Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

[082]

 

 

 

 

Perhubungan diantara Keselamatan melalui Rahmat dan Hukum

(Edisi 2.0 19941217-20000408)

 

Ini adalah siri pertama didalam isu Rahmat dan Hukum. Tulisan ini dimulakan dengan posisi Alkitab mengenai Allah sebagai sumber keselamatan. Peranan hukum dalam hubungan keselamatan melalui rahmat akan dibincangkan. Kewajiban-kewajiban dibawah hukum akan dibincangkan dan ia juga menjelaskan mengapa orang Kristian memelihara hukum.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã   1994, 2000 Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


Perhubungan diantara Keselamatan melalui Rahmat dan Hukum

 


Rahmat tidak membatalkan hukum Taurat. Hukum tidak diluputkan: selama belum lenyap langit dan bumi ini satu nokta atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi (Mat 5:17-18). Ini tidak bermakna sebahagian daripadanya akan ditiadakan. Ia bermaksud bahawa walau satu koma atau noktah tidak akan ditiadakan sehingga dunia ini dimusnahkan. Ini akan berkekalan pada dan sepanjang masa Milinium dan sepanjang penghakiman. Apabila Dia datang nanti, Kristus akan menyegerahkan pelaksanaan hukum dalam petunjuk pedang dan Dia akan membinasakan mereka yang tidak menurut hukum. Tidak ada yang kurang dengan Penguasa kita. Apabila ini dinyatakan dan dilaksanakan kembali di bawah Yesus Kristus, jika kita tidak menuruti hukum, kita akan mati.

 

Manusia akan mati kerana kebuluran atau kerana wabak penyakit sekiranya tidak menurut hukum. Jika kamu merasakan bahawa ini tidak bersifat ketuhanan, ada baiknya anda membaca tulisan dalam Zakaria 14:16 dan ayat-ayat seterusnya yang mengatakan jika anda tidak merayakan hari raya Pondok Daun maka hujan tidak akan diturunkan kepada mereka. Proses keseluruhannya ialah, bumi akan kering sehingga bangsa yang tidak merayakan perayaan tersebut akan mati kelaparan sehingga mereka akan bertelut dan berkata “Allah turunkanlah hujan; kami akan mengutuskan wakil kami ke Yerusalem.” Jika Allah melakukan sedemikian ketika Milinium, Dia tidak akan mengecualikan kita kerana tidak menurut hukum sementara menantikan Dia dan pemulihan itu. Jika Allah memulakannya ketika zaman Musa, Dia akan memulihkannya ketika Milenium. Masa peralihan adalah waktu yang jelas di mana kita akan diuji oleh hukum.

 

Perdebatan yang mengatakan bahawa rahmat telah menghapuskan keharusan untuk menuruti hukum adalah sesuatu yang sudah lama. Ia muncul di bawah fahaman Protestan dan mendapat perhatian dalam anti-Nomianisma, kedua-duanya pada ketika awal refomasi gereja. Ia berasaskan kepada beberapa siri pandangan yang salah dan penyimpangan tulisan alkitab. Jemaat-jemaat Allah Al masehi biasanya menghadapi sedikit masalah dalam menangani kesilapan ini. Ianya selalu mengiringi fahaman Trinitarian dan diikuti dengan intelek sama yang salah yang membolehkan kemunculan doktrin Trinitarian. Kesilapan ini adalah berdasarkan  penyalahgunaan beberapa ayat Alkitab yang dipilih, dan perdebatan ini dilihat salah apabila lingkungan penuh ayat-ayat Alkitab dihubungankan antara satu dengan yang lain.

 

Titik permulaannya adalah konsep Allah sebagai sumber keselamatan. Dia adalah tempat perlindungan kita dan titik asal proses ini, yang mana Dia telah memulakannya melalui Yesus Kristus, satu-satunya Anak Allah yang dilahirkan. Ini adalah langkah pertama dimana mereka mengatakan bahawa Kristus adalah sumber keselamatan dan bukannya Allah. Mereka cuba dan ubah konsep keselamatan.  Allah adalah bukit batu kita, kekuatan kita dan keselamatan kita.  Inilah fungsi Allah. Keselamatan datang melalui Yesus Kristus dibawah pimpinan Allah.  Dasar pertama bagi fahaman Triniti ialah meninggikan Yesus dari Allah dan menjadikan Kristus sebagai objek dalam penyembahan dan objek bagi keselamatan. Ia meluputkan Allah.

 

Tuhan adalah bukit batu kita, kekuatan kita dan keselamatan kita, dimana kita akan mendapat perlindungan.

Mazmur 18:1-2  Untuk pemimpin biduan. Dari hamba TUHAN, yakni Daud yang menyampaikan perkataan nyanyian ini kepada TUHAN, pada waktu TUHAN telah melepaskan dia dari cengkeraman semua musuhnya dan dari tangan Saul. 2 Ia berkata: “Aku mengasihi Engkau, ya TUHAN, kekuatanku!

 

Hukum dan keselamatan adalah berasal dari Tuhan melalui Yesus Kristus.  Kristus telah mentahbiskan hukum di gunung Sinai sementara malaikat Tuhan beserta dengan dia mati sebagai instrument, korban dan objek dalam keselamatan.

 

Kita percaya akan Dia dan tidak merasa takut (Yes 12:2). Percayalah didalam Tuhan, buangkanlah ketakutan.

 

Yesaya 12:2  “Sungguh, Allah itu keselamatanku; aku percaya dengan tidak gementar, sebab TUHAN ALLAH itu kekuatanku dan mazmurku, Ia telah menjadi keselamatanku”

 

Memberi pengertian tentang keselamatan adalah fungsi Kristus dan para nabi (Luk 1:77).  Yohanes pergi kepada Tuhan.

 

Lukas 1:77 Untuk memberikan kepada umatNya pengertian akan keselamatan yang berdasarkan pengampunan dosa-dosa mereka,

 

Pengertian ini telah berkembang ke dalam Gereja dimana umat kudus menjadi pelayan-pelayan kepada rahsia-rahsia Tuhan.

 

1Korintus 4:1 Demikianlah hendaknya orang memandang kami: sebagai hamba-hamba Kristus, yang kepadanya dipercayakan rahsia Allah.

 

Keselamatan adalah dari bangsa Yahudi

Yohanes 4:22 Kamu menyembah apa yang kamu tidak kenal, kami menyembah apa yang kami kenal, sebab keselamatan datang dari bangsa Yahudi.

tetapi telah disalurkan ke dalam Kristus untuk mereka yang menyembah Tuhan dengan roh dan kebenaran.

 

Yohanes 4:23-24 “Tetapi saatnya akan datang dan sudah tiba sekarang, bahawa penyembah-penyembah benar akan menyembah Bapa dalam roh dan kebenaran; sebab Bapa menghendaki penyembah-penyembah demikian.  24 Allah itu roh dan barang siapa menyembah Dia, harus menyembahNya dalam roh dan kebenaran.”

 

Keselamatan tidak ada di dalam sesiapa pun juga selain dari Kristus yang diberikan kepada manusia supaya kita akan diselamatkan.

 

Kisah 4:12 Dan keselamatan tidak ada di dalam sesiapapun juga selain di dalam Dia, sebab di bawah kolong langit ini tidak ada nama lain yang diberikan kepada manusia yang olehnya kita dapat diselamatkan.

 

Justru, keselamatan telah diberikan melalui injil, menjadi kuasa Tuhan untuk keselamatan setiap orang yang mempunyai iman, pertama sekali akan sampai kepada bangsa Yahudi dan kemudiannya kepada orang-orang jahil.  Dalam injil, kebenaran Tuhan akan diungkap melalui iman dan memimpin kepada iman, sebab orang yang benar akan hidup oleh iman.

