Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[164D]

 

 

 

 

Serangan Antinomian ke atas Hukum Tuhan

(Edisi 1.0 20101023-20101023)

 

Kami telah dimaklumkan bahawa doktrin Gnostikisme Antinomian yang memasuki Jemaat-jemaat Tuhan melalui kesilapan-kesilapan WCG dan golongan Binitarian/Trinitarian dalam sistem itu jauh lebih berakar-umbi dan berlanjutan sampai umat Trinitarian Antinomian sistem agama AS. Banyak menyerupai sistem politik AS, orang-orang Antinomian ini berbicara melepasi sesama sendiri dan sesiapa yang bercakap atau cuba berbincang serius mengenai struktur Alkitabiah dan khususnya hukum Tuhan. Penting juga untuk kita mengerti fungsi dan asal-usul serangan-serangan ke atas Hukum Tuhan.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta © 2010 Wade Cox)

(Tr. 2011)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Serangan Antinomian ke atas Hukum Tuhan



Serangan-serangan ke atas Hukum Tuhan telah dibuat dalam Abad Pertama dan Kedua oleh para Gnostik Antinomian. Antinomian bermakna bertentangan hukum (anti-nomos) walaupun para apologis moden cuba mendakwa ini mempunyai erti lain. Gnostik terbit daripada istilah Gnosis atau pengetahuan dan merupakan dasar Bidaah dalam jemaat Perjanjian Baru (lihat naskah Bidaah dalam Jemaat Kerasulan (No. 089) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p089.html

).

 

Mereka menuntut bahawa hukum Perjanjian Lama merupakan Hukum berlainan daripada Perjanjian Baru serta ajaran-ajaran Yesus Kristus. Mereka menuntut bahawa hukum itu telah diberikan oleh seorang tuhan jahat, Jaldabaoth, yang cuba membuatkan manusia mengikut hukum-hukumnya. Menurut mereka Yesus Kristus ialah Tuhan Perjanjian Baru yang melenyapkan hukum-hukum Tuhan Perjanjian Lama. Ini sememangnya berdasarkan anti-Semitikisme yang meresapi sistem Rom. Sehingga hari ini itu merupakan daya penggerak sistem antinomian di Barat.

 

Tuhan jahat Jaldabaoth dikatakan menghalang roh-roh orang mati daripada naik ke syurga melalui Bimasakti (Milky Way). Fungsi orang-orang kudus (santo) adalah untuk memintas dewa ini dan pergi ke syurga. Untuk tujuan ini mereka memiliki jiwa-jiwa abadi untuk membolehkan mereka mencapai hidup kekal. Ini dianggap oleh Jemaat sejati Tuhan sebagai bidaah sepenuhnya dan mereka dijauhi daripada Jemaat-jemaat Tuhan. Jemaat-jemaat Tuhan mengenali pembidaah-pembidaah ini daripada fakta yang mereka menuntut bahawa selepas mereka mati mereka pergi ke syurga (Justin Martyr, Dial. LXXX). Kenyataannya ialah Alkitab berpendapat bahawa Kristus ialah Malaikat Yahovah yang bersama-sama dengan Israel dalam padang gurun dan memberikan Hukum Tuhan kepada mereka (1 Kor. 10:4; lihat juga Malaikat YHVH (No. 024) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p024.html.

 

Hari ini kebanyakan umat Kristian, dan biasanya mereka yang berasal daripada Amerika Utara dan meluas sampai Komanwel British, betul-betul percaya bahawa hukum Tuhan telah dibatalkan dan bahawa mereka, sesudah mereka mati, akan pergi ke syurga. Ada baiknya kita perhatikan bahawa Gereja Roman Katolik kebelakangan ini telah meniadakan Limbo, Purgatori dan Neraka dan menuntut bahawa “Syurga” hanyalah keadaan dengan Tuhan dan bahawa “Neraka” hanya keadaan terpisah daripada Tuhan.

 

Umat RK, lama dahulu, telah memisahkan diri mereka daripada dua Kebangkitan Orang Mati; bagaimanapun, golongan Protestan tidak begitu dan dalam pegangan mereka telah sentiasa mendukung kepercayaan dalam Kebangkitan Orang Mati.

 

Orang Antinomian, bagaimanapun, di AS nampaknya mendakwa secara luas bahawa ini hanya hal memanggil Kristus dan mereka akan “dighaibkan” ke syurga dan dengan itu diselamatkan. Pembaptisan bukan sakramen genting dan mencakupi baptisan bayi juga. Doktrin palsu ini kini berusia lebih 200 tahun dan bertumbuh di kalangan pembidaah-pembidaah ini. Kesilapan semua doktrin dan tuntutan ini ditangani dalam naskah Milenium dan Keghaiban (No. 95) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p095.html.

 

Sesiapa yang diperhatikan menuntut dan menyokong hukum-hukum Tuhan diserang dan diburuk-burukkan. Satu penjelasan gila dibuat bahawa sesiapa yang taat kepada Hukum-hukum Tuhan sebenarnya mempunyai “Tanda Binatang” dalam kepercayaan itu. Ini sebenarnya satu pandangan lebih terpencil dan gila tetapi kami telah melihatnya dimajukan dengan serius oleh golongan Antinomian dan golongan yang nampaknya sebenarnya penganut Satanis.

 

Logik hukum dan perjanjian-perjanjian itu nampaknya tidak difahami oleh orang-orang ini. Mereka telah menghasilkan penjelasan kasih karunia bukan hukum. Hakikatnya ini kedua-dua kasih karunia dan hukum, bukan hanya satu atau yang satu lagi. Hal ini telah dijelaskan dalam naskah Hubungan Antara Keselamatan dengan Kasih Karunia dan Hukum (No. 082) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p082.html.

 

Memang penting untuk kita pelajari topik-topik ini supaya kita dapat asingkan kesilapan-kesilapan orang Antinomian ini.

 

Sudah menjadi hakikatnya bahawa seluruh Reformasi Protestan adalah berdasarkan doktrin-doktrin dua aspek hukum itu, iaitu aspek Hukum Moral dan Hukum Upacara atau Korban. Divisi ini diterangkan dalam naskah Perbezaan dalam Hukum (No. 096) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p096.html.

 

Kami telah menyenaraikan perbezaan itu tetapi nampaknya orang Antinomian tidak sanggup membaca dan mengasingkan masalah-masalahnya. Satu penjelasan khas jenis Protestan adalah seperti berikut.

 

 

Hukum Sepuluh

Hukum Korban atau Upacara

1. Diberi Tuhan melalui Malaiikat di Sinai (Kel. 20: 1,22; Ulang. 4:12,13; 5:22);

1. YHVH berfirman; ditulis oleh Musa (Kel. 24:3,4,12); diberi sebagai tambahan kpd Perintah-perintah (Kel. 24:12);

2. Ditulis oleh Yahovah (Kel. 31:18; 32:16);

2. Ditulis oleh Musa (Kel. 24:4; Ulang. 31:9);

3. Atas batu (Kel. 24:12; 31:18);

3. Dalam sebuah kitab (Kel. 24:4,7; Ulang. 31:24);

4. Diserahkan oleh Yahovah kpd Musa (Kel. 31:18)

4. Diserahkan oleh Musa kpd orang Lewi (Ulang. 31:25,26);

5. Dimasukkan Musa ke dalam Tabut (Ulang. 10:5);

5. Diletakkan orang Lewi di samping tabut (Ulang 31:26) di mana ia menjadi saksi terhadap Israel

.

Hukum Sepuluh

Hukum Korban atau Upacara

6. Berkenaan ajaran moral (Kel. 20:3-17);

6. Berkenaan hal ritual berupacara (daripada penggunaannya dalam Keluaran, Imamat, Bilangan, Ulangan);

7. Menyatakan dosa (Rom. 7:7);

7. Menentukan persembahan untuk dosa (lihat Imamat);

8. Menunjukkan pelanggaran hukum ialah dosa (1Yoh. 3:4) dan upah dosa ialah maut (Rom. 6:23).

8. Tiada dosa jika melanggarnya sebab dibatalkan (Efe. 2:15); justeru tiada hukum maka tiada pelanggaran (Rom. 4:15).

9. Kita harus menuruti seluruh hukum (Yak. 2:10);

we must not break the least of the Law (Mat. 5:19)

9. Para Rasul tidak memberi apa-apa pesan (ajaran atau perintah; diesteilametha) untuk menurutnya (Kisah 15:24);

10. Sebab kita akan dihakimi dgn hukum ini (Yak. 2:12);

10. Kita harus tidak dihakimi dalam penurutannya (Kol. 2:16);

11. Umat Kristian yang menurut hukum ini berbahagia dalam perbuatannya (Yak. 1:25);

11. Kita tidak dibenarkan oleh hukum tetapi oleh iman (Gal. 5:1-6);

12. Ia hukum sempurna yang memerdekakan Yaks. 1:25; lihat. Yak. 2:12) sebab hukum ini sempurna (Maz. 19:7);

12. Kemerdekaan datang daripada iman bukan pembenaran oleh hukum (Gal. 5:1,3).

13. Hukum ini diteguhkan oleh iman dalam Kristus

(Rom. 3:31); ia tidak ditiadakan (Mat. 5:17);

13. Kristus membatalkan divisi hukum ini (Efe. 2:15); hutang (Kol. 2:14); dan strukturnya (Gal. 3:19).

14. Kristus membesarkan dan memuliakannya (Yes. 42:21);

14. Kristus menghapuskan surat hutang yg ml ketentuan hukum mendakwa dan mengancam kita (Kol. 2:14).

15. Kita tahu bahwa hukum adalah rohani (Rom. 7:14 lihat ayat 7).

15. Hukum ini berdasarkan peraturan manusia (Ibr. 7:16). Tuhan membiarkan Israel diberikan hukum-hukum yang dengannya mereka tidak dapat hidup disebabkan kenajisan mereka (Yeh. 20:25). Hukum ini tidak menyempurnakan apa-apa.

 

 

Chierographon Kolose 2:14 ialah apa yang dipanggil surat ketentuan-ketentuan hukum, yang sebenarnya surat hutang yang ditanggung setiap kita kepada Tuhan kerana dosa-dosa kita, dan yang dipakukan kepada stauros atau pancang oleh Kristus sebagai dibayar olehnya. Umat Antinomian nampaknya tidak mengertinya. Mereka mengabaikan makna Chierographon sebagai surat hutang dan cuba membuatnya bermakna hukum Tuhan, yang bukan ertinya. Hukum korban sesungguhnya dipenuhi dalam Kristus dan dalam ertikata itu hukum korban telah dibayar sekali untuk selamanya oleh Kristus. Bidaah ini di Kolose diperiksa secara terperinci dalam naskah Bidaah dalam Jemaat Kerasulan (No. 089) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p089.html.

 

Hari-hari Raya dan Sabat bukan sebahagian daripada ketentuan-ketentuan hukum upacara itu. Hanya ketetapan-ketetapan korban dihapuskan. Melalui korbannya, Kristus sekali untuk selamanya melucutkan senjata pemerintah-pemerintah dan penguasa-penguasa. Teks Yunani untuk kata-kata ini ialah archas (diterjemah pemerintah) dan ezousias (penguasa). Dia menyingkap mereka dengan keterbukaan, menang atas mereka dalam ini. Justeru, Kristus menyingkap kuasa-kuasa syurgawi (dan terutamanya Iblis) yang tidak sanggup menyerahkan diri mereka bagi manusia jagaan mereka sebagaimana dia telah lakukan. Hukum itu tetap tegak. Sebab Hukum itu kudus, dan Perintah-perintah itu kudus, benar dan baik.

Roma 7:12 Jadi hukum Taurat adalah kudus, dan perintah itu juga adalah kudus, benar dan baik. (RSV)

 

Kristus berkata: “Tetapi jikalau engkau ingin masuk ke dalam hidup, turutilah segala perintah Allah.”

Matius 19:17 Jawab Yesus: "Apakah sebabnya engkau bertanya kepada-Ku tentang apa yang baik? Hanya Satu yang baik. Tetapi jikalau engkau ingin masuk ke dalam hidup, turutilah segala perintah Allah. (RSV)

 

Jadi, kita tidak boleh mewarisi hidup kekal melainkan kita mentaati Perintah-perintah Tuhan. Di sini Tuhan dilihat sebagai pusat Kebaikan penghabisan, justeru perkataan Tuhan. Hukum itu bergantung sepenuhnya pada dua Perintah Terutama (Mat. 22:40).

Matius 22:36-40 "Guru, hukum manakah yang terutama dalam hukum Taurat?" [37] Jawab Yesus kepadanya: "Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu. [38] Itulah hukum yang terutama dan yang pertama. [39] Dan hukum yang kedua, yang sama dengan itu, ialah: Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri. [40] Pada kedua hukum inilah tergantung seluruh hukum Taurat dan kitab para nabi." (RSV)

 

Justeru Hukum itu ditakdirkan untuk satu tujuan atau akhiran, iaitu dalam Kristus dan bermaksud untuk mendamaikan kita kepada Tuhan. Hukum itu, yang rohani, maju daripada Tuhan dan dengan itu ditaati dalam sifat dasar kita untuk mendamaikan kita kepada Tuhan. Maka Hukum ini tidak menyebabkan kematian tetapi sebaliknya dosalah, iaitu pelanggaran Hukum (1 Yoh 3:4), yang mempergunakan individu dan menyebabkan maut.

