Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[095]

 

 

 

 

Milenium dan Keghaiban [095]

(Edisi 2.0 19950311-20000107)

 

Karya ini mengkaji pandangan milenialis mula-mula jemaat yang bertentangan dengan teori-teori moden keghaiban (rapture). Doktrin-doktrin awal telah dibentuk dari penulis-penulis awal. Asal-usul doktrin keghaiban dibincangkan. Penghasilan doktrin-doktrin moden dan juga aktiviti-aktiviti paderi Jesuit iaitu Ribera dan Bellarmine dibincangkan. Aktiviti-aktiviti Samuel Maitland dalam pembuatan doktrin palsu ini juga dibincangkan.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1995, 2000 Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Milenium dan Keghaiban [095]



Doktrin-doktrin asal jemaat mula-mula adalah berciri milenialis. Jemaat mengharapkan kedatangan Kristus serta kebangkitan orang-orang kudus pada kedatangannya. Orang-orang kudus kemudiannya akan memerintah bumi ini selama seribu tahun, dan sesudah itu kebangkitan kedua atau umum akan terjadi dan penghakiman akan menyusuli dari tempoh seribu tahun itu.

 

Banyak ayat-ayat Perjanjian Lama yang pergi kepada Wahyu 20 ayat 1-15 serta berhubungkait dengan ayat-ayat itu. Melainkan kamu faham tentang kebangkitan serta milenium, kamu tidak akan faham apa yang berlaku pada kedatangan Mesias. Contohnya kamu tidak dapat faham Zakharia 14:16-19 dalam hal penetapan Perayaan Pondok Daun serta keperluan menghantar para pengantara ke Yerusalem. Kumpulan Adventist Hari Ketujuh tidak dapat memahami ayat-ayat itu. Mereka tidak dapat memahami Yesaya 66:20 serta pemulihan Sabat dan Hari-hari Bulan Baru, kerana bagi mereka, adanya Milenium syurgawi. Mereka tidak mendapat sebarang pengertian dari nubuatan-nubuatan Perjanjian Lama berkenaan kedatangan semula Mesias, kerana mereka tidak memahami situasi yang akan diwujudkan pada kedatangan Mesias.

 

Kebanyakan orang di luar sana mendapat bimbingan salah dan masalahnya dengan teologi mereka berpunca dari senario dalam mana mereka meletakkan bumi ini, pada kedatangan Mesias. Iblis telah menyerang doktrin ini selaku sumber fundamental kepalsuan selama 2,000 tahun. Doktrin ini menandakan jemaat sejati dan ia telah dipergunakan untuk menyerang jemaat serta Kekristianan dan memusnahkan pemahaman Alkitab.

 

Sekarang kita akan melihat pada Wahyu 20:1-15.

 

Wahyu 20:1-15  Lalu aku melihat seorang malaikat turun dari sorga memegang anak kunci jurang maut dan suatu rantai besar di tangannya; 2 ia menangkap naga, si ular tua itu, yaitu Iblis dan Satan. Dan ia mengikatnya seribu tahun lamanya, 3 lalu melemparkannya ke dalam jurang maut, dan menutup jurang maut itu dan memeteraikannya di atasnya, supaya ia jangan lagi menyesatkan bangsa-bangsa, sebelum berakhir masa seribu tahun itu; kemudian dari pada itu ia akan dilepaskan untuk sedikit waktu lamanya.

 

Iblis telah menyesatkan bangsa-bangsa sepanjang zaman hingga menjelang Milenium dan kedatangan Yesus Kristus. Iblis masih lagi sedang menyesatkan bangsa-bangsa dan salah satu doktrin yang diserangnya, dan dengan apa dia menyesatkan bangsa-bangsa, adalah struktur kerajaan Tuhan pada zaman akhir. Itulah sebabnya kenapa dia diletakkan di dalam jurang maut itu, kerana dia seorang pendusta dan agama palsu berpunca darinya.

 

4 Lalu aku melihat takhta-takhta dan orang-orang yang duduk di atasnya; kepada mereka diserahkan kuasa untuk menghakimi. Aku juga melihat jiwa-jiwa mereka, yang telah dipenggal kepalanya karena kesaksian tentang Yesus dan karena firman Allah; yang tidak menyembah binatang itu dan patungnya dan yang tidak juga menerima tandanya pada dahi dan tangan mereka; dan mereka hidup kembali dan memerintah sebagai raja bersama-sama dengan Kristus untuk masa seribu tahun.

 

Teks ini adalah punca utama kekeliruan itu. Telah ditentukan oleh beberapa dari ahli milenialis jemaat mula-mula, bahawa kebangkitan orang mati ini serta pucuk kepimpinan hanya diberikan kepada mereka yang mati syahid. Dalam kata lain, kamu harus mengalami kematian dipenggal demi kesaksian Yesus untuk mengambil bahagian dalam kebangkitan pertama itu. Itu merupakan doktrin bagi satu elemen jemaat dalam abad pertama. Bagaimanapun, ianya mungkin untuk membacanya dengan cara tertentu hingga ia mengatakan, mereka yang dipenggal adalah terasing dari mereka yang menyembah binatang itu. Mereka itulah yang mengambil bahagian dalam kebangkitan pertama.

 

Ini bermakna bahawa kuasa binatang ini harus berkekalan selama 2,000 tahun; jika tidak, maka orang-orang kudus tidak teruji sepanjang tempoh itu dan sebilangan besar orang-orang kudus tidak dapat mengambil bahagian dalam kebangkitan pertama itu, hanya orang mati syahid saja. Jadi, kuasa binatang itu sepatutnya satu gabungan. Kuasa binatang ini tidak boleh hanya satu tafsiran futuris (masa depan) zaman akhir. Kuasa binatang ini juga seharusnya telah berterusan, hinggakan binatang itu sepatutnya apa yang bergabung denga struktur agama palsu itu. Oleh itu, kuasa binatang akhir zaman itu semestinya suatu lanjutan struktur agama palsu itu, namun kuasa inilah yang membinasakan struktur palsu itu pada zaman akhir.

 

5 Tetapi orang-orang mati yang lain tidak bangkit sebelum berakhir masa yang seribu tahun itu. Inilah kebangkitan pertama.

 

Maka ianya cukup jelas bahawa terdapat dua kebangkitan, dan orang-orang mati yang lain hanya bangkit pada hujungnya. Di dalam kebangkitan pertama itu hanyalah mereka yang telah mati syahid serta mereka yang telah menolak penerimaan gambar binatang itu. Maka ianya cukup jelas bahawa kamu mesti diuji oleh kematian syahid, atau tanda binatang itu, untuk berada di dalam kebangkitan pertama itu.

 

6 Berbahagia dan kuduslah ia, yang mendapat bagian dalam kebangkitan pertama itu. Kematian yang kedua tidak berkuasa lagi atas mereka, tetapi mereka akan menjadi imam-imam Allah dan Kristus, dan mereka akan memerintah sebagai raja bersama-sama dengan Dia, seribu tahun lamanya.

 

Ini cukup jelas. Mereka  akan menjadi imam-imam Allah dan Kristus, dan akan memerintah bersamanya selama seribu tahun. Mereka akan menjadi imam-imam kepada sesuatu. Kamu tidak boleh menjadi seorang imam kepada atau untuk Tuhan, melainkan kamu menjadi imam kepada dan untuk sesuatu, sebagai satu jemaat.

 

7 Dan setelah masa seribu tahun itu berakhir, Iblis akan dilepaskan dari penjaranya, 8 dan ia akan pergi menyesatkan bangsa-bangsa pada keempat penjuru bumi, yaitu Gog dan Magog, dan mengumpulkan mereka untuk berperang dan jumlah mereka sama dengan banyaknya pasir di laut.

 

Jelas sekali terdapatnya kuasa-kuasa di luar sana yang merupakan kuasa-kuasa fizikal. Pada hujung seribu tahun itu, harus ada umat fizikal, yang akan mengambil kelengkapan senjata dan mara ke arah  orang-orang kudus.

 

9 Maka naiklah mereka ke seluruh dataran bumi, lalu mengepung perkemahan tentara orang-orang kudus dan kota yang dikasihi itu. Tetapi dari langit turunlah api menghanguskan mereka, 10 dan Iblis, yang menyesatkan mereka, dilemparkan ke dalam lautan api dan belerang, yaitu tempat binatang dan nabi palsu itu, dan mereka disiksa siang malam sampai selama-lamanya.

