Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[268]

 

 

 

Peperangan-peperangan Unitarian/Trinitarian [268]

(Edition 1.1 19980918-200000115)

 

Apabila Constantine mula berkuasa, dia cuba untuk mempersatukan empayar di bawah satu sistem dan dia cuba lakukan perkara ini melalui Kekristianan. Apa yang dia tidak sedari ialah bahawa golongan puak Roma bukanlah golongan yang dominan dan bahawa doktrin jemaat menjadi bercelaru daripada jemaat yang asli. Kekeliruan ini membawa beberapa rangkaian peperangan di antara dua golongan puak, yang mana kedua-duanya memiliki doktrin yang salah. Akibat akhir dari doktrin salah ini dan dominasi politik melalui agama adalah perang yang berterusan serta penganiayaan selama satu ribu tujuh ratus tahun. Konflik dan kekhilafan ini akhirnya akan membawa kemusnahan kepada planet ini sama sekali.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã  1998, 2000 Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

 

Peperangan-peperangan Unitarian/Trinitarian [268]



 


Perbalahan Atanasian/Arian dari Nicea

Selepas Perintah Toleransi Milan pada 1314, empayar Constantine cuba menggunakan Kekristianan untuk tujuan politik dan pada awalnya menyokong golongan puak Roma, yang mana telah mengadaptasikan doktrin Athanasius dan, kemudian doktrin dari Cappadocian. Kedudukan doktrin Jemaat telah menjadi kabur disebabkan oleh golongan puak Gnostic, yang dipengaruhi oleh cara pemujaan yang mistri. Constantine menyokong puak Anthanasian berlandaskan anggapan yang salah, iaitu menganggap ianya adalah puak yang dominan di Roma, bahawa ianya adalah mazhab yang utama, tetapi perlucutan Arius dalam Muktamar Jemaat Alexandria membawa kepada peperangan dengan sekutu kekaisarannya, Licinius dan kekacauan pada 322-323 CE.

 

Selepas menawan Licinius dan menjadikan dirinya sebagai satu-satunya kaisar, dia membawa kepada persidangan Kaunsil Nicea pada 325 CE  untuk menggabungkan kedudukan puak Athanasian (yang kemudian menjadi Katolik). Pegangan yang dipertalikan kepada Kaunsil Nicea adalah dirujuk sebagai Pegangan Nicean, tetapi kekuasaannya benar-benar dikembangkan oleh Kaunsil Constantinople pada 381. Muktamar Jemaat Chalcedon pada 451 dirujuk kepada pengangan didalam Kaunsil Constantinople pada 381, tetapi dalam upaya untuk memberi gambaran kesinambungan yang salah, Kaunsil Nicea dirujuk kepada Kekristianan Trinitarian. Pada 318, Constantine telah perintahkan konferensi di antara uskup Roma dan desposyni, yakni uskup-uskup yang berasal dari keluarga Yesus Kristus. Tindak balas Jemaat Roma adalah untuk perintahkan pembasmian mereka (lihat dibawa dan tulisan Perawan Mariam dan Keluarga Yesus Kristus [232]).

 

Prinsip-prinsip Kaunsil Nicea telah hilang. Ianya kemudian ditentukan bahawa hanya terdapat 20, yang mana memulakan pengenalan kepada penyelewengan seperti: peraturan-peraturan kediaman bagi golongan paderi hidup bersama dengan wanita, yakni pembujangan; penganiayaan  oleh pendesakan penebusan Unitarian (disalah ungkapkan sebagai Arian) dan mereka yang menyokong Licinius; pembentukan sistem diocesan dan pengendaliannya ke atas  para imam dan larangan terhadap golongan paderi, dan pengenalan kepada berdoa berdiri pada kebaktian hari Minggu dan semasa “Musim Paskal” (yang sebenarnya pengenalan kepada Perayaan Paskah Hari Minggu dan bukannya Hari Raya Paskah orang Yahudi). Syahadat ini telah ditubuh semula sejak dari Constantinople sendiri, yang memperkenalkan konsep sifat dasar Binitarianisma kepada formula Trinity dan memperkenalkan penyelewengan bahawa Kristus adalah “satu-satunya anak tunggal Bapa” dan kerana ini telah menyingkirkan janji-janji kepada para umat pilihan sebagai anak-anak Allah. Athanasius Constantine mengikuti kaunsil pada 14 Jun. Untuk mendapatkan persetujuan Constantine berarak di dalam kelompok pasukan tentera Roma dan menangkap beberapa uskup dan membuang Arius, Theonas dari Marmarica dan Secundus dari Ptolemais di Illyrica. Tulisan-tulisan Arius kemudiannya telah dibakar dan ketiga-tiganya telah disumpah kutuk. Sisanya bersetujuh dengan lambang syahadat ini pada 19 Jun. Kaunsil ini berakhir pada 25 Ogos dengan satu ‘pesta’ yang dianjurkan oleh Constantine dengan kehadiran para uskup.

 

Tiga bulan selepas Majlis, Eusebius Nicomedia dan Theognius dari Nicea, yang telah dipaksa dan dipengaruhi untuk menandatangani, telah diusir kerana menarik diri dan Theodotus dari Laodicea, juga telah dipaksa dan dipengaruhi untuk menandatangani dan menarik diri yang telah mengakui ketidakbenaran daripada bergabung dengan mereka.

 

Pada 328 CE Constantine menyedari bahawa Athanasians bukannya mazhab yang majoriti dan merupakan sumber bahagian dan penganiayaan dalam empayar dan dia memanggil semula lima pemimpin Unitarian (ianya disarankan ketika memaksa Canstantia, balu Licinius. Bagaimanapun, ianya berkemungkinan bahawa dia hanyalah Unitarian  Eusebian atau puak Arian yang menonjol). Masalah dengan sistem kristian Unitarian ialah, ianya menurut rukun Alkitab dan tidak peka kepada kawalan negara. Setiap negara adalah berbeza dan tertakluk kepada pemerintahannya dan sistem keagamaan negara tersebut adalah di antara mereka dan Allah. Jika negara tersebut menuruti Allah maka mereka akan dirahmati. Empayar tersebut prihatin dengan dominasi dunia dan peralihan ke gereja Roma juga adalah penuh dengan mentaliti ini. Maka mereka menghendaki sebuah organisasi yang menginginkan satu dominasi dunia dan yang tidak menentang kepada pola tersebut. Hasilnya, sistem Gereja Roma diselaraskan dengan sistem kekafiran penyembahan matahari dan di kalangan Aryan kepada Kekristianan, yang dipercayai Alkitab bahawa tidak seorang pun mampu menurut kedua-kedua sistem. Itulah teras masalah. Itulah sebabnya mereka harus mencemarkan ayat-ayat utama teks-teks Alkitab sehinggalah ke hari ini dan memusnahkan pihak penentang terpelajar, sama seperti dalam pemusnahan besar-besaran.

