Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[047]

 

 

 

 

Shofar dan Sangkakala Perak

(Edition 1.0 20030308-20030308)

 

1Korintus 14:8 menyatakan “Jika sangkakala tidak mengeluarkan bunyi yang terang, sipakah yang menyiapkan diri untuk berperang”. Konsep ini menarik dengan pengertian yang mendalam. Sangkakala mempunyai sejarah yang panjang dan penting di dalam Jemaat. Kepentingan ini akan diteliti di dalam karya ini. Ia adalah tanggung jawab kita untuk memberi perkhabaran yang jelas kepada orang lain, supaya mereka tahu apa yang harus dilakukan.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2003 Wade Cox)

(tr. 2005)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Shofar dan Sangkakala Perak



Pada mulanya, Allah Bapa Pencipta sudah sedia wujud; makluk kekal yang kuat dan berkuasa. Sifat keperibadianNya Baik dan di tempat di mana terbitnya Hukum sebagai satu ungkapan dari dasar lojik yang sebenarnya. Bapa kita, sebagai melaksanakan kehendakNya, telah memilih untuk mencipta firman Allah dan juga anak-anak Allah yang lain iaitu Elohim. Firman Allah adalah ciptaan yang pertama dari segalanya yang menjadi tempat di mana semua ciptaan fizikal yang lain dibentuk, di bawah perintah Bapa. Pada mulanya, Hukum, rencana dan malaikat semesta, telah diolah dan dijadikan. Kemudian, malaikat-malaikat itu, di bawah perintah telah membantu mendirikan dunia fizikal dan kemudian manusia. Lihat karya tulis Tujuan Penciptaan dan Pengorbanan Kristus (No. 160); Malaikat YHVH (No. 24); Allah yang kita Sembah (No. 2) and The Pre-Existence of Jesus Christ (No. 243).

 

Rencana Allah mempunyai satu ciptaan di bawahNya, bekerja sebagai tenaga yang berkuasa dan yang bersatu, untuk mewujudkan rencanNya yang luar biasa. Namun, satu perbalahan di kalangan malaikat terlah berlaku, yang memperlihatkan satu pertiga daripada malaikatNya mengambil keputusan untuk menentang Kerajaan Allah, dan cuba mengasingkan dan memusnahkan ciptaan Allah.

 

Konsep ini telah dilambangkan di dalam Alkitab oleh dua sangkakala yang khusus, Shofar atau Keren (sebuah alat bunyian yang diperbuat daipada tanduk biri-biri jantan) dan oleh dua sangkakala perak yang dikenali sebagai hazozarahs (Bil 10).

 

Terjemahan Alkitab dalam bahasa Inggeris telah mengaburkan pemahaman  tentang sifat dan struktur malaikat semesta. Sebutan Eloah dan Elohim sebagai Allah telah mengaburkan pemahaman yang penting. Dalam cara yang sama, pengumpulan yang tidak tepat alat bunyian angin di bawah nama sangkakala, atau tahap yang lebih rendah, yakni kornet, telah dikaburkan. Karya tulis ini akan meneliti alat-alat bunyian ini dan berharap untuk memberikan pengertian tentang kuasa penting yang terkandung di dalamnya, begitu juga dengan harapan Allah dan hamba-hambaNya yang mereka wakili.

 

Shofar

Konsep yang pertama dari tandung biri-biri jantan telah diberikan di dalam buku Kejadian, kerana ia difahami di dalam Encyclopedia Judaica, ketika memberikan biri-biri jantan itu kepada Abraham pada waktu persembahan korban Isyak.  Korban Isyak adalah cerita yang diberikan, yang menggambarkan korban Kristus pada kayu salib, bagi penebusan kita. Dalam cara yang sama struktur tatacara ayat di dalam agama Islam juga wujud, sebagai korban Ismail dari buku Quran (lihat karya tulis Kejadian 22, Yudaisme, Islam dan Korban Isyak (No. 244)).

 

Kedua-dua cerita (dan khususnya ayat dalam Alkitab) adalah gambaran bagi rentetan perayaan Paskah, di mana biri-biri yang tiada cela diambil, disembelih dan dimakan. Tulang-tulang dan daging yang tertinggal tidak akan disimpan sehingga pagi. Barang yang tertinggal adalah tanduk biri-biri yang tiada cela. Tanduk ini adalah lambang Allah Bapa, dan sifat HukumNya, yang terbit daripadaNya. Ia juga merupakan satu lambang sifat keperibadian Allah, kejayaan masa hadapan serta kemenangan yang akan dimiliki oleh Allah, dan masa hadapan bagi ciptaan, yang patuh kepada Satu Allah yang Benar.