 

Binatang dan nabi palsu itu adalah suatu sistem pentadbiran/pemerintahan dan suatu sistem nubuatan palsu. Mereka bukanlah individu. Bacalah karya-karya Kebangkitan Orang Mati [143] dan Penghakiman Terhadap Para Iblis [080]. Konsep-konsep teks-teks ini dibincangkan di dalam karya-karya itu. Orang-orang bukannya dibuang ke dalam laut api itu, melainkan mayat-mayat mereka yang telah menolak keselamatan. Tidak ada makhluk roh yang diseksa di dalam laut api itu.

 

11 Lalu aku melihat suatu takhta putih yang besar dan Dia, yang duduk di atasnya. Dari hadapan-Nya lenyaplah bumi dan langit dan tidak ditemukan lagi tempatnya. 12 Dan aku melihat orang-orang mati, besar dan kecil, berdiri di depan takhta itu. Lalu dibuka semua kitab. Dan dibuka juga sebuah kitab lain, yaitu kitab kehidupan. Dan orang-orang mati dihakimi menurut perbuatan mereka, berdasarkan apa yang ada tertulis di dalam kitab-kitab itu. 13 Maka laut menyerahkan orang-orang mati yang ada di dalamnya, dan maut dan kerajaan maut menyerahkan orang-orang mati yang ada di dalamnya, dan mereka dihakimi masing-masing menurut perbuatannya.

 

Tidak ada kebangkitan ketiga, menurut ayat 13. Hal ini adalah hasil rekaan beberapa dari Jemaat-jemaat Tuhan serta doktrin ketakutan mereka (lihat karya Kesalahan Pendapat Mengenai Kebangkitan Ketiga [166]).

 

14 Lalu maut dan kerajaan maut itu dilemparkanlah ke dalam lautan api. Itulah kematian yang kedua: lautan api.

 

Adanya konsep-konsep yang dibakar dalam lautan api. Ringkasnya, ianya seluruh struktur bumi serta proses-proses fizikalnya yang dibinasakan.

 

15 Dan setiap orang yang tidak ditemukan namanya tertulis di dalam kitab kehidupan itu, ia dilemparkan ke dalam lautan api itu. (KJV)

 

Ini telah disampaikan Tuhan kepada Yesus Kristus dan ditulis melalui perencanaan oleh rasul Yohanes. Ia disokong oleh teks-teks dalam Yesaya dan Zakharia serta kitab-kitab injil, namun telah diketepikan kebanyakan orang.

 

Pandangan-pandangan tentang kedatangan Mesias telah diputarbelitkan dan pandangan-pandangan asal jemaat kemudiannya telah dilabel pra-Milenialisme. Doktrin Milenium sebagai Milenialisme atau Chiliasme, merupakan pandangan tetap jemaat pemelihara Sabat. Ia telah ditentang dan diubah, malah namanya sendiripun telah dirampas oleh doktrin-doktrin palsu dan Teologi Trinitarian.

 

Pandangan bahawa orang-orang kudus yang memerintah hanya adalah mereka yang telah mati syahid bukanlah pandangan jemaat Perjanjian Baru. Paulus mengatakan bahawa sungguhpun mereka yang masih hidup tidak akan mendahului (atau menghalang, dalam penggunaan bahasa Inggeris KJV) mereka yang mati dalam Kristus, namun akan dikumpulkan dengan mereka untuk bersama dengan Tuhan untuk selamanya (1 Tesalonika 4:15-18). Ini merupakan pandangan milenialis asal jemaat.

 

Para penulis Milenialis atau yang disebutkan sebagai Pra-milenialis adalah Apollinaris, Commodianus, Hippolytus, Irenaeus, Justin Martyr, Lactantius, Methodius (yang menganggap milenium sebagai hari pengadilan), Montanus, Nepos, pseudo-Barnabas, Tertullian dan Victorinus. Teori minggu ke 70 yang tertunda yang mengaitkan Daniel 9:25 kepada Kristus telah mula-mula diperkenalkan oleh Hippolytus.

 

Doktrin ini telah dikembangkan kepada apa yang dikenali sebagai Chiliasme, yang secara asasnya adalah doktrin yang dikenali sebagai pramilenialisme. Milenium adalah istilah bagi seribu tahun dan ada juga satu lagi istilah yang dipanggil satu Chiliad dan ini juga bermakna seribu tahun. Namun keduanya adalah benda berasingan. Chiliad kemudiannya telah diaplikasikan kepada doktrin-doktrin milenium seribu tahun, yang mempunyai aspek-aspek fizikal berlebihan padanya. Kumpulan Gnostik telah mula mengembangkan idea Chiliasme di mana terdapatnya satu gaya kehidupan fizikal dan kepuasan nafsu yang berlebih-lebihan selama seribu tahun itu. Ia menjadi tidak dihormati kerana penulis-penulis Gnostik itu.

 

Iblis telah menyerang Milenium dengan melebih-lebihkan kebenarannya, dengan mengenakan aspek fizikal secara luarbiasa kepadanya. Doktrin-doktrin milenialis menjadi berbagai-bagai di bawah Chiliasme dari orang-orang kudus yang mati syahid yang memerintah bumi bersama Kristus, yang lazimnya dikembangkan di dalam tulisan-tulisan Chiliastik kemudiannya, kepada memasukkan semua umat Kristian yang masih hidup sewaktu Kristus datang, dan bukannya mereka yang mati dalam Kristus atau yang mati syahid. Tulisan-tulisan Chiliastik kemudian, khususnya dari Lactantius dan yang dari zamannya, telah tidak dihormati oleh kerana keberlebihan yang mereka cirikan pada pemerintahan duniawi dari Yerusalem itu, dan ada yang menjadi berciri kepuasan nafsu dengan tulisan yang dipetik dari sumber-sumber bukan alkitab.

 

Gereja Katolik yang kemudiannya menganggap milenium itu sebagai wahyu Yahudi dan menafikan maksud literal buku Wahyu.

 

Sungguhpun ianya sukar menggambarkan dengan jelas gambaran-gambaran yang digunakan dalam buku Wahyu dan hal-hal yang dimaksudkan mereka, namun tidak syak lagi bahawa seluruh gambaran itu merujuk kepada perang rohani antara Kristus dan Jemaat pada satu pihak, kuasa-kuasa jahat neraka dan dunia pada pihak yang satu lagi. Bagaimanapun, sebilangan besar umat Kristian zaman selepas Kerasulan, khususnya di Asia minor, begitu mempercayai hal wahyu Yahudi sehingga memberikan maksud literal kepada gambaran-gambaran Wahyu Yohanes ini; akibatnya milenialisme telah tersebar luas dan mendapat penyokong-penyokong kuat bukan saja di antara para pembidaah tetapi juga antara umat Kristian Katolik. (Catholic Enc. Vol. X Millennium, halaman 308)

 

Itu menunjukkan betapa jauhnya putar belit tersebut. Memang benar jemaat mula-mula bersifat milenial. Sebabnya Gereja Roman tidak mengingini wahyu Yahudi ini, adalah kerana kuasanya berpusat di Rom dan Empayar Rom tidak menyukai (bahawa pada akhirnya) idea kerajaan sedunia seribu tahun yang berpusat di Yerusalem. Idea tentang Kristus yang memerintah planet ini selama seribu tahun dari Yerusalem, adalah masalah sedia ada dengan umat-umat Kristian di Eropah ini. Mereka tidak ingin Kristus menjadi seorang Yahudi dan memerintah dunia dari Yerusalem. Itulah sebabnya kenapa orang-orang ini menolak maksud literal Alkitab, dalam penetapan Milenium tersebut.

 

Cerinthus orang Gnostik mewarnakan gambaran-gambaran milenium itu dengan warna-warna kasar dan penuh keberahian (C.E. ibid.) (Caius dalam Eusebius, "Hist. Eccl.", III, 28; Dionysius Alex. dalam Eusebius ibid., VII, 25).

 

Biskop Papius dari Hierapolis, seorang murid Yohanes, adalah seorang penyokong Milenialisme. Dia didakwa adalah seorang Katolik oleh J.P. Kirsch CE. (ibid.), namun itu adalah mustahil memandangkan formasi kumpulan Athanasian sebagai suatu jemaat. Kedua-dua Papius dan Irenaeus mendakwa telah mempelajari doktrin-doktrin Milenium dari Yohanes. Irenaeus mencatatkan bahawa orang Presbyteri lain, yang telah melihat dan mendengar Yohanes iaitu murid itu, mempelajari darinya kepercayaan di dalam Milenialisme sebagai sebahagian dari doktrin Tuhan.

