Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[116]

 

 

 

 

Nama-Nama Allah

 

(Edisi 2.0 19950306-20000705)

 

Nama-nama Allah akan diberikan dan dijelaskan. Konteks di mana ia digunakan adalah penting kepada pemahaman bagaimana Allah bertindak dan melalui siapa Dia berfirman.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1995, 2000 Wade Cox)

(Tr. 2005)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Nama-Nama Allah [116]

 


Satu daripada konsep yang paling disalahfaham di dalam Alkitab adalah nama-nama Allah. Ianya telah dikelirukan oleh pemahaman golongan Trinitarian dari kurun yang keempat pada satu bahagian dan dalam bahagian yang lain, oleh keinginan fahaman Yudaisme untuk melindungi monoteisme dari kesalahan golongan Trinitarianisme dan dua kuasa bidaah. Keinginan untuk melindungi kekuasaan Allah dan mempertahankan fahaman monoteisme dari struktur Alkitab dari warisan kesalahan fahaman Binitarianisme dan Trinitarianisme di dalam dua kuada bidaah, memperlihatkan Yudaisme secara berlahan-lahan menyembunyikan fakta dua struktur dan struktur yang lebih rendah dari cara Allah menangani umat Israel. Malaikat besar yang mana adalah Elohim telah disembunyikan di dalam teks. Akibat dari ini adalah pengubahan beberapa dariapda  teks-teks penting dan menyembunyikan kebenaran yang penting tentang makluk yang lebih rendah yang telah menangani umat Israel di sepanjang sejarah. Entiti-entiti ini mempunyai nama-nama dan nama-nama ini menandakan perhubungan-perhubungan mereka. Justin Martyr di dalam tulisan First Apology yang pertama, bagi pihak Jemaat kepada kaisar di Roma mengatakan bahawa Kristus adalah Malaikat Allah di dalam Perjanjian Lama yang telah memberikan Hukum kepada Musa.

 

Pengetahuan tentang nama Allah menandakan pemahaman tentang Alkitab. Perkara yang paling disalahtafsirkan mengenai nama Allah berakar dari mazmur 83:18.

Mazmur 83:18 supaya mereka tahu bahwa Engkau sajalah yang bernama YEHOVAH, Yang Mahatinggi atas seluruh bumi. (terjemahan terus dari KJV)

 

Nama ini adalah Yehovah (tidak ada J dalam Ibrani). Banyak entiti-entiti memiliki nama ini bagi pihak Allah yang Benar.

 

Teks ini adalah rujukan kepada Keluaran 6:3 dan Yesaya 26:4. Tiga teks ini adalah tiga tempat di dalam versi yang disahkan di mana teks-teks ini telah disalin sepenuhnya dan dicetak dalam bentuk huruf besar. Teks di dalam Mazmur 83:18 bersama dengan beberapa gelaran bersama dengan nama Yehovah yakni dari Elyon atau Maha Tinggi. Ini adalah gelaran yang berbeza seperti yang kita lihat. Nama Yehovah adalah satu salinan yang tidak begitu tepat. Satu lagi penyalinan adalah Yahweh. Ini juga kurang tepat. Dua teks yang lai berbunyi:

 

Keluaran 6:3 Aku telah menampakkan diri kepada Abraham, Ishak dan Yakub sebagai Allah Yang Mahakuasa, tetapi dengan nama-Ku YEHOVAH Aku belum menyatakan diri. (terjemahan terus dari KJV)

 

Yesaya 6:4 Percayalah kepada TUHAN selama-lamanya, sebab TUHAN YEHOVAH adalah gunung batu yang kekal. (terjemahan terus dari KJV).

 

Nama Allah yang tidak diketahui oleh para Bapa mempunyai maksud yang khusus dan oleh itu mempunyai tujuan.

 

Nama Yehovah (atau lebih betul  lahi Yahovah) dipasangkan dengan nama Elohim dan merujuk kepada Elohim dan El di dalam Mazmur 83:1. Elohim adalah perkataan jamak, yang mana bergantung kepada penggunaannya. Ia bererti Allah dan tuhan-tuhan yang lain. Ia diaplikasikan lebih daripada satu makluk ghaib. Ia merujuk kepada gandaan yang tidak diketaui di dalam Kejadian 1:26.

Kejadian 1:26  Berfirmanlah Allah: "Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita, supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas ternak dan atas seluruh bumi dan atas segala binatang melata yang merayap di bumi."

 

Golongan Binitarian cuba untuk membatasi pernyataan ini kepada dua entiti, yakni Allah Bapa dan Kristus, bagaimana pun ini adalah mustahil memandangkan aplikasi perkataan Elohim yang boleh berganda dan teks di dalam Ayub yang merujuk kepada banyak anak-anak yang hadir ketika penciptaan (Ayub 1:6; 2:1; 38:4-7).

Ayub 1:6 Pada suatu hari datanglah anak-anak Allah menghadap TUHAN dan di antara mereka datanglah juga Iblis.

 

Ayub 2:1 Pada suatu hari datanglah anak-anak Allah menghadap TUHAN dan di antara mereka datang juga Iblis untuk menghadap TUHAN.

 

Ini adalah anak-anak Allah (haElohim). Perkataan Tuhan di sini adalah Yehovah (yakni Yahovah). Alkitab Companion mempunyai catatan tentang nama Yehovah di dalam Apendeks 4, II. Yehovah dipercayai membawa maksud Kekal atau Abadi. Definisinya adalah di dalam Kejadian 21:33.

Kejadian 21:33  Lalu Abraham menanam sebatang pohon tamariska di Bersyeba, dan memanggil di sana nama TUHAN, Allah yang kekal.

 

Kekal di sini dari dari perkataan Ibrani ‘olam yang bererti jangka masa. Asal perkataan Yehovah dipercayai sebagai Dia yang dulu dan yang akan Datang. Terdapat masalah dengan mengaplikasikan nama yang diberikan di Sinai kepada hanya Yehovah.

