Jemaat Jemaat Allah Al Maséhi

 

[080]

 

 

 

Penghakiman Terhadap

Para Iblis

 (Edition 2.0 19941203-19991212)

 

Karya ini mengisahkan perihal jangkamasa pada penghujung pemerintahan millennium Kristus apabila para iblis dihakimi menurut tahap persembahan umat-umat pilihan di dalam Milenium yang terakhir. Proses penghakiman ini mempunyai beberapa keputusan yang menghairankan berkenaan penghakiman itu serta penghukuman para iblis dari segi pandangan keperluan-keperluan logik bagi sifat dan ciri-ciri Allah.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1994, 1999 Wade Cox)

(Tr. 2002)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Penghakiman Terhadap Para Iblis



Para Malaikat Jemaat-jemaat Allah

Struktur bait suci banyak memberitahu kita tentang pandangan-pandangan kosmologi Ibrani mengenai penjagaan planet ini dan dengan itu juga, mengenai tanggungjawab serta penghakiman malaikat. Sebagai contohnya, di dalam Yehezkiel 41:18-19, kerubim ditunjukkan sebagai terdiri daripada dua jenis, iaitu yang berkepala seperti manusia dan seperti singa, atau Æon.

 

Dengan itu, kedua-dua sektor yang dijaga oleh makhluk-makhluk hidup di sekeliling takhta Allah, yang dipertanggungjawabkan untuk membantu di dalam pembangunan Israel, menurut Yehezkiel, nampaknya adalah sistem malaikat atau manusia, yang mana Setan merupakan kerub penutup yang asal dan juga sistem Æon, yang mana sebahagian daripadanya telah diputarbelitkannya. Ini ditangani di dalam karya Masalah Kejahatan (Problem of Evil) dan Ilmu Mistik (Mysticism). Kerub-kerub yang menutupi ini digelar sebagai Elohim, tetapi mereka juga dipanggil sebagai Malaikat-malaikat sepertimana yang terlihat di dalam Bab 1, 2 & 3 bagi karya Allah Dinyatakan (God Revealed). Malaikat YHVH dikenalpasti sebagai Mesias daripada Bab 2-3 bagi Allah Dinyatakan dan sila lihat juga pada karya-karya Malaikat YHVH [024] dan Allah Yang Kita Sembah [002]. Wahyu juga nampaknya mengenalpasti Mesias sebagai Malaikat itu. Di dalam Wahyu 1:1, suatu Malaikat telah mengutuskan khabar atau Wahyu itu daripada Allah kepada Kristus.

 

Di dalam Wahyu 1:10-20, jelas sekali bahawa Kristus-lah yang menerangkan khabar atau pesanan tersebut. Maka dengan itu, hierarki tersebut adalah bahawa Kristus adalah Malaikat atau Kepala bagi Jemaat-jemaat Allah. Setiap jemaat subordinat itu, yang mana ada tujuh semuanya, yang diwakili oleh tujuh kaki dian, dibekali dengan minyak roh (Zakharia 4:2). Ketujuh-tujuh jemaat itu: Efesus, Smirna, Pergamos, Tiatira, Sardis, Filadelfia dan Laodikia, masing-masingnya diperintah oleh seorang Malaikat subordinat yang mana surat-surat Wahyu 2 & 3 ditujukan. 1Timotius 5:21 juga nampaknya merujuk kepada Malaikat-malaikat Jemaat-jemaat itu, iaitu di mana Paulus mengatakan:

Di hadapan Allah dan Kristus Yesus dan malaikat-malaikat pilihan-Nya kupesankan dengan sungguh kepadamu: camkanlah petunjuk ini tanpa prasangka dan bertindaklah dalam segala sesuatu tanpa memihak.

 

Pasti sekali bahawa di sini Paulus memasukkan malaikat-malaikat yang setia sebagai sebahagian daripada golongan umat-umat pilihan, dan dengan itu janji tersebut dilanjutkan kepada suatu struktur yang terdiri daripada kedua-dua manusia dan malaikat.

 

Para penulis patristik awal berpendapat bahawa terdapat malaikat-malaikat yang bertugas menjaga jemaat-jemaat. Ini termasuklah Origen (Hom. ke atas Lukas 13, 23), Gregory dari Nazianzus (Or. 42), Basil (Comm. ke atas Yesaya 1:46), Gregory dari Elvira (Tract.16), Hyppolytus (De Antichr. 59), Eusebius (Comm. ke atas Mazmur 47:50), lihat juga karya Jean Danielou The Angels and their Mission, Westminster, Md, Newman Press, 1953 dan karya Wink The Powers Vol 2, Unmasking The Powers, Fortress Press, Philadelphia, 1987 mukasurat 192 untuk butir-butir lanjut. Malang sekali, teologi patristik telah menjadi begitu terikat sekali dengan Misteri-misteri itu, sehinggakan pada zaman Gregory dari Nazianzus, kosmologi tersebut telah meliputi doktrin jiwa [kekal] bersama-sama dengan fahaman Yerusalem Baru surgawi (Or 32 dan juga Basil Ep 2.238).

 

Konsep mengenai malaikat sebagai suatu entiti yang memerintah suatu struktur yang diciptakan, adalah suatu konsep yang telahpun berdiri teguh dan berasas logiknya. Huraian yang lebih penuh lagi mengenai distribusi kuasa-kuasa malaikat ini diberikan di dalam karya Wink The Powers Vols. 1 & 2, khasnya Vol 2; Wagner et. al. Territorial Spirits, Sovereign World Limited, UK, 1991 dan karya Dickason Angels Elect and Evil, Moody Press, Chicago, 1975. Konsep berkenaan distribusi kawasan-kawasan duniawi di bawah naungan kuasa-kuasa malaikat dipegang luas bukan saja oleh Israel dan kitab-kitab Perjanjian, tetapi juga bangsa-bangsa yang lain. Wink mencatatkan (nota 11 ke atas mukasurat 196) bahawa:

Maharaja Julian (d. 363), seperti lazimnya pada zamannya, berpendapat bahawa setiap bangsa mempunyai sifat, bahasa, dan hukum-hukum yang tersendiri, yang ditentukan oleh roh-roh yang menaunginya. ‘Jika sesuatu tuhan penaung bangsa, dan dibawahnya seorang malaikat dan seorang iblis dan seorang hero berserta dengan suatu kelas roh yang khusus yang bertindak sebagai golongan subordinat dan agen-agen kepada kuasa-kuasa lebih besar, tidak menetapkan perbezaan-perbezaan hukum dan bangsa, beritahu saya, apa lagi yang boleh menghasilkan semua itu? (Against the Galileans 143 B). Demiurge ‘telah membahagi-bahagikan bangsa-bangsa di antara pelbagai tuhan-tuhan, yang bertanggungjawab untuk menjaga berbagai bangsa dan kota. Setiap tuhan ini memerintah bahagian yang diberikan kepadanya berpatutan dengan sifatnya…Setiap bangsa mempamerkan ciri-ciri kebangsaan yang sepadan dengan tuhan yang memerintahnya’ (ibid, 115D).