 

Roma 1:14-17 Aku berhutang baik kepada orang Yunani, maupun kepada orang bukan Yunani, baik kepada orang terpelajar, maupun kepada orang tidak terpelajar.  15 Itulah sebabnya aku ingin untuk memberitakan Injil kepada kamu juga yang diam di Roma.  16 Sebab aku mempunyai keyakinan yang kokoh dalam Injil, kerana Injil adalah kekuatan Allah yang menyelamatkan setiap orang yang percaya, pertama-tama orang Yahudi, tetapi juga orang Yunani.  17 Sebab di dalamnya nyata kebenaran Allah, yang bertolak dari iman dan memimpin kepada iman, seperti ada tertulis: “Orang benar akan hidup oleh iman.”

 

Tuhan tidak mentakdirkan umat manusia dengan kemurkaan tetapi mendapat keselamatan melalui Yesus Kristus.

 

1Tesalonika 5:9 Kerana Allah tidak menetapkan kita untik ditimpa murka, tetapi untuk beroleh keselamatan oleh Yesus Kristus, Tuhan kita.

 

Jadi Tuhan tidak berurusan dengan kita dengan cara yang kasar bagi tujuan membinasakan kita.  Dia berhubungan dengan kita untuk membawa kita semua kepada keselamatan di dalam Yesus Kristus.  Untuk melakukan ini, ianya memerlukam satu proses.

 

Pengertian tentang Tuhan mengakibatkan dukacita menurut kehendak Tuhan, yang mana ini akan membawa kepada pertobatan dan membawa kepada keselamatan.

2Korintus 7:10 Sebab dukacita menurut kehendak Allah menghasilkan pertobatan yang membawa keselamatan dan yang tidak akan disesalkan, tetapi dukacita yang dari dunia ini menghasilkan kematian.

 

Justru, injil itu adalah perkataan kebenaran dan yakni inji keselamatan, yang memeteraikan orang-orang yang bertobat bersama dengan Roh Suci.

 

Efesus 1:13 Di dalam Dia kamu juga kerana kamu telah mendengard firman kebenaran, iaitu Injil keselamatanmu-di dalam Dia kamu juga, ketika kamu percaya, dimeteraikan dengan Roh Kudus, yang dijanjikanNya itu.

 

Keselamatan diperolehi dari tulisan-tulisan suci atau Alkitab. Dengan mendapat inspirasi dari Tuhan, Perkataan Alkitab mampu untuk memimpin orang-orang yang bertobat itu menuju kepada keselamatan melalui iman di dalam Yesus Kristus.

 

2Timotius 3:15-16 Ingatlah juga bahawa dari kecil engkau sudah mengenal Kitab Suci yang dapat memberi hikmat kepadamu dan menuntun engkau kepada keselamatan oleh iman kepada Kristus Yesus.  16 Segala tulisan yang diilhamkan Allah memang bermanfaat untuk mengajar, untuk menyatakan kesalahan, untuk memperbaiki kelakuan dan untuk mendidik orang dalam kebenaran.

 

Walaupun dia adalah Anak, dia telah belajar mengenai ketaatan dari apa yang telah dia derita.  Sesudah mencapai kesempurnaanNya, Ia menjadi sumber keselamatan kekal bagi semua orang yang taat kepadaNya.

 

Ibrani 5:8-9 Dan sekalipun Ia adalah Anak, Ia telah belajar menjadi taat dari apa yang telah dideritaNya, 9 dan sesudah Ia mencapai kesempurnaanNya, Ia menjadi pokok keselamatan yang abadi bagi semua orang yang taat kepadaNya.

 

Justru itu, dia telah ditawarkan untuk menderita untuk berurusan dengan dosa dan akan muncul lagi buat kali yang kedua, bukan untuk berurusan dengan dosa tetapi untuk menyelamatkan mereka yang benar-benar menunggu dia.

Ibr 9:28 Demikian pula Kristus hanya satu kali saja mengorbankan diriNya untuk menanggung dosa banyak orang. Sesudah itu Ia akanmenyatakan diriNya sekali lagi tanpa menanggung dosa untuk menganugerahkan keselamatan kepada mereka, yang menantikan Dia.

 

Keselamatan itu justru, keselamatan bersama bagi semua dan yang telah disampaikan kepada orng-orang kudus.

 

Yudas 3 saudara-saudaraku yang kukasihi, sementara aku bersungguh-sungguh berusaha menulis kepada kamu tentang keselamatan kita bersama, aku merasa terdorong untuk menulis ini kepada kamu dan menasihati kamu, supaya kamu tetap berjuang untuk mempertahankan iman yang telah disampaikan kepada orang-orang kudus.

 

Oleh itu, tidak ada wahyu lagi selepas apa yang telah diberikan kepada Yesus Kristus oleh Tuhan dan diberikan kepada Yohanes.  Semua perkara yang diperlukan untuk keselamatan umat manusia terkandung dalam Alkitab.  Keselamatan dan kuasa serta kemuliaan adalah milik Tuhan dan Dia telah mengungkapkannya kepada hamba-hambaNya melalui Kristus dan itu semua tidak boleh diubah.

 

Wahyu 22:18-19 Aku bersaksi kepada setiap orang yang mendengar perkataan-perkataan nubuat dari kitab ini; “Jika seorang menambahkan sesuatu kepada perkataan-perkataan ini, maka Allah akan menambahkan kepadanya malapetaka-malapetaka yang tertulis di dalam kitab ini.  19 Dan jikalau seorang mengurangkan sesuatu dari perkataan-perkataan dari kitab ini, maka Allah akan mengambil bagiannya dari pohon kehidupan dan dari kota kudus, seperti yang tertulis di dalam kitab ini.”

 

Pemeteraian akhir bagi orang-orang kudus adalah melalui Roh Suci, yang menjadi dasar kepada hukum Tuhan seperti yang diungkap di dalam Alkitab dari Perjanjian Lama, bermula dengan wahyu di dalam hukum.

 

Kristus telah memberikan hukum di atas gunung Sinai seperti memberikan Malaikat tabut perjanjian – Malaikat Yahovah.  Dia berkata bahawa:

…selama belum lenyap langit dan bumi, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi.  Kerana itu siapa yang meniadakan salah satu perintah hukum Taurat sekalipun yang paling kecil, dan mengajarkannya demikian kepada orang lain, ia akan menduduki tempat yang paling rendah di dalam kerajaan sorga; tetapi siapa yang melakukan dan mengajarkan segala perintah-perintah hukum Taurat, ia akan menduduki tempat yang tinggi di dalam kerajaan sorga…. (Mat 5:18-19)

 

Justru itu, Kristus tidak akan mengurangi hukum itu. Dia pelihara hukum dan juga perintahkan orang-orang untuk memeliharanya. Hukum Taurat dan kitab para nabi berlaku sehingga zaman Yohanes.  Dari Yohanes, berita baik mengenai Kerajaan Allah dikhabarkan, dan setiap orang berebut memasukinya (atau bersesak-sesak memasukinya)

Lebih mudah langit dan bumi lenyap daripada satu titi dari hukum Taurat bata (Luk 16:16-17)

 

Hukum ini diberikan melalui Musa, namun ianya tidak dipelihara.

