Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[089]

 

 

 

 

Bidaah di dalam Jemaat Rasul

(Edisi 2.0 19950128-20000311)

 

Karya tulis ini adalah mengenai dasar bidaah orang Kolose dan Galatia. Ia secara dasarnya adalah dari siri Rahmat-Hukum dan ia berkenaan dengan pegangan hukum menurut Paulus. Teks ini akan mengembangkan pegangan di dalam Jemaat Yohanes. Doktrin Gnostic (pengetahuan mistik) juga akan dibincangkan. Pegangan kurun yang pertama tentang dua kedatangan Mesiah juga akan dibincangkan dari bukti tulisan Dead Sea Scrolls (Gulungan Laut Mati). Pegangan Paulus dilihat disalah anggap oleh golongan ortodoks moden. Karya tulis ini membawa kepada karya tulis yang seterusnya Perbezaan di dalam Hukum dan juga Pekerjaan Teks Hukum – atau MMT.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ć 1995, 2000 Wade Cox)

(Tr. 2005)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Bidaah di dalam Jemaat rasul [089]

 


Perhatian: Karya tulis ini harus dibaca bersama dengan alat pita pendengaran.

 

Pengenalan

Buku Kolose dan Galatia dipercayai memegang beberapa pegangan doktrin yang salah mengenai dengan Pegangan Jemaat Perjanjian Baru. Di antara yang lain ialah pendirian bahawa hukum itu telah ditiadakan dan ini adalah kerana terjemahan terhadap teks-teks ini. Terjemahan ini adalah salah. Huraian tentang kosmologi Perjanjia Baru yang betul harus dikembangkan. Bidaah di dalam Jemaat Rasul ini telah membentuk satu bab dari akibat ini.

 

Latar Belakang

Jemaat Rasul telah berdepan dengan siri-siri masalah dari mulanya. Banyak daripada jemaat yang mempunyai catatan Alkitab telah dikembangkan oleh atau dibawah kawalan Paulus. Apabila perselisihan timbul dalam ehwal ketepatan atau penerimaan terhadap sesuatu praktik, mereka selalu merujuk kepada Paulus untuk penyelesaian. Beberapa daripada praktik seperti yang ada di Jemaat Korintus melibatkan satu praktik fizikal yang mana telah menurunkan martabat kerohanian Jemaat. Masalah yang lain lebih melibatkan hal ini serta wujud sebagai sesuatu yang kurang difahami. Ini seolah-olah timbul kerana kosmologi yang difahami di dalam Jemaat-jemaat Perjanjian Baru telah disalah faham oleh teologi golongan selepas-Nicean. Surat kepada orang Kolose ini adalah satu teks yang penting bagi pemahaman terhadap kosmologi asli dalam Jemaat Perjanjian Baru.

 

Satu lagi teks yang penting, tetapi kurang perluasan adalah teks kepada orang Galatia. Surat kepada orang Ibrani adalah teks yang paling penting mengenai dengan perhubungan di antara Perjanjian Lama dan Baru dan kosmologinya. Dengan memahami kesalahan yang dialami oleh Jemaat-jemaat ini, kita boleh memahami kosmologi yang asli. Apabila teks-teks ini akan diteliti, kita akan melihat dengan betul apakah kesalahan ini dan lebih khusus lagi, kita akan memahami bagaimana ia berlaku.

 

Kolose

Sifat Dasar Teks

 

Bidaah orang Kolose telah dikaburkan sejak lama dahulu pada dasar pemahaman yang boleh diterima bahawa orang Kolose telah memeluk satu bentuk fahaman Gnostisisme (satu praktik mistik), yang mana tidak boleh dikait kembangkan dari teks ini dengan betul.

 

Kesalahan ini telah juga dianggap terlibat dalam satu bentuk fahaman legalisme (perundangan). Ini adalah berasal dari pemahaman yang salah tentang istilah yang digunakan oleh Paulus di dalam teks ini. Kiasan Paulus di dalam teks terhadap konsep-konsep ini adalah tidak jelas dan memerlukan penelitian dan penyusunan.

 

Kolose 2:8-10, 16 merujuk kepada konsep-konsep berikut:

tradisi (B"DV(@F4<) [paragosin] (2:8);

kesempurnaan (B8ZDT:") [plerõma] (1:9; 2:9,10);

falsafah (N48@F@N4") [philosophia] (2:8);

makan dan minum ($DfF,4, B`F,4) [brõsei, posei] (2:16);

wewenang dan kuasa (•DP"4, ¦.@LG4"4) [archai, ezousiai] (2:15); and

elemen dunia (FJ@4P,Ä" J@Ł 6`F:@L) [stoicheia tou kosmau] (2:8,20).

 

Istilah-istilah ini juga digunakan di dalam Gnostic Judaism dan di dalam Hellenising Syncretism. Bacchiocchi (From Sabat to Sunday: A Historical Investigation into the Rise of Sunday Observance in Early Christianity, Apendeks, ms. 343 dan ms seterusnya) menyatakan bahawa kedua-dua istilah ini

digunakan oleh para pengulas untuk mendefinisikan keasalan fahaman gnosis di Kolose.

 

Bacchiocchi merujuk kepada teks oleh Jacques Dupont E. Percy, Lightfoot dan Lyonnet sebagai contoh cendikiawan-cendikiawan yang mendefinisikan bidaah sebagai satu bentuk fahaman Yudaisme yang jadikan Gnostik. Disebaliknya Gunther Bornkamm dalam “The Heresy of Collossians” dalam Conflict at Colossae, ms. 126 menyatakan dengan tegas:

Bagaimana pun, dalam satu tahap tidak ada keraguan bagi saya: dokrin orang Kolose mengenai elemen dipunyai oleh mitologi kuno dan spkulasi dari teologi-Aeon timur, yang mana telah tersebar dan aktif di dalam fahaman Hellenistik sinkretisme; petikan Ernest Lohmeyer, Der Brief an die Kolosser, 1930, ms. 3 dan seterusnya.; M. Dibelius, An die Kolosse, Epeser, An Philemon, 1953, excursus pada 2:8 dam 2:23. (Bacchiocchi, sehingga ms 345).

 

Bacchiocchi meneruskan dengan catatan bawahnya dengan mangatakan bahawa

 

orang lain menterjemahkan bidaah orang Kolose sebagai satu fahaman sinkretisme dari Hellenistic dan elemen orang Yahudi; lihat Edward Lohse, A Commentary on the Epistle to the Colossian dan to Philemon, 1971, ms. 115-116; Norbert Hugedé, Commentaire de l'Épītre aux Colossiens, ms 9, 143; W. Rordorf, Sunday, ms. 136: ‘Kita sebenarnya menangani kebarangkalian seluruh aliran tradisi sinkretik yang mana material Kristian-Yahudi menjalin dengan material Hellenistic dan asal ketimuran dengan mudah’; petikan Handley C.G. Moule. Colossian Studies, 1898, yang mendefinisikan bidaah sebagai satu campuran Yudaisme dan fahaman Gnostisisme, dengan rujukan yang luas terhadap perkataan Gnostisisme.’

 

Pemahaman ini boleh disusun dari surat utusan dan kosmologi rujukan Perjanjian Baru terlebih lagi dalam Wahyu dan dibantu dengan analisis yang dibuat di dalam Bab 2, 3 dan 4 [Allah Disingkap]. Segera sesudah kosmologi Alkitab difahami dengan betul, dasar masalah di Kolose boleh digahami dengan betul. Satu pembayang yang mudah ialah bahawa Jemaat di Kolose telah dibetulkan dengan cara yang dinyatakan bahawa jemaat di Kolose telah salah tetapi kesalahan ini adalah salah faham di pihak Jemaat tentang konsep-konsep yang masih wujud di mana mereka sendiri tidak menyangkalnya. Justru itu, kita berdepan dengan distorsi dan aplikasi yang salah dan bukannya adopsi yang menyeluruh. Rujukan kepada teologi Aeon oleh Bornkamm adalah satu pembayang yang utama kepada teka-teki ini. Aeon teologi yang seandainya juga dinyatakan kepada orang Ibrani.

 

Bacchiocchi percaya bahawa kesalahan orang Kolose telah disifatkan oleh satu kesalahan teologi dan praktikal. Dia percaya bahawa

Secara teologi, ‘falsafah’ orang Kolose (2:8) telah bersaing dengan Kristus bagi kesetiaan umat manusia. Sumber kuasanya, menurut Paulus adalah tradisi yang dibuat oleh manusia - B"DV*@F4H [paradosis] (2:8) dan objeknya F@N4" [sophia] (2:3,23), ‘pengetahuan -  (<äF4H [gnosis] (2:2,3; 3:10) dan ‘pemahaman - Fb<,F4H [sunesis] (1:9; 2:2). Untuk mencapai pengetahuan seperti ini, orang Kristian disuruh untuk memberi penghormatan kepada wewenanag kosmik (2:10;15) dan kepada ‘elemen-elemen alam semesta - FJ@4P,Ć J@Ų P`F:@L [ta stoieea tou kosmou] (2:8,18,20).

 

Ia adalah penting untuk mengasingkan dengan tepat kesalahan teologi dan yang dikatakan oleh Paulus kepada Jemaat di Kolose. Elohim, seperti yang di demonstrasikan dari konteks Alkitab, adalah warga semesta yang ramai yang mana Domba itu adalah Imam besar, tetapi dia adalah satu daripada Elohim yang ramai sebagai saudara atau sahabat. Wahyu 5 menunjukkan bahawa terdapat tanggung jawan yang telah diserahkan di dalam Kaunsil Elohim. Wahyu 5:8 menyatakan dengan jelas bahawa setiap dari dua puluh empat tua-tua itu telah dilengkapi dengan kecapi dan botol kecil emas yang penuh dengan wangi-wangian, yakni doa-doa orang yang kudus. Ianya jelas bahawa tua-tua ini mempunyai tanggung jawab dalam menjaga umat pilihan. Ianya jelas bahawa di Kolose, satu loncatan yang lojis telah dibuat di mana Elohim-Elohim ini berdoa terus kepadanya. Praktik kuno dalam hal berdoa kepada roh yang mati berasal dari fahaman Shamanisme (kedukunan) dan sistem Babilon. Penaikan yang mistik yang didapati di dalam mistisisme Merkabah telah membuat impak di daerah Filistin pada kurun yang pertama. Karya tulis Vegetarianisme di dalam Alkitab (No. 183) menunjukkan perkembangan fahaman pertapaan Gnostik di dalam Kekristianan. Walau bagaimana pun Pendamaian malaikat dan sistem pertapaan telah memasuki Jemaat di Kolose, yang mungkin berdasarkan alasan yang berasal dari Wahyu 5:8. Penyembahan berhala telah disamarkan sementara pendamaian umat kudus dan kemudian telah menyerap kedalam aliran Kekristianan yang utama. Bagaimana pun, upacara pemurnian pertapaan ini mencapai kejayaan yang lebih terhad. Tradisi yang dirujuk oleh Paulus berasal dari elemen roh dan diperkaitkan dengan falsafah. Ini adalah satu hal yang sukar yang melibatkan tiga aliran dasar fikiran – yakni, pengaruh dari satu atau lebih dari sekolah-sekolah falsafah; mengatur semula tradisi lisan yang didasarkan oleh aspek-aspek fahaman Yudaisme; dan yang terakhir, perlakuan terhadap elemen-elemen roh. Tidak ada keraguan bahawa ia melibatkan pendamaian dari makluk yang lebih rendah kerana Paulus berkata dalam Kolose 2:9-10 untuk menyatakan tentang Kristus:

 

Sebab dalam Dialah berdiam secara jasmaniah seluruh kepenuhan ke-Dewaan, dan kamu telah dipenuhi di dalam Dia. Dialah kepala semua pemerintah dan penguasa.

 

Ia harus diperhatikan bahawa istilah kepenuhan ke-Dewaan berasal dari istilah  2,`J0J@H [theotetos]. Seperti yang dicatat di dalam Thayer (ms. 288) Dewa berbeza dengan ke-illahian seperti sifat berbeza dengan kualiti. Justru itu, dewa yang dirujuk disini, yang mana diam di dalam Kristus secara tubuh, adalah roh Allah. Ia adalah sifat yang berasal dari Allah yang membolehkan Kristus menjadi satu dengan Allah. Sementara Elohim yang lain memiliki roh ini, isu yang dibuat oleh Paulus adalah bahawa  Kristus mempunyai wewenang dan kepenuhan kualiti dewa ini serta sifat keperibadian Allah yang diserahkan kepadanya. Ini membuat entiti-entiti yang lain tidak bersangkutan dalam pengawalan umat pilihan. Kristus adalah kepala kepada semua pemerintahan dan kuasa (Kol 1:10). Allah adalah objek bagi doa. Kristus dan para tua-tua bertindak melalui pengutusan mereka. Justru itu, isunya adalah satu yang mengendali dan menguasai. Bacchiocchi (loc. Cit) menyatakan dalam pertalian dengan elemen-elemen alam semesta (Kol 2:8, 18, 20) bahawa:

Kebanyakan pengulas moden telah mengadaptasikan satu terjemahan yang diwujudkan terhadap stoicheia (terlebih lagi pada dasar ayat jajar dalam Galatia 4:3, 9; petikan 3:19); mengenal pasti mereka dengan malaikat pengantara hukum (Kisah 7:53; Gal 3:19; Ibr 2:2) dan tuhan-tuhan langit orang kafir dihargai dengan kendalian takdir umat manusia. Untuk mendapatkan perlindungan dari kuasa-kuasa kosmik ini dan wewenang mereka, ‘falsafah’ orang Kolose menyuruh orang Kristian untuk menawarkan adorasi kepada kuasa-kuasa malaikat (2:15, 18, 19, 25) dan untuk mengikuti praktk-praktik pertapaan dan upacara seumpamanya (2:11, 14, 16, 17, 21, 22). Melalui proses ini seseorang itu pasti boleh datang dan mengambil bahagian di dalam kepenuhan ke-Allahan B8ZDT:":" [plerõma]" (2:9,10, cf. 1,19). Maka kesalahan teologi ini secara dasarnya terkandung di dalam meletakkan malaikat pengantara dalaman di tempat Ketuanya sendiri (2:9, 10, 18, 19) (ms. 344-345).

