Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[070]

 

 

 

 

Pendakian-pendakian Musa

(Edisi 1.0 20031012-20031012)

 

Musa ditentukan untuk membawa Israel keluar dari Mesir dan membawa mereka ke hadapan Tuhan mereka untuk menerima Hukum Taurat melalui tangan makhluk yang berbicara kepada mereka dari Sinai. Musa kemudiannya mendaki gunung Tuhan sebanyak enam kali untuk bercakap dengan elohim yang kemudiannya menjadi Yesus Kristus. Perjalanan ini mempunyai signifikans besar untuk kalendar dan perjalanan rohani untuk semua orang setia.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ă 2003 Wade Cox)

(Tr. 2005)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Pendakian-pendakian Musa



Pengenalan

Kisah keselamatan manusia bermula dalam mikrokosme dengan Keluaran Israel dari Mesir.

 

Musa telah dijadikan elohim atau tuhan kepada Mesir dan Firaun. Dia bercakap untuk Tuhan. Harun telah dijadikan nabi untuknya dan mereka telah diutus untuk membawa Israel keluar dari Mesir.

 

Keluaran sebenarnya bermula Bulan Baru Abib di mana pertempuran-pertempuran Musa dengan Firaun mencapai kemuncaknya.

 

Kisah penuh pertempuran tersebut diceritakan dalam karya Musa dan Dewa-dewa Mesir (No. 105).

 

Dari haribulan 15 Abib, Bulan Pertama, Israel telah dibawa keluar dari Mesir sesudah Malaikat Maut melepasi Israel. Mereka telah menyapu darah anak domba Paskah pada tiang-tiang dan ambang pintu mereka. Korban ini adalah untuk menunjuk ke arah Yesus Kristus sebagai Mesias mereka dan keselamatan seluruh umat manusia dalam tindakan ini.

 

Kalendar Benar dipelihara mengikut Hukum-hukum Tuhan dan apabila  kalendar Islam dicocokkan, urutannya menjadi jelas dan tujuannya juga jelas. Tempoh perhitungan Omer adalah turutan doa dan persiapan untuk penerimaan Roh Kudus pada Pentakosta, iaitu Perayaan Minggu-minggu (Tujuh Minggu) atau Eid el Fitr sejati. Sistem perayaan ini bermula dengan Hari Bulan Baru Bulan Ketiga, Sivan, iaitu suatu hari raya Tuhan. Bulan-bulan ini bermula dengan konjunksi dan bukannya bulan sabit yang dilihat.

 

Nama Ramadhan itu sendirinya mencadangkan haba (panas) dan merujuk kepada ketibaan bulan-bulan musim panas dengan Pentakosta dalam Sivan.

 

Pada 30 CE Kristus telah dibangkitkan pada hujung hari Sabat dan dia naik ke syurga pada jam 9 AM pada hari Minggu sebagai persembahan Unjukan Berkas. Ini adalah pada waktu acara Bait Suci untuk Unjukan Berkas, yang merupakan hasil sulung tuaian-tuaian Israel.

 

Kenaikan pada hari Minggu ini memulakan perhitungan Omer ke Pentakosta. Tempoh perkiraan ini adalah untuk lima puluh hari dan berakhir pada hari Minggu dalam bulan Sivan, atau Bulan Ketiga. Dari cerita-ceritanya dalam Kitab-kitab Injil dan Kisah, ianya dirumuskan bahawa Kristus menghabiskan tempoh empat puluh hari atas bumi selepas kepulangannya dari takhta Tuhan, takhta Rahmat, setelah penerimaannya sebagai korban kita. Empat puluh hari ini digunakannya untuk mempersiapkan Jemaat, yang mana dia adalah kepalanya, untuk menerima Roh Kudus pada Pentakosta. Empat puluh hari ini bermula dari waktu petang kepulangannya pada akhir hari pertama dalam minggu. Dalam tahun 30 CE itu ianya pada 18 Abib. Terdapat 11 hari lagi dalam Abib dan dua puluh sembilan hari dalam Iyar. Ini adalah empat puluh hari. Maka kenaikannya berlangsung pada permulaan Bulan Baru bulan Ketia, iaitu Sivan di Yehuda, atau Ramadhan di Ishmael. Oleh sebab itu, permulaan Bulan Baru untuk Bulan Ketiga menandakan kenaikan terakhir Yesus Kristus. Ini meninggalkan para rasul untuk berdoa dan berpuasa bagi tempoh ini sewaktu Bulan Ketiga untuk penerimaan Roh Kudus pada Pentakosta sembilan hari kemudiannya pada hari Minggu.

 

Tempoh ini adalah dasar perayaan Jemaat, dan bentuk-bentuknya, pada akhirnya, perayaan pemberian Hukum pada Pentakosta. Puasa Musa adalah selama empat puluh hari dan empat puluh malam. Bagaimanapun hujung tempoh pertama kewajipannya adalah ketika perhitungan Omer itu dan dia tidak berada di atas gunung itu untuk tempoh sehingga Bulan Baru Sivan pada bulan Ketiga. Hujung tempoh kewajipannya ini, iaitu dengan puasa bercampur, adalah dengan persediaan pertama Hukum Taurat di Sinai dan sebelum Kenaikan Keempat Musa dan kepulangan kemudiannya dengan loh-loh batu Tuhan. Tempoh empat puluh hari pertama bermula dari Bulan Baru Iyar atau Zif atau Sha’aban, Bulan Kedua, dan terus kepada hari Pentakosta. Ini merupakan dasar puasa Ramadhan dalam Islam. Puasa ini mendapat namanya dari fakta kebaktian Musa serta peniruan kelakuan Kristus sebelum kenaikannya. Ianya bukan puasa penuh dalam Islam kerana makanan dimakan setiap petang sesudah gelap dan sebelum subuh. Jemaat Tuhan mempunyai orang-orang yang berpuasa sepenuhnya hari dan malam sepanjang tempoh ini dan yang tidak berpuasa sama sekali pada hari lain. Kedua-dua amalan ini adalah, dan telah sentiasa, diterima. Waktu berdoa dan perbaktian adalah sepanjang perhitungan Omer dari perayaan Roti Tidak Beragi. Ianya dibilang dari Unjukan Berkas namun tidak dimulakan sehingga waktu selepas 21 Abib atau Nisan di Yehuda, atau Rajab dalam Ishmael. Musa memulakan perhitungan Omer dari Roti Tidak Beragi dalam Abib. Tempoh ini adalah lima puluh hari dari Unjukan Berkas ke Pentakosta. Jadi tempoh pertama bukanlah empat puluh hari. Jika kita menganggap tempoh ini berakhir pada Pentakosta dengan hukum maka ini harus dihitung dari Bulan Baru Iyar, hari pertama Bulan Kedua. Musa tidak berada di atas Gunung Tuhan. Dia terpaksa membawa Israel dan golongan campuran itu, yang diluaskan di bawah Kristus untuk meliputi umat pilihan dari bangsa lain, keluar dari Mesir dan melalui padang gurun ke Gunung Tuhan dan Hukum Taurat itu. Bangsa itu pada hari terakhir hanya berjalan dekat untuk tiba di tempat Hukum itu pada 1 Sivan kerana telahpun berada di tempatnya pada kaki gunung itu. Dalam langkah-langkah ke Pentakosta (lihat Pentakosta di Sinai (No. 115)), Pasukan Hadapan telahpun sampai ke Sinai lama sebelum Pasukan Belakang, dan Kelompok Utama sekalipun, pastinya sudah meninggalkan perkhemahan sebelumnya. Musa tidak berpuasa untuk tempoh sepenuhnya pada waktu ini. Kekeliruan terletak dalam bilangan kenaikan (pendakian) yang dibuatnya dan bila waktunya empat puluh hari itu berlaku. Dia pergi ke atas gunung selama empat puluh hari penuh pada akhir Sivan atau Ramadhan. Waktunya mungkin dari tanggal 20 haribulan Sivan dengan tujuh hari api dan asap selepas para tua-tua makan dengan elohim iaitu Yahovah yang berfirman bagi Yahovah Semesta Alam.