Roma 7:13 Jika demikian, adakah yang baik itu menjadi kematian bagiku? Sekali-kali tidak! Tetapi supaya nyata, bahwa ia adalah dosa, maka dosa mempergunakan yang baik untuk mendatangkan kematian bagiku, supaya oleh perintah itu dosa lebih nyata lagi keadaannya sebagai dosa. (RSV)

 

Hukum itu rohani tetapi manusia bersifat daging, terjual di bawah kuasa dosa.

Roma 7:14 Sebab kita tahu, bahwa hukum Taurat adalah rohani, tetapi aku bersifat daging, terjual di bawah kuasa dosa. (RSV)

 

Seluruh penjelasan bahawa Hukum itu bukan rohani dan, dengan itu, bukan sebahagian Perjanjian Baru adalah palsu sama sekali. Orang yang benar-benar berubah diri suka akan Hukum Tuhan dalam diri peribadi mereka. Mazmur dikenal pasti oleh Kristus sebagai sebahagian hukum itu.

 

Mazmur 119:1 Berbahagialah orang-orang yang hidupnya tidak bercela, yang hidup menurut Taurat TUHAN. (RSV)

 

Roma 7:22 Sebab di dalam batinku aku suka akan hukum Allah, (RSV)

 

Sebab Hukum memimpin orang kepada Kristus, iaitu kegenapan hukum Taurat.

Roma 10:4 Sebab Kristus adalah kegenapan hukum Taurat, sehingga kebenaran diperoleh tiap-tiap orang yang percaya. (RSV)

 

Kegenapan hukum Taurat (telos gar nomou) di sini ialah akhirannya yakni tujuan atau sasaran, iaitu titik atau perbuatan atau keadaan yang disasarkan. Ini bukan penghentian Hukum itu.

 

Dipimpin oleh Roh membebaskan individu daripada berada di bawah Hukum itu.

Galatia 5:18 Akan tetapi jikalau kamu memberi dirimu dipimpin oleh Roh, maka kamu tidak hidup di bawah hukum Taurat. (RSV)

 

Bukan sebab ia melenyapkan Hukum itu, tetapi sebaliknya sebab ia membolehkan Hukum itu ditaati daripada keinginan dalaman dan perbuatan betul, yang ada dalam sifat diri kita juga. Pandangan Paulus mengenai keperluan mentaati hukum itu diperiksa dalam naskah Paulus: Bahagian 1 Paulus dan Hukum (No. 271) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p271.html.

 

Paulus mentaati hukum itu dan bersusah-payah memeliharanya. Kisah 21:21 sengaja disalah gambar dalam hal ini.

Kisah 21:17-24 Ketika kami tiba di Yerusalem, semua saudara menyambut kami dengan suka hati. [18] Pada keesokan harinya pergilah Paulus bersama-sama dengan kami mengunjungi Yakobus; semua penatua telah hadir di situ. [19] Paulus memberi salam kepada mereka, lalu menceriterakan dengan terperinci apa yang dilakukan Allah di antara bangsa-bangsa lain oleh pelayanannya. [20] Mendengar itu mereka memuliakan Allah. Lalu mereka berkata kepada Paulus: "Saudara, lihatlah, beribu-ribu orang Yahudi telah menjadi percaya dan mereka semua rajin memelihara hukum Taurat. [21] Tetapi mereka mendengar tentang engkau, bahwa engkau mengajar semua orang Yahudi yang tinggal di antara bangsa-bangsa lain untuk melepaskan hukum Musa, sebab engkau mengatakan, supaya mereka jangan menyunatkan anak-anaknya dan jangan hidup menurut adat istiadat kita. [22] Jadi bagaimana sekarang? Tentu mereka akan mendengar, bahwa engkau telah datang ke mari. [23] Sebab itu, lakukanlah apa yang kami katakan ini: Di antara kami ada empat orang yang bernazar. [24] Bawalah mereka bersama-sama dengan engkau, lakukanlah pentahiran dirimu bersama-sama dengan mereka dan tanggunglah biaya mereka, sehingga mereka dapat mencukurkan rambutnya; maka semua orang akan tahu, bahwa segala kabar yang mereka dengar tentang engkau sama sekali tidak benar, melainkan bahwa engkau tetap memelihara hukum Taurat.

 

Sesiapa yang berkata bahawa Paulus tidak memelihara hukum Tuhan ialah seorang pembohong. Sesiapa juga yang mengatakan mereka tanpa dosa (iaitu pelanggaran hukum Tuhan (1 Yoh 3:4) ialah seorang pembohong juga.

 

Ibrani sering disalah guna oleh orang Antinomian dan kami akan periksa bahagian-bahagian yang disalah guna itu secara terperinci di bawah.

Ibrani 8:10-13 "Maka inilah perjanjian yang Kuadakan dengan kaum Israel sesudah waktu itu," demikianlah firman Tuhan. "Aku akan menaruh hukum-Ku dalam akal budi mereka dan menuliskannya dalam hati mereka, maka Aku akan menjadi Allah mereka dan mereka akan menjadi umat-Ku. [11] Dan mereka tidak akan mengajar lagi sesama warganya, atau sesama saudaranya dengan mengatakan: Kenallah Tuhan! Sebab mereka semua, besar kecil, akan mengenal Aku. [12] Sebab Aku akan menaruh belas kasihan terhadap kesalahan mereka dan tidak lagi mengingat dosa-dosa mereka." [13] Oleh karena Ia berkata-kata tentang perjanjian yang baru, Ia menyatakan yang pertama sebagai perjanjian yang telah menjadi tua. Dan apa yang telah menjadi tua dan usang, telah dekat kepada kemusnahannya. (RSV)

 

Justeru, roh dituliskan dalam hati dan akal budi umat. Jadi, umat mentaati Hukum melalui Roh Kudus. Dengan itu Hukum yang dipelihara melalui hati yang berbuat betul bertindak sebagai tanda umat pilihan. Sekali lagi, pemikiran yang tidak berubah dikenal pasti oleh tentangannya kepada Hukum dan penjelasan-penjelasan yang cuba menghapuskan Hukum.

 

Hukum Tuhan dikejar dengan iman dan bukan dengan perbuatan.

Roma 9:32 Mengapa tidak? Karena Israel mengejarnya bukan karena iman, tetapi karena perbuatan. Mereka tersandung pada batu sandungan (RSV)

 

Bagaimanapun iman tanpa perbuatan adalah mati (Yakobus 2:17).

 

Penurutan kepada Perintah-perintah Tuhan ialah prasyarat perlu bagi pengekalan Roh Kudus, yang berdiam dalam mereka yang memelihara segala Perintah Tuhan.

 

1 Yohanes 3:24 Barangsiapa menuruti segala perintah-Nya, ia diam di dalam Allah dan Allah di dalam dia. Dan demikianlah kita ketahui, bahwa Allah ada di dalam kita, yaitu Roh yang telah Ia karuniakan kepada kita. (RSV)

 

Kisah 5:32 Dan kami adalah saksi dari segala sesuatu itu, kami dan Roh Kudus, yang dikaruniakan Allah kepada semua orang yang mentaati Dia." (RSV)

 

Dengan itu, sungguh mustahil untuk menjadi seorang Kristian dan mengasihi Tuhan serta Kristus tanpa memelihara Hukum itu. Semestinya ini termasuk memelihara hari Sabat sebagai Perintah Keempat.

 

Keselamatan melalui Kasih Karunia

Kasih karunia Tuhan telah muncul untuk keselamatan semua orang, melatih kita untuk meninggalkan segala kefasikan dan keinginan duniawi, dan hidup bijaksana, adil dan beribadah dalam dunia ini, menantikan penggenapan pengharapan kita yang penuh bahagia dan penyataan kemuliaan Tuhan yang Mahabesar dan Juruselamat kita Yesus Kristus (Tit. 2:11-13; lihat Marshall’s RSV Interlinear Greek-English New Testament). Justeru Kristus ialah penyataan kemuliaan Tuhan yang Mahabesar, iaitu Juruselamat kita (Tit. 2:10). Dari itu kasih karunia ialah hasil aktiviti Yesus Kristus.

 

Jemaat dipelihara dalam kekuatan Tuhan melalui iman sementara menantikan keselamatan yang telah tersedia untuk dinyatakan pada zaman akhir.

1 Petrus 1:5 Yaitu kamu, yang dipelihara dalam kekuatan Allah karena imanmu sementara kamu menantikan keselamatan yang telah tersedia untuk dinyatakan pada zaman akhir. (RSV)

 

Hasil iman itu ialah keselamatan jiwa. Para nabi telah bernubuat tentang keselamatan ini tetapi tidak mengetahui waktu atau peribadi Mesias ketika mereka meramalkan penderitaannya dan kemuliaannya sesudah itu.

1 Petrus 1:9-10 karena kamu telah mencapai tujuan imanmu, yaitu keselamatan jiwamu. [10] Keselamatan itulah yang diselidiki dan diteliti oleh nabi-nabi, yang telah bernubuat tentang kasih karunia yang diuntukkan bagimu. (RSV)

 

Dosa telah masuk ke dalam dunia melalui Adam dan berkuasa dari Adam sampai Musa. Maut ialah hasil dosa.

Roma 5:12 Sebab itu, sama seperti dosa telah masuk ke dalam dunia oleh satu orang, dan oleh dosa itu juga maut, demikianlah maut itu telah menjalar kepada semua orang, karena semua orang telah berbuat dosa. (RSV)

 

Dosa telah wujud sebelum Hukum itu diberikan kepada Musa.

Roma 5:13 Sebab sebelum hukum Taurat ada, telah ada dosa di dunia. Tetapi dosa itu tidak diperhitungkan kalau tidak ada hukum Taurat. (RSV)

 

Justeru, akibat-akibat Hukum sudahpun diketahui daripada Adam, sebab dosa tidak dikira bila tiada hukum. Justeru, semua orang mati dan terserah kepada Kebangkitan Kedua di luar daripada Hukum. Di bawah Hukum, Kaum Bapa dan Para Nabi mencapai Kebangkitan Pertama.

 

Dengan itu kasih karunia dilimpahkan disebabkan oleh penyelamatan manusia daripada dosa dan Hukum. Di mana dosa bertambah banyak di bawah Hukum, kasih karunia menjadi berlimpah-limpah.

Roma 5:15-21 Tetapi karunia Allah tidaklah sama dengan pelanggaran Adam. Sebab, jika karena pelanggaran satu orang semua orang telah jatuh di dalam kuasa maut, jauh lebih besar lagi kasih karunia Allah dan karunia-Nya, yang dilimpahkan-Nya atas semua orang karena satu orang, yaitu Yesus Kristus. [16] Dan kasih karunia tidak berimbangan dengan dosa satu orang. Sebab penghakiman atas satu pelanggaran itu telah mengakibatkan penghukuman, tetapi penganugerahan karunia atas banyak pelanggaran itu mengakibatkan pembenaran. [17] Sebab, jika oleh dosa satu orang, maut telah berkuasa oleh satu orang itu, maka lebih benar lagi mereka, yang telah menerima kelimpahan kasih karunia dan anugerah kebenaran, akan hidup dan berkuasa oleh karena satu orang itu, yaitu Yesus Kristus. [18] Sebab itu, sama seperti oleh satu pelanggaran semua orang beroleh penghukuman, demikian pula oleh satu perbuatan kebenaran semua orang beroleh pembenaran untuk hidup. [19] Jadi sama seperti oleh ketidaktaatan satu orang semua orang telah menjadi orang berdosa, demikian pula oleh ketaatan satu orang semua orang menjadi orang benar. [20] Tetapi hukum Taurat ditambahkan, supaya pelanggaran menjadi semakin banyak; dan di mana dosa bertambah banyak, di sana kasih karunia menjadi berlimpah-limpah, [21] supaya, sama seperti dosa berkuasa dalam alam maut, demikian kasih karunia akan berkuasa oleh kebenaran untuk hidup yang kekal, oleh Yesus Kristus, Tuhan kita. (RSV)

 

Justeru, Hukum diperkenalkan untuk menambahkan pelanggaran supaya pengertian mengenai pengawalaturan segala hal-ehwal menurut kasih Tuhan menjadi jelas bagi mereka yang mencari Tuhan. Bagaimanapun, Israel tidak taat. Dengan ketaatan seorang ramai orang akan dibenarkan, iaitu, dengan kasih karunia yang berkuasa melalui kebenaran untuk hidup kekal dalam Yesus yang diurapi (Rom. 5:20-21).

 

Tiada penghukuman bagi mereka yang ada dalam Yesus Kristus.

Roma 8:1 Demikianlah sekarang tidak ada penghukuman bagi mereka yang ada di dalam Kristus Yesus. (RSV)

 

Justeru Hukum itu digenapi dalam kita yang hidup menurut Roh.

Roma 8:4 supaya tuntutan hukum Taurat digenapi di dalam kita, yang tidak hidup menurut daging, tetapi menurut Roh. (RSV)

 

Roh memimpin akal budi sesuai dengan tujuannya.

Roma 8:5-6 Sebab mereka yang hidup menurut daging, memikirkan hal-hal yang dari daging; mereka yang hidup menurut Roh, memikirkan hal-hal yang dari Roh. [6] Karena keinginan daging adalah maut, tetapi keinginan Roh adalah hidup dan damai sejahtera. (RSV)

 

Keinginan daging berseteru terhadap Tuhan; ia tidak takluk kepada Hukum Tuhan dan sesungguhnya tidak mungkin takluk kepada Hukum.