 

Maka di sini kita ada dua saksi. Irenaeus cukup jelas mengatakan bahawa semua biskop dan kepala jemaat yang telah melihat dan mendengar Yohanes, telah mempelajari darinya doktrin Milenium itu. Adanya saksi. Ada yang telah melihat Yohanes, belajar darinya dan murid-muridnya. Mereka menyaksikan bahawa Yohanes mengajar doktrin-doktrin Milenium sebagai sebahagian dari pekerjaan Tuhan, dan mereka kemudiannya mengatakan bahawa itu adalah doktrin jemaat mula-mula.

 

Menurut Eusebius (Hist. Eccl., III, 39) Papius di dalam bukunya menegaskan bahawa kebangkitan orang mati akan diikuti oleh kerajaan duniawi Kristus yang agung dan yang kelihatan, dan menurut Irenaeus (Adv. Her V, 32-33), dia mengajar bahawa orang-orang kudus juga akan menikmati kelimpahan nikmat-nikmat duniawi sewaktu Milenium itu (lihat juga Cath. Enc. op. cit). Jadi, orang-orang kudus yang di dunia sekalipun dapat, menurut Irenaeus, mengambil bentuk fizikal dan mengambil bahagian dalam struktur itu.

 

Surat St. Barnabas juga dianggap mengandungi idea-idea Milenium. Idea-idea enam hari serta perhentian Sabat mingguan, dilihat melanjut kepada tempoh enam ribu tahun rencana pekerjaan Tuhan serta seribu tahun perhentian Milenium. Maka tempoh tujuh ribu tahun adalah satu konsep struktur Kristian Yahudi mula-mula.

 

Jemaat mula-mula faham bahawa Sabat mingguan itu mewakili enam ribu tahun penguasaan Iblis serta pekerjaan Tuhan, dan hari ketujuh itu mewakili seribu tahun Milenium. Ini telah menjadi ciri jemaat Tuhan selama 2,000 tahun dan itulah sebabnya kenapa ia diserang pada abad ini. Doktrin ini memang sentiasa diserang, kerana kamu memahaminya. Itulah sebabnya kenapa Sabat telah diserang, kerana Sabat juga menggambarkan Milenium.

 

Tokoh mati syahid, Justin dari Rom, di dalam dialognya dengan Trypho (Ch. 80-81) menyokong pandangan milenium alkitab ini. Dia memerhati bahawa walaupun begitu, terdapat ramai umat Kristian yang menyokong pandangan ini yang tidak percaya padanya.

 

Melito, biskop Sardis pada abad kedua, menyokong doktrin-doktrin Milenium dan mengikuti Irenaeus di dalam pandangan-pandangannya.

 

Kumpulan Montanist juga adalah penyokong setia Milenialisme. Tertullian, tokoh utama bagi kumpulan Montanist telah membentangkan doktrin ini di dalam karyanya De Spe Fidelium yang kini telah hilang dan dalam Adv. Marcionem, IV.

 

Penyangkalan Milenialisme mulanya datang dari Gnosticisme (lihat juga Cath. Enc. op cit.). Bagaimanapun, punca sebenar penolakan ini hanyalah anti-Semitisme (anti Yahudi). Ia juga telah ditentang oleh golongan Alogi di Asia Minor dan mereka telah menyangkal bukan saja Wahyu (mencirikannya kepada Cerinthus), tetapi juga Injil Yohanes. Tentangan terhadap Milenialisme ini seiring dengan tentangan terhadap kumpulan Montanist. Satu bidaah muncul, yang menganjurkan Mileniumisme. Iblis bekerja atas premis ini sepanjang masa. Dia akan mendirikan satu kumpulan dengan bidaah yang jelas dan dengan satu kebenaran, menggabungkan keduanya bersama hinggakan semua yang menyerang satu idea, juga akan menyerang yang satu lagi. Jadi, apa yang kita lihat di sini adalah kebenaran yang digabungkan dengan kepalsuan, dan kebenaran itu dibuang bersama dengan kepalsuan tersebut.

 

Menjelang hujung abad kedua dan permulaan abad ketiga, presbyter Rom iaitu Caius telah menyerang Milenialisme sementara Hyppolytus dari Rom telah bangkit mempertahankannya.

 

Lawan Milenialisme yang paling kuat ialah Origen dari Alexandria. Maka begitulah, kemunculan doktrin-doktrin dalam Alexandria yang menyerang Ketuhanan juga melawan maksud literal Kitab Suci.

 

Memandangkan Neo-Platonisme pada mana doktrin-doktrinnya diasaskan serta cara kiasan-rohani yang digunakannya untuk menjelaskan Kitab-kitab Suci, dia tidak dapat tetap dengan kumpulan Milenarian. Dia terang-terang menentang mereka, dan, disebabkan pengaruh besar tulisan-tulisannya atas teologi kepaderian khususnya dalam negeri-negeri Timur (Oriental), milenarianisme lama-kelamaan hilang dari idea-idea Kristian Timur (Cath. Enc. ibid. halaman 309)

 

Nepos, biskop di Mesir, telah menentang posisi kiasan Origen tersebut pada abad ketiga sambil mempertahankan doktrin Milenium, dan menetapkan pandangan tersebut dalam Arsinoe. Melalui neo-platonisme, doktrin trinitas mula dibentangkan. Origen adalah seorang neo-platonis. Jadi apa yang kita dapati di sini adalah, kesilapan-kesilapan ini memasuki jemaat dan menyerang doktrin-doktrin itu, yang menetapkan pemerintahan Kristus atas planet ini. Itulah subjek sebenar serangan mereka. Dionysius dari Alexandria kelihatan seperti telah memujuk golongan Milenialis itu untuk meninggalkan pandangan-pandangan mereka untuk mengelakkan satu perpecahan (Eusebius Hist. Eccl. VII, 14).

 

Doktrin-doktrin Milenial telah kekal di Mesir untuk beberapa masa dan Methodius, biskop Olympus dan seorang penentang utama Origen telah mempertahankan Milenialisme di dalam Symposion-nya (IX, 1, 5, dalam Migne, Patr. Graec, XVIII, 178 sqq.). Apollinaris iaitu biskop Laodikia mempertahankan Milenialisme pada pertengahan kedua abad keempat. Maka pertentangan ini telahpun berlanjutan dari abad pertama sampai abad keempat. Tulisan-tulisan itu dirujukkan oleh Basil dari Caesarea (Kaisarea) (Epist. CCLXIII, 4, dalam Migne, Patr. Graec.XXXII, 980); lihat juga Epiphaneus (Her. LXX, 36, dalam Migne loc. cit. XLII, 696) dan Jerome (Dalam Isa. XVIII, dalam Migne Patr. Lat. XXIV, 627). Jerome juga menyatakan bahawa Milenialisme merupakan doktrin lazim, tetapi selepas itu Jemaat dengan efektifnya telah meluputkan pandangan ini. Ianya suatu doktrin yang ditemui di Barat, contohnya Commodian (Instructiones 41, 42, 44 Migne ibid. V, 231 sqq) dan Lactantius (Institutiones VIII, Migne ibid. Vi, 739 sqq) yang juga telah memetik dari nubuatan-nubuatan Sybilline, yang berasal dari golongan Milenialis jemaat mula-mula. Nubuatan-nubuatan Sybilline ini pada asasnya disenaraikan dalam Pseudepigrapha Perjanjian Lama. Ianya bersifat Mesianik. Sama ada atau tidak ianya Kristian, tidak diketahui dengan pasti. Ianya bersifat Mesianik Yahudi dan merujuk kepada pemerintahan fizikal Mesias. Doktrin ini khususnya ditemui dalam jemaat Unitarian juga.

 

Oleh kerana kesilapan-kesilapan serius jemaat-jemaat moden berkenaan kedatangan Kristus serta pemulihan Milenium itu, ramai ahli teologi moden, cenderung membongkar janji-janji Perjanjian Lama berhubung pemulihan tersebut sebagai sesuatu yang hebat dan ramai yang mengelirukan istilah Israel dan orang Yahudi. Mereka tidak faham bahawa orang Yahudi hanyalah sebahagian saja dari Israel dan bahawa terdapatnya sepuluh suku yang hilang di luar sana dan bahawa sepuluh suku ini membentuk satu organisasi dan bahawa terdapatnya satu pandangan umum Alkitab mengenai bagaimana seluruh dunia ini akhirnya menjadi Israel.

