Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[264]

 

 

 

 

Pertalian Belanda Kaum Bapa Pilgrim [264]

(Edisi 1.1 19980919-20000419)

 

Sejarah umum memandang ketibaan Kaum Bapa Pilgrim pada tahun 1620 di Plymouth Rock Massachusets sebagai asas Amerika Syarikat. Mereka dianggap sebagai orang-orang dari England, yang telah belayar ke tanah perjanjian demi masa depan yang baru. Bagaimanapun, sedikit saja yang benar-benar mengetahui bahawa Kaum Bapa Pilgrim terikat kepada Holland secara kekal, yang tidak boleh diabaikan. Sejarah sebenar mereka memberi keterangan yang menakjubkan pada iman bapa-bapa pengasas ini. Ia juga memberi pemahaman tentang penganiayaan yang wujud di England Protestan di bawah Ratu Elizabeth I.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ă 1998, 2000 Christian Churches of God, Ed. Wade Cox)

(Tr. 2005)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Pertalian Belanda Kaum Bapa Pilgrim


 

"L'Histoire, si elle devient la justification d'une politique, n'est qu'une vaste mensonge. "Sejarah, jika ia menjadi pembenaran medan politik, bukan apa-apa tetapi dusta sangat besar.

(Guy Le Clec'h: Le Defi, Ed. Albin Michel, Ottawa, Canada, 1955, p.157.)

 


Sejarah adalah Dusta Sangat Besar

Pernyataan ini memang benar sekali untuk sejarah, khususnya apabila sejarah telah ditulis untuk membuktikan sesuatu idea atau mempertahankan politik, malah untuk mencetuskan perang.

 

Terdapat batas yang sangat kecil, kalau adapun, antara politik dan agama. Berapa banyakkah perbezaan yang telah ada sepanjang zaman antara agama dan politik?

 

Bukankah kedua-duanya tertumpu kepada melaksanakan kuasa atas orang lain? Jika tidak dalam persetujuan, hanya dengan kuasa keganasan saja? Berapa banyakkah perang yang telah diadakan di planet ini, demi agama? Agama manakah yang tidak mengerjakan kuasanya atas yang lain?

 

Maka sejarah, jika ia menjadi pembenaran agama, juga adalah dusta yang sangat besar. Ia hanya bertujuan mengabdikan orang biasa.

 

Telah tertulis: Dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu. (Yohanes 8:32)

 

Kita semua sama di hadapan Tuhan, dan kita tidak boleh memandang rupa, jadi kita harus mengisytiharkan kebenaran, agar semua orang dapat bebas dari perhambaan.

 

Jadi kita juga mempunyai tugas untuk menyatakan kebenaran tentang sejarah. Ini bermakna bahawa kita mempunyai kewajipan untuk menyelidik sejarah dan mempertimbangkan semua segi yang terbabit. Ianya jelas bahawa kita kemudiannya membongkar fakta-fakta yang tidak selalunya diberi perhatian. Khususnya apabila kebenaran semakin hampir.

 

Kemudiannya kita sampai pada maksud pepatah Jerman: "Jeder hat seine Leiche im Keller versteckt". Semua mempunyai rahsia yang disembunyikan.

 

Banyak dari maklumat contohnya tentang golongan Waldensian kita perolehi dari musuh-musuh mereka iaitu Gereja Roman Katolik. Dalam pembenaran penganiayaan mereka terhadap orang Waldenses kita dapat menemui kebenaran tentang mereka.

 

Bagaimanapun, kita harus ingat, siapa yang menulis sejarah itu, dan kenapa atau untuk tujuan apa.

 

Walaupun kita masih perlu memandang melalui cermin, kita dapat melihat sejarah umat-umat Kristian pemelihara Sabat berkembang di seluruh Eropah dalam zaman-zaman yang nyatanya terpaksa disingkirkan dari adegan sejarah oleh jemaat-jemaat Aliran utama dan khususnya Gereja Roman Katolik. Bagaimanapun, disebabkan politik mereka serta adagio divide et impera, mereka telah menakluki kebanyakan dunia Eropah melalui penganiayaan dan penghapusan jemaat-jemaat pemelihara Sabat di Eropah.

 

Salah satu caranya adalah dengan membahagi-bahagikan Jemaat-jemaat Sabat, untuk menjadikan mereka kelihatan seperti kejadian-kejadian tempatan yang berasingan, yang serta-merta ditandakan dengan nama salah seorang pemimpin mereka yang telah sentiasa dianggap sebagai pembidaah. Cara melaporkan sejarah yang mengecewakan ini dapat dibaca dalam karya Distribusi Umum Jemaat Pemelihara Sabat (No. 122)).

 

Dapat difahamkan bahawa telah selalu ada dusta yang besar untuk membenarkan politik agama untuk terus mengekalkan rakyat dalam keadaan miskin dan jahil. Ianya timbul dari sifat manusia dan adalah berdasarkan ketamakan dan kuasa.

 

Kita tahu bahawa Gereja Roman Katolik dan Jemaat-jemaat Protestan telah menulis sejarah untuk membenarkan agama mereka, dan untuk mengutuk semua yang lain, khususnya jemaat-jemaat pemelihara Sabat.

 

Jadi ianya wajar bahawa kita dari Jemaat-jemaat pemelihara Sabat, sebab kini kita mampu, telah menyelidik dengan tekun untuk membongkar kebenaran tentang kumpulan-kumpulan pemelihara Sabat di seluruh dunia. Terdapat beberapa karya yang sering dipetik yang nampaknya memberitahu kebenaran tentang sejarah kumpulan-kumpulan ini.

 

Hanya beberapa contohnya adalah:

 

Semua ini telah ditulis oleh pemelihara-pemelihara Sabat, adakah mereka semestinya kebenaran?

 

Sekurang-kurangnya Tajuk-tajuknya menyatakan demikian.

 

Dari membaca karya-karya ini dengan teliti, seseorang tidak dapat lari dari gambaran, bahawa mereka adalah sama seperti sumber-sumber sejarah Roman Katolik dan Protestan. Semuanya telah ditulis dengan perspektif pembenaran mereka sendiri.

 

Untuk membuktikan dari segi sejarah bahawa penulis(-penulis) tersebut adalah dari satu-satunya Jemaat Sebenar eksklusif dengan Agama Sebenar. Untuk membuktikan ini, bukti sejarahnya telah disalahgunakan, disalahtafsir, dikoyak-koyakkan, diguna luar konteks, atau mereka sekadar berbohong tentang fakta-faktanya.

 

Semua buku-buku dan artikel-artikel ini ternyata adalah penggambaran salah fakta-fakta sebenar.

 

Mari kita ambil satu contoh.

 

Seorang Kristian tahu bahawa dia adalah keturunan Abraham.

 

Seorang Yahudi menganggap dirinya juga sebagai keturunan Abraham.

 

Seorang Arab juga dikenali sebagai keturunan Abraham.

 

Ketiga-tiga mereka ini menganggap diri mereka sebagai keturunan sebenar.

 

Dan semakin fundamental mereka, semakin mereka kelihatan menjadi keturunan sebenar.

 

Untuk menjadi waris sebenar, kita perlu menghapuskan semua keturunan lain, atau menolak mereka sebagai keturunan, malah menjadi “Pilihan”. Jadi nampaknya begitulah untuk seorang, yang dari Jemaat sebenar dengan Agama Sebenar; dan oleh kerana hanya ada sebuah Jemaat saja kerana Kristus tidak mungkin terbahagi, dia termasuk dalam golongan gembira yang sedikit ini saja.

 

Sejarah Jemaat-jemaat pemelihara Sabat sepanjang zaman adalah teka-teki jigsaw sangat besar, dan ianya tanggungjawab setiap orang untuk menemui potongan-potongannya, agar kita semua dapat, pada akhirnya sampai kepada gambar Kebenaran itu, dan menjadi bebas dari perhambaan kepada sebarang pertubuhan agama.

 

Sebagai contohnya Dugger dan Dodd menyatakan:

Semua yang mengetahui sejarah awal Amerika Syarikat ingat bahawa kumpulan Puritan, yang tiba di sini dalam Mayflower, telah mendarat di Plymouth Rock pada tahun 1620. Mereka telah melarikan diri dari penganiayaan-penganiayaan di England, dan datang ke tempat yang dikenali sebagai “dunia baru,” di mana mereka dapat menyembah Tuhan mengikut keperluan-keperluan hati nurani mereka sendiri. Setelah mereka mengumpulkan tuaian mereka yang berlimpahan, satu hari telah dikhususkan untuk memberi syukur kepada Tuhan yang Mahakuasa, kerana telah merahmati mereka begitu untuk persediaan bagi musim salji yang menjelang tiba. Sejak itu, hari ini telah dirayakan di Amerika Syarikat sebagai [Hari] Kesyukuran. (Dugger, Andrew N. and Dodd, Clarence O, The History of the True Religion, 1968, Jerusalem, halaman 264)

 

Kumpulan Puritan ini juga dikenali sebagai “Pilgrim Fathers” (Kaum Bapa Pilgrim), dan telah membawa pemeliharan hari Sabat ke Amerika.

 

Ini disahkan oleh Dugger:

Pada bulan Disember, 1934, Hugh Sprague, editor bagi St. Joseph Gazette (Missouri), telah menulis sebuah rencana mengenai perkara ini.

 

“Walaupun nampaknya pelik dalam sejarah awal Amerika, terdapat usaha untuk menindas semangat Krismas. Golongan Puritan yang tegas di Plymouth, yang dipenuhi dengan semangat keras Perjanjian Lama, membenci perayaan hari-hari cuti ortodoks. Kebaktian mereka adalah pada hari Sabat (Sabtu), dan bukan hari Minggu, dan Krismas khususnya mereka anggap sebagai perayaan pagan. Pendatang-pendatang kemudian cuba merayakan Krismas sebagai waktu kesukacitaan, namun telah ditindas. Gabenor Bradford, Penatua Brewster, Miles Standish serta para pemimpin lain tegas menentang semangat musim Natal seperti yang ketahuinya hari ini.”

 

Dalam perbincangan peribadi antara Penatua A.N. Dugger dan Editor Hugh Sprague, selepas rencana ini muncul, Hugh menyatakan bahawa kumpulan Pilgrim ini adalah nenek moyangnya, dan bahawa dia jelas mengetahui kepercayaan serta amalan agama mereka. Sebagai tambahan, dia menyatakan bahawa semua datuk nenek serta moyangnya mengetahui bahawa orang Pilgrim pada zaman Mayflower ini merupakan pemelihara Sabat yang tegas pada hari ketujuh minggu bukannya hari Minggu.

(Kiesz, J. Sabbath History through the Ages, World Wide Web. Ozemail.com)

 

Malangnya Dugger dan Dodd tidak menyebut bahawa mereka telahpun meninggalkan England pada tahun 1608, dan walaupun perjalananan pada zaman itu lebih memakan masa lagi dari hari ini, tiada seorangpun yang akan percaya bahawa mereka memerlukan dua belas tahun untuk perjalanan mereka ke New Plymouth. Bapa-bapa Pilgrim ini melarikan diri dari penganiayaan pada tahun 1608 ke Holland dan tinggal di situ hampir 12 tahun. Mereka hidup kebanyakan masanya di Leiden dan Amsterdam, dan akhirnya mereka pergi ke Amerika.

 

Kenapa mereka pergi ke Holland? Kerana Bapa-bapa Pilgrim memelihara hari Sabat, dan di Holland terdapat juga kumpulan-kumpulan pemelihara Sabat pada waktu itu, seperti yang dinyatakan Dugger dan Dodd:

 

“Erasmus (1466-1536) menulis tentang pemelihara Sabat di Bohemia pada awal Reformasi, ‘Keturunan-keturunan Waldenses di Bohemia dan Holland membentuk material bagi jemaat-jemaat pemelihara Sabat, yang muncul dengan permulaan Reformasi.’” -- History by Lewis, pp. 317-320. (Dugger, Andrew N. and Dodd, Clarence O, The History of the True Religion, 1968, Jerusalem, halaman 196)

 

Di Holland tiada penganiayaan agama-agama lain. Ianya benar bahawa di mana orang Sepanyol Katolik telah dibuang keluar dari negeri, agama Roman Katolik tidak diterima sebagai suatu agama rasmi, dan mereka tidak bebas beribadah di sebarang tempat sembarangan. Mereka boleh melakukan ini tanpa dikacau di tempat-tempat tidak rasmi. Dari zaman ini Jemaat Onze-Lieve-Heer-op-zolder berasal.

 

Orang Belanda telah berperang untuk kebebasan agama dan ekonomi dengan orang-orang Sepanyol dari 1568 hingga 1648, perang 80 tahun, yang ditamatkan pada Perjanjian Munster di Westphalia.

 

Raja Sepanyol sangat memerlukan perhentian dalam perang tersebut, kerana dia sangat tidak berjaya, dan terdapat gencatan senjata selama dua belas tahun dari 1609-1621.

 

Untuk mengalihkan perhatian rakyatnya dari kemalangan ini, dia telah menggunakan tempoh ini untuk menghalau orang Moriscoes, orang Muslim yang telah dikristiankan dari Sepanyol, dan dengan itu menyingkir sisa-sisa golongan sangat terpelajar dari negerinya. Oleh kerana gencatan senjata ini akan berakhir pada tahun 1621, kaum Bapa Pilgrim takut bahawa Republik Tujuh Netherlands Bersatu tidak akan dapat menahan kemarahan Sepanyol, dan takut bahawa mereka juga kemudiannya akan dianiaya oleh Pasitan, dan disebabkan kenyataan ini mereka telah meninggalkan Netherlands. Mereka menikmati kebebasan agama di Netherlands dan dapat memelihara hari Sabat secara terbuka. Sememangnya dalam tempoh yang sama mereka juga mempunyai hubungan dengan orang Belanda yang memelihara Sabat. Dan telah sentiasa ada hubungan rapat dengan Amerika dan Netherlands sejak masa itu.

 

Salah satu benda, yang dibawa Bapa-bapa Pilgrim bersama mereka ke Amerika adalah Hari Kesyukuran. Pesta ini sudah lama dirayakan oleh orang Belanda pada hari Rabu pertama November sebagai Dankdag voor Gewas.

 

Jadi kita lihat bahawa Bapa-bapa Pilgrim sebenarnya, kerana takutkan Pasitan di bawah orang Sepanyol, telah pergi ke Amerika, meninggalkan Netherlands setelah lebih dari satu dekad di situ, dan membawa bersama mereka tradisi Hari Kesyukuran dari negeri yang sama.

 

Mungkin salahfaham ini telah timbul dari fakta bahwa dengan Mayflower dua kumpulan orang yang berlainan telah belayar ke Amerika, seperti yang dapat kita baca dari Encyclopaedia Britannica:

 

Mayflower, dalam sejarah penjajahan Amerika, kapal yang membawa orang Pilgrim dari England ke Plymouth, Mass., di mana mereka mengasaskan koloni tetap New England yang pertama pada tahun 1620. Ada antara orang Pilgrim ini yang telah dibawa dari Holland di atas “Speedwell,” sebuah kapal lebih kecil yang mengiringi “Mayflower” pada keberangkatan mula-mulanya dari Southampton, Eng., pada Ogos 15. Apabila “Speedwell” kedapatan tidak sesuai belayar dan dua kali terpaksa kembali ke pelabuhan, “Mayflower” akhirnya belayar sendirian sebulan kemudian selepas mengambil beberapa penumpang dan bekalan kapal yang lebih kecil itu. Antara pengembara “Mayflower” paling terkenal adalah William Bradford dan Kapten Myles Standish.

 

Disewa oleh saudagar-saudagar Inggeris yang dipanggil London Adventurers, “Mayflower” telah dihalang oleh lautan bergelora dan ribut dari mencapai daerah yang telah diberikan di Virginia. Sebaliknya, setelah pelayaran 66 hari, ia mula-mula mendarat November 21 di Cape Cod yang kini dikenali sebagai Provincetown, Mass., dan hari selepas Krismas telah menurunkan 102 penduduknya berdekatan tapak Plymouth. Kapal ini terus berada di pelabuhan sehingga April berikutnya, apabila ia bertolak ke England.

 

(Encyclopaedia Britannica, Micropaedia, 15th Edition, 1990, Vol. 7, halaman 973-4)

 

Kita sudahpun melihat di sini dalam Encyclopaedia Britannica yang sangat disanjungi, kekeliruan dalam penggunaan tepat perkataan “Pilgrim”. Penggunaan salah istilah “Pilgrim Fathers” (Bapa-bapa Pilgrim) dikukuhkan lagi oleh Kamus Meriam-Webster's Third New International Dictionary yang dihormati, yang juga diedit oleh Encyclopaedia Britannica, di mana ianya dinyatakan:

Pilgrim Father, seorang dari penduduk baru Inggeris yang, disebabkan motivasi agama dominan sekelompok kecil Pemisah dari Gereja England telah belayar ke Amerika pada tahun 1620 di atas Mayflower dan mengasaskan perkampungan tetap pertama di New England.

 

Pilgrim, seorang yang mengembara khususnya di negeri-negeri asing; seorang yang melalui kehidupan seolah-olah dalam buangan dari tanahair syurgawi atau yang sedang mencarinya atau suatu matlamat yang tinggi (seperti kebenaran)

 

Emigran, seorang yang meninggalkan sebuah negeri atau wilayah untuk duduk tetap di tempat lain.

 

Dari definisi-definisi ini kita perhatikan, bahawa orang-orang yang telah meninggalkan Southampton di England pada tahun 1620 di atas Mayflower, sepatutnya dinamakan Emigran. Gambaran Bapa-bapa Pilgrim berikut mengesahkan ini. Istilah Bapa-bapa Pilgrim sepatutnya hanya digunakan bagi orang-orang yang telahpun beremigrasi dari England ke Holland dan lebih dari sedekad kemudiannya belayar atas di Speedwell dari Delftshaven, Holland ke negeri yang lain.

 

Pilgrim Fathers, dalam sejarah pendudukan Amerika, para penduduk Plymouth, Mass., koloni tetap pertama di New England (1620). Dari 102 penduduk, 35 orang merupakan anggota-anggota Jemaat Pemisah Inggeris (golongan radikal Puritanisme) yang telah melarikan diri lebih awal ke Leyden Netherlands, untuk melarikan diri dari penganiayaan di tempat asal mereka. Mengingini kehidupan lebih berlimpahan dengan kebebasan agama, golongan Pemisah ini telah berunding dengan sebuah syarikat Saham London untuk membiayai perjalanan ke Amerika. Lebih kurang dua pertiga dari mereka yang belayar di atas Mayflower adalah bukan Pemisah, yang diambil bekerja untuk melindungi kepentingan syarikat; ini termasuklah John Alden dan Myles Standish.

 

Penduduk mula-mula ini, yang mulanya disebut sebagai “Old Comers” (Pendatang Lama) dan kemudiannya sebagai Nenek Moyang (Leluhur), tidak dipanggil sebagai Bapa-bapa Pilgrim sehinggalah dua abad selepas ketibaan mereka. Suatu tindakbalas responsif telah dicetuskan dengan penemuan sebuah manuskrip Gabenor William Bradford yang merujuk kepada “orang-orang kudus” yang telah meninggalkan Holland sebagai “pilgrim”. Pada pesta peringatan dua ratus tahun pada tahun 1820, ahli pidato Daniel Webster menggunakan ungkapan Bapa-bapa Pilgrim, dan istilah ini menjadi penggunaan lazim selepas itu.

 

(Encyclopaedia Britannica, Micropaedia, 15th Edition, 1990, Vol. 9, halaman 441-2)

 

Dalam bahagian ini kita baca bahawa penduduk-penduduk pertama yang datang dari Holland telah disebut oleh gabenor mereka sendiri sebagai “pilgrim”, dan bahawa mereka telah tinggal di Leiden di Holland. Seharusnya terdapat hubungan jelas antara Bapa-bapa Pilgrim dan Holland.

 

Mari kita lihat, apa yang dikatakan arkib-arkib Leiden tentang Bapa-bapa Pilgrim:

 

Kumpulan Pilgrim merupakan sekumpulan orang Calvinist Inggeris ingkar agama yang telah melarikan diri dari penganiayaan di bawah Ratu Elisabeth I dan warisnya Raja James I, dan menetap di Holland, sebuah negeri di mana kebebasan agama masih ada. Pada tahun 1608 mereka tiba di Amsterdam, sebahagiannya diambil oleh seorang kapten Belanda di luar pantai Inggeris, sebahagiannya dibenarkan pergi ke Holland, setelah satu tempoh dalam penjara. Namun kebanyakan mereka meninggalkan Amsterdam pada tahun 1609 untuk Leiden, kota kedua terbesar di Holland dan tapak sebuah universiti terkenal. Ramai dari kumpulan ini telah beremigrasi ke Amerika di atas Mayflower (1620), Fortune (1621), Anne dan Little James (1623), dan Mayflower kedua (1629). Mereka menyediakan kepimpinan dalam pengasasan koloni New Plymouth di samping kira-kira setengah penduduk koloni tersebut.

 

Di antara orang pelarian ini adalah John Robinson, pendeta kumpulan itu, dan William Brewster serta anak angkatnya William Bradford, yang memainkan peranan-peranan utama dalam sejarah orang Pilgrim. Penatua William Brewster merupakan watak utama dalam aktiviti-aktiviti penerbitan Pilgrim Press, dari sekitar 1617 sehingga ia ditindas pada tahun 1619.

 

William Bradford merupakan gabenor koloni di Amerika selama beberapa tahun. Manuskripnya “Of Plimoth Plantation” merupakan sumber maklumat terpenting tentang orang Pilgrim. John Robinson serta kira-kira 100 orang lain telah menyerahkan permohonan bertulis di majlis perbandaran Leiden, untuk keizinan menetap di Leiden, bertarikh Februari 12, 1609.

 

Keizinan kota ini menyatakan bahawa Leiden “menolak sesiapa yang tidak jujur dari masuk bebas untuk tinggal di kota itu”. Ianya tidak perlu untuk memohon kebenaran tersebut, namun jelas sekali kumpulan Pilgrim ini ingin tinggal di Leiden untuk tempoh yang lebih lama. Mereka tinggal dan bekerja di situ sebagai warga-warga yang baik selama lebih dari sepuluh tahun.

 

Emigrasi pada tahun 1620 mempunyai berbagai sebab yang mendorongnya. Apabila pertikaian agama juga mendatangkan akibatnya di Holland, apabila ancaman perang meningkat kerana Gencatan Senjata Dua Belas Tahun itu telah berakhir, apabila anak-anak sudah hampir diasimilasi dan Leiden tidak lagi memberi sebarang kemungkinan kemakmuran material, sebahagian dari kumpulan itu – kebanyakannya terus menetap – membuat keputusan sekali lagi untuk mengembara ke tempat lain, seperti “pilgrim”.

 

Mereka telah memilih Amerika Utara, di mana usaha-usaha telah dibuat untuk menduduki Virginia hanya beberapa tahun sebelumnya. Kumpulan ini ingin mencapai ideal-ideal mereka sendiri dalam kebebasan dan dengan satu bentuk pertubuhan yang dipilih sendiri. Tahun-tahun yang dilalui di Holland, di mana kumpulan Pilgrim ini telah dapat mengamalkan kebebasan dan pentadbiran sendiri, telah menjadi penting kepada pembangunan idea-idea mereka kemudiannya. Dan bukan itu saja. Kumpulan Pilgrim ini merupakan hubungan penting dalam pembentukan masyarakat Amerika. Bradford ada bersamanya pengisytiharan tahun 1581 dalam mana Netherlands telah mencela raja Sepanyol sebagai pemerintah mereka. Ini merupakan langkah pertama yang membawa akhirnya kepada Deklarasi Kemerdekaan Amerika Syarikat pada tahun 1776.

 

Permit tempat tinggal rasmi masih ada dalam arkib-arkib kota Leiden, dan ringkasan serta transkripsi dalam bahasa Belanda Lama menyusul di bawah:

 

998/SA 51 G fo. 33v/Februari 12, 1609 Permit Tempat Tinggal

 

Keizinan diberikan oleh para burgomaster (ketua bandar) dan alderman (timbalan ketua bandar) kota Leiden kepada John Robinson, pastor (pendeta), yang dilahirkan di England, dan kira-kira seratus orang senegaranya serta ahli-ahli sekutu dari Agama Pembaharuan Kristian, untuk datang dan menetap di Leyden sekitar Mei 1, 1609.

 

998 GAL, Stadsarchief 1574-1816 inv.nr. 51 folio 32v., Gerechtsdagboek G.

 

12.2.1609. Versouck vanwegen 100 persoonen in Engelandt gebooren om haer residentie hier ter stede te mogen nemen.

Aen mijn Eersame Heeren Burgemeesteren ende Gerechte der Stadt Leyden.

Geven mit behoorlicke eerbiedinge ende onderdanicheden te kennen Jan Rabarthsen, dienaer des Goddelicken Woorts, mitsgaders eenige van de gemeente der Christelicke Gereformeerde Religie, geboren in den Coninckrijcke van Groot-Bretanien, ter nombre van hondert persoonen of daeromtrent, zoo manspersoonen als vrouwen, hoe sij wel van der intentie sijn souden hen eersdaechs, emmers tegen meye eerstcoomende, metter woonste te begeven binnen deser stadt ende de vrijdom van dien, omme hen te beneeren met verscheyden haerluyder hantwercken ende neeringh, zonder nochtans in 't minste yemant te bezwaren; soo est dat sij vertoonders hen sijn keerende aen Uwe Eersame, biddende zeer instantelick dat Uwe Eersame believe hen te vergonnen vrije ende lybre consent omme hen alsvooren te begeven.

Dit doende etc.

In mergine stont geapostilleert:

Die van de Gerechte, disponeerende op 't jegenwoordige versouck, verclaren dat sij geen eerlicke persoonen weygeren vrije ende lybre incompst omme binnen deser stede te mogen comen ende haer woonplaets te nemen, mits hem eerlicken gedragende ende sich onderwerpende alle keuren ende ordonnantiën alhier, ende dat oversulcx der thoonderen bijcompst alhier lieff ende aengenaem wert sijn.

Aldus gedaen in haer vergaderinge op 't Raethuys desen 12en february 1600negen.

Onder stont:

Mij jegenwoordich ende geteyckent: J. van Hout.

 

Para pegawai Belanda yakin bahawa Permohonan ini dilakukan oleh ahli-ahli Agama Pembaharuan Kristian, dan tidak tahu bahawa mereka adalah ahli-ahli mazhab Brownist seperti yang disahkan oleh sepucuk surat lain.

 

999 / SA 300 Buku Surat-surat Rasmi C fo. 126 / Surat

 

Surat yang dihantar oleh kota Leyden kepada Jan Jansz. (van) Baersdorp, ahli Eksekutif Wilayah Negeri-negeri Holland, sebagai balasan kepada surat tidak bertarikh yang diterima daripadanya pada tahun 1609. Van Baersdorp diminta untuk menyerahkan kepada “lord grand pensionary” (Holland) surat balasan dari kota Leyden bersama dengan permohonan yang diterima dari John Robinson dan beberapa ahli Agama Pembaharuan Kristian serta keputusan yang diambil berhubung permohonan tersebut pada Februari 12, 1609. Kota Leyden mengisytiharkan bahawa apabila permohonan diterima dari John Robinson, pastor, dan beberapa ahli Agama Pembaharuan Kristian, yang semuanya telah dilahirkan di England, ianya diputuskan untuk memberi keizinan kepada mereka untuk datang dan menetap di Leyden. Pada waktu itu kota Leyden tidak sedar bahawa orang-orang yang disebutkan itu adalah ahli-ahli mazhab Brownist.

 

Oleh kerana Bapa-bapa Pilgrim telah disamakan dengan kumpulan Brownist, ianya berguna untuk melihat pada orangnya, yang memberikan namanya kepada mereka yang disebutkan sebagai para pengikutnya.

 

Browne, Robert (lahir sekitar 1550 – meninggal Oktober 1633, Northampton, Northamptonshire, Eng.), pemimpin Kongregationalis Puritan, salah seorang penyokong asal Jemaat Pemisah, atau Jemaat Bebas, iaitu gerakan di kalangan Bukan konformis yang menuntut perpisahan dari Jemaat England dan kebebasan kawalan negeri. Pengikut-pengikut pemisahnya dikenali sebagai Brownist.

 

Dididik di Kolej Corpus Christi, Cambridge, dan diurap, dia, bersama Robert Harrison, telah menghimpun sebuah Jemaat Pemisah di Norwich pada tahun 1580. Sebagai akibat ini dan aktiviti-aktiviti serupa yang lain, dia telah dipenjarakan 32 kali dan pada tahun 1582 telah dibuang negeri. Bagaimanapun dia kemudiannya kembali ke England, dan menyesuai kepada jemaat yang sedia ada. Dia merupakan penulis beberapa buku, termasuk A Treatise of Reformation Without Tarying for Anie (1582).

 

(Encyclopaedia Britannica, Micropaedia, Edisi ke 15, 1990, Vol. 2, halaman 562)

 

Oleh kerana kumpulan Brownist telah menetap di Leiden, kita harus lihat di mana Leiden berada. Kita juga harus melihat siapakah Robinson dan Bradford, dan melihat pada fakta-fakta yang lebih menakjubkan lagi.

 

Leiden, Leyden dalam bahasa Inggeris, pekan ke arah timur laut The Hague, menjadi pusat teologi Pembaharuan Belanda dan pusat sains dan perubatan pada abad-abad ke 17 dan 18. Leiden menjadi pusat percetakan penting setelah keluarga Elzevir (dari Louvain) menubuhkan tempat percetakan mereka di situ sekitar 1581. Sewaktu pemberontakan Belanda terhadap Sepanyol, kota ini telah bertahan dengan sebuah kepungan Sepanyol (Mei-Oktober 1574), yang hanya diringankan apabila tambak-tambak dipotong, lantas membanjiri kawasan tersebut dan membolehkan kapal-kapal Belanda membawa bekalan-bekalan bagi penduduk kota itu. Sebagai ganjaran keberanian penduduk ketika kepungan itu, Universiti Leiden telah diasaskan pada tahun 1575 oleh William the Silent, putera Orange, dan menjadi pusat teologi Pembaharuan Belanda dan pusat sains dan perubatan pada abad-abad ke 17 dan ke 18, dengan sarjana-sarjana seperti Joseph Justus Scaliger, Hugo Grotius, Jacobus Arminius, Daniël Heinsius, Frans Hemsterhuis, dan Herman Boerhaave. Bangunan-bangunan bersejarah termasuk rumah Bapa-bapa Pilgrim (dirasmikan tahun 1957) yang mengandungi dokumen-dokumen tentang tempoh tinggal orang Pilgrim di Leiden (1609-1620) sebelum penempatan mereka di Plymouth, Mass.; Gereja St Peter zaman pertengahan mengandungi tanda peringatan kepada pendeta mereka, John Robinson.

 

(Encyclopaedia Britannica, Micropaedia, Edisi ke 15, 1990, Vol. 2, halaman 252-3)

 

Robinson, John (lahir sekitar 1575, Sturton-le-Steeple, Nottinghamshire, Eng. – meninggal Mac 1, 1625, Leiden, Netherlands. Pendeta Puritan Inggeris yang dipanggil pastor Bapa-bapa Pilgrim kerana bimbingannya dalam kehidupan agama mereka sebelum perjalanan mereka ke Amerika Utara di atas “Mayflower” pada tahun 1620.

 

Pada tahun 1602 Robinson telah menjadi curate (pembantu paderi) di Gereja St Andrew, Norwich. Penolakannya untuk bersetuju dengan dekri-dekri anti-Puritan Anglican tahun 1604 telah membawa kepada penggantungannya dari berkhutbah, dan pada tahun 1606 atau 1607 dia menyertai jemaat Pemisah di Scrooby, Nottinghamshire. Juga dipanggil bukan konformis, kumpulan kongregationalis awal ini ingin berpisah dari Jemaat England agar mereka dapat mengikuti apa yang dipercayai mereka sebagai lebih suci dan bentuk-bentuk pentadbiran jemaat dan ibadah yang lebih ringkas.

 

Bersama jemaat Scrooby ini Robinson mengembara ke Amsterdam pada tahun 1608, namun pada 1609 dia pergi bersama 100 pengikutnya ke Leiden untuk melarikan diri dari perselisihan yang lazim di kalangan kumpulan-kumpulan Bukan konformis yang lain. Sebagai pastor di Leiden, dia mengilhami pertumbuhan jemaatnya kepada 300 anggota. Seorang dari mereka, William Bradford, yang kemudiannya menjadi gabenor Koloni Plymouth di Massachusetts, menyamakan jemaat Robinson dengan jemaat-jemaat Kristian awal kerana “kesalehan sebenar, kesungguhan penuh rendah hati dan kasih sungguh-sungguh terhadap Tuhan dan Jalan-jalanNya” yang ada padanya.

 

Robinson memasuki Universiti Leiden pada tahun 1615 untuk mempelajari teologi, namun menjelang 1617 dia dan para pengikutnya ingin mencari tempat yang lebih selamat dan lebih kekal. Pada Julai 1620, sementara dia terus bersama majoriti yang belum bersedia untuk mengembara, sebahagian dari jemaatnya belayar ke England di atas Speedwell. Sebelum pelepasan dari Leiden, Robinson mengumumkan kepada mereka dalam sebuah khutbah yang disanjungi, “Kerana saya yakin Tuhan mempunyai kebenaran dan terang yang lebih banyak lagi untuk dikeluarkan dari FirmanNya yang suci.” September berikutnya, 35 orang dari mereka telah meninggalkan Plymouth di atas Mayflower untuk ke New England. Robinson meninggal sebelum dia dapat meninggalkan Holland, dan sisa jemaatnya telah diserap masuk oleh Jemaat Pembaharuan Belanda pada 1658.

 

(Encyclopaedia Britannica, Micropaedia, Edisi ke 15, 1990, Vol. 10, halaman 114-5)

 

Bradford, William (lahir Mac 1590, Austerfield, Yorkshire, England – meninggal Mei 9, 1657, Plymouth, Mass.), gabenor Koloni Plymouth selama 30 tahun, yang telah menolong membentuk serta menstabilkan institusi-institusi politik koloni tetap pertama di New England. Bradford juga telah meninggalkan sebuah jurnal yang tidak ternilai yang mencatatkan kisah Pilgrim tersebut yang mana dia adalah sebahagiannya.

 

Sebagai seorang kanak-kanak di England, dia tersangkut dalam keghairahan Reformasi Protestan dan menjadi seorang anggota berdedikasi Jemaat Pemisah, “sayap kiri” Puritanisme, ketika berumur 12 tahun. Tujuh tahun kemudian dia menyertai sebuah kumpulan Bukan konformis yang berpindah ke Holland (1609) untuk mencari kebebasan beragama. Tidak puas hati dengan ketiadaan peluang ekonomi di situ, dia telah menolong mengatur sebuah ekspedisi kira-kira 100 “Pilgrim” ke Dunia Baru pada tahun 1620. Di atas kapal, Bradford merupakan salah seorang dari perangka Persetujuan Mayflower yang bersejarah, satu persetujuan bagi kerjasama sivil rela yang menjadi asas pentadbiran Plymouth. Tahun berikutnya dia telah dipilih sebulat suara sebagai gabenor kawasan Dunia Baru itu dan telah dipilih semula 30 kali, bertugas setiap tahun kecuali lima sehingga tahun 1656.

 

Bradford diingati khususnya untuk sumbangannya dalam memelihara institusi-institusi demokratik koloni baru ini, seperti perjumpaan francais dan pekan, lantas mengasaskan tradisi-tradisi pentadbiran sendiri ini yang akan menjadi corak pembangunan politik nasional untuk tahun-tahun kemudiannya. Walaupun dia memanggil dirinya seorang Kongregationalis, dia tidak menggalakkan label-label mazhab dan memberi sambutan kepada semua kumpulan Pemisah yang tiba di pantai-pantai New England. Tambahan lagi, dia mengembangkan cara-cara mengasimilasi golongan bukan percaya ke dalam kehidupan koloni tersebut.

 

Karya Bradford History of Plymouth Plantation 1620-47 merupakan sumber unik butir-butir serta gambaran mendalam tentang pengembaraan laut serta kesukaran-kesukaran dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh para penduduk itu.

 

(Encyclopaedia Britannica, Micropaedia, Edisi ke 15, 1990, Vol. 2, halaman 452-3)

 

Lebih banyak rekod dari Netherlands:

 

Kapal kecil terkenal, Mayflower, yang mendaratkan muatan 102 Pilgrim dari Holland di Plymouth, Mass., pada Disember, 1620, tidak mempunyai sesiapa yang bernama Greenwood di atasnya, namun rekod-rekod Negeri dalam arkib-arkib Leyden, Amsterdam dan Rotterdam menunjukkan kehadiran Greenwood di kalangan golongan Puritan yang telah berpisah dari jemaat yang telah terasas dan melarikan diri dari England ke Holland untuk melepaskan diri dari penganiayaan. Pemergian umat saleh ini dari England telah bermula selepas saja hukuman bunuh Rev. John Greenwood di Tyburn, pada 1593, dan berterusan hingga 1612 atau kemudiannya. Dari rekod-rekod Amsterdam kita ketahui tentang seorang yang bernama William Greenwood, dari Norwich, yang pertunangannya kepada Rachel Pettes direkodkan pada Nov. 24, 1617, Sam. Singleton dan Robt. Dan Margaret Hopkins sebagai saksi-saksinya. Tiada rekod perkahwinan ditemui.

 

Rekod-rekod Leyden menyatakan tentang seorang yang bernama John Greenwood, dari London, yang diterima menjadi mahasiswa dalam falsafah di Universiti Leyden Julai 9, 1625, berumur 20 tahun. Pada waktu itu dia tinggal bersama keluarga John Keble, dari Canterbury, seorang tukang sisir bulu domba (wool). Rekod-rekod menunjukkan pertunangannya kepada Bridget Robinson pada Mei 10, 1629, dengan saksi-saksinya Sam. Lee, seorang pembuat topi, Thomas Nash, Eliz. Nash dan Briidget Robinson, ibu pengantin perempuan. Perkahwinannya berlangsung pada Mei 26, 1629. Rekod perkahwinan mengatakan dia “adalah seorang lelaki muda dari kem Brownist.” Oleh kerana kumpulan Puritan di Holland dipanggil kumpulan Brownist, kawasan di mana mereka menetap mungkin telah dikenali sebagai Kem Brownist. John Greenwood ini telah menjadi mahasiswa dalam teologi di Universiti Leyden Mei 22, 1634, berumur 28 tahun, dan pada masa itu masih tinggal bersama John Keble. Bridget Robinson, yang dikahwini John Greenwood, merupakan anak perempuan dan anak kedua Rev. John Robinson, pastor jemaat Puritan di Leyden. Jemaat ini, satu badan orang-orang pelarian Inggeris yang makmur, mempunyai 300 orang anggota. Nama Bridget dulunya merupakan nama lazim di kalangan wanita Inggeris. Malah Oliver Cromwell, pemimpin Puritan England, memulakan surat-suratnya kepada isterinya dengan “Dear Biddie.” Rekod-rekod Leyden menunjukkan Bridget Robinson Greenwood telah berkahwin 2d, William Lee, dari Amsterdam, Julai 25, 1637. Sidang nasional Jemaat-jemaat Kongregational Amerika telah mendirikan sebuah meja di Leyden untuk memperingati Rev. John Robinson, bapa kepada Bridget, dan antara kumpulan Pilgrim yang datang ke Amerika pada 1620, hampir semuanya berasal dari jemaat Rev. John Robinson. Terdapat dua jemaat Puritan di Amsterdam pada waktu yang sama.

 

Rekod-rekod Leyden juga memperlihatkan perkahwinan Lacharian Greenwood, Sept., 1647, kepada Jannetie Bruynal, seorang perempuan dari Colchester. Seorang anak lelaki telah lahir untuk pasangan ini pada Apr. 3, 1657. Tuan Greenwood mempunyai sedikit masalah dengan para majistret berhubung perkara ini, perkahwinan kedua. Rekod-rekod Amsterdam menunjukkan kematian Anna Greenwood Jan. 1636, selaku isteri Paul Diers de Ras. Suami pertamanya adalah seorang yang bernama Tuan Schas.

 

Rekod-rekod Rotterdam menunjukkan pembaptisan Thomas Groenewont (Greenwood) Dis. 31, 1647. Perkahwinannya direkodkan sebagai telah berlangsung pada 1676. Dari rekod-rekod Rotterdam nampaknya Francis Greenwood, seorang berbangsa Inggeris dan pedagang, telah berkahwin pada 1671. Keluarganya terdiri dari isteri dan dua anak perempuan.

 

(Greenwood, F., Greenwood Genealogies, 1154-1914, (1914) East Templeton, MA, Bab 6 Greenwood di Holland)

 

Siapakah Greenwood? Adakah nama ini mempunyai pertalian di England dan Holland? Arkib-arkib Southwark, England memberi maklumat lebih lanjut.

 

Southwark mempunyai banyak hubungan dengan Bapa-bapa Pilgrim yang telah belayar ke Amerika pada 1620. Bagaimanapun kisahnya telah bermula sebelum itu. John Greenwood, seorang pendeta, telahpun diberkas di Norfolke pada 1585. Apabila dia datang ke London sebagai pendeta kepada Lord Rich dari Rochford, dia telah memulakan sebuah jemaat kecil golongan Pemisah sekitar 1585, yang kadangkala dipanggil “Jemaat Purba” yang lazimnya adalah satu rujukan kepada teologi Brownist.

 

Pada tahun 1586 dia dan sekumpulan orang telah dihantar ke The Clink kerana tidak mahu mematuhi undang-undang agama Elizabeth 1, lantas memulakan tradisi perbezaan pendapat agama di dalam Southwark.

 

Mereka yang tidak bersetuju ini mengasaskan sebuah jemaat penjara di bawah bimbingan John Greenwood, dan Henry Barrowe, seorang peguam. Mereka memanggil diri mereka ‘Kumpulan Bebas’ namun juga dikenali sebagai ‘Brownist’ disebabkan pemikiran bebas Robert Browne, pengetua sekolah di Sekolah St Olave.

 

Dari bilik-bilik penjara mereka, pena-pena mereka tidak didiamkan, khususnya pena Barrow. Mereka dapat menerbitkan beberapa karya-karya mereka di Netherlands. Seorang lagi pendeta, Francis Johnson, menyertai mereka tidak lama kemudian. Dia telah disuruh oleh Duta Inggeris ke Holland untuk membeli dan membakar buku-buku karangan Greenwood dan Barrowe. Diilhami oleh mereka dia datang untuk melawat pengarang-pengarang itu dan mendapati dirinya dipenjarakan bersama mereka! Pada 1592 Greenwood, Barrowe dan John Perry mendapat penangguhan hukuman sementara dan mula bertemu di sebuah rumah di dalam Borrow dan telah membentuk secara rasminya Jemaat Bebas Southwark. Bagaimanapun, penangguhan ini pendek saja dan Greenwood dan Barrowe telah dihukum bunuh pada 6 April 1593. John Penry juga telah dihukum bunuh, di satu tempat berdekatan persimpangan antara Jalan Albany dan Old Kent hari ini, pada 29 Mei 1593. Roger Rippon, yang rumahnya digunakan untuk kebaktian telah ditangkap dan meninggal kerana penyakit dalam penjara.

 

Setelah dibebaskan akhirnya, Francis Johnson mengembara ke Newfoundland untuk mencari tempat di mana kebebasan beragama adalah mungkin. Dia akhirnya menetap di Holland di mana ramai orang yang menentang itu telah melarikan diri. Anggota-anggota sisa kumpulan tersebut terus bertemu secara rahsia sebelum dibuat secara terbuka oleh Henry Jacob pada 1616. Jacob telah dipengaruhi oleh tulisan Johnson dan pada 1620 beberapa anggota Jemaat Southwark telah diberikan keizinan untuk belayar ke Amerika. Kumpulan inilah yang telah belayar di atas Mayflower.

 

Nampaknya hanya seorang saja dari Bapa-bapa Pilgrim yang betul-betul datang dari Southwark. Bagaimanapun anak-anak kapal memberi banyak hubungan kepada Southwark. Paling penting sekali adalah Kapten, dan pemilik separa Mayflower, iaitu Kapten Christopher Jones.

 

Kapten Jones telah dilahirkan di Harwich namun menjelang 1611 dia telah menetap di Rotherhithe, (yang pada masa itu merupakan tempat popular untuk kapten-kapten laut menetap) di mana beberapa dari anak-anaknya telah dibaptiskan, di Jemaat St Mary.

 

Kepala gereja di St Mary dari 1611 – 1654 adalah Thomas Gataker, seorang yang cenderung puritan, dan Kapten Jones mungkin belajar tentang Puritanisme daripadanya. Juga dari Rotherhithe adalah seorang pemilik separa yang lain, John Moore, dan Anak Kapal Pertama John Clarke, yang sempenanya Pulau Clarke, Teluk Plymouth, Mass. dinamakan. (Clarke telah dibaptiskan di St Mary pada tahun 1575). Clarke telah menghabiskan 1611 – 1616 sebagai tawanan orang Sepanyol.

 

Mayflower merupakan kapal lama yang lebih lazim digunakan untuk belayar ke Perancis daripada Amerika. Ia belayar dari tempat berdekatan Rumah Penginapan Mayflower hari ini dan menyertai Speedwell di Southampton sebelum mereka belayar bersama ke Amerika. Speedwell telah mengalami kebocoran yang memaksa mereka kembali sebanyak dua kali sebelum Mayflower mengambil penumpang-penumpangnya dan akhirnya belayar dari Plymouth pada 6 September 1620. Daratan telah dilihat pada 29 Oktober namun mereka tidak menemui sebarang tempat untuk mendarat sehinggalah 21 Disember. Mayflower kekal bersama para penetap itu sehingga April 1621 sebelum kembali Rotherhithe pada Mei 1621. Kapten Jones meninggal pada Mac berikutnya dan telah dikebumikan di St Mary. John Clarke meninggal tahun berikutnya dalam pelayaran ke Virginia. Ramai orang lagi dari Southwark telah berpindah ke Amerika sepanjang beberapa tahun kemudiannya, termasuk John Harvard, iaitu pengasas Universiti terkenal itu.

 

Mayflower akhirnya belayar dari Plymouth, ke New England. Ini juga merupakan nama tempat di mana mereka akhirnya menetap: Plymouth Rock, atau Koloni Plymouth, atau Ladang Plymouth. Beberapa dari penumpangnya adalah Bapa-bapa Pilgrim dari Holland.

 

Jika Mayflower belayar dengan Bapa-bapa Pilgrim dari Southampton, pastinya mereka telah mendarat di Southampton Rock.

 

Pertalian Belandanya adalah jelas dari sejarah. Sila pertimbangkan juga petikan-petikan berikut:

Kira-kira tahun 1565 mereka muncul di England, yang telah sentiasa menjadi gua Adulam dan kota perlindungan kepada mereka yang telah dianiaya kerana kebenaran. Orang Anabaptist ini bertahan seperti itu selama lebih satu abad, dan kemudian mereka digabungkan ke dalam beberapa jemaat evangelikal yang lain. Sebagai bukti lanjut bahawa mereka telah berkembang di England, “Rekod-rekod Broadmead: Pengenalan Sejarah,” halaman 53, menyatakan bahawa “Pada tahun 1568 kumpulan Anabaptist Belanda telah mengadakan Conventicle (pertemuan agama yang tidak sah) persendirian di London, dan telah menyesatkan ramai orang.”

 

Pada 1525 fanatik-fanatik tertentu dari Munster, Jerman, ingin mendirikan kerajaan Kristus di dunia, “menggempurkan langit.” Orang-orang ini terlalu ekstrim, dan banyak menghilangkan kepercayaan terhadap matlamat agama sebenar. Bagaimanapun, kumpulan Anabaptist sebenar tiada kaitannya atau bahagiannya dengan pengelamun-pengelamun yang mencarut ini, namun malang sekali sebab mereka disamakan dengan orang-orang ini; dan ini telah digunakan sebagai alasan untuk penganiayaan baru.

 

Ramai dari, kalau bukan semua, orang Anabaptist ini memelihara Sabat hari ketujuh. Dr Francis White (Treatise on the Seventh Day, halaman 132), mengatakan:- “Mereka yang menegaskan bahawa hari Sabat Sabtu masih berkuatkuasa, bersetuju dengan orang Anabaptist.”

 

Russen (On Anabaptist, London, 1703, halaman 79), bercakap tentang bidaah-bidaah.

 

The Sabbath Recorder, June 11, 1868, mengatakan:- “Pada 1552 ramai di England yang dikenali sebagai Sabbatarian (Pemelihara Sabat).

 

Beberapa petikan lain akan mengesahkan ini:

Pergerakan Pemisahan di England lazimnya dikaitkan dengan tokoh pembaharu radikal, Robert Browne (1550? – 1633), yang mengaku kesetiaannya kepada monarki, namun menjadi tidak sabar dengan ketidakmampuannya atau ketidakrelaannya untuk bertindak atas pembaharuan-pembaharuan yang dipercayainya adalah kehendak Tuhan. Dia mula berkhutbah tanpa pentahbisan dan menolak peletakan tangan oleh seorang biskop, sambil mendakwa bahawa perbuatan ini tidak bermakna atau kuasa. Pertemuan-pertemuan diadakan di ladang-ladang atau tempat-tempat rahsia untuk mengelak penangkapan dan penganiayaan. Robert Browne sendiri telah ditangkap beberapa kali dan menulis bahawa dia telah dikurung dalam tiga puluh dua penjara yang berlainan, di mana ada yang “begitu gelap sekali hingga kamu tidak dapat melihat tanganmu di hadapan mukamu pada waktu tengahari.” Pada 1581 dia dan beberapa pengikutnya telah melarikan diri ke sebuah pulau di luar pantai Holland yang menjadi tempat perlindungan ramai pemberontak agama Eropah. Selepas kira-kira dua tahun, jemaat ini berpecah, terutamanya kerana peraturan mereka yang meminta “kritikan bersama yang berterusan.” Nama Browne tidak dihormati bersama Pembaharu-pembaharu yang lain, kerana dia akhirnya kembali kepada Jemaat England dan berkhidmat sebagai salah seorang paderinya selama empat puluh tahun.

 

Ramai pengikut Browne berasa ditinggalkan namun terus bertemu dalam berbagai masyarakat untuk mempelajari Alkitab, mendengar khutbah, dan menyertai perbincangan-perbincangan agama. Dua dari masyarakat ini, Scrooby dan Gainsborough, menonjol dalam sejarah, bukan kerana keunikan perkumpulan-perkumpulan mereka, tetapi kerana jemaat-jemaat kemudian mengesan jejak asal-usul rohani mereka kepada kedua-dua jemaat ini.

 

……

 

Scrooby dianggap sebagai ibu Jemaat Kongregational. William Brewster, William Bradford, dan John Robinson adalah antara jemaat yang pada 1608 berpindah ke Holland di mana kebebasan beribadah diberikan. Di Leyden mereka membentuk kumpulan yang dikenali sebagai Pilgrim yang belayar ke Amerika pada 1620 di atas Mayflower. Antara jemaat Scrooby yang melarikan diri ke Holland namun tidak datang ke Amerika sehinggalah satu dekad kemudiannya adalah John Dunham, yang cucunya, Reverend Edmund Dunham, telah mengasaskan jemaat Seventh Day Baptist di Piscataway, New Jersey, hampir seabad kemudiannya pada 1705.

 

Warisan Baptist lebih dekat hubungannya dengan jemaat Gainsborough di mana John Smyth dan Thomas Helwys menjadi pemimpin. Jemaat mereka meninggalkan England kira-kira 1607. Tidak lama selepas mereka sampai di Holland mereka telah dipengaruhi oleh ajaran-ajaran Anabaptist melalui kumpulan Mennonite….

 

Jemaat Smythe di Amsterdam, yang diasaskan pada prinsip pembaptisan orang dewasa pada 1609, dianggap sebagai jemaat Baptist sejati yang pertama. Dua tahun kemudiannya jemaat ini berpecah di mana sebahagian dari mereka terus tinggal di Holland di mana mereka akhirnya bersatu dengan kumpulan Mennonite. Bahagian yang satu lagi, dipimpin oleh Thomas Helwys, kembali ke England di mana mereka menetap di Spitalfield yang hanya berada di luar London.

 

……

 

Hanya satu peratusan kecil saja dari populasi dalam jemaat-jemaat koloni Amerika ini. Oleh kerana banyak rekod-rekod kita tentang zaman ini datang dari jemaat-jemaat itu, emigrasi kumpulan-kumpulan seperti Pilgrim pada 1620 dan Quaker pada 1682, menyebabkan ramai berpendapat bahawa kebanyakan orang yang belayar ke Amerika datang untuk mencari kebebasan beragama. Fakta sejarahnya adalah bahawa banyak penetap-penetap yang datang dengan kapal ini telah datang untuk sebab-sebab yang jauh berlainan dari sebarang sebab keagamaan.

 

(Sanford, Don A., A Choosing People: The History of Seventh Day Baptists, Broadman Press, Nashville, Tennessee (1992) halaman 39-40, 86.

 

Di sini kita mempunyai satu lagi pernyataan, bahawa sebab untuk meninggalkan Holland bukanlah khususnya untuk mengejar kebebasan beragama, tetapi untuk peluang-peluang ekonomi.

 

Ideanya nampaknya, dalam beberapa catatan sejarah, bahawa untuk mendapat pertalian sejati Jemaat sebenar di Amerika, yang boleh dijejaki hingga para Rasul, tanpa cela, kita perlu menjejaki agama ini kembali kepada England, sebagai tempat di mana satu-satunya agama sebenar telah dipelihara. Maka seseorang tidak dapat menerima kewujudan keturunan-keturunan lain di Netherlands, walaupun mereka telah memberikan tempat perlindungan kepada Bapa-bapa Pilgrim selama lebih dari sepuluh tahun. Mungkin mereka akan terus tinggal di Netherlands jika, dalam pada itu, gencatan senjata itu telah diganti dengan perjanjian damai.

 

Dugger dan Dodd nampaknya menulis sejarah dari perspektif yang salah, untuk menyokong dakwaan bahawa mereka mempunyai satu-satunya agama sebenar.

 

Salah satu pengaruh penting dalam zaman sejarah Netherlands ini adalah hukuman bunuh Johan van Oldenbarnevelt di The Hague pada Mei 13, 1619. Oldenbarnevelt adalah selepas William I the Silent (William I yang Pendiam), bapa pengasas kedua bagi Netherlands yang merdeka. Dia telah menggerakkan kuasa-kuasa Belanda di bawah anak William, Maurice, dan merencanakan perikatan bertiga dengan Perancis dan England (1596). Dalam Gencatan Senjata Dua Belas Tahun (1609) dia menegaskan semula peranan dominan Holland dalam republik itu. Saingannya menjadi Putera Maurice, yang menginginkan pembabitan Calvinistik yang agak kuat dalam hal-ehwal Negeri, sedangkan Van Oldenbarnevelt lebih cenderung kepada pemikiran Pemisahan. Konflik politik ini telah diperjuangkan oleh Maurice sebagai konflik agama. Terdapat konflik agama antara dua profesor Leiden, Arminius dan Gomarus berhubung doktrin Predestinasi (Takdir). Gomarus taat kepada doktrin Calvin, dan Arminius membentuk apa yang dikenali sebagai Arminianisme, yang berkembang menjadi Unitarianisme Amerika kemudian. Oldenbarnevelt memegang kepada kepercayaan Arminius, yang juga menyebarkan bahawa martabat manusia memerlukan kebebasan kehendak yang tidak cacat. Pada Julai 1617 Putera Maurice telah menyebelahi kumpulan Gomarist atau Contra-Remonstrant Calvinistik secara terbuka, sebagai deklarasi perang yang diselubungi terhadap Oldenbarnevelt dan kumpulan bupati Holland. Terdapat tindakan undang-undang terhadap Oldenbarnevelt pada satu perbicaraan luarbiasa yang terdiri dari 24 hakim, di mana semuanya adalah peguam-peguam yang berkelayakan, dan bukan sedikit dari mereka, selain menjadi saingan-saingan politik, juga bermusuhan secara peribadi dengan Oldenbarnevelt. Dia telah diberikan hukuman bunuh kerana “subversi” agama dan polisi negeri itu. Dia menolak pengampunan dan telah dipancung pada Mei 1619 di The Hague pada umur 72 tahun.

 

Hukuman bunuh ini terhadap seorang tokoh yang sangat dihormati atas sebab-sebab politik, bagaimanapun dibuat atas alasan agama, di mana kebebasan beribadah terbabit, pastinya telah sangat menakutkan Bapa-bapa Pilgrim. Peristiwa ini tentunya telah mempengaruhi keputusan mereka untuk meninggalkan negeri itu, di mana mereka hidup dalam kebebasan pada masa itu, seawal yang mungkin.

 

Lembaran hitam dalam sejarah Belanda ini mungkin telah menjadi picu untuk menarik keluar Bapa-bapa Pilgrim di Netherlands dan membawa mereka sebagai kumpulan pemelihara Sabat yang pertama ke Amerika.

 

Netherlands, disebabkan sejarahnya sendiri, secara tradisionalnya menjadi tempat berlindung bagi mereka yang ditindas, bagi mereka yang dianiaya, bagi orang asing, bagi mereka yang berfikiran bebas. Netherlands telah menerima Bapa-bapa Pilgrim, dan ramai yang lain. Di antara mereka adalah ahli falsafah Unitarian Inggeris, John Locke, yang mencari perlindungan di situ sebanyak dua kali.

 

Dugger dan Dodd mengabaikan fakta-fakta penting. Kita akan mengambil beberapa lagi petikan dari Dugger dan Dodd, dan meneliti persepsi mereka dari rujukan-rujukan sejarah yang lain. Di sini kita prihatin dengan petikan-petikan yang mereka buat dari karya Rabbi Samuel Kohn, yang juga merupakan subjek karya yang lain.

 

Dr. Samuel Kohn, ketua Rabbi di Budapest, Hungary, dalam satu karya baru (Para Pemelihara Sabat di Transylvania, 1894, halaman. 8, 9), mengatakan, “Di Bohemia para pemelihara Sabat muncul seawal tahun 1520. Golongan pemelihara Sabat ini, atau mazhab-mazhab serupanya, kita temui sekitar 1545 di kalangan orang Quaker di England. Beberapa pemimpin dan pengkhutbah kumpulan Puritan telah memindah semula hari perhentian dari hari Minggu kepada hari Sabtu, dan orang Yahudi beragama Kristian yang bangkit di England dan sebahagiannya bermigrasi ke Jerman, dan menetap dekat Heidelberg, percaya, sesungguhnya, dalam Yesus, namun mereka juga merayakan hari Sabat dan menghormati hukum-hukum Yahudi dalam hal makanan dan minuman.” – Idem, halaman 38.

 

(Dugger, Andrew N. dan Dodd, Clarence O, The History of the True Religion, 1968, Jerusalem, halaman 237-8)

 

Dalam sebuah buku oleh Dr. Samuel Kohn, ketua Rabbi Budapest, Hungary, dari mana kita telah memetik sebelumnya, dia berkata, “Pada 1545 kita temui sebuah mazhab pemelihara Sabat di kalangan orang Quaker di England.” Juga bahawa para pemimpin dan pengkhutbah kumpulan Puritan telah memindah semula hari perhentian dari hari Minggu kepada hari Sabtu. – Para Pemelihara Sabat di Transylvania halaman 8, 9.

 

(Dugger, Andrew N. dan Dodd, Clarence O, The History of the True Religion, 1968, Jerusalem, halaman 262)

 

Ketua Rabbi Kohn dari Budapest, Hungary, dalam sebuah karya bertajuk, Para Pemelihara Sabat di Transylvania, mengatakan tentang orang Puritan, “Para pemimpin serta pengkhutbah tertentu kumpulan Puritan telah [1554] memindah semula hari perhentian dari hari Minggu kepada hari Sabtu.” – halaman 38.

 

(Dugger, Andrew N. and Dodd, Clarence O, The History of the True Religion, 1968, Jerusalem, halaman 264)

 

Dugger dan Dodd memetik tiga kali dari karya Kohn. Kajian lanjut menunjukkan, bahawa Dugger dan Dodd, tidak pernah melihat karya Kohn. Mereka memetiknya dari sebuah karya sedia ada yang tidak mempunyai rujukan berkenaan Sejarah Seventh Day Baptist (Baptist Hari Ketujuh). Kini kita akan memeriksa petikan-petikan sebenar dari terjemahan yang kini sedia ada untuk kegunaan umum.

 

Sudahpun sekitar tahun 1530 golongan Sabbatarian (pemelihara Sabat) muncul di Bohemia, yang “menghormati perhentian hari Sabat dengan begitu tepat sekali hinggakan mereka tidakpun mahu membuang sesuatu benda yang terperangkap dengan tidak sengaja di dalam mata pada hari ini,” 2) Sabbatarian (Subbotniki), atau Judaizer juga bangkit tidak lama kemudian selepas itu di Silesia, Poland dan Rusia; di Rusia, di mana mereka sering dikelirukan dengan orang Yahudi dalam pertengahan kedua abad ini, mereka terus ada hingga hari ini. 3) Kita temui mazhab-mazhab serupa [9] sekitar 1545 di kalangan orang Quaker di England. 4) Beberapa pemimpin dan pengkhutbah kumpulan Puritan, yang dipenuhi semangat Perjanjian Lama, demikian juga telah membangkitkan isu mengembalikan semula hari perhentian dari hari Minggu kepada hari Sabtu, malah menuntu bahawa agar hukum Perjanjian Lama diiktiraf sebagai hukum Negara. 5)

 

Orang Yahudi beragama Kristian, yang sebahagiannya beremigrasi pada tahun 1661 ke Jerman dan menetapkan diri mereka berdekatan Heidelberg, begitu juga telah muncul di England, dan mungkin percaya dalam Yesus, yang dikagumi mereka sebagai Penebus. Bagaimanapun, mereka merayakan hari Sabat dan mentaati hukum-hukum makanan Perjanjian Lama, malah upacara penyunatan.

 

Dalam rujukan pertama kita perhatikan, bahawa mereka telah memetik tarikh yang salah, 1520 dan bukannya 1530. Maka terjemahannya adalah janggal. Hukum-hukum makanan Perjanjian Lama (alttestamentarische Speisegesetze) telah diterjemahkan sebagai “hukum-hukum Yahudi dalam hal makanan dan minuman.” Hukum Makanan tiada kena-mengena dengan minuman. Ini mungkin merupakan satu petunjuk bahawa Dugger dan Dodd sama ada tidak mentaati hukum-hukum makanan tersebut, atau tidak berminat dalam aspek ini. Dalam karya mereka terdapat hanya satu saja rujukan kepada Hukum-hukum Makanan:

“Dalam usaha-usaha mereka untuk menurut mandat-mandat hukum Musa, daging babi sebagai makanan diletakkan di bawah larangan. Daging kambing dan lemak sapi mengambil alih tempat lemak babi dalam masakan. Beberapa dari golongan yang lebih berada menggunakan minyak zaitun.” – Idem., halaman 203.

 

(Dugger, Andrew N. and Dodd, Clarence O, The History of the True Religion, 1968, Jerusalem, halaman 286)

 

Dalam petikan kedua kita temui:

“Pada 1545 kita temui sebuah mazhab pemelihara Sabat di kalangan orang Quaker di England.”

 

Sementara Kohn menyatakan:

Kita temui mazhab-mazhab serupa sekitar 1545 di kalangan orang Quaker di England.

 

Kenapakah Dugger dan Dodd hanya menemui satu mazhab di kalangan orang Quaker yang memelihara Sabat, sedangkan mereka memetik dari Kohn, yang jelas mengatakan terdapat lebih banyak lagi? Adakah Dugger dan Dodd begitu unik, hinggakan mereka tidak dapat berkongsi agama sebenar dengan orang lain atau adakah mereka hanya salah memetik dari sumber kedua?

 

Petikan ketiga dari Kohn adalah sama seperti yang pertama. Bagaimanapun mereka menggunakan nombor halaman yang berbeza. Mengapa? Nampaknya untuk memberi gambaran, bahawa mereka telah memetik secara meluas dari sumber ini?

 

Mengapakah Dugger dan Dodd mengabaikan, nampaknya sebagai hal remeh, karya penting Kohn yang bertajuk Para Pemelihara Sabat di Transylvania? Tiada petikan langsung dari karya 300 halaman ini oleh Kohn. Nampaknya mereka belum membacanya. Lebih penting lagi, orang Transylvania ini sedang melakukan lebih banyak lagi dari segi iman daripada Dugger dan Dodd dan jemaat mereka dan Baptist Hari Ketujuh dari siapa mereka memetik. Mungkinkah, seperti yang nampaknya dicadangkan oleh kenyataan ini, bahawa cabang-cabang AS ini akan kehilangan keunikan mereka dan status mereka sebagai orang pilihan? Atau adakah di sini di Transylvania terdapat sebuah jemaat sejati yang istimewa; sebuah jemaat yang tidak dapat mereka terima, dan yang menghancurkan paradigma mereka?

 

Pemelihara-pemelihara Sabat di Transylvania tegas memelihara hukum-hukum makanan namun mereka juga memelihara Hari-hari Raya, Bulan-bulan Baru dan hari-hari Sabat dan tidak menurut kalendar Hillel Yahudi.

 

Memang benar, bahawa dalam jangkamasa panjang kebanyakan orang Waldenses di Eropah Barat telah menjadi Protestan dan bahawa agama pemeliharaan Sabat ini telah diasaskan di Amerika oleh Bapa-bapa Pilgrim. Pada waktu Dugger dan Dodd mula-mula menerbitkan karya mereka, masih terdapat pemelihara Sabat yang mengamalkan kepercayaan mereka dalam kawasan yang digambarkan oleh Kohn pada 1894. Masih terdapat beribu-ribu umat Kristian yang memelihara Sabat hari ini di negara-negara Eropah Timur seperti Hungary, Romania, Ukraine, Poland, dan lain-lain. Mereka telah selamat melalui segala penganiayaan dan penindasan Perang-perang Dunia, dan rejim Soviet, dan mereka semua menjadi satu tuduhan hidup terhadap Jemaat-jemaat Anglo-Saxon atas dakwaan-dakwaan angkuh mereka bahawa mereka adalah jemaat sejati dan agama sejati yang tunggal, walaupun mereka terus bertengkar sesama mereka, khususnya dalam perpecahan gerakan pemeliharaan Sabat yang lebih terkini.

 

Kisahnya di sini memberi kita satu idea tentang penulisan sejarah agama. Kita telah menyaksikan bahawa Kekristianan aliran utama telah menulis sejarah untuk kepentingan mereka sendiri dan ianya juga sebuah dusta yang sangat besar.

 

Kami telah berharap untuk melihat teladan yang lebih baik dengan Jemaat-jemaat Tuhan yang memelihara Sabat. Kita telah melihat di sini juga bahawa sejarah telah ditulis untuk tujuan mengukuhkan turutan kerasulan serta keeksklusifan kumpulan tersebut, dan tidaklah lebih baik.

 

Sebagai bukti lanjut kami sebutkan sebuah kesimpulan Dugger dan Dodd, yang menunjukkan motivasi sebenar mereka dalam penulisan sejarah ini, dan ia akan dibaca sekarang dengan harapan dengan mata yang berbeza.

 

Dapat diperhatikan dari bukti-bukti sejarah yang diberikan bahawa jemaat yang telah diasaskan di Yerusalem, dibawa melalui Asia Minor, dikekalkan di gurun pergunungan Waldensian, dan kemudian disebarkan di seluruh Eropah sebelum Reformasi, akhirnya sampai ke tempat perhentian akhirnya di gurun benua Amerika, dan di sini menghidupkan semula kebenaran-kebenaran purba yang dipelihara dari generasi ke generasi sepanjang perjalanan jauhnya dari Tanah Suci.

(Dugger, Andrew N. and Dodd, Clarence O, The History of the True Religion, 1968, Jerusalem, halaman 263-4)

Bukankah ini satu lagi dusta besar sejarah yang dibuat-buat atau paling baikpun hanya sebahagian dari kisah sebenar?

 

Bagaimanapun, walaupun dengan adanya segala kemunduran dalam penyelidikan serta kelalaian dan pengabaian dan salahgambar sejarah sebenar, kita sampai kepada kesimpulan-kesimpulan berikut:

 

Sepanjang abad-abad yang berlalu terdapat hubungan-hubungan ekstensif antara pemelihara Sabat England dan Netherlands.

 

Pemelihara Sabat di Netherlands juga mempunyai pengaruh mendalam pada pembaharuan Sabbatarianisme serta Jemaat-jemaat pemelihara Sabat di England abad ke 16.

 

Pemeliharaan Sabat di England telah wujud selama berabad-abad. Pemelihara Sabat ada di kalangan kumpulan Pauliani yang dihukum bunuh di Oxford pada abad kedua belas dan di Wales sehingga sekurang-kurangnya abad kesebelas (rujuk Cox. Distribusi Umum Jemaat Pemelihara Sabat (No. 122) CCG 1995; dan Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah (No. 170)).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk pemahaman yang lebih baik tentang fakta-faktanya, suatu kronologi berhubung Bapa-bapa Pilgrim serta hubungan mereka dengan Netherlands telah disertakan.

 

Seperkara penting untuk diperhatikan tentang Bapa-bapa Pilgrim ini, adalah bahawa mereka telah dianiaya di dalam koloni yang telah diasaskan mereka di Amerika dan kerana itu mereka terpaksa berpindah ke tempat baru.

 

q


 

 

KRONOLOGI PERISTIWA BERHUBUNG BAPA-BAPA PILGRIM BERKAITAN NEGERI TAMU MEREKA, NETHERLANDS

 

Tarikh

Peristiwa

Rujukan

Sebelum 1520

Sabbatarianisme ditindas dari synod Whitby pada tahun 663.

Sabbatarianisme bertahan di bawah penganiayaan khususnya di Wales hingga sekurang-kurangnya 1045 dengan pendeta yang berkahwin hingga abad kedua belas.

Pauliani atau Publiani dihukum bunuh di Oxford sekitar 1192

Penindasan golongan Sabbatarian di Scotland.

Jemaat-jemaat pemelihara Sabat di Netherlands, diasaskan oleh golongan Waldenses.

Lollards (dari lollen, bersungut) bergerak bebas antara Flemish dan Inggeris.

Sabbatarianisme ditindas di Scandinavia dari 1436 dan seterusnya.

Sabbatarianisme diperintahkan ditindas di Rusia pada Sidang Moscow (1503).

Dd

122

1545

Cawangan-cawangan Sabbatarian kini secara terbuka di bawah kumpulan Quaker di England

Ko

1552

Ramai Sabbatarian di seluruh England.

Jemaat Orang Asing merupakan tempat perlindungan bagi golongan Unitarian dari seluruh Eropah di bawah Henry VIII dan Edward VI. Krismas dilarang oleh Henry VIII namun dikembalikan oleh Ratu Mary Tudor.

Sa

1558 - 1603

Elizabeth I, ratu England

Aa

1565

Kumpulan Anabaptist muncul di England

Sa

1568

Kumpulan Anabaptist Belanda mengadakan Conventicles di London

As

1568 - 1648

Perang 80 tahun antara Netherlands dan Sepanyol untuk kebebasan agama

Aa

1579 - Nov - 15

Ferenc Dávid meninggal dalam penjara di Transylvania

Ko

1580

Robert Browne dan Robert Harrison menghimpun Jemaat Pemisah di Norwich.

Sa

1581

Netherlands menolak raja Sepanyol sebagai pemerintah mereka

Keluarga Elzivir mendirikan tempat percetakan mereka di Leyden.

Robert Browne melarikan diri dari England bersama beberapa pengikutnya ke Walcheren, Netherlands.

Jemaat-jemaat Scrooby dan Gainsborough terus bertemu.

Aa

Eb

Ed

Sa

1586

Kumpulan Orang Ingkar dipenjarakan di The Clink, Southwark, kerana menolak untuk mematuhi undang-undang agama Elizabeth I.

John Greenwood dan Henry Barrowe mengasaskan Jemaat Penjara di dalam The Clink, juga dikenali sebagai ‘kumpulan Bebas’ atau ‘kumpulan Brownist’

So

So

sekitar 1587

Duta Inggeris ke Holland memerintah Francis Johnson untuk membeli dan membakar buku-buku oleh Greenwood dan Barrowe. Johnson kemudiannya dipenjarakan bersama mereka.

So

1592

Greenwood, Barrowe dan John Penry mendapat penangguhan hukum sementara.

Mereka mendirikan Jemaat Bebas Southwark secara rasminya

So

So

1593 - Apr - 6

Greenwood dan Barrowe dihukum bunuh di Tyburn

So

1593 - Mei - 29

John Penry dihukum bunuh.

So

1593

Pemergian Jemaat Southwark ke Holland bermula.

Roger Rippon, yang rumahnya telah digunakan untuk kebaktian, meninggal dalam penjara.

Francis Johnson mengembara ke Newfoundland dan kemudiannya menetap di Holland.

So

So

So

1599

András Eössi meninggal di Transylvania

Ko

1602

John Robinson menjadi curate (pembantu paderi) di Gereja St. Andrew's, Norwich

William Bradford, gabenor Koloni Plymouth kemudian, pada umur 12 tahun telah menjadi seorang anggota jemaat Scrooby yang berdedikasi.

Eb

Eb

1604

Dekri-dekri anti-Puritan Anglican. John Robinson diberhentikan dari berkhutbah

Eb

1606

John Robinson menyertai jemaat Pemisah Scrooby

Eb

Sekitar 1607

Jemaat Gainsborough bersama John Smyth dan Thomas Helwys meninggalkan England dan tiba di Amsterdam, Holland

Sa

1608

John Robinson meninggalkan England bersama jemaat Scrooby (England), yang kemudiannya dikenali sebagai Bapa-bapa Pilgrim,  dan tiba di Amsterdam di Holland.

Gereja Roman Katolik dirampas dan diberikan kepada jemaat Inggeris.

Sa

Am

1609 - Feb - 12

Kota Leyden memberikan John Robinson dan 100 Bapa Pilgrim dari Amsterdam suatu Permit Tempat Tinggal untuk Leyden.

Le

1609 - 1621

Gencatan senjata antara Netherlands dan Sepanyol

Aa

1611

Jemaat Gainsborough sebelumnya di Amsterdam berpecah. Satu bahagian dengan Smyth terus tinggal di Holland dan bersatu kemudiannya dengan kumpulan Mennonite.

Bahagian yang satu lagi dengan Helwys telah kembali ke England dan menetap di Spitalfield.

Sa

Sa

1615

John Robinson memasuki Universiti Leyden untuk belajar teologi.

Eb

1616

Henry Jacob membuat pertemuan-pertemuan Jemaat Southwark secara terbuka.

So

1617 – 1619

Aktiviti-aktiviti William Brewster pada Percetakan Pilgrim di Holland

Le

1619 - Mei – 13

Johan van Oldenbarnevelt dihukum bunuh di The Hague, Holland

Aa

1620 – Julai

1620 - Ogos – 15

Sebahagian dari Bapa-bapa Pilgrim belayar dari Delfthaven ke England di atas Speedwell

Mayflower belayar dari Southampton. Beberapa anggota Jemaat Southwark menaikinya. Tiada Bapa Pilgrim menumpangnya.

Speedwell dengan kira-kira 35 Bapa Pilgrim dari Holland atasnya belayar di samping Mayflower ke New England. Speedwell mula-mula berlabuh di Dartmouth dan kali keduanya di Plymouth kerana kebocoran. Kebanyakan Bapa-bapa Pilgrim tinggal di Holland.

Gn

So

Le

Gn

Gn

1620 - Sept

Speedwell dan Mayflower di Plymouth, England. Mayflower mengambil 35 Bapa Pilgrim dan bekalan mereka naik.

Gn

1620 - Nov - 21

Mayflower mendarat di Cape Cod, yang kini adalah Providence.

Eb

1620

Mayflower mendarat di Plymouth Rock, New England. Bapa-bapa Pilgrim pergi ke darat.

Eb

1621

Fortune belayar dengan Bapa-bapa Pilgrim dari Holland ke New England

Le

1623

Anne dan Little James belayar dengan Bapa-bapa Pilgrim dari Holland ke New England

Le

1629

Mayflower belayar sekali lagi dengan Bapa-bapa Pilgrim dari Holland ke New England

Le

1638 - Julai - 17

‘Perbicaraan’ di Dés. Golongan Sabbatarian di Transylvania dikenakan hukuman bunuh.

Ko

1648

Perjanjian Munster. Tamatnya perang 30 tahun dan 80 tahun.

Aa

1661

Golongan Sabbatarian bermigrasi dari England ke Heidelberg, Jerman

Ko

1661 - Nov - 26

John James dihukum bunuh di Tyburn.

Sa

1689 - Mac - 14

Scotland mengumumkan William III dan Mary sebagai raja dan ratu

Aa

1776 - Jul - 4

Deklarasi Kemerdekaan Amerika Syarikat

Netherlands adalah negara pertama yang mengiktiraf Negara baru itu.

Aa

 

Rujukan:

Aa - Aarsbergen, A et al. Kroniek van de Mensheid, 1986, Elsevier, Amsterdam

Am - Arkib-arkib Amsterdam. Khususnya, The English Church

As - American Sabbath Tract Society, Seventh Day Baptists in Europe and America, 1910, Plainfiels, New Jersy

Dd - Dugger A.N. dan Dodd C.O., The History of the True Religion, 1968. Jerusalem

Eb - Encyclopaedia Britannica, edisi ke 15, 1990, Chicago

Ed - WorldWideWeb exlibris.com English Dissenters

Gn - WorldWideWeb geocities.com Greene, J.W. Mayflower 1620

Go - Gorgenyi, Laszlo, The Tragedy of Central Europe., 1998, Corvinus Library, Budapest

Gr - Greenwood, Frederick, Greenwood Genealogies, (1914) East Templeton. MA

Ko - Kohn, Samuel, Die Sabbatharier in Siebenbürgen, 1894, Singer & Wolfer, Budapest

Le - Arkib-arkib Leyden, khususnya Pilgrim Fathers

Sa - Sanford, Don A., The History of the Seventh Day Baptists, Broadman Press, Nashville

So - WorldWideWeb southwark.gov.uk History of Southwark

122 - Cox, W. Distribusi Umum Jemaat Pemelihara Sabat, CCG 1995).

 

KRONOLOGI PERISTIWA BERHUBUNG ORANG INGKAR INGGERIS

Tarikh

Peristiwa

Rujukan

663

Sabbatarianisme ditindas dari synod Whitby

122

1070

Golongan Waldenses dari Perancis, Jerman dan Holland ramai berada di England

Cr

1080

Golongan Waldenses serta murid-murid mereka secara umumnya mengkorupsi seluruh Perancis, Itali dan England

Cr

1120

Kumpulan Waldensian menerbitkan Pengakuan Iman dan Amalan mereka.

Ag

1139

Sidang Lateran Kedua telah dihimpun oleh Paus INNOCENT II dan mengutuk golongan Arnoldist dan Petro-Brussian.

Ag

1155

ARNOLD dari Brescia dibakar di Rom kerana menuntut keras pemisahan jemaat dan negeri

Ag

1160

Raja HENRY II memerintah agar golongan Paulician di Oxford dikenakan cap pada dahi-dahi mereka.

Ag

1192

Pauliani atau Publiani dihukum bunuh di Oxford

122

1209

Di kota Beziers, 60,000 orang mati kerana Pasitan.

Ag

1211

400 orang di Lavaur telah dibakar hidup-hidup dan 100,000 umat Albigenses telah dibunuh dalam tempoh sehari oleh Pasitan.

Ag

1213

32,000 umat Albigenses telah dibunuh di Toulouse oleh Pasitan.

Raja JOHN tunduk kepada Paus INNOCENT III, dan membayar "denda" 1,000 mark setiap tahun kepada Paus sehingga reformasi.

Ag

1224

Rahib-rahib Franciscan tiba di England.

Ag

1252

Paus INNOCENT IV mengeluarkan "Ad exstirpanda" untuk menghapuskan pembidaah-pembidaah.

Ag

1260

Sekurang-kurangnya 800,000 umat pemelihara Sabat Waldenses di England dan Eropah

Be

1229

Synod Toulouse melarang pembacaan Alkitab oleh orang biasa.

Ag

1315

Golongan Waldensian Inggeris masih memelihara hari Sabat. Kemudiannya mereka bergabung ke dalam kumpulan Lollard.

Ed

1330 - 1384

John Wycliffe

Ed

1350

Walter Lollard, seorang pengkhutbah Jerman, juga dipanggil " Waldensian Bard" (Penyair Waldensian) datang ke England

Ed

1372

John Wycliffe menerima Kedoktoran Diviniti dari Universiti Oxford

Ed

1374

Wycliffe diambil bekerja oleh Mahkota untuk mengantara dengan Gereja dalam hal kewibawaan

Ed

1377 - 1378

Wycliffe diteliti oleh Gereja

Ed

1377 - 1399

Pemerintahan Richard II

Ed

1380

Wycliffe mula menerbitkan teks dalam bahasa Inggeris dan bukan Latin

Ed

1381

Wycliffe memulakan penterjemahan Alkitab Vulgate dari Latin ke dalam Inggeris

Ed

1382

Gerakan pembaharuan lewat zaman pertengahan bermula di Universiti Oxford

Ed

1382

Wycliffe terpaksa berpindah dari Universiti Oxford, dikutuk kerana pandangan-pandangan ingkar.

Ed

1383 – 1415

Pengkhutbah orang awam atau mummer mengembara di kawasan desa untuk berkhutbah tentang doktrin pembaharuan. Mereka dipanggil golongan Lollard, dan kadangkala dikenali sebagai kumpulan Wycliffite.

Pendirian dan pembaharuan Lollard mendapat sokongan di Istana dari Richard II

Ed

1384

Wycliffe meninggal. John Purvey kini menjadi pemimpin gerakan pembaharuan

Ed

1387

Penggunaan rasmi pertama nama Lollard oleh Biskop Winchester dikeluarkan dalam satu mandat

Ed

1390 - 1408

Alkitab-alkitab Lollard disediakan bagi hadirin yang besar

Ed

1399 - 1413

Pemerintahan Henry IV. Gereja Katolik mendapat sokongan bertambah di Istana.

Ed

1400

Kumpulan Lollard dikatakan berjumlah 100,000

Ed

1407

Alkitab Lollard dilarang

Ed

1410

Kumpulan Lollard tertakhluk kepada undang-undang baru De Heretico Comburendo, pembakaran orang bidaah

Ed

1414

Pemberontakan bagi matlamat Lollard yang kian menghilang oleh Sir John Oldcastle gagal

Ed

1415

Oldcastle dibicara, disabit kesalahan, dipenjara, melarikan diri, akhirnya ditangkap dan dihukum bunuh pada 1417

Ed

1415

Sidang Constance mengutuk Wycliffe dan tulisan-tulisannya

Ed

1428

Tulang-tulang Wycliffe digali semula, dibakar dan dibuang ke dalam Sungai Swift

Ed

1428

Golongan Lollard Inggeris menjadi gerakan bawah tanah di seluruh negara

Ed

1436 seterusnya

Sabbatarianisme ditindas di Scandinavia

122

1496 - 1561

Menno Simonszoon, dari siapa kumpulan Mennonite mendapat nama mereka.

Aa

1503

Sabbatarianisme diperintah ditindas di Rusia di Sidang Moscow

     122

1509 - 1547

Henry VIII menganiaya Anabaptist

Ed

1520 - 1580

Reformasi Radikal

Ed

1525

Jemaat-jemaat Anabaptist mula tersebar dari Zurich

Ed

1530an

Kumpulan Anabaptist dianiaya oleh kebanyakan pihak berkuasa sivil dan pegawai-pegawai Negeri

Ed

1530an - 1613

Zaman Tudor Lewat

Ed

1533 - 1556

William Cranmer, Ketua Biskop Canterbury

Ed

1534

Kumpulan Anabaptist dikenali di England kebanyakannya di kalangan jemaat-jemaat Belanda dan Flemish

Ed

1534

Munster, kubu Anabaptisme militan

Ed

1535 - 1546

Bilangan besar Anabaptist asing dihukum bunuh atau dibakar di pancang kerana bidaah

Ed

1535

25 Anabaptist Belanda ditangkap dan dibakar di pancang di London

Ed

1535 - Jan

Munster dikenakan kepungan

Ed

1536

Henry VIII memerintah agar William Tyndale dihukum bunuh kerana pandangan-pandangan Anabaptist

Ed

1540

Kebanyakan Anabaptist kedaerahan sama ada dipenjarakan atau dihukum bunuh

Ed

1545

Cawangan-cawangan Sabbatarian kini secara terbuka di bawah kumpulan Quaker di England

Ko

1547 - 1553

Pemerintahan Edward VI

Ed

1550

Buku-buku Anabaptist Inggeris boleh didapati

Ed

1550an

Literatur Anti-Anabaptist wujud

Ed

1550

Edward VI menubuhkan Jemaat Orang Asing (Pembaharuan) untuk jemaat-jemaat orang asing

Ed

1550 - Mei - 2

Joan Bocher (aka Joan Knel), Anabaptist dan anggota Jemaat Orang Asing dibakar

Ed

1556 - 1558

Pemerintahan Mary I. Penganiayaan semua orang ingkar (bukan Katolik)

Ed

1558 - 1603

Pemerintahan Elizabeth II. Semua orang ingkar agama dipandang sebagai masalah kepada Negara dan Mahkota

Ed

1568

Umat Anabaptist Belanda mengadakan Conventicles di London

As

1577

William dari Orange menitahkan tolerasi agama di Holland

Aa

1579 - Nov - 15

Ferenc Dávid meninggal dalam penjara di Transylvania

Ko

1580

Robert Browne dan Robert Harrison menghimpun Jemaat Pemisah di Norwich.

Sa

1580 – 1590an

Jemaat-jemaat pemisah Inggeris dalam buangan di Benua

Ed

1581

Robert Browne ditangkap dan dipenjarakan oleh Biskop Norwich. Berikutan pembebasannya yang diatur, Browne bermigrasi ke Middleburg di Netherlands

Ed

1587 - Okt

Greenwood dari "Jemaat Purba" ditangkap dan dihantar ke the Clink (Penjara)

Ed

1587 - Nov

Barrow ditangkap dan dipenjarakan ketika melawat Greenwood dalam penjara

Ed

sekitar 1587

Francis Johnson, yang telah diutus ke Holland untuk membeli dan membakar buku-buku Greenwood dan Barrow, telah ditangkap dan dipenjarakan ketika melawat mereka dalam penjara. Dibebaskan kemudiannya.

Ed

159? - 1614

Jemaat di bawah John Smyth di Holland

Ed

1590 - 1612

Keluarga Legate disebutkan sebagai mempunyai kepercayaan-kepercayaan Anabaptist

Ed

1592 - 1593

Migrasi kumpulan Brownist, Barrowist, juga dikenali sebagai Johnsonian, ke Holland

Ed

1598

Francis Johnson menubuhkan sebuah lagi jemaat Barrowist di Holland

Ed

1593 – Apr - 6

Greenwood dan Barrowe dihukum bunuh di Tyburn

Ed

1593 – Mei - 29

John Penry dihukum bunuh

So

1593

Pemergian Jemaat Southwark ke Holland bermula.

Roger Rippon, yang rumahnya telah digunakan untuk kebaktian, meninggal dalam penjara.

Francis Johnson mengembara ke Newfoundland dan kemudiannya menetap di Holland.

So

So

So

1599

András Eössi meninggal di Transylvania

Ko

1599 - 1658

Oliver Cromwell.

Ed

1603 - 1609

Arminius aktif di Leiden. Menentang pentakdiran Calvinistik, memilih kebebasan kehendak dan pemilihan bersyarat. Pengikut-pengikutnya dikenali sebagai Arminian; kepercayaannya, Arminianisme

Tl

1603 - 1625

Pemerintahan James I. Polisi dilaksanakan untuk mengawal setiap orang

Ed

1603

Henry Jacob dipenjarakan kerana penerbitan pembaharuan. Pengikut-pengikutnya dipanggil Jacobite, juga Brownist, Kongregationalis, Bebas, Puritan.

Ed

1604

Jacob dibuang ke Holland. Di sini dia membantu menubuhkan beberapa jemaat

Socinus meninggal, tahun berikutnya Katekisma Racovian diterbitkan, mengajar antitrinitarian

Ed

1606

John Smyth mengasaskan jemaat bebas di Gainsborough

Tl

1607

Jemaat Scrooby dengan John Robinson dan William Bradford berpindah ke Holland

Ed

1608

Jemaat Gainsborough dengan Smyth dan Helwys berpindah ke Amsterdam, Holland

Ed

1609 - Feb - 12

Kota Leyden memberikan Permit Tempat Tinggal kepada John Robinson dan 100 Bapa-bapa Pilgrim dari Amsterdam

Le

1610

William Ames, ahli teologi dan Fellow Kolej Christ’s sebelumnya bermigrasi ke Holland

Ed

1611

Alkitab King James Authorised Version.

Jemaat Thomas Helwys dipandang sebagai asal-usul utama kumpulan Baptist Arminian

Ed

1612

Jemaat Gainsborough asal di bawah Thomas Helwys kembali ke England

Mereka mengamalkan sejenis pembaptisan orang dewasa yang baru dengan pencelupan seperti yang dipelajari di Holland

Ed

1613 - 1616?

Thomas Helwys dalam penjara

Ed

1614

Versi Inggeris Katekisma Racovian didedikasikan kepada James I; James menolak ini; membakar buku sebagai karya Iblis

 

1615

Smyth meninggal. Jemaatnya bergabung dengan jemaat-jemaat Anabaptist Belanda tempatan.

Ed

1616

Henry Jacob kembali ke England. Mempunyai sebuah jemaat London di Southwark

Ed

1616 - 1626?

John Murton pendeta baru Jemaat Mill Yard di London, mengkhutbahkan hari Sabat

Ed

1617 - 1619

John Trask, pastor Jemaat Mill Yard di London, mengkhutbahkan hari Sabat

 

1619

Biskop Andrews, yang mengetuai Dewan Bintang yang terkenal jahat menuduh Trask mengikuti cara Yahudi

Synod Dort; James I mengutuk Arminianisme (anti-Calvinisti, antipredestiarianisme)

Tl

1619 - Mei - 13

Johan van Oldenbarnevelt dihukum bunuh di The Hague, Holland

Aa

1620 - Julai

1620 - Ogos - 15

Sebahagian dari Bapa-bapa Pilgrim belayar dari Delfthaven ke England di atas Speedwell

Mayflower belayar dari Southampton. Beberapa anggota dari Jemaat Southwark menaikinya. Tiada Bapa Pilgrim di atasnya.

Speedwell with dengan kira-kira 35 Bapa Pilgrim dari Holland di atasnya belayar di samping Mayflower ke New England. Speedwell mula-mula berlabuh di Darmouth dan untuk kali keduanya di Plymouth kerana kebocoran. Kebanyakan Bapa Pilgrim tinggal di Holland.

Gn

So

Le

Gn

Gn

1620 - Sept

Speedwell dan Mayflower di Plymouth, England. Mayflower mengambil kira-kira 35 Bapa Pilgrim dan bekalan mereka naik atasnya

Gn

1620 - Nov - 21

Mayflower mendarat di Cape Cod, kini Providence

Eb

1620

Mayflower mendarat di Plymouth Rock, New England. Bapa-bapa Pilgrim pergi ke darat

Eb

1621

Fortune belayar dengan Bapa-bapa Pilgrim dari Holland ke New England

Le

1622

Henry Jacob berangkat pergi ke Amerika dan memulakan masyarakat Jacobopolis di Virginia

Ed

1623

Anne dan Little James belayar dengan Bapa-bapa Pilgrim dari Holland ke New England

Le

1624

John Lathrop menjadi pengganti Henry Jacob setelah berpindah ke London

Ed

1629

Mayflower belayar sekali lagi dengan Bapa-bapa Pilgrim dari Holland ke New England

Le

1632

Lathrop dan jemaatnya ditemui oleh agen-agen Biskop London, ditangkap dan dipenjarakan selama lapan belas bulan hingga dua tahun dan dikenakan denda

Ed

1633

Robert Browne meninggal dalam penjara ketika menunggu dibicarakan pada umur 83 tahun

William Laud menjadi ketua bishop Canterbury. Anti-Calvinist. Arminian

Ed

Tl

1634

Lathrop bermigrasi ke Boston Massachusetts

Ed

1635

Lathrop menubuhkan jemaat puritan di Koloni Plymouth

Ed

1638 - Julai - 17

“Perbicaraan” di Dés. Golongan Sabbatarian di Transylvania dikenakan hukuman bunuh.

Ko

1640 - 1660

Golongan Adamite aktif di England

Ed

1641

Perhimpunan Agung Baptist Umum atau Arminian atau anti-Calvinistik di Whitechapel (London) mengakibatkan banyak penangkapan dan hukuman penjara.

William Laud dipenjarakan di Tower kerana khianat. 1645 dipancung

Ed

Tl

1644

New England menjadikan golongan Anabaptist tidak sah

Tl

1648

Parlimen memilih hukuman mati untuk pandangan-pandangan antitrinitarian

 

1649 - Jan - 30

Charles I, Raja England dihukum bunuh di Whitehall, London

Aa

1649 - 1660

Interregnum

Ed

1649 - 1661

Monarkis Kelima atau Kumpulan Monarki Kelima, suatu gerakan puritan radikal aktif

Ed

1653 - 1658

Oliver Cromwell Lord Protector

Ed

1660

Pemulihan Monarki. Penganiayaan bermula sekali lagi untuk semua kumpulan Baptist

Ed

1661 - Nov - 26

John James dihukum bunuh di Tyburn

 

1664

Akta Conventicles (melarang perhimpunan-perhimpunan jemaat orang ingkar). Akta Lima Batu; melarang para pengkhutbah bukan konformis berada dalam lingkungan lima batu dari kawasan kota. New Netherlands ditawan oleh orang Inggeris; Peter Stuyvesant menyerah, kota menjadi New York

Tl

1668

WILLIAM PENN dipenjarakan di Menara London atas doktrin Trinitas.

Ag

1671

STEPHEN MOMFORD menubuhkan Seventh-Day Baptist di Pulau Rhode.

Ag

1672

Kebebasan beragama diberikan kepada golongan Protestan bukan konformis di England.

Ag

1673

Harus bersumpah sebagai Anglican untuk memegang sebarang jawatan awam

 

1674

Risalat tentang Doktrin Kristian oleh John Milton. Antitrinitarian

Tl

1683

Kumpulan Mennonite Jerman menetap di Germantown berhampiran Philadelphia dan mengasaskan Jemaat Mennonite di Amerika.

Ag

1687

"Unitarian" mula-mula sekali muncul dalam karya Stephen Nye, Sejarah Singkat Unitarian (antitrinitarian)

Tl

1689 - Mac - 14

Scotland mengisytiharkan William III (seorang Calvinist dan orang Belanda) dan Mary sebagai raja dan ratu

Aa

 

 

 

Cr - Crosby's History of the English Baptists

Be - Benedict: 1848, halaman 31

Ag - Wetzel, R.C. A Chronology of Biblical Christianity, 1997, Ages Software, Albany, OR

Ko - Kohn

Ed - English Dissenters 1998, WorldWideWeb exlibris.com

Aa -

Tl - Time Line of the Seventeenth Century