Roma 8:7 Sebab keinginan daging adalah perseteruan terhadap Allah, karena ia tidak takluk kepada hukum Allah; hal ini memang tidak mungkin baginya. (RSV)

 

Justeru, pemikiran daging atau tidak berubah dikenali pasti oleh tentangannya kepada pemeliharaan Hukum-hukum Tuhan. Penjelasan bahawa kasih karunia telah menghapuskan Hukum adalah secara dasarnya berpunca daripada pemikiran tidak berubah. Seluruh penjelasan Kasih Karunia-Hukum itu mengenal pasti mereka yang taat kepada Tuhan dan mereka yang tidak taat kepada Tuhan. Dispensasinya bukan “jika” tetapi “bagaimana” Hukum itu dipelihara. Jangan sesiapa menghukum kamu mengenai makanan dan minuman, atau hari raya, Bulan Baru atau hari Sabat (Kol. 2:16-17). Semua itu ialah bayangan benda-benda yang akan datang namun hakikatnya miliki Kristus. Justeru Kristus memberi Hukum itu di bawah perintah Tuhan dan merupakan pengantara dan tujuan Hukum itu. Jadi, tiada yang lenyap daripada Hukum sehingga segalanya digenapi – iaitu, restorasi planet ini kepada Hukum dan dengan itu kepada Tuhan pada akhir Milenium. Itulah sebabnya kenapa Kristus memulihkan semua Hari Raya, Bulan Baru dan hari Sabat pada kedatangan kembalinya (Yes. 66:23; Zak. 14:16-19). Jika dia menuntut benda-benda ini dipelihara dalam Milenium, maka semua itu berkuasa atas umat pilihan untuk selamanya.

 

Roh Dia yang membangkitkan Kristus daripada mati, hidup dalam umat Kristian, memberi hidup melalui Roh yang diam dalam individu.

Roma 8:11 Dan jika Roh Dia, yang telah membangkitkan Yesus dari antara orang mati, diam di dalam kamu, maka Ia, yang telah membangkitkan Kristus Yesus dari antara orang mati, akan menghidupkan juga tubuhmu yang fana itu oleh Roh-Nya, yang diam di dalam kamu. (RSV)

 

Semua yang dipimpin oleh Roh Tuhan ialah anak-anak Tuhan (Rom. 8:14).

Roma 8:12-14 Jadi, saudara-saudara, kita adalah orang berhutang, tetapi bukan kepada daging, supaya hidup menurut daging. [13] Sebab, jika kamu hidup menurut daging, kamu akan mati; tetapi jika oleh Roh kamu mematikan perbuatan-perbuatan tubuhmu, kamu akan hidup. [14] Semua orang, yang dipimpin Roh Allah, adalah anak Allah. (RSV)

 

Ini adalah melalui kasih karunia Tuhan. Hukum disampaikan melalui Musa; kasih karunia dan kebenaran datang melalui Yesus Kristus.

Yohanes 1:17 sebab hukum Taurat diberikan oleh Musa, tetapi kasih karunia dan kebenaran datang oleh Yesus Kristus. (RSV)

 

Demikianlah kita berseru Abba atau Bapa, menghasilkan keanakan sama (Rom. 8:15) sebagaimana diberikan kepada saudara kita Yesus Kristus.

Roma 8:15-16 Sebab kamu tidak menerima roh perbudakan yang membuat kamu menjadi takut lagi, tetapi kamu telah menerima Roh yang menjadikan kamu anak Allah. Oleh Roh itu kita berseru: "ya Abba, ya Bapa!" [16] Roh itu bersaksi bersama-sama dengan roh kita, bahwa kita adalah anak-anak Allah. (RSV)

 

Hukum itu sendirinya tidak memberikan pembenaran. Seseorang dibenarkan melalui iman dalam Yesus Kristus.

Galatia 2:16 Kamu tahu, bahwa tidak seorangpun yang dibenarkan oleh karena [melakukan hukum Taurat] (Perlakuan Hukum), tetapi hanya oleh karena iman dalam Kristus Yesus. Sebab itu kamipun telah percaya kepada Kristus Yesus, supaya kami dibenarkan oleh karena iman dalam Kristus dan bukan oleh karena melakukan hukum Taurat. Sebab: "tidak ada seorangpun yang dibenarkan" oleh karena melakukan hukum Taurat. (RSV)

 

Perlakuan atau Pekerjaan Hukum ini ialah satu lagi teks yang dijelaskan dalam naskah di bawah.

 

Kehidupan yang dijalani umat pilihan adalah dengan iman dalam Anak Tuhan.

Galatia 2:20-21 namun aku hidup, tetapi bukan lagi aku sendiri yang hidup, melainkan Kristus yang hidup di dalam aku. Dan hidupku yang kuhidupi sekarang di dalam daging, adalah hidup oleh iman dalam Anak Allah yang telah mengasihi aku dan menyerahkan diri-Nya untuk aku. [21] Aku tidak menolak kasih karunia Allah. Sebab sekiranya ada kebenaran oleh hukum Taurat, maka sia-sialah kematian Kristus. (RSV)

(lihat juga naskah Teks Pekerjaan Hukum – atau MMT (No. 104) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p104.html.)

 

Melalui Hukum, kita mati untuk Hukum supaya kita boleh hidup untuk Tuhan.

Galatia 2:19 Sebab aku telah mati oleh hukum Taurat untuk hukum Taurat, supaya aku hidup untuk Allah. (RSV)

 

Bagaimanapun, kita tidak meniadakan kasih karunia Tuhan dengan memelihara Hukum itu, sebab kita bukannya dibenarkan oleh Hukum (Gal. 2:21). Kita memelihara Hukum sebab Roh memimpin kita, dan Hukum terbit daripada kodrat Tuhan yang kita kenakan pada diri dan ambil bahagian dalamnya (2 Pet. 1:4), seperti Kristus.

2 Petrus 1:4 Dengan jalan itu Ia telah menganugerahkan kepada kita janji-janji yang berharga dan yang sangat besar, supaya olehnya kamu boleh mengambil bagian dalam kodrat ilahi, dan luput dari hawa nafsu duniawi yang membinasakan dunia. (RSV)

 

Kita diselamatkan bukan oleh Hukum tetapi oleh kasih karunia Yesus Kristus.

Kisah 15:11 Sebaliknya, kita percaya, bahwa oleh kasih karunia Tuhan Yesus Kristus kita akan beroleh keselamatan sama seperti mereka juga." (RSV)

 

Dosa tidak mempunyai kuasa atas umat pilihan kerana mereka tidak berada di bawah Hukum tetapi di bawah kasih karunia dan merupakan hamba-hamba kepada Tuhan.

Roma 6:14-15 Sebab kamu tidak akan dikuasai lagi oleh dosa, karena kamu tidak berada di bawah hukum Taurat, tetapi di bawah kasih karunia. [15] Jadi bagaimana? Apakah kita akan berbuat dosa, karena kita tidak berada di bawah hukum Taurat, tetapi di bawah kasih karunia? Sekali-kali tidak! (RSV)

 

Bagaimanapun, kita tidak berdosa dengan melanggar Hukum kerana kita ialah hamba Tuhan dan hamba kebenaran dan bukan hamba dosa, taat dengan segenap hati kepada pengajaran yang diteruskan kepada kita.

Roma 6:17-18 Tetapi syukurlah kepada Allah! Dahulu memang kamu hamba dosa, tetapi sekarang kamu dengan segenap hati telah mentaati pengajaran yang telah diteruskan kepadamu. [18] Kamu telah dimerdekakan dari dosa dan menjadi hamba kebenaran. (RSV)

 

Sedangkan sebelumnya kita mati oleh kesalahan-kesalahan kita, sekarang kita hidup bersama-sama dengan Kristus oleh kasih karunia.

Efesus 2:5 telah menghidupkan kita bersama-sama dengan Kristus, sekalipun kita telah mati oleh kesalahan-kesalahan kita--oleh kasih karunia kamu diselamatkan—(RSV)

 

Kita telah dibangkitkan dan diberikan tempat bersama-sama dengan Kristus di syurga supaya Tuhan boleh menunjukkan, pada masa akan datang, betapa kaya dan luasnya kasih karunia dan kebaikanNya kepada kita melalui Kristus Yesus.

Efesus 2:6-7 dan di dalam Kristus Yesus Ia telah membangkitkan kita juga dan memberikan tempat bersama-sama dengan Dia di sorga, [7] supaya pada masa yang akan datang Ia menunjukkan kepada kita kekayaan kasih karunia-Nya yang melimpah-limpah sesuai dengan kebaikan-Nya terhadap kita dalam Kristus Yesus. (RSV)

 

Sebab dengan kasih karunia kita telah diselamatkan melalui iman. Ini bukan hasil perbuatan individu; ini pemberian Tuhan dan bukan disebabkan perlakuan, supaya tiada orang yang bermegah diri.

Efesus 2:8-9 Sebab karena kasih karunia kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Allah, [9] itu bukan hasil pekerjaanmu: jangan ada orang yang memegahkan diri.

 

Dengan itu, kita memelihara Hukum melalui Roh Tuhan dengan kasih karunia.

 

Yakobus menyatakan bahawa ini hukum kemerdekaan yang sempurna. Dia berkata: “Tetapi barangsiapa meneliti hukum yang sempurna, yaitu hukum yang memerdekakan orang, dan ia bertekun di dalamnya, jadi bukan hanya mendengar untuk melupakannya, tetapi sungguh-sungguh melakukannya, ia akan berbahagia oleh perbuatannya.” (Yakobus 1:25). Sebab dosa ialah pelanggaran hukum (1 Yoh. 3:4).

 

Kenapakah “Hukum Kasih” kini digembar-gemborkan di AS dan dunia Barat secara umumnya dan Hukum Tuhan dituntut sebagai sudah dilenyapkan dan bahawa “hanya kasih saja engkau perlukan?” Adakah tuntutan ini baru?

 

Tidak, ini bukan baru. Ini tuntutan sama seperti yang dibuat oleh para Gnostik Antinomian dalam Abad Pertama dan Kedua. Mereka berpendapat bahawa hukum itu telah dilenyapkan oleh Kristus yang memberi kita hukum baru dan hukumnya ialah kasih. Para Gnostik Antinomian tidak bermoral dari segi seksual dan Jemaat-jemaat Tuhan sedar sepenuhnya tentang apa yang mereka lakukan.

 

Gelombang kejangakan sama dan pendapat-pendapat sama menyapu AS pada 1960an. Era Rock & Roll tidak cukup dan memerlukan Beatles untuk memulakan gelombang “All you need is Love” (Anda hanya perlu Kasih) dan memulakan kejangakan ini dan hasilnya ialah Woodstock dan generasi “Hippy” serta “Howlings of Amos” dalam struktur agama mereka. Antinomianisme moden berasal daripada struktur “kasih karunia bukan hukum” tidak bermoral yang sama seperti dengan para Gnostik; orang-orang jangak sama dengan cacahan/tatu sama dan kemerosotan seksual sama. Amerika dan Komanwel British menuju ke arah kemusnahan.

 

Orang Gnostik Antinomian terpaksa mencipta dewa Jaldabaoth untuk menjadi ilah yang memberi hukum kepada Israel di Sinai namun Alkitab memberitahu kita bahawa Kristus-lah yang memberi hukum kepada Israel di Sinai (1 Kor. 10:4).

 

Kenapa harus Kristus memberi kita hukum-hukum yang dia akan hapuskan sepenuhnya apabila dia datang? Ini tiada ertinya dalam logik dan menunjukkan pemikiran yang berubah-ubah. Penghapusan hukum korban sebaliknya sama sekali bermakna bagi sebuah Bait di padang gurun yang dibentuk daripada orang-orang.

 

Orang-orang Antinomian ini juga menyalahgunakan Ibrani bab 7 dan 8 dengan kutipan memilih dan memetik 7:18-22 dan 8:6-7 sambil mengabaikan ayat-ayat sebelum dan selepasnya.

 

Ibrani 7:18-22 Memang suatu hukum yang dikeluarkan dahulu dibatalkan, kalau hukum itu tidak mempunyai kekuatan dan karena itu tidak berguna, [19] --sebab hukum Taurat sama sekali tidak membawa kesempurnaan--tetapi sekarang ditimbulkan pengharapan yang lebih baik, yang mendekatkan kita kepada Allah. [20] Dan sama seperti hal ini tidak terjadi tanpa sumpah--memang mereka telah menjadi imam tanpa sumpah, [21] tetapi Ia dengan sumpah, diucapkan oleh Dia yang berfirman kepada-Nya: "Tuhan telah bersumpah dan Ia tidak akan menyesal: Engkau adalah Imam untuk selama-lamanya" – [22] demikian pula Yesus adalah jaminan dari suatu perjanjian yang lebih kuat.

 

Ibrani 8:6-7 Tetapi sekarang Ia telah mendapat suatu pelayanan yang jauh lebih agung, karena Ia menjadi Pengantara dari perjanjian yang lebih mulia, yang didasarkan atas janji yang lebih tinggi. [7] Sebab, sekiranya perjanjian yang pertama itu tidak bercacat, tidak akan dicari lagi tempat untuk yang kedua.

 

Bagaimanapun, kepada apakah teks lengkapnya maksudkan? Mari perhatikan Ibrani bab 7 sampai 10. Ini menjelaskan semuanya.

