Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[079]

Dasar Kepimpinan Alkitabiah

(Edisi 2.0 19941126-20000212)

Tanggungjawab kepimpinan alkitabiah diperiksa. Penatua ditunjukkan mempunyai beberapa tanggungjawab penting yang tidak boleh dielakkan. Tanggungjawab setiap anggota Jemaat juga sangat bermakna.

Christian Churches of God

 PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

(Hakcipta ©1994, 2000 Wade Cox)

(Tr. 2005)

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


Dasar Kepimpinan Alkitabiah



Terdapat begitu banyak pandangan yang salah dalam Kekristianan aliran umum, tentang apakah ertinya Perjanjian Baru, kerana orang-orang yang mengaku Kristian telah memisahkan diri mereka dari Kitab Suci atau Perjanjian Lama, iaitu Kitab Suci. Mereka telah menafsirkan pernyataan-pernyataan dalam Perjanjian Baru, sebagai pembenaran bagi apa yang mereka lakukan. Benda-benda yang paling luar biasa digunakan untuk membenarkan kenapa mereka tidak perlu mengubah pendirian mereka dan kenapa mereka tidak perlu melakukan apa yang dikatakan Kristus.

Satu perkara penting adalah konsep kepimpinan. Ramai orang kini melihat pada Perjanjian Baru dan apa yang difikirkan mereka sebagai kepenatuaan alkitabiah dan memisahkannya dari konsep-konsep Perjanjian Lama yang mandatori dalam bidang kepimpinan. Apabila Kristus membentuk kumpulan tujuh puluh orang Perjanjian Baru, dia membentuk semula Sanhedrin atau Sidang Penatua. Apa yang dilakukannya adalah mengutus sebuah sidang yang baru.

Karya ini bermula dengan kisah mencukur bulu domba.

Pada pertengahan tahun 1980an, keluarga saya telah menghasilkan hasil bulu domba yang terbaik iaitu kira-kira 92+%. Hasil purata adalah kira-kira 70% benang bulu yang berminyak. Jadi ketulenan hasil ini memang sukar dibayangkan. Pengurus-pengurus bulu domba di kedai-kedai bulu Goulburn ingin mengetahui sama ada kami telah meletakkan kambing domba kami di atas blok untuk mendapatkan hasil yang begitu tinggi.

Mempunyai domba yang mengeluarkan hasil-hasil yang tinggi kebanyakannya adalah fungsi penternakan. Seseorang boleh mendapat banyak pengajaran dari analogi domba ini, apabila kamu melihat pada kepimpinan dalam jemaat. Kita diibaratkan sebagai domba dan analogi itu memang sesuai. Kita adalah domba kerana sifat-sifat domba. Sifat-sifat kepimpinan domba boleh dipakaikan kepada jemaat dan pemimpin-pemimpin jemaat yang melayani.

Kita akan meninjau keperluan-keperluan asas dalam menternak domba yang berhasilan tinggi. Dari keperluan-keperluan ini kita kemudiannya akan mengaplikasikannya kepada umat pilihan dan melihat bagaimana kepimpinan jemaat seharusnya dibangunkan dengan betul untuk menghasilkan domba berhasil tinggi dalam kawanan domba Kristus atau lebih tepat lagi dalam terminologi Australia, mob Mesias. Kawanan-kawanan domba yang besar dipanggil mob.

Keperluan-keperluan asas disenaraikan seperti berikut:

            Sekitaran yang tidak tercemar;

            Nutrisi (pemakanan) yang baik;

            Pengawasan.

Domba perlu dilindungi dari pemangsa. Kami mengalami kerugian besar dari anjing Dingo dan pencuri.

Dengan mengandaikan bahawa kawanan domba adalah lengkap, penghasilan bulu domba dan anak domba adalah berkaitan dengan musim dan pengurusan.

Kitar domba mengikut musim telah ditetapkan oleh Tuhan. Para pengurus harus mematuhi kalendar Tuhan atau peratusan kelahiran anak domba akan turun. Lebih khusus lagi, penggabungan perlu dikawal dan tepat pada waktunya. Bilangan kawanan bertambah dengan mematuhi sistem Tuhan.

Nutrisi haruslah konsisten kerana jika tidak, benang bulu akan menjadi tidak kuat dan terdapat bahagian-bahagian yang putus dalam bulu domba yang mengurangkan seratnya dan mengurangkan kebolehgunaannya dan dengan itu nilainya.

Lalang harus tidak dibiarkan tumbuh dalam padang kurungan. Ada lalang yang mempengaruhi nutrisi; dan ada juga yang memberi kesan kepada benang bulu dengan mencemar bulunya sebagai benda-benda asing seperti ranting dan rumput atau duri dan sebagainya.

Semua ini adalah aspek-aspek pengurusan kambing domba. Kawanan domba Kristus harus diberikan makanan bersih dan dilindungi dari bahan-bahan pencemar. Kawanan domba Kristus dilatih untuk mengenali suara gembala. Mereka memastikan dan menguji segala sesuatu menurut buku panduan tuan mereka. Apabila domba lain mengingatkan tentang bahaya, seluruh kumpulan tersebut mendengar dan berjaga-jaga. Mereka tidak berlawan sesama sendiri dan menutup mulut mereka yang memberi peringatan tersebut tidak kira dari mana sumber peringatan itu.

Persediaan hujan pada musimnya adalah perlu untuk pertumbuhan makanan. Juga, hujan yang baik pada waktu yang tepat juga menggosok bulu domba dan dengan itu membantu penghasilan bulu domba yang bersih. Domba yang gemuk dan dipenuhi bulu boleh rebah kerana berat bulu yang basah dan tebal. Domba yang terbiar pada sisinya untuk seberapa lama menderita dari dua bahaya. Pertama, haiwan pemangsa boleh mendapatkannya dengan mudah. Ini juga termasuk burung gagak, yang boleh mematuk matanya dari kedudukan ini. Burung helang juga dengan senang membunuh domba dewasa dalam kedudukan ini sedangkan biasanya ia akan mengambil anak domba.

Domba yang terbiar pada sisinya menderita masalah usus dan perlu didirikan dengan cepat dan diluruskan ususnya dengan gosokan yang ringkas. Pengurus harus berjaga-jaga terhadap domba yang rebah kerana berat bebanan mereka.

