari Yehezkiel Bab 29 sehingga 32, di dalam lima bahagian. Nubuatan yang difahami ini mempunyai implikasi yang sangat besar bagi zaman akhir dan peperangan-peperangan pada waktu kesudahan. Siri lima bahagian ini mengandungi peninjauan bersama dengan perkembangan berurutan yang menjelaskan secara terperinci mengenai jangka masa yang dipamerkan di dalam ikhtisar ini. Bangsa-bangsa yang disebut akan diteliti. Mesir seolah-olah mengalami rentetan nubuatan yang terperinci di dalam aktiviti yang menunjukkan bahawa Allah akan menangani negara itu sebagai sebahagian daripada urutan di dalam penaklukan bangsa-bangsa yang berlaku tidak lama kemudian. Pemahaman mengenai nubuatan ini adalah penting kepada dasar struktur umum kedatangan Mesiah serta peperangan Warga semesta dan masa kesudahan golongan jahiliah.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta
ã 1994, 2000 Wade Cox)
(Tr.
2004)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini
boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Kejatuhan Mesir: Nubuatan Lengan-Lengan Firaun Yang Patah [036]
Nabi Yehezkiel telah diberikan penglihatan di dalam nubuatan yang sangat penting di dalam sejarah dunia. Ianya mengenai negara Mesir. Mesir telah digunakan sebagai negara kunci di dalam sejarah dunia disebabkan oleh beberapa sebab. Yang pertama, ia adalah satu daripada kerajaan yang paling kuno dan kedua, ia mewakili konflik di dalam sistem dunia, yang telah dilambangkan di dalam buku Daniel di bawah lambang kepala, yakni raja di Utara dan raja di Selatan. Nubuatan mengenai Mesir terdapat di dalam Yehezkiel 29:1 sehingga 32:32. Nubuatan ini diikuti serta merta oleh amaran penjaga di dalam Yehezkiel 33:1 dan ayat-ayat seterusnya. Ini adalah amaran kepada Israel yang mengikuti nubuatan mengenai kejatuhan Mesir. Ini dilakukan untuk menekankan fakta bahawa kesudahan kepada nubutan mengenai Mesir adalah sangat penting kepada zaman akhir. Nubuatan ini didakwa sebagai satu nubuatan yang gagal oleh kerana beberapa sebab yang akan dijelaskan.
Sebab sebenar dakwaan seperti itu dibuat adalah kerana maksudnya telah disembunyikan di dalam kunci yang akan difahami pada zaman akhir nanti dan akan dinyatakan kepada bangsa-bangsa oleh amaran yang berbentuk penjelasan. Ini sendiri merupakan satu nubuatan yang diberikan di dalam Yeremia 4:15 dan ayat seterusnya, sebagai datang dari pergunungan Efraim.
Nubuatan ini berhubungan kepada rangkaian nubuatan-nubuatan yang lain. Mana-mana nubuatan-nubuatan yang dikenali, contohnya Daniel Bab 2 dan 7, sepatutnya telah dipilih untuk memberi ilustrasi kepada rentetan tersebut dan ini sepatutnya telah membentuk satu penjelasan dan bukannya satu kerangka ayat. Ini tidak dilakukan mengikut cara ini dengan saksama kerana ayat ini dianggap oleh para cendekiawan moden sebagai yang paling lemah di antara nubuatan-nubuatan. Dengan sebab ini, ianya digunakan untuk menunjukkan kuasa nubuatan itu dan menunjukkan sifat firman Allah yang tidak terjangkau.
Nubuatan mengenai Mesir mengikuti nubuatan mengenai Tirus di dalam Yehezkiel 28:1 dan ayat seterusnya. Nubuatan ini menghubungkan kepada kejatuhan Kerub yang berjaga yang telah diminyaki (Yeh 28:14), Bintang fajar Azazel atau Setan (Alkitab RSV cuba untuk membuat ia kelihatan bahawa entiti itu diletakkan bersama dengan kerub yang berjaga, tetapi KJV adalah yang betul. Lihat juga The Interlinear Bible). Justru kejatuhan Setan adalah persiapan awal kepada masalah-masalah di Mesir, tetapi ia juga menjadi perhubungan kepada kejatuhan Babilon seperti yang kita lihat dari Yesaya 14:1 dan ayat seterusnya di bawah.
Fasa 1 - Bahagian 1
Sifat pertalian nubuatan-nubuatan ini mungkin ditunjukkan oleh peletakan ayat-ayat dalam Yehezkiel 28:25 sehingga 29:21 di antara Keluaran 9:35 dan 10:1 di dalam ulasan Soncino. Terdapat beberapa pemerhatian penting yang dihubungkan dengan ayat ini. Yehezkiel 28:25-26 membicarakan mengenai pemulihan Israel dan pemulihan ini dilihat sebagai berhubungan dengan kejatuhan Mesir dari ayat-ayat ini. Ulasan oleh Kinchi dalam ayat 25 mendakwa bahawa ia menyatakan balasan Tuhan terhadap mereka yang menganiaya Israel. Rashi percaya ayat 26 Kuberikan kepada hambaKu Yakub merujuk kepada:
Bangsa Israel yang telah diasingkan akan dipulihkan ke dalam negerinya, negeri yang lapang dan luas dengan sempadan-sempadan yang tidak berkesudahan, seperti yang dijanjikan oleh Allah kepada penatua Yakub (berdasarkan Kej 28:14).
Amaran kepada Mesir bermula di dalam Yehezkiel 29.
Yehezkiel 29:1-3 1 Pada tahun kesepuluh, dalam bulan yang kesepuluh, pada tanggal dua belas bulan itu, datanglah firman TUHAN kepadaku: 2 "Hai anak manusia, tujukanlah mukamu kepada Firaun, raja Mesir dan bernubuatlah melawan dia dan melawan seluruh Mesir. 3 Berbicaralah dan katakan: Beginilah firman Tuhan ALLAH: Lihat, Aku menjadi lawanmu, hai Firaun, raja Mesir, buaya (naga) yang besar, yang berbaring di tengah anak-anak sungaimu, yaitu Nil, dan yang berkata: Sungai Nil aku punya, aku yang membuatnya.
Naga yang besar dipercayai merujuk kepada raja Mesir dengan sungai Nil mewakili negeri Mesir sendiri (oleh Kimchi, Soncino). Justru, kita sedang menangani konsep pemerintahan Mesir. Pemerintahan sebenar Mesir berasal dari Warga malaikat sementara sewaktu mereka diberikan kuasa ke atas bangsa-bangsa oleh Allah (lihat di bawah). Pemerintahan Mesir terletak pada Putera Mastema menurut midrashim dan tradisi (lihat Jubilees 48:13 dan ayat seterusnya). Justru, Yahweh berlawan di dalam peperangan di antara angkatan Allah dan angkatan warga yang jatuh di bawah Mastema. Pemerintahan suku kaum Kanaan berada di dalam kuasa Putera Yam dan perang di padang gurun dan untuk Israel terjadi di antara Yahweh dan Warga semesta bagi pihak Allah.
Konsep El Elyon sebagai Yahovah (Jehovah) Semesta yang lebih tinggi dari Yahweh (atau Yahovah) adalah konsep yang sangat kuno dari Penteteuch dan yang mana telah disamarkan dengan penuh teliti. Karya Hayman, Monotheism: A Misused Word in Jewish Studies (Penyalahgunaan Perkataan dalam Pembelajaran Yahudi), Journal of Jewish Studies 42, 1991, muka surat 6-7 dan juga karya Mark S. Smith, The Early History of God (Sejarah Awal Allah), Harper, San Francisco, 1990, muka surat 7 kedua-duanya mempersoalkan ayat ini. Smith berpendapat bahawa Allah Iarael yang asli ialah El. Ini kerana El bukan nama Yahwistic. Oleh kerana itu El adalah Allah asli yang utama bagi golongan yang disebut Israel. Smith mendapat sokongan dari Kejadian 49:24-25 yang mana menampilkan nama El yang berasingan dengan nama YHVH yang disebut di dalam ayat 18. dia juga mencatat bahawa Ulangan 32:8-9 menampilkan YHVH di dalam peranan yang satu dengan anak kepada El yang disebut El Elyon.
Ketika yang Maha Tinggi (elyon) memberikan milik pusaka kepada pewarisnya, ketika [D]ia memisahkan umat manusia, [D]ia menetapkan wilayah bangsa-bangsa menurut bilangan makhluk-makhluk kudus. Bagian untuk Yahweh adalah umatnya, Yakub warisan yang ditetapkan baginya (Smith ms. 7).
Soncino menterjemah Ayat Masoretik [Masoretic Text (MT)] sebagai menurut jumlah umat Israel. Justru, pertalian ini terhad kepada dua belas suku kaum dan wilayah-wilayah Kanaan.
Rabai Rashbam percaya bahawa Yang Maha Tinggi menentukan wilayah-wilayah yang ditetapkan kepada bangsa-bangsa yang memisahkan mereka selepas kematian Nuh. Tidak disebut luas wilayah yang dipunyai oleh keturunan Nuh yang lain. Justru, sifat perluasan pembahagian tersebut telah diketahui malah oleh MT dan ulasan-ulasan. Bagaimana pun, ayat ini telah diubah. Ayat dalam MT berbunyi bene Yisrael di mana ayat dalam LXX berbunyi aggelon theou dan Qumran berbunyi bny ‘ilhym [atau beny eliym] (dipetik dari Smith n. 37 mengambil juga Meyer, dan Skehan BASOR 136 (1954): 12-15). Hayman juga (ms. 6) dalam penuntutan sokongan untuk peralihan dari Yahweh kepada Elohim mempercayai ayat yang asli yang mungkin berbunyi:
Ketika Yang Maha Tinggi memberikan milik pusaka kepada pawarisnya, ketika dia memisahkan anak-anak manusia, dia menetapkan wilayah bangsa-bangsa menurut bilangan illah-illah (-!*1" / .*-!*1"). Dan bagian yahweh ialah umatnya Yakub, Israel adalah warisan yang ditetapkan baginya.
Hayman mencatat bahawa:
Ayat MT telah membuka rujukan di sini kepada illah-illah atau malaikat-malaikat dan menggantikan ‘anak-anak Israel’...
Catatan bawah 23 mempunyai tuntutan bahawa ia mengenal pasti bilangan bangsa-bangsa (Kej 10) bersama dengan bilangan anak lelaki Yakub [Israel] (Kej 46:27).