 

Konsep berkenaan Angkatan surgawi sebagai pemerhati sudah lama bertapak. Para Pemerhati atau Watchers ('îyr) merupakan gelaran yang diberikan kepada Angkatan surgawi selaku para malaikat atau penjaga, oleh orang-orang Kasdim (Daniel 4:13, 23) yang membuat dekri-dekri bagi meregulasikan aktiviti-aktiviti (Daniel 4:17) (Ini jangan dikelirukan dengan Yeremia 4:16). Kristus dikenalpasti sebagai Makhluk yang telah menciptakan kuasa serta kekuasaan Makhluk-makhluk ini.

 

Mikhael iaitu Kepala Malaikat dikenalpasti sebagai Malaikat itu atau Raja Besar (sar) yang akan berdiri mendampingi Israel (Daniel 12:1). Pemahamannya adalah, bahawa Israel telah dipilih dan berdiri secara tersendiri di antara para bangsa. Test. Levi 5:6 mengatakan (mengenai Malaikat YHVH atau mengenai Mikhael?)

 

Aku adalah malaikat yang menjadi pengantara bagi bangsa Israel supaya mereka tidak dibinasakan sepenuhnya, oleh setiap roh jahat yang menyerangnya (APOT) (juga dicatatkan oleh Wink pada mukasurat 197).

 

Seluruh struktur rohani dunia ini diperbariskan bagi menghadapi bangsa terpilih ini, kerana tuhan (theos) dunia ini iaitu Setan atau Azazel, dan seluruh Angkatan pemberontaknya, telah dikurung di dalam dunia ini dan mengawal para bangsa, yang dibiarkan menempatkan diri mereka di bawah pimpinan Angkatan yang murtad itu sejak daripada penciptaan Adam. Ini merupakan kepentingannya maksud rangkap pengetahuan baik dan jahat. Ianya bukan sekadar pengetahuan tetapi juga suatu pilihan tujuan. Origen memahami poin ini. Origen percaya bahawa malaikat-malaikat para bangsa itu boleh berubah kepercayaan mereka.

 

Jika manusia boleh bertaubat dan beralih daripada tidak percaya kepada beriman, kenapa pula kita teragak-agak untuk memperkatakan hal yang sama bagi Kuasa-kuasa? Bagi saya, saya fikir ianya telah kadangkala berlaku…ada di antara Kuasa-kuasa ini yang telah berubah apabila Kristus datang, dan itulah sebabnya kenapa beberapa bandar dan sehinggakan bangsa-bangsa keseluruhannya telah menerima Kristus lebih senang lagi berbanding yang lain (Wink mukasurat 197 rujuk Comm. on John 18:59).

 

Origen berpendapat bahawa orang dari Makedonia yang telah muncul kepada Paulus di dalam suatu visinya yang telah meminta bantuannya di dalam Kisah 16:9, adalah Malaikat Makedonia yang bertanggungjawab atas kesejahteraan hidup masyarakat itu (Hom. on Luke, 12). Origen di sini berpendapat bahawa

 

Sebelum kelahiran Kristus, malaikat-malaikat ini tidak dapat berbuat banyak bagi bangsa yang dipertanggungjawab kepada mereka, dan percubaan-percubaan mereka tidak berjaya.

 

Daniélou telah menulis dengan mendalam mengenai subjek ini (The Angels and Their Mission, Westminster, Md, Newman Press, 1953, mukasurat 15 dan seterusnya, 232: dan idem, Les sources juives de la doctrine des anges des nationes chez Origène, Recherches de Science Religieuse 38 (1951, mukasurat 132-137).

 

Pertaubatan Angkatan yang murtad itu adalah penting bagi persoalan mengenai Kemahakuasaan Allah. Pendapat Origen mengenai keupayaan Angkatan jatuh itu untuk bertaubat dan beralih kepercayaan, dipercayai betul secara dasarnya menurut batas-batas falsafah yang dibentuk oleh Alkitab. Posisi Origen ini adalah sentral kepada buku Masalah Kejahatan (Buku 3). Posisi alkitab adalah bahawa hanya Setan sahaja yang telah dihakimi (Yohanes 16:11). Para malaikat masih belum lagi (1Korintus 6:3). Perlambangan cerita kejatuhan Adam, khususnya apa yang dilihat di dalam Kejadian 3:15, di mana ular itu telah dijadikan sebagai musuh manusia, terbit daripada Angkatan memberontak yang telah menyesatkan perempuan itu. Teks tersebut berterusan dengan istilah singular maskulin (di sini dipercayai merujuk kepada Mesias) sehinggakan tumit manusia serta kepala ular itu diremukkan (bruised), daripada perkataan SHD 7779 shoof yang bermakna membuka atau mematuk dan kerana itu, secara gambarannya bermakna mengatasi- memecahkan, meremukkan atau meliputi. Tumit manusia dicederakan, dan hanya kepala ular itu yang diremukkan. Oleh itu, manusia tidak selama-lamanya tercedera. Istilah yang digunakan tidak menunjukkan bahawa yang satu dihancurkan oleh yang satu lagi. Dengan itu, perpecahan itu boleh didamaikan dan Angkatan tersebut (melainkan Setan), boleh bertaubat.

 

Penghakiman Terhadap Angkatan Malaikat

Isu mengenai penghakiman Para Malaikat sudah lama menjadi subjek perdebatan yang masih berterusan. Agama Kristian Moden tidak faham tentang urutan betul bagi penghakiman Angkatan [Malaikat] Murtad, kerana ia salah memahami keseluruhan proses kematian dan kebangkitan serta kehidupan kekal, bagi kedua-dua manusa dan Angkatan malaikat. Agama Kristian Moden jatuh ke dalam suatu kepalsuan serius, sepertimana di dalam teks pada 1 Korintus 6:2-3.

 

1Korintus 6:2-3 Atau tidak tahukah kamu, bahwa orang-orang kudus akan menghakimi dunia? Dan jika penghakiman dunia berada dalam tangan kamu, tidakkah kamu sanggup untuk mengurus perkara-perkara yang tidak berarti? 3 Tidak tahukah kamu, bahwa kita akan menghakimi malaikat-malaikat? Jadi apalagi perkara-perkara biasa dalam hidup kita sehari-hari.

