Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[041]
Dilema Golongan Muda [041]
(Edition 2.0 19940709-20040504)
Penulis ini mempertalikan pengalamannya dengan masalah golongan muda dan rehabilitasi mereka. Maksud perkataan alkitabiah bagi golongan muda akan diteliti. Keperluan layanan bagi kedua-dua golongan muda dan tua adalah satu mesej yang harus dipelajari setiap bangsa.
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ©1994, 2004 Wade Cox)
(Tr. 2005)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Dilema golongan Muda [041]
Penulis ini bekerja sebagai penyelaras di dalam program latihan bagi golongan muda yang tidak bekerja di antara umur 15 sehingga 20. Ini melibatkan acara menemuramah ramai golongan muda dengan masalah dadah, masalah alkohol, pemberontakan di rumah dan jenayah jalanan.
Pada satu tahap, seorang muda yang berumur 20 tahun yang tidak boleh membaca dan menulis telah ditemuramahkan. Dia merokok marijuana sejak dia berumur 12 tahun; dia telah didera secara fizikal di rumah selama bertahun-tahun dan dia meminum banyak alkohol setiap minggu. Sikapnya harus dilihat untuk mempercayainya. Dia menunjukkan akibat pengambilan dadah yang teruk, yang boleh menjelaskan kesukarannya untuk membuat sebarang tumpuan.
Dalam temuramah yang lain, seorang muda yang berumur 15 tahun yang berambut panjang, sedang melambai-lambaikan sepanduk tanda dadah yang dia ambil, megah dengan masalah dadah yang dia ambil dan juga mempunyai pendidikan yang baik sedikit daripada orang yang disebut tadi. Dia mengakui bahawa dia membenci orang tuanya dan tidak begitu pasti di mana mereka pada masa itu. Apabila ditanya apa cita-cita dia apabila besar nanti, dia berkata dia ingin menjadi pemain drum dalam kumpulan Rock dan bermain dengan muzik rancak, sama seperti kumpulan kegemarannya yang mana merupakan sebuah kumpulan muzik rancak yang terkenal dengan keganasan dan agresinya yang bersifat kasar.
Sementara di ditemuramah, dia melukis satu simbol di atas sebuah kertas. Dia melukis tiga salib yang terbalik dan dia menulis 666 di atas mereka. Dia kemudiannya melukai bahagian dahinya dan menyebabkan darah keluar, kemudian dia menekan ibu jarinya di atas luka tersebut dan mencapkan ibu jarinya yang dilapisi darah di atas tanda-tanda yang dia lukis tadi. Apabila dia ditanya mengapa dia perlu melakukan perkara itu, dia berkata, “Saya tidak tahu, Iblis adalah menakjubkan.” Dan juga di antara orang-orang muda ini, adalah anak-anak perempuan pelacur dengan masalah-masalah serta kisah hidup mereka yang rumit, dan ramai lagi orang muda yang lain sedang menuju ke mahkamah, penjara, lorong-lorong, dan bagi beberapa orang, mati dengan awal.
Berhadapan dengan semua ini, penulis ini terpaksa duduk dan bertanya “Mengapa?” Mengapa perkara ini berlaku kepada golongan muda-mudi kita? Mengapa perkara ini dibiarkan berlaku? Dalam perbandingan, seseorang boleh melihat kembali sewaktu tahun 1890-an apabila golongan muda kita di perdesaan, yang bersusah paya untuk merintis negara kita yang melalui keadaan-keadaan sukar, masih boleh melihat, mengambil tas mereka, menunggang kuda mereka ke Perang Boer. Pada 1915, apabila negara kita berkata, “Anak-anak, tidak ada masa untuk menjelajah… ada kerja yang harus dilakukan” mereka melakukannya dengan beramai-ramai. Mereka memanggilnya sebagai demam perang.
Orang-orang ini, yang berkerja untuk keluarga mereka demi untuk memperbaiki masa hadapan masyarakat kita, akan mati tanpa persoalan supaya bangsa kita akan selamat. Mereka bekerja sehingga mati supaya kita akan selamat. Begitu juga anak-anak mereka, akan pergi berperang, mengikut pergelutan yang panjang. Untuk melawan kembali. Seseorang tidak pergi berperang kerana berfikira bahawa ia adalah menyeronokkan. Dia melakukannya demi untuk negaranya, untuk bangsanya dan untuk keluarganya.