Ini bukanlah terjemahan ulasan-ulasan ini. Bilangan anak Israel ialah 12. jumlah itu juga ditujukan kepada Kanaan serta sebelas anak lelakinya (Sh). Dari di atas Rashbam dengan jelas membezakan wilayah-wilayah yang lain. Justru Hayman tersilap. Hayman juga percaya ayat 9 dalam MT mengenal pasti Yahweh dengan Elyon dengan membaca %&%* 8-( *, Manakala LXX mengandaikan ayat Ibrani yang mengandungi %&%* 8-( *%*&. Hayman mencatat Lemche dengan berkata:
Ayat Ibrani mengenal pasti “Maha Tinggi” (Elyon) dengan Yahweh, manakala versi bahasa Greek dengan jelas meletakkan Yahweh di antara anak-anak yang Maha Tinggi, iaitu, memperlakukan dia sebagai ahli panteon illah-illah yang lebih rendah daripada Allah yang tertinggi, El Elyon (Hayman ms. 6 memetik Lemche Ancient Israel, ms. 226).
Hayman mencatat bahawa:
Pada ketika selepas pembuangan dan sumber-sumber Yahudi yang terkemudian, tentu saja, tidak ada kesedaran bahawa El Elyon [hanya digunakan di dalam Ul 32:8; Kej 14:18 dan Bil 24:16] adalah tidak lain selain dari Yahweh sendiri, tetapi corak kepercayaan yang dinyatakan di dalam ayat ini tetap berlaku.
Hayman berpendapat gagasan bahawa Allah menetapkan bangsa-bangsa dari suku asal Kanaan mempunyai gagasan yang sama di dalam agama Greek. Dia menyokong ini dengan merujuk kepada tujuh puluh anak Athirat di dala, Baal/Anat epic, (J.C.L. Gibson Canaanite Myths and Legends, Edinburgh, 1977, pms. 63). Pertalian dengan agama Greek diambil dari karya Martin Hengel Judaism and Hellnism, London, 1974, Vol. I, ms. 187.Gagasan ini bahawa Allah menetapkan setiap tujuh puluh bangsa dunia menjadi satu dengan malaikat semesta bukan berasal dari suku kaum Kanaan. Dari rujukan-rujukan bangsa Greek juga mempercayai pendapat itu. Bangsa Israel juga menggunakan struktur tersebut untuk membentuk sistem kerajaan mereka di Sinai sebelum mereka memasuki Kanaan. Seluruh sistem telah dibentuk sebagai salinan dari struktur cakerawala seperti yang kita lihat dari Ibrani 8:5. Tujuh puluh penatua dijadikan model pada konsep di bahagian luar kaunsil warga semesta. Jumlah ini sendiri membentuk dasar untuk pembahagian bangsa-bangsa tersebut. Gagasan ini juga berbentuk pembuangan yang boleh didapati dalam Daniel. Michael dipercayai satu daripada ketua putera pangeran (Dan 10:13). Mesiah adalah raja atas segala raja (Dan 8:25). Oleh kerana itu Mesiah bukan Michael seperti yang disalahtafsirkan oleh beberapa orang.
Ada yang telah dipercayai sebagai putera kepada bangsa Persia yang telah menentang Malaikat Allah selama dua puluh satu hari (Dan. 10:20). Putera-putera ini adalah sebahagian daripada warga semesta yang jatuh yang melawan terhadap para pesuruh Allah, membentuk di dalam rentetan kekaisaran yang di nubuatkan berlaku di dalam Daniel 2 dan 7. Daniel 10:20 menyatakan terdapat juga putera Grecia yang akan muncul selepas putera Persia. Makhluk yang dinyatakan kepada Daniel itu hanya menyokong kepada Michael.
Hayman mengatakan bahawa pengetahuan siapa malaikat-malaikat ini secara asal telah hilang di dalam tradisi, walaupun Enoch cukup jelas dalam hal ini. Di seolah-olah salah mengehadkan konsep ini. Lebih-lebih lagi penggunaan Yahweh tidak terbatas kepada satu entiti seperti yang kita lihat dari ayat di atas. Terdapat juga Yahweh Warga semesta yang lebih besar dan Yahweh Israel yang lebih rendah. Konsep subordinatis ini terdapat di seluruh Alkitab. Ianya diungkap di dalam sebutan Anak Allah atau Anak-anak Allah. Tidak terdapat keraguan bahawa Allah Yang Maha Tinggi mempunyai Anak-anak dari Kejadian 6:4 dan Ayub 2:1 di mana Setan adalah satu daripada Anak-anak Allah. Ayub 38:7 menunjukkan elohim berada di dalam kedudukan sama dengan Bintang fajar dan Anak-anak Allah secara umum. Tentu sahaja dari Amsal 30:4, Allah mempunyai anak yang khusus. Dari Amsal 30:5, Allah dikenal pasti sebagai Eloah. Dari Ayub 40:2, Eloah adalah yang Maha Kuasa. Dari Ayub 37:22-23 Eloah, Yang Maha Kuasa, adalah keagungan yang amat dahsyat. Justru, perkataan untuk Allah dalam bentuk tunggal merujuk kepada Bapa Allah. Ayub 37:14 mempertalikan El dan kerja-kerja El kepada perwatakan Eloah yang menyinarkan cahaya dari awanNya. Justru, El di sini adalah El Awan yang berkedudukan lebih rendah dari Eloah. Oleh kerana itu El yang merupakan awan bagi Israel (yakni Malaikat YHVH) bertindak di dalam perwatakan Eloah atau Elyon.
Justru, ulasan-ulasan rabinikal yang terkemudian cuba untuk meninggikan Yahweh Israel. Hayman menterjemahkan ayat Shema dari Oxford MS. 147 seperti yang disunting oleh Saul Lieberman (Midrash Debarim Rabbah, Yerusalem, 1940, ms. 65):
Dengar, O Israel (Ul 6:4). Ini merujuk kepada Rat 3:24 – ‘Bagian bagi Tuhan, kata jiwaku’. Apakah ‘Bagian bagi Allah’? Ketika Sang Mahatinggi, diberkati lah Dia, membagi-bagikan milik pusaka kepada bangsa-bangsa dunia, seperti dikatakan, Ketika Yang Maha Tinggi memberikan milik pusaka kepada pewarisnya (Ul 32:8), dan setiap mereka memilih illah mereka sendiri, ada yang memilih Michael, ada yang memilih Gabriel, dan ada yang memilih matahari dan bulan. Tetapi Israel memilih yang Kudus, diberkati lah Dia, seperti dikatakan, Bagian untuk Allah adalah umatnya, dll (Ul 32:8).
Dua fakta yang mengikuti ayat ini. Yang pertama ialah dari ayat ini ianya difahami bahawa pembagian bangsa-bangsa kepada Warga semesta berada di luar dua belas suku kaum di mana ianya dicuba untuk dihadkan oleh pandangan cetek MT. Ini seakan-akan menunjukkan bahawa MT telah mengubah Post Qumran. Dan juga ulasan ini seolah-olah menterbalikkan pembagian dari bangsa-bangsa kepada putera-putera yang mana bangsa-bangsa memilih siapa yang mereka sembah dan lebih khusus lagi bahawa Michael dan Gabriel akan membenarkan aktiviti sedemikian di dalam wilayah mereka. Hayman mununjukkan bahaya terhadap pengenalan Michael dan Gabriel dengan illah-illah kafir. Ayat di dalam Daniel dengan jelas menyatakan bahawa Michael mewakili Israel, oleh kerana itu ulasan rabinikal mungkin menjadi satu penelitian terhadap praktik yang menyeleweng di tempat lain.
Dan juga Midrash (dan juga dari Deut. R cf. Lieberman, ms. 68. cf. P Schäfer, Rivalität zwischen Engeln und Menschen, Berlin, 1975, ms. 47 dan muka surat seterusnya) seperti yang dikutip oleh Hayman menyatakan bahawa Yang Maha Kudus turun ke Sinai. Justru, Yang Maha Tinggi bagi orang Israel dikelirukan dengan Yahweh (Yahovah) orang Israel yang lebih rendah yang sedang dibincangkan.
Ketika Yang Maha Kudus, diberkati lah Dia, yang turun ke Gunung Sinai, kata R. Ammi dari Jaffa, yang turun bersama dengan dia ialah 22,000 malaikat yang melayani, seperti dikatakan 0!1: *5-! .*;"9 .*%-! ",9 (Maz 68:18). Apakah 0!1:? Yang paling mulia dan layak dipuji di antara mereka, yang disebut. Michael dan kumpulannya dan Gabriel dan kumpulannya. Dan Israel memandang kepada mereka dan melihat bahawa mereka layak dipuji dan mulia dan mereka menjadi bisu. Dan apabila Yang Maha Kudus, diberkati lah Dia, melihat mereka, dia berfirman kepada mereka, jangan lah disesatkan oleh satu daripada malaikat-malaikat ini yang turun bersama aku; semua mereka adalah hamba-hambaku. Aku lah Tuhan Allah mu.
Hayman menganggap bahawa terdapat sistem orang Yahudi yang benar-benar wujud dan dipraktikkan yakni menyembah malaikat yang disebut di dalam teks-teks bukan Yahudi. Hayman mencatat (30) bahawa Kerygma Petrou mengungkap:
Sama ada menyembah dia dengan cara orang Yahudi; mereka juga, yang berfikir bahawa mereka sendiri mengenali Allah, tidak memahami, menyembah malaikat-malaikat, bulan-bulan dalam tahun dan bulan-bulan (memetik E Hennecke (tr. R. McL. Wilson), New Testament Apocrypha London, 1965, Vol. II, ms. 100) (Hayman juga memetik Lol. 2:18 untuk menyokong pendirian ini).
Tujuan midrashim telah dianggap untuk menurunkan kedudukan para malaikat dan menekankan keunggulan Israel ke atas mereka. Konsep ini sama seperti mahab -mazhab fundamentalis hari ini, yang mana memberi penekanan kepada sifat kerendahan Warga malaikat serta ketakhlukan mereka dari ayat yang disalah ertikan di dalam 1 Korintus 6:3 yang tidak mengendahkan perkataan Kristus di dalam Lukas 20:36 mengenai persamaan mereka. Lebih-lebih lagi, terdapat tuntutan yang harus diakui di hadapan malaikat Allah dari Lukas 12:8-9. Justru, mereka tidak boleh dianggap mempunyai status yang lebih rendah dari Perjanjian Baru. Hurtardo (One God One Lord, Satu Tuhan, SCM Press, 1988, ms. 39) berupaya menyangkal pendirian penyembahan Malaikat orang Yahudi dari Kerygma Petrou (ms. 33; bermatlamat untuk menyangkal jamuan). Pendapatnya betul bahawa agensi ilahi beroperasi di mana Allah adalah bentuk yang unik ke atas makhluk manusia yang bertindak atas permintaanNya sebagai contoh wazir besar pada halaman kekaisaran dan bahawa konsep ini beroperasi di dalam adat resam orang Yahudi yang prihatin kepada keunikan Allah. Dalam perkataan lain, Malaikat Yahweh bertindak sebagai penolong wali atas permintaa Allah dan semua malaikat bertindak sebagai pemerintah di bawah agensi ilahi. Tidak ada di antara bentuk-bentuk ejen ini berkongsi hak penghormatan yang unik yang mana menjadi hak Allah sahaja, atau Monoteisme orang Yahudi telah diubah secara fundamental oleh minat yang ditunjukkan di dalam bentuk-bentuk ini (Hurtardo, ms. 19).