 

Keluaran 3:14  Firman Allah kepada Musa: "AKU ADALAH AKU." Lagi firman-Nya: "Beginilah kaukatakan kepada orang Israel itu: AKULAH AKU telah mengutus aku kepadamu."

 

Aku di sini adalah hayah (%*% SHD 1961) yang bererti yang wujud, atau menjadi. Alkitab Companion meletakkan teks ‘ehyeh ‘asher ‘ehyeh, dan menterjemhakannya sebagai Aku akan jadi apa Aku akan jadi (atau menjadi) (lihat catatan dan Ap. 48), perhatikan juga bahawa Yehovah bererti Dia akan diperkatakan oleh orang lain. Cendekiawan Oxford telah mencatatkan di dalam Oxford Annotated RSV bahawa Yahweh sebenarnya adalah dalam bentuk orang ketiga dari kata kerja yang mana sebenarnya bererti Dia yang menyebabkan.

 

Jadi Allah mendedahkan diriNya sebagai Aku akan menjadi apa Aku akan jadi melalui Malaikat di Sinai. Dia dirujuk sebagai Yehovah (Yahovah) yang bererti di dalam bentuk orang ketiga: Dia yang menyebabkan. Apabila seseorang dirujuk sebagai Yehovah, kamu sebenarnya berkata bahawa Dia yang menyebabkan. Justru itu, kamu mengesahkan keperibadian apa sahaja makluk yang lebih rendah yang berkata kepada kamu. Orang Yahudi memahaminya dan Allah tidak pernah bercakap kepada mereka; mereka diberitahu oleh pembawa khabar. Pembawa khabar ini dipanggil Yehovah dan nama ini bererti Dia yang menyebabkan, kerana Dia yang menyebabkan tidak pernah ada di sana. Apabila kamu memahami perkataan Yehovah, kamu memahaminya selalu bahawa kamu merujuk kepada pembawa khabar, seseorang yang kamu tidak pernah lihat atau bercakap. Yevohah secara literal membawa maksud Aku tidak pernah melihat dia.

 

Jadi nama yang diberikan sebagai Aku di Sinao adalah Aku apa Aku akan jadi yang merupakan perkabaran yang Allah berikan kepada Malaikat di Sinai. Perkataan bagi nama Allah diterjemahkan sebagai Aku tidak pernah digunakan lagi. Ianya hanya digunakan sekali di dalam Alkitab. Selepas itu perkataan bagi Allah yang diambil dari maksud itu adalah dalam bentuk orang ketiga kata kerja. Kita tahu dari Yohanes 1:18: Tidak ada orang yang pernah melihat Allah. Satu-satunya Anak tunggal yang berada di pangkuan Bapa, dia telah menyingkapnya. Jadi mereka menterjemahkan hanya Anak yang tunggal untuk mendapatkan konsep bahawa hanya terdapat satu Allah yang lahir.

 

Hanya satu Allah yang berfirman dan  itu adalah teo yang tunggal, satu-satunya Allah yang lahir. Dalam perkataan lain Yesus Kristus adalah satu-satunya Allah yang berbicara. Allah Bapa tidak pernah bercakap. Apabila kamu melihat nama-nama ini dalam Ibrani dan Yunani, kamu akan mendapat satu pemahaman. Kita hanya menggunakan satu perkataan bagi Allah dan kita menggunakan Tuhan dan yang lain-lain untuk layak. Mempunyai satu perkataan bagi Allah adalah tidak memadai kerana kita tidak memahami apa yang berlaku terhadap nama-nama Allah ini.

 

Teks yang seterusnya di dalam Ayub yang mana berkenaan dengan Warga Semesta adalah dalam ayub 38:4-7.

Ayub 38:4-7  Di manakah engkau, ketika Aku meletakkan dasar bumi? Ceritakanlah, kalau engkau mempunyai pengertian!  5 Siapakah yang telah menetapkan ukurannya? Bukankah engkau mengetahuinya? --Atau siapakah yang telah merentangkan tali pengukur padanya?  6 Atas apakah sendi-sendinya dilantak, dan siapakah yang memasang batu penjurunya  7 pada waktu bintang-bintang fajar bersorak-sorak bersama-sama, dan semua anak Allah bersorak-sorai?

 

Dari teks ini kita tahu bahawa teks di dalam Kejadian 1:26 …marilah kita mencipta manusia menurut  gambar rupa kita, merujuk kepada satu kumpulan makluk yang hadir ketika bumi dijadikan; dan terdapat banyak bintang fajar; dan  bintang fajar adalah pangkat bukannya makluk. Dalam hal ini, pada permulaan penciptaan dunia terdapat ramai bintang-bintang fajar. Terdapat ramai pemerintah sistem yang hadir ketika dunia dijadikan. Ini meniup seluruh perdebatan bahawa terdapat hanya dua orang dalam Elohim dan bahawa hanya ada satu orang sahaja Anak Allah. Teks ini menunjukkan bahawa fahaman Binitarianisme adalah satu pembohongan besar dan menghadkan pemahaman tentang ketakdiran kita dan cuba untuk menceraikan kita dari warisan kita, yang mana menjadi sama seperti Kristus. Kita akan bercakap tentang warisan bersama dengan Kristus dan menguasai sebagai anak-anak Allah dan kita akan menguasai sebagai elohim dan el.

 

Bintang-bintang fajar di sini adalah ramai namun kedudukan Kristus tidak diambil sebagai bintang fajar bagi planet ini dan Iblis masih lagi Lucifer atau pemegang terang sebagai anak kepada fajar, bintang fajar atau bintang siang. Dia adalah tuhan bagi dunia ini dan putera kepada kuasa angin (2 Korintus 4:4; Ef 2:2).

 

2Krorintus 4:4 tidak berkata bahawa Iblis adalah teo dunia ini tanpa sebab. Golongan Trinitarian cuba dan berkata sebab Thomas berkata kamu adalah kurios dan teo dari aku kepada Kristus, oleh itu dia adlah Allah Bapa di dalam Triniti. Sesungguhnya Paulus agak jelas bahawa Iblis teo bagi dunia ini. Jadi Thomas berkata Kristus adalah teo darinya dan Paulus berkata bahawa Iblis adalah teo bagi dunia ini. Kedua-dua mereka adalah teoi; yakni kedua-dua mereka adalah Allah. Alkitab agak jelas tentang hal ini. Paulus berkata di dalam 1 Korintus 8:5 bahawa terdapat ramai teoi dan ramai tuhan-tuhan.

