Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[123]

 

 

 

 

Meninggalkan Babilon [123]

(Edisi 2.0 20020720-20060107)

 

Pemergian Ezra dari Babilon pada Hari Pertama dalam Bulan Pertama dan ketibaannya di Yerusalem pada Hari Pertama dalam Bulan Kelima selalu disalahguna sebagai contoh bahawa Ezra tidak memelihara Bulan-bulan Baru. Apabila kita meneliti mesej spiritual yang kuat dibelakang tarikh-tarikh ini, ia menambahkan kuasa yang besar kepada pemahaman kepada Bulan-bulan Baru dan Rencana Keselamatan Allah seperti yang diungkap dalam buku Kitab.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2002, 2006 Wade Cox and Peter Donis)

(Tr. 2006)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

 

 

 

 

 

Meninggalkan Babilon [123]



Pengenalan

Kedatangan kembali Ezra ke Yerusalem bukan hanya sekadar satu cerita tentang seorang ahli tulis yang kembali dari pembuangan untuk membina kaabah Tuhan Allah di Yerusalem. Ia mempunyai perkaitan spiritual yang penting bagi orang-orang pada hari ini. Ia menggambarkan diri kita yang meninggalkan penawanan spiritual, kembali kepada Allah, membina semula kaabah, yakni diri kita sendiri, dan memasuki masa milenialNya.

 

Ezra 1:1-6  Pada tahun pertama zaman Koresh, raja negeri Persia, TUHAN menggerakkan hati Koresh, raja Persia itu untuk menggenapkan firman yang diucapkan oleh Yeremia, sehingga disiarkan di seluruh kerajaan Koresh secara lisan dan tulisan pengumuman ini:  2 "Beginilah perintah Koresh, raja Persia: Segala kerajaan di bumi telah dikaruniakan kepadaku oleh TUHAN, Allah semesta langit. Ia menugaskan aku untuk mendirikan rumah bagi-Nya di Yerusalem, yang terletak di Yehuda.

 

Urutan masa perjalanan ini juga mengungkap perkembangan umat Allah sebagai Kaabah Allah didalam Rencan Keselamatan. Hari-hari dimana peristiwa ini berlaku dalam cerita ini mempunyai kepentingan yang besar bagi perkembangan Kaabah Allah, menurut dengan urutan yang ditetapkan oleh Allah dalam Hukum dan Hari-hari Kudus, Bulan-bulan Baru dan Sabat-sabat sementara ia mengungkap Rencana Allah.

 

Orang yang Dipilih

Allah Bapa selalu menepati firmanNya. Dia tidak pernah melanggar janjiNya. Dia menentukan siapa yang menguasai dan memerintah kerajaan. Dia mampun untuk meninggikan, merendahkan, sesiapa sahaja yang dia pilih. Dia boleh memilih sesiapa sahaja untuk sebarang tujuan. Ia mendemonstrasikan bahawa nabi-nabi Allah tidak melakukan tugasan mereka sendiri, tetapi kehendak Allah yang Maha Besar. Jadi, kita boleh lihat bahawa Tuhan Allah meninggikan raja-raja untuk melakukan kehendakNya. Raja Cyrus dari Persia telah dikenal pasti 200 tahun sebelumnya, dan dketahui dalam buku Kitab (Yes 44:28, 46:1-4).

 

Menurut kepada rencana Allah, pada tahun pertama pemerintahannya, Cyrus bertanggung jawab untuk memulakan usaha pembinaan semula kaabah Allah. Allah menunjukkan bahawa Dia tidak semestinya bekerja dengan orang yang dipanggil kedalam jemaat dia mengetahui siapa yang Dia mahu tinggikan, dan sekiranya mereka boleh digunakan atau bagaimana mereka digunakan bagi tujuan kepentingan jemaat atau umatNya.

 

3  Siapa di antara kamu termasuk umat-Nya, Allahnya menyertainya! Biarlah ia berangkat pulang ke Yerusalem, yang terletak di Yehuda, dan mendirikan rumah TUHAN. Allah Israel, yakni Allah yang diam di Yerusalem;

 

Dekrit dikeluarkan – “Mereka yang termasuk umatnyaa”. Tidak semua orang yang ditawan diperlukan untuk kembali ke Yerusalem. Ini juga mempertalikan kita pada hari ini dan pada zaman akhir sejak Mesiah. Mereka yang mahu kembali adalah mereka yang mahu kembali kepada Allah. Orang-orang ini pada masa sekarang adalah orang-orang yang dipimpin oleh Roh Kudus. Orang-orang inilah yang dibenarkan kembali ke Yerusalem, yang mewakili rumah kita yang akan datang, Yerusalem yang baru, yang mana merupakan ibu kepada kita semua. Disinilah Allah meletakkan namanya untuk selamanya Allah Bapa dalam masa yang sudah ditentukan telah menetapkan siapa yang akan dipanggil pada zaman ini. Orang tidak boleh datang kepada Allah, kecuali mereka dipanggil oleh Bapa, dan kemudian diberikan kepada Kristus.

 

4 Dan setiap orang yang tertinggal, di manapun ia ada sebagai pendatang, harus disokong oleh penduduk setempat dengan perak dan emas, harta benda dan ternak, di samping persembahan sukarela bagi rumah Allah yang ada di Yerusalem."  5 Maka berkemaslah kepala-kepala kaum keluarga orang Yehuda dan orang Benyamin, serta para imam dan orang-orang Lewi, yakni setiap orang yang hatinya digerakkan Allah untuk berangkat pulang dan mendirikan rumah TUHAN yang ada di Yerusalem.  6 Dan segala orang di sekeliling mereka membantu mereka dengan barang-barang perak, dengan emas, harta benda dan ternak dan dengan pemberian yang indah-indah, selain dari segala sesuatu yang dipersembahkan dengan sukarela.