Yehezkiel 29 diteruskan:
Yehezkiel 29:4 Aku akan mengenakan kelikir pada rahangmu dan membuat ikan dari anak-anak sungaimu berlekatan pada sisikmu. Aku akan mengangkat engkau dari tengah anak-anak sungaimu dengan segala ikannya yang berlekatan pada sisikmu.
Rashi dan Kimshi percaya bahawa perkataan ikan dari anak-anak sungaimu merujuk kepada fakta bahawa putera serta orang biasa akan binasa bersama dengan raja (atau pemerintah di sini digambarkan sebagai naga; lihat Soncino). Ayub 41:15 menyatakan dengan agak mengkategorikan raksasa sungai, bahawa sisiknya adalah kegagahannya. Justru, penyingkiran naga tersebut juga merupakan kejatuhan pengikutnya yang setia kepadanya di dalam kebanggaan, yang mungkin disebabkan oleh kekuatan dia atau pergantungan diri mereka kepada dia atau kemahuan yang memuncak untuk memberontak (tidak terdapat kelembutan pada sisik di bahagian bawah perutnya (Isaiah. Da Trani)).
Yehezkiel 29:5 dan Aku akan melemparkan engkau ke padang gurun, ya, engkau dengan segala ikan anak-anak sungaimu. Engkau akan jatuh di padang dan tidak akan dipungut atau dikubur. Aku memberikan engkau menjadi makanan binatang-binatang liar dan burung-burung di udara.
Ayat yang berbunyi ke padang gurun dipercayai oleh Kimshi merujuk kepada fakta bahawa bangsa itu akan berperang di daratan. Ikan tidak boleh hidup di daratan dan justru itu merupakan penyingkiran kepada sokongan dasar mereka yang menjadi asas konsep ini. Sifat spiritual terhadap sokongan itu ialah bahawa anak-anak sungai itu adalah sistem spiritual dan ikan-ikan itu mewakili bangsa-bangsa yang tidak berkembang sepenuhnya, meskipun mereka difahami oleh kekuasaan Yahudi yang besar.
Yehezkiel 29:6 Dan semua penduduk Mesir akan mengetahui bahwa Akulah TUHAN. Oleh karena engkau ibarat tongkat bambu bagi kaum Israel:
Israel pernah, di sepanjang sejarahnya, memandang kepada Mesir dan bukannya kepada Allah. Secara umumnya ini adalah ketika mereka ditangani atas dosa-dosa mereka dengan menggunakan negeri-negeri yang telah dipilih oleh Allah untuk bangkit dari bahagian utara (lihat Soncino; dan petikan dari Yes 36:6).
Yehezkiel 29 diteruskan:
Yehezkiel 29:7 pada saat mereka memegang engkau dengan tangan, engkau patah terkulai dan engkau melukai bahu mereka semua; dan waktu mereka bertopang padamu, engkau patah dan engkau membuat mereka semua terhuyung-huyung.
Sekali topangan bagi orang itu patah, maka dia akan dipaksa untuk berdiri sendiri kata Rashi dan Kimshi (Soncino).
Yehezkiel 29:8-11 8 Oleh sebab itu beginilah firman Tuhan ALLAH: Sungguh, Aku mendatangkan pedang atasmu dan melenyapkan manusia dan binatang dari padamu, 9 sehingga tanah Mesir akan menjadi sunyi sepi dan menjadi reruntuhan. Dan mereka akan mengetahui bahwa Akulah TUHAN. Oleh karena engkau berkata: Sungai Nil aku punya, aku yang membuatnya, 10 maka sungguh, Aku menjadi lawanmu dan lawan anak-anak sungaimu dan Aku akan membuat tanah Mesir menjadi reruntuhan dan menjadi sunyi sepi mulai dari Migdol sampai Siene, bahkan sampai perbatasan tanah Etiopia. 11 Tidak seorang manusiapun akan melintasinya, bahkan seekor binatangpun tidak dan tanah itu tidak akan didiami selama empat puluh tahun.
Jangka masa empat puluh tahun (dari Yehezkiel 4:6 di mana ketandusan di Yudia yang telah diramalkan mempunyai jangka masa yang sama) adalah kunci kepada pemahaman nubuatan ini. Terdapat juga pemahaman bahawa jangka masa ini berhubungan dengan bencana yang dijanjikan di Mesir. Mesir telah dinubuatkan (menurut tradisi; Midrash), akan mengalami bencana alam selama empat puluh dua tahun pada zaman Yusuf; tetapi pada penghujung tahun yang kedua (dari Kej 45:6)) Yakub berhijrah ke Mesir dan bencana itu telah berhenti. Rashi dan Kimshi percaya bahawa empat puluh tahun yang tertinggal itu menderita di sepanjang masa ini; lihat Soncino. Maksud perkara ini ialah bahawa ayat-ayat ini selalu difahami mempunyai pengertian yang bercabang atau mempunyai dua aplikasinya. Konsepnya ialah bahawa Israel adalah sang penebus, di dalam bentuk Mesiah pada zaman akhir nanti, seperti keturunan Yakub. Pemulihan Mesir telah diramalkan melalui para nabi yang lain (petikan yes 19:24; Yer 46:26).
Yehezkiel 29:12 Aku akan membuat tanah Mesir menjadi sunyi sepi di tengah negeri-negeri yang sudah dimusnahkan dan kota-kotanya akan menjadi sunyi sepi di tengah kota-kota yang diruntuhkan selama empat puluh tahun. Aku akan menyerakkan orang Mesir di antara bangsa-bangsa dan menghamburkannya ke semua negeri.
Keadaan tandus di Mesir akan menjadi sangat ekstrem sehingga tidak ada bezanya dia dengan negeri-negeri yang telah binasa akibat dicerobohi oleh tentera (Soncino).
Yehezkiel 29:13 Sebab beginilah firman Tuhan ALLAH: Pada akhir keempat puluh tahun itu Aku akan mengumpulkan orang-orang Mesir dari tengah bangsa-bangsa di mana mereka berserak.
Soncino membuat ulasan terhadap ayat berikut, Selepas empat puluh tahun Mesir akan dipulihkan, walaupun di letakkan sebagai kerajaan yang lemah dengan keangguhannya yang lama dihapuskan. Pemulihan pada masa akhir jangka masa mungkin bertepatan dengan kemunduran empayar Babilon. Justru kesudahan kedua-dua sistem adalah secara kebetulan. – yang satu digunakan untuk memusnahkan yang satu lagi.
Yehezkiel 29:14 Dan Aku akan memulihkan keadaan Mesir dan mengembalikan mereka ke tanah Patros, yaitu tanah asal mereka, dan di sana mereka menjadi kerajaan yang lemah.
Aku akan mengembalikan keuntungan adalah terjemahan di dalam Soncino Aku akan meleraikan penawanan (dua maksud ini dicatat di dalam Yeh 16:53). Negeri asal mereka adalah terjemahan oleh Rashi dan Kimshi sebagai negeri persinggahan mereka. Pathros atau negeri selatan adalah nama bahagian atas Mesir. Herodotus menganggap ia sebagai tempat di mana pemerintahan orang Mesir telah berkembang (Soncino).
Yehezkiel 29:15 15 Di antara kerajaan-kerajaan ia akan yang paling lemah dan tidak akan dapat meninggikan dirinya lagi di atas bangsa-bangsa lain. Aku akan membuat mereka begitu lemah, sehingga mereka tidak akan memerintah bangsa-bangsa lagi. 16 Dan bagi kaum Israel mereka tidak lagi menjadi kepercayaan, yang mengingatkan kesalahan Israel, kalau Israel berpaling kepada mereka untuk meminta pertolongan. Dan Mesir akan mengetahui bahwa Akulah Tuhan ALLAH."
Kimshi mencatat ini sebagai kurang kepercayaan kepada Allah dengan menaruh kepercayaan kepada Mesir (Soncino). Kerana Mesir adalah sumber kepada keangkuhan dan merupakan loncatan kepada Israel, mereka akan diletakkan di kedudukan yang paling rendah sehingga mereka tidak lagi menyamai bangsa-bangsa yang lain. Mereka bukan sahaja menjadi rendah mala mereka diletakkan di kedudukan bahawan dari semua (Soncino; lihat juga Yeh 21:28 dan Bil 5:15). Ungkapan Mesir akan mengetahui adalah dianggap (oleh Metsudath David) sebagai negeri itu sendiri secara umumnya.
Yehezkiel 29:17-18 17 Lalu pada tahun kedua puluh tujuh, dalam bulan pertama, pada tanggal satu bulan itu, datanglah firman TUHAN kepadaku: 18 "Hai anak manusia, Nebukadnezar, raja Babel, menyuruh tentaranya bekerja keras melawan Tirus; semua kepala sudah gundul dan semua bahu sudah lecet, tetapi baik ia maupun tentaranya tidak mendapat untung dari Tirus atas usaha yang dilakukannya melawan dia.
Penyingkiran sistem kuno akan disingkirkan dan tidak ada apa-apa bekas yang akan ditinggalkan. Ini akan menjadi jelas sebagai amaran yang global dan peperangan pada zaman akhir akan bergandingan dengan gempa bumi dan gempa bawah laut yang akan menghapuskan tamadun dunia.
Yehezkiel 29:19-20 19 Oleh sebab itu beginilah firman Tuhan ALLAH: Aku memberikan tanah Mesir kepada Nebukadnezar, raja Babel, dan ia akan mengangkut kekayaannya; ia akan melakukan perampasan dan penjarahan dan itulah upah bagi tentaranya. 20 Aku akan memberikan kepadanya tanah Mesir sebagai pahala atas pekerjaan yang dilakukannya, sebab mereka sudah bekerja bagi-Ku, demikianlah firman Tuhan ALLAH.