 

Seluruh latihan ini adalah untuk mengajar kita tentang korban dan dedikasi yang diperlukan untuk mencapai Kerajaan Tuhan. Tempoh perhitungan Omer dipelihara dalam Israel. Yesus Kristus dan Jemaat juga memelihara tempoh ini. Kristus telah menyerahkan nyawanya sendiri agar kita beroleh kehidupan kekal dalam Tuhan. Jemaat bersiap untuk dan menerima Roh Kudus pada Pentakosta.

 

Kini, ianya satu kenyataan, bahawa kita tidak boleh, pada hari dan zaman ini, dalam keadaan fizikal dan rohani kita yang lemah, untuk berpuasa selama empat puluh hari dan empat puluh malam tanpa makanan atau minuman. Dan begitu juga dengan kebanyakan orang pada zaman Kristus dan zaman kemudiannya. Itulah sebabnya kenapa sewaktu puasa-puasa perhitungan Omer, orang ramai tidak pernah berpuasa sepanjang tempoh itu. Ianya bergantung pada dedikasi rohani setiap orang untuk menentukan berapa lama dan berapa kerap mereka berpuasa. Amalan ini juga berkembang dalam Yehuda dan dalam Ishmael (Ismael), iaitu amalan berpuasa ketika waktu siang dan memakan pada waktu malam. Ini merupakan dasar komen tentang berpuasa dua kali seminggu. Amalan ini telah menjadi meluas dalam Jemaat. Perhitungan Omer Pentakosta dan puasa Musa telah dipalsukan oleh golongan Pagan, hingga menjadi puasa-puasa Lenten. Puasa-puasa ini, yang diadakan sebulan lebih awal, ditujukan kepada dewa-dewa lain dan berkemuncak dalam Pesta pagan Easter (lihat karya Asal-usul Krismas dan Easter (No. 235)).

 

Orang menentukan hari apakah mereka akan berpuasa dan bersiap untuk Pentakosta, iaitu penuaian Jemaat. Amalan ini telah tersebar ke Ismael dan Jemaat di Arabia. Oleh itu, orang dapat dan memangpun telah memutuskan, bahagian manakah dari tempoh empat puluh lebih hari itu mereka berada dalam puasa atau kebaktian. Quran mengatakan bahawa bahagian hari-hari puasamu yang tidak dilaksanakan harus kamu lengkapi kemudian.

 

Ingat bahawa tempoh Perayaan berakhir selepas perhitungan Omer dan kerana itu puasa tidak dilakukan, juga pada Roti Tidak Beragi, sehingga 22 Abib (atau 22 Rajab/Rejab dalam Ismael) atau sewaktu Pentakosta, iaitu Perayaan Tujuh Minggu dan tidak pernah menjadi puasa mengikut Hukum Tuhan (melainkan bagi ragi dalam roti). Pandangan umumnya adalah untuk meniru Musa dan bermula dari Bulan Baru Iyar dan berakhir pada Pentakosta, iaitu Perayaan Tujuh Minggu dalam Israel, atau Eid el Fitr dalam Ismael. Puasa-puasa Tujuh Sabat perhitungan Omer telah lama mendahului Hejira tahun 622 CE (TM). Hejira (Hijrah) merupakan pengembaraan rombongan nabi dari Mecca (Mekah) ke Medina (Medinah).

 

Puasa kedua Musa, iaitu tempoh empat puluh hari Musa selepas dia kembali pada Pentakosta, bermula dari  Sivan pada Pentakosta hingga Bulan Empat tahun itu. Dengan mengikuti jadual waktu tahun Kristus dikorbankan, sebagai contohnya, hujung empat puluh tahun di atas gunung dan pemberian loh-loh batu hukum taurat pastinya telah berlaku pada hujung Bulan Empat yang dipanggil dengan nama dewa Tammuz, atau dewa Kasdim Dumuzi.

 

Penentuan waktu pendakian-pendakian Musa adalah penting dalam memahami bagaimana Tuhan campur tangan dalam hal-ehwal Israel. Pada hari Kelima belas Bulan Kedua, iaitu Paskah Kedua, Tuhan sekali lagi campur tangan. Umat Israel telah meninggalkan Elim dan telahpun memasuki padang gurun Sin, yang terletak antara Elim dan Sinai pada hari Kelima belas Bulan Kedua. Pada hari ini seluruh jemaat Israel telah bersungut terhadap Musa dan Harun (Keluaran 16:1-3). Akibatnya Tuhan telah memberi mereka manna untuk dimakan dan manna ini telah kekal selama empat puluh tahun sejak dari itu. Tuhan telah menghantar untuk mereka pada waktu petang burung puyuh yang begitu banyak sekali sehingga ramai yang mati kerana kerakusan mereka. Pagi esoknya pada hari keenam belas mereka mula memakan manna dan mempunyai roti untuk dimakan dan mereka mengenali bahawa Tuhan mereka Yahovah, Dialah Allah (Keluaran 16:13-16).

 

Hari ke 22 Bulan Kedua, yang dipanggil Zif atau Iyar, dalam tahun Keluaran, adalah hari Sabat dan pada hari ke 21 bulan Paskah Kedua terdapat dua kali lebih banyak Manna yang dikumpulkan agar hari Sabat itu dapat dipelihara suci dan Manna tersebut tidak rosak. Burung puyuh telah jatuh pada petang selepas Sabat dan Manna bermula pada Pagi hari Minggu. Oleh itu Paskah Kedua juga merupakan waktu persiapan dan pengkhususan kepada Tuhan.

 

Dari titik ini pada hari Pertama minggu, iaitu hari ke 23 Bulan Kedua, mereka berpindah ke Rafidim dan mereka tidak mempunyai air dan sekali lagi mereka bersungut terhadap Musa. Musa diberitahu untuk berdiri di situ di depan Gunung Batu di Horeb dan mereka diberi minum dengan air dari Gunung Batu itu. Mereka semua memakan makanan rohani itu dan meminum dari Gunung Batu iaitu Kristus.

 

Di Rafidim, dari hari ke 23 sesudah mereka diberi air, mereka telah diserang oleh Amalek. Selepas pertempuran hebat mereka telah menang dan Musa telah mendirikan mezbah Yahovah-Nissi, kerana Yahovah telah bersumpah bahawa perang antara Dia dan Amalek akan berterusan turun-temurun (Keluaran 17:15-16).

