Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[212E]
Keturunan Abraham
Bahagian V: Yehuda
(Edisi 2.0 20070115-15-20070115-20070417)
Urutan karya-karya ini mengisahkan pemualafan keturunan Abraham dan peranan mereka dalam Kerajaan Tuhan yang akan datang. Bahagian V adalah berkenaan pemualafan Yehuda.
Kitab Suci memberitahu kita bahawa suatu pengerasan terjadi atas hati-hati Yehuda dan bahawa dalam Zaman Akhir mereka akan berpusing balik dan akan dimualafkan agar Mesias dapat kembali kepada bangsanya sendiri dan pusakanya sendiri.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 2007 Reginald Scott dan Wade Cox)
(Tr. 2008)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Keturunan Abraham Bahagian V: Yehuda
Pengenalan
Ternyata dalam Kitab Suci bahawa
Yehuda akan dimualafkan pada Zaman Akhir dan pengerasan hati-hati mereka akan
dibuang.
Pengerasan akan datang ke atas
hati-hati Yehuda, dan Mesias terpaksa dikorbankan menurut nubuatan. Yehuda
terpaksa dipisahkan daripada Israel dan Bait jasmaniah dibinasakan kerana
kebutaan mereka untuk kejadian pertama dan Rencana Tuhan berkaitan Bait untuk
kejadian kedua. Urutannya berlaku menurut nubuatan yang kita lihat daripada
Daniel berkenaan Bait dan seperti yang dijelaskan dalam karya Tanda Yunus dan Sejarah
Pembangunan Semula Bait (No. 13). Kebutaan yang melanda Yehuda
diperincikan dalam karya Perang dengan Rom dan
Kejatuhan Bait Suci (No. 298).
Pada Zaman Akhir kebutaan ini akan
diangkat dan Roh Kudus akan dicurahkan ke atas Yehuda agar mereka diubah dan
Rencana Tuhan dilaksanakan.
Urutan perubahan kepercayaan Yehuda
dan segala pencubaan yang telah dideritai mereka bila dilihat dari segi konteks
Alkitab dan nubuatan nyata cocok dalam struktur keseluruhan. Mereka sebenarnya
tidak perlu menderita begitu banyak di luar Rencana Tuhan namun mereka orang
yang keras kepala dan suatu pengerasan memangpun telah menguasai hati-hati
mereka.
Tidak lama lagi mereka akan
bertaubat dan mata mereka akan dibuka.
Mereka masih mempunyai beberapa
pencubaan untuk dipikul (lihat karya Perang Hamon-Gog (No. 294)).
Bagaimanapun, Yehuda akan selamat
dan mereka akan mengatasi dan akan dipulihkan.
Kisah mereka tertulis dalam Kitab
Suci dan Kitab Suci tidak dapat dibatalkan (Yohanes 10:34-35).
Dengan cara yang sama nubuatan
menggambarkan Jemaat dan negara-negara lain di sekeliling Tanah Suci.
Nubuatan-nubuatan ini meliputi Timur Tengah, termasuk Mesir, Persia, dan
negara-negara yang bersekutu dengan, atau yang berliga dengan negara-negara
ini.
Soal kemerdekaan dan penganiayaan
telah sentiasa ada bagi orang Yahudi. Untuk satu contoh pengendalian mereka
kita akan beralih kepada England.
Orang Yahudi di England
Tahun 2006, atau 29/120, menandakan
ulang tahun ke 350 (sama dengan 7 Yobel) keputusan Oliver Cromwell sebagai Lord
Protector untuk menerima semula orang Yahudi ke England. Penyingkiran mereka,
selama kira-kira 366 tahun, adalah melalui perintah Raja Edward I yang dibuat
pada Hari Para Kudus (All Saints’ Day)
pada 1290. Dengan itu England merupakan negara Eropah pertama yang mengusir
orang Yahudi secara rasmi berikutan beberapa ratus tahun penganiayaan.
Kemasukan semula mereka ini terjadi
terutamanya melalui usaha seorang, Rabai Menasseh ben Israel dari Amsterdam.
Pada 1655 dia mengajukan satu permohonan kepada Sidang Negara di England
meminta agar orang Yahudi diberi kebebasan berdagang, kebebasan beragama –
termasuk sinagog (rumah ibadat) dan tempat perkuburan mereka sendiri, dan hak
untuk beroperasi menurut Hukum Musa – dan menuntut pembatalan semua
undang-undang anti-Yahudi. Bagaimanapun, tiada keputusan dibuat oleh komiti
yang dibentuk untuk meninjau soal kemasukan semula mereka. Kebanyakan anggota
komiti yang terdiri daripada para hakim, pedagang dan pendeta ini sebenarnya
menentang idea ini, namun Cromwell sendiri memberi izin pada 1656. Cromwell dan
kumpulan Puritannya juga dengan wajarnya telah menyokong satu larangan parlimen
yang dibuat lebih awal ke atas perayaan Krismas, hari-hari raya Orang Kudus (Santo)
dan hari raya bukan alkitabiah yang lain.
Perhatikan bahawa larangan oleh
Edward itu hanyalah melalui hak istimewa raja dan bukan melalui apa-apa Akta
Parlimen, justeru tiada undang-undang pengusiran sebenarnya untuk dibatalkan.
Bagaimanapun, lebih 200 tahun kemudian pada 1858, barulah orang Yahudi di
Britain menerima hak-hak yang sama dan lengkap sebagai warganegara. Cromwell,
yang meninggal pada 1658, ingin memasukkan semula orang Yahudi atas beberapa
sebab. Ramai rakan Puritannya mempunyai minat ikhlas dalam bahasa dan
kesusasteraan Ibrani dan merasai simpati tertentu terhadap ‘orang-orang
Perjanjian Lama’, sementara bagi orang lain ini merupakan soal kemanfaatan
politik. Jelas kelihatan sebab utamanya adalah untuk keuntungan komersial
langsung, sebab terdapat perdagangan menguntungkan yang beroperasi antara
Holland dan England pada waktu itu dan orang Yahudi diakui sebagai pedagang dan
saudagar mahir yang dapat memudahkan perdagangan itu. Lucien Wolf, pengasas
Persatuan Sejarah Anglo-Yahudi, menulis awal dalam abad ke 20 tentang apa yang
dianggapnya sebagai motif kemasukan semula itu: “Sebenarnya kekurangan bulion
(jongkong emas) dalam negara, seawal 1643 … telah menganjurkan kepada Cromwell
keinginan menempatkan saudagar-saudagar Yahudi di London.”
Demikianlah mereka mendiami,
semakin lama semakin ramai. Diusir lebih awal dari Sepanyol dan Portugal ketika
Pasitan Katolik, orang Yahudi telah memulakan perniagaan di Amsterdam dan
instrumental dalam menjadikan kota ini salah satu daripada pelabuhan paling
sibuk di dunia pada waktu itu. Susulan keputusan Cromwell ramai Yahudi Sephardi
dan yang lain mula berpindah ke England dan memperkenal semula beberapa aspek
pemeliharaan Torah (Taurat) kepada Britain. Seseorang yang mengunjung Sinagog
Sephardi di Creechurch Lane, London pada 1662 diberitahu: “Satu tahun pada
zaman Oliver, mereka membuat pondok-pondok di seberang Thames dan merayakan
Perayaan Pondok Daun di dalamnya.” Pada Oktober 1663, penulis diari terkenal
Samuel Pepys juga mengunjung Sinagog Sephardi ini, dan penggantinya kemudian,
Bevis Marks, kekal sinagog tertua di Britain hari ini.
Sejak kemasukan semula rasmi
mereka, orang Yahudi telah berintegrasi sepenuhnya ke dalam masyarakat British
dan telah membuktikan diri mereka hamba setia Mahkota dan aset yang amat
bernilai kepada negara dalam berbagai-bagai cara. Hari ini terdapat kira-kira
300,000 Yahudi di UK, daripada anggaran 13-14 juta yang tersebar di seluruh
dunia. Terdapat lebih ramai Yahudi di AS daripada Israel dan AS dan Komanwel
British merupakan kediaman sebenar untuk kebanyakan Yehuda hari ini. Dari segi
itu orang Yahudi sedang disatukan semula dengan Israel dan negara yang
dipanggil Israel ini sebenarnya satu bahagian Komanwel. Ironinya Israel dan
Australia dikelompokkan bersama dalam divisi sama dunia oleh
persetujuan-persetujuan Rom.
Dalam The Times (London) 1 Jun 2002, Rabai Jonathan Romain menulis satu
artikel bertajuk ‘Pariahs, heroes and a
loyal people: how England’s monarchs saw their Jewish subjects’ (Paria,
wira dan orang setia: bagaimana raja-raja England memandang rakyat Yahudi
mereka), yang sebahagiannya berbunyi seperti berikut.
Bila
almarhum Puteri Margaret mengunjung Sinagog Maidenhead sepuluh tahun lalu –
ibadat Yahudi pertama yang dihadirinya – dia mengakui kemudian bahawa perkara
yang paling mengagumkannya bukanlah bahasa Ibrani atau upacara-upacaranya,
tetapi penemuan bahawa orang Yahudi membacakan Doa untuk Kerabat Raja pada
setiap kebaktian Sabat. …
Orang
Yahudi bukan saja mendoakan Ratu sekarang ini; sudah lama tradisi wujud untuk
memohon berkat Tuhan ke atas raja sebagai lambang kestabilan negara, walaupun,
secara jujurnya, sesetengah raja dan ratu kurang berhak menerimanya daripada
yang lain.
Hubungan
antara Mahkota dan orang Yahudi bermula dengan William I, apabila satu
masyarakat tetap ditubuhkan di sini setelah dia membawa orang Yahudi
menyeberang dari Normandy untuk membantu mendiami kerajaan barunya. Mereka
dilihat sebagai unsur yang boleh dipercayai dalam satu populasi yang tidak
stabil sebaliknya, dengan orang Anglo-Saxon yang ingin menghapuskannya dan kaum
bangsawannya sendiri yang bersaing untuk kuasa. Hubungan mereka dengan William
II lebih ramah lagi malah dia bergurau bahawa dia akan mempertimbang untuk
bermualaf kepada Judaisme sekiranya mereka dapat mengalahkan biskop-biskopnya
dalam perdebatan – begitu menakutkan bagi biskop-biskopnya, walaupun ini tidak
pernah diuji.
Sebagai
orang baru dalam negara, orang Yahudi … secara rasminya diumumkan sebagai
“barang bergerak (harta peribadi)” Mahkota, bertanggungjawab secara langsung
kepada Takhta dan menjadi miliknya. Definisi ini mempunyai banyak manfaat, dan
memberi orang Yahudi hak kediaman dan perlindungan. …
Raja-raja
selepas itu menyalahgunakan kuasa istimewa ini, mengenakan cukai yang
membebankan ke atas orang Yahudi … Bagi pihaknya, Elizabeth II telah
memperlakukan rakyat Yahudinya seperti yang mereka inginkan: sama seperti semua
orang lain. …
Kebanyakan
orang Yahudi pastinya gembira melihat unsur pelbagai iman dengan apa saja
permahkotaan masa depan, dengan rabai-rabai Ortodoks dan Progresif mengikut
serta di samping para pemimpin agama lain, namun buat masa ini mereka sudah
cukup gembira menyertai sorakan ‘Long
live the Queen’ (penekanan ditambah)
Dedikasi dan hormat seperti itu
untuk Raja jarang dilihat di kalangan rakyat lainnya yang paling setia,
Kristian atau selainnya. Mungkin secara tidak sedar, orang Yahudi sebenarnya
berdoa untuk saudara mereka sendiri, sebab sudah dibuktikan bahawa
anggota-anggota Kerabat Raja sekarang ini ialah keturunan langsung Raja Daud
Isarel dan dengan itu berasal daripada suku Yehuda. Lihat karya Dari Daud dan Para Pemimpin
Buangan hingga Kerabat Windsor (No. 67) dan Pesan Sabat 16/4/27/120 di:
http://www.ccg.org/_domain/ccg.org/Sabbath/2004/S_07_03_04.htm
Ramai kerabat raja mengetahui
hakikat ini, sebab adanya jadual genealogi di Istana Windsor yang benar-benar
menunjukkan keturunan mereka dari Raja Daud. Ratu Victoria (bertakhta
1837-1901) sedar sepenuhnya bahawa dia menduduki takhta Daud. Kebanyakan rakyat
Mahkota ini, bagaimanapun, terus tidak mengetahuinya sampai hari ini.
Sebagai fakta menarik, Ratu
sekarang ini, Elizabeth II, memulakan pemerintahannya pada Februari 1952, jadi
tahun 1977 merupakan yobel rasminya (sekalipun ini yobel perak, iaitu separuh yobel). Yobel peraknya bertepatan dengan tahun
Yobel sebenar. Tahun pertama yobel baru pada 1978 ialah permulaan Yobel ke 120
sebenar dalam Kalendar Tuhan.
Takhta kekal Daud
Kedua-dua raja Daud dan Salomo
diberitahu bahawa takhta yang diberikan kepada mereka akan kekal (2 Samuel
7:13,16; Yeremia 33:17).
2 Samuel 7:12-17 Apabila umurmu
sudah genap dan engkau telah mendapat perhentian bersama-sama dengan nenek
moyangmu, maka Aku akan membangkitkan keturunanmu yang kemudian, anak
kandungmu, dan Aku akan mengokohkan kerajaannya. 13 Dialah yang akan
mendirikan rumah bagi nama-Ku dan Aku
akan mengokohkan takhta kerajaannya untuk selama-lamanya. 14 Aku
akan menjadi Bapanya, dan ia akan menjadi anak-Ku. Apabila ia melakukan
kesalahan, maka Aku akan menghukum dia dengan rotan yang dipakai orang dan
dengan pukulan yang diberikan anak-anak manusia. 15 Tetapi kasih
setia-Ku tidak akan hilang dari padanya, seperti yang Kuhilangkan dari pada
Saul, yang telah Kujauhkan dari hadapanmu. 16 Keluarga dan
kerajaanmu akan kokoh untuk selama-lamanya di hadapan-Ku, takhtamu akan kokoh untuk selama-lamanya." 17 Tepat
seperti perkataan ini dan tepat seperti penglihatan ini Natan berbicara kepada
Daud. (RSV)
Mungkin boleh disimpulkan daripada
beberapa ayat Alkitab bahawa ketaatan sepenuhnya kepada Tuhan dan HukumNya
diperlukan untuk janji ini terus terlaksana berkenaan takhta jasmaniah Israel
(contoh 1 Raja 2:1-4; 2 Tawarikh 6:16; Mazmur 132:11-12). Bagaimanapun, ayat 45
1 Raja-raja 2 mengusulkan takhta ini akan kukuh selama-lamanya dari permulaannya, tanpa mengira ketaatan raja-raja
(dan ratu-ratu) yang akan mendudukinya.
Dalam ayat 14 2 Samuel 7 di atas,
kelihatannya Salomo dan raja-raja selepasnya akan dihukum keras kerana
dosa-dosa mereka, namun janji berkenaan keterusan anak cucu raja di atas takhta
Israel tidak akan dibatalkan sama sekali.
1 Raja-raja 2:1-4,45 Ketika saat
kematian Daud mendekat, ia berpesan kepada Salomo, anaknya: 2
"Aku ini akan menempuh jalan segala yang fana, maka kuatkanlah hatimu dan
berlakulah seperti laki-laki. 3 Lakukanlah kewajibanmu dengan setia
terhadap TUHAN, Allahmu, dengan hidup menurut jalan yang ditunjukkan-Nya, dan
dengan tetap mengikuti segala ketetapan, perintah, peraturan dan ketentuan-Nya,
seperti yang tertulis dalam hukum Musa, supaya engkau beruntung dalam segala
yang kaulakukan dan dalam segala yang kautuju, 4 dan supaya TUHAN
menepati janji yang diucapkan-Nya tentang aku, yakni: Jika anak-anakmu
laki-laki tetap hidup di hadapan-Ku dengan setia, dengan segenap hati dan
dengan segenap jiwa, maka keturunanmu
takkan terputus dari takhta kerajaan Israel. 45 Tetapi
diberkatilah kiranya raja Salomo dan kokohlah takhta Daud di hadapan TUHAN sampai selama-lamanya." (RSV)
Dan sekali lagi dalam Mazmur:
Mazmur 89:35-37 Sekali Aku
bersumpah demi kekudusan-Ku, tentulah Aku tidak akan berbohong kepada Daud: 36
Anak cucunya akan ada untuk
selama-lamanya, dan takhtanya seperti matahari di depan mata-Ku, 37
seperti bulan yang ada selama-lamanya, suatu saksi yang setia di
awan-awan." Sela (RSV)
Satu analogi boleh dibuat antara
takhta Daud dan Hukum Tuhan. Hukum Tuhan tidak
pernah ditiadakan sepanjang dua ribu tahun kebelakangan ini sejak kematian
Mesias, hanya untuk dilaksanakan pula, sebagaimana yang dinyatakan Alkitab
dengan tegas, dalam Kerajaan Tuhan yang akan datang. Begitu juga takhta
jasmaniah Daud tidak pernah lenyap sepanjang kira-kira 2600 tahun (iaitu sejak
penawanan Yehuda pada 586 BCE), hanya untuk muncul semula apabila Mesias datang
untuk mengambil kerajaannya. Sebaliknya, kedua-duanya iaitu keturunan raja pada
takhta dan Hukum raja Tuhan telah beroperasi tanpa henti sejak permulaannya.
Yeremia 33:14-26 "Sesungguhnya,
waktunya akan datang, demikianlah firman TUHAN, bahwa Aku akan menepati janji
yang telah Kukatakan kepada kaum Israel dan kaum Yehuda. 15 Pada
waktu itu dan pada masa itu Aku akan menumbuhkan Tunas keadilan bagi Daud. Ia
akan melaksanakan keadilan dan kebenaran di negeri. 16 Pada waktu
itu Yehuda akan dibebaskan, dan Yerusalem akan hidup dengan tenteram. Dan
dengan nama inilah mereka akan dipanggil: TUHAN keadilan kita! 17
Sebab beginilah firman TUHAN: Keturunan Daud tidak akan terputus duduk di
atas takhta kerajaan kaum Israel! 18 Dan keturunan imam-imam
orang Lewi tidak akan terputus mempersembahkan korban bakaran di hadapan-Ku dan
membakar korban sajian dan mengorbankan korban sembelihan sepanjang masa."
