Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[189]

 

 

 

 

Kita Tidak Diselamatkan Oleh Perbuatan Baik [189]

(Edisi 1.2 19970610-20000712)

 

Kata-kata rumusan, Kamu tidak diselamatkan oleh pemeliharaan Sabat, walaupun benar, telah digunakan begitu kerap sekali hingga menjadi sesuatu yang menjengkelkan, dan penggunaannya yang terkini lebih menyesatkan daripada membantu. Salah satu penggunaan ayat ini adalah untuk menekankan bahawa kita perlu memusatkan pada penyelamatan jiwa dan bukan pada perbezaan-perbezaan kedoktrinan. Namun kesahihan poin ini dan pemusatan tersebut bergantung pada para pendengar yang kita hadapi. Iman kita adalah dalam pengharapan suatu sistem yang dilambangkan oleh Sabat sebagai tanda ketaatan umat Tuhan. Tuan kita taat hingga mati, sebagai seorang dari kita, malah dia telah mati pada salib.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1997 oleh Roy A. Marrs)

(Tr. 2006)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Kita Tidak Diselamatkan Oleh Perbuatan Baik



Kata-kata rumusan, Kamu tidak diselamatkan oleh pemeliharaan Sabat, walaupun benar, telah digunakan begitu kerap sekali hingga menjadi sesuatu yang menjengkelkan, dan penggunaannya yang terkini lebih menyesatkan daripada membantu. Apabila ia mula-mula tersebar di antara kita, ia mempunyai kesan “kejutan” yang agak besar, dan mungkin perlu dikatakan untuk mendapat perhatian kita; namun ianya dipersoalkan sama ada ia digunakan dengan sebaik-baiknya. Salah satu penggunaan terkini pernyataan ini adalah untuk menekankan poin bahawa kita perlu memusat pada penyelamatan jiwa lebih daripada perbezaan-perbezaan kedoktrinan. Namun kesahihan poin ini serta pemusatan tersebut bergantung pada para pendengar yang kita hadapi.

 

Paulus, Petrus, Yakobus, Yohanes, Yudas, dan kitab Ibrani merupakan kajian-kajian kedoktrinan yang ditulis kepada Jemaat. Penekanan utama kitab-kitab ini adalah dalam memahami masalah dosa, jalan keselamatan, ketaatan, memastikan doktrin-doktrin yang tepat, dan peringatan untuk berbuat baik. Kitab-kitab ini bukanlah surat-surat kepada mereka yang tidak diselamatkan, dan fokus kitab-kitab ini bukanlah kepada yang tidak selamat.

 

Ini biasanya benar apabila kita berdiri dalam mimbar. Ianya juga benar apabila kita mencetak Bible Advocate atau risalat-risalat. Secara umumnya, kita berurusan dengan orang percaya dan pesan-pesan kita disesuaikan untuk orang percaya. Apabila berbicara kepada Jemaat, fokus pada Jemaat, pada kepercayaan dan kelakuan umat percaya, sama kesahihannya seperti pada zaman para rasul.

 

Jelasnya, kita perlu memasukkan peringatan dari mimbar dan halaman-halaman bercetak tentang kesaksian. Kita perlu mendorong Jemaat untuk menabur benih; tetapi, dalam berbuat begitu, kita akan temui, seperti Paulus, keperluan untuk meluruskan doktrin-doktrin umat percaya yang kita layani, sama ada dalam denominasi atau di luar denominasi. Itu adalah satu fungsi patut seorang penginjil, dan Paulus menemui dirinya hampir asyik dengan doktrin-doktrin yang salah dan masalah-masalah kelakuan dalam penulisannya.

 

Fokus kedua-dua Perjanjian Lama dan Baru adalah pada umat Tuhan, dan keduanya ditujukan kepada jemaat Israel dan Jemaat. Walaupun keduanya sesuai bagi mereka yang tidak selamat, fokus utamanya adalah pada kelakuan dan kepercayaan umat Tuhan.

 

Malah kitab-kitab injil memusat pada pemahaman yang sepatutnya terhadap TUHAN dan KristusNya dan harapan bahawa kita mentaati Tuhan kita, di mana sebahagiannya melibatkan penaburan benih dan bekerja di ladang-ladang tuaianNya.

