Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

[222]

 

 

 

 

Anak Lembu Emas [222]

(Edisi 3.0 19970916-20001212)

 

Kebanyakan orang mengetahui simbol anak lembu emas yang dibuat oleh Harun untuk orang-orang Israel sewaktu Musa berada di puncak gunung. Bagaimanapun, kebanyakan mereka tidak memahami maksud anak lembu itu atau hubungannya dengan Israel dan kepentingan anak lembu itu terhadap struktur keagamaan di Timur Tengah. Anak lembu itu bukan hanya sebuah patung berhala yang biasa. Ianya satu simbol kepada sistem penyembahan yang telah merembet masuk ke dalam Israel serta memusnahkan sistem keagamaan di Yudea. 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1997, 1998, 2000 Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

 

Anak Lembu Emas [222]



Sewaktu Musa berada di puncak gunung untuk menerima perintah hukum dari Mesiah, ketika hadirat Allah berada diantara mereka, suatu aktiviti telah berlaku di perkhemahan orang-orang Israel yang telah memberi makna yang amat besar pada struktur keagamaan di Israel.

 

Cerita mengenai Musa dan hukum terdapat didalam bukum Keluaran. Urutan mengenai anak lembu bermula di bab 32.

Keluaran 32:1-6 Ketika bangsa itu melihat, bahwa Musa mengundur-undurkan turun dari gunung itu, maka berkumpullah mereka mengerumuni Harun dan berkata kepadanya: "Mari, buatlah untuk kami allah, yang akan berjalan di depan kami sebab Musa ini, orang yang telah memimpin kami keluar dari tanah Mesir--kami tidak tahu apa yang telah terjadi dengan dia."  2 Lalu berkatalah Harun kepada mereka: "Tanggalkanlah anting-anting emas yang ada pada telinga isterimu, anakmu laki-laki dan perempuan, dan bawalah semuanya kepadaku."  3 Lalu seluruh bangsa itu menanggalkan anting-anting emas yang ada pada telinga mereka dan membawanya kepada Harun.  4 Diterimanyalah itu dari tangan mereka, dibentuknya dengan pahat, dan dibuatnyalah dari padanya anak lembu tuangan. Kemudian berkatalah mereka: "Hai Israel, inilah Allahmu, yang telah menuntun engkau keluar dari tanah Mesir!"  5 Ketika Harun melihat itu, didirikannyalah mezbah di depan anak lembu itu. Berserulah Harun, katanya: "Besok hari raya bagi TUHAN!"  6 Dan keesokan harinya pagi-pagi maka mereka mempersembahkan korban bakaran dan korban keselamatan, sesudah itu duduklah bangsa itu untuk makan dan minum; kemudian bangunlah mereka dan bersukaria.

 

Disini, ada beberapa usul saran. Yang pertama ialah, bahawa ketika ketiadaan Musa, orang-orang Israel menjadi resah. Tanpa ketua mereka, mereka ditinggalkan bersama kebijaksanaan mereka sendiri dan tidak memahami bahawa perhubungan mereka dipertalikan secara langsung kepada hukum dan Allah. Inilah contoh Kristus sewaktu dia jauh dari gunung Allah. Imam besar bertindak sebagai wakil orang-orang yang telah kembali kepada sistem penyembahan yang mereka fahami, atau yang telah merembet masuk kedalam masyarakat mereka sejak awal lagi. Pembuatan anak lembu tuangan adalah simbol kepada anting-anting yang mereka pakai di telinga mereka. Ini dirujuk sebagai ilah-ilah. Mereka adalah ilah yang membawa mereka keluar dari Mesir. Ayat ini diberikan didalam bentuk tunggal oleh penulis-penulis di Nehemia (viz.This is your god (Inilah ilah kamu), sebagai merujuk kepada satu anak lembu (dipetik dari Neh 9:16 dan ayat-ayat seterusnya). Bagaimanapun, ianya berbentuk jamak sebagai ilah-ilah bila mewakili anting-anting dan juga mewakili anak lembu itu.

 

Mengapa mereka membuat patung anak lembu? Mengapa bukan singa atau beruang atau kijang? Mengapa ianya harus anak lembu dan bukannya sapi atau lembu? Jawapannya boleh didapati didalam simbol agama yang menyembah dewa-dewa. Kita sedang menangani lambang-lambang ilah-bulan, yang telah dilambangkan oleh tanduk anak lembu yang terbalik. Tanduk terbalik anak lembu ini bukannya satu kebiasaan pada keturunan binatang dewasa yang baik kerana binatang seperti ini disisikan. Ianya terdapat pada anak lembu itu dan ini mewakili bentuk bulan sabit yang berada di horizon, kerana ianya muncul beberapa lama selepas fasa pergabungan yang sebenar. Bentuk bulan sabit ini juga terdapat pada telinga sama seperti bulan penuh, yang mana mewakili matahari dan bulan serta Bintang Fajar didalam semarak mereka, sebagai sebahagian daripada sistem ketunggalan penyembahan di Mesir dan di bahagian utara Mesopotamia, atau yang kemudiannya dikenali sebagai sistem Babilon. Mereka bangun awal pagi dan menyambut matahari yang terbit serta mereka juga melakukan ibadah korban.

 

Mereka akan duduk untuk makan dan minum dan bangkit untuk bersukaria. Ayat-ayat ini menunjukkan perayaan kultus didalam sistem orang-orang kafir. Musa berada di atas gunung selama empat puluh hari dan empat puluh malam. Ini melambangkan ketiadaan Kristus selama empat puluh tahun Yobel, dari kedatangan pertama sehingga kedatangan kedua. Jangka masa yang lama ini dilambangkan oleh angka ini. Mesiah juga memberikan jangka masa pemergiannya sejajar dengan perkara ini (dipetik dari 1Raja 19:8; Mat 4:2).

 

Terminologinya ialah, bahawa ilah-ilah ini akan mendahului kita. Konsep ini merupakan simbol kehadiran ilahi yang boleh dilihat, seperti semua berhala yang dimiliki oleh orang-orang kafir. Justru, kita boleh melihat perbezaan diantara penyembahan kepada satu-satunya Allah yang benar, yang mana tidak kelihatan dan yang tidak pernah di lihat oleh manusia (Yoh 1:18; 1Tim 6:16) dan tidak ada manusia yang pernah mendengar suaraNya juga (Yoh 5:37), dilambangkan oleh pergabungan sewaktu bulan baru dan kehadiran ilah-bulan yang boleh dilihat yang dipelihara sebagai bentuk bulan sabit di horizon. Konsep ini serta bintang dewa Remphan atau Refan (Kisah 7:43) menjadi faktor yang paling kuat didalam pemujaan berhala di Israel disepanjang abad terlebih lagi sejak penawanan Babilon sehingga selepas formasi jemaat Perjanjian Baru. Harun berkata Esok adalah perayaan bagi Allah. dia cuba menggunakan praktik orang-orang kafir untuk melakukan ibadah.

 

Kisah Para Rasul memetik Amos 5:25-27 untuk menunjukkan bahawa Israel, yakni Yudea, selalu melakukan pemujaan berhala.

Amos 5:25-27 "Apakah kamu mempersembahkan kepada-Ku korban sembelihan dan korban sajian, selama empat puluh tahun di padang gurun itu, hai kaum Israel?  26 Kamu akan mengangkut Sakut, rajamu, dan Kewan, dewa bintangmu, patung-patungmu yang telah kamu buat bagimu itu,  27 dan Aku akan membawa kamu ke dalam pembuangan jauh ke seberang Damsyik," firman TUHAN, yang nama-Nya Allah semesta alam.

 

Istilah Sakut dan Kewan dikemukakan didalam Alkitab RSV dan dipercayai ditujukan kepada dewa-dewa Asiria. Sementara di padang belantara, Israel mempunyai hubungan yang sejati dengan Allah yang mana tidak memerlukan korban (Yer 2:2-3; Hos 2:14-20; 9:10). MT dipercayai oleh Green (Interlinear Bible) untuk mentafsirkan tempat-tempat pojok raja kamu (SHD 5522 dan 4428) dan Kiyyun (SHD 3594), patung-patung kamu (SHD 6754) bintang (SHD 3556) ilah-ilah kamu (elohim). Istilah kiyyun sebenarnya berasal dari SHD 3559 kuwn (dilafakan sebagai koon) untuk berdiri tegak, yakni sebagai patung dan justru berhala atau phallus.

 

Sehingga hari ini, bintang ilah Refan atau Kewan atau Chiun yang terdapat pada bendera Israel diibaratkan sebagai bintang Daud, yang sebenarnya bukan. Ia dan bentuk bulan sabit juga dapat di lihat pada bendera Islam, yang melambangkan bintang fajar pada planet, yang merupakan ilah dunia ini (2 Kor 4:4). Ianya menyatakan  bahawa istilah Kewan/Kiyyun dan Refan difahami boleh ditukar gantikan dari Perjanjian Baru dan Lama. LXX menterjemahkan ayat mengenai tempat beribadat Moloch dan bintang ilah kamu, Raephan (‘Raipan)(dipetik dari terjemahan LXX Brenton).

 

Peshitta mempunyai ungkapan Malcom dan Chiun dalam Amos 5:26.

 

Tetapi kamu membawa tempat ibadah Malcom dan Chiun, berhala kamu, bintang yang telah kamu anggap sebagai ilah kamu.