19 Firman TUHAN datang kepada Yeremia, bunyinya: 20
"Beginilah firman TUHAN: Jika kamu dapat mengingkari perjanjian-Ku dengan
siang dan perjanjian-Ku dengan malam, sehingga siang dan malam tidak datang
lagi pada waktunya, 21 maka juga perjanjian-Ku dengan hamba-Ku Daud
dapat diingkari, sehingga ia tidak mempunyai anak lagi yang memerintah di atas
takhtanya; begitu juga perjanjian-Ku dengan orang-orang Lewi, yakni imam-imam
yang menjadi pelayan-Ku. 22 Seperti tentara langit tidak terbilang
dan seperti pasir laut tidak tertakar, demikianlah Aku akan membuat banyak
keturunan hamba-Ku Daud dan orang-orang Lewi yang melayani Aku." 23
Firman TUHAN datang kepada Yeremia, bunyinya: 24 "Tidakkah
kauperhatikan apa yang dikatakan orang-orang ini: Kedua kaum keluarga yang
dipilih TUHAN itu telah ditolak-Nya? Dengan demikian mereka menghina umat-Ku,
dianggapnya bukan suatu bangsa lagi. 25 Beginilah firman TUHAN: Jika
Aku tidak menetapkan perjanjian-Ku dengan siang dan malam dan aturan langit dan
bumi, 26 maka juga Aku pasti akan menolak keturunan Yakub dan hamba-Ku
Daud, sehingga berhenti mengangkat dari keturunannya orang-orang yang
memerintah atas keturunan Abraham, Ishak dan Yakub. Sebab Aku akan memulihkan
keadaan mereka dan menyayangi mereka." (RSV)
Oleh sebab menjangkakan keraguan
yang berleluasa, Tuhan memberi satu cabaran dalam ayat 20 dan 21. Siang dan
malam telah datang pada waktu yang ditetapkan dengan kepastian nyata sejak Bumi
diperbaharui, jadi perjanjian Tuhan berkenaan ini tidak pernah dibatalkan – dan
begitu juga dengan perjanjianNya untuk meletakkan keturunan Daud tanpa putus di
atas takhta kaum Israel (lihat ayat 25-26). Para imam Lewi yang disebutkan kini
ialah (sejak kemusnahan Bait Suci di Yerusalem) umat pilihan di kalangan
Jemaat-jemaat Tuhan, yang telah melaksanakan kebaktian rohaniah berterusan
sejak Roh Kudus dikaruniakan dalam era baru. Malah umat pilihan ialah imam-imam
Melkisedek yang lebih unggul, yang mana keimamatan Lewi hanya subset
sementaranya. Kita juga lihat bahawa keimamatan Lewi tidak pernah dipanggil raja (royal), tidak seperti imam
Melkisedek (1 Petrus 2:9). Begitu juga Hukum Tuhan disebut sebagai hukum raja
(hukum utama) (Yakobus 2:8).
Tanggungjawab raja
Aspek raja ini membawa bersamanya
hak-hak istimewa serta kewajipan-kewajipan tertentu, sama seperti Kerabat Raja
sekarang ini mempunyai tanggungjawab terhadap United Kingdom dan seluruh
Komanwel, yang kini terdiri daripada kira-kira 54 negara dan pastilah sejumlah besar bangsa-bangsa Efraim yang
diperkatakan dalam Kejadian 48:19.
Kalau adapun apa-apa ‘hak istimewa’
kerabat raja ia merupakan hak-hak yang berkaitan dengan dedikasi yang tidak
mementingkan diri dan jasa kepada negara, jenis noblesse oblige, dan dalam hal ini Ratu sekarang khususnya telah
mempertunjukkannya dengan tetap. Dia dilahirkan untuk satu tugas yang tidak
pernah dikehendakinya dan yang sebaik-baikpun tidak dihargai, seperti yang
dibayangkan dalam sebuah filem yang dikeluarkan baru-baru ini The Queen, yang dilakonkan Helen Mirren
sebagai watak utamanya.
Ketua Rabai Jemaat-jemaat Ibrani
Bersatu Komanwel, Profesor Jonathan Sacks, mempunyai pendapatnya tentang
hal-hal ‘raja’ dari sudut pandangan alkitabiah.
Alkitab
mencadangkan bahawa kedudukan raja bukanlah tentang hak istimewa dan kekayaan,
kemegahan dan istana. Ia tentang keberanian moral. Musa, dalam penemuannya
bahawa dia anak hamba-hamba, menemui kebesaran. Bukan kuasa yang penting,
tetapi perjuangan untuk keadilan dan kemerdekaan. Kalaulah Musa terus menjadi
seorang putera Mesir, dia tentunya nyata dilupai. Hanya dengan setia kepada
bangsanya dan kepada Tuhan barulah dia menjadi seorang wira.
Freud
[penulis Moses and Monotheism, dalam
mana dia cuba membuktikan bahawa Musa sebenarnya seorang bangsa Mesir] …gagal
melihat bahawa dia telah berdepan dengan salah satu daripada kebenaran moral
paling kuat yang pernah diajar Alkitab. Sesiapa yang dunia hina, Tuhan kasihi.
Seorang anak hamba boleh menjadi lebih hebat daripada seorang putera.
Standard-standard
Tuhan bukan kuasa dan hak istimewa. Ia tentang mengenali gambar Tuhan dalam
golongan lemah, tidak berupaya, sakit, menderita, dan berjuang untuk
kepentingan mereka. … Kisah Musa merupakan salah satu cerita pengharapan yang
besar dalam kesusasteraan manusia (The
Times (London), 23 Jun 2001).
Keunggulan Yehuda
Seperti yang disebut lebih awal,
orang Yahudi telah memberi sumbangan besar kepada UK dan kebanyakan negara lain
juga. Mereka merupakan perintis dalam hampir setiap bidang, dari sains dan ilmu
perubatan (sejak pertengahan 1800an, kira-kira 25% daripada ahli saintis dunia
ialah orang Yahudi), hingga penciptaan dan perdagangan, dan sehingga
undang-undang, seni dan muzik (sebagai komposer dan ahli persembahan). Mereka
memiliki kebijaksanaan semulajadi dan kegiatan hebat yang, contohnya, telah
membantu mereka membuat ‘padang gurun mekar bagaikan mawar’ secara literal
dalam Negara Israel, jelas berbeza dengan banyak negara jirannya. Dari sudut
pandangan objektif dan tanpa prasangka kita perhatikan bahawa orang Yahudi,
yang keseluruhannya membentuk hanya kira-kira 0.23% daripada penduduk dunia,
sudah pasti berkedudukan sebagai kumpulan orang yang paling produktif dan
berbakat sekali, tanpa bandingan. Dengan itu mereka mengundang iri hati kalau
bukan kebencian terus terang daripada bangsa-bangsa yang kurang bergiat dan
kurang kreatif.
Bagaimanapun, Rabai Harold S.
Kushner, dalam bukunya To Life! A
Celebration of Jewish Being and Thinking (Warner Books, NY, 1993), berkata
demikian tentang orang Yahudi yang, oleh sebab segala pencapaian mereka,
mungkin menganggap diri mereka lebih unggul daripada orang lain:
Apakah
ertinya untuk kami selaku orang Yahudi menganggap diri kami “umat pilihan”? Ini
pastinya tidak bermakna bahawa kami menganggap diri kami lebih baik daripada
orang lain, secara individu atau berkumpulan. Saya menjadi seorang rabai jemaat
selama tiga puluh tahun, berurusan secara profesional dengan keluarga-keluarga
Yahudi, dan jika ada satu perkara saja yang saya tahu tanpa apa-apa keraguan
lagi, ini ialah bahawa orang Yahudi sama cacat, sama sederhana, sama-sama tidak
sempurna seperti semua orang lain. Tiada tuntutan keunggulan biologi Yahudi …
Kita tiada cara untuk memastikan berapa ramai Yahudi hari ini merupakan
keturunan biologi tulen Abraham dan Sara, meskipun kita semua keturunan
rohaniah mereka. …
Namun
ia fakta sejarah bahawa orang Yahudi, dan tiada lagi, telah memberi Alkitab
kepada dunia … Tuhan, atas sebab-sebabNya sendiri, memilih untuk menjadikan
bangsa Yahudi sebagai instrumen pernyataan-diriNya kepada dunia (ms 32).
Hakikatnya ialah hanya kira-kira
sepertiga daripada orang Yahudi saja sebenarnya yang berbangsa Semit apa lagi
Yahudi. Asal orang Yahudi diperincikan dalam karya Asal Genetik
Bangsa-bangsa (No. 265) edisi ke
2.
Judaisme kini satu agama dan bukan
satu bangsa tunggal.
Kuncinya di situ ialah Tuhan memilih, sebab Dialah Pembuat
Periuk Utama yang membentuk dan memilih bejana manusia untuk digunakan sesuai
dengan kehendakNya (Yesaya 64:8), dan sesiapapun tidak berhak mempersoalkan
atau iri hati terhadap mereka yang dipilihNya. Mereka patut dan akan dipuji.
Keunggulan dan semangat perintisan
Yehuda dipertunjukkan pada zaman dahulunya oleh fakta bahawa mereka dikehendaki
bergerak di barisan depan tentera Israel (Bilangan 2:2-3,9), dan merupaka suku
pertama bergerak keluar dari perkhemahan mengikuti Tabut Perjanjian. Bendera
atau panji-panji mereka ialah seekor anak singa (lihat Kejadian 49:9). Mesias
disebut sebagai Singa dari Suku Yehuda, dan dia sendiri ditempatkan di barisan
depan Israel rohaniah.
Ketika perang-perang penaklukan dan
pemilikan di Tanah Perjanjian, Yehuda uniknya
diberi pusakanya dalam wilayah yang ditakluki suku itu (Yosua 14:6-15;
15:13-17). Sebabnya terkandung dalam ayat-ayat 8,9 dan 14, dan pada dasarnya
kerana Kaleb bin Yefune (dari suku Yehuda) telah “mengikut Tuhan Allah
sepenuhnya”, seperti yang dicatatkan juga dalam Kitab Bilangan.
Bilangan 14:24 Tetapi hamba-Ku
Kaleb, karena lain jiwa yang ada padanya dan ia mengikut Aku dengan sepenuhnya,
akan Kubawa masuk ke negeri yang telah dimasukinya itu, dan keturunannya akan
memilikinya. (RSV)
Walaupun Yosua orang Efraim juga
setia dan nampaknya mempunyai roh yang betul, keturunannya tidak akan terus
memiliki negeri itu, sebagaimana keturunan Kaleb, wakil suku Yehuda.
Dianggarkan bahawa Yehuda
sebenarnya menduduki sepertiga daripada seluruh bahagian barat Yordan selepas
saja semua suku menetap di tempat mereka masing-masing. Suku Simeon juga
kemudiannya digabungkan atau dimasukkan ke dalam wilayah Yehuda (Yosua 19:9),
walaupun ia mengekalkan identiti berasingan. Sama seperti istilah Yusuf lazimnya dipakaikan kepada
suku-suku gabungan Efraim dan Manasye, nampaknya apabila Yehuda disebutkan dalam Ulangan 33 ini termasuk Simeon, sebab suku
ini dimasukkan dengan Yehuda dalam pusaka mereka dan tersebar di antara Israel.
(lihat Yosua 19:1; Hakim 1:3). Juga ada hubungan rapat menurut sejarah antara
Simeon dan Lewi (Kejadian 49:5), jadi terdapat saling hubungan yang banyak
antara suku-suku itu. Nama Yehuda
bererti dipuji (SHD 3063), dan
mungkin mencadangkan bahawa suku ini satu hari nanti akan dipuji oleh suku-suku
saudaranya dan orang lain dunia kerana telah menjadi instrumen penting
keselamatan Tuhan, berasingan daripada hal Yehuda menyediakan Mesias melalui
Raja Daud.
Musuh-musuh Yehuda
Sama seperti Israel rohaniah, Jemaat Tuhan Pemelihara Hukum
Unitarian sejati, telah menderitai penganiayaan hebat selama berabad-abad,
begitu juga Yehuda, sebagai bahagian Israel jasmaniah
yang paling senang dikenalpasti, telah menderita dengan ngerinya. Dalam
beberapa peristiwa yang terkenal keji Yehuda telah menjadi sasaran cubaan
penghapusan oleh musuh-musuhnya: sekali oleh Haman bangsa Amalek, yang
rencananya telah dihalang oleh Ester dan Mordekhai (Ester 3-9), namun waktu
itupun orang Yahudi terpaksa berjuang untuk nyawa mereka; dan keduanya, dalam
abad ke 20, dengan pogrom (pembunuhan beramai-ramai terancang) Yahudi di Rusia
perintahan Tsar dan Komunis, bersama-sama dengan penghapusan beramai-ramai di
Jerman Hitler dan wilayah-wilayah jajahannya (dan lazim terlibat sama) di Eropah.
Lebih terkini lagi, kita lihat
panggilan tegas oleh Presiden Ahmadinejad dari Iran untuk penghapusan Negara
Israel (dan mungkin semua orang Yahudi bersamanya), seolah-olah ini dapat
menyelesaikan segala masalah kronik dan sukar dikawal di Timur Tengah. Ini
panggilan yang senang-senang mengabaikan fakta bahawa perang-perang paling
ganas di rantau itu telah diperangi antara saudara-saudara Muslim, seperti Iraq
dan Iran pada 1980an, dan lebih terkini lagi antara mazhab-mazhab Islam yang
berbeza, iaitu Shia dan Sunni, dalam Iraq moden.
Asal usul orang-orang ini dan
penentuan-penentuan tentang apa yang akan terjadi kepada mereka dibincangkan
dalam karya-karya lain dalam siri yang mengisahkan negara-negara itu.
Kebanyakan konfliknya berlaku antara keturunan-keturunan Sem dan antara Elam
dan Ismael dan Ketura serta Yehuda. Iran dibincangkan dalam Keturunan Sem: Bahagian I
(No. 212A) dan dalam karya-karya berkenaan kedatangan Mesias dan juga
Perang Dunia III.
Perihal soal Timur Tengah, ada
baiknya membaca apa yang ditulis Rabai Sacks dalam The Times (London) pada 7 September 2001 mengenai perselisihan
kekal dan lazim ganas antara orang Yahudi dan keturunan Ismael, yang semuanya
merupakan keturunan Patriak Abraham:
Kita
berdua bangsa yang sama, kedua-duanya Semit. Ia hal politik semata-mata. Kita
harus wujud bersama. Islam lebih rapat dengan Yahudi daripada Kekristianan.
Jika Yahudi dan Kristian boleh hidup bersama, tiada sebabnya kenapa Yahudi dan Muslim
tidak boleh. Israel tidak akan lenyap. Palestin tidak akan lenyap. Air mata
yang dikongsi bersama memang lebih merapatkan orang-orang. Yahudi bukan
optimis, namun kita tidak pernah berhenti berharap untuk Israel.
Profesor Sacks berkata dalam satu
artikel kemudian:
Bukan
agama yang tiada toleransi. Sebaliknya, kita harus belajar bersusah-payah
bahawa agama harus jangan sekali-kali mempergunakan kuasa.
Tentang
hal ini, tiada lagi yang lebih dramatik kisahnya daripada apa yang ada dalam
cerita Elia. Dia datang ke gunung selepas baru saja mendapat kemenangan
meyakinkan dan berdarah atas nabi-nabi Baal. Tuhan bertanya, “Apakah kerjamu di
sini, hai Elia?” Nabi ini menjawab, “Aku bekerja segiat-giatnya bagi
TUHAN, Allah semesta alam.” Dia kemudiannya menyaksikan angin kuat, gempa bumi
dan api. Tetapi “Tuhan tiada dalam” angin atau gempa atau api itu. Kemudian
datanglah “bunyi angin sepoi-sepoi basa” (suara kecil lembut) iaitu suara
Tuhan.
Orang
zelot (fanatik) percaya bahawa Tuhan ialah kuasa. Itulah sebabnya kenapa
orang-orang zelot harus belajar, sama ada melalui penglihatan atau tragedi
sejarah, bahawa Tuhan berdiam dalam suara kecil lembut yang penuh pertimbangan,
belas kasihan dan damai (The Times, 20
April 2002).
Kata-kata bijaksana, dan dengan itu
hampir pasti tidak akan diperdulikan
pada zaman ini sekurang-kurangnya (dan tanpa bantuan ilahi) sebab “mereka tidak
mengenal jalan damai” (Yesaya 59:8), sebagaimana terbukti oleh seluruh sejarah
manusia, bukan saja sejarah Timur Tengah yang terus bermasalah.
Bagaimanapun, apabila Kristus tiba
di sini dia pasti sekali akan memegang kuasa dan melaksanakan satu agama dan
agama ini tidak dipelihara di atas planet ini pada waktu ini melainkan sedikit
orang saja yang dianiaya kerana iman itu.
Mungkin kenampakannya bagi ramai
orang bahawa orang Yahudi terus memulaukan diri dan menyendiri, jika tidak
angkuh, dan bahawa mereka mengundang penganiayaan ke atas diri mereka sendiri.
Di bawah tajuk utama “The Burning Question” (Pertanyaan Hangat), penulis dan
pembangkang Rusia, Alexander Solzhenitsyn berkata bahawa orang Yahudi unik dari
segi mereka tidak pernah berasimilasi dengan negara lain dalam 2,000 tahun
sejarah, dan menambah bahawa ini merupakan sifat mereka yang paling menonjol
dan terpuji sekali (The Times, 20 Jun
2001). Tentunya Tuhan telah mengaturkan keterasingan orang Yahudi seperti itu
atas beberapa sebab; bagaimanapun, ini juga telah membuatkan mereka diberi
perhatian khusus berbanding kebanyakan populasi lain, sebagaimana pada
peristiwa-peristiwa yang disebut itu.
Bagaimanapun, mereka telah menyerap
sebilangan orang dan struktur DNA pelbagai mereka membuktikan fakta itu.