 

Jadi kenapa pula adanya keasyikan dengan hal yang tidak dapat menyelamatkan kita sedangkan kita cuba menumpu pada hal yang memang dapat menyelamatkan kita? Adakah kita percaya bahawa mereka yang berada dalam hadirin kita yang menamakan nama Kristus tidak diselamatkan, kerana mereka percaya dalam perbuatan baik mereka untuk mendapat keselamatan? Jika ya, fokus komunikasi kita haruslah pada apa yang memang menyelamatkan, bukan hanya pada apa yang tidak dapat menyelamatkan. Kemungkinannya, dengan menumpu pada apa yang tidak menyelamatkan dan bukannya apa yang menyelamatkan, kita tidak memfokus dengan sepatutnya sama seperti apabila kita cuba meminta seorang yang tidak selamat untuk memelihara Sabat! Kita mahu orang yang tidak selamat untuk berhenti berdosa, jadi kita tidak terus menekankan bahawa berhenti berbuat zina tidak akan menyelamatkan.

 

Mari kita pertimbangkan logik pendekatan “memelihara Sabat tidak menyelamatkan”, dan ketiadaan fokusnya. Ianya sama sahnya dengan berkata, Kamu tidak diselamatkan oleh menghormati ibubapamu, juga tidak diselamatkan oleh memelihara sebarang perintah lain. Apabila kita mendorong semua orang untuk memelihara perintah untuk mengasihi sesama sendiri, kenapa kita tidak mengingatkan mereka, Bagaimanapun, ketahuilah, ia tidak akan menyelamatkan kamu? Satu kebenaran lagi adalah, mengasihi sesama sendiri tidak akan menyelamatkan kamu. Kenapa kita tidak pernah bercakap begitu?

 

Jemaat Tuhan, Hari Ketujuh, TIDAK MENGAJAR bahawa memelihara hukum bersepuluh itu atau apa-apa set peraturan lain, sama ada dari Perjanjian Lama atau Baru, adalah cara untuk selamat – dan, sepanjang pengetahuan saya, ia tidak pernah begitu. Kami telah disalahtuduh mengajar dan mempercayai begitu oleh ramai orang. Banyak karangan, malah dari sesetengah orang kami sendiri, mencerminkan salahfaham ini terhadap kami dan ajaran kami.

 

Biar saya jelaskan ketidaktetapan penuduh-penuduh palsu kami. Pertimbangkan pernyataan Paulus kepada orang Galatia.

 

Galatia 5:3-4  Sekali lagi aku katakan kepada setiap orang yang menyunatkan dirinya, bahwa ia wajib melakukan seluruh hukum Taurat. 4 Kamu lepas dari Kristus, jikalau kamu mengharapkan kebenaran oleh hukum Taurat; kamu hidup di luar kasih karunia.

 

Para penuduh palsu kami mempertimbangkan bahawa jika kita memelihara hari Sabat maka kita juga wajib melakukan seluruh hukum – dengan segala korbannya sekali.

 

Namun mereka mengajar bahawa kita tidak patut melakukan zina dan lapan dari sepuluh perintah yang lain. Jika benar-benar memelihara Sabat (satu dari sepuluh hukum itu) mewajibkan kita untuk membuat korban dan persembahan, maka begitu jugalah mentaati “jangan membunuh” juga mewajibkan kita untuk membuat korban dan persembahan! Begitu juga, jika mengajar bahawa kita tidak boleh mengamalkan homoseksualiti, maka kita harus memelihara seluruh hukum Musa, sama ada sepuluh perintah itu atau bahagian-bahagian lain hukum Musa, kerana dalam perintah-perintah lain melalui Musa, bukan hukum sepuluh, kita temui perintah-perintah untuk tidak melakukan perbuatan sumbang (inses) dan homoseksualiti.

 

Ketidaktetapan para penuduh kami yang tidak mengenakan peraturan yang sama kepada diri mereka (pelihara satu dan kamu harus memelihara semua) memperlihatkan prejudis mereka terhadap pemeliharaan Sabat. Tambahan lagi, mereka menuduh kami cuba dibenarkan (diselamatkan) dengan memelihara Sabat.