Tiada bezanya untuk pelayanan Jemaat Tuhan. Kamu harus berjaga-jaga terhadap orang yang telah rebah kerana berat bebanan mereka. Kristus dan sistemnya (Jemaat) bukanlah satu bebanan dan kita patut berusaha untuk menjadikan kehidupan senikmat yang kita boleh untuk setiap orang dalam sistem ini.

Domba di bawah keadaan intensif terdedah kepada parasit. Lebih rapat kawasan meragut (memakan rumput), lebih besar masalah parasitnya. Ini juga boleh merosakkan benang bulu domba lantas menghasilkan bulu yang rapuh atau bermutu rendah. Jika kamu memadatkan domba dan meragut kawasan kamu secara berlebihan, kamu perlu menambahkan makanan baru dan membuka kawasan padang ragutan. Begitu juga dengan Firman Tuhan. Kamu harus membuka kunci buku-buku Alkitab dan kamu harus belajar. Kita semua harus membuka kawasan padang yang baru. Kita perlu melakukan apa yang kita mampu, dan membantu sesama sendiri pada masa yang sama.

Domba boleh menderita dari serangan lalat. Domba yang sakit mungkin mendapat mudarat pada bahagian-bahagian yang terkena tetapi lebih penting lagi, jika tidak dirawat, bahagian yang terkena itu akan mengalami infestasi berenga, yang memakan daging domba dan menyebabkan kematian melalui jangkitan. Kamu harus merawat domba dengan cepat untuk mengelakkan kematian mereka. Itu telah disalahtafsir oleh kebanyakan kultus sebagai bererti ‘jangan biarkan sesiapa membaca apa-apa atau bercakap dengan orang yang mungkin akan menggerakkan otak mereka’. Ini betul-betul berlawanan dengan ertinya. Kamu perlu terus memberikan makanan yang baru kepada orang dan menguji pengetahuan mereka berbanding Kitab Suci. Mereka harus menguji dan mempertimbangkan idea-idea berdasarkan Firman Tuhan. Kamu harus mahir dalam hal ini, kalau tidak kamu tidak akan mahir dalam Kitab Suci.

Proses pencukuran bulu merupakan usaha intensif dan sangat teratur yang memerlukan kerja keras dari semua pihak. Hasilnya adalah hasil usaha pasukan yang sangat terlatih. Domba dimasukkan dalam bangsal sebelumnya kerana bulu domba tidak boleh basah. Para pencukur dibantu oleh pekerja-pekerja bangsal yang dipanggil rouseabouts yang memastikan pergerakan licin dalam bangsal itu. Sekitarannya harus dijaga kebersihannya kerana jika tidak, bahan-bahan pencemar yang biasanya bukan sebahagian dari sekitaran akan mengusutkan bulu domba. Bahan-bahan pencemar ini akan termampat ke dalam bandela bulu dan menyebabkan masalah kemudiannya di kilang dengan merosakkan peralatan di tempat-tempat yang jauh dari ladang.

Bulu domba dipungut dan dibuang ke atas meja yang terbentuk dari penggulung. Bulu ini kemudiannya disusurkan. Ini melibatkan para penyusur mencabut bahagian-bahagian bulu yang kotor atau kusut dan meletakkannya dalam bakul-bakul yang ditandakan untuk bahagian bawah atau pinggir. Bulu yang jatuh melalui meja ini dalam kokot-kokot yang pendek dipanggil ikat. Ini juga dimampatkan berasingan. Subkategori dan bulu domba yang rapuh ini bernilai jauh lebih rendah dari bulu yang kuat dan bersih. Pengkelas bulu kemudiannya menilai bulu domba untuk ukuran mikron anggaran bulu serta kualitinya. Satu mikron adalah ukuran ketebalan benang bulu. Lebih kecil mikron, lebih besar nilainya. (Permaidani diperbuat dari benang-benang tebal bulu domba yang berat, bulu domba yang halus digunakan untuk membuat pakaian yang mahal.) Pengkelas ini akan menggredkan bulu domba dan meletakkannya dalam barisan bulu-bulu yang sama untuk dimampatkan menjadi bandela-bandela bulu yang sama gred. Penilaian tepat baris-baris ini memaksimakan hasil dari kawanan domba itu.

Domba lazimnya dikelaskan oleh pengkelas bulu sebelum pencukuran agar domba dapat disisihkan. Mereka disisihkan dari segi kualiti bulu, kemampuannya untuk mengeluarkan hasil mengikut umur, dan kesihatan domba itu. Juga mereka boleh diasingkan ke dalam mob-mob yang berlainan, bergantung pada kualitinya. Terdapat mob yang berlainan dalam jemaat-jemaat Tuhan. 144,000 orang itu adalah mob yang berbeza, dengan bulu domba yang lebih tinggi mutunya berbanding kumpulan besar orang banyak dan mereka hanyalah satu bayangan dari proses penggredan ini di mana orang-orang diminta untuk melakukan tugas-tugas yang berlainan bergantung pada kuasa rohani mereka. Bagaimana kamu menyediakan diri kamu akan menentukan bagaimana Kristus dapat menggunakan kamu. Kamu boleh digunakan dalam Kerajaan Tuhan sekarang ini bergantung pada betapa baiknya kamu menyediakan diri kamu untuk digunakan. Kamu tidak seharusnya sihat, muda dan berumur tiga puluh tahun untuk berguna dalam Kerajaan Tuhan. Kamu tidak perlu menjadi seorang lelaki. Kaum lelaki berbicara mengikut Hukum, namun pembuatan polisi jemaat ini dilakukan oleh peratusan wanita yang cukup banyak. Ramai dari golongan tua kita berdoa lebih banyak dan lebih kuat dari golongan muda. Setiap orang mempunyai tugasnya. Setiap orang bekerja dan mereka digunakan mengikut kemampuan mereka untuk memberi hasil dalam umur dan kesihatan domba kita.