 

Shofar yang pertama disebut bermula di dalam Keluaran bab 19. Ia berbunyi:

Keluaran 19:9-13 Berfirmanlah TUHAN kepada Musa: "Sesungguhnya Aku akan datang kepadamu dalam awan yang tebal, dengan maksud supaya dapat didengar oleh bangsa itu apabila Aku berbicara dengan engkau, dan juga supaya mereka senantiasa percaya kepadamu." Lalu Musa memberitahukan perkataan bangsa itu kepada TUHAN. 10 Berfirmanlah TUHAN kepada Musa: "Pergilah kepada bangsa itu; suruhlah mereka menguduskan diri pada hari ini dan besok, dan mereka harus mencuci pakaiannya. 11 Menjelang hari ketiga mereka harus bersiap, sebab pada hari ketiga TUHAN akan turun di depan mata seluruh bangsa itu di gunung Sinai. 12 Sebab itu haruslah engkau memasang batas bagi bangsa itu berkeliling sambil berkata: Jagalah baik-baik, jangan kamu mendaki gunung itu atau kena kepada kakinya, sebab siapapun yang kena kepada gunung itu, pastilah ia dihukum mati. 13 Tangan seorangpun tidak boleh merabanya, sebab pastilah ia dilempari dengan batu atau dipanahi sampai mati; baik binatang baik manusia, ia tidak akan dibiarkan hidup. Hanya apabila sangkakala berbunyi panjang, barulah mereka boleh mendaki gunung itu."

 

Sangkakala yang disebut di sini merujuk kepada Shofar. Perkataan yang digunakan ialah Yobel yang bermaksud tiupan dari tanduk itu.

 

Keluaran 19:14-19 Lalu turunlah Musa dari gunung mendapatkan bangsa itu; disuruhnyalah bangsa itu menguduskan diri dan merekapun mencuci pakaiannya. 15 Maka kata Musa kepada bangsa itu: "Bersiaplah menjelang hari yang ketiga, dan janganlah kamu bersetubuh dengan perempuan."  16 Dan terjadilah pada hari ketiga, pada waktu terbit fajar, ada guruh dan kilat dan awan padat di atas gunung dan bunyi sangkakala yang sangat keras, sehingga gemetarlah seluruh bangsa yang ada di perkemahan. 17 Lalu Musa membawa bangsa itu keluar dari perkemahan untuk menjumpai Allah dan berdirilah mereka pada kaki gunung. 18 Gunung Sinai ditutupi seluruhnya dengan asap, karena TUHAN turun ke atasnya dalam api; asapnya membubung seperti asap dari dapur, dan seluruh gunung itu gemetar sangat. 19 Bunyi sangkakala kian lama kian keras. Berbicaralah Musa, lalu Allah menjawabnya dalam guruh.

 

Shofar atau tanduk biri-biri ini ditiup oleh orang lain yang bukan dari jemaah. Ia adalah kuat dan panjang. Ia dibunyikan oleh malaikat-malaikat untuk mengumumkan kehadiran Malaikat Yahovah, sewaktu dia datang sebagai wakil Bapa. Shofar dan tiupannya adalah satu pengumuman tentang kehadiran Allah dan KuasaNya yang terbit darinya. Dari pengumuman ini, Hukum diberikan kepada Musa melalui Kristus dari Allah Bapa. Konsep ini adalah satu lanjutan kepada perkara yang dibincangkan di bahagian pengenalan. Iaitu, Allah dan Kristus membuatkan Hukum itu wujud sebelum ciptaan fizikal dibentuk. Oleh itu, Hukum diberikan di dalam Imamat dan Bilangan. Ini adalah sebelum organisasi bangsa di dalam buku Bilangan.

 

Sementara Allah memilih untuk mewakilkan dirinya melalui Shofar, Dia memilih untuk memberikan kepada tanduk kita sendiri untuk mewakilkan diri kita. Dia memberi kita perkara ini dalam Bilangan bab 10.

 

Bilangan 10:1-2 TUHAN berfirman kepada Musa:  2 "Buatlah dua nafiri dari perak. Dari perak tempaan harus kaubuat itu, supaya dipergunakan untuk memanggil umat Israel dan untuk menyuruh laskar-laskarnya berangkat.

 

Konsep untuk membuat dua sangkakala perak, dari satu batang perak, merujuk kepada dua elemen dari penciptaan. Fizikal dan spiritual wujud bergandingan sebagai dua bahagian dalam satu rencana tunggal.

 

Bilangan 10:3 Apabila kedua nafiri itu ditiup, segenap umat itu harus berkumpul kepadamu di depan pintu Kemah Pertemuan.

 

Apabila kedua-duanya ditiup, seluruh ciptaan dipanggil untuk berkumpul, kedua-dua malaikat dan manusia, di dalam rumah Allah.

 

Bilangan 10:4 Jikalau hanya satu saja ditiup, maka para pemimpin, para kepala pasukan Israel harus berkumpul kepadamu.

 

Di sini, konsep malaikat semesta yang dibawa bersama manusia ini diwakili oleh penggunaan satu sangkakala bagi putera-putera, tahap pemerintahan utama dalam penciptaan, dan sangkakala yang kedua adalah bagi penciptaan yang kedua.