 

Orang yang bertahan disini adalah umat-umat pilihan. Umat pilihan akan tersebar di empat penjuru bumi. Kita adalah garam duni (Mat 5:13). Kita tidak tertumpu pada satu tempat. Sebaliknya, kita berada di tempat yang jarang. Teks ini mengingatkan kepada Keluaran dan akan berlaku semula dalam Keluaran kedua yang dinubuatkan dalam Yesaya 66:18-24.

 

Allah harus menggoncangkan diri individu melalui kuasa Roh KudusNya. Sekali kita bertindak balas kepada panggilan Allah, kita kemudiannya mula menyediakan diri kita. Allah mengetahui apa yang kita perlukan, dan Dia akan membantu kita untuk menyediakan bagi mereka yang memerlukan. Ini mungkin dalam bentuk saudara-saudara yang lain, pemahaman yang lebih mendalam, buku-buku kecil atau karya-karya tulis tentang topik-topik tertentu dll.

 

Ezra 2:1 Inilah orang-orang propinsi Yehuda yang berangkat pulang dari pembuangan, yakni para tawanan, yang dahulu diangkut ke Babel oleh Nebukadnezar, raja Babel, dan yang kembali ke Yerusalem dan ke Yehuda, masing-masing ke kotanya.

 

Ezra bab 2 adalah mengenai dengan orang yang berada dalam pembuangan. Ia menunjukkan bahawa setiap orang adalah terbabit, dan bahawa setiap orang adalah penting kepada Allah. Tidak ada orang yang dilupakan. Setiap orang disediakan tugas didalam sistem keimamatan Kaabag, yang kita tahu adalah sistem Melkisedek, seperti yang ditetapkan oleh Kristus, dari inkarnasinya dan kebangkitan dari orang mati, dan penerimaan sebagai persembahan Unjukan Berkas. Mereka kan dinominasikan mengikut kota-kota, menandakan tempat mereka dan juga kepentingan tugas yang mereka laksanakan. Mereka akan dihitung termasuk keldai-keldai serta unta-unta.

 

Ianya tertulis dalam Ezra 2:61-63 bahawa mereka yang tidak ada dalam salasila keimamatan, yakni disini adalah mewakili buku kehidupan Tuhan, akan diletakkan dari keimamatan sebagai tercemar. Golongan Tirshatha mengatakan bahawa mereka tidak harus makan dari persembahan kudus, sehingga berdiri diantara mereka seorang imam dari Urim dan Thummin. Ini adalah kuasa nubuatan dan kuasa penghakiman. Imam ini adalah Kristus. Golongan Tirshatha disini adalah pemerintahm dan merupakan gelaran Persia. Ia merujuk kepada Nehemiah yang memberikan instruksi bahawa orang dari salasila yang tidak khusus harus menunggu kepada ketibaan imam baru Urim dan Thummin. Ini kemudiannya membolehkan mereka makan persembahan Maha Kudus dari keimamatan dibawah Melkisedek.

 

Dalam perkataan lain, keimamatan yang bukan berasal dari salasila Harun atau Lewi, atau salasila orang jahiliah, harus menunggu kepada Mesiah, untuk membolehkan mereka memimpin dalam sistem Kaabah dibawah Mesiah. Nehemiah adlaah orang pertama yang diurapi dalam Daniel 9:25 dan ayat-ayat seterusnya, dan Mesiah atau yang diurapi selepas dia adalaj uskup terakhir Yerusalem, sebelum pembinasaan, yakni Yakub. Aspek ini diliputi dalam karya tulis Tanda Yunus dan Sejarah Pembinaan Semula Kaabah (No. 13). Kisah Melkisedek diliputi dalam karya tulis Melkisedek (No. 128).

 

Ketua para bapa-bapa yang datang ke Yerusalem memberikan dengan bebas apa yang mereka miliki, untuk membina rumah (Ezra 2:68). Justru itu,  hanya melalui persembahan sukarela yang akan membina Kaabah, yang merupakan rumah Allah.

 

Ezra 2:70  Adapun para imam dan orang-orang Lewi, dan juga sebagian dari rakyat, serta para penyanyi, para penunggu pintu gerbang dan para budak di bait Allah menetap di kota-kota mereka, demikian juga semua orang Israel yang lain, masing-masing di kota-kotanya sendiri.

 

Setiap orang akan diberikan tempat dalam Kerajaan (petikan Maz 16:5-6). Kita akan menjadi raja dan imam dalam kerajaan yang baru. Kita akan diberikan tempat kediaman, ataupun bilik dalam kaabah. Ini adalah bilik-bilik atau “tempat tinggal yang banyak” yang dirujuk oleh Kristus dimana disediakan untuk kita semua (Yoh 14:2). Kita akan menjadi elohim, seperti Kristus yang menjadi ketua kita (Zak 12:8). Setiap kumpulan orang akan diberikan kawasan atau kota mereka sendiri.

 

Perjalanan

Perjalanan ini bermula pada Hari Pertama dalam Bulan Pertama pada Tahun Kudus. Ini tidak menyatakan bahawa Bulan Baru pada Bulan Pertama tidak dipelihara, kerana Kitab mencatatkan bahawa ianya harus dipelihara sebagai satu perayaan suci. Ia mewakili permulaan tahun dan bulan penyingkiran umat-umat Israel dari Mesir dan perhambaan (Maz 81:1-16). Untuk menutupi kesalahan mereka, mereka yang gagal untuk memelihara Bulab-bulan Baru dan proses penyucian pada Bulan Pertama, akan mengatakan ia merujuk kepada Bulan Ketujuh, yakni Tishri dalam kalendar Yahudi. Pemazmur dengan jelas menerangkan bahawa ia tidak mungkin pada Bulan yang Ketujuh, kerana Israel dibawa keluar pada Bulan Pertama Abib (atau Nisan).