Analogi-analogi kepada penjagaan kawanan domba adalah jelas. Sekitaran umat pilihan harus dikawal dan makanan yang diberikan kepada mereka haruslah berkualiti tinggi. Tambahan lagi, pemakanan kualiti rendah terpilih mempengaruhi kemampuan akal fikiran untuk bertumbuh dan menganalisa kebenaran. Kita perlu mencabar akal fikiran umat kita setiap masa, untuk duduk diam dan berkata “apakah yang berlaku; kenapa saya di sini; dan apakah yang Tuhan ingin saya lakukan?” Situasi sebenar di sini adalah bahawa kita ingin mengeluarkan yang terbaik dari umat kita. Kamu tidak boleh memberi makanan berkualiti rendah kepada orang. Ia mempengaruhi kemampuan akal fikiran untuk bertumbuh dan menganalisa kebenaran. Kamu tidak boleh membekalkan kesungguhan untuk Tuhan. Kita tidak boleh melakukan apa-apa tentang domba yang tidak mahu makan. Orang-orang melaparkan diri mereka kerana mereka mempunyai konsep sesat tentang apakah Jemaat Tuhan dan apakah doktrin sebenar dan mereka tidak mahu membaca apa sekalipun. Keadaan senang yang dialami kumpulan-kumpulan dengan menolak dari menganalisa kebenaran menghasilkan individu yang lemah dan tidak berakal. Seperti seekor domba yang terbaring terlalu lama pada sisinya dalam keadaan yang dikawal, ia mati melainkan ia dibangunkan dengan cepat.

Kristus meletakkan mereka yang dipilih oleh Tuhan dan diberikan kepadanya di dalam kawanan. Sistem untuk penjagaan dan pengurusan mereka dicatatkan dalam Alkitab. Kristus telah menubuhkan sebuah sistem kawalan Jemaat dan pemimpin-pemimpin tersebut dipanggil sebagai penatua dan diakon. Bagaimanapun, sistem kepimpinan Jemaat dalam Perjanjian Baru hanya sekadar sambungan sistem kepenatuaan purba yang telah ditubuhkan dengan kaum bapa (patriak) dan ditetapkan di bawah hukum taurat di Sinai. Sistem ini memasukkan sidang penatua (tua-tua) dan sistem kepenatuaan tersebut telah ditubuhkan untuk selamanya. Struktur keimamatan diubah dan seperti yang kita lihat dari Perjanjian Baru, keimamatan digabungkan dengan kepenatuaan, namun kepenatuaan itu sendiri adalah sebuah sistem purba.

Fungsi penatua adalah penjagaan kawanan atau jemaat Israel, dan di bawah Jemaat Perjanjian Baru menggabungkan mualaf-mualaf bangsa lain kepada Israel. Israel bukan hanya sebuah bangsa fizikal. Identifikasi bangsa Israel tidak penting dalam ertikata bahawa sebagai konsep fizikal ia mengurangkan perluasan keselamatan kepada bangsa lain. Bangsa lain tidak dikurangkan satu titikpun oleh hakikat bahawa kita adalah Israel Fizikal atau tidak. Orang bangsa lain dipanggil ke dalam badan Israel dan dijadikan orang Israel dengan pemualafan. Hakikat bahawa kamu dilahirkan dalam bangsa Israel fizikal, sama ada kamu seorang Yahudi atauu Anglo-Saxon, tidak penting dari segi panggilan kamu. Terdapat ramai orang bukan Israel yang dipanggil untuk memegang tempat yang sama tinggi dengan Israel fizikal dan malah kedudukan yang lebih tinggi. Terdapat ramai orang bangsa lain yang memegang kedudukan-kedudukan tertinggi yang ada dalam jemaat dan akan melakukan itu dalam Milenium. Ini adalah pendapat alkitabiah. Ia tidak mengurangkan kedudukan mereka; mereka semua adalah domba. Pada akhirnya, struktur milenium itu akan meliputi seluruh dunia.

Fungsi-fungsi kepimpinan yang ringkas melibatkan penyediaan sekitaran yang bebas dari bahan pencemar. Kepimpinan secara ringkasnya berasas dari setiap rumah. Setiap lelaki adalah imam rumahnya sendiri. Setiap perempuan harus membebaskan bahan-bahan pencemar dari akal fikiran anak-anaknya serta akal fikiran orang-orang di sekitar mereka. Pencemar terbesar untuk fikiran manusia dalam abad ini adalah televisyen. Kamu harus berhati-hati dalam apa yang kamu tontoni.

Proses ini bermula dengan perintah pertama dan berlanjutan melalui seluruh struktur Hukum dan Kesaksian. Jika mereka tidak berbicara sesuai dengan hukum dan kesaksian maka tiada terang di dalam mereka (Yesaya 8:20 KJV). Tanggungjawab ini diperluaskan kepada seluruh bangsa melalui kepimpinannya. Sistem penatua mendahului penyampaian hukum taurat di Sinai.

Kejadian 50:7 Lalu berjalanlah Yusuf ke sana untuk menguburkan ayahnya, dan bersama-sama dengan dia berjalanlah semua pegawai Firaun, para tua-tua dari istananya, dan semua tua-tua dari tanah Mesir,

Kepenatuaan adalah sistem kebangsaan yang meluas di luar Israel. Sistem penatua telah wujud di Mesir mengikut kediaman, suku dan dalam bangsa.

Keluaran 3:16 Pergilah, kumpulkanlah para tua-tua Israel dan katakanlah kepada mereka: TUHAN, Allah nenek moyangmu, Allah Abraham, Ishak dan Yakub, telah menampakkan diri kepadaku, serta berfirman: Aku sudah mengindahkan kamu, juga apa yang dilakukan kepadamu di Mesir.

Para penatua (tua-tua) merupakan jurucakap untuk Israel dan telah digunakan sebagai cara dengan mana jurucakap Tuhan memimpin bangsa itu.

Keluaran 3:18 Dan bilamana mereka mendengarkan perkataanmu, maka engkau harus beserta para tua-tua Israel pergi kepada raja Mesir, dan kamu harus berkata kepadanya: TUHAN, Allah orang Ibrani, telah menemui kami; oleh sebab itu, izinkanlah kiranya kami pergi ke padang gurun tiga hari perjalanan jauhnya untuk mempersembahkan korban kepada TUHAN, Allah kami. Lihat juga Keluaran 4:29.

Bukan Musa seorang yang pergi kepada Firaun; ianya Musa dan para tua-tua Israel. Jadi kepenatuaan adalah satu fungsi kepimpinan bangsa. Akhirnya, pemerintahan Israel akan diperluaskan melalui para penatua. Sistem penatua alkitabiah yang telah didirikan, akan memerintah planet ini. Mereka akan memerintah dan ia bukanlah sebuah struktur politik seperti yang dibayangkan sekarang ini. Akan terdapat sistem-sistem di mana penatua-penatua itu dilantik dan dipilih dan mereka akan memerintah bangsa.