 

Bilangan 10:5-12 Apabila kamu meniup tanda semboyan, maka haruslah berangkat laskar-laskar yang berkemah di sebelah timur;  6 apabila kamu meniup tanda semboyan kedua kalinya, maka haruslah berangkat laskar-laskar yang berkemah di sebelah selatan. Jadi tanda semboyan harus ditiup untuk menyuruh mereka berangkat; 7 tetapi untuk menyuruh jemaah itu berkumpul kamu harus meniup saja tanpa memberi tanda semboyan. 8 Nafiri-nafiri itu harus ditiup oleh anak-anak imam Harun; itulah yang harus menjadi ketetapan untuk selama-lamanya bagimu turun-temurun. 9 Dan apabila kamu maju berperang di negerimu melawan musuh yang menyesakkan kamu, kamu harus memberi tanda semboyan dengan nafiri, supaya kamu diingat di hadapan TUHAN, Allahmu, dan diselamatkan dari pada musuhmu.  10 Juga pada hari-hari kamu bersukaria, pada perayaan-perayaanmu dan pada bulan-bulan barumu haruslah kamu meniup nafiri itu pada waktu mempersembahkan korban-korban bakaranmu dan korban-korban keselamatanmu; maksudnya supaya kamu diingat di hadapan Allahmu; Akulah TUHAN, Allahmu." 11 Pada tahun yang kedua, pada bulan yang kedua, pada tanggal dua puluh bulan itu, naiklah awan itu dari atas Kemah Suci, tempat hukum Allah. 12 Lalu berangkatlah orang Israel dari padang gurun Sinai menurut aturan keberangkatan mereka, kemudian diamlah awan itu di padang gurun Paran.

 

Dalam ayat 8 Allah memerintah kepada kita untuk meniup sangkakala-sangkakala ini pada waktu keriangan sebagai satu upacara yang berterusan di sepanjang generasi kita.

 

Berikutan membunyikan sangkakala ini sebagai satu semboyan bagi penciptaan dan panggilam untuk ketenteraan, awan akan berkumpul di luar bait suci kesaksian. Awan ini berada di atas bangsa Israel ketika mereka keluar dari Mesir. Dalam Keluaran 19:9 ia berbunyi:

 

Keluaran 19:9 Dan Tuhan berfirman kepada Musa, “Aku datang kepadamu sebagai awan yang tebal.”

 

Awan ini adalah awan yang melindungi yang diberikan kepada jemaah selepas memberikan jemaah ini satu sistem amaran, dan satu kaedah untuk memanggil balik awan tersebut apabila bangsa-bangsa dan suku kaum memerlukannya. Kegagalan untuk meniup sangkakala ini bererti wewenang ilahi tidak dibawah berperang bersama kita, untuk berlawan dalam peperangan dan melindungi kita dari musuh.

 

Sangkakala-sangkakala juga diperintahkan untuk ditiup pada persembahan-persembahan bakaran. Sistem persembahan telah diberikan kepada Adam dab difahami oleh keluarganya melalui kematian Kristus. Sistem persembahan ini ditetapkan sebagai satu lambang dari proses-proses yang telah diambil oleh penciptaan di dalam rencana Allah. Dalam perkataan lain, ia bererti pertukaran daripada benda keras kepada gas dengan pengasingan bahan-bahan kotor. Binatang yang halal mati dan dibakar, atau dibersihkan di dalam api seperti perak yang meninggalkan bahan buangan seperti habuk, dan roh itu bergabung dengan wewenang spiitual yang diberikan kepada Allah “sebagai haruman yang baik”. Tiupan dari sangkakala perak adalah satu pengumuman dalam proses pengubahan dan persatuan dengan Bapa. Bunyi ini membuat persembahan itu satu peringatan. Tanpa meniup tandauk-tandauk ini, persembahan itu tidak lengkap, atau tidak bererti.

 

Jadi Allah dilambangkan oleh Shofar, ciptaan malaikat oleh satu tanduk perak, dan umat manusia oleh tanduk perak yang lain. Ini dijelaskan oleh Daud di dalam Mazmur 47:5, namun tidak diterjemahkan dengan baik dan menyembunyikan konsep ini. Mari kita teliti Mazmur 47:5:

 

Allah (SHD 430) – Elohim

 

Allah telah naik – dimuliakan

 

Dengan sorak-sorai (SHD 8643) – teruwah (sorakan – sorakan keriangan, semboyan perang sebagai tempikan sangkakala) yakni bunti ini hasil dari Hazozarah

 

Tuhan (SHD 3068) – Yehovah (Allah Bapa)

 

Dengan bunyi Sangkakala (SHD 7782) - Shofar

 

Sekiranya kita membaca Zefanya 1:16 kita akan melihat konsep yang sama digunakan dalam pertalian perkara ini.

 

Zefanya 1:16 Hari peniupan sangkakala dan pekik peperangan terhadap kota-kota yang berkubu, dan terhadap menara penjuru yang tinggi.

 

Untuk menterjemahkannya dengan betul, ia berbunyi:

 

“Hari Shofar dan teruwah (amaran chatsotsserah) terhadap kota-kota yang berkubu, dan terhadap menara penjuru yang tinggi.