Ayat sebab mereka marah bagi aku atau sebab mereka sudah bekerja bagi aku diterjemahkan dengan penuh keghairahan sebagai kerana kejahatan mereka marah kepada Aku yang akan menjadi sokongan Israel yang tidak boleh dipercayai (R, K mengikuti Targum). Para pengulas ini, mengikuti Targum, justru mengubah konsep Allah dengan menggunakan bangsa, yang mana ia sendiri adalah dari sistem jahiliah, sebagai satu penghukuman kepada Mesir. A. J. (Soncino) tidak demikian, justru pemahaman bahawa semua bangsa adalah alat bagi Allah, termasuk Babilon.
Yehezkiel 29:21 Pada hari itu Aku akan menumbuhkan tanduk bagi kaum Israel dan membuat engkau dapat berbicara lagi di tengah-tengah mereka. Dan mereka akan mengetahui bahwa Akulah TUHAN."
Kimshi memahami ayat ini sebagai merujuk kepada Cyrus yang diungkap diurapi oleh Allah, yakni Mesiah (petikan dari Yes 14:1; lihat Soncino). Kimshi faham bahawa pemulihan terhadap Mesir adalah bertepatan dengan permulaan masa pembebasan Mesir dari penawanan. Justru, para pengulas rabinikal memahami bahawa ini adalah nubuatan dua hala yang berhubungan dengan pemulihan tersebut. Soncino mencatat bahawa:
Yehezkiel meramalkan di dalam istilah umum bahawa pada masa hadapan Israel akan dipulihkan kepada kemuliaannya sebelum ini.
Justru, rentetan ini difahami akan melewati orang-orang Babilon. Di sini kita mempunyai fakta yang sangat penting mengenai nubuatan yang akan dibentuk. Serangan ke atas Mesir ini boleh dibentuk dengan ketepatan dalam sejarah yang mutlak dan dari ia sendiri akan membentuk permulaan pentarikhan sistem itu. Tahun yang dipersoalkan ialah 605 BCE. Mesir sebenarnya telah diserahkan ke dalam tangan orang Asiria dari 669-664 BCE. Pencerobohan orang Asiria ini akan diambil di dalam nubuatan, tetapi ia sendiri tidak membentuk tarikh yang penting ini dan justru ianya disebut selepas pencerobohan yang seterusnya oleh Nebukanezar dan bukan sebelum pencerobohan tersebut seperti tanggapan sesetengah orang. Penjelasan ini akan menjadi jelas kemudian. Sekali lagi dan yang penting dari konflik-konflik ini, ianya tidak mungkin bahawa pendudukan semula suku Israel dari 667-665 BCE berlaku dengan kempen besar dalam perjalanan ke selatan.
Lebih penting lagi, dari pencerobohan-pencerobohan ini lah maka timbul tanduk di Israel (Cyrus kepada para rabai; tetapi oleh kerana pengurapan Tuhan ianya menjadi urutan ke atas bangsa-bangsa) dan berbicara supaya bangsa itu tahu bahawa Allah memerintah (Ayat 21). Yehezkiel membisu dan pertuturannya telah dipegang untuk nubuatan. Allah juga berdiam diris ehingga Dia menangani Israel (dari Yeh 3:26-27) dan 24:27). Nubutan-nubuatan mengenai bangsa-bangsa yang lain adalah dari Yehezkiel 29 sehingga 32. Kemudian Yehezkiel 33 adalah bab Penjaga untuk amaran orang Israel. Amaran untuk orang Israel pada zaman akhir nanti pemulihan yang akan berlaku selepas itu adalah pokok persoalan yang utama dalam nubuatan Yehezkiel. Ianya memang tidak lojik untuk mencadangkan bahawa nubuatan-nubuatan mengenai bangsa-bangsa dari Yehezkiel 29 sehingga 32 adalah terbatas kepada 669-525 BCE dan ianya tidak lengkap dan kemudian mencadangkan bahawa Yehezkiel menangani hal nubuatan Akhir Zaman serta Pemulihan atau Milenial. Yehezkiel tidak memberikan apa-apa erti sekiranya dia diletakkan di dalam tanggapan seperti ini. Yehezkiel 30 diteruskan:
Yehezkiel 30:1-3 1 Datanglah firman TUHAN kepadaku: 2 "Hai anak manusia, bernubuatlah dan katakanlah: Beginilah firman Tuhan ALLAH: Merataplah: Aduh, hari itu! 3 Hari itu sudah dekat, hari TUHAN sudah dekat, hari dengan awan gelap; itu adalah saat bangsa-bangsa.
Tidak ada pentarikhan bagi nubuatan ini. Ayat ini adalah sama dengan Yoel 2:1-2 yang berbicara mengani zaman akhir. Di sini kita berbicara mengenai masa ajal bagi bangsa-bangsa. Ayat ini tidak merujuk kepada satu bangsa tetapi kepada bangsa-bangsa. Allah telah menangani Mesir tetapi nubuatan ini boleh diperluaskan dan merujuk kepada masa ketika Allah akan menangani bangsa-bangsa dunia serta sistem-sistemnya yang mana Mesir merupakan pola dasarnya. Oleh kerana itu, nubuatan ini merujuk kepada masa kesudahan. Justru, nubuatan ini berlanjutan pada jangka masa yang panjang dan bukan hanya ketika penaklukan serta merta dari 605 BCE seperti yang diandaikan. Mesir, kuasa dunia dan pusat penyembahan kafir, akan kehilangan kedua-dua atribut itu. Babilon adalah sebagai alat (lihat Soncino).
Hari Tuhan di dalam ayat 3 difahami sebagai berikut:
Kesempatan ketika penghakiman Allah akan dijatuhkan ke atas dunia (Soncino) hari awan mega. Ketika awan mendatangkan badai, demikian juga hari Tuhan akan membawa penghukuman yang drastik kepada mereka yang patut menerimanya, masa untuk bangsa-bangsa. Semua orang kafir melibatkan Mesir di antara mereka (Soncino).
Yehezkiel diteruskan:
Yehezkiel 30:4-9 4 Pedang datang atas Mesir dan Etiopia akan gemetar pada saat berebahan orang-orang yang mati terbunuh di Mesir dan kekayaannya dilarikan dan dasar-dasarnya terbongkar. 5 Orang Etiopia, Put, Lud [lihat juga Yeh 27:10], seluruh [orang yang bercampur dalam Yer 25:24] tanah Arab, Libia dan orang-orang dari negeri yang bersekutu dengan mereka akan mati rebah oleh pedang bersama mereka. 6 Beginilah firman TUHAN: Orang-orang yang mendukung Mesir akan mati rebah, dan kecongkakan Mesir yang ditimbulkan kekuatannya akan patah. Dari Migdol sampai Siene mereka mati rebah oleh pedang, demikianlah firman Tuhan ALLAH. 7 Ia akan dimusnahkan di tengah negeri-negeri yang sudah sunyi sepi dan kota-kotanya termasuk kota-kota yang sudah runtuh. 8 Maka mereka akan mengetahui bahwa Akulah TUHAN, pada saat Aku menimbulkan api di Mesir sehingga semua orang yang membantunya dimusnahkan. 9 Pada hari itu utusan-utusan-Ku akan berangkat dengan cepat-cepat untuk mengejutkan Etiopia yang bersenang-senang dan mereka akan gentar pada hari penghukuman Mesir; sebab, sungguh, hari itu akan datang!
Ulasan Lofthouse Allah berfirman seperti Dia telah datang di dalam bentuk manusia ke Mesir, seperti seorang lagi Nebukanezar yang lebih teruk. Para pengulas Yahudi menjelaskan perkara ini dengan lebih jelas lagi bahawa ianya menurut kehendak Aku, atas perintah Ku (Soncino).
Konsensus yang timbul ialah bahawa perkhabaran mengenai ajal yang mendatang itu akan menimpa orang-orang Ethiopia juga seperti ia melanda Mesir. Orang-orang Ethiopia serta negeri-negeri di selatan tidak akan terlepas dari kengerian ini.
Kemudian nubuatan ini menghubungkan secara langsung kepada pencerobohan orang-orang Babilon pada 605 BCE – justru membentuk konsep pemanjangan jangka masa yang sangat penting kepada pencerobohan tersebut. Yehezkiel diteruskan:
Yehezkiel 30:10-12 10 Beginilah firman Tuhan ALLAH: Aku akan meniadakan kekayaan Mesir dengan perantaraan Nebukadnezar, raja Babel. 11 Ia bersama bangsanya, yaitu yang paling ganas di antara bangsa-bangsa, akan dibawa untuk memusnahkan tanah itu dan mereka akan menghunus pedang terhadap Mesir dan memenuhi tanah itu dengan orang-orang yang terbunuh. 12 Aku akan mengeringkan anak-anak sungai Nil dan akan menyerahkan tanah itu dalam tangan orang-orang jahat dan memusnahkan tanah itu serta segala isinya dengan perantaraan orang-orang asing. Aku, TUHAN, yang mengatakannya.
Justru, Mesir akan ditawan kerana ia merupakan sumber sandungan kerohanian bagi Israel dan bagi dunia.
Yehezkiel 30:13-16 13 Beginilah firman Tuhan ALLAH: Aku akan membinasakan berhala-berhala dan meniadakan dewa-dewa dari Memfis [Ptah dan Apis]; dan tidak akan ada lagi pemimpin di tanah Mesir dan Aku akan menimbulkan ketakutan di sana. 14 Aku akan memusnahkan Patros dan menimbulkan api di Soan [Tanis atau San di pinggir sungai sebelah timur pada batang yang kedua sungai Nile (petikan dari Bil 13:22; Maz 78:12,43)], dan menjatuhkan hukuman atas [No]Tebe [diungkap sebagai No-amon dalam Nahum 3:8, dipetik dari Amon of No. Yer 46:25, yang dihubungkan dengan penyembahan Amon]. 15 Aku akan mencurahkan amarah-Ku atas Sin [mungkin] Pelusium, benteng Mesir dan melenyapkan kekayaan Tebe. 16 Aku akan menimbulkan api di Mesir, [Sin] Pelusium akan gemetar [begetaran] dan [No} Tebe akan [hancur remuk] direbut dan tembok-temboknya akan dibongkar [seteru-seteru pada waktu siang].