Para penatua Israel bertanggungjawab untuk persiapan hari Paskah. Mereka mempunyai tanggungjawab bercakap bagi pihak bangsa kepada bangsa lain dan kepada penguasa. Mereka juga mempunyai tanggungjawab dari segi agama dalam persiapan.

Keluaran 12:21 Lalu Musa memanggil semua tua-tua Israel serta berkata kepada mereka: "Pergilah, ambillah kambing domba untuk kaummu dan sembelihlah anak domba Paskah.

Jadi Paskah tidak dilakukan sebagai suatu acara ritual imam, ia dilakukan melalui bangsa dan para tua-tua bertanggungjawab untuk persiapan dan penyembelihan anak domba Paskah. Para penatua ada di situ bersama Musa di Horeb apabila Musa memukul batu itu. Batu itu melambangkan Kristus. Kita sering lupa konsep ini dan kita mengabaikan konsep kepenatuaan, kerana kita menganggap kepenatuaan dalam Alkitab adalah sejenis doktrin pelik pengikut-pengikut Nikolaus. Sebagai contohnya, jemaat-jemaat Kristian aliran umum mendirikan sistem yang berlainan dan membayangkan sistem kepenatuaan yang berbeza. Apa yang mereka cuba lakukan adalah memerintah planet ini dengan tidak adil.

Keluaran 17:5-6 Berfirmanlah TUHAN kepada Musa: "Berjalanlah di depan bangsa itu dan bawalah beserta engkau beberapa orang dari antara para tua-tua Israel; bawalah juga di tanganmu tongkatmu yang kaupakai memukul sungai Nil dan pergilah. Maka Aku akan berdiri di sana di depanmu di atas gunung batu di Horeb; haruslah kaupukul gunung batu itu dan dari dalamnya akan keluar air, sehingga bangsa itu dapat minum." Demikianlah diperbuat Musa di depan mata tua-tua Israel.

Batu itu adalah Kristus dan air itu adalah Roh Kudus. Tua-tua yang ada bersama Musa menandakan bahawa para penatua bertanggungjawab untuk menggembalakan aliran keluar maklumat Roh Kudus dalam zaman akhir, dari Yesus Kristus kepada umat Israel. Apabila kamu perhatikan bahawa bukan Musa saja tetapi juga tua-tua, kamu akan faham apa yang berlaku dalam Perjanjian Baru.

Musa bertindak mengikut prinsip bahawa para penatua adalah sidang berkuasa dalam Israel dan bahawa mereka menggambarkan sistem sidang pemerintahan Tuhan yang lebih besar. Begitu juga, keimamatan berfungsi di sekeliling golongan tua-tua di bawah Harun.

Keluaran 18:12 Dan Yitro, mertua Musa, mempersembahkan korban bakaran dan beberapa korban sembelihan bagi Allah; lalu Harun dan semua tua-tua Israel datang untuk makan bersama-sama dengan mertua Musa di hadapan Allah.

Tua-tua ini diperintahkan dengan tanggungjawab atas perintah-perintah Tuhan.

Keluaran 19:7-8 Lalu datanglah Musa dan memanggil para tua-tua bangsa itu dan membawa ke depan mereka segala firman yang diperintahkan TUHAN kepadanya. Seluruh bangsa itu menjawab bersama-sama: "Segala yang difirmankan TUHAN akan kami lakukan." Lalu Musapun menyampaikan jawab bangsa itu kepada TUHAN.

Tujuh puluh tua-tua ini membentuk dasar sistem yang ditahbiskan Kristus dalam Jemaat Perjanjian Baru.

Keluaran 24:1 Berfirmanlah Ia kepada Musa: "Naiklah menghadap TUHAN, engkau dan Harun, Nadab dan Abihu dan tujuh puluh orang dari para tua-tua Israel dan sujudlah kamu menyembah dari jauh.

Para tua-tua ini juga telah melihat Malaikat Yahovah atau Elohim atau Tuhan bersama Musa dan Harun.

Keluaran 24:9-18 Dan naiklah Musa dengan Harun, Nadab dan Abihu dan tujuh puluh orang dari para tua-tua Israel. Lalu mereka melihat Allah Israel; kaki-Nya berjejak pada sesuatu yang buatannya seperti lantai dari batu nilam dan yang terangnya seperti langit yang cerah. Tetapi kepada pemuka-pemuka orang Israel itu tidaklah diulurkan-Nya tangan-Nya; mereka memandang Allah, lalu makan dan minum. TUHAN berfirman kepada Musa: "Naiklah menghadap Aku, ke atas gunung, dan tinggallah di sana, maka Aku akan memberikan kepadamu loh batu, yakni hukum dan perintah, yang telah Kutuliskan untuk diajarkan kepada mereka." Lalu bangunlah Musa dengan Yosua, abdinya, maka naiklah Musa ke atas gunung Allah itu. Tetapi kepada para tua-tua itu ia berkata: "Tinggallah di sini menunggu kami, sampai kami kembali lagi kepadamu; bukankah Harun dan Hur ada bersama-sama dengan kamu, siapa yang ada perkaranya datanglah kepada mereka." Maka Musa mendaki gunung dan awan itu menutupinya.

Ini melambangkan hakikat bahawa Yosua adalah perdana menteri, orang yang bertindak bagi pihak Musa. Yosua adalah nama Kristus dan konsep menaiki gunung menandakan hakikat bahawa Kristus dibawa pergi dan bahawa para penatua diberikan tanggungjawab atas pemerintahan sistem itu sehingga Kristus kembali. Itulah apa yang dimaksudkan dengan simbol-simbol sebagai contoh kepada kita. Itulah sebabnya kenapa tujuh puluh orang itu berada di situ. Itulah sebabnya kenapa Kristus mentahbiskan tujuh puluh orang ini. Apabila Kristus dibangkitkan dan naik ke syurga, tujuh puluh penatua ini serta pengganti-pengganti mereka diberikan tanggungjawab atas pemerintahan Israel seterusnya selama dua ribu tahun sehingga kedatangan semula Mesias.