 

Apa yang kita lihat tentang Iblis adalah perkembangan dari Yesaya 14:12-17 di mana dia adalah Lucifer atau Pemegang Terang.

Yesaya 14:12-17  "Wah, engkau sudah jatuh dari langit, hai Bintang Timur, putera Fajar, engkau sudah dipecahkan dan jatuh ke bumi, hai yang mengalahkan bangsa-bangsa!  13 Engkau yang tadinya berkata dalam hatimu: Aku hendak naik ke langit, aku hendak mendirikan takhtaku mengatasi bintang-bintang Allah, dan aku hendak duduk di atas bukit pertemuan, jauh di sebelah utara.  14 Aku hendak naik mengatasi ketinggian awan-awan, hendak menyamai Yang Mahatinggi!  15 Sebaliknya, ke dalam dunia orang mati engkau diturunkan, ke tempat yang paling dalam di liang kubur.

 

Bintang-bintang fajar Allah di sini adalah anak-anak Allah. Bintang adalah pangkat. Neraka adalah liang kubur. Kita akan mempunyai bintang fajar yang akan pergi ke liang kubur.

 

16 Orang-orang yang melihat engkau akan memperhatikan dan mengamat-amati engkau, katanya: Inikah dia yang telah membuat bumi gemetar, dan yang telah membuat kerajaan-kerajaan bergoncang,

 

Kita telah berubah status di sini kepada manusia.

 

17 yang telah membuat dunia seperti padang gurun, dan menghancurkan kota-kotanya, yang tidak melepaskan orang-orangnya yang terkurung pulang ke rumah?

 

Di sini kita lihat bahawa Lucifer, atau pemegang terang, adalah anak kepada fajar atau bintang fajar atau bintang siang. Pangkat ini telah diberikan kepada Kristus dan dikongsikan kepada umat pilihan (2Petrus 1:19; Wah 2:28; 22:16).

 

Yehezkiel 28:14-19  Kuberikan tempatmu dekat kerub yang berjaga, di gunung kudus Allah engkau berada dan berjalan-jalan di tengah batu-batu yang bercahaya-cahaya.  15 Engkau tak bercela di dalam tingkah lakumu sejak hari penciptaanmu sampai terdapat kecurangan padamu.  16 Dengan dagangmu yang besar engkau penuh dengan kekerasan dan engkau berbuat dosa. Maka Kubuangkan engkau dari gunung Allah dan kerub yang berjaga membinasakan engkau dari tengah batu-batu yang bercahaya.  17 Engkau sombong karena kecantikanmu, hikmatmu kaumusnahkan demi semarakmu. Ke bumi kau Kulempar, kepada raja-raja engkau Kuserahkan menjadi tontonan bagi matanya.  18 Dengan banyaknya kesalahanmu dan kecurangan dalam dagangmu engkau melanggar kekudusan tempat kudusmu. Maka Aku menyalakan api dari tengahmu yang akan memakan habis engkau. Dan Kubiarkan engkau menjadi abu di atas bumi di hadapan semua yang melihatmu.  19 Semua di antara bangsa-bangsa yang mengenal engkau kaget melihat keadaanmu. Akhir hidupmu mendahsyatkan dan lenyap selamanya engkau."

 

Teks ini agak jelas. Kaedah pembinasaan Iblis akan datang dari satu kuasa spiritual di dalam dia, yakni kuasanya akan menjadi alat kepada pemusnahannya. Roh ini tidak akan berterusan. Lucifer, bintang fajar akan hilang kewujudannya. Dia akan dijadikan manusia, akan diletakkan kepada proses dan diberikan pertobatan dan kemudian dia akan ditukarkan kepada makluk roh yang lain. Satu-satunya cara untuk memurnikan Iblis dan warga yang jatuh adalah mengeluarkan mereka dari sistema yang sedia ada, memberikan mereka pertobatan dan dalam hal Iblis pula, memualafkan dia kepada satu proses di mana dia boleh diubah. Dia akan pulih semula kepada kuasa dan dia boleh dimurnikan dan menjadi sempurna dan inikuitinya boleh dibersihkan dan boleh dipulihkan kepada warga semesta.

 

Banyak propaganda yang mengatakan Allah itu tidak adil dan Dia sebenarnya menciptakan Iblis seperti itu sejak dari mulanya dan Iblis tidak mempunyai peluang. Dalam cara yang sama Kristus telah diciptakan sempurna dari mulanya dan dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana dia mempunyai sifat keperibadian Allah dan Iblis tidak mempunyainya dan ini semua sudah ditentukan. Ini adalah propaganda yang berunsur Setan dan sekiranya kamu menyeleweng dengan berkata Kristus tidak boleh berdosa dan Iblis tidak boleh berbuat perkara yang baik, maka kamu melakukan kerja-kerja Iblis untuk dia dan seluruh struktur Triniti mengatakan peraturan ini menyeleweng dan Allah tidak adil. Allah bukannya tidak adil seperti yang kita lihat.

 

Iblis akan kehilangan kewujudannya dari teks ini. Dia akan dikurangkan dan ditangani pada masa Pemulihan dan Penghakiman (lihat karya tulis Penghakiman Iblis (No. 80) dan Lucifer:Pemegang Terang dan Bintang Fajar (No. 223)). Bagaimana pun, pangkat ini wujud sebelum bumi ini dijadikan dan telah bertambah. Anak-anak Allah (haElohim) mempersembahkan diri mereka di hadapan Yehovah seperti yang kita lihat dalam Ayub.

 

Istilah Yehovah adalah dalam dua bentuk yang mempunyai maksud yang berasingan. Istilah ini juga diiringi oleh nama-nama yang lain. Dua bentuk yang berasingan ini adalah Yehovah (SHD 3068) dan Yehovih (SHD 3069). Ia sebenarnya membezakan dua entiti di mana yang satu membawa gelaran yang satu lagi dan lebih rendah.