Yohanes 7:19  Bukankah Musa yang telah memberikan hukum Taurat kepadamu? Namun seorang pun diantara kamu yang melakukan hukum Taurat itu.  Mengapa kamu berusaha membunu Aku”

 

Mereka mahu membunuh kerana keingin  daging adalah seteru Tuhan Allah, kerana ia tidak takluk kepada hukum (Rom 8:7) dan justru itu, cuba untuk menghapuskan mereka yang masih memelihara hukum serta menyalahkan mereka diatas penurutan mereka.

 

Siapa yang berdosa tanpa hukum Taurat, akan binasa tanpa hukum Taurat.  Siapa yang berdosa di bawah hukum Taurat akan binasa di bawa hukum Taurat.

 

Roma 2:12 Sebab semua orang yang berdosa tanpa hukum Taurat akan binasa tanpa hukum Taurat; dan semua orang berdosa dibawah hukum Taurat akan dihakimi oleh hukum Taurat.

 

Dosa adalah keadaan tanpa hukum atau pelanggaran terhadap hukum (1 Yoh 3:4).  Akibat dosa ialah maut, sama ada ia dilakukan di dalam taklukan hukum atau di luar taklukan hukum.  Ianya tidak ada kena-mengena sama ada ketetapan taklukan hukum itu berbeza.  Mereka yang berdosa akan mati kecuali mereka dipulihkan kepada kehidupan baru di dalam keselamatan oleh Kristus.  Tatkala itu, mereka akan memelihara hukum.

 

Penyunatan adalah pada hati dan pemeliharaan ajaran dalam hukum adalah ukuran bagi penyunatan itu.  Dia yang memelihara hukum, mempunya hati yang disunat, sementara dia yang disunat namun tidak memelihara hukum adalah seperti seorang kafir.  Mereka yang berbangsa Yahudi, adalah mereka yang memelihara hukum dalam hati, dan menjadi Yahudi dalam batinya.  Sementara mereka yang mengaku bahawa mereka adalah orang Yahudi tetapi sebenarnya tidak, akan menerima hukuman (Wah 3:9) dan akan membuat mereka meniarap dihadapn orang-orang kudus. (Perkataan meniarap ini juga diterjemahkan sebagai sujud penyembah dan ditujukan kepada Kristus dan umat pilihan).

 

Wahyu 3:9 Lihatlah, beberapa orang dari jemaah Iblis, iaitu mereka yang menyebut dirinya orang Yahudi, tetapi yang sebenarnya tidak demikian, melainkan berdusta, akan kuserahkan kepadamu. Sesungguhnya Aku akan menyuruh mereka datang dan tersungkur di depan kakimu dan mengaku, bahawa Aku mengasihi engkau.

 

Penyanggahan bagi penganut Protestan mengenai rahmat manghapuskan hukum berdasarkan pernyataan bahwa umat pilihan akan mati bagi hukum.  Ini di dalm Roma 7:4. Anti-Nomianisma menyimpangkan ayat ini dengan menyalahgunakan doktrin ketakdiran.

 

Roma 7:4  Sebab itu, saudara-saudaraku, kamu juga telah mati bagi hukum Taurat oleh tubuh Kristus, supaya kamu menjadi milik orang lain, iaitu milik Dia, yang telah dibangkitkan dari antara orang mati, agar kita berbuah bagi Allah.

 

Struktur ini tidak menghapuskan hukum  tetapi ianya lebih menekankan kuasa Roh Suci dalam mengatur diri individu dengan sifat Tuhan yang dimulakan oleh Tuhan melalui Roh Suci.  Perbezaan berlaku diantara yang hidup dalam daging dan percubaan untuk mengatur perhubungan seseorang dengan Tuhan dengan cara membuat peraturan-peraturan untuk menterjemahkan hukum yang mana ianya sendiri suci, benar dan baik. Hukum itu bukan sesuatu yang fizikal.  Mereka yang hidup dalam daging melihat hukum itu sebagai sesuatu yang fizikal.  Kita sebenarnya sudah mati dalam aspek itu sebab kita tidak lagi hidup di dalam daging. Mesiah akan memperkenalkan hukum itu sekali lagi kepada keseluruhannya bagi masa milenium.  Ini menurut tulisan Alkitab, dan tulisan Alkitab tidak boleh dilanggar.  Bagaimana pula hukum itu ditiadakan dengan reality ini?  Hukum itu tidak memberi kehidupan.  Roh Suci melakukan itu melalui Kristus.

 

Roma 7:5-7 Sebab waktu kita masih hidup di dalam daging, hawa nafsu dosa, yang dirangsang oleh hukum Taurat, bekerja dalam anggota-anggota tubuh kita, agar kita berbuah bagi maut.  6 Tetapi sekarang kita telah dibebaskan dari hukum Taurat, sebab kita telah mati bagi dia, yang mengurung kita, sehingga kita sekarang melayani dalam keadaan baru menurut roh dan bukan dalam keadaan lama menurut huruf hukum Taurat.  7 Jika demikian, apa yang kita katakan? Apakah hukum Taurat itu dosa? Sekali-kali tidak! Sebaliknya justru oleh hukum Taurat aku telah mengenal dosa.  Kerana aku juga tidak tahu apa itu keinginan, kalau hukum Taurat tidak mengatakan; “jangan mengingini!” 

 

Tanpa Roh Suci, nafsu daging akan dibangkitkan oleh pengetahuan tentang yang baik dan jahat yang mana diabadikan di dalam hukum.  Tanpa sifat Tuhan, anda tidak boleh memelihara hukum itu di dalam kekudusan kebenaran.  Justru, kita telah dikeluarkan dari hukum ke dalam Yesus Kristus.  Ini tidak bererti kita dikeluarkan untuk kebebasan.  Sekiranya kita mengasihi Tuhan, kita akan memelihara perintah-perintahNya.

 

Yohanes 14:15 “Jikalau kamu mengakasihi Aku, kamu kan menuruti segala perintahKu.

 

Tidak ada kontradiksi di dalam ayat-ayat ini. Perintah-perintah berasal dari Bapa dan dipelihara oleh Kristus.

 

Yohanes 15:10 Jikalau kamu menuruti perintahKu, kamu kan tinggal di dalam kasih Ku, seperti Aku menuruti perintah BapaKu dan tinggal di dalm kasihNya.

 

Jadi, apakah yang telah dipakukan di kayu salib?

Kolose 2:13-15 Kamu juga, meskipun dahulu mati oleh pelanggaranmu dan oleh kerana tidak disunat secara lahiriah, telah dihidupkan Allah bersama-sama dengan Dia, sesudah Ia mengampuni segala pelanggaran kita,  14 dengan menghapuskan surat hutang, yang oleh ketentuan hukum mendakwa dan mengancam kita. Dan itu ditiadakanNya dengan dengan memakukannya pada kayu salin:  15 Ia telah melucuti pemerintah-pemerintah dan penguasa-penguasa dan menjadikan mereka tontonan umum dalam kemenanganNya atas mereka.

 

Kolose 2:14 telah diterjemahkan ke dalam perkataan utama oleh Marshall sebagai berikut:

¦>"8,\R"H    6"2z º:ä< P,4D`(D"N@< J@ÃH *`(:"F4<   Ô        µ<

exaleipsas       to    kathi  emõn  cheirographon     tois     dogmasin       ho      en

Menghapuskan tulisan tangan yang menentang kita di dalam ordinan yang mana

 

ßB,<"<J\@< º:Ã<s6"4"ÛJεD6,< ¦6         J@Ø :XF@Ls  BD@F08fF"H

upenantion        emin,     kai  auto    erken     ek          tou  mesou,     proselõsas

bertentangan dengan kita dan itu telah di keluarkan dari antara (dengan cara) memakukan

 

"ÛJÎ      FJ"LDèq

auto          staurõ

ia di kayu salib [kayusula (staurõ)].