Diandaikan daripada teks ini bahawa Angkatan yang setia dimaksudkan daripada premis tersebut bahawa para iblis tidak boleh bertaubat. Andaian ini palsu. Pada fasa awal agama Kristian, pertaubatan diandaikan ada. Kejatuhan Angkatan itu ke dalam lubang dalam harus diperiksa untuk implikasi-implikasinya:

Yesaya 14:1-32 Sebab TUHAN akan menyayangi Yakub dan akan memilih Israel sekali lagi dan akan membiarkan mereka tinggal di tanah mereka, maka orang asing akan menggabungkan diri kepada mereka dan akan berpadu dengan kaum keturunan Yakub. 2 Bangsa-bangsa lain akan mengantar Israel pulang ke tempatnya, lalu kaum Israel akan memiliki bangsa-bangsa itu di tanah TUHAN sebagai hamba-hamba lelaki dan hamba-hamba perempuan. Demikianlah mereka akan menawan orang-orang yang menawan mereka dan akan berkuasa atas para penindas mereka. 3 Maka pada hari TUHAN mengakhiri kesakitan dan kegelisahanmu dan kerja paksa yang berat yang dipaksakan kepadamu, 4 maka engkau akan memperdengarkan ejekan ini tentang raja Babel, dan berkata: "Wah, sudah berakhir si penindas sudah berakhir orang lalim! 5 TUHAN telah mematahkan tongkat orang-orang fasik, gada orang-orang yang memerintah, 6 yang memukul bangsa-bangsa dengan gemas, dengan pukulan yang tidak putus-putusnya; yang menginjak-injak bangsa-bangsa dalam murka dengan tiada henti-hentinya. 7 Segenap bumi sudah aman dan tenteram; orang bergembira dengan sorak-sorai. 8 Juga pohon-pohon sanobar dan pohon-pohon aras di Libanon bersukacita karena kejatuhanmu, katanya: 'Dari sejak engkau rebah terbaring, tidak ada lagi orang yang naik untuk menebang kami!' 9 Dunia orang mati yang di bawah gemetar untuk menyongsong kedatanganmu, dijagakannya arwah-arwah bagimu, yaitu semua bekas pemimpin di bumi; semua bekas raja bangsa-bangsa dibangunkannya dari takhta mereka. 10 Sekaliannya mereka mulai berbicara dan berkata kepadamu: 'Engkau juga telah menjadi lemah seperti kami, sudah menjadi sama seperti kami!' 11 Ke dunia orang mati sudah diturunkan kemegahanmu dan bunyi gambus-gambusmu; ulat-ulat dibentangkan sebagai lapik tidurmu, dan cacing-cacing sebagai selimutmu." 12 "Wah, engkau sudah jatuh dari langit, hai Bintang Timur, putera Fajar, engkau sudah dipecahkan dan jatuh ke bumi, hai yang mengalahkan bangsa-bangsa! 13 Engkau yang tadinya berkata dalam hatimu: Aku hendak naik ke langit, aku hendak mendirikan takhtaku mengatasi bintang-bintang Allah, dan aku hendak duduk di atas bukit pertemuan, jauh di sebelah utara. 14 Aku hendak naik mengatasi ketinggian awan-awan, hendak menyamai Yang Mahatinggi! 15 Sebaliknya, ke dalam dunia orang mati engkau diturunkan, ke tempat yang paling dalam di liang kubur. 16 Orang-orang yang melihat engkau akan memperhatikan dan mengamat-amati engkau, katanya: Inikah dia yang telah membuat bumi gemetar, dan yang telah membuat kerajaan-kerajaan bergoncang, 17 yang telah membuat dunia seperti padang gurun, dan menghancurkan kota-kotanya, yang tidak melepaskan orang-orangnya yang terkurung pulang ke rumah? 18 Semua bekas raja bangsa-bangsa berbaring dalam kemuliaan, masing-masing dalam rumah kuburnya. 19 Tetapi engkau ini telah terlempar, jauh dari kuburmu, seperti taruk yang jijik, ditutupi dengan mayat orang-orang yang tertikam oleh pedang dan jatuh tercampak ke batu-batu liang kubur seperti bangkai yang terinjak-injak. 20 Engkau tidak akan bersama-sama dengan raja-raja itu di dalam kubur, sebab engkau telah merusak negerimu dan membunuh rakyatmu. Anak cucu orang yang berbuat jahat tidak akan disebut-sebut untuk selama-lamanya. 21 Dirikanlah bagi anak-anaknya tempat pembantaian, oleh karena kesalahan nenek moyang mereka, supaya mereka jangan bangun dan menduduki bumi dan memenuhi dunia dengan kota-kota." 22 "Aku akan bangkit melawan mereka," demikianlah firman TUHAN semesta alam, "Aku akan melenyapkan nama Babel dan sisanya, anak cucu dan anak cicitnya," demikianlah firman TUHAN. 23 "Aku akan membuat Babel menjadi milik landak dan menjadi air rawa-rawa, dan kota itu akan Kusapu bersih dan Kupunahkan," demikianlah firman TUHAN semesta alam.

 

Teks yang digelapkan adalah berkaitan dengan konsep pembuangan Setan ke dalam lubang itu. Hakikatnya adalah dia telah dibuang daripada kuburnya seperti suatu ranting yang dibenci (Interlinear Bible). Bangkai yang terinjak-terinjak di sini adalah peger (SHD 6297) yang bermakna suatu bangkai lembik sama ada manusia ataupun binatang, yang melambangkan suatu patung berhala. Entiti jahat di sini tidak dicantum di dalam pengkebumiannya disebabkan dosa.

 

24 TUHAN semesta alam telah bersumpah, firman-Nya: "Sesungguhnya seperti yang Kumaksud, demikianlah akan terjadi, dan seperti yang Kurancang, demikianlah akan terlaksana: 25 Aku akan membinasakan orang Asyur dalam negeri-Ku dan menginjak-injak mereka di atas gunung-Ku; kuk yang diletakkan mereka atas umat-Ku akan terbuang dan demikian juga beban yang ditimpakan mereka atas bahunya." 26 Itulah rancangan yang telah dibuat mengenai seluruh bumi, dan itulah tangan yang teracung terhadap segala bangsa. 27 TUHAN semesta alam telah merancang, siapakah yang dapat menggagalkannya? Tangan-Nya telah teracung, siapakah yang dapat membuatnya ditarik kembali? 28 Dalam tahun matinya raja Ahas datanglah ucapan ilahi ini: 29 Janganlah bersukaria, hai segenap Filistea, karena walaupun gada orang yang memukul engkau sudah patah, tetapi dari keturunan ular itu akan keluar ular beludak, dan anaknya akan menjadi ular naga terbang. 30 Yang paling hina dari umat-Ku akan mendapat makanan dan orang-orang miskin akan diam dengan tenteram, tetapi keturunanmu akan Kumatikan dengan kelaparan, dan sisa-sisamu akan Kubunuh. 31 Merataplah, hai pintu gerbang! Berteriaklah, hai kota! Gemetarlah, hai segenap Filistea! Sebab di sebelah utara sudah mengepul asap perang, dan barisan musuh maju tanpa ada yang mundur. 32 Dan apakah jawab yang akan diberi kepada utusan-utusan bangsa itu? "TUHAN yang meletakkan dasar Sion, dan di sanalah orang-orang yang sengsara dari umat-Nya mendapat perlindungan."

