Jemaat
Jemaat Allah Al Maséhi
[039]
Salib - Asal-Usul dan Maksudnya [039]
(Edisi 3.0 19940625-19991203)
Karya ini membincangkan asal-usul salib itu di dalam sejarah dan meneliti kepentingannya di dalam penyembahan manusia pra-Kristian. Penggunaan simbol salib oleh Jemaat diperiksa bersama dengan perkembangannya di dalam perlambangan keagamaan. Pertalian salib itu kepada perintah kedua juga diteliti.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 2002 Wade Cox)
(Tr. 2002)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini
boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org
dan http://www.ccg.org
Salib - Asal-Usul dan Maksudnya [039]
Bentuk-bentuk Relevan
Salib-salib Bukan Kristian
Yunani
India
Zaman
Tembaga dan Celt
Amerika
China
Salib Matahari Berpagar
Salib Ankh
Salib Ankh atau Bertangkai
Ankh
dan Kebangkitan
Salib Tau
Salib Gammate
Salib di dalam Agama Kristian
Tanda Salib
Sistem-sistem
Misteri
Asherah
Simbol-simbol
Salib Lanjutan
Penyaliban
dan Simbol-simbol
Shamanisme dan Pancang Dunia
Pengambilan Pokok
Salib-salib dan Pokok-pokok
**************************
Kamus Drury (Dictionary of Mysticism and the Occult) mendefinisikan salib sebagai:
Suatu simbol pra-Kristian kuno yang ditafsirkan oleh beberapa pakar ilmu ghaib sebagai menyatukan zakar lelaki (palang menegak) dengan vagina perempuan (palang melintang). Ianya juga suatu simbol bagi empat arah angin dan suatu senjata kuat untuk menentang kejahatan.
Berry (Encyclopaedia Heraldica) menyebut pasal 385 jenis salib yang berlainan. Kebanyakannya hanya digunakan untuk tujuan perhiasan ataupun sebagai lambang keturunan (ERE, art. Cross, Vol. 4, mukasurat 324 dan seterusnya). Ada 9 jenis salib yang mempunyai perlambangan keagamaan. Mereka adalah:
Salib Yunani atau ekuilateral (sama ukuran sempadannya);
apa yang dipanggil salib Latin (crux immissa or capitata) di mana palang bawahnya lebih panjang daripada tiga bahagian palang yang lain;
salib berbentuk Tau (potencée or commissa);
salib bertangkai atau berpemegang (crux ansata);
salib St Andrews (crux decussata);
salib Gammate;
salib Maltese atau salib berpancaran;
salib Lorraine dengan dua atau tiga kali lintangan;
salib yang dipasangkan pada tangga (perronnée).
Salib telah dikaitkan dengan agama Kristian. Namun begitu ia bukanlah suatu simbol awal Kristian dan, sememangnya, Jemaat Gereja yang memelihara Sabat secara tradisinya adalah bersifat ikonoklastik (menentang pemujaan patung dan gambar suci) dan telah membenci penggunaan simbol salib kerana perlambangan pagannnya. Memang sekali, beberapa daripada orang-orang Kristian yang memelihara Sabat telah mati syahid kerana tentangan mereka terhadap penggunaan salib di dalam perlambangan Kristian. Orang-orang Vandal contohnya merupakan golongan bersifat ikonoklastik Subordinationis yang telah menghancurkan patung-patung yang dipuja di Yunani dan Rom.
Golongan Paulician adalah bersifat ikonoklas, sama seperti kesemua golongan Sabbatati yang berhubungkait ataupun berasal daripada mereka.
Kumpulan Paulician telah sentiasa menentang penyembahan lawan mereka terhadap Salib itu (Armenian, Chazus); oleh itu istilah Chazitzarii, Chazinzarians (Staurolatræ) nampaknya bukanlah merujuk kepada mana-mana mazhab yang kecil, tetapi Jemaat Armenia yang telah terasas sepertimana dipandang oleh kumpulan Paulician ini (Whitley ERE, art. Sects, mukasurat 319).
Sentimen ikonoklastik ini dibawa bersama oleh golongan Sabbatati ke seluruh pelusuk Eropah. Peter dari Bruys, mengajar untuk sekitar dua puluh tahun di selatan Perancis, menentang perbuatan-perbuatan keterlaluan para imam gereja, dan khasnya terhadap penggunaan salib. Pihak berkuasa Gereja telah mencatatkan perihal tentangan mereka terhadap amalan itu seperti ini:
Pada tempat-tempatmu umat-umat dibaptiskan kembali, gereja-gereja dinodai, mezbah-mezbah dibongkarkan, salib-salib dibakar; pada hari kesukaan Tuhan kita, daging secara terang-terang dimakan, para imam dihukum, para biarawan dipenjarakan dan dipaksa dengan cara ketakutan dan seksaan untuk berkahwin (Whitley, ibid., mukasurat 321; rujuk A H Newman Manual of Church History, Philadelphia, 1900, 1. 560).
Larangan terhadap salib-salib ini (serta juga amalan pembaptisan orang dewasa) berterusan di dalam Jemaat-jemaat Allah yang memelihara Sabat hingga ke hari ini. Simbol salib itu adalah paling kuno dan mempunyai beberapa maksud mistik.
Salib Yunani
Salib Yunani atau salib yang sama ukuran sempadannya, adalah begitu mudah sekali bentuknya sehinggakan ianya digunakan untuk mewakili konsep-konsep yang paling asas sekali mengenai penerbangan, persenjataan dan implemen-implemen penghasilan api. Lebih utama lagi, amnya, ianya digunakan untuk mewakili radiasi atau ruang (sungguhpun, kadangkalanya, penggunaannya hanyalah sebagai perhiasan).
Salib sama segi ini telah diambil oleh orang-orang Kasdim-Asyur sebagai simbol langit dan tuhannya Anu.
Orang-orang yang sama mempamerkan matahari dan lapan bahagiannya sebagai suatu bulatan dengan lapan jalur sinaran yang terpancar daripadanya. Dengan menggabungkan jalur-jalur ini kepada pasangan-pasangan, maka terciptalah salib berradiasi/berpancaran yang dipakai oleh Raja Asyur di sekeliling lehernya seperti juga dengan salib yang dipakai oleh seorang Komander di dalam aturan-aturan kesatriaan kita (ERE, ibid., mukasurat 324-325).
Raja-raja Asyur diperhatikan oleh Layard.
Patung-patung Raja-raja Asurnazirpal dan Sansirauman, yang kini terpamer di Muzium British, mempunyai permata-permata berbentuk salib (cruciform) di sekeliling leher mereka (Layard Monuments of Nineveh, II, pl. IV) (Cath. Encyc., art. Cross, Vol. IV, mukasurat 518).
Salib itu juga muncul di kalangan orang-orang Phoenicia barat.
Anting-anting cruciform telah ditemui oleh Paderi
Father Delattre di dalam makam-makam Punic di Carthage (ibid.).
Salib mempunyai maksud yang berkaitan dengan penyembahan matahari. Schliemann telah memerhatikan kehadiran salib itu pada hasilan pasu dan bentuk lingkaran-lingkaran daun di Troad (iaitu kawasan sekitar Troy) (ERE, ibid., mukasurat 325). Ianya bersilih-ganti dengan cakera berjalur itu dan ada kalanya kedua-dua tanda ini nampaknya saling bertindih (ibid.).
Perkaitan dengan Apollo dan kultus-kultus matahari diperhatikan di sini, di mana cokmar/tongkat Apollo kadangkala mengambil bentuk salib (rujuk duit syiling Gallienus yang digambarkan di dalam karya Victor Duruy’s Hist. des Romains, Paris, 1885, Vol. VIII, mukasurat 42, ERE, ibid.).
Salib itu dikaitkan dengan Castor dan Pollux pada duit syiling Caracalla (ibid.).
Orang-orang India
Orang-orang India menggunakan salib sama sisi itu bersilih-ganti dengan cakera berjalur tersebut. Cunningham (Bhilsa Topes, 1854, pl. xxxi) menggambarkan suatu duit syiling kuno di mana cabang-cabang salib itu berakhir dengan kepala anak panah.
Salib terhasil secara semulajadinya pada persimpangan jalanan dan dengan itu telah menjadi suatu objek penghormatan. Avesta mempunyai formulanya:
Kami mempersembahkan korban …di persimpangan jalan-jalan besar dan kepada pertemuan jalan-jalan (SBE, xxxi (1887) 291). Pada zaman India dahulukala, mereka tidak boleh didewa-dewakan atau dihalangi (ibid., xxii (1884) 182, xxxiii. (1889) 158, ERE, Vol. 4, art. Cross-Roads, mukasurat 330 dan seterusnya).
Lama-kelamaan, dewa-dewa itu sendiri dilibatkan di dalam aktiviti-aktiviti keiblisan yang sepatutnya mereka halang (ibid.).