 

Bacchiocchi meneruskan dengan berkata:

Akibat praktikal dari spkulasi teologi ini adalah desakan terhadap fahaman pertamaan dan ritualisme yang ketat. Ini terkandung di dalam “penanggalan tubuh jasmani” (2:11) (yang bererti  penanggalan dari dunia); perlakuan yang tegas terhadap tubuh (2:23); melarang untuk merasa atau menyentuh beberapa jenis makanan dan minuman (2:16, 21), dan pemeliharaan yang berhati-hati terhadap hari-hari kudus dan perayaan musim, bulan baru, Sabat (2:16). Orang Kristian telah dibawah kepada mempercayai bahawa dengan menyerahkan praktik-praktik pertapaan ini, mereka tidaka menyerahkan iman mereka kepada KRistus, tetapi akan meneriman perlindungan tambahan dan mendapat keyakinan bahawa mereka akan mampu mencapai di dalam kepenuhan ke-Allahan (ms. 345).

 

Proses-proses fikiran yang terlibat ini disasarkan untuk meniadakan entiti kedua dan mengasingkan proses satu yang mengendali melalui Kristus. Semua doa harus ditujukan kepada Allah Bapa melalui nama Kristus. Walaupun terdapat kuasa yang mempengaruhi umat manusia, tetapi terdapat satu Pengantara di antara Allah yang manusia. Tidak pernah di dalam Alkitab yang menyebut tentang doa yang didukung oleh sesiapa pun melainkan Allah sendiri, yakni Bapa. Pendamaian para tua-tua mungkin mengembangkan kosmologinys sendiri. Bagaimana pun, apa yang jelas ialah bahawa beberapa tradisi orang Farisi mengenai hukum telah menyerap ke dalam Jemaat dalam proses ini. Teori elemen roh alam semesta lebih menyukarkan isu ini (petikan karya tulis Pekerjaan Teks Hukum – atau MMT (No. 104)).

 

Masalah Sabat

Rujukan di dalam Yesaya 1:14 selalunya digunakan untuk membenarkan pemeliharaan perayaan Paskah Hari Minggu orang Kasdim dan perayaan Pertengahan-musim sejuk Disember yag bertentangan dengan ordinansi Alkitab. Sesungguhnya, Alkitab King James Version dalam Kisah 12:4 telah disalah terjemahkan sebagai Easter (Paskah Hari Minggu) dan bukannya Paskah. Untuk membenarkan bahawa Kristus akan membenarkan Jemaat untuk menggantikan perayaan rencana keselamatan itu dengan perayaan kafir sedangkan perayaan ini telah diperkenalkan oleh dia di bawah perintah Allah adalah sesuatu yang luar biasa dan tidak waras.  Tertullian jatuh ke dalam kesalahan ini apabila dia berdebat terhadap Marcion mengenai Sabat. Dengan tidak begitu memahami peranan Mesiah sebagai Elohim atau Malaikat Yehovah dalam Perjanjian Lama, Tertullian menganggapnya entiti yang berlainan dan menegaskan bahawa kedua-dua Yehovah dalam Perjanjian Lama dan Kristus dalam Perjanjian Baru itu membenci Sabat. Tertullian menggunakan Yesaya seperti di atas untuk Perjanjian Lama dan justru beranggapan tentang Kristus bahawa:

Walaupun tidak menjadi Kristus orang Yahudi, Dia [yakni Kristus dala Perjanjina Baru] menunjukkan kebencian terhadap hari kduus orang Yahudi, Dia hanya menyatakan untuk mengikuti Sang Pencipta, yang menjadi Kristus Dia [Mesiah], dalam kebencian terhadap Sabat ini; Dia berseru melalui mulut Yesaya: ‘ Bulan Baru kamu dan Sabat-Sabat kamu saya benci’ (Bacchiocchi dalam From Sabbath To Sunday: A Historical Investigation into the Rise of Sunday Observance in Early Christianity, cetakan Pontificial Gregorian University, Rome, 1977 memetik dari Marcion 1,1 ANF, Bab. III, ms. 271; (tetapi rujukannya hanya kepada permulaan karya ini sahaja)).

 

Pendapat Bacchiochi  adalah bahawa pandangan Tertullian dalam Buku I, II, III & V menunjukkan pertentangan kepada apa yang diajar oleh Marcion, bahawa pemeliharaan Sabat yang diajar oleh Allah dalam Perjanjian Lama dan yang diajar oleh Kristus oleh Kristus adalah sama. Ajaran kedua-kedua Perjanjian ini adalah sama. Kedua-duanya berasal dari Allah yang sama yang merupakan Allah kepada kedua-dua dispensasi. Bagaimana pun, dalam memperdebatkan harmoni, dia menyatakan Sabat itu kepada satu institusi yang selalu pandang rendah. (Bacchiocchi, ibid, ms. 187).

 

Hukum

Ianya di dalam Buku V Bab IV di mana tertullian membincangkan konsep elemen yang telah disamakan oleh orang Roma dengan permulaan pembelajaran. Tertullian menyamakan elemen-elemen ini dengan dasar permulaan hukum atas dalil bahawa hukum ini adalah satu mekanisma pengenalan untuk mengajar umat pilihan di dalam iman. Dia merujuk kepada konsep di dalam Galatia, tetapi disini Paulus merujuk kepada bidaah, mungkin juga kepada animistik, yang melibatkan perdamaian kuasa roh yang telah memasuki Jemaat orang Galatia dan menjadi tertanam di dalam perayaan Alkitab dan kemudian menjadi satu bentuk justifikasi melalui kesetiaan kepada hukum dan bukannya kepada rahmat (Gal 5:4). Di sini masalah ini datang di Kolose. Masalah orang Galatia adalah sama dengan fahaman Gnostik yang terdiri dari bidaah orang Kolose. Bidaah di Kolose, seperti yang kita perhatikan, melibatkan “elemen-elemen” serta “tradisi-tradisi” dan merupakan satu pemujaan kultus kuasa malaikat yang mana permohonan boleh dicapai melalui pemeliharaan kepada “peraturan-peraturan - *Ī(:"J"" [dogmata].

 

Seperti yang kita perhatikan, kultus ini bertepatan dengan pengenalan kepada penaikan mistikal Hekaloth dalam fahaman Yudaisme semasa kurun yang pertama (lihat Kaplan Meditation of Hekaloth, Samuel Weiser, Maine, 1989 untuk keperincian sistem ini). Konsep bahawa pemurnian boleh diperolehi melalui pemeliharaan terhadap peraturan-peraturan (dan di sini melalui pelayanan malaikat) adalah konsep yang telah “dipaku di kayu salib” bukannya dari hukum. Perdebatan ini meluas atas fakta bahawa di dalam Kristus seluruh kepenuhan dewa itu diam secara jasmani (2:9), dan oleh itu semua bentuk kekuasaan yang wujud adalah lebih rendah dari dia yang mana merupakan kepala kepada semua pemerintahan dan wewenang (2:10), dan hanya melalui kristus (yang memiliki bukan sahaja kepenuhan dewa tetapi juga memiliki kepenuhan penebusan dan pengampunan terhadap dosa) (lihat 1:14; 2:10-15; 3:1-5) orang yang percaya boleh mencapai kepada kepenuhan kehidupan (2:10). Paulus, bertentangan dengan kaedah yang selalu digunakannya, tidak berpaling kepada hukum tetapi kepada pembaptisan seperti pengusulan Harold Weiss yang diperhatikan Bacchiocchi.  Hukum itu sebagai satu istilah (<`:@H [nomos]), tidak hadir di dalam Kolose 2 di dalam perbincangan tentang pertentangan tersebut dan ini akan mengukugkan pernyataan bahawa:

sebenarnya bidaah orang Kolose bukan berlandaskan di atas legalisma orang Yahudi tetapi di atas satu jenis pertapaan yang luar biasa dan di atas peraturan pemujaan (*Ī(:"J" [dogmata]) yang mengaksir kepenuhan penebusan Kristus (Bacchiocchi, ibid, ms. 347).

 

Perdebatab Paulus dalam Galatia dan Kolose telah disalah fahamkan dan telah disalah aplikasikan, terlebih lagi oleh golongan anti-Nomian tetapi secara umum oleh golongan Athanasia. Tertullian adalah yang pertama dari golongan Trinitarian yang membawa teologi yang serba kurang ini. Golongan Trinitarian tidak memahami kepentingan kepada perdebatan yang diuraikan di dalam Kolose kerana mereka tidak memahami kosmologi awal orang Kristian. Bidaah orang Kolose (dan golongan Valentinia) hanya boleh terjadi kerana Jemaat awal memeluk satu kosmologi (ren. Wah 4) yang merupakan Elohim yang ramai yang melibatkan tiga puluh entiti yang dipanggil oleh golongan Valentinia sebagai Aeon dari Aeon yang berkepala singa. Ini akan diteliti dalam karya yang lain.

 

Orang Galatia

Tertullian dengan salah mendakwa dari Galatia dan di tempat lain bahawa Allah memandang rendah terhadap Sabat dan perayaan-perayaan dengan berdebat:

‘kamu memelihara hari-hari dan bulan-bulan, dan masa-masa, dan tahun-tahun’ [Gal 4:10] – saya perkirankan bahawa Sabat dan ‘persediaan’ [ANF menterjemahkan ‘Coenas puras’: mungkin sebagai B"D"F6,L"4 paraskeuai atau persediaan] dari Yohanes xix. 31’; lihat bahagian ‘Paskah’ bagi penjelasan tentang perkara ini] dan puasa dan ‘hari-hari besar’ [Yohanes 19:31 juga?]. Bagi penghentian perkara ini, tidak kurang dari penyunatan, telah ditetapkan oleh dekri Sang Pencipta, yang dikatakan oleh Yesaya, ‘bulan-bulan baru kamu dan sabat-sabat kamu, dan hari-hari besar kamu saya tidak tahan lagi; puasa kamu serta perayaan-perayaan, dan upacara-upacara dibenci oleh jiwa ku [Yes 1:13,14]; juga oleh Amos, ‘ Aku benci, Aku memandang rendah perayaan-perayaan kamu, dan Aku tidak akan menghidu di dalam perkumpulan kudus kamu’ [Amos 5:21]; dan sekali lagi oleh Hosea, ‘Aku akan akan menghentikan semua kegembiraannya, dan perayaan-perayaannya dan sabat-sabatnya dan bulan-bulan barunya, semua perkumpulan kudusnya [Hosea 2:11]. Kamu bertanya adakah Dia kemudiannya memusnahakan institusi yang ditetapkanNya sendiri? Ya, dan bukannya oleh orang lain. Atau sekiranya ada orang lain yang memusnahkannya, dia hanya membantu dalam tujuan Sang Pencipta, dengan menyingkirkan apa yang Dia kutuk. Tetapi ini bulan tempatnya untuk membincangkan soalan mengapa sang Pencipta meniadakan hukumnya sendiri. Ianya cukup bagi kita untuk membuktikan bahawa Dia memaksudkan penghapusan tersebut, supaya ia menjadi kuat bahawa rasul tidak boleh menentukan prejudis Sang Pencipta, sebab penghapusan itu sendiri datangnya dari Sang Pencipta (Tertullian Against Marcion, Bk V, Bab IV, ANF, Jil. III, ms. 436).

 

Tertullian menunjukkan bahawa Marcion adalah yang pertama dikenali sebagai seorang bidaah melalui pemisahannya dengan injil dan hukum (Against Marcion, ibidm Bab XXI, ms. 286). Menariknya, ianya dalam aspek bidaah Marcion yang menjadi paling lazim pada hari ini dalam justifikasi Kristian bagi menyingkirkan tuntutan hukum dari penyembahan dan perayaan-perayaan, khususnya dalam isu Sabat. Gagasan ini adalah tidak waras secara falsafah bagi alasan yang ada di tempat lain. Dengan khususnya, tentangan ini diungkit oleh Tuan Russell seperti isu di dalam hukum kudus (yakni, bahawa ia tidak hanya dikeluarkan semata-mata oleh dasar peraturan, tetapi harus mempunyai landasan yang lebih kukuh) telah menghindari cara pemikiran yang diserapkan oleh tertullian. Ia menjadi jelas melalui kajian terhadapnya bahawa dia tidak memahami isu yang sebenarnya di belakang pernyataan dalam Yesaya, Amos dan Hosea di mana perayaan-perayaan yang dipemilhara oleh Israel dan Yudah ini telah dicemari dan bahawa ianya kekurangan dasar keadilan dan kebenaran (Amos 5:24) yang menjadi masalah seperti yang jelas melalui pembacaan sepintas lalu terhadap teks ini. Kristus juga merasa jijik dengan kaedah pemeliharaan Sabat oleh golongan Farisi yang Hipokrit.

 

Hukum itu harus datang dari dasarnya di dalam sifat keperibadian Allah dan bukannya dari satu pernyataan pendek seperti yang diajukan dengan betul oleh Russell. Malangnya hierarki perhubungan dianggap perlu oleh Russell dan perhubungan kepada fahaman Gnostisisme adalah sebenarnya betul. Bagaimana pun, Russell tidak mengkaji dengan memadai kosmologi yang benar selain dari menunjukkan (Why I Am Not A Christian [Mengapa Saya Bukan Seorang Kristian]) bahawa isu hukum yang kudus di dalam fahaman Trinitarianisme adalah menyeleweng. Persoalan tentang Sabat selalunya disingkirkan dari hukum supaya terdapat sembilan hukum dan bukannya sepuluh hukum dan ini adalah gagasan – hukum itu telah dihapuskan. Perdebatan ini menunjukkan  seorang protestan telahs salah memahami tentang sifat hukum tersebut. Penerimaan Protestan terhadap Penyembahan Hari Minggu, yang mana ia sendiri berlandaskan kaunsil Jemaat golongan Athanasia adalah menyeleweng. Sekiranya Jemaat mempunyai kuasa untuk mengubah hukum, maka ia mempunyai kuasa ke atas semua aspek dalam hukum dan Jemaat dan fahaman Protestanisme adalah satu pemberontakan yang tidak sah. Bagaimana pun, Reformasi telah cacat dalam analisisnya bahawa Reformasi itu hanya tertumpu kepada teologi Augustine dan bahawa teologi ini tidak benar atas dasar Alkitab. Karya Augustine adalah berlandaskan falsafah dan ianya tidak disokong oleh dasar Alkitab.

 

Paulus memetik dalam sokongan aktiviti anti-nomian, yakni perdebatan bahawa hukum itu telah dihapuskan dari anggapan. Kebanyakan daripada masalah orang Galatia berasal dari penyederhanaan dari pegangan Paulus. Dia telah diserang dari golongan legalis dari satu sudut dan oleh golongan anti-nomianis di sudut yang lain. Masalah orang Galatia bukan satu fahaman legalisma Yudaik. Peraturan kultus diajukan secara langsung, seperti yang kita lihat, kepada kuasa malaikat yanga jatuh yang dianggap bukai theoi (ilahi) kerana sifat keperibadian mereka.