 

Kesemua angkatan malaikat murtad dibuang ke dalam lubang dalam itu. Ada di antara para iblis itu yang dibenarkan keluar daripada lubang tersebut untuk tempoh tertentu untuk berinteraksi denganmanusia. Interaksi tersebut bergantung pada keputusan umat-umat pilihan.

 

Para iblis tertunduk kepada Kristus dan umat-umat pilihan daripada perlantikan tujuh puluh orang itu (Lukas 10:1, 17-20)

 

Lukas 10:17-20 Kemudian ketujuh puluh murid itu kembali dengan gembira dan berkata: "Tuhan, juga setan-setan takluk kepada kami demi nama-Mu." 18 Lalu kata Yesus kepada mereka: "Aku melihat Iblis jatuh seperti kilat dari langit. 19 Sesungguhnya Aku telah memberikan kuasa kepada kamu untuk menginjak ular dan kalajengking dan kuasa untuk menahan kekuatan musuh, sehingga tidak ada yang akan membahayakan kamu. 20 Namun demikian janganlah bersukacita karena roh-roh itu takluk kepadamu, tetapi bersukacitalah karena namamu ada terdaftar di sorga."

 

Daripada teks ini, kejatuhan Setan ada disebutkan. Para iblis mempunyai pelbagai tahap kebebasan.

 

Matius 8:28-32 Setibanya di seberang, yaitu di daerah orang Gadara, datanglah dari pekuburan dua orang yang kerasukan setan menemui Yesus. Mereka sangat berbahaya, sehingga tidak seorangpun yang berani melalui jalan itu. 29 Dan mereka itupun berteriak, katanya: "Apa urusan-Mu dengan kami, hai Anak Allah? Adakah Engkau ke mari untuk menyiksa kami sebelum waktunya?" 30 Tidak jauh dari mereka itu sejumlah besar babi sedang mencari makan. 31 Maka setan-setan itu meminta kepada-Nya, katanya: "Jika Engkau mengusir kami, suruhlah kami pindah ke dalam kawanan babi itu." 32 Yesus berkata kepada mereka: "Pergilah!" Lalu keluarlah mereka dan masuk ke dalam babi-babi itu. Maka terjunlah seluruh kawanan babi itu dari tepi jurang ke dalam danau dan mati di dalam air.

 

Teks di dalam Matius 8:28-32 dan Markus 5:1-17, lazimnya dianggap berselisihan, tetapi sebenarnya kedua-duanya menggambarkan peristiwa-peristiwa yang berlainan. Satu melibatkan dua orang sementara yang satu lagi melibatkan hanya satu orang. Bilangan iblis itu adalah banyak. Dalam kedua-dua peristiwa itu, iblis-iblis tersebut dihalau ke dalam binatang yang haram dan binatang-binatang tersebut mati. Kristus telah mencapai dua tujuan dalam menangani iblis-iblis ini. Dia mempergunakan iblis-iblis tersebut untuk melenyapkan binatang-binatang haram daripada Israel, serta roh-roh itu. Kumpulan roh yang pertama sedar bahawa mereka mempunyai sedikit masa lagi dan bahawa mereka akan diuruskan oleh Kristus dalam nama Allah pada masa yang telah ditentukan itu. Di dalam Markus, satu orang itu mempunyai banyak iblis di dalamnya dan mereka meminta agar Kristus tidak menghalau mereka keluar daripada daerah itu. Dengan itu, adanya pelbagai bentuk tempat kediaman yang telah ditentukan. Ini nampaknya berhubungkait dengan kuasa para iblis sepertimana yang kita akan lihat di bawah.

 

Markus 5:1-17 Lalu sampailah mereka di seberang danau, di daerah orang Gerasa. 2 Baru saja Yesus turun dari perahu, datanglah seorang yang kerasukan roh jahat dari pekuburan menemui Dia. 3 Orang itu diam di sana dan tidak ada seorangpun lagi yang sanggup mengikatnya, sekalipun dengan rantai, 4 karena sudah sering ia dibelenggu dan dirantai, tetapi rantainya diputuskannya dan belenggunya dimusnahkannya, sehingga tidak ada seorangpun yang cukup kuat untuk menjinakkannya. 5 Siang malam ia berkeliaran di pekuburan dan di bukit-bukit sambil berteriak-teriak dan memukuli dirinya dengan batu. 6 Ketika ia melihat Yesus dari jauh, berlarilah ia mendapatkan-Nya lalu menyembah-Nya, 7 dan dengan keras ia berteriak: "Apa urusan-Mu dengan aku, hai Yesus, Anak Allah Yang Mahatinggi? Demi Allah, jangan siksa aku!" 8 Karena sebelumnya Yesus mengatakan kepadanya: "Hai engkau roh jahat! Keluar dari orang ini!" 9 Kemudian Ia bertanya kepada orang itu: "Siapa namamu?" Jawabnya: "Namaku Legion, karena kami banyak." 10 Ia memohon dengan sangat supaya Yesus jangan mengusir roh-roh itu keluar dari daerah itu. 11 Adalah di sana di lereng bukit sejumlah besar babi sedang mencari makan, 12 lalu roh-roh itu meminta kepada-Nya, katanya: "Suruhlah kami pindah ke dalam babi-babi itu, biarkanlah kami memasukinya!" 13 Yesus mengabulkan permintaan mereka. Lalu keluarlah roh-roh jahat itu dan memasuki babi-babi itu. Kawanan babi yang kira-kira dua ribu jumlahnya itu terjun dari tepi jurang ke dalam danau dan mati lemas di dalamnya. 14 Maka larilah penjaga-penjaga babi itu dan menceriterakan hal itu di kota dan di kampung-kampung sekitarnya. Lalu keluarlah orang untuk melihat apa yang terjadi. 15 Mereka datang kepada Yesus dan melihat orang yang kerasukan itu duduk, sudah berpakaian dan sudah waras, orang yang tadinya kerasukan legion itu. Maka takutlah mereka. 16 Orang-orang yang telah melihat sendiri hal itu menceriterakan kepada mereka tentang apa yang telah terjadi atas orang yang kerasukan setan itu, dan tentang babi-babi itu. 17 Lalu mereka mendesak Yesus supaya Ia meninggalkan daerah mereka.

 

Para malaikat yang ditempatkan di dalam lubang dalam itu mempunyai kuasa yang diberikan kepada mereka, dan kuasa itu diserahkan kepada binatang itu. Saksi-saksi zaman akhir akan menentang kuasa-kuasa iblis zaman akhir.