Kemuliaan TUHAN diam di atas gunung Sinai, dan awan itu menutupinya enam hari lamanya; pada hari ketujuh dipanggil-Nyalah Musa dari tengah-tengah awan itu.

Sudah tentu enam hari ini menandakan tempoh orang berada di atas bumi. Hari ketujuh adalah pemerintahan milenium rencana keselamatan.

Tampaknya kemuliaan TUHAN sebagai api yang menghanguskan di puncak gunung itu pada pemandangan orang Israel. Masuklah Musa ke tengah-tengah awan itu dengan mendaki gunung itu. Lalu tinggallah ia di atas gunung itu empat puluh hari dan empat puluh malam lamanya.

Empat puluh hari dan empat puluh malam Musa berada di gunung menggambarkan empat puluh jubli bagi dua ribu tahun itu.

Para penatua bertanggungjawab atas dosa-dosa seluruh jemaat Israel dan mereka menandakan tanggungjawab gabungan ini dengan penglibatan mereka dalam korban-korban Hukum.

Imamat 4:13-26 Jikalau yang berbuat dosa dengan tak sengaja itu segenap umat Israel, dan jemaah tidak menyadarinya, sehingga mereka melakukan salah satu hal yang dilarang TUHAN, dan mereka bersalah, maka apabila dosa yang diperbuat mereka itu ketahuan, haruslah jemaah itu mempersembahkan seekor lembu jantan yang muda sebagai korban penghapus dosa. Lembu itu harus dibawa mereka ke depan Kemah Pertemuan. Lalu para tua-tua umat itu harus meletakkan tangan mereka di atas kepala lembu jantan itu di hadapan TUHAN, dan lembu itu harus disembelih di hadapan TUHAN. Imam yang diurapi harus membawa sebagian dari darah lembu itu ke dalam Kemah Pertemuan. Imam harus mencelupkan jarinya ke dalam darah itu dan memercikkannya tujuh kali di hadapan TUHAN, di depan tabir. Kemudian dari darah itu harus dibubuhnya sedikit pada tanduk-tanduk mezbah yang di hadapan TUHAN di dalam Kemah Pertemuan, dan semua darah selebihnya harus dicurahkannya kepada bagian bawah mezbah korban bakaran yang di depan pintu Kemah Pertemuan. Segala lemak harus dikhususkannya dari lembu itu dan dibakarnya di atas mezbah. Beginilah harus diperbuatnya dengan lembu jantan itu: seperti yang diperbuatnya dengan lembu jantan korban penghapus dosa, demikianlah harus diperbuatnya dengan lembu itu. Dengan demikian imam itu mengadakan pendamaian bagi mereka, sehingga mereka menerima pengampunan. Dan haruslah ia membawa lembu jantan itu ke luar perkemahan, lalu membakarnya sampai habis seperti ia membakar habis lembu jantan yang pertama. Itulah korban penghapus dosa untuk jemaah. Jikalau yang berbuat dosa itu seorang pemuka yang tidak dengan sengaja melakukan salah satu hal yang dilarang TUHAN, Allahnya, sehingga ia bersalah, maka jikalau dosa yang telah diperbuatnya itu diberitahukan kepadanya, haruslah ia membawa sebagai persembahannya seekor kambing jantan yang tidak bercela. Lalu haruslah ia meletakkan tangannya ke atas kepala kambing itu dan menyembelihnya di tempat yang biasa orang menyembelih korban bakaran di hadapan TUHAN; itulah korban penghapus dosa. Kemudian haruslah imam mengambil dengan jarinya sedikit dari darah korban penghapus dosa itu, lalu membubuhnya pada tanduk-tanduk mezbah korban bakaran. Darah selebihnya haruslah dicurahkannya kepada bagian bawah mezbah korban bakaran. Tetapi segala lemak harus dibakarnya di atas mezbah, seperti juga lemak korban keselamatan. Dengan demikian imam mengadakan pendamaian bagi orang itu karena dosanya, sehingga ia menerima pengampunan.

Makanya ianya jelas bahawa dosa-dosa seluruh jemaat bersandar pada para tua-tua untuk pendamaian, sedangkan dosa-dosa pemerintah atau individu adalah tanggungjawab individu-individu tersebut. Jadi prosesnya ditetapkan di mana seorang individu bertanggungjawab kepada Tuhan dan dia harus membuat pendamaiannya sendiri kepada Tuhan. Bagi jemaat Israel, para penatua telah diberikan tanggungjawab untuk bertindak bagi jemaat kepada Tuhan. Mereka menjaga persembahan-persembahan di hadapan Tuhan. Jemaat merupakan tanggungjawab langsung para penatua. Aspek ini hilang dalam kepenatuaan alkitabiah moden. Fungsi-fungsi individu disebutkan dengan lebih lanjut dalam Imamat 4:27-35.

Pada mulanya Harun dan anak-anaknya ditahbiskan sebagai keimamatan kepada Israel dan keimamatan ini dilambangkan oleh Domba Jantan Pentahbisan dalam Imamat 8:22-36. Domba jantan pentahbisan ini juga melambangkan Mesias. Dia mentahbiskan orang mula-mula sekali melalui kehidupannya, kemudian dia dikorbankan agar darahnya akan mentahbiskan keimamatan Melkisedek. Kita ditahbiskan melalui pengorbanan Kristus dan darahnya telah menghasilkan keimamatan itu.

Tempoh waktu pentahbisan anak-anak Harun adalah tujuh hari (Imamat 8:33). Hukuman bagi kegagalan dalam kewajipan mereka adalah maut. Pada hari kelapan, keimamatan Harun dipanggil dan bersama dengan para penatua Israel pada hari kelapan mempersembahkan korban penghapus dosa dan keselamatan, dan kemuliaan Tuhan akan muncul kepada mereka. Tanggungjawab keimamatan ditunjukkan telah dicemari oleh anak-anak Harun yang kemudiannya dibunuh dan diganti, dari Imamat 10:1-11. Jadi jika kamu gagal dalam keimamatan, kamu akan dihukum dibunuh dan kamu akan diganti. Ini menunjukkan kamu dengan penggantian anak-anak Harun yang lain ini bahawa keimamatan dilenyapkan dengan sistematik dan bahawa Kristus menggantikan keimamatan dan ia menunjuk ke hadapan kepada satu lagi keimamatan Melkisedek.