 

Paulus sebenarnya memulakan suratnya selepad salutasi dan pengenalan (Gal. 1:1-5), dengan mempertahankan martabat kerasulannya (Gal. 1:6 sehingga 2:21). Dia kemudiannya meneruskan untuk mempertahankan injil (Gal. 3:1sehingga 4:31). Implikasi etik dalam injil kemudiannya diteliti di dalam Galatia 5:1 sehingga 6:10 dan kesimpulan dibuat dari Galatia 6:11-18.

 

 Masalah Jemaat Galatia boleh dilihat dengan jelas sebagai pembagian di antara dua pegangan ini. Perdebatan bahawa hukum itu telah dihapuskan dari pembacaan Galatia dan Kolose adalah satu perdebatan anti-nomianis yang telah disangkal oleh Paulus (dan juga Yakobus dan Yohanes), seperti juga fahaman Legalisma Yudaisme Farisi telah disangkal (lihat karya tulis Perhubungan di antara Keselamatan oleh Rahmat dan Hukum (No. 82) dan Pekerjaan Teks Hukum – atau MMT (No. 103)). Ketidakhadiran pemberian syukur dan ucap selamat dalam surat-surat yang lain telah diuraikan oleh Interpreter’s Dictionary of the Bible (Jilid 2, art. Galatians, ms. 338-348) sebagai menggambarkan kegemparan berita ini tentang kesalahan dan gerak hati untuk melawan balik.

 

Tidak ada keraguan bahawa Jemaat ini telah berpaling kepada injil yang lain, yang mana bukan satu injil sama sekali.

 

Paulus telah melawat Yerusalem dan melihat PEtrus dan Yakobus (pada perkataannya). Empat belas tahun kemudian dia melawat Yerusalem sekali lagi untuk memberikan injil yang telah ditafsirkan oleh teologi moden (Interp. Dict., ms. 341)sebagai kebebasan dari hukum kepada mereka yang ada di sana (termasuk Yakobus, Petrus dan Yohanes).

 

Dari lawatan Paulus, ianya jelas bahawa dia bekerja di aklangan orang fasik dan mereka di kalangan orang Yahudi. Petrus adalah rasul kepada orang Yahudi seperti yang ditunjukkan oleh Galatia. Elemen konservatif di dalam Jemaat, Petrus, Yakobus dan yang lain, tampak telah menghadkan pengambilan bahagian dari golongan fasik di dalam Jemaat dari Galatia 1:11-14. Petrus (Kefas) telah disebut di sini.

 

Galatia 2:11-14 Tetapi waktu Kefas datang ke Antiokhia, aku berterang-terang menentangnya, sebab ia salah.  12 Karena sebelum beberapa orang dari kalangan Yakobus datang, ia makan sehidangan dengan saudara-saudara yang tidak bersunat, tetapi setelah mereka datang, ia mengundurkan diri dan menjauhi mereka karena takut akan saudara-saudara yang bersunat.  13 Dan orang-orang Yahudi yang lainpun turut berlaku munafik dengan dia, sehingga Barnabas sendiri turut terseret oleh kemunafikan mereka.  14 Tetapi waktu kulihat, bahwa kelakuan mereka itu tidak sesuai dengan kebenaran Injil, aku berkata kepada Kefas di hadapan mereka semua: "Jika engkau, seorang Yahudi, hidup secara kafir dan bukan secara Yahudi, bagaimanakah engkau dapat memaksa saudara-saudara yang tidak bersunat untuk hidup secara Yahudi?"

 

Ini menunjukkan pemahaman Jemaat ini. Pembebasan Jemaat ini adalah dari tradisi golongan Farisi dan sistem mereka. Petrus telah mengabaikan tradisi mereka. Pesta Yerusalem telah mengambil alih tradisi ini. Berada di Yerusalem, ianya lebih mudah untuk bersama dengan tradisi ini daripada menentangnya. Sebaliknya golongan Fasik harus mencipta satu isu untuk memelihara tradisi ini, yang mana bukan sebahagian daripada  sistem hukum. Lebih lagi, peraturan yang wujud juga berasal dari bahagian sistem korban, yang telah dihapuskan oleh Kristus.

 

Perdebatan bahawa hukum itu telah dihapuskan dari konsep bahawa hukum itu telah digenapi di dalam Kristus adalah satu pemahaman yang salah terhadap maksud istilah digenapi.

 

Maksud digenapi (Oxford University Dictionary)

 

ubahan. Untuk memenuhi, membuat ia dipenuhi…

 

Untuk memuaskan nafsu atau kemahuan – 1601.

 

Untuk melengkapkan; untuk memberikan apa yang kurang. Juga untuk memberikan tempat (sesuatu perkara); untuk mengimbangi…

 

Untuk melaksanakan, menjalankan,untuk melakukan; untuk menuruti atau mengikuti M.E.; untuk menjawab (suatu tujuan), menuruti dengan (syarat).

 

Untuk mengakhiri, melengkapkan M.E.

 

Justru itu, ianya boleh dilihat bahawa menghapuskan bukan maksud istilah ini di dalam maksud erti kata  dalam bahasa Inggeris yang pelbagai. Lebih lagi, istilah ini adalah dalam bentuk erti kata Ibrani. Justru itu, perkataan Kristus dari injil harus jelas dalam menterjemahkan istilah ini. Matius 5:17 adalah pernyataan Kristus:

 

Matius 5:17-20 "Janganlah kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya.  18 Karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi.  19 Karena itu siapa yang meniadakan salah satu perintah hukum Taurat sekalipun yang paling kecil, dan mengajarkannya demikian kepada orang lain, ia akan menduduki tempat yang paling rendah di dalam Kerajaan Sorga; tetapi siapa yang melakukan dan mengajarkan segala perintah-perintah hukum Taurat, ia akan menduduki tempat yang tinggi di dalam Kerajaan Sorga.  20 Maka Aku berkata kepadamu: Jika hidup keagamaanmu tidak lebih benar dari pada hidup keagamaan ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, sesungguhnya kamu tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga.

 

Kristus tidak datang untuk menghapuskan hukum atau para nabi. Dia mengatakan demikian. Dia datang untuk menggenapi (plerõsai) hukum tersebut. Justru itu ulasan Paulus dalam Galatia sememangnya mempunyai maksud di dalam konteks ini. Sekiranya tidak demikian dan bertentangan dengan Kristus, Paulus seharusnya melalui definisi menyangkal Kristus dan dengan ini, orang Galatia tidak mendapat inspirasi. Paulus tidak boleh menang ke atas Kristus. Lebih lagi, Alkitab tidak bersangkalan di antara satu dengan yang lain dalam hal doktrin.

 

Justru itu, hukum sepuluh ini bukan sahaja dipelihara tetapi ia juga tidak boleh dikurangi. Maksud digenapi juga boleh dilihat dari istilah yang pelbagai yang diterjemahkan di dalam Perjanjian Lama. Istilah yang pertama adalah SHD 4390 mala untuk memenuhi atau dipenuhi, untuk menyempurnakan, untuk setia kepada konsep yang tehalang dan juga berkumpul bersama atau mendapat kepenuhan. Maksud konteksnya tidak bererti untuk mengasingkan tetapi menjadi pangkal akhir dan mengandungi kesesuaian dalam objek ini, dan dalam hal ini, ini adalah hukum. Teks di mana teks ini digunakan adalah di dalam Kejadian 29:27; Keluaran 23:26; 1Raja 2:27; 2Tawarikh 36:21; Mazmur 20:4,5. Istilah yang kedua adalah SHD 3615 kalah untuk mengakhiri dalam erti kata ubahan. Untuk meghentikan, menyelesaikan, atau binasa dan ubahan. Untuk melengkapi, bersedia atau dihabiskan; dengan ini ia bererti menghabiskan atau membinasakan. Perkataan ini digunakan di dalam Keluaran 5:13 dalam erti kata menyelesaikan tugasan harian atau kerja. Ini bukanlah erti kata yang membawa maksud membinasakan atau menghapuskan. Ia boleh membawa maksud penghentian, dari ulasan Kristus sendiri. Istilah yang ketiga boleh di dapati di dalam 1 Tawarikh 22:13: Prihatin bagi memenuhi hukum-hukum. Perkataan di sini adalah SHD 6213 ‘asah untuk melakukan atau membuat dalam erti kata yang luas. Dengan ini istilah ini bererti untuk menuruti hukum-hukum dalam konteks ini.

 

Istilah yang digunakan untuk menterjemahkan apa yang Kristus katakan di dalam Matius 5:17 adalah satu bentuk perkataan plerõ yang bererti untuk memenuhi, secara literal untuk menjejalkan (seperti jaringan), meratakan (tempat yang berlubang) atau untuk mengurniakan melalui melengkapi, mempengaruhi, memuaskan atau melaksanakan tugas. Justru itu, Kristus difahami telah menambahkan hukum dan bukannya menguranginya atau menghapuskan apa-apa aspek di dalam hukum sama sekali. Untuk menyatakan bahawa Kristus melakukan perkara ini, ia adalah satu percanggahan pemahaman terhadap perkataan dalam semua bahasa yang digunakan, sama ada bahasa Yunani, Ibrani, Aramaik yang merupakan bahasa cakap Kristus, atau Inggeris yakni bahasa yang terakhir menterjemahkan istilah ini. Dia menyempurnakan hukum tersebut dengan menggunakan Roh Kudus dalam pelaksanaannya. Ini adalah maksud yang sebenar perdebatan Paulus dan semua rasul-rasul dan nabi-nabi.

 

Kunci kepada Galatia adalah di dalam Galatia 3:1-5.

Galatia 3:1-5 Hai orang-orang Galatia yang bodoh, siapakah yang telah mempesona kamu? Bukankah Yesus Kristus yang disalibkan itu telah dilukiskan dengan terang di depanmu?  2 Hanya ini yang hendak kuketahui dari pada kamu: Adakah kamu telah menerima Roh karena melakukan hukum Taurat atau karena percaya kepada pemberitaan Injil? 3 Adakah kamu sebodoh itu? Kamu telah mulai dengan Roh, maukah kamu sekarang mengakhirinya di dalam daging?  4 Sia-siakah semua yang telah kamu alami sebanyak itu? Masakan sia-sia!  5 Jadi bagaimana sekarang, apakah Ia yang menganugerahkan Roh kepada kamu dengan berlimpah-limpah dan yang melakukan mujizat di antara kamu, berbuat demikian karena kamu melakukan hukum Taurat atau karena kamu percaya kepada pemberitaan Injil?

 

Konteksnya adalah bahawa Roh diberikan bukan dengan melakukan hukum tetapi dengan Iman. Justru itu, tanda penerimaan Roh disingkirkan dari genggaman seseorang individu kecuali ia bersesuaian dengan kehendak Allah yang dipraktikkan di dalam iman. Konteks ini kemudiannya diberikan kepada Abraham sebagai bapa kepada orang-orang yang beriman.

 

Galatia 3:6-9  Secara itu jugalah Abraham percaya kepada Allah, maka Allah memperhitungkan hal itu kepadanya sebagai kebenaran.  7 Jadi kamu lihat, bahwa mereka yang hidup dari iman, mereka itulah anak-anak Abraham.  8 Dan Kitab Suci, yang sebelumnya mengetahui, bahwa Allah membenarkan orang-orang bukan Yahudi oleh karena iman, telah terlebih dahulu memberitakan Injil kepada Abraham: "Olehmu segala bangsa akan diberkati."  9 Jadi mereka yang hidup dari iman, merekalah yang diberkati bersama-sama dengan Abraham yang beriman itu.

 

Tulah ini akan berleluasa kepada mereka yang bergantung kepada pekerjaan hukum untuk dibenarkan dan bukannya bergantung kepada korban Yesus Kristus.

 

Galatia 3:10-14  Karena semua orang, yang hidup dari pekerjaan hukum Taurat, berada di bawah kutuk. Sebab ada tertulis: "Terkutuklah orang yang tidak setia melakukan segala sesuatu yang tertulis dalam kitab hukum Taurat."  11 Dan bahwa tidak ada orang yang dibenarkan di hadapan Allah karena melakukan hukum Taurat adalah jelas, karena: "Orang yang benar akan hidup oleh iman."  12 Tetapi dasar hukum Taurat bukanlah iman, melainkan siapa yang melakukannya, akan hidup karenanya.  13 Kristus telah menebus kita dari kutuk hukum Taurat dengan jalan menjadi kutuk karena kita, sebab ada tertulis: "Terkutuklah orang yang digantung pada kayu salib!"  14 Yesus Kristus telah membuat ini, supaya di dalam Dia berkat Abraham sampai kepada bangsa-bangsa lain, sehingga oleh iman kita menerima Roh yang telah dijanjikan itu.

 

Justru itu, tanda penerimaan terhadap Janji adalah melalui iman. Pengekalan janji ini adalah melalui penurutan. Pegekalan Roh Kudus berdasarkan penurutan kepada hukum dan pemeliharaan kepada hukum sepuluh (Mat 19:17; lihat juga karya tulis Roh Kudust (No. 117) dan Kehidupan Kekal (No. 133).

 

Orang Yahudi cuba untuk mendapatkan keselamatan melalui pekerjaan dan menyelewengkan tujuan hukum dan merendahkan sifat keperibadian Allah. Kesalahan ini mula menyerap kepada umat pilihan.

 

Galatia 3:15-18 Saudara-saudara, baiklah kupergunakan suatu contoh dari hidup sehari-hari. Suatu wasiat yang telah disahkan, sekalipun ia dari manusia, tidak dapat dibatalkan atau ditambahi oleh seorangpun.  16 Adapun kepada Abraham diucapkan segala janji itu dan kepada keturunannya. Tidak dikatakan "kepada keturunan-keturunannya" seolah-olah dimaksud banyak orang, tetapi hanya satu orang: "dan kepada keturunanmu", yaitu Kristus.  17 Maksudku ialah: Janji yang sebelumnya telah disahkan Allah, tidak dapat dibatalkan oleh hukum Taurat, yang baru terbit empat ratus tiga puluh tahun kemudian, sehingga janji itu hilang kekuatannya.  18 Sebab, jikalau apa yang ditentukan Allah berasal dari hukum Taurat, ia tidak berasal dari janji; tetapi justru oleh janjilah Allah telah menganugerahkan kasih karunia-Nya kepada Abraham.