 

Jadi Mazmur 47:5 harus berbunyi:

 

Kita muliakan elohim dengan semboyan dan Yehovah dengan shofar

 

Kita akan meneliti kepentingannya sebentar lagi.

 

Nanti kita akan meneliti perlambangan yang penting tentant peniupan shofar bersama dengan sangkakala-sangkakala perak. Yang pertama, kita akan melihat kepada contoh-contoh penggunaan shofar di dalam Alkitab.

 

Mungkin penggunaan shofar yang paling tekenal dan paling jelas diberitahu di dalam buku Yoshua, dalam rujukan kepada kota Yeriko. Ini adalah kisah yang luar biasa tentang kuasa Allah. Kisah ini boleh difahami dari karya tulis Kejatuhan Yeriko (No. 142).

 

Kegunaan shofar yang biasa adalah di dalam peperangan. Sangkakala perak ditiup untuk bangsa, dan bagi perlindungan dalam peperangan pada waktu serangan dari musuh, dan keganasan harian yang harus ditahan oleh bangsa itu. Shofar ditiup di dalam peperangan bagi tujuan yang berlainan. Peperangan di mana shofar ditiup adalah peperangan yang ditahbiskan oleh Allah, dan satu daripada aspek kunci dalam rencana dan kerajaanNya di wilayah-wilayah itu pada zaman itu.

 

Perkataan shofar adalah nombor 7782 di dalam SHD dan tulisan kitab yang berkaitan tentang shofar boleh diteliti.

 

Kita sekarang faham maksud dan penggunaan kedua-dua bentuk tanduk ini. Sebelum kita meneliti peniupan tanduk-tanduk ini bersama,  mari kita lihat di dalam Daniel 3. Ini memberi satu gambaran yang menarik ke dalam pemahaman dan kepentingan bahawa bangsa itu memiliki semua kerajaan, pada perhubungan dengan Allah dan bunyi tempikan tanduk itu.

 

Seperti yang kita tahu, nama Ibrani bagi jenis shofar selain daripada perkataan shofar adalah keren (atau tanduk) e yovel atau tanduk biri-biri jantan. Keren adalah semata-mata sebuah tanduk, dan besar kemungkinan satu bentuk shofar, yang telah disalahgunakan atau diubah dari logam melalui tangan manusia, justru itu membuat ia tidak suci secara ritual dan tidak boleh digunakan sebagai sabuah “shofar”.

 

Daniel 3 berbunyi:

Daniel 3:1-15 Raja Nebukadnezar membuat sebuah patung emas yang tingginya enam puluh hasta dan lebarnya enam hasta yang didirikannya di dataran Dura di wilayah Babel. 2 Lalu raja Nebukadnezar menyuruh orang mengumpulkan para wakil raja, para penguasa, para bupati, para penasihat negara, para bendahara, para hakim, para ahli hukum dan semua kepala daerah, untuk menghadiri pentahbisan patung yang telah didirikannya itu. 3 Lalu berkumpullah para wakil raja, para penguasa, para bupati, para penasihat negara, para bendahara, para hakim, para ahli hukum dan semua kepala daerah, untuk menghadiri pentahbisan patung yang telah didirikan raja Nebukadnezar itu.  4 Dan berserulah seorang bentara dengan suara nyaring: "Beginilah dititahkan kepadamu, hai orang-orang dari segala bangsa, suku bangsa dan bahasa: 5 demi kamu mendengar bunyi sangkakala, seruling, kecapi, rebab, gambus, serdam dan berbagai-bagai jenis bunyi-bunyian, maka haruslah kamu sujud menyembah patung yang telah didirikan raja Nebukadnezar itu; 6 siapa yang tidak sujud menyembah, akan dicampakkan seketika itu juga ke dalam perapian yang menyala-nyala!" 7 Sebab itu demi segala bangsa mendengar bunyi sangkakala, seruling, kecapi, rebab, gambus dan berbagai-bagai jenis bunyi-bunyian, maka sujudlah orang-orang dari segala bangsa, suku bangsa dan bahasa, dan menyembah patung emas yang telah didirikan raja Nebukadnezar itu. 8 Pada waktu itu juga tampillah beberapa orang Kasdim menuduh orang Yahudi. 9 Berkatalah mereka kepada raja Nebukadnezar: "Ya raja, kekallah hidup tuanku! 10 Tuanku raja telah mengeluarkan titah, bahwa setiap orang yang mendengar bunyi sangkakala, seruling, kecapi, rebab, gambus, serdam dan berbagai-bagai jenis bunyi-bunyian, harus sujud menyembah patung emas itu, 11 dan bahwa siapa yang tidak sujud menyembah, akan dicampakkan ke dalam perapian yang menyala-nyala. 12 Ada beberapa orang Yahudi, yang kepada mereka telah tuanku berikan pemerintahan atas wilayah Babel, yakni Sadrakh, Mesakh dan Abednego, orang-orang ini tidak mengindahkan titah tuanku, ya raja: mereka tidak memuja dewa tuanku dan tidak menyembah patung emas yang telah tuanku dirikan." 13 Sesudah itu Nebukadnezar memerintahkan dalam marahnya dan geramnya untuk membawa Sadrakh, Mesakh dan Abednego menghadap. Setelah orang-orang itu dibawa menghadap raja, 14 berkatalah Nebukadnezar kepada mereka: "Apakah benar, hai Sadrakh, Mesakh dan Abednego, bahwa kamu tidak memuja dewaku dan tidak menyembah patung emas yang kudirikan itu?  15 Sekarang, jika kamu bersedia, demi kamu mendengar bunyi sangkakala, seruling, kecapi, rebab, gambus, serdam dan berbagai-bagai jenis bunyi-bunyian, sujudlah menyembah patung yang kubuat itu! Tetapi jika kamu tidak menyembah, kamu akan dicampakkan seketika itu juga ke dalam perapian yang menyala-nyala. Dan dewa manakah yang dapat melepaskan kamu dari dalam tanganku?"