Bagaimana pun, dedikasi ini telah hilang selepada Perang Dunia Kedua. Ini tidak bertujuan untuk menggalakkan perang tetapi cuba untuk menunjukkan satu sikap yang setia, komitmen dan sikap kasih. Orang yang sebelum kita tidak takut untuk berperang, kerana mereka percaya kepada Allah.
Berikutan dengan Perang Dunia Kedua, ada masa-masa yang menonjol. Tahun 50-an adalah jangka masa ekonomi yang giat di barat, berjajaran dengan Perang Dingin. Anak-anak pada waktu zaman 50-an, anak-anak pada zaman ekonomi yang giat, di Amerika membesar dan berlatih, untuk bersedia sekiranya terjadi ‘perang nuklear’. Mereka diajar untuk membenci pihak komunis, golongan pelampau, orang yang berkulit hitam, orang Mexico, sesiapa sahaja yang bukan orang Amerika.
Untuk mengurangkan ketidakcukupan ini, golongan muda dibenarkan untuk lebih bebas. Pertumbuhan ekonomi dan kaedah-kaedah produksi yang diperbaiki telah membenarkan lebih ramai kereta dikeluarkan. Ramai orang yang ingin sekali bekerja. Justru itu, bagi golongan muda kerja mula menjadi ekonomi yang giat untuk pertama kalinya di dalam sejarah. Kenderaan yang muda didapati memberikan golongan muda satu kebebasan yang baru. Industry wayang gambar mula menonjol. Satu tarikan mula terjadi, muka-muka diseluputi oleh kepulan asap rokok, tarikan kepada kenderaan bermotor, kepada kereta-kereta lumba, tarikan kepada gadis-gadis jelita, dan ini membawa kepada pemberontakan yang sukar ditentang oleh generasi ini.
Golongan muda mula meniru orang yang mereka kagumi. ‘Gejala lepak’ menjadi popular. Kebebasan untuk menjauhkan diri dari keluarga dan masalah imej mereka yang baru membolehkan kebebasan seksual terjadi, yang mana ditekankan di dalam muzik dan wayang gambar yang popular. Golongan muda ini, oleh kerana fakta bahawa mereka berlepak dalam jumlah yang ramai dari rumah mereka, ini menjadi satu kuasa politik dalam pengertian mereka sendiri bersama dengan status kewangan yang mana kononnya menjadikan mereka lebih berkuasa.
Status ekonomi baru ini membenarkan golongan muda untuk meminta produk yang sesuai dengan keinginan nafsu mereka. Zaman 60-an memperlihatkan satu kemunculan yang besar dalam industri muzik, industri sukan, panggung wayang dan televisyen, dan lebih menyakitkan, ialah kemunculan industri dadah. “Keseronokan” ada di dalam. Muzik memceritakan kisah ini. Referansi dadah, fesyen, semuanya dibawa oleh “keseronokan” yang baru dalam penggunaan dadah.
Golongan muda memahami kuasa baru mereka dan sama seperti Leary yang menjelajah untuk mengabarkan “injil” dia tentang ‘Perkembangan Kesedaran’, terdapat penggunaan yang mendadak dalam dadah bius. Asid dan LSD adalah perkara yang biasa di kalangan golongan remaja sama seperti halnya dengan alkohol. Perasaan yang dikuasai adalah berada dalam tahap pemahaman yang lebih dalam, satu cara yang baru untuk melihat kepada dunia ini. Satu hikmat yang salah, lemah di dalam penilaian yang rasional atau apapun bentuk lojik, tetapi mereka rasa lebih dekat, lebih bebas, dan justu itu pemebontakan ini berterusan.