Perkataan yang sebenar untuk ayat ini terkandung di dalam Soncino. Konsepnya tidak difahami oleh para pengulas kerana maksud perkataan bahasa Mesir bagi hieroglyphs tidak boleh didapati. The Book of the Dead (Buku orang Mati) adalah seperti yang kita tahu sekarang adalah The Chapters of the Coming Forth By Day (Bab-bab yang Mendatang Sewaktu Siang). Justru, seteru-seteru pada waktu siang mempunyai maksud kerohanian yang tidak difahami pada masa itu.
Yehezkiel 30:17-19 17 Teruna-teruna On dan Pi-Beset akan mati rebah oleh pedang dan perempuan-perempuan akan diangkut tertawan. 18 Di Tahpanhes hari akan menjadi gelap pada saat Aku mematahkan kekuasaan Mesir di sana dan kecongkakannya, yang ditimbulkan kekuatannya, berakhir. Kota itu akan ditutupi oleh awan dan anak-anaknya perempuan akan diangkut tertawan. 19 Dan Aku akan menjatuhkan hukuman atas Mesir dan mereka akan mengetahui bahwa Akulah TUHAN."
Semua kota-kota itu disebut satu persatu dari ayat 13-18 yang mana merupakan pusat-pusat berhala yang berlainan. Rujukan di sini dalam ayat 18 adalah perlindungan Mesir oleh awan dan anak perempuannya akan ditawan. Secara khusus ianya menyatakan bahawa ia bukan lagi sebagai putera di tanah Mesir. Tetapi terdapat putera selepas kejatuhan Mesir. Ini sama ada nubuatan yang salah atau ianya menangani jangka masa yang dipanjangkan yang melibatkan zaman akhir. Ingat bahawa kita sedang menangani rentetan dari masa kejatuhan Kerub yang Berjaga yang dilambangkan oleh Tyre dan bahawa Mesir yang merupakan simbol sistem dunia telah dimusnahkan sebagai upah kepada tugasan yang terlibat di dalam pembinasaan tersebut, perlambangan ini terbentuk dan harus diterjemahkan sebagai urutan yang menuju kepada kedatangan Mesiah, di mana dia akan membebaskan para tawanan dll. Dan menyatakan tahun Tuhan yang diperkenankan (Luk 4:18) sebagai aktiviti yang utama di dalam jangka masa yang terlibat dan akhirnya membawa tawanan-tawanan (Ef 4:8). Israel di bawah Awan itu, yakni Mesiah akan ditempatkan di negeri mereka sendiri dan bergabung dengan orang-orang asing yang akan berpaut di rumah Yakub. Bangsa orang ini akan menawan mereka yang telah menawan mereka dahulu dan mereka akan memerintah mereka yang telah menganiaya mereka (Yes 14:1-2). Tindakan ini telah bermula dari masa pencerobohan orang-orang Babilon di bawah Nebukanezar, tetapi kesudahan akhir ini juga merupakan pembinasaan akhir terhadap orang-orang Babilon dan sistem keagamaan mereka (Wah 17:5 dan 18:2) dan seluruh dunia akan menjadi aman (Yes 14:3-7).
Nubuatan di dalam Yesaya 14 adalah nubuatan yang sudah dikenali yang mana menghubungkan bukan sahaja kepada Babilon tetapi juga kepada pembinasaan Setan, yakni Bintang Fajar yang ada sekarang atau Pembawa terang, di dalam kedatangan Mesianik (Yes 14:8-21). Kota yang di rujuk dalam Josephus Acts of the Jews XV, II, 2 adalah kota yang lain di Tigris yang bersebelah dengan Baghdad, kedua-duanya dirujuk kemudiannya sebagai Babilon. Ketika Wahyu 18:2 telah ditulis, Babilon sudah lama musnah namun ia telah di rujuk semula di dalam nubuatan yang terkemudian. Sama seperti Petrus telah menulis dari Babilon (1 Pet 5:13) di tempat duduk Setan pada ketika dahulu. Justru, nubuatan-nubuatan ini menghubungkan seluruh struktur patung Daniel dalam Daniel 2 sebagai perluasan kepada sistem orang-orang Babilon. Wahyu agak sukar dijadikan rujukan sebagai peristiwa masa hadapan kepada sesuatu yang telah lama terjadi 600 tahun dahulu.itu adalah nubuatan yang sukar. Lebih lagi, kita sedang berbicara mengenai sistem keagamaan dunia yang akan berhubungan dengan empayar sivil. Tidak ada keraguan sama sekali bahawa empayar yang dimaksudkan di dalam Daniel 7:3-8 boleh dijelaskan pada struktur di dalam Daniel 2 dan bahawa memeluk sistem Roma sebagai empayar besi dan bahawa empayar besi bercampur dengan tanah liat adalah penggantinya. Empayar tersebut hanya ditujukan kepada Empayar Kudus Roma. Lebih-lebih lagi Daniel 7:9 menunjukkan bahawa sistem-sistem ini diteruskan sehingga zaman akhir dan peletakan takhta-takhta di hadapan Yang lanjut Usianya dan penghakiman yang akan terjadi kemudian.
Daniel 7:11 juga menterjemahkan siapa tanduk bagi Israel yang di rujuk di dalam Yehezkiel 29:21. tanduk kecil dalam Daniel 7:8,11 adalah nabi palsu pada zaman akhir dan pembinasaan terhadap binatang. Binatang-binatang lain atau sistem-sistem bangsa dalam Daniel 2 dibenarkan hidup lebih lama, tetapi kekuasaan mereka akan disingkirkan. Ini adalah pemulihan milenial Mesiah.
Yehezkiel 30 diteruskan:
Yehezkiel 30:20-22 20 Pada tahun kesebelas, dalam bulan pertama, pada tanggal tujuh bulan itu, datanglah firman TUHAN kepadaku: 21 "Hai anak manusia, Aku telah mematahkan tangan kekuatan Firaun, raja Mesir, dan lihat, tangannya itu tidak dibalut supaya sembuh kembali, tidak ada yang memasang pembalut supaya kuat kembali untuk mengacungkan pedang. 22 Oleh sebab itu beginilah firman Tuhan ALLAH: Lihat, Aku menjadi lawan Firaun, raja Mesir, dan Aku akan mematahkan tangannya, baik yang masih kuat maupun yang sudah patah, dan Aku akan menjatuhkan pedang dari tangannya.
Kunci kepada nubuatan diberikan di sini. Lengan-lengan orang Mesir telah patah. Kedua-dua tangan telah patah dan satu tangan telah patah sebelumnya untuk melemahkan Mesir. Perlambangan telah dipaparkan dengan cara ini untuk menjadi bukti bahawa pencerobohan yang berlaku sebelum ini di bawah orang Asiria bukan lah pencerobohan yang sangat penting yang di rujuk di dalam nubuatan ini. Ianya sudah terbukti bahawa lengan-lengan bangsa-bangsa telah patah kerana kekalahan angkatannya yang mana mereka sendiri di rujuk sebagai lengan-lengan angkatan bangsa itu. Justru, kita sedang melihat tiga pencerobohan yang berlaku di Mesir. Yang pertama merupakan tindakan persiapan. Mesir telah ditawan oleh raja Nubia pada 750 BCE yang telah menjadi Firaun pertama dalam dinasti yang ke-25 (Lihat Colin McEvedy World History Fact Finder, ms. 20 dan seterusnya untuk rujukan yang mudah). Justru, suku kaum Nubian terlibat.
Soncino percaya bahawa pencerobohan yang berlaku sebelumnya adalah tindakan awal Firaun Hophra untuk membebaskan Yerusalem ketika ianya diserang oleh orang-orang Babilon. Tentera Mesir telah berundur dan orang-orang Babilon memperbaharui serangan (Yer 27:5 dan ayat seterusnya). Kekalahan Mesir di bawah tangan Nebukanezar telah dicatat di dalam 2 Raja 24:7. Jangkauan nubuatan ini lebih besar daripada pencakupan ini. Nubuatan ini melibatkan orang-orang Asiria yang telah kalah dan ditawan oleh orang-orang Babilon, oleh kerana itu, pencerobohan awal, yang tidak boleh diperbaiki, mungkin mendahului kekaaalahan yang kecil ke atas Hophra yang disebut di dalam Soncino.
Mesir telah menjadi kerajaan yang berkuasa selepas Ahmose, putera Thebas mengalahkan Hyksos (c. 1600-1500 BCE) dan menyingkirkan mereka dari Mesir dan justru membentuk dinasti yang ke-18, yang mana menandakan permulaan Kerajaan Baru Mesir. Firaun Tutmoses Mesir I dan II (1500-1400 BCE) telah meningkatkan kekuasaan orang-orang Mesir dengan menawan Filistin dan Syria sehingga Euprates dan Nubia, sehingga sampai di air terjun besar yang keempat di sungai Nil (McEvedy, ms. 16). Dinasti yang ke-18 mengalahkan Syria dan kemudian kuasanya menjadi reda dengan reformasi keagamaan yang dilakukan oleh Akhton dan anak lelakinya Tutankhamen. Dinasti yang ke-19 telah dimulakan oleh Rameses (Ramesses) I. Ramesses II cuba menawan semula Syria pada abad ke-13 tetapi disangkal oleh golongan Hittites. Pada abad yang ke-12 BCE, orang Mesir di bawah Ramesses III, yakni Firaun yang pertama dalam dinasti ke-20, menyangkal pencerobohan golongan Pereset atau Golongan Bangsa Laut yang mana telah menetap di Israel. Israel harus kenal kuasa besar mereka sebagai Filistin. Kejayaan mereka seolah-olah disebabkan oleh senjata-senjata besi. Justru, zaman-besi telah bermula.
Pada abad ke-11 BCE, Mesir telah terbahagi di antara Firaun dalam dinasti ke-21 yang memerintah dari Tanis di dalam beting dan Para Imam Besar Thebes yang memerintah Mesir di bahagian atas. Nubia berdiri sendiri. Jangka masa ini memperlihatkan atau mungkin membolehkan kemunculan monarki di bawah saul di Israel. Tugas Saul sangat berat kerana dia harus menyatukan Israel dan membebaskannya dari kekuasaan Filistin. Justru, tugasa ini telah ditetapkan oleh Allah sebagai satu konsolidasi sistematik terhadap golongan Levant yang dimulai oleh Saul dan kemudian oleh Daud supaya Kaabah itu boleh dibina oleh Solomon.
Jangka masa di bawah Daud dan Solomon memperlihatkan Israel berada di dalam keunggulan. Bagaimana pun, penyatuan itu tidak akan terjadi tanpa kepimpinan yang baik. Pada 1924 BCE Shisshonk Firaun pertama dalam dinasti yang ke-22 mendapat penghormatan dari Yudia dan Israel. Pelemahan Mesir dari Yudia dan Israel sebenarnya menaburkan benih-benih kebinasaannya sendiri.