Zaman Tembaga dan Celt
Pada zaman tembaga, khususnya di kalangan orang-orang Gaul, salib banyak kelihatan pada hasilan tembikar/tanah liat, permata-permata dan duit-duit syiling (G de Mortillet La Signe de le Croix avant le christianisme, Paris, 1866, mukasurat 44 dan seterusnya). D’Alviella (ERE, ibid.) berpendapat bahawa lambang ini jelas sekali berasaskan matahari. Patung kecil suatu dewa Gaul iaitu Sucellus, yang ditemui di Perancis di Côte d’Or, memperlihatkan pakaian luar yang diliputi dengan salib-salib. Dia digambarkan memegang suatu tukul yang melambangkan petir kilat dan suatu kendi atau olla pada sebelah tangannya (lihat karya Renel Renel Religions de la Gaul avant le christianisme, Paris, 1906, mukasurat 252-257).
Amerika
Salib itu juga ditemui di Mexico, Peru dan secara signifikannya di Amerika Tengah. Di sana ianya menggambarkan empat angin (arah angin) yang merupakan sumber hujan. Di Amerika pra-Columbia, ianya suatu mawar angin (wind rose). Dengan itu, di kalangan orang-orang Toltec, ianya melambangkan tuhan mereka iaitu Tialoc, yang telah membahagi-bahagikan perairan semesta alam (lihat karya A Réville Religions du Mexique, Paris, 1885, mukasurat 91 & Eng. tr.). Réville berpendapat bahawa salib di Mexico bermaksud pokok kesuburan atau pokok kehidupan. Pada runtuhan-runtuhan Palenqué, suatu hasil ukiran seni telah dijumpai:
yang menggambarkan orang-orang yang sedang memuja di hadapan suatu salib yang dihinggapi suatu burung yang menakjubkan, yang rupanya lebih kurang sama dengan burung nuri (ERE, op. cit., mukasurat 325).
D’Alviella memperkatakan tentang hal ini bahawa:
Kemungkinan sekali ini adalah lambang tuhan Quetzalcoatl (ular bersayap), yang juga menurut kata Réville, merupakan tuhan angin (op. cit., mukasurat 82, lihat juga karya Thomas Wilson The Swastika, 1896, mukasurat 933 dan seterusnya. Spence (karya Cross (American)) menyebut pasal penggunaan pokok dunia (world tree) yang muncul di sini sepertimana ianya timbul di dalam shamanisme secara amnya, ibid., mukasurat 330).
Orang-orang Dakota juga menggunakan salib itu untuk melambangkan empat angin (ERE, ibid., rajah 8) dan dengan itu nampaknya telah menjadi suatu simbol shamanisme. Salib Amerika (Utara) mungkin sekali telah mempunyai bentuk yang mencirikan matahari atau bintang, daripada apa yang terlihat pada kulit-kulit yang ditemui di timbunan-timbunan tanah di New Mexico (ibid., rajah-rajah 9 & 10; lihat juga Spence, ibid.).
China
Perlambangan awal salib ditunjukkan di dalam ideogram Cina untuk perkataan bagi bumi iaitu suatu salib sama sisi di dalam suatu segiempat sama. D’Alviella memetik daripada Samuel Beal (Indian Antiquary, 1880, mukasurat 67) bahawa:
juga terdapat di China ucapan ‘Allah mencipta bumi mengikut bentuk salib’
dan terus menyebut tentang perlambangan analogi yang pelik di dalam tulisan-tulisan ahli teologi Jerome mengenai salib:
(Com in Marcum) apakah dia kalau bukan bentuk dunia di dalam empat arahnya? [Ipsa species crucis, quid est nisi forma quadrata mundi?]. Timur diwakili oleh bahagian atas, utara oleh lengan kanan (dilihat dari salib), selatan oleh lengan kiri, dan barat oleh bahagian bawah (ERE, op. cit., mukasurat 326).
Kemungkinannya tipis sekali bahawa ideogram Cina itu telah dipinjam secara langsung ke dalam agama Kristian mengikut struktur Jerome, tetapi lebih penting lagi, kemungkinannya lebih besar bahawa fahaman shamanisme yang terbabit di dalam struktur Cina itu telah menembusi ke dalam semua sistem yang ada.
Salib Matahari Berpagar
David Talbot (dalam karyanya The Saturn Myth, Doubleday, NY, 1980) mencatatkan di dalam Bab 6 The Enclosed Sun Cross, bahawa lambang ini muncul di banyak negara daripada Mesir melalui sepanjang Timur Tengah ke India dan China; daripada Crete ke Scandinavial; daripada Alaska ke Amerika Selatan.
Salib matahari berpagar nampaknya mewakili empat sungai syurga. Alkitab merujuk kepada ini sebagai sungai yang keluar dari Taman Eden dan terbahagi kepada empat kepala/sungai. Fahaman tradisi menyatakan bahawa empat sungai itu mengalir ke arah yang bertentangan. Pengetahuan tradisi ini ditemui di dalam kisah Indian Navaho mengenai Age of Beginnings (Zaman Permulaan-permulaan). Ianya juga terdapat di dalam cerita mengenai Syurga Kwen-lun di kalangan orang-orang Cina. Empat sungai ini juga muncul di dalam kitab Hindu Rig Veda, dan kitab Vishnu Purana mengenalpasti empat sungai itu sebagai syurga Brahma di puncak dunia. Sungai-sungai itu juga mengalir mengikut empat arah (Talbot, ibid.). Cerita ini ditemui di antara mitos-mitos Iran berkenaan mata air pusat Ardi Sura, dan merupakan Laut Kehidupan bagi orang-orang Kalmuk di Siberia. Orang-orang Mandaea dari Iraq mempunyai pengetahuan tradisi yang sama dengan yang ada pada Kejadian; kerana orang-orang Babilon juga memperkatakan tentang Negeri Empat Sungai.
Rumah Calypso iaitu seorang dewi Yunani, pada pusat laut, juga diperkatakan mempunyai mata air sentral dari mana empat sungai terbit dan mengalir ke arah-arah bertentangan.
Tulisan Scandinavia iaitu Edda menceritakan tentang asal-usul air di dunia daripada mata air Hvergelmir di negeri dewa-dewi. Orang-orang Slav mengatakan bahawa asal-usul itu adalah daripada batu ajaib Alatuir di pulau syurga Bonyan. Talbot mencatatkan bahawa Brinton telah menemui kisah empat sungai mistik itu di kalangan orang-orang Sioux, Aztec dan Maya, sama seperti Fornander yang telah menemuinya di dalam mitos Polynesia (Talbot, mukasurat 121).
Sedikit sahaja, jika adapun, daripada bangsa-bangsa yang mempunyai fahaman tersebut, yang boleh menunjuk kepada sebarang sumber geografi yang menyumbang kepada gambaran mereka itu. Jadi, apabila orang-orang Babilon menyebut nama Ishtar sebagai Tuhan, Ratu kepada negeri Empat Sungai Erech, atau apabila teks Mesir di Dendera meraikan empat [sungai] Nil di Elephantine, gambaran yang dibuat itu adalah berdasarkan mitologi kuno tanpa apa-apa kebenarannya atau bukti pada geografi yang mengelilingi mereka. Talbot berpendapat bahawa sebabnya kenapa ada kelainan di antara bentuk muka bumi mitos dengan yang sebenarnya adalah bahawa empat sungai itu mengalir, bukan di atas bumi kita, tetapi melalui empat kuarter “tanahair” kutub " (Talbot, mukasurat 121). Talbot (ibid.) berpendapat bahawa bagi setiap mitos yang dominan terdapatnya tanda-tanda yang berpadanan. Tanda atau lambang bagi empat sungai itu adalah salib matahari dan salib matahari berpagar,
tanda kedua itu menerangi yang pertama dengan menunjukkan bahawa empat sungai itu adalah milik perkarangan purbakala itu. Daripada pusat kutub/polar itu (iaitu, matahari sentral), empat sungai itu mengalir ke empat penjuru Bumi Saturn (Saturn’s Earth) (penekanan ditambah).
Oleh itu, konsep yang tersirat di dalam kisah Kejadian itu (Kejadian 2:10), sungguhpun terdapat bentuk geografi yang disabitkan dengan empat sungai itu, juga mewakili suatu tema asas mengenai sungai-sungai air hidup yang mengalir daripada sumber pusatnya iaitu Allah melalui bintang fajarnya, yang pada masa itu adalah Setan.
Dengan itu, sumber pusat yang telah menyalirkan kawasan-kawasan Afrika serta Tigris dan Efrat itu mempunyai maksud rohaninya, yang telah terhasil daripada sistem keagamaan Babilon kepada Ishtar dan selanjutnya kepada orang-orang Mesir serta seluruh dunia melalui shamanisme sambil ia berkembang daripada sistem pusat ini. Sistem Babel/Babilon ini, secara intipatinya, adalah Animisme (lihat karya Budge Babylonian Life and History, 2nd ed., London, 1925).
Oleh itu bagi orang-orang kuno dahulu, empat penjuru dunia mempunyai erti kosmologi yang khusus yang merujuk bukan saja kepada geografi tetapi kepada peta kerajaan semesta alam. Talbot memetik daripada O’Neill sebagai salah seorang daripada segelintir ahli terpelajar yang kenal akan kualiti “empat penjuru” bermitos ini.