 

Untuk konsisten, mereka juga harus berkata begitu untuk semua yang mengajar bahawa seseorang tidak boleh membunuh (apa lagi membenci), tidak boleh mencuri (apa lagi mengingini), tidak boleh melakukan zina (apa lagi bernafsu terhadap seorang perempuan kerana paras rupanya). Jika kami cuba mendapatkan keselamatan dengan memelihara Sabat, satu dari sepuluh perintah itu, maka semua yang mengajar penurutan kepada sembilan perintah yang lain juga cuba mendapatkan keselamatan oleh perbuatan penurutan hukum. O, betapa baiknya mengenakan peraturan yang sama kepada diri kita yang kita kenakan kepada musuh-musuh kita!

 

Penyunatan tidak terdapat dalam hukum bersepuluh dan kerana itu ia bukan perbandingan yang sah kepada pemeliharaan Sabat. Namun Sabat terkandung dalam hukum sepuluh, dan Billy Graham, John McArthur, Chuck Swindoll dan ramai orang lagi tidak ikhlas dalam menyokong konsep bahawa sepuluh hukum itu masih mendefinisikan dosa.

 

Sememangnya, semua perintah lain adalah literal; namun pemeliharaan Sabat kini harus dipenuhi dengan menemukan perhentian dalam Kristus; mereka mengatakan seseorang tidak akan dapat memenuhi perintah keempat dengan memelihara hari ketujuh sebagai Sabat; tetapi sebaliknya pula, menggunakan hari Minggu sebagai hari untuk perhentian dan pertemuan rohani adalah sesuatu yang cukup logik dilakukan – walaupun Alkitab tidak pernah mennyebut tentang penggantian hari Minggu untuk Sabat.

 

Kenapakah kita menyaksikan penggunaan tidak seimbang sebahagian dari hukum ini, pemeliharaan Sabat, untuk menggambarkan bahawa perbuatan dan pemeliharaan hukum bukanlah cara mendapatkan keselamatan? Kenapakah para pendeta yang mendorong kita untuk menolak pengguguran kandungan dan homoseksualiti tidak pernah merasakan keperluan untuk berkata, Ketahuilah, sekalipun, bahawa menolak untuk mengalah kepada gerak hati homoseksual tidak akan menyelamatkan kamu? Kenapakah mereka tidak pernah berkata, Menolak untuk menggugurkan kandungan yang tidak dirancang tidak akan menyelamatkan kamu? Ianya sama benar untuk mengatakan hal-hal itu, namun ia meletakkan poin-poin yang ingin mereka buat dalam suasana tidak baik. Ianya sama benar untuk mengatakan, Menahan diri dari membunuh tidak akan menyelamatkan kamu seperti berkata Memelihara hari Sabat tidak akan menyelamatkan kamu – tetapi tiada yang berbuat begitu kerana mereka ingin menegakkan perintah Tuhan untuk tidak membunuh.

 

Adakah kita ingin menegaskan pemeliharaan Sabat? Jika ya, kita patut berbicara tentang pemeliharaan Sabat secara positif! Katakan tentang apa yang dapat dilakukannya, bukan apa yang ia tidak dapat. Tuhan tidak pernah berkata bahawa Sabat tidak berguna dalam proses keselamatan, kerana itu adalah di luar persoalannya, dan tidak menekankan hal-hal penting yang ingin dibuatNya. Begitu jugalah dengan pelayanan Yesus. Dia sekalipun tidak pernah menyebut tentang kegagalan-kegagalan hari Sabat dan apa yang tidak dapat dilakukannya untuk manusia.

 

Oleh sebab itu dapat dirumuskan bahawa terdapat dua poin fokus negatif dalam hal ini di antara para penginjil:

 

Melakukan perbuatan baik tidak akan menyelamatkan kamu.

 

1) Memelihara hukum tidak akan menyelamatkan kamu.

 

2) Dalam kedua-dua kasus, nampaknya alasannya adalah untuk meniadakan pemeliharaan hari Sabat. Pemeliharaan Sabat nampaknya adalah satu-satunya bantahan kebanyakan umat Kristian terhadap pengajaran perbuatan baik (yang sememangnya diajar Alkitab).