 

Konstantin tidak pernah di baptis sebagai seorang Kristian Athanasia dan sebenarnya hanya menjadi seorang kristian di akhir hidupnya, dibaptis sebagai Unitarian oleh Eusebius dari Nicomedia, seorang kerabat kepada Julian, yang kemudian diberi penghormatan yang tinggi olehnya dalam 329CE. Tidak terdapat istilah Roman Katolik atau Gereja Roman Katolik pada masa itu, kerana semua orang adalah Katolik yang secara umumnya dirujukkan kepada gereja. Unitarian adalah puak yang tertua dengan doktrin asal gereja apostolic dan fakta itu sepatutnya tidak harus dilupakan. Anti-Paderi-paderi Nicea (ANF) adalah semua Unitarian untuk sepanjang zaman [dipetik dari tulisan Teologi Awal Ketuhanan [127]]. Binitarian merupakan puak baru yang memiliki doktrin baru yang diubahsuai dengan berasaskan teologi kekafiran Tritunggal, yang muncul dari kebaktian Attis di Roma dan Adonis di kalangan orang-orang Greek. Trinitarian dan Trinitarianisma tidak muncul sehingga 381. Constantine II dan Constantinus juga merupakan Unitarian yang diistilahkan sebagai ‘Arian’ atau ‘Eusebian’ oleh Trinitarians yang terkemudian. Kumpulan ini dirujukkan oleh Athanasian sebagai Arian dan Eusebius menafikan ini. Ianya seolah-olah satu kesenangan bagi Athenesian meletakkan nama Arians ke atas puak yang diwakilinya, untuk mengurangkan kuasa dan kepentingan mazhab tersebut, yang mana lebih tua dan mulia berbanding dengan Athanesian.

 

Jika ianya adalah benar bahawa mazhab tersebut percaya bahawa Kristus telah menciptakan Roh Suci, maka ini sememangnya salah, tetapi ini tidak dibuktikan oleh mana-mana tulisan mereka. Ianya telah sampai kepada bangsa Goth sebagai sesuatu kesilapan dan kemudiannya, mengakibatkan formula sinkritik oleh puak Roman Katolik tentang klausa Filioque di Toldeo dikalangan Visigoth.

 

Jika sekiranya perbalahan Athanesian atau Arian difahami dengan betul dan diselesaikan, Kekristianan mungkin telah dikenali dengan tema yang berbeza yang mana struktur falsafahnya lebih masuk akal. Sains-kemanusiaan dan antropologi-paleo kemungkinan dapat difahami dengan lebih baik dan berkembang dengan lebih baik, mengelakkan kedua-dua Zaman Kegelapan dan Penyelidikan. Mari kita meneliti pertikaian tersebut.

 

Para Protagonis adalah Alexander dan Athanasius, uskup Alexandria dari 312-328 dan 328-373, berurutan untuk Athanasian; dan Arius (256-336), Asterius seorang yang tersesat pandangan (d. Circa 341), dan Eusebius dari Nicomedia (d. Circa 342), untuk Arian atau Eusebian.

 

Malangnya, dengan kekalahan Arian di sepanyol, sejarah telah ditulis oleh Athanesian, dan merupakan laporan yang komprehensif, tepat dan tidak menyimpang, yang sebenarnya adalah mustahil. Bagaimanapun, Robert C. Gregg dan Dennis E. Groh telah menghasilkan tulisan yang sangat penting bertajuk Early Arianism: A View of Salvation (Fortress Press, Philadelphia, 1981). Berdasarkan hasil kerja ini kita boleh membentuk beberapa metafizik, dan ianya adalah jelas bahawa kedua-dua puak adalah salah.

 

Pembinaan semula Thalia dari Arius bergantung kepada karya tulisan oleh lawan-lawan mereka, oleh kerana itu dengan mudah menjadi salah. Punca perdebatan ini, seperti yang di lihat oleh Athenesian adalah seperti yang berikut:

 

Keselamatan, bagi ortodoks, adalah dipengaruhi oleh identiti sifat-sifat dasar Anak Lelaki dengan Bapa: yang menghubungkan Allah dan Kristus kepada ciptaan adalah sifat ilahi yang diandaikan dengan daging. Keselamatan bagi Arianisma adalah dipengaruhi oleh identiti sifat-sifat dasar Anak Lelaki dengan makhluk; yang menghubungkan Kristus dan makhluk kepada  Allah mengikut kesesuaian kehendak (Gregg & Groh ms 8).

 

Athanasian, melalui penerimaan definisi biologi bagi Anak lelaki telah membentuk satu hubungan ontologik di antara Anak dan Allah, yang membolehkan Kristus menjadi  Logos Allah dan Rahmat, dan yang menobatkan Anak sebagai yang Maha Tahu (ibid. Ep.9)

 

Ianya adalah jelas dari Kaunsil bahawa Unitarisma merupakan kuasa yang sangat besar. Mereka sebetulnya hanya beralih agama melalui penaklukan Salien Franks yang dengan sistematik melumpuhkan perdebatan. Menerusi kekuasaan, mereka ‘beralih’ melalui kepentingan pemimpin mereka sendiri, Bangsa Goth, Vandal, Heruli, Burgundian dan Lombard dan kelompok sedikit di rujuk sebagai Teuton dalam asas perkembangan. British telah beralih agama di bawah satu persetujuan di Whitby pada 664 CE melalui kecaman dan paksaan dari Anglo-Saxon, selepas peralihan agama yang kemudian pada 597 (dipetik dari Stephen Neil, Anglicanism, Pelican, London, 1965).

 

Sengketa itu dilihat oleh puak-puak ini dalam ungkapan yang mudah seperti yang diucapkan oleh salah satu Raja Arian, Gundobald bangsa Burgundia, yang menolak untuk menyembah tiga Allah (Ency. Of Religion and Ethics (ERE), Vol. 1 ms. 782). Makna yang penting ini merupakan akar kepada isu dan golongan Athanasian sangat tertekan dengan penolakan orang awam, bahawa mereka telah dipaksa untuk mengubah gagasan Ketuhanan. Foakes-Jackson mengakui kesilapan gagasannya yang awal (diutarakan dalam Cambridge Theological Essays, ms. 500) mengenai sifat kerendahan Teologi Arian dari barbarian. Dia menegaskan kemudian bahawa Arian di Visigoth, Lambord, Vandal dan sebagainya, merupakan tidak lebih daripada tahap dalam pertelingkahan antara Teutan dan gambaran kristianiti Roma (ibid ms. 783). Ini merupakan faktor utama yang tidak diselidiki dengan betul. Asal usul Teutans adalah di Timur Tengah, khususnya dari kejatuhan Empayar Parthian, adalah tidak diselidiki atau diterangkan dengan betul oleh ahli sejarah, disebabkan oleh Trinitarian bersikap berat sebelah terhadap sekolah-sekolah tinggi.