Bagaimana pun, keadaan ini menjadi merosot sedikit pada zaman 70-an. Dua sekolah dasar fikiran telah muncul di kalangan budaya golongan muda. Satu, golongan orang yang tidak berpendidikan tetapi bekerja, yang mana memperkenalkan Malaikat Neraka dan sepertinya – mereka semuanya berhenti dari sekolah. Cita-cita oramg Amerika tidak boleh dicapai dan mereka mengetahui perkara ini. Pengedar dadah pada zaman 60-an telah mula menggunakan marijuana, alkohol dan heroin – semuanya mengkhayalkan. Keadaan yang berterusan adalah dalam situasi yang kejam, penuh kemarahan, benci, menandakan satu sikap yang tidak siuman yang mana diakibatkan oleh penyalahgunaan ubat bius ini.
Golongan yang lain adalah jenis Berkeley, yang bangun. Mereka sedar dengan perkumpulan politik pada zaman 60-an dan perayaan batu telah menjadi membosankan dan belajar untuk mencapai permintaan ekonomi yang baru pada zaman yang ke 70-an dan 80-an. YUPPIE telah lahir. Begitu juga dengan bentuk-bentuk dadah – kokain, ekstasi dan homoseksual yang kronik telah muncul dari pengambilan dadah-dadah ini.
Terdapat banyak kemusnahan pada jangka masa yang singkat. Sekarang kita melihat contoh-contoh yang berlaku yang telah disebut sebelum ini – kesan sampingan pemberontakan golongan muda. Sekarang kita akan melihat kepada apa Alkitab katakan tentang golongan muda dan di mana kita boleh melihat mereka pada masa ini dan kita akan meninjau apa yang akan dilakukan oleh golongan muda kita mada masa hadapan.
Apakah maksud perkataan golongan muda?
Alkitab mempunyai banyak perkataan untuk menjelaskan golongan yang muda –
Bahur, na’ar, yeled, neanias, neunfskos. Perkataan-perkataan ini bermaksud anak lelaki, anak lelaki yang masih muda, perwira muda, tentera, hambah, anak lelaki, anak dan lelaki.
neoterus, alma, nea, neotera. Semuanya merujuk kepada wanita yang muda, anak gadis, gadis perawan, - juga perempuan, gadis muda, wanita yang menunggu.
Bhurot, nurim, nour,nvrot, sird, yaldot, neotes. Semuanya merujuk kepada golongan muda, seorang kanak-kanak, anak-anak lelaki. Perkataan Yunani bagi golongan muda adalah neoterikos. Perkataan yang digunakan di dalam Alkitab bagi golongan muda tidak begitu jelas digambarkan dari satu perkataan ke satu perkataan dan tidak menggambarkan umur seseorang dengan tepat. Sebagai contoh, mari kita meneliti perkataan ibrani na’ar dan maksud kewanitaannya, na’arah. Perkataan-perkataan ini telah diaplikasikan di dalam kumpulan umur yang berbeza. Mari kita lihat Keluaran 2:6.
Dia membukanya dan melihat seorang bayi. Dia menangis dan dia merasa kasihan terhadapnya…
Perkataan yang digunakan di sini bagi seorang bayi adalah na’ar dan merujuk kepada bayi yang berumur tiga bulan.
1Samuel 1:22 Tetapi Hana tidak ikut pergi, sebab katanya kepada suaminya: "Nanti apabila anak itu cerai susu, aku akan mengantarkan dia, maka ia akan menghadap ke hadirat TUHAN dan tinggal di sana seumur hidupnya."
Di sini kita melihat istilah ini digunakan untuk menggambarkan kanak-kanak, yang masih bayi, dan sekali lagi dalam 1 Samuel 2:11.
Lalu pulanglah Elkana ke Rama tetapi anak itu menjadi pelayan TUHAN di bawah pengawasan imam Eli.
Samuel di sini telah memberi layanan sedemikian sementara membantu imam besar – masih lagi seorang kanak-kanak.
Kejadian 25:27 Lalu bertambah besarlah kedua anak itu: Esau menjadi seorang yang pandai berburu, seorang yang suka tinggal di padang, tetapi Yakub adalah seorang yang tenang, yang suka tinggal di kemah.