 

Wahyu 11:1-14 Kemudian diberikanlah kepadaku sebatang buluh, seperti tongkat pengukur rupanya, dengan kata-kata yang berikut: "Bangunlah dan ukurlah Bait Suci Allah dan mezbah dan mereka yang beribadah di dalamnya. 2 Tetapi kecualikan pelataran Bait Suci yang di sebelah luar, janganlah engkau mengukurnya, karena ia telah diberikan kepada bangsa-bangsa lain dan mereka akan menginjak-injak Kota Suci empat puluh dua bulan lamanya." 3 Dan Aku akan memberi tugas kepada dua saksi-Ku, supaya mereka bernubuat sambil berkabung, seribu dua ratus enam puluh hari lamanya. 4 Mereka adalah kedua pohon zaitun dan kedua kaki dian yang berdiri di hadapan Tuhan semesta alam. 5 Dan jikalau ada orang yang hendak menyakiti mereka, keluarlah api dari mulut mereka menghanguskan semua musuh mereka. Dan jikalau ada orang yang hendak menyakiti mereka, maka orang itu harus mati secara itu. 6 Mereka mempunyai kuasa menutup langit, supaya jangan turun hujan selama mereka bernubuat; dan mereka mempunyai kuasa atas segala air untuk mengubahnya menjadi darah, dan untuk memukul bumi dengan segala jenis malapetaka, setiap kali mereka menghendakinya. 7 Dan apabila mereka telah menyelesaikan kesaksian mereka, maka binatang yang muncul dari jurang maut, akan memerangi mereka dan mengalahkan serta membunuh mereka. 8 Dan mayat mereka akan terletak di atas jalan raya kota besar, yang secara rohani disebut Sodom dan Mesir, di mana juga Tuhan mereka disalibkan. 9 Dan orang-orang dari segala bangsa dan suku dan bahasa dan kaum, melihat mayat mereka tiga setengah hari lamanya dan orang-orang itu tidak memperbolehkan mayat mereka dikuburkan. 10 Dan mereka yang diam di atas bumi bergembira dan bersukacita atas mereka itu dan berpesta dan saling mengirim hadiah, karena kedua nabi itu telah merupakan siksaan bagi semua orang yang diam di atas bumi. 11 Tiga setengah hari kemudian masuklah roh kehidupan dari Allah ke dalam mereka, sehingga mereka bangkit dan semua orang yang melihat mereka menjadi sangat takut. 12 Dan orang-orang itu mendengar suatu suara yang nyaring dari sorga berkata kepada mereka: "Naiklah ke mari!" Lalu naiklah mereka ke langit, diselubungi awan, disaksikan oleh musuh-musuh mereka. 13 Pada saat itu terjadilah gempa bumi yang dahsyat dan sepersepuluh bagian dari kota itu rubuh, dan tujuh ribu orang mati oleh gempa bumi itu dan orang-orang lain sangat ketakutan, lalu memuliakan Allah yang di sorga. 14 Celaka yang kedua sudah lewat: lihatlah, celaka yang ketiga segera menyusul.

 

Proses tempoh bangsa-bangsa lain dan empat puluh dua bulan kecelakaan itu, adalah tempoh yang sama di mana empat malaikat berkuasa itu dilepaskan daripada lubang dalam itu untuk membinasakan sepertiga daripada manusia. Angkatan tersebut juga mempunyai seorang malaikat yang memerintah mereka di dalam lubang itu.

Wahyu 9:1-11 Lalu malaikat yang kelima meniup sangkakalanya, dan aku melihat sebuah bintang yang jatuh dari langit ke atas bumi, dan kepadanya diberikan anak kunci lobang jurang maut. 2 Maka dibukanyalah pintu lobang jurang maut itu, lalu naiklah asap dari lobang itu bagaikan asap tanur besar, dan matahari dan angkasa menjadi gelap oleh asap lobang itu. 3 Dan dari asap itu berkeluaranlah belalang-belalang ke atas bumi dan kepada mereka diberikan kuasa sama seperti kuasa kalajengking-kalajeng di bumi. 4 Dan kepada mereka dipesankan, supaya mereka jangan merusakkan rumput-rumput di bumi atau tumbuh-tumbuhan ataupun pohon-pohon, melainkan hanya manusia yang tidak memakai meterai Allah di dahinya. 5 Dan mereka diperkenankan bukan untuk membunuh manusia, melainkan hanya untuk menyiksa mereka lima bulan lamanya, dan siksaan itu seperti siksaan kalajengking, apabila ia menyengat manusia. 6 Dan pada masa itu orang-orang akan mencari maut, tetapi mereka tidak akan menemukannya, dan mereka akan ingin mati, tetapi maut lari dari mereka. 7 Dan rupa belalang-belalang itu sama seperti kuda yang disiapkan untuk peperangan, dan di atas kepala mereka ada sesuatu yang menyerupai mahkota emas, dan muka mereka sama seperti muka manusia, 8 dan rambut mereka sama seperti rambut perempuan dan gigi mereka sama seperti gigi singa, 9 dan dada mereka sama seperti baju zirah, dan bunyi sayap mereka bagaikan bunyi kereta-kereta yang ditarik banyak kuda, yang sedang lari ke medan peperangan. 10 Dan ekor mereka sama seperti kalajengking dan ada sengatnya, dan di dalam ekor mereka itu terdapat kuasa mereka untuk menyakiti manusia, lima bulan lamanya. 11 Dan raja yang memerintah mereka ialah malaikat jurang maut; namanya dalam bahasa Ibrani ialah Abadon dan dalam bahasa Yunani ialah Apolion.

 

Empat malaikat yang terikat pada sungai Efrat, dilepaskan untuk suatu jangkamasa tertentu pada hari-hari terakhir. Ini adalah perang sangkakala keenam, yang membunuh sepertiga daripada manusia.

 

Wahyu 9:12-18 Celaka yang pertama sudah lewat. Sekarang akan menyusul dua celaka lagi. 13 Lalu malaikat yang keenam meniup sangkakalanya, dan aku mendengar suatu suara keluar dari keempat tanduk mezbah emas yang di hadapan Allah, 14 dan berkata kepada malaikat yang keenam yang memegang sangkakala itu: "Lepaskanlah keempat malaikat yang terikat dekat sungai besar Efrat itu." 15 Maka dilepaskanlah keempat malaikat yang telah disiapkan bagi jam dan hari, bulan dan tahun untuk membunuh sepertiga dari umat manusia. 16 Dan jumlah tentara itu ialah dua puluh ribu laksa pasukan berkuda; aku mendengar jumlah mereka. 17 Maka demikianlah aku melihat dalam penglihatan ini kuda-kuda dan orang-orang yang menungganginya; mereka memakai baju zirah, merah api dan biru dan kuning belerang warnanya; kepala kuda-kuda itu sama seperti kepala singa, dan dari mulutnya keluar api, dan asap dan belerang. 18 Oleh ketiga malapetaka ini dibunuh sepertiga dari umat manusia, yaitu oleh api, dan asap dan belerang, yang keluar dari mulutnya.

 

Sistem ini yang membataskan malaikat-malaikat tersebut adalah sejenis sistem yang mengawal Angkatan malaikat agar kuasa mereka ditahan. Setan, begitu juga, ditahan dan dikurung di dalam lubang dalam itu.