 

Apa yang timbul dalam penyelidikan pertelingkahan Athanasian-Arian, adalah bahawa gereja pada hari ini adalah terdiri dari dua kelompok yang bertentangan dengan sengit, terlibat dalam tipu daya politik dan penganiayaan antara satu sama lain. Athanasian, yang dipusatkan di Roma telah memasukkan kuasa Salien Franks, dalam aspek politik dan ketenteraan telah meningkat dalam jangka masa panjang. Secara faktanya kedua-dua puak telah menafikan kepercayaan mereka dalam kegairahan mereka berebutkan kuasa. Rangkaian perjuangan dan pergerakan puak yang terlibat ini adalah penting untuk memahami sifat semula jadi manusia yang terlibat.

 

Unitarianisma, Puak Teutonic dan Bangsa Goth

Berhadapan dengan dilema menjadi seorang pegawai agama negara dan meneruskan amalan kuasa sivil dan ketenteraan, bertentangan dengan petunjuk Kristus, doktrin perlu diumumkan secara rasmi dan analisis Alkitab pertama yang menyeluruh yang kita ada digunakan oleh kuasa tentera wujud dalam bentuk tulisan Augustine, seorang ahli fikir Amerika Utara, yang telah dibaptis sebagai Kristian dan mendapat pendidikan di Punic, seorang yang boleh berbahasa Ibrani, dan juga Latin. Dari 373-378 CE dia adalah seorang ahli falsafah Manichean dan Platonist, mempunyai seorang gundik yang telah melahirkan anak lelakinya pada 372 CE. Dia telah dibaptiskan semula pada 387 sebagai Athanasian. Ambrose dari Milan, bersama dengan Theodosius, telah memperoleh kuasa ke atas Gereja Roman untuk golongan Athanasian (381 CE) dan penglibatannya dengan Augustine adalah kaedah ke atas penyerapan syahadat /Iman yang pada masa itu, baginya adalah langkah yang bijaksana.

 

Pertelingkahan Athanasian / Arian telah membawa kepada penganiayaan yang perit oleh kedua Athanasian dan kemudiannya Arian. Goth dan Vandal adalah dipanggil ‘Arian’ (Alkitab Gothic bertarikh dari 351). Pertelingkahan itu wujud walaupun setelah Kaisar Placisia mengutus Goth, dibantu oleh bangsa Vandal, untuk menentang pemberontakan Count Bonoface di Africa pada 427. mereka telah ditemani oleh Maximinius, seorang Bishop Unitarian (di istilah Arian). Augustine terpaksa secara umum mempertahankan puak Athanasian pada 428.

 

Pada kira-kira 330 CE, Konstantine menganugerahkan puak-kecil Jerman Timur dari puak kecil Vandal (atau Silingi) tanah di Romania di tebing kanan Danube. Pada 166-181 mereka telah menetap di Silesia dan telah menentang Aurilian pada 271, telah terkandung di rangkaian tengah dari Danube. Puak yang dipanggil Jermanic termasuklah Vandal, Alan, Sarmation, Suevian dan Alamanni di Timur dan Franks (atau Perancis), bangsa Burgundian sebenarnya tidak pernah menjadi sebahagian daripada Jerman dan Lombard atau Longobard di Barat. Pendeta, Sisa dari suku Japet (1767) memetik Procopius sebagai menyebut bahawa Alan adalah bangsa Goth, begitu juga dengan Sauromatae dan Melancleni dan bahawa bangsa Vandal mempunyai asal usul yang serupa dengan bangsa Ostrogoth (ms 73).

 

Lambords mungkin hampir menyerupai Anglo-Saxon dalam pemakaian dan cara berbanding dengan Jerman dan seolah-olah mempunyai hubungan dengan Anglo-Saxon, sebagai sebahagian kecil puak. Mereka menetap dari Austria hingga Itali tengah dan bergabung dengan puak Celtic dan Ostrogoth, yang juga mendiami apa yang sekarang dikenali sebagai Croatia dan daerah jiran. Burgundian (443 CE) akhirnya berakhir sebagai Wilayah Barat di Switzeland, menetap di kedua sempadan  Jura, tasik Geneva di Valais, dan di tebing Rhone dan Saone (Historians History Vol. XVI ms. 534). Bahagian terbesar yang mengabungkan Perancis moden dan sebahagian di Utara Itali. Empayar pertama Burgundian berakhir pada 534 CE bertepatan dengan bahagian besar perpecahan keluarga dan sifat buruk para puteranya (ibid ms 535). Empayar Ostrogothic berakhir kira-kira pada masa yang sama selepas kehilangan lima raja berturut-turut di dalam peperangan dan juga semasa berada di daratan. Raja Dietbert dari bangsa Frank mengambil kesempatan ke atas kelemahan mereka, memperoleh semula Rhaetia pada 536 CE dan sejak itu mengawal semua Rhaetia dan Helvetia, daerah yang disebut Switzeland (ibid).

 

Alemanni telah menyesuaikan Switzeland Utara, Alsatia dan Baden- Wurtemburg dan melapiskan diri mereka keatas orang Gallo Celtic, yang berasal dari tempat yang sama di sekitar Laut Hitam sehingga ke Danube. Orang-orang Frank, yang telah menakluk Alemanni, juga menakluk Cimbri, Gaul dan Celt yang sekarang dikenali Utara Perancis. Lombards telah mengantikan Ostrogoth untuk berkuasa di Itali tetapi menjadi jumlah yang kecil selepas kerajaan utara didirikan, yang ibu kotanya adalah Pavia dan Selatan Duchy di Benevento, yang telah dikalahkan oleh bangsa Frank pada 774. Selatan Duchy kekal dengan kemerdekaannya selama dua abad (ibid Vol IX ms 18). Orang-orang Saxon telah terpisah dari Scandinavia dan dipaksa masuk dalam kesatuan Jerman oleh Cherlemagne (768-814) sama seperti orang-orang Firsia. Ianya berbaloi untuk mengetahui bahawa semasa Helvesia merupakan kekuasaan besar Katolik Frank di bawah Clotaire II dan anak lelakinya Dagobert yang mewarisinya pada 628, ianya adalah umum bagi Uskup untuk berkahwin seperti Pendeta dan orang awam yang telah melantik mereka dan yang kemudiannya ditetapkan oleh Raja (ibid ms 535). Maka walaupun sehingga akhir masa ini biara dan pembujangan telah ditolak oleh kebanyakan Kristian di Eropah.