 

Justru itu, bil akaun atau hutang (cheiropraphon) yang didatangkan dari ordinan dalam hukum upacara adalah perkara yang dipakukan di kayu salib. Oleh itu, upacara pemurnian dengan cara persembahan korban telah dihapuskan atau dikeluarkan keseluruhannya oleh Kristus.  Bidaah di Kolose ini akan dikaji secara terperinci dalam tulisan yang lain.  Hari Suci dan Sabbath bukan sebahagian daripada ordinan dalam hukum upacara.  Hanya hukum korban yang dihapuskan.  Melalui pengorbanannya, Kristus, secara sekaligus telah melucutkan prinsip-princip serta kuasa-kuasa ini. Perkataan Greek menyebut archas yang diterjemahkan sebagai penguasa-penguasa dan kuasa-kuasa (ezousias). Dia telah mendedahkan mereka dengan keterbukaan, memenangi keatasnya.  Justru, Kristus telah mendedahkan kuasa sorgawi (terutama Setan) yang tidak memberi tuntutan mereka seperti yang telah dia lakukan.  Hukum Taurat terus teguh.

 

Jadi hukum Taurat itu adalah kudus dan perintah itu juga kudus, benar dan baik.

 

Roma 7:12 Jadi hukum Taurat adalah kudus, perintah itu juga adalah kudus, benar dan baik.

 

Kristus mengatakan: Jikalau engkau ingin memasuki ke dalam hidup, turutilah segala  perintah-perintah  Allah.

 

Matius 19:17 Jawab Yesus: “Apakah sebabnya engkau bertanya kepadaKu tentang apa yang baik? Hanya satu yang baik. Tetapi jikalau engkau masuk ke dalam hidup, turutilah segala perintah Allah.”

 

Justru, anda tidak akan mewarisi kehidupan kekal jika anda tidak menuruti perintah-perintahnya.  Disini Tuhan dilihat sebagai pusat dasar kebaikan, yang dinyatakan oleh perkataan Tuhan.  Pada hukum inilah tergantungnya keseluruhan dua perintah hukum yang terutama (Mat. 22:40).

 

Matius 22:36-40 “Guru, hukum manakah yang terutama dalam hukum Taurat?”  37 Jawab Yesus kepadanya: “Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan segala akal budimu.  38 Itulah hukum yang terutama dan pertama.  39 Dan hukum yang kedua yang sama dengan itu, ialah: Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri.  40 Pada kedua hukum inilah tergantung seluruh hukum Taurat dan Kitab para nabi.”

 

Oleh itu, hukum ditakdirkan untuk suatu kegenapan atau tujuan, yang mana di dalam Kritus dan bermaksud untuk mendamaikan kita dengan Tuhan.  Hukum itu, berbentuk spiritual, telah dimulakan dari Tuhan dan kelak diserapkan di dalam sifat kita dengan tujuan mendamaikan kita dengan Tuhan.  Justru itu, hukum tidak mengakibatkan maut tetapi ia mengakibatkan dosa, iaitu pelanggaran terhadap hukum, yang berlaku di dalam diri individu.

 

Roma 7:13 Jika demikian, adakah yang baik itu menjadi kematian bagiku? Sekali-kali tidak! Tetapi supaya nyata, bahawa ia adalah dosa, maka dosa mempergunakan yang baik untuk mendatangkan kematian bagiku, supaya oleh perintah itu dosa lebih nyata lagi keadaannya sebagai dosa.

 

Hukum Taurat adalah spiritual, namun manusia bersifat daging, terjual di bawah kuasa dosa.

Roma 7:14 Sebab kita tahu, bahawa hukum Taurat adalah rohani, tetapi aku bersifat daging, terjual di bawah kuasa dosa.

 

Segala perdebatan ini mengatakan bahawa hukum itu tidak spiritual dan kerana itu, bukannya Perjajina Baru yang sama sekali tidak benar. Orang yang benar-benar mengalami pengubahan bergembira dengan hukum Tuhan di dalam dirinya.

 

Mazmur 119:1 Berbahagialah orang-orang yang hidupnya tidak bercelah, yang hidup menurut Taurat TUHAN.

 

Roma 7:22  Sebab di dalam batinku aku suka akan hukum Allah,

Kerana hukum itu akan menuntun manusia kepada Kristus, dimana merupakan kegenapan bagi hukum.

 

Roma 10:4 Sebab Kristus adalah kegenapan hukum Taurat, sehingga kebenaran diperoleh tiap-tiap orang yang percaya.

 

Kegenapan bagi hukum itu (telos gar nomou) adalah kesimpulan sebagai matlamat, atau objektif, yang menjadi tanda atau tindakan yang ditujukan. Ianya bukan penghentian terhadap hukum.

 

Pimpinan Roh Suci membebaskan individu dari hidup di bawah hukum.

 

Galatia 5:18 Akan tetapi jikalau kamu memberi dirimu dipimpin oleh roh, maka kamu tidak hidup dibawah hukum Taurat.

 

Bukan bererti meniadakan hukum tetapi membuat hukum itu dituruti oleh keiginan dalam diri dan tindakan yang benar, yang menjadi sifat kita.

 

Ibrani 8:10-13 “Maka inilah perjanjian yang Ku adakan dengan kaum Israel sesudah waktu itu,” demikianlah firman Tuhan. “Aku akan menaruh hukumKu dalam akal budi mereka dan menuliskannya dalam hati mereka, maka Aku akan menjadi Allah mereka dan mereka akan menjadi umatKu.  11 Dan mereka tidak akan mengajar lagi sesama warganya, atau sesama saudaranya dengan mengatakan: Kenallah Tuhan! Sebab mereka semua, besar kecil, akan mengenal Aku.  12 Sebab Aku akan menaruh belas kasihan terhadap kesalahan mereka dan tidak lagi mengingat dosa-dosa mereka.  13 Oleh kerana Ia berkata-kata tentang perjanjian yang baru, Ia menyatakan yang pertama sebagai perjanjian yang telah menjadi tua. Dan apa yang telah menjadi tua dan usang, telah dekat kepada kemusnahannya.

 

Justru, roh itu dituliskan di dalam hati dan fikiran manusia. Orang-orang ini justru memelihara hukum itu melalui Roh Suci. Hukum yang disimpan di dalam hati dengan keadaan yang benar, menjadi tanda bagi umat-umat pilihan. Oleh itu, orang-orang yang tidak mengalami pengubahan akan dikenal pasti melalui penolakkannya terhadap hukum dan perdebatan yang boleh menghapuskan hukum.

 

Hukum Taurat Tuhan disusuli dengan iman dan bukannya dengan perbuatan.

 

Roma 9:32 Mengapa tidak? Kerana Israel mengejarnya bukan kerana iman, tetapi kerana perbuatan. Mereka tersandung pada batu sandungan.

 

Penurutan kepada perintah-perintah hukum adalah syarat perlu untuk memiliki Roh Suci, yang mana diam di dalam orang yang memelihara perintah-perintah Tuhan.

 

1Yohanes 3:24 Barangsiapa menuruti segala perintahNya ia diam di dalam Allah dan Allah di dalam dia. Dan demikianlah kita ketahui bahawa Allah ada di dalam kita, iaitu Roh yang telah Ia karuniakan kepada kita.

 

Kis 5:32 Dan kami adalah saksi dari segala sesuatu itu, kami dan roh kudus, yang dikurniakan Allah kepada semua orang yang mentaati Dia.