 

Tidak pernah sekalipun Alkitab bercakap negatif tentang perbuatan baik, namun ada pengkhotbah moden, termasuk sesetengah pendeta Jemaat Tuhan, hampir selalunya mula-mula berbicara tentang perbuatan baik secara negatif, dalam pengertian bahawa perbuatan-perbuatan ini tidak menyelamatkan kamu, dan kemudian dengan nada meminta maaf berkata, Tetapi saya bukannya merendahkan perbuatan baik.

 

Jadi kenapa bermula dengan kesan begitu?

 

Dalam hal ini, adakah kita berbicara di mana Alkitab berbicara? Adakah kita senyap di mana Alkitab bersenyap? Mungkin kita perlu jadikan ini suatu tritunggal: Kita berbicara SEPERTI Alkitab berbicara, kita berbicara DI MANA Alkitab berbicara, dan kita TIDAK berbicara di mana Alkitab tidak berbicara! Macamana sekalipun, kerusi berkaki dua sukar untuk berdiri!

 

Perbuatan baik disebut enam belas kali dalam Perjanjian Baru (dalam KJV dan dalam bahasa Yunani/Greek):

 

Matius 5:16 Demikianlah hendaknya terangmu bercahaya di depan orang, supaya mereka melihat perbuatanmu yang baik dan memuliakan Bapamu yang di sorga."

 

Yohanes 10:32  Kata Yesus kepada mereka: "Banyak pekerjaan baik yang berasal dari Bapa-Ku yang Kuperlihatkan kepadamu; pekerjaan manakah di antaranya yang menyebabkan kamu mau melempari Aku?"

 

Kisah 9:36  Di Yope ada seorang murid perempuan bernama Tabita--dalam bahasa Yunani Dorkas. Perempuan itu banyak sekali berbuat baik dan memberi sedekah.

 

Roma 13:3  Sebab jika seorang berbuat baik, ia tidak usah takut kepada pemerintah, hanya jika ia berbuat jahat. Maukah kamu hidup tanpa takut terhadap pemerintah? Perbuatlah apa yang baik dan kamu akan beroleh pujian dari padanya.

 

Efesus 2:10 Karena kita ini buatan Allah, diciptakan dalam Kristus Yesus untuk melakukan pekerjaan baik, yang dipersiapkan Allah sebelumnya. Ia mau, supaya kita hidup di dalamnya.

 

1Timotius 2:10 tetapi hendaklah ia berdandan dengan perbuatan baik, seperti yang layak bagi perempuan yang beribadah.

 

1 Timotius 5:10 dan yang terbukti telah melakukan pekerjaan yang baik, seperti mengasuh anak, memberi tumpangan, membasuh kaki saudara-saudara seiman, menolong orang yang hidup dalam kesesakan--pendeknya mereka yang telah menggunakan segala kesempatan untuk berbuat baik.

 

1 Timotius 5:25 Demikianpun perbuatan baik itu segera nyata dan kalau tidak demikian, ia tidak dapat terus tinggal tersembunyi.

 

1 Timotius 6:18 Peringatkanlah agar mereka itu berbuat baik, menjadi kaya dalam kebajikan, suka memberi dan membagi

 

2 Timotius 3:17 Dengan demikian tiap-tiap manusia kepunyaan Allah diperlengkapi untuk setiap perbuatan baik.

 

Titus 2:7 dan jadikanlah dirimu sendiri suatu teladan dalam berbuat baik. Hendaklah engkau jujur dan bersungguh-sungguh dalam pengajaranmu,

 

Titus 2:14 yang telah menyerahkan diri-Nya bagi kita untuk membebaskan kita dari segala kejahatan dan untuk menguduskan bagi diri-Nya suatu umat, kepunyaan-Nya sendiri, yang rajin berbuat baik.

 

Titus 3:8 Perkataan ini benar dan aku mau supaya engkau dengan yakin menguatkannya, agar mereka yang sudah percaya kepada Allah sungguh-sungguh berusaha melakukan pekerjaan yang baik. Itulah yang baik dan berguna bagi manusia.

 

Titus 3:14 Dan biarlah orang-orang kita juga belajar melakukan pekerjaan yang baik untuk dapat memenuhi keperluan hidup yang pokok, supaya hidup mereka jangan tidak berbuah.

 

Ibrani 10:24 Dan marilah kita saling memperhatikan supaya kita saling mendorong dalam kasih dan dalam pekerjaan baik.