 

Perkataan keren atau tanduk diterjemahkan sebagai kornet (alat bunyian semacam trompet) tanduk di sini adalah alat bunyian yang utama. Semua alat bunyian yang lain dimainkan untuk mengiringi tanduk semasa Raja Daud mengambil tempat (Zak 13). Apa yang cuba dilakukan oleh Nebukadnezar di sini ialah membuat satu patung berhala, Allah yang palsu, menggunakan sistem yang didirikan oleh Allah. Dengan peniupan shofar dia menggunakan tanduk yang dibuat oleh tangan yang membuat patung berhalanya, memaksa orang-orang untuk tunduk serta menyembah; satu salinan lengkap sistem yang telah didirikan oleh Allah yang menggunakan shofar sebagai sistemNya. Pengulangan susunan ini sangat menarik.

 

Mari kita meneliti contoh-contoh yang diberikan di dalam Alkitab mengenai penggunakan sangkakala perak dan shofar.

 

Pertama kita akan meneliti 1 Tawarikh 15.

 

1Tawarikh 15:1-29 Daud membuat bagi dirinya gedung-gedung di kota Daud, lalu ia menyiapkan tempat bagi tabut Allah dan membentangkan kemah untuk itu. 2 Ketika itu berkatalah Daud: "Janganlah ada yang mengangkat tabut Allah selain dari orang Lewi, sebab merekalah yang dipilih TUHAN untuk mengangkat tabut TUHAN dan untuk menyelenggarakannya sampai selama-lamanya." 3 Kemudian Daud mengumpulkan segenap Israel ke Yerusalem untuk mengangkut tabut TUHAN ke tempat yang telah disiapkannya untuk itu. 4 Daud mengumpulkan bani Harun dan orang Lewi: 5 dari bani Kehat: Uriel, seorang pemimpin, dan saudara-saudara sepuaknya: seratus dua puluh orang; 6 dari bani Merari: Asaya, seorang pemimpin, dan saudara-saudara sepuaknya: dua ratus dua puluh orang; 7 dari bani Gerson: Yoel, seorang pemimpin, dan saudara-saudara sepuaknya: seratus tiga puluh orang;  8 dari bani Elsafan: Semaya, seorang pemimpin, dan saudara-saudara sepuaknya: dua ratus orang;  9 dari bani Hebron: Eliel, seorang pemimpin, dan saudara-saudara sepuaknya: delapan puluh orang;  10 dari bani Uziel: Aminadab, seorang pemimpin, dan saudara-saudara sepuaknya: seratus dua belas orang. 11 Lalu Daud memanggil Zadok dan Abyatar, imam-imam itu, dan orang-orang Lewi, yakni Uriel, Asaya, Yoel, Semaya, Eliel dan Aminadab, 12 dan berkata kepada mereka: "Hai kamu ini, para kepala puak dari orang Lewi, kuduskanlah dirimu, kamu ini dan saudara-saudara sepuakmu, supaya kamu mengangkut tabut TUHAN, Allah Israel, ke tempat yang telah kusiapkan untuk itu. 13 Sebab oleh karena pada pertama kali kamu tidak hadir, maka TUHAN, Allah kita, telah menyambar di tengah-tengah kita, sebab kita tidak meminta petunjuk-Nya seperti seharusnya." 14 Jadi para imam dan orang-orang Lewi menguduskan dirinya untuk mengangkut tabut TUHAN, Allah Israel. 15 Kemudian bani Lewi mengangkat tabut Allah itu dengan gandar pengusung di atas bahu mereka, seperti yang diperintahkan Musa, sesuai dengan firman TUHAN. 16 Daud memerintahkan para kepala orang Lewi itu, supaya mereka menyuruh berdiri saudara-saudara sepuak mereka, yakni para penyanyi, dengan membawa alat-alat musik seperti gambus, kecapi dan ceracap, untuk memperdengarkan dengan nyaring lagu-lagu gembira. 17 Maka orang Lewi itu menyuruh berdiri Heman bin Yoel; dan dari saudara-saudara sepuaknya: Asaf bin Berekhya; dari bani Merari, saudara-saudara sepuak mereka: Etan bin Kusaya;   18 dan bersama-sama mereka itu saudara-saudara mereka dari tingkat kedua: Zakharia, Yaaziel, Semiramot, Yehiel, Uni, Eliab, Benaya, Maaseya, Matica, Elifele, Mikneya, dan Obed-Edom serta Yeiel, para penunggu pintu gerbang. 19 Para penyanyi, yakni Heman, Asaf dan Etan harus memperdengarkan lagu dengan ceracap tembaga.  20 Zakharia, Aziel, Semiramot, Yehiel, Uni, Eliab, Maaseya, Benaya harus memainkan gambus yang tinggi nadanya, 21 sedang Matica, Elifele, Mikneya, Obed-Edom, Yeiel dan Azazya harus memainkan kecapi yang delapan nada lebih rendah tingkatnya untuk mengiringi nyanyian. 22 Kenanya, pemimpin orang Lewi, mendapat tugas pengangkutan; ia mengepalai pengangkutan, sebab ia paham dalam hal itu. 23 Berekhya dan Elkana adalah penunggu pintu pada tabut; 24 dan Sebanya, Yosafat, Netaneel, Amasai, Zakharia, Benaya dan Eliezer, yakni imam-imam itu, meniup nafiri di hadapan tabut Allah, sedang Obed-Edom dan Yehia adalah penunggu pintu pada tabut itu. 25 Maka Daud dan para tua-tua Israel dan para pemimpin pasukan seribu pergi untuk mengangkut tabut perjanjian TUHAN itu dari rumah Obed-Edom dengan sukacita. 26 Dan oleh karena Allah menolong orang Lewi yang mengangkat tabut perjanjian TUHAN itu, maka dipersembahkanlah tujuh ekor lembu jantan dan tujuh ekor domba jantan. 27 Daud memakai jubah dari kain lenan halus, juga segala orang Lewi yang mengangkat tabut itu dan para penyanyi, dan Kenanya yang mengepalai pengangkutan dan para penyanyi. Daud juga memakai baju efod dari kain lenan. 28 Seluruh orang Israel mengangkut tabut perjanjian TUHAN itu dengan diiringi sorak dan bunyi sangkakala, nafiri dan ceracap, sambil memperdengarkan permainan gambus dan kecapi.  29 Ketika tabut perjanjian TUHAN itu sampai ke kota Daud, maka Mikhal, anak perempuan Saul, menjenguk dari jendela, lalu melihat raja Daud melompat-lompat dan menari-nari. Sebab itu ia memandang rendah Daud dalam hatinya.