 

Ia boleh dilihat bahawa janji ini ada di dalam Kristus dan bahawa tidak ada manusia boleh datang keapda Allah kecuali melalui Kristus. Orang Yahudi percaya bahawa mereka boleh mengelakkan tuntutan dari iman dengan setia kepada pekerjaan. Justru itu, maksudnya ialah bahawa terdapat satu bentuk pemurnian yang memasuki Jemaat orang Galatia, yang mana terdapt di kalangan Gnostik (pengetahuan mistikal) dan sejenis dengannya, tetapi tidak sama dengan apa yang terdapat di Kolose.

 

Paulus menjelaskan tujuan dan maksud hukum.

 

Galatia 3:19-20 Kalau demikian, apakah maksudnya hukum Taurat? Ia ditambahkan oleh karena pelanggaran-pelanggaran--sampai datang keturunan yang dimaksud oleh janji itu--dan ia disampaikan dengan perantaraan malaikat-malaikat ke dalam tangan seorang pengantara.  20 Seorang pengantara bukan hanya mewakili satu orang saja, sedangkan Allah adalah satu.

 

Hukum ini diberikan sehingga Kristus datang kerana manusia tidak mampu untuk hidup menurut sidfat keperibadian Allah yakni tempat terbitnya hukum ini. Hanya Kristus yang boleh melakukannya dan mereka yang diberikan Roh melalui iman. Sekarang Roh ini diberikan kepada pra nabi dan mereka mewarisi janji itu, tetapi penyerapan utama pekerjaan ini tidaka akan berlaku sehingga Kristus dan umat pilihan. Kesatuan Allah berasal dari pemilikan Roh Kudus oleh malaikat-malaikat melalui pengantara, yang membolehkan kita menjadi satu bersama dengan Allah sama seperti Kristus adalah satu dengan Allah.

 

Hukum ini tidak menentang janji itu tetapi membuat ia jelas bagi tuntutan iman di dalam Kristus.

 

Galatia 3:21-22 Kalau demikian, bertentangankah hukum Taurat dengan janji-janji Allah? Sekali-kali tidak. Sebab andaikata hukum Taurat diberikan sebagai sesuatu yang dapat menghidupkan, maka memang kebenaran berasal dari hukum Taurat.  22 Tetapi Kitab Suci telah mengurung segala sesuatu di bawah kekuasaan dosa, supaya oleh karena iman dalam Yesus Kristus janji itu diberikan kepada mereka yang percaya.

 

Hukum ini bertindak sebagai satu pembatasan sehingga Kristus kerana kita tidak boleh hidup menurut sifat keperibadian Allah sehingga kita diberikan Roh Kudus. Roh Kudus tidak diberikan atas permintaan sehingga Kristus. Hanya para nabi dan mereka yang dipilih oleh Allah untuk memahami rencana keselamatan boleh mengongsikan di dalam Roh, sebaliknya dari Kristus ianya terbuka kepada kumpulan orang yang lebih besar.

 

Galatian 3:23-29  Sebelum iman itu datang kita berada di bawah pengawalan hukum Taurat, dan dikurung sampai iman itu telah dinyatakan.  24 Jadi hukum Taurat adalah penuntun bagi kita sampai Kristus datang, supaya kita dibenarkan karena iman.  25 Sekarang iman itu telah datang, karena itu kita tidak berada lagi di bawah pengawasan penuntun.  26 Sebab kamu semua adalah anak-anak Allah karena iman di dalam Yesus Kristus.  27 Karena kamu semua, yang dibaptis dalam Kristus, telah mengenakan Kristus.  28 Dalam hal ini tidak ada orang Yahudi atau orang Yunani, tidak ada hamba atau orang merdeka, tidak ada laki-laki atau perempuan, karena kamu semua adalah satu di dalam Kristus Yesus.  29 Dan jikalau kamu adalah milik Kristus, maka kamu juga adalah keturunan Abraham dan berhak menerima janji Allah.

 

Pendamaian Allah melalui syarat dan peraturan hanya satu bayangan kepada perhubungan yang benar yang dimiliki oleh umat pilihan bersama dengan Allah. Kita berkongsi di dalam sifat keperibadian Allah dan melakukan kemahuan kita sendiri perkara-perkara, yang sebelum ini harus dilakukan dengan paksaan luaran. Sekarang hukum sepuluh Allah terbit dari umat pilihan melalui Roh Kudus. Umat pilihan sekarang ini adalah keturunan Abraham sama seperti Kristus adalah keturunan Abraham dan waris kepada janji itu. Dengan cara ini kita akan dinaikkan sebagai Anak Allah dalam kuasa melalui Roh Kudus dari kebangkitan orang mati sama seperti yang berlaku dengan Kristus (Rom 1:4).

 

Paulus meneruskan di dalam Galatia 4 untuk menangani satu lagi konsep yang dia sebut sebagai elemen roh. Dari di atas, perkara ini sememangnya ada kepentingannya.

 

Galatia 4:1-17 Yang dimaksud ialah: selama seorang ahli waris belum akil balig, sedikitpun ia tidak berbeda dengan seorang hamba, sungguhpun ia adalah tuan dari segala sesuatu;  2 tetapi ia berada di bawah perwalian dan pengawasan sampai pada saat yang telah ditentukan oleh bapanya.  3 Demikian pula kita: selama kita belum akil balig, kita takluk juga kepada roh-roh dunia.  4 Tetapi setelah genap waktunya, maka Allah mengutus Anak-Nya, yang lahir dari seorang perempuan dan takluk kepada hukum Taurat.  5 Ia diutus untuk menebus mereka, yang takluk kepada hukum Taurat, supaya kita diterima menjadi anak.  6 Dan karena kamu adalah anak, maka Allah telah menyuruh Roh Anak-Nya ke dalam hati kita, yang berseru: "ya Abba, ya Bapa!"  7 Jadi kamu bukan lagi hamba, melainkan anak; jikalau kamu anak, maka kamu juga adalah ahli-ahli waris, oleh Allah.

 

Umat pilihan adalah hamba kepada roh elemen alam semesta sehingga Kristus. Justru itu, iblis dirujuk sebagai roh elemen. Dengan itu, konsep ini melibatkan proses dasar fikiran kafir yang lazim di kalangan orang Yunani dan Roma. Justru itu, kita berhadapan dengan satu bentuk fahaman sinkretisme Hellenistik yang mana bukan fahaman Yudaisme tulen tetapi dengan cenderung, boleh mempeloporkan fahaman mistisisme.

 

Dia sememangnya merujuk kepada Warga Semesta yang jatuh dari Galatia 4:8 dan ayat-ayat seterusnya. Konteks ini jelas di mana Paulus berkata bahawa sebelum ini sewaktu kita tidak  mengetahui Allah, kita berada di dalam perhambaan kepada mereka yang mana secara sifat keperibadian bukan Theoi. Justru itu, sifat sebagai Theoi berasal dari keperibadian mereka. Teks ini dipersembahkan sebagai berikut:

Galatia 4:8 Dahulu, ketika kamu tidak mengenal Allah, kamu memperhambakan diri kepada allah-allah yang pada hakekatnya bukan Allah.

 

Teks ini dipersembahkan di dalam tulisan karya Marshall, Interlinear:

Tetapi sesungguhnya sewaktu tidak mengenali Allah kamu melayani sebagai hamba kepada yang sifatnya bukan allah.

 

Ianya jelas bahawa layanan kepada warga yang jatuh terlibat dan bahawa dia merujuk kepada mereka sebagai roh elemen. Galatia cuba untuk mendamaikan, melalui ritual, pemeliharaan, roh elemen, dengan tidak menyedari bahawa mereka adalah warga semesta yang jatuh atau iblis. Mereka telah menggabungkan di dalam Jemaat upacara pemurnian yang menjadi lazim kepada fahaman Pythagoreanisme dan yang telah menyerap di Itali dan Roma sejak lama dahulu. Justru itu, golongan fasik yang mualaf tidak memahami sifat keperibadian hukum itu dan kedudukannya di dalam iman. Kita lihat fakta ini di dalam ayat 9-11.

 

Galatia 4:9-11 Tetapi sekarang sesudah kamu mengenal Allah, atau lebih baik, sesudah kamu dikenal Allah, bagaimanakah kamu berbalik lagi kepada roh-roh dunia yang lemah dan miskin dan mau mulai memperhambakan diri lagi kepadanya?  10 Kamu dengan teliti memelihara hari-hari tertentu, bulan-bulan, masa-masa yang tetap dan tahun-tahun.  11 Aku kuatir kalau-kalau susah payahku untuk kamu telah sia-sia.

 

Pemeliharaan yang telah disebut ini boleh dilihat dengan jelas dari apa yang telah berlaku di dalam aliran jemaat yang utama di sekitar dua ribu tahun. Teks ini tidak menghapuskan Sabat atau menghapuskan perayaan-perayaan.

 

Teks berkenaan hamba dan yang bebas merujuk kepada penggunaan hukum di Yerusalem.

 

Galatia 4:12-31 Aku minta kepadamu, saudara-saudara, jadilah sama seperti aku, sebab akupun telah menjadi sama seperti kamu. Belum pernah kualami sesuatu yang tidak baik dari padamu.  13 Kamu tahu, bahwa aku pertama kali telah memberitakan Injil kepadamu oleh karena aku sakit pada tubuhku.  14 Sungguhpun demikian keadaan tubuhku itu, yang merupakan pencobaan bagi kamu, namun kamu tidak menganggapnya sebagai sesuatu yang hina dan yang menjijikkan, tetapi kamu telah menyambut aku, sama seperti menyambut seorang malaikat Allah, malahan sama seperti menyambut Kristus Yesus sendiri.  15 Betapa bahagianya kamu pada waktu itu! Dan sekarang, di manakah bahagiamu itu? Karena aku dapat bersaksi tentang kamu, bahwa jika mungkin, kamu telah mencungkil matamu dan memberikannya kepadaku.  16 Apakah dengan mengatakan kebenaran kepadamu aku telah menjadi musuhmu?  17 Mereka dengan giat berusaha untuk menarik kamu, tetapi tidak dengan tulus hati, karena mereka mau mengucilkan kamu, supaya kamu dengan giat mengikuti mereka.  18 Memang baik kalau orang dengan giat berusaha menarik orang lain dalam perkara-perkara yang baik, asal pada setiap waktu dan bukan hanya bila aku ada di antaramu.  19 Hai anak-anakku, karena kamu aku menderita sakit bersalin lagi, sampai rupa Kristus menjadi nyata di dalam kamu.  20 Betapa rinduku untuk berada di antara kamu pada saat ini dan dapat berbicara dengan suara yang lain, karena aku telah habis akal menghadapi kamu.  21 Katakanlah kepadaku, hai kamu yang mau hidup di bawah hukum Taurat, tidakkah kamu mendengarkan hukum Taurat?  22 Bukankah ada tertulis, bahwa Abraham mempunyai dua anak, seorang dari perempuan yang menjadi hambanya dan seorang dari perempuan yang merdeka?  23 Tetapi anak dari perempuan yang menjadi hambanya itu diperanakkan menurut daging dan anak dari perempuan yang merdeka itu oleh karena janji.  24 Ini adalah suatu kiasan. Sebab kedua perempuan itu adalah dua ketentuan Allah: yang satu berasal dari gunung Sinai dan melahirkan anak-anak perhambaan, itulah Hagar--  25 Hagar ialah gunung Sinai di tanah Arab--dan ia sama dengan Yerusalem yang sekarang, karena ia hidup dalam perhambaan dengan anak-anaknya.  26 Tetapi Yerusalem sorgawi adalah perempuan yang merdeka, dan ialah ibu kita.  27 Karena ada tertulis: "Bersukacitalah, hai si mandul yang tidak pernah melahirkan! Bergembira dan bersorak-sorailah, hai engkau yang tidak pernah menderita sakit bersalin! Sebab yang ditinggalkan suaminya akan mempunyai lebih banyak anak dari pada yang bersuami."  28 Dan kamu, saudara-saudara, kamu sama seperti Ishak adalah anak-anak janji.  29 Tetapi seperti dahulu, dia, yang diperanakkan menurut daging, menganiaya yang diperanakkan menurut Roh, demikian juga sekarang ini.  30 Tetapi apa kata nas Kitab Suci? "Usirlah hamba perempuan itu beserta anaknya, sebab anak hamba perempuan itu tidak akan menjadi ahli waris bersama-sama dengan anak perempuan merdeka itu."  31 Karena itu, saudara-saudara, kita bukanlah anak-anak hamba perempuan, melainkan anak-anak perempuan merdeka.

 

Kita tidak memelihara hukum kerana kita adalah hamba kepada hukum, pendamaikan hukum menurut daging, yang merupakan pola iblis dan allah bagi dunia ini. Kita melayani Allah dan merupakan sebahagian daripada Yerusalem. Pernyataan Paulus kepada mereka untuk menjadi seperti dia, menunjukkan bahawa dia tidak bercakap tentang pemeliharaan terhadap perayaan-perayaan kerana dia memelihara perayaan dan Sabat ( seperti yang kita tahu dari Kisah Para Rasul dan surat-suratnya) demikian juga dengan para rasul yang lain. Sekiranya dia berkata bahawa perayaan itu telah dihapuskan maka dia membuat Kristus itu pembohong yang berkata melalui nabi-nabi dan menyatakan bahawa Sabat-Sabat dan Bulan-bulan Baru (Yes 66:23) akan diperkenalkan bersama dengan perayaan-perayaan (Zak 14:16-19). Sekiranya umat pilihan boleh disalurkan bersama dengan Hari-hari Kudus dan Sabat-Sabat, ia adalah tindakan dari Allah yang tidak dapat diduga untuk menghukum bangsa itu kerana tidak memeliharanya di bawah sistem milenial. Allah tidak memandang buluh dan oleh itu membutuhkan satu standar yang sama dari umat manusia. Umat pilihan mempunyai tugas yang lebih sukar dalam pelaksanaan, harus berjalan dengan iman. Sekiranya ada orang yang berkata bahawa hukum itu telah dihapuskan, mereka tidak mengendahkan Alkitab, yang mana tidak boleh dilanggar, dan juga tidak mengendahkan sifat Allah. Lebih khusus lagi, mereka tidak mengendahkan isu yang sebenarnya dalam perselisihan di Galatia dan di Kolose. Bentuk kesalahan di dalam Jemaat-jemaat ini mula menyatakan diri mereka di dalam fahaman Gnostisisme di peringakat awal. Proses dasar fikiran juga terus kekal dalam Teologi Liberasi dan khususnya dalam fahaman Buddhisme. Konsep ini terbukti di dalam Prose Teologi moden. Gnostik (pengetahuan mistikal) telah menentang kewujudan Allah (karya tulis Pekerjaan Teks Hukum – atau MMT (No. 104) mengkaji isu ini).