 

Hari Pertama dalam Bulan Pertama adalah permulaa Penyucian Kaabah Allah, dalam persediaan bagi perayaan Paskah. Ini adalah selalunya digunakan untuk memulakan peristiwa utama dalam Alkitab, dan merupakan hari nubuatan dan perkumpulan kudus. Pada hari inilah pemulihan kepada ciptaan akan bermula, selepas Adam berdosa dan Iblis mengambil tempat sebagai Allah bagi dunia ini dibawah penghakiman (Lihat karya tulis Penyucian Kaabah Allah (No. 241)).

 

Dari musim perayaan Paskah dan kematian Mesiah, kita akan dibawa kedalam perhubungan kita dengan Allah melalui Yesus Kristus.

 

Perjalanan ini akan melalui urutan bulan-bulan, dari Hari Pertama dalam Bulan Pertama sehingga Hari Pertama dalam Bulan Ketujuh.orang-orang yang berkumpul di Yerusalem melakukan demikian dibawah Yashua, anak Yozadak dan Zerubabel anak kepada Shealtiel sang utera. Kedua-dua orang ini mewakili dua cabang keimamatan dan ke-rajaan dalam Mesiah.

 

Ezra 3:1-2 Ketika tiba bulan yang ketujuh, setelah orang Israel menetap di kota-kotanya, maka serentak berkumpullah seluruh rakyat di Yerusalem.  2 Maka mulailah Yesua bin Yozadak beserta saudara-saudaranya, para imam itu, dan Zerubabel bin Sealtiel beserta saudara-saudaranya membangun mezbah Allah Israel untuk mempersembahkan korban bakaran di atasnya, sesuai dengan yang ada tertulis dalam kitab Taurat Musa, abdi Allah.

 

Perayaan sangkakala telah tiba. Orang-orang sudahpun tertubuh dalam kota-kota. Tetapi oleh kerana ia adalah perayaan, orang-orang ini berkumpul di Yerusalem. Oang-orang ini membantu dua ketua yang diurapi ini dalam pembinaan mezbah dan memulakan fondasi Kaabah. Ini adalah umat-umat kudus yang keluar untuk membina mezbah Allah Bapa, yang mana merupakan mezbah spiritual, untuk persembahan bakaran, yakni doa-doa umat kudus dan mereka yang melakukan kehendak Allah. Ini semua dilakukan seperti yang dinyatakan dalam Hukum Musa. Semua prosedur ini menunjukkan bahawa hukum tidak berlalu ataupun lapuk.

 

Ezra 3:3-6 Mereka mendirikan mezbah itu di tempatnya semula, sungguhpun mereka ketakutan terhadap penduduk negeri, lalu mereka mempersembahkan di atasnya korban bakaran kepada TUHAN, korban bakaran waktu pagi dan waktu petang.  4 Mereka juga mengadakan hari raya Pondok Daun, sesuai dengan yang ada tertulis, dan mempersembahkan korban bakaran hari demi hari menurut jumlah yang sesuai dengan peraturan, yakni setiap hari menurut yang ditetapkan untuk hari itu.  5 Dan sejak itu diadakanlah korban bakaran yang tetap, juga korban bakaran pada bulan baru dan pada setiap hari raya yang kudus bagi TUHAN, dan setiap kali orang mempersembahkan persembahan sukarela kepada TUHAN.  6 Sejak hari pertama bulan yang ketujuh mereka mulai mempersembahkan korban bakaran kepada TUHAN, namun dasar bait suci TUHAN belum juga diletakkan.

 

Orang-orang ini sekarang mula berpaling kepada Allah dan menuruti Dia. Orang-orang ini memelihara Hari Sangkakala, yang jatuh pada Hari Pertama dalam Bulan Ke-7, yang merupakan Bulan Baru. Jemaah ini juga memelihara perayaan Pondok Daun atau Bait Suci. Ini adalah perayaan-perayaan yang diperintahkan, yang mana harus dipelihara. Ini tidak dibuka, atai dipaku dimana-mana. Yesaya 66:23 menunjukkan bahawa perayaan ini harus dipelihara pada masa milenium. Banyak jemaat pada hari ini lupa tentang persembahan bakaran, yang mana diperlukan pada Bulan Baru. Israel memelihara Bulan-bulan Baru, dan Perayaan-perayaan dan juga persembahan sukarela, yang harus diberikan tiga kali dalam setahun.

 

Ianya tertulis bahawa selepas ini mereka mempersembahkan persembahan bakaran, dari Bulan-bulan Baru dan semua perayaan-perayaan Tuhan yang sudah ditahbiskan. Penjelasan pada permulaan perjalanan pada Hari Pertama dalam Bulan Pertama dan penghentian perjalanan ini pada Hari Pertama dalam bulan itu adalah bahawa mereka memulai dan mengakhiri dengan pentahbisan Tuhan melalui persembahan bakaran kepada Tuhan dalam penyembahan. Justru itu, maksudnya ialah bahawa mereka berada beberapa hari dari penyembahan, yang ditetapkan untuk memulakan peristiwa yang paling penting sejak pentahbisan kaabah berkurun dahulu, yakni pemulihan pada sistem penyembahan dan pembinaan semula Kaabah.

 

Dalam setiap percubaan orang untuk cuba kembali kepada Allah, mereka pasti akan menghadapi tentangan dari seteru.

 

Ezra 4:1-2 Ketika lawan orang Yehuda dan Benyamin mendengar, bahwa orang-orang yang pulang dari pembuangan itu sedang membangun bait suci bagi TUHAN, Allah Israel,  2 maka mereka mendekati Zerubabel serta para kepala kaum keluarga dan berkata kepada mereka: "Biarlah kami turut membangun bersama-sama dengan kamu, karena kamipun berbakti kepada Allahmu sama seperti kamu; lagipula kami selalu mempersembahkan korban kepada-Nya sejak zaman Esar-Hadon, raja Asyur, yang memindahkan kami ke mari."