 

Strong mencatatkan bahawa Yehovah nama nasional Yahudi bagi Allah. Kepelbagaian Yehovih (atau sebenarnya Yahovih) digunakan selepad Adonay atau Tuhan. Ini adalah Tuhan Yehovih atau lebih tinggi dari Yehovah. Dia adalah Yehovah elyon atau Yehovah Alam Semesta. Yehovih digunakan sebagai bentuk yang dihormati. Yehovah merujuk kepada Yehovah Alam Semesta di dalam Yehezkiel 16:36, 31:10, 15; 38:10, 14; 39:8. Dabar Yehovah atau perkataan Allah berlaku dalam Yehezkiel. Adonai Yehovih digunakan bagi nubuatan di dalam Yehezkiel 29:8 yang mana menyatakan satu berbezaan di antara perkataan Allah dan Adonai Yehovih.

 

Zakariah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan di dalam nama-nama dan entiti-entiti (Zak 2:3-12).

Zakariah 2:3-12 Dan sementara malaikat yang berbicara dengan aku itu maju ke depan, majulah seorang malaikat lain mendekatinya,  4 yang diberi perintah: "Berlarilah, katakanlah kepada orang muda yang di sana itu, demikian: Yerusalem akan tetap tinggal seperti padang terbuka oleh karena banyaknya manusia dan hewan di dalamnya.  5 Dan Aku sendiri, demikianlah firman TUHAN, akan menjadi tembok berapi baginya di sekelilingnya, dan Aku akan menjadi kemuliaan di dalamnya."  6 Ayo, ayo, larilah dari Tanah Utara, demikianlah firman TUHAN; sebab ke arah keempat mata angin Aku telah menyerakkan kamu, demikianlah firman TUHAN.  7 Ayo, luputkanlah dirimu ke Sion, hai, penduduk Babel!  8 Sebab beginilah firman TUHAN semesta alam, yang dalam kemuliaan-Nya telah mengutus aku, mengenai bangsa-bangsa yang telah menjarah kamu--sebab siapa yang menjamah kamu, berarti menjamah biji mata-Nya--:  9 "Sesungguhnya Aku akan menggerakkan tangan-Ku terhadap mereka, dan mereka akan menjadi jarahan bagi orang-orang yang tadinya takluk kepada mereka. Maka kamu akan mengetahui bahwa TUHAN semesta alam yang mengutus aku.  10 Bersorak-sorailah dan bersukarialah, hai puteri Sion, sebab sesungguhnya Aku datang dan diam di tengah-tengahmu, demikianlah firman TUHAN;  11 dan banyak bangsa akan menggabungkan diri kepada TUHAN pada waktu itu dan akan menjadi umat-Ku dan Aku akan diam di tengah-tengahmu." Maka engkau akan mengetahui, bahwa TUHAN semesta alam yang mengutus aku kepadamu.  12 Dan TUHAN akan mengambil Yehuda sebagai milik-Nya di tanah yang kudus, dan Ia akan memilih Yerusalem pula.

 

Ianya jelas dari teks ini bahawa terdapat dua malaikat yang terlibat di sini. Yang satu lebih tinggi dari yang satu lagi dan yang lebih tinggi itu adalah pra-inkarnasi Mesiah. Dia bercakap bagi Yehovah Alam Semesta yang telah mengutus dia. Ayat 5 diterjemahkan sebagai Kerana Aku firman Tuhan tetapi yang sebenarnya adalah Kerana Aku, sabda dari Yehovah (lihat Alkitab Companion ayat 5). Malaikat ini yang merupakan sabda bagi Yehovah membebaskan umat Israel dari bangsa-bangsa (ayat 9) dan, dengan itu banyak bangsa-bangsa akan tahu bahawa Yehovah Alam Semesta telah mengutus makluk itu kepada mereka. Biji matanya sebenarnya Biji mataku. Perkataan Ku telah diubah kepada Nya oleh Sopherim berkenaan dengan perkataan ini yang menghina Yehovah (lihat Alkitab Companion ayat 8). Perubahan ini berlaku kerana biji mataku adalah biji mata entiti yang lebih rendah. Banyak bangsa yang akan bergabung dengan Tuhan (Yehovah) pada hari itu. Dia akan diam di kalangan mereka dan mereka akan mengetahui bahawa Yehovah Alam Semesta telah mengutus dia kepada mereka. Dalam perkataan lain Yehovah di sini adalah malaikat yang diutus kepada Israel oleh Yehovah Alam Semesta. Malaikat atau pembawa khabar bagi Yehovah Alam Semesta ini adalah elohim bagi Israel. Zakariah 12:8 menunjukkan dengan jelas bahawa Malaikat Yehovah adlah elohim dan bahawa umat pilihan juga akan menjadi elohim seperti dia.

Zakariah 12:8 Pada waktu itu TUHAN akan melindungi penduduk Yerusalem, dan orang yang tersandung di antara mereka pada waktu itu akan menjadi seperti Daud, dan keluarga Daud akan menjadi seperti Allah, seperti Malaikat TUHAN, yang mengepalai mereka.

 

Perkataan bagi Allah di sini adalah elohim dan malaikat Tuhan adalah Malaikat Yehovah. Tujuannya adlah jelas. Kedua-dua malaikat dan keluarga Daud (yakni umat pilihan) akan menjadi seperti elohim.

 

Elohim dinyatakan sebelum ini adalah dalam bentuk perkataan jamak bagi Allah. Nama bagi Allah dalam bentuk tunggal adlah Eloah. Nama ini tidak mempunyai unsur jamak. Amsal 30:4-5 menunjukkan bahawa Dia mempunyai satu anak dan juga memberikan namaNya Eloah selepas persoalan itu.

Amsal 30:4-5 Siapakah yang naik ke sorga lalu turun? Siapakah yang telah mengumpulkan angin dalam genggamnya? Siapakah yang telah membungkus air dengan kain? Siapakah yang telah menetapkan segala ujung bumi? Siapa namanya dan siapa nama anaknya? Engkau tentu tahu!  5 Semua firman Allah adalah murni. Ia adalah perisai bagi orang-orang yang berlindung pada-Nya.