Akan terhasil daripada sebarang penyelidikan penuh mengenai perlambangan mitos-mitos dan nomenklatur Empat Kuarter itu bahawa arah-arah itu dipandang menurut ortodoks ketat mitologi syurga-langit, bukan sebagai NSEW (North-South-East-West atau empat arah) bagi sebarang titik di mana sekalipun, tetapi empat divisi langit yang tersebar di sekitar “kutub”.
Salib matahari…sebagai simbol empat kuarter itu, adalah milik matahari sentral. Di dalam kosmografi suci, kedudukan tengah tuhan matahari itu lazimnya menjadi arah “kelima”. Untuk memahami bahasa sedemikian, lebih mudah untuk kita bayangkan “arah-arah” (atau lengan-lengan salib) mitos (mythical) itu sebagai pergerakan-pergerakan atau aliran-aliran tenaga. Daripada tuhan besar itu, elemen-elemen kehidupan tersalur keluar mengikut empat arah. Tuhan itu sendiri, yang memuatkan kesemua elemen tersebut, adalah “teguh,” “tetap,” atau “berehat”; pergerakan kelimanya adalah putaran sambil kekal di satu tempat.
“Arah-arah” itu juga boleh digambarkan sebagai kawasan-kawasan: kawasan tengah (kelima) dengan empat kuarter yang tersusun di sekelilingnya.
Itulah sebabnya kenapa golongan Pythagorea menganggap nombor lima sebagai perwakilan bagi paksi bumi yang tetap. Idea Pythagorea ini jelas sekali berpadanan dengan perlambangan Hindu yang lebih tua mengenai arah-arah tersebut. Sebagai tambahan kepada empat arah yang standard itu, doktrin Hindu mengenali adanya yang kelima, yang dipanggil “arah tetap”, pusat kutub. (Talbot, mukasurat 122-123).
Talbot juga menyepadankan idea ini dengan China dan juga di dalam perlambangan Nahuatl Mexico dengan lima sebagai nombor pusat atau penengah (ibid.).
Oleh itu, apa yang kita hadapi di sini adalah suatu bentuk penyembahan berhala yang sangat serius di dalam perlambangan salib itu iaitu sebagai mewakili penyembahan matahari.
Harus juga kita ingat bahawa proses empat pembahagian sistem surgawi ini diwakili bukan saja oleh pembahagian Israel kepada empat kumpulan yang terdiri daripada tiga suku masing-masing di sekeliling Khemah Pertemuan itu seperti yang digambarkan oleh Bilangan 10. Harus juga difahami bahawa simbol-simbol yang digunakan untuk menandakan suku-suku kaum ini, seperti Lembu Jantan (Efraim), Singa (Yehuda), Ular/Rajawali (Dan) dan Manusia Aquarian bagi Ruben, adalah sendirinya mewakili simbol-simbol divisi Kerub-kerub Penutup bagi Kerajaan Allah, yang digambarkan di dalam Wahyu 4:7-9. Makhluk-makhluk berkepala Singa, Lembu, Rajawali/Helang/Burung Nasar dan Manusia ini merupakan empat ketua malaikat, iaitu Serafim atau Kerub-kerub Menutupi di dalam Kerajaan Allah. Oleh itu, dengan menggunakan perlambangan tersebut di dalam penyembahan matahari, maksudnya kita cuba untuk memindahkan pusat kekuasaan Allah Bapa kepada Kerub berkepala Manusia itu iaitu Azazel, yang kini dikenali sebagai Setan. Jadi, salib matahari itu adalah simbol bagi pemberontakan tersebut. Perlambangan salib ini kemudiannya dipindahkan ke dalam pelbagai aspek penyembahan berhala dan dari situ dibawa masuk ke dalam agama Kristian, dengan akibat-akibat penyembahan berhala yang lebih buruk lagi.
Salib Ankh atau Bertangkai
Salib bertangkai (atau salib potencée) mempunyai bentuk seperti huruf T yang terhasil dengan mengecilkan bahagian lengan atas salib Latin (yang telah kita lihat di dalam simbol-simbol matahari yang diterbitkan daripada sistem-sistem Kasdim-Asyur). Tanda ini dianggap mempunyai ciri-ciri ajaib hingga ke hari ini. Tanda ini, dipanggil salib Tau daripada huruf Yunani tau, terbit daripada pemujaan orang-orang Mesir sejak zaman pra-sejarah mereka kepada salib bertangkai atau kunci kehidupan iaitu suatu salib potencée yang dipasangkan tangkai untuk membentuk simbol yang dikenali sebagai Ankh (lihat ERE, rajah 11).
Ankh sering terlihat, daripada tugu-tugu yang paling kuno, di dalam tangan seorang dewa, imam atau raja (D’Alviella, ibid.) dan dengan dewi Sekhet (Cath. Encyc., Vol. IV, mukasurat 518).
Budge mencatatkan nama-nama ular yang mengawal lorong-lorong di dalam kerajaan dewa Seker. Ianya sebanyak sembilan semuanya, berpadanan dengan jumlah dewa di dalam shamanisme. Daripada ini, yang pertama, ketiga dan kesembilan mendapat nama mereka daripada penggunaan perkataan Ankh. Ankh adalah hieroglif kedua bagi Narti-ankh-em-sen-f iaitu nama ular pertama, atau hieroglif pertama bagi Ankh-em-fentu dan Ankh-em-beu-mit iaitu ular ketiga dan kesembilan (lihat karya Budge The Book of the Dead, Arkana, London, xcv f).
Ankh di dalam Misteri-misteri
Perlambangan Ankh sebagai suatu kunci kepada kehidupan tidak terbatas kepada orang-orang Mesir dan muncul di kalangan orang-orang Rom di dalam dewa Janus sebagai pembuka. Pendahulu kepada ini nampaknya adalah dewi Phrygia iaitu Cybele yang dikaitkan oleh orang-orang Yunani dengan dewi ibu Rhea.
Para imam Cybele yang dikenali sebagai Corybantes, dan penyembah-penyembahnya mempersembahkan kepadanya penghormatan yang tersangat dan penuh ghairah sekali, meratapi kematian kekasihnya Attis dengan menjalani upacara-upacara serius, berdikir dan doa-doa, dan kemudiannya memuaskan diri mereka di dalam kegila-gilaan, kegembiraan, dan lagu untuk melaungkan kelahiran kembalinya secara rohani (Drury, loc. cit., mukasurat 54). Dengan itu, perlambangan ini, khususnya kunci-kunci dan kawalan ke atas kematian dan kelahiran kembali, dengan senang sahaja dipindahkan kepada agama Kristian.
Pemerhatian akan kehadiran kunci-kunci di dalam teologi Aeon (lihat karya Ulansey The Origins of the Mithraic Mysteries, Oxford, 1989) menunjukkan bahawa ianya tersebar luas di timur dan mempunyai perlambangan yang belum benar-benar difahami.
Ankh dan Kebangkitan Kembali
Ahli-ahli arkeologi abad lalu (dan sehinggapun hari ini) berpecah-belah dari segi pengertian mereka terhadap perlambangan Ankh tersebut. Ianya dipercayai adalah:
Suatu Nilometer (Plucke);
kunci kepada pintu air terusan (Zoega);
kendi di atas mezbah (Ungarelli);
bentuk mundur glob bersayap (Layard);
simbol zakar (Jablonski); dan
penutup pinggang atau cawat Mesir (Sayce).
Di dalam lukisan-lukisan kubur purba, ianya nampaknya digunakan oleh para dewa untuk membangunkan yang mati kepada kehidupan yang baru. Ukiran seni dinasti ke 12 menunjukkan dewi Anukit menyentuhkan hujung Ankh kepada hidung raja Usertesen III dengan kata-kata:
Aku memberikan kamu kehidupan, keteguhan, kemurnian, seperti Ra, selamanya.
Di tempat lain, Ankh melambangkan kehidupan atau hidup (rujuk karya Coemans Manuel de langue égyptienne, Ghent, 1887, Pt. 1, mukasurat 46, D’Alviella, op. cit.).
Oleh itu salib bertangkai ini menandakan kebangkitan dan penggunaannya mendahului agama Kristian. Dengan itu, peruntukan salib berkunci atau bertangkai itu menunjukkan kekuasaan, entiti-entiti atau sistem untuk membangkitkan yang mati. D’Alviella berpendapat bahawa daripada Mesir ia telah menjadi suatu tanda ajaib atau pendamaian, yang telah tersebar kepada orang-orang Phoenicia dan ke seluruh dunia Semitik.
Kehadirannya diperhatikan di atas ukiran-ukiran seni, kubur-kubur, barang tembikar, permata, duit-duit syiling, dari Sardinia ke Susiana, di sepanjang pinggiran pantai Afrika, di dalam Phrygia, Palestin, dan Mesopotamia. Pada tugu-tugu yang asal-usulnya adalah daripada bangsa Phœnicia atau Het, ianya kelihatan dipegang oleh para raja atau imam, seperti dengan orang-orang Mesir dan dikaitkan dengan pokok kehidupan dan bunga lotus. Kepentingan perlambangannya yang ekstrim telah menyebabkan bangsa-bangsa yang telah memeluknya daripada orang-orang Mesir, menggabungkannya dengan lambang-lambang mereka sendiri yang mempunyai bentuk sama atau idea yang berpadanan. Maka begitulah, orang-orang Phœnicia telah menerbitkan suatu lambang gabungan, di mana salib bertangkai itu disatukan dengan kon yang menggambarkan dewi Astarte atau Tanit, iaitu ‘dia yang menganugerahkan kehidupan’ (lihat rajah 12).