 

Kita semua mempunyai musuh spiritual. Ada musuh yang kita tidak tahu langsung. Malah mungkin ia adalah orang yang dekat dengan kita. Apabila spiritual kita rendah, dan mula terlibat dalam sikap yang jahat, atau mengikuti cara dunia ini. Kita akan mendapati bahawa perhubungan kita dengan orang lain dalam dunia ini akan bertambah baik. Tetapi itu bukan panggilan kita. Kita harus menuruti Allah. Apabila kita mula melakukan ini, kita akan lihat bahawa orang akan mula tertarik dengan percubaan kita untuk kembali kepada cara Allah.

 

Seteru kita mungkin tidak kelihatan mengancam kita. Mereka akan mendekati kita jadi kita tidak melihat mereka datang. Ramai orang yang mahu “membina dengan kita”. Mereka lihat kita mula berubah, jadi mereka mahu membantu kita dengan cara mengajar atau memimpin kita kedalam doktrin yang salah yang mana akan membawa kita kemusnahan dan kebinasaan. Kita diberitahu untuk menjadi bijakm dan membina rumah kita diatas batu, Allah Kebenran dan menjadi biji benih yang jatuh keatas tanah yang subur.

 

Kekristianan moderen mengaku menyembah Allah. Mereka percaya bahawa mereka adalah hamba kepada Allah yang Maha Tinggi. Apabila mereka melihat orang yang dipanggil Allah, menuruti dan memelihara Perintah HukumNya, mereka lihat orang itu sebagai satu ancman. Semua kesilapan orang itu dinyatakan.

 

Ezra 4:3 Tetapi Zerubabel, Yesua dan para kepala kaum keluarga orang Israel yang lain berkata kepada mereka: "Bukanlah urusan kita bersama, sehingga kamu dan kami membangun rumah bagi Allah kami, karena kami sendirilah yang hendak membangun bagi TUHAN, Allah Israel, seperti yang diperintahkan kepada kami oleh Koresh, raja negeri Persia."

 

Kita tidak mempunyai bahagian dalam membina kaabah spiritual kita, bercampur dengan doktrin yang salah. Kita harus berdiri dengan teguh di hadapan seteru-seteru kita; tidak merasa takut atau atau menjadi lemah untuk menghadapi mereka. Iman kita harus sentiasa kuat. Kita harus suci, sama seperti Bapa kita di sorga adalah suci (2 Pet 3:11). Jadi untuk melakukan ini, kita tidak boleh menerima doktrin yang salah yang mungkin telah menyesatkan kita pada masa dahulu, atau membenarkan penyelewengan untuk membinasakan diri kita. Allah adalah kebenaran (Ul 32:4). Allah tidak membenarkan orang yang bersikap penipu, atau berbohong, untuk memasuki kerajaanNya.

 

Ezra 4:4-5 Maka penduduk negeri itu melemahkan semangat orang-orang Yehuda dan membuat mereka takut membangun.  5 Bahkan, selama zaman Koresh, raja negeri Persia, sampai zaman pemerintahan Darius, raja negeri Persia, mereka menyogok para penasihat untuk melawan orang-orang Yehuda itu dan menggagalkan rancangan mereka.

 

Sekiranya pembujukan yang lembut tidak berkesan, musuh seteru akan beralih kepada ketakutan. Satu daripada musuh seteru adalah kekecewaan. Orang-orang yang berada di kawasan ini boleh bererti orang-orang yang dekat dengan kita. Ini boleh saja dalam bentuk rakan, pasangan ataupun sahabat. Orang-orang ini yang kita prihatin dan kasihi, selalunya menghindari kita dari memanggil. Kadang-kadang mereka melakukan banyak perkara untuk memastikan kita tidak mengikuti Allah Satu yang Benar. Apabila orang yang kita kasihi dan orang yang dekat dengan kita melawan kitam ia mempunya kesan terhadap diri kita. Kita adalah manusia biasa, dan bukannya robot. Tahap keyakinan kita akan dirintangi, kerana mereka yang berada paling dekat dengan kita mempunyai daya tarikan mental yang paling kuat. Kita diberikan pilihan. Kristus mengatakan bahawa kita tidak boleh mengikuti dia sekiranya kita mengasihi ibu, bapa, saudara-saudara, suami atau isteri lebih daripada dia. Kita harus datang kepada kesimpulan bahawa orang yang mati harus menguburkan orang yang mati secara spiritual (lihat karya tulis Biarlah Orang Mati Menguburkan Orang Mati (No. 16)).

 

Duni ini diciptakan diatas sistem yang salah. Ramai orang yang mahukan keadaan ini berkekalan. Musuh seteru mempunyai ramai orang di tempat-tempat yang tinggi.

 

Ezra 4:6-10 Pada zaman pemerintahan Ahasyweros, pada permulaan pemerintahannya, mereka menulis surat tuduhan terhadap orang-orang yang telah menetap di Yehuda dan di Yerusalem. 7 Dan pada zaman Artahsasta ditulislah surat oleh Bislam, Mitredat dan Tabeel serta rekan-rekannya yang lain kepada Artahsasta, raja negeri Persia. Naskah surat itu ditulis dalam bahasa Aram dengan terjemahannya. (Dalam bahasa Aram:) 8 Rehum, bupati, dan Simsai, panitera, telah menulis surat terhadap Yerusalem kepada raja Artahsasta, yang isinya sebagai berikut.  9 Pada waktu itu ditulislah surat itu oleh Rehum, bupati, dan Simsai, panitera, serta rekan-rekan mereka yang lain, para hakim dan punggawa dan pegawai-pegawai, orang Persia, orang-orang dari Erekh, dari Babel serta orang-orang dari Susan, yaitu orang-orang Elam,  10 dan bangsa-bangsa lain, yang oleh Asnapar yang agung dan mulia itu dipindahkan dan disuruh menetap di kota Samaria dan di daerah yang lain sebelah barat sungai Efrat.