 

Di Horeb di hadapan Gunung Tuhan, Pengadilan telah didirikan dalam Israel dan para tua-tua telah dikhususkan dari penempatan di Gunung Batu Horeb untuk menjadi hakim-hakim di Israel. Yitro, imam Midian dan bapa mertua kepada Musa, mempersembahkan korban untuk mereka dan mengkhususkan mereka untuk memakan roti bersama Musa di hadapan Tuhan (Keluaran 18:11-12).

 

Dalam minggu terakhir Bulan Kedua para pemimpin sepuluh orang, lima puluh orang, seratus orang, dan seribu orang dari umat itu telah dikhususkan dan jabatan pemimpin dalam Israel telah ditubuhkan. Musa mendengar kes-kes yang terlalu sukar untuk mereka semua. Dan Yitro berangkat ke Midian (Keluaran 18:24-27).

 

Kemudian pada Bulan Baru Ketiga pada hari yang sama (iaitu pada Hari Pertama atau Bulan Baru Sivan) mereka meninggalkan Mesir, mereka tiba di Padang Gurun Sinai (Keluaran 19:1-2).

 

Keluaran 19:1  Pada bulan ketiga setelah orang Israel keluar dari tanah Mesir, mereka tiba di padang gurun Sinai pada hari itu juga.

 

Mereka telah berangkat dari Rafidim dan telah memasuki gurun Sinai. Mereka berkhemah dalam padang gurun itu. Di situ, Israel berkhemah di hadapan Gunung Tuhan. Dalam sepanjang tempoh ini mereka dibawa keluar dari Mesir dan selama lima puluh hari mereka telah dibawa dari Rameses ke Gunung Tuhan untuk menerima Hukum Taurat.

 

Musa telah menyiapkan dirinya sepanjang tempoh perhitungan Omer ini. Manna telah diberikan sewaktu tempoh ini dengan sukatan satu Omer untuk setiap orang pada setiap hari. Ini merupakan ukuran makanan Syurgawi yang diberikan kepada Israel dalam persiapan untuk menduduki Tanah Perjanjian.

 

Pada tahun Keluaran itu Hari Pentakosta jatuh pada hari Minggu 6 Sivan. Tempoh antara 1 dan 6 Sivan telah digunakan dalam menyediakan Israel untuk menerima Hukum Tuhan. Musa telah mendaki Gunung Tuhan enam kali.

 

Pendakian dan penurunannya adalah dari Kitab Keluaran:

Pendakian Bilangan Penurunan

 

19:3-6 Pertama 19:7-8

19:8-13 Kedua 19:14-19

19:20-24 Ketiga 19:25

24:9-32:14 Keempat 32:15-30

32:31-33 Kelima 32:34-34:3

34:4-28 Keenam 34:29-35

 

Pendakian Pertama, Kedua dan Ketiga adalah dalam tempoh enam hari pertama Sivan sebelum Pendakian Keempat.

 

Pendakian Keempat adalah selepas Pentakosta menjelang akhir Sivan dan berlanjutan selama empat puluh hari sehingga akhir Tammuz.

 

Dua set tiga pendakian ini ditandakan oleh dua peristiwa besar, iaitu Pemberian Hukum Taurat dan Pendirian Khemah Pertemuan. Bullinger mempunyai nota-nota tentang aspek-aspek ini yang disenaraikan dalam nota-notanya kepada Keluaran 19:3 (Companion Bible). Urutan Pemberian Hukum serta pendirian Khemah Pertemuan adalah untuk memaklumkan pemberian Roh Kudus melalui aktiviti-aktiviti Kristus dan pembinaan terakhir Bait Tuhan dari Pentakosta 30 CE, di mana kita adalah Bait itu.

 

Dalam urutan ini Tuhan mengkhususkan Israel sebagai milik yang dikhaskan untuknya. Ini merupakan pengertian kata-kata harta kesayangan yang digunakan dalam teks Keluaran 19:5. Bangsa Israel akan menjadi yang pertama dari bangsa-bangsa untuk dibawa ke dalam Rencana Keselamatan. Akhirnya seluruh dunia akan diberikan keselamatan seperti yang diramalkan nubuatan-nubuatan dan sejak Pentakosta 30 CE ini telah berlaku secara progresif.

 

Pendakian Pertama hingga Ketiga

Sepanjang enam hari pertama Bulan Ketiga Musa menghabiskan masanya mendaki dan menuruni Gunung itu sebanyak tiga kali. Pendakian Keempat dan Keenam ditandakan oleh pemberian set-set Pertama, dan Kedua, loh-loh Hukum Taurat. Musa menghabiskan lebih empat puluh hari dan malam berpuasa di atas Gunung Tuhan namun tidak pada tempoh sebelum pemberian set pertama loh-loh batu itu dan Musa tidak berada di atas gunung itu khususnya untuk bulan Ketiga yang dipanggil Sivan atau Ramadan. Lagipun, Bulan Ketiga tidak habis sepenuhnya sebelum Hukum itu diberikan. Tambahan lagi, set Kedua Hukum tidak diberikan dalam Bulan Sivan atau Ramadan. Maka hujung Bulan Ketiga hanya menandakan ketibaan Bulan Baru bagi Bulan Keempat.

 

Pendakian Keempat Bulan Ketiga dan Keempat

Pendakian Keempat menyaksikan para tua-tua Israel dikhususkan di hadapan Tuhan. Hukum taurat dalam strukturnya telahpun diberikan lebih awal namun set Tablet (loh-loh batu) belum lagi dibuat. Musa mendaki dengan para tua-tua Israel dan elohim yang merupakan Malaikat Hadirat Tuhan muncul kepada Para Tua-tua dan Musa. Musa ada bersama dengan Para Tua-tua itu dan kemudian meninggalkan mereka dengan Harun dan Hur dan Musa dan Yosua pergi ke gunung itu. Selama enam hari awan menutupi Gunung Tuhan dan kemudian Tuhan memanggil Musa dari dalam awan itu. Musa kemudiannya mara ke hadapan dan berada di atas gunung itu selama empat puluh hari dan empat puluh malam. Maka kita dapat simpulkan bahawa tempoh empat puluh hari itu memang berlaku selepas Pentakosta. Bullinger menetapkan tarikh enam hari itu dan hari ketujuh sebagai hari ke 20 hingga ke 25 dan hari ke 26 Sivan iaitu Sabat Keempat Sivan (rujuk nota kaki kepada Keluaran 24:16-28). Maka tempoh empat puluh hari pada Gunung itu bermula pada hujung Sivan dan bukan pada mulanya. Yang pastinya ia tidak mungkin telah bermula lebih awal dari hari ke 13 Bulan Ketiga. Empat puluh hari itu berakhir, dalam kes pendakian pada hari kedua puluh Sivan, sama ada atau tidak enam hari itu termasuk dalam tempoh empat puluh hari itu atau tidak, pada Bulan Baru bulan kelima Ab selepas Bulan Keempat, yang dinamakan sempena dewa Tammuz atau Dumuzi yang diperolehi dari sistem-sistem Misteri Babilon dan dikaitkan dengan keberhalaan Israel.