Orang-orang Yunani telah mengubahsuai bentuk rupanya untuk menghasilkan rupa paras dewi-dewi kehidupan mereka - Aphrodite, Harmonia, Artemis dari Efesus dan sebagainya (lihat rajah 13) (D’Alviella, op. cit., mukasurat 326).
Tiada syak lagi bahawa penggunaan salib itu yang dikaitkan dengan simbol-simbol kebangkitan dan kehidupan baru, adalah begitu bercampur-aduk dengan teologi orang-orang dahulukala.
Orang-orang Gaul telah menggunakan salib Tau atau T untuk mengertikan tukul dewa Thor yang bukan saja suatu sumber pemusnahan tetapi, seperti dengan ribut taufan, adalah suatu sumber kehidupan dan kesuburan. Di antara orang-orang Mesir, tukul berkepala dua telah menjadi, di dalam hieroglif-hieroglif, salib Latin itu dengan maksudnya penghancur atau pembalas (lihat karya de Harlez Le Culte de la croix avant le christianisme, La Science catholique, 15 Feb 1890, mukasurat 163).
D’Alviella menyatakan bahawa di dalam Mesir telah ditemui suatu siri penuh tanda-tanda yang memperlihatkan perubahan itu daripada suatu salib bertangkai atau cross ansata kepada chi-ro atau monogram Kristus.
D’Alviella (op. cit.) menyatakan bahawa:
Salib bertangkai atau lambang yang serupanya juga ditemui di India dan juga di Amerika, di mana ianya dijumpai terukir pada tugu-tugu di runtuhan-runtuhan di Palenqué, serta juga di atas serpihan-serpihan tembikar yang diselamatkan daripada timbunan-timbunan tanah.
Di dalam suatu manuskrip Maya, dua orang kelihatan sedang memuja di hadapan suatu pokok yang berbentuk T, dan di mana suatu burung seperti burung nuri telah mengambil tempat lengan atas salib itu (lihat rajah 16) (D’Alviella, ibid.).
Salib Gammate atau swastika, walaupun nampaknya mempunyai bentuk yang rumit, di samping salib sama sisi, adalah yang paling luas tersebar sejak dahulukala. D’Alviella menyatakan bahawa ia wujud di Hissarlik (kedudukan kota Troy Purba) daripada kota kedua atau terbakar (op. cit., mukasurat 327) dan pada rahim suatu patung perempuan (juga lazimnya bagi dewi Athis (Cath. Encyc., art. Cross, Vol. IV, mukasurat 517)). Ia muncul di atas tugu-tugu Het (ibid.; rujuk karya The Monuments of the Hittites in Transactions of the Society of Biblical Archaeology, VII. 2, mukasurat 259) dan di atas tugu-tugu peringatan Galatia dan Bythnia (karya Guillame dan Perrot Exploration archéologique de la Galatie et de la Bythnie, Atlas, pl. IX, Cath. Encyc., ibid.).
Salib Gammate ini wujud daripada zaman kedua hasil tembikar Yunani dan terdapat di atas pasu-pasu purbakala Athens, Rhodes dan Cyprus (D’Alviella, ibid.). Ianya terdapat di atas duit-duit syiling Lycia dan Gaza di Palestin (Cath. Encyc., op. cit.). Ia menemani gambaran Artemis Persia di atas suatu pasu Thera. Ia menghiasi vulva seorang dewi Asiatik (ibid.). Ianya muncul pada bekas-bekas tanah [liat] di Cyprus (Cath. Encyc., op. cit.). Pada asalnya ia berbentuk seperti burung terbang di Athens dan Mycenae (Cath. Encyc., op. cit.). Ia juga muncul di atas dada Apollo yang berdiri di atas suatu quadriga (rujuk Goblet d’Alviella The Migration of Symbols, London, 1894, pl. i. (pasu di Vienna)).
Swastika muncul di atas duit-duit syiling Hellenistik di kedua-dua Greece dan Mediterranean dan di atas pasu-pasu pengkebumian di Italy Utara (ibid.) dan banyak kali di Etruria dan di dalam tempayan-tempayan di Capanna di Corneto, Bolsena dan Vetulonia dan suatu kubur Samnite di Capua (Cath. Encyc., op cit.). Tanda ini ditemui di atas mozek-mozek Pompei, pasu-pasu Italo-Grecian, dan duit-duit syiling Syracuse di Sicily. Buku Catholic Encyclopedia menyatakan bahawa ianya tidak dikenali di Asyur, Phoenicia dan Mesir.
Salib Gammate ini kelihatan pada permata-permata dan senjata-senjata bangsa-bangsa Gallic, Jerman dan Scandinavia (D’Alviella op. cit.).
Ia kelihatan di atas ukiran-ukiran batu di Sweden, beberapa batu-batu Celtic di Scotland dan pada batu-batu Celtic yang ditemui di County of Norfolk, England (Cath. Encyc., op. cit.). Pada apa yang ada di Caucasus, ianya didapati muncul sejak zaman Tembaga.
Dengan roda dan petir kilat/halilintar ia menghiasi mezbah-mezbah nazar dari zaman Gallico-Roman, daripada Aquitane ke Great Britain (D’Alviella, ibid.).
Ia berlanjutan ke Afrika bersama dengan golongan pagan Rom.
Swastika tersebut muncul di dalam suatu tulisan batu nisan pagan di Tebessa di Afrika jajahan Rom (Annuaire de la Société de Constantine, 1858-59, 205,87), di atas mozek ignispicium (Ennio Quirino Visconti, Opere varie, ed. Milan, I, 141, sqq.) dan di atas suatu inskripsi nazar Yunani di Porto. Di dalam tulisan terakhir ini, bentuk swastika itu tidak sempurna dan menyamai suatu huruf Phoenicia (Cath. Encyc., op. cit.).
Di atas suatu tugu peringatan Het di Lycaonia, ia kelihatan pada pinggiran jubah seseorang yang sedang mempersembahkan korban (ibid.).
Di India, ianya dinamakan swastika (daripada swas atau baik and asti, ianya) apabila lengan-lengannya dipusingkan ke kanan dan sauvastika apabila lengan-lengannya dipusingkan ke kiri. Ia muncul di situ di atas jongkong-jongkong perak dan kemudiannya duit-duit syiling yang menggantikannya. Ianya digunakan dengan berleluasa di dalam agama Buddha, khususnya pada Buddhapada atau ukiran tapak kaki Buddha di dalam Stupa di Amaravati.
Ia muncul secara ekstensif di dalam Buddhisme di China dan Jepun, dengan penempatannya yang istimewa di atas alas-alas patung-patung Buddha serta patung-patung Bodhisattva bagi Buddhisme Mahayana. Struktur Mahayana kemungkinan sekali telah terbit daripada pengaruh shamanisme. Di China, swastika memberi erti kebanyakan, kekayaan dan panjang umur (karya Wilson The Swastika, mukasurat 799). Di Jepun, ianya mewakili 10,000 dan, kerana itu, mewakili keberlimpahan dan kekayaan (D’Alviella yang memetik daripada BSAL, 1881, mukasurat 191).
Maharani Wu (684-704) dari dinasti Tang telah mengisytiharkan penggunaannya sebagai lambang bagi matahari (Yang y Yu, Wilson, ibid., pl. 2).
Agama Hindu menggunakan lambang ini di atas buku-buku akaun dan pada pintu masuk rumah-rumah mereka pada majlis-majlis tertentu.
Swastika, yang melambangkan prinsip kelelakian atau dewa Ganesa, dibezakan daripada sauvastika, yang mewakili prinsip keperempuanan dan dewi Kali (karya Birdwood Old Records of the India Office, London, 1891, p. x f, D’Alviella, ibid.). Swastika, mengikut pengertian lanjutannya, melambangkan matahari dalam perjalanannya pada waktu siang, untuk cahaya dan kehidupan; sementara bentuk keduanya itu melambangkan malam dan pemusnahan. Kelompok Jain mempunyai swastika itu sebagai lambang bagi yang ketujuh daripada dua puluh orang-orang kudus atau Tirthankaras (karya Colebrooke On the Jainas Asiatic Researches, Calcutta, 1788-1836, mukasurat 308).