Hakikatnya ialah hanya sedikit
orang saja merupakan Yahudi sebenar daripada mereka yang menganut Judaisme dan
apabila mereka berhenti mengamalkan agama itu mereka hanyalah bangsa lain dalam
Yehuda yang menuntut perlindungan di bawah Hukum-hukum Tuhan.
Bencana Holocaust
Ramai Yahudi sekular hari ini
menganggap diri mereka sama ada ateis atau agnostik. Mereka yang berada di
dalam Negara Israel berpendapat bahawa negara mereka telah selamat selama
hampir 60 tahun dalam sekitaran yang amat bermusuhan kerana usaha mereka
sendiri dan kuasa tentera yang khususnya efektif; dengan kata lain, oleh
kebanggaan yang bukan tidak adil dalam kekuatan mereka sendiri, tetapi tanpa
mengakui perlindungan dan bantuan Tuhan yang tidak diragui ketika banyak
peperangan mereka untuk keterusan hidup.
Ini kedudukan yang cukup bahaya
diambil, sebagaimana yang akan diketahui bangsa Asyur kemudian (Yesaya 10:12 dan
seterusnya). Mereka dihukum oleh Tuhan kerana meninggikan diri mereka dan
kebolehan mereka sendiri tanpa rujukan kepada Pencipta mereka dan hakikat
bahawa mereka hanyalah alat dalam tanganNya. Pada bila-bila masa, Tuhan boleh
memilih untuk menarik balik perlindunganNya daripada individu atau negara,
termasuk Negara Israel, kerana sikap angkuh mereka.
Penolakan Yahudi sekular terhadap
Tuhan bapa-bapa mereka mungkin boleh difahami bila mempertimbangkan bilangan
kematian dalam khemah-khemah tahanan sejurus sebelum dan sewaktu Perang Dunia
Kedua di Eropah. Ramai Yahudi setia yang taat-Taurat dalam khemah-khemah itu
berdoa kepada Tuhan untuk diselamatkan malah berbaris masuk ke dalam tempat
pembakaran sambil memuji Dia; ramai bertanya di manakah Tuhan pada waktu begitu
dan bagaimana Dia boleh mengizinkan mereka menderita ngeri seperti itu
sekiranya mereka umat pilihanNya. Hasil daripada apa yang mereka saksikan,
ramai yang selamat daripada khemah-khemah maut ini sama sekali meninggalkan
iman mereka sekaligus.
Yehuda dan saudara-saudaranya
menjual saudara tiri mereka Yusuf menjadi hamba abdi sekitar 1727 BCE.
Kira-kira 3664 tahun kemudian, Yehuda sendiri ditawan dalam Reich Ketiga dan
saudaranya Yusuf (pada dasarnya Amerika moden dan Komanwel British) membantu menyelamatkan
sisa mereka daripada khemah-khemah maut itu. Untuk keterangan lanjut, lihat
laman web Holocaust Revealed di:
http://www.ccg.org/_domain/holocaustrevealed.org
Orang Yahudi telah diutus bagaikan
anak domba untuk disembelihkan, untuk di‘holocaust’ berjuta orang dalam tempat
pembakaran seperti banyak binatang korban bakaran (lihat Imamat 1:13) yang,
walaupun satu analogi malang, tetap sesuai. Orang dewasa dan anak-anak Yahudi
betul-betul dipersembahkan sebagai korban
dalam api, sebagaimana nenek moyang mereka dengan bodohnya telah lakukan
dengan anak-anak mereka sendiri ketika pemujaan tuhan-tuhan pagan berabad-abad
sebelumnya (2 Tawarikh 28:3). Untuk tidak membandingkan kejadian-kejadian lebih
terkini ini dengan korban-korban bakaran yang dipersembahkan, istilah Holocaust tidak digunakan dalam
sesetengah teks Ibrani moden; sebaliknya, ia lazim disebut sebagai Shoah atau Malapetaka.
Rabai Kushner berkata begini
tentang subjek ini:
Memang
hampir mustahil untuk orang bukan Yahudi mengerti maksud luka daripada
Holocaust, dan penganiayaan berabad-abad sampai waktu itu, yang ditinggalkan
dalam jiwa orang Yahudi. Saya tidak tahu siapa lagi yang bangun setiap hari tertanya-tanya apakah dunia akan
membenarkan mereka hidup. … Namun selepas pengalaman Nazi, orang Yahudi tahu
bahawa tidak kira betapa jayanya kami secara ekonomi atau betapa baik integrasi
sosial kami, kami tidak akan sekali-kali berasa selamat sepenuhnya. …
Ini,
saya syak, adalah kenapa begitu ramai kami bereaksi membela diri apabila Israel
dikritik: sebab kita sentiasa takut bahawa kritikan akan menyebabkan penarikan
balik izin hak Israel untuk wujud sama sekali … Ini bukan hipersensitiviti kami
untuk menyedari bahawa tiada lagi negara lain yang harus terus membenarkan
haknya untuk wujud. (Adakah sesiapa yang mengerahkan pembongkaran Pakistan dan
pemberian balik tanah itu kepada ratusan juta orang Hindu yang terbuang apabila
sebuah negara Muslim dicipta di situ pada 1947?) (op. cit., ms 247-9).
Lebih awal dalam bukunya Rabai
Kushner menangani pertanyaan yang sudah lama wujud, Kenapakah Tuhan mengizinkan kejahatan?
Kadang
kala perkara buruk terjadi kepada orang baik kerana hukum-hukum Alam tidak
dapat membezakan orang baik dan orang jahat, dan kadang kala ia terjadi kerana
Tuhan tidak akan campur tangan untuk merampas kebebasan manusia milik kita,
tidak kira betapa membinasa sekali kita ingin menggunakannya.
Malah
sesuatu yang sedahsyat Holocaust dilihat sebagai perbuatan Manusia, bukan
perbuatan Tuhan. “Kenapa Tuhan mengizinkannya terjadi?” Sebab Tuhan telah
menentukan dari mula bahawa Dia tidak akan mengkompromi kebebasan kita sebagai
manusia untuk memilih antara kebaikan dan kejahatan, tidak
kira betapa teruk sekali kita menyalahgunakannya. Jika kita tidak belajar
daripada sejarah, daripada pengalaman, daripada suara hati nurani, kita akan
terus menyakitkan dan membunuh sesama sendiri. ‘Tidak bolehkah Tuhan membuat
pengecualian kepada peraturan itu dalam satu kes ini saja, untuk menyelamatkan
berjuta-juta nyawa?’ …adakah ini bermakna Dia juga patut campur tangan untuk
menghalang Stalin dan Pol Pot daripada membunuh berjuta-juta orang di Rusia dan
Cambodia? …atas alasan apakah akan Tuhan hentikan sementara peraturan itu dalam
satu kes dan bukan kes lain? Bagi saya, Holocaust bukan isu teologi: “Kenapa
Tuhan tidak menghentikannya?” Bagi saya, ia isu psikologi: “Bagaimanakah
manusia dapat menyalahgunakan kebebasan mereka dengan begitu nyata sekali untuk
memilih bagaimana untuk melayani sesama sendiri?” Ini tidak mencabar iman saya
dalam Tuhan. Kalau adapun, ini menjadikannya lebih sukar untuk saya percaya
pada manusia tanpa Tuhan (ibid., ms 162-3; penekanan ditambah).
Justeru itu, walaupun adanya
ingatan ngeri dan dukacita yang amat sangat yang ditimbulkan oleh Holocaust
(atau Malapetaka) itu, ada yang mempertunjukkan martabat tertentu dalam
kemampuan mereka untuk lebih memahami, jika tidak mengampuni, tentang peristiwa
paling tidak menyenangkan dalam sejarah Yahudi.
Rasa tidak senang Tuhan
dengan Yehuda
Walaupun R. Kushner dan orang lain
mungkin tidak mempersalahkan Tuhan, penganiayaan terus-menerus orang Yahudi dan
Holocaust itu sendiri mungkin benar-benar hukuman langsung dari Tuhan (sebab,
sekurang-kurangnya, Dia memangpun mengizinkannya
terjadi). Bagaimanapun, ini janganlah dianggap sebagai kebencianNya terhadap
atau peninggalan orang Yahudi. Malah sebaliknya, seperti yang Tuhan katakan
melalui para nabiNya dan dalam Tulisan-tulisannya Dia menghukum mereka yang
dikasihiNya, seperti mana-mana ibu bapa yang pengasih menghukum anaknya untuk
kebaikan anaknya itu akhirnya, tidak kira betapa keras hukuman itu mungkin
kenampakan pada waktu itu.
Seperti kata-kata yang Yesus Kristus
berikan kepada malaikat yang ditugaskan kepada Jemaat di Efesus di Asia Kecil,
“Namun demikian Aku
mencela engkau, karena engkau telah meninggalkan kasihmu yang semula.” (Wahyu
2:4). Dia sama-sama mungkin berbicara kepada Yehuda atau orang Yahudi hari ini,
kerana mereka juga telah meninggalkan kasih semula mereka – Eloah, Allah Maha Esa – dan telah menderita kerananya.
Tuhan
jelas menyatakan bahawa Dia bukan saja mengingini ‘tangan’ kita, iaitu hanya
menurut kata-kata tepat Hukum
sebagaimana ramai penganut Judaisme lakukan. Lebih penting lagi, Dia menuntut “hati
dan fikiran’ kita seperti yang ditunjukkan oleh ketaatan kepada roh Hukum. Di kalangan mereka yang
dipanggil Tuhan, Roh Kudus sekarang ini menjalankan ‘satu kempen untuk
memenangi hati dan fikiran’, dengan erti yang jauh lebih besar daripada istilah
tentera itu yang sudah usang. Bagaimanapun, ia tidak akan melakukannya dengan
desakan kuat. Kita sebaliknya diberitahu bahawa ia akan berupa suara kecil
lembut di belakang kita yang berkata, “Inilah jalan, berjalanlah mengikutinya”
(Yesaya 30:21).
Bagi seluruh
Yehuda, Yom Kippur, hari paling suci
dalam tahun, sepatutnya satu waktu untuk renungan daan penilaian semula
bersama-sama dengan pertaubatan saleh. Bagaimanapun, puasa ini sebenarnya tidak
dijalankan pada hari yang betul menurut kalendar Bait asal. (Lihat karya-karya Kalendar Tuhan (No. 156)
dan Bulan-bulan Baru (No. 125).)
Hari-hari yang betul untuk ibadat memang amat penting bagi Tuhan dan MesiasNya,
dan memang ada akibatnya yang nyata kerana merencanakan agenda tersendiri,
sebagaimana Raja Yerobeam Israel dapati apabila dia menentukan suatu perayaan
sebulan lebih lewat daripada Hari Raya Pondok Daun yang ditahbis Tuhan; seluruh
kerabat atau warisannya dilenyapkan kemudian (lihat 1 Raja-raja 12:32-33 dan
13:33-34).
Mungkin
akibat segala penangguhan Hari-hari Raya dan Sabat yang ditahbisNya serta
ketidakpatuhan terhadap Bulan-bulan Baru selama berabad-abad sudah, Tuhan telah
menangguhkan pelepasan dan keselamatan Yehuda … sampai Zaman Akhir ini, apabila
Dia sekali lagi akan berbelas kasihan pada mereka.
Bila
Tuhan menyuruh kita memelihara kesucian Sabat, dan ini termasuk tidak berbicara
gosip sembarangan, Dia sungguh-sungguh maksudkan itu. Ini bukan hanya memelihara Sabat sebagai satu
tanggungjawab atau ritual mingguan; sebaliknya, roh dengan apa ia dipeliharalah
yang paling menyenangkan Tuhan, sebagaimana yang dikatakanNya dengan cukup
jelas.
Yesaya
58:13-14 Apabila engkau tidak menginjak-injak hukum Sabat dan tidak melakukan
urusanmu pada hari kudus-Ku; apabila engkau menyebutkan hari Sabat "hari
kenikmatan", dan hari kudus TUHAN "hari yang mulia"; apabila
engkau menghormatinya dengan tidak menjalankan segala acaramu dan dengan tidak
mengurus urusanmu atau berkata omong kosong, 14 maka engkau akan
bersenang-senang karena TUHAN, dan Aku akan membuat engkau melintasi puncak
bukit-bukit di bumi dengan kendaraan kemenangan; Aku akan memberi makan engkau
dari milik pusaka Yakub, bapa leluhurmu, sebab mulut Tuhanlah yang
mengatakannya. (RSV)
Dia juga
tidak mahu orang bertukar nasihat kewangan dan idea perniagaan pada hari Sabat
seperti watak moden penukar-penukar wang di Bait Suci itu. Tugas ini boleh
dilakukan pada mana-mana hari lain dalam minggu. Yesus, atau Yehoshua ben
Yoseph, taat kepada perintah ini apabila dia menghalau secara paksa para
penukar wang dan pelanggar Sabat yang lain dari kawasan Bait (Yohanes 2:13-17).
Perkara sama boleh diterapkan dalam banyak Sinagog hari ini di mana banyak hal
urusan duniawi dilakukan pada hari Sabat.
Qur’an
juga melarang perdagangan pada hari Sabat namun pada hari Jumaat dan Sabat di
Bukit Bait sampai hari ni para penukar wang mengenakan bayaran kepada orang
ramai untuk masuk ke dalam masjid Al Aksah dan ini melanggar Koran dan Kitab
Suci secara langsung.
Kebolehan
membuat wang yang tidak diragui milik orang Yahudi hari ini sudah ternyata
lebih awal dalam sejarah mereka, apabila Bapa Kaum Yehuda mengusulkan kepada
saudara-saudaranya agar mereka menjual
Yusuf menjadi tawanan daripada membunuhnya (Kejadian 37:26-28). Ini mungkin
untuk menyelamatkan nyawa Yusuf, namun, keuntungan kewangan nampaknya memainkan
peranan besar dalam motivasi dan pemikiranYehuda … dan mungkin masih lagi
begitu, walaupun mereka memang tidak sendirian dalam hal ini dalam dunia hari
ini, dalam mana materialisme dan cinta wang berkuasa tanpa tolok banding lagi.
Melalui para nabiNya, Tuhan menjanjikan bahawa berhala-berhala perak dan emas
milik kita – segala kekayaan dan harta milik yang telah menjadi tuhan-tuhan
kecil kita – akan dilemparkan kepada kelawar dan tikus pada akhir zaman ini,
apabila benda-benda ini akhirnya diakui mempunyai nilai sebenar yang amat kecil
(Yesaya 2:20).
Yesus,
atau Yehoshua, berkata banyak tentang hal wang dan kekayaan.
Matius
6:24 Tak seorangpun dapat mengabdi kepada dua tuan. Karena jika demikian, ia
akan membenci yang seorang dan mengasihi yang lain, atau ia akan setia kepada
yang seorang dan tidak mengindahkan yang lain. Kamu tidak dapat mengabdi kepada
Allah dan kepada Mamon." (RSV)
Markus
10:17-25 Pada waktu Yesus berangkat untuk meneruskan perjalanan-Nya, datanglah
seorang berlari-lari mendapatkan Dia dan sambil bertelut di hadapan-Nya ia
bertanya: "Guru yang baik, apa yang harus kuperbuat untuk memperoleh hidup
yang kekal?" 18 Jawab Yesus: "Mengapa kaukatakan Aku baik?
Tak seorangpun yang baik selain dari pada Allah saja. 19 Engkau
tentu mengetahui segala perintah Allah: Jangan membunuh, jangan berzinah,
jangan mencuri, jangan mengucapkan saksi dusta, jangan mengurangi hak orang,
hormatilah ayahmu dan ibumu!" 20 Lalu kata orang itu
kepada-Nya: "Guru, semuanya itu telah kuturuti sejak masa mudaku." 21
Tetapi Yesus memandang dia dan menaruh kasih kepadanya, lalu berkata kepadanya:
"Hanya satu lagi kekuranganmu: pergilah, juallah apa yang kaumiliki dan
berikanlah itu kepada orang-orang miskin, maka engkau akan beroleh harta di
sorga, kemudian datanglah ke mari dan ikutlah Aku." 22
Mendengar perkataan itu ia menjadi kecewa, lalu pergi dengan sedih, sebab
banyak hartanya. 23 Lalu Yesus memandang murid-murid-Nya di
sekeliling-Nya dan berkata kepada mereka: "Alangkah sukarnya orang yang beruang masuk ke dalam Kerajaan Allah."
24 Murid-murid-Nya tercengang mendengar perkataan-Nya itu. Tetapi
Yesus menyambung lagi: "Anak-anak-Ku, alangkah sukarnya masuk ke dalam
Kerajaan Allah. 25 Lebih mudah seekor unta melewati lobang jarum
dari pada seorang kaya masuk ke dalam Kerajaan Allah." (RSV)
Rabai Saul/Paul dari Tarsus, yang
nampaknya belajar di bawah Penatua Gamaliel, juga pasti bahawa cinta wang
merupakan sebab utama orang memisahkan diri mereka daripada Tuhan dan
meninggalkan Iman mereka.
1 Timotius 6:6-11 Memang ibadah itu
kalau disertai rasa cukup, memberi keuntungan besar. 7 Sebab kita
tidak membawa sesuatu apa ke dalam dunia dan kitapun tidak dapat membawa
apa-apa ke luar. 8 Asal ada makanan dan pakaian, cukuplah. 9
Tetapi mereka yang ingin kaya terjatuh ke dalam pencobaan, ke dalam jerat dan
ke dalam berbagai-bagai nafsu yang hampa dan yang mencelakakan, yang
menenggelamkan manusia ke dalam keruntuhan dan kebinasaan. 10 Karena
akar segala kejahatan ialah cinta uang.
Sebab oleh memburu uanglah beberapa orang telah menyimpang dari iman dan
menyiksa dirinya dengan berbagai-bagai duka. 11 Tetapi engkau hai
manusia Allah, jauhilah semuanya itu, kejarlah keadilan, ibadah, kesetiaan,
kasih, kesabaran dan kelembutan. (RSV)
Begitu juga, karya pseudo-epigrafi
yang dipanggil The Testaments of the
Twelve Patriarchs (Surat-surat Wasiat Dua belas Bapa Kaum) (R.H. Charles,
SPCK, London, 1917; diterjemah daripada bahasa Armenia), yang diandaikan
ditulis pada abad kedua BCE dan dengan itu sezaman dengan Skrol-skrol Laut
Mati, mengandungi beberapa amaran dan pemerhatian tajam. The Testaments adalah berdasarkan komen-komen akhir hayat yang
diandaikan daripada anak-anak Yakub
kepada anak-anak mereka. Relevan di sini ialah komen yang dibuat oleh Patriak
Yehuda, anak keempat Yakub dan isteri pertamanya Lea. (Interpolasi yang diketahui telah dibuka daripada teks ini.)