Imamat 10:1-11 Kemudian anak-anak Harun, Nadab dan Abihu, masing-masing mengambil perbaraannya, membubuh api ke dalamnya serta menaruh ukupan di atas api itu. Dengan demikian mereka mempersembahkan ke hadapan TUHAN api yang asing yang tidak diperintahkan-Nya kepada mereka. Maka keluarlah api dari hadapan TUHAN, lalu menghanguskan keduanya, sehingga mati di hadapan TUHAN. Berkatalah Musa kepada Harun: "Inilah yang difirmankan TUHAN: Kepada orang yang karib kepada-Ku Kunyatakan kekudusan-Ku, dan di muka seluruh bangsa itu akan Kuperlihatkan kemuliaan-Ku." Dan Harun berdiam diri. Kemudian Musa memanggil Misael dan Elsafan, anak-anak Uziel, paman Harun, lalu berkatalah ia kepada mereka: "Datang ke mari, angkatlah saudara-saudaramu ini dari depan tempat kudus ke luar perkemahan." Mereka datang, dan mengangkat mayat keduanya, masih berpakaian kemeja, ke luar perkemahan, seperti yang dikatakan Musa. Kemudian berkatalah Musa kepada Harun dan kepada Eleazar dan Itamar, anak-anak Harun: "Janganlah kamu berkabung dan janganlah kamu berdukacita, supaya jangan kamu mati dan jangan TUHAN memurkai segenap umat ini, tetapi saudara-saudaramu, yaitu seluruh bangsa Israel, merekalah yang harus menangis karena api yang dinyalakan TUHAN itu. Janganlah kamu pergi dari depan pintu Kemah Pertemuan, supaya jangan kamu mati, karena minyak urapan TUHAN ada di atasmu." Mereka melakukan sesuai dengan perkataan Musa.

Ianya bukan satu permainan. Apabila kamu mengambil tugas kepenatuaan Tuhan, ianya satu perkara yang sangat serius.

TUHAN berfirman kepada Harun: "Janganlah engkau minum anggur atau minuman keras, engkau serta anak-anakmu, bila kamu masuk ke dalam Kemah Pertemuan, supaya jangan kamu mati. Itulah suatu ketetapan untuk selamanya bagi kamu turun-temurun.

Kamu tidak boleh mabuk dan datang dan memberi khotbah. Hukumannya adalah mati. Bukannya pihak penguasa yang melaksanakannya pada kamu, ianya Tuhan yang hidup. Dia yang bertindak terhadap kamu.

Haruslah kamu dapat membedakan antara yang kudus dengan yang tidak kudus, antara yang najis dengan yang tidak najis, dan haruslah kamu dapat mengajarkan kepada orang Israel segala ketetapan yang telah difirmankan TUHAN kepada mereka dengan perantaraan Musa."

Kegagalan jabatan imamat untuk melaksanakan kewajipan-kewajipan mereka adalah maut. Pertukaran keimamatan dari Harun kepada Melkisedek berlaku di bawah Kristus pada Pentakosta. Dia telah mentahbiskan tujuh puluh orang itu (Lukas 10:1,17) dan tindakan ini menggantikan wibawa Sanhedrin Israel.

Perintah-perintah terhadap keimamatan meliputi tuntutan-tuntutan untuk melakukan kewajipan mereka dengan penuh kekudusan.

Signifikans peralihan selepas tempoh tujuh hari yang disertai oleh kehadiran Tuhan, adalah berkaitan dengan rencana keselamatan dan kehadiran Mesias. Para penatua pada waktu itu diberikan tanggungjawab di sekeliling khemah Tuhan.

Bilangan 11:16-30 Lalu berfirmanlah TUHAN kepada Musa: "Kumpulkanlah di hadapan-Ku dari antara para tua-tua Israel tujuh puluh orang, yang kauketahui menjadi tua-tua bangsa dan pengatur pasukannya, kemudian bawalah mereka ke Kemah Pertemuan, supaya mereka berdiri di sana bersama-sama dengan engkau. Maka Aku akan turun dan berbicara dengan engkau di sana, lalu sebagian dari Roh yang hinggap padamu itu akan Kuambil dan Kutaruh atas mereka, maka mereka bersama-sama dengan engkau akan memikul tanggung jawab atas bangsa itu, jadi tidak usah lagi engkau seorang diri memikulnya.

Jadi Musa tidak dibenarkan memikul beban keimamatan itu berseorangan. Ini menolak konsep bahawa Tuhan berbicara melalui seorang saja. Tuhan tidak bercakap melalui seorang saja dan tidak akan berbuat demikian. Jika Dia berbicara melalui seorang saja, Dia tidak akan melakukan begitu kepada Musa dan tidak mengambil Roh dan meletakkannya pada sidang tujuh puluh orang itu. Mereka diberikan wibawa bersama Musa. Jadi, dengan ringkasnya, jemaat dijalankan oleh sebuah sidang tujuh puluh. Ia tidak dijalankan oleh seorang saja dan Tuhan tidak berbicara sepenuhnya melalui seseorang. Jika Dia tidak berbicara sepenuhnya melalui Musa dan memberinya keseluruhan roh itu, Dia juga pastinya tidak akan melakukannya dengan sesiapapun dalam abad kedua puluh. Apabila Mesias datang kita akan memiliki kedudukan yang sama dengan Mesias dan sidang itu. Kita sudahpun memiliki Mesias dan kita mempunyai tujuh puluh orang itu yang telah ditinggalkannya dan sidang itu digantikan.