 

Orang-orang dalam dunia ini akan bergabung untuk menghentikan orang lain dari menyembah Allah. Tidak kira siapa yang berkuasa keatas bangsa-bangsa kita, Iblis mempunyai orang-orang yang akan mengambil bahagian dalam bentuk susunan dunia barunya. Kita melihat bahawa banyak negara yang menyerang umat-umat kudus. Ia akan menjadi serangan universal terhadap saudara-saudara seiman.

 

Ezra 4:11-16 Inilah salinan surat yang dikirim mereka kepadanya: "Ke hadapan raja Artahsasta dari hamba-hamba tuanku, orang-orang di daerah sebelah barat sungai Efrat. Maka  12 kiranya raja maklum, bahwa orang-orang Yahudi, yang berangkat dari tuanku ke tempat kami, telah tiba di Yerusalem. Mereka sedang membangun kembali kota yang durhaka dan jahat itu; mereka menyelesaikan pembangunan tembok-tembok dan memperbaiki dasarnya.  13 Kiranya raja maklum, bahwa jikalau kota itu sudah dibangun dan tembok-temboknya sudah selesai, orang tidak lagi membayar pajak, upeti atau bea, sehingga kota itu akhirnya mendatangkan kerugian kepada raja-raja.  14 Sekarang, oleh karena kami mempunyai hubungan dengan raja dan tidak patut bagi kami melihat raja kena cela, maka oleh sebab itu kami menyuruh orang memberitahukan hal itu kepada raja,  15 supaya diadakan penyelidikan dalam kitab riwayat nenek moyang tuanku. Di dalam kitab riwayat itu tuanku akan mendapati dan mengetahui, bahwa kota itu kota durhaka, yang selalu mendatangkan kerugian kepada raja-raja dan daerah-daerah, dan bahwa orang selalu mengadakan pemberontakan di dalamnya sejak zaman dahulu. Itulah sebabnya maka kota itu dibinasakan. 16 Kami ini memberitahukan kepada raja, bahwa jikalau kota itu sudah dibangun kembali dan tembok-temboknya sudah selesai, maka bagi tuanku kelak tidak ada lagi milik di daerah sebelah barat sungai Efrat."

 

Mereka yang melawan kita akan mengakui berbohong tentang kita. Perkara ini tidak harus mengejutkan sesiapa. Mereka akan lakukan dan mengatakan apa sahaja yang boleh merintagi kita dari menyembah Eloah. Malah mereka akan cuba untuk menukar peraturan-peraturan wilayah itu supaya perintah-perintah itu akan mengahalang kita.

 

Ezra 4:21-23 Oleh sebab itu, keluarkanlah perintah, untuk menghentikan orang-orang itu, supaya kota itu jangan dibangun kembali, sebelum aku mengeluarkan perintah.  22 Dan ingatlah baik-baik supaya jangan kamu perbuat suatu kelalaian dalam perkara ini. Apakah gunanya kerusakan yang menjadi kerugian raja-raja itu bertambah besar?"  23 Maka setelah salinan surat raja Artahsasta dibacakan kepada Rehum, dan Simsai, panitera, serta rekan-rekan mereka, berangkatlah mereka dengan segera ke Yerusalem mendapatkan orang-orang Yahudi, dan dengan kekerasan mereka memaksa orang-orang itu menghentikan pekerjaan itu.

 

Justru itum dalam pemerintahan Artaxerxes l pembinaan Kaabah Allah telah dihentikan, dan ia kekal tidak selesai sehingga pemerintahan Darius orang Persia, yakni Darius II. Walaupun ini nampak suram kadang-kadang, Allah selalu perhatikan kita. Kita tidak boleh berhenti menyembah dan menuruti Allah apabila perintah-perinta wilayah ini berkonflik dengan apa yang Allah mahukan dari kita. Kita harus berdiri dan dikira sama. Ini juga bererti bahawa kita harus melihat akibat sebelum kita memulakan perjalanan.

 

Apabila dekrit pertama keluar bagi tawanan untuk keluar ke Yerusalem, ramai orang telah mempertimbangkan akibat sebelum pergi. Mereka telah melihat ianya sangat jauh; atau ianya terlalu sukar, atau mungkin mereka tidak mempunyai keinginan untuk kembali ke Israel, dimana Allah meletakkan namanya. Mungkin mereka fikir ianya lebih selesa berada di tempat mereka sekarang, dan mereka lebih menyukai cara hidup mereka sekarang. Ini menggambarkan cara kita menuruti Allah. Mungkin kita tidak menyukai cara ini. Atau mungkin ianya terlalu sukar. Kita harus memilih jalan yang membawa kepada kehidupan.

 

Ezra 5:2-5 Pada waktu itu mulailah Zerubabel bin Sealtiel dan Yesua bin Yozadak membangun rumah Allah yang ada di Yerusalem. Mereka didampingi dan dibantu oleh nabi-nabi Allah.  3 Tetapi pada waktu itu juga datanglah kepada mereka Tatnai, bupati daerah sebelah barat sungai Efrat, bersama-sama dengan Syetar-Boznai dan rekan-rekan mereka, dan beginilah katanya kepada mereka: "Siapakah yang memberi perintah kepadamu untuk membangun rumah ini dan menyelesaikan tembok ini?"  4 Lalu katanya pula kepada mereka: "Siapakah nama-nama orang yang mendirikan bangunan ini?"  5 Tetapi mata Allah mengamat-amati para tua-tua orang Yahudi, sehingga mereka tidak dipaksa berhenti oleh orang-orang itu sampai ada berita diterima oleh Darius dan kemudian dikirim kembali surat jawaban mengenai hal itu.