XVII.
Sekarang aku memerintahmu, anak-anakku, supaya jangan mencintai wang, atau
memandang kecantikan perempuan; sebab demi wang dan kecantikan aku telah
disesatkan kepada Batsua orang Kanaan.
XVIII.
2. Oleh itu, berjaga-jagalah, hai anak-anakku, terhadap zina, dan cinta wang,
dan dengarlah Yehuda bapamu.
3.
Sebab hal-hal ini menjauhkan engkau daripada hukum Tuhan,
Dan
membutakan kesudian jiwa,
Dan
mengajar keangkuhan,
Dan
membuatkan seseorang tidak berbelas kasihan untuk tetangganya.
4.
Hal-hal ini merampas segala kebaikan daripada jiwanya,
Dan
menindasnya dengan kerja keras dan kesukaran,
Dan
melahap dagingnya.
5.
Dia menghalangi korban-korban Tuhan;
Dia
tidak mendengarkan seorang nabi apabila dia berbicara,
Dan
membenci kata-kata kesalehan.
XIX.
Hai anak-anakku, cinta wang membawa kepada keberhalaan; sebab, bila disesatkan
melalui wang, manusia memanggil tuhan benda-benda yang bukan tuhan, dan ini
menyebabkan sesiapa yang memilikinya menjadi gila. 2. Sebab demi wang aku
kehilangan anak-anakku, dan kalau bukan kerana pertaubatanku, serta doa bapaku
diterima, aku sudah pasti mati tak beranak. 3. Namun Tuhan bapa-bapaku
mengasihani aku, sebab aku melakukannya dalam keadaan tidak tahu. 4. Raja
penipuan membutakan aku, dan aku berdosa sebagai manusia dan sebagai daging, dirosakkan
melalui dosa-dosa.
XXVI.
Oleh itu, taatilah, hai anak-anakku, seluruh hukum Tuhan, sebab ada pengharapan
bagi semua yang taat setia pada semua jalanNya.
Terdapat tema jelas di sini, dan
penulis Kitab Pengkhotbah berkata berikut tentang subjek sama:
Pengkhotbah 5:10 Siapa
mencintai uang tidak akan puas dengan uang, dan siapa mencintai kekayaan tidak
akan puas dengan penghasilannya. Inipun sia-sia. (RSV)
Bagaimanapun, Rabai Kushner
kemudian menghubungkan isu ini kepada masalah kekal anti-Semitisme terpendam
yang lazim timbul daripada rasa iri hati.
Jika
sesetengah orang Yahudi bising dan agresif atau bersalah melakukan
amalan-amalan perniagaan tidak beretika (seperti ramai orang lain), seseorang
berhak membenci mereka sebagai individu tetapi tidak berhak meluaskan rasa
benci itu kepada anggota-anggota tidak bersalah kumpulan lebih besar.
Anti-Semitisme, seperti semua prasangka agama dan bangsa, ialah tanda bahawa ada masalah dengan si pembenci, bukan
mangsanya) op.cit., ms 262).
Pembelaan Yahudi
Patriak Yehuda menunjukkan belas
kasihan besar dan kecekapan lisan hebat sebagai pembela saudara tirinya
Benyamin (Kejadian 44:16-34), sehinggakan dia meluluhkan hati Yusuf di Mesir.
Yehuda dengan mulianya mengambil peranan pelindung, dan tindakan perantaraannya
yang umpama Kristus bagi pihak saudaranya mungkin telah menghubungkan mereka
berdua dengan rapat sekali sehingga, pada perpecahan Kerajaan susulan
kemangkatan Salomo, Benyamin bersekutu dengan Yehuda (bersama-sama separuh
daripada suku Lewi) dan bukan dengan suku Yusuf saudara kandungnya. Ini jelas
perbuatan Tuhan sebagai sebahagian daripada rencanaNya yang kian ternyata.
Susunan rancangan ini telah
disahkan dan diabadikan awal-awal lagi oleh Daud (dari Yehuda) dan anak Raja
Saul iaitu Yonatan (dari Benyamin), sebagaimana tercatat dalam 1 Samuel 20:42.
Nama Benyamin bererti anak tangan kanan, jadi nampaknya dia
dan keturunannya akan sentiasa ditakdirkan untuk menjadi orang kanan Yehuda.
Ironinya mereka kebanyakannya orang kidal dan hampir dihapuskan kerana
keberlainan mereka. Kanan juga
bermakna Selatan, sebab ‘hadapan’ sentiasa menghadap Timur dalam Ibrani. Apa
yang menarik ialah kota raja Yerusalem nampaknya terletak dalam lingkungan
sempadan dalam sejarah suku Benyamin dan bukan Yehuda, seperti yang mungkin
disangka. Selain itu, Yusuf mungkin unggul di Mesir, tetapi nampaknya Yehuda
yang berkuasa di Yerusalem (secara metafora disebut sebagai Mesir).
Keadilan harus dilaksanakan dan
dijalankan dengan betul dan pemutarbelitan keadilan oleh Yehuda dan suku lain
akan dihukum, sama seperti Talmud memutarbelitkan Hukum-hukum Tuhan dan akan
dimusnahkan.
Tujuan asas pembelaan sepatutnya
untuk membela mereka yang tidak bersalah dan serba kekurangan (Mazmur 82:2-4)
atau untuk cuba mengurangkan hukuman seorang yang bersalah; ia tentunya bukan
untuk melepaskan orang bersalah atas alasan-alasan teknikal undang-undang. Ia
bukan kewajipan mana-mana peguam untuk mencari dan mempergunakan jalan keluar
dari segi undang-undang atau membela mereka yang tidak boleh dibela, hingga
merugikan sistem keadilan suatu negara dan masyarakat secara umumnya. Kelakuan
tidak beretika seperti itu, dengan sengaja melanggar roh hukum, akan dihukum Tuhan dalam Zaman Akhir. Dia berkata Dia
membenci ketidakadilan dan pemutarbelitan sistem keadilan (lihat Ayub 8:3;
36:17). Agar ia paling berkesan, keadilan juga harus cepat dan orang yang
benar-benar bersalah dihukum sebagai amaran kepada orang lain. Taurat cukup
spesifik tentang perlunya keadilan sejati
untuk semua orang.
Keluaran 23:6-8 Janganlah engkau
memperkosa hak orang miskin di antaramu dalam perkaranya. 7 Haruslah
kaujauhkan dirimu dari perkara dusta. Orang yang tidak bersalah dan orang yang
benar tidak boleh kaubunuh, sebab Aku tidak akan membenarkan orang yang
bersalah. 8 Suap janganlah kauterima, sebab suap membuat buta mata
orang-orang yang melihat dan memutarbalikkan perkara orang-orang yang benar.
(RSV)
Nabi Yesaya tahu tentang keadaan
pada zamannya dan meramalkan perkara sama berlaku dalam Zaman Akhir ini, sesuai
dengan penerapan ganda dua kebanyakan ayat Kitab Suci.
Yesaya 59:4 Tidak ada yang
mengajukan pengaduan dengan alasan benar, dan tidak ada yang menghakimi dengan
alasan teguh; orang mengandalkan kesia-siaan dan mengucapkan dusta, orang
mengandung bencana dan melahirkan kelaliman. (RSV)
Nampaknya kebenaran, keadilan dan
layanan wajar amat penting bagi Tuhan sebab syarat-syarat begitu bagi golongan
pemimpin dan umat cukup lazim disebut dalam Kitab Suci (contohnya Yeremia 23:5;
Yehezkiel 45:9).
Amsal 21:3 Melakukan kebenaran
dan keadilan lebih dikenan TUHAN dari pada korban.
Sebab tanpa keadilan (tsedek, SHD 6664) maka tiada kebenaran (tsedek), dan begitu juga sebaliknya. Dan
sebagaimana penulis Pengkhotbah ingatkan dan nabi Yesaya larangkan:
Pengkhotbah 5:8 Kalau engkau
melihat dalam suatu daerah orang miskin ditindas dan hukum serta keadilan
diperkosa, janganlah heran akan perkara itu, karena pejabat tinggi yang satu
mengawasi yang lain, begitu pula pejabat-pejabat yang lebih tinggi mengawasi
mereka. (RSV)
Yesaya
56:1-2 Beginilah firman TUHAN: Taatilah
hukum dan tegakkanlah keadilan, sebab sebentar lagi akan datang keselamatan
yang dari pada-Ku, dan keadilan-Ku akan dinyatakan. 2 Berbahagialah
orang yang melakukannya, dan anak manusia yang berpegang kepadanya: yang memelihara
hari Sabat dan tidak menajiskannya, dan yang menahan diri dari setiap perbuatan
jahat. (RSV)
Sekali lagi, keadilan dan kebenaran di
sini bersinonim dan saling bertukar.
Penurutan Taurat
Nampaknya Yehuda atau Lewi telah
ditugaskan sebagai ahli tulis atau ahli taurat Tuhan (chaqaq, SHD 2710). Sesetengah orang Keni juga mempunyai tugas ini.
Ahli-ahli taurat ini dipanggil sebagai Sopherim
(daripada saphar, SHD 5608) sejak
zaman Ezra, dan diberi tugas memelihara Kitab Suci dengan setia sepanjang abad-abad
(Mazmur 60:7 dan 108:8). Ada dicatatkan bahawa orang Yahudi dan Lewi ditugaskan
sebagai penjaga Firman Tuhan dari mula (Roma 3:1-2), namun begitu, itu hanyalah sehingga kematian Mesias dan
pembentukan Jemaat-jemaat Tuhan daripada para Rasul seterusnya (lihat karya Firman Tuhan (No. 184).
Mungkin kebolehan-kebolehan
semulajadi orang Yahudi dan Lewi, dengan dedikasi dan ketelitian mereka, yang
khususnya membuatkan mereka sesuai untuk tugas menulis ayat-ayat suci. Mengikut
tradisi, suatu ritual terperinci dan penuh hormat untuk menyalin Kitab Suci
diperlukan, dalam mana setiap huruf sendiri dianggap suci, jadi tiada huruf
bersebelahan diizin menyentuhnya; setiap perkataan harus dibaca kuat dari versi
asal teks itu; dan setiap huruf dan perkataan dihitung untuk memastikan tiada
yang ditambah atau ditinggalkan, sesuai dengan perintah dalam Taurat (Ulangan
4:2).
Umat Kristian tentu sekali
berhutang besar terima kasih kepada ahli-ahli Taurat kerana setia menyalin dan
memelihara Kitab Suci Ibrani (Tanakh)
selama beratus-ratus tahun, supaya, pada waktu yang tepat, ia dapat
diterjemahkan kepada semua bahasa dunia, seperti yang masih dilakukan hari ini.
Bagaimanapun, mereka tetap memperlakukan Kitab Suci sesuka hati mereka namun
memelihara teks-teks itu sebagai rekod kekal dan yang kita kenali hari ini
(lihat sebagai contohnya nota-nota The
Companion Bible kepada teks-teks itu).
Tambahan lagi, Israel selebihnya
nampaknya lebih cenderung mengurangkan ketegasan Hukum-hukum tuhan, hingga
akhirnya memutuskan bahawa Hukum-hukum ini telah dibatalkan sama sekali dan
bahawa kita berada di bawah “rahmat” semata-mata dalam dispensasi Kristian
baru. Nampaknya pseudo-Kekristianan begitu terburu-buru untuk memisahkan
dirinya daripada segala perkara Yahudi dan orang Yahudi (sehingga baru-baru
inipun dikenali sebagai “pembunuh Kristus”), mereka sudah lupa bahawa
kebanyakan Kristian generasi pertama merupakan orang Yahudi atau Ibrani
daripada semua dua belas suku Israel, terletak dalam Yudea dan dalam Diaspora,
dan yang tidak serta-merta meninggalkan kepatuhan mereka kepada Taurat apabila
mereka menjadi Kristian terbaptis. Mereka terus beribadah di dalam
Sinagog-sinagog tempatan mereka, walaupun ramai dibuang kemudian sebagaimana
Yesus/Yehoshua katakan akan terjadi (Yohanes 16:2; lihat juga Yohanes 9:22),
mungkin kerana mereka menyebut “bidaah” bahawa Mesias pembebasan mereka yang
sudah lama ditunggu-tunggu sudahpun muncul, namun dibunuh dengan aib. Ini
bukanlah jenis informasi yang kebanyakan orang ingin tahu (lihat Kisah bab 7).
Dalam Kisah 24, Paulus menyatakan
dengan tegas di hadapan wali (gabenor) Rom iaitu Felix dan ramai Yahudi
terkenal bahawa dia masih mentaati Hukum.
Kisah 24:14 Tetapi aku mengakui
kepadamu, bahwa aku berbakti kepada Allah nenek moyang kami dengan menganut
Jalan Tuhan, yaitu Jalan yang mereka sebut sekte. Aku percaya kepada segala
sesuatu yang ada tertulis dalam hukum Taurat dan dalam kitab nabi-nabi. (RSV)
Ini bukan hanya Paulus mempercayai segala sesuatu dalam Hukum
tetapi kemudian tidak bertindak menurut kepercayaan itu. Malahan ia sebaliknya,
dan pernyataannya di sini menyangkal pendapat antinomian bahawa Paulus
memburukkan Hukum dalam pelbagai suratnya yang lain.
Bertentangan dengan kesanggupan
golongan pseudo-Kristian dalam hanya beberapa abad untuk membatalkan Hukum,
Yehuda lazim pergi ke ekstrim yang satu lagi. Mereka cenderung memperkenalkan
makin banyak peraturan dan larangan, sekalipun mungkin dengan tujuan mulia,
sambil mendakwa semua ini sebahagian daripada Hukum Lisan yang diberikan kepada
Musa. Elemen-elemen tertentu Judaisme juga merasakan perlu untuk meletakkan
pagar di sekeliling Hukum-hukum Tuhan seperti yang ditunjukkan, contohnya, oleh
39 larangan Sabat mereka, yang mana sedikit saja daripadanya menyerupai
perintah-perintah asal berhubungan Sabat dalam Taurat seperti yang diberi
secara langsung oleh Malaikat Perjanjian (yang menjadi Mesias).
Geza Vermes, dalam bukunya The Religion of Jesus the Jew (SCN
Press, London, 1993), berkata begini tentang larangan-larangan itu.
“Kita
harus menunggu sehingga Buku Yobel (50.6-9) pada pertengahan abad kedua BC, dan
undang-undang Dokumen Damsyik (10.14-12.6) separuh abad kemudian, sebelum
menemui percubaan pertama pensisteman, dan sehingga bahagian relevan Mishnah
(Shab. 7.2) sebelum mendapat satu senarai terperinci untuk tiga puluh sembilan
kelas perbuatan yang dilarang.” (nota kaki ms 12).
Mishnah disusun kira-kira 200 CE,
lama selepas kejatuhan Bait. Justeru selepas sekian lama Taurat bertulis
dihasilkan barulah apa yang dipanggil Hukum Lisan ini dikodkan. Tindakan
menjadikan hukum-hukum lebih mengikat dan membebankan tanpa diperlukan inilah
yang dikutuk Yehoshua (lihat Matius 23:1 dan seterusnya). Dia nyata mengenali
perbezaan antara Hukum-hukum yang diberikannya kepada Musa dan apa yang
ditambah kemudian oleh mereka yang terlalu bersemangat, dan sering bergaya
saleh serta bersifat hipokrit.
R. Kushner memberikan perspektif
Yahudi tentang Hukum Tuhan atau Taurat dan kenapa ia masih mengikat bagi semua
yang menegaskan mereka mengasihi Tuhan dan bertindak sebagai sebagai
hamba-hambaNya hari ini.
“Kita
pelajari dua pengajaran daripada kisah-kisah yang kami ceritakan tentang diri
kami: bahawa Tuhan mengasihi kami dan
bahawa Tuhan memerlukan kami.
Tuhan
menunjukkan kasihNya untuk kita dengan menjangkau ke bawah untuk merapatkan
jurang yang begitu besar antara Dia dan kita. Dia menunjukkan kasihNya untuk
kita dengan mengundang kita untuk masuk ke dalam Perjanjian denganNya, dan
dengan mengongsikan TauratNya yang indah dengan kita. Idea bahawa memberi kita
hukum ialah satu tanda kasih Tuhan merupakan salah satu perbezaan teologi dasar
antara Judaisme dan Kekristianan [aliran umum]. …Hukum perintah dianggap [oleh
Kekristianan] sebagai instrumen Tuhan yang kasar, suka membatasi dan menghukum,
dan perlu diganti dengan peraturan kasih dan pengampunan. Judaisme – walaupun
mengagumi kasih dan pengampunan … - melihat peranan Hukum berbeza sepenuhnya.
Menurut pandangan kami, ibu atau bapa tidak menunjukkan kasihnya dengan
memberitahu seorang anak, “Buatlah apa saja yang engkau ingin, dan aku akan
tetap mengasihimu.” Itu bukan kasih tetapi suatu pelepasan tanggungjawab. …
Orang Yahudi sudah faham dari mula bahawa agama kami ialah agama kasih kerana ia
tidak membiarkan kami menemukan jalan kami dalam hidup tanpa bantuan. Ia
memberi nasihat, wawasan, dan pedoman.” (op. cit., ms 47-8)
Dia teruskan dengan memberikan
beberapa buah fikiran yang patut diperhatikan oleh Kristian antinomian
khususnya.
Kita
cenderung menganggap hukum perintah sebagai membataskan kebebasan kita. … Namun
Judaisme menegaskan bahawa hidup menurut hukum-hukum Tuhan bukan saja hal
ketaatan, tetapi sejenis kebebasan yang lebih penting lagi.