 

Mereka cenderung menawarkan janji-janji Tuhan dalam Perjanjian Lama, sebagai bukti selanjutnya akan pengaruh Etrusca dan Persia atas doktrin-doktrin itu dan, dengan itu, memperkecil-kecilkan cirinya sebagai sesuatu yang diilhami. Lazimnya, apabila para penulis merendah-rendahkan Kitab Perjanjian Lama, kesimpulan-kesimpulan mereka menjadi beraneka raga dan bukan alkitabiah. Seperti mana kita telah lihat banyak kali, Kitab Taurat sebenarnya adalah Perjanjian Lama dan injil-injil telah disertakan dengannya. Para rasul hanya mempunyai Kitab Taurat ini iaitu Perjanjian Lama dari mana mereka mengajar. Tulisan-tulisan Paulus belum lagi dikumpulkan, dan tulisan-tulisannya bukanlah Hukum yang melebihi dan melampaui Alkitab. Mereka hanya sekadar tambahan kepada Alkitab. Kita harus benar-benar jelas tentang hal itu.

 

Demi menyerang Milenium, mereka perlu betul-betul menyingkirkan buku Wahyu. Ini telah dipilih sebagai penyelesaiannya dan untuk seketika mereka telah mengeluarkan buku Wahyu itu dari Alkitab. Sedikit saja yang kabur tentang Wahyu. Ianya sangat jelas dan khusus dan sangat mengutuk sistem-sistem agama palsu. Ianya sangat jelas tentang apa yang Kristus akan lakukan dengan dunia ini.

 

Pengabaian Wahyu dari Kanun

Ianya disebabkan beberapa dakwaan-dakwaan melampau Chiliasme hinggakan buku Apocalyse (atau Wahyu), telah diabaikan dari Kanun Suci untuk satu tempoh masa pendek, sungguhpun sebab sebenarnya mungkin sekali adalah kerana tradisi-tradisi Mithraic sedang bertapak dalam Jemaat dan Wahyu terlalu jelas dan tepat pernyataannya. Pada akhir abad kedua, Wahyu telah disahkan sebagai kerasulan dan berkuasa di seluruh jemaat, kecuali di dalam versi Syriac. Untuk seketika ia disangsikan, oleh kerana tentangan kepada Milenialisme Chiliastik oleh Dyonisius dari Alexandria (mati tahun 265). Kedua-dua Cyril dari Yerusalem (mati tahun 368) dan Gregory dari Nazianzus (mati tahun 389) telah mengabaikan kitab Apocalypse dari katalog-katalog kitab-kitab Perjanjian Baru mereka, dan Chrysostom (mati tahun 407) sama sekali tidak menyebutnya (rujuk karya Satu Bersama dengan Bapa [081]).

 

Siapakah orang-orang ini? Gregory dari Nazianzus dan Gregory dari Nissa dan Basil dari Caesarea (Kaisarea), adalah tiga orang yang telah membentuk doktrin Trinitas. Orang-orang ini khususnya mencipta doktrin Trinitas dan mengembangkan tentangan mereka kepada pandangan-pandangan itu demi bertumbuh (seperti yang dikatakan Basil sendiri) sebagai Tuhan. Mereka adalah pengasas-pengasas Gereja Katolik.

 

Sidang Laodikia (sekitar 366) mengabaikannya dari senarai Kanun.

 

Kanun 29 sidang ini menyatakan umat Kristian tidak harus mengikut Yahudi dan berhenti pada hari Sabat, tetapi harus bekerja pada hari itu; namun Hari Tuhan mereka harus hormati khususnya, dan, selaku umat Kristian, tidak melakukan sebarang pekerjaan pada hari itu, jika boleh. Bagaimanapun, jika mereka didapati melakukan seperti Yahudi, mereka akan terkutuk dari Kristus. 1

 

Nota 1: Hefele dalam karya A History of the Councils of the Church, Volume 2, page 316, telah menuliskan Sabat sebagai Sabtu, dan menggunakan istilah “terasing dari Kristus”.

Jadi, sidang itu telah mengharamkan Wahyu dan ia juga telah mengharamkan hari Sabat. Ini dapat menggambarkan dengan cukup jelas, matlamat rohani Sidang Laodikia itu.

 

Lain-lain Kanun Sidang memberi peruntukan agar Kitab Suci dibaca mempersembahkan roti Lenten; serta memperingati tokoh-tokoh yang mati syahid pada hari Sabat di samping hari Minggu. Sidang ini sambil memelihara hari Sabat sebagai hari suci, dengan efektifnya menjadikannya hari kerja dan menggalakkan hari Minggu sebagai hari perhentian.

 

Semua itu telah menyempurnakan kesalahan-kesalahan pada Sidang Nicea dalam tahun 325 TM yang telah dimulakan oleh Constantine dari tahun 321 TM. Namun begitu, kejayaan itu tidak menyeluruh kerana Athanasius pada tahun 367 TM telah memasukkannya dalam perhitungannya, dan Sidang-sidang Hippo (393) dan Carthage (397) mengisytiharkannya sebagai Kanun. 2

 

Nota 2: Butir-butir sejarah buku Wahyu yang rumit itu dimasukkan dalam karya Biskop BF Westcott, A General Survey of the History of Canon of the New Testament 1875 Ch.2C.

 

Mereka telah memenangi pertempuran-pertempuran yang perlu mereka menangi dan dalam tahun 367 iaitu tahun selepas Sidang Laodikia, Athanasius yang merupakan salah seorang dari bapa pengasas Jemaat Katolik (mereka dipanggil Athanasian kerana mereka adalah Trinitarian) kemudiannya memasukkan Wahyu kembali ke dalam Kanun.

 

Constantine membinasakan Iman itu

Constantine jugalah yang telah mempercepatkan peninggalan (pra) Milenialisme, dan iman asal kita telah mati. Bertambah materialistik, Chiliasme mencetuskan tentangan terhadapnya, dan ia mula-mula muncul dalam bentuk Origen dari Alexandria. Melalui perohanian dan penggunaan kiasan, dia telah memulakan kemerosotan jemaat. Konsep bahawa Kerajaan Tuhan yang kekal adalah jemaat dominan yang didirikan di Bumi, muncul dalam tulisan-tulisan Tichonius dan telah diperkenalkan oleh Eusebius berikutan “pertaubatan” Constantine kepada Kekristianan. Constantine telah dibaptiskan oleh Eusebius dari Nicomedia pada waktu kematiannya. Dia dibaptiskan sebagai seorang Unitarian (yang disebut sebagai Arian atau Eusebian) dan bukan seorang Katolik. Constantine tidak pernah menjadi seorang Katolik dan menyangkal iman mereka dan sebenarnya adalah seorang umat Eusebian. Dia seorang unitarian. Aurelius Augustine, Biskop dari Hippo, dalam keghairahan anti-chiliastic telah memperkenalkan dalam tulisan-tulisannya perohanian milenium itu, berdasarkan pada teori rekapitulasi (penggulungan) yang disarankan Tichonius. Ringkasnya, ini menyatakan bahawa Wahyu berulang-ulang meliputi era Kristian di bawah simbol-simbol tujuh jemaat, tujuh meterai, tujuh sangkakala, binatang-binatang dan kemudiannya milenium. Maka dengan orang-orang ini serta peninggalan Constantine, kepalsuan Iblis telah lahir dan doktrin postmilenialisme muncul.

 

Milenialisme Syurgawi

Sama masanya dengan kemunculan postmilenium adalah hujah oleh Jerome, bahawa Milenium itu adalah syurgawi dan bukannya duniawi. Premis ini berdasarkan kiasan dan jelas mempengaruhi Augustine dalam tulisan-tulisannya. Ia masih wujud sekarang ini, dan untuk membolehkan gimnastik mental yang terbabit, kamu perlu mengabaikan kebanyakan nubuatan-nubuatan Perjanjian Lama.

 

Ianya pelik bahawa Augustine mula-mula adalah seorang Milenialis, atau yang dipanggil sebagai pramilenialis (City of God, XX, 7). Bagaimanapun, dia nampaknya menegaskan bahawa Milenium adalah selepas kebangkitan Universal dan mungkin lebih bersifat rohani (Sermo, CCLIX, dalam Migne, ibid., XXXVIII, 1197). Dia juga dikreditkan dengan sokongan pandangan postmilenialis itu dan juga ditauliahkan oleh beberapa ahli eschatologi dengan pembentukan teori amilenialis. Ramai orang yang merujuk kembali kepada Augustine dan mendakwa sokongan darinya bagi pandangan-pandangan mereka.