 

Perkataan bagi Allah di dalam ayat 5 adalah Eloah. Dengan ini konsep anak Allah adalah jelas dari Perjanjian Baru. Yehezkiel menunjukkan juga konsep dari 21:8-13.

Yehezkiel 21:8-13  Kemudian datanglah firman TUHAN kepadaku:  9 "Hai anak manusia, bernubuatlah dan katakan: Beginilah firman TUHAN: Pedang! Pedang! Yang sudah diasah dan juga digosok!  10 Diasah untuk menumpahkan darah dan digosok supaya mengkilap seperti petir. Apakah kita akan bersukacita? --Tongkat anakku menghina segala macam kayu. --  11 Pedang itu diberikan supaya digosok, supaya sedia dipergunakan; pedang itu diasah dan digosok, supaya diberikan ke tangan si pembunuh.  12 Berserulah dan merataplah, hai anak manusia! Sebab pedang itu ditujukan melawan umat-Ku, ditujukan melawan semua pemimpin Israel; mereka dan umat-Ku sama-sama dibiarkan dimakan pedang. Oleh sebab itu tepuklah pinggangmu sebagai tanda perkabungan.  13 Sebab percobaan datang dan tidak suatupun yang dapat tahan, demikianlah firman Tuhan ALLAH.

 

Pernyataan di dalam ayat 9 adalah dari Yehovah, bagaimana pun beberapa codices dengan tiga edisi cetakan awal (satu Rabbinic in margin), baca Adonai. Dari ayat 13 kita mendapati bahawa ianya dalah sabda Adonai Yehovah. Justru itu, kita bercakap tentang Yehovih yang tinggi atau Yehovah Alam Semesta dan kita merujuknya kepada anakNya, yakni Mesiah. Dia telah diberikan tongkat. Pedang dirujuk di dalam ayat 11 diberikan kepada raja Babilon sebagai pembunuh namun ini juga adlah pedang di dalam taman Getsemani. Dengan ini Kristus telah menggenapkan nubuatan ini. Tongakt anakNya itu telah dipandang rendah sama seperti setiap pohon. Dalam perkataan lain dia telah dipandang rendah melalui penyaliban. Pedang itu mengutuk tongkat tersebut dan dengan ini pedang itu pun tidak ada lagi. Justru itu, anak dan kematiannya adalah jelas dalam Perjanjian Lama. Mesiah adalah Yehovah umat Israel yang lebih rendah yang telah diutus oleh Yehovah Alam Semesta.

 

Teks ini adalah berkenaan dengan pembunuh dan pemusnahan Israel, dan gencatan monarki yang mana masanya tiba untuk penghakiman terakhir (ayat 25). Monarki ini kemudiannya akan berhenti sehingga Mesiah datang, dia yang berhak keatasnya (ayat 27).

 

Bentuk akar Yah (atau Yaho)

Yehovah adalah satu nama diplikasikan untuk Allah dan juga bagi yang lebih rendah daripadaNya yang membawa namanya. Bentuk akar nama ini adalah Yah yang mana ia juga diaplikasikan kepada Allah. Yehovah Israel bukan objek penyembahan. Objek penyembahan adlah Yehovah Alam Semesta. Nama Kaabah yang memikul nama Yaho yang mana terjemahan kuno dari perkataan yah atau Yahh. Ini juga disenaraikan sebagai nama Allah dari para Pemazmur.

 

Mazmur 68:4 Bernyanyilah bagi Allah, mazmurkanlah nama-Nya, buatlah jalan bagi Dia yang berkendaraan melintasi awan-awan! Nama-Nya ialah TUHAN; beria-rialah di hadapan-Nya!

 

Penyebutan yang pertama nama Yah adalah di dalam Keluaran 15:2. Justru itu, ianya sesuai bahawa contoh ini berada di buku yang kedua atau Keluaran buku Pemazmur.

Keluaran 15:2 TUHAN itu kekuatanku dan mazmurku, Ia telah menjadi keselamatanku. Ia Allahku, kupuji Dia, Ia Allah bapaku, kuluhurkan Dia.

 

Yah diterjemahkan di sini sebagai Tuhan. Konsep mendiami kekekalan dinyatakan. Pertama kali ia digunakan di dalam Alkitab adalah di sini yang berhubungan dengan penebusan. Dia adalah El dan bapanya dan elohi bapanya.

 

Ayat 3 kemudian berkata bahawa Yahovah adalah ish atau pahlawan perang.

 

Keluaran 15:3 TUHAN itu pahlawan perang; TUHAN, itulah nama-Nya.

 

Yehovah di sini diterjemahkan sebagai Tuhan.

 

Justru itu, pujian harus dibuat di dalam nama Yah, dari Mazmur 68:4. Teks di dalam ayat 8 merujuk kepada kehadiran Allah di dalam Keluaran.

 

Mazmur 68:8  bergoncanglah bumi, bahkan langit mencurahkan hujan di hadapan Allah; Sinai bergoyang di hadapan Allah, Allah Israel.

 

Kehadiran Allah adalah Malaikat Yahovah. Dia di sini adalah pani atau kehadiran elohim atau peni-el, Muka Allah. Kehadiran adalah bersama dengan mereka di padang belantara. Teks ini berkata elohim, elohi Allah kepada Allah umat Israel.

 

Mazmur 68:17 menunjukkan satu lagi konstruksi yang penting.

Mazmur 68:17  Kereta-kereta Allah puluhan ribu, bahkan beribu-ribu banyaknya; Tuhan telah datang dari Sinai, masuk ke tempat kudus!