Mungkin
nampak pelik bercakap tentang Taurat, dengan pelbagai peraturan dan
larangannya, sebagai satu sumber kebebasan. … Kebebasan yang ditawarkan Hukum
ialah kebebasan atlit yang mendisiplinkan tubuhnya agar dia bebas melakukan
secara jasmaniah segala yang kamu dan saya tidak mampu lakukan. Ia kebebasan
dalam mana kita menjadi tuan kepada nafsu dan bukan abdinya. … Kebebasan yang
Taurat berikan kepada kita ialah kebebasan untuk berkata tidak kepada nafsu….
Hukum
tidak menjadikan kita orang berdosa. Hukum cuba menjadikan kita cukup kuat
untuk melawan banyak godaan untuk berdosa yang manusia hadapi setiap hari.
…Karunia kedua Hukum itu ialah pesan yang mententeramkan bahawa kita dan setiap
pilihan moral kita diambil berat pada peringkat tertinggi. …
Tetapi
apa yang gaya hidup Yahudi lakukan dengan mengenakan peraturan pada kebiasaan
memakan, tidur, dan bekerja kita adalah dengan mengambil aktiviti-aktiviti yang
paling biasa dan remeh dan menanamnya dengan erti yang lebih dalam, dan
mengubah tiap satunya kepada kesempatan untuk mentaati (atau mengingkari) Tuhan
(ibid., ms 50-4).
Ini sesungguhnya nasihat baik untuk
menguruskan kebanyakan aspek hidup. Memang benar bahawa, melalui disiplin diri
dan penyangkalan diri, kita mampu mentaati Hukum itu dari segi aspek
jasmaniahnya; bagaimanapun, masih ada penerapan rohaniah yang lebih penting
yang perlu ditangani.
Masalahnya ialah Judaisme sebagai
satu agama telah merosakkan Hukum Tuhan dengan tradisi. Amalan itu harus
dihentikan dan kelakuan Yehuda serta Lewi diperbetulkan.
Yehoshua sebagai seorang
Yahudi patuh-Taurat
Geza Vermes juga tegas tentang
ketaatan Yesus/Yehoshua kepada Hukum Musa:
…
Yesus bukan saja tidak menentang Taurat secara prinsip atau tidak ingin patuh
kepadanya dalam amalan, bersedia bila perlu untuk memilih antara
kewajiban-kewajiban bertentangan, tetapi dia mengakui Hukum Musa sebagai batu
dasar Judaismenya (op.cit., ms 188-9).
Vermes terus dengan tema ini pada
mukasurat 194:
Seperti
yang jelas ditunjukkan dalam bab 2, Yesus tidak membuat sebarang cubaan untuk
membataskan, atau campur tangan dengan, Taurat; dia sebaliknya memeluknya
sebagai kerangka diakui Judaisme. Dia berusaha keras untuk menekankan kealiman
dalaman bagi penganut individu Kerajaan syurga. Ringkasnya, dia mengambil,
memperkuatkan dan berusaha tegas untuk memasukkan ke dalam Judaisme rakyat
biasa pengajaran bernubuat indah agama dari hati (lihat
Yesaya 29:13) (penekanan ditambah).
Lebih awal dalam bukunya, penulis
di atas membuat komen berikut, yang bersetuju dengan pendapat-pendapat yang
dikemukakan di atas oleh Rabai Kushner berkenaan ketaatan Taurat.
Dengan
ringkasnya, peninjauan pengajaran Yesus dalam perumpamaan, proklamasi dan
pepatah telah menunjukkan bahawa, syarat-syarat perlu ialah sikap tidak
dipengaruhi harta milik, kepercayaan tanpa soal dalam Tuhan dan penundukan
sepenuhnya kepada dia. Hakikat bahawa segala kewajipan yang ditentukan umumnya
dinyatakan dalam istilah etika dan bukan ‘perundangan’ seharusnya tidak membuat
sesiapapun terbayang bahawa pengajaran eskatologi Yesus bertentangan dengan
ketaatannya kepada Hukum. Persetujuan rekapitulasinya akan Taurat sebagai kasih
Tuhan dan kasih manusia itulah yang membawa ahli Taurat
bersimpati itu ‘dekat kepada Kerajaan’ (Markus 12:34). Mungkin lebih jelas
lagi, dalam Doa Tuhan (Matius 6:10) permohonan, ‘Datanglah KerajaanMu’, diikuti
oleh, ‘jadilah kehendakMu’, suatu kehendak ilahi yang dimengerti Judaisme semua
zaman sebagai dinyatakan dan ditunjukkan dalam perintah-perintah yang diterima
Musa di atas Gunung Sinai (Vermes, ibid., ms 148-9; penekanan ditambah).
Mesias datang untuk memperkenalkan
dimensi rohaniah yang amat penting
yang mustahil kita lahirkan dalam diri kita. Bagaimanapun, dengan berbuat
begitu, dia tidak “menghancurkan kata-kata Hukum” sebagaimana didakwa oleh
Ernst Kaesemann dalam Essays on New Testament
Themes (diterjemah oleh W.J. Montague, Lond., 1964). Vermes membalas
Kaesemann seperti berikut, dan nota kakinya menyatakan tentang Yesus
menjelaskan erti sebenar Hukum:
Kebetulannya,
antitesis Yesus tidak berbeza secara struktur daripada apa yang, menurut Markus
7.10-13 (Matius 15.4-6), orang Farisi dikatakan telah mengajukan doktrin mereka
berkenaan qorban: ‘Musa berkata …
tetapi kamu [Yesus] berkata’ (Markus), atau lebih tegas lagi, ‘Tuhan berfirman
… tetapi kamu berkata’ (Matius). Sememangnya, seseorang boleh memperdebatkan
alamiah perbezaan-perbezaan berkenaan, tetapi pokok persoalannya adalah bahawa
sekiranya ajaran Yesus ‘melanggar kata-kata Hukum’, maka ajaran orang Farisi
juga nampaknya berbuat demikian, dan ini sememangnya karut.28
Nota
kaki 28: Dalam kata-kata seorang sarjana Perjanjian Baru
terkenal, ahli-ahli Taurat dan orang Farisi ‘mengubah Hukum Tuhan’, sementara dalam kasus
Yesus, ini hal ‘Anak membentangkan erti sebenarnya’ (C.E.B.
Cranfield, The Gospel according to Saint
Mark (1959), 237).” (ibid., ms 31, penekanan
ditambah)
Dia yang dikenali sebagai Yesus
Kristus dipanggil oleh rakan-rakan Yahudinya sebagai Rabai banyak kali (Matius
23:7-8; Yohanes 1:38,49; 20:16, dsb.), jadi mungkin penghormatan patut diberi
untuk kebijaksanaannya dan kebolehannya mengajar sebagaimana untuk mana-mana
Rabai lain sebelum atau selepas, seperti Gamaliel, Akiba atau Rashi. Sebagai
Rabai dia berbicara hampir khususnya kepada Yahudi lain zamannya, dan mungkin
merupakan Guru Kebenaran yang ditunggu yang disebutkan oleh golongan Essene.
Jelas diketahui sepenuhnya bahawa
dia tidak membatalkan Taurat sama ada ketika dia hidup atau dengan kematian dan
kebangkitannya, sebagaimana yang disalah tuntut begitu ramai Kristian hari ini.
Dia tidak berkata kepada pemimpin Yahudi kaya yang mencari jalan terbaik untuk
hidup kekal, “Taatilah segala Perintah buat masa ini tetapi, ketahuilah, bahawa
kematian dan kebangkitanku akan menghapuskan semua Hukum Tuhan ini yang
memangpun kebanyakan orang dapati begitu membebankan dan sukar, sebab semua
orang akan berada di bawah rahmat dari waktu itu” (Lihat Lukas 18:18-30).
Penting diperhatikan juga bahawa Perintah Keempat yang menuntut pemeliharaan
Sabat hari ketujuh sama sekali terlalu jelas untuk disebut di sini, namun tidak
mungkinpun dianggap terhapus dengan kesenyapan Kristus tentang hal itu.
Bapa-bapa Kaum dan para nabi
merupakan sebilangan kecil orang dalam Kitab Suci Ibrani yang dicatat sebagai
telah menerima Roh Tuhan, kuasa
Tuhan. Abraham dipanggil “sahabat Tuhan” (2 Tawarikh 20:7), sementara Daud
dikenali sebagai “seorang yang berkenan di hatiNya” (1 Samuel 13:14). Mereka
diberikan Roh Tuhan dan dipimpin olehnya. Merekalah antara orang yang mula-mula
menerima Roh namun jauh daripada unik dalam hal ini. Ini sebabnya Mesias
mempunyai Kedatangannya dan memulakan pengajaran tentang aspek-aspek lebih
tinggi Hukum dan kebolehdapatan Roh Kudus kepada bilangan orang yang jauh lebih
ramai daripada sedikit saja lelaki dan perempuan yang khusus disayangi yang
telah menerimanya hingga waktu itu, untuk membolehkan pemeliharaan Hukum dengan
lebih tepat lagi daripada apa yang mungkin sebelumnya.
Melalui Mesias, Tuhan sebenarnya
memberi kita semua peluang untuk menjadi “sahabat” Nya dan “seorang yang
berkenan di hatiNya”. Dia bermaksud agar semua umat manusia yang pernah wujud
dipanggil ke dalam Tubuh Israel pada waktu tertentu, diberi Roh itu agar mereka
lebih mampu memelihara maksud penuh (iaitu roh) Hukum, kemudian diubah akhirnya
menjadi makhluk-makhluk rohani yang setara dengan para malaikat di Syurga dan
dengan itu menjadi Anak-anak Tuhan sepenuhnya; dan sesudah itu memiliki hidup
kekal.
Kedatangan Mesias
Orang Yahudi umumnya tidak pernah
menerima bahawa orang yang dipanggil Yesus Kristus, atau Yehoshua ben Yoseph,
ialah Mesias yang dijanjikan, meskipun banyak rujukan kepadanya dalam Tanakh. Satu contoh adalah daripada
Zakharia, dalam mana Mesias dinubuatkan sebagai dia yang dibunuh dengan ditikam.
Zakharia 12:10 "Aku akan mencurahkan roh pengasihan dan
roh permohonan atas keluarga Daud dan atas penduduk Yerusalem, dan mereka akan memandang kepada dia yang telah
mereka tikam, dan akan meratapi dia seperti orang meratapi anak tunggal,
dan akan menangisi dia dengan pedih seperti orang menangisi anak sulung. (RSV)
Dia tidak akan ditikam pada
Kedatangannya yang mulia sebagai Raja-Mesias, jadi nampaknya logik bahawa orang
yang disebutkan di sini pasti telah ditikam pada satu masa dahulu, kemudian
dibangkitkan untuk dilihat sekali lagi oleh mereka yang telah menikamnya pada
satu waktu tertentu di masa depan. Dia orang sama yang ditikam oleh orang
Yahudi (secara berwakil) dan orang Rom kafir (secara bertugas), justeru dia
telahpun mempunyai satu Kedatangan … dan kebanyakan orang Yahudi, waktu itu dan
sekarang, tidak mengetahuinya atau tidak ingin menerimanya. Yohanes, murid yang
disayangi Yesus, yang merupakan seorang Lewi, menyatakan secara mutlak bahawa
Ayat Suci di atas merujuk kepada Yesus atau Yehoshua ben Yoseph yang sama ini.
Yohanes 19:37 Dan ada pula nas
yang mengatakan: "Mereka akan memandang kepada Dia yang telah mereka
tikam." (RSV)
Teks dalam Zakharia yang tidak
tersangkal lagi merujuk kepada dua Kedatangan berasingan bagi seseorang, dia
yang diakui oleh mualaf-mualaf Yahudi yang mula-mula dan semua Kristian
kemudiannya sebagai Mesias yang sudah lama ditunggu-tunggu. (Lihat juga Komentar tentang Zakharia
(No. 297)). Jadi Kedatangan pertamanya menurut Yehuda akan sebenarnya
merupakan Kedatangan keduanya, apabila dia akan muncul sebagai Raja-Mesias.
Apabila mereka bangkit dalam Kebangkitan Kedua orang mati, semua yang telah
menikam Mesias, atau mereka yang telah memintanya dilakukan, akan menghadap
pengadilan di hadapannya. Ini dibincangkan dalam karya Kedatangan Mesias
(No. 210).
Satu lagi Ayat Suci yang
membayangkan dua Kedatangan dari sudut pandangan sejarah ditemui dalam Daniel
2:31-45. Secara umumnya diakui bahawa paha besi patung ini mewakili Empayar
Rom, kerajaan keempat yang wujud pada zaman Mesias, dan batu yang terungkit lepas tanpa perbuatan tangan manusia ialah
Mesias sendiri. Batu ini ditunjukkan menimpa patung besar ini pada kakinya yang diperbuat daripada campuran
besi dan tanah liat dan bukan pada pahanya; dengan kata lain, Mesias tidak
memusnahkan Empayar Rom dan penakluk Yudaea pada Kedatangan pertamanya sebagai
Yesus Kristus. Kerajaan itu berkekalan selama beberapa ratus tahun selepas
kematian dan kebangkitannya, tanpa Kerajaan jasmaniah yang dijanjikan itu
didirikan atas Bumi ketika waktu itu.
Kebetulan pula, selain bercakap
tentang dua Kedatangan Mesias, nabi Zakharia (Yehezkiel juga) bercakap tentang
kebangkitan pasti orang mati kepada kehidupan, agar golongan Saduki tidak
beralasan apabila cuba menyangkal apa-apa kebangkitan pada masa depan (lihat
Matius 22:23; Lukas 20-27 dan seterusnya). Selain itu, Paulus, yang berasal
daripada suku Benyamin, bercakap kepada wali Rom untuk Yudaea, Felix, dan
isterinya orang Yahudi, dan membangkitkan beberapa isu yang tidak menyenangkan
tentang keadilan dan kebangkitan untuk diadili.
Kisah 24:24-25a Dan setelah
beberapa hari datanglah Feliks bersama-sama dengan isterinya Drusila, seorang
Yahudi; ia menyuruh memanggil Paulus, lalu mendengar dari padanya tentang
kepercayaan kepada Yesus Kristus. 25 Tetapi ketika Paulus berbicara
tentang kebenaran, penguasaan diri dan penghakiman yang akan datang, Feliks
menjadi takut … (RSV)
Pada peringkat tertentu kita semua
dituntut untuk mengakui bahawa Mesias sememangnya telahpun datang sekali ke
Bumi ini. Pengertian bahawa dia akan mendirikan Kerajaan jasmaniah pada waktu
itu juga, dan dengan itu, bahawa Yehoshua ben Yoseph tidak mungkin merupakan
Mesias yang dijanjikan, adalah salah. Sebaliknya, dia mendirikan Kerajaan itu
secara rohaniah dalam hati dan fikiran beberapa muridnya yang setia pada waktu
itu, dan dengan Kerajaan milenium di Bumi tidak didirikan sehinggalah selepas
Kedatangan Keduanya.
Wahyu 1:4-7 Dari Yohanes kepada
ketujuh jemaat yang di Asia Kecil: Kasih karunia dan damai sejahtera menyertai
kamu, dari Dia, yang ada dan yang sudah ada dan yang akan datang, dan dari
ketujuh roh yang ada di hadapan takhta-Nya, 5 dan dari Yesus
Kristus, Saksi yang setia, yang pertama bangkit dari antara orang mati dan yang
berkuasa atas raja-raja bumi ini. Bagi Dia, yang mengasihi kita dan yang telah
melepaskan kita dari dosa kita oleh darah-Nya-- 6 dan yang telah
membuat kita menjadi suatu kerajaan, menjadi imam-imam bagi Allah, Bapa-Nya,
--bagi Dialah kemuliaan dan kuasa sampai selama-lamanya. Amin. 7
Lihatlah, Ia datang dengan awan-awan dan setiap
mata akan melihat Dia, juga mereka yang telah menikam Dia. Dan semua bangsa
di bumi akan meratapi Dia. Ya, amin. (RSV)
Sekali lagi, Wahyu 1:7 mengandungi
erti berganda. “Setiap orang yang telah menikamnya” mungkin tidak berada di
situ untuk menyaksikan secara peribadi Mesias datang dengan kemuliaan besar
dalam awan; bagaimanapun, mereka dan semua orang lain pasti akan melihatnya
pada suatu waktu sesudah mereka dibangkitkan untuk hidup sekali lagi, sama ada
dalam Kebangkitan Pertama atau Kedua.
Malah mungkin juga beberapa
daripada perajurit Rom dan orang lain yang mempunyai peranan dalam kematian
Mesias akan berada dalam Kebangkitan Pertama dan dengan itu menemuinya secara
literal di udara pada Kedatangan Keduanya. Beberapa ayat Suci membayangkan hal
ini (Matius 27:54; Markus 15:39; Lukas 23:47). Sebagai contoh, kepala pasukan
kafir yang mengakui secara lisan Yesus/Yehoshua sebagai Anak Tuhan, jadi
mungkin sekali dia kemudiannya bermualaf dan menjadi murid bersama-sama ramai
orang lain yang menyaksikan penyaliban itu.
Matius 27:54 Kepala pasukan dan
prajurit-prajuritnya yang menjaga Yesus menjadi sangat takut ketika mereka
melihat gempa bumi dan apa yang telah terjadi, lalu berkata: "Sungguh, Ia
ini adalah Anak Allah." (RSV)
Memang pelik nampaknya bahawa
seorang Bangsa lain mengenali Mesias sedangkan begitu ramai Yahudi zaman itu
tidak mengenalinya. Malahan, ini merupakan peristiwa kedua yang dicatatkan
bilamana seorang Bangsa lain mengenali Kristus sebagai Mesias, yang mana kali
pertamanya adalah apabila dia berbicara dengan perempuan Samaria di sumur itu
(Yohanes 4:4 dan seterusnya). Ramai pemimpin Yehuda iri hati dengan Yehoshua
ben Yoseph, dan ini mungkin sebab utama untuk mengingininya mati (lihat Matius
27:18). Seperti kata pepatah, ‘buat jahat dibalas jahat’ atau, dalam Ibrani, mida keneged mida (literal, ‘ukuran
dibalas ukuran’, iaitu balasan setimpal oleh Tuhan untuk baik atau jahat).