Salib Gammate ini muncul pada barangan-barangan tembaga di kalangan orang-orang Ashanti di Afrika dan juga di Paraguay, Costa Rica dan Yucatan. Di kota Maya di Mayapan, salib ini muncul bersama-sama dengan suatu cakera solar di atas papan batu, betul-betul sepertimana ianya muncul di Gaul, Italy, Asia Minor, dan India Timur. Ianya kelihatan di antara salib-salib yang diukirkan pada kulit dan tembaga di Amerika Utara dan digunakan oleh kelompok Pueblo sebagai perhiasan. Salib Gammate ini digunakan sebagai petunjuk yang baik, kecualilah di mana bentuk suavastika itu digunakan. Tempat-tempat paling kuno di mana ianya telah digunakan adalah di Hissarlik dan terramares di Italy Utara – sungguhpun D’Alviella menyatakan kemungkinannya bahawa ia telah dipinjam daripada lembah Danube pada Zaman Tembaga (ibid.). Dari situ, ianya dibiarkan tersebar ke barat dan ke China serta Jepun di timur. Penyebaran ke Amerika mungkin telah terjadi di dalam pengaruh-pengaruh yang disebutkan oleh Gordon karya (Before Columbus).
Tanda Salib
Penyebaran simbol salib itu ke dalam agama Kristian, telah berkembang sepertimana juga Trinitas dan rekodnya terjadi dengan penulis yang sama iaitu Tertullian (de Corona 3). Dia menegaskan bahawa pada setiap langkah orang-orang Kristian telah menandakan dahi mereka dengan suatu tanda kecil salib. Penggunaan yang dirujukkan oleh Tertullian ini menyabitkan kesalahan berhala.
Gereja Koptik telah memeluk Ankh sebagai lambang salib itu (Gayet dan de Mortillet; rujuk Cath. Encyc., art. Cross, Vol. IV, mukasurat 518).
D’Alviella mengatakan:
jelas sekali bahawa kelompok besar orang-orang Kristian telah melekatkan suatu nilai ajaib pada lambang ini.
Di dalam semua keadaan mereka telah menggunakannya sebagai suatu bentuk penghalauan hantu, suatu cara untuk menjauhkan roh-roh jahat. Salah satu daripada salib-salib kuno mudah-angkut, yang ditemui di dalam suatu makam Kristian di Rom, memperlihatkan inskripsi Crux est vita mihi; mors, inimice, tibi (Salib adalah kehidupan bagi aku; kematian, Wahai musuhku [iblis] kepadamu). Tidak lama kemudian, salib itu telah dianggap sebagai sumber mukjizat dan keajaiban yang tersendiri. Orang ramai sanggup menandakan lembu ternakan mereka dengan tanda ini demi melindungi daripada penyakit (op. cit., p. 328).
Didron, ahli arkeologi Roman Katolik, telah menegaskan bahawa salib itu telah menjadi lebih daripada hanya suatu gambaran bagi Kristus.
ianya di dalam ikonografi, Kristus sendirinya ataupun simbolnya.
Dengan itu suatu legenda telah diciptakan di sekelilingnya seolah-olah ianya suatu benda hidup; maka begitulah ia dijadikan hero suatu epopee yang telah bertumbuh di dalam Apocrypha; bertumbuh di dalam Legenda Emas; berkembang dan menyempurnakan dirinya di dalam hasil karya ukiran-ukiran batu dan lukisan-lukisan daripada abad ke 14 hingga ke 16 (Histoire de Dieu, 1843, mukasurat 351, D’Alviella, ibid.).
Para penulis Roman Katolik mengakui bahawa salib itu telah menjadi seumpama objek suatu kultus yang sebenarnya. Didron menyatakan:
Salib itu telah mendapat penyembahan yang serupa, kalau bukanpun setara dengan penyembahan Kristus; kayu suci ini dipuja hampir setara dengan Allah sendiri (ibid.).
D’Alviella mengatakan:
Hairan sekali, orang-orang Kristian awal, sungguhpun mementingkan salib itu, menahan daripada menjadikan salib itu sebahagian daripada ikonografi mereka.
Sewaktu tiga abad pertama, dengan kemungkinan satu-satunya pengecualian iaitu salib sama sisi yang diukir pada inskripsi perkuburan (ditentukan oleh de Rossi sebagai bermula pada penghujung abad kedua atau permulaan abad ketiga), D’Alviella menyatakannya bahawa salib Kristus telah disamarkan kepada pelbagai bentuk yang mengingatkan orang pada gambarannya: tombak [bermata tiga], sauh kapal, kapal dengan perlengkapan dan tali-temalinya, ataupun bentuk-bentuk sedia ada salib itu sepertimana yang digunakan oleh kultus-kultus lain (penekanan ditambah, D’Alviella, ibid.). Hujah ini sukar disangkal bahawa salib itu telah diperkenalkan ke dalam sistem Kristian daripada kultus-kultus Misteri, bersama-sama dengan bentuk-bentuk penyembahan yang telah perlahan-lahan menguasai agama Kristian dan yang tiada bagiannya daripada jemaat awal.
Bentuk-bentuk ini, contohnya penyembahan hari Minggu dan perayaan-perayaan Easter dan Krismas, datangnya daripada kultus-kultus Matahari (lihat Bacchiocchi From Sabbath to Sunday, Rome, 1977). Simbol chi-ro telahpun digunakan sejak akhir abad ketiga. Salib Latin telah muncul pada duit-duit syiling Constantine tertentu yang mana ada terdapat simbol-simbol Mars dan Apollo pada syiling-syiling yang sama. Simbol-simbol salib dan chi-ro itu telah dihalang oleh Julian. Tetapi selepas zamannya, simbol tersebut telah muncul semula pada syiling-syiling dan sehinggapun pada mahkota Diraja (D’Alviella, op. cit., mukasurat 329).
Sistem-sistem Misteri
Menjejaki pengaruh-pengaruh sistem-sistem Misteri itu tidaklah susah sangat. Pengaruh orang-orang Celt Hyperborea tidak boleh diperkecilkan. Legenda kuil Delos mengaitkan penyembahan Apollo dengan orang-orang Hyperborea yang diandaikan hidup pada tebing-tebing sungai Danube (Burnet Early Greek Philosophy, 4th ed., Black, London, 1958, mukasurat 81 dan seterusnya). Ulansey (op. cit.) telah mengenalpasti banyak kuil-kuil Mithras di kawasan ini dan kaitan-kaitan antara tamadun-tamadun Danubian dan Aegean adalah banyak sekali. Perhubungan Pythagoras dengan Delos diperhatikan dan penyebaran sistemnya ke Italy bermula dengan sekolahnya. Agama dari utara itu telah tersebar dalam bentuk Dionysiannya di Thrace dan ini lebih berpengaruh lagi daripada bentuk Delian (Burnet, ibid.). Daripada sistem ini datangnya bentuk-bentuk ekstatic.
Kelompok Celt Hyperborea kononnya mempunyai suatu triad atau sistem tuhan-tuhan bertiga (Lucan Pharsal. 1:444) yang dinamakan Teutates, Taranis and Esus (yang mungkin sekali telah membentuk asas etimologi bagi perkataan Yunani iesous) (lihat ERE, art. Celts, mukasurat 280 dan seterusnya).
Pokok-pokok dipuja di dalam sistem-sistem shaman dan pokok birch adalah keramat/suci bagi shaman-shaman sebelah utara. Kultus penyembahan pokok telah wujud di kalangan orang-orang Celt. Kultus pokok oak telah membentuk imej Celt bagi dewa Zeus (Max. Tyr. Diss., viii, 8), dan mempunyai suatu sifat yang sangat suci (Pliny HN, xvi.44; cf. ERE, ibid., mukasurat 295).
Pokok oak dipercayai mengandungi semangat tumbuhan dan ditebang untuk kegunaan api-api solstis tahunan yang dipercayai membantu matahari secara ajaib (ibid.). Di Ireland, pokok ash dan yew, bukannya pokok oak, dipuja (Stokes R Cel., i, 259) dan pokok-pokok tertentu yang dipanggil bile telah dikaitkan dengan raja-raja dan terlalu suci untuk ditebang jatuh mahupun dibakar (Stokes xv, 420 etc., ERE, ibid.). Abjad Milesian milik golongan Irish, iaitu Bobelloth atau Beith-Luis-Nion hanya mempunyai 18 huruf sahaja, di mana masing-masingnya mewakili pokok-pokok keramat mengikut aturan tertentu. Golongan Druid telah memberikan abjad itu kepada orang ramai berdasarkan pada pandangan kosmologi mereka. Huruf-huruf tersebut dalam bentuk romani-nya, dengan nama-nama Irish dahulu (nama-nama latinnya dalam kurungan) dan akhir sekali nama Inggerisnya (pokok) adalah:
B: Beith (Betulla) atau Birch;
L: Luis (Ornus) atau Wild Ash;
F: Fearn (Alnus) atau Alder;
S: Suil (Salix) atau Willow;
N: Nion (Fraxinus) atau Ash;
H: Huath (Oxiacanthus) atau White thorn;
D: Duir (Ilex) atau Oak;
T: Timne (tidak diterangkan);
C: Coll (Corylus) atau Hazel;
M: Muin (Vitis) atau Vine;
G: Gort (Hedera) atau Ivy;
P: Peth-boc (tidak diterangkan);
R: Ruis (Sambucus) atau Elder;
A: Ailm (Abies) atau Fir Tree;
O: Onn (Genista) or Broom;
U: Ur (Erix or Erica) atau Heath;
E: Egdhadh (Tremula) atau Aspen;
I: Idho (Taxus) atau Yew.