 

Pada Reformasi, semua kembali kepada Augustine dan tidak kepada jemaat asal. Itulah sebabnya kenapa Reformasi itu telah gagal. Pergerakan Reformasi masih didiami umat Trinitarian (ibadah hari Minggu), kerana mereka tidak pergi lebih jauh dari Augustine. Postmilenialisme tidak menjadi pandangan rasmi Gereja Roman Katolik sehinggalah Thomas Aquinus memperjuangkannya dan ia umumnya tidak diterima hingga selepas tahun 1700. Karya terbaru Komentar Katolik atas Kitab Suci, 1953 halaman 1207, menasihatkan para pembacanya untuk “menganggap pembelengguan Iblis serta pemerintahan orang-orang Kudus sebagai tempoh keseluruhan sebelum Penjelmaan itu”.

 

Dari dakwaan tentang Kristus yang menjelma dan Kristus yang dibangkitkan, serta pembentukan jemaat sebagai hasilnya, Gereja Roman Katolik menuntut hak pemerintahan dan kewibawaan dan kekuasaan sekarang. Pandangan mereka adalah bahawa mereka adalah pihak pemerintah berwibawa dan milenium itu (Kerajaan Tuhan) sudahpun tiba.

 

Amilenialisme

Amilenialisme adalah doktrin yang agak beraneka dan salah. Ia mengajar bahawa Wahyu 20 hanya sekadar mengajar kebenaran-kebenaran rohani dalam bahasa simbolik. Ia mendakwa bahawa tidak ada pemerintahan milenium sebenarnya, ataupun ia dianggap sebagai seluruh era Kristian. Dua kebangkitan itu digabungkan menjadi satu dan Kristus datang pada akhir zaman untuk menghakimi dunia. Bentuk pertimbangan begini semakin berleluasa di kalangan pendeta-pendeta barat dan umat Trinitarian umumnya.

 

Perbezaan antara postmilenialisme dan amilenialisme adalah sangat kecil, namun ianya jelas.

 

Perubahan-perubahan dalam Postmilenialisme

Postmilenialisme telah melalui berbagai perubahan dan pada tahun 1190, Joachim dari Flores dan kumpulan Joachimite Spirituals, telah mengusahakan penubuhan jemaat yang tulen. Kelakuan melampau gereja Rom mendorong mereka yang mengharapkan suatu kehidupan dalam Kristus untuk mencari sesuatu yang lain. Dengan berlakunay pembinasaan serta kelampauan-kelampauan karnal raja-raja gereja serta persembahan Vikar Kristus itu, seseorang itu hanya boleh mengharapkan bahawa adanya penjelasan lain bagi rencana Tuhan yang jauh melampaui postmilenialisme, yang menganggap bahawa pencapaian tertinggi manusia dibayangkan dalam Kerajaan Gereja Rom.

 

Trinitas dan Doktrin Jemaat Tulen

Namun jemaat tulen yang baru itu masih berdasarkan pada konsep pembahagian Trinitarian. Zaman Bapa, zaman Anak dan zaman Roh. Joachim berpendapat bahawa zaman Roh akan bermula sebelum tahun 1260 TM mengikut prinsip sehari untuk setahun itu. Suatu zaman Roh pada masa depan juga telah disarankan oleh kumpulan Franciscan Spiritual. Pada masa ini jemaat telah mula terbabit dalam membuktikan kewujudan Trinitas, dari segi semulajadi dan melalui wahyu. Ayat pada 1 Yohanes 5:7 dalam Textus Receptus dan dengan itu Alkitab King James, yang mengatakan: “Sebab ada tiga yang memberi kesaksian (di dalam sorga: Bapa, Firman dan Roh Kudus; dan ketiganya adalah satu,” adalah satu pemalsuan. Ia dimasukkan dalam tulisan-tulisan kemudiannya, kerana tidak ada ayat dalam Alkitab yang menyokong konsep triad-triad Mesir, yang telah dimasukkan dalam Kekristianan Roman. Bilangan tiga juga signifikan dalam agama ibu bumi kuno, yang digambar sebagai subkultur feminin yang membabitkan pemujaan alam semulajadi serta lain-lain bentuk naturalisme, yang kemudiannya dikaitkan dengan ilmu sihir. Oleh kerana tiada sokongan alkitab bagi Trinitas, mereka memalsukannya.

 

Dasar reaksi orang-orang spiritualis ini adalah dari kemerosotan jemaat zaman pertengahan. Kumpulan Franciscan, yang dikepalai oleh Pierre Jean D’Olivi (meninggal 1298), yang mengenalpasti jemaat berhierarki itu sebagai Babilon wahyu, dan Ubertino dari Casale (sekitar 1312), yang mengenalpasti paus sebagai Binatang wahyu itu, bersama dengan kumpulan Joachimites, telah begitu serik dengan kehinaan dalam mana jemaat telah terjerumus, hinggakan mereka melihat keperluannya untuk reformasi. Begitu kuat sekali dorongan ini hinggakan ramai yang melabelkan paus-paus sebagai Antikristus. Ini adalah sahutan yang digemakan oleh Jemaat-jemaat Protestan, yang mendesak agar mereka keluar dari Babilon yang murtad.

 

Kesilapan teologi golongan Protestan, adalah bahawa mereka tidak pergi lebih jauh dalam pencarian mereka untuk memulihkan kesederhanaan sebenar jemaat dari Augustine dari Hippo, dan dengan itu tidak dapat melepaskan diri mereka dari kesilapan-kesilapan sidang-sidang Nicea, Laodikia, Constantinople dan Chalcedon. Maka dengan itu mereka tidak memulihkan Kekristianan jemaat mula-mula.

 

Sahutan bertentangan untuk membersihkan Jemaat dari pembidaah-pembidaah awal ini telah dibunyikan oleh Milicz dari Kremsier (meninggal 1374) sebelum usaha tersebut dapat disempurnakan.

 

Edward Gibbon menyatakan berhubung pencirian keluasan pengaruh Vatican, “sewaktu abad-abad kebutaan dan perhambaan, Eropah mendapat pandangan-pandangan agamanya dari petunjuk-petunjuk Vatican, dan doktrin yang sama, yang telahpun dicemari karat zaman silam telah diterima tanpa tentangan ke dalam kepercayaan golongan reformasi ini yang telah menyangkal kekuasaan Kepausan Roman. Synod Chalcedon masih menang dalam Jemaat-jemaat Protestan. Mereka telah memperbaharui luarannya, namun tidak kembali kepada pemeliharaan Perintah-perintah Tuhan itu dan sampai hari in masih lagi menodai hari-hari Sabat, yang tidak dibenarkan melainkan oleh Biskop Rom.

 

Arnold dari Villanova yang telah meninggal pada tahun 1313, dengan menjangkakan reformasi dalaman jemaat, mungkin akan mual dengan reformasi bertentangan yang berlaku sebaliknya, yang, didahului oleh Inquisition (Pemeriksaan Menghukum), telah membunuh beribu-ribu umat Tuhan dengan cara paling mengerikan sekali yang mampu dilakukan manusia. Golongan milenialis jemaat yang sejati lama-kelamaan lenyap di bawah penganiayaan. Mereka kemudiannya diwakilkan kumpulan-kumpulan pinggiran seperti kumpulan Anabaptist.

 

Tentangan terhadap sistem Roman tersebut ditemui di Eropah di kalangan kumpulan Sabbatati yang merupakan umat Unitarian (lihat karya Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah [170]). Mulanya, kumpulan Waldensian adalah sebahagian dari golongan Sabbatati ini dan merupakan umat Unitarian Milenialis. Penyangkalan Trinitas adalah salah satu dari “bidaah-bidaah” kumpulan Waldensian. (Rev A C Shannon – The Pope and Heresy in the Thirteenth Century, halaman 7).

 

Kumpulan Chiliast yang Terlalu Bersemangat

Milenialisme telah merosot selepas ini, khususnya di kalangan golongan reformasi Protestan, yang memerhatikan semangat kumpulan Chiliast dengan kecewa. Khususnya menonjol adalah kumpulan Munsterites di Benua (Eropah) dan kemudiannya orang-orang Fifth Monarchy di England, yang cuba untuk mendirikan kerajaan Tuhan di dunia, secara politik dan ketenteraan dalam zaman mereka sendiri.