 

Kaisar Valens (364-378) merupakan perantara dalam perubahan agama bagi bangsa Vandal kepada kristian Unitarian (disebut Arian). Sementara menerima kristian mereka tidak menjadi tenteram kerana pernyataan baru Konstantine telah mengabadikan agama sebagai kuasa ketenteraan. Orang-orang Goth telah menjadi kristian lama sebelum itu, seolah-olah dari kristian di kalangan puak dan dalam pelarian.

 

Pemeliharaan Sabat oleh Gereja Unitarian telah diteruskan di kalangan puak-puak dan orang Perancis, Utara Itali dan Eropah amnya untuk satu rangkaian alasan. Alasan yang pertama adalah bahawa selepas Kaunsil Nicea pada 325 CE Kaisar Konstantine lebih diminati oleh Athenesian, yang kemudiannya menjadi Gereja Roman Katolik dari 381 CE. Dia telah mengarahkan Kongres Desposyri, yang datang ke Roma pada 318 CE, untuk berbincang dengan uskup di Roma. Hubungan darah dengan Kristus ini telah menuntut pengenalan kembali hukum, yang termasuk Sabat dan sistem pesta hari suci dan Bulan Baru dalam Alkitab. Mereka menginginkan Yerusalem sebagai pusat perpuluhan. Uskup, atau paus (semua bishop dari uskup utama dikenali sebagai paus pada mulanya semasa istilah itu diperkenalkan dari pemujaan) kemudian, dengan penerimaan Roman, mengarahkan bahawa mereka harus dimusnahkan dan kempen pemusnahan ini dilaksanakan terhadap keluarga terdekat Kristus dari 318 dan seterusnya (dipetik dari tulisan Perawan Maria dan Keluarga Yesus Kristus [232]).

 

Suku Unitarian bagaimanapun, dengan Eusebrus sebagai jurubicaranya, yang memihak selama dua tahun atau lebih selepas Kaunsil Nicea, ca. 327. Doktrin dirujuk sebagai Arianisma, tetapi Arius hanyalah seorang pegawai Gereja Presbyterian dan tidak pun berada dalam Kaunsil Nicea. Bagaimanapun, dia memerintah sekerap ahli logika. Doktrin-doktrin dihubungkaitkan kepada Arianisma, yang disebut penciptaan Roh Suci oleh Kristus, tidak disokong dari mana-mana tulisan Arius atau dari suku itu (dipetik dari tulisan Socinianisma Arianisma dan Unitarianisma [185]).

 

Kaisar Konstantine telah dibaptis sebagai Unitarian oleh Eusebius semasa kematiannya di atas katil. Dia telah menyatukan kembali empayar tersebut di bawahnya. Sebagai kaisar yang unggul dan memindahkan takhta empayar kepada Konstantinopel pada 331. Dia mati pada 337. Tiga anak lelakinya Konstantine II, Konstantius II dan Konstans, memperdebatkan perwarisan dan Konstantine II telah terbunuh dalam peperangan Aquileia, menentang abangnya Konstans, pada 340. empayar itu kemudian berpecah kembali kepada dua bahagian, Konstans di Barat dan Konstantius sebagai kaisar Timur dari 340.

 

Pada 360 bangsa Hun menyerbu Eropah, menyerbu kawasan yang pada hari ini dikenali Russia pada 376. Pada 361 Julian seorang yang murtad telah cuba untuk menghidupkan kembali doktrin kafir atau dikenali sebagai paganisma, di Empayar Roma tetapi gagal.

 

Bangsa Hun kemudiannya merupakan Scythian Horde. Mereka merosakkan bahagian Asia kecil selepas kematian Theadosius pada 395, pada masa yang sama bangsaVisigoth di bawah Alaric telah bangkit di Moesia dan Thrace. Alaric menjadi Gebenor di Illyricum Timur pada 398 (lihat H.H. Vol. VII ms 6). Pada kurun ke- 9, Hun telah memasuki Eropah melalui Danube sementara bangsa Slav memasuki di sebelah utara (ibid ms xvii). Sebahagian daripada mereka ini telah bersatu dengan Jerman Parsi di Eropah sebagai satu kesatuan bangsa Aryan yang lebih besar, dan bersama dengan bangsa Goth, satu lagi puak ‘Aryan’ (mungkin diambil dari amalgum termasuk Alkitabiah Guti), mengandungi kebanyakan puak Eropah yang berasal dari Mesopotamia.

 

Scythian horde bukan satu bangsa, tetapi lebih mengandungi elemen-elemen pelbagai puak. Komposisi bangsa Scythian adalah satu perkara yang berbeza. Etzal (atau Attila) menggabungkan bangsa-bangsa yang sedang berperang pada awal kurun ke-5 dan mendiami tebing kiri Danube dan akhirnya kesemua bahagian Eropah Utara. Bangsa Hun, bagaimanapun, meninggalkan Eropah pada kurun ke-5 semata-mata untuk mendiami kembali Eropah Timur pada awal kurun ke-9, yang di susuli oleh puak-puak dari timur yang lain.

 

Pada 364 setengah daripada bahagian timur empayar Roma, dari Danube hingga sempadan Persia, adalah di bawah Kaisar Valen, seorang Unitarian. Pada masa ini yang dipanggil Katolik atau Universal dan Jemaat Ortodoks, merupakan Unitarian yang paling berpengaruh, kecuali bagi puak kafir di Roma dan elemen kekafiran pada sistem Hellenise yang menyembah Attis di utara dan Adonis di timur dibawah nama Yesus Kristus (dipetik dari tulisan Asal usul Krismas dan Paskah Hari Minggu [235]). Setengah dari bahagian barat dari Caledonia hingga di bahagian utara-timur Afrika berada di bawah Valentinian I. Valen telah dikatakan menjadi puak utara kepada unitarianisma (yang disebut Arianisma), tetapi pada 378 dia telah dikalahkan dan dibunuh oleh bangsa Visigoth di Adrianople di Thrace. Dia telah mewarisi sebagai kaisar oleh kelahiran Sepanyol Theodosius, yang mana merupakan Athanasian atau Binitarian pertama dan kemudian kaisar Trinitarian, yang menduduki takhta setelah di lantik oleh Gratian. Dia telahmembawa keluar bangsa Pict dan Scot dari Britain pada 370, tetapi pada 383 legion Romawi mula berundur dari Britain. Di bawah kaisar Magnus Maximus, tentera telah melintasi selat dan menakluki Gaul dan Sepanyol.