Tetapi kepada bangsa itu haruslah kaukatakan: Kuduskanlah dirimu untuk besok, maka kamu akan makan daging; sebab kamu telah menangis di hadapan TUHAN dengan berkata: Siapakah yang akan memberi kami makan daging? Begitu baik keadaan kita di Mesir, bukan? --TUHAN akan memberi kamu daging untuk dimakan. Bukan hanya satu hari kamu akan memakannya, bukan dua hari, bukan lima hari, bukan sepuluh hari, bukan dua puluh hari, tetapi genap sebulan lamanya, sampai keluar dari dalam hidungmu dan sampai kamu muak--karena kamu telah menolak TUHAN yang ada di tengah-tengah kamu dan menangis di hadapan-Nya dengan berkata: Untuk apakah kita keluar dari Mesir?" Tetapi kata Musa: "Bangsa yang ada bersama aku ini berjumlah enam ratus ribu orang berjalan kaki, namun Engkau berfirman: Daging akan Kuberikan kepada mereka, dan genap sebulan lamanya mereka akan memakannya! Dapatkah sekian banyak kambing domba dan lembu sapi disembelih bagi mereka, sehingga mereka mendapat cukup? Atau dapatkah ditangkap segala ikan di laut bagi mereka, sehingga mereka mendapat cukup?" Tetapi TUHAN menjawab Musa: "Masakan kuasa TUHAN akan kurang untuk melakukan itu? Sekarang engkau akan melihat apakah firman-Ku terjadi kepadamu atau tidak!" Setelah Musa datang ke luar, disampaikannya firman TUHAN itu kepada bangsa itu. Ia mengumpulkan tujuh puluh orang dari para tua-tua bangsa itu dan menyuruh mereka berdiri di sekeliling kemah. Lalu turunlah TUHAN dalam awan dan berbicara kepada Musa, kemudian diambil-Nya sebagian dari Roh yang hinggap padanya, dan ditaruh-Nya atas ketujuh puluh tua-tua itu; ketika Roh itu hinggap pada mereka, kepenuhanlah mereka seperti nabi, tetapi sesudah itu tidak lagi. [KJV mengatakan mereka tidak berhenti]

Masih ada dua orang tinggal di tempat perkemahan; yang seorang bernama Eldad, yang lain bernama Medad. Ketika Roh itu hinggap pada mereka--mereka itu termasuk orang-orang yang dicatat, tetapi tidak turut pergi ke kemah--maka kepenuhanlah mereka seperti nabi di tempat perkemahan. Lalu berlarilah seorang muda memberitahukan kepada Musa: "Eldad dan Medad kepenuhan seperti nabi di tempat perkemahan." Maka menjawablah Yosua bin Nun, yang sejak mudanya menjadi abdi Musa: "Tuanku Musa, cegahlah mereka!" Tetapi Musa berkata kepadanya: "Apakah engkau begitu giat mendukung diriku? Ah, kalau seluruh umat TUHAN menjadi nabi, oleh karena TUHAN memberi Roh-Nya hinggap kepada mereka!" Kemudian kembalilah Musa ke tempat perkemahan, dia dan para tua-tua Israel. (RSV)

Dua orang ini tidak bersama dengan Malaikat Tuhan pada waktu itu. Mereka tidak bersama dengan tua-tua yang lain. Mereka berada di luar tempat perkhemahan itu. Terdapat dua orang di luar kumpulan tujuh puluh orang ini, di luar struktur teratur dan kedua-dua orang ini mula bernubuat. Apakah maknanya semua ini? Dua saksi itu secara literalnya berada di luar kepenatuaan tujuh puluh yang ditahbiskan pada zaman akhir dan mereka disenaraikan Tuhan di antara mereka, namun mereka tidak diambil dari kependetaan jemaat-jemaat sedia ada. Mereka dibangkitkan dalam zaman akhir dan mereka mengembalikan kesemua kepenatuaan kepada Tuhan. Itulah signifikansnya.

Roh nubuatan telah diberikan kepada tua-tua agar mereka akan membantu Musa. KJV berpendapat bahawa mereka tidak berhenti. Ini adalah konteks nubuatan berterusan dalam zaman kemudian hari.

Keimamatan Harun tidak terlibat dalam manifestasi roh nubuatan ini. Ini merujuk kepada urutan kemudian apabila seorang nabi seperti Musa akan bangkit, iaitu Mesias. Tujuh puluh orang ini telah diberikan kebolehan untuk bernubuat dan bukan saja di sekeliling perkhemahan itu dengan Musa. Urutan ini adalah untuk membayangkan tanggungjawab para penatua Perjanjian Baru di kemudian hari.

Tanggungjawab para tua-tua tidak terbatas kepada Israel. Midian dan Moab telah disesatkan di bawah para tua-tua mereka dan mereka terjerumus ke dalam peramalan melalui Bileam. (Bilangan 22:4-7).

Ia merupakan tanggungjawab para penatua untuk datang dekat kepada Tuhan. Ini tidak terbatas kepada mana-mana satu suku (Ulangan 5:23). Penghakiman dan juga penebusan diserahkan kepada para tua-tua dari Ulangan 19:12; 21:2-6.

Ulangan 21:1-6 "Apabila di tanah yang diberikan TUHAN, Allahmu, kepadamu untuk menjadi milikmu, terdapat seorang yang mati terbunuh di padang, dengan tidak diketahui siapa yang membunuhnya, maka haruslah para tua-tuamu dan para hakimmu keluar mengukur jarak ke kota-kota yang di sekeliling orang yang terbunuh itu. Kota yang ternyata paling dekat dengan tempat orang yang terbunuh itu, para tua-tua kota itulah harus mengambil seekor lembu betina yang muda, yang belum pernah dipakai, yang belum pernah menghela dengan kuk. Para tua-tua kota itu haruslah membawa lembu muda itu ke suatu lembah yang selalu berair dan yang belum pernah dikerjakan atau ditaburi, dan di sana di lembah itu haruslah mereka mematahkan batang leher lembu muda itu. Imam-imam bani Lewi haruslah tampil ke depan, sebab merekalah yang dipilih TUHAN, Allahmu, untuk melayani Dia dan untuk memberi berkat demi nama TUHAN; menurut putusan merekalah setiap perkara dan setiap hal luka-melukai harus diselesaikan. Dan semua tua-tua dari kota yang paling dekat dengan tempat orang yang terbunuh itu, haruslah membasuh tangannya di atas lembu muda yang batang lehernya dipatahkan di lembah itu,

Proses penebusan ini adalah untuk para penatua mengikut wilayah. Jadi Israel dibahagikan di bawah kepenatuaan, suatu teras pusat, dan kemudian para penatua itu diberikan wilayah dan subwilayah.