Orang Yahudi menganiaya Jemaat tanpa henti dan itulah sebabnya kenapa mereka
mengingini nabi Muhammed dan kumpulan kecil di Arabia dibunuh agar ia
dihapuskan. Iri hati dan pembunuhan ini kemudian dibalas kembali dengan bunga
ke aas keturunan mereka sendiri sepanjang dua milenium sehingga Holocaust abad
ke 20.
Nyanyian-nyanyian Hamba
Seorang lagi penulis Yahudi, Stuart
Sacks, dalam Revealing Jesus as Messiah
(Christian Focus Publ., Scotland, 1998, ms 89), membuat pemerhatian ini:
Beberapa
penulis Talmud telah menyedari kemungkinan bahawa penderitaan terikat dengan
pekerjaan Mesias [Babyl. Talmud, tractate Sanhedrin 98b]. Antara doa-doa kuno
yang diucapkan untuk Hari Pendamaian boleh ditemui kata-kata Eleazar ben Qalir
(mungkin selewat AD 1000): ‘Mesias kami yang adil telah meninggalkan kami; kami
lumpuh ketakutan, dan tiada sesiapa untuk membenarkan kami. Segala kejahatan
kami dan kuk pelanggaran kami dipikulnya, dan dia tertikam oleh kerana
pemberontakan kami. Dia mengangkat dosa-dosa kami di atas bahunya untuk
mendapatkan pengampunan untuk segala kejahatan kami.’ (lihat Yesaya 53:4-5).
Jadi nampaknya beberapa penulis
Yahudi mengakui (sekalipun dengan diam-diam) hakikat bahawa Mesias sebenarnya
sudah datang dan pergi. Geza Vermes, dalam bukunya Yesus orang Yahudi (SCM Press Ltd, Lond., 1983, ms 135), juga
menyebut kemungkinan ini.
Sebagai
tambahan kepada konsep raja, spekulasi Mesias dalam Judaisme purba termasuk
idea-idea Mesias bersifat imam dan nabi, dan dalam beberapa kasus, seorang
Mesias yang boleh melaksanakan semua fungsi ini dalam satu. Tambahan lagi, ada
waktunya renungan dan termenung khuatir saling beriringan dengan kepercayaan
bahawa Dia yang Diurapi sudahpun datang.
Skrol-skrol Laut Mati menunjukkan
bahawa pengertian masyarakat di situ adalah bahawa Mesias ialah orang sama,
dengan dua Kedatangan. Kedatangan pertama adalah sebagai Imam-Mesias dan kedua
sebagai Raja-Mesias. Teks-teks dikaji dalam simbolisme Imam Besar pada Yom Kippur dan dikaji dalam karya Hari Pendamaian (No. 138)
dan Azazel dan Pendamaian (No.
214).
Yesaya 53 salah satu daripada satu
siri kecil teks yang dicatatkan oleh nabi Yesaya dan biasanya dikenali sebaai Nyanyian-nyanyian Hamba (juga Yesaya 42;
49; 50; 52:13-15; sebahagian 40 dan 61 juga). Stuart Sacks berkata begini
tentang Nyanyian terakhir:
Walaupun
masyarakat Yahudi secara tradisinya memikirkan Nyanyian Hamba terakhir ini dari
segi Mesias, betapa indahnya hari itu apabila ramai orang kerabat Israel
menerima kesaksian Kitab Suci yang boleh dipercayai melalui orang-orang seperti
Lukas dan Filipus [lihat Kisah 8:34-35]. Hakikatnya tetap bahawa lima ayat
terakhir Nyanyian itu [52:1-53:12] cocok begitu baik sekali
dengan Mesias sebagaimana dia dinyatakan dalam abad pertama Palestine; jika ayat-ayat
ini tidak merujuk kepada Yesus, kita tiada idea sedikitpun akan siapa yang
Yesaya maksudkan (ibid., ms 68, penekanan
ditambah).
Penulis ini menambah bahawa
Nyanyian yang kemudian “jelas mengenal pasti penderitaan individu sebagai
pengganti suatu bangsa yang memberontak”, dan orang yang dikenali sebagai
“Yesus (Yeshua) merupakan penjelmaan
sempurna perkataan yasha” (maknanya menyelamat), sebab telah dicatatkan
bahawa Yesus (Yunani: Iesous) akan menyelamatkan umatnya daripada dosa
mereka (Matius 1:21).
Kembali kepada Tanakh, Pemazmur memberi gambaran spesifik tanda-tanda, boleh
dikatakan, tentang Mesias yang akan datang.
Mazmur 22:16 Sebab anjing-anjing
mengerumuni aku, gerombolan penjahat mengepung aku, mereka menusuk tangan dan
kakiku. (RSV)
Itu hanya satu contoh kecil
daripada satu set lengkap kriteria yang diperlukan untuk Yehoshua/Yesus diakui
sepenuhnya sebagai Mesias yang dijanjikan. Selain tusukan tangan dan kakinya
dengan paku, ada juga tanda-tanda tusukan di sekeliling kepala dia yang disalib
ini daripada mahkota duri yang ditekan pada kepalanya. Lubang-lubang dalam
kulit kepalanya ini membuatkan darah meleleh menuruni mukanya dan sampai ke
cuping-cuping telinganya, sementara luka-luka pada tangan dan kakinya
membenarkan darah turun sampai ke ibu jari tangan dan kakinya. Demikianlah
Tuhan mengatur untuk Yehoshua ben Yoseph ditahbiskan sepenuhnya sebagai seorang
Imam, menurut upacara pentahbisan beristiadat Harun dan anak-anaknya (dan semua
keturunan imam mereka) seperti yang digambarkan dalam Imamat 8:23-24 (lihat
juga karya Persembahan Unjukan Berkas
(No. 106b)).
Malah sekarang ini, sebagai Imam
Besar dalam keimamatan Melkisedek, Yehoshua sanggup dan mampu membuat
perantaraan secara langsung kepada Allah Bapa bagi pihak mereka yang dipanggil
keluar dan dipilih yang hidup di Bumi, seperti yang ditunjukkan Timotius.
1 Timotius 2:3-6 Itulah yang baik
dan yang berkenan kepada Allah, Juruselamat kita, 4 yang menghendaki
supaya semua orang diselamatkan dan memperoleh pengetahuan akan kebenaran. 5
Karena Allah itu esa dan esa pula Dia yang menjadi pengantara antara Allah dan
manusia, yaitu manusia Kristus Yesus, 6 yang telah menyerahkan diri-Nya
sebagai tebusan bagi semua manusia: itu kesaksian pada waktu yang ditentukan.
(RSV)
Yahudi untuk Yesus
Tuhan tentunya mengingini setiap
orang Yehuda untuk menjadi “Yahudi untuk Yesus”. Tetapi Dia pastinya tidak mahu
orang Yahudi membuang Monoteisme mereka dan memeluk tuhan-tuhan palsu daripada
konsep Trinitarian yang diikuti oleh kebanyakan ‘Kristian’, dalam mana Yesus
merupakan salah seorang daripada tiga anggota setara dalam Ketuhanan eksklusif.
Jika kepercayaan ini sukar sedikit diterima dan kelihatan bertentangan dengan ‘Shema Ysrael, ini adalah kerana ia
tentu sekali berselisih dengannya.
Jika kita sudah menerima bahawa
Mesias telahpun mempunyai satu Kedatangan dan mati untuk keselamatan semua
orang di dunia, maka kita tidak perlu lagi bergelut dengan konsep asing
Trinitas ‘Bapa, Anak dan Roh Kudus’ kerana ia sama sekali tidak berdasar pada alkitab, dan tidak ditemui dalam Tanakh ataupun, hairannya, dalam
kitab-kitab Perjanjian Baru Kristian.
Suatu tesis Trinitarian khusus
mungkin termasuk yang berikut, walaupun mungkin dengan kurang sedikit
keikhlasannya daripada apa yang ditemui dalam ayat pembukaan. Ini sebenarnya
satu pengakuan yang agak berani memandangkan konsep Trinitas sepatutnya sangat
penting kepada kepercayaan Kristian. Oleh sebab umat Kristian juga sepatutnya
Umat Kitab, kita mungkin layak menjangkakan doktrin ini dibentang jelas dalam
Kitab-kitab Perjanjian Baru.
Kini
diakui umum bahawa doktrin Trinitas tidak ditemui dalam Perjanjian Baru. Pada
waktu yang sama, orang lebih biasa mengakui daripada keadaan kadang kala,
bahawa Perjanjian Baru mengandungi bahan-bahan daripada mana doktrin Trinitas
terbentuk; dan semua ini boleh ditemui, bukannya dalam teks-teks dalam mana
nama-nama tiga “oknum” itu muncul bersama …, tetapi sebaliknya dalam garis
bentuk corak Trinitarian yang boleh dilihat, khususnya dalam pemikiran Paulus
dan Penginjil Keempat (The Holy Spirit in
Christian Theology, George S. Hendry, SCM Press Ltd, Lond., 1965, ms 30).
Ini bukan begitu. Satu-satunya corak yang boleh dilihat, selain
daripada apa yang ada dalam khayalan subur manusia, dapat disamakan dengan
corak DNA yang ditemui dalam semua makhluk hidup. Blok-blok binaan asasnya
tetap sama, iaitu kita menggunakan ayat-ayat alkitab yang sama untuk
menjelaskan doktrin, namun kesimpulan-kesimpulan yang dicapai mungkin berbeza
sama sekali, sama seperti manusia dan gorila memiliki komposisi DNA yang sama
(mempunyai 98% gen yang sama) tetapi hanya satu saja akan mewarisi hidup kekal.
Malah ada pseudo-Kristian yang
mendakwa bahawa idea Trinitas terkandung dalam Perjanjian Lama atau Tanakh, sedangkan itu bukan hakikatnya
sama sekali. Satu poin sebegitu mengaitkan penggunaan istilah echad dan bukan yachid dalam ‘Shema Ysrael
bila bercakap tentang Tuhan ‘yang maha esa’. Karya Satu Bersama
dengan Bapa (No. 81) patut dipelajari untuk penjelasan penggunaan
istilah echad dalam ‘Shema.
Iman Kristian asal, seperti yang dihuraikan oleh Jemaat-jemaat Allah Al Masehi,
menyediakan alternatif berasaskan alkitab kepada kepercayaan pilih-dan-campur
atau sinkretik dan dipagankan milik mereka yang dipanggil Kristian.
Pendamaian Yehuda dan Israel
Meskipun dengan keberdosaan,
pemberontakan dan cintanya yang tidak sihat terhadap kekayaan dan status,
nampaknya Yehuda menduduki tempat istimewa kasih sayang dalam hati Tuhan.
Mazmur 114:2 maka Yehuda menjadi
tempat kudus [SHD 6944: kesucian, kekudusan]-Nya, Israel wilayah kekuasaan-Nya.
(RSV)
Sememangnya juga, daripada Yehuda
dan daripada keturunan Isai dan Daud, Mesias lahir untuk keselamatan seluruh
dunia.
Yesaya 11:10-13 Maka pada waktu itu
taruk dari pangkal Isai akan berdiri sebagai panji-panji bagi bangsa-bangsa;
dia akan dicari oleh suku-suku bangsa dan tempat kediamannya akan menjadi
mulia. 11 Pada waktu itu Tuhan akan mengangkat pula tangan-Nya untuk
menebus sisa-sisa umat-Nya yang tertinggal di Asyur dan di Mesir, di Patros, di
Etiopia dan di Elam, di Sinear, di Hamat dan di pulau-pulau di laut. 12
Ia akan menaikkan suatu panji-panji bagi bangsa-bangsa, akan mengumpulkan
orang-orang Israel yang terbuang, dan akan menghimpunkan orang-orang Yehuda
yang terserak dari keempat penjuru bumi. 13 Kecemburuan Efraim akan
berlalu, dan yang menyesakkan Yehuda akan lenyap. Efraim tidak akan cemburu
lagi kepada Yehuda, dan Yehuda tidak akan menyesakkan Efraim lagi. (RSV)
Kita perhatikan dalam 2 Tawarikh
28:9-15 bahawa Efraim mengalami perubahan hati setelah dia dan suku lain
berperang dengan Yehuda dan mengambil ramai tawanan. Walaupun Tuhan murka
dengan Yehuda dan membenarkan mereka dikalahkan, Israel telah melebih-lebih
dalam layanannya terhadap Yahudi yang ditawan. Justeru Tuhan menasihati mereka
dengan keras untuk menunjukkan belas kasihan. Kita sering dihakimi menurut cara
bagaimana kita melayani musuh kita, sebab murah hati dalam kemenangan merupakan
satu sifat Ilahi.
Tidak lama lagi, akan ada suatu
pendamaian Yehuda dan Israel yang telah dinubuatkan, seperti yang kita lihat
dalam Hosea 1:11 dan Yehezkiel 37:15-22.
Hosea 1:11 Orang Yehuda dan
orang Israel akan berkumpul bersama-sama dan akan mengangkat bagi mereka satu
pemimpin, lalu mereka akan menduduki negeri ini, sebab besar hari Yizreel itu.
(RSV)
Yehezkiel
37:15-22 Kemudian datanglah firman TUHAN kepadaku: 16 "Hai
engkau anak manusia, ambillah sepotong papan dan tulis di atasnya: Untuk Yehuda
dan orang-orang Israel yang bersekutu dengan dia. Kemudian ambillah papan yang
lain dan tulis di atasnya: Untuk Yusuf--papan Efraim--dan seluruh kaum Israel
yang bersekutu dengan dia. 17 Gabungkanlah keduanya menjadi satu
papan, sehingga keduanya menjadi satu dalam tanganmu. 18 Maka kalau
teman-teman sebangsamu bertanya kepadamu: Tidakkah engkau bersedia
memberitahukan kepada kami, apa artinya ini-- 19 katakanlah kepada
mereka: Beginilah firman Tuhan ALLAH: Aku mengambil papan Yusuf--yang dalam
tangan Efraim--beserta suku-suku Israel yang bersekutu dengan dia dan
menggabungkannya dengan papan Yehuda dan Aku akan menjadikan mereka satu papan,
sehingga mereka menjadi satu dalam tangan-Ku. 20 Dan sedang engkau
memegang papan-papan yang kautulisi itu dalam tanganmu di hadapan mereka, 21
katakanlah kepadanya: Beginilah firman Tuhan ALLAH: Sungguh, Aku menjemput
orang Israel dari tengah bangsa-bangsa, ke mana mereka pergi; Aku akan
mengumpulkan mereka dari segala penjuru dan akan membawa mereka ke tanah
mereka. 22 Aku akan menjadikan mereka satu bangsa di tanah mereka,
di atas gunung-gunung Israel, dan satu raja memerintah mereka seluruhnya;
mereka tidak lagi menjadi dua bangsa dan tidak lagi terbagi menjadi dua
kerajaan. (RSV)
Dalam nubuatan yang diberi oleh
Yakub/Israel kepada anak-anaknya pada saat-saat sebelum meninggal, tangan
Yehuda dikatakan akan menekan tengkuk (atau
belakang) ‘musuh-musuh’nya.
Kejadian 49:8-12 Yehuda, engkau akan
dipuji oleh saudara-saudaramu, tanganmu akan menekan tengkuk musuhmu, kepadamu
akan sujud anak-anak ayahmu. 9 Yehuda adalah seperti anak singa:
setelah menerkam, engkau naik ke suatu tempat yang tinggi, hai anakku; ia
meniarap dan berbaring seperti singa jantan atau seperti singa betina; siapakah
yang berani membangunkannya? 10 Tongkat kerajaan tidak akan beranjak
dari Yehuda ataupun lambang pemerintahan dari antara kakinya, sampai dia datang
yang berhak atasnya, maka kepadanya akan takluk bangsa-bangsa. 11 Ia
akan menambatkan keledainya pada pohon anggur dan anak keledainya pada pohon
anggur pilihan; ia akan mencuci pakaiannya dengan anggur dan bajunya dengan
darah buah anggur. 12 Matanya akan merah karena anggur dan giginya
akan putih karena susu. (RSV)
Ayat-ayat terakhir teks in merujuk
kepada kematian Mesias di Yerusalem. Dengan kematiannya dia menyempurnakan
pembasuhan pakaiannya dan pakaian semua umatnya sebagai kebun anggur Rumah
Tuhan (lihat Yesaya 5:7).
Memandangkan kata-kata saudara-saudara dan anak-anak ayah dalam ayat 8, nampaknya rujukan di sini adalah
kepada tangan Yehuda yang menekan tengkuk atau belakan saudara-saudaranya juga
(sebagai bekas musuh) untuk menarik mereka kepada dia; iaitu untuk memeluk
mereka dan menangis pada tengkuk
masing-masing (lihat Kejadian 33:4; 45:14) dalam roh pendamaian dan bukan
permusuhan. Yesaya 11:13 menyatakan secara nubuatan bahawa, “Efraim [mewakili
10 Suku] tidak akan
cemburu lagi kepada Yehuda, dan Yehuda tidak akan menyesakkan Efraim lagi.”
Seperti yang disebut lebih awal, ini merujuk kepada rasa cemburu dan benci
sekumpulan orang (dalam kasus ini satu suku saudara) terhadap Yehuda (orang
Yahudi), sama seperti kemungkinan Yehuda telah mencemburui Yusuf (bapa Efraim)
sebagai anak kesayangan bapa mereka, Patriak Yakub. Dengan itu istilah musuh nampaknya sama pengertiannya
dengan musuh orang ialah orang-orang
seisi rumahnya (Mikha 7:6; Matius 10:36), iaitu saudara-saudara kandung
sendiri. Kalaulah ada konotasi negatif kepada bahagian ayat 8 ini, ia tentunya
bercakap tentang Yehuda meletakkan kakinya
ke atas musuh-musuhnya (Yosua 10:24), atau kuk perhambaan pada tengkuk mereka
(Kejadian 27:40; Yeremia 27:12).
Orang
Adil Bangsa Tuhan
Kita tahu bahawa intisari Taurat
ialah kasih Tuhan dan kasih manusia, seperti mana yang Geza Vermes nyatakan
semula di atas. Begitu juga, walaupun bercakap terutamanya kepada rakan-rakan
Yahudi, R. Kushner melihat keperluan untuk kita semua mengilhami segalanya
dalam kehidupan seharian kita dengan kekudusan untuk menyenangkan hati Tuhan.