 

Moloch dan Malcom merupakan dewa yang sama. Justeru, tempat beribadah atau Sukkoth di sama ertikan sebagai Moloch dan bintang Raiphan, mengikut pengertian LXX atau Malcom dan Chiun dari Aramaic (petikan dari terjemahan Lamsa mengenai Pershitta). Kita sedang menangani perkembangan upacara sistem Moloch dan Raiphan. Perkembangan sistem ini telah memperkuatkan penyembahan berhala orang Israel sejak Pengeluaran, melalui para raja dan semasa zaman Amos dan hak selepas penawanan sehingga zaman para rasul.

 

Dalam komentar Soncino mengenai identifikasi dewa-dewa sebagai Sakut dan Kewan Asiria, telah kemudiannya menjadi Saturn. Tempat pojok (Sakut) dewa berhubungan dengan Moloch (LXX) yang hanya menjadi konsep bagi ilah-bulan, sebab pojok itu merupakan simbol bagi penyembunyian Bulan Baru ketika bulan memasuki pojoknya serta bersembunyi. Pemerhatian telah selesai dilakukan untuk menyatakan masa ketika dewa itu muncul dan ini dibuktikan melalui bentuk bulan sabit sebagai tanduk anak lembu yang terbalik. Untuk alasan ini dan untuk mengimlakkan tradisi ini, pemerhatian terhadap bentuk bulan sabit telah diperkenalkan didalam Kalendar. Sekarang kita tahu dengan pasti bahawa  pengetahuan masa kuno mengenai peringkat-peringkat bulan adalah luar biasa dan memang diluar persoalan bahawa mereka mempunyai kemampuan untuk mengukur urutan tersebut dengan ketepatan yang mutlak. Ketidaktepatan yang telah diperkenalkan adalah disengajakan dan bersifat memuja berhala.

 

Simbol yang sama dan pemujaan berhala yang sama telah dianyam pada permaidani didalam kehidupan kerohanian Yudea. Pemerhatian terhadap bentuk bulan sabit adalah semata-mata satu lagi perwakilan ilah-bulan, Sin dan sistem kesuburan yang menopangnya kedalam bermacam nama dan bentuk yang kita boleh temukan dari satu tempat ke satu tempat. Sin juga merupakan Enzu dan Nannaru. Nama Naram-Sin telah diambil oleh seorang pengganti Sargon (Sharru-kin) (2637-2582 BCE), anak lelaki kepada Manishtusu yang mula memerintah dari 2557-2520 BCE. Dia mempertalikan kemenangan-kemenangannya kepada ilah Ea jurang ngarai dan Tuhan hikmat, walaupun dia menyandang nama ilah-bulan, yakni Sin.  Dia bukanlah sumber kepada pendewaan ilah Sin. Dinasti di Ur telah mendewakan diri mereka dibawah nama Sin (Bur-Sin, Amal-Sin, Gimil-Sin, Shu-Sin, Ibi-Sin. Kekalahan Ur kedalam tangan orang-orang Elamit memperlihatkan dinasti Isin dibentuk di tempat itu oleh Ishbi-irra (2186-2154 BCE). Ilah- bulan, yakni Sin dilambangkan oleh sapi jantan. Dia adalah Chemosh bagi orang-orang Moab dan Milcom bagi orang-orang Amoni. Dia disembah secara meluas oleh semua suku kaum.

 

Orang-orang Kanaan berada dibawah kekuasaan Asiro-Babilon dari 3000 sehingga 1700 BCE. Walaupun sekitar 1400 BCE, pengaruh mereka masih terlalu kuat, yang mana semua surat-menyurat dengan Mesir dan Firaun masih dijalankan di Babilon, dan nama ilah-bulan, Sin membentuk dasar kepada nama Sinai, yakni nama orang Kanaan dan padang belantara Sin (ERE, Vol. 3, ms.183). Tangan Sin telah dilihat sebagai penyebab kepada Catatonia atau kegilaan pada umat – oleh kerana ini, sifat tidak siuman ini dipertalikan dengan dewa ini (ibid., ms. 527). Ilah-bulan Sin di Haran juga disembah di Sam’al di kaki gunung Amanus (ibid., Vol. 2 ms.295). Sin adalah Baal di Haran yang disebut didalam surat menyurat ketika zaman Sennacharib, Esarhaddon dan Ashuirbanipal. Sargon (772-706 BCE) telah mengesahkan pengecualian yang dinikmati oleh Haran dari pembayaran cukai sebagai kota Sin (ibid.) Nabonidas, raja terakhir di Babilon (555-539 BCE) telah membina semula kaabah Sin di Haran. Sin mula dikenali sebagai Be’el-shamin the owner of the sky (pemilik langit) dari kekuasaan orang-orang Syria di Haran, yang menyatukan ilah Syria dengan ilah-bulan yang kuno. Dewa ini dikenali dengan Zeus oleh orang-orang Greek dari Phoenicia dan Palmyra dan dari tempat-tempat lain yang menikmati langganan mereka dan tersebar dari Mesopotamia ke Armenia. Secara mutlak, dia menjadi dikenali dengan Anu, Tuhan Langit di Babilon (ibid., Vol.2,ms295).

 

Dari masa-masa awal (4000 BCE), ada bentuk tritunggal bentuk pada Enlil, Anu dan Enki. Tritunggal yang kedua telah dibentuk dari Ur, ilah-bulan di Ur, Utu, ilah-matahari di Sipar, dan ketuhanan Nana di Erech (ibid., ms.296). ilah-bulan di Ur boleh dikenali dengan Sin. Perkataan Bel dalam istilah Semitik digunakan oleh orang-orang Semit di Babilon, yang berasal dari perkataan Baal dalam erti kata yang sama, yang digunakan oleh orang-orang Semit yang lain dan bahkan memperlakukannya sebagai guru atau tuhan (ibid.).

 

Kultus Shamash dan Sin berhubungan dengan penyembahan matahari dan bulan (ibid., ms. 310). Tritunggal kedua yang merujuk diatas dikenali sebagai Sin, Shamash dan Ishtar (atau juga Sin, Shamash dan Adad) (ibid., ms.310-311). Supaya walaupun sewaktu masa pertengahan  milenium kedua BCE, Sin menjadi dewa yang utama di kedua-dua Ur dan Haran. Sin adalah ilah sabda dewa (perkataan atau ungkapan ilahi itu berhubungan dengan Mesiah dan ianya terdapat pada orang-orang Sumeria dan Babilon awal) tetapi anaknya Shamash juga membawa aspek ini (ibid. Dan juga dipetik dari. Vol.12, ms. 749-752). Shamash dipertalikan sebagai saudara Ishtar. Shamash menjadi hakim ilahi yang tertinggi. Justru, konsep disini, yakni didalam sistem Babilon menghapuskan konsep yang terkandung dalam Alkitabiah Messiah. Ishtar adalah Dewa Perempuan yang terkemuka dalam kuil Assyro-Babylonian, lebih menarik berbanding tempat-tempat lain. Kedudukannya sebagai permaisuri sorga dipertalikan dengan kisah purbakala yang terasing. Dia merupakan Venus dan muncul sebagai Ashtarte (atau Ester bagi Anglo-Saxon), Nana dan Anunitu (ibid). Dia adalah ilah bagi kesuburan dan disembah di mana-mana. Dia adalah puteri kepada Sin dan Anu. Dia juga berhubungan dengan Sirius. Dia merupakan  ilah seks dan bersesuaian dengan kedudukan Ninlil dan Damkina dan sebagai puteri Sin dan juga dari keturunannya sehingga Hades, dia diwakili oleh kuil persundalan. Singa, yang biasanya simbol Shamash adalah berhubungan dengannya sama seperti merpati (dipetik dari. Ibid). Dalam urutan ini, dia kemudiannya berhubungan dengan Tamus atau Dumuzi, sebagai pembawa kehidupan baru dalam pertumbuhan kultus.

 

Nama Sin muncul dalam English Lama sebagai konsep pelanggaran terhadap hukum Allah. Ianya dikemukakan daripada sunjo asli sebagai sende dalam Frisian-lama dan menjadi sonde dalam pertengahan –Dutch (dipetik dari. The Oxford Universal Dictionary, ms 1897). Ianya dihubungkan dengan bangsa-bangsa asing sebagai satu wilayah yang dibelenggu dalam pelanggaran hukum-hukum Tuhan. Negeri-negeri Arab menukar perkataan itu ke dalam empayar Cina sebagai Sin dan ianya seolah-olah bahawa Sinim difahami sebagai  negeri timur jauh di dalam Ibrani / Aramaic (ciyniym SHD 5515 dari 5512; dipetik dari Yes 49:12). Ini mungkin datang daripada konsep bulan dan matahari terbit bersama dengan bintang fajar Ishtar, berbanding daripada Mitologi orang-orang Cina. Tien merupakan dewa sorgawi yang tertinggi bagi orang-orang Cina.