 

Wahyu 20:1-15 Lalu aku melihat seorang malaikat turun dari sorga memegang anak kunci jurang maut dan suatu rantai besar di tangannya; 2 ia menangkap naga, si ular tua itu, yaitu Iblis dan Satan. Dan ia mengikatnya seribu tahun lamanya, 3 lalu melemparkannya ke dalam jurang maut, dan menutup jurang maut itu dan memeteraikannya di atasnya, supaya ia jangan lagi menyesatkan bangsa-bangsa, sebelum berakhir masa seribu tahun itu; kemudian dari pada itu ia akan dilepaskan untuk sedikit waktu lamanya.

 

Yang penting untuk diperhatikan di sini adalah bahawa Setan dikurung sewaktu pemerintahan Milenium orang-orang kudus. Kuasanya ke atas para bangsa ditahan, namun kuasa itu dipulihkan pada penghujung seribu tahun itu untuk berurusan dengan bangsa-bangsa. Masalah asas bangsa-bangsa sewaktu pemerintahan Milenium itu adalah mereka akan bersifat megah dengan kebenaran diri masing-masing. Setan akan dilepaskan demi menunjukkan kepada mereka bahawa mereka lemah tanpa Roh [Kudus] dan di bawah pengaruh angkatan malaikat murtad.

 

Umat-umat pilihan akan dianugerahkan dengan kuasa kepimpinan bersama-sama dengan Kristus, dan di sini mereka akan mengerjakan penghakiman. Ramai daripada mereka ini telah mati syahid (Wahyu 20:4 dan seterusnya).

 

4 Lalu aku melihat takhta-takhta dan orang-orang yang duduk di atasnya; kepada mereka diserahkan kuasa untuk menghakimi. Aku juga melihat jiwa-jiwa mereka, yang telah dipenggal kepalanya karena kesaksian tentang Yesus dan karena firman Allah; yang tidak menyembah binatang itu dan patungnya dan yang tidak juga menerima tandanya pada dahi dan tangan mereka; dan mereka hidup kembali dan memerintah sebagai raja bersama-sama dengan Kristus untuk masa seribu tahun. 5 Tetapi orang-orang mati yang lain tidak bangkit sebelum berakhir masa yang seribu tahun itu. Inilah kebangkitan pertama. 6 Berbahagia dan kuduslah ia, yang mendapat bagian dalam kebangkitan pertama itu. Kematian yang kedua tidak berkuasa lagi atas mereka, tetapi mereka akan menjadi imam-imam Allah dan Kristus, dan mereka akan memerintah sebagai raja bersama-sama dengan Dia, seribu tahun lamanya. 7 Dan setelah masa seribu tahun itu berakhir, Iblis akan dilepaskan dari penjaranya, 8 dan ia akan pergi menyesatkan bangsa-bangsa pada keempat penjuru bumi, yaitu Gog dan Magog, dan mengumpulkan mereka untuk berperang dan jumlah mereka sama dengan banyaknya pasir di laut. 9 Maka naiklah mereka ke seluruh dataran bumi, lalu mengepung perkemahan tentara orang-orang kudus dan kota yang dikasihi itu. Tetapi dari langit turunlah api menghanguskan mereka, 10 dan Iblis, yang menyesatkan mereka, dilemparkan ke dalam lautan api dan belerang, yaitu tempat binatang dan nabi palsu itu, dan mereka disiksa siang malam sampai selama-lamanya.

 

Orang-orang mati yang selainnya tidak hidup lagi sehingga tamat seribu tahun itu. Oleh itu, penghakiman itu hanya dikerjakan oleh umat-umat pilihan daripada kebangkitan pertama. Penghakiman para iblis dan pembuangan Iblis Setan (diabolos) ke dalam Lautan Api bersama-sama dengan kematian dan neraka, selepas kebangkitan kedua. Hal-hal yang dilenyapkan di sini adalah konsep-konsep. Makhluk atau entiti yang terlibat ditangani di dalam rencana Allah.

 

11 Lalu aku melihat suatu takhta putih yang besar dan Dia, yang duduk di atasnya. Dari hadapan-Nya lenyaplah bumi dan langit dan tidak ditemukan lagi tempatnya. 12 Dan aku melihat orang-orang mati, besar dan kecil, berdiri di depan takhta itu. Lalu dibuka semua kitab. Dan dibuka juga sebuah kitab lain, yaitu kitab kehidupan. Dan orang-orang mati dihakimi menurut perbuatan mereka, berdasarkan apa yang ada tertulis di dalam kitab-kitab itu. 13 Maka laut menyerahkan orang-orang mati yang ada di dalamnya, dan maut dan kerajaan maut menyerahkan orang-orang mati yang ada di dalamnya, dan mereka dihakimi masing-masing menurut perbuatannya. 14 Lalu maut dan kerajaan maut itu dilemparkanlah ke dalam lautan api. Itulah kematian yang kedua: lautan api. 15 Dan setiap orang yang tidak ditemukan namanya tertulis di dalam kitab kehidupan itu, ia dilemparkan ke dalam lautan api itu.

(rujuk karya Kebangkitan Orang Mati [143]).

 

Azazel sendiri telahpun dihakimi seperti yang kita lihat di dalam Yohanes 16:10-13.

 

Yohanes 16:10-13 akan kebenaran, karena Aku pergi kepada Bapa dan kamu tidak melihat Aku lagi; 11 akan penghakiman, karena penguasa dunia ini telah dihukum. 12 Masih banyak hal yang harus Kukatakan kepadamu, tetapi sekarang kamu belum dapat menanggungnya. 13 Tetapi apabila Ia datang, yaitu Roh Kebenaran, Ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran; sebab Ia tidak akan berkata-kata dari diri-Nya sendiri, tetapi segala sesuatu yang didengar-Nya itulah yang akan dikatakan-Nya dan Ia akan memberitakan kepadamu hal-hal yang akan datang.

 

Penghakiman ke atas Setan mendahului penghakiman ke atas kumpulan malaikat yang telah jatuh. Setan dihakimi berdasarkan tindakan-tindakannya berbanding Kristus. Angkatan malaikat yang jatuh akan dihakimi berdasarkan aktiviti-aktiviti mereka berbanding umat-umat pilihan. Setiap tahap dihakimi oleh tahap yang sepadan di dalam sistem umat-umat pilihan di bawah Kristus. Penghakiman Angkatan tersebut melibatkan pelucutan mereka daripada kedudukan-kedudukan kuasa yang telah diamanahkan kepada mereka. Namun begitu, mereka kemudiannya didedahkan kepada pembetulan serta proses kepimpinan terilham dan pembetulan.