 

Dunia ini cba untukmencari mereka yang menyembah Yang Maha Besar. Ia menunjukkan kepada kita bahawa orang yang bertentangan dengan umat-umat kudus tidak mahu menyembah Allah mereka. Tidak begitu halnya dengan perkara-perkara yang sudah-sudah. Iblis mahu menghalang semua pengetahuan tentang Satu Allah yang Benar, hukum-hukumNya serta undang-undangNya. Kita tidak akan diberikan kehidupan yang percuma, apabila kita mengikuti perintah Allah. Masyarakat telah dibentuk supaya ianya lebih mudah untuk mencari mereka yang menyembah Tuhan Allaj. Tetapi jadilah kuat. Bapa selalu memperhatikan kira. Tidak ada bahaya yang menimpa kita tanpa pengetahuan Bapa. Kita harus menurut Allah, walaupun ia melawan undang-undang yang memerintah negara kita.

 

Ezra 5:11  Inilah jawaban yang diberikan mereka kepada kami: Kami adalah hamba-hamba Allah semesta langit dan bumi, dan kami membangun kembali rumah, yang telah didirikan bertahun-tahun sebelumnya, didirikan dan diselesaikan oleh seorang raja Israel yang agung.

 

Pegangan kita adalah melayan Allah.     Kita adalah hamba-hamba. Ini bererti kita melayan Dia dengan menurut HukumNya serta undang-undangNya. Kita juga harus perhatikan, bahawa kita harus memahami siapa yang kita layani. Ia adalah Allah kepada sorga dan bumi. Hanya ada satu Allah yang Benar (Eloah) (Ul 6:4). Kita harus kuat dalam iman apabila kita ditanya tentang kepercayaan kita. Kita juga harus tahu apa yang kita lakukan. ‘kita sedang membina semula rumah’. Israel tahu kepada siapa mereka sembah dan apa yang diperintahkan untuk mereka lakukan. Demikian juga dengan kita. Kita harus tahu apa yang diharapkan dari kita. Kita harus bila, bagaimana dan dimana kita menyembah Eloah. Umat Israel mengetahui dimana mereka membina kaabah itu dan tahu bila waktunya.

 

Ezra 5:8 Kiranya raja maklum, bahwa kami datang ke daerah Yehuda, ke rumah Allah yang maha besar. Rumah itu sedang dibangun dengan batu yang besar-besar, sedang dindingnya dilapis dengan kayu, dan pekerjaan itu dikerjakan dengan seksama dan berjalan lancar di tangan mereka.

 

Umat Israel mengetahui apa bahan yang digunakan untuk membina kaabah itu. Allah adalah batu yang menjadi dasar atas segalanya. Dia adalah bati keselamatan, kita harus membina diri kita dengan bahan yang betul, sekiranya tidak kita akan gagal. Kita harus membina diri kita dengan bahan spiritual, yang mendasarkan firman Allah. Kita harus membaca dan memahami Alkitab Suci, dengan tekun, menuruti perintah Bapa yang diberikan kepada kita. Sekiranya kita melengkapkan tugas di pihak kita, Bapa akan menambahkan pengetahuan dan pemahaman, menulis hukum-hukum di dalam hati kita dan dalam fikiran kita. Kita akan bertambah dalam pengetahuan tentang Allah Satu yang Benar dan Anak yang Dia utus.

 

Ezra 5:16 Kemudian datanglah Sesbazar, meletakkan dasar rumah Allah yang ada di Yerusalem, dan sejak waktu itu sampai sekarang dikerjakanlah pembangunannya, hanya belum selesai.

 

Kaabah Allah masih dalam pembinaan. Israel kuno hanya mengetahui tentang kaabah fizikal. Mereka hanya boleh berfikir dalam paradigma fizikal. Apabila Kristus dalam bentuk daging, dia memperkenalkan kepada orang ramai konsep kita, sebagai orang-orang yang menjadi kaabah spiritual, di mana dia dan Bapanya akan diam. Tahap rencana Allah ini belum lagi disiapkan. Ia adalah kehendak Allah supaya kita semua menjadi anak-anakNya. Kita akan menjadi anak-anak Roh dan bukan dari daging. Dia adalah Bapa kepada semua, yang diatas segalanya dan melalui segala dan dalam segalanya (Ef 4:6).

 

Ezra 7:6-8  Ezra ini berangkat pulang dari Babel. Ia adalah seorang ahli kitab, mahir dalam Taurat Musa yang diberikan TUHAN, Allah Israel. Dan raja memberi dia segala yang diingininya, oleh karena tangan TUHAN, Allahnya, melindungi dia.  7 Juga berangkat pulang ke Yerusalem beberapa rombongan orang Israel dan imam, orang Lewi, penyanyi, penunggu pintu gerbang dan budak di bait Allah pada tahun ketujuh zaman raja Artahsasta.  8 Lalu tibalah ia di Yerusalem pada bulan kelima, yakni pada tahun ketujuh zaman raja itu.

 

Kita semua harus membuat pilihan untuk meninggalkan Babilon Ezra mungkin saja merasa selesa di tempat dia berada, tetapi dia tahu dimana dia harus pergi. Selepas sahaja kita menyerahkan tugas kita kepada Tuhan Allah, menuruti perintahnya, Dia akan memenuhi janjinya dan ‘akan mengembangkan fikiran kita’ (Ams 16:3). Ezra adalah bukti nyata bagi perkara ini.

 

Kita akan diyakinkan bahawa Allah akan membuka semua halangan kita. Allah menggerakkan hati raja itu supaya apa yang diminta oelh Ezra akan ditunaikan kepadanya. Tidak ada orang, tidak kira bagaimanapun besar atau penting atau betapa besar kuasanya, yang tidak boleh dibujuk oleh Allah untuk membantu kita yang lain. Allah akan menggerakkan gunung-ganang bagi kita (Mat 17:20).