 

Oleh itu, adalah mustahil menjadi seorang Kristian yang mengasihi Tuhan serta Kristus tanpa memelihara hukum.  Kebutuhan ini termasuk pemeliharaan Sabat di dalam perintah hukum yang keempat.

 

Keselamatan melalui Rahmat

Rahmat Tuhan telah hadir bagi keselamatan semua orang, membantu kita untuk meninggalkan semua perkara yang tidak berkaitan dengan agama dan keseronokan dunia. Ia membantu kita untuk hidup dengan sewarasnya, benar serta hidup dengan saleh di dalam dunia ini, sementara kita menantikan harapan berkat dan kedatangan kemuliaan Tuhan yang maha besar dan juruselamat kita iaitu Yesus Kristus (Tit 2:11-13 lihat buku Marshall, RSV Interlinear Greek-English New Testament). Justru. Kristus adalah kemuliaan Tuhan yang maha besar, yakni juruselamat kita (Tit 2:10). Oleh itu, rahmat adalah produk bagi aktivity Yesus Kristus.

 

Gereja akan dipelihara oleh kuasa Tuhan melalui iman sementara keselamatan sedia untuk dinyatakan pada zaman akhir.

 

1Petrus 1: 5  Iaitu kamu, yang dipelihara dalam kekuatan Allah kerana imanmu sementara kamu menantikan keselamatan yang telah tersedia untuk dinyatakan pada zaman akhir.

 

Hasil iman adalah keselamatan jiwa. Para nabi telah menubuatkan mengenai keselamatan tetapi tidak mengetahui bila masanya atau tidak mengenali Mesiah sewaktu mereka meramal penderitaan serta kemuliaannya.

 

1 Petrus 1:9-10 Kerana kamu telah mencapai tujuan imanmu, iatu keselamatan jiwamu.  10 Keselamatan itulah yang diselidiki dan diteliti oleh nabi-nabi ynag telah bernubuat tentang kasih karunia yang diuntukkan bagimu.

 

Dosa datang ke dalam dunia melalui Adam dan menjalar dari Adam kepada Musa.  Kematian adalah hasil dari dosa.

 

Roma 5:12 Sebab itu sama seperti dosa telah masuk ke dalam dunia oleh satu orang, dan oleh dosa itu juga maut, demikianlah maut itu telah menjalar kepada semua orang, kerana semua orang telah berbuat dosa.

 

Dosa telah wujud sebelum hukum diberikan kepada Musa.

 

Roma 5:13 Sebab sebelum hukum Taurat ada, telah ada dosa di dunia. Tetapi dosa itu tidak diperhitungkan kalau tidak ada hukum Taurat.

 

Konsekwensi hukum sudah diketahui sejak dari Adam, bahawa ianya tidak dikira sebagai dosa sekiranya tidak ada hukum. Justru, semua orang mati dan akan mengalami kebangkitan kedua di luar kuasa hukum. Para nabi dan rasul akan berada dalam kebangkitan yang pertama, di bawah kuasa hukum.

 

Dengan demikian, rahmat berlimpah-limpah kerana penebusan umat manusia dari dosa dan hukum.  Di mana dosa bertambah banyak, di bawah hukum, di situ kurnia rahmat akan berlimpah-limpah.

 

Roma 5:15-21 Tetapi karunia Allah tidaklah sama dengan pelanggaran adam. Sebab, jika kerana pelanggaran satu semua orang telah jatuh di dalam kuasa maut, jauh lebih besar lagi kasih kurnia Allah dan kurniaNya, yang dilimpahkanNya ke atas semua orang kerana satu orang, iaitu Yesus Kristus.  16 Dan kasih karunia tidak berimbangan dengan dosa satu orang. Sebab penghakiman atas satu pelanggaran itu tidak mengakibatkan penghukuman, tetapi penganugerahan kurnia atas banyak pelanggaran itu mengakibatkan pembenaran.  17 Sebab, jika oleh dosa satu orang, maut telah berkuasa oleh satu orang itu, maka lebih benar lagi mereka, yang telah menerima kelimpahan kasih kurnia dan anugerah kebenaran, akan hidup dan berkuasa oleh kerana satu orang itu iaitu Yesus Kristus.  18 Sebab itu, 18 Sebab itu sama seperti oleh satu pelanggaran semua orang beroleh penghukuman, demikian pula satu perbuatan kebenaran semua orang beroleh pembenaran untuk hidup.  19 Jadi saqma seperti oleh ketidaktaatan satu orang semua orang telah menjadi orang berdosa, demikian pula oleh ketaatan satu orang semua orang menjadi orang benar.  20 Tetapi hukum Taurat di tambahkan supaya pelanggaran menjadi semakin banyak; dan di mana dosa bertambah banyak, di sana kasih kurnia menjadi berlimpa-limpa.  21 Supaya, sama seperti dosa berkuasa dalam alam maut demikian kasih kurnia akan berkuasa oleh kebenaran untuk hidup yang kekal, oleh Yesus Kristus, Tuhan kita.

 

Oleh itu, hukum diperkenalkan untuk menambahkan pelanggaran supaya pengertian tentang peraturan dalam perhubungan menurut kasih Tuhan akan jelas kepada mereka yang mencari Tuhan.  Tetapi Israel tidak taat. Melalui ketaatan seorang individu, boleh menyebabkan ramai yang menjadi benar oleh rahmat yang berkuasa oleh kebenaran untuk kehidupan kekal oleh Yesus Kristus (Rom 5:20-21)

 

Tidak ada kebinasaan bagi mereka yang berada di dalam Kristus.

 

Roma 8:1 Demikianlah sekarang tidak ada penghukuman bagi mereka yang ada di dalam Kristus Yesus.

 

Justru, hukum itu akan digenapkan di dalam diri kita yang mana berjalan menurut roh.

 

Roma 8:4 supaya tuntunan hukum Taurat digenapi didalam kita, yang tidak hidup menurut daging tetapi menurut Roh.

 

Roh akan menuntun fikiran menurut maksud-maksudnya.

 

Roma 8:5-6 Sebab mereka yang hidup menurut daging, memikirkan hal-hal yang dari daging; mereka yang hidup menurut Roh, memikirkan hal-hal yang dari Roh.  6 Kerana keinginan daging adalah maut, tetapi keinginan Roh adalah hidup dan damai sejahtera.

 

Fikiran yang menurut daging adalah seteru Tuhan; ianya tidak berkenan dengan hukum Tuhan dan sesungguhnya tidak boleh diperkenankan dengan hukum.

 

Roma 8:7 Sebab keinginan daging adalah perseteruan terhadap Allah, kerana ia tidak takhluk kepada hukum Allah; hal ini memang tidak mungkin baginya.

 

Justru itu, fikiran daging atau orang yang tidak mengalami pengubahan dikenalpasti melalui penolakan mereka untuk memelihara hukum Tuhan.  Oleh sebab itu, penyanggahan yang mengatakan bahawa rahmat telah menghapuskan hukum adalah secara dasarnya dari fikiran orang-orang yang tidak mengalami pengubahan.  Keseluruhan perdebatan mengenai rahmat/hukum ini, mengenalpasti mereka yang setia kepada Tuhan dan mereka yang tidak setia kepada Tuhan. Dispensasinya bukan “jikalau” tetapi “bagaimana” hukum itu dipelihara. Janganlah ada orang yang menghakimi kamu mengenai makanan dan minuman, atau hari raya, bulan baru atau hari Sabat (Kolose 2:16-17). Mereka adalah bayangan bagi perkara yang akan berlaku tetapi hakikatnya terletak pada Kristus. Justru, Yesus memberikan hukum itu dibawah tuntutan Tuhan dan dia juga merupakan orang tengah serta objektif hukum itu.  Oleh itu, tidak ada yang akan berlalu dari hukum itu sehingga semuanya digenapi – seperti, pemulihan planet ini kepada hukum dan kemudiannya kepada Tuhan sewaktu penghujung milenium.  Itulah sebabnya mengapa Kristus memulihkan semua Hari Suci, Bulan Baru dan Hari Sabat pada waktu kedatangannya (Yes 66:23; Zak 14:16-19). Sekiranya dia inginkan perkara-perkara ini  ditinggalkan di dalam milenium, maka perkara ini akan tertambat bersama umat-umat pilihan sepanjang masa.