 

Emigrasi

Pandangan Chiliastik ini, bagaimanapun, akan meresap ke dalam kumpulan Congregationalist dan kemudiannya kumpulan Baptist, di mana ada antara mereka yang telah pergi ke Amerika. Ada antara orang-orang Baptist ini yang merupakan pemelihara Sabat dari mana munculnya kumpulan Baptist Hari Ketujuh. Dari kumpulan ini pula berasalnya kumpulan Adventist Hari Ketujuh (SDA) dan Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat. Antara semua ini, kumpulan SDA adalah bukan Chiliast, tetapi sebaliknya telah mengambil pandangan Jerome berkenaan milenium syurgawi itu, yang pastinya didorong oleh kegagalan nubuatan-nubuatan William Miller dan sokongan Ellen G White serta jangkaan akan kedatangan semula pada 22 Oktober 1844.

 

Kemunculan Semula Kebenaran serta Perubahan dalam Konsep-konsep

Suatu kelipan kebenaran muncul semula dengan Joseph Mede, yang memperkenalkan semula pandangan pramilenialisme dahulu, yang pastinya bertujuan menentang pandangan postmilenialisme Gereja Roman.

 

Sejenis postmilenialisme yang baru telah diperkenalkan oleh Daniel Whitby pada tahun 1703, yang berpendapat bahawa kedatangan kedua kali itu hanya akan tiba selepas lebih kurang seribu tahun , di mana dunia semakin meningkat dari segi kedamaian, kebenaran serta kebaikan insan manusia, di mana seluruh dunia secara umumnya akan ditaubatkan kepada Kekristianan. Pastinya ini didorong oleh idea dunia yang hidup bersih, yang akan mengalahkan Iblis, menyebabkan pertaubatan orang Yahudi, Islam dan yang lainnya, serta menamatkan semua perang. Jonathan Edwards dan Samuel Hopkins telah memperkenalkan doktrin ini kepada Amerika dan menjelang tahun 1800 ia telah menjadi pandangan dominan. Penulis-penulis ini berpendapat bahawa perantaian serta pelepasan Iblis itu adalah kiasan, tetapi bahawa kuasa Iblis akan menang untuk satu tempoh pendek sebelum kedatangan Kristus. Orang jahat lainnya akan dihapuskan selepas kedatangannya, kemudian Kerajaan Kekal itu akan didirikan.

 

Kumpulan Christadelphian berpendapat bahawa Iblis tidak wujud melainkan dalam fikiran dan oleh itu secara logiknya akan terjerumus ke dalam pandangan ini, tetapi dengan ajaran-ajaran yang agak berbeza berhubung pramilenialisme.

 

Pandangan-pandangan terhadap kebangkitan juga sama-sama dikaburi oleh pengikut-pengikut Whitby ini. Whitby dan Vitringa berhujah bahawa Yerusalem Baru adalah kesucian jemaat duniawi sewaktu milenium, sementara orang-orang seperti Brown dan Faber berpendapat bahawa ia adalah kumpulan orang-orang kudus selepas milenium tersebut.

 

Teori ini telah dirosakkan dalam abad ke 20 apabila Perang Dunia 1 meletus. Seperti yang boleh kita gambarkan, apabila 1914 tiba dan kita pergi berperang – perang besar untuk tamadun – tiba-tiba saja seluruh teori ini telah hancur musnah. Kita telahpun memasuki perang-perang serta nubuatan-nubuatan zaman akhir. Mereka tidak ingin menerima hakikat bahawa nubuatan-nubuatan ini adalah jelas dan bahawa mereka sedang memasuki perang-perang zaman akhir dan bahawa manusia tidak berkemampuan, tanpa Roh Kudus, untuk membangunkan sistem yang baru dan planet yang baru dan menguruskan tempat ini di bawah Yesus Kristus. Mereka melakukannya tanpa Yesus Kristus. Mungkin ini telahpun diramalkan seawal-awal tahun 1139 apabila St Malachi menamakan Paus bagi tempoh “Religio Depopulata” atau Agama Dibinasakan. Bagaimanapun, perang-perang itu adalah subjek nubuatan alkitab (lihat karya Kejatuhan Mesir: Nubuatan tentang Lengan-lengan Patah Firaun [036]).

 

Para pengikut Whitby telah mengatakan bahawa manusia sudah terlalu maju untuk berperang lagi. Semua orang postmilenialis dari Augustine hingga Whitby, menghadapi masalah bahawa dunia ini tidak mengikut ramalan mereka dan saranan-saranan mereka adalah bertentangan dengan ajaran alkitab. Alkitab cukup jelas tentang apa yang akan terjadi. Kesukacitaan adalah yang kita jangkakan kerana kita faham apa yang akan terjadi. Dalam pertumbuhan hubungan kita dengan Tuhan, kita telah menemukan keselamatan kita dalam Tuhan dan kesukacitaan dalam cara kita hidup bersama.

Kegagalan semua doktrin-doktrin ini telah mengakibatkan kemunculan semula pramilenialisme. Mereka yang melihat apa yang dikatakan Alkitab dan memetiknya, serta-merta dicapkan sebagai literalis, bertentangan dengan golongan spiritualis sebelumnya, namun seperti kebiasaannya, idea-idea beraneka ragam telah menjalar masuk di mana firman itu diabaikan dan pekhabarannya ditafsirkan. Masalah-masalahnya berpunca dari mereka yang tidak menerima maksud teks alkitab sebagaimana ia katakan.

 

Doktrin-doktrin Kemudian

Doktrin-doktrin kemudian termasuklah Secret Rapture (Keghaiban Rahsia) yang telah diperkenalkan oleh Edward Irving, yang mengasaskan Gereja Kerasulan Katolik pada tahun 1832. Dia telah dibuang kepaderiannya pada tahun 1832 dan kehilangan statusnya sebagai seorang pendeta Gereja Scotland pada tahun 1833. Ramai pengikutnya telah pergi bersamanya ke Jemaat baru itu. Dia telah dibuang dari Gereja Scotland oleh kerana satu risalah yang ditulisnya yang menyimpulkan bahawa Yesus memiliki sifat manusia fana. Dia mengajar bahawa masa kesusahan yang besar itu akan berlaku antara Kebangkitan umat-umat Benar dan Keghaiban orang-orang Kudus, dan penggulingan Iblis, dan akan diikuti oleh pemerintahan milenium Kristus. Pelbagai bentuk tema keghaiban ini telah muncul sejak itu, namun asasnya tetap sama. Tujuan sebenarnya kelihatan seperti untuk mengelak waktu kesusahan tersebut.

 

Kesemua doktrin-doktrin keghaiban ini, termasuk doktrin tempat selamat dalam gereja-gereja pengikut Armstrong, mempunyai doktrin keghaiban yang sama dengan nama-nama berlainan. Semuanya untuk menjauhi masa kesusahan itu serta menghindari sebarang ketidakselesaan yang datang, kerana tidak sanggup untuk mengubah kelakuan manusia kita. (lihat juga karya Tempat Selamat [194]).

 

Apabila para pengikut doktrin-doktrin ini sudah berhadapan dengan kesusahan itu nanti, mereka dan jemaat-jemaat yang dianggotai mereka akan sukar mengekalkan pandangan mereka serta orang-orang mereka. Kedua-dua guru ajaran keghaiban sebelum masa kesusahan itu, J N Darby dan Irving, telah mempunyai pengaruh signifikan atas pramilenialisme fundamentalis masakini. Irving meninggal kerana tuberkulosis pada tahun 1834.

 

Banyak cabang pramilenialisme lewat ini tumbuh dari pandangan-pandangan berbeza seperti:

 

  1. Kumpulan Millerite, yang mengusulkan milenium bukan sementara, dan dalam kata-kata mereka sendiri, bukan Yahudi (yang nampaknya menunjukkan tiadanya pemahaman mereka berkenaan bangsa-bangsa serta peranan Israel);
  2. Persaudaraan Plymouth, yang cenderung kepada ajaran jenis futuris pra-masa kesusahan dan dispensationalis (pembahagian).

 

Variasi-variasi pada ajaran pra-masa kesusahan serta Amilenialisme boleh dikatakan bertambah setiap hari.