 

Sebarang bantahan bahawa Musa berada di atas gunung itu dalam awan selama enam hari dan empat puluh hari itu bermula pada hari ketujuh adalah bergantung pada satu perbezaan yang tidak perlu dalam Keluaran 24:15-18.

 

Maka pengujian Israel terus berterusan selepas penyingkapan pertama Hukum itu, ketika Musa sedang menunggu untuk menerima loh-loh Batu serta kemampuan untuk mendirikan Khemah Pertemuan. Dia memecahkan set pertama loh-loh batu pada penurunan selepas Pentakosta, mungkin pada permulaan Bulan Baru Ab. Maka begitulah kita terus-menerus diuji. Musa mendaki sekali lagi dan menerima satu lagi set loh-loh batu dan satu lagi set perintah. Setiap kali Israel diuji dalam penungguan dan penurutan. Begitu jugalah kita diuji sebagai Jemaat Tuhan.

 

Segala hal ini telah dilakukan untuk menjadi teladan-teladan bagi kita. Khemah Pertemuan telah dibina sebagai contoh bagi apa yang ada di syurga dan yang akan datang kepada kita dan yang akan kita sertai sebagai Kota Tuhan (lihat karya Kota Tuhan (No. 180)).

 

Musa telah diberikan loh-loh batu yang di atasnya dituliskan Hukum-hukum Tuhan dalam bentuk Hukum Bersepuluh yang asas. Israel diuji di bawah keimamatannya selama tempoh ini. Ketika Musa berada jauh bersama dengan elohim yang merupakan Malaikat atau Utusan Yahovah Semesta Alam, Israel telah berdosa. Mereka melupai Hukum Bersepuluh yang asas yang telahpun diberikan kepada mereka tidak sampai dua bulan sebelumnya. Israel telah kembali kepada keberhalaan dan menjauhi hukum-hukum Tuhan. Mereka telahpun diberikan Hukum itu, secara lisan oleh Musa, sebelum dia pergi ke gunung itu. Dia pergi untuk menerima perintah-perintah terperinci tentang seluruh sistem Hukum itu dan membawa balik Perintah-perintah yang diukir oleh jari Tuhan. Para tua-tua sesungguhnya telahpun duduk dan makan dengan Malaikat Hukum yang agung. Ini adalah batu rohaniah yang bersama dengan Israel dalam padang gurun (1 Korintus 10:4) (lihat karya Malaikat YHVH (No. 24)). Harun imam besar mereka telah ditinggalkan untuk menjaga mereka.

 

Ini bukan perkara kecil. Keimamatan dan para tua-tua bangsa itu semuanya telah diberikan tanggungjawab yang jelas untuk kesejahteraan Israel dalam ketiadaan Musa. Begitu juga tanggungjawab terletak dengan Jemaat dan bangsa-bangsa dalam zaman akhir. Hukum-hukum Tuhan telah ditinggalkan dalam jagaan Jemaat dan jemaat-jemaat dan jabatan imamat mereka seharusnya belajar untuk melindungi pemahaman dan pelaksanaan mereka. Bibir keimamatan patut memelihara pengetahuan (Maleakhi 2:7).

 

Dalam minggu terakhir pada hujung bulan Tammuz Musa kembali dari gunung itu dengan Yosua dan Loh-loh Hukum. Mereka disambut oleh bunyi bising. Elohim yang kita kenali sebagai Yesus Kristus mengatakan kepada Musa sesudah dia mengukir hukum-hukum Tuhan pada loh-loh batu: “Pergilah, turunlah, sebab bangsamu yang kaupimpin keluar dari tanah Mesir telah rusak lakunya.” Yosua mengatakan bahawa dia terdengar sorak peperangan di perkhemahan namun Musa mengenali apa ia sebenarnya. Bunyi sorak tersebut adalah kesukariaan kerana umat itu telah membuat Anak Lembu Emas untuk diri mereka (lihat karya Anak Lembu Emas (No. 222)). Mereka telah membuang Hukum-hukum Tuhan dan sedang menyembah sebuah sistem palsu. Harun, bila ditanya hanya berkata, “aku melemparkannya ke dalam api, dan keluarlah anak lembu ini.”

 

Pendeta-pendeta palsu lazim mengajar bahawa Hukum-hukum Tuhan telah dibatalkan mengikut cara yang sama. Mereka mengajar bahawa Hukum Taurat telah dibatalkan apabila Kristus datang untuk mengajarkan kedatangan Roh Kudus. Kenapa pula Kristus harus memberikan satu set Hukum kepada Musa dan kemudian mematikan orang-orang yang tidak mematuhinya tetapi kemudian mengizinkan Jemaatnya mengabaikan hukum-hukum ini apabila dia datang untuk memberikan Roh Kudus kepada umat manusia? Kita diajar bahawa Roh Kudus adalah perlu kepada pemeliharaan Hukum yang betul. Tanpa Roh Kudus kita akan dapat memelihara atau memahami Hukum itu dengan betul.

 

Alkitab cukup jelas bahawa dosa adalah pelanggaran hukum (1 Yohanes 3:4) dan bahawa kita harus menuruti atau memelihara Perintah-perintah Tuhan (1 Yohanes 5:2-3).

 

Pada petang ini pada hujung Tammuz dan permulaan Bulan Baru Ab, Musa kembali ke Israel lantas menemui Israel dalam dosa dan dia memecahkan loh-loh Hukum serta mempersalahkan keimamatan. Dia mengambil sebilangan orang Lewi dan kemudian mula membunuh pemimpin-pemimpin bidaah tersebut. Dia telah membunuh 3,000 orang penyembah berhala dan kemudian pergi semula ke gunung itu untuk menerima satu set lagi loh-loh batu yang tidak dicemari oleh dosa-dosa jemaat itu seperti yang telah berlaku dalam bulan Keempat Tammuz.

 

Tuhan lazimnya bertindak terhadap perbuatan-perbuatan JemaatNya untuk berkebetulan dengan waktu kejatuhan Israel di Sinai dengan keberhalaan. Tempoh Anak Lembu Emas dan pemusnahan loh-loh batu Hukum semuanya berlaku dalam minggu terakhir Bulan Keempat itu dan kemuncaknya adalah pada hari Pertama Bulan Kelima atau Bulan Baru Ab. Dengan cara ini dia membawa mereka kepada pertaubatan.

 

Pendakian-pendakian Kelima dan Keenam Bulan Kelima dan Keenam serta Signifikans Rohani mereka

Pendakian Kelima diliputi dalam Keluaran 32:31-33 dan penurunan dalam Keluaran 32:34-34:3.

 

Pendakian Keenam diliputi dalam Keluaran 34:4-28 dan penurunan dari 34:29-35.