Abad yang ke-9 BCE memperlihatkan Asiria membuat satu tawaran baru untuk supremasi di bawah Shalmaneser III yang berperang dengan tentera bersekutu, di bawah Hadad, Hadad dari Damaskus, Irhuleni dari Hamath dan Ahab dari Israel.
Pada 879 BCE Assunasirpal II telah membina pusat orang-orang Asiria yang kedua di Kalah (Nimrud moden) yang menggantikan Ninewi.
Pada 841 BCE Shalmaneser III mengambil penghormatan dari kaum Levant termasuk Israel. Pada 806 BCE Adadnirari III mengambil Damaskus tetapi supremasi orang-orang Asiria di dalam golongan Levant telah runtuh kerana peperangan dengan kerajaan Urartu atau Ararat, di bahagian utara Asiria, yang mana telah membentuk sebagai kuasa di dalam abad ke-9 BCE (lihat McEvedy, ms. 19).
Justru, kita kembali kepada keadaan yang mempamerkan situasi kemunculan perjuangan kuasa utama di antara Utara dan Selatan pada abad ke-8 BCE. Seperti yang kita katakan pada 750 BCE, raja Nubia telah menawan Mesir dan membentuk dinasti yang ke-25. pada 732 BCE, bangsa Asiria Tiglath Pileser III menggabungkan Damaskus membuat Israel dan Yudia menjadi negeri jajahan. Pada 729 BCE, Tiglath Pileser III menggabungkan Babilon dan Shalmaneser V (dari 724-721 BCE), menggabungkan Israel pada 722 BCE. Penggantinya Sargon II telah mengembalikan sepuluh suku kaum.
Pada 710 BCE golongan Cimmeria mencerobohi trans-Caucasia dari padang rumput di Rusia. Mereka telah menghancurkan Urartu dan kerajaan Phrygia di Anatolia. Pada 705 BCE Sargon II telah terbunuh semasa berlawan dengan golongan Cimmeria. Pada 701 BCE tentera Sennacherib secara tidak diduga melarikan diri dari kempen penghukuman di Yudia. Pada 720 BCE Sargon II telah membentuk pusat suku Asiria di Sharrukin atau Benteng Sargon. Pada 701 BCE orang Sennacherib telah meninggalkan Benteng Sargon dan sekali lagi mengambil Ninewi sebagai pusat. Justru, seolah-olah terdapat penumpuan semula pada nubuatan-nubuatan yang mengenai Ninewi.
Pada 669-663 BCE empayar orang Asiria mencapai perluasannya yang maksimum dengan penawanan Mesir oleh Esarhaddon dan Assurbanipal. Sebuah dinasti boneka yang ke-26 telah terbentuk di Sais di Dataran Mesir.
Semasa abad yang ke-7 BCE dengan kebangkitan kuasa orang Asiria, golongan Phoenicia mengenali kekuasaan Carthage di antara koloni-koloni barat. Golongan Scyth juga mencerobohi trans-Caucasia pada masa ini. Orang Asiria juga berada di bawah ancaman suku Elamite, satu daripada suku kaum di bahagian timur Persia.
Pada 646 BCE Assurbanipal menghancurkan Elam yang mana didiami oleh orang-orang Persia sebagai tempat pengasingan mereka.
Pada 626 BCE kejatuhan empayar Asiria bermula dengan pemberontakan Babilon ketika kematian Assurbanipal.
Pada 614 BCE Assur telah ditawan oleh orang Medo. Pada 612 BCE Ninewi telah ditawan oleh orang Babilon dan Medo. Pada 610 BCE orang Babilon menyingkirkan tentera Asiria yang terakhir di Harran dan mengakhiri negeri orang Asiria.
Fasa ini menandakan fakta yang sangat penting di dalam empayar sejarah. Nubuatan dalam Daniel 2 adalah berkenaan dengan kemunculan kerajaan-kerajaan dunia yang baru yang dimulakan dengan kerajaan kepala emas orang Babilon di bawah Nebukanezar. Latar belakang empayar-empayar yang seterusnya telah muncul di sebalik kancah-kancah ini. Semasa jangka masa 750-701 BCE terdapat imigran-imigran Greek menuju ke selatan Itali dan Sicily menjumpai Syracuse, Catania, Reggio, Tarentum dan Sybaris. Pada abad yang ke-7 BCE mereka berhijrah ke tebing-tebing Propontis atau Laut Marmara: jangka masa ini mempamerkan pembentukan Chalcedon, Byzantium, Abydos dan Lampascus.
Roma sudah dibentuk, secara tradisi, sejak 753 BCE yang dipertalikan dengan kemunculan negeri kota Etruscan di utara. Justru, fasa ini dijadikan bagi kemunculan empayar-empayar dalam Daniel 2, yakni empat binatang yang besar dalam Daniel 7 dan 8. Rentetan ini bermula dengan perincian mengenai empayar Babilon di bawah Nebukanezar dalam Daniel 4. Kerajaan ini akan diikat sebagai tunggul dan ditinggalkan selama sampai tujuh masa berlalu (Dan 4:25) supaya ianya boleh mendemonstrasikan bahawa Yang Maha Tinggi memerintah kerajaan manusia (Dan 4:26).
Nubuatan ini telah disimpan pada pertamanya selama tujuh tahun, tetapi rentetan waktu tujuh masa berlalu merujuk kepada tujuh masa 360 hari (tahun dalam nubuatan) atau 2520 tahun. Nubuatan ini adalah penting dan akan menjadi bukti sementara kita meneruskan.
Peperangan utama atau kunci untuk nubuatan ini bermula dari Nebukanezar pada 605 BCE. Justru, lengan pertama bagi Mesir telah dipatahkan oleh orang Babilon yang mana telah dipatahkan sebelum ini oleh orang Asiria. Firaun Necho telah berarak untuk menyokong orang Asiria pada peperangan Harran pada 610 BCE yang telah ditakluki oleh mereka pada 669-663 BCE. Dia telah ditentang oleh Israel dan membunuh raja Josiah di Megiddo (609 BCE). Justru, kepentingan maksud Megiddo akan terbentuk ketika konflik terakhir.
Pada 605 BCE Necho dari Mesir telah dikalahkan oleh raja orang Babilon dalam peperangan Carchemish. Justru, Mesir telah ditawan, tetapi ia tidak dimasuki oleh pihak musuh. Peperangan kunci ini menandakan pencerobohan oleh orang Babilon, yang mana kemudiannya melibatkan struktur jangka masa empat puluh tahun. Kemudian Mesir mula membina semula kemerdekaan mereka. Pada 567 BCE, lebih kurang 38 tahun selepas kekalahan yang pertama, sekali lagi Nebukanezar mengalahkan Mesir. Justru, jangka masa lengan-lengan yang patah dalam empat puluh tahun yang pertama telah lengkap.
Pada 598 BCE Nebukanezar mengambil Yerusalem dan mengembalikan orang Yahudi kepada Babilon tetapi meninggalkan negeri orang Yahudi dalam keadaan utuh. Pada 587 BCE dia sekali lagi mengambil Yerusalem dan memusnahkan Kaabah pertama, Justru, erti nubuatan ini boleh di lihat mempunyai hubungan langsung dengan Kaabah dan meliputi bangsa-bangsa yang terlibat. Maksud penuhnya akan kelihatan sementara kita mengembangkan nubuatan ini.
Babilon sendiri telah ditawan oleh Medo dan Persia di bawah Cyrus yang ditentukan oleh Allah untuk tujuan bukan sahaja membinasakan orang Babilon, tetapi juga memulihakn Israel dan membentuk dasar pembentukan semula Kaabah.
Aktiviti yang melibatkan Cyrus ini juga adalah sangat penting dalam pemahaman terhadap rentetan pada zaman akhir. Dari pemulihan serta pembinaan semula ini, jangka masa pelayanan Mesiah telah ditetapkan dan berhubungan kepada Tanda Yunus dan pemusnahan Kaabah pada 70 CE.
Pemulihan dan pemusnahan Yerusalem mengikuti dari nubuatan tentang tujuh puluh minggu dalam tahun (Dan 9:25). Tujuh puluh minggu ini berakhir dengan pemusnahan pada 70 CE. Ianya tidak berakhir pada 27 CE seperti yang didakwa oleh Kekristianan moden.
Empat puluh tahun itu adalah, sejak dari kematian Mesiah sehingga pemusnahan Kaabah dan Yerusalem pada 70 CE, justru, melengkapkan elemen yang kedua dalam fasa pertama tanda Yunus (lihat tulisan Tanda Yunus dan Sejarah Pembinaan Semula Kaabah [013]). Fasa dalam Tanda Yunus menjangkau empat puluh tahun Yobel yang terakhir dalam jangka masa 6.000 tahun, satu kitaran dalam 2,000 tahun. Perlambangan tiga jangka masa dalam empat puluh tahun Yobel yang berjumlah 6,000 tahun telah dikenal pasti dalam kehidupan Musa sebagai garis kasar di dalam tulisan Musa dan Ilah-Ilah Mesir [105].
Yehezkiel 30 diteruskan:
Yehezkiel 30:23 23 Aku akan menyerakkan orang Mesir di antara bangsa-bangsa dan menghamburkan mereka ke semua negeri. 24 Aku akan menguatkan tangan raja Babel dan akan memberikan pedang-Ku dalam tangannya, tetapi Aku akan mematahkan tangan Firaun dan ia akan merintih di hadapannya seperti orang yang mendapat luka berat. 25 Ya, Aku akan menguatkan tangan raja Babel, tetapi tangan raja Firaun akan jatuh terkulai. Dan mereka akan mengetahui bahwa Akulah TUHAN, pada saat Aku memberikan pedang-Ku dalam tangan raja Babel dan ia mengacungkannya melawan tanah Mesir. 26 Aku akan menyerakkan orang Mesir di antara bangsa-bangsa dan menghamburkan mereka ke semua negeri. Dan mereka akan mengetahui bahwa Akulah TUHAN."
Justru, kuasa Mesir akan dipatahkan. Dari yehezkiel 30:26, kuasa mereka telah dipatahkan supaya mereka akan tahu bahawa Allah adalah Allah Yang Maha Tinggi. Asiria sendiri adalah angkuh dan contoh kepada keangkuhan diri dan kecongkakan, telah melanda ke atas Mesir sebagai contoh atau prototaip kepada ajal Mesir. Yehezkiel 31 diteruskan.
