Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[171B]

 

 

 

 

Membentuk Sebuah Jemaat

(Edisi 2.0 19981117-20071204)

 

Ramai orang ingin menjadi sebahagian daripada sebuah jemaat dan tidak mempunyai jemaat berasaskan alkitab di dalam kawasan mereka. Ada yang merupakan sebahagian daripada jemaat yang sudah roboh dari segi kedoktrinan atau sebahagian daripada kumpulan dari sebuah sistem yang telah roboh dari segi kedoktrinan. Mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk membaharui diri jauh daripada kepimpinan sesat yang menyebabkan keruntuhan itu atau yang sudah tiada sangkut-paut lagi atau lebih buruk lagi, bersifat histeris dalam gambaran berkarisma kependetaan akan ajaran alkitabiah.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1998, 2007 Wade Cox)

(Tr. 2008)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Membentuk Sebuah Jemaat [171B]

 


 


Engkau mungkin telah membaca Alkitab untuk pertama kalinya dan sedar bahawa apa yang dikatakannya bukanlah apa yang diajar dan dilakukan jemaat anda. Anda tidak mendapat apa-apa jawapan munasabah daripada pendeta. Dia mungkin setuju bahawa Alkitab mengatakan apa yang kamu fahami ia katakan, tetapi kemudian memberitahu kamu kenapa kamu sebenarnya tidak perlu melakukan apa yang dikatakannya. Dia mungkin setuju bahawa sepuluh Hukum itu adalah dasar iman dan kemudian memberitahu kamu bahawa kamu sebenarnya hanya perlu memelihara sembilan hukum, kerana Hukum Keempat telah dilenyapkan, atau Tuhan sebenarnya tiga oknum, atau dia mungkin memberitahu bahawa kamu boleh membuat dan menyembah berhala. Mereka mungkin berkata, seperti yang salah dibuat ramai orang, bahawa hukum telah dipakukan kepada salib, sedangkan itu cheirogrophon atau bil hutang kita, yang dilenyapkan dan dipakukan kepada salib. Tiada satupun hal ini yang baru. Ia telah disebarkan oleh orang yang berpura-pura menjadi Kristian selama berabad-abad.

 

Jadi kamu fikir kamu seorang? Kamu mungkin seorang pelajar Alkitab yang tekun, dan menganggap kamu seorang saja yang mengerti apa yang kamu mengerti itu. Semua sahabatmu mungkin memberitahu bahawa kamu seorang pembidaah dan memanggilmu dengan satu atau lebih nama berbeza pelbagai pemimpin mazhab purba tertentu. Mereka telah diberitahu omong kosong ini oleh jemaat mereka. Bagaimanapun, kamu dapat melihat dengan jelas apa yang dikatakan Alkitab. Kenapa mereka tidak melihatnya? Jawapannya adalah mereka tidak belajar dan mereka tidak mahu mentaati Tuhan, kerana itu membabitkan perubahan dan ketidakpopuleran dengan teman-teman sebaya mereka.

 

Suatu masalah yang lebih berat, adalah kamu mungkin telah menjadi sebahagian daripada sebuah kumpulan agama, yang telah dirosakkan oleh sistem aliran umum, dan sedang dibinasakan oleh kependetaan itu sendiri yang kamu percayai, dan telah berikan ganjaran tinggi, untuk menghalang hal ini terjadi.

 

Kamu marah dan bingung dan kamu ingin melakukan sesuatu tentang situasi ini. Memang patutpun. Tiada apa yang salah dengan rasa marah adil yang kamu alami. Ini bukan kali pertama jemaat-jemaat berasaskan alkitab ditembusi dan dibinasa, sebagai polisi sengaja sistem aliran umum yang dipanggil sistem Kristian. Ramai umat kita telah dibunuh mereka pada masa dahulu. Ramai pendeta yang mereka pergunakan untuk melakukannya bersifat tamak dan jahil semata-mata. Mereka tidak tahu lebih banyak. Sesetengah mereka hanya mahukan martabat sosial. Kemungkinan besar kamu berasal daripada sebuah organisasi yang menghalang kamu membaca sebarang maklumat luar dan menampilkan pandangan kumpulan itu sebagai satu-satunya terjemahan yang diilhami. Mereka mungkin menyingkirkan sesiapa yang bersoal, atau tidak bersetuju tentang kata-kata mudah yang jelas dalam suatu teks Alkitab. Semua masalah ini sepatutnya mudah saja, contohnya kenapa harus ada tujuh pungutan setahun (atau lebih, hingga sebanyak empat kali setiap Sabat mingguan) sedangkan Alkitab jelas mengatakan hanya terdapat tiga pungutan setiap tahun. Masalahnya mungkin lebih rumit, contohnya sifat Tuhan, atau persoalan kalendar. Mereka mungkin bersandar kepada kewibawaan pengasas yang kononnya diberikan petunjuk daripada Tuhan dan begitulah keadaannya.

 

Hakikatnya adalah terdapat sebuah jemaat yang boleh dikenal pasti, dengan pelbagai nama, selama dua ribu tahun dan Kristus tetap sama, baik kemarin maupun hari ini dan sampai selama-lamanya.

 

Apa kamu nak buat?

Hakikatnya adalah kemungkinan terdapat lebih ramai orang dalam kawasanmu yang telah mengkaji Alkitab. Jika kamu sedang membaca ini, kemungkinan besar kamu sedang membuat pembelajaran mendalam dan ada pihak yang menentangnya. Kamu mungkin juga telah dibuang keanggotaan oleh kependetaan salah sebuah mazhab-mazhab ini.

 

Kamu bukan sendirian. Kamu boleh menghubungi kami dan jika kamu ikhlas kami boleh menghubungkan kamu dengan orang lain. Kami tidak akan mendedahkan keanggotaan, atau perincian orang, tanpa kebenaran mereka dan kamu juga harus begitu. Jika cukup bilangan kamu di dalam suatu kawasan untuk membentuk sebuah kumpulan, maka kamu boleh teruskan untuk membentuk sebuah jemaat, seperti yang dijelaskan di sini. Jika tidak cukup orang, kami boleh menghubungkan kamu dengan kumpulan-kumpulan komputer dan dengan teman-teman mel, sehinggalah kamu bertemu mereka pada hari raya sama ada Paskah, atau Pentakosta, atau pada hari Pondok Daun.

 

Setiap kamu bertanggungjawab keluar daripada kediamanmu dan bertemu untuk berbakti pada perayaan-perayaan ini.

 

Kumpulan bebas tidak berdaftar

Kamu mungkin sebahagian daripada sebuah kumpulan yang sudahpun dibentuk, hasil daripada orang-orang dengan siapa kamu berbakti, dan bukan sebahagian daripada kumpulan yang sudah berdaftar. Kamu khuatir tentang kedudukan kamu dari segi undang-undang, dan tentang hakikat bahawa kamu tidak dapat melakukan sebarang pekerjaan sebenar dan diperakui. Kami faham. Memang padanpun kamu berasa khuatir.

 

Persatuan yang tidak diperbadankan cukup biasa pada masa lalu. Terdapat undang-undang kes luas tentang subjek itu, sebab hal ini telah menjadi subjek banyak tuntutan undang-undang. Tempat di mana persatuan dibentuk mereka memerlukan kontrak pembentukannya. Di mana tiada kontrak bertulis, undang-undang umum meliputinya dan setiap kes harus dilitigasi berdasarkan meritnya, atau diselesaikan menurut undang-undang kes sebelumnya.

 

Dalam persatuan yang tidak diperbadankan, setiap peserta bertanggungjawab dari segi undang-undang dan boleh didakwa dalam undang-undang oleh mana-mana pihak, atas hutang, atau pertanggungjawaban, persatuan yang tidak berdaftar itu. Adakah ini bererti kamu boleh didakwa dan kehilangan aset (aktiva) kamu? Ya, benar.

 

Atas sebab inilah terdapat peruntukan undang-undang untuk persatuan yang diperbadankan. Dengan ini ahli-ahli boleh berkongsi dalam aset perbadanan itu, dan tidak boleh dipertanggungjawabkan dalam setiap dan sebarang tindakan terhadap persatuan itu.

 

Berada dalam badan berdaftar merupakan suatu tindakan yang wajar.

 

OK bagaimana harus aku lakukannya?

Kamu mempunyai pilihan. Kamu boleh mendaftar sebagai suatu badan dengan sendirinya, atau kamu boleh menyertai suatu badan yang sudah wujud dan diperbadankan sebagai suatu persatuan.

 

Setiap persatuan dituntut dari segi undang-undang untuk mempunyai Perlembagaan, atau Artikel Perbadanan. Ada yang mempunyai kedua-duanya.

 

Sesetengah organisasi yang mengaku sebagai jemaat “apa sekalipun” tidak mempunyai hak suara umum dan sebenarnya dimiliki oleh beberapa orang. Bukan semua orang yang menganggap diri mereka ahli, benar-benar mempunyai sebarang hak dari segi undang-undang. Ini boleh menyebabkan banyak rasa sakit hati tatkala organisasi-organisasi (seperti yang lazim terjadi abad ini) dijatuhkan dan diambil alih, dan kerja keras para anggota selama bertahun-tahun hilang begitu saja.

 

Untuk melakukan sebarang pekerjaan serius sebagai suatu jemaat, kamu perlu bekerjasama dengan orang lain di tempat lain. Ini lazimnya hanya untuk memberi peluang pelayanan dalam perjalanan, atau untuk keluarga. Jadi sebaik saja kamu meneliti kedudukan undang-undangnya kamu sedar, untuk perlindungan kamu sendiri dan perlindungan teman dan saudaramu, kamu harus didaftarkan. Kamu juga harus dilindungi dan beroperasi di bawah sebuah perlembangaan, dan menyimpan buku-buku akaun yang diaudit, dalam suatu struktur terpilih. Lebih penting lagi, para anggota, yang seharusnya terdiri daripada jemaat, sepatutnya mempunyai hak suara. Jika hanya kumpulan pendeta yang boleh mengundi, keluarlah sekarang juga.

 

Besar atau kecil: apa yang nak dilakukan?

Pendekatan secara logik adalah dengan bekerja dengan orang lain untuk melakukan pekerjaan yang lebih besar. Bagaimana ini dilaksanakan?

 

Tiada dasar untuk sebarang organisasi jemaat yang tidak bersandar mula-mula sekali pada doktrin. Tiada kumpulan yang boleh berjalan bersama melainkan mereka sehaluan. Jika kumpulan-kumpulan ini bersetuju tentang doktrin, maka tiada sebab apa sekalipun, selain sebab-sebab kuasa dan penguasaan belaka, untuk tidak bekerjasama.

 

Atas sebab inilah Jemaat-jemaat Allah Al Masehi mempunyai Perlembagaan yang didefinisi dengan jelas dan Pernyataan Kepercayaan jelas yang dirujukkan Alkitab.

 

Dengan cara ini tiada seorangpun yang memasuki organisasi ini yang boleh terus memegang doktrin lain, atau mengatakan mereka mempunyai idea lain, atau cuba untuk mengubah doktrin-doktrin jemaat, tanpa terlepas daripada tindakan undang-undang para anggota, dan disingkirkan.

 

Semua orang mempelajari Alkitab dengan tekun dan bersetuju tentang prinsip-prinsip asas Alkitab, mempunyai tanggungjawab untuk bekerjasama untuk mencapai tugas yang diberikan oleh Yesus Kristus.

 

Membentuk sebuah jemaat dengan CCG

 

OK. Saya setuju saya harus menjadi sebahagian daripada kumpulan yang lebih besar dan saya rasa kumpulan kamu ialah kumpulan yang paling berdasarkan Alkitab yang saya ketahui. Bagaimana sekarang?

 

Perhatikan Pernyataan Kepercayaan. Jika kamu setuju bahawa ia benar, kajilah Perlembagaan.

 

Tiada seorangpun atau kumpulan yang dibenarkan untuk menjadi anggota mengundi Jemaat-jemaat Allah Al Masehi selama tiga tahun penuh. Ini ialah waktu wajib Kemasukan ke dalam Keanggotaan. Dengan itu terdapat dua kategori keanggotaan. Keanggotaan Umum dan Keanggotaan penuh dengan hak mengundi. Ini membolehkan kita memerhatikan sesama sendiri dan melihat sama ada kita sehaluan.

 

Sebaik saja kumpulan kamu bersetuju bahawa mereka ingin menjadi umat Kristian dan bersekutu dengan CCG, selama waktu tiga tahun untuk menjadi anggota itu, mereka patut menulis untuk membuat permohonan kemasukan ke dalam keanggotaan. Ini kemudiannya akan dipertimbangkan oleh para pegawai Konferens Sedunia.

 

Konferens Nasional negara kediamanmu, kalau sudah dibentuk, akan ditanyakan pendapat mereka. Jemaat atau orang lain dalam kawasanmu, akan ditanyakan bantahan mereka. Jika bantahan dan umat ingin bekerja dengan kamu, dan kamu bersedia untuk bekerja dengan mereka, kamu akan diundang untuk ikut serta menurut syarat-syarat yang ditetapkan dalam perjanjian persefahaman.

 

Di tempat di mana tiada jemaat nasional yang dibentuk kami akan menyediakan bantuan untuk memulakannya.

 

Dalam tiga tahun kamu kemudiannya layak untuk memohon keanggotaan penuh.

 

Kenapa kami patut berminat dalam tindakan ini?

 

Apakah yang ingin dicapai oleh Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

 

Tujuan Jemaat

Misi Jemaat disenaraikan di dalam Perlembagaan.

 

Kami bertujuan untuk memberitakan injil kerajaan Tuhan kepada semua bangsa.

 

Kami diperintah untuk menjadikan semua manusia sebagai murid-murid Yesus Kristus.

 

Kami ingin mendirikan tempat-tempat ibadat dan pelajaran, dan untuk memelihara perayaan, dalam semua kawasan anggota-anggota kami, di seluruh dunia.

 

Tiada sebabnya kenapa jemaat tidak patut memiliki hartanahnya sendiri, dengan dewan-dewan besar untuk pertemuan pada waktu perayaan, dan untuk kediaman saudara seiman, pada waktu perayaan dan kecemasan. Kita juga patut memiliki tempat perawatan kita sendiri, untuk golongan tua dan sakit.

 

Kami patut mampu memberi makan dan memberi penginapan kepada bilangan besar umat kita pada waktu kecemasan.

 

Kami juga berharap untuk mendirikan jaringan pendidikan surat-menyurat kami sendiri, dengan kerjasama institusi-institusi surat-menyurat pendidikan tinggi yang rasmi. Ini diharapkan akan terbuka kepada semua umat kita di seluruh dunia.

 

Dana

 

Bagaimana dengan dana kami?

Jemaat beroperasi dengan persepuluhan dan persembahan umatnya. Setiap negara bebas dari segi kewangan, melainkan persepuluhan daripada persepuluhan mandatori yang dihantar kepada Konferens Sedunia. Semua negara mengusahakan projek-projek di bawah Konferens Sedunia, dan membiayai bahagian mereka daripada aktiviti-aktiviti itu secara koperatif, seperti yang ditetapkan dengan Konferens Sedunia. Negara-negara dikelompokkan dalam Wilayah-wilayah.

 

Setiap wilayah tempatan ditetapkan dengan kemampuan dana tempatan.

 

Jemaat-jemaat dibayangkan mempunyai dana pembangunan tempatan mereka sendiri, dalam jangka masa panjang.

 

Rencana khusus setiap jemaat perlu dibincangkan dan dikemukakan dalam Memorandum, atau Perjanjian Persefahaman.

 

Terdapat banyak keperluan dan situasi berbeza namun semuanya sesuai dimasukkan ke dalam kategori-kategori luas yang serupa.

 

Kami mempunyai pendeta bersama kita

CCG mempunyai polisi tiada pendeta bergaji. Maksudnya, tiada yang boleh diupah untuk apa yang mereka lakukan pada hari Sabat. Ini tidak bererti bahawa umat kita, termasuk golongan pendeta, tidak boleh diupah. Sudah dituliskan: Janganlah engkau memberangus mulut lembu yang sedang mengirik.

 

Bagaimanapun, waktunya sudah berlalu bilamana pendeta meminum teh pada sebelah pagi di kelab para ibu pada hari Rabu, dan tidak melakukan apa-apa lagi dari hari Minggu hingga Sabat, sehingga dia meninjau semula khotbah lama selama dua jam untuk disampaikan pada hari Sabat.

 

Para pendeta kita ialah pendeta profesional, yang bekerja untuk penyebaran iman. Sesetengah mereka cacat atau sudah bersara. Ada yang merupakan ahli perniagaan yang berjaya. Ada yang merupakan ahli akademik yang berkelayakan. Ada yang berkelayakan dalam bidang sosial. Para diakon juga boleh memberikan sakramen-sakramen jemaat, atau menjadi pentadbir, dan dengan itu mereka mempunyai tanggungjawab, yang mengikut sistem jemaat lama, dan mungkin lebih banyak daripada apa yang kamu biasa sebelumnya.

 

Seseorang pendeta boleh menemui banyak tugas untuk dilakukan. Kami memerlukan ramai orang yang berkemampuan, dalam pekerjaan jemaat. Jika pendetamu mempunyai sesuatu kecekapan, kami boleh menggunakannya. Kami memerlukan orang untuk kursus surat-menyurat Alkitab. Kami memerlukan para penterjemah, ahli akademik dan pentadbir. Sambil jemaat bertumbuh kami akan memerlukan penjagaan untuk golongan tua dan yang tidak beruntung. Keperluan kami akan orang hanya terbatas oleh pertumbuhan dan peluasan jemaat serta dana dan imaginasi para anggota.

 

Pendeta yang ingin bekerja dalam iman ini dan dalam penjagaan

 

OK saya seorang pendeta dan saya tiada kelayakan lain dan saya ingin mendapat kelayakan yang lebih baik?

 

Jika kamu mempunyai kumpulan yang ingin membantu kamu berbuat begitu, kami akan berusaha sepenuhnya untuk membantu kamu untuk dilayakkan semula dan digunakan dalam jemaat dalam cara tertentu. Kami juga akan membantu orang lain dalam kumpulan untuk menjadi guru.

 

Jika sekarang kamu dalam kedudukan di mana kamu tidak mempunyai kumpulan yang berdaya hidup, kami akan memeriksa kedudukan kamu dan melihat apa bantuan yang kami boleh dapatkan untuk kamu dan apa yang dapat kami lakukan sendiri untuk kamu. Anda pastinya kecekapan penting. Janganlah kamu memandang rendah kuasa dan kasih Tuhan. Jika kamu bersedia untuk bekerja kami bersedia untuk membantu kamu. Jika kamu sudah bersara atau cacat, maka kami akan membantu mendapatkan semua hak kamu dan kami akan melihat apa yang boleh dilakukan untukmu untuk menjadikan kamu pekerja yang efektif.

 

Dengan teknologi elektronik terkini kami mampu mengumpulkan pasukan dari seluruh dunia. Kamu boleh terus bersama dengan umatmu dan masih bekerja dalam projek lain, yang sebelumnya mungkin kamu anggap mustahil, atau mungkin tidak dibenarkan mengerjakannya.

 

Kami dapat membantu kumpulan-kumpulan dalam negara-negara membangun, yang juga tidak mempunyai teknologi. Kami dapat mengatasi masalah-masalah ini dengan berbagai cara.

 

Lihatlah pada apa yang telah kami lakukan dalam beberapa tahun terakhir. Betapa banyak lagi yang dapat kami lakukan dengan jemaat bersungguh-sungguh yang lebih besar, penuh dengan anak-anak Tuhan yang lahir daripada roh, dan semuanya bekerja ke arah tujuan yang sama.

 

Hubungi kami di alamat emel atau PO Box dan bincangkan situasi anda dan bagaimana kita dapat bekerjasama.

 

 

q