 

Roh Dia, yang telah membangkitkan Kristus dari antara orang mati, hidup di dalam orang-orang Kristian, memberikan hidup melalui Roh yang diam di dalam individu.

 

Roma 8:11 Dan jika Roh Dia, yang telah membangkitkan Yesus dari antara orang mati, diam di dalam kamu, maka Ia, yang telah membangkitkan Kristus Yesus dari antara orang mati, akan menghidupkan juga tubuhmu yang fana itu oleh RohNya, yang diam di dalam kamu

 

Semua orang yang dipimpin oleh Roh Allah adalah anak-anak Allah (Roma 8:14).

 

Roma 8:12-14  Jadi saudara-saudara, kita adalah orang berhutang, tetapi bukan kepada daging, supaya menurut daging.  13 Sebab, jika kamu hidup menurut daging, kamu akan mati; tetapi jika oleh Roh kamu mematikan perbuatan-perbuatan tubuhmu, kamu akan hidup.  14 Semua orang, yang dipimpin Roh Allah, adalah anak-anak Allah.

dan ini adalah melalui rahmat Allah.  Hukum itu diberikan melalui Musa, rahmat dan kebenaran datang melalui Yesus Kristus.

 

Yohanes 1:17 Sebab hukum Taurat diberikan oleh Musa, tetapi rahmat kasih kurnia dan kebenaran datang oleh Yesus Kristus.

 

Justru itu, kita berseru Abba atau Bapa yang sama menjadikan kita anak Allah, seperti yang telah diberikan kepada saudara kita Yesus Kristus.

Roma 8:15-16 Sebab kamu tidak menerima roh perbudakan yang membuat kamu menjadi takut lagi, tetapi kamu telah menerima Roh yang menjadikan kamu anak Allah.  Oleh Roh itu kita berseru: “ya Abba, ya Bapa!”  16 Roh itu bersaksi bersama-sama dengan roh kita, bahawa kita adalah anak-anak Allah.

 

Hukum itu sendiri tidak akan memberi pembenaran.  Seseorang itu akan dibenarakan melalui iman di dalam Yesus Kristus.

 

Galatia 2:16 Kamu tahu, bahawa tidak seorangpun yang dibenarkan oleh kerana melakukan hukum Taurat, tetapi hanya oleh kerana iman dalam Kristus Yesus.  Sebab itu kamipun telah percaya kepada Kristus Yesus, supaya kami dibenarkan oleh kerana iman dalam Kristus dan bukan oleh kerana melakukan hukum Taurat.

 

Kehidupan yang mereka hidupi adalah melalui iman di dalam Anak Allah.

 

Galatia 2:20-21 namun  aku hidup, tetapi bukan lagi aku sendiri yang hidup, melainkan Kristus yang hidup di dalam aku. Dan hidupku yang kuhidupi sekarang di dalam daging, adalah hidup oleh iman dalam Anak Allah yang telah mengasihi aku dan menyerahkan diriNya untuk aku.  21 Aku tidak menolak kasih kurnia Allah.  Sebab sekiranya ada kebenaran oleh hukum Taurat, maka sia-sialah kematian Kristus.

 

Melalui hukum, kita mati oleh hukum supaya kita akan hidup untuk Tuhan.

 

Galatia 2:19 Sebab aku telah mati oleh hukum Taurat, supaya aku hidup untuk Allah.

 

Tetapi kita tidak menghapuskan rahmat Tuhan dengan memelihara hukum kerana kita tidak akan dibenarkan oleh hukum (Gal 2:21).  Kita memelihara hukum kerana Roh telah mengarahkan kita dan hukum itu berasal dari kudrat Allah yang telah kita ambil dan yang membolehkan kita mengambil bahagian (2 Pet 1:4) seperti Yesus.

2Petrus 1:4 Dengan jalan itu Ia telah menganugerahkan kepada kita janji-janji yang berharga dan yang sangat besar supaya olehnya kamu boleh mengambil bagian dalam kudrat ilahi, dan luput dari hawa nafsu duniawi yang membinasakan dunia.

 

Kita akan diselamatkan bukan kerana hukum tetapi melalui rahmat Yesus Kristus.

 

Kisah 15:11 Sebaliknya, kita percaya, bahawa oleh kasih kurnia Tuhan Yesus Kristus kita akan beroleh keselamatan sama seperti mereka juga.”

 

Dosa tidak berkuasa keatas umat pilihan kerana mereka tidak berada di bawah hukum Taurat tetapi di bawah rahmat kasih kurnia dan menjadi hamba-hambah Allah.

 

Roma 6:14-15 Sebab kamu tidak akan dikuasai lagi oleh dosa, kerana kamu tidak berada di bawah hukum Taurat, tetapi di bawah rahmat kasih kurnia.  15 Jadi bagaimana? Apakah kita akan berbuat dosa, kerana kita tidak berada di bawah hukum Taurat, tetapi di bawah rahmat kasih kurnia? Sekali-kali tidak!

 

Meskipun demikian, kita tidak berdosa dengan melanggar hukum Taurat itu kerana kita adalah hambah kepada Allah dan kebenaran dan bukannya kepada dosa, menjadi taat dengan segenap hati terhadap pengajaran yang telah diamanatkan kepada kita.

 

Roma 6:17-18 tetapi syukur kepada Allah! Dahulu kamu memang hamba dosa, tetapi sekarang kamu dengan segenap hati telah mentaati pengajaran yang telah diteruskan kepadamu.  18 Kamu telah dimerdekakan dari dosa dan menjadi hamba kebenaran.

 

Sebaliknya, walaupun kita telah mati oleh pelanggaran kita, kita akan dihidupkan bersama dengan Kristus oleh rahmat kasih kurnia.

Efesus 2:5 telah menghidupka kita bersama-sama dengan Kristus, sekalipun kita telah mati oleh kesalahan-kesalahan kita – oleh rahmat kasih kurnia kamu diselamatkan.

 

Kita akan dibangkitkan dan duduk bersama Kristus di dalam sorga supaya Tuhan boleh menunjukkan pada abad-abad yang mendatang, betapa luas dan kaya rahmatNya serta kebaikanNya terhadap kita melalui Yesus Kristus.

 

Efesus 2:6-7 dan di dalam Kristus Yesus Ia telah membangkitkan kita juga dan memberikan tempat bersama-sama dengan Dia di sorga, 7 supaya pada masa yang akan datang Ia menunjukkan kepada kita kekayaan kasih kurniaNya yang melimpah-limpah sesuai dengan kebaikanNya terhadap kita di dalam Kristus Yesus.

 

Kerana dengan rahmat kasih kurnia kita diselamatkan melalui iman. Ini bukanlah hasil pekerjaan individu, tetapi ini adalah hadiah dari Tuhan dan bukan kerana pekerjaan supaya tidak ada yang memegahkan diri.