 

Sepanjang bulan Kelima dan Keenam Musa sekali lagi berada di atas gunung di Sinai dengan Malaikat Hadirat. Musa menerima butir-butir Hukum yang akan memimpin Israel dan seluruh dunia sepanjang tahun-tahun di hadapan, dan yang akhirnya akan mengawal dan membimbing dunia di bawah pemerintahan Kristus dan umat pilihan sehingga mereka sampai di hujung kewujudan fizikal umat manusia. Manusia akan dijadikan makhluk rohani dan dikaruniakan hidup kekal dan dengan itu keabadian. Kita akan menjadi Tuhan-tuhan kerana Kristus telah dikaruniakan kemuliaan dan hidup kekal itu oleh Tuhan sebelum kita (Zakharia 12:8 dan karya Umat Pilihan Sebagai Elohim (No. 1)).

 

Ingat bahawa Musa telah turun pada akhir bulan keempat untuk menemukan Israel dalam dosa dan loh-loh batu Hukum telah dipecahkan. Dia telah membunuh pemimpin-pemimpin yang tidak setia, kira-kira tiga ribu bilangannya, dan kembali ke atas gunung itu untuk berbicara sekali lagi dengan Kristus dan menerima satu set baru loh-loh batu dan penjelasan penuh Hukum Tuhan secara keseluruhannya dari mulut Yesus Kristus sendiri.

 

Ianya pendedahan kepada kemuliaan yang Tuhan telah berikan kepada Kristus yang berkuasa sebagai wakilNya kepada manusia yang menerangi Musa dan membuatnya bersinar dengan cahaya yang boleh dilihat semua apabila dia pulang dari berbicara dengannya. Inilah sebabnya Malaikat Tuhan diperkatakan oleh Gideon yang berkata: “Celakalah aku, Tuhanku ALLAH (Adonai Yahovah)! sebab memang telah kulihat Malaikat TUHAN dengan berhadapan muka.” Dan Tuhan berkata padanya, “Selamatlah engkau! Jangan takut, engkau tidak akan mati.” Gideon tahu bahawa dalam kemuliaan penuh seorang manusia akan mati, dan ramai telah mati apabila berhadapan dengan makhluk berkuasa seperti itu. Gideon telah membina sebuah mezbah di situ dan memanggilnya Yahovah shalom yang bermakna Tuhan memberi damai (Tuhan itu keselamatan). Makhluk yang dilihat oleh kedua-dua Musa dan Gideon adalah Raja Damai yang berfirman bagi Yahovah Shalom iaitu Yahovah Semesta Alam dan Allah Yang Maha Esa.

 

Membersihkan Israel dari Dosa dan Pemulihan

Bulan Kelima atau Bulan Ab secara tradisinya merupakan bulan malapetaka dalam Israel.

 

Masalah-masalah yang timbul melalui kegagalan orang Lewi di bawah Harun di Sinai dan dengan para tua-tua Israel telah diizinkan berlaku agar kita dapat memahami bahawa bidaah Jemaat ada bersama kita, walaupun pada tingkat-tingkat tertinggi, sewaktu ketiadaan Kristus, dan harus dibersihkan dari kita. Jemaat-jemaat utama yang mengaku Kristian sebenarnya telah memeluk sistem yang sama dari kultus-kultus Matahari dan menyembah pada hari Minggu serta memelihara Krismas dan Easter untuk Tuhan Triune (lihat karya Asal-usul Krismas dan Easter (No. 235)).

 

Musa telah membersihkan jabatan kepimpinan dan kembali kepada Kristus sewaktu Ab dan Elul selama empat puluh hari. Begitu jugalah Roh terus membersihkan jemaat.

 

Bulan Ab menyaksikan Tuhan lazim bertindak terhadap Israel, dan kemusnahan Bait berlaku dalam bulan ini di bawah orang Babilon. Bait Suci telah dibinasakan dan Israel telah dijadikan tawanan kerana mereka tidak memelihara Hukum-hukum Tuhan dengan betul dan negeri itu terpaksa diberikan perhentian Sabatnya di bawah Hukum.

 

Ingat bahawa sewaktu Bulan Ab dan hingga ke dalam Bulan Keenam, Musa berada di atas gunung itu sekali lagi bersama Kristus untuk menerima arahan terperinci tentang bagaimana untuk memelihara Hukum itu dan bagaimana Hukum itu berlanjutan dari Hukum Bersepuluh dan bagaimana ia dibahagikan kepada dua Perintah Besar. Pada dua Perintah Besar inilah tergantung seluruh Hukum Taurat dan kitab para nabi. Alkitab tidak boleh dibatalkan. Tuhan tidak akan membenarkan sebarang pengurangan Hukum itu dalam JemaatNya di bawah Yesus Kristus.

 

Tradisi-tradisi Yahudi membesar-besarkan 9 haribulan Ab dan mengatakan bahawa banyak peristiwa berlaku pada hari ini, yang sebenarnya tidak terjadi. Ada yang mendakwa kumpulan pengintip itu kembali dan mereka menolak Tanah Perjanjian pada hari ini, namun Bullinger mungkin lebih tepat lagi menempatkan peristiwa ini dalam Elul dan malah dia mendakwa ianya pada akhir Elul (rujuk Companion Bible, nota kaki kepada Bilangan 13:25). Maka dengan itu kita pasti telah mewarisi sistem milenium Mesias, seperti yang dilihat dari Bulan Ketujuh, jika kita semua telah menerima Mesias apabila dia mati empat jubli (yobel) lebih awal. Bait Salomo jatuh kepada orang Babilon pada hari ini dalam Av dan ada orang yang silap anggap bahawa Bait Kedua juga jatuh pada hari ini. Ia sebenarnya jatuh pada hari Pendamaian dalam 70 CE dan bait di Heliopolis, atau Gosyen kuno, di Mesir telah ditutup pada awal 71 CE oleh perintah Maharaja Vespasian. Bait di Mesir ini merupakan tempat korban berterusan terakhir dalam dunia untuk Yehuda.

 

Signifikans bulan Ab adalah bahawa ia mengikuti pemujaan tuhan palsu Tammuz atau Dumuzi dalam Anak Lembu Emas yang ibadat palsunya diperingati dalam nama bulan ini. Perubahan kepada Ab (kata akar untuk bapa) adalah sebenarnya perubahan kepada ibadat Bapa seorang saja. Itulah sebabnya kenapa Bulan Baru Ab merupakan waktu untuk bertaubat dan berubah. Dari hari Bulan Baru hingga sembilan haribulan adalah tempoh penyelesaian. Sepuluh haribulan Ab menutupi kitar perubahan itu. Ramai antara mereka yang tidak berubah disingkirkan menjelang tarikh ini. Maka orang Babilon telah membinasakan bait Raja Salomo kerana Yehuda tidak bertaubat. Mereka telah disingkirkan dan bait lama itu telah dimusnahkan sepenuhnya. Ia menjadi runtuhan selama lebih satu abad dan sehingga pemerintahan Darius II apabila ia dibina semula dari tahun 419 BCE (SM) (lihat karya Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci (No. 13)). Banyak kumpulan agama Kristian silap menempatkan waktu pembinaan semula ini dalam pemerintahan Darius I bertentangan dengan urutan alkitabiah dalam Ezra.

 

Segala peristiwa ini telah diberikan kepada kita sebagai teladan. Tuhan akan mengutus nabi Elia kepada kita dalam zaman akhir sebelum Hari Tuhan, dan dia akan membuat hati bapa-bapa berbalik kepada anak-anaknya dan hati anak-anak kepada bapa-bapanya, supaya jangan Tuhan datang memukul bumi sehingga musnah. (Maleakhi 4:5-6).