 

Doktrin Irving berkenaan Keghaiban Rahsia ini nampaknya telah berasal dari visi spiritis Cik Margaret McDonald pada Mac 1830, yang berbicara dalam khayalnya dari suatu visi tentang Kedatangan Kristus. Ini merupakan pengalaman histeria yang menjadi khabar angin, dan kemudiannya menjadi ajaran. Ia tidak berasas dari segi alkitab. Ia telah menembusi Persaudaraan Plymouth melalui John Nelson Darby (1800-1882) yang menyertakannya dalam penafsiran nubuatan umum. Dengan itu, maka wujudnya satu teori aliran utama iaitu Dispensationalisme yang disokong berjuta-juta orang sebagai nubuatan Kitab Suci, tetapi sebenarnya tiada asasnya melainkan kata-kata histeria seorang perempuan muda yang berkhayal pada Mac 1830, sewaktu suatu tempoh di mana pengalaman-pengalaman begitu dianggap bergaya. Nasib baik bukan semua anggota Persaudaraan Plymouth tertipu dan Dr S P Tregelles telah menyatakan apa ia sebenarnya pada tahun 1894 (Tregelles, The Hope of Christ’s Second Coming, halaman 34-37).

 

“Saya tidak tahu tentang sebarang ajaran jelas bahawa akan berlaku Keghaiban Rahsia Jemaat pada satu kedatangan rahsia sehinggalah hal ini dikeluarkan sebagai suatu ‘ucapan’ dalam jemaat Tuan Irving dari apa yang dianggap sebagai suara Roh. Namun sama ada sesiapa pernah menyatakannya atau tidak, ianya dari wahyu yang disangkakan inilah maka munculnya doktrin moden serta susunan kata moden berkaitan. Ia datang, bukan dari Kitab Suci, tetapi dari apa yang berpura-pura menjadi Roh Tuhan.”

 

Darby disebutkan sebagai bapa Dispensationalisme moden, maka cukup adil untuk mempersalahkannya kerana sebaran kekarutan ini. Dia telah mengurapi seorang diakon dalam Gereja England pada tahun 1825, namun disebabkan kelesuan fundamental dalam kependetaan Anglican pada masa itu, dia dan penganut-penganut lain yang kecewa telah bergabung bersama dan satu pergerakan baru telah dibentuk di Dublin, tetapi mengembangkan pusatnya di Plymouth dan kerana itu dikenali sebagai Persaudaraan Plymouth.

 

Melalui pergerakan baru inilah Darby menyebarkan doktrin-doktrin Irving yang berdasarkan pada “ucapan-ucapan” Cik McDonald ini, namun ramai orang selain Tregelles telah menolaknya. Mereka antara lainnya adalah B W Newton, Charles Spurgeon, William Booth dan George Millar, namun ini tidak menghalang penyebarannya ke dalam Amerika Syarikat dan Kanada sekitar tahun 1860an dan 1870an. Oleh kerana Darby sendiri telah melawat AS sebanyak enam kali, pergerakan itu mungkin telah diajar seawal tahun 1840, tetapi ini tidak pasti.

 

Jika kamu menyebut sesuatu dengan cukup kerap orang ramai akan mula mempercayainya, dan setelah tulisan-tulisan Charles Henry Mackintosh (1820-1896) orang ramai mula menerimanya secara umum. Tulisannya masih lagi dibaca. Dia, bersama dengan William Blackstone serta pengikut-pengikut Darby yang lain seperti Malachi Taylor dan J H Brooks, telah memberi pengaruh mendalam kepada Cyrus Ingerson Scofield (1843-1921).

 

Scofield telah menyanjung Darby sebagai sarjana Alkitab paling mendalam untuk zaman moden. (Dr C I Scofield’s Question Box, halaman 93) dan setelah berkhidmat di dalam perang saudara sebagai seorang tentera, dia menerima perlantikan sebagai seorang peguam AS kepada Kansas sewaktu Pentadbiran Grant. Dia menjadi seorang pendeta Congregationalist pada tahun 1882.

 

Melalui penghasilan Alkitab Rujukan Scofield (Scofield Reference Bible) olehnya, dan khususnya catatan-catatannya berkenaan nubuatan, dia telah membantu dalam pengekalan suatu doktrin yang tiada asasnya dalam alkitab serta sangat memudaratkan penerimaan fundamental Kitab Suci. Memang tidak dinafikan bahawa kedua-dua Darby dan Scofield merupakan orang-orang yang pintar dan berdedikasi. (30 karya Darby adalah saksinya). Namun penyimpangan mereka dari Kitab Suci dikesali.

 

Agama Buatan Manusia dan Reformasi

Perkembangan teologi buatan manusia ini, yang menyimpang dari ajaran-ajaran Para Rasul, telah berlaku selama 18 abad. Tradisi-tradisi manusia telah menutupi serta mengaburi keimanan itu.

 

Ianya menarik untuk memerhatikan komen-komen Luther mengenai dasar iman. Ketika dipanggil untuk menghadapi Diet di Worms, Martin Luther telah memberikan jawapan berikut apabila dia disuruh menarik balik karya-karyanya,

 

Oleh kerana yang amat mulia dan yang amat agung mengingini jawapan yang jelas, ringkas dan tepat dari saya, saya akan memberikan satu, dan inilah dia: Saya tidak boleh menundukkan iman saya sama ada kepada Paus ataupun sidang-sidang, kerana ianya jelas seperti siang hari bahawa mereka telah kerapkali berbuat silap dan saling bertentangan. Oleh itu melainkan saya diyakinkan oleh kesaksian Kitab Suci ataupun pertimbangan paling jelas, melainkan saya diyakinkan melalui petikan-petikan yang telah saya sebutkan, dan melainkan mereka meyakinkan hati nurani saya yang terikat oleh firman Tuhan; saya tidak boleh dan tidak akan menarik kembali kerana ianya tidak selamat untuk seorang Kristian berbicara bertentangan dengan hati nuraninya. Di sini saya berdiri, tiada lain yang boleh saya lakukan; semoga Tuhan membantu saya. Amin. (J.H. Merle D’Aubigne, History of the Reformation of the Sixteenth Century. Jilid 7, Bab 8).

 

Reformasi tersebut tidak bergerak cukup jauh; jemaat-jemaat berhenti sebelum berlaku pelepasan sebenar. Dalam beberapa kes, pembaharuan-pembaharuannya diterbalikkan. Pada tahun 1542, Henry VIII telah mengharamkan perayaan hari Krismas memandangkan ia adalah perayaan Pagan. Perayaan ini dipulihkan pada tahun 1553 setelah Mary Tudor, penganut Roman Katolik, menduduki takhta. Elizabeth 1 tidak cukup tekad untuk menterbalikkan semula keputusan itu. Cromwell juga telah mengharamkan Krismas selama 12 tahun, namun ini telah diterbalikkan oleh kerabat Stuart, dan bidaah itupun berterusan.

 

Apa yang kita risaukan di sini adalah kemerosotan perlahan-lahan ajaran-ajaran jemaat berkenaan kedatangan semula itu serta pemerintahan Kristus.

 

Ajaran golongan rapturis (penghaiban) berkenaan Antikristus adalah berbagai-bagai. Tema-temanya yang berbagai adalah bahawa Antikristus adalah seorang ateis atau kafir, ataupun seorang Yahudi murtad. Komen-komen ini tidak betul. Ajaran-ajaran ini nampaknya bermula dari nabi-nabi jemaat Zaman Kegelapan atau Pertengahan, dan ia mungkin satu muslihat tidak tepat untuk memesongkan perhatian dari sumber sebenar kesusahan tersebut.

 

Pada tahun 1534, kumpulan Anabaptist telah mendirikan Kerajaan Sion baru di Munster, Westphalia, yang menganjurkan perkongsian harta benda serta (kononnya) perempuan pada kebiasaannya, sebagai pendahulu kepada kerajaan Kristus baru (Cath. Enc. loc. cit.). Gaya hidup melampau mereka telah mengakibatkan Pengakuan-pengakuan Augsberg (artikel 17) dan Helvetian (bab 11) menafikan doktrin-doktrin itu dan dengan itu Milenialisme tidak mendapat kemasukan ke dalam teologi-teologi Lutheran dan Reformasi (ibid.).

 

Iblis sekali lagi telah mendirikan suatu organisasi yang menyimpang, dengan menggunakan idea-idea utama yang salah dan anti-Kristian, dan kemudiannya menyertakannya, atau memasukkan ke dalamnya, doktrin Milenialisme. Ia kemudian akhirnya ditolak oleh konferens, kerana mereka langsung tidak tahu apa yang diajar jemaat mula-mula dan mereka tidak mengertikan Alkitab secara literal.