 

Ishtar sebagai ilah Venus, yakni sebagai bintang fajar adalah ilah kepada seksual berahi. Sebagai ilah Venus sebagai bintang fajar, dia adalah ilah kepada peperangan. Sementara ada perbezaan yang besar pada nama-nama pemujaan didalam sistem Babilon, telah ada sebenarnya satu pusat kesamaan dalam fungsi pemujaan dan ini tidak difahami dengan sepenuhnya. Mereka mempunyai dua tritunggal seperti yang kita lihat disini. Konsep angka tujuh sejak zaman Sumeria terawal adalah i-min sebagai lima (i) dan dua (min). Idea ini menyerap simbol keagamaan  Alkitab dan gabungan lima dan dua dan kemudian lima semula membina sistem Alkitabiah, yang mana telah ditetapkan untuk menganti sistem Sumeria- Babilon yang terdahulu. Para  ahli cendekiawan duniawi melihat ini sebagai satu perkembangan budaya. Alkitab melihat ini sebagai satu persoalan spiritual mengenai pra-keunggulan Allah Alkitab keatas warga yang jatuh, yang mana diwakili oleh sistem orang-orang Babilon.

 

Simbol di sekitar sistem Anak Lembu di Sinai, dari Sin sebagai leluhur, terikat di dalam sistem korban yang terawal dan paling primitif yang membabitkan juga kaabah dan kultus persundalan yang tersebar luas. Inilah alasan pesta-ria ini dihubungkan dengan Anak Lembu Emas. Melalui rayuan doa, Sin sebagai ilah-bulan diwakili oleh anak lembu, yakni aspek tiga bahagian atau tri-tunggalnya dan keturunannya telah diseru rayu.

 

Istilah yang berkaitan dengan tanduk anak lembu digunakan oleh Kabbalistic yudaism sehingga ke hari ini, yakni tanduk yang terbalik pada bulan sabit di atas horizon di phasis. Terminologi ini adalah satu penipuan, kerana phasis adalah satu aspek yang lain, yang disebut Bulan Baru di dalam kapasiti kekelaman. Oleh kerana itu ungkapan tahap-tahap bulan menjadi empat dari Bulan Baru yang bergabung dengan Kuarter Pertama, Bulan Penuh, Kuarter Terakhir dan berbalik kepada phasis atau pergabungan. Tahap-tahap ini juga mempengaruhi musim dan pasang surut. Simbol chodesh sebagai bulan yang tersembunyi mewakili Allah yang tidak pernah dilihat dan tidak akan dilihat oleh manusia. Konsep chodesh ini digunakan di dalam SHD 2320 yang berasal dari SHD 2314 chadar untuk menyertakan sama seperti di dalam bilik untuk menimpa atau memasuki ruang peribadi (Teguh). New Brown-Driver- Briggs-Gesenius,  Lexicon mempunyai maksud ungkapan untuk mengelilingi, menyertakan, bersembunyi, tirai yang menyembunyikan seseorang, ruang kamar, rumah atau khemah sebagai penyembunyian seseorang. Ini boleh diertikan sebagai mengelilingi seseorang  (dipetik dari  Yeh 21:19). Perkara ini menyifatkan kaabah atau ruang makam.

 

Penambahan pada mukasurat 293b dalam buku Lexicon (seperti catatan kaki dalam edisi pada tahun 1979) mengenai dengan SHD 2314 chadar dengan jelas menunjukkan konsep yang menjadi ruang makam dan ini dipercayai boleh dijelaskan dengan baik dari Syriac  yang akan pergi mengelilingi, di sekeliling. Ianya dipercayai bahawa ianya tidak pasti sama ada ruang itu berasal dari konsep mengelilingi atau dari II; bersembunyi dibelakang tabir, bersembunyi atau dikurung, IV; menyembunyikan satu orang di belakang atau meninggalkannya. Bagi Ethiopic ianya adalah diam atau bersemayam.

 

Penggunaan Ibrani dan beberapa rujukan lain, menunjukkan bahawa konsep tersebut adalah untuk bersembunyi di belakang tirai dan ini adalah dasar utama dan landasan bagi Bulan Baru. Aspek ini digunakan di kaabah agar Allah bersemayam di belakang tirai tempat yang maha suci. Allah akan bersemayam di tempat yang maha suci sehingga Dia dinyatakan oleh Yesus Kristus.

 

Bulan itu dihitung sejak dari Ester. Nama-nama  Babilon untuk bulan itu adalah diambil oleh mereka sendiri dari konsep yang terdahulu. Ianya penting bahawa konsep Bulan Baru telah mencemari pemujaan ilah Moloch di antara orang yang berbahasa Punic Thalassocracy atau Tuhan Laut, dan walaupun sejak seawal zaman Minoa. Minotaur adalah makluk yang sama disembah dalam cara yang sama seperti ilah Moloch atau Malcom. Ianya kultus sapi jantan yang digantikan kepada bulan sabit dan membabitkan  pengorbanan manusia (dipetik dari Frazer The Golden Bough, Macmillan Press, 1979 print, iv, ms. 70-75).

 

Sistem ini diatur berdasarkan kitaran lapan tahun yang ditetapkan dari kitaran bulan. Olympiad adalah unit sistem bulan yang terkecil sekali. Para raja hanya memerintah selama lapan tahun. Pada masa Bulan Baru dalam tahun yang kelapan, didalam kegelapan bulan, pencarian tanda di langit akan dilakukan untuk memastikan sama ada pemerintahan itu harus diteruskan. Ini berlaku pada orang-orang Greek, khususnya kepada Spartans (Frazer, ibid., ms. 58-59). Pengehadan telah diketahui sejak purbakala dan ianya mengehadkan kemaharajaan Dorian dan raja-raja yang lain (dipetik dari ibid.). sistem lunar telah diketahui dengan pasti bahawa ianya sangat kuno. Pengehadan lapan tahun kemaharajaan adalah institusi yang kuno (dipetik dari sistem USA sama kini). Sistem bintang dan kemaharajaan adalah kuno, bahkan yang wujud diantara orang-orang asli di Australia. Suku kaum Maria dipertalikan dengan bintang-bintang yang jatuh kepada dua roh yang bermusuhan, bapa dan anak, yang tinggal di langit dan sekali-sekala turun untuk membahayakan manusia. Dalam suku kaum ini, kedudukan seorang pawang adalah turun-temurun dengan terhad pada jajaran orang-orang didalam bintang totem yang jatuh (Frazer, ibid., ms.61). 

 

Anak lembu itu juga merupakan simbol kesuburan didalam sifat agama kuno di Timur-Dekat. Simbol-simbol ini digabungkan kedalam perayaan Israel oleh Yeroboam sebagai dua anak lambu (dipetik dari 1 Raja 12:28; Hos 8:5; dari Oxford Annotated Bible RSV, ms.109).

 

Penyembahan baik suci Moloch atau Chemosh adalah lazim pada zaman pengeluaran, seperti yang kita lihat dari nasihat Balaam kepada orang-orang Moab, untuk menyingkirkan batu loncatan pada umat Israel.

 

Anak lembu mengepalai Moloch atau Malcom dan Minotaur, kedua-duanya melibatkan korban manusia. Kesamaan penyembahan Minotaur oleh Cretan adalah praktik pada Carthaginia.

 

Mencadangkan bahawa penyembahan itu berhubungan dengan nama-nama Minos dan Minotaur mungkin dipengaruhi dengan kuat oleh Baal Semit (Fraser, ibid., ms.75).

 

Sistem ini dibentuk semasa ketiadaan Musa ketika dia menemui Allah. Dalam hal yang sama, sistem ini akan dinodai semasa ketiadaan Mesiah.

 

Keluaran 32:7-10 Berfirmanlah TUHAN kepada Musa: "Pergilah, turunlah, sebab bangsamu yang kaupimpin keluar dari tanah Mesir telah rusak lakunya.  8 Segera juga mereka menyimpang dari jalan yang Kuperintahkan kepada mereka; mereka telah membuat anak lembu tuangan, dan kepadanya mereka sujud menyembah dan mempersembahkan korban, sambil berkata: Hai Israel, inilah Allahmu yang telah menuntun engkau keluar dari tanah Mesir."  9 Lagi firman TUHAN kepada Musa: "Telah Kulihat bangsa ini dan sesungguhnya mereka adalah suatu bangsa yang tegar tengkuk.  10 Oleh sebab itu biarkanlah Aku, supaya murka-Ku bangkit terhadap mereka dan Aku akan membinasakan mereka, tetapi engkau akan Kubuat menjadi bangsa yang besar."

 

Israel adalah orang-orang yang degil yang mana tidak mahu meninggalkan struktur pemujaan berhala ini. Mereka menganyam sistem kesuburan dan penyembahan bulan dalam fabrik keagamaan mereka yang melambangkan titik dimana mereka terjerat olehnya, bahkan sehingga sekarang seperti yang kita lihat.

 

Disini, Musa juga diuji oleh Allah, untuk melihat sama ada dia seorang yang berguna. Dia seorang yang berguna dan tidak membenarkan diri sendiri.

 

Keluaran 32:11-14 Lalu Musa mencoba melunakkan hati TUHAN, Allahnya, dengan berkata: "Mengapakah, TUHAN, murka-Mu bangkit terhadap umat-Mu, yang telah Kaubawa keluar dari tanah Mesir dengan kekuatan yang besar dan dengan tangan yang kuat?  12 Mengapakah orang Mesir akan berkata: Dia membawa mereka keluar dengan maksud menimpakan malapetaka kepada mereka dan membunuh mereka di gunung dan membinasakannya dari muka bumi? Berbaliklah dari murka-Mu yang bernyala-nyala itu dan menyesallah karena malapetaka yang hendak Kaudatangkan kepada umat-Mu.  13 Ingatlah kepada Abraham, Ishak dan Israel, hamba-hamba-Mu itu, sebab kepada mereka Engkau telah bersumpah demi diri-Mu sendiri dengan berfirman kepada mereka: Aku akan membuat keturunanmu sebanyak bintang di langit, dan seluruh negeri yang telah Kujanjikan ini akan Kuberikan kepada keturunanmu, supaya dimilikinya untuk selama-lamanya."  14 Dan menyesallah TUHAN karena malapetaka yang dirancangkan-Nya atas umat-Nya.