Huruf kelima nion merupakan yang ketiga pada zaman-zaman kuno dan huruf-huruf itu telah merosot sebenarnya (rujuk O’Flaherty Ogygia, Pt. 3, cap. 30) (MacGeoghegan dan Mitchell History of Ireland, Sadlier, New York, 1868, mukasurat 40).
Ini, sebagai akibatnya, akan memindahkan [pokok] alder kepada bulan yang telah ditentukan bagi kepentingan agamanya oleh kultus-kultus Misteri dan kelompok Hyperborea seperti yang dicatatkan di bawah. Para Druid juga diketahui tidak mencatatkan perihal Misteri-misteri mereka tetapi Caesar mengatakan, untuk tindakan-tindakan di khalayak ramai, mereka telah menggunakan huruf-huruf Yunani (Bel. Gal. and MacGeoghegan, ibid., mukasurat 39 & nota kaki 42). Orang-orang Yunani yang didedahkan kepada orang-orang Irish adalah Yunani kuno, yang dirujukkan oleh Camden sebagai Græci Vetustissimi (Brit,. mukasurat 20 di dalam MacGeoghegan, mukasurat 42). Yunani moden (rujuk Herodotus) dan orang-orang Rom (Polybius) tidak mengenal Britain. (ibid.).
MacGeoghegan berpendapat bahawa kelompok Druid telah datang ke Sepanyol dari Mesir bersama-sama dengan kumpulan Gadelian dan mereka telah mengikuti golongan Milesian masuk ke Ireland dari mana seterusnya mereka telah tersebar ke seluruh Britain, Gaul dan negeri-negeri Eropah yang lain (mukasurat 42). Pembatasan para Druid (atau Magi (Majusi) sepertimana mereka dipanggil) kepada setakat kawasan-kawasan tersebut sahaja, mungkin sekali benar kerana laluan Danube [Danubian] mempunyai aspek-aspek Misteri-misteri itu yang serupa tetapi ada yang berbeza. Abjad Milesian itu lebih menyerupai abjad Ibrani daripada abjad Yunani, di mana setiap huruf mewakili sesuatu benda – dalam kes golongan Irish, hanya untuk pokok-pokok sahaja.
Dalam bahasa Ibrani, ianya adalah umum di mana Aleph menandakan suatu pembimbing atau ketua, Beth menunjukkan rumah, dan seterusnya. Jangkauan umum orang-orang Phoenicia, yang mana bahasanya adalah bahasa Punic dan sejenis bentuk bahasa Ibrani bersama-sama dengan bentuk Kanaan abjad Milesian itu, lebih menyerupai hieroglifik Mesir, yang lebih berkemungkinan untuk menyokong suatu dasar Phoenicia daripada Yunani. Jadi, gabungan pengaruh-pengaruh Magi, Mesir dan Phoenicia ini dapat menerangkan bagaimana terjadinya perlambangan yang kebetulan ini.
Kelompok Druid juga menggunakan suatu bentuk penulisan yang dipanggil Oghum-crev dan Oghum-coll yang kelihatan seperti dahan-dahan pokok-pokok, khasnya pokok Hazel (rujuk Ware’s Antiquities, MacGeoghegan, op. cit., mukasurat 40). Ini dilakukan untuk menyembunyikan rekod-rekod tertentu daripada orang ramai.
Pertalian kultus-kultus pokok dengan penyembahan moyang dan bentuk-bentuk animist, secara am dicatatkan oleh ERE pada mukasurat 295 dan penamaan suku kaum mengikut nama pokok. Kelompok Celt Jerman mempunyai pokok oak yang tinggi sebagai gambaran Zeus, yang mungkin telah dibentuk secara kasar sebagai salah satu daripada gambar-gambar [patung-patung] dewa-dewa yang disebutkan oleh Lucan (Pharsal., iii.412 ff; cf. ERE, mukasurat 301). Tiang-tiang batu dan patung-patung ini telah dipuja sebagai gambar-gambar yang mati (ibid.), mungkin sekali terbit daripada shamanisme. Tukul dan cawan yang dikenali kemudiannya sebagai salib tau, dikenali sebagai simbol-simbol (kuasa penciptaan dan kemewahan) yang dibawa oleh Dispater, roda dewa matahari, cornucopia [tanduk lambang kemewahan] dan torque [kalung logam] yang dibawa oleh Cernunnos (ibid.).
Lain-lain simbol juga terlihat pada patung-patung, mezbah, syiling, dan seterusnya; tetapi maksud mereka ini diragui, dan dalam banyak contoh asal-usul mereka bukanlah benar-benar Celtic, tetapi terdapat di seluruh dunia. Ini termasuklah swastika dan triskele (mungkin sekali simbol-simbol matahari), bulatan-bulatan satu dan konsentrik (kadangkala dengan jalur sinaran), salib-salib, dan sebentuk S yang pelik. Bulatan-bulatan dan salib-salib itu lazimnya diukir pada patung-patung tembaga Dispater, bentuk S itu terdapat pada duit-duit syiling, dan sembilan simbol-simbol S ini tergantung daripada suatu gelang yang dibawa oleh dewa dengan roda itu. Pelbagai penerangan tentang bentuk ini telah diberikan; yang paling mungkin sekali adalah penerangan yang menyatakannya sebagai suatu halilintar (ERE, ibid., mukasurat 301-302).
Roda itu mungkin sekali adalah roda kelahiran semula yang membentuk asas bagi sistem transmigrasi milik golongan Hyperborea dan merupakan perkara asal yang telah mencetuskan perkembangan ajaran falsafah yang bertujuan untuk menentangnya atau sebagai suatu cara untuk melepaskan diri daripada roda tersebut.
Doktrin transmigrasi jiwa-jiwa diperhatikan wujud di kalangan kelompok Druid oleh Caesar (vi. 14, 19). Diodorus (v. 28) dan Valerius Maximus (ii, 6, 10) menghubungkan doktrin keabadian milik Druid dengan ajaran Pythagoras. Doktrin Druid tidak menunjukkan apa-apa kesan daripada ajaran Pythagoras mengenai transmigrasi penebusan dosa (ERE, op. cit., mukasurat 302). Kedua-duanya mengajarkan keabadian jenis jasmaniah, iaitu jiwa berpindah dari satu tubuh ke tubuh lain. Dengan itu, jiwa memperlihatkan dirinya dalam bentuk tubuh. Sistem Pythagoras ini nampaknya adalah suatu hasil perkembangan ke atas bentuk asli Druid ini. ERE berpendapat bahawa kemungkinannya petikan Caesar itu adalah suatu salahtafsir ayat Yunani asli.
Doktrin Druid ini mungkin sekali menyerupai idea Vedic kuno bahawa jiwa menerima tubuh lamanya yang sempurna dan dimuliakan di suatu tempat (alam) yang lain. Kewujudan jasmani di tempat yang lain disebutkan oleh Lucan… (Pharsal., i. 456 f). Timagenes (ap. Amm. Marc. xv.9), Strabo (IV. iv), dan Mela (iii.2) hanya memperkatakan tentang keabadian jiwa; namun, petikan Mela juga membayangkan adanya kewujudan jasmani, kerana ia menyebut tentang hutang-hutang yang dilanjutkan ke alam dunia seterusnya (ERE, art. Celts, mukasurat 302).
Konsep-konsep hutang yang dilanjutkan/dipindahkan telah menjadi suatu varian sistem Vedic tersebut dan telah hadir di Greece sejak sekurang-kurangnya abad kedua sebelum kelahiran Kristus. Sistem transmigrasi yang terkemudiannya itu, mungkin sekali adalah hasil daripada kemaskini bentuk yang asli. Orang-orang Celt telah terus mempengaruhi fikiran Yunani dari sebelah utara.
Transmigrasi jiwa-jiwa dan kewujudan mereka di dalam tubuh-tubuh yang mati adalah faktor yang menyebabkan mereka bangkit dari kubur, khasnya pada petang hari All Saints. Banyak daripada adat-adat resam yang berhubungkait dengan salib adalah bertujuan untuk menghadkan berlakunya atau kuasa roh-roh orang mati ini. Kejadian aktiviti-aktiviti seumpama itu dikaitkan khasnya dengan persimpangan-persimpangan jalan dan tuhan-tuhan tertentu. Insidens batu-batu sempadan pada tepi-tepi jalan dan hakikat bahawa jalan-jalan lazimnya menandakan sempadan-sempadan, nampaknya telah membantu di dalam mengukuhkan kepercayaan di dalam aktiviti iblis dan roh di persimpangan-persimpangan jalan. Konsep ini begitu berleluasa sehingga membabitkan Melanesia dan Polynesia (lihat karya Brown Melanesians and Polynesians, 1910, p. 339, art. Cross-Roads op. cit., mukasurat 332). Dewa-dewa di persimpangan jalan kerap kali mengambil aspek-aspek kuasa-kuasa jahat yang sepatutnya mereka lindungi daripada, contohnya dalam kes dewi Hecate.