 

Hujah-hujah Reformasi berkenaan identifikasi Antikristus sebagai Kepausan telah menjadi begitu hebat hinggakan pada tahun 1516, Sidang Lateran Kelima telah meluluskan satu resolusi yang melarang sesiapapun untuk menulis atau mengkhotbahkan subjek Antikristus. Oleh kerana kerosakan yang terjadi kepada gereja yang disebabkan pemulih-pemulih Protestan ini dalam persoalan idenfikasi Antikristus, suatu tafsiran bertentangan harus ditemui. Ahli-ahli teologi Mazhab Yesus (Society of Jesus) telah menghasilkan tafsiran penentang itu.

 

Penulisnya adalah Francisco Ribera (1537-1591) dari Salamanca, Sepanyol, yang telah menerbitkan komentar 500 mukasurat dalam usaha untuk menentang ajaran-ajaran Protestan itu, bahawa Kepausan adalah Antikristus. Beliau, secara logiknya, adalah pengasas Sekolah Tafsiran Futuris (Futurist School of Interpretation) (rujuk juga Encyclopedia Brittanica, Edisi ke 11, Vol. 23, halaman 213, Artikel Revelation (Wahyu) untuk komen lanjut tentang Sekolah Futuris).

 

Seluruh doktrin keghaiban adalah satu apologi (penjelasan), yang ditemui bukan saja di kalangan ahli-ahli teologi yang telah mengemukakannya, tetapi juga di kalangan mereka kepada siapa ia ditujukan untuk menyangkal.

 

Doktrin-doktrin Ribera dikembangkan selanjutnya oleh Kardinal Robert Bellarmine (1542-1621) dari Itali, seorang pengikut Jesuit Controversialist yang menyatakan bahawa Daniel, Yohanes dan Paulus tidak memasukkan sebarang rujukan sekalipun kepada kuasa Paus dan bahawa nubuatan serta ajaran mereka merujuk kepada Antikristus masa depan.

 

Bekas paderi Katolik, Joseph Zacchello mengatakan bahawa “kumpulan Jesuit cuba memesongkan fikiran orang ramai daripada mengerti penggenapan nubuatan-nubuatan Antikristus di dalam jemaat Kepausan. Anggota Jesuit, Ribera, telah mengeluarkan sistem futuristik itu, yang menyatakan bahawa Antikristus belum lagi muncul”. Kepada pernyataan ini dia menambah, “Umat Protestan yang menyarankan sistem futuristik ini, menyenangkan Paus dan menyerahkan diri mereka ke dalam tangan Rom”. (J. Zacchello – Who is the Antichrist – dipetik juga oleh Woodrow).

 

Hal sebenarnya adalah, ia sedang berlaku. Alkitab cukup jelas bahawa terdapat banyak Antikristus. Antikristus telahpun bersama jemaat Yohanes di Efesus. Mereka akan terus ada sampai zaman akhir.

 

Futurisme serta rukun-rukun asas keghaiban adalah suatu doktrin Katolik, sehinggalah Pustakawan kepada Ketua Biskop Canterbury, Samuel R Maitland (1792-1866) sepanjang tempoh 1826-30, telah menjadi umat Protestan pertama untuk menerima tafsiran Futuris anggota Jesuit, Ribera. Dia diikuti pada tahun 1832 oleh Edward Irving yang mengembangkan doktrin Keghaiban Rahsia. Maitland adalah seorang penyokong kesatuan jemaat tinggi yang memandang dengan penuh benci perjuangan-perjuangan Reformasi yang dimenangi dengan bersusah-payah. Orang ini dalam kira-kira 50 karyanya telah melakukan kerosakan yang tidak boleh diperbaiki kepada Gereja England serta kepada Jemaat-jemaat Reformasi umumnya dan telah membantu menyebarkan propaganda yang tidak berasaskan alkitab ke tahap di mana berjuta-juta orang telah tertawan.

 

Motivasi asas di sebalik populariti teori Keghaiban itu adalah kerana ia adalah berciri pelepasan. Orang ramai tidak sanggup menghadapi kebenaran itu dan bergantung pada belas kasihan serta campur tangan Tuhan. Roma 8:7 menunjukkan perseteruan terhadap hukum itu. Bagaimanapun, ianya diiringi oleh ketidakmampuan untuk menghadapi kebenaran. Sama ada mereka akan bertaubat atau menghadapi nasib yang berat.

 

Ada umat Rapturis yang meramalkan pembangunan semula Babilon pada zaman akhir ini, dalam percubaan untuk memindahkan tumpuan tafsiran futuris itu dari Rom. Babilon masa ini hanya wujud sebagai runtuhan luas berhampiran pekan moden El Hillah, Iraq. Babilon yang disebutkan dalam Wahyu, jelas sekali telah wujud sejak zaman Kristus, sepanjang dua ribu tahun yang telah berlalu, dan wujud hari ini.

 

Untuk sekumpulan orang memperdebatkan bahawa jemaat serta Roh Tuhan harus disingkirkan, sebelum satu bilion orang dapat ditaubatkan kepada Kristus dalam tempoh kesusahan tiga dan setengah tahun adalah begitu menakjubkan. Ini merupakan usaha yang jauh lebih besar dari apa yang mampu dilakukan jemaat dalam sejarahnya. Suatu kesimpulan lanjutan juga dimaklumkan, iaitu bahawa terdapatnya kuasa yang lebih besar dari Roh Tuhan, atau jika tidak, orang-orang ini bukan bertaubat sebenarnya, atau hujah ini adalah satu penipuan. Tiada syak lagi bahawa hujah ini betul-betul seperti yang ditunjukkan sejarah; sekeping propaganda Jesuit, dibantu dan disubahat oleh ahli-ahli apologi seperti Maitland, Irving, Darby, Scofield, Estep dan lebih ramai lagi penulis moden yang jauh lebih rendah kaliber.

 

Para penganut Rapturis ini mungkin lebih tepat lagi dari apa yang difikirkan mereka, dalam hal bahawa mereka akan menghindari masa kesusahan itu; hanya untuk menghadapi tulah-tulah kemurkaan Tuhan, kerana mereka tidak memiliki Meterai Tuhan pada dahi-dahi mereka, atau pada tangan-tangan kanan mereka, (Ulangan 6:8), sebab terus melanggar Hukum Taurat itu. Sudah pasti mereka ini ikhlas, berusaha menemukan Kristus dan merisaukan hal masa depan. Namun begitu, mengikut cerita-cerita dongeng tidak akan membuatkan beban mereka lebih ringan; ia hanya akan memimpin mereka ke dalam mengikuti doktrin-doktrin palsu dan ke dalam kemurtadan.

 

“Perjanjian Baru tidak membuat perbezaan antara parousia, apocalypse, serta epiphany Yesus Kristus. Istilah-istilah ini menandakan satu kedatangan Kristus yang tunggal dan tidak terbahagi.” (Hans K La Rondelle, The Israel of God in Prophecy, halaman 188).

 

Struktur Milenium akan didirikan. Alkitab secara literalnya adalah benar dan melainkan kamu menerima Alkitab dan memahami struktur Milenium serta pemerintahan Kristus dari Yerusalem selama seribu tahun, kamu tidak akan memahami rencana Tuhan. Kamu tidak akan memahami apa yang sedang dilakukan dalam rencana itu dan kamu tidak akan faham apa yang akan berlaku dalam nubuatan-nubuatan Perjanjian Lama. Juga, kamu tidak akan memahami nubuatan-nubuatan Zakharia, Yesaya, Yeremia dan Yehezkiel. Ianya penting untuk kamu tidak tertipu oleh orang-orang ini dan untuk kamu memahami serta memandang kepada harapanmu di dalam Yesus Kristus, bahawa kita mempunyai masa hadapan yang penuh mulia bersama-sama.

 

Kita dilindungi. Ia berkenaan bagaimana kita berjalan dalam iman dengan Tuhan dan melakukan tugas kita sebaik yang boleh. Semua kita mempunyai tempat selamat kita masing-masing, iaitu Tuhan. Tuhan adalah batu karang kita dan kekuatan kita dan keselamatan kita. Tiada lagi yang kita perlukan. Kita memerlukan sesama sendiri untuk berkumpul bersama, agar kita dapat menyembah Allah yang maha esa dengan lebih baik lagi. Janganlah kehilangan iman di dalam maksud literal janji-janji Tuhan.