 

Ayat 28 dalam bab ini diterjemahkan dengan salah di mana menyembunyikan peristiwa yang berlaku. Ayat ini seharusnya diterjemahkan sebagai berikut:

Seluruh orang Israel mengangkut tabut perjanjian Tuhan itu dengan diiringi oleh Teruwah (semboyan), dan dengan bunyi shofar dan dengan sangkakala perak.

 

Peniupan yang serentak ini menunjukkan bahawa Daud menyatukan semula warga ciptaan di bawah ketaklukan Allah. Shofar itu mengumumkan kehadiran kuasa Allah di dalam tabut perjanjian itu, dan sangkakala perak itu ditiup untuk memanggil bangsa itu dan warga malaikat untuk berkumpul seabgai satu kuasa yang bergabung.

 

Anak perempuan Saul memandang rendah Daud pada ketika dia menyingkirkan kuasa Saul, dan menyusun semula segala perkara dalam bentuk serta sifat yang betul, yang akan dikecapi oleh umat Allah.

 

2Tawarikh 15 memberitahu cerita yang sama:

2Tawarikh 15:1-19 Azarya bin Oded dihinggapi Roh Allah.  2 Ia pergi menemui Asa dan berkata kepadanya: "Dengarlah kepadaku, Asa dan seluruh Yehuda dan Benyamin! TUHAN beserta dengan kamu bilamana kamu beserta dengan Dia. Bilamana kamu mencari-Nya, Ia berkenan ditemui olehmu, tetapi bilamana kamu meninggalkan-Nya, kamu akan ditinggalkan-Nya.  3 Lama sekali Israel tanpa Allah yang benar, tanpa ajaran dari pada imam dan tanpa hukum.  4 Tetapi dalam kesesakan mereka berbalik kepada TUHAN, Allah orang Israel. Mereka mencari-Nya, dan Ia berkenan ditemui oleh mereka. 5 Pada zaman itu tidak dapat orang pergi dan pulang dengan selamat, karena terdapat kekacauan yang besar di antara segenap penduduk daerah-daerah.  6 Bangsa menghancurkan bangsa, kota menghancurkan kota, karena Allah mengacaukan mereka dengan berbagai-bagai kesesakan. 7 Tetapi kamu ini, kuatkanlah hatimu, jangan lemah semangatmu, karena ada upah bagi usahamu!" 8 Ketika Asa mendengar perkataan nubuat yang diucapkan oleh nabi Azarya bin Oded itu, ia menguatkan hatinya dan menyingkirkan dewa-dewa kejijikan dari seluruh tanah Yehuda dan Benyamin dan dari kota-kota yang direbutnya di pegunungan Efraim. Ia membaharui mezbah TUHAN yang ada di depan balai Bait Suci TUHAN. 9 Ia mengumpulkan seluruh Yehuda dan Benyamin dan orang-orang Efraim, Manasye dan Simeon yang tinggal di antara mereka sebagai orang asing. Sebab dari Israel banyak yang menyeberang memihak kepadanya ketika mereka melihat bahwa TUHAN, Allahnya, beserta dengan dia. 10 Mereka berkumpul di Yerusalem pada bulan ketiga tahun kelima belas dari pemerintahan Asa. 11 Pada hari itu mereka mempersembahkan kepada TUHAN tujuh ratus lembu sapi dan tujuh ribu kambing domba dari jarahan yang mereka bawa pulang. 12 Mereka mengadakan perjanjian untuk mencari TUHAN, Allah nenek moyang mereka, dengan segenap hati dan jiwa. 13 Setiap orang, baik anak-anak atau orang dewasa, baik laki-laki atau perempuan, yang tidak mencari TUHAN, Allah Israel, harus dihukum mati. 14 Mereka bersumpah setia kepada TUHAN dengan suara yang nyaring, dengan sorak-sorai dan dengan tiupan nafiri dan sangkakala. 