 

Dalam bulan inilah Ezra dan Nehemia menyiapkan pembinaan tembok di Yerusalem. Mereka memulakan kerja pada tembok itu dalam Bulan Kelima pada hari kedua atau ketiga bulan itu dan kerja ini telah diselesaikan dalam masa lima puluh dua hari pada Dua puluh lima haribulan Elul, Bulan Keenam. Dalam kata lain ia dibina dari hari-hari selepas Bulan Baru Ab hingga akhir bulan Elul dan untuk Bulan Baru Hari Sangkakala-sangkakala. Pewaktuannya diteliti dalam karya Pembacaan Hukum Dengan Ezra Dan Nehemia (No. 250).

 

Musa telah pulang pada hujung bulan Elul untuk memelihara hari-hari Raya Bulan Ketujuh dengan Israel, yang berkemuncak dalam Perayaan Pondok Daun dan Hari Besar Terakhir. Dari waktu itu Israel mula membina Khemah Pertemuan, yang kemudiannya didirikan pada Hari Pertama Bulan Pertama tahun berikutnya. Simbolisme ini dibayangkan sekali lagi dalam Pemulihan di bawah Ezra dan Nehemia.

 

Perayaan Pondok Daun telah dipelihara, di bawah pembacaan Hukum di bawah pemulihan Ezra dan Nehemia, untuk pertama kalinya dalam Pondok Daun atau Khemah-khemah yang diperbuat dari dahan-dahan kayu. Ini merupakan pertama kali ia dipelihara dalam pondok-pondok daun sejak ia dipelihara begitu di bawah Yosua bin Nun dalam penaklukan Kanaan.

 

Ini pada mulanya kelihatan seperti satu pernyataan ringkas tanpa sebarang akibat nyata; tapi benarkah begitu? Apakah sebenarnya maknanya? Dengan membuat kesimpulan langsung ia bermakna bahawa perayaan ini tidak pernah dipelihara dalam pondok-pondok dahan kayu sewaktu tempoh Pondok Daun dari Yosua, juga tidak di Silo dan Hebron di bawah Hakim-hakim atau di bawah raja-raja Saul dan Daud, juga tidak sepanjang zaman Bait Pertama di bawah Salomo dan semua raja-raja Yehuda sehingga kemusnahan di bawah orang Babilon.

 

Ini adalah fakta yang sangat penting. Ia tidak dipelihara begitu seterusnya di bawah Yehuda, dan sememangnya tidak dipelihara seperti itu di bawah Jemaat selama dua ribu tahun. Hanya ketika pemulihan Ezra dan Nehemia sahaja dan hanya untuk satu tahun pada Pembacaan Hukum untuk Yobel.

 

Apakah yang ditandakannya atau ditunjukkannya dalam rencana keselamatan? Ia bermakna bahawa pemulihan adalah kepada seluruh keluasan Hukum dan bahawa Yobel Ezra memulakan satu sistem atau perhitungan masa ke arah pemulihan di bawah Mesias. Hari Pendamaian dalam tahun 2026 akan memulakan Yobel, yang akan berakhir pada hari Pendamaian dalam 2027. Tanah-tanah seluruh dunia akan dipulihkan dan penanaman akan bermula untuk tuaian-tuaian Tahun Pertama sistem milenium, iaitu Tuaian Jelai pada Persembahan Unjukan Berkas dalam bulan Abib 2028.

 

Yobel yang bermula dari pemulihan di bawah Ezra dan Nehemia adalah yang pertama dari empat puluh sembilan yobel yang membawa kepada pemulihan di bawah Mesias. Yesus Kristus sebagai Mesias telah dilahirkan dalam Yobel Kesembilan dari Pemulihan itu dan mengisytiharkan Yobel Kesembilan pada 27 TM dengan membaca kitab Yesaya dan mengisytiharkan tahun Rahmat Tuhan atau Yobel. Sesudah Paskah tahun 28 CE dia mula mengajar apabila Yohanes dipenjarakan. Dalam kata lain, pelayanannya bermula pada permulaan Yobel Kesepuluh dari waktu pemulihan di bawah Ezra dan Nehemia. Empat puluh yobel dalam padang gurun bermula dari tarikh ini dan berakhir pada tahun 2027 pada Yobel. Sistem Milenium bermula dari waktu dan pemulihan itu. Yobel Kelima puluh adalah Yobel segala Yobel bagi pemulihan Tuhan. Ia bermula pada 2028 dan selesai pada 2077 dengan pemulihan bumi kepada keadaan produktif oleh Yobel tersebut. Antara sekarang dan 2027 bumi akan hampir musnah. Suatu umat yang tidak mahu bertaubat and menurut Tuhan tetapi mematuhi doktrin-doktrin iblis setan akan membawanya hampir kepada kemusnahan. Adakah ini kedengaran keterlaluan? Bagaimana sekalipun ia akan berlaku.

 

Bagaimana pula dengan tembok dan tempoh pembangunan semula dalam Bulan Kelima Ab dan Bulan Keenam Elul? Pembinaan tembok itu melambangkan persiapan dan pertahanan umat Tuhan sepanjang tempoh dari Pentakosta ke Pondok Daun dan sistem milenium Tuhan. Tembok apakah yang kita bina? Kota Tuhan kita dibina mengikut rancangan. Kumpulan-kumpulan dihantar untuk melakukan berbagai tugas di berbagai tempat diberikan bahagian-bahagian untuk dibina. Dengan cara ini banyak yang terlaksana dalam tempoh terbabit dan ianya sukar untuk menghentikan pekerjaan itu. Tempoh ini adalah tempoh yang ditandakan oleh Musa di atas gunung dengan Kristus. Itu pula bertujuan untuk menunjukkan kepada kita bahawa kita akan bekerja atas Bait dan Kota Tuhan sementara Kristus ada bersama Tuhan dan bukan bersama secara fizikal dengan kita di Yerusalem. Dengan cara yang sama, Ezra boleh berada di Babilon bersama Artahsasta II dan masih diberi penghargaan atas kerja pada Bait Tuhan, walaupun dia tunduk kepada raja asing yang Tuhan izinkan untuk memerintah Yehuda seperti mana dia mengizinkan Iblis memerintah dunia sementara umat pilihan dilahirkan. Malah Artahsasta memainkan peranan dalam menyediakan bekalan Bait Tuhan itu.