 

Bidaah di dalam Jemaat-jemaat Yohanes

Setiap tiga surat Yohanes telah ditulis untuk menangani cabaran ajaran serta wewenang injil sementara ia diserahkan kepada mereka oleh Yohanes.

 

Bidaah utama yang timbul adalah berkenaan dengan Ketuhanan dan cuba untuk mengangkat Kristus sebagai Allah Satu yang Benar. Yohanes merujuk kepda perhubungannya di dalam Yohanes 17:3 dan sekali lagi menangani dengan bidaah di dalam 1Yohanes (khususnya 1Yoh 5:20).

 

Kesalahan ini jelas dari mereka yang mendakwa sebagai umat pilihan (1 Yoh 1:6) yang mendakwa diri mereka tidak mempunyai dosa (1 Yoh 1:8). Isu ini dalah keupayaan untuk mengetahui Allah, yakni ini adalah Gnosis. Gnosis melibatkan konsep untuk menghapuskan hukum atau doktrin yang mengatakan bahawa hukum sepuluh Allah tidak lagi dipelihara (1 Yoh 2:4). Keupayaan untuk Roh Kudus untuk diam di dalam diri umat pilihan dan mereka diam di dalam Allah (1 Yoh 2:6) adalah bergantung kepada kasih Allah dan kasih saudara-saudara. Umat pilihan tidak boleh membenci saudara seiman mereka (1 Yoh 4:20).

 

Dakwaan ini mempunyai perkaitan yang jelas. Pertikaian ini adalah yang bertentangan.

 

terdapat dakwaan kepada pengetahuan yang istimewa dan kasih Allah dan perhubungan intim yang aneh dengan dia yang telah menetapkan mereka terhadap perbezaan di antara baik dan jahat dan oleh itu di atas tuntutan etika orang Kristian. Ada kemungkinan juga, bahawa mesej dasar surat itu; “Allah adalah terang dan di dalam dia tidak ada kegelapan sama sekali,” adalah ditujukan terhadap teologi yang percaya bahawa Allah memiliki terang dan kegelapan di dalam dirinya (The Interpreter;s Dictionary of the Bible, Jilid 2, ms. 947).

 

Bentuk teologi Yunani yang seakan jatuh ke dalam kategori ini adalah bentuk fahaman Platonisme atau Pythagoreanisme. Perdebatan bahawa Allah ada di dalam semua perkara dan yakni sifat tetap ada adalah biasa pada hari ini. Pada mulanya ia muncul sebagai fahaman Animisme di dalam agama orang Babilon. Para guru juga menyangkal bahawa Kristus adalah Mesiah (1Yoh. 2:22). Interpreter’s Dictionary dengan positif berkata:

 

Kami tidak menyimpulkan dari perkara ini bahawa mereka adalah orang Yahudi atau Yudah yang menyangkal Yesus sebagai Mesiah, tetapi mereka adalah orang Kristian yang menyangkal inkarnasinya. Kerana kesalahan mereka akan dijelaskan secara khusus kemudian di dalam surat sebagai satu sangkalan “bahawa Yesus Kristus telah datang di dalam daging” (4:2) 9ibid).

 

Amaran untuk menguji roh untuk melihat sama ada mereka berasal dari ilahi akan membuatnya jelas bahawa kita sedang menangani interaksi dengan roh-roh elemen dan ungkapan yang bertujuan untuk meniru Allah melalui Roh Kudus. Perkataan aneh chrism atau unction yang mana digunakan dua kali didalam teks (dalam 1Yoh 2:20, 27) menerangkan kurnia Roh yang mana semua Kristian ikut serta adalah digunakan di dalam teks kerana orang bidaah menggunakannya buat pertama kali untuk menjelaskan apa yang mereka percaya menjadi anugerah spiritual mereka sendiri yang unik (Interp. Dict., ibid). Justru itu, pengurapan (Chrisma) oleh Roh Kudus adalah bertentangan dengan pengurapan oleh umat kudus yang telah meluas. Doktrin di sini boleh disamakan dengan antikristus, yang mana menyangkal Bapa dan Anak. Penyangkalan ini tampak membuat Kristus menjadi sebahagian daripada Bapa sebagai satu bentuk yang tidak sesungguhnya mati. Ajaran bahawa Kristus adalah Allah sebagai sebahagian daripada struktur yang melibatkan Roh telah menjadi integral kepada dasar fikiran aliran Kristian yang utama. Bagaimana pun, dasar fikiran ini telah diperhatikan, dan di dalam bentuk yang disebut, ia diperhatikan oleh Yohanes sebagai bentuk bidaah.

 

Doktrin Allah di dalam Yohanes jelas adalah Unitarian dengan Kristus ditunjukkan sebagai anak Satu Allah yang Benar (Yoh 17:3) yang telah mati bagi umat pilihan. Golongan Modalis dan kemudiannya Trinitarian difahami mempunyai kesukaran dengan teks ini dalam Yohanes (petikan karya tulis Mentaliti Kultus (No. 74) dan Binitarianisme dan Trinitarianisme (No. 76)).

 

Dalam 1Yohanes dia dengan jelas menangani kesalahan ini dan perpecahan yang diakibatkannya. Teks-teks ini menunjukkan maksudnya.

 

Umat pilihan dibaptiskan ke dalam tubuh Kristus dan bukan di dalam jemaat atau denominasi. Perkataan ini dilafazkan kepada setiap umat pilihan pada waktu pembaptisan. Umat pilihan akan terikat di dalam tubuh Yesus Kristus di dalam kebaktian terhadap Satu Allah yang Benar dari Yohanes 17:3. Jutru itu, apabila umat pilihan diatur ke daerah-daerah jemaat, mereka akan dikumpulkan atas dasar kesetiaan mereka terhadap kebenaran dan kebanktian terhadap Satu Allah yang Benar serta layanan anakNya Yesus Kristus. Apabila Jemaat menghadapi doktrin yang cuba untuk membuat Kristus lebih dari sebagai anak Allah dan membuat dia sama dengan Allah dan memisahkan sifat kemanusiaannya dari sifat ilahinya, maka umat pilihan ini dipaksa untuk diatur semula dan untuk memisahkan diri mereka dari mereka yang memelihara doktrin salah, yang jelas disamakan dengan doktrin antikristus.

 

Dasar iman adalah kebenaran dan tidak ada kegelapan di dalam mereka yang berjalan di dalam kebenaran.

 

1Yohanes 1:1-10 Apa yang telah ada sejak semula, yang telah kami dengar, yang telah kami lihat dengan mata kami, yang telah kami saksikan dan yang telah kami raba dengan tangan kami tentang Firman hidup--itulah yang kami tuliskan kepada kamu.  2 Hidup itu telah dinyatakan, dan kami telah melihatnya dan sekarang kami bersaksi dan memberitakan kepada kamu tentang hidup kekal, yang ada bersama-sama dengan Bapa dan yang telah dinyatakan kepada kami.  3 Apa yang telah kami lihat dan yang telah kami dengar itu, kami beritakan kepada kamu juga, supaya kamupun beroleh persekutuan dengan kami. Dan persekutuan kami adalah persekutuan dengan Bapa dan dengan Anak-Nya, Yesus Kristus.  4 Dan semuanya ini kami tuliskan kepada kamu, supaya sukacita kami menjadi sempurna.  5 Dan inilah berita, yang telah kami dengar dari Dia, dan yang kami sampaikan kepada kamu: Allah adalah terang dan di dalam Dia sama sekali tidak ada kegelapan. 6 Jika kita katakan, bahwa kita beroleh persekutuan dengan Dia, namun kita hidup di dalam kegelapan, kita berdusta dan kita tidak melakukan kebenaran.  7 Tetapi jika kita hidup di dalam terang sama seperti Dia ada di dalam terang, maka kita beroleh persekutuan seorang dengan yang lain, dan darah Yesus, Anak-Nya itu, menyucikan kita dari pada segala dosa.  8 Jika kita berkata, bahwa kita tidak berdosa, maka kita menipu diri kita sendiri dan kebenaran tidak ada di dalam kita. 9 Jika kita mengaku dosa kita, maka Ia adalah setia dan adil, sehingga Ia akan mengampuni segala dosa kita dan menyucikan kita dari segala kejahatan.  10 Jika kita berkata, bahwa kita tidak ada berbuat dosa, maka kita membuat Dia menjadi pendusta dan firman-Nya tidak ada di dalam kita.

 

Justru itu, ianya wajib bagi saudara-saudara untuk berjalan bersma-sama di dalam kebenaran.

 

1Yohanes 2:1-6 Anak-anakku, hal-hal ini kutuliskan kepada kamu, supaya kamu jangan berbuat dosa, namun jika seorang berbuat dosa, kita mempunyai seorang pengantara pada Bapa, yaitu Yesus Kristus, yang adil.  2 Dan Ia adalah pendamaian untuk segala dosa kita, dan bukan untuk dosa kita saja, tetapi juga untuk dosa seluruh dunia.  3 Dan inilah tandanya, bahwa kita mengenal Allah, yaitu jikalau kita menuruti perintah-perintah-Nya. 4 Barangsiapa berkata: Aku mengenal Dia, tetapi ia tidak menuruti perintah-Nya, ia adalah seorang pendusta dan di dalamnya tidak ada kebenaran. 5 Tetapi barangsiapa menuruti firman-Nya, di dalam orang itu sungguh sudah sempurna kasih Allah; dengan itulah kita ketahui, bahwa kita ada di dalam Dia.  6 Barangsiapa mengatakan, bahwa ia ada di dalam Dia, ia wajib hidup sama seperti Kristus telah hidup.

 

Kristus adalah peguambela bersama dengan Bapa. Seorang peguambela bercakap kepada pihak berkuasa bagi pihak orang lain. Seorang peguambela tidak sendirinya boleh menjadi pihak berkuasan.

 

1Yohanes 2:7-11  Saudara-saudara yang kekasih, bukan perintah baru yang kutuliskan kepada kamu, melainkan perintah lama yang telah ada padamu dari mulanya. Perintah lama itu ialah firman yang telah kamu dengar. 8 Namun perintah baru juga yang kutuliskan kepada kamu, telah ternyata benar di dalam Dia dan di dalam kamu; sebab kegelapan sedang lenyap dan terang yang benar telah bercahaya. 9 Barangsiapa berkata, bahwa ia berada di dalam terang, tetapi ia membenci saudaranya, ia berada di dalam kegelapan sampai sekarang. 10 Barangsiapa mengasihi saudaranya, ia tetap berada di dalam terang, dan di dalam dia tidak ada penyesatan.  11 Tetapi barangsiapa membenci saudaranya, ia berada di dalam kegelapan dan hidup di dalam kegelapan. Ia tidak tahu ke mana ia pergi, karena kegelapan itu telah membutakan matanya.

 

Mengasihi satu dengan yang lain adalah tanda umat pilihan. Di mana kumpulan orang mengasihi organisasi, atau pemimpin, lebih dari satu dengan yang lain dan tidak mempunyai kebenaran, maka kumpulan orang ini adalah satu kultus dan bukan sebahagian daripada tubuh Kristus. Yohanes menulis tentang firman Allah yang diam di dalam diri umat pilihan dan dengan ini mereka mengalahkan kejahatan.

 

1Yohanes 2:12-17 Aku menulis kepada kamu, hai anak-anak, sebab dosamu telah diampuni oleh karena nama-Nya.  13 Aku menulis kepada kamu, hai bapa-bapa, karena kamu telah mengenal Dia, yang ada dari mulanya. Aku menulis kepada kamu, hai orang-orang muda, karena kamu telah mengalahkan yang jahat.  14 Aku menulis kepada kamu, hai anak-anak, karena kamu mengenal Bapa. Aku menulis kepada kamu, hai bapa-bapa, karena kamu mengenal Dia, yang ada dari mulanya. Aku menulis kepada kamu, hai orang-orang muda, karena kamu kuat dan firman Allah diam di dalam kamu dan kamu telah mengalahkan yang jahat. 15 Janganlah kamu mengasihi dunia dan apa yang ada di dalamnya. Jikalau orang mengasihi dunia, maka kasih akan Bapa tidak ada di dalam orang itu. 16 Sebab semua yang ada di dalam dunia, yaitu keinginan daging dan keinginan mata serta keangkuhan hidup, bukanlah berasal dari Bapa, melainkan dari dunia. 17 Dan dunia ini sedang lenyap dengan keinginannya, tetapi orang yang melakukan kehendak Allah tetap hidup selama-lamanya.

 

Objek kasih umat pilihan adalah Bapa. Kasih umat pilihan terhadap satu dengan yang lain adalah berdasarkan kepada kehadiran Roh Kudus di dalam setiap umat pilihan dari Kristus dan seterusnya. Kristus menyerahkan dirinya kepada dunia melalui kasih Bapa. Yohanes 3:16 percaya bahawa Bapa telah memberikan AnakNya.

Yohanes 3:16 Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal.

 

Kamu tidak memberikan apa yang bukan kepunyaan kamu. Tidaka ada yang boleh disamakan dengan kurnia Anak oleh Bapa.

 

Lebih labih, Kristus telah diutus oleh Bapa di bawah kehendak dan perintah.

 

Yohanes 4:34 Kata Yesus kepada mereka: "Makanan-Ku ialah melakukan kehendak Dia yang mengutus Aku dan menyelesaikan pekerjaan-Nya.

 

Justru itu, amanat ini adlah dari Bapa dan harus dilakukan melalui Roh Kudus di dalam dan melalui umat manusia, pertama sekali di dalam Kristus dan yang kedua sebagai umat pilihan. Maka, bagaimana umat pilihan pada masa dahulu dan masa sekarang terus kekal di dalam organisasi yang mengajar perkara yang bertentangan dengan hukum dan kesaksian dan masih mengerjakan amanat Bapa?

 

Doktrin antikristus terbatas pada individu. Ia adalah satu doktrin yang cuba untuk merendahkan wewenang Satu Allah yang Benar dan kepenuhan kematian dan korban anakNya Yesus Kristus. Keluar dari umat pilihan adalah berdasarkan doktrin dan bukan atas dasar korporat.