 

Efesus 2:8-9 Sebab kerana rahmat kasih kurnia kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Allah,  9 itu bukan hasil pekerjaanmu: jangan ada orang yang memegahkan diri.

 

Justru itu, kita memelihara hukum menerusi Roh Allah melalui rahmat..

 

Kewajiban dibawah Hukum

Ada kewajiban yang berterusan bagi pemeliharaan hukum yang mana tidak akan berlalu dan tidak akan berubah seperti yang kita lihat dalam Mat 5:18; Luk 16:17.  Ianya tidak dipelihara dengan betul oleh orang-orang Yahudi sewaktu zaman Yesus (Yoh 7:19), telah diubah oleh tradisi (Mat 15:2-3,6; Mar 7:3,5, 8-9,13).

 

Matius 15:2-6 “Mengapa murid-muridMu melanggar istiadat nenek moyang kita? Mereka tidak membasuh tangan tangan sebelum makan.”  3 tetapi jawab Yesus kepada mereka: “Mengapa kamupun melanggar perintah Allah demi adat istiadat nenek moyangmu?  4 Sebab Allah berfirman: Hormatilah ayahmu dan ibumu; dan lagi: siapa yang mengutuki ayahnya atau ibunya pasti dihukum mati.  5 tetapi kamu berkata: Barangsiapa berkata kepada bapanya atau kepada ibunya: Apa yang ada padaku yang dapat digunakan untuk pemeliharaanmu, sudah digunakan untuk persembahan kepada Allah,  6 orang itu tidak wajib lagi menghormati bapanya atau ibunya.  Dengan demikian firman Allah kamu nyatakan tidak berlaku demi adat istiadatmu sendiri. 

 

Markus 7:3-13 Sebab orang-orang Farisi seperti orang-orang Yahudi lainnya tidak makan kalau tidak melakukan pembasuhan tangan lebih dulu, kerana mereka berpegang pada adat istiadat nenek moyang mereka;  4 dan kalau pulang dari pasar mereka juga tidak makan kalau tidak lebih dahulu membersihkan dirinya. Banyak warisan lain lagi yang mereka pegang, umpamanya hal mencuci cawan, kendi dan perkakas-perkakas tembaga.  5 Kerana itu orang-orang Farisi dan ahli-ahli Taurat itu bertanya kepadaNya: “Mengapa murid-muridMu tidak hidup menuruti adat istiadat nenek moyang kita, tetapi makan dengan tangan najis?”  6 JawabNya kepada mereka: “Benarlah nubuat Yesaya tentang kamu, hai orang-orang munafik! Sebab ada tertulis: Bangsa ini memuliahkan Aku dengan bibirnya, padahal hatinya jauh dari padaKu.  7 Percuma mereka beribadah kepadaKu, sedangkan ajaran yang mereka ajarkan ialah perintah manusia.  8 Perintah Allah kamu abaikan untuk berpegang pada adat istiadat manusia.”  9 yesus berkata kepada mereka: “Sungguh pandai kamu mengesampingkan perintah Allah, supaya kamu dapat memelihara adat istiadatmu sendiri.  10 Kerana Musa telah berkata: Hormatilah ayahmu dan ibumu! dan: Siapa yang mengutuki ayahnya atau ibunya harus mati.  11 Tetapi kamu berkata: kalau seorang berkata kepada bapanya atau ibunya: Apa yang ada padaku, yang dapat digunakan untuk pemeliharaanmu, sudah digunakan untuk korban – iaitu persembahan kepada Allah, 12 maka kamu tidak membiarkannya lagi berbuat sesuatupun untuk bapanya atau ibunya.  13 Dengan demikian firman Allah kamu nyatakan tidak berlaku demi adat istiadat yang kamu ikuti itu.  Dan banyak hal lain seperti itu yang kamu lakukan.”

 

Hukum Taurat ini telah diubah menjadi satu beban atau kuk oleh guru-guru Yahudi pada waktu itu, melakukan pencubaan terhadap Allah (lihat tulisan Pekerjaan bagi naskah hukum – atau MMT [104]).

 

Kisah 15:10 Kalau demikian, mengapa kamu mau mencobai Allah dengan meletakkan pada tengkuk murid-murid itu suatu kuk, yang tidak dapat dipikul, baik oleh nenek moyang kita maupun oleh kita sendiri?

 

Maka, ini adalah kewajiban yang berterusan bagi pemeliharaan perintah-perintah Allah.  Ianya masih ada dan tidak akan berlalu sehingga akhir zaman yang mana menyangkut paut dengan kewujudan umat manusia.

 

Mengapa Kristian Memelihara Hukum

Kristian akan diselamatkan melalui rahmat dan bukannya melalui hukum.  Mengapa pula ianya satu axiomatis (pernyataan yang tidak boleh dibantah) bahawa mereka mengakui dan memelihara hukum?  Sebab hukum Allah berasal daripada kebaikan yang berkekalan pada sifat kudrat ilahiNya. Hukum Allah berasal dari kudrat ilahiNya, dan justru ianya terus teguh selama-lamanya sama seperti Allah sendiri tidak akan berubah, menjadi dasar kebaikan, sebagai asas segala kebaikan. Dalam Markus 10:18, Yesus berkata: Mengapa kau katakan Aku baik? Tak seorangpun yang baik selain daripada Allah saja atau Mengapa bertanya dengan saya mengenai apa yang baik. Hanya satu yang baik. Jikalau engkau ingin masuk ke dalam hidup, turutilah segala perintah Allah (Mat 19:17). Kebaikan Allah memimpin setiap kita menuju kepada pertobatan.

 

Roma 2:4 Maukah engkau menganggap sepi kekayaan kemurahanNya, kesabaranNya dan kelapangan hatiNya? Tidakkah engkau tahu, bahawa maksud kemurahan Allah ialah menuntun engkau kepada pertobatan?

 

Sifat kudrat Allah adalah kebaikan yang tidak akan berubah. Angkatan Sorgawi mengambil bahagian dalam sifat kudratNya.  Justru, mereka  terus-menerus di dalam sifat kudrat ilahi dan kebaikan. Dengan ini, maka Kristus adalah sama kelmarin, hari ini dan sampai selama-lamanya (aioonas).

 

Ibrani 13:8 Yesus tetap sama, baik kemarin maupun hari ini dan sampai selama-lamanya.

 

Umat-umat pilihan, dengan mengambil bahagian di dalam kudratNya (2 Pet 1:4), akan menjadi sebahagian daripada imam-imam, iaitu Melchisedek yang mana tidak akan berubah (aparabaton) sampai selama-lamanya (aioona).

 

Ibrani 7:24 Tetapi Ia tetap selama-lamanya, imamatNya tidak dapat beralih kepada orang lain.

 

Dengan cara ini juga, umat-umat pilihan akan terus menjadi imam selama-lamanya, telah ditebus sebagai raja-raja dan imam-imam dan mereka akan berkuasa ke atas dunia (epi) (Wah 4).  Ini adalah nubuatan milenial.

 

Kristus berupaya untuk menyelamatkan kesemua mereka yang datang kepada Tuhan melalui dia (lihat Ibr 7:25 Marshall’s Greek-English Interlinear). Tetapi dia bukan objek bagi penyembahan mahupun tuhan yang memberi perintah mengikut kehendaknya.

 

Ibrani 7:25 Kerana itu Ia sanggup juga menyelamatkan dengan sempurna semua orang yang oleh Dia datang kepada Allah.  Sebab Ia hidup senantiasa untuk menjadi pengantara mereka.

 

Hukum Allah harus disusuli dengan iman dan bukannya dengan perbuatan.