 

Teks ini mempunyai maksud yang lain. Alkitab Companion mencatatkan teks ini bahawa jumlah kereta kuda Allah adalah dalam ibrani dua kali jumlah sepuluh ribu, yakni 20 juta. Teks ini menurut ortografi kuno di dalam divisi perkataan (Alkitab Compnion), harus berbunyi Yehovah datang dari Sinai ke dalam Kaabah (Ginsburg, Intr., ms. 161, 162). Atau dengan elipsis berbunyi Yehovah di kalangan mereka (yakni malaikat-malaikat dan kereta-kereta kuda) [datang dari] Sinai ke dlam tempat kudus (Alkitab Companion ibid).

 

Terjemahan teks ini dibekalkan di dalam ayat 18.

Mazmur 68:18 Engkau telah naik ke tempat tinggi, telah membawa tawanan-tawanan; Engkau telah menerima persembahan-persembahan di antara manusia, bahkan dari pemberontak-pemberontak untuk diam di sana, ya TUHAN Allah.

 

Yehovah di sini telah naik ke atas dan menerima kurnia bagi umat manusia dan juga kepada pemberontak bahawa Tuhan Allah atau Yah Elohim boleh diam di kalangan mereka. Ini adalah rujukan langsung kepada Persembahan Unjukan Berkas pada hari Ahad pagi pada jam yang ketiga atau jam 9 am. Kristus dipersembahkan sebagai Unjukan Berkas dan menerima kurnia bagi umay manusia, yakni Roh Kudus. Dari teks dalam Yohanes 20:17, Kristus telah memberitahu Maria tentang Penaikan kepada Allah da Bapa kepada semua kita. Dalam Yohanes 20:19-22 kita melihat dia kemudiannya kembali pada hari yang sama dan menghembuskan Roh Kudus kepada murid-muridnya menandakan penerimaan dan kurnia yang dijanjikan di dalam Mazmur 68:18 dan amanatnya oleh Bapa kepada Jemaat untuk mengutus mereka. Hari ini bermulanya kiraan Omer kepada Pentakosta dan kurnia Roh Kudus kepada seluruh jemaat. (Lihat juga karya tulis Persembahan Unjukan Berkas (No. 106b)).

 

Yah atau lebih tepat lagi Yaho adalah bentuk akar yang merujuk kepada Allah dalam delagasinya yang pelbagai dan aspeknya yang pelbagai. Yah [dari] Elohim adalah sama dengan Yehovah Alam Semesta. Yehovah yang lebih rendah di sini telah mengambil tawanan bahawa semua makluk, yang setia dan yang memberontak boleh didamaikan kepada Allah. Entiti yang menawan ini dikenal pasti dari teks ini sebagai Kristus dengan rujukan kepada Efesus 4:8 dan Wahyu 13:10. Dia menerima kurnia dari Allah untuk umat manusia.

 

Efesus 4:7-8  Tetapi kepada kita masing-masing telah dianugerahkan kasih karunia menurut ukuran pemberian Kristus. 8 Itulah sebabnya kata nas: "Tatkala Ia naik ke tempat tinggi, Ia membawa tawanan-tawanan; Ia memberikan pemberian-pemberian kepada manusia."

 

Teks ini merujuk kepada Kristus sebagai dewa Israel yang lebih rendah. Paulus merujuk kepada penaikan Kristus seperti yang diberitahu di dalam Mazmur 68:17 tetapi tidak memberi pelajaran yang sepenuhnya di dalam teks itu.

 

Dengan sama Wahyu menterjemhakan ayat-ayat mengambil untuk ditawan:

 

Wahyu 13:10  Barangsiapa ditentukan untuk ditawan, ia akan ditawan; barangsiapa ditentukan untuk dibunuh dengan pedang, ia harus dibunuh dengan pedang. Yang penting di sini ialah ketabahan dan iman orang-orang kudus.

 

Ianya jelas bahawa  Yehovah di sini adalah Kristus yang mana ia juga adalah Malaikat Yehovah. Justru itu, Yehovah adalah nama delegasi. Yehovah bukan objek penyembahan. Hanya apabila dikenal pasti  sebagai Yehovah elohim atau Yehovah Alam Semesta boleh menterjemahkan Yehovah sebagai satu objek yang disembah.  Satu-satunya nama Allah yang mengenal pasti Bapa dalam satu perkataan adalah Eloah. Yehovah harus diiringi dengan istilah lain atau menetapkan konteks entiti tersebut. Justru itu, Allah Bapa hanya boleh dikenal pasti dengan istilah Eloah. Apabila digunakan di dalam bentuk akar Yah, Allah harus didalihkan.

 

Penggunaan istilah Yah mempamerkan fungsi di dalam teks ini. Ia disebut kira-kira empat puluh sembilan kali yang melengkapkan tujuh kitaran. Ia mempunyai maksud yang istimewa kerana Yehovah telah menjadi keselamatan kita. Ia melengkapkan 49 kali atau kitaran untuk memauki tempat yang Maha kudus pada kali yang kelima puluh yang merupakan keseluruhan perlambangan Kaabah Allah.

 

Kaabah ini dinamakan Kaabah Yaho dari huruf Aramaik dari Kaabah di Elephantine (lihat Pritchard, The Ancient Near East etc., Jilid I, ms. 278-280). Oleh itu, Yah merujuk kepada Yaho kuno sekurang-kurangnya sebelum 407 BC. Justru itu, bentuk yang betul bagi Yehovah adlah Yahovah atau Yahovih, bergantung kepada kata akhiran yang digunakan di dalam rujukan kepada entiti yang disebut. Ianya disebut Yahoweh atau Yahowih. Istilah Yahweh juga tidak betul (lihat juga karya tulis Abracadabra: Maksud Nama-Nama (No. 240)).

 

Perhatian harus diambil untuk mengenal pasti Yahoweh yang merupakan objek penyembahan. Kecuali entiti itu dekenal pasti dan difahami sebagai Allah yang Maha Tinggi, Yahovah Alam Semesta, yakni Eloah, maka sifat monoteisme Allah akan dikompromikan dan fahaman Binitarianisme akan diperkenalkan.

 

Nama Yehovah atau Yahovah digabungkan dengan sepuluh lagi gelaran. Nama-nama ini berada dalam susunan dalam teks Ibrani sebagai:

Yehovah-Jireh Yehovah yang melihat dan menyediakan (Kej. 22:14).