 

Tidak terdapat takhta Trinitarian sehingga 381, apabila Tritunggal telah dirumuskan di Konstantinople di bawah perlindungan Theodosius. Mereka semua Unitarian sehingga 381 dengan pengecualian Julian yang murtad.

 

Fahaman Unitarian ini adlah berdasarkan kepada teologi yang disebut dalam Mazmur 45:6-7 dan Ibrani 1:8-9. Pembela awal seperti Irenaeus di Lyon menegaskan ini pada kurun ke-dua. Teologi ini dipegang oleh bangsa Goth, Vandal, Alan, Suevi, Heruli, Briton, Lombard, Jerman, dan semua puak-puak di bahagian utara (lihat juga tulisan Kewujudan Awal Yesus Kristus [243] untuk fahman bangsa Goth). Ianya datang dari ajaran teologi dan pengikut mubaligh yang telah berkurun lamanya sebelum kaunsil Nicea pada 325 CE, yang mana kebanyakan uskup tersebut hadir. Perkhabaran Binitarianisma bermula dari kaunsil ini.

 

Pada 381, Tritunggal telah diisytiharkan di Konstantinople berasal dari teologi Cappadocian Basil, Gregory dari Nyssa dan Gregory dari Nazianzus. Pembinasaan kepercayaan oleh Bangsa Greek dan Roma mula menampakkan kesan. Trinitarian telah dengan salah dan tidak jujur mengecap fahaman tersebut sebagai Arianisma, untuk memberi tanggapan bahawa doktrin ini lebih usang dari doktrin yang bermula dengan Arius pada kurun ke-empat. Trinitarian kemudian secara alternatif mengecap doktrin subordinatis Unitarian selepas Arius (Arianisma) dan kemudian Eusebius dari Nicomedia (Eusebianisma) dan uskup lain yang lebih senior kepada Arius (yang sebenarnya tidak wujud di Nicea, hanya dipanggil untuk menasihati tentang kelojikan. Trinitarian menuduh Arian yang berpegang bahawa Roh adalah ciptaan anak, apabila yang sebenarnya itu merupakan doktrin Filioque yang diperkembangkan dari kaunsil Toledo, oleh orang-orang Katolik sendiri pada kurun ke-enam. Bahkan Greek juga telah menolak pendapat itu. Mereka yang mengecap pendapat pendapat ini sebagai Arian, adalah sama ada sengaja dengan tidak jujur, atau tidak memahami sepenuhnya tentang apa yang mereka perkatakan.

 

Theodosius yang unggul (392-395) menyatukan empaya tersebut, tetapi berpecah kembali oleh pewarisnya iaitu Honorius dan Arcadius pada 395.

 

Pada 382 Theodosius I telah menempatkan semula bangsa Visigoth dalam empayar tetapi mereka masih Unitarian. Menyatakan bahawa ianya adalah kerana kaisar, terutama Valen, yang menjadikan puak utara menjadi Unitarianisma dan bukannya Trinitarianisma. Bangsa Goth, Vandal, Alan, Suevi, Heruli, semuanya adalah Unitarian seperti puak-puak Teuton dan terdapat beberapa uskup dari puak Unitarian di Nicea. Bangsa Jerman Hermunduri kekal menjadi Unitarian sehingga kurun ke-lapan.

 

Hermunduri juga merupakan puak Jerman (kemudiannya disebut Thuringian sejak 420 CE) dan mendiami bahagian besar di Jerman tengah. Kekristianan Unitarian telah diperkenalkan kepada puak ini oleh bangsa Visigoth dan Frisian. Mereka telah digulingkan oleh bangsa Frank pada 531 dan dijadikan kepada Katolik pada 742 oleh Boniface, seorang Anglo-Saxon dari usaha lebih awal yang dilakukan oleh bangsa Frank yang merupakan Katolik. Boniface kemudiannya di bunuh oleh bnagsa Frisian (754), ketika lawatannya yang ketiga, kemungkinan sebagai orang bidaah kerana mereka sama sekali menolak teologi Trinitarian pada usahanya yang pertama (716) dan kedua (719).

 

Yang menariknya, nama puak ini adalah terbit dari Chaldean atau tradisi orang Babilon. Mereka digelar Hermunduri, yang bermaksud “orang Her atau Er”, yang terbitan asal mitos Er dari penyembahan sistem tersebut. Amalan memanggil anak sebagai Herman merupakan lambang orang-orang ini sehingga pada hari ini, seperti amalan menamakan orang lelaki Malcolm dari Milcolm Tuhan api orang Kanaan, masih tersebar dengan luas di kalangan bangsa Celt.  Kita aka mengungkapkan orang ini sebagai, orang Ur. Mereka hampir merupakan Asiria-Persia, dengan kewarisan sistem keagamaan Babilon, yang mudah di sesuaikan ke sistem keagamaan Roma kemudiannya, yang datang dari sumber yang sama. Jerman, jauh daripada menjadi himpunan puak Persia, seperti rekod Herodotus, muncul sebagai purata agregat terbesar orang Asiria dan Chaldean. Anglo-Saxon dan puak-puak yang datang bersama mereka dari Timur Tengah, muncul sebagai umat sisa dari empayar Parthian yang unggul yang bersekutu dengaa Yudea dan terletak di antara Persia dan empayar Roma, sehingga kurun ke-dua pada era masa itu. Mereka muncul menjadi keturunan Ibrani dan mununtut sebagai sepuluh suku kaum Israel yang hilang, yang mana diketemukan di sini, di bahagian utara Araxes pada 722 oleh bangsa Asiria. Mereka yang digelar Magi dalam Perjanjian Baru mungkin datang dari suku kaum orang ini.

 

Bangsa Goth dan Vandal: tekanan yang buruk

Alaric menjadi Raja Visigoth dan pada 396 dia telah menyerang Greece. Sesuai menurut hukum Alkitab, dia telah memusnahkan patung berhala di sana dan maka dengan itu dia telah di katakan menjajah Athen dan kemudian Balkan pada 398. Pada 401 mereka menyerang Itali berterusan sehingga 403. Pada 406 Gunderic  (406 – 428) menjadi Raja Vandal . Pada tahun yang sama Burgundian kerajaan Ulat telah di tubuhkan. Puak Teutonic semuanya merupakan Unitarian. Lombard muncul sebagai cabang Anglo – Saxon  dan berpecah daripada mereka di utara ketika menuju melintasi Eropah,  bergerak menuju selatan ke bahagian utara tebing Danube ca 500. Mereka berkembang dari sana melalui peperangan, juga menetap di kawasan utara Itali.