15 Seluruh Yehuda bersukaria atas sumpah itu, karena dengan segenap hati mereka bersumpah setia dan dengan kehendak yang bulat mereka mencari TUHAN. TUHAN berkenan ditemui oleh mereka dan mengaruniakan keamanan kepada mereka di segala penjuru. 16 Bahkan raja Asa memecat Maakha, neneknya, dari pangkat ibu suri, karena neneknya itu membuat patung Asyera yang keji. Asa merobohkan patung yang keji itu, menumbuknya sampai halus dan membakarnya di lembah Kidron. 17 Sekalipun bukit-bukit pengorbanan tidak dijauhkan dari Israel, namun hati Asa tulus ikhlas sepanjang umurnya. 18 Ia membawa persembahan-persembahan kudus ayahnya dan persembahan-persemba kudusnya sendiri ke rumah Allah, yakni emas dan perak serta barang-barang lain. 19 Tidak ada perang sampai pada tahun ketiga puluh lima pemerintahan Asa.

 

2Tawarikh 15:14 harus diterjemahkan seperti berikut:

 

Dan mereka bersumpa setia kepada Tuhan dengan suara yang nyaring,

 

dan dengan sork-sorai (SHD 8643) – teruwah (semboyan)

 

dan dengan sangkakala (SHD 2689) – Hazozarah (Sangkakala perak)

 

dan dengan kornet (SHD 7782) – Shofar

 

cerita Asa adalah sangat penting dan menggambarkan situasi yang kita fahami pada masa sekarang. Iarael mengalami zaman yang panjang tanpa “ajaran pelayanan” dan tanpa pengetahuan tentang Satu Allah yang Benar. Mereka berkumpul bersama dan memasuki perjanjian Allah sebagai satu bentuk restorasi dan penyatuan semula. Shofar telah ditiup untuk melambangkan bahawa Allah adalah abadi, dan mereka tertakluk di bawah kekuasaanNya. Sangkakala perak ditiup untuk memanggil semula bangsa itu untuk berkumpul bersama dengan warga malaikat di bawah satu naungan. Kepentingan ini telah hilang dengan hilangnya pemahaman.

 

Kita juga telah memasuki ke dalam perjanjian baru dan menantikan penyatuan ini. Daud membincangkan konsep ini dalam Mazmur 98 dan ia seharusnya diterjemahkan seperti berikut.

 

Ia berbunyi:

 

Mazmur 98:1-9: Satu Kidung

Nyanyikanlah nyanyian baru bagi TUHAN, sebab Ia telah melakukan perbuatan-perbuatan yang ajaib; keselamatan telah dikerjakan kepada-Nya oleh tangan kanan-Nya, oleh lengan-Nya yang kudus. 2 TUHAN telah memperkenalkan keselamatan yang dari pada-Nya, telah menyatakan keadilan-Nya di depan mata bangsa-bangsa. 3 Ia mengingat kasih setia dan kesetiaan-Nya terhadap kaum Israel, segala ujung bumi telah melihat keselamatan yang dari pada Allah kita. 4 Bersorak-soraklah bagi TUHAN, hai seluruh bumi, bergembiralah, bersorak-sorailah dan bermazmurlah! 5 Bermazmurlah bagi TUHAN dengan kecapi, dengan kecapi dan lagu yang nyaring, 6 dengan nafiri dan sangkakala yang nyaring bersorak-soraklah di hadapan Raja, yakni TUHAN! 7 Biarlah gemuruh laut serta isinya, dunia serta yang diam di dalamnya! 8 Biarlah sungai-sungai bertepuk tangan, dan gunung-gunung bersorak-sorai bersama-sama 9 di hadapan TUHAN, sebab Ia datang untuk menghakimi bumi. Ia akan menghakimi dunia dengan keadilan, dan bangsa-bangsa dengan kebenaran.