Salah
satu ajaran dasar Judaisme adalah bahawa pencarian kekudusan, untuk pertemuan
dengan Tuhan, tidak terbatas kepada sinagog. Semua yang kita lakukan boleh
diubah menjadi satu pengalaman Sinai, suatu pertemuan dengan yang kudus. Tujuan
Judaisme bukan untuk mengajar kita bagaimana untuk melarikan diri dari dunia
yang kotor ke hadirat Tuhan yang menyucikan, tetapi untuk mengajar kita
bagaimana untuk membawa Tuhan ke dalam dunia, bagaimana untuk mengambil benda
yang biasa dan menjadikannya kudus. (op. cit., ms 49)
Ini bukanlah hal
melepaskan tangan kita daripada dunia kerana semua masalahnya yang nampaknya
tidak terselesai, atau sekadar menunggu Kerajaan yang dijanjikan datang untuk
Mesias membersihkan kekotoran di Bumi dan menyelesaikan segalanya untuk kita.
Adanya keperluan yang sangat penting untuk bekerja dalam dunia ini, sekarang
juga, untuk menjadikannya tempat yang lebih baik, sebagaimana yang R. Kushner
tegaskan.
Namun
bahayanya dalam mempercayai terlalu kuat dalam Dunia yang Akan Datang ialah
kamu mungkin kemudiannya kurang peduli tentang kecacatan-kecacatan dunia ini.
Jadi kenapalah kalau penyakit dan jenayah berleluasa? Jadi kenapalah jika janda
dan orang miskin lain dipergunakan oleh mereka yang kaya dan berkuasa? Dunia
ini hanyalah bilik menunggu Tuhan. Dalam Keabadian, semua akan menerima apa
yang patut mereka terima dan yang akhir akan menjadi yang pertama. Hampir
keseluruhannya, orang Yahudi menolak pandangan itu. Iman kami adalah bahawa
Tuhan begitu mengasihi dunia ini sehingga Dia melimpahinya dengan perhatian
yang besar sekali dalam penciptaannya, dan menjadikannya tempat yang teratur,
indah dan sangat berharga. Dan jika kita mengasihi Tuhan, kita patut berasa
terdorong untuk melayani dengan kasih dunia yang amat dikasihiNya itu … si
pembaca Alkitab diberitahu bahawa konsep abstrak keadilan tidak bererti
melainkan ia diwujudkan dalam kehidupan setiap warganeara.” (ibid., ms 44-45)
Seperti yang Rabai inginkan,
terdapat cara yang lebih mulia untuk memberi impak peribadi dan positif pada
dunia: melalui pembelajaran dan pelaksanaan segala yang kita pelajari,
sekurang-kurangnya sebagai satu tempat untuk mula.
Judaisme
telah sentiasa bertegas bahawa pengetahuan mempunyai kuasa bukan saja untuk
menjadikan orang bijak tetapi untuk membuat mereka baik. Sesudah belajar, kita
patut mengikat niat untuk hidup berbeza sebagai hasil daripada apa yang kita
sudah pelajari. Setelah memutuskan untuk hidup berbeza, kita kemudiannya patut
pergi untuk memberkati dunia Tuhan dan menguduskannya. (ibid., ms 304)
Walaupun tak seorangpun yang baik selain daripada Allah saja (Markus 10:18),
Kitab-kitab Perjanjian Baru setuju dengan R. Kushner dengan memberitahu kita
bahawa Tuhan begitu mengasihi dunia sehingga Dia menyerahkan satu-satunya
Anaknya yang lahir manusia untuk mati dengan kejam (Yohanes 3:16-17), yang
datang bukan untuk menghukum dunia tetapi akhirnya untuk menyelamatkannya. Ini
konsep yang cukup berbeza yang Yohanes berikan kemudian di 1 Yohanes 2:15 dan
yang nampaknya menyangkal ayat terdahulu itu dengan menyuruh kita untuk tidak mengasihi dunia. Bagaimanapun, ini
boleh dijelaskan dengan mudah sebagai perintah untuk membenci sistem-sistem
buatan manusia dan diilhami Iblis (yang tidak berasal daripada Tuhan, tetapi
memang diizinkan olehNya untuk wujud)
dalam dunia namun, pada waktu yang sama, mengasihi dan menyayangi orang lain
sebagaimana Tuhan sendiri mengasihi semua ciptaanNya. Brown-Driver-Briggs (BDB) membuat perbezaannya dalam definisi
mereka akan istilah Yunani untuk dunia,
iaitu kosmos (SGD 2889):
5)
penduduk bumi, manusia, keluarga manusia; atau
…
7)
hal-ehwal dunia, kesemua hal-hal duniawi
7a)
seluruh lingkaran benda-benda duniawi, kurniaan kekayaan, manfaat, kenikmatan,
dsb, yang walaupun hampa dan lemah dan sementara, membangkitkan keinginan,
menggoda daripada Tuhan dan merupakan halangan-halangan kepada tujuan Kristus.
Lazimnya ada idealisme berprinsip
tinggi tertentu yang dipamerkan oleh orang Yahudi. Bercakap sebagai seorang
Yahudi Amerika, Rabai Kushner membuat pemerhatian ini:
Kita
cenderung untuk tidak mengundi calon-calon Yahudi, atau sekurang-kurangnya
calon pro-Israel. Para pengundi Yahudi cenderung menyokong calon yang kelihatan
paling berniat untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik.
Pada
awal abad kedua puluh, ramai orang Yahudi tertarik kepada parti Komunis bukan
saja kerana ia menggantikan seorang czar (tsar) yang kejam dan bersifat
antisemit dengan jahatnya di Rusia, dan pastinya bukan kerana orang Yahudi
berjiwa revolusioner secara semulajadi, tetapi kerana ia berjanji untuk menjadikan
dunia lebih baik. Apabila komunisme terbukti ‘tuhan yang gagal,” apabila Rusia
pimpinan Stalin terbukti sama kejam dan antisemit seperti mana-mana rejim czar,
mereka menarik balik kesetiaan mereka. Namun mereka terus mencari suatu tujuan
untuk diikuti, kerana mereka percaya bahawa tujuan manusia di bumi adalah untuk
melakukan untuk Tuhan satu-satunya perkara yang Dia tidak dapat lakukan untuk
diriNya, iaitu memahkotakan ciptaanNya dengan kebaikan, dan menjadikan dunia
ini, bukan mana-mana dunia lain yang jauh, Kerajaan Tuhan.” (op.cit., ms 46-7)
Itu jelas sekali satu pandangan
yang amat layak untuk dipegang, walaupun seharusnya semakin jelas bahawa
manusia sendiri tidak akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi
dunia ini. Bagaimanapun, ini menunjukkan bahawa orang Yahudi (antara ramai
orang lain) sering mempunyai perasaan empati dan keadilan yang tinggi terhadap
orang lain.
Dakwaan
bahawa Tuhan memerlukan kita sebenarnya bukanlah satu pernyataan tentang Tuhan
tetapi tentang kita. Kita dipanggil untuk melakukan sesuatu untuk Tuhan dan
untuk dunia. Kita penting; kita diberi kuasa. Kisah dasar Judaisme [dan seluruh
Israel alkitabiah] mengajar kita dua pengajaran ini. Kita wajib menjadi teladan
untuk semua bangsa, menunjukkan mereka bagaimana rupanya kehidupan berorientasi
Tuhan, dan kita wajib menjadikan dunia Tuhan lengkap dengan memberi Dia
satu-satunya benda yang Dia tidak dapat lakukan untuk diriNya sendiri, dengan
memilih secara bebas untuk berbuat baik. Tuhan bergantung pada kita untuk melengkapkan
dan menguduskan duniaNya, dan kita mengecewakan Dia secara kosmik jika kita
gagal menyahut cabaranNya. (ibid., ms 48)
Dalam Mishnah, ada satu
pepatah yang dihubungkan kepada Hillel, seorang yang lebih tua yang sezaman
dengan Yesus/Yehoshua:
Jadilah
seperti murid-murid Harun, mencintai damai dan mengejar kedamaian, mengasihi
umat manusia (ha-beriyot) dan membawa
mereka hampir kepada Taurat (mAb 1,12).
Dalam komennya tentang
Yesaya 60:3,6 dan seterusnya, Geza Vermes menyatakan:
Di
sini kedatangan Kerajaan membawakan satu elemen misteri: keselamatan Israel
dipamerkan sebagai satu magnet yang menarik umat manusia selebihnya kepada
Tuhan (ibid., ms 123-4).
Keselamatan
kepada Orang Yahudi dulu
Sekali lagi kita
perhatikan kedudukan unggul dalam rencana agung Tuhan diberikan kepada Yehuda.
Keselamatan terbuka kepada mereka dulu, bermula dengan 42 lebih tahun dari
penginjilan Yohanes Pembaptis sehingga kemusnahan Bait di Yerusalem pada 70 CE.
Paulus mengulangi fakta ini.
Roma 1:16-17 Sebab aku mempunyai
keyakinan yang kokoh dalam Injil, karena Injil adalah kekuatan Allah yang
menyelamatkan setiap orang yang percaya, pertama-tama
orang Yahudi, tetapi juga orang Yunani. 17 Sebab di dalamnya
nyata kebenaran Allah, yang bertolak dari iman dan memimpin kepada iman,
seperti ada tertulis: "Orang benar akan hidup oleh iman." (RSV)
Justeru Yehuda diberi
‘hak penolakan pertama’ atas kebenaran dan keselamatan melalui Yesus Mesias;
bagaimanapun, keunggulan ini ternyata satu pedang dua mata, dalam mana Yehuda
juga yang mula-mula dihukum kerana pemberontakan seperti, contohnya, pada waktu
kemusnahan Bait dan dalam Holocaust berabad-abad kemudian. Israel selebihnya
mungkin masih lagi akan mengalami hukuman mereka sendiri.
Roma 2:9-13, 17-29 Penderitaan dan
kesesakan akan menimpa setiap orang yang hidup yang berbuat jahat, pertama-tama orang Yahudi dan juga
orang Yunani, 10 tetapi kemuliaan,
kehormatan dan damai sejahtera akan diperoleh semua orang yang berbuat baik,
pertama-tama orang Yahudi, dan juga orang Yunani. 11 Sebab Allah
tidak memandang bulu. 12 Sebab semua orang yang berdosa tanpa hukum
Taurat akan binasa tanpa hukum Taurat; dan semua orang yang berdosa di bawah
hukum Taurat akan dihakimi oleh hukum Taurat. 13 Karena bukanlah
orang yang mendengar hukum Taurat yang benar di hadapan Allah, tetapi orang
yang melakukan hukum Tauratlah yang akan dibenarkan. 17. Tetapi,
jika kamu menyebut dirimu orang Yahudi dan bersandar kepada hukum Taurat,
bermegah dalam Allah, 18 dan tahu akan kehendak-Nya, dan oleh karena
diajar dalam hukum Taurat, dapat tahu mana yang baik dan mana yang tidak, 19
dan yakin, bahwa engkau adalah penuntun orang buta dan terang bagi mereka yang
di dalam kegelapan, 20 pendidik orang bodoh, dan pengajar orang yang
belum dewasa, karena dalam hukum Taurat engkau memiliki kegenapan segala
kepandaian dan kebenaran. 21 Jadi, bagaimanakah engkau yang mengajar
orang lain, tidakkah engkau mengajar dirimu sendiri? Engkau yang mengajar:
"Jangan mencuri," mengapa engkau sendiri mencuri? 22
Engkau yang berkata: "Jangan berzinah," mengapa engkau sendiri
berzinah? Engkau yang jijik akan segala berhala, mengapa engkau sendiri
merampok rumah berhala? 23 Engkau
bermegah atas hukum Taurat, mengapa engkau sendiri menghina Allah dengan
melanggar hukum Taurat itu? 24 Seperti ada tertulis: "Sebab
oleh karena kamulah nama Allah dihujat di antara bangsa-bangsa lain." 25
Sunat memang ada gunanya, jika engkau mentaati hukum Taurat; tetapi jika engkau
melanggar hukum Taurat, maka sunatmu tidak ada lagi gunanya. 26 Jadi
jika orang yang tak bersunat memperhatikan tuntutan-tuntutan hukum Taurat,
tidakkah ia dianggap sama dengan orang yang telah disunat? 27 Jika
demikian, maka orang yang tak bersunat, tetapi yang melakukan hukum Taurat,
akan menghakimi kamu yang mempunyai hukum tertulis dan sunat, tetapi yang
melanggar hukum Taurat. 28 Sebab yang disebut Yahudi bukanlah orang
yang lahiriah Yahudi, dan yang disebut sunat, bukanlah sunat yang dilangsungkan
secara lahiriah. 29 Tetapi
orang Yahudi sejati ialah dia yang tidak nampak keyahudiannya dan sunat ialah
sunat di dalam hati, secara rohani, bukan secara hurufiah. Maka pujian
baginya datang bukan dari manusia, melainkan dari Allah. (RSV)
Ketika Paulus bercakap tentang
sunat sejati (iaitu sunat di dalam hati) yang dituntut daripada semua orang,
bukan saja orang Yahudi, dia menggemakan kata-kata Yeremia.
Yeremia 4:3-4 Sebab beginilah
firman TUHAN kepada orang Yehuda dan kepada penduduk Yerusalem: "Bukalah
bagimu tanah baru, dan janganlah menabur di tempat duri tumbuh. 4 Sunatlah
dirimu bagi TUHAN, dan , hai orang Yehuda dan penduduk Yerusalem, supaya jangan
murka-Ku mengamuk seperti api, dan menyala-nyala dengan tidak ada yang
memadamkan, oleh karena perbuatan-perbuatanmu yang jahat!" (RSV)
Sama seperti itu, Yehoshua
mengulangi kata-kata Yeremia apabila dia memberi perumpamaan penabur benih
dalam Matius 13:3 dan seterusnya, yang mengisahkan benih atau firman Tuhan yang
ditaburkan atau disebarkan dengan luas dan sama ada atau tidak ia dapat berakar
dalam tanah subur. Panggilan dilaungkan sekarang ini, dan terpulang kepada
individu-individu dalam Yehuda untuk mengizinkan firman ini berakar dalam hati
dan fikiran mereka dan menjawab panggilan itu.
Nampaknya apabila kita menggores
kulit seorang Yahudi yang mengaku ateis atau agnostik kita temui tidak begitu
jauh di bawah permukaan seorang yang agak bersifat rohaniah yang mungkin sedia
menjawab panggilan Tuhan kepadanya. Rabai Kushner memberi petunjuk tentang kerohanian terpendam dalam ramai
Yahudi sekular.
…Israel
bukan negara baru yang berumur empat puluh tahun, tetapi sebenarnya salah satu
negara tertua di dunia …
Ini
menjelaskan kenapa orang Yahudi tergerak hingga berair mata pada Jun 1967
apabila Kota Lama Yerusalem, Tembok Barat Bait, Pusara Bapa-bapa Kaum di
Hebron, dan tapak-tapak alkitabiah lain menjadi sebahagian daripada Israel. Ini
menghubungkan mereka kepada asal usul alkitabiah mereka, dan orang Yahudi yang
tidak beriman sekalipun tergetar jiwa oleh itu. Dalam masa dua bulan setelah
tamatnya Perang Enam Hari, betul-betul separuh penduduk Israel, kebanyakan
mereka Yahudi tidak beriman, telah datang ke Yerusalem untuk berdoa di Tembok
Barat. (Kushner, ibid., ms 252-3)
Seperti semua anak Tuhan, mereka
nyata mempunyai keinginan dalaman yang kuat ‘untuk mencari jalan pulang’ kepada
Dia. Mereka ‘anak-anak yang hilang’… dan kita semua juga sama. Walaupun baik
dan mulia memiliki hubungan kuat dengan tanah jasmaniah Israel, masih ada
hubungan yang lebih penting lagi yang kita perlu ada dengan Israel rohaniah.
R. Kushner dalam To Life! menjelaskan bagaimana Judaisme
dan Kekristianan (aliran umum) boleh saling mempelajari pengajaran berharga.
Kekristianan
memerlukan Judaisme untuk mengingatkannya bagaimana rupanya monoteisme asli,
tidak berkompromi dan beretika. … Kekristianan memerlukan teladan masyarakat
Yahudi yang benar-benar berusaha melakukan apa yang Taurat minta kami lakukan.
Namun
Judaisme memerlukan Kekristianan untuk mengingatkan kami bahawa firman Tuhan
bukannya untuk disimpan untuk diri kami saja. Kita dipanggil untuk bukan saja
hidup menurut jalan Tuhan, tetapi melakukannya dengan sebegitu cara supaya
dunia akan diyakinkan untuk berbalik kepada Tuhan. (ibid., ms 290)
Hakikatnya, Jemaat-jemaat Allah Al
Masehi menggabungkan elemen-elemen penting kepercayaan dan amalan agama itu,
dengan mentaati Taurat dan dengan mengajarkan jalan Tuhan seluas mungkin dengan
tujuan dasar menggalakkan seluruh dunia untuk berbalik kepada Dia.
Menunggu Yehuda
Umat pilihan tidak boleh
dimeteraikan, dan dunia umumnya tidak boleh diselamatkan, sehingga bilangan
tertentu suku Yehuda dibawa ke dalam Jemaat sejati Tuhan. Keputusan telahpun
dibuat bahawa 12,000 orang secukupnya daripada suku Yehuda akan dimasukkan ke
dalam teras pusat umat pilihan Tuhan, yang bilangannya berjumlah 144,000 (Wahyu
7:3-5).
Kumpulan Besar Orang Banyak
Kebangkitan Pertama (Wahyu bab 7) terdiri daripada anggota-anggota semua suku
dan negara Bumi. Kita tahu bahawa pengampunan daripada Tuhan sedia ada pada
bila-bila masa dan bukan hanya pada hari tertentu tahun seperti Yom Kippur, asalkan pertaubatannya
ikhlas. Ini telah ditunjukkan banyak kali sepanjang sejarah Israel dan Yehuda.