 

Musa lulus dalam ujiannya. Allah, melalui Mesiah, tidak “kesal” dengan kejahatan. Dia mengubah posisiNya  dalam menangani mereka melalui keadaan-keadaan yang diimbalkan  oleh pemujaan berhala mereka, seperti yang Dia lakukan banyak kali pada abad-abad berikutnya. Perubahan dalam perangai mereka tidak meragui sifat serba tahu Allah.

 

Keluaran 32:15-16 Setelah itu berpalinglah Musa, lalu turun dari gunung dengan kedua loh hukum Allah dalam tangannya, loh-loh yang bertulis pada kedua sisinya; bertulis sebelah-menyebelah. 16 Kedua loh itu ialah pekerjaan Allah dan tulisan itu ialah tulisan Allah, ditukik pada loh-loh itu.

 

Perhatikan disini, bahawa Musa turun bersama dengan dua loh batu yang bertulis di kedua-dua sisinya, yang berada didalam  tangannya.  Aspek hukum ini adalah untuk melambangkan semua rangkuman sifatnya. Keduaan  pada ayat-ayat serta hubungan perjanjian juga ditekankan. Kita melihat dua aspek dalam perjanjian, dua aspek  pada bangsa dan dua aspek pada hukum dan rencana keselamatan.  Lebih penting lagi, kita melihat dua Mesiah dalam dua kedatangan yang mana ianya satu diri – Mesiah Harun dan Mesiah Israel. Semasa Musa turun pada pertama kalinya, ianya untuk menguduskan keimamatan, yang sebenarnya telah menyucikan diri mereka sendiri seperti yang kita lihat melalui tindakan mereka.

 

Keluaran 32:17-19 Ketika Yosua mendengar suara bangsa itu bersorak, berkatalah ia kepada Musa: "Ada bunyi sorak peperangan kedengaran di perkemahan." 18 Tetapi jawab Musa: "Bukan bunyi nyanyian kemenangan, bukan bunyi nyanyian kekalahan--bunyi orang menyanyi berbalas-balasan, itulah yang kudengar."  19 Dan ketika ia dekat ke perkemahan itu dan melihat anak lembu dan melihat orang menari-nari, maka bangkitlah amarah Musa; dilemparkannyalah kedua loh itu dari tangannya dan dipecahkannya pada kaki gunung itu.

 

 

Disini, Musa telah melemparkan loh-loh itu kebawah kerana perjanjian itu telah dicemari dan justru, perlambangannya ialah pembentukan dalam kuasa.

 

Perkataan untuk deru perang ialah SHD 4421 Milchanah. Ini dipertalikan kepada akar untuk SHD 4445 Milkown atau Malkam orang-orang Amoni. Perkataan untuk nyanyi dan tangis atau seru adalah dalam bentuk yang sama SHD 6030 dan 6031 yang menjadi bentuk-bentuk positif dan negartif ‘Anath untuk bersaksi. Tumult Malkam adalah saksi terhadap Israel.

 

Keluaran 32:20 Sesudah itu diambilnyalah anak lembu yang dibuat mereka itu, dibakarnya dengan api dan digilingnya sampai halus, kemudian ditaburkannya ke atas air dan disuruhnya diminum oleh orang Israel.

 

Proses ini adalah ujian. Efek-selepas adalah menurut keterlibatan serta kecelaan didalam fikiran orang-orang itu.

 

Keluaran 32: 21 Lalu berkatalah Musa kepada Harun: "Apakah yang dilakukan bangsa ini kepadamu, sehingga engkau mendatangkan dosa yang sebesar itu kepada mereka?"

 

Musa menujukan soalan langsung kepada imam besar, yang telah memimpin orang-orang itu sesat dalam kejahilan mereka. Ada tertulis: janganlah mengikuti orang ramai untuk melakukan kejahatan (Kel 23:2). Disini, harun telah benar-benar melakukan kesalahan ini. Perkatikan tindakbalas Harun.

 

Keluaran 32: 22-24 Tetapi jawab Harun: "Janganlah bangkit amarah tuanku; engkau sendiri tahu, bahwa bangsa ini jahat semata-mata.  23 Mereka berkata kepadaku: Buatlah untuk kami allah, yang akan berjalan di depan kami sebab Musa ini, orang yang telah memimpin kami keluar dari tanah Mesir--kami tidak tahu apa yang telah terjadi dengan dia. 24 Lalu aku berkata kepada mereka: Siapa yang empunya emas haruslah menanggalkannya. Mereka memberikannya kepadaku dan aku melemparkannya ke dalam api, dan keluarlah anak lembu ini."

 

Harun berdalih bahawa itu sebenarnya bukan kesalahannya; dia hanya melakukan apa yang mereka mahukan dari dia. Dia hanya meletakkan emas kedalam api dan muncul patung anak lembu. Ianya pasti suatu keajaiban. Keimamatan mempunyai alasan yang sama selama berabad-abad. Bangsa itu telah dihukum namun masih lagi tidak belajar dari kesalahannya. Seluruh keimamatan mengetahui bahawa kalendar itu salah dan harus diperbetulkan tetapi mereka tidak melakukan apa-apa.

 

Keluaran 32:25 Ketika Musa melihat, bahwa bangsa itu seperti kuda terlepas dari kandang--sebab Harun telah melepaskannya, sampai menjadi buah cemooh bagi lawan mereka--

 

Dengan apakah orang-orang itu melonggari rasa malu mereka? Ianya dengan hukum-hukum Allah dan dengan tingkah laku yang betul.

 

Keluaran 32:26-29 maka berdirilah Musa di pintu gerbang perkemahan itu serta berkata: "Siapa yang memihak kepada TUHAN datanglah kepadaku!" Lalu berkumpullah kepadanya seluruh bani Lewi. 27 Berkatalah ia kepada mereka: "Beginilah firman TUHAN, Allah Israel: Baiklah kamu masing-masing mengikatkan pedangnya pada pinggangnya dan berjalanlah kian ke mari melalui perkemahan itu dari pintu gerbang ke pintu gerbang, dan biarlah masing-masing membunuh saudaranya dan temannya dan tetangganya." 28 Bani Lewi melakukan seperti yang dikatakan Musa dan pada hari itu tewaslah kira-kira tiga ribu orang dari bangsa itu. 29 Kemudian berkatalah Musa: "Baktikanlah dirimu mulai hari ini kepada TUHAN, masing-masing dengan membayarkan jiwa anaknya laki-laki dan saudaranya--yakni supaya kamu diberi berkat pada hari ini."

 

Musa menggunakan keimamatan yang setia untuk membunuh keimamatan yang tidak setia.

 

Disini adalah pentahbisan oleh pemilihan diri sendiri orang-orang Lewi. Ianya satu fakta bahawa mereka berdiri jauh dari kesilapan dan membaktikan diri mereka demi Tuhan yang mentahbiskan keimamatan. Mereka melakukan ini demi untuk membayar jiwa anaknya laki-laki dan saudaranya serta keluarganya. Demikian juga umat-umat pilihan akan diberkati didalam Mesiah. Disini konsepnya juga terkandung didalam tiga ribu orang yang harus ditewaskan dalam proses pentahbisan keimamatan. Ini telah dilakukan sejak pentakosta di dalam Jemaat, dimana tiga ribu orang telah dibaptiskan dalam satu hari. Mereka mati kepada dunia dan telah dibangkitkan kepada keimamatan Melkisedek sebagai satu bangsa para raja dan para imam (Wah 5:9-10).

 

Keluaran 32:30 Keesokan harinya berkatalah Musa kepada bangsa itu: "Kamu ini telah berbuat dosa besar, tetapi sekarang aku akan naik menghadap TUHAN, mungkin aku akan dapat mengadakan pendamaian karena dosamu itu."

 

Kekembalian ini adalah gambaran awal kenaikan bujukan berkas sebagai Kristus, yang naik untuk melakukan pendamaian dari dosa. Dosa ini diikuti oleh pemberian hukum di gunung Sinai, secara tradisinya semasa Pentakosta yang mewakili penuaian Jemaat. Dosa disini ialah SHD 2398 chata (pr. khaw-taw) yang dilalaikan dan oleh kerana itu  berdosa dan oleh campur tangan untuk menebus dan seterusnya untuk mendamaikan dan juga untuk bertobat. SHD 2401 chata’ah (pr.khat-aw-aw) bererti pelanggaran atau korban untuknya.

 

Keluaran 32:31-35 Lalu kembalilah Musa menghadap TUHAN dan berkata: "Ah, bangsa ini telah berbuat dosa besar, sebab mereka telah membuat allah emas bagi mereka. 32 Tetapi sekarang, kiranya Engkau mengampuni dosa mereka itu--dan jika tidak, hapuskanlah kiranya namaku dari dalam kitab yang telah Kautulis."  33 Tetapi TUHAN berfirman kepada Musa: "Siapa yang berdosa kepada-Ku, nama orang itulah yang akan Kuhapuskan dari dalam kitab-Ku.  34 Tetapi pergilah sekarang, tuntunlah bangsa itu ke tempat yang telah Kusebutkan kepadamu; akan berjalan malaikat-Ku di depanmu, tetapi pada hari pembalasan-Ku itu Aku akan membalaskan dosa mereka kepada mereka."  35 Demikianlah TUHAN menulahi bangsa itu, karena mereka telah menyuruh membuat anak lembu buatan Harun itu.