Yehezkiel 31:1-4 1 Pada tahun kesebelas, dalam bulan yang ketiga, pada tanggal satu bulan itu, datanglah firman TUHAN kepadaku: 2 "Hai anak manusia, katakanlah kepada Firaun, raja Mesir dan kepada khalayak ramai yang mengikutinya: Di dalam kebesaranmu siapakah yang dapat menyamai engkau? 3 Lihat, Aku menyamakan engkau dengan pohon aras di Libanon, penuh dengan cabang yang elok dan daun yang rumpun sekali; tumbuhnya sangat tinggi, puncaknya sampai ke langit. 4 Sungai-sungai membuatnya besar samudera raya membuatnya meninggi; itu membuat sungainya mengalir mengelilingi bedengnya itu; dan menjulurkan saluran-saluran ke segala pohon yang ada di padang.
Ayat ini merujuk kepada wuduk air bawah tanah tempat di mana pohon-pohon mendapat makanannya. Soncino meneruskan dasar fikiran ini bahawa sungai yang besar bukan sahaja dipenuhi dengan pohon-pohon cedar tetapi juga dipenuhi dengan kanal-kanal yang lebih kecil yang mana membekalkan makanan kepada pohon-pohon yang lain. Justru, Asiria telah menerima bekalan yang banyak supaya kekuatannya akan bertambah mengatasi yang lain. Justru, alokasi bagi kekuatan bangsa-bangsa ini dibincangkan. Konsep dalam sistem bangsa tersebut bukan lah perkara yang dibincangkan, ianya mengenai pemerintah-pemerintah sistem-sistem ini, yakni di tempat di mana mereka memperolehi kekuasaan mereka, yang secara asalnya dari Roh Allah.
Yehezkiel 31:5-14 5 Maka dari itu tumbuhnya lebih tinggi dari segala pohon di padang; ranting-rantingnya menjadi banyak, cabang-cabangnya menjadi panjang lantaran air yang melimpah datang. 6 Pada rantingnya diam bersarang segala burung yang di udara, di bawah cabangnya segala binatang di hutan, melahirkan anaknya; dan semuanya bangsa besar duduk bernaung di bawahnya. 7 Ia elok karena besarnya dan karena cabangnya yang panjang-panjang; karena akarnya julur-jalar sampai di air yang berlimpah-limpah. 8 Pohon-pohon aras di dalam taman Allah tidak akan dapat menyainginya, juga pohon sanobar tidak akan dapat menyamai ranting-rantingnya, dan pohon berangan tidak dapat dibandingkan dengan cabang-cabangnya. Segala pohon-pohon yang di taman Allah tiada yang dapat disamakan dengan dia mengenai keelokannya. 9 Aku membuat dia sungguh-sungguh elok dengan cabang-cabangnya yang sangat rapat. Di taman Eden, di taman Allah segala pohon cemburu padanya. 10 Oleh sebab itu beginilah firman Tuhan ALLAH: Oleh karena ia tumbuh tinggi dan puncaknya menjulang sampai ke langit dan ia menjadi sombong karena ketinggiannya, 11 maka Aku telah menyerahkan dia ke dalam tangan seorang berkuasa di antara bangsa-bangsa, supaya ia memperlakukannya selaras dengan kejahatannya; Aku menghalau dia. 12 Orang-orang asing, yaitu yang paling ganas di antara bangsa-bangsa, akan menebang dia dan membiarkannya; di atas gunung-gunung dan di semua lembah cabang-cabangnya berjatuhan dan di semua alur sungai negeri itu ranting-rantingnya berpatahan dan semua bangsa di bumi pergi lari dari naungannya dan membiarkan dia. 13 Di atas batangnya yang roboh itu berhinggapan segala burung di udara dan di antara cabang-cabangnya diam segala binatang di hutan. 14 Semuanya ini terjadi supaya segala pohon yang di tepi air jangan meninggikan dirinya dan puncaknya jangan dijulurkan sampai ke langit dan supaya pohon-pohon besar, yaitu semua yang menghisap banyak air, jangan tetap berdiri di dalam kecongkakannya; sebab mereka semuanya telah diserahkan ke dalam maut, ke dalam bumi yang paling bawah, di tengah anak-anak manusia yang telah turun ke liang kubur.
Kekeliruan yang disebabkan oleh ayat ini mempunyai makna. Asiria akan digunakan sebagai prototaip kejatuhan Mesir namun para pewaris Asiria, seperti orang-orang Babilon, yang juga disebut oleh orang Greek sebagai orang Asiria, akan menjadi alat. Lebihan pula orang Babilon akan menjadi kepala emas dalam Daniel 2 yang telah memulakan rentetan empayar-empayar, yang mana mereka sendiri akan dimusnahkan dan akan digantikan oleh kerajaan Mesiah. Jsutru, maksud perkara ini adalah sukar diikuti di dalam ungkapan yang mudah di antara bangsa terhadap bangsa. Ianya harus difahami bahawa Allah telah melantik warga semesta dan membagikan kuasa serta hukuman.
Ayat ini menunjukkan maksud yang lebih mendalam kepada nubuatan ini daripada tanggapan sebelumnya.
Maksud pemberontakan oleh warga semesta dengan jelasnya dirujuk oleh ayat-ayat kunci yang dikurungkan dengan merujuk langsung kepada Lucifer atau Pemegang Terang, yakni Bintang Fajar pada masa sekarang. Minum air adalah merujuk langsung kepada pembahagian Roh Suci dari Yesus Kristus kepada umat manusia. Warga semesta memiliki Roh tersebut dan memberontak, cuba untuk menggulingkan Allah. Roh itu, disalurkan melalui elohim warga semesta, menyebabkan pohon-pohon atau bintang-bintang warga semesta bertumbuh dengan baik. Umat manusia akan diberikan Roh ini dan akan dipimpin oleh kengerian akibat pemberontakan ini. Fakta bahawa Roh ini diberikan kepada warga semesta dan menyebabkan mereka bertumbuh dengan baik, seharusnya tidak disalah ertikan sebagai memberi sumbangan kepada keangkuhan Setan dan seterusnya mengakibatkan kejahatan. Kebesaran warga semesta yang dipertalikan dengan Roh Suci mengakibatkan kejahatan. Fakta bahawa umat pilihan boleh melakukan dosa walaupun memiliki Roh adalah konsep yang sama. Roh itu tidak menyebabkan kejahatan. Agensi moral percuma tidak menyebabkan dosa; ianya semata-mata membenarkan penyalahgunaan kuasa walaupun kepada mereka yang memiliki Roh Suci. Jusrtu, Setan dan Kristus boleh berdosa dan Setan melakukan dosa.
Umat pilihan akan mengambil air-air dari Roh Suci yang mana dirujuk sebagai air-air.
Yesaya 12:3 Maka kamu akan menimba air dengan kegirangan dari mata air keselamatan.
Janji Allah kepada Yakub diberikan di dalam Yesaya 44:3 di mana Allah berfirman:
Yesaya 44:3 Sebab Aku akan mencurahkan air ke atas tanah yang haus, dan hujan lebat ke atas tempat yang kering. Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas keturunanmu, dan berkat-Ku ke atas anak cucumu.
Roh ini akan dicurahkan seperti air. Mata air ini telah dicatat di dalam Yesaya 49:10 yang disebut dalam Wahyu 7:16 di aman Anak Domba itu akan memimpin umat pilihan ke mata air pancuran. Ini merujuk langsung kepada Roh Suci dan fakta bahawa ianya disalurkan melalui elohim pengantara warga semesta. Tuhan adalah mata air kehidupan (Yer 17:13). Ini adalah air sungai kehidupan (Wah 22:1). Dari Allah ianya kemudian disalurkan kepada setiap warga semesta melalui elohim pengantaranya, dalam hal kita melalui Yesus Kristus. Kristus mengatakan bahawa dari dia air kehidupan akan terbit (Yoh 4:10-14; 7:38 petikan dari Yes 12:3; 55:1; 58:11; Yeh 47:1) berbicara mengenai Roh (Yoh 7:39). Kristus telah mengembangkan konsep air kekal kepada pemulihan dari Yeremia 2:13 dan 17:13, di mana Allah adalah sumber air hidup dan juga Zakariah 14:8. Suara Kristus adalah seperti bunyi deru air (Wah 1:15). Dalam pemulihan, mata-mata air hidup ini akan mengalir dari yerusalem (Zak 14:18) yang terbit dari bait suci (Yeh 47:12). Terdapat malaikat yang berkuasa atas air dari Wahyu 16:5.
Ulasan di dalam Yeremia, Yehezkiel dan Wahyu mempunyai konotasi literal dan spiritual. Israel akan dibersihkan secara spiritual oleh air dari yehezkiel 36:25. Umat pilihan akan mengambil air kehidupan tanpa bayaran (Wah 22:17). Ini adalah pemahaman dasar kepada pembaptisan dan kelahiran kembali di dalam Roh Suci seperti yang dirujuk dalam Matius 28:19-20.
Pergumulan kuasa-kuasa spiritual juga dicatat dalam Zakariah 9:9-17 dalam merujuk langsung kepada Mesiah. Mesiah akan membebaskan Israel dan membentuknya buat selama-lamanya. Rujukan-rujukan penting pada ayat ini berada di dalam ayat 11:
Zakariah 9:11 Mengenai engkau, oleh karena darah perjanjian-Ku dengan engkau, Aku akan melepaskan orang-orang tahananmu dari lobang yang tidak berair.
Rujukan kepada jurang atau lubang yang tidak berair sekali lagi merujuk kepada air-air Roh, yang mana ditahan dari jurang dan warga yang jatuh, justru menekankan konsep di dalam Yehezkiel. Konflik yang secara khusus disebut di dalam Zakariah adalah dari Israel dan Greece dalam ayat 13. kita sedang merujuk kepada peperangan rohani yang memastikan minda pada umat pilihan yang menggunakan sistem-sistem Greek untuk meruntuhkan pemahaman spiritual umat pilihan melalui struktur teologi, yang menyelewengkan sifat Allah dan pegangan Alkitab. Fahaman Trinitarianisme adalah akibat langsung dari struktur falsafah Greek, yaang tidak mempunyai dasar-dasar Alkitab.
Akibat akhir pergumulan ini di lihat dari Zakariah 9:15.
Zakariah 9:15-16 15 TUHAN semesta alam akan melindungi mereka, dan mereka akan menghabisi dan menginjak-injak pengumban-pengumban. Mereka akan minum darah seperti minum anggur dan menjadi penuh seperti bokor penyiraman, seperti penjuru-penjuru mezbah. 16 TUHAN, Allah mereka, akan menyelamatkan mereka pada hari itu; seperti kawanan domba umat-Nya itu, sungguh, mereka seperti permata-permata mahkota yang berkilap-kilap, demikianlah mereka di tanah TUHAN.