Yehovah-Ropheka Yehovah yang menyembuh kamu (Kel. 15:26).

Yehovah-Nissi Yehovah sepandukku (Kel. 17:15).

Yehovah-Mekaddishkem Yehovah yang menguduskan kamu (Kel. 31:13; Im. 20:8; 21:8; 22:32; Yeh. 20:12).

Yehovah-Shalom Yehovah [memberi] damai (Hak. 6:24).

Yehovah-Zeba’oth Yahovah Alam Semesta (1Sam. 1:3 dan kerapkali).

Yehovah-Zidkenu Yehovah kebenaran kita (Yer. 23:6; 33:16).

Yehovah-Shammah Yehovah ada di sana (Yeh. 48:35).

Yehovah-’Elyon Yehovah Maha Tinggi (Maz. 7:17; 47:2; 97:9).

Yehovah-Ro’I Yehovah Gembalaku (Maz. 23:1).

 

Mazmur dua puluh tiga menggunakan tujuh daripada sifat yang diberikan oleh nama-nama Allah:

Ayat 1; menyampaikan konsep 1 (Yehovah-Jireh).

Ayat2; menyampaikan konsep 5 (Yehovah-Shalom).

Ayat 3; menyampaikan konsep 2 dan 7 (Yehovah-Ropheka and Yehovah-Zidkenu).

Ayat 4; menyampaikan konsep 8 (Yehovah-Shammah).

Ayat 5; menyampaikan konsep 3 dan 4 (Yehovah-Nissi and Yehovah Mekaddishkem).

 

Alkitab Companion membuat satu siri perdebatan (ap 4) bagi El sebagai yang maha kuasa walaupun perkataan ini tidak pernah diberikan. Konteks ini sebenarnya sama dengan El Shaddai. Penggunaan El adalah dianggap seperti Allah yang Maha Kuasa. Elohim digunakan di dalam erti kata Allah sebagai Pencipta kerana Allah menciptakan serta mentahbiskan hukum di tangan pengantara. Elohim adalah dalam bentuk jamak. El digunakan sebagai akar bagi kualitatif gambaran Allah. Hanya Eloah sahaja seagai Allah yang menjadi objek penyembahan umatNya (lihat juga Alkitab Copanion Ap 4). El dianggap seperti Allah yang mengetahui semua perkara (pertam disebut dalam Kej 14:18-22) dan melihat segala sesuatu (Kej 16:13) dan mempersembahkan segala sesuatu bagi umatNya (Maz 57:2) dan di tempat di mana semua sifat ilahi yang lain dipusatkan (Alkitab Companion ibid). Bagaimana pun, terdapat fakta bahawa El adalah akar yang mengaitkan nama-nama dan gelaran yang menandakan bahawa ianya adalah akar di mana perbezaan kualitatif telah didemonstrasikan di dalam entiti-entiti yang bertindak di bawah gelegasi. Sebagai contoh Malaikat Yehovah juga adalah El Bethel atau Allah di dalam Rumah Allah. Dalam perkataan lain, ia mendemonstrasikan kekuasaan di dalam struktur. Hanya Eloah pusat penyembahan yang tunggal.

 

Eloah adalah Elohim dari Elohim; Dia yang mengurapi (Maz 45:6-7; Ibr 1:8-9). Eloah adalah Allah yang berkemahuan. Allah inia dlaah objek penyembahan dan pusat serta bentuk creatif dari Elohim. Inilah Dia yang berkemahuan dan mewujudkan segala sesuatu dan mencipta segala sesuata (Wah 4:11).

Wahyu 4:11  "Ya Tuhan dan Allah kami, Engkau layak menerima puji-pujian dan hormat dan kuasa; sebab Engkau telah menciptakan segala sesuatu; dan oleh karena kehendak-Mu semuanya itu ada dan diciptakan."

 

Makluk ini adalah objek penyembahan dua puluh empat tua-tua dan domba itu, yakni Mesiah (Wah 4:1-5:14). Mesiah adalah satu-satunya anak yang dilahirkan dan Eloah adalah Bapa dari Amsal 30:4-5. Sebutan yang pertama nama ini adalah berhubungan dengan penyembahan (Bil 32:15,17). Ianya digunakan dengan kontras kepada patung-patung dan oleh itu ia adalah Allah yang hidup. Ini adlah Allah yang berkekalan (1 Tim 6:16). Semua yang lain mendapat kekekalan hidup dari Dia melalui kehendak dan pimpinan.

 

El Elyon adalah nama yang diaplikasikan kepad Eloah sebagai El yang Maha Tinggi. Dia adalah Allah yang Maha Tinggi. Dia adalah Allah, Bapa yang kita kenali dari Greek yang menyumbangkan nama dalam Lukas 1:35. El Elyon adalah entiti yang membahagi bangsa (Keluaran 32:8). Dia telah menyerahkan Israel sebagai bahagian Jehova. Maka Jehova di sini merupakan Jehova orang Israel dan orang bawahan kepada Eloah atau El Elyon. Ianya adalah Eloah atau Elyon  yang merupakan objek penyembahan. Orang Israel tidak menyembah kepada bawahan elohim. Perhatikan Keluaran 32:8 telah diubah dalam teks Masoretic yang dibaca mengikut bilangan Anak-Anak orang Israel berbanding dengan Anak Allah atau jumlah malaikat (LXX) atau eliym atau Allah (DSS).

 

Kejadian 14:18-22 menunjukkan bahawa Allah Maha Tinggi adalah penakluk surga dan bumi dan Melchisedek merupakan imam kepada Allah Maha Tinggi. Maka Mesiah juga merupakan imam kepada Allah Maha Tinggi dan ianya bukan Allah. Seseorang tidak boleh menjadi imamnya sendiri. Teks ini perlu dibandingkan dengan Zakariah 6:13 dan 14:9.