 

Musa telah menawarkan  dirinya sebagai pengganti sama seperti yang dilakukan oleh Mesiah. Musa telah memberi gambaran terhadap Mesiah melalui tindakannya. Persoalan keseluruhan yang akan tertinggal didalam buku kehidupan ialah penurutan dan kerelaaan diri untuk mengungkap rahsia-rahsia Allah, berdasarkan penurutan.

 

Tuhan telah mengirim malapetaka terhadap orang-orang itu kerana pemujaan berhala dalam sistem anak lembu, yang dibuat oleh Harun atas permintaan mereka. Proses paksaan terhadap keimamatan kedalam keberhalaan sistem kesuburan anak lembu, dan struktur ilah-ilah dalam bangsa-bangsa boleh didapati bahkan sehingga ke hari ini. Ianya menyerap struktur kalendar dan perlambangan keagamaan di Yudea. Penentangan mereka terhadap hukum adalah sebab mereka dimusnahkan pada 71 CE. Selepas pemusnahan ini dan sejak 358 CE, mereka mengabadikan kalendar yang diselewengkan itu berdasarkan pengiraan yang ditetapkan dari bulan ketujuh, dan bukan dari bulan pertama seperti yang Allah perintahkan kepada mereka. Ianya dihitung supaya tidak ada lagi Bulan Baru yang dipelihara dengan betul. Bahkan tanduk ilah-bulan kerapkali dilupakan. Sehingga hari ini, sistem ini diselewengkan oleh tradisi dan sebenarnya lebih dari itu sementara masa terus berjalan.

 

Mari kita melihat pada konsep-konsep yang menjadi sifat didalami lah-bulan dan Anal Lembu Emas.

 

Nama ilah-bulan didalam bahasa Semit adalah Sin. Ilah-matahari, nexus kemudiannya menjadi Shams sebagai matahari perempuan dan Qamar (pr. hamar) sebagai bulan lelaki didalam bahasa Arab. Konsep Ibrani mengenai hamah (SHD 1993) ialah untuk melakukan kebisingan yang kuat atau kegemparan dan seterusnya peperangan.  Inilah asal perkataan Inggeris hum. Nama Qamar dan, lebih khusus lagi, Shams pengiring matahari boleh didapati diantara bangsa-bangsa Hebraic dan keturunan Punic. Nama ini didapati diantara orang-orang Scoto-Milesia sebagai Shamus dan bentuk-bentuknya yang lain. Nama Malcom atau Malcomb juga adalah lazim diantara mereka. Nama Yakub juga tampil dengan mempunyai dua asal panggal. Pertama, dipercayai berasal dari penyembuhan dan mungkin Shams. Satu lagi bentuk ialah dari janji atau Jamin sebagai Benjamin. Justru, sifat dua taup yang terkandung dalam nama ini menyembunyikannya.

 

Bukan secara kebetulan bahawa nama Yakub tidak terdapat didalam Ibrani atau ayat-ayat Greek dalam Perjanjian Baru atau Perjanjian Lama. Ianya tidak wujud.  Ianya diperkenalkan didalam versi Alkitab Inggeris oleh para penterjemah Inggeris. Ianya mungkin dilakukan untuk memuaskan perasaan ego pada monarki pada zaman itu, James Stuart dari England.

 

Setiap contoh-contoh didalam Perjanjian Baru, Yakub sebenarnya SGD 2385 ‘lakobos dari SGD 2384 ‘lakob atau Yakubus dan seterusnya Yakub. Konsep ‘lama adalah berasal dari ‘laomai untuk merawat dan seterusnya, untuk menyembuh atau menjadikan sempurna. Perkara yang sama berlaku dalam LXX.

 

Nama-nama tersebut memasuki kedalam Scoto-Milesia dari Magi. Magi atau Druids adalah Scythian dan memasuki Mesir, dimana mereka menyempurnakan rahsia-rahsia dan hiroglif Mesir. Dari sana mereka menuju ke Sepanyol diantara orang-orang Gadelia. Mereka dipercayai menyertai Scoto-Milesia di Sepanyol dari orang-orang Gadelia dan pergi bersama dengan mereka ke Ireland (lihat MacGeoghegan dan Mitchell History of Ireland, Sadlier and Co., New York, 1868, ms. 42). Konsep ini seolah-olah datang bersama mereka. Bagaimanapun, mereka seakan-akan mengubah kalendar kepada 354 hari dalam setahun dalam duabelas bulan, bersama dengan masa sekali dalam dua bulan selama dua puluh sembilan dan tiga puluh hari secara berurutan. Mereka seolah-olah telah memulai bulan pada hari keenam dalam bulan dan mempunyai kitaran tiga puluh tahun (plinky, xvi, 95, 250) dan dihitung oleh malam-malam (Ceaser, vi, 18.2). Satu bulan yang mengandungi tiga puluh hari telah diselitkan setiap dua dan satu setengah tahun. Pada akhir setiap lima tahun, akan ada perjanjian yang lengkap didalam solar dan kalendar lunar dan korban setiap lima tahun akan diserahkan (dipetik dari Diodorus and Jullian; Encyc. of Religion and Ethics (ERE), Vol. 12, ms. 73). Dari Saltair na Rann, setiap orang di Ireland kuno dijangka mengetahui hari bulan-bulan solar, usia bulan, pengaliran pasang-surut, dan hari dalam minggu (dipetik dari ERE, ibid.). Jejak sistem Celtik kuno, yang mana melayani untuk mengubah lunar dan tahun solar boleh didapati dalam American Britanny dan di Wales. Ilah Gallic, Bellenos telah mengasimilasikan Apollo sebagai penyembuh dan bukannya sebagai ilah matahari (ibid., ms.74).  persekutuan Bel dan Bellenos seolah-olah jelas. Imej matahari, bulan dan penyembahan bintang tidaklah begitu teruk, namun ianya wujud.

 

Sistem sekali dalam dua bulan Celtik selama lima puluh sembilan hari (tiga puluh hari diikuti dengan dua puluh sembilan hari) mempunyai tatakrama  yang sama seperti yang terdapat diantara orang-orang Yahudi. Buku Enoch mengenalpasti satu tahun mengandungi enam bulan yang mempunyai tiga puluh-hari dan enam bulan lagi yang mempunyai dua puluh sembilan hari (1 Enoch 78:15-16). Galen merekodkan bahawa orang-orang Yahudi mempunyai sistem sekali dalam dua bulan selama lima puluh sembilan hari sebelum pemerhatiannya didalam abad yang kedua (dipetik dari Schurer The History of the Jewish People in the Age of Jesus Christ, Vol. 1, App. 3, ms. 590-591).

 

Seperti Mesir, pengetahuan astrologi di kepulauan Bristish telah meluas sejak purbakala. Stonehenge telah dibina di atas terbitnya matahari ketika solstis musim panas, tetapi Hurlers di Cornwall percaya pada prima facie yang ianya dibina berlandaskan terbitan pilin gerombolan bintang-bintang Taurus kira-kira pada pagi Mei 1600 BCE (ERE, ibid., ms.64). pengetahuan ketika masa pengeluaran sekurang-kurangnya menyamai pengetahuan ini. Orang-orang Mesir bukan sahaja boleh menghitung bulan dengan baik, tetapi mereka juga boleh menghitung kitaran Sothic dan terbitan pilin Sirius, sejak berabad-abad sebelum pengeluaran.

 

Nama Shams boleh didapati didalam bahasa Arab. Shams adalah ilah matahari dan ianya feminin. Ilah-bulan Qamar adalah meskulin. Puisinya seperti berikut:

 

Tidak ada rasa aib bagi matahari menjadi feminin mahupun yang dibanggakan oleh bulan yang menjadi maskulin.

 

Sifat kelelakian ilah-bulan seolah-olah berasal dari pengairan kesegaran dan, seterusnya menguasai pada malam-malam dingin di padang gurun sebelum kepanasan pada waktu hari.

 

Sistem orang-orang Mesir dan Babilon juga seakan-akan telah mengerahkan konsep Penyembuhan kepada nama tersebut. Nama imam orang Mesir, Jambres (SGD 2387) seolah-olah berhubungan dengan konsep ini.

 

Penggunaan nama-nama berdasarkan bulan tersebar didalam buku Enoch, yang mana malaikat diberi tanggungan untuk lorong bulan, iaitu ‘Seriel (layrhv) (dipetik dari Knibb The Ethiopic Book of Enoch, Vol. 2, ms. 83). Ungkapan Subuh Allah atau bulan Allah (Shariel atau mungkin Sahariel) adalah tidak pasti. Matahari Allah (Samsiel) menjadi malaikat yang ke-limabelas yang mendahului Shariel sebagai subuh Allah atau mungkin bulan Allah (Knibb, ibid., ms.74) yang terikat didalam konsep yang terdapat dalam ayat didalam Keluaran, dimana orang-orang bangun pada awal pagi (sebelum subuh) untuk mengorbankan dan untuk merayakan. Penggunaan perkataan Greek, Sarinas bagi malaikat sistem bulan, yang mana sama seperti Sariel merupakan masalah yang lain bagi para cendekiawan menangani teks-teks kaabah kedua yang baru lalu.