Triad atau sistem tuhan bertiga telah dikaitkan dengan salib itu dalam bentuk upacara-upacara yang telah memasuki Greece daripada orang-orang Celt dan Jerman yang berhubungkait dengan kultus dewi Hecate. Perlambangan penyembahan dewa-dewi di persimpangan jalan adalah suatu kejadian seluruh dunia.
Sistem Asas di Timur
Di India, persimpangan jalan adalah kediaman dewa-dewi yang jahat, khususnya Rudra, yang dipuaskan/didamaikan pada suatu perayaan tahunan bagi orang-orang mati dengan persembahan kuih-muih, persembahan kepada Rudra Tryambaka, untuk menyelamatkan keturunan-keturunan daripada kuasanya (Satapatha Brahmana, SBE, xii, 1882, 408, 438). Dengan itu, perayaan membakar kuih-muih/kek ada persamaannya di India. Persimpangan jalan adalah juga tempat hentian bagi Agnis (ibid., mukasurat 439). Mantera-mantera diucapkan kepada Rudra di lorong-lorong dan persimpangan jalanan (ERE, ibid.). Pendamaian dewa-dewi lebih rendah juga berlaku contohnya pendamaian dewi pemusnahan iaitu Nirriti, dan juga para Raksasa (atau gergasi gergasi).
Di Jepun, simbol-simbol berupa zakar (chimata-no-kami atau tuhan-tuhan cabang jalan) dipasangkan di jalan-jalanan dan disembah di persimpangan jalan dan tepian jalanan.
Simbol-simbol tersebut dikatakan telah dihasilkan oleh benda-benda yang dibuang ke bawah oleh [dewa] Izanagi di dalam penerbangannya dari Hades (Neraka), atau pada waktu penyuciannya (ERE, Vol. II, mukasurat 700b). Simbol-simbol berupa zakar yang lain (sahi-no-kami atau tuhan-tuhan pencegah) disembah di jalan-jalan dan persimpangan jalanan, dan membentuk suatu kultus para pelindung pengembara yang popular serta telah menjadi tumpuan tilikan, doa dan penyembahan sebelum perjalanan dimulakan. Sistem penyembahan kultus ini telah menjadi asas kepada penubuhan tempat-tempat suci dan dewa-dewi di bawah gelaran-gelaran dan samaran-samaran berlainan yang ditemui di dalam sistem-sistem agama di seluruh dunia. Ianya berdasarkan kepada doktrin [keabadian] jiwa dan pendamaian dewa-dewi animist dan benda-benda yang berkaitan dengan mereka. Tidak kira apa bentuk kultus itu, ianya tetap shamanisme.
Asal-usul berupa zakar tuhan-tuhan ini dan:
kebolehan yang jelas diketahui yang dicirikan kepada organ-organ seks sebagai penghindar roh-roh jahat, kuasa-kuasa perlindungan mereka terhadap kuasa-kuasa iblis dan pengaruh-pengaruh membinasakan, dan kedudukan muktamadnya sebagai dewa-dewi para pengembara, mengingatkan kita kepada kedudukan dewa Yunani Hermes dan kumpulan Hermæ (rujuk mukasurat 333b).
Eropah
Orang-orang Teuton mengadakan suatu perarakan tahunan dewa atau dewi mereka, sama ada Frey, Nerthus, Holda, Berchta, dan sebagainya, mengelilingi setiap daerah untuk tujuan mempromosikan kesuburan (Tac. Germ. 40; Grimm, 213,251,268,275). Adat tradisi yang kemudiannya nampaknya menyatakan dewa-dewi yang merayau-rayau itu sebagai iblis. Ketuhanan bukan lagi menghindari tetapi tunduk kepada pengaruh-pengaruh ini.
Sebaliknya pula, tidak mustahil bahawa persembahan-persembahan itu diletakkan di persimpangan jalanan sebagai sajian untuk dewa-dewi yang merayau-rayau di udara, seperti dalam kes [dewi] Hecate (ERE, op. cit., mukasurat 333).
Hecate di dalam mitologi Yunani mempunyai kuasa-kuasa ajaib dan mengambil bentuk-bentuk berlainan. Sebagai dewi bulan dia disamakan dengan Artemis, dan sebagai dewi dunia neraka dia dikait rapat dengan Persephone. Dia mempunyai rupa paras yang menakutkan, dengan ular-ular di dalam rambutnya dan ditemani oleh anjing-anjing yang melolong. Persembahan korban kepadanya dilakukan di dalam perayaan-perayaan tahunan di pulau Aegina, dan ahli-ahli sihir sering mahu mendapatkan bantuannya (Drury, loc. cit., mukasurat 113).
Penyembahan Hecate ini telah memasuki Greece dari Utara. Patung-patungnya (gambarannya) didirikan di persimpangan jalanan, seperti juga, mungkin sekali, dewa-dewi Teutonik yang lain.
Ini dibayangkan oleh kesan-kesan peninggalan suatu kultus bagi dewa-dewi atau hantu-hantu di persimpangan jalanan (iaitu tempat perkumpulan jiwa-jiwa), yang dikecam oleh Gereja. Doa, persembahan dan pemakanan persembahan-persembahan itu, persembahan nazar (vota; pedum similtudines quas per bivia ponunt), dan pemasangan berupacara lilin serta obor di persimpangan laluan (bivia, trivia) semuanya dilarang, dan larangan-larangan ini mungkin sekali ditujukan terhadap adat resam Celtic di samping adat Teutonik (S. Eligius dan Burchard, di dalam Grimm, 1738,1744; de la Saussaye Religion of the Teutons, Boston, 1902, mukasurat 290; rujuk ERE, op. cit., mukasurat 333).
Larangan gereja terhadap berduduk di atas kulit lembu jantan untuk meramal masa depan, menandakan adanya adat persembahan korban di situ (ibid.). Kebiasaan mempersembahkan korban di persimpangan jalanan telah mengakibatkan terjadinya perbicaraan-perbicaraan ahli-ahli sihir di Ossory pada abad ke 14 (termasuk. Alice Kyteler; rujuk ERE, ibid.).
Hecate sebagai Hecate trioditis telah dikaitkan dengan kultus-kultus Misteri; Apollo di Thrace, Demeter di Sparta, dan Hecate di Aegina. Perbuatan Orpheus yang membuka rahsia Misteri-misteri tersebut telah mengakibatkan kematiannya (Pausanius: ix.30.3; ii.30.2; iii.14.5).
Misteri-misteri Elysian terbit daripada kultus pokok alder (dalam bahasa Perancis sorb-apple = alisier; Sepanyol alder = aliso). Bapa kepada Orpheus iaitu Oeagrus bermaksud daripada [pokok] sorb apple liar. Jika Orpheus bermaksud ophruoeis atau di atas tebing sungai, maka ia mungkin sekali adalah gelaran bagi Phoroneus atau Cronus dalam bahasa Yunani dan merujuk kepada pokok-pokok alder yang tumbuh pada Peneius dan sungai-sungai yang lain. Oleh itu, alder, dan dengan itu kedua-dua entiti tersebut, nampaknya adalah nama-nama bagi dewi sungai pra-Hellenic yang dinamakan Halys, Alys atau Elis, ratu kepada kepulauan Elysian di mana Phoroneus, Cronus, dan Orpheus telah pergi setelah kematian mereka.
Kepala Orpheus yang bernyanyi serupa dengan dongeng mengenai dewa-Alder Bran yang telah dipancung, (dan menurut penulisan Mabinogion) yang bernyanyi dengan merdu di atas batu di Harlech di Wales.
Orpheus mempunyai tugu-tugu peringatan di Zone di Thrace dan tarian-tarian Orphic bertapak di sini. Orpheus telah dikaitkan dengan dewa matahari Apollo dan telah menjadi sebahagian daripada kultus Dionysian.
Pulau berkultus Aornum adalah Avernus, suatu varian Italy bagi pulau Celtic yang dinamakan Avalon atau pulau pokok epal (Graves The Greek Myths, Vol. 1, mukasurat 113-114). Oleh itu kultus tersebut mempunyai perhubungan sesama Celtic dan nama-nama bagi suatu siri dewa-dewi mereka juga bersinonim. Legenda Orpheus dipercayai adalah suatu varian daripada Misteri-misteri berbentuk Mithras. Disebabkan, ketika Dionysius telah mencerobohi Macedonia atau Thrace, Orpheus tidak memberi penghormatan kepadanya tetapi sebaliknya bertugas sebagai imam kepada dewa matahari Helius yang dinamakannya Apollo, Dionysius telah menghantar para Maenad (yang mewakili kelompok Muse) untuk menanganinya di Deium di Macedonia. Mereka telah memecah masuk ke dalam rumah suci itu dan dan mula-mula sekali membunuh suami-suami mereka dan kemudiannya membunuh Orpheus. Orpheus dipercayai telah dibunuh dengan kapak berkepala dua yang melambangkan halilintar. Dia telah dibunuh dan kemudiannya dikerat anggota badannya oleh kumpulan Maenad tadi (atas perintah Dionysius) di dalam suatu rimba pokok oak (Graves, Vol. 1, yang memetik Diodorus Siculus, mukasurat 114) pada solstis musim panas. Kumpulan Maenad itu dipercayai berasal daripada kultus lembu [jantan], seperti juga Zagreus (lihat Graves, 30.a) atau daripada kultus rusa [jantan] seperti Acteons (lihat Graves, 22.i). Graves berkata:
Orpheus ini tidak berkonflik dengan kultus Dionysius; sebenarnya dialah Dionysius, dan dia memainkan alat muzik alder-pipe yang kasar, bukannya kecapi (lyre) yang beradab. Oleh itu Proclus’ (Commentary on Plato’s Politics, mukasurat 398) menulis[:] Orpheus, kerana dia adalah prinsipal di dalam upacara-upacara Dionysian, dikatakan telah mengalami nasib yang sama dengan dewa tersebut.
dan Appolodorus (i.3.2) menyabitkannya sebagai orang yang telah mencipta Misteri-misteri Dionysius (Graves, 28.2).