Ulangan 21:18-22 "Apabila seseorang mempunyai anak laki-laki yang degil dan membangkang, yang tidak mau mendengarkan perkataan ayahnya dan ibunya, dan walaupun mereka menghajar dia, tidak juga ia mendengarkan mereka, maka haruslah ayahnya dan ibunya memegang dia dan membawa dia keluar kepada para tua-tua kotanya di pintu gerbang tempat kediamannya, dan harus berkata kepada para tua-tua kotanya: Anak kami ini degil dan membangkang, ia tidak mau mendengarkan perkataan kami, ia seorang pelahap dan peminum. Maka haruslah semua orang sekotanya melempari anak itu dengan batu, sehingga ia mati. Demikianlah harus kauhapuskan yang jahat itu dari tengah-tengahmu; dan seluruh orang Israel akan mendengar dan menjadi takut."

Menjadi seorang penatua adalah tanggungjawab yang sangat berat dan harus difahami bahawa kamu mesti tidak membiarkan kejahatan tidak dihukum. Organisasi, atau sistem itu ditubuhkan dalam Milenium. Ini adalah hukum.

Lihat juga Ulangan 22:15-18; 25:7-9. Para penatua mempunyai kuasa untuk menghukum. Kuasa ini kemudiannya diberikan kepada Jemaat dalam penghakiman.

Para penatua bertanggungjawab dengan Musa bagi pemeliharaan perintah-perintah di Israel.

Ulangan 27:1 Lagi Musa dan para tua-tua Israel memerintahkan kepada bangsa itu: "Berpeganglah pada segenap perintah yang kusampaikan kepadamu pada hari ini.

Para tua-tua dan pemimpin berdiri di hadapan Tuhan dalam tanggungjawab (Ulangan 29:10). Musa memberikan hukum itu kepada imam dan para tua-tua untuk disimpan.

Ulangan 31:9 Setelah hukum Taurat itu dituliskan Musa, maka diberikannyalah kepada imam-imam bani Lewi, yang mengangkut tabut perjanjian TUHAN, dan kepada segala tua-tua Israel.

Jadi tanggungjawab untuk hukum itu bersandar dalam kepenatuaan.

Para penatua telah diberikan perintah itu oleh Musa dan ianya direkodkan.

Ulangan 31:28-30 Suruhlah berkumpul kepadaku segala tua-tua sukumu dan para pengatur pasukanmu, maka aku akan mengatakan hal yang berikut kepada mereka dan memanggil langit dan bumi menjadi saksi terhadap mereka. Sebab aku tahu, bahwa sesudah aku mati, kamu akan berlaku sangat busuk dan akan menyimpang dari jalan yang telah kuperintahkan kepadamu. Sebab itu di kemudian hari malapetaka akan menimpa kamu, apabila kamu berbuat yang jahat di mata TUHAN, dan menimbulkan sakit hati-Nya dengan perbuatan tanganmu." Lalu Musa menyampaikan ke telinga seluruh jemaah Israel nyanyian ini sampai perkataan yang penghabisan.

Di bawah Yosua, para tua-tua bertindak bersama dalam kepimpinan Israel (Yosua 7:6; 8:10). Mereka merupakan saksi-saksi terhadap Israel. Israel telah dibuang ke dalam tawanan kerana tidak mengasihani orang-orang tuanya (Ratapan 4:16). Para imam dan nabinya berkelakuan tidak senonoh, berdosa dan durjana (Ratapan 4:13). Oleh itu Israel telah diserakkan (Ratapan 4:15). Kepimpinan gabungan keimamatan dan kepenatuaan diabadikan dalam Perjanjian Baru dan untuk Milenium. Kristus menghimpunkan semua ini bersama agar sistem itu dijalankan secara gabungan.

Yosua 8:33-34 Seluruh orang Israel, para tua-tuanya, para pengatur pasukannya dan para hakimnya berdiri sebelah-menyebelah tabut, berhadapan dengan para imam yang memang suku Lewi, para pengangkat tabut perjanjian TUHAN itu, baik pendatang maupun anak negeri, setengahnya menghadap ke gunung Gerizim dan setengahnya lagi menghadap ke gunung Ebal, seperti yang dahulu diperintahkan oleh Musa, hamba TUHAN, apabila orang memberkati bangsa Israel. Sesudah itu dibacakannyalah segala perkataan hukum Taurat, berkatnya dan kutuknya, sesuai dengan segala apa yang tertulis dalam kitab hukum. (RSV)

Tempat-tempat para penatua dalam penghakiman telah ditetapkan dalam Israel (Yosua 9:11; 20:4; 23:2; 24:1,31). Bangsa ini melayani Tuhan sepanjang zaman Yosua dan zaman para penatua yang hidup selepas Yosua, yang telah melihat segala pekerjaan besar Tuhan yang dilakukannya untuk Israel (Hakim 2:7). Kita tahu akan cerita Israel di bawah Hakim-hakim (lihat karya Simson dan Para Hakim (No. 73) dan Bala Tentera Gideon dan Zaman Akhir (No. 22)). Proses yang sama berterusan di bawah Jemaat Perjanjian Baru. Apabila para penatua yang telah melihat Kristus mati, waktu itulah kemerosotannya bermula. Kini kita ada latar penubuhan kepenatuaan Israel. Ini adalah latar dengan mana kita harus memandang kepenatuaan dan kepimpinan alkitabiah secara umumnya.

Dalam seluruh proses ini terdapatnya latihan dalam kepenatuaan dalam kepimpinan bangsa. Kita bertanggungjawab bukan saja dari segi berkhotbah, tetapi kita sebagai satu umat bertanggungjawab untuk memimpin bangsa kita, untuk memberikan mereka kepimpinan yang baik dan untuk mengatur mereka mengikut struktur. Apabila kita memimpin bangsa ini kepada pertaubatan, kita mesti memberi mereka kepimpinan yang baik di bawah satu kepenatuaan atau sebuah parlimen, yang akan menghasilkan pemerintahan yang baik. Tanggungjawab kepenatuaan juga bersandar pada keimamatan Melkisedek. Juga, orang-orang itu haruslah merupakan umat Kristian yang telah bertaubat untuk berada di dalam kepenatuaan yang akan memimpin negara ini. Tanggungjawab kita adalah untuk memanggil bangsa ini dan seluruh Israel kepada pertaubatan dan meletakkan pada kepalanya orang-orang yang telah bertaubat, yang mampu memimpin bangsa keluar dari lumpur dan kembali kepada Yesus Kristus dan kepada Tuhan yang kita semua sembah.

q