 

Ibrani 7

[1] Sebab Melkisedek adalah raja Salem dan imam Allah Yang Mahatinggi; ia pergi menyongsong Abraham ketika Abraham kembali dari mengalahkan raja-raja, dan memberkati dia. [2] Kepadanyapun Abraham memberikan sepersepuluh dari semuanya. Menurut arti namanya Melkisedek adalah pertama-tama raja kebenaran, dan juga raja Salem, yaitu raja damai sejahtera. [3] Ia tidak berbapa, tidak beribu, tidak bersilsilah, harinya tidak berawal dan hidupnya tidak berkesudahan, dan karena ia dijadikan sama dengan Anak Allah, ia tetap menjadi imam sampai selama-lamanya.

[Perhatikan bahawa dia dijadikan sama dengan Anak Tuhan. Dia BUKAN anak Tuhan dan sebab itu tidak mungkin Kristus. Dia ditetapkan untuk menjadi imam selama-lamanya. Sebab semua orang ditetapkan sekali untuk mati dia juga ditetapkan untuk menjadi imam mulai dari penetapannya. Namanya bermakna “RajaKU ialah kebenaran” dan dia ialah raja dan imam Salem.]

[4] Camkanlah betapa besarnya orang itu, yang kepadanya Abraham, bapa leluhur kita, memberikan sepersepuluh dari segala rampasan yang paling baik. [5] Dan mereka dari anak-anak Lewi, yang menerima jabatan imam, mendapat tugas, menurut hukum Taurat, untuk memungut persepuluhan dari umat Israel, yaitu dari saudara-saudara mereka, sekalipun mereka ini juga adalah keturunan Abraham. [6] Tetapi Melkisedek, yang bukan keturunan mereka, memungut persepuluhan dari Abraham dan memberkati dia, walaupun ia adalah pemilik janji. [7] Memang tidak dapat disangkal, bahwa yang lebih rendah diberkati oleh yang lebih tinggi. [8] Dan di sini manusia-manusia fana menerima persepuluhan, dan di sana Ia, yang tentang Dia diberi kesaksian, bahwa Ia hidup. [9] Maka dapatlah dikatakan, bahwa dengan perantaraan Abraham dipungut juga persepuluhan dari Lewi, yang berhak menerima persepuluhan, [10] sebab ia masih berada dalam tubuh bapa leluhurnya, ketika Melkisedek menyongsong bapa leluhurnya itu.

 

[Melkisedek berhak menerima persepuluhan daripada Lewi dan semua anak Abraham dan dengan itu Jemaat sebagai imam Melkisedek juga berhak atas persepuluhan itu (lihat naskah Pemberian Persepuluhan (No. 161)) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p161.html.)

Orang Antinomian juga menyerang persepuluhan. Bahagian seterusnya menjelaskan tujuan teks itu dan keimamatan Melkisedek serta hukum yang dimaksudkan teks itu dan ini bukanlah hukum moral mahupun seluruh hukum itu. Ini jelas hukum korban yang beroperasi di bawah sistem bait dan keimamatan Lewi. Perhatikan teks sebelum para Antinomian mengutipnya pada ayat 18dst.]

[11] Karena itu, andaikata oleh imamat Lewi telah tercapai kesempurnaan--sebab karena imamat itu umat Israel telah menerima Taurat--apakah sebabnya masih perlu seorang lain ditetapkan menjadi imam besar menurut peraturan Melkisedek dan yang tentang dia tidak dikatakan menurut peraturan Harun?

[Perhatikan bahawa fungsi hukum yang diperkatakan ialah perbezaan antara hukum Melkisedek dan hukum Lewi. Hakikatnya ialah Melkisedek merupakan imam di Yerusalem bagi semua bangsa dan tidak mempunyai silsilah atau tempoh pelayanan. Itulah keimamatan yang diperuntukkan oleh Nuh kepada Sem dan melaluinya keimamatan dunia diteruskan. Lihat naskah Melkisedek (No. 128) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p128.html. Tindakan ini adalah untuk menunjuk ke arah penerusan keimamatan itu kepada semua anak-anak Nuh di bawah Anak Tuhan sebagai keselamatan bangsa-bangsa dan pembangunan jemaat Tuhan sebagai keimamatan Melkisedek itu. Itulah sebabnya juga kenapa Kristus tidak mungkin Melkisedek daripada susunan kata teks itu.]

[12] Sebab, jikalau imamat berubah, dengan sendirinya akan berubah pula hukum Taurat itu. [13] Sebab Ia, yang dimaksudkan di sini, termasuk suku lain; dari suku ini tidak ada seorangpun yang pernah melayani di mezbah. [14] Sebab telah diketahui semua orang, bahwa Tuhan kita berasal dari suku Yehuda dan mengenai suku itu Musa tidak pernah mengatakan suatu apapun tentang imam-imam. [15] Dan hal itu jauh lebih nyata lagi, jikalau ditetapkan seorang imam lain menurut cara Melkisedek, [16] yang menjadi imam bukan berdasarkan peraturan-peraturan manusia, tetapi berdasarkan hidup yang tidak dapat binasa. [17] Sebab tentang Dia diberi kesaksian: "Engkau adalah Imam untuk selama-lamanya, menurut peraturan Melkisedek." [18] Memang suatu hukum yang dikeluarkan dahulu dibatalkan, kalau hukum itu tidak mempunyai kekuatan dan karena itu tidak berguna, [19] --sebab hukum Taurat sama sekali tidak membawa kesempurnaan--tetapi sekarang ditimbulkan pengharapan yang lebih baik, yang mendekatkan kita kepada Allah. [20] Dan sama seperti hal ini tidak terjadi tanpa sumpah--memang mereka telah menjadi imam tanpa sumpah, [21] tetapi Ia dengan sumpah, diucapkan oleh Dia yang berfirman kepada-Nya: "Tuhan telah bersumpah dan Ia tidak akan menyesal: Engkau adalah Imam untuk selama-lamanya" – [22] demikian pula Yesus adalah jaminan dari suatu perjanjian yang lebih kuat. [23] Dan dalam jumlah yang besar mereka telah menjadi imam, karena mereka dicegah oleh maut untuk tetap menjabat imam. [24] Tetapi, karena Ia tetap selama-lamanya, imamat-Nya tidak dapat beralih kepada orang lain. [25] Karena itu Ia sanggup juga menyelamatkan dengan sempurna semua orang yang oleh Dia datang kepada Allah. Sebab Ia hidup senantiasa untuk menjadi Pengantara mereka. [26] Sebab Imam Besar yang demikianlah yang kita perlukan: yaitu yang saleh, tanpa salah, tanpa noda, yang terpisah dari orang-orang berdosa dan lebih tinggi dari pada tingkat-tingkat sorga, [27] yang tidak seperti imam-imam besar lain, yang setiap hari harus mempersembahkan korban untuk dosanya sendiri dan sesudah itu barulah untuk dosa umatnya, sebab hal itu telah dilakukan-Nya satu kali untuk selama-lamanya, ketika Ia mempersembahkan diri-Nya sendiri sebagai korban. [28] Sebab hukum Taurat menetapkan orang-orang yang diliputi kelemahan menjadi Imam Besar, tetapi sumpah, yang diucapkan kemudian dari pada hukum Taurat, menetapkan Anak, yang telah menjadi sempurna sampai selama-lamanya.

[Justeru hukum Bait dan hukum korban merupakan sistem yang digantikan oleh Sumpah yang diucapkan dalam hukum Mazmur yang digenapi oleh Mesias. Penulis Ibrani seterusnya menjelaskan dalam bab 8-10 tujuan Tempat Kudus Baru dan korban sejati yang untuknya Imam Besar mempersembahkan darahnya sendiri untuk menggenapi hukum korban Keimamatan itu sekali untuk selamanya.]

 

Ibrani 8

[1] Inti segala yang kita bicarakan itu ialah: kita mempunyai Imam Besar yang demikian, yang duduk di sebelah kanan takhta Yang Mahabesar di sorga, [2] dan yang melayani ibadah di tempat kudus, yaitu di dalam kemah sejati, yang didirikan oleh Tuhan dan bukan oleh manusia. [3] Sebab setiap Imam Besar ditetapkan untuk mempersembahkan korban dan persembahan dan karena itu Yesus perlu mempunyai sesuatu untuk dipersembahkan. [4] Sekiranya Ia di bumi ini, Ia sama sekali tidak akan menjadi imam, karena di sini telah ada orang-orang yang mempersembahkan persembahan menurut hukum Taurat. [5] Pelayanan mereka adalah gambaran dan bayangan dari apa yang ada di sorga, sama seperti yang diberitahukan kepada Musa, ketika ia hendak mendirikan kemah: "Ingatlah," demikian firman-Nya, "bahwa engkau membuat semuanya itu menurut contoh yang telah ditunjukkan kepadamu di atas gunung itu." [6] Tetapi sekarang Ia telah mendapat suatu pelayanan yang jauh lebih agung, karena Ia menjadi Pengantara dari perjanjian yang lebih mulia, yang didasarkan atas janji yang lebih tinggi. [7] Sebab, sekiranya perjanjian yang pertama itu tidak bercacat, tidak akan dicari lagi tempat untuk yang kedua. [8] Sebab Ia menegor mereka ketika Ia berkata: "Sesungguhnya, akan datang waktunya," demikianlah firman Tuhan, "Aku akan mengadakan perjanjian baru dengan kaum Israel dan dengan kaum Yehuda, [9] bukan seperti perjanjian yang telah Kuadakan dengan nenek moyang mereka, pada waktu Aku memegang tangan mereka untuk membawa mereka keluar dari tanah Mesir. Sebab mereka tidak setia kepada perjanjian-Ku, dan Aku menolak mereka," demikian firman Tuhan. [10] "Maka inilah perjanjian yang Kuadakan dengan kaum Israel sesudah waktu itu," demikianlah firman Tuhan. "Aku akan menaruh hukum-Ku dalam akal budi mereka dan menuliskannya dalam hati mereka, maka Aku akan menjadi Allah mereka dan mereka akan menjadi umat-Ku. [11] Dan mereka tidak akan mengajar lagi sesama warganya, atau sesama saudaranya dengan mengatakan: Kenallah Tuhan! Sebab mereka semua, besar kecil, akan mengenal Aku. [12] Sebab Aku akan menaruh belas kasihan terhadap kesalahan mereka dan tidak lagi mengingat dosa-dosa mereka." [13] Oleh karena Ia berkata-kata tentang perjanjian yang baru, Ia menyatakan yang pertama sebagai perjanjian yang telah menjadi tua. Dan apa yang telah menjadi tua dan usang, telah dekat kepada kemusnahannya.

[Keimamatan Lewi ialah Perjanjian pertama dengan Israel dan bukan dengan anak-anak Nuh yang merupakan mazhab Melkisedek dan yang hilang dengan Sem. Sistem itu membabitkan satu perubahan dalam hukum dan mendirikan keimamatan itu dengan Khemah Suci dan hukum korban. Ini menunjuk ke arah Kristus dan Jemaat dan kemusnahan bait jasmani itu pada 70 CE. Justeru keimamatan Melkisedek sekali lagi mengambil alih, dan menjalani 40 yobel dalam Padang Gurun. Kristus ialah imam besarnya dan umat pilihan merupakan para imamnya.]

 

Ibrani 9

[1] Memang perjanjian yang pertama juga mempunyai peraturan-peraturan untuk ibadah dan untuk tempat kudus buatan tangan manusia. [2] Sebab ada dipersiapkan suatu kemah, yaitu bagian yang paling depan dan di situ terdapat kaki dian dan meja dengan roti sajian. Bagian ini disebut tempat yang kudus. [3] Di belakang tirai yang kedua terdapat suatu kemah lagi yang disebut tempat yang maha kudus. [4] Di situ terdapat mezbah pembakaran ukupan dari emas, dan tabut perjanjian, yang seluruhnya disalut dengan emas; di dalam tabut perjanjian itu tersimpan buli-buli emas berisi manna, tongkat Harun yang pernah bertunas dan loh-loh batu yang bertuliskan perjanjian, [5] dan di atasnya kedua kerub kemuliaan yang menaungi tutup pendamaian. Tetapi hal ini tidak dapat kita bicarakan sekarang secara terperinci. [6] Demikianlah caranya tempat yang kudus itu diatur. Maka imam-imam senantiasa masuk ke dalam kemah yang paling depan itu untuk melakukan ibadah mereka, [7] tetapi ke dalam kemah yang kedua hanya Imam Besar saja yang masuk sekali setahun, dan harus dengan darah yang ia persembahkan karena dirinya sendiri dan karena pelanggaran-pelanggaran, yang dibuat oleh umatnya dengan tidak sadar. [8] Dengan ini Roh Kudus menyatakan, bahwa jalan ke tempat yang kudus itu belum terbuka, selama kemah yang pertama itu masih ada. [9] Itu adalah kiasan masa sekarang. Sesuai dengan itu dipersembahkan korban dan persembahan yang tidak dapat menyempurnakan mereka yang mempersembahkannya menurut hati nurani mereka, [10] karena semuanya itu, di samping makanan minuman dan pelbagai macam pembasuhan, hanyalah peraturan-peraturan untuk hidup insani, yang hanya berlaku sampai tibanya waktu pembaharuan. [11] Tetapi Kristus telah datang sebagai Imam Besar untuk hal-hal yang baik yang akan datang: Ia telah melintasi kemah yang lebih besar dan yang lebih sempurna, yang bukan dibuat oleh tangan manusia, --artinya yang tidak termasuk ciptaan ini, -- [12] dan Ia telah masuk satu kali untuk selama-lamanya ke dalam tempat yang kudus bukan dengan membawa darah domba jantan dan darah anak lembu, tetapi dengan membawa darah-Nya sendiri. Dan dengan itu Ia telah mendapat kelepasan yang kekal. [13] Sebab, jika darah domba jantan dan darah lembu jantan dan percikan abu lembu muda menguduskan mereka yang najis, sehingga mereka disucikan secara lahiriah, [14] betapa lebihnya darah Kristus, yang oleh Roh yang kekal telah mempersembahkan diri-Nya sendiri kepada Allah sebagai persembahan yang tak bercacat, akan menyucikan hati nurani kita dari perbuatan-perbuatan yang sia-sia, supaya kita dapat beribadah kepada Allah yang hidup.