 

Kita membaca bahawa beberapa orang dan imam memutuskan untuk kembali, demikian juga dengan para pengidung dan penjaga pintu. Tetapi bukan semua orang yang memutuskan untuk kembali. Seperti yang disebut sebelum ini, orang-orang ini mengira kosnya. Juga, bukan semua akan dipanggil pada mas aini. Ramai yang akan dipanggil, tetapi hanya sedikit yang dipilih. Mereka yang pergi bersama dengan Ezra mewakili tubuh Kristus. Orang-orang ini mempunyai fungsi khusus dalam menyembah Satu Allah yang Benar. Demikian juga dengan kita. Kita semua mempunyai anugerah, menurut kehendak dan pemahaman Allah. Kita adalah hambah kaabah. Kita adalah kaabah dan kita melayani Satu Allah yang Benar.

 

Tahun ketujuh Raja itu mewakili perhentian Sabat. Kita lihat dari teks bahawa ia adalah tahun ketujuh Raja itu. Ini menggambarkan pemanggilan kita. Kita meninggalkan Babilon spiritual dan tiba di rumah spiritual kita, yakni Yerusalem, memasuki zaman milenium atau tahun yang ke-7000 bagi umat manusia.

 

Ezra cekap dalam hukum. Hukum ini ditetapkan sebagai Hukum Musa yang diberikan oleh Tuhan Allah Israel. Kita sebagai orang Kristian harus mengikuti hala tuju ini juga. Kita tidak boleh memutuskan untuk lari dari penawanan kita dan meninggalkan Babilon spiritual. Sekiranya kita tidak cekap dalam Hukum Musa. Mereka yang mengaku bahawa hukum itu dibuka, tidak meninggalkan Babilon, tetapi telah menyesuaikan dirinya kepada keadaan sekitar. Mereka bukan dalam perjalanan ke Yerusalem, seperti yang kita tahu. Kita harus tahu apa itu hukum, dan bagaimana serta bila ianya diaplikasikan. Sekiranya tidak, kita tidak boleh mendekati Allah. Bukan sahaja kita harus mengetahuinya, tetapi juga kita harus cekap dalam memahami tujuan spiritual yang terkandung dalam hukum tersebutm kerana Kristus telah membesarkan Hukum.

 

Ezra telah dianugerahkan semua yang dia minta.

 

Ezra 7:6  Dan raja memberi dia segala yang diingininya, oleh karena tangan TUHAN, Allahnya, melindungi dia.

 

Kita harus mempunyai iman bila memutuskan untuk mengikuti Allah. Bapa sorgawi kita boleh membujuk dan bekerja roh setiap orang, yang mempunyai kuasa keatas kita dalam dunia ini. Kita harus merasa senang kerana Allah telah bekerja dalam roh Raja Darius, supaya dia membenarkan tawanan untuk membina semula Kaabah Yerusalem. Kita tidak harus takut kehilangan kerja kita kerana kita merasa mempunyai ketua yang tidak munasabah. Allah boleh menukar orang yang berperasaan marah dan berprasangka kepada saudara-saudaranya, menjadi seorang yang memahami dan mempunyai belas kasihan terhadap kita.

 

Ezra 7:9-10 Tepat pada tanggal satu bulan pertama ia memulai perjalanannya pulang dari Babel dan tepat pada tanggal satu bulan kelima ia tiba di Yerusalem, oleh karena tangan murah Allahnya itu melindungi dia.  10 Sebab Ezra telah bertekad untuk meneliti Taurat TUHAN dan melakukannya serta mengajar ketetapan dan peraturan di antara orang Israel.

 

Sekarang sekiranya kita melihat kepada tulisan Kitab dengan teliti, kita lihat bahawa Ezra memulakan perjalanan pada Hari Pertama dalam Bulan Pertama. Tetapi perjalanan apakah yang sedang kita bincangkan disini? Ia semestinya bukan perjalanan fizikal, kerana Ezra disebut dengan jelas dalam hukum-hukum Allah. Dia tahu bahawa Bulan Baru harus dipelihara sebagai Sabat. Malah bangsa, iaitu di Yerusalem, memelihara Bulan Baru, bersama dengan upacara korban (Ezra 3:5). Jadi, ianya tidak tepat untuk menganggap bahawa Ezra berjalan sepanjang hari membatalkan Bulan Baru.

 

Mereka keluar pada Hari Pertama dalam Bulan Pertama, yang mewakili Penyucian Kaabah. Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang pertama. Kita adalah tawanan spiritual dahulu. Ezra, seperti semua kita, harus memulakan perjalanan, yang membawa kita kepada rumah spiritual.

 

Ezra mengetahui kalendar Allah (lihat Kalendar Allah (No. 156)). Untuk menuruti Satu Allah yang benar dengan setia, kita harus mengetahui bila untuk menyembah dia. Alkitab menyatakan tiga kali tentang pemergian dan ketibaan untuk tujuan yang baik. Ia menunjukkan bahawa Ezra mengetahui bila Hari Pertama dan Bulan Pertama. Dengan mengetahui bila Hari Pertama Abib, kita boleh menyimpulkan bila perayaan serta hari-hari kudus yang lain akan jatuh, memeliharanya pada masa yang betul.

 

Ezra mungkin memulakan pada perayaan-perayaan yang lain untuk menghitung perayaan yang lain. Ini adalah benar, tetapi perlambangan dan kepentingannya akan hilang. Bulan Pertama dalam kalendar Allaj adalah sangat penting untuk setiap orang Kristian. Ezra semestinya melihat kejajaran dengan pemergian Israel kuno dibawah Musa dari Mesir. Kita juga harus melihat kejajaran spiritual dengan meninggalkan Mesir spiritual atau Babilon.