 

1Petrus 2:12 Milikilah cara hidup yang baik di tengah-tengah bangsa-bangsa bukan Yahudi, supaya apabila mereka memfitnah kamu sebagai orang durjana, mereka dapat melihatnya dari perbuatan-perbuatanmu yang baik dan memuliakan Allah pada hari Ia melawat mereka.

 

Catatan: Kata-kata Yunani yang digunakan dalam petikan-petikan ini adalah sama ada bentuk kalos ergos, atau agathos ergos. Perbuatan baik adalah terjemahan terbaik untuk kedua-dua ungkapan.

 

Setiap petikan mempersembahkan perbuatan baik dalam konteks yang positif. Tiada satupun yang berbicara tentang perbuatan baik sebagai sebahagian dari perbincangan hukum dan rahmat! Bahagian paling berharga dalam perbincangan tentang perbuatan baik ini didapati dalam Titus 2:14:

(Yesus) yang telah menyerahkan diri-Nya bagi kita untuk membebaskan kita dari segala kejahatan dan untuk menguduskan bagi diri-Nya suatu umat, kepunyaan-Nya sendiri, yang rajin berbuat baik.

 

Dan Efesus 2:10:

Karena kita ini buatan Allah, diciptakan dalam Kristus Yesus untuk melakukan pekerjaan baik, yang dipersiapkan Allah sebelumnya. Ia mau, supaya kita hidup di dalamnya.

 

Kalau kita ingin berlaku adil dengan injil seperti yang dipersembahkan oleh Yesus, para penulis injil, dan Kitab-kitab Perjanjian Baru yang selebihnya, kita akan sentiasa berbicara tentang perbuatan baik dengan cara positif – tiada pengecualian!

 

Sebagai kontras, kita diingatkan untuk tidak melakukan perbuatan orang jahat, bahawa perbuatan yang dilakukan untuk ditunjukkan kepada orang adalah untuk tujuan yang salah, kesudahan kita akan sesuai dengan perbuatan kita; dan semua diingatkan bahawa kita akan diberi ganjaran sesuai dengan perbuatan kita, sama ada baik atau jahat; dan semua diminta untuk melakukan perbuatan yang sesuai untuk pertaubatan.

 

Walaupun Paulus jelas menyatakan bahawa kita tidak diselamatkan oleh perbuatan baik atau pemeliharaan hukum, dia terus menunjukkan bagaimana kita diselamatkan. Dia mengimbangkannya dengan menjelaskan bahawa kita meneguhkan hukum dengan iman; dan dengan menyatakan bahawa ciptaan baru yang kita telah jadi dalam Kristus adalah untuk perbuatan baik. Paulus menunjukkan bahawa Kristus mati untuk menebus kita dari kejahatan, untuk menguduskan suatu umat yang rajin berbuat baik. Berapa rajinkah orang akan berbuat baik jika perbuatan baik selalu dipersembahkan secara negatif? Mungkinkah orang akan menurut suatu perintah Tuhan jika perkara utama yang kita katakan tentangnya adalah bahawa memeliharanya tidak akan menyelamatkan kita?

 

Untuk adil dengan jumlah bukti yang begitu besar dalam firman Tuhan, kita harus mengakui bahawa Tuhan menghargai ketaatan kita dan perbuatan baik kita, dan menganggap perbuatan baik seperti kain buruk sedangkan Tuhan telah meminta AnakNya mati untuk mengubah diri kita agar kita dapat melakukan perbuatan baik yang sama itu adalah satu penyesatan pesanan injil.

 

Jika poin sebenar yang dibuat oleh sesetengah pendeta kita adalah bahawa pemeliharaan Sabat tidak penting, maka kita patut ikhlas tentangnya dan mengatakan begitu. Jika kita percaya ianya masih suatu ekspresi kehendak Tuhan untuk kehidupan kita, dan bukan sekadar sesuatu yang baik untuk dilakukan, maka setiap kali seseorang menyebut kamu tidak diselamatkan dengan memelihara Sabat, orang yang sama itu bukan saja patut menegaskan bahawa ia adalah tradisi yang baik dalam Jemaat (pendekataan Worldwide), tetapi si pembicara juga patut menegaskan mereka percaya Tuhan masih mengingini Sabat dipelihara (bukan pendekatan Worldwide), dan bahawa pemeliharaan Sabat adalah satu perintah Tuhan. Ya, atau tidak? Jika ya, kita tiada hak untuk bercakap negatif tentangnya.