 

[Justeru hukum-hukum korban digenapi dan tidak lagi menyucikan daging daripada perbuatan sia-sia dan dosa yang menyusulinya di bawah pelanggaran hukum. Dengan itu Kristus ialah pengantara bagi pengertian baru dengan Tuhan yang membolehkan umat pilihan menjadi Tubuh baru di bawah Kristus dan menerima Roh Kudus dan dengan itu menjadi elohim serta Roh-roh Kekal dengan Kristus (Zak. 12:8).]

 

[15] Karena itu Ia adalah Pengantara dari suatu perjanjian yang baru, supaya mereka yang telah terpanggil dapat menerima bagian kekal yang dijanjikan, sebab Ia telah mati untuk menebus pelanggaran-pelanggara yang telah dilakukan selama perjanjian yang pertama. [16] Sebab di mana ada wasiat, di situ harus diberitahukan tentang kematian pembuat wasiat itu. [17] Karena suatu wasiat barulah sah, kalau pembuat wasiat itu telah mati, sebab ia tidak berlaku, selama pembuat wasiat itu masih hidup. [18] Itulah sebabnya, maka perjanjian yang pertama tidak disahkan tanpa darah. [19] Sebab sesudah Musa memberitahukan semua perintah hukum Taurat kepada seluruh umat, ia mengambil darah anak lembu dan darah domba jantan serta air, dan bulu merah dan hisop, lalu memerciki kitab itu sendiri dan seluruh umat, [20] sambil berkata: "Inilah darah perjanjian yang ditetapkan Allah bagi kamu." [21] Dan juga kemah dan semua alat untuk ibadah dipercikinya secara demikian dengan darah. [22] Dan hampir segala sesuatu disucikan menurut hukum Taurat dengan darah, dan tanpa penumpahan darah tidak ada pengampunan. [23] Jadi segala sesuatu yang melambangkan apa yang ada di sorga haruslah ditahirkan secara demikian, tetapi benda-benda sorgawi sendiri oleh persembahan-persembahan yang lebih baik dari pada itu. [24] Sebab Kristus bukan masuk ke dalam tempat kudus buatan tangan manusia yang hanya merupakan gambaran saja dari yang sebenarnya, tetapi ke dalam sorga sendiri untuk menghadap hadirat Allah guna kepentingan kita. [25] Dan Ia bukan masuk untuk berulang-ulang mempersembahkan diri-Nya sendiri, sebagaimana Imam Besar setiap tahun masuk ke dalam tempat kudus dengan darah yang bukan darahnya sendiri. [26] Sebab jika demikian Ia harus berulang-ulang menderita sejak dunia ini dijadikan. Tetapi sekarang Ia hanya satu kali saja menyatakan diri-Nya, pada zaman akhir untuk menghapuskan dosa oleh korban-Nya. [27] Dan sama seperti manusia ditetapkan untuk mati hanya satu kali saja, dan sesudah itu dihakimi, [28] demikian pula Kristus hanya satu kali saja mengorbankan diri-Nya untuk menanggung dosa banyak orang. Sesudah itu Ia akan menyatakan diri-Nya sekali lagi tanpa menanggung dosa untuk menganugerahkan keselamatan kepada mereka, yang menantikan Dia.

 

[Justeru Kristus mula-mula datang untuk menanggung dosa banyak orang dan untuk menyerahkan hidupnya sendiri supaya dengan darahnya semua orang dapat diselamatkan. Waktu berikutnya dia akan datang untuk menyelamatkan umat pilihan yang tidak sabar menantinya. Dia kemudian akan memerintah bumi selama 1100 tahun dan dunia akan memelihara hukum-hukum Tuhan dalam hari-hari Sabat, Bulan Baru dan Hari-hari Raya dan dalam lingkungan struktur alkitabiah yang Tuhan telah nubuatkan melalui para nabi. Teks-teks ini seperti Yesaya 66:23, Zakharia 14:16-19, Yehezkiel 45 dan teks lain yang menubuatkan hukum-hukum serta struktur Bait Milenium harus disangkal oleh para Gnostik Antinomian ini kerana ayat-ayat itu jelas menunjukkan bahawa orang-orang ini akan dipertanggungjawabkan dan sistem agama mereka akan dibasmi apabila Kristus datang sekali lagi untuk menyelamatkan umat pilihan. Ayat berikutnya saja mulai bab 10 menunjukkan bahawa Ibrani jelas berbicara tentang hukum korban sekali lagi.]

 

Ibrani 10

[1] Di dalam hukum Taurat hanya terdapat bayangan saja dari keselamatan yang akan datang, dan bukan hakekat dari keselamatan itu sendiri. Karena itu dengan korban yang sama, yang setiap tahun terus-menerus dipersembahkan, hukum Taurat tidak mungkin menyempurnakan mereka yang datang mengambil bagian di dalamnya. [2] Sebab jika hal itu mungkin, pasti orang tidak mempersembahkan korban lagi, sebab mereka yang melakukan ibadah itu tidak sadar lagi akan dosa setelah disucikan sekali untuk selama-lamanya. [3] Tetapi justru oleh korban-korban itu setiap tahun orang diperingatkan akan adanya dosa. [4] Sebab tidak mungkin darah lembu jantan atau darah domba jantan menghapuskan dosa. [5] Karena itu ketika Ia masuk ke dunia, Ia berkata: "Korban dan persembahan tidak Engkau kehendaki--tetapi Engkau telah menyediakan tubuh bagiku--. [6] Kepada korban bakaran dan korban penghapus dosa Engkau tidak berkenan.

[Kristus kemudian menghapuskan hukum korban menurut kehendak Tuhan untuk mendirikan Perjanjian kasih karunia dan Hukum Moral yang dipahatkan pada hati-hati umat pilihan yang dibaptiskan ke dalam Tubuh Kristus dalam Roh Kudus dan yang mengikuti Perintah-perintah Tuhan dan Kesaksian atau Iman Yesus Kristus. Mereka hanya ada satu korban darah iaitu Perjamuan Tuhan yang Kristus tetapkan dalam roti dan anggur supaya kita boleh disucikan dari tahun ke tahun sesuai dengan sistem Paskah yang dia telah khususkan di Sinai (Ulangan 16:5-8).]

[7] Lalu Aku berkata: Sungguh, Aku datang; dalam gulungan kitab ada tertulis tentang Aku untuk melakukan kehendak-Mu, ya Allah-Ku." [8] Di atas Ia berkata: "Korban dan persembahan, korban bakaran dan korban penghapus dosa tidak Engkau kehendaki dan Engkau tidak berkenan kepadanya" --meskipun dipersembahkan menurut hukum Taurat--. [9] Dan kemudian kata-Nya: "Sungguh, Aku datang untuk melakukan kehendak-Mu." Yang pertama Ia hapuskan, supaya menegakkan yang kedua. [10] Dan karena kehendak-Nya inilah kita telah dikuduskan satu kali untuk selama-lamanya oleh persembahan tubuh Yesus Kristus. [11] Selanjutnya setiap imam melakukan tiap-tiap hari pelayanannya dan berulang-ulang mempersembahkan korban yang sama, yang sama sekali tidak dapat menghapuskan dosa. [12] Tetapi Ia, setelah mempersembahkan hanya satu korban saja karena dosa, Ia duduk untuk selama-lamanya di sebelah kanan Allah, [13] dan sekarang Ia hanya menantikan saatnya, di mana musuh-musuh-Nya akan dijadikan tumpuan kaki-Nya. [14 ]Sebab oleh satu korban saja Ia telah menyempurnakan untuk selama-lamanya mereka yang Ia kuduskan. [15] Dan tentang hal itu Roh Kudus juga memberi kesaksian kepada kita, [16] sebab setelah Ia berfirman: "Inilah perjanjian yang akan Kuadakan dengan mereka sesudah waktu itu," Ia berfirman pula: "Aku akan menaruh hukum-Ku di dalam hati mereka dan menuliskannya dalam akal budi mereka, [17] dan Aku tidak lagi mengingat dosa-dosa dan kesalahan mereka." [18] Jadi apabila untuk semuanya itu ada pengampunan, tidak perlu lagi dipersembahkan korban karena dosa. [19] Jadi, saudara-saudara, oleh darah Yesus kita sekarang penuh keberanian dapat masuk ke dalam tempat kudus, [20] karena Ia telah membuka jalan yang baru dan yang hidup bagi kita melalui tabir, yaitu diri-Nya sendiri, [21] dan kita mempunyai seorang Imam Besar sebagai kepala Rumah Allah. [22] Karena itu marilah kita menghadap Allah dengan hati yang tulus ikhlas dan keyakinan iman yang teguh, oleh karena hati kita telah dibersihkan dari hati nurani yang jahat dan tubuh kita telah dibasuh dengan air yang murni. [23] Marilah kita teguh berpegang pada pengakuan tentang pengharapan kita, sebab Ia, yang menjanjikannya, setia. [24] Dan marilah kita saling memperhatikan supaya kita saling mendorong dalam kasih dan dalam pekerjaan baik. [25] Janganlah kita menjauhkan diri dari pertemuan-pertemuan ibadah kita, seperti dibiasakan oleh beberapa orang, tetapi marilah kita saling menasihati, dan semakin giat melakukannya menjelang hari Tuhan yang mendekat.

[Baris seterusnya ialah perkara utama perintah-perintah itu dan tuntutan untuk kita bertemu bersama. Para Antinomian juga mengabaikan syarat-syarat hari-hari pertemuan khusus ini di bawah hukum dan perbuatan mereka yang meniadakan Hukum ini memperkenalkan dosa sekali lagi, yang secara definisinya ialah pelanggaran hukum (1 Yoh. 3:4) dan menyalibkan Kristus berulang kali dan menyingkirkan korban untuk dosa dan mendatangkan kepada kita kemungkinan Pengadilan yang menakutkan dan meletakkan kita dalam Kebangkitan Kedua dan takluk kepada Kematian Kedua. Betapa teruk lagi nanti hukuman terhadap seseorang yang melanggar hukum-hukum Tuhan di bawah Darah Kristus sedangkan di bawah hukum-hukum Musa di bawah Bait jasmani seseorang boleh mati dengan kata dua atau tiga orang saksi?]

 

[26] Sebab jika kita sengaja berbuat dosa, sesudah memperoleh pengetahuan tentang kebenaran, maka tidak ada lagi korban untuk menghapus dosa itu. [27] Tetapi yang ada ialah kematian yang mengerikan akan penghakiman dan api yang dahsyat yang akan menghanguskan semua orang durhaka. [28 ]Jika ada orang yang menolak hukum Musa, ia dihukum mati tanpa belas kasihan atas keterangan dua atau tiga orang saksi. [29] Betapa lebih beratnya hukuman yang harus dijatuhkan atas dia, yang menginjak-injak Anak Allah, yang menganggap najis darah perjanjian yang menguduskannya, dan yang menghina Roh kasih karunia? [30] Sebab kita mengenal Dia yang berkata: "Pembalasan adalah hak-Ku. Akulah yang akan menuntut pembalasan." Dan lagi: "Tuhan akan menghakimi umat-Nya." [31] Ngeri benar, kalau jatuh ke dalam tangan Allah yang hidup. [32] Ingatlah akan masa yang lalu. Sesudah kamu menerima terang, kamu banyak menderita oleh karena kamu bertahan dalam perjuangan yang berat, [33] baik waktu kamu dijadikan tontonan oleh cercaan dan penderitaan, maupun waktu kamu mengambil bagian dalam penderitaan mereka yang diperlakukan sedemikian. [34] Memang kamu telah turut mengambil bagian dalam penderitaan orang-orang hukuman dan ketika harta kamu dirampas, kamu menerima hal itu dengan sukacita, sebab kamu tahu, bahwa kamu memiliki harta yang lebih baik dan yang lebih menetap sifatnya. [35] Sebab itu janganlah kamu melepaskan kepercayaanmu, karena besar upah yang menantinya. [36] Sebab kamu memerlukan ketekunan, supaya sesudah kamu melakukan kehendak Allah, kamu memperoleh apa yang dijanjikan itu. [37] "Sebab sedikit, bahkan sangat sedikit waktu lagi, dan Ia yang akan datang, sudah akan ada, tanpa menangguhkan kedatangan-Nya. [38] Tetapi orang-Ku yang benar akan hidup oleh iman, dan apabila ia mengundurkan diri, maka Aku tidak berkenan kepadanya." [39] Tetapi kita bukanlah orang-orang yang mengundurkan diri dan binasa, tetapi orang-orang yang percaya dan yang beroleh hidup. (penekanan ditambah)

[Jadi jelas daripada teks-teks ini dalam Ibrani bahawa Hukum-hukum Tuhan tidak dibatalkan tetapi sebaliknya hukum korban itu digantikan dengan satu sistem lebih besar di bawah kasih karunia namun membawakan hukuman lebih besar bagi mereka yang tidak mengikuti Hukum-hukum Moral Tuhan sebagaimana disampaikan kepada kita melalui Kristus di Sinai dan juga melalui jemaat.]