2 Raja-raja 22:18-19 Tetapi kepada raja
Yehuda, yang telah menyuruh kamu untuk meminta petunjuk TUHAN, harus kamu
katakan demikian: Beginilah firman TUHAN, Allah Israel: Mengenai perkataan yang
telah kaudengar itu, 19 oleh
karena engkau sudah menyesal dan engkau merendahkan diri di hadapan TUHAN
pada waktu engkau mendengar hukuman yang Kufirmankan terhadap tempat ini dan
terhadap penduduknya, bahwa mereka akan mendahsyatkan dan menjadi kutuk, dan oleh karena engkau mengoyakkan
pakaianmu dan menangis di hadapan-Ku, Akupun telah mendengarnya, demikianlah
firman TUHAN, (RSV)
2 Tawarikh 20:3,18-21 Yosafat menjadi
takut, lalu mengambil keputusan untuk mencari TUHAN. Ia menyerukan kepada seluruh Yehuda supaya berpuasa. … 18
Lalu berlututlah Yosafat dengan mukanya ke tanah. Seluruh Yehuda dan penduduk
Yerusalempun sujud di hadapan TUHAN dan menyembah kepada-Nya. 19
Kemudian orang Lewi dari bani Kehat dan bani Korah bangkit berdiri untuk
menyanyikan puji-pujian bagi TUHAN, Allah Israel, dengan suara yang sangat
nyaring. 20 Keesokan harinya pagi-pagi mereka maju menuju padang
gurun Tekoa. Ketika mereka hendak berangkat, berdirilah Yosafat, dan berkata: "Dengar, hai Yehuda dan penduduk
Yerusalem! Percayalah kepada TUHAN, Allahmu, dan kamu akan tetap teguh!
Percayalah kepada nabi-nabi-Nya, dan kamu akan berhasil!" 21
Setelah ia berunding dengan rakyat, ia mengangkat orang-orang yang akan
menyanyi nyanyian untuk TUHAN dan memuji TUHAN dalam pakaian kudus yang semarak
pada waktu mereka keluar di muka orang-orang bersenjata, sambil berkata:
"Nyanyikanlah nyanyian syukur bagi TUHAN, bahwasanya untuk selama-lamanya
kasih setia-Nya!" (RSV)
Seorang nabi Yehuda pernah digunakan
oleh Tuhan untuk mengingatkan raja Israel tentang malapetaka yang kian menimpa
(1 Raja-raja 13:1-3). Namun, pada hari ini sekalipun, apabila Tuhan memanggil
Yehuda untuk kembali kepada Dia melalui Yehoshua Mesias, Dia tidak mahu melihat
nabi-nabiNya, mereka yang membawa pesan panggilan kembali kepada Tuhan,
diabaikan, diseksa ataupun dibunuh seperti yang terjadi banyak kali pada masa
lalu.
2 Tawarikh 24:18-21 Mereka meninggalkan
rumah TUHAN, Allah nenek moyang mereka, lalu beribadah kepada tiang-tiang berhala
dan patung-patung berhala. Oleh karena kesalahan itu Yehuda dan Yerusalem
tertimpa murka. 19 Namun
TUHAN mengutus nabi-nabi kepada mereka, supaya mereka berbalik kepada-Nya.
Nabi-nabi itu sungguh-sungguh memperingatkan mereka, tetapi mereka tidak mau
mendengarkannya. 20 Lalu Roh Allah menguasai Zakharia, anak imam
Yoyada. Ia tampil di depan rakyat, dan berkata kepada mereka: "Beginilah
firman Allah: Mengapa kamu melanggar perintah-perintah TUHAN, sehingga kamu
tidak beruntung? Oleh karena kamu meninggalkan TUHAN, Iapun meninggalkan
kamu!" 21 Tetapi mereka
mengadakan persepakatan terhadap dia, dan atas perintah raja mereka melontari
dia dengan batu di pelataran rumah TUHAN. (RSV)
Hampir tiada perubahannya dalam
tahun-tahun selepas itu, seperti ketika Stefanus menyatakan kebenaran kepada
orang Yahudi dari banyak bahagian Timur Dekat dan Timur Tengah pada abad
pertama CE (Kisah 6:5-7:60). Dia juga dilontari batu sampai mati kerana
usahanya; dan seorang Farisi tertentu bernama Saulus dari Tarsus bersetuju dia
dibunuh (Kisah 8:1), walaupun ini akhirnya membawa kepada kepercayaan Saulus
dalam Yesus/Yehoshua sebagai Mesias dan kepada perubahannya yang ajaib di jalan
ke Damsyik. Saulus bertaubat dan dibaptiskan dan diberi nama baru Paulus. Tuhan
tidak dihina. Dia akhirnya membereskan segala permainan manusia dan keengganan
meeka untuk mengakui Dia atau mendengar hamba-hambaNya; namun pada waktuNya
sendiri Dia akan menangani setiap orang untuk kebaikan mereka sendiri.
Mungkin cocok sekali bahawa 2
Tawarikh merupakan kitab terakhir dalam Tanakh
Yahudi, kerana ia mengandungi pesan-pesan bersangkutan untuk Hari-hari Terakhir
zaman sekarang ini. Seperti sering dilakukan sebelumnya, Yehuda mungkin diminta
menjadi teladan dan berbaris di barisan depan, kali ini dalam kempen yang lebih
penting lagi untuk menyampaikan pesan sebenar keselamatan kepada semua.
Kepandaian penyokongan terkenal Yehuda mungkin juga berguna dalam meyakinkan
Israel selebihnya untuk kembali kepada Tuhan, seperti yang cuba mereka lakukan
sebelumnya dengan kejayaan terbatas (lihat 2 Tawarikh 29 dan 30).Satu kempen
yang lebih berjaya telah dilaksankan oleh Raja Asa Yehuda.
2 Tawarikh 15:1-9 Azarya bin Oded
dihinggapi Roh Allah. 2 Ia pergi menemui Asa dan berkata kepadanya:
"Dengarlah kepadaku, Asa dan seluruh Yehuda dan Benyamin! TUHAN beserta dengan kamu bilamana kamu
beserta dengan Dia. Bilamana kamu mencari-Nya, Ia berkenan ditemui olehmu,
tetapi bilamana kamu meninggalkan-Nya, kamu akan ditinggalkan-Nya. 3
Lama sekali Israel tanpa Allah yang benar, tanpa ajaran dari pada imam dan
tanpa hukum. 4 Tetapi dalam
kesesakan mereka berbalik kepada TUHAN, Allah orang Israel. Mereka mencari-Nya,
dan Ia berkenan ditemui oleh mereka. 5 Pada zaman itu tidak
dapat orang pergi dan pulang dengan selamat, karena terdapat kekacauan yang
besar di antara segenap penduduk daerah-daerah. 6 Bangsa
menghancurkan bangsa, kota menghancurkan kota, karena Allah mengacaukan mereka
dengan berbagai-bagai kesesakan. 7 Tetapi kamu ini, kuatkanlah
hatimu, jangan lemah semangatmu, karena ada upah bagi usahamu!" 8
Ketika Asa mendengar perkataan nubuat yang diucapkan oleh nabi Azarya bin Oded
itu, ia menguatkan hatinya dan menyingkirkan dewa-dewa kejijikan dari seluruh
tanah Yehuda dan Benyamin dan dari kota-kota yang direbutnya di pegunungan
Efraim. Ia membaharui mezbah TUHAN yang ada di depan balai Bait Suci TUHAN. 9
Ia mengumpulkan seluruh Yehuda dan Benyamin dan orang-orang Efraim, Manasye dan
Simeon yang tinggal di antara mereka sebagai orang asing. Sebab dari Israel
banyak yang menyeberang memihak kepadanya ketika mereka melihat bahwa TUHAN,
Allahnya, beserta dengan dia. (RSV)
Begitu juga, Raja Yosafat Yehuda
akhirnya nampak keperluan untuk mengajar dan melaksanakan Hukum-hukum Tuhan di
seluruh Israel sebagai bahagian yang perlu untuk mana-mana proses pemulihan.
2 Tawarikh 17:6-10 Dengan tabah hati
ia hidup menurut jalan yang ditunjukkan TUHAN. Pula ia menjauhkan dari Yehuda
segala bukit pengorbanan dan tiang berhala. 7 Pada tahun ketiga
pemerintahannya ia mengutus beberapa pembesarnya, yakni Benhail, Obaja,
Zakharia, Netaneel dan Mikha untuk mengajar di kota-kota Yehuda. 8
Bersama-sama mereka turut juga beberapa orang Lewi, yakni Semaya, Netanya,
Zebaja, Asael, Semiramot, Yonatan, Adonia, Tobia dan Tob-Adonia disertai
imam-imam Elisama dan Yoram. 9 Mereka
memberikan pelajaran di Yehuda dengan membawa kitab Taurat TUHAN. Mereka
mengelilingi semua kota di Yehuda sambil mengajar rakyat. 10
Ketakutan yang dari TUHAN menimpa semua kerajaan di negeri-negeri sekeliling
Yehuda, sehingga mereka tidak berani berperang melawan Yosafat. (RSV)
Yosafat selepas itu melantik
hakim-hakim di seluruh Yehuda untuk memberi pengadilan benar dan dengan itu
keadilan sejati untuk semua.
2 Tawarikh 19:4-11 Yosafat diam di
Yerusalem. Ia mengadakan kunjungan pula ke daerah-daerah, dari Bersyeba sampai
ke pegunungan Efraim, sambil menyuruh
rakyat berbalik kepada TUHAN, Allah nenek moyang mereka. 5 Ia
mengangkat juga hakim-hakim di seluruh negeri, yakni di semua kota yang berkubu
di Yehuda, di tiap-tiap kota. 6 Berpesanlah ia kepada hakim-hakim
itu: "Pertimbangkanlah apa yang kamu buat, karena bukanlah untuk manusia
kamu memutuskan hukum, melainkan untuk TUHAN, yang ada beserta kamu, bila kamu
memutuskan hukum. 7 Sebab itu, kiranya kamu diliputi oleh rasa takut
kepada TUHAN. Bertindaklah dengan seksama, karena berlaku curang, memihak
ataupun menerima suap tidak ada pada TUHAN, Allah kita." 8 Juga
di Yerusalem Yosafat mengangkat beberapa orang dari antara orang Lewi, dari
antara para imam dan dari antara para kepala puak Israel untuk memberi
keputusan dalam hal hukum TUHAN dan dalam hal perselisihan. Mereka berkedudukan
di Yerusalem. 9 Ia memerintahkan mereka: "Kamu harus bertindak dengan takut akan TUHAN, dengan setia dan dengan
tulus hati, demikian: 10 Dalam setiap perkara, yang disampaikan
kepada kamu oleh rekan-rekanmu yang tinggal di kota-kota, yakni perkara-perkara
mengenai penumpahan darah atau mengenai hukum, perintah, ketetapan-ketetapan
dan peraturan-peraturan hendaklah kamu memperingatkan mereka, supaya mereka
jangan bersalah terhadap TUHAN, sehingga murka-Nya menimpa kamu dan
rekan-rekanmu. Hendaklah kamu berbuat demikian, dan kamu tidak akan bersalah. 11
Dengan ini imam kepala Amarya diangkat sebagai ketuamu dalam segala perkara
ketuhanan dan Zebaja bin Ismael, pemuka kaum Yehuda, dalam segala perkara
kerajaan, sedang orang Lewi akan melayani kamu sebagai pengatur. Bertindaklah
dengan tegas! Kiranya TUHAN menyertai orang yang tulus ikhlas."
Justeru pemulihan haruslah selaras
dengan Hukum-hukum Tuhan.
Misi keseluruhan Yehoshua Mesias
dinyatakan dengan amat ringkas oleh Geza Vermes.
Sebab
daya tarikan magnet ajaran dan teladan Yesus menghulurkan harapan dan bimbingan
kepada mereka yang berada di luar jemaat agama terancang, merekalah domba sesat
umat manusia, yang merindukan dunia yang penuh belas kasihan, keadilan dan
damai sejahtera untuk mereka diami sebagai anak-anak Tuhan (The Religion of Jesus the Jew, op. cit.,
ms 215).
Penulis Tawarikh memperhatikan
bahawa seluruh Israel, termasuk Yehuda, tidak mempunyai arah tuju dan tiada
gembala atau penunjuk jalan, dan hakikat bahawa nabi Mikha “melihat” ini
membayangkan signifikans nubuatan untuk hari ini.
2 Tawarikh 18:16a Lalu
jawabnya: "Telah kulihat seluruh Israel bercerai-berai di gunung-gunung
seperti kambing domba yang tidak mempunyai gembala (RSV)
Ini digemakan kemudian oleh
Yehoshua/Yesus, yang melihat bahawa Yehuda merupakan sebuah bangsa yang hilang:
Matius 9:36 Melihat orang
banyak itu, tergeraklah hati Yesus oleh belas kasihan kepada mereka, karena
mereka lelah dan terlantar seperti domba yang tidak bergembala. (RSV)
Bagaimanapun, pada Kedatangannya
yang berikut, Mesias akan datang sebagai Penebus daripada perhambaan kepada
dosa sebagai hasil pemberontakan kepada Tuhan.
Yesaya 59:20 Dan
Ia akan datang sebagai Penebus untuk Sion dan untuk orang-orang Yakub yang
bertobat dari pemberontakannya, demikianlah firman TUHAN. (RSV)
Namun apa yang amat penting ialah
fakta bahawa sekiranya kita menunggu sehingga Mesias menampilkan dirinya di
Bumi sebelum kita akhirnya bersetuju untuk mengakui dan menyambutnya sebagai
Yang Diurapi yang diharapkan, kita sudah terlalu lewat untuk dimasukkan ke
dalam Kebangkitan Pertama (dan lebih mulia). Itulah kenapa Kristus berkata akan
terdapat ratap dan kertak gigi (Matius 8:11-12), kerana mereka yang tidak
menerimanya dalam waktu antara dua Kedatangannya akan dukacita sebab telah
‘ketinggalan kapal’ kerana mereka ragu-ragu, tidak percaya atau tidak mempunyai
sikap bertaubat sedangkan mereka tahu
Kebenaran itu dan di mana mereka boleh menemuinya, atau bangga membayangkan
diri mereka keturunan Abraham secara warisan dan dengan itu sudahpun mempunyai satu kaki dalam Kerajaan itu. Kita
diberitahu bahawa mereka yang ria congkak
atau meninggikan diri dari Yehuda
akan dibuang, termasuk para Rabai dan Zionis yang mengajar kebohongan (Zefanya
3:11), dan orang Yahudi akan dimualafkan meskipun dengan tradisi-tradisi mereka
yang bukan alkitabiah. Aspek-aspek ini juga dibincangkan dalam karya Mengukur Bait Suci (No. 137).
Memang cukup senang untuk menerima
Raja-Mesias sebagai Yang Diurapi apabila kita berdiri menghadapnya, walau
mungkin dengan sedikit rasa gentar. Tetapi ketika dia tidak kelihatan
sekaranglah waktunya kita dijangka mempercayai segala laporan tentang dia dan
berjalan dengan iman. Kita tidak perlu iman untuk mempercayai seseorang atau
sesuatu yang berada di depan kita.
Doa Salomo pada waktu pembaktian
Bait Suci boleh dikatakan doa yang paling indah dan menggerakkan hati dalam
seluruh Alkitab (1 Raja-raja 8:22-53; 2 Tawarikh 6:12-42). Khususnya perhatikan
ayat: “bila saja mereka memanggilMu”, mungkin dengan keinginan ikhlas untuk
kembali kepada Tuhan dan bukan hanya melakukan tatacara keagamaan, dengan kata
lain, dengan hati yang jauh dari Tuhan (Yesaya 29:13; Matius 15:8). Rujuk karya
Pemerintahan Raja-raja
Bahagian III: Salomo dan Kunci Daud (No. 282C) untuk teks lengkap doa
Bait Salomo dan fakta penerapannya kepada orang Bukan Yahudi serta kepada
Israel.
Sama seperti Tuhan mendengar dan
mempedulikan doa Salomo, kita diingatkan bahawa Dia melihat segalanya dan
memberi ganjaran setimpal.
2 Tawarikh 16:9a Karena
mata TUHAN menjelajah seluruh bumi untuk melimpahkan kekuatan-Nya kepada mereka
yang bersungguh hati terhadap Dia. (RSV)
Dia juga sentiasa bersedia untuk
mendengar doa sepenuh hati, dan sudi bertindak atasnya.
Yeremia 29:12-14 Dan apabila kamu
berseru dan datang untuk berdoa kepada-Ku, maka Aku akan mendengarkan kamu; 13
apabila kamu mencari Aku, kamu akan
menemukan Aku; apabila kamu menanyakan Aku dengan segenap hati, 14
Aku akan memberi kamu menemukan Aku, demikianlah firman TUHAN, dan Aku akan
memulihkan keadaanmu dan akan mengumpulkan kamu dari antara segala bangsa dan
dari segala tempat ke mana kamu telah Kuceraiberaikan, demikianlah firman
TUHAN, dan Aku akan mengembalikan kamu ke tempat yang dari mana Aku telah
membuang kamu. – (RSV)
Satu bahagian Doa Amidah yang khususnya relevan mungkin
juga baik diingati di sini.
5. Untuk
Pertaubatan: Bawa kami kembali, ya Bapa kami, kepada
PengajaranMu;
bawalah
kami dekat, ya Raja kami, kepada pelayananMu;
dan
pimpinlah kami pulang kepadaMu dengan pertaubatan sempurna.
Berbahagialah
Engkau, ya Tuhan, yang senang dengan pertaubatan.
6. Untuk
Pengampunan: Ampunilah kami, ya Bapa kami, kerana kami telah
berdosa;
ampunilah
kami, ya Raja kami, kerana kami telah melakukan pelanggaran; kerana Engkau
memaafkan dan mengampuni.
Berbahagialah
Engkau, ya Tuhan, yang berbelas kasihan dan sentiasa sedia mengampuni.
Kepadamu yang telahpun memberi
manusia begitu banyak: Tuhan tentu sekali boleh menggunakan talenta-talentamu
yang pasti dalam pekerjaanNya untuk keselamatan dunia. Engkau didorong
mengambil tempatmu di barisan depan kepulangan Israel ke Tanah Perjanjian dan
ke dalam kasih sayang Tuhan.
Dunia menunggumu, Yehuda. Engkau
harus bersedia supaya Mesias boleh kembali kepada suku dan bangsaNya sendiri
menurut aturan.
q