 

Katakan kamu ditanya, Mahukah kamu mati untuk Sabat? Bagaimana kamu patut menjawab? Kamu harus menjawab dengan hati-hati. Di sebalik pertanyaan itu ternyata ada pertanyaan yang lebih luas, Adakah kamu sanggup mati daripada mengingkari Tuhan? Mengatakan, Tidak, saya tidak sanggup mati untuk Sabat tanpa penjelasan, boleh meninggalkan pesan etika situasi yang sangat jelas dalam pemikiran golongan muda dan tua bahawa ianya sia-sia untuk berkorban demi ketaatan. Kita harus selalu bercakap dengan jelas.

 

Kami percaya bahawa ianya bermanfaat untuk berkorban demi terus taat kepada Tuhan. Jika Yesus mati untuk membetulkan keingkaran kita, ianya memang bermanfaat untuk kita berkorban demi mengelak keingkaran kita. Ianya kenyataan sejarah bahawa kebanyakan para rasul telah membayar dengan nyawa mereka untuk taat.

 

Jika kita merendahkan kepentingan sebarang perintah Tuhan yang terus sah, Tuhan akan menghukum kita dengan dahsyat kerana menyatakan bahawa apa saja yang Dia perintahkan kita untuk dilakukan adalah pilihan bebas (lihat Matius 5:18-19; Wahyu 12:17; 14:12; 22:11-14,19 ed.). Nampaknya sesetengah orang memahami ekspresi Memelihara Sabat tidak akan menyelamatkan kamu, sebagai bererti Sabat adalah pilihan bebas. Ia bukan pilihan bebas, ia adalah satu perintah Tuhan. Logik yang digunakan oleh leluhur Jemaat Tuhan kita adalah baik. Ianya seperti berikut:

 

Yakobus 2:10-11 Sebab barangsiapa menuruti seluruh hukum itu, tetapi mengabaikan satu bagian dari padanya, ia bersalah terhadap seluruhnya. Sebab Ia yang mengatakan: "Jangan berzinah", Ia mengatakan juga: "Jangan membunuh". Jadi jika kamu tidak berzinah tetapi membunuh, maka kamu menjadi pelanggar hukum juga.

 

Sistem logik ini sama sahnya apabila dituliskan, Sebab Ia yang mengatakan, ‘Jangan ada padamu allah lain di hadapan-Ku,’ juga berkata, ‘Jangan membuat bagimu patung yang menyerupai apapun’; atau, Sebab Ia yang mengatakan, ‘Hormatilah ayahmu dan ibumu’ juga berkata, ‘ingatlah hari Sabat.’

 

Kesimpulan-kesimpulan yang patut dibuat

 

Cara kita berbicara tentang perbuatan baik dan pemeliharaan Sabat mempunyai implikasi yang sangat penting untuk kedamaian Jemaat. Jika kita tidak sedar, maka kita perlu sedar bahawa ekspresi-ekspresi yang kita gunakan di mimbar-mimbar kita, dalam karangan-karangan kita untuk Bible Advocate atau pelajaran-pelajaran untuk Sekolah Sabat, adalah sama ada mententeramkan atau menghasut, membangunkan atau membinasakan. Mereka jarang neutral. Retorik kita pada masa ini tentang pemeliharaan Sabat dan perbuatan baik yang tidak menyelamatkan adalah tidak seimbang, dan bersifat menghasut dan membinasakan, tanpa memenuhi sebarang tujuan berguna.

 

Kita perlu bercakap positif tentang hal-hal yang kita ajar, hal-hal yang kita teguhkan, hal-hal yang kita percayai.

 

Kita perlu membezakan antara apa yang menyelamatkan kita dan apa yang menuduh kita. Keduanya adalah fungsi-fungsi berlainan. Ianya jelas dari Alkitab bahawa kita tidak diselamatkan oleh perbuatan baik, namun ianya juga jelas dari Alkitab bahawa Tuhan menghargai perbuatan baik, hingga Ia mengharapkan kita untuk melakukan mereka, dan bahawa kita diketahui berkenalan dengan Tuhan atau tidak oleh perbuatan kita. Ianya sama jelas bila kita tertuduh kerana tiadanya perbuatan baik seperti mana ianya jelas bahawa perbuatan baik tidak menyelamatkan kita.