Di sini na’ar merujuk kepada anak lelaki yang membesar. Dalam Kejadian 21:17 ia berbunyi:
Allah mendengar anak lelaki itu meratap dan malaikat Allah memanggil Hagar dari Sorga dan berfirman kepadanya…
Di sini perkataan ini digunakan untuk menggambarkan Ismail pada umur 14 atau lebih.
Kejadian 37:2 Yusuf, seorang muda yang berumur tujuh belas tahun, mengembala kawanan biri-biri…
Keluaran 33:11 Tuhan berfirman dengan Musa muka dengan muka, seperti seseorang yang bercakap dengan kawannya. Musa kembali ke khemah, tetapi pembantu mudanya dan Yoshua, anak lelaki Nun tidak meninggalkan khemah.
Penggunaan na’ar seringkali digunakan tetapi tidak selalu pada golongan dewasa.
Kita lihat di sini bahawa maksud masa muda adalah bersama dengan kita sejak dari lahir sehingga kita mencapai kedewasaan. Penterjemah Kamus Alkitab, pada muka surat 928, menyatakan bahawa golongan muda adalah masa yang tidak mempunyai had yang tertentu, melewati masa pertumbuhan dan sebelum pembentukan dasar seseorang, suatu masa pertumbuhan vigor dan peluang-peluang, walaupun bukan dari segi penilaian dan kematangan. Dasar di sini bukan sahaja merujuk kepada kekuatan fizikal.
Dengan itu, konsep tentang golongan muda adalah agak luas. Apakah yang memulakan kedewasaan?
Penterjemah Kamus Alkitab, Jilid 4, muka surat 925 menyatakan bahawa
Maksud pengangkaan dalam umur tidak begitu jelas. Malah perkataan na’ar juga digunakan bagi bayi atau anak yang masih terlalu muda (Kel 2:6; Hakim 13:8; 1 Sam 1:22; 4:21), yang mana ini juga mempunyai istilah lain (lihat kanak-kanak), tetapi ia digunakan bagi orang yang sudah dewasa juga (petikan Kej 34:19; 2 Sam 18:5). Im 27:1-8 mungkin menyatakan bahawa usia yang menjangkau dua puluh adalah masa seseorang melewati zaman remaja kepada zaman dewasa. Di sana, bagi tujuan membetulkan nilai skala, seseorang dibahagikan ke dalam kumpulan-kumpulan menurut umur, dan usia dua puluh merupakan had umur yang lebih rendah dalam kumpulan tersebut yang mendapat nilai yang paling tinggi, oleh kerana itu dianggap paling penting dalam hidup. Pencacah mengira populasi dari usia dua puluh ke usia yang lebih tua (Kel 30:14). Ini tertakluk kepada pemungutan suara, dan golongan lelaki pada usia ini ‘boleh pergi berperang’ (Bil 1:3). Dari Bil 14:29 kita juga menyimpulkan bahawa tanggung jawab moral tiba pada usia dua puluh. Tetapi golongan Lewi tidak diterima bagi pelayanan di dalam khemah pertemuan sehingga mereka mencapai usia dua puluh lima (Bil 8:24). Namun tertakluk kepada had umur yang dinyatakan dalam Bil 1:3, pada tentera selalunya dipanggil na’ar, dan had umur yang lebih tua dari ‘golongan muda’ tidak mempunyai angka yang tetap.
Mungkin istilah “muda-mudi” kadang-kadang digunakan untuk menunjukkan kematangan. Beberapa personaliti dalam Alkitab merujuk diri mereka sendiri sebagai ‘golongan muda’. Justru itu, Yeremia tidak mengatakan dengan jelas tentang angka umurnya ketika dia memprotes: ‘Ah, Tuhan Allah, aku tidak pandai berkata-kata, oleh kerana aku masih muda (Yer 1:6), begitu juga dengan Raja Solomo ketika dia berdoa: ‘Tuhan Allahku, jadikanlah aku sebagai hambaMu…, walaupun aku masih lagi anak muda (1 Raja 3:7); mereka hanya menunjukkan kesopanan. Petikan Hakim 6:15.
Seperti ‘Hiasan orang muda ialah kekuatannya, dan keindahan orang tua ialah uban’ (Amsal 20:29) dan apabila ‘anak-anak dara yang cantik’ dan ‘anak-anak teruna karena haus’ (Amos 8:13), kesudahan dalam tragedy akan terjadi.