 

Mazmur 98:6:

Dengan Sangkakala (SHD 2689) – Hazozarah (sangkakala perak)

 

Dan bunyi kornet (SHD 7782) – Shofar

 

Bersorak-sorak di hadapan Raja.

 

Di sini Daus melukiskan masa ketika Kristus datang kembali, dan seluruh ciptaan akan bersatu di bawah kerajaan Allah. Oleh itu peniupan ini adalah serentak. Konsep yang sama kita telah teliti sebelum ini dalam Zefanya 1:16.

 

Nabi itu menantikan masa di mana semua aspek dalam ciptaan, kedua-dua malaikat dan bentuk fizikal, akan berkumpul bersama semula sebagai satu badan.

 

Peristiwa masa hadapan ini telah diberikan kepada kita dalam Imamat sebagai hari yang kudus. Ia adalah hari kudus di mana kita diperintahkan untuk meniup kedua-dua shofar dan sangkakala perak bersama-sama, untuk mengingati masa kemenangan yang mendatang dan meningati penyatuan semula.

 

Imamat 23:24 berbunyi:

"Katakanlah kepada orang Israel, begini: Dalam bulan yang ketujuh, pada tanggal satu bulan itu, kamu harus mengadakan hari perhentian penuh yang diperingati dengan meniup serunai, yakni hari pertemuan kudus.

 

Ia seharusnya diterjemahkan seperti berikut:

 

Imamat 23:24:

Katakanlah kepada bangsa Israel, begini,

 

Pada bulan yang ketujuh – Tishri

 

Pada hari pertama dalam bulan – bulan baru,

 

Adalah hari Sabat,

 

Satu hari peringatan untuk peniupan (SHD 8643) – teruwah yakni, membuat bunyian melalui tiupan sangkakala seperti dalam Mazmur 47:5

 

Teks ini tidak menyebut sangkakala, ataupun Hazozarah. Dari teks ini dan Mazmur 8:13, kita diperintahkan untuk meniup sangkakala pada hari ini, yang menandakan penyatuan (Yehovah, Bapa) shofar, dan elohim (ciptaan, malaikat dan ciptaan fizikal), dua hazozarah.

 

Dakwaannya adalah bahawa Imamat 25 adalah perintah untuk meniup shofar pada Hari Pendamaian setiap tahun. Ini adalah tidak benar kerana Imamat 25 merujuk kepada tahun Yobel.

 

Alkitab jelas tentang bila dan bagaimana sangkakala ini digunakan, dan ia adalah bahagian instruksi fundamental dan proses keagamaan dan tanggung jawan kita.

 

Buku Wahyu memberitahu tentang zaman akhir apabila malaikat akan meniup sangkakala-sangkakala Allah, untuk menyusun peristiwa-peristiwa yang membawa kepada kedatangn Mesiah yang kedua.

 

1Korintus 15:52  merujuk kepada bunti shofar “dalam sekejap mata, pada waktu bunyi nafiri yang terakhir. Sebab nafiri akan berbunyi dan orang-orang mati akan dibangkitkan dalam keadaan yang tidak dapat binasa dan kita semua akan diubah.”

 

Dari masa hukum diberikan pada zaman Musa, sehingga penghakiman terakhir dan kebangkitan ciptaan Allah yang terakhir, bunyi shfar akan bermula, dan bunyi shofar akan berakhir. Sama seperti bunti lonceng untuk mengumumkan sekolah bermula, dan seperti bunyi trompet untuk tujuan membangunkan orang dari tidur, shofar dibunyikan untuk memberitahu ciptaan untuk bertindak dan berubah.

 

Ia adalah tanggung jawab Jemaat untuk meniup sangkakala dan memberikan mesej yang jelas. Ia adalah tanggung jawab kita untuk menunjukkan kepada orang bila dan di mana untuk berkumpul dan berbakti serta mengadakan aktiviti. Ia adalah tanggung jawab kita untuk mendengar bunyi tiupan ini dan mengikuti perintahnya.

 

Kita harus selalu bersedia untuk mendengar bunyi sangkakala dalam 1 Tesalonika 4:16-17.

 

“Sebab pada waktu tanda diberi, yaitu pada waktu penghulu malaikat berseru dan sangkakala Allah berbunyi, maka Tuhan sendiri akan turun dari sorga dan mereka yang mati dalam Kristus akan lebih dahulu bangkit;

 

“Sesudah itu, kita yang hidup, yang masih tinggal, akan diangkat bersama-sama dengan mereka dalam awan menyongsong Tuhan di angkasa. Demikianlah kita akan selama-lamanya bersama-sama dengan Tuhan.

 

AMEN

q