 

Roma 9:32 Mengapa tidak? Kerana Israel mengejarnya bukan kerana iman, tetapi kerana perbuatan.  Mereka tersandung pada batu sandungan,

 

Kita mempunyai Perjanjian Baru dimana Allah memberikan hukum-hukumNya di dalam fikiran kita dan menulisnya di dalam hati kita.  Dia adalah Allah kita dan kita adalah hambah-hambahNya, menyembah Dia dengan menuruti segala hukumNya di dalam sifat kita.

 

Ibrani 8:10-13 “Maka inilah perjanjian yang kuadakan dengan kaum Israel. Sesudah waktu itu,” demikianlah firman Tuhan.  “Aku akan menaruh hukumKu dalam akal budi mereka dan menuliskannya dalam hati mereka, maka Aku akan menjadi Allah mereka dan mereka menjadi umatKu.  11 Dan mereka tidak akan mengajar lagi sesame warganya, atau sesame saudaranya dengan mengatakan: Kenallah Tuhan! Sebab mereka semua, besar kecil, akan mengenal Aku.  12 Sebab Aku akan menaruh belas kasihan terhadap kesalahan mereka dan tidak lagi mengingati dosa-dosa mereka.”  13 Oleh kerana Ia berkata-kata tentang perjanjian yang baru, Ia menyatakan yang pertama sebagai perjanjian yang telah datang menjadi tua.  Dan apa yang telah menjadi tua dan usang, telah dekat kepada kemusnahannya.

 

Justru itu, tidak ada tanda-tanda luaran. Ianya dengan menuruti perintah-perintah Allah di dalam diri kita yang akan menyunat kita (1Kor 7:19) sebagai seorang Kristian dan anggota Israel spiritual.

 

1Korintus 7:19 Sebab bersunat atau tidak bersunat tidak penting.  Yang penting ialah mentaati hukum-hukum Allah.

 

Oleh merekalah, iaitu orang-orang yang menuruti perintah-perintah Allah yang membuat naga itu marah dan yang dikenalpasti di dalam penganiayaan.

 

Wahyu 12:17 Maka marahlah naga itu kepada perempuan itu, lalu pergi memerangi keturunannya yang lain, yang menuruti hukum-hukum Allah dan memiliki kesaksian Yesus. Dan ia tinggal berdiri di pantai laut.

 

Mereka adalah orang-orang kudus yang memelihara perintah-perintah Allah dan yang telah bertahan.

Wahyu 14:12 Yang penting di sini ialah ketekunan orang-orang kudus, yang menuruti perintah Allah dan iman kepada Yesus.

 

Orang-orang kudus menuruti perintah-perintah Allah dan iman kepada Yesus. Tuntutan untuk bertahan akan berakar dari keupayaan yang terus-menerus untuk melemahkan maksud dan kekuatan perintah-perintah Allah melalui theologi, yang mana ingin menyerang kedaulatan satu-satunya Allah yang benar (Yoh 17:3; 1 Yoh 5:20) dan keutuhan perintah-perintahNya. Sabat merupakan salah satu perintah Tuhan yang telah dikecam dan seolah-olah dihapuskan oleh perdebatan hukum-rahmat ini. Satu daripada gambaran bagi tulisan alkitab yang salah dan tidak masuk akal dikemukakan oleh penganut Kristian yang pada pemikiran mereka mendemonstrasikan sikap permusuhan terhadap Hukum Tuhan, yang mana menunjukkan sifat daging pada kepercayaan  mereka dan cara fikiran mereka yang tidak mengalami pengubahan diri.  Umat-umat pilihan telah dianiaya diatas kegagalan untuk mengakui pemikiran yang salah ini.  Oleh kerana mereka terus memelihara perintah-perintah Allah dan iman anakNya Yesus, maka mereka dianiaya.

 

Sistem Tiga Ketuhanan (Triune Godhead) yang salah ini diperkenalkan sebagai pelopor kepada kesilapan isu Rahmat-Hukum. Kemurtadan pada zaman akhir diantara umat-umat pilihan akan tertumpu disekeliling hukum. Orang berdosa sebenarnya adalah orang yang tidak memiliki perintah hukum (anomias).  Ini bererti tanpa hukum. Justru, orang yang tidak memiliki hukum mencuba untuk menghapuskan makna hukum. Dia meletakkan dirinya lebih tinggi dari Tuhan.  Dia duduk di naos Allah yang mana adalah kita.

 

1Korintus 3:17 Jika ada orang yang membinasakan bait Allah, maka Allah akan membinasakan dia.  Sebab bait Allah adalah kudus dan bait Allah itu ialah kamu.

 

Perkataan yang diterjemahkan sebagai bait ini adalah naos.  Ayat yang dikemukakan oleh Marshall seperti berikut:

Sekiranya sesiapa tempat suci Allah dicemarkan, ia harus mencemarkan orang ini; kerana tempat suci Allah adalah kudus, iaitu kamu.

 

Rahsia kedurhakaan tanpa hukum ini sudah mula berleluasa sewaktu Paulus menulis kepada orang-orang Tesalonika.

 

2Tesalonika 2:7-10 Kerana secara rahasia kedurhakaan telah mulai bekerja, tetapi sekarang masih ada yang menahan.  Kalau yang menahannya itu telah disingkirkan, [lebih tepat lagi - terkeluar dari tengah-tengah mereka (eoos ek mesou genetai)] 8 pada waktu itulah si pendurhaka baru akan menyatakan dirinya, tetapi Tuhan Yesus akan membunuhnya dengan nafas mulutNya dan akan memusnahkannya, kalau ia datang kembali.  9 Kedatangan si pendurhaka itu adalah pekerjaan iblis, dan akan disertai rupa-rupa perbuatan ajaib, tanda-tanda dan mujizat-mujizat palsu, 10 dengan rupa-rupa tipu daya jahat terhadap orang-orang yang harus binasa kerana mereka tidak menerima dan mengasihi kebenaran yang dapat menyelamatkan mereka.

 

Justru itu, aktiviti Setan akan diatur untuk memperkenalkan sistem diantara kaabah Allah untuk mencemarkannya dengan sistem yang cuba menghapuskan hukum Allah dan yang akan menyesatkan orang malah kepada umat-umat pilihan sekiranya mampu.  Kasih terhadap kebenaran adalah perlu untuk menyelamatkan umat-umat pilihan dalam isu ini. Umat-umat pilihan harus bergelut dengan jenis penipuan ini sepanjang jangka masa Gereja sehingga kedatangan Mesiah.  Hanya ada satu perdebatan yang bertahan sepanjang jangka masa Gereja dan yang telah dicemarkan serta dianiaya iaitu Modalist-Trinitarian atau perdebatan Tiga Ketuhanan (Triune Godhead) dan juga perdebatan isu Rahmat-Hukum yang mana tidak dapat ditawar-tawar lagi.  Perdebatan ini telah dilihat dalam 1Yohanes, berakar dari fahaman Modalisma sebagai bentuk Triune yang awal dan akhirnya menjadi Triniti. Konsekwensi lain atas kesalahan ini boleh dilihat dalam Kolose dan Galatia dan juga Efesus.  Kasih terhadap kebenaran adalah meterai pada umat-umat pilihan.  Mereka yang tidak menolak perdebatan ini dan tidak menuruti perintah-perintah Allah, akan ditolak oleh Allah.  Proses ini menjadi amat jelas dan lebih hebat lagi pada zaman akhir dan di Jemaat Laodakia dan Sardis.  Kedua-dua Jemaat ini ditolak dan hanya beberapa individu yang diselamatkan.


 

q