Golongan muda sudah tentu kurang pengalaman dan hikmat dari golongan tua-tua mereka, oleh kerana itu peringatan yang diulang dalam buku seperti Amsal, dimana ‘anak-anak’ dirujuk sebagai anak-anak kepada semua (contoh dalam Ams 7:24). Golongan muda-mudi ini dijemput untuk mencari hikmat dan mendapatkan pengetahuan (Ams 8:32-36), dan mereka diberi amaran untuk mengelakkan ‘wanita-wanita bebas’ yang menunggu mangsa-mangsa yang masih muda (Ams 7:4-12).
Tetapi Kohelet, sedar tentang kelemahan orang yang sudah berumur (lihat Umur, Tua) meminta golongan muda untuk mendapatkan kebebasan ‘sebelum hari jahat akan tiba’: ‘Bersukarialah, O orang muda, dalam masa mudamu, dan biarlah hatimu membuat kamu riang pada hari-hari mudamu’ (Peng 11:9; 12:1).
Selalunya, sejarah awal Israel diistilahkan ‘golongan muda’ dalam bentuk persajakan dan dikesali pada masa pertentangan (Yehez 23:19) atau selalu diingati sebagai masa iman yang baik di antara Allah dan umat (Hos 2:15-17), menurut keadaan penulis atau tujuan.
Jadi kita melihat bahawa, untuk mencapai kepada kedewasaan, kita melepaskan diri kita sendiri dari ketidakmatangan dan keadaan kita yang sempoi yang mana dianggap sebagai sebahagian daripada sifat golongan muda.
Peranan dan Tanggungjawab Golongan Muda
Ianya penting untuk memahami peranan dan tanggungjawab yang kita mainkan di dalam masyarakat demi untuk mengekalkan pegangan Alkitab yang betul. Dalam Lukas 22:26 Yesus menyebut:
Tetapi kamu tidaklah demikian, melainkan yang terbesar di antara kamu hendaklah menjadi sebagai yang paling muda dan pemimpin sebagai pelayan.
Alkitab Pembelajaran NIV, dalam ulasan tentang ayat ini, sangat menarik, ia mengulas:
Yesus mendorong dan memberi contoh hamba kepemimpinan hamba - satu sifat yang berlainan daripada sifat masa sekarang.
Bagaimana pun, sifat ini adalah satu fungsi dalam Jemaat kita dan harus demikian. Pernyataan oleh Kristus ini adalah penting kerana ia memberitahu kita kedudukan golongan muda seperti yang dilihat oleh Kristus. Dia mengetahui bahawa golongan muda harus melakukan tugas dengan merendahkan diri. Kisah 5:5, 10 menyebut semula ayat ini.
5 Ketika mendengar perkataan itu rebahlah Ananias dan putuslah nyawanya. Maka sangatlah ketakutan semua orang yang mendengar hal itu. Lalu datanglah beberapa orang muda; mereka mengapani mayat itu, mengusungnya ke luar dan pergi menguburnya.
10 Lalu rebahlah perempuan itu seketika itu juga di depan kaki Petrus dan putuslah nyawanya. Ketika orang-orang muda itu masuk, mereka mendapati dia sudah mati, lalu mereka mengusungnya ke luar dan menguburnya di samping suaminya.
Ini menunjukkan bahawa golongan muda harus belajar untuk melayan sebelum mereka melayan diri mereka sendiri secara fizikal. Proses hamba ini adalah proses bagaimana golongan muda mencapai hikmat.
Di sepanjang buku Amsal, bapa adalah seabgai guru, anak adalah sebagai pelajar. Sikap ini adalah sifat yang Allah ingin kita lakukan.
Amsal 4:1 Dengarkanlah, hai anak-anak, didikan seorang ayah, dan perhatikanlah supaya engkau beroleh pengertian, karena aku memberikan ilmu yang baik kepadamu; janganlah meninggalkan petunjukku.
Seorang yang muda harus mendengar ajaran gurunya dengan hati rendah yang menurut dan prihatin kepada Alkitab. Keadaan adalah sukar bagi golongan muda pada masa sekarang.