 

Dengan bimbingan serta arahan yang betul, para iblis boleh bertaubat. Pendapat bahawa mereka tidak boleh berbuat demikian dan bahawa mereka akan terserah kepada kesengsaraan yang berkekalan, adalah suatu proses fikiran berunsur Setan, yang cuba untuk mencemari sifat serta Belas kasihan Allah dan mendakwa bahawa Allah telah menghasilkan penciptaan yang tidak sempurna.

 

Dengan sifat maha mengetahuiNya, Allah tahu bahawa Angkatan malaikatNya serta manusia akan berdosa. Kecualilah Dia membentuk suatu sistem dengan mana seluruh Angkatan itu dapat diselamatkan, sistem tersebut tidak sempurna. Dosa-dosa Setan adalah berkenaan sikap bermegah dengan kebenaran dan kepentingan diri sendiri. Dia telah mencuba untuk menggulingkan Allah. Kristus telah dipilih sebagai penggantinya, dan dia telah melaksanakan apa yang sepatutnya Setan perbuat sejak dari mula lagi. Urutannya dilihat daripada Filipi 2:1-11.

 

Filipi 2:1-11 Jadi karena dalam Kristus ada nasihat, ada penghiburan kasih, ada persekutuan Roh, ada kasih mesra dan belas kasihan, 2 karena itu sempurnakanlah sukacitaku dengan ini: hendaklah kamu sehati sepikir, dalam satu kasih, satu jiwa, satu tujuan, 3 dengan tidak mencari kepentingan sendiri atau puji-pujian yang sia-sia. Sebaliknya hendaklah dengan rendah hati yang seorang menganggap yang lain lebih utama dari pada dirinya sendiri; 4 dan janganlah tiap-tiap orang hanya memperhatikan kepentingannya sendiri, tetapi kepentingan orang lain juga. 5 Hendaklah kamu dalam hidupmu bersama, menaruh pikiran dan perasaan yang terdapat juga dalam Kristus Yesus, 6 yang walaupun dalam rupa Allah, tidak menganggap kesetaraan dengan Allah itu sebagai milik yang harus dipertahankan, 7 melainkan telah mengosongkan diri-Nya sendiri, dan mengambil rupa seorang hamba, dan menjadi sama dengan manusia. 8 Dan dalam keadaan sebagai manusia, Ia telah merendahkan diri-Nya dan taat sampai mati, bahkan sampai mati di kayu salib. 9 Itulah sebabnya Allah sangat meninggikan Dia dan mengaruniakan kepada-Nya nama di atas segala nama, 10 supaya dalam nama Yesus bertekuk lutut segala yang ada di langit dan yang ada di atas bumi dan yang ada di bawah bumi, 11 dan segala lidah mengaku: "Yesus Kristus adalah Tuhan," bagi kemuliaan Allah, Bapa!

 

Perhatikan urutannya di sini:

1) Dengan penghiburan Roh di dalam kasih, kasih mesra dan belas kasihan, umat-umat pilihan bersatu.

 

2) Tidak mencari kepentingan sendiri atau puji-pujian yang sia-sia. Sebaliknya dengan rendah hati yang seorang menganggap yang lain lebih utama dari pada dirinya sendiri.

 

3) Setiap orang memperhatikan kepentingan orang lain.

 

4) Ini adalah fikiran dan perasaan yang sama seperti di dalam Kristus Yesus yang walaupun dalam rupa (morphe) Allah, tidak menganggap kesetaraan dengan Allah. Dia tidak cuba untuk mencapai kesetaraan seperti yang Setan cuba lakukan. Sebaliknya Kristus menjadi seperti hamba dan telah merendahkan dirinya dan taat sampai mati.

 

Allah mengkehendaki agar Setan menunjukkan kepimpinannya dan ketaatannya, namun dia tidak menurut. Kerana dia tidak menurut, Allah telah membukakan kekuasaannya sebagai Bintang Fajar dan telah memberikan kedudukan itu kepada Kristus (Wahyu 2:28; 22:16). Posisi ini dikongsikan dengan umat-umat pilihan.

 

Segala kejahatan adalah dosa (1Yohanes 5:17). Sesiapa yang lahir daripada Allah tidak berbuat dosa (1Yohanes 3:9). Dosa adalah pelanggaran terhadap hukum (1Yohanes 3:4). Dosa berkuasa di dalam alam maut (Roma 5:21). Upah Dosa adalah Maut (Roma 6:23). Kristus telah mati sebagai korban penghapus dosa, sekali dan untuk semua, selaku Imam Besar Angkatan surgawi (Ibrani 9:26; 13:11). Penghapusan atau pendamaian dosa ini tidak terhad kepada manusia sahaja kerana Kristus adalah Imam Besar bagi Angkatan surgawi, dan ini memasukkan juga alam-alam kemalaikatan. Begitu juga, kita tidak boleh memandang muka atau bersikap pilih kasih kerana itu adalah dosa, seperti yang disebutkan di dalam Yakobus 2:9. Jadi, perbuatan menahan pertaubatan sesuatu malaikat adalah perbuatan memandang muka kerana posisi tersebut dilanjutkan kepada semua yang termasuk di dalam Angkatan tersebut. Allah tidak berdosa, jadi Allah tidak mungkin seorang yang pilih kasih. Allah tidak boleh bersifat pilih kasih di dalam penghakiman (Amsal 24:23) dan sememangnya bukanlah begitu (Kisah 10:34). Oleh itu, maksudnya adalah, Angkatan malaikat memang boleh bertaubat dan ditebuskan di bawah pengorbanan Kristus.

 

Hal pertaubatan Setan mungkin suatu hal yang memusykilkan. Pertaubatannya [atau tidak] bergantung sepenuhnya kepada sikapnya dan bukannya pada sikap Allah. Itu tidak disenaraikan di dalam bahagian teks tersebut. Pertaubatan para iblis dianggap sebagai suatu perkara yang berlainan, dan kemungkinan sekali ramai antara mereka yang sudahpun bertaubat. Penghakiman yang dibuat ke atas Setan adalah supaya dia dilucutkan daripada pangkat kekuasaannya. Para iblis yang telah jatuh belum lagi dihakimi. Umat-umat pilihan belum lagi menyempurnakan tugas-tugas mereka agar mereka dapat diukur sebaik-baiknya menurut persembahan mereka sebagai para penjaga atau pemerhati planet ini.

 

Kita boleh simpulkan mengenai pertaubatan Setan daripada perumpamaan Anak yang Hilang (lihat karya Domba dan Anak yang Hilang [199]; dan juga daripada hakikat bahawa Setan diletakkan di dalam bentuk manusia di dalam kebangkitan itu, iaitu sesuatu yang boleh dsimpulkan daripada teks yang berikut.

 

Apa yang jelas adalah Setan disebut sebagai seseorang dan daripada lubang itu di dalam Yesaya 14. Kuasanya sebagai roh dilenyapkan daripadanya pada penghujung sistem Milenium itu, iaitu selepas dia dilepaskan untuk kali yang terakhir. Daripada Yesaya 14 kita lihat bahawa bangsa-bangsa berasa takjub kerana dia adalah orang yang telah membinasakan para bangsa. Bangsa-bangsa itu telah mengatakan kepada Lucifer di dalam Yesaya 14:10.