 

Koresh yang merupakan orang yang diurapi Tuhan namun bukan dari Israel telah mengaturkan Bait itu. Ia sepatutnya bermula di bawah Darius Hystaspes namun tidak dibina dan pembinaan Bait telah dihentikan oleh Artahsasta I dan pembinaan terus terhenti sehinggalah pemerintahan Darius II, yang dipanggil Darius orang Persia dalam Ezra bab 4. Urutan pembinaan ini adalah sangat penting dalam memahami rencana Tuhan. Itulah sebabnya kenapa urutan tersebut dan nubuatan-nubuatan telah disalahgambarkan dan diputarbelitkan oleh Kekristianan palsu. Malah sesetengah orang dalam Jemaat Tuhan mengajar doktrin palsu tentang hal ini bertentangan kepada firman Tuhan, menyusuli kumpulan Trinitarian dalam kesalahan ini. Daniel 9:25 telah sengaja disalahtafsir dan disalahtarikh agar nubuatan ini tidak dapat difahami sepenuhnya dan kedua-dua Judaisme dan Kekristianan bersubahat dalam kepalsuan untuk pembenaran diri. Baca karya Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci (No. 13). Tanda Yunus adalah satu-satunya tanda yang diberikan kepada pelayanan Kristus dan Jemaat. Jadi kita patut memahami urutan itu dengan sebaik-baiknya kerana kita tidak akan ada sebarang tanda lain.

 

Perintah untuk membina Bait Tuhan telah diberikan lima puluh yobel sebelum Milenium, oleh Koresh. Pembangunan ini telah dimulakan di bawah Hystaspes namun dengan tidak tekun dan orang Yahudi tidak tinggal di Yerusalem. Artahsasta I telah menghentikan pembinaan oleh kerana perang-perang pemberontakan dan pembinaan terus terhenti sehingga Darius (II) orang Persia sekitar tahun 419. Dekri-dekri pembekalan telah dibuat di bawah Artahsasta II apabila Nehemia dijadikan bupati (gabenor) Yudea. Pada hujung lima puluh dua hari itu tembok-tembok Kota Tuhan telahpun siap. Ini adalah dari waktu Pentakosta, yang melambangkan permulaan tuaian umat pilihan hingga tempoh sebelum sistem milenium dan tuaian dunia yang dilambangkan oleh Bulan Ketujuh Tishri.

 

Waktu Iblis terbatas kepada hujung 120 yobel bumi yang terkutuk. Waktu ini dipendekkan. Seperti mana malam menyusuli siang rangka waktu untuk 120 Yobel itu berakhir dalam tahun 2027 dan dengan itu waktu yang akan dipendekkan adalah waktu akhir zaman sejurus sebelum 2027. Kita tidak tahu dengan tepat apakah tahunnya buat masa ini kerana dua saksi itu akan berada dalam Yerusalem selama 1260 hari dan kemudian 3.5 hari (lihat karya Saksi-saksi (No. 135)). Dengan itu, Mesias tidak mungkin atau tidak kembali sehinggalah sekurang-kurangnya 1263.5 hari setelah saksi-saksi itu mengambil tempat mereka di Yerusalem dengan memakai pakaian berkabung. Tetapi sebaik saja mereka bermula kamu akan dapat menentukan waktu kedatangan itu dengan agak tepat,

 

Ianya patut jelas sekarang bahawa tempoh dari 1 Abib hingga 21 Tishri adalah penuh dengan simbolisme dan bahawa aktiviti-aktiviti Musa sepanjang tempoh ini membayangi pekerjaan Kristus dengan kita dalam Rencana Keselamatan.

 

Bulan Kelima dan Keenam adalah waktu aktiviti terbesar dan pertaubatan. Sebaik saja kamu dibaptiskan ianya tidak tamat, ianya hanya bermula. Itulah sebabnya kenapa pembaptisan biasanya berlangsung pada waktu Paskah atau Pondok Daun. Dari Pondok Daun kita mulakan proses persiapan untuk Paskah dan kemudian pembentangan Rencana dalam urutan tiga perayaan itu. Aktiviti-aktiviti Musa menunjukkan kita apa yang harus dilakukan dan apa yang diharapkan dari kita. Keluaran tidak tamat pada Paskah ia memulakan proses pengudusan dan kesaksian kepada Firaun dan Mesir dan terbentang dalam urutannya sehingga Hari Besar Terakhir pada 21 haribulan Bulan Ketujuh.

 

Dari waktu ini dalam sistem asal Israel kemudiannya mula membina Khemah Suci Tuhan. Kita adalah blok-blok binaan Khemah itu yang dibina dengan persembahan-persembahan rela kita sendiri.

 

Dari hujung tempoh Perayaan ini hingga Tahun Baru Berikutnya pada 1 Abib Khemah Suci dibina dan didirikan pada tarikh itu (Keluaran 40:2). Tarikh ini adalah permulaan proses pembinaan dan pengudusan Bait Tuhan secara berterusan (lihat karya Pengudusan Bait Suci Tuhan (No. 241)). Tahun Baru merupakan perkumpulan berupacara Bait Tuhan dan memulakan proses pembinaan Bait yang berterusan.

 

Rencana Tuhan dibayangkan dalam perayaan-perayaan tahunan dan Pendakian-pendakian Musa menunjukkan bahawa kita dapat masuk ke dalam hubungan pemuliaan dengan Tuhan melalui Kristus. Kita yang ditakdirkan telah dipilih dan dipanggil. Kita kemudiannya dibenarkan dan kemudian dimuliakan melalui Kristus.

 

Peliharalah hari-hari Sabat, Bulan Baru dan Perayaan Tuhan agar kita dapat mengingati apa yang kita dipanggil untuk lakukan. Jika Tuhan berpihak pada kita siapa yang dapat melawan kita?

 

q


 


 

 

Keselamatan bermula dengan Keluaran dari Bulan Baru Abib. Pada 15 haribulan, Israel telah dibawa keluar dari Mesir sementara Malaikat Maut melepasi darah pada tiang-tiang pintu mereka, darah anak domba menunjuk kepada Yesus Kristus sebagai Anak Domba kita, Mesias kita untuk keselamatan seluruh umat manusia.

 

 

 

Enam Pendakian Musa

 

 

Seluruh peristiwa ini mengajar kita tentang pengorbanan dan dedikasi yang diperlukan untuk mencapai Kerajaan Tuhan.

 

 

Tiga pendakian pertama adalah untuk bersedia bagi pemberian hukum.

 

 

Bulan Baru Bulan Ketiga atau Sivan 1

Keluaran 19:3 – 6

Keluaran 19:7 - 8

 

Pendakian 1

 

Lalu naiklah Musa menghadap Allah, dan TUHAN berseru dari gunung itu kepadanya: "Beginilah kaukatakan kepada keturunan Yakub, kamu sendiri telah melihat apa yang Kulakukan kepada orang Mesir, dan bagaimana Aku telah mendukung kamu di atas sayap rajawali...Jika kamu sungguh-sungguh mendengarkan firman-Ku dan berpegang pada perjanjian-Ku, maka kamu akan menjadi harta kesayangan-Ku sendiri dari antara segala bangsa, dan kamu akan menjadi bagi-Ku kerajaan imam dan bangsa yang kudus. Inilah semuanya firman yang harus kaukatakan kepada orang Israel." Musa melakukan apa yang diperintah Tuhan. Tuhan memberi janji perjanjianNya.