Pengkhotbah 11:7-10 Terang itu menyenangkan dan melihat matahari itu baik bagi mata; 8 oleh sebab itu jikalau orang panjang umurnya, biarlah ia bersukacita di dalamnya, tetapi hendaklah ia ingat akan hari-hari yang gelap, karena banyak jumlahnya. Segala sesuatu yang datang adalah kesia-siaan. 9 Bersukarialah, hai pemuda, dalam kemudaanmu, biarlah hatimu bersuka pada masa mudamu, dan turutilah keinginan hatimu dan pandangan matamu, tetapi ketahuilah bahwa karena segala hal ini Allah akan membawa engkau ke pengadilan! 10 Buanglah kesedihan dari hatimu dan jauhkanlah penderitaan dari tubuhmu, karena kemudaan dan fajar hidup adalah kesia-siaan.
Pengkhotbah 12:1 Ingatlah akan Penciptamu pada masa mudamu, sebelum tiba hari-hari yang malang dan mendekat tahun-tahun yang kaukatakan: "Tak ada kesenangan bagiku di dalamnya!",
Mungkin inilah yang telah berlaku. Golongan muda berseronok tetapi lupa kepada penciptanya. Golongan muda adalah masa untuk bersukaria, tetapi ia berjajaran dengan kesetiaan kepada kebenaran. Ianya menarik untuk diperhatikan bahawa sejarah awal Israel dipanggil ‘muda’ dan selalu diingat atau dikesali menurut kepada pandangan kamu. Golongan muda Israel telah melawan dari Yehezkiel 23:19, tetapi Hosea 2:15-17 selalu menginganti masa mudanya sebagai satu masa bagi iman yang baik. Justru itu, nilai golongan muda adalah menggunakan keberanian dan kekuatan kita untuk melayan masyarakat kita, menggunakan kuasa dan kehendak kita dengan setia dan belajar supaya masa kita digunakan dengan baik di atas bumi ini dan penghakiman kita tidak terlalu sukar.
Penulis-penulis Alkitab, bercakap tentang golongan muda dalam istilah pahlawan/ hamba menggunakan perkataan na’ar (Hakim 7:10). Ini menunjukkan bagaimana golongan muda ini disebut. Kepentingan kekuatan mereka sangat besar. Kekuatan mereka dan kuasa mereka membuat golongan muda menjadi pekerja yang kuat dan mereka bekerja kuat untuk masyarakat mereka. Golongan tua, dalam hikmat mereka melalui pengalaman, memimpin hal-ehwal masyarakat dan bergantung kepada golongan muda untuk kehidupan dan golongan muda bergantung kepada golongan tua untuk pengetahuan. Sistem ini berterusan tanpa henti.
Semua kaum lelaki/wanita melayan golongan yang lain supaya masyarakat itu secara keseluruhan boleh berfungsi dalam keadaan yang betul dan dalam kerohanian. Namun, ini semua telah pecah.
Golongan muda tidak memahami bahawa kehendak mereka untuk kebebasan, pemahaman dan ketidakmatangan, sebelum hikmat dicapai, menyebabkan keganasan, masalah dadah dan sifat masyarakat secara umum adalah tidak sesuai bagi mereka. Pada era 60-an adalah masa apabila materialisma di antara golongan muda bermula. Muzik, kereta, fesyen, bersukan, dll. Adalah perkara-perkara yang diminta dengan tidak putus-putus, dan golongan tua dalam masyarakat kita bertindak balas dalam ketamakan dan mementingkan diri sendiri.