 

Ostrogoth cuba untuk menyerang, tetapi telah dihalang oleh Stilicho pada 406. Bagaimanapun, Visigoth di bawah Alaric telah ditangkap dan menjajah Roma pada 406, tetapi dia mati dalam perjalanannya ke selatan dan dia telah dikebumikan di dasar sungai Busento berhampiran dengan Cosenza. Tindakan ini, bagaimanapun, telah memaksa baki Legion Romani  berundur dari Britain  untuk melindungi Itali pada 410.

 

Bangsa Goth terdiri daripada orang Timur atau Ostrogoths dan orang Barat atau Visigoths, dan bersama – sama adalah sebahagian dari Guti (atau Massagetae) Goth yang unggul. Orang Guta atau Gutean asalnya menduduki kawasan di seberang Tigris dan Utara Akkadia. Kelompok Guti dan puak yang  serumpun dengannya adalah tidak jelas. Pergerakan ke Eropah akan dibincangkan kemudian. Bagaimanapun, ianya jelas bahawa elemen  Goth kemudian berpindah dari Timur Caspian  dan digantikan oleh Medes. Orang Celt yang terawal di Danube yang dirujuk oleh Greek sebagai Hyperborean, menjadi Koloni Scythian Eropah yang terawal “di sebalik angin utara”. Tatanama Celt dan Hittiti  kuno sebagai Hatti atau Kalti dan rujukan Greek kepada Celts  sebagai  Keltoi bukanlah satu kebetulan. Ini akan diterangkan dalam tulisan yang berhubung dengan Celt dan sejarah  mereka serta asal usul mereka. Juga Danes dan Swedes serupa telah mengetahui sejak berkurun lama bahawa  bangsa Dane merupakan terbitan dari Scandinavian Goth, dinamakan sempena nama Dan , anak lelaki Humelus.

 

Ostrogoths, juga menduduki kawasan yang kita kenali sekarang sebagai Yugoslavia  selepas kematian Valen pada 378 dan kemudiannya berpindah ke Roma. Pada 395 Visigoth, yang telah bersekutu dengan Empayar Roma, telah memberontak di bawah Alaric di Moesia dan Thrace dan Alaric menjadi gabenor Timur Illyricum pada 398 (lihat H. H, Vol ms. 6.). Mereka telah dihalang oleh Stilicon seorang Vandal untuk menyokong Empayar  tersebut, tetapi suku Athanasian pada masa ini di bawah orang Sepanyol  kelahiran Theodosius, yang mati pada 395, telah memperoleh kuasa ke atas Roma dan Gereja pada 31 Disember, 406 CE, Vandal, Sarmatia, Alan, Suevian, dan Alemanni, bersama dengan Hun  di belakang mereka, melintasi Rhine dan Vandal telah mendahului bersama Suevians dari Pannonia, menerusi Gaul ke Sepanyol, di mana mereka mendiami Galicia dan Asturia  pada 411. Sepanyol telah terbahagi kepada bidang-bidang dan Suevian – Teutons, telah memenangi Galicia dan bahagian besar  Leon  dan Castille. Baetica jatuh ke tangan Vandal dan dinamakan sebagai Vandalusia. Alan Barat, yang menyertai mereka semula di Sepanyol, memenangi  Lusitania, tetapi kemudiannya binasa dan bergabung dengan Vandal dan nama mereka lenyap. Suevi menentang Vandal dan kedua – duanya menentang Goth, sementara Arian Goth  menentang orang Katolik  Franc/Roma  dan juga Burgundian. Puak Unitarian di Sepanyol menentang Heruli  (dari  Ostrogoth) dan sesama sendiri.  Suevi mendiami Galicia dan bahagian Leon dan Portugal selepas dikalahkan oleh bangsa Goth. Orang-orang Portugis adalah justru Teuton (disebut sebagai Germanic) dari Vandal Alan di bahagian Selatan dan Suevi di bahagian Utara yang melapiskan bangsa Phoenician/Carthaginean bersama dengan Unitarian awal dan kemudian dengan tradisi Islam.

 

Seperti yang kita lihat diatas, bangsa Hun tampak berpindah ke bahagian padang rumput, menjadi sekutu Khazar, dan kekal di sana sehingga mereka menduduki pannonia sekali lagi  selepas 800, dengan sokongan bersama dengan yang sekarang secara rasmi orang Yahudi, Khazar. Kebarangkaliannya tidak dapat disisihkan, bahawa Sabatarian di Transylvania sebenarnya datang sebagai sebahagian gerombolan bangsa Hun dari Khazaria dan Levedia dan telah menjadi sebahagian daripada jemaat Timur yang dibentuk dari mulanya oleh para rasul melalui empayar parthian (dipetik dari The Timetable of History, 3rd ed., Touchstone, 1991, ms. 30) (dipetik juga dari kata pengantar oleh Cox kepada R. Samuel Kohn, Sabbatarians in Transylvania, [1894], CCG Publishing, 1998)

 

Pada 425 Valentinian III menjadi Kaisar Roma Barat dibawah kepimpinan ibunya, Galla Placidia (428-477) menjadi raja kepada Vandal dalam tahun itu.

 

Pada 429, bangsa Pict dan Scot telah disingkirkan dari England selatan oleh bangsa Angle, Saxon, dan Jute. Pada 457, di dalam peperangan Crawford, bangsa Jute dibawah Hengest telah mengalahkan Briton dan menduduki Kent di mana mereka terus kekal di sana. Pada tahun 429 Aetus, yakni ketua menteri di bagi bangsa Valentinian III menjadi pemerintah yang sebenarnya di bahagian barat empayar Roma (429-454). Pada tahun yang sama Gaiseric menubuhkan kerajaa Vandal di Afrika Utara. Pada 443 dia telah mengambil kedudukan Roma yang terakhir di Utara Afrika dan Afrika telah sekali lagi dibawah kekuasaan Unitarian.

 

Pada 443 Attila (d. 453) menjadi pemerintah bagi bangsa Hun. Pada 436 tentera Roma yang terakhir meninggalkan Britain. Pada tahun yang sama bangsa Hun memusnahkan bangsa Burgandian kerajaan Ulat. Bangsa Burgandian adalah sebahagian daripada tusukan utama terhadap Eropah, yang dilakukan oleh Anglo-Saxon dan Lombard dan puak-puak lain yang seolah-olah dari kumpulan puak Parthian.