 

Kewajiban di bawah Hukum

Ada kewajiban berterusan untuk memelihara Hukum, yang tidak lenyap mahupun diubah, seperti yang sudah kita lihat (Mat. 5:18; Lk. 16:17). Ini tidak dipelihara dengan betul oleh orang Yahudi pada zaman Kristus (Yoh. 7:19), dan diubah oleh tradisi (Mat. 15:2-3,6; Mk. 7:3,5,8-9,13).

Matius 15:2-6 "Mengapa murid-murid-Mu melanggar adat istiadat nenek moyang kita? Mereka tidak membasuh tangan sebelum makan." 3 Tetapi jawab Yesus kepada mereka: "Mengapa kamupun melanggar perintah Allah demi adat istiadat nenek moyangmu? 4 Sebab Allah berfirman: Hormatilah ayahmu dan ibumu; dan lagi: Siapa yang mengutuki ayahnya atau ibunya pasti dihukum mati. 5 Tetapi kamu berkata: Barangsiapa berkata kepada bapanya atau kepada ibunya: Apa yang ada padaku yang dapat digunakan untuk pemeliharaanmu, sudah digunakan untuk persembahan kepada Allah, 6 orang itu tidak wajib lagi menghormati bapanya atau ibunya. Dengan demikian firman Allah kamu nyatakan tidak berlaku demi adat istiadatmu sendiri. (RSV)

 

Markus 7:3-13 Sebab orang-orang Farisi seperti orang-orang Yahudi lainnya tidak makan kalau tidak melakukan pembasuhan tangan lebih dulu, karena mereka berpegang pada adat istiadat nenek moyang mereka; 4 dan kalau pulang dari pasar mereka juga tidak makan kalau tidak lebih dahulu membersihkan dirinya. Banyak warisan lain lagi yang mereka pegang, umpamanya hal mencuci cawan, kendi dan perkakas-perkakas tembaga. 5 Karena itu orang-orang Farisi dan ahli-ahli Taurat itu bertanya kepada-Nya: "Mengapa murid-murid-Mu tidak hidup menurut adat istiadat nenek moyang kita, tetapi makan dengan tangan najis?" 6 Jawab-Nya kepada mereka: "Benarlah nubuat Yesaya tentang kamu, hai orang-orang munafik! Sebab ada tertulis: Bangsa ini memuliakan Aku dengan bibirnya, padahal hatinya jauh dari pada-Ku. 7 Percuma mereka beribadah kepada-Ku, sedangkan ajaran yang mereka ajarkan ialah perintah manusia. 8 Perintah Allah kamu abaikan untuk berpegang pada adat istiadat manusia." 9 Yesus berkata pula kepada mereka: "Sungguh pandai kamu mengesampingkan perintah Allah, supaya kamu dapat memelihara adat istiadatmu sendiri. 10 Karena Musa telah berkata: Hormatilah ayahmu dan ibumu! dan: Siapa yang mengutuki ayahnya atau ibunya harus mati. 11 Tetapi kamu berkata: Kalau seorang berkata kepada bapanya atau ibunya: Apa yang ada padaku, yang dapat digunakan untuk pemeliharaanmu, sudah digunakan untuk korban--yaitu persembahan kepada Allah--, 12 maka kamu tidak membiarkannya lagi berbuat sesuatupun untuk bapanya atau ibunya. 13 Dengan demikian firman Allah kamu nyatakan tidak berlaku demi adat istiadat yang kamu ikuti itu. Dan banyak hal lain seperti itu yang kamu lakukan." (RSV)

 

Hukum telah diubah menjadi satu beban atau kuk oleh para guru Yahudi zaman itu, dan mencobai Tuhan (lihat naskah Teks Pekerjaan Hukum – atau MMT (No. 104) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p104.html). Para Gnostik Antinomian meneruskan serangan ke atas hukum yang datang dengan orang Farisi Gnostik dan Tradisi-tradisi Lisan.

 

Kisah 15:10 Kalau demikian, mengapa kamu mau mencobai Allah dengan meletakkan pada tengkuk murid-murid itu suatu kuk, yang tidak dapat dipikul, baik oleh nenek moyang kita maupun oleh kita sendiri?

 

Kasih Tuhan dan Kewajiban-kewajiban di bawah hukum

Bagaimanakah Tuhan mendefinisikan kasihNya? Jawapnya mudah. 1 Yohanes 5:2-4 mengatakan:

[2] Inilah tandanya, bahwa kita mengasihi anak-anak Allah, yaitu apabila kita mengasihi Allah serta melakukan perintah-perintah-Nya. [3] Sebab inilah kasih kepada Allah, yaitu, bahwa kita menuruti perintah-perintah-Nya. Perintah-perintah-Nya itu tidak berat, [4] sebab semua yang lahir dari Allah, mengalahkan dunia. Dan inilah kemenangan yang mengalahkan dunia: iman kita. (RSV)

[Orang Antinomian berbicara tentang kasih tetapi gagal menunjukkan dengan tepat apa yang Tuhan nyatakan merupakan bukti tuntutan mereka itu.]

 

1 Yohanes 2:3-11 Dan inilah tandanya, bahwa kita mengenal Allah, yaitu jikalau kita menuruti perintah-perintah-Nya. [4] Barangsiapa berkata: Aku mengenal Dia, tetapi ia tidak menuruti perintah-Nya, ia adalah seorang pendusta dan di dalamnya tidak ada kebenaran. [5] Tetapi barangsiapa menuruti firman-Nya, di dalam orang itu sungguh sudah sempurna kasih Allah; dengan itulah kita ketahui, bahwa kita ada di dalam Dia. [6] Barangsiapa mengatakan, bahwa ia ada di dalam Dia, ia wajib hidup sama seperti Kristus telah hidup. [7] Saudara-saudara yang kekasih, bukan perintah baru yang kutuliskan kepada kamu, melainkan perintah lama yang telah ada padamu dari mulanya. Perintah lama itu ialah firman yang telah kamu dengar. [8] Namun perintah baru juga yang kutuliskan kepada kamu, telah ternyata benar di dalam Dia dan di dalam kamu; sebab kegelapan sedang lenyap dan terang yang benar telah bercahaya. [melalui kehidupan penjelmaan Kristus yang memuliakan Hukum dalam maksud rohaninya –Mat.5,6,7- dan meninggalkan teladan untuk kita agar kita mengikuti jejaknya- 1Pet.2:20-21]. [9] Barangsiapa berkata, bahwa ia berada di dalam terang, tetapi ia membenci saudaranya, ia berada di dalam kegelapan sampai sekarang. [10] Barangsiapa mengasihi saudaranya, ia tetap berada di dalam terang, dan di dalam dia tidak ada penyesatan. [11] Tetapi barangsiapa membenci saudaranya, ia berada di dalam kegelapan dan hidup di dalam kegelapan. Ia tidak tahu ke mana ia pergi, karena kegelapan itu telah membutakan matanya. (RSV)

 

Tidak kira betapa keras kamu mencuba, kamu tidak boleh memisahkan kasih Tuhan daripada HukumNya, sebab Tuhan memperlihatkan kasihNya melalui HukumNya yang dicontohi oleh kehidupan penjelmaan anakNya supaya kita mengikut jejak Yesus Kristus yang memelihara Hukum BapaNya.

1 Yohanes 4:7 Saudara-saudaraku yang kekasih, marilah kita saling mengasihi, sebab kasih itu berasal dari Allah; dan setiap orang yang mengasihi, lahir dari Allah dan mengenal Allah.

 

Setiap orang yang memelihara Perintah-perintah Tuhan menunjukkan dengannya bahawa dia mengasihi Tuhan.

Roma 13:10 Kasih tidak berbuat jahat terhadap sesama manusia, karena itu kasih adalah kegenapan hukum Taurat.

 

Kenapa Umat Kristian mentaati Hukum

Umat Kristian diselamatkan oleh kasih karunia dan bukan Hukum. Jadi kenapa jelas sekali bahawa mereka memperakui dan memelihara Hukum? Ini sebab Hukum Tuhan terbit daripada kebaikan kekal KodratNya. Hukum Tuhan terbit daripada kodrat Tuhan dan, dengan itu, tegak selamanya, sebab Tuhan sendiri tidak berubah dan secara dasarnya baik sebagai pusat kebaikan penghabisan. Dalam Markus 10:18, Kristus berkata: Mengapa kaukatakan Aku baik? Tak seorangpun yang baik selain dari pada Allah saja”, atau “Apakah sebabnya engkau bertanya kepada-Ku tentang apa yang baik? Hanya Satu yang baik. Tetapi jikalau engkau ingin masuk ke dalam hidup, turutilah segala perintah Allah." (lihat Mat. 19:17). Kebaikan Tuhan memimpin setiap kita ke arah pertaubatan.

 

Roma 2:4 Maukah engkau menganggap sepi kekayaan kemurahan-Nya, kesabaran-Nya dan kelapangan hati-Nya? Tidakkah engkau tahu, bahwa maksud kemurahan Allah ialah menuntun engkau kepada pertobatan? (RSV)

 

Kodrat Tuhan merupakan kebaikan yang tidak berubah. Angkatan syurgawi mengambil bahagian dalam kodratNya ini. Justeru mereka menjadi tetap dalam kodrat dan kebaikan ilahi. Dengan cara ini, Kristus tetap sama kelmarin, hari ini dan sampai selamanya (aioonas).

Ibrani 13:8 Yesus Kristus tetap sama, baik kemarin maupun hari ini dan sampai selama-lamanya. (RSV)

 

Umat pilihan, dengan mengambil bahagian dalam kodrat ilahi (2Pet. 1:4), menjadi sebahagian daripada keimamatan ilahi Melkisedek, yang tidak boleh dialihkan (aparabaton) atau tidak berubah sampai selamanya (aioona).

 

Ibrani 7:24 Tetapi, karena Ia tetap selama-lamanya, imamat-Nya tidak dapat beralih kepada orang lain. (RSV)

 

Dengan cara ini juga, umat pilihan berterusan dalam keimamatan ini selamanya, ditebus sebagai para raja dan imam; dan mereka akan memerintah atas Bumi (epi) (Wahyu 4). Ini ialah nubuatan milenium.

 

Kristus dapat menyelamatkan secara keseluruhannya mereka yang menghampiri Tuhan melaluinya (lihat Ibr. 7:25, Marshall’s Greek-English Interlinear). Bagaimanapun, Kristus bukanlah tumpuan ibadah, juga bukan Tuhan yang memerintah menurut kehendak.

Ibrani 7:25 Karena itu Ia sanggup juga menyelamatkan dengan sempurna semua orang yang oleh Dia datang kepada Allah. Sebab Ia hidup senantiasa untuk menjadi Pengantara mereka. (RSV)

 

Hukum Tuhan harus dikejar dengan iman dan bukan pekerjaan.

Roma 9:32 Mengapa tidak? Karena Israel mengejarnya bukan karena iman, tetapi karena perbuatan. Mereka tersandung pada batu sandungan, (RSV)

 

Kita mempunyai satu Perjanjian Baru yang mana Tuhan menetapkan Hukum-hukumNya dalam fikiran kita dan menulisnya pada hati kita. Dia ialah Tuhan kita dan kita ialah hamba-hambaNya, menyembah Dia, dengan memelihara Hukum-hukumNya dalam sifat diri kita itu juga (Ibr. 8:10-13).

 

Justeru tanda-tanda luaran tidak bermakna apa-apa. Mentaati Perintah-perintah Tuhan dalam diri kita itulah yang menyunatkan kita (1 Kor. 7:19) sebagai umat Kristian dan anggota Israel rohani.

1 Korintus 7:19 Sebab bersunat atau tidak bersunat tidak penting. Yang penting ialah mentaati hukum-hukum Allah. (RSV)

 

Mereka yang mentaati Perintah-perintah Tuhan menimbulkan kemarahan naga itu dan dikenal pasti dalam penganiayaan-penganiayaan.

Wahyu 12:17 Maka marahlah naga itu kepada perempuan itu, lalu pergi memerangi keturunannya yang lain, yang menuruti hukum-hukum Allah dan memiliki kesaksian Yesus. (RSV)

 

Mereka ialah orang kudus yang memelihara Perintah-perintah Tuhan dan bertekun.

Wahyu 14:12 Yang penting di sini ialah ketekunan orang-orang kudus, yang menuruti perintah Allah dan iman kepada Yesus. (RSV)

 

Orang kudus memelihara Perintah-perintah Tuhan dan Iman Yesus. Tuntutan ketekunan itu berpunca daripada usaha berterusan untuk merosakkan maksud dan kekuatan Perintah-perintah Tuhan melalui teologi yang cuba memukul kedaulatan Allah Maha Esa (Yoh. 17:3; 1 Yoh. 5:20) dan keutuhan Perintah-perintahNya. Hari Sabat hanya satu daripada Perintah-perintah itu yang diserang sebagai yang dihapuskan oleh penjelasan Kasih Karunia-Hukum. Bukan logik dan salah gambar Kitab Suci yang paling luar biasa dimajukan oleh orang-orang yang mengaku Kristian yang, dengan pertimbangan mereka, menunjukkan permusuhan terhadap Perintah-perintah Tuhan. Dengan itu mereka mempertunjukkan dasar daging kepercayaan mereka dan ciri pemikiran mereka yang tidak berubah baik. Umat pilihan telah dianiaya kerana mereka tidak mengakui pertimbangan palsu ini. Sebab mereka terus mentaati Perintah-perintah Tuhan dan Iman Yesus, AnakNya, mereka dianiaya.