 

1Yohanes 2:18-29 Anak-anakku, waktu ini adalah waktu yang terakhir, dan seperti yang telah kamu dengar, seorang antikristus akan datang, sekarang telah bangkit banyak antikristus. Itulah tandanya, bahwa waktu ini benar-benar adalah waktu yang terakhir. 19 Memang mereka berasal dari antara kita, tetapi mereka tidak sungguh-sungguh termasuk pada kita; sebab jika mereka sungguh-sungguh termasuk pada kita, niscaya mereka tetap bersama-sama dengan kita. Tetapi hal itu terjadi, supaya menjadi nyata, bahwa tidak semua mereka sungguh-sungguh termasuk pada kita. 20 Tetapi kamu telah beroleh pengurapan dari Yang Kudus, dan dengan demikian kamu semua mengetahuinya. 21 Aku menulis kepadamu, bukan karena kamu tidak mengetahui kebenaran, tetapi justru karena kamu mengetahuinya dan karena kamu juga mengetahui, bahwa tidak ada dusta yang berasal dari kebenaran. 22 Siapakah pendusta itu? Bukankah dia yang menyangkal bahwa Yesus adalah Kristus? Dia itu adalah antikristus, yaitu dia yang menyangkal baik Bapa maupun Anak.  23 Sebab barangsiapa menyangkal Anak, ia juga tidak memiliki Bapa. Barangsiapa mengaku Anak, ia juga memiliki Bapa. 24 Dan kamu, apa yang telah kamu dengar dari mulanya, itu harus tetap tinggal di dalam kamu. Jika apa yang telah kamu dengar dari mulanya itu tetap tinggal di dalam kamu, maka kamu akan tetap tinggal di dalam Anak dan di dalam Bapa. 25 Dan inilah janji yang telah dijanjikan-Nya sendiri kepada kita, yaitu hidup yang kekal. 26 Semua itu kutulis kepadamu, yaitu mengenai orang-orang yang berusaha menyesatkan kamu. 27 Sebab di dalam diri kamu tetap ada pengurapan yang telah kamu terima dari pada-Nya. Karena itu tidak perlu kamu diajar oleh orang lain. Tetapi sebagaimana pengurapan-Nya mengajar kamu tentang segala sesuatu--dan pengajaran-Nya itu benar, tidak dusta--dan sebagaimana Ia dahulu telah mengajar kamu, demikianlah hendaknya kamu tetap tinggal di dalam Dia. 28 Maka sekarang, anak-anakku, tinggallah di dalam Kristus, supaya apabila Ia menyatakan diri-Nya, kita beroleh keberanian percaya dan tidak usah malu terhadap Dia pada hari kedatangan-Nya. 29 Jikalau kamu tahu, bahwa Ia adalah benar, kamu harus tahu juga, bahwa setiap orang, yang berbuat kebenaran, lahir dari pada-Nya.

 

Di sini konsep keluar dari kami telah dikembangkan oleh Yohanes. Perdebatan yang berkembang di dalam Jemaat yang dirujuk oleh Yohanes jelas boleh dilihat di sini berkenaan dengan Ketuhanan dan perhubungan Bapa dan Anak. Perdebatan ini adalah permulaan kepada fahaman Trinitarianisme. Ia cuba untuk memisahkan sifat manusia Kristus dari sifat keilahiannya. Dalam efeknya, ia cuba untuk menyatakan bahawa Kristus mempunyai elemen dalam keperibadiannya yang tetap terasing dengan sifat manusianya dan sesungguhnya tidak mati. Lebih lagi, ia tetap kekal menjadi bahagian daripada entiti yang kita fahami sebagai Allah. Dalam efeknya, ia cuba untuk membuat Kristus itu sebahagian daripada Allah dan sama dengan Allah. Ini adalah doktrin antikristus. Ianya jelas berkaitan dengan fahaman Trinitarianisme bahawa teks dalam 1Yohanes 4:1-2 telah ditukar untuk menutupi fakta ini.

 

Konsep menjadi sebahagian daripada umat pilihan adalah melalui sikap yang baik. Tema Yohanes adalah:  dia yang melakukan perkara yang benar adalah benar – dia yang melakukan dosa adalah datang dari iblis (diabolos). Justru itu, ianya mustahil untuk dikumpulkan bersama dengan mereka yang tidak mengajar tentang kebenaran. Hukum sepuluh Allah adalah yang tertinggi. Dosa adalah pelanggaran terhadap hukum ataupun, tidak memiliki hukum. Hukum yang pertama berkaitan dengan penyembahan dan kasih Allah. Lojiknya mudah. Bagaimana kita boleh menyembah Satu Allah yang Benar sekiranya kamu adalah sebahagian dariapda sistem yang cuba untuk menuduh Kristus cuba menyamakan dirinya dengan Satu Allah yang Benar dan bersalah atas dosa yang sama dengan dosa yang dilakukan oleh Iblis? Justru itu, kita diminta untuk memurnikan diri kita sama seperti Kristus yang murni.

 

1Yohanes 3:1-10 Lihatlah, betapa besarnya kasih yang dikaruniakan Bapa kepada kita, sehingga kita disebut anak-anak Allah, dan memang kita adalah anak-anak Allah. Karena itu dunia tidak mengenal kita, sebab dunia tidak mengenal Dia.  2 Saudara-saudaraku yang kekasih, sekarang kita adalah anak-anak Allah, tetapi belum nyata apa keadaan kita kelak; akan tetapi kita tahu, bahwa apabila Kristus menyatakan diri-Nya, kita akan menjadi sama seperti Dia, sebab kita akan melihat Dia dalam keadaan-Nya yang sebenarnya.  3 Setiap orang yang menaruh pengharapan itu kepada-Nya, menyucikan diri sama seperti Dia yang adalah suci.  4 Setiap orang yang berbuat dosa, melanggar juga hukum Allah, sebab dosa ialah pelanggaran hukum Allah.  5 Dan kamu tahu, bahwa Ia telah menyatakan diri-Nya, supaya Ia menghapus segala dosa, dan di dalam Dia tidak ada dosa.  6 Karena itu setiap orang yang tetap berada di dalam Dia, tidak berbuat dosa lagi; setiap orang yang tetap berbuat dosa, tidak melihat dan tidak mengenal Dia.  7 Anak-anakku, janganlah membiarkan seorangpun menyesatkan kamu. Barangsiapa yang berbuat kebenaran adalah benar, sama seperti Kristus adalah benar;  8 barangsiapa yang tetap berbuat dosa, berasal dari Iblis, sebab Iblis berbuat dosa dari mulanya. Untuk inilah Anak Allah menyatakan diri-Nya, yaitu supaya Ia membinasakan perbuatan-perbuatan Iblis itu.  9 Setiap orang yang lahir dari Allah, tidak berbuat dosa lagi; sebab benih ilahi tetap ada di dalam dia dan ia tidak dapat berbuat dosa, karena ia lahir dari Allah.  10 Inilah tandanya anak-anak Allah dan anak-anak Iblis: setiap orang yang tidak berbuat kebenaran, tidak berasal dari Allah, demikian juga barangsiapa yang tidak mengasihi saudaranya.

 

Sekiranya kamu tidak melakukan perkara yang benar maka kamu bukan dari Allah. Kamu tidak boleh mengasihi umat kamu sekiranya kamu tidak mengajar perkataan Allah kepada mereka di dalam kebenaran yang tidak bercacat.

 

1Yohanes 3:11-24  Sebab inilah berita yang telah kamu dengar dari mulanya, yaitu bahwa kita harus saling mengasihi; 12 bukan seperti Kain, yang berasal dari si jahat dan yang membunuh adiknya. Dan apakah sebabnya ia membunuhnya? Sebab segala perbuatannya jahat dan perbuatan adiknya benar. 13 Janganlah kamu heran, saudara-saudara, apabila dunia membenci kamu. 14 Kita tahu, bahwa kita sudah berpindah dari dalam maut ke dalam hidup, yaitu karena kita mengasihi saudara kita. Barangsiapa tidak mengasihi, ia tetap di dalam maut. 15 Setiap orang yang membenci saudaranya, adalah seorang pembunuh manusia. Dan kamu tahu, bahwa tidak ada seorang pembunuh yang tetap memiliki hidup yang kekal di dalam dirinya. 16 Demikianlah kita ketahui kasih Kristus, yaitu bahwa Ia telah menyerahkan nyawa-Nya untuk kita; jadi kitapun wajib menyerahkan nyawa kita untuk saudara-saudara kita. 17 Barangsiapa mempunyai harta duniawi dan melihat saudaranya menderita kekurangan tetapi menutup pintu hatinya terhadap saudaranya itu, bagaimanakah kasih Allah dapat tetap di dalam dirinya? 18 Anak-anakku, marilah kita mengasihi bukan dengan perkataan atau dengan lidah, tetapi dengan perbuatan dan dalam kebenaran. 19 Demikianlah kita ketahui, bahwa kita berasal dari kebenaran. Demikian pula kita boleh menenangkan hati kita di hadapan Allah,  20 sebab jika kita dituduh olehnya, Allah adalah lebih besar dari pada hati kita serta mengetahui segala sesuatu. 21 Saudara-saudaraku yang kekasih, jikalau hati kita tidak menuduh kita, maka kita mempunyai keberanian percaya untuk mendekati Allah, 22 dan apa saja yang kita minta, kita memperolehnya dari pada-Nya, karena kita menuruti segala perintah-Nya dan berbuat apa yang berkenan kepada-Nya. 23 Dan inilah perintah-Nya itu: supaya kita percaya akan nama Yesus Kristus, Anak-Nya, dan supaya kita saling mengasihi sesuai dengan perintah yang diberikan Kristus kepada kita. 24 Barangsiapa menuruti segala perintah-Nya, ia diam di dalam Allah dan Allah di dalam dia. Dan demikianlah kita ketahui, bahwa Allah ada di dalam kita, yaitu Roh yang telah Ia karuniakan kepada kita.

 

Oleh itu, Allah adalah berbeza dari Anak dan kita memelihara hukumNya di dalam kebenaran. Umat pilihan diminta untuk menguji roh untuk melihat sama ada mereka adalah berasal dari Allah.

 

1Yohanes 4:1-3 Saudara-saudaraku yang kekasih, janganlah percaya akan setiap roh, tetapi ujilah roh-roh itu, apakah mereka berasal dari Allah; sebab banyak nabi-nabi palsu yang telah muncul dan pergi ke seluruh dunia.  2 Demikianlah kita mengenal Roh Allah: setiap roh yang mengaku, bahwa Yesus Kristus telah datang sebagai manusia, berasal dari Allah,  3 dan setiap roh, yang tidak mengaku Yesus, tidak berasal dari Allah. Roh itu adalah roh antikristus dan tentang dia telah kamu dengar, bahwa ia akan datang dan sekarang ini ia sudah ada di dalam dunia.

 

Teks ini berkenaan dengan doktrin antikristus yang telah diubah di dalam teks kuno. Teks yang betul boleh didapati dari tulisan Irenaeus (lihat AnteNicene Father, Jilid 1, catatan bawah, ms. 443). Teks ini berbunyi:

Dengan ini ketahuilah kamu roh Allah: Setiap roh yang mengakui Yesus Kristus datang di dalam daging adalah dari Allah; dan setiap roh yang memisahkan Yesus Kristus bukan dari Allah tetapi dari antikristus.

 

Sacrates, ahli sejarah berkata (VII, 32, ms. 381) bahawa perkhabaran ini telah dicemari oleh mereka yang mahu mengasingkan sifat manusia Kristus dari sifat keilahiannya. Justru itu, perdebatan bahawa sebahagian daripada Kristus tetap kekal di langit sebagai sebahagian daripada Allah memisahkan sifat manusianya dan kematiannya di kayu salib telah menyangkal secara efektif kebangkitan dan merupakan doktrin antikristus. Oleh itu, fahaman Trinitarianisme jatuh ke dalam bentuk doktrin Antikristus.

 

1Yohanes 4:4-6   Kamu berasal dari Allah, anak-anakku, dan kamu telah mengalahkan nabi-nabi palsu itu; sebab Roh yang ada di dalam kamu, lebih besar dari pada roh yang ada di dalam dunia. 5 Mereka berasal dari dunia; sebab itu mereka berbicara tentang hal-hal duniawi dan dunia mendengarkan mereka. 6 Kami berasal dari Allah: barangsiapa mengenal Allah, ia mendengarkan kami; barangsiapa tidak berasal dari Allah, ia tidak mendengarkan kami. Itulah tandanya Roh kebenaran dan roh yang menyesatkan.

 

Justru itu, roh yang benar harus dipisahkan dari roh yang salah. Ujian ini terletak pada umat pilihan untuk menunjukkan siapa dari umat pilihan dan siapa yang dipanggil tetapi tidak dipilih.

 

1Yohanes 4:7-21 Saudara-saudaraku yang kekasih, marilah kita saling mengasihi, sebab kasih itu berasal dari Allah; dan setiap orang yang mengasihi, lahir dari Allah dan mengenal Allah.  8 Barangsiapa tidak mengasihi, ia tidak mengenal Allah, sebab Allah adalah kasih. 9 Dalam hal inilah kasih Allah dinyatakan di tengah-tengah kita, yaitu bahwa Allah telah mengutus Anak-Nya yang tunggal ke dalam dunia, supaya kita hidup oleh-Nya.  10 Inilah kasih itu: Bukan kita yang telah mengasihi Allah, tetapi Allah yang telah mengasihi kita dan yang telah mengutus Anak-Nya sebagai pendamaian bagi dosa-dosa kita.  11 Saudara-saudaraku yang kekasih, jikalau Allah sedemikian mengasihi kita, maka haruslah kita juga saling mengasihi.  12 Tidak ada seorangpun yang pernah melihat Allah. Jika kita saling mengasihi, Allah tetap di dalam kita, dan kasih-Nya sempurna di dalam kita.  13 Demikianlah kita ketahui, bahwa kita tetap berada di dalam Allah dan Dia di dalam kita: Ia telah mengaruniakan kita mendapat bagian dalam Roh-Nya.  14 Dan kami telah melihat dan bersaksi, bahwa Bapa telah mengutus Anak-Nya menjadi Juruselamat dunia.  15 Barangsiapa mengaku, bahwa Yesus adalah Anak Allah, Allah tetap berada di dalam dia dan dia di dalam Allah.  16 Kita telah mengenal dan telah percaya akan kasih Allah kepada kita. Allah adalah kasih, dan barangsiapa tetap berada di dalam kasih, ia tetap berada di dalam Allah dan Allah di dalam dia.  17 Dalam hal inilah kasih Allah sempurna di dalam kita, yaitu kalau kita mempunyai keberanian percaya pada hari penghakiman, karena sama seperti Dia, kita juga ada di dalam dunia ini.  18 Di dalam kasih tidak ada ketakutan: kasih yang sempurna melenyapkan ketakutan; sebab ketakutan mengandung hukuman dan barangsiapa takut, ia tidak sempurna di dalam kasih.  19 Kita mengasihi, karena Allah lebih dahulu mengasihi kita.  20 Jikalau seorang berkata: "Aku mengasihi Allah," dan ia membenci saudaranya, maka ia adalah pendusta, karena barangsiapa tidak mengasihi saudaranya yang dilihatnya, tidak mungkin mengasihi Allah, yang tidak dilihatnya.  21 Dan perintah ini kita terima dari Dia: Barangsiapa mengasihi Allah, ia harus juga mengasihi saudaranya.