 

Pada 443, bangsa Jerman Alemanni (Swiss Jerman) menduduki di Alsace.

 

Pada 453 Attila dari bangsa Hun mati dan Theodoric II (453-466) menjadi raja kepada bangsa Visigoth sehingga dia telah dibunuh oleh saudaranya, Eric (466-484) yang telah menggantikannya. Ini telah diikuti oleh penjarahan di Roma pada 455 oleh bangsa Vandal. Fakta perkara ini ialah bahawa bangsa Vandal adalah Unitarian. Mereka memusnahkan patung-patung kafir yang diberikan nama Kristian dengan menganggap mereka sebagai satu kebencian dan melanggar hukum yang kedua. Ungkapan Vandalisma datang dari tindakan ini. Pemusnahan ini sebenarnya adalah praktik kuasa Akitabiah dalam memusnahkan patung-patung kafir.

 

Theodoric yang Unggul menjadi raja bagi bangsa Ostrogoth dari 471-526.

 

Kaisar Roma Timur pada masa itu adalah Theodosius II (d.450), Marcian 450-457), Leo I (457-474). Pada 457 Childeric I (457-481) menjadi raja bagi bangsa Salien Frank. Pada 460 bangsa Frank menawan Cologne. Bangsa Vandal juga memusnahkan konvoi Roma Cartagena pada tahun yang sama.

 

Konflik di sepanjang Eropah, adalah secara dasar telah berakhir yang mana puak telah berkubu di bahagian sektor yang subur di Eropah. Sementara mereka adalah Unitarian, mereka juga diperintah oleh orang yang tamak lagi tidak komited dan itu lah keruntuhan mereka.

 

Kaisar Roma Barat yang terakhir di sepanjang jangka masa dari 461 adalah Severus (461-465); Athemius (sehingga 467); Alybrius (sehingga 473); Glycerius (sehingga 474); Julius Nepos (sehingga 475); dan Romulus Augustulus (sehingga 476). Empayar Barat telah berakhir dengan kelemahan pemerintahnya. Jerman Odoacer (433-493) telah menawan dan membunuh Orestes di Placentia dan kemudian membunuh anaknya Romulus Augustulus dan menyatakan dirinya sebagai raja bagi Itali.

 

Justru, Kaisar Roma Barat telah berakhir, dengan tidak ada Jemaat Katolik yang dibentuk dan tidak ada polisi yang jelas ke atas Eropah.

 

Penindasan Mazhab di bahagian timur

Pada tahun 474, Zeno menjadi Emperor Roma Timur (474-491). Pada masa yang sama, sekolah Trinitarian berkembang pesat di timur Roma, dengan model Neo-Platonist dibangunkan dan Proclus menjadi ketua akademi Platonic pada tahun 476. Sistem di sekolah ini telah diformalisasikan dengan Majlis Chalcedon pada tahun 451. The Egyptian Coptic Divisions atau Divisi Coptic Mesir ditarikhkan pada masa yang sama. Pada tahun 483, Paus Simplicius digantikan oleh felix III(-492). Pada tahun 484, penyingkiran Acacius iaitu orang tua yang sangat dihormati(patriach) di Constantinople menyebabkan perpecahan gereja Trinitarian di bahagian Barat dan Timur(484-519).

 

Pada tahun 489, Emperor Zeno memusnahkan Sekolah Kristian Nestorian di Edessa dan membina gereja St Symeon Stylites di sekeliling tiangnya. Pada tahun 491, gereja Armenian memburukkan pertalian dengan Byzantium dan Rome dan pada tahun 498, Nestorians menetap di Nisibis, Persia. Gereja yang menetap di Armenia dari Jerusalem bukanlah Trinitarian Diphysite tetapi pemelihara hari Sabat. Ia juga merupakan tempat di mana teks Aramic dan versi alkitab iaitu Pessita disimpan iaitu di Edessa, sehingga ia diharamkan. Sabat tersebar luas hingga ke China oleh gereja terawal dari akhbar timur (dipetik dari tulisan Distribusi Umum Jemaat-jemaat yang Memelihara Sabat  [122].

 

Paus pada masa ini iaitu dari kematian Felix III adalah Gelasius (492-496); dan Anastasius II (hingga 498) dan Symmacus (hingga 514). Gelasius memperkenalkan Gelasian Missal iaitu buku doa, zikir, dan arahan untuk menyambut upacara Misa(Mass). Pada Tahun 499, dewan gereja mengeluarkan perintah pemilihan paus dan 500 dupa diperkenalkan di dalam acara gereja Trinitarian buat pertama kalinya dalam mana-mana gereja.

 

Penganiayaan

Pada tahun 476, Gaiserik iaitu raja Vandal menjual timur Sicily kepada Theodoric iaitu raja Visigoth. Unitarians di bawah raja Vandal iaitu Hunneric mula mengambil tindakan terhadap gereja Katolik, di mana ia menjadi pencontohan dalam toleransi terhadap kekecualian pemujaan berhala yang nyata. Penentangan Unitarian/Trinitarian kini memulakan penindasan.

 
Trinitarian atau golongan Katolik/Ortodox pada asasnya adalah lemah dan Unitarian adalah berkuasa. Perubahan ini berlaku atas bantuan dari Salien Frank. Pada tahun 481, Childeric I mati dan diganti oleh anaknya iaitu Clovis (d. 511) yang merupakan pengasas kekuasaan Merovingian. Pada tahun 484, raja Vandal iaitu Hunneric diganti oleh anak saudaranya iaitu Gunthamund (d. 496). Pada tahun 486, Clovis menewaskan Syagrius iaitu governor Roma terakhir Gaul.

 

Sejurus selepas itu, pemberontakan oleh Vahan Mamikonian di Armenia bermula dari tahun 481 hingga 484 dan kejayaannya mengukuhkan lagi kebebasan beragama dan politik di Armenia. Kebebasan ini juga membantu gereja pemelihara hari Sabat terus membangun dengan orang Paulician di gunung Taurus. Paulician masih boleh ditemui di timur pada abad ke-19. Kumpulan ini masih beroperasi pada abad ke-20. Keturunan kumpulan ini mempunyai jumlah sejuta atau lebih, dan terhapus di kawasan Armenia selepas perang dunia pertama. Kira-kira sejuta atau dua juta Sabbatarian dihapuskan selepas pembuangan Bektashi Islam selepas tahun 1927. Proses penghapusan ini berlanjutan melalui Pemusnahan di Eropah hingga tahun 1953 dan sehingga kematian Stalin.