1Raja 12:6-14 Sesudah itu Rehabeam meminta nasihat dari para tua-tua yang selama hidup Salomo mendampingi Salomo, ayahnya, katanya: "Apakah nasihatmu untuk menjawab rakyat itu?" 7 Mereka berkata: "Jika hari ini engkau mau menjadi hamba rakyat, mau mengabdi kepada mereka dan menjawab mereka dengan kata-kata yang baik, maka mereka menjadi hamba-hambamu sepanjang waktu." 8 Tetapi ia mengabaikan nasihat yang diberikan para tua-tua itu, lalu ia meminta nasihat kepada orang-orang muda yang sebaya dengan dia dan yang mendampinginya, 9 katanya kepada mereka: "Apakah nasihatmu, supaya kita dapat menjawab rakyat yang mengatakan kepadaku: Ringankanlah tanggungan yang dipikulkan kepada kami oleh ayahmu?" 10 Lalu orang-orang muda yang sebaya dengan dia itu berkata: "Beginilah harus kaukatakan kepada rakyat yang telah berkata kepadamu: Ayahmu telah memberatkan tanggungan kami, tetapi engkau ini, berilah keringanan kepada kami--beginilah harus kaukatakan kepada mereka: Kelingkingku lebih besar dari pada pinggang ayahku! 11 Maka sekarang, ayahku telah membebankan kepada kamu tanggungan yang berat, tetapi aku akan menambah tanggungan kamu; ayahku telah menghajar kamu dengan cambuk, tetapi aku akan menghajar kamu dengan cambuk yang berduri besi." 12 Pada hari lusanya datanglah Yerobeam dengan segenap rakyat kepada Rehabeam, seperti yang dikatakan raja: "Kembalilah kepadaku pada hari lusa." 13 Raja menjawab rakyat itu dengan keras; ia telah mengabaikan nasihat yang diberikan para tua-tua kepadanya; 14 ia mengatakan kepada mereka menurut nasihat orang-orang muda…
1Raja 12:19 Demikianlah mulanya orang Israel memberontak terhadap keluarga Daud sampai hari ini.
Kita membaca di sini hasil kepada mendengar nasihat dari golongan muda dan orang yang belum matang. Raja menolak himat orang yang sudah tua dan menerima nasihat golongan muda. Hasil akhir adalah kekerasan dan kebencian di kalangan masyarakat. Hati apra bapa menjadi benci kepada anak-anak mereka, dan anak-anak mereka membenci bapa-bapa mereka. Golongan muda diminda dan diminta menasihati dan para pemimpin mendengar.
Golongan muda melihat kemunafikan di dalam sistem. Orang di Amerika, yang dikatakan takut kepada Allah dan orang yang damai – dan anak-anak masih lagi bergelut dengan perang nuklear kerana umat Kristian mereka yang menyayangi Allah sukar untuk diatur. Apabila golongan muda memberontak – dan bukannya menghambakan diri mereka melalui kepimpinan, hikmat dan disiplin – mereka berpaling kepada diri mereka sendiri dan justru itu jarak di antara golongan muda dan golongan tua semakin jauh. Mereka memanggil ia sebagai jurang generasi. Ketidakkekalan dalam sistem ini bergantung kepada jurang generasi ini.
Semua keganasan di dalam dunia ini pada masa ini adalah di kalangan budaya golongan muda yang berpunca dari dosa – dosa yang menjadikan semua kejahatan. Apabila Iblis menganggap dirinya lebih besar dari Allah, dia mula memberi reaksi dalam proses fikiran yang sama dalam umat manusia sehingga hari ini. Semua manusia mahu menganggap diri mereka lebih besar. Budaya golongan muda pada zaman 60-an cuba membuat diri mereka lebih besar dan golongan muda mahu menyamakan diri mereka dengan orang dewasa – konsep yang sama seperti Iblis – konsep yang sama yang digunakan manusia untuk menyamakan Yesus dengan Allah. Dengan melakukan ini kita membenarkan kelemahan dalam keangkuhan kita sendiri keinginan untuk membesarkan diri sendiri.
Panggilan golongan muda adalah untuk mencapai hikmat dan memperolehi hikmat dalam segala tahap. Hikmat adalah panggilan yang terbesar.