Mereka akan dipenuhi oleh Roh Suci dan mereka akan dilindungi seperti penjuru-penjuru Mezbah. Mereka akan menjadi keimamatan Israel.
Masa kesudahan ini memperlihatkan kemungkaran gembala-gembala (Zak 10:2). Kemurkaan Tuhan timbul terhadap para gembala dan terhadap kawanan kambing (Zak 10:3). Peperangan pada zaman akhir juga terperinci di dalam Zakariah 10:3-12. Rumah Yehuda dan Efraim akan dijadikan seperti pahlawan dan Tuhan akan memanggil Efraim. Tuhan berfirman di dalam Zakariah 10:8-12:
Zakariah 10:8-12 8 Aku akan bersiul memanggil mereka dan Aku akan mengumpulkan mereka, sebab Aku sudah membebaskan mereka, dan jumlah mereka menjadi banyak seperti dahulu. 9 Sekalipun Aku telah menyerakkan mereka ke antara bangsa-bangsa, tetapi di tempat-tempat yang jauh mereka akan ingat kepada-Ku; mereka akan hidup bersama-sama anak-anak mereka dan mereka akan kembali. 10 Aku akan membawa mereka kembali dari tanah Mesir, dan dari Asyur Aku akan mengumpulkan mereka; Aku akan membawa mereka masuk ke tanah Gilead dan ke Libanon, sehingga tidak ada tempat lagi bagi mereka. 11 Mereka akan menyeberangi laut Mesir dan Ia akan memukul gelombang di laut, sehingga segala tempat yang dalam di sungai Nil menjadi kering. Kebanggaan Asyur akan diturunkan dan tongkat kerajaan Mesir akan lewat. 12 Aku akan menguatkan mereka, dan mereka akan bermegah di dalam nama TUHAN," demikianlah firman TUHAN.
Konsep dalam ayat-ayat ini merujuk kepada peperangan-peperangan pada zaman akhir dan pemulihan kepada milenial atau Kerajaan Mesiah. Pengeluaran yang baru dan perkumpulan Israel berlaku bersama dengan pembinasaan terhadap sistem-sistem dunia, yang dilambangkan oleh Mesir dan kemudia Asiria. Air sungai yang ketandusan adalah merujuk langsung kepada sungai Nil yang menjadi kering seperti yang di catat di dalam Yehezkiel 30:12. Ketandusan Mesir dari Migdol sehingga Syene merujuk kepada lebaran jangkauan sungai Nil ke Assouan atau Assawan di kawasan empangan. Ini belum lagi berlaku.
Pergumulan kuasa-kuasa spiritual warga semesta dijelaskan dengan terperinci lagi di dalam analogi yang digunakan di antara Israel, Mesir dan Babilon. Nubuatan mengenai pembinasaan kepada kuasa-kuasa dunia serta kepala-kepala malaikat mereka di lihat akan digantikan dengan Kerajaan Mesiah. Ini juga boleh di lihat di dalam Yehezkiel 17:1-2.
Yehezkiel 17:1-2 1 Maka datanglah firman TUHAN kepadaku: 2 "Hai anak manusia, katakanlah suatu teka-teki dan ucapkanlah suatu perumpamaan kepada kaum Israel.
Teka-teki ini (atau masalah yang membingungkan yang diajukan untuk jawapan) akan di gabungkan dengan perumpamaan (yang merupakan perbandingan dari satu perkara ke satu perkara). Justru, ayat ini rahsia ilahi yang membutuhkan jawapan dan yang mana membezakan jenis dan bukan jenis. Ayat ini pertamanya merujuk kepada Helang-helang yang besar. Ini secara tradisi menyimpulkan sebagai raja Babilon. Raja Babilon bukan sahaja sebagai raja fizikal. Ia juga merujuk kepada jenis utama pemerintah-pemerintah yang di luar kebiasaan. Helang-helang yang besar adalah kerubin (Kel 25:20; 37:9) atau malaikat tertinggi elohim. Helang besar bagi Israel ialah Yesus Kristus, yakni malaikat Yahweh yang telah mendukung Israel keluar dari tanah Mesir (Kel 19:4) dan yang telah menolong Israel sebagai satu Jemaat di padang belantara (Wah 12:14). Demikian juga, apabila Anak Manusia datang dengan kemuliaan, akan ada (malaikat) burung helang yang akan berkumpul (Mat 24:28; Luk 17:37). Hukuman atas penyembahan berhala dan tidak menurut dalam Ul 28:49 adalah mendatangkan suatu bangsa ke atas Israel seperti helang yang datang menyambar. Bangsa-bangsa ini di bawah malaikat warga semesta akan digunakan untuk menghukum bangsa-bangsa. Maksud ayat-ayat ini diteliti di bawah.
Yehezkiel 17:3-4 3 Katakanlah: Beginilah firman Tuhan ALLAH: Seekor burung rajawali yang besar dengan sayapnya yang besar dan panjang, penuh dengan bulu yang berwarna-warna datang ke gunung Libanon dan ia mengambil puncak pohon aras. 4 Ia mematahkan pucuknya yang paling ujung dan dibawanya ke sebuah negeri perdagangan lalu diletakkannya dia di kota perniagaan.
Secara tradisi ini merujuk kepada penawanan Yehoikhin yang dia telah bawah ke Babilon (Yekonah atau Koniah) (lihat juga ayat 12 dan Yer 22:23-24).
Yehezkiel 17:5-6 5 Ia mengambil sebuah dari taruk-taruk tanah itu dan menanamnya di ladang yang sudah sedia ditaburi; ia menempatkannya dekat air yang berlimpah-limpah seperti pohon gandarusa 6 sehingga ia tumbuh dan menjadi pohon anggur yang rimbun, yang tumbuhnya rendah dan cabang-cabangnya melengkung menuju burung itu dan akar-akarnya tetap di bawahnya. Demikianlah ia menjadi pohon anggur dan mengeluarkan tunas-tunas dan memancarkan taruk-taruk.
Ayat ini secara tradisi merujuk kepada pembangunan Zedekiah sebagai orang suruhan raja Israel.
Yehezkiel 17: 7-8 7 Dalam pada itu ada juga burung rajawali besar yang lain dengan sayapnya yang besar dan bulu yang lebat. Dan sungguh, pohon anggur ini mengarahkan akar-akarnya ke burung itu dan cabang-cabangnya dijulurkannya kepadanya, supaya burung itu mengairi dia lebih baik dari bedeng di mana ia ditanam. 8 Namun ia ditanam di ladang yang baik, dekat air yang berlimpah-limpah, supaya ia bercabang-cabang dan berbuah dan supaya menjadi pohon anggur yang bagus.
Ini merujuk kepada Mesir dan Firaun Hophra. Zedekiah telah memberikan sumpah setia kepada orang Babilon tetapi berpaling kepada Mesir. Yehezkiel 17 diteruskan:
Yehezkiel 17:9-21 9 Katakanlah: Beginilah firman Tuhan ALLAH: Apakah itu akan berhasil? Apakah orang tidak akan mencabut akar-akarnya dan menyentakkan buahnya, sehingga semua ulamnya yang baru menjadi kering? Tidak usah tangan yang kuat dan banyak orang untuk mencabut dia dengan akar-akarnya. 10 Lihat, ia memang ditanam, tetapi apakah ia akan memberi hasil? Apakah ia tidak akan layu kering kalau ditimpa angin timur? Ia akan layu kering di bedeng tempat tumbuhnya itu." 11 Maka datanglah firman TUHAN kepadaku: 12 "Katakanlah kepada kaum pemberontak: Tidakkah kamu mengetahui apa artinya ini? Katakan: Lihat, raja Babel datang ke Yerusalem dan ia mengambil rajanya dan pemuka-pemukanya dan membawa mereka ke Babel baginya. 13 Lalu ia mengambil seorang yang berasal dari keturunan raja dan mengadakan perjanjian dengan dia sambil menyuruh dia bersumpah. Ia mengambil juga orang-orang berkuasa negeri itu, 14 supaya kerajaan itu menjadi lemah dan jangan memberontak lagi, juga supaya memegang teguh perjanjian itu dan dengan demikian tetap ada. 15 Tetapi orang itu memberontak kepadanya dengan menyuruh utusannya ke Mesir, supaya ia diberi kuda dan tentara yang besar. Apakah ia akan berhasil? Apakah orang yang berbuat demikian dapat luput? Apakah orang yang mengingkari perjanjian dapat luput? 16 Demi Aku yang hidup, demikianlah firman Tuhan ALLAH, ia pasti mati di Babel, di tempat raja yang mengangkatnya menjadi raja. Karena ia memandang ringan kepada sumpah yang dimintakan raja itu dari padanya dan mengingkari perjanjian raja itu dengan dia. 17 Dan Firaun tidak akan membantu dia dalam peperangan dengan tentara yang besar dan sekumpulan banyak orang, pada waktu tembok pengepungan ditimbun dan benteng pengepungan didirikan untuk melenyapkan banyak orang. 18 Ya, ia memandang ringan kepada sumpah dan mengingkari perjanjian. Sungguh, walaupun ia menyungguhkan hal itu dengan berjabat tangan, tetapi ia melanggar semuanya itu, maka ia tidak dapat luput. 19 Oleh sebab itu, beginilah firman Tuhan ALLAH: Demi Aku yang hidup, Aku pasti menimpakan atas kepalanya sumpahnya kepada-Ku, yang dipandangnya ringan dan perjanjiannya di hadapan-Ku, yang diingkarinya. 20 Aku akan memasang jaring-Ku untuk menangkap dia dan di dalam perangkap-Ku ia akan terjebak; Aku akan membawa dia ke Babel dan di sana Aku akan berperkara dengan dia, karena ia berobah setia terhadap Aku. 21 Dan semua tentara pilihannya akan tewas dimakan pedang dan yang terluput akan dihamburkan ke semua mata angin. Dan kamu akan mengetahui bahwa Akulah TUHAN, yang mengatakannya.
Pembinasaan Zedekiah telah dicatat di dalam Yeremia. Israel tidak mahu menurut perintah dan hukuman Allah. Mereka melakukan dosa dan Allah menghukum mereka; namun Dia semestinya telah membiarkan Kaabah itu dan kedudukan Yehuda sekiranya mereka telah memelihara undang-undang Dia serta menurut mereka yang Dia sudah tetapkan.