 

Muhammad, didalam Quran (Surah 20 Ta Ha), menangani episod anak lembu.  Dia menghasilkan makluk As-Samiri yang mempengaruhi pembuatan Anak Lembu Emas. Disini, kita melihat etimologi bagi sistem bulan/matahari sebab ianya mempertalikan makluk ini melalui nama tersebut. Penjelasannya ialah, bahawa Gabriel menguduskan tanah dan ini telah ditebarkan beberapa darinya kedalam acuan pembentukan anak lembu tersebut. Quran percaya bahawa anak lembu itu mempunyai keupayaan untuk menghasilkan bunyi merendah (dipetik dari terjemahan Pickthall, ms. 231-232). Ini mungkin disebabkan oleh pemanasan. Sistem sapi jantan Moloch atau Malcom dan Minotaur telah dibahangi kepanasan untuk korban manusia, yang mana ada bersama mereka dalam beberapa perkara.

 

Ianya tidak memperuntukkan dengan jelas siapakah Samiri (dipetik dari terjemahan Darwood, ms 230, n. 1). Nma tersebut seolah-olah berhubungan dengan konsep bulan dan matahari yang mempertalikan dengan sistem anak lembu. Ianya digunakan didalam Quran, walaupun ianya dianggap benar bahawa pembaca akan mengatahuinya sebagai suatu mata kekursusan. Tidak ada keraguan lagi bahawa makluk itu dikenalpasti secara ekskusif bersama dengan Anak Lembu Emas.

 

Dalam sistem orang-orang Babilon, pengenalan pada sistem kesuburan adalah sama dengan Shamash, ilah-matahari, saudara kepada ilah kesuburan, Ishtar. Shamash adalah penjelmaan terang dan kebenaran dan memiliki kuasa untuk melafazkan sabda-sabda dalam nubuatan (dipetik dari Drury Dictionary of Mysticism and the Occult, ms. 237). Orang-orang Babilon menyembah Istar atau Ishtar sebagai Venus, yakni bintang fajar. Dua tanduk bulan semasa matahari terbenam, dan juga matahari terbit di horizaon bersama dengan bintang fajar, melambangkan sistem tersebut dalam keadaan damai dan keadaan perang. Kita tahu bahawa apabila Esarhaddon (681-669 BCE) mengalahkan orang-orang Babilon dan orang-orang Elamit memberontak, dia meletakkan satu daripada anak lelakinya, Shamash-shum-ukin diatas takhta Babilon dan memulihkan para imam dan kaabah-kaabah di sana. Anak lelakinya yang lain, Ashurbanipal (668-626 BCE) menjadi raja di Asiria.

 

Shamash juga dipertalikan dengan penutupan bahtera didalam epik Gilgamesh dibelakang Ut-na Pishtim (the far away, yakni Noah) (lihat Budge Babylonian Life and History, ed. kedua, Religious Tract Society, London, 1925, ms. 93). Sin anak kelahiran pertama Enlil, yang juga dipanggil Enzil dan Nannar sebagai bentuk-bentuknya yang lain. Dia menandakan ukuran panjang hari, bulan dan tahun dan, sebagai tuhan dalam bulan, nombornya ialah tiga puluh. Tempat keramatnya yang utama ialah di Ur dan Haran. Isterinya ialah Ningal atau Nikkal dan dia dipercayai ibu kepada ilah-matahari. Nin-Mar (ilah kota Mar) yang berhubungan dengan Sin dan dipercayai mempunyai duabelas anak daripadanya. Tamasha, ilah-matahari (juga dipanggil Utu dan Babbar), adalah anak Sin (Budge, ms. 105). Disini, kita mempunyai sistem tritunggal yang kita lihat diantara orang-orang Mesir sebagai Isis, Orirus dan Horus. Perlambangan sapi jantan adalah dasar pokoknya seperti dewa lelaki. Bersama dengan orang-orang Babilon, matahari adalah sifat lelaki yang lain sebagai Shamash. Isterinya ialah Aia atau Shenirda (Budge, ibid., ms. 106).

 

Ilah Dumuzi atau Tamus mempersatukan pertalian dua ilah, Shamash dan anak lelaki Ea. Dia merupaka separuh dari ilah air dan separuh dari ilah tumbuhan. Kultusnya sudah menjadi lapuk pada waktu zaman Sumeria dan ianya dihargai oleh masyarakat sekitar sehingga masa-masa kebelakangan (Budge, ibid., ms. 106). Ishtar turun ke dunia kencana untuk membawanya kembali ke bumi. Semasa lawatan tahunannya ke dunia kencana, wanita meratapi dia. Istiadat ini telah dicaci oleh Yehezkiel (Yeh 8:14). Ibunya ialah Sirdu dan kakaknya ialah Greshtin. Justru, Shamash adalah keturunan Tamus. Kultus itu, justru berlanjutan didalam bentuk-bentuk yang berbeza.

 

Dewa Sumeria yang asli, yang juga terkemuka di Babilon adalah berdasarkan atau diturunkan dari Anu, yakni bapa dan raja ilah-ilah tersebut. Dia dianggap terlalu terpencil untuk disembah dan, oleh keranan itu, dia tidak begitu terkenal diantara orang-orang Babilon. Dia dipercayai mengahwini Ninzalli, dan gundiknya ialah Ninursalla. Isterinya diperkenalkan pada masa-masa kemudian sebagai Anu. Posisinya dirampas oleh Ishtar, yakni orang yang Anu  berikan nama yang berhubungan dengan namanya sendiri. Kisah ini menggambarkan Isis yang telah menggantikan untuk membuat Ra memberi dia nama rahsianya. Ilah Nana adalah anak perempuan Anu dalam pengamalan (dipetik dari Abracadabra: Maksud Nama-Nama [240]).

 

Satu lagi “bapa kepada ilah-ilah” adalah Enlil, Ellil atau Bel, ilah orang-orang Semit. Dia tinggal di gunung yang besar di Sorga. Isterinya yang utama ialah Ninlil yang yang dipertalikan dengan ibu-dunia. Ilah Dagan, yang mana dari asalan asing kepada Asiria adalah merupakan imbangan Enlil. Isterinya juga mempunyai nama asing, iaitu Shalash.Ninurta adalah anak lelaki Enlil dan ianya adalah ilah perang dan pemburuan. Dia mewakili matahari sewaktu tengah hari. Dia telah diwakili oleh Saturn dan bintang Sirius.

 

Nusku, ilah-api dan ilah-terang kadangkala dikenalpasti bersama dengan ilah-bulan iaitu Sin. Dia telah dikenalpasti bersama dengan Cossean, ilah Shuqamuna. Isterinya adalah Sadaranunna.

 

Marduk, juga adalah anak lelaki kepada Ea, mempunyai kedudukan yang asal pada kultusnya  dalam Eridu. Seperti Horus di Mesir, dia mewakili matahari ketika pagi. Semasa zaman awal, dia telah dipilih sebagai ketua ilah di Babilon. Seperti ayahnya Ea telah menakluki Mummun, dia juga telah menakluki Tiammat (ular dunia) dan ini mengakibatkan dia menjadi raja kepada ilah-ilah. Ular-gryphon adalah Suci bagi dia dan angka sepuluh adalah nombornya dan bintangnya ialah Jupiter. Tempat keramatnya yang utama ialah di Eagila di Babilon. Patungnya dibuat dari emas tulin dan dihiasa dengan batu-batu yang berharga. Isterinya adalah Sarpanitu, yang mana orang-orang Semit menukarnya kepada Zer-banitu.

 

Ishtar (atau Ninni, atau Innina) diantara orang-orang Babilon, adalah anak perempuan ilah-bulan iaitu Sin. Dia telah merampas kedudukan Antu sebagai isteri atau gundik Anu. Dia adalah ilah kasih, tetapi dalam satu daripada bentuknya, pasangan cintanya telah menderita sakit dan mati (Budge, ibid., ms. 107). Juga merupakan ilah perang, dia adalah Anunitu dan ilah Akkad. Dia juga dipercayai sebagai isteri ilah Ashur, yakni ilah-perang orang-orang Asiria (Budge, ibid., ms. 109). Dia menggabungkan kedua-dua tritunggal dari status kedudukan sebagai gundik bersama dengan Anu (lihat diatas).

 

Dalam Bahasa Arab, matahari, iaitu Shams, menjadi perempuan. Sapi jantan pada bulan ketika masa awal sistem adalah lelaki. Bentuk bulan sabit adalah simbolnya dan bentuk bulan sabit telah merencanakan kalendar didalam sistemnya dan bukannya kepada pertalian yang benar, yang mana simbol kepada ilah yang tidak boleh dilihat.