Amsal 8:1-22 Bukankah hikmat berseru-seru, dan kepandaian memperdengarkan suaranya? 2 Di atas tempat-tempat yang tinggi di tepi jalan, di persimpangan jalan-jalan, di sanalah ia berdiri, 3 di samping pintu-pintu gerbang, di depan kota, pada jalan masuk, ia berseru dengan nyaring: 4 "Hai para pria, kepadamulah aku berseru, kepada anak-anak manusia kutujukan suaraku. 5 Hai orang yang tak berpengalaman, tuntutlah kecerdasan, hai orang bebal, mengertilah dalam hatimu. 6 Dengarlah, karena aku akan mengatakan perkara-perkara yang dalam dan akan membuka bibirku tentang perkara-perkara yang tepat. 7 Karena lidahku mengatakan kebenaran, dan kefasikan adalah kekejian bagi bibirku. 8 Segala perkataan mulutku adalah adil, tidak ada yang belat-belit atau serong. 9 Semuanya itu jelas bagi yang cerdas, lurus bagi yang berpengetahuan. 10 Terimalah didikanku, lebih dari pada perak, dan pengetahuan lebih dari pada emas pilihan. 11 Karena hikmat lebih berharga dari pada permata, apapun yang diinginkan orang, tidak dapat menyamainya. 12 Aku, hikmat, tinggal bersama-sama dengan kecerdasan, dan aku mendapat pengetahuan dan kebijaksanaan. 13 Takut akan TUHAN ialah membenci kejahatan; aku benci kepada kesombongan, kecongkakan, tingkah laku yang jahat, dan mulut penuh tipu muslihat. 14 Padaku ada nasihat dan pertimbangan, akulah pengertian, padakulah kekuatan. 15 Karena aku para raja memerintah, dan para pembesar menetapkan keadilan. 16 Karena aku para pembesar berkuasa juga para bangsawan dan semua hakim di bumi. 17 Aku mengasihi orang yang mengasihi aku, dan orang yang tekun mencari aku akan mendapatkan daku. 18 Kekayaan dan kehormatan ada padaku, juga harta yang tetap dan keadilan. 19 Buahku lebih berharga dari pada emas, bahkan dari pada emas tua, hasilku lebih dari pada perak pilihan. 20 Aku berjalan pada jalan kebenaran, di tengah-tengah jalan keadilan, 21 supaya kuwariskan harta kepada yang mengasihi aku, dan kuisi penuh perbendaharaan mereka. 22 TUHAN telah menciptakan aku sebagai permulaan pekerjaan-Nya, sebagai perbuatan-Nya yang pertama-tama dahulu kala.
Perhambaan adalah satu-satunya proses. Golongan muda harus belajar untuk melayan dan golongan tua, pada masa yang sama belajar untuk melayan golongan muda. Kalau tidak demikian sistem ini tidak akan bertahan.
Gambarannya ialah bahawa pemberontakan golongan muda dibenarkan terjadi bagi satu peristiwa penting pada masa akhir. Akibat dari pemberontakan ini adalah besar dan mematikan. Budaya dadah telah mengakibatkan kemuflisan, pembunuhan, bunuh diri, keganasan jalanan, pecah rumah, pencuri dan sebagainya, malah sehingga golongan tua pun dipukul dan harta benda mereka dicuri supaya para penagih ini boleh memperolehi bekalan mereka.
Secara mutlak, kerajaan akan membuka di dalam bentuk dari satu sistem yang dikendalikan. Kerajaan akan berkata bahawa golongan muda telah menciptakan kekacauan ini dan badan memerintah yang korup tidak mampu menampungnya. Justru itu, justifikasi pertama bagi sistem binatang akan muncul.
Apa yang golongan muda boleh buat sekiranya mereka serius tentang membantu menyelesaikan masalah ini, ialah mencari hikmat dalam apa jua tahap. Berkawan dengan orang-orang yang bijak, cari kebenaran di dalam Alkitab. Terdapat tugas yang banyak perlu diselesaikan untuk membantu mengurangkan masalah dan kekeliruan; kesan sampingan dari pemberontakan terhadap Allah yang telah bermula berjuta tahun dahulu. Sehingga hari ini manusia masih berebut-rebut untuk mendapatkan kuasa dan kedudukan dari orang lain.
Sekiranya hari ini kamu menjadi hamba kepada orang-orang ini dan melayan mereka dan memberi mereka jawapan yang menyenangkan, mereka akan selalu menjadi hamba kamu.
Catatan: petikan-petikan Alkitab adalah dari Alkitab terjemahan Bahasa Indonesia.
q