 

Antara Sivan 1 – 6

 

Keluaran 19:8 – 13

Keluaran 19:14 - 19

Pendakian 2

 

Musa kembali dan menyampaikan jawab bangsa itu kepada Tuhan. Mereka menjawab mereka akan menurut segala yang diperintahkan Tuhan. Tuhan mengatakan kepada Musa: “Pergilah kepada bangsa itu; suruhlah mereka menguduskan diri pada hari ini dan besok, dan mereka harus mencuci pakaiannya… Pada hari ketiga Tuhan turun ke atas Sinai dalam awan dengan api dan bunyi sangkakala yang semakin kuat. Musa berbicara dan Tuhan menjawabnya dengan satu suara. Dengan itu Tuhan memberi dasar Hukum itu secara lisan kepada Musa dan Perjanjian ini telah diterima oleh Umat itu apabila diberitahu tentangnya.

 

 

Antara Sivan 1 - 6

 

Keluaran 19:20 – 25

Keluaran 19:25

Keluaran 20:1-23:33

 

Pendakian 3

 

Tuhan memanggil dari puncak gunung “Naiklah Musa.” Musa naik, dan Tuhan berfirman, “Turunlah, peringatkanlah kepada bangsa itu, supaya mereka jangan menembus mendapatkan TUHAN hendak melihat-lihat; sebab tentulah banyak dari mereka akan binasa.” Sekali lagi Tuhan berfirman kepada Musa, turunlah, dan kemudian naiklah pula, engkau beserta Harun, tetapi para imam dan rakyat harus tinggal. Tuhan mengucapkan Hukum Sepuluh dan memberi peraturan dan ketetapan kepada Musa. Umat itu mendengar guruh dan bunyi sangkakala dan melihat kilat dan berdiri jauh dan takut. Musa kemudiannya turun dan memberitahu umat itu untuk tidak takut kerana ia dilakukan supaya mereka akan takut dan tidak berdosa. Elemen-elemen pertama hukum dijadikan tulisan pada waktu ini.

 

 

Pendakian pada Sivan 20

Penurunan pada permulaan Tammuz

 

Keluaran 24: 9 hingga

Keluaran 32: 14

Keluaran 32: 15 – 30

Ulangan 24:6

 

Pendakian 4

 

Tuhan menyuruh Musa untuk naik bersama Nadab dan Abihu dan tujuh puluh para tua-tua dan sujud menyembah dari jauh. Musa seorang yang harus mendekati Tuhan. Musa kemudian selanjutnya menjadikan elemen-elemen hukum yang telah diberikan kepadanya kepada tulisan pada waktu ini. Musa kemudiannya mendirikan mezbah Tuhan dan dengan dua belas tugu sesuai dengan suku-suku Israel dan memilih orang-orng muda dua belas suku itu untuk mempersembahkan korban. Musa dan Harun dan tujuh puluh dua para tua-tua Israel naik dan melihat dan makan dan minum di hadapan Tuhan, Elohim Israel (rujuk Ulangan 32:8). Yahovah kemudian berfirman “Naiklah menghadap Aku, ke atas gunung, dan tinggallah di sana, maka Aku akan memberikan kepadamu loh batu, yakni hukum dan perintah, yang telah Kutuliskan untuk diajarkan kepada mereka.” (Keluaran 24:12). Awan menutupi gunung selama enam hari, pada hari ketujuh Yahovah memanggil Musa dari Awan itu, yang seperti api yang menghanguskan bagi bangsa Israel. Dalam 40 hari dan malam di atas gunung itu, Yahovah Israel berfirman tentang banyak perkara, memberi arahan tepat tentang bagaimana  untuk membina khemah suci, siapa dan bagaimana untuk mengurap, bagaimana membuat pakaian-pakaian imam, bagaimana membuat tabut perjanjian dan tutupnya, cara pelaksanaan acara korban, hari Sabat dan banyak butir lain. Namun bangsa itu penat menunggu dan mereka berdosa dan meminta Harun membuat Anak Lembu Emas dan mereka berkelakuan mengikut acara-acaranya yang cabul. Apabila Musa turun dari gunung itu, dia begitu marah sekali dengan Anak Lembu Emas itu hingga dia memecahkan loh-loh batu itu. Musa telah berpuasa selama 40 hari namun bangsa itu telah melanggar hukum dan dengan itu Musa memecahkan loh-loh itu secara simbolik sebagai pelanggaran perjanjian tersebut. Dia kemudiannya berdiri di pintu gerbang dan mengatakan sesiapa yang berpihak pada Tuhan untuk datang bersamanya dan membunuh 3000 orang dari kumpulan penderhaka itu. Anak lembu itu telah dihancurkan dan ditaburkan dalam air.

 

 

Pendakian 5 mungkin dalam Bulan Kelima Tammuz

 

Keluaran 32: 31 - 33

Keluaran 32: 34 -

Keluaran 34: 3

 

Pendakian 5

 

Musa kembali ke atas Gunung meminta pengampunan kerana dosa keberhalaan Anak Lembu Emas. Musa meminta Tuhan untuk mengampuni mereka atau hapuskan namanya dari Kitab itu. Musa turun dan memimpin bangsa itu ke tempat yang disebutkan Tuhan. Terdapat tulah kerana anak lembu itu. Khemah pertemuan telah diletakkan di luar perkhemahan itu. Tuhan turun, berfirman kepada Musa. Musa diberitahu bahawa bangsa itu adalah khusus. Tuhan telah berfirman bahawa Dia akan menunjukkan “kehadiranku” dan memimpinnya dan bangsa Israel ke dalam milik mereka. Musa disuruh untuk memahat satu lagi set loh-loh batu, dan hanya Musa saja yang harus naik ke atas Gunung itu dan tidak seorangpun (atau kawanan domba dan lembu sapi) yang harus berada di atas Gunung itu.

 

 

Bulan Ab & Elul

 

Keluaran 34: 4 – 28

Keluaran 34: 29 - 35

 

Pendakian 6

 

Musa membawa set kedua loh-loh batu ke Gunung. Dia berbakti di situ, memohon pengampunan dari Tuhan untuk bangsa itu, Musa diberitahu untuk tidak membuat sebarang perjanjian dengan bangsa lain agar mereka tidak menjadi jerat bagi bangsa ini, hingga mereka terlibat dengan bangsa-bangsa ini yang mempercayai tuhan-tuhan lain. Hari-hari Raya disenaraikan dan diberikan pada lawatan ini. Ketika tempoh 40 hari yang kedua ini Musa diberikan lebih banyak dari hukum itu. Musa diberikan pandangan sekilas akan Kemuliaan Tuhan. Yahovah Hadirat tidak dipandang dalam keadaan mulia sepenuhnya kerana orang itu akan mati. Musa disuruh untuk menulis firman hukum yang diberikan kepadanya, namun Hukum Sepuluh itu telah ditulis oleh jari Yahovah dalam loh-loh batu itu. Bagaimanapun, semua hukum perjanjian telah diberikan oleh Yahovah Israel kepada Musa. Pada waktu ini Musa turun dari Gunung dan mukanya bercahaya dari pendedahan kepada Kemuliaan Tuhan.

 

 

 

 

Fasa Ketujuh dan Lengkap

Lengkapon

Selama enam pendakian itu, Musa dapat menyiapkan dirinya dan bangsa Israel untuk memelihara perayaan-perayaan Tuhan dalam Bulan Ketujuh. Perayaan-perayaan ini mewakili pendamaian akhir umat manusia dengan Tuhan.

 

 

                                                              Oleh Arnold dan Ester Anderson dan Wade Cox