 

Simbol ilah-lunar Mesopotamia sebagai Sin telah dikenali ramaiu. Dia seringkali mengambil bentuk seekor sapi jantan (Cirlot tionary of Symbols, Dorset, 1991, ms. 34). Ilah Mesir yang menyamainya ialah Osirus, iaitu ilah-lunar yang diwakili oleh sapi jantan Apis (ibid., juga dipetik dari atas). Justru, perlambangan yang digunakan di Sinai adalah kedua-duanya dari orang-orang Mesir dan Mesopotamia dan berhubungan dengan Anak Lembu Emas, yang mana simbol kepada ilah-lunar. Ilah-bulan ini, iaitu Sin adalah penyebab kepada kepinggah-pinggahan orang-orang Israel ketika di padang belantara selama empat puluh tahun. Justru, Sin dikenalpasti dengan ilah-bulan sapi jantan dan juga Shariel. Mungkin perkataan serial dari kata lanjutan series ada hubungannya disini secara perbahasaan. Ilah-matahari, Shams, mungkin memberi refleks kepada yang lebih tua dan sistem pra-Babilon masih lagi berleluasa diantara orang-orang Arab, yang mana ilah-bulan, Qamar telah mengambil alih dari Sin.

 

Ilah Vedic, Surya, dalam bentuk lainnya ialah sapi jantan solar. Menurut orang-orang Asiria, sapi jantan itu dilahirkan dari matahari. Krappe menjelaskan kontradiksi ini sebagai berasal dari cara kultus lunar dan solar yang silih berganti (dipetik dari Cirlot, ibid.). sebab sebenarnya adalah lebih kompleks yang berasal dari penjelasan mengenai peperangan alam semesta. Cirlot menjelaskan ini sebagai:

 

Sapi jantan lunar menjadi solar apabila kultus solar menggantikan kultus bulan yang lebih lama. Tetapi ianya baik demikian bahawa sapi jantan adalah simbol lunar yang pertama dan terkemuka kerana ianya menyamai bulan secara morfologi oleh kebaikan pada kemiripan tanduk bulan sabit, sementara ianya harus mengambil tempat kedua didalam solar simbol kepada singa.

 

Tidak ada keraguan bahawa bulan sabit bukannya Bulan Baru. Cirlot menjelaskan pandangan mengenai perubahan urutan pada bulan, dimana matahari terbit lagi dari kesuraman malam dan bulan sabit akan muncul dari Bulan Baru (ibid., ms. 215). Perlambangan ini pada zaman purbakala adalah berhubungan secara khususnya dengan rangkaian misteri-misteri sistem kosmik. Ilah-bulan telah diwakili oleh tanduk anak sapi jantan yang terbalik sebagai simbol bentuk bulan sabit. Ianya tidak ada kena-mengena dengan penghitungan yang tepat pada kalendar, yang mana boleh ditentukan dari kedua dalam setiap bulan dan boleh ditentukan dengan tepat pada abad-abad yang mendatang. Pengamatan sistem bentuk bulan sabit telah didesak kedalam Yudaisme Kabbalistik sebagai bahagian daripada misteri-misteri.

 

‘Setiap bulan, bulan akan selesai mengelilingi trajektori yang sama yang dilaksanakan oleh matahari dalam setahun...ini menyumbangkan pematangan pada semak samun dalam jumlah yang luas dan pertumbuhan pada binatang-binatang.’ (Cicero). [Menurut Cirlot:]. Ini menolong menjelaskan peranan penting ilah-ilah lunar seperti Ishtar, Hathor, Anaitis, Artemis. Manusia sejak dari permulaan sudah sedia maklum mengenai perhubungan diantara bulan dan pasang surut, dan perhubungan yang lebih misteri diantara kitaran lunar dan kitaran psiologi perempuan itu (Cirlot, ibid., ms. 214).

 

Memang tidak diragukan bahawa perhubungan diantara Bulan Baru dan pasang surut telah difahami dan telah diramal dengan sempurna sejak masa-masa awal. Ketidakpastian dalam pengamatan telah diperkenalkan oleh unsur-unsur misteri, dimana kemudiannya menjadi Kabbalah yang kegunaannya berhubungan dengan kultus kesuburan bagi penyembah-penyembah bulan, dibantu dan disekongkol oleh beban tradisi orang-orang Farisi dan khususnya didalam sistem rabbinikal.

 

Ada beberapa tatacara didalam Bulan Baru dan Frazer mencatat bahawa Bulan Baru diwakili oleh lembu diantara orang-orang Minoa dan ini seolah-olah mewakili perkahwinan simbolik diantara matahari dan bulan (Golden Bough, iv, 71 et seqq). Ianya juga dipandang sebagai suami  kepada bulan oleh masyarakat petani kuno di kedua-dua hemisfera timur dan barat. Orang-orang Jepun  percaya bahawa bulan itu lelaki, tetapi selaku saudara kepada ilah-matahari, dan bukannya sebagai satu pasangan. Orang-orang Babilon asalnya percaya bahawa bulan lebih tinggi tarafnya daripada matahari dan telah menghitung bapanya (Frazer, ibid., vi, 139 n.). Justru, kita melihat korban pada awal pagi didalam Alkitam dalam Keluaran. Pandangan ini muncul didalam rentetan tahap-tahap dalam ziggurat di Babilon. Ini bukalah menara yang dikaitkan dengan Nimrod dan Abraham. Budge meneliti bahawa tahap matahari dan Venus adalah emas (keempat) dan kuning (kelima) secara berurutan. Bulan berada pada tahap (ketujuh) tertinggi. Warna-warna ini dikaitkan dengan kuning-emas dan mungkin warna perak (atau emas putih), yang mana dilihat juga dalam sistem anak lembu. Tujuh tahap ini mempertalikan kembali kepada kenaikan Shamanic ke atas langit dan muncul lagi dalam Yudaisme Kabbalistik sebagai penaikan kereta kuda dalam misticisme Merkabah melalui tujuh ruangan Hekkalot atau Hekhaloth (dipetik dari Kaplan Meditation and Kabbalah, 1982, ms. 35-37; 294-295; Drury Dictionary of Mysticism and the Occult, 1985, ms. 104, 113, 177 et seqq).

 

Jari Ashirat

Kita tahu dari rekod arkeologi bahawa bulan sabit itu adalah berhubung dengan sistem tritunggal, sebab ia diistilahkan sebagai jari Ashirat dan telah digunakan sebagai penunjuk masa yang tepat bukan saja di Palestin, tetapi juga oleh tentera-tentera Mesir. Bentuk bulan sabit itu dilihat sebagai kuku ilah-ilah yang mengisyaratkan.

 

Kota Taanak yang dibentengkan di Kanaan terletak diatas jalan militer orang-orang Mesir kuno melalui Kanaan ke Syria. Namanya didalam bahasa Mesir, Asiria dan sumber-sumber dari PB. Ianya ditemui di Tel Ta’anek. Penggalian Ernst Sellin pada 1901 menemukan prasasti-prasasti tulisan kuno, yang mana “jarang ditemui di Palestin.” Loh-loh batu ini adalah warta kepada raja Taanak Ishtarjasher, yang mana namanya dikaitkan dengan ilah Babilon iaitu Ishtar atau Easter dalam Anglo-Saxon. Satu daripada surat itu ditulis oleh seorang general Mesir. Surat ini adalah perintah untuk mendapatkan laporan dari Ishtarjasher. Ianya menyebut:

 

Semua yang engkau akan dengar, tulislah ia kepadaku, supaya aku boleh memahaminya. Sekiranya jari Ashirat memperlihatkan dirinya, maka aku akan mengindahkannya dan menurut. Dan laporkan kepadaku tanda dan perkara daripadanya (Erich Zehren, The Crescent and the Bull, tr James Cleugh, Hawthorn, NY, ms. 190).

 

Zehren mengenalpasti Ashirat sebagai makluk ilah bintang di Kanaan dan disamakan dengan Ishtar dan Inanna. Dia mengenalpasti bahawa ayat itu merujuk kepada bulan sabit sebagai jari, yang mana kelihatan dalam bentuk bulan sabit menjelang akhir bulan (ibid.). Justru, general mesir ini menyatakan tarikh yang khusus. Apabila jari Ashirat, yakni bulan sabit, muncul dan mendekati Venus (Ashirat) dia berharap mendapatkan laporan. Penyebutan mengenai jari ilah bintang yang besar ini digunakan untuk menunjukkan sejurus sebelum atau sejurus selepas bulan baru (ibid., ms. 191), yang mana sehubungan dengannya.

 

Sapi Jantan

Pemindahan sapi jantan adalah perlambangan kepada Osirus, yang mana ketika purbakala merupakan ilah gandum dan penghasilan, dipercayai oleh Frazer berpunca dari pengaruh Mesopotamia. Frazer percaya bahawa sapi jantan Mnevis yang suci dari Heliopolis telah dianggap satu inkarnasi ilah-matahari (ibid., iv, ms. 72) yang mana mempunyai konsep yang sama dengan yang terdapat pada Cretan. Jangka masa lapan tahun dalam kitaran Cretan muncul untuk dipertalikan lebih kepada kitaran lunar, sama seperti dua olimpiade dalam bentuk kuno pada sistem sembilanbelas tahun (lihat tulisan Kalendar Allah [156]). Gelaran bagi pemerintah-pemerintah Mesir selama beribu-ribu tahun adalah sapi jantan yang kuat (ibid.).

 

Identifikasi sapi jantan atau anak lembu emas bersama Moloch, datang daripada praktik Carthaginia dan mungkin semua dunia Punic mengorbankan anak-anak mereka kepada Moloch atau Malcom dengan cara meletakkan mereka diatas lengan gangsa patung binatang yang berkepala anak sapi jantan (yakni dengan tanduk seperti bulan sabit). Umat itu berguling diatas api di hadapan dan mati. Ini mungkin bersamaan dengan tradisi Minotaur terhadap Crete (Frazer, ibid., iv, ms. 75). Justru, bait suci Moloch boleh dikenalpasti dengan anak lembu Sin di Sinai.