Legenda Milesian berkenaan kematian Tighernmas, yang disembelih pada Hari All Saints bagi penyembahan Crom Cruadh (MacGeoghegen, mukasurat 63), mempunyai kesamaan jenis. MacGeoghegan berpendapat bahawa ini adalah untuk memperkenalkan penyembahan berhala kepada orang-orang Milesian, yang sehingga masa itu, sebagai keturunan orang-orang Gadelian di Sepanyol, merupakan penganut-penganut fahaman Monoteis (orang-orang Iberes merupakan golongan Thobelite ((Josephus A of J, VI.1)). Mereka telah menyembah Allah Sebenar yang Tunggal (kononnya daripada pendedahan mereka kepada bangsa Israel pra-keluaran). Tuatha De Danaan, yang ada di Ireland sebelum mereka, telah menyembah matahari, bulan dan kadangkala bajak. Tetapi di bawah bimbingan para Druid, orang-orang Milesian ini telah mula menyembah Jupiter, Mars, Mercury, Apollo, matahari, bulan dan angin dan termasuklah juga hutan gunung dan dewa-dewa sungai (MacGeoghegan, mukasurat 63).
Oleh itu kompleksnya adalah suatu asas shamanistik dengan penyembahan matahari dan kosmologi timur tengah digabung bersamanya, nampaknya daripada suatu asas Mesir.
Graves berpendapat bahawa penyembahan [baru] matahari sebagai Bapa-semua (All-father) nampaknya telah dibawa ke kawasan Aegean utara oleh kumpulan imam pelarian Akhenaton yang bersifat monoteistik, pada abad ke 14 SM dan dicantumkan kepada kultus-kultus tempatan; kerana sebab itulah, dikatakan kononnya Orpheus telah melawat Mesir. Rekod-rekod kepercayaan ini ditemui di dalam karya Sophocles (Fragmen (Kepingan) 523 dan 1017) di mana matahari dirujukkan sebagai ‘api paling sulung, yang dekat di hati bagi penunggang-penunggang kuda Thracian’, dan sebagai ‘bapa kepada para dewa, dan bapa kepada segalanya’.
Graves menyatakan bahawa kultus itu telah ditumpaskan secara berdarah tetapi bahawa:
kemudiannya imam-imam Orphic, yang memakai pakaian Mesir, memanggil demi-god (dewa separuh) yang daging [lembu] mentahnya dimakan mereka, sebagai ‘Dionysius’, dan memelihara nama Apollo khasnya bagi Matahari yang abadi: lantas membezakan Dionysius dewa pancaindera/deria daripada Apollo dewa intelek/kebijaksanaan (ibid, 28.3).
Perjalanan turun Orpheus ke dalam Tartarus, di mana di dalam alkitab adalah lubang dalam yang dikhaskan hanya untuk Angkatan malaikat pemberontak (2 Petrus 2:4), adalah sekali lagi penting di dalam pengenalpastian tema utama kultus-kultus Misteri dan asal-usul Tauroctonya atau penyembelihan lembu. Muzik Orpheus semasa penurunannya ke Tartarus telah menambat hati dewi ular Hecate atau Agriope (muka bengis) supaya memberikan hak-hak istimewa kepada semua roh (hantu-hantu) yang menyertai Misteri-misteri Orphic. Penurunan Dionysius ke Tartarus untuk mencari ibunya Semele (Graves, 27.k) dicerminkan oleh Orpheus, iaitu imam Dionysius.
Graves mengatakan bahawa kultus alder Yunani telah ditumpas pada zaman-zaman terawal, namun sisa-sisa kesannya masih ada di dalam sastera klasik: pokok-pokok alder memagari pulau-kematian milik dewi sihir Circe (Homer Odyssey, vv. 64 dan 239) dan dia juga mempunyai perkuburan rimba pokok willow di Colchis (Appollonius Rhodius, iii 220) (lihat Graves, 152.b) dan, menurut Virgil, saudara-saudara perempuan Phaëthon telah dijelmakan kepada suatu semak pokok alder.
Kalendar dibahagikan kepada urutan pokok keramat. Bulan alder adalah yang keempat di dalam urutan tersebut dan bulan willow, yang dikaitkan dengan sihir air dan suci bagi dewi Helice (willow, Graves, 44.1), mengikuti bulan alder itu (Graves, 28.5).
Sungai Helicon (diolah daripada Helice) berlengkok mengelilingi Parnassus dan adalah suci bagi kelompok Muse – dewi-Gunung Bertiga yang bertanggungjawab ke atas ilham/inspirasi.
Dengan sebab itulah, Orpheus dipamerkan di dalam suatu lukisan kuil di Delphi (Pausanius,: x.30.3) sebagai bersandar pada suatu pokok willo dan menyentuh dahan-dahannya (Graves ibid.).
Oleh itu, kita sedang berhadapan dengan suatu Misteri yang bersehubungan rapat yang lazim wujud di kalangan orang-orang Celt dan Yunani di bawah nama-nama berlainan. Sistem agama kuno itu melibatkan pendamaian para iblis di bawah suatu perlambangan dewi bertiga di dalam suatu kultus Misteri penyembahan matahari yang melibatkan tauroctony sepertimana yang ada dengan amalan Mithras itu di mana ianya paling hebat sekali. Lokasi kuil-kuil Mithras di sepanjang sistem-sistem [sungai] Danube dan Rhine, ditemui di dalam karya Ulansey The Origins of the Mithraic Mysteries (mukasurat 5, pl. 1.2). Pengenalpastian Misteri-misteri itu dan maksud-maksudnya akan terlihat di dalam karya Ilmu Mistik (Mysticism).
Perlambangan yang telah timbul daripada kultus-kultus itu adalah berkenaan salib, dan kejadian pendamaian Hecate (Artemis, Rhea atau Ibu Dewi) dan Hermes di persimpangan jalanan ditujukan khasnya bagi mengawal roh-roh yang mati. Imej-imej ini dipanggil ekataia dan lazimnya menggambarkan dewi dalam bentuk bertiga. Sebagai Hecate enodia, dia merupakan pembantu para pengembara (schol. ad Theocr., ii.12, ERE, mukasurat 333). Sebagai dewi roh-roh mati dan iblis, dia menyebabkan mereka muncul di atas bumi, berhubungkait dengan anjing-anjingnya yang menyalak sepertimana dengan Holda di dalam kepercayaan Teutonik.
Dalam watak ini dia adalah Hecate trimorphos, jahat dan merbahaya. Bentuk bertiga dewi ini timbul kerana dia mempunyai imej-imej yang memandang sepanjang setiap laluan atau jalan-jalan tetapi perlambangan triune (bertiga) itu adalah lebih kuno lagi daripada sebarang perkembangan tempatan yang mungkin.
Dewa yang muncul daripada suatu pokok dikaitkan benar-benar dengan asas shamanisme dan amalan animist dan berasal daripada suatu mitos fundamental yang difahami, yang kuno.
Selain daripada persembahan-persembahan yang dibuat untuk imej-imejnya di situ, Hecate juga diminta petunjuknya di dalam hal tilikan. Persembahan bulanan yang dipanggil makanan-makanan Hecate (suppers of Hecate) (Ekates deipna) dibuat oleh orang-orang kaya. Makanannya termasuklah kuih-muih yang dimuatkan dengan lilin, ikan, telur, keju, madu dan selanjutnya, dan lazimnya dimakan oleh orang miskin. Amalan ini berleluasa di Eropah dan gereja telah cuba untuk menumpaskan kultus-kultus ini. Upacara-upacaranya menyerupai upacara-upacara pembebasan di persimpangan jalan yang merupakan upacara-upacara penyucian yang dipanggil oxuthumia (lihat ERE, ibid. untuk rujukan-rujukan teksnya) dan lazimnya tidak berkaitan dengan mana-mana ketuhanan. Dengan itu, Hecate telah mengambil alih fungsi ini.
Suatu mitos etiologikal menceritakan bagaimana Hecate, sebagai seorang bayi baru lahir, telah didedahkan (dibiarkan) di persimpangan laluan, tetapi diselamatkan dan dibesarkan oleh para pengembala domba (scol. on Lycophron, 1180). Ini mungkin sekali menunjuk kepada suatu adat resam sebenar yang melibatka