 

Walaupun perbuatan baik bukan satu fungsi proses keselamatan, kedua-dua ketiadaan perbuatan baik dan perbuatan jahat adalah fungsi perlunya keselamatan! Keingkaran terhadap Tuhan adalah alasan keperluan untuk diselamatkan.

 

Jika Tuhan menghendaki kita memelihara hari Sabat, berterus-teranglah dan katakan begitu secara positif! Jika memelihara Sabat bukan satu ekspresi kehendak Tuhan, maka berterus-teranglah dan katakan begitu!

 

Paulus menulis, “Itulah sebabnya sekali ini aku menulis kepada kamu ketika aku berjauhan dengan kamu, supaya bila aku berada di tengah-tengah kamu, aku tidak terpaksa bertindak keras menurut kuasa (kewibawaan) yang dianugerahkan Tuhan kepadaku untuk membangun dan bukan untuk meruntuhkan.” (2 Korintus 13:10). Biarlah maksud kita sendiri dan kesan-kesan perbuatan kita membangunkan.

 

Kalau kamu inginkan jemaat kamu untuk mula bersaksi dan bukannya terbalik dalam fokus mereka, peganglah tangan mereka dan katakan, Saudara, mari kita cari seorang yang berdosa dan bersaksi kepadanya. Ianya jauh lebih efektif dari memberitahu orang yang selamat apa yang tidak dapat menyelamatkan mereka.

 

[Dalam mengusahakan tulisan ini saya menulis kepada Roy Marrs tentang pekerjaan ini dan menunjukkan kepadanya komen-komen berikut yang dipersetujuinya dan komen-komen ini ditambah sesuai dengan kehendaknya (ed.).]

 

Penurutan kepada perintah-perintah Tuhan adalah suatu ekspresi iman. Dia yang memberikan hukum taurat kepada kita berbuat begitu kerana hukum itu berasal dari kodratNya. Kita mengambil bahagian dalam kodrat ilahi itu (2Petrus 1:4). Penurutan kepada hukum adalah hasil Roh Kudus dan kita memelihara hukum ini dari dalam hati kita. Kita tidak lagi perlukan guru-guru kerana kita memiliki Roh Kudus. Sabat adalah salah satu dari satu siri perintah yang diluaskan dalam hukum-hukum Perjanjian Lama untuk meliputi tanggungjawab-tanggungjawab yang kita pikul apabila kita menjadi sebahagian dari Kerajaan Tuhan. Kita tidak dibenarkan oleh hukum. Kita dibenarkan oleh iman. Para bapa (patriak) dan semua yang mengikuti mereka telah dibenarkan oleh iman (Ibrani 11:1-40). Iman adalah dasar dari segala sesuatu yang kita harapkan (Ibrani 11:1 dan seterusnya). Namun mereka tidak memperolehi janji itu kerana Tuhan telah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita, tanpa kita mereka tidak dapat sampai kepada kesempurnaan (Ibrani 11:39-40). Dengan iman, kita mengharapkan satu sistem hukum dan pemerintahan yang terpancar dari kodrat Tuhan. Dengan iman, pengorbanan kita dijadikan seperti batu-batu hidup dalam Bait Tuhan di mana kita adalah bait itu dan kita dikuasai oleh hukum Tuhan di dalam hati kita dan pemikiran kita.

 

Sabat adalah perintah ujian kerana ia menandakan sistem Tuhan. Mereka yang mengaku beriman, namun tidak memelihara Sabat, tidak sampai kepada kemuliaan Tuhan. Dengan perbuatan mereka menunjukkan kekurangan iman mereka kepada kita. Kita, dengan perbuatan kita, menunjukkan iman kita (Yakobus 3:18). Iman kita adalah dalam pengharapan suatu sistem yang dilambangkan oleh Sabat sebagai tanda penurutan umat Tuhan. Tuan kita telah setia sampai mati, sebagai salah seorang dari kita, malah mati atas salib (Filipi 2:5-8). Sabat adalah tanda sistem perhentian yang Tuhan tubuhkan untuk kita dalam Yesus Kristus.

 

q