 

Penyembahan tersembunyi namun merbahaya Molech, atau Chemosh, atau Sin, ilah bulan, sebagai Anak Lembu Emas di sinai, seperti ianya dipanggil dengan ungkapan yang berlainan, melibatkan korban dan juga pemakanan bagi umat itu. Ianya satu kebencian kepada Allah. Menurut Abbe MacGeoghegan, penyembahan kepada anak lembu emas telah dibawa oleh orang-orang Milesia di Ireland, sebagai keilahian yang kedua dibelakang Oak dan Mistletoe, sehingga kemunculan Kekristianan (MacGeoghegan-Mitchell, ibid., ms. 65). Agama Ketuhanan Tritunggal Aryan ini selalu terdapat diantara orang-orang Phoenicia, Carthaginia, Gaul, Scythia, Greek dan Roma. Inilah sebabnya mengapa Triniti diperkenalkan, dan dipertahankan dengan kukuh oleh mereka. Konsumsi umat itu serta anjing-anjing, berterusan sehingga kemusnahan Carthage. Ianya terhenti diantara orang-orang Carthaginia dalam pemerintahan Darius I, yang menganggap ianya sesuatu yang biadab. Orang-orang Milesia Irish tidak bersendirian dalam pengorbanan ini dan memakan daging manusia (sering kali untuk acara-acara majik), seperti Polybius mencatat, bahawa [H] Annibal menolak usul saranan yang dibuat oleh orang-orang Gaul, untuk memakan daging manusia. Ianya selalu terdapat pada orang-orang Irish Gauls, Briton, Spaniard, Scythia dan bangsa-bangsa lain. Orang-orang Scot di Britain diamati oleh Jerome, apabila dia melihat mereka dalam Gaul, yang menjadi pemakan daging manusia pada zamannya, pada akhir abad yang keempat (dipetik dari MacGeoghegan ibid., ms. 67). Bulan sabit dan bintang yang bersamanya, yang  telah merembet masuk bahkan kedalam Islam, adalah berhubungan dengan penyembahan ini. Jones dan Pennik (A History of Pagan Europe, Routledge, London and New York, 1995, ms. 77 ) mencatat bahawa motif bulan sabit dan bintang dalam Islam memperingatkan penyembahan Sin, yakni ilah bulan, yang mana sudah menggolongkan penyembahan tiga keilahian Al’lat, Al-Uzzah dan Manat. Sistem Tritunggal selalu terdapat pada orang-orang Aryan, dan terdapat diantara orang-orang Celt dalam bentuk-bentuk yang sama dalam sistem tritunggal, dan dalam tiga ilah-ilah tersebut, yang mana sebelumnya ialah Brigit. Mereka dan sistem Tritunggal adalah bahagian daripada sistem yang sama dalam Rumputan suci, dan Sin, ilah bulan, dimana para pengikutnya juga menyembah. Rumputan yang Suci telah menyebar bersama dengan usus manusia, dan bahkan orang-orang Druid tidak akan memasuki mereka dalam masa-masa yang tertentu. Sardinia adalah benteng sistem kafir sehingga abad yang kesebelas, menyogok majistret untuk mengabaikannya.

 

21 Dan janganlah kamu membenarkan setiap benihnya melewati melalui api itu kepada Molech, mahupun mencemarkan nama Allah: Akulah TUHAN.

 

Sistem ini kuno di Ireland, dan memakan daging manusia adalah lazim disana dan diantara orang-orang Scot, yang mana asalnya datang dari Scotland melalui Ireland, semasa ianya dipanggil Scotia.  Kaum Anglo Saxon juga tidak imun terhadapnya. Penggalian megalit yang terbaru di County Sligo, menunjukkan tempat kuburan yang luas disana yang tidak diketahui oleh manusia, mungkin lebih daripada yang dapat disokong oleh nagara di sekeliling mereka. Masih beratus-ratus lagi tapak kuburan yang terdapat di Ireland, tetapi Sliga merupakan tapak yang utama. Ahli-ahli  arkeologi menyatakan baru-baru ini, bahawa orang telah dibakar menjadi abuk dengan menggunakan lemak badan mereka sendiri dan kemudian (seperti seorang cendekiawan baru-baru ini mengudarakan hal ini di dalam siaran radio), “seolah-olah menggali dari kuburan untuk perayaan oleh keluarga mereka, atau semacamnya pada tarikh kemudiannya”. Konklusi yang jelas telah diabaikan pada masa ini (seperti MacGeoghegan lakukan apabila dia menyatakan praktik penguburan). Faktanya ialah, bahawa manusia khususnya anak-anak telah dipanggang didalam patung ilah ini, atau  dibakar, diseluruh dunia Aryan dan Phoenicia. Romano-Celtic dan ibu-ibu Phoenicia menganggapnya sebagai kebanggaan, bahawa mereka boleh menghibur anak mereka tanpa emosi, sementara mereka dipanggang hidup-hidup didalam nama kesalehan, dan teriakan mereka ditutupi oleh bunyi gendang dan sangkakala (dipetik dari MacGeoghegan ibid., ms. 65-73).

 

Adat ini didapati dalam Tyre dan diantara kaum Phoenicia, dan berlanjutan untuk masa yang lama disana diantara orang-orang Kanaan.  Mereka yang tidak mempunyai anak akam membeli anak dari orang miskin, supaya mereka tidak kekurangan korban yang sesuai. Anak-anak yang akan dibakar, diperlakukan sama ada dilontar kedalam api atau diletakkan di patung Saturn, yang akan dibakar. Kekalahan Carthage oleh Agathocles dianggap oleh mereka kepada fakta bahawa mereka mempunyai anak-anak yang dikorbankan dalam kualiti yang sekunder, yang mana anak-anak asing dan hamba abdi, kepada ilah, yang dalam bentuk Saturn (yakni Saturnalia), daripada anak-anak mereka yang berkedudukan dalam kualiti yang pertama. Mereka kemudiannya menyerahkan sehingga dua ratus anak dalam kualiti pertama dan tiga ratus warganegara yang secara suka rela menyerahkan diri mereka sendiri untuk mententeramkan ilah itu atas kelalaian kejahatan mereka.

 

Kultus penyembahan ilah bulan Sin ini, sebagai anak lembu emas atau Molech atau Tritunggal Allah, yakni Triniti dalam sebutan moden, adalah bentuk yang paling jahat dalam kekejaman manusia, dan Allah mengutuknya serta sistemnya. Bahkan sistem ini masih tersebar sehingga sekarang (dipetik dari tulisan Asal-Usul Krismas dan Paskah [235]; dan Doktrin Dosa yang Asal Bahagian I Taman Eden [246]).

 

Anak sapi jantan telah dikenalpasti sebagai ilah-bulan, yang mana tanduknya berbentuk bulan sabit diamati dari phasis yang salah dan berubah-ubah seperti yang ditentang oleh Bulan Baru yang betul dalam perhubungannya, yang mana tidak berubah-ubah dan boleh diukur dengan tepat sekali. Pengenalan terhadap berhala bulan sabit ini juga dikaitkan dengan bintang pagi atau Venus yang mana secara Alkitabiah, mewakili ilah dunia ini sehingga kedatangan Mesiah yang kedua, ketika dia akan memikul pangkat ini (dipetik dari Wah 2:28; 22:16).

 

Bintang fajar ketika masa purbakala kelihatannya juga dikaitkan dengan kultus Adoni (Frazer, ibid., v, 258). Korban manusia telah dilarang dalam penyebaran kultus bintang fajar (Frazer, ibid., vii, 238). Ungkapan didalam Yesaya 14:12 merujuk kepada bintang-siang, bintang-fajar atau Lucifer (Phosphorus bagi Latin) yang bererti pembawa terang. Ianya dikaitkan dengan sistem Babilon kerana ianya membentuk nukleus sistem keagamaan dunia seperti yang dibentangkan dalam Wahyu. Ishtar, sebagai bintang fajar, juga Lucifer sebagai pembawa terang dan fungsi-fungsi ini akan diambil alih oleh Mesiah dan umat-umat pilihan. Itulah sebabnya mengapa Mariolatry adalah sistem ilah-ibu  kepada ratu di sorga.

 

Justru, kedua-dua aspek sapi jantan sebagai bulan sabit dan bintan fajar adalah terikat secara mutlaknya kepada berhala. Kedua-dua aspek melibatkan korban manusia pada satu masa. Bait suci Moloch dan bintang Raiphan atau Chiun adalah justru dikaitkan dengan bulan sabit dan sistem bintang fajar. Mesiah akan mengambil alih mereka dan menghapuskan setiap bekas dan sisa pengamatan mereka seperti ianya dikaitkan kepada sistem Alkitab. Mereka adalah tambun yang melanggar sistem Alkitab dan kalendar Allah.

 

Untuk meneruskan kalendar Hillel atau apa sahaja sistem berdasarkan pengamatan mengenai bulan sabit, diberi informasi yang terkenal mengenai kepentingan bulan sabit dan kedudukannya dalam penyembahan sistem Anak Lembu, secara efektif akan meneruskan didalam sistem penyembahan ini, sekiranya tidak maka korban-korban Moloch yang aktif yang dikutuk oleh Allah.

 

q