 

Zakariah 6:13 Dialah yang akan mendirikan bait TUHAN, dan dialah yang akan mendapat keagungan dan akan duduk memerintah di atas takhtanya. Di sebelah kanannya akan ada seorang imam dan permufakatan tentang damai akan ada di antara mereka berdua. (RSV)

 

Maka itu kita faham bahawa takhta yang Maha Tinggi telah digulingkan oleh Mesiah melalui delegasi. Kesatuan kerajaan berasal dari kekuatan Eloah.

 

Zakariah 14:9 Maka TUHAN akan menjadi Raja atas seluruh bumi; pada waktu itu TUHAN adalah satu-satunya dan nama-Nya satu-satunya.(RSV)

 

Yehovah (diterjemahkan Allah) akan menjadi raja atas seluruh bumi. Kemudian Yehovah akan menjadi satu (ehad) dan namanya satu (ehad). Kesatuan yang diberikan dari penguasaan Yehovah adalah bahawa Allah menjadi semua dalam semua (1Kor 15:28; Ef 4:6).

 

Efesus 4:6 satu Allah dan Bapa dari semua, Allah yang di atas semua dan oleh semua dan di dalam semua.

 

Maka Allah adalah hanya Bapa dan Dia adalah atas segalanya. Kristus adalah termasuk dalam konteks ini.

 

1Korintus 15:28 Tetapi kalau segala sesuatu telah ditaklukkan di bawah Kristus, maka Ia sendiri sebagai Anak akan menaklukkan diri-Nya di bawah Dia, yang telah menaklukkan segala sesuatu di bawah-Nya, supaya Allah menjadi semua di dalam semua.(terjemahan RSV)

 

1Korintus 15:28 Dan ketika segala sesuatu ditaklukkan kepadaNya, maka Ia sendiri sebagai Anak akan tertakhluk kepadaNya yang menakluk semuanya, agar Allah menjadi semua dalam semua. (terjemahan KJV)

 

Apabila segalanga diatasi, anak akan tertakhluk kepada Allah untuk meletakkan segalanya dibawah dia agar Allah adalah segalanya. Teks RSV adalah tidak betul, kelihatannya berasal dari niat untuk mengatasi konklusi bukan triniti yang jelas dari teks ini. Allah adalah segalanya sebagaimana Dia di dalam Kristus.

 

Elyon ada di seluruh dunia (Mazmur 83:18). Gelaran ini muncul 36 kali atau 6 x 6 yang mempunyai persamaan berkaitan dengan penciptaan material.

 

Shaddai merujuk kepada Tuhan yang Maha Kuasa dalam menyediakan keperluan manusia. Ianya digunakan ketika Abraham dipanggil keluar dihatapan Dia dalam Kejadian 17:1. Pengertian dipanggil keluar diaplikasikan kepada Abraham dan juga kepada Jemaat di 2Korintus 6:18.

 

2Korintus 6:17-18 Sebab itu: Keluarlah kamu dari antara mereka, dan pisahkanlah dirimu dari mereka, firman Tuhan, dan janganlah menjamah apa yang najis, maka Aku akan menerima kamu. 18 Dan Aku akan menjadi Bapamu, dan kamu akan menjadi anak-anak-Ku laki-laki dan anak-anak-Ku perempuan demikianlah firman Tuhan, Yang Mahakuasa."

Sekali lagi kita berbicara mengenai Allah Bapa. Terma yang digunakan El Shaddai.

 

Adon. Adalah satu untuk tiga gelaran, (Adon, Adonai, Adonim). Secara amnya mereka ditafsirkan sebagai Tuhan. Ianya merujuk kepada Tuhan sebagai pemerintah dunia. Ianya berbeza dari Adonai yang digunakan sebagai yang melaksanakan tujuan Allah di dunia. (Allah dengan hubunganNya kepada dunia (Alkitab Comp ibid). Huruf menunjukkan kesatuan dengan Yehova ketiga digunakan bersama Adon dirterjemah atau mengubah menjadi Adonai. Ini dengan sengaja dilakukan dalam 134 petikan yang dihimpun dan diberi dalam Massorah (107-115) (lihat juga Alkitab Comp. senarai 32).

 

Adonim adalah bilangan banyak Adon dan tidak pernah dirujuk kepada manusia (Alkitab Comp). ianya diringkaskan bahawa Adon boleh memerintah mereka yang bukan miliknya. Maka tanpa artikel ianya digunakan bagi manusia. Bullinger tidak menjelaskan dengan cukup tentang bentuk jamak dan tunggal di dalam pengunnan perkataan dalam perhubungan makhluk yang ilahi. Tidak ada keraguan bahawa pengunna Adonai dan Ilohim digunakan untuk membesakan secara khusu diantara dua entiti Yehovah dan Yehovah alam semesta. Yehovah sendiri (SHD 3068) adalah elohi nasional orang Israel (lihat Strongs) dan ianya bukan objek penyembahan. Yehovih (SHD 3069) adalah lebih tinggi daripada Yehovah elohi orang Israel yang mana diistilahkan sebagai malaikat Yehovah.

 

Yehovah dengan istilah-istilah lain dan Adonai Yehovah di terjemahkan sebagai Tuhan Allah dan maka ini ia berbeza dari penggunaan bentuk tunggal. Terdap[at dua istilah diberikan kepada Tuhan Allah iaitu Adonai Yehovah dan Yehovah Elohim. Istilah tunggal Elohim selalunya digunakan oleh malaikat dan khususnya malaikat Yehovah yang merupakan Elohim yang diurapi di dalam Mazmur 45:6-7 dan ia juga Kristus (Ibrani 1:8-9).

 

Oleh itu Tuhan kamu telah mengurapi kamu dengan minyak kesukaan di atas sekutu kamu.

 

Dalam cara yang sama kita semua menjadi Elohim di bawah namaNya dan kuasaNya (Zakariah 12:8) didalam struktur monoteis yang diberikan di dalam konsep Alkitab. Ianya tertulis Aku berkata kamu adalah Tuhan-Tuhan: Anak-anak kepada yang Maha Tinggi semua kamu dan tulisan kitab tidak boleh dibatalkan (Yohanes 10:34-35). Binitarianism/Trinitarianism mengehadkan pemahaman kepada konsep bahawa kita akan memerintah seperti Allah.

 

q