 

Sistem palsu Tuhan Triune didirikan sebagai pendahulu kesilapan Kasih Karunia-Hukum. Kemurtadan (apostasia) Zaman Akhir di kalangan umat pilihan tertumpu sekitar Hukum. Manusia dosa itu sebenarnya manusia durhaka (anomias). Ini bererti tanpa hukum. Justeru, manusia durhaka itu cuba menghapuskan kepentingan Hukum. Dia menempatkan dirinya lebih tinggi daripada semua hal Tuhan. Dia duduk dalam naos Tuhan, yang kita sebahagiannya.

1 Korintus 3:17 Jika ada orang yang membinasakan bait Allah, maka Allah akan membinasakan dia. Sebab bait Allah adalah kudus dan bait Allah itu ialah kamu. (RSV)

 

Istilah yang diterjemah bait di sini ialah naos. Teks ini diterjemahkan oleh Marshall sebagai:

Jika ada orang yang mencemari tempat suci Tuhan, Tuhan akan mencemarkan dia; sebab tempat suci Tuhan adalah kudus, dan itu ialah kamu.

 

Rahsia kedurhakaan telahpun beroperasi ketika Paulus menulis kepada orang Tesalonika.

2 Tesalonika 2:7-10 Karena secara rahasia kedurhakaan telah mulai bekerja, tetapi sekarang masih ada yang menahan. Kalau yang menahannya itu telah disingkirkan, [lebih tepat lagi sampai ia keluar dari tengah-tengahnya (eoos ek mesou genetai)] [8] pada waktu itulah si pendurhaka baru akan menyatakan dirinya, tetapi Tuhan Yesus akan membunuhnya dengan nafas mulut-Nya dan akan memusnahkannya, kalau Ia datang kembali. [9] Kedatangan si pendurhaka itu adalah pekerjaan Iblis, dan akan disertai rupa-rupa perbuatan ajaib, tanda-tanda dan mujizat-mujizat palsu, [10] dengan rupa-rupa tipu daya jahat terhadap orang-orang yang harus binasa karena mereka tidak menerima dan mengasihi kebenaran yang dapat menyelamatkan mereka. (RSV)

 

Justeru, aktiviti Iblis menuju kepada pembentukan satu sistem antara Bait Tuhan untuk mencemarkannya dengan satu sistem yang cuba menghapuskan Hukum-hukum Tuhan – dan yang akan memperdaya umat pilihan sekalipun, jika mungkin. Ini ialah orang Antinomian yang mengajar bertentangan Hukum-hukum Tuhan. Kasih terhadap kebenaran adalah perlu bagi penyelamatan umat pilihan dalam hal ini. Umat pilihan harus menghadapi bentuk penipuan ini sepanjang tempoh keseluruhan Jemaat sehingga kedatangan Mesias.

 

Petrus telah mengenal pasti orang-orang Antinomian ini sebagai mereka yang menyalah gambar tulisan-tulisan Paulus.

2 Petrus 3:15-18 Anggaplah kesabaran Tuhan kita sebagai kesempatan bagimu untuk beroleh selamat, seperti juga Paulus, saudara kita yang kekasih, telah menulis kepadamu menurut hikmat yang dikaruniakan kepadanya. [16] Hal itu dibuatnya dalam semua suratnya, apabila ia berbicara tentang perkara-perkara ini. Dalam surat-suratnya itu ada hal-hal yang sukar difahami, sehingga orang-orang yang tidak memahaminya dan yang tidak teguh imannya, memutarbalikkannya menjadi kebinasaan mereka sendiri, sama seperti yang juga mereka buat dengan tulisan-tulisan yang lain. [17] Tetapi kamu, saudara-saudaraku yang kekasih, kamu telah mengetahui hal ini sebelumnya. Karena itu waspadalah, supaya kamu jangan terseret ke dalam kesesatan orang-orang yang tak mengenal hukum (Antinomian), dan jangan kehilangan peganganmu yang teguh. [18] Tetapi bertumbuhlah dalam kasih karunia dan dalam pengenalan akan Tuhan dan Juruselamat kita, Yesus Kristus. Bagi-Nya kemuliaan, sekarang dan sampai selama-lamanya. (RSV)

 

Ini hal Hukum dan Kasih Karunia. Dalam Perjanjian Baru, kedua-duanya bekerjasama bagi mereka yang dipanggil sesuai dengan tujuan Tuhan. Tanpa Hukum Tuhan maka tiada keperluan bagi Kasih KaruniaNya. Kasih Karunia ialah pengampunan Tuhan yang kita tidak layak terima. Orang Antinomian memutar belit Kitab Suci hingga membinasa diri mereka sendiri. Mereka ialah orang-orang durhaka yang dimaksudkan oleh Petrus. Orang Antinomian telah sentiasa cuba menuduh umat pilihan kerana mereka mentaati Hukum-hukum Eloah. Mereka dikatakan mengaku diri mereka orang Yahudi tetapi sebenarnya tidak. Dengan cara sama Iblis cuba mendatangkan keraguan pada Kristus sebagai anak Tuhan untuk mencobanya untuk berdosa.

 

Bila Kristus datang kembali dia tidak akan memukul umat pilihan yang mentaati perintah-perintah Tuhan. Dia akan kembali untuk menyelamatkan mereka.

Yesaya 66:15-23 Sebab sesungguhnya, TUHAN akan datang dengan api, dan kereta-kereta-Nya akan seperti puting beliung, untuk melampiaskan murka-Nya dengan kepanasan dan hardik-Nya dengan nyala api. [16] Sebab TUHAN akan menghukum segala yang hidup dengan api dan dengan pedang-Nya, dan orang-orang yang mati terbunuh oleh TUHAN akan banyak jumlahnya. [17] Mereka yang menguduskan dan mentahirkan dirinya untuk taman-taman dewa, dengan mengikuti seseorang yang ada di tengah-tengahnya, yang memakan daging babi dan binatang-binatang jijik serta tikus, mereka semuanya akan lenyap sekaligus, demikianlah firman TUHAN. [18] Aku mengenal segala perbuatan dan rancangan mereka, dan Aku datang untuk mengumpulkan segala bangsa dari semua bahasa, dan mereka itu akan datang dan melihat kemuliaan-Ku. [19] Aku akan menaruh tanda di tengah-tengah mereka dan akan mengutus dari antara mereka orang-orang yang terluput kepada bangsa-bangsa, yakni Tarsis, Pul dan Lud, ke Mesekh dan Rosh, ke Tubal dan Yawan, ke pulau-pulau yang jauh yang belum pernah mendengar kabar tentang Aku dan yang belum pernah melihat kemuliaan-Ku, supaya mereka memberitakan kemuliaan-Ku di antara bangsa-bangsa. [20] Mereka itu akan membawa semua saudaramu dari antara segala bangsa sebagai korban untuk TUHAN di atas kuda dan kereta dan di atas usungan, di atas bagal dan unta betina yang cepat, ke atas gunung-Ku yang kudus, ke Yerusalem, firman TUHAN, sama seperti orang Israel membawa korban dalam wadah yang tahir ke dalam rumah TUHAN. [21] Juga dari antara mereka akan Kuambil imam-imam dan orang-orang Lewi, firman TUHAN. [22] Sebab sama seperti langit yang baru dan bumi yang baru yang akan Kujadikan itu, tinggal tetap di hadapan-Ku, demikianlah firman TUHAN, demikianlah keturunanmu dan namamu akan tinggal tetap. [23] Bulan berganti bulan, dan Sabat berganti Sabat, maka seluruh umat manusia akan datang untuk sujud menyembah di hadapan-Ku, firman TUHAN.

 

Kita mengikuti hukum-hukum Tuhan sekarang dan melakukan sekarang apa yang kita bakal lakukan dalam Milenium sesudah Kristus datang. Tuhan jelas tentang apa yang dituntut daripada umat pilihannya.

Yesaya 24:5 Bumi cemar karena penduduknya, sebab mereka melanggar undang-undang, mengubah ketetapan dan mengingkari perjanjian abadi.

 

Yesaya 24:6 Sebab itu sumpah serapah akan memakan bumi, dan penduduknya akan mendapat hukuman; sebab itu penduduk bumi akan hangus lenyap, dan manusia akan tinggal sedikit.

 

Yesaya 65:12 Aku akan menentukan kamu bagi pedang, dan kamu sekalian akan menekuk lutut untuk dibantai! Oleh karena ketika Aku memanggil, kamu tidak menjawab, ketika Aku berbicara, kamu tidak mendengar, tetapi kamu melakukan apa yang jahat di mata-Ku dan lebih menyukai apa yang tidak berkenan kepada-Ku."

 

Yesaya 65:15 Kamu harus meninggalkan namamu kepada orang-orang pilihan-Ku untuk dipakai sebagai sumpah kutuk ini: Tuhan ALLAH kiranya membuat engkau seperti mereka! Tetapi hamba-hamba-Ku akan disebut dengan nama lain,

 

Ratapan 3:65 Engkau akan mengeraskan hati mereka; kiranya kutuk-Mu menimpa mereka!

 

Segala penjelasan mengenai Pekerjaan Hukum dalam Galatia disalahgunakan oleh orang Antinomian kerana mereka tidak mengerti istilah Pekerjaan (Perlakuan) Hukum dan apa maknanya dan menyalahgunakan Paulus sampai membinasa diri sendiri (lihat naskah Pekerjaan Hukum atau MMT (No. 104) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p104.html.

 

Galatia 3:10 Karena semua orang, yang hidup dari pekerjaan hukum Taurat, berada di bawah kutuk. Sebab ada tertulis: "Terkutuklah orang yang tidak setia melakukan segala sesuatu yang tertulis dalam kitab hukum Taurat."

 

Galatia 3:13 Kristus telah menebus kita dari kutuk hukum Taurat dengan jalan menjadi kutuk karena kita, sebab ada tertulis: "Terkutuklah orang yang digantung pada kayu salib!"

 

Orang Antinomian menyatakan bahawa Hukum telah dilenyapkan, menggunakan teks-teks seperti dalam Titus.

Titus 3:8-11 Perkataan ini benar dan aku mau supaya engkau dengan yakin menguatkannya, agar mereka yang sudah percaya kepada Allah sungguh-sungguh berusaha melakukan pekerjaan yang baik. Itulah yang baik dan berguna bagi manusia. [9] Tetapi hindarilah persoalan yang dicari-cari dan yang bodoh, persoalan silsilah, percekcokan dan pertengkaran mengenai hukum Taurat, karena semua itu tidak berguna dan sia-sia belaka. [10] Seorang bidat yang sudah satu dua kali kaunasihati, hendaklah engkau jauhi. [11 ]Engkau tahu bahwa orang yang semacam itu benar-benar sesat dan dengan dosanya menghukum dirinya sendiri. (HCSB)

 

Tiada keperluan membincangkan hukum jika hukum telah dibatalkan. Jelasnya semua perdebatan bodoh mengenai pemeliharaannya haruslah dijauhi.

 

Begitu juga satu lagi petikan disalahgunakan:

2 Korintus 3:7-18 Pelayanan yang memimpin kepada kematian terukir dengan huruf pada loh-loh batu. Namun demikian kemuliaan Allah menyertainya waktu ia diberikan. Sebab sekalipun pudar juga, cahaya muka Musa begitu cemerlang, sehingga mata orang-orang Israel tidak tahan menatapnya. Jika pelayanan itu datang dengan kemuliaan yang demikian [8] betapa lebih besarnya lagi kemuliaan yang menyertai pelayanan Roh! [9] Sebab, jika pelayanan yang memimpin kepada penghukuman itu mulia, betapa lebih mulianya lagi pelayanan yang memimpin kepada pembenaran. [10] Sebenarnya apa yang dahulu dianggap mulia, jika dibandingkan dengan kemuliaan yang mengatasi segala sesuatu ini, sama sekali tidak mempunyai arti. [11] Sebab, jika yang pudar itu disertai dengan kemuliaan, betapa lebihnya lagi yang tidak pudar itu disertai kemuliaan. [12] Karena kami mempunyai pengharapan yang demikian, maka kami bertindak dengan penuh keberanian, [13] tidak seperti Musa, yang menyelubungi mukanya, supaya mata orang-orang Israel jangan melihat hilangnya cahaya yang sementara itu. [14] Tetapi pikiran mereka telah menjadi tumpul, sebab sampai pada hari ini selubung itu masih tetap menyelubungi mereka, jika mereka membaca perjanjian lama itu tanpa disingkapkan, karena hanya Kristus saja yang dapat menyingkapkannya. [15] Bahkan sampai pada hari ini, setiap kali mereka membaca kitab Musa, ada selubung yang menutupi hati mereka. [16] Tetapi apabila hati seorang berbalik kepada Tuhan, maka selubung itu diambil dari padanya. [17] Sebab Tuhan adalah Roh; dan di mana ada Roh Allah, di situ ada kemerdekaan. [18] Dan kita semua mencerminkan kemuliaan Tuhan dengan muka yang tidak berselubung. Dan karena kemuliaan itu datangnya dari Tuhan yang adalah Roh, maka kita diubah menjadi serupa dengan gambar-Nya, dalam kemuliaan yang semakin besar.