 

Ezra kembali untuk membina semula kaabah. Ianya dalam Bulan Pertama kita mula untuk menyucikan dan membina semula kaabah. Kita membina semula hati kita dan fikiran kita. Ia adalah masa untuk membina semula perhubungan dengan Allah, dan dengan saudara-saudara seiman. Pada Bulan Pertama kita merayakan Paskah dan perayaan Roti Tidak Beragi dan berpuasa bagi kesalahan yang tidak disengajakan dan tidak disedari. Ia menujukan kepada Kristus, yang merupakan Paskah kita, dan pengantara di antara manusia dan Allah. Kerana pengorbanan Kristus, kita mampu pergi kedalam tempat yang maha kudus, menjadi kaabah spiritual bagi Allah kita untuk diam didalam diri kita melalui Roh KudusNya. Ia adalah ungkapan luar yang dibutuhkan dalam penerimaan kebenaran dalam firman Satu Allah yang Benar.

 

Kalendar ini dikira dari Bulan Pertama. Bulan Nisan atau Abib memulakan kalendar Allah yang kudus. Orang Yahudi hari ini mengira hari-hari kudus mereka dari Bulan yang Ketujuh. Kita lihat bahawa perjalanan kita, yang digambarkan dalam perayaan-perayaan Allah, bermula pada Bulan Pertama. Maka, ia mnunjukkan bahawa kita tidak harus mula mengira perayaan pada masa-masa yang lain, selain dari permulaan kalendar Allah, yakni bulan Abib.

 

Tulisan Kitab menyatakan bahawa perjalanan ini mengambil masa empat bulan. Ia bermula pada Hari Pertama bulan Abib dan Ezra tiba pada Hari Pertama dalam Bulan Kelima (Ab). Ini adalah berjajaran dengan 40 tahun Israel kuno berjalan di padang belantara. Ia juga menarik diperhatikan bahawa perjalanan ini mengambil 120 hari. Bagi satu tahun Yobel dikira sebagai satu hari, ini adalah bersamaan dengan 6000 tahun, yang menggambarkan perjalanan manusia untuk memasuki kerajaan spiritual. Ini juga menggambarkan Sabat atau hari yang ketujuh. Ini ditekankan oleh fakta bahawa mereka yang pergi bersama dengan Ezra tiba pada tahun ketujuh pemerintahan Raja itu. Ini mewakili zaman milenium dan perhentian Sabat Allah dalam Kristus, dibawah peraturan dan sistem itu.

 

Perjalanan ini meliputi lima bulan-bulan baru. Bulan ini simbolik jemaat, yang menggambarkan terang matahari kebenaran. Ini mungkin merujuk kepada lima batu yang dpungut oleh Daud dari sungai kecil untuk mengalahkan Goliat. Batu-batu ini menggambarkan lima jemaat, yang mengalahkan sistem dunia, yang diwakili oleh Goliat. Maka kita lihat juga, perlambangan yang sama dari lima bulan baru yang dipelihara dengan kudus oleh Ezra dan mereka yang pergi bersama dengan dia, adalah lima jemaat yang dianggap suci, bertahan atau tenteram dalam tujuh tahun pemerintahan raja

 

Dengan tiba pada Hari Pertama dalam Bulan Kelima (Ab), kita lihat satu lagi fakta kepentingan. Beberapa orang pada hari ini mengakui bahawa Ezra berjalan pada Bulan Baru. Ini adalah doktrin yang salah. Bulan Baru adalah integral kepada pemahaman dan penyembahan kepada Satu Allah yang Benar. Tiba pada Hari Pertama dalam Ab menunjukkan bahawa ianya sendiri adalah hari yang penting. Tidak ada lagi kepentingan lain berkenaan dengan hari ini, kecuali ia adalah Bulan Baru. Ia menjelaskan kepentingannya, dan menyatakan semula pemeliharaannya dalam keseluruhan rencana Allah. Ianya tidak boleh disalah tafsir untuk menyatakan hari Kudus yang lain.

 

Bagaimana pun, ia juga menandakan satu lagi aspek dalam perjalanan kepada milenium.

 

Sekiranya kira mengambil bulan-bulan ini sebagai milenia atau jangka masa satu ribu tahun, kita akan tahu bila Mesiah akan tiba. Ia adalah penghujung empat ribu tahun dari penciptaan.

 

 Bulan yang Kelima adalah bilangan Rahmat dan kita boleh lihat bahawa pada masa ini rahmat akan diberikan kepada kita dan melalui rahmat kita akan memasuki kerajaan Allah.

 

Kita berada di Israel, Tanah Perjanjian, pada Hari Pertama dalam Bulan Pertama melalui Rahmat. Tetapi kita mengambil dua bulan lagi untuk tiba di tempat dimana menempatkan mezbah Kaabah Allah, dan memulihkan Bulan Baru dan Hari-hari Kudus, atau Sabat dari perayaan-perayaan Tuhan.

 

Justru itu, ia adalah pada penghujung milenium yang keenam pada 2027 (lihat karya tulis Membaca Hukum bersama dengan Ezra dan Nehemiah (No. 250)), kita memasuki perhentian Sabat Tuhan Allah. Pada masa itu kita mengambil tugasan kita dan planet ini akan dipulihkan kepada Hukum Allah.

 

Bulan-bulan Baru akan menjadi mandatori dari masa ini, dan Sabat serta Bulan-bulan Baru dan Perayaan-perayaan akan dipelihara. Mereka yang tidak memeliharanya tidak lagi bersama dengan kita, dan sudah tentu mereka bukan berada dalam kerajaan Allah (Yes 66:23; Zak 14:16-19).

 

Perjalanan kita dari Babilon harus bersama dengan Ezra dan Nehemiah. Kita keluar dari Bulan Baru, yang merupakan Perkumpulan kudus Penyucian Kaabah dan Paskah Domba Allah. Melalui rahmat, kita kemudiannya teruskan sehingga masa milenial Yesus Kristus.

 

q