 

Mereka yang mempunyai kasih yang sempurna tidak merasa takut terhadap sesiapapun, tidak menyebut mereka yang menyeleweng dari kebenaran. Tuntutan untuk mengalahkan dunia dinyatakan dengan jelas di dalam 1Yohanes 5:1-5.

 

1Yohanes 5:1-5 Setiap orang yang percaya, bahwa Yesus adalah Kristus, lahir dari Allah; dan setiap orang yang mengasihi Dia yang melahirkan, mengasihi juga Dia yang lahir dari pada-Nya. 2 Inilah tandanya, bahwa kita mengasihi anak-anak Allah, yaitu apabila kita mengasihi Allah serta melakukan perintah-perintah-Nya.  3 Sebab inilah kasih kepada Allah, yaitu, bahwa kita menuruti perintah-perintah-Nya. Perintah-perintah-Nya itu tidak berat, 4 sebab semua yang lahir dari Allah, mengalahkan dunia. Dan inilah kemenangan yang mengalahkan dunia: iman kita. 5 Siapakah yang mengalahkan dunia, selain dari pada dia yang percaya, bahwa Yesus adalah Anak Allah? [penekanan ditambahkan].

 

Sekiranya kita mengasihi Allah, kita akan memelihara hukum. Dengan ini, kita mengetahui bahawa kita mengasihi anak-anak Allah. Untuk lahir dari Allah, kamu harus mengalahkan dunia. Untuk mengalahkan dunia kamu harus percaya bahawa Mesiah adalah Anak Allah. Justru itu, perhubungan ini adalah tegas. Pengubahan terhadap teks-teks Alkitab atau terjemahan yang salah jauh dari maksud perkataan ini boleh dilihat di bawah (khususnya dari 1Yohanes 5:7 apabila dibandingkan dengan teks yang salah di dalam terjemahan Alkitab versi KJV).

 

1Yohanes 5:6-12 Inilah Dia yang telah datang dengan air dan darah, yaitu Yesus Kristus, bukan saja dengan air, tetapi dengan air dan dengan darah. Dan Rohlah yang memberi kesaksian, karena Roh adalah kebenaran.  7 Sebab ada tiga yang memberi kesaksian (di dalam sorga: Bapa, Firman dan Roh Kudus; dan ketiganya adalah satu.  8 Dan ada tiga yang memberi kesaksian di bumi): Roh dan air dan darah dan ketiganya adalah satu.  9 Kita menerima kesaksian manusia, tetapi kesaksian Allah lebih kuat. Sebab demikianlah kesaksian yang diberikan Allah tentang Anak-Nya. 10 Barangsiapa percaya kepada Anak Allah, ia mempunyai kesaksian itu di dalam dirinya; barangsiapa tidak percaya kepada Allah, ia membuat Dia menjadi pendusta, karena ia tidak percaya akan kesaksian yang diberikan Allah tentang Anak-Nya. 11 Dan inilah kesaksian itu: Allah telah mengaruniakan hidup yang kekal kepada kita dan hidup itu ada di dalam Anak-Nya.  12 Barangsiapa memiliki Anak, ia memiliki hidup; barangsiapa tidak memiliki Anak, ia tidak memiliki hidup.

 

Perhatikan bahawa Allah memberikan kita kehidupan kekal dan kehidupan ini adalah di dalam anakNya. Oleh itu, Anak ini mempunyai kehidupan kekal dari Bapa, yang mana ia juga diberikan kepada kita dengan cara yang sama.

 

1Yohanes 5:13-21 Semuanya itu kutuliskan kepada kamu, supaya kamu yang percaya kepada nama Anak Allah, tahu, bahwa kamu memiliki hidup yang kekal. 14 Dan inilah keberanian percaya kita kepada-Nya, yaitu bahwa Ia mengabulkan doa kita, jikalau kita meminta sesuatu kepada-Nya menurut kehendak-Nya. 15 Dan jikalau kita tahu, bahwa Ia mengabulkan apa saja yang kita minta, maka kita juga tahu, bahwa kita telah memperoleh segala sesuatu yang telah kita minta kepada-Nya. 16 Kalau ada seorang melihat saudaranya berbuat dosa, yaitu dosa yang tidak mendatangkan maut, hendaklah ia berdoa kepada Allah dan Dia akan memberikan hidup kepadanya, yaitu mereka, yang berbuat dosa yang tidak mendatangkan maut. Ada dosa yang mendatangkan maut: tentang itu tidak kukatakan, bahwa ia harus berdoa. 17 Semua kejahatan adalah dosa, tetapi ada dosa yang tidak mendatangkan maut.  18 Kita tahu, bahwa setiap orang yang lahir dari Allah, tidak berbuat dosa; tetapi Dia yang lahir dari Allah melindunginya, dan si jahat tidak dapat menjamahnya. 19 Kita tahu, bahwa kita berasal dari Allah dan seluruh dunia berada di bawah kuasa si jahat. 20 Akan tetapi kita tahu, bahwa Anak Allah telah datang dan telah mengaruniakan pengertian kepada kita, supaya kita mengenal Yang Benar; dan kita ada di dalam Yang Benar, di dalam Anak-Nya Yesus Kristus. Dia adalah Allah yang benar dan hidup yang kekal. 21 Anak-anakku, waspadalah terhadap segala berhala.

 

Teks di dalam 1Yohanes telah dimanipulasikan di sepanjang kurun. Pemalsuan yang paling awal adalalh pengubahan kepada teks mengenai dengan doktrin Antikristus. 1Yohanes 5:7 (Receptus dan KJV) telah dipalsukan pada awal Reformasi. Pendekatan yang lebih licik adalah manipulasi tujuan teks ini, seperti menterbalikkan tujuan sebenar teks dan maksud sebenar perkataan-perkataannya telah ditegaskan untuk mereka. Manipulasi seperti ini mengakibatkan jenis perdebatan yang meluas di dalam ulasan G. L. Haydock terhadap AlkitabDouay-Rheims (1850 dicetak semula dari versi 1819), berkenaan dengan Yohanes 17:3, merujuk semula pada 1Yohanes.

 

Ayat 3.  Inilah hidup yang kekal itu: iaitu, jalan kepada kehidupan kekal, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus. Golongan Arian, dari perkataan-perkataan ini, menganggap bahawa hanya Bapa Allah yang benar. S. Aug. dan jawapan-jawapan yang pelbagai, bahawa maksud serta konstruksinya ialah, bahwa mereka tahu engkau, dan juga Yesus Kristus anakNya, yang telah engkau utus adalah satu-satunya Allah yang benar. Kita juga boleh menjelaskan ini dengan S. Chrys. Dan yang lain, supaya Bapa di sini dipanggil sebagai satu-satunya Allah yang benar, tidak mengeluarkan Anak, dan Roh Kudus, yang juga adalah Allah yang benar bersama dengan Bapa; tetapi hanya mengeluarkan ilah-ilah orang fasik yang palsu. Biarlah golongan Socinia perhatikan bahawa (1 Yohanes ayat 20), Anak Allah, Yesus Kristus, dilafazkan dengan panggilan Allah yang benar, walaupun di dalam artikel Yunani, di mana mereka selalunya meletakkan tekanan.

 

Perhatikan juga penggunaan tanda yang memburukkan, seperi golongan Arian, yang cuba untuk menghapuskan struktur Alkitab golongan unitarian. Tidak ada kemungkinan bahawa Satu Allah yang Benar di dalam Yohanes 17:3 atau 1Yohanes 5:20 merujuk kepada Yesus Kristus sama sekali bersama atau tanpa artikel ini. Fakta bahawa versi Alkitab Douay-Rheims adalah terjemahan dari bahasa Vulgate Latin dan oleh itu artikel ini yang disimpulkan dari bahasa Latin tidak disebut. Istilah bersama dengan artikel ini tidak merujuk kepada Kristus tetapi kepada Satu Allah yang Benar yang anakNya adalah Kristus. Maksudnya diketahui dan difahami.

 

1Yohanes 5:20  Akan tetapi kita tahu, bahwa Anak Allah telah datang dan telah mengaruniakan pengertian kepada kita, supaya kita mengenal Yang Benar; dan kita ada di dalam Yang Benar, di dalam Anak-Nya Yesus Kristus. Dia adalah Allah yang benar dan hidup yang kekal.

 

Dia yang benar adalah Satu Allah yang Benar. Kita mengenal Dia dan berada di dalam Dia yang benar dan berada di dalam anakNya Yesus Kristus. Kita menyembah Dia yang benar, bukan anakNya, Yesus Kristus.

 

Kesalahan yang wujud di dalam Jemaat Rasul berkembang dari serangan terhadap hukum melalui pendamaian warga malaikat, yang mana ia sendiri mudah disingkap dan dikalahkan kepada pengangkatan Kristus yang menyamai Allah. Setiap kesalahan ini disasarkan untuk memisahkan Jemaat dari pihak berkuasa dan hukum Allah. Sekali Ketuhanan ini berkompromi dan kebenaran ini ditinggalkan, para pengikut Kristus akan merasai kesesatan yang besar sehingga mereka percaya akan dusta (2Tes 2:11). Teks ini adalah dari Yesaya 66:1-4 di mana Allah memilih kesesatan atau kekesalan di dalam keagamaan yang menyeleweng, dari SHD 8586 ta’a’uwl yang bererti satu perubahan fikiran (seperti serangan yang tiba-tiba) yakni satu kekesalan, dan orang yang zalim, menjadi orang yang lemah lembut, atau satu kesesatan. Oleh itu, Paulus memetik tulisan kitab di sini dan juga di dalam Roma 1. Justru itu, kezaliman dalam keagamaan yang salah melibatkan penganiayaam dan penindasan terhadap kebenaran. Itulah sebabnya mengapa fahaman Unitarianisme telah dianiaya di sepanang kurun. Sekali Ketuhanan itu berkompromi dan fahaman Trinitarianisme dikembangkan, kesesatan itu akan bermula dan hukum itu akan menghadapi kegagalan.

 

Serangan terhadap Ketuhanan telah melewati percubaan untuk menegaskan persamaan-bersama serta kekekalan-bersama. Selain daripada menyembah objek yang mati, sebagai contoh, pemujaan berhala dan penyembahan umat kudus dan penyembahan terhadap barang-barang kuno, perdebatan telah meluas yang telah menyerang kewujudan Allah sebagai satu kuasa sangat kuat. Perdebatan itu sendiri berasal dari fahaman Animisme orang Babilon dan cabang-cabangnya di tempat yang berdekatan dan di bahagian timur jauh. Perdebatan-perdebatan adalah lazim kepada fahaman Gnostisisme (pengetahuan mistikal) dan sekarang wujud di dalam Pengolahan Teologi, yang merupakan pewaris moden kepada dasar fahaman Gnostik.

 

Fahaman Gnostisisme dan Ketidak-Wujudan Allah

 

Allah dirujuk sebagai makluk. Makluk diberi definisi dalam bahasa inggeris sebagai kewujudan, sama ada dalam bentuk bahan atau bukan bahan (Universal Oxford Dictionary). Satu akibat dari doktrin Kristian kini, bahawa Kristus adalah Allah di dalam erti kata bahawa Allah Bapa adalah Allah, adalah satu fahaman Diteisme. Mengasingan yang dibuat seterusnya terhadap Roh Kudus sebagai entiti yang berbeza dari Allah Bapa dan Yesus Krustus mengembangkan lagi fahaman Triteisme. Penyangkalan yang jelas kepada kebangkitan fahaman ini dari tuntutan fahaman Monoteisme mengakibatkan cubaan pada kurun yang ketiga untuk menggabungkan identiti-identiti tiga elemen ini ke dalam satu struktur. Ini mengembangkan penyelewengan yang lebih ketara dalam fahaman panteistik. Sebagai contoh, pernyataan bahawa Allah (atau entiti yang lain dianggap wujud bagi perkara itu) itu bukan makluk hanya berlandaskan teori dari ketidak-wujudan berhubungan dengan Teologi Liberasi seperti yang terdapat di dalam fahaman Buddhisme. Hinduisme atau agama-agama golongan transmigrasionis.

 

Dalam fahaman Monoteisme, dalil seperti ini adalah tidak masuk akal (kerana ia mustahil, dan sesungguhnya satu penghujatan) bagi orang Kristian atau pengikut Monoteis untuk menegaskan bahawa Allah tidak wujud. Dari di atas, Allah dirujuk sebagai makluk dan makluk diberi definisi sebagai yang wujud, sama ada dalam bentuk bahan atau bukan bentuk bahan. Justru itu, dengan cubaan untuk menggabungkan entiti-entiti ini, satu struktur kepercayaan panteis muncul di luar kewujudan. Dari Parmenidean Monisme, yang mana boleh difahami, wujud. Kemudiannya fahaman Monisme mengertikan keperibadian yang menyesatkan.

 

Kita telah melihat bahawa pegangan Alkitab hanya ada satu Allah yang tertinggi, Eloah, dan bahawa Kristus dan anak-anak Allah entiti-entiti yang lebih bawah. Dalam Empayar Roma Kafir, hukum yang diberikan kepada orang Yahudi telah disangkal dengan serius oleh ahli-ahli fikir kemudiannya. Penyangkalan terhadap hukum pada dasar progresif oleh ahli-ahli teologi ante-Nicene mengakibatkan fahaman anti-Semitisme yang giat dari tulisan Athanasius dan ahli-ahli teologi selepas Nicene.  Alasannya adalah seperti berikut.

 

Hukum yang terbit dari Allah Bapa tidak mampu diubah kepada wewenang yang lebih rendah. Oleh itu, Kristus harus diangkat supaya sama dengan Allah bagi jemaat untuk menuntut wewenang yang diserahkan melalui memanipulasikan teks-teks Perjanjian Baru. Tetapi proses ini agak perlahan.