 

Penyatuan Eropah

Pada masa yang sama (487-493), Unitarian Ostrogoth memulakan penaklukan terhadap Italy. Theodorik mengalahkan Jerman Odoacer di sungai Isonzo dan sekali lagi berdekatan Verona (489). Pada tahun 493, Odoacer menyerah diri kepada Ostrogoth dan dibunuh oleh Theodoric yang kemudiannya mengasaskan kerajaan Ostrogoth Italy dan mengahwini adik perempuan Clovis. Ostrogoth menduduki Malta dari tahun 494 hingga 543. Pada tahun 500, Thrasamund mengahwini adik perempuan Theodorik dan beliau diberikan barat Sicily sebagai hantaran kahwin/mahar.

 
Pada tahun yang sama (500), Marcomanni Jerman di Bohemia menyerang Bavaria dan setelah pemergian mereka, orang Czechs menetap di Bohemia.

 

Dalam tahun 493, Clovis mengahwini puteri Burgundian iaitu Chlotilda yang mempengaruhi beliau untuk menganut kekristinan Trinitarian pada tahun 496. Clovis mengalahkan Alemanni dekat Strasbourg pada tahun 496 dan beliau dibaptiskan oleh sahabatnya iaitu Remigius atau Remy, iaitu paderi Rheims.

 
Pada tahun 506, Alaric II membangunkan hukum berkod iaitu Lex Romana Visigothorum tetapi pada tahun 507, beliau ditewaskan dan dibunuh oleh Clovis dalam pertempuran ”The Battle of Campus Vogladensis (Vouille, dekat Poiteirs). Clovis kemudian merampas kerajaan Visogoth Toulouse. Kerajaan Visogoth Old Castilla berlanjutan sehingga tahun 711. Kawasan Toulouse ini menjadi kawasan utama bagi Sabbatani atau gereja pemelihara hari sabat Unitarian sehinga perang salib Albigensian dan penyelidikan oleh bangsawan Toulouse.

 
Visogoth juga dikenali sebagai Bonosonians yang tampaknya dari Bonosus Sardika yang mengajar bahawa Yusuf dan Maria menpunyai anak yang lain. Ini berdasarkan dari teks alkitab dan juga sejarah. Pandangan ini kelihatannya merupakan pandangan sejarah yang mantap dalam gereja pemelihara hari sabat, berdasarkan komen dalam buku perjanjian baru dengan nama adik-adik lelaki Yesus serta adik perempuannya juga disebut. Ia juga berdasarkan sejarah gereja yang terdapat dalam alkitab (Mat 13:55, Mrk 6:3; dipetik dari tulisana Perawan Maria dan Keluarga Yesus Kristus [232]). Jika dikelaskan dengan Marcellus dan Photius, jelas menandakan bahawa mereka mempunyai pandangan yang serupa berkaitan dengan perkara Sabat dan hukum (dipetik dari buku Distribusi Umum Jemaat-jemaat yang Memelihara Sabat [232]. Kota Sabadell di utara Sepanyol juga berasal dari Sabbati atau pemelihara Sabat.

 
Orang Visigoth menetap di Aquitaine dari tahun 418 sebagai paksaan terhadap orang Vandal dan Alans oleh Constantinus British yang mendirikan takhta di Arles. Orang British tidak menerima ajaran Katolik sehingga selepas dewan gereja Whitby pada tahun 664 di Hilda’s Abbey di mana mereka bertemu untuk membincangkan perkara di bawah:

 

‘cara terakhir pentarikhan Easter oleh paus adalah sebagai symbol kepada kekuasan umum kekristianan Roma. Keputusan seolah-olah berpihak kepada Celtic atau gereja Irish dengan Easter masing-masing, tetapi pembela pentarikhan Celtic kuno di dewan gereja Whitby mempunyai peluang tipis untuk menang. Raja Oswiu yang mempengerusikan dewan gereja ini telah berkahwin dengan ratu Eanfled iaitu anak perempuan raja Edwin yang mana setelah dibeli di Kent sudahpun memerhatikan Easter Katolik’ (David L. Edwards, Christian England, vol *. m/s 57).

 

 Edwards menuntut bahawa sebahagian besar selatan Ireland telah menerima tarikh baru untuk perayaan Easter. Mereka sebenarnya adalah Quato-decimans yang memelihara Passover iaitu perayaan yang disambut oleh orang Yahudi untuk mengingatkan perlepasan mereka dari perhambaan di Mesir dan perayaan roti tidak beragi. Ini akan diselidik dalam buku mengenai gereja Celtic (dipetik dari tulisan Pertelingkahan Quartodeciman [277]). Paus Colman kembali ke Iona selepas bersara berkaitan dengan isu ini, walaupun Chad dan Cedd bersetuju begitu juga dengan Tuda iaitu paderi baru Northbrian yang juga orang selatan Irish, dan Eata English, Abbot orang Lindisfarne yang dilatih oleh Aidan. (Edwards, sumber sama). Ia adalah salah tafsir jika mengatakan bahawa ini adalah perbalahan mengenai pentarikhan Easter semata-mata. Perbalahan adalah berdasarkan pemeliharaan Passover secara quarto-decimal dengan Passover yang sistemnya berputar, atau meniru cara orang pagan menyambut Easter, atas nama Ishtar atau Astarte, atau Easter iaitu tuhan orang Chaldean. Perayaan ini mempunyai tema Kematian hari Jumaat dan Kebangkitan hari Minggu dan bergabung dengan perayaan musim semi ketuhanan Attis dan Adonis dan kemudiannya dalam bentuk Dumuzzi atau Tammuz yang disebut dalam buku Hezekiah 8:14.

 
Perubahan yang berlaku termasuklah berkenaan Sabat serta perayaan termasuk bait suci. Ia juga melibatkan penggantian yang mungkin terhadap seluruh kalender Celtic dan hukum makanan disingkirkan. Edwards mencatatkan bahawa mereka mengamalkan semua tradisi kekristianan awal. Utara Irish berpegang teguh kepada tarikh lama, begitu juga dengan Iona hingga tahun 716. (ibid., dipetik dari tulisan Asal usul Krismas dan Paskah Hari Minggu [235]; Anak Lembu Emas [222] dan Peranan Hukum Keempat dalam Sejarah Jemaat-jemaat yang Memelihara Sabat [170]).

 
Walaubagaimanapun, kaedah yang digunakan untuk menentukan tarikh untuk Easter yang diperkenalkan oleh Victorius hanya diikut secara beransur-ansur. Gaul hanya bