Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[186]

 

 

 

 

Kekristianan dan Pengasuhan Anak [186]

(Edisi 1.0 20050612-20050612)

 

Walaupun pada masa sekarang terdapat banyak teori-teori dan pendapat tentang pengasuhan anak, karya tulis ini akan meliputi dasar pegangan alkitabiah tentang perhubungan keluarga dan pengasuhan anak.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2005 Dana Hlburn, Diane Flanagan, edited by Wade Cox)

(Tr. 2006)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

 

 

 

 

Kekristianan dan Pengasuhan Anak [186]



 


Komentar-komentar masyarakat

 

Dalam dunia sekarang seseorang hampir boleh mendapatkan nasihat dan petunjuk tentang apa sahaja topik. Berkenaan dengan topik pengasuhan anak, ianya pelbagai dari bersifat sangat liberal atau sangat konservatif. Negara-negara yang berlainan juga mempunyai praktik yang berbeza-beza, standar dan peraturan yang menentukan apa sifat yang boleh diterima atau yang tidak boleh diterima. Oleh kerana keluarga adalah unsur dasar dimana masyarakat itu berkembang, ia seolah-olah jelas mengapa Iblis cuba untuk memusnahkan setiap segi dalam keluarga melalui apa sahaja kesempatan yang ada. Tetapi mari kita mulakan dengan petunjuk dasar alkitabiah bagi peranan dan tanggung jawab anggota-anggota keluarga yang berlainan.

 

Apa kata Alkitab mengenai peranan lelaki dan perempuan?

 

Dengan jelas kitab menyatakan, “Ianya tidak baik bagi seorang lelaki itu bersendirian” (Kej 2:18). Perempuan diciptakan untuk lelaki, sebagai pembantu bersama/penolong (Kej 2:18). Dua makluk manusia ini menjadi satu daging dan berfungsi sebagai satu. Suami dan isteri harus menjadi satu tubuh; ini bererti kedua-dua mereka mempunyai peranan dan tanggung jawab yang berbeza tetapi mereka terikat satu sama lain dalam fikiran dan roh. Sama seperti tubuh badan fizikal kita, anggota badan dan organ-organ diciptakan untuk tugas-tugas yang berlainan, demikian juga dengan perkahwinan.

 

Kita diperintahkan untuk berkahwin dan membesarkan anak-anak bagi kemuliaan Allah (Kej 2:24; 9:1,7; 1 Tim 5:14). Keputusan seperti bila, dan siapa yang dikahwini, dan bila untuk mempunyai anak-anak adalah terpulang kepada individu. Anak-anak adalah berkat dari Allah, yang telah Dia perintahkan (Maz 127:3-5).

 

Perlambangan spiritual

 

Kristus adalah kepala bagi lelaki

 

Kristus memberikan contoh yang sempurna dengan menjadi takluk sepenuhnya dan menurut Allah dan HukumNya. Para suami harus mengikuti teladan Kristus dan menyerahkan hidup mereka kepada isteri mereka seperti yang dilakukan Mesiah kepada Jemaat. Ini bererti melindungi isteri walaupun isteri tidak melihat keperluan atau tujuan bagi tindakan suami. Kepala rumah memegang tanggung jawab dibawah hukum (petikan Kel 22:8 bagi tanggung jawab menurut undang-undang).

 

Bapa adalah sumber kestabilan fizikal dan spiritual bagi keluarganya. Sama seperti Kristus menyediakan kesejahteraan fizikal dan spiritual bagi ciptaan, isteri (Jemaat) menyokong suaminya (Mesiah) untuk membawa ramai anak-anak kepada kemuliaan (Ibr 2:10).

 

Lelaki sebagai kepala perempuan

 

Efesus 5:24 Karena itu sebagaimana jemaat tunduk kepada Kristus, demikian jugalah isteri kepada suami dalam segala sesuatu.

 

Perempuan bukan merupakan hamba bagi lelaki tetapi merupakan pembantunya (lihat juga Ams 31). Isteri mendemonstrasikan kuasa yang besar dan tanggung jawab keatas keluarga dan anak-anak. Perempuan adalah satu teladan dari satu jenis jemaat. Lihat karya tulis Amsal 31 (No. 114). Ianya melalui teladan ibu dan bapa anak-anak belajar bagaimana untuk menuruti dan merasa takut akan Allah dan memelihara hukum-hukumNya.

 

Alkitab menyatakan bahawa kita semua adalah mempelai Kristus (Ef 5:27). Pada masa hadapan kita tidak dikahwinkan (Mat 22:30). Tetapi dalam kebangkitan yang pertama lelaki dan perempuan akan menjadi mempelai Kristus (Wah 9:7-10). Sementara kita adalah fizikal, kita mempelajari beberapa cabaran dan kekuatan dari jantina yang bertentangan melalui pasangan kita masing-masing.

 

Anak-anak dalam kepatuhan terhadap ibu bapa mereka

 

Kita semua diciptakan mengikut rupa Bapa (Kej 1:27; 2:7). Kita diperintahkan untuk melipat gandakan jumlah kita, dan memperbarui muka planet ini. Disini kita lihat konsep Allah yang menjadi semua dalam semua atau ehyer asher ehyer (Kel 3:14 catatan bawah kepada Alkitab Companion), yang bererti Aku adalah Aku. Sementara kita memiliki anak-anak dan membesarkan mereka dalam sifat takut akan Allah dan peringatan dari Tuhan, kita juga memperluaskan keluarga Allah; yang merupakan kaabah (1 Kor 3:16-17). Kita membantu dalam keluarga Allah, bertumbuh dan meluas sementara rencana keselamatan diungkap di sepanjang masa.

 

Kita semua akan menjadi anak-anak Allah (Rom 8:14; Fil 2:15; 1 Yoh 3:1-2).

 

Peranan Bapa

 

Secara umumnya bapa adalah lebih bertanggung jawab bagi kerja-kerja luar sesuatu keluarga. Lelaki adalah ketua keluarga dan dia mewakili keluarga didalam masyarakat dan bangsa.

 

Bapa adalah untuk menyediakan keperluan fizikal dalam keluarga seperti makanan, perumahan dll. “Sekiranya tidak ada orang yang menyediakan untuk saudara maranya, terlebih lagi kepada keluarga terdekatnya, dia menyangkal iman dan lebih buruk daripada orang yang tidak percaya” (1 Tim 5:8). Juga, “Sekiranya seorang lelaki tidak bekerja dia harus tidak makan” (2Tes 3:10).

 

Bapa bukan sahaja menyediakan keperluan fizikal kepada keluarga tetapi juga keperluan spiritual. Melalui teladan dialah yang takluk kepada hukum Allah yang akan dilihat oleh isteri dan anak-anak dan belajar dari dia.

 

Keperluan untuk meminta keizinan dari bapa dalah penting sekali. Anak-anak dan isteri dalam keluarg yang takut akan Allah mahu dan memerlukan keizinan dan sokongan dari bapa dan suami.

 

1Yoh 4:18  Di dalam kasih tidak ada ketakutan: kasih yang sempurna melenyapkan ketakutan; sebab ketakutan mengandung hukuman dan barangsiapa takut, ia tidak sempurna di dalam kasih.

 

Keluarga atau organisasi yang berdasarkan sifat takut tidak akan kekal lama. Orang merasa sukar untuk hidup atau bekerja dalam ketakutan. Allah adalah Allah kasih (1 Yoh 4:8).

 

1Yoh 4:16-17  Kita telah mengenal dan telah percaya akan kasih Allah kepada kita. Allah adalah kasih, dan barangsiapa tetap berada di dalam kasih, ia tetap berada di dalam Allah dan Allah di dalam dia.  17 Dalam hal inilah kasih Allah sempurna di dalam kita, yaitu kalau kita mempunyai keberanian percaya pada hari penghakiman, karena sama seperti Dia, kita juga ada di dalam dunia ini.

 

Kita semua cuba untuk menjadi ibu bapa yang mengasihi. Para bapa perlu berhati-hati untuk tidak membangkitkan marah terhadap anak-anak.

 

Efesus 6:4 Dan kamu, bapa-bapa, janganlah bangkitkan kemurkahan (3949) dalam hati anak-anakmu, tetapi didiklah mereka di dalam ajaran (3809) dan nasihat (3559) Tuhan.

 

Efesus 6:4  Dan bapa-bapa, janganlah bangkitkan amarah (3949) di dalam hati anak-anakmu, tetapi didiklah mereka di dalam disiplin (3809) dan perintah (3559) Tuhan.

 

Kemurkahan adalah SHD 3949 parogizo untuk menimbulkan murka, menghasut, menyakiti, amarah.

 

Tetapi kita harus mendidik mereka serta mengajar mereka. Mendidik adalah paideia (SGD 3809). (Lihat juga 2 Tim 3:6; Ibr 12:5,7,8,11).

 

1) Seluruh latihan dan pendidikan anak-anak (yang mana berhubungan dengan kultivasi fikiran dan moral), kadang-kadang memerlukan perintah dan nasihat, teguran dan hukuman. Ia juga termasuk latihan dan penjagaan tubuh badan.

 

2) Dalam diri orang dewasa, sifat yang baik dibina melalui pembetulan kepada kesilapan dan mengendalikan keghairahan.

 

a) Instruksi, yang mana bertujuan untuk meningkatkan sifat yang baik.

 

b) Allah memarahi manusia demi untuk kebaikan mereka (Ibr 12:5-11).

 

Sama seperti Kristus membetulkan serta menasihati kita, demikian juga suami/bapa perlu untuk menangani isteri serta anak-anaknya. Isteri disini jelas adalah pihak yang lebih lemah (1 Pet 3:7). Bergantung kepada umur anak, isteri/suami mungkin mempunyai pemikitan abstrak atau pemahaman yang sudah berkembang. Lelaki harus berusaha untuk menjadi seperti Kristus dalam menangani kesilapan, ketidaksempurnaan dan isu-isu perkembangan dalam diri isteri dan anak-anak.

 

Catatan kepada Kunci Pembelajaran Alkitan pada 3559 adalah seperti berikut:

 

Peringatan nouthesia dari fikiran nous (3563), dan thesis, satu pembubuhan. Katakerja noutheteo (3560) dari fikiran nous dan tithemi 5087 dibubuh atau diletakkan kedalam akal fikiran. Nouthesia adalah latihan melalui kata dorongan apabila ia menyatakan kecukupan, tetapi juga melalui kata keluhan, celaan, celaan bila diperlukan, Instruksi Paideia (3809), latihan melalui tindakan dan disiplin Nouthesia adalah istilah yang lebih ringan yang mana paideiaadalah tidak lengkap, Nouthesia melibatkan pembetulan melalui pemindahan bila diperlukan. Dalam kedua-dua perkataan terdapat permohonan kepada fakulti-fakulti yang berpatutan.

 

Ibrani 12:11 Memang tiap-tiap ganjaran pada waktu ia diberikan tidak mendatangkan sukacita, tetapi dukacita. Tetapi kemudian ia menghasilkan buah kebenaran yang memberikan damai kepada mereka yang dilatih olehnya.

 

Dalam teks ini kita melihat bagaimana Allah menangani kita dan kita menangani anak-anak kita.

 

Kolose 3:21  Hai bapa-bapa, janganlah sakiti hati anakmu, supaya jangan tawar hatinya.

 

Menyakiti adalah 2042 dari tanggapan prol. Bentuk dari 2054 untuk membangkitkan (terlebih lagi kemarahan): untuk menghasut.

 

Sekali lagi kita melihat peringatan kepada para bapa untuk tidak membangkitkan serta menghasut anak. Malang sekali, sekiranya ini terjadi, ia adalah pergelutan seumur hidup bagi anak-anak untuk melawan pengalaman negatif bersama dengan bapa badaniah mereka.

 

Mengikat persetujuan

 

Dibawah Hukum Allah, seorang bapa atau suami boleh menarik kembali sumpah setia yang dibuat oleh isteri dan anak perempuannya (Bil 30:1-16). Ini adalah satu agi contoh perlindungan yang diberikan kepada pihak perempuan melalui pihak lelaki, dan tanggung jawab lelaki sebagai ketua dalam keluarga. Lihat juga Hukum dan Perintah Hukum Kelima [258].

 

Peranan Ibu

 

Ibu adalah lebih bertanggung jawab dalam kerja-kerja dalaman rumah. Dia diciptakan untuk menjadi pembantu kepada suaminya. Malang sekali, dalam masyarakat sekarang ramai wanita belajar bagaimana merendahkan serta memusnahkan kuasa suami mereka. Penentangan terhadap lelaki ini telah merosakkan suami dan kepada anak-anak. Anak-anak itu tidak lagi taat kepada Allah dan HukumNya, tetapi mereka memberontak seperti ahli sihir (1 Sam 15:23). Sering kali wanita tidak menyedari kesan perkataan-perkataan yang mereka katakan. Ini juga benar bagi lelaki. Kedua-dua individu perlu berhati-hati bagaimana mereka guna perkataan mereka kepada satu sama lain. Lidah boleh menjadi satu senjata yang memusnahkan (Yak 3:5-8). Anak-anak kita akan belajar melalui teladan kita.

 

Sekiranya kita tidak mahu memberikan teladan yang salah, kita harus berusaha menjadi wanita pada masa dahulu, wanita suci yang berharap kepada Allah dan selau takluk kepada suami mereka (1 Pet 3:5-6).

 

Semua wanita harus berusaha untuk menjadi isteri dan ibu dalam Amsal 31. sila lihat juga Peranan Wanita Kristian (No. 62); Perkahwinan [289] dan Hukum dan Perintah Hukum Ketujuh [260]. Instruksi dalam Amsal 31 sangat sukar untuk diikuti, tetapi tidak perlu dikatakan lagi bahawa ia adalah bernilai bagi wanita individu demikian juga Jemaat (petikan karya tulis Amsal 31 [114] dan juga Kidung Agung [145]).

 

Peranan bersama ibu bapa

 

Ramai orang pada masa sekarang tidak menyedari  betapa kuat kesaksian mereka kepada anak-anak mereka melalui teladan yang mereka tunjukkan. Anak-anak yang masih kecil tidak mempunyai fikiran yang abstrak. Mereka melihat dan belajar bagaimana ibu bapa mereka bertindak terhadap mereka dan satu sama lain, dan memainkan sikap mereka sendiri. Anak-anak secara tipikal boleh menjadi cermin bagi sikap orang dewasa, sama ada ia positif atai negatif.

 

Rumah yang berbahagi tidak bertahan lama (Mat 12:25). Demikian juga dengan keluarga. Anak-anak secara sifat semulajadinya cuba mencari konsistensi dan perlindungan. Mereka akan meminta kebenaran kepada setiap ibu dan bapa mereka secara berasingan mengenai kebenaran bagi beberapa perkara yang khusus. Apabila ibu dan bapa memberikan jawapan yang berbeza, ia menjadi sesuatu yang repot dan mengelirukan bagi si anak. Sementara anak itu membesar remaja dia sebenarnya belajar untuk “membolehkan sistem itu” untuk mendapatkan apa yang mereka minta. Namun, Allah dan Hukum-hukumNya tidak akan berubah (Mal 3:6; 1 Sam 15:29; Bil 23:19; Yak 1:17). Kristus melakukan perkara yang dia lihat dari ayahnya. Kita harus berusaha untuk melakukan konsistensi, kemurnian dan kesatuan fikiran ini dalam membersarkan anak-anak kita dan dalam perhubungan fizikal kita, sama seperti Kristus dan Jemaat telah mendemonstrasikan kesatuan fikiran dan tindakan.

 

Kita harus mengajar anak-anak kita

 

Kita harus mengajar anak-anak kita dan membesarkan mereka dalam nasihat Tuhan (Ul 4:9, 10; Maz 78:1-7).

 

Kita haus mengajar anak-anak kita pada setiap masa:

 

Ulangan 11:19  19 Kamu harus mengajarkannya kepada anak-anakmu dengan membicarakannya, apabila engkau duduk di rumahmu dan apabila engkau sedang dalam perjalanan, apabila engkau berbaring dan apabila engkau bangun;

 

SHD 3925 Lamad adalah untuk mempelajari, untuk belajar, untuk menyesuaikan; untuk mengajar untuk memberi instruksi untuk praktis untuk melatih, untuk diajar, untuk dilatih. Keasalan dari malmad (4451) untuk meangsang lembu. Lamad mempunyai kedua-dua erti kata berlatih dan pelajaran. Bahasa Yunani memerlukan 2 perkataan manthano (3129) untuk belajar, dan didasko (1321) untuk mengajar, untuk mencapai erti kata bahasa Ibrani dalam perkataan lamad. Semua pengetahuan terletak dalam perasaan takut akan Tuhan (Ul 4:10; 14:23; 17:19; 31:12,13; Ams. 1:7). Tidak ada orang yang mengajar Dia atau menasihati Dia (Yes 40:14) Dia adalah Sumber kebenaran (Petikan catatan NASV Key Word Study Bible).

 

Amsal 1:8  Dengarlah hai anakku kepada perintah bapamu, dan janganlah mensia-siakan ajaran ibumu (8451).

 

SHD 8451 Towrah atau torah. Katabenda Ibrani ini datang dari 3384. maksudnya adalah doktrin instruksi, satu peraturan, petunjuk, aturan, patung, undang-undang (manusia), undang-undang (kudus), undang-undang kolektif …akhirnya towrah menjadi seerti dengan Pentateuch. …So towrah adalah lebih daripada hukum atau satu set peraturan, ia seharusnya tidak dianggap sebagai restriksi tetapi satu kaedah yang mana seseorang boleh mencapai tahap spiritual yang baik

 

(catatan NASV Key Word Study Bible).

 

Amsal 22:6 Latihlah (2596) anak dengan cara yang sepatutnya, walaupun dia sudah tua dia tidak akan melupainya.

 

SHD 2596 chanak adalah memulai, mengajar; untuk mendedikasikan, untuk mengabdikan, untuk memulakan. Katakerja Ibrani ini terjadi haya 5 kali. Ianta sama dengan “upacara perasmian;” latihan awal bagi anak-anak ditandakan oleh perkataan dalam Ams 22:6. Ia adalah tindakan komuniti (catatan NASV Key Word Study Bible).

 

Melalui perkataan-perkataan yang berlainan untuk mengajar dan mengarah, kita lihat satu konsep yang berkembang. Dari umur yang sangat muda, kita harus melatih anak-anak kita. Seekor anjing boleh dilatih, dan anak-anak kita adalah lebih berharga dari binatang, jadi mereka harus dilatih untuk menurut kepada perintah ibu bapa mereka. Latihan yang kita berikan kepada anak-anak kita menolong mereka untuk mengembangkan dasar emosi yang kuat untuk terus mempraktikkan pengawalan-diri yang diperlukan disepanjang hidup mereka. Sementara anak itu menjadi matang dia perlu diajar cara kehendak Allah.

 

Ibu bapa akan berfungsi sebagai penjaga anak-anak, penopang dan pelindung sehingga anak-itu menjadi dewasa dan boleh menjaga dirinya sendiri. Lebih banyak kejahatan atau sifat negatif yang boleh dicegah oleh ibu bapa, lebih sedikitlah “emosi atau bekas luka” yang dialami oleh anak-anak apabila menjadi dewasa nanti. Tetapi ini tidak bererti anak itu membesar dengan kongkongan.

 

Anak-anak kita adalah suci dan dikuduskan didalam diri kita (1Kor 7:14). Namun kita harus mengabdikan mereka melalui perintah kita dalam perkataan dan dalam perbuatan. Ianya sama dengan upacara perasmian atau upacara permulaan yang menetapkan fondasi bagi bangunan yang dibangunkan. Sekiranya fondasi ini kuat dan stabil, bangunan ini juga akan kuat dan stabil bila ia siap. Allah telah mempercayakan kita dengan makluk yang sangat berharga  apabila kita diberikan seorang anak; ianya bukan tanggung jawab yang dianggap ringan.

 

Sementara anak itu membesar, latihan pengawalan-diri dan penurutan itu memainkan peranan sebagai dasar bagi aspek Hukum Allah dan RencanaNya yang lebih kompeks. Ibu bapa dan jemaat harus memberi instruksi kepada anak atau remaja dalam doktrin iman, supaya mereka boleh mencapai tahap spiritual yang baik.

 

Anak-anak kita harus mendengar dan belajar untuk takut akan Tuhan Allah kita dan memelihara setiap firman dalam hukum (Ul 31:12,13; Maz 34:11; Ams 5:1,2; 6:20-23; 23:26). Mereka bukan sahaja diajar dalam rumah tetapi juga dalam perkumpulan yang ditentapkan oleh Allah (Yos 8:35; Kel. 13:8-10, 14-16; Ul. 31:12). Jemaat yang berfungsi sebagai komuniti yang percaya akan membantu mengajar anak-anak secara langsung atau secara tidak langsung melalui perkataan dan teladan-teladan.

 

Sekiranya kita mengajar anak-anak kita, keluarga terdekat kita dan seterusnya bangsa kita akan diberkati (1 Raja 2:1-4). Sekiranya kita tidak mengajar mereka dalam nasihat dan takut akan Allah, akibat yang negatif  akan berlaku (Ul. 4:25-28, 8:18-20; 30:17-19). Mempunyai anak adalah satu berkat yang besar dan tanggung jawab yang besar. Ia adalah tanggung jawab ibu bapa untuk mengajar anak-anak mereka untuk takut akan Allah.

 

Walaupun disiplin adalah berbentuk alkitabiah dan diperlukan, satu aspek untuk mengajar anak yang tidak boleh dilupakan adalah memuji mereka apabila mereka melakukan pillihan yang benar dan betul. Seperti Allah dengan jelas memberitahu kita untuk memilih kehidupan dan kita akan menuai berkatnya. Anak-anak memerlukan penguatkuasaan dan pujian atas perkara yang betul. Kebanyakan individu, muda atau tua, membutuhkan kasih sayang dan perhatian. Sering kali anak-anak akan bertindak atau membuat pilihan yang buruk hanya kerana ingin meminta perhatian dari ibu bapanya. Kita tidak harus memandang rendah nilai memuji dan membentuk sikap dengan mengetahui pilihan positif yang dibuat oleh anak. Allah dengan jelas melakukan ini kepada kita sejak kita menerima berkat kerana menurut (Ul 28), dan pemahaman yang lebih mendalam tentang HukumNya (Ams 16:3).

 

Malang sekali dalam masyarakat sekarang dua individu yang takut akan Allah bergabung bersama dalam perkahwinan kudus adalah sangat jarang. Namun semua perkara adalah tidak mustahil melalui Allah. Jadi apa sahaja situasi: perkahwinan dengan orang yang tidak percaya, perceraian atau kematian, terdapat pelbagai teladan bagaimana Allah melihat orang yang kematian suami dan orang yang tidak mempunyai bapa. Ianya terpulang kepada ibu bapa dan Jemaat untuk membantu dalam membesarkan anak-anak supaya mereka boleh belajar peranan lelaki dan wanita dengan seimbang.

 

Kita harus mendisiplinkan anak-anak kita

 

Sama seperti kita melatih, mengajar dan mendidik anak-anak kita, kita juga harus mendisiplinkan dan membetulkan mereka apabila diperlukan.

 

Amsal 13:24  Siapa tidak menggunakan tongkat, benci kepada anaknya; tetapi siapa mengasihi anaknya, menghajar dia pada waktunya.

 

Amsal 19:18 Hajarlah anakmu selama ada harapan, tetapi jangan engkau menginginkan kematiannya.

 

Amsal 22:15 Kebodohan melekat pada hati orang muda, tetapi tongkat didikan akan mengusir itu dari padanya

 

Amsal 23:13-16 Jangan menolak didikan dari anakmu ia tidak akan mati kalau engkau memukulnya dengan rotan.  14 Engkau memukulnya dengan rotan, tetapi engkau menyelamatkan nyawanya dari dunia orang mati.  15 Hai anakku, jika hatimu bijak, hatiku juga bersukacita.  16 Jiwaku bersukaria, kalau bibirmu mengatakan yang jujur.

 

SHD 5221 bererti: memukul 1) menyerang, menghentam, memukul, menyembelih, membunuh a) (Niphal) diserang dan dihentam b) (Pual) diserang atau dihentam c) (Hiphil)

 

1) menghentam, menyerang, memukul, mencambuk, menepuk, menghargai, memberi kepercayaan

 

2) menghentam, membunuh, menyembelih (manusia atau binatang)

 

3) menghentam, menyerang, menyerang dan memusnah, menakluk, menawan, membinasakan

 

4) menghentam, memarahi, menghakimi, menghukum, memusnahkan d0 (Hophal) dihentam 1) menerima tamparan 2) dilukai 3) dipukul 4) dihentam sehingga mati, dibunuh, disembelih.

 

5) diserang dan ditawan

 

6) diserang (dengan penyakit)

 

7) dimusnahkan (tumbuh-tumbuhan)

 

SHD 7626 tongkat

 

1) tongkat, batang kayu, cabang, tongkat pemukul, tongkat kekuasaan, suku a) tongkat, batang kayu b) batang (tombak, anak panah) c) tongkat pemukul (peralatan gembala) d) penggada, tongkat kekuasaan (tanda kuasa) e) kaum, suku

 

Disini kita lihat perkataan “memukul” mempunyai erti yang sangat luas dari menyerang untuk membunuh dan menawan, sebagai tambahan bagi maksud-maksud lain. Konsep yang sama juga adalah benar bagi maksud perkataan “tongkat” dari sebagai cabang atau tombak, kepada tanda kekuasaan.

 

Dari perkataan-perkataan Ibrani ini, kita belajar bahawa kita harus mendisiplinkan anak-anak kita, tetapi bagaimana ia dilakukan adalah keputusan ibu bapa. Terdapat garis pedoman dasar di kebanyakan negara seperti “merotan” atau “memukul” yang dilakukan dengan tangan terbuka berlawanan dengan genggaman tangan. Merotan harus dilakukan diluar pakaian. Tidak harus ada pukulan dilakukan di muka atau kepala. Dengan jelasm menggunakan kaedah elektrik, dll. Sebagai hukuman dianggap sebagai penderaan dan satu penyalahgunaan.

 

Bergantung kepada negara, mereka yang berada dalam sistem penjagaan kesihatan dan menurut kepada undang-undang tempat itu, perlu melaporkan luka kecedaraan atau tulang yang patah kepada agensi perlindungan kanak-kanak dan/atau polisi. Kita harus menggunakan kebijaksaan kita untuk mendisiplinkan anak-anak kita dan jangan sekali-kali bersikap kejam dan ganas.

 

Sama seperti Allah menangani kita secara individu, pembetulan harus diambil secara bersendirian diantara ibu bapa dan anak. Allah tidak perna mendisiplinkan kita dengan kemarahan. Demikian juga kita tidak harus melakukan pembetulan kepada anak-anak kita pada ketika kita marah. Perkara yang utama ialah bahawa ibu bapa harus pengawal emosi mereka sendiri sebelum menangani anak-anak yang diluar kawalan.

 

Pembetulan harus dilakukan dengan cepat supaya anak itu boleh melihat sebab dan akibat. Ibu bapa harus konsisten dalam membetulkan anak-anak mereka dan hukuman yang ditangguhkan selalunya bererti tidak ada hukuman. Anak itu harus tahu dan faham apa kesalahan yang dia lakukan dan diajar dengan betul tentang sikap-sikap yang baik.

 

Hukuman juga perlu sesuai dengan pelanggarannya. Seseorang tidak boleh memberikan hukuman bagi setiap pelanggaran. Seseorang juga perlu mempertimbangkan untuk berdamai dengan anak yang berbuat salah. Ada anak yang akan menangis dan bertobat hanya dengan pandangan yang tajam. Ada anak yang perlu dirotan; namun masih ada yang lain yang perlu kehilangan kebebasan atau alat permainannya dahulu untuk memahami akibat dari perbuatan mereka.

 

Perhubungan dengan anak bermula dari kelahiran anak tersebut. Ianya terpulang kepada ibu bapa bila dan bagaimana pembetulan ini dilakukan sementara nak itu membesar. Allah memberikan manusia dan warga semesta egensi kebebasan moral, demikian juga dengan anak-anak kita. Kita harus mengasuh, melatih, mengajar dan memimpin mereka dalam Hukum-hukum Allah. Kita juga membetulkan mereka dengan bijak.

 

Selepas pembetulan, anak itu perlu mengetahui ibu bapa masih mengasihi dia walaupun mereka membuat pilihan yang salah atau kesalahan. Sekiranya kita boleh memelihara Rencana Allah dalam fikiran kita, pada ketika kita menangani anak-anak kita, kita akan cenderung untuk membetulkan sikap mereka dengan cara yang baik. Keupayaan untuk belajar dari pembetulan adalah tanda hikmat (Ams 15:31-33).

 

Dibawah Hukum Allah, anak-anak bertanggung jawab kepad ibu bapa dan takluk kepada hukuman mati sekiranya mereka memberontak. (Ul 21:18-23). Hukuman mati terletak dalam diri ibu bapa dan, seterusnya kepada para penatua, dan kemudiannya kepada orang-orang. Lihat karya tulis Hukum dan Perintah Hukum Kelima [258].  Dengan jelas, tidak ada orang yang mahu mati bagi seorang anak, jadi ibu bapa perlu terus melatih anak-anak mereka supaya mereka akan bertindak dalam sikap yang boleh diterima.

 

Ibu bapa harus menyediakan keperluan bagi anak-anak mereka.

 

2Korintus 12:14  Sesungguhnya sekarang sudah untuk ketiga kalinya aku siap untuk mengunjungi kamu, dan aku tidak akan merupakan suatu beban bagi kamu. Sebab bukan hartamu yang kucari, melainkan kamu sendiri. Karena bukan anak-anak yang harus mengumpulkan harta untuk orang tuanya, melainkan orang tualah untuk anak-anaknya.

 

Anak yang sulung diberikan dua ganda bahagian dari warisan dan justru itu bertanggung jawab untuk menyediakan keperluan dan menjaga ibu bapa yang tua (Ul 21:17).

 

Peranan dan tanggung jawab anak-anak

 

Allah sangat jelas dengan apa yang Dia harapkan supaya kita lakukan dalam perhubungan keluarga perintah hukum yang kelima ditujukan semata-mata kepada keluarga (Mar 10:19; Luk 18:20; Ef 6:1-3).

 

Keluaran 20:12 Hormatilah ayahmu dan ibumu, supaya lanjut umurmu di tanah yang diberikan TUHAN, Allahmu, kepadamu.

 

Ulangan 5:16  Hormatilah ayahmu dan ibumu, seperti yang diperintahkan kepadamu oleh TUHAN, Allahmu, supaya lanjut umurmu dan baik keadaanmu di tanah yang diberikan TUHAN, Allahmu, kepadamu.

 

Perintah hukum kelima digambarkan sebagai perintah hukum pertama dengan janji.

 

Efesus 6:1-3  Hai anak-anak, taatilah orang tuamu di dalam Tuhan, karena haruslah demikian.  2 Hormatilah ayahmu dan ibumu--ini adalah suatu perintah yang penting, seperti yang nyata dari janji ini:  3 supaya kamu berbahagia dan panjang umurmu di bumi.

 

Kita harus menghormati, setia dan mengingati ibu, bapa, para penatua dan Allah (Im 19:3,32; Peng 12:10 Mat 19:19).