 

'Engkau juga telah menjadi lemah seperti kami, sudah menjadi sama seperti kami!'

Teks ini mempunyai dua fungsi. Pertama, istilah dia (atau “orang”) bertujuan untuk mengenalpasti yang mana satu daripada kerub-kerub menutupi yang dimaksudkan, iaitu sistem selatan atau berkepala manusia. Kedua, kita tahu daripada teks ini bahawa Setan akan dimasukkan ke dalam lubang/liang itu dan menderitai nasib yang dikaitkan dengan bentuk atau keadaan tubuh material. Perhatikan sekali lagi teks tersebut di dalam Yesaya 14:11-17.

 

Yesaya 14:11-17 Ke dunia orang mati sudah diturunkan kemegahanmu dan bunyi gambus-gambusmu; ulat-ulat dibentangkan sebagai lapik tidurmu, dan cacing-cacing sebagai selimutmu." 12 "Wah, engkau sudah jatuh dari langit, hai Bintang Timur, putera Fajar, engkau sudah dipecahkan dan jatuh ke bumi, hai yang mengalahkan bangsa-bangsa! 13 Engkau yang tadinya berkata dalam hatimu: Aku hendak naik ke langit, aku hendak mendirikan takhtaku mengatasi bintang-bintang Allah, dan aku hendak duduk di atas bukit pertemuan, jauh di sebelah utara. 14 Aku hendak naik mengatasi ketinggian awan-awan, hendak menyamai Yang Mahatinggi! 15  Sebaliknya, ke dalam dunia orang mati engkau diturunkan, ke tempat yang paling dalam di liang kubur. 16 Orang-orang yang melihat engkau akan memperhatikan dan mengamat-amati engkau, katanya: Inikah dia yang telah membuat bumi gemetar, dan yang telah membuat kerajaan-kerajaan bergoncang, 17 yang telah membuat dunia seperti padang gurun, dan menghancurkan kota-kotanya, yang tidak melepaskan orang-orangnya yang terkurung pulang ke rumah?

 

Dengan itu, Setan dilenyapkan daripada kedudukan kuasa rohani, dan kuasa itu digunakan untuk menyalakan tasik api tersebut. Oleh itu, kuasa tersebut dipergunakan sebagai suatu peringatan yang mana asapnya akan naik selama-lamanya. Hakikat bahawa api itu berkekalan selamanya, tidak bermakna bahawa makhluk-makhluk yang dibuang ke dalamnya akan terseksa selama-lamanya. Proses pemikiran seperti ini bukan daripada Allah dan sebaliknya mencemari sifat Allah. Menginginkan penderitaan seorang yang alin adalah suatu proses pemikiran yang jahat. Cara Allah disenaraikan dengan jelas di dalam injil-injil. Kasihilah musuhmu. Berbuatlah baik kepada mereka yang membencimu. Tunjukkanlah belas kasihan kepada mereka yang mempergunakanmu sewenang-wenangnya. Belas kasihan Allah berkekalan selamanya (Mazmur 136:24). Itu adalah untuk selama-lamanya, bukan setakat sehingga masa penghakiman itu sahaja. Hal-hal yang lebih penting di dalam hukum adalah pengadilan dan belas kasihan. Pengadilan atau penghakiman dipersetujui bermaksud pembetulan dan latihan semula. Pembetulan dan peluang untuk bertaubat itu telah diberikan kepada Setan sepertimana ianya diberikan kepada semua. Dia tidak kurang berbanding setiap daripada Angkatan itu, sebagai suatu makhluk Allah dan saudara kita. Setan dan seluruh Angkatan tersebut akan ditebus pada Penghakiman Takhta Putih yang Besar. Mereka akan diuruskan sebagai manusia di dalam kebangkitan kedua itu, bersama-sama dengan seluruh penciptaan [selainnya] yang tidak hadir bersama Kristus sebagai makhluk-makhluk roh pada waktu pemerintahan Milenium. Kita lihat bahawa ini juga membabitkan Setan.

 

Teks ini adalah Alkitab dan Alkitab tidak boleh dibatalkan. Para iblis memohon belas kasihan (Matius 9:27), dan belas kasihan tersebut akan dilanjutkan kepada mereka, untuk menunjukkan kepada Angkatan surgawi bahawa semua penciptaan adalah sempurna. Allah menghendaki supaya tiada yang binasa, melainkan supaya semua orang berbalik dan bertaubat (2Petrus 3:9). Pada permulaan penciptaan Setan dan Angkatan itu kesemuanya adalah sebahagian daripada kawanan gembalaan itu. Kristus mengatakan bahawa Allah menghendaki agar tiada daripada anak-anak itu yang hilang (Matius 18:14). Jika yang kecil atau anak daripada kawanan itu hilang sungguhpun yang berpangkat Bintang Fajar, tidakkah Allah mahu menunjukkan melalui kemahakuasaanNya dan kemahapengetahuanNya, kebijaksanaanNya dan kasih agapeNya yang lebih besar? Bilakah Allah menolak pertaubatan salah seorang daripada ciptaanNya? Adakah Dia akan menolak pertaubatan daripada kalangan umat-umat pilihan? Dosa yang tidak boleh diampuni adalah dosa menghujat atau menolak Roh Kudus. Dosa ini, secara eksklusifnya adalah berkenaan menyangkal kuasa Roh untuk mengubah sesuatu makhluk itu dan memulihkannya kepada Allah. Proses tersebut adalah berkenaan menolak kebolehan dan kesatuan Allah di dalam Angkatan, melalui adanya sifat megah dengan kebenaran sendiri.

 

Oleh itu, teks di dalam Yeremia 10:11 yang mengatakan bahawa Elahia yang disenarainama sebagai 'abad, yang ditafsirkan sebagai lenyap/binasa, mempunyai maksud tiada tempat untuk melarikan diri kerana pecah atau rosak dan bukannya dilenyapkan kewujudannya. Pertaubatan adalah terbuka kepada semua ciptaan Allah, kerana Allah tidak pilih kasih (Roma 2:11). Jika Setan tidak boleh bertaubat, ertinya Allah adalah seorang yang pilih kasih. Dia bukannya begitu; jadi Setan sememangnya boleh bertaubat. Proses pertaubatan itu berlangsung di dalam tempoh seratus tahun pada waktu kebangkitan kedua yang disebutkan di dalam Wahyu 20, yang mana disimpulkan daripada Yesaya 65:20. Memperkatakan bahawa pertaubatan tidak disediakan bagi para iblis, adalah perbuatan yang menuduh Allah dengan proses pemikiran jahat yang sama yang telah membinasakan planet ini. Setanlah yang telah menerapkan proses tersebut ke dalam kaum manusia.

 

 

q