 

Teks-teks ini cuba menyalah pakai dasar hukum Musa dan pesan Kristus. Erti sebenar teks ini ialah hukum dan anak perempuan hamba itu tidak membezakan bahawa pemasukan bangsa-bangsa ke dalam keanakan hanya boleh terjadi melalui Tubuh Kristus dan tidak dengan hukum Musa. Orang Antinomian betul-betul salah faham teks ini.

 

Galatia 4:21-31 Katakanlah kepadaku, hai kamu yang mau hidup di bawah hukum Taurat, tidakkah kamu mendengarkan hukum Taurat? [22] Bukankah ada tertulis, bahwa Abraham mempunyai dua anak, seorang dari perempuan yang menjadi hambanya dan seorang dari perempuan yang merdeka? [23] Tetapi anak dari perempuan yang menjadi hambanya itu diperanakkan menurut daging dan anak dari perempuan yang merdeka itu oleh karena janji. [24] Ini adalah suatu kiasan. Sebab kedua perempuan itu adalah dua ketentuan Allah: yang satu berasal dari gunung Sinai dan melahirkan anak-anak perhambaan, itulah Hagar— [25] Hagar ialah gunung Sinai di tanah Arab--dan ia sama dengan Yerusalem yang sekarang, karena ia hidup dalam perhambaan dengan anak-anaknya. [26] Tetapi Yerusalem sorgawi adalah perempuan yang merdeka, dan ialah ibu kita. [27] Karena ada tertulis: "Bersukacitalah, hai si mandul yang tidak pernah melahirkan! Bergembira dan bersorak-sorailah, hai engkau yang tidak pernah menderita sakit bersalin! Sebab yang ditinggalkan suaminya akan mempunyai lebih banyak anak dari pada yang bersuami." [28] Dan kamu, saudara-saudara, kamu sama seperti Ishak adalah anak-anak janji. [29] Tetapi seperti dahulu, dia, yang diperanakkan menurut daging, menganiaya yang diperanakkan menurut Roh, demikian juga sekarang ini. [30] Tetapi apa kata nas Kitab Suci? "Usirlah hamba perempuan itu beserta anaknya, sebab anak hamba perempuan itu tidak akan menjadi ahli waris bersama-sama dengan anak perempuan merdeka itu." [31] Karena itu, saudara-saudara, kita bukanlah anak-anak hamba perempuan, melainkan anak-anak perempuan merdeka.

 

Melalui Ishak dan Yakub keturunan itu sampai kepada Kristus dan Quran terang-terang menyatakan ini. Orang Antinomian tidak mengerti sama sekali.

 

Hukum yang diberikan melalui Musa adalah mulia namun pemberian yang datang melalui Kristus adalah lebih mulia. Adakah ini bermakna bahawa hukum Moral Sinai telah dibuang? Tidak, memang tidak, disebabkan berbagai teks lain yang berkata tidak. Teks terakhir dalam Kitab Suci, iaitu Alkitab di bawah Kristus dan para rasul, terdapat dalam Maleakhi.

 

Maleakhi 2:17 Kamu menyusahi TUHAN dengan perkataanmu. Tetapi kamu berkata: "Dengan cara bagaimanakah kami menyusahi Dia?" Dengan cara kamu menyangka: "Setiap orang yang berbuat jahat adalah baik di mata TUHAN; kepada orang-orang yang demikianlah Ia berkenan--atau jika tidak, di manakah Allah yang menghukum?"

[Berbuat jahat bermakna berdosa dan dosa ialah pelanggaran hukum (1 Yoh. 3:4). Jadi untuk menghapuskan dosa, Utusan Perjanjian diutus seperti yang kita lihat dalam bab seterusnya.]

Maleakhi 3 [1] Lihat, Aku menyuruh utusan-Ku, supaya ia mempersiapkan jalan di hadapan-Ku! Dengan mendadak Tuhan yang kamu cari itu akan masuk ke bait-Nya! Malaikat Perjanjian yang kamu kehendaki itu, sesungguhnya, Ia datang, firman TUHAN semesta alam. [2] Siapakah yang dapat tahan akan hari kedatangan-Nya? Dan siapakah yang dapat tetap berdiri, apabila Ia menampakkan diri? Sebab Ia seperti api tukang pemurni logam dan seperti sabun tukang penatu. [3] Ia akan duduk seperti orang yang memurnikan dan mentahirkan perak; dan Ia mentahirkan orang Lewi, menyucikan mereka seperti emas dan seperti perak, supaya mereka menjadi orang-orang yang mempersembahkan korban yang benar kepada TUHAN.

[Perhatikan bahawa Kristus dalam kedatangan ini akan menyucikan orang Lewi sehingga mereka mempersembahkan korban yang benar kepada Tuhan. Tiada pembatalan hukum Tuhan di sini. Dalam teks berikutnya kita lihat Hukum Bersepuluh disebut sebagai asas penghakiman. Dia akan segera menjadi saksi terhadap para penyembah berhala dan nabi-nabi palsu yang dipanggil tukang sihir. Perhatikan bahawa Perintah-perintah Tuhan merupakan asas tindakan dan penghakimanNya.]

[4] Maka persembahan Yehuda dan Yerusalem akan menyenangkan hati TUHAN seperti pada hari-hari dahulu kala dan seperti tahun-tahun yang sudah-sudah. [5] Aku akan mendekati kamu untuk menghakimi dan akan segera menjadi saksi terhadap tukang-tukang sihir, orang-orang berzinah dan orang-orang yang bersumpah dusta dan terhadap orang-orang yang menindas orang upahan, janda dan anak piatu, dan yang mendesak ke samping orang asing, dengan tidak takut kepada-Ku, firman TUHAN semesta alam. [6] Bahwasanya Aku, TUHAN, tidak berubah, dan kamu, bani Yakub, tidak akan lenyap. [7] Sejak zaman nenek moyangmu kamu telah menyimpang dari ketetapan-Ku dan tidak memeliharanya. Kembalilah kepada-Ku, maka Aku akan kembali kepadamu, firman TUHAN semesta alam. Tetapi kamu berkata: "Dengan cara bagaimanakah kami harus kembali?" [8] Bolehkah manusia menipu Allah? Namun kamu menipu Aku. Tetapi kamu berkata: "Dengan cara bagaimanakah kami menipu Engkau?" Mengenai persembahan persepuluhan dan persembahan khusus! [9] Kamu telah kena kutuk, tetapi kamu masih menipu Aku, ya kamu seluruh bangsa! [10] Bawalah seluruh persembahan persepuluhan itu ke dalam rumah perbendaharaan, supaya ada persediaan makanan di rumah-Ku dan ujilah Aku, firman TUHAN semesta alam, apakah Aku tidak membukakan bagimu tingkap-tingkap langit dan mencurahkan berkat kepadamu sampai berkelimpahan.

[Perhatikan bahawa persepuluhan dan persembahan ialah dasar tanda kepulangan kepada Tuhan dan segala berkatNya dicurahkan pada bangsa-bangsa kita. Mereka yang takut akan Tuhan dan hidup menurut ketetapannya ialah dasar Kitab Peringatan. Ini dasar penentuan antara seorang yang beribadah kepada Tuhan dan seorang yang beribadah kepadanya. Janjinya kepada umat beriman adalah jelas. Tuhan telah menjanjikan itu dan orang Antinomian bukan sebahagian daripada sistem itu. Mereka bukan sebahagian Kebangkitan Pertama; mereka dibawa kepada Kebangkitan Kedua untuk penghakiman Takhta Putih Besar apabila mereka dihakimi di bawah hukum-hukum Tuhan dan dibetulkan.]

[11] Aku akan menghardik bagimu belalang pelahap, supaya jangan dihabisinya hasil tanahmu dan supaya jangan pohon anggur di padang tidak berbuah bagimu, firman TUHAN semesta alam. [12] Maka segala bangsa akan menyebut kamu berbahagia, sebab kamu ini akan menjadi negeri kesukaan, firman TUHAN semesta alam. [13] Bicaramu kurang ajar tentang Aku, firman TUHAN. Tetapi kamu berkata: "Apakah kami bicarakan di antara kami tentang Engkau?" [14] Kamu berkata: "Adalah sia-sia beribadah kepada Allah. Apakah untungnya kita memelihara apa yang harus dilakukan terhadap-Nya dan berjalan dengan pakaian berkabung di hadapan TUHAN semesta alam? [15] Oleh sebab itu kita ini menyebut berbahagia orang-orang yang gegabah: bukan saja mujur orang-orang yang berbuat fasik itu, tetapi dengan mencobai Allahpun, mereka luput juga." [16] Beginilah berbicara satu sama lain orang-orang yang takut akan TUHAN: "TUHAN memperhatikan dan mendengarnya; sebuah kitab peringatan ditulis di hadapan-Nya bagi orang-orang yang takut akan TUHAN dan bagi orang-orang yang menghormati nama-Nya." [17] Mereka akan menjadi milik kesayangan-Ku sendiri, firman TUHAN semesta alam, pada hari yang Kusiapkan. Aku akan mengasihani mereka sama seperti seseorang menyayangi anaknya yang melayani dia. [18] Maka kamu akan melihat kembali perbedaan antara orang benar dan orang fasik, antara orang yang beribadah kepada Allah dan orang yang tidak beribadah kepada-Nya.

[Hari Tuhan akan diadili berdasarkan Takut akan Tuhan dan Pemeliharaan hukum-hukumNya dalam Yehuda dan dalam Israel dan Kristus akan Menghakimi dengan kekuatan dan kekuasaan dan Hukum Tuhan akan menjadi dasar penghakimannya.]

Maleakhi 4 [1] Bahwa sesungguhnya hari itu datang, menyala seperti perapian, maka semua orang gegabah dan setiap orang yang berbuat fasik menjadi seperti jerami dan akan terbakar oleh hari yang datang itu, firman TUHAN semesta alam, sampai tidak ditinggalkannya akar dan cabang mereka. [2] Tetapi kamu yang takut akan nama-Ku, bagimu akan terbit surya kebenaran dengan kesembuhan pada sayapnya. Kamu akan keluar dan berjingkrak-jingkrak seperti anak lembu lepas kandang. [3] Kamu akan menginjak-injak orang-orang fasik, sebab mereka akan menjadi abu di bawah telapak kakimu, pada hari yang Kusiapkan itu, firman TUHAN semesta alam. [4] Ingatlah kepada Taurat yang telah Kuperintahkan kepada Musa, hamba-Ku, di gunung Horeb untuk disampaikan kepada seluruh Israel, yakni ketetapan-ketetapan dan hukum-hukum. [5] Sesungguhnya Aku akan mengutus nabi Elia kepadamu menjelang datangnya hari TUHAN yang besar dan dahsyat itu. [6] Maka ia akan membuat hati bapa-bapa berbalik kepada anak-anaknya dan hati anak-anak kepada bapa-bapanya supaya jangan Aku datang memukul bumi sehingga musnah.

[Perhatikan bahawa kutukan atas bumi menyusuli daripada pelanggaran Hukum-hukum Tuhan. Sebelum hari Tuhan yang Besar dan Dahsyat itu datang nabi Elia akan diutus untuk menegakkan hukum dan dasar Perintah Kelima yang sedang dirosakkan oleh para Satanis dan Antinomian ini melalui dunia sampai hari ini. Yehuda dan Israel akan bergabung menjadi satu sama seperti semua keturunan Abraham dan bangsa lain yang telah digabungkan dengan mereka dalam iman di bawah hukum-hukum Tuhan. Kita tidak dibenarkan oleh hukum tetapi melalui iman (Gal. 2; perhatikan Perlakuan Hukum digunakan di sini seperti di atas). Itu bagaimanapun tidak meniadakan hukum-hukum Tuhan dan segala tuntutan untuk memelihara hukum dan hukum itu dituliskan pada hati kita tetapi apa sekalipun merupakan Sepuluh Perintah lengkap dan seluruh sistem hari-hari Sabat, Bulan-bulan Baru dan Hari-hari Raya. Engkau ialah apa yang engkau buat dan beribadah kepada. Seorang Antinomian yang mentaati hukum-hukum satu sistem lain serta hari-hari ibadatnya ialah seorang penyembah berhala.]

 

Terdapat satu urutan penjelasan yang telah wujud sepanjang seluruh tempoh Jemaat dan deminya Jemaat telah dicemari dan dianiayai dan itu merupakan penjelasan Modalist-Trinitarian atau Ketuhanan Triune, dan penjelasan Kasih Karunia-Hukum yang semestinya mengikutinya. Hujah ini dilihat dalam 1 Yohanes, berakar daripada Modalisme sebagai satu bentuk Triune awal yang akhirnya berkesudahan dengan Trinitas. Akibat-akibat lain kesilapan ini dilihat di Kolose dan Galatia serta Efesus. Kasih akan kebenaran ialah tanda umat pilihan. Mereka yang tidak menolak penjelasan ini dan tidak mentaati Perintah-perintah Tuhan, ditolak oleh Tuhan. Proses itu sangat jelas dan berat dalam Zaman Akhir dan dalam jemaat-jemaat Laodikia dan Sardis. Kedua-dua jemaat ini ditolak dan hanya sedikit individu terselamat.

 

Lihat juga naskah-naskah:

Kita Tidak Diselamatkan oleh Pekerjaan Baik (No. 189) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p189.html

 

Kasih dan Struktur Hukum (No. 200) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p200.html

 

Surat Yakobus (No. 279) di http://www.ccg.org/indonesian/s/p279.html

 

 

q