 

Anak-anak harus menjadi penurut

 

Kolose 3:20 Hai anak-anak, taatilah orang tuamu dalam segala hal, karena itulah yang indah di dalam Tuhan.

 

Hai anak-anak turutilah orang tuamu (Kej 28:7; 47:30).

 

Ia adalah satu pilihan untuk  menjadi bijak dan menurut Allah (Ams 10:1; 23:15; 27:11; 29).

 

Anak-anak boleh belajar menjadi teladan positif  kepada orang lain.

 

1Timotius 4:12  Jangan seorangpun menganggap engkau rendah karena engkau muda. Jadilah teladan bagi orang-orang percaya, dalam perkataanmu, dalam tingkah lakumu, dalam kasihmu, dalam kesetiaanmu dan dalam kesucianmu.

 

Kita diberitahu dalam 2 Timotius 2:22 untuk menyingkirkan kemahuan muda dan mencari kebenaran, iman, kasih, dan damai, bersama dengan mereka yang memanggil Tuhan dari hati yang tulus.

 

Janji-janji kepada anak-anak bagi ketaatan

 

Amsal 3:1-8 Hai anakku, janganlah engkau melupakan ajaranku, dan biarlah hatimu memelihara perintahku,  2 karena panjang umur dan lanjut usia serta sejahtera akan ditambahkannya kepadamu.  3 Janganlah kiranya kasih dan setia meninggalkan engkau! Kalungkanlah itu pada lehermu, tuliskanlah itu pada loh hatimu,  4 maka engkau akan mendapat kasih dan penghargaan dalam pandangan Allah serta manusia.  5 Percayalah kepada TUHAN dengan segenap hatimu, dan janganlah bersandar kepada pengertianmu sendiri.  6 Akuilah Dia dalam segala lakumu, maka Ia akan meluruskan jalanmu.  7 Janganlah engkau menganggap dirimu sendiri bijak, takutlah akan TUHAN dan jauhilah kejahatan;  8 itulah yang akan menyembuhkan tubuhmu dan menyegarkan tulang-tulangmu.

 

Kehidupan panjang adalah berkat kepada mereka yang menuruti firman Allah (Ams. 4:10,11, 20-23; 8:32,33).

 

Akibat ketidakturutan kepada anak-anak

 

Amsal 30:17  Mata yang mengolok-olok ayah, dan enggan mendengarkan ibu akan dipatuk gagak lembah dan dimakan anak rajawali.

 

Markus 7:10-13  Karena Musa telah berkata: Hormatilah ayahmu dan ibumu! dan: Siapa yang mengutuki ayahnya atau ibunya harus mati.  11 Tetapi kamu berkata: Kalau seorang berkata kepada bapanya atau ibunya: Apa yang ada padaku, yang dapat digunakan untuk pemeliharaanmu, sudah digunakan untuk korban--yaitu persembahan kepada Allah 12 maka kamu tidak membiarkannya lagi berbuat sesuatupun untuk bapanya atau ibunya.  13 Dengan demikian firman Allah kamu nyatakan tidak berlaku demi adat istiadat yang kamu ikuti itu. Dan banyak hal lain seperti itu yang kamu lakukan."

 

Dalam kasih marilah kita menguatkan orang lain lebih dari dirinya sendiri (Fil 2:3). Marilah kita cuba berfungsi dalam peranan kita yang ditahbiskan dan membantu keluarga Allah menuju kepada sikap takut akan Allah dan kepada nasihat Allah Bapa.

 

Sementara masa berlalu dan zaman ini menghampiri kesudahannya, marilah kita bekerja sementara ada terang dan menggunakan kasih serta hikmat dalam mengasuh anak-anak kita.

 

Yakobus 3:17  tetapi hikmat yang dari atas adalah pertama-tama murni, selanjutnya pendamai, peramah, penurut, penuh belas kasihan dan buah-buah yang baik, tidak memihak dan tidak munafik. 18 dan buah yang terdiri dari kebenaran ditaburkan dalam damai untuk mereka yang mengadakan damai.

 

Marilah kita berdoa supaya anak-anak kita belajar melalui diri kita tentang kasih sempurna yang diberikan Bapa kepada setiap kita. Allah dan AnakNya dan Jemaat mendemonstrasikan perkara ini kepada kita. Apa sahaja pembetulan yang diterima oleh anak-anak dari kita, biarlah ia menghasilkan buah-buah damai dalam kebenaran.

 

(Semua rujukan dari Strong’s adalah dari catatan dalam Blue Letter Bible kecuali yang dicatat berlainan).

 

 

q