 

Catherine Mowry LaCugna dan Karen Armstrong menunjukkan bahawa sebahagian besar jemaat adalah subordinatis sehingga kurun yang keempat dan bahawa doktrin-doktrin tentang kekekalan-bersama dan kesamaan-bersama telah ditonjolkan. Tujuan di sini adalah untuk mengetahui doktrin yang asal. Proses untuk menyesuaikan konsep ini bermula dengan menyerang kewujudan Allah sebagai satu entiti dan meninggikan dia di luar kewujudan. Doktrin bahawa Allah tidak boleh dikatakan wujud, berada di luar keadaan itu, adalah cadangan pertama oleh Basilides, seorang cendikiawan Gnostik yang mengajar di Alexandria di dalam pemerintahan Empayar Hadrian. Teorinya telah diajukan kira-kira 125 AD tetapi tidak mendapat sambutan yang sesungguhnya (lihat karya Schaff dalam History of The Christian Church, Jilid II, ms. 467-468). Bukti tradisi mengenai kewujudan Allah seperti di dalam perdebatan ontologi dan teologi tidak akan disebut di sini sebagai gambaran yang tidak perlu. Perdebatan bahawa Allah itu di luar kewujudan sebagai makluk yang terdiri daripada ketunggalan yang bertindak dengan cara Hypostases akan diteliti di dalam Buku 2 yang menangani teologi yang membawa kepada Nicea dan Constantinople dan adaptasi Tiga Oknum.

 

Pada dasarnya, dakwaan seperti ini adalah kepercayaan Moni dan dari di atas, ia tidak mempunyai dasar Alkitab. Bagaimana pun, doktrin seperti ini telah diperbaharui hanya selepas kira-kira 400 tahun. Langkah-langkah persiapan adalah penting kepada apa sahaja pemahaman terhadap proses ini dan akan ditangani dalam dasar yang progresif di dalam buku 2. Apa yang harus difahami adalah bahawa Kekristianan moden tidak begitu sesuai dengan fahaman Monoteisme Kristian dan Yahudi pada kurun yang pertama, secara khususnya dari ekspresinya di dalam dokumen-dokumen Perjanjian Baru. Serangan yang seterusnya terhadap teologi Yudaik tentang kedatangan Mesiah dan wewenang kitab bermula dengan menyangkal pemulihan milenial yang berurutan dengan kedatangan yang kedua. Perdebatan ini lazim pada kurun yang kedua puluh di kalangan ahli-ahli golongan Athanasia.

 

Mesiah dengan Dua Kedatangan

 

Kedatangan Mesiah adalah untuk membentuk Kerajaan Milenial Allah, yang akan mengabdikan hukum-hukum Allah di bawah satu sistem fizikal. Untuk memberi efek kepada sistem ini, Mesiah harus mengambil alih planet ini dengan paksaan pada zaman akhir ini. Yesaya, Yehezkiel, Daniel, Zakariah dan Wahyu prihatin dengan jangka masa ini pemerintahan ini. Wahyu secara khususnya menyatakan bahawa ianya satu ribu tahun (Wah 20:1-4). Cendikiawan moden cuba untuk menyangkal realiti nubuatan ini dengan menyatakan tidak ada nilai nubuatan di dalam Wahyu tetapi menyatakan bahawa karya ini ditulis oleh Jemaat kurun yang pertama berdasarkan anggapan sahaja (cth. Bob Barnes (ANU) The Bulletin, 24-31 January 1995, art. Apocalypse Sometimes, ms. 42-43). DSS menunjukkan bahawa fahaman Yudaisme menjangkakan dua kedatangan Mesiah (lihat G. Vermes The Dead Sea Scrolls in English, khususnya Messianic Anthology dan  terjemahan terhadap tiga belas pecahan dari gua XI). Salasila Mesiah adalah dari Natahn dan Lewi (lihat Zak 12:10; dan Luk 3). Messianic Anthology telah memberi perhatian kepada Perjanjian kepada Lewi dalam Ulangan 33:8-11 dan 5:28-29. Teks ini mengenal pasti nabi dari Ulangan 18:18-19 sebagai merujuk kepada Mesiah seperti juga dalam Bilangan 24:15-17. Mesiah Harun dan Mesiah Israel adalah orang yang sama dari Pemerintahan Damaskus (VII) dan pecahan gua IV yang tidak diterbitkan (Vermes, ms. 49). Terjemahan Qumran merujuk kepada Melkisedek sebagai Elohim dan El. Ini berasal dari pengertian penghakiman yang terakhir yang dilaksanakan oleh Putera Mesiah dan keimamatan. Yesaya 52:7 menggunakan Elohim dalam konteks kedatangan Mesiah ke Sion (lihat Ibr 12:22-29). Dia difahami sama dengan malaikat Mikael dan ketua kepada Anak-anak di Sorga atau Tuhan-tuhan yang Adil.

 

Justru itu, beberapa mazhab Yudaik mengenal pasti Mesiah sebagai Mikael (dari Dan 12:1). Anggapan ini adalah salah. Melkisedek mempunyai maksud RajaKu adalah Kebenaran atau RajaKu adalah Adil (keadilan dan kebenaran adalah sinonim) (Vermes dalam Dead Sea Scrolls in English, ms. 253). Ia juga menganggap bahawa Melkisedek adalah nama bagi ketua Tentera Terang, seperti yang kita lihat adalah fungsi Mesiah (Vermes, ms. 260).

 

Anggapan-anggapan ini dibuat dari Wasiat Amran yang musnah. Ini adalah konsisten dengan neksus Melkisedek-Mesiah di kalangan Essene. Di mana Melkisedek sebagai Mesiah, maka terdapat satu masalah serius dengan inkarnasi dan korban.

 

Anggapan orang Kristian bahawa Melkisedek adalah Mesiah terletak di dalam pemahaman yang salah terdadap teks dalam Ibrani 7:3. istilah tanpa bapa, ibu dan salasila (apator dll.)merujuk kepada tuntutan yang mencatatkan salasila Harun (Neh 7:64) bagi keimamatan Lewi.

 

Istilah permulaan hari dan akhir kehidupan merujuk kepada tuntutan yang memulakan tugasan pada umur tiga puluh tahun dan berhenti pada umur lima puluh tahun (bil 4:47). Imam Benar digantikan pada hari kematian Imam Besar sebelumnya. Melkisedek tidak mempunyai tuntutan seperti ini. Ibrani mencatatkan bahawa dia adalah seorang lelaki (Ibr 7:4) Dia telah dibuat seperti Anak Allah (Ibr 7:3) tetapi dia bukan Anak Allah yang mana merupakan satu lagi imam (Ibr 7:11). Dengan itu. Semua umat pilihan boleh mengambil bahagian di dalam keimamatan, yang dijadikan sama seperti Anak Allah, tidak melihat salasila dan umur, berterusan dalam kekekalan. Perihal siapa Melkisedek, kita hanya boleh menduga (lihat karya tulis Melkisedek (No. 128)). Essene telah menanggapi dengan salah teks ini dalam bentuk erti kata Mesiah, seperti beberapa golongan fundamentalis moden. Ibrani telah ditulis sedemikian untuk membetulkan kesalahan ini tetapi ia sendiri telah disalahfaham. Midrash percaya bahawa dia adlah Shem (Rashi) menjadi Raja (melek) di tempat yang baik (tsedek) (Abraham ibn Ezra & Nachmanides). Tempat ini adalah di mana Kaabah akan dibina bagi Kehadiran Keilahian, yang diaplikasikan oleh Midrash kepada Yerusalem secara keseluruhannya, dari teks kebenaran diam di dalam dia (Yes 1:21) (ibn Ezra & Nachmanides, lihat Soncino, catatan bawah kepada Kej 14:18).

 

Tetapi yang lebih penting lagi, konsep Kaunsil Elohim adalah mutlak dan tidak boleh disangkal sebagai maksud yang difahami dengan betul dalam teks Perjanjian Lama yang melibatkan elohim. Struktur lebih rendah elohim difahami di sebelah tangan sahaja tetapi tidak difahami dari segi perhubungan kepada Mikael dan Melkisedek. Wahyu 4 & 5 menunjukkan bahawa golongan ini yang berjumlah tiga puluh entiti termasuk empat kerub. Justru itu, tiga puluh keping perak diperlukan untuk mengkhianati Kristus (Mat 27:3, 9 petikan Zak 11:12-13) sebab ia adalah pelanggaran terhadap seluruh Ketuhanan atau Kaunsil dalaman. Para penatua akan diperuntukkan untuk memerhatikan doa-doa umat kudus (Wah 5:8) dan Kristus adalah Iman Besar mereka. Dia adalah anggota mereka yang layak untuk membuka gulungan rencana Allah yang telah menebus manusia dan membuat untuk mereka satu kerajaan dan imam kepada Allah kita yakni, Allah ke atas Kaunsil dan Kristus (Wah 5:9-10). Penebusan umat manusia adalah sebahagian daripada pemulihan akhir zaman yang berlaku pada kedatangan Mesiah yang kedua kali sebagai Raja Israel, kedatangan pertamanya difahami sebagai Mesiah Harun. Kedatangan Mesiah yang pertama ini adalah pendamaian bagi dosa dan pembentukan kepada keimamatan Melkisedek.

 

Pemulihan pada zaman akhir telah difahami menjadi perluasan bagi elohim seperti yang digambarkan di dalam Zakariah 12:8. Dalam pemulihan pada akhir zaman apabila Mesiah dayang ke Sion, seperti yang difahami dalam Ibrani 12:22-23, rentetan kedatangan melibatkan pertahanan ke atas Yerusalem dan menguatkan penduduk fizikal dalam kota itu bagi pemeritahan milenial (pemerintahan satu ribu tahun). Tetapi perhatikan Zakariah menyatakan:

 

Dan orang yang tersandung di antara mereka pada waktu itu akan menjadi seperti Daud; dan keluarga Daud akan menjadi seperti Allah (elohim), sebagai Malaikat YHVH yang mengepalai mereka (penekanan ditambahkan).

 

Kepentingan di sini adalah bahawa Zakariah telah diberikan pemahaman bahawa Malaikat YHVH adlah elohim dan bahawa keluarga Daud (yang telah lama mati) yang terdiri dari mereka yang menjadi elohim sebagai sebahagian daripada keluarga Daud.

 

Zakariah menulis pada hujung waktu Perjanjian Lama dan sebagai satu daripada buku terakhir yang ditulis (petikan dakwaan 410-403 BC, App. 77 dari rujukan Companion Bible). Justru itu, pemahaman tentang rentetan ini tidak diubah pada jangka masa kompilasi teks ini.

 

Kesimpulan

Dari DSS kita tahu bahawa pemahaman ini adalah lengkap pada zaman Kristus dahulu. Bidaah di Kolose melibatkan perdamaian dalam Kaunsil Elohim. Galatia memulakan fahaman ritualisme dalam memperdamaikan roh-roh elemen dengan tidak memahami bahawa ia adalah roh-roh iblis.

 

Surat kepada Kolose dan galatia bertindak untuk menetapkan Kristus sebagai satu-satunya pengantara di antara umat pilihan dan Allah. Surat ini tidak menghapuskan hukum. Paulus tidak, dan tidak boleh mempunyai kontradiksi dengan Kristus. Yohanes juga menyangkal versi bidaah sama yang lebih meluas tetapi, kali ini, tentang cubaan untuk meninggikan Kristus dan menolak kematiannya atau pengorbanannya. Pemahaman tentang Ketuhanan mula diubah pada kurun yang kedua. Bukti pengubahan terhadap kosmologi ini akan diteliti dalam karya yang seterusnya. Perdebatan dalam kesalahan mengenai Kristus sebagai Allah telah dialami oleh Yahones dan mengakibatkan fahaman schisme di dalam jemaat-jemaat yang dia telah dirikan.

 

Apendeks

 

Penggunaan Istilah Bidaah dalam Jemaat Rasul

Istilah bidaah digunakan di dalam tulisan rasul dan diterjemahkan di dalam cara yang pelbagai untuk memberikanmaksud yang berlainan. Contohnya ialah:

 

Kisah 5:17 merujuk kepada mazhab atau pihak golongan Saduki menggunakan airesis.

 

Kisah 15:5 menggunakan aireseõs bagi mazhab farisi. Oleh itu dua golongan utama orang Yahudi disebut mazhab yang menggunakan istilah bidaah. Justru itu, ia tidak mempunyai perhubungan pejoratif.

 

Kisah 24:5 menggunakan istilah bidaah di dalam bentuk nahu aireseõs apabila bercakap tentang mazhab Nasrani. Justru itu, jemaat awal telah dirujuk sebagai bidaah.

 

Kisah 24:14 menggunakan istilah bidaah dalam bentuk nahu aireseõs apabila merujuk kepada jalan. Jemaat adalah jalan yang mereka panggil sekte atau mazhab (bidaah).

 

Kisah 26:5 memetik Paulus berkata bahawa menurut mazhab agama yang sebenarnya, dia hidup sebagi orang Farisi. Istilah yang digunakan adalah airesin atau bidaah. Sekali lagi tidak ada bentuk pejoratif yang terlibat.

 

Kisah 28:22 merujuk kepada aireseõs atau bidaah yang diterjemahkan sebagai mazhab kerana dengan jelas jemaat ini dibincangkan dan perbezaan pendapat tidak dilayan dengan cara yang sama sementara mereka di layan di bawah Jemaat golongan Athanasia.

 

2Petrus 2:1 merujuk kepada bidaah (aireseis) dari pemusnahan yang diterjemahkan sebagai pendapat pemusnahan (RSV). Versi KJV menterjemahkan teks ini hanya sebagai bidaah.

 

Galatia 5:20 merujuk kepada division dan aireseis yang diterjemahkan sebagai sekte atau roh (RSV). Teks di sini tidak merujuk kepada perbezaan pendapat mengenai ajaran. Teks ini merangkumi pelanggaran terhadap hukum yang jelas bagi mereka yang bersama dengan Roh Kudus. Oleh itu Paulus menggunakan istilah ini untuk menutupi kesalahan yang mana berguna untuk pembelajaran bagi umat pilihan seperti yang kita lihat dari 1 Korintus.

 

1Korintus 11:19 menunjukkan bahawa bidaah (aireseis) diterjemahkan sekte (RSV) dikalangan jemaat adalah dibenarkan dan dibutuhkan. Perbezaan pendapat di dalam jemaat membolehkan umat pilihan memastikan kebenaran dan juga mengenal pasti mereka yang dari umat pilihan bersma dengan Roh Kudus dan keberkesanan kebenaran. Justru itu, penindasan terhadap pendapat yang berlainan (di mana ia tidak melanggar hukum-hukum) adalah bertentangan dengan ajaran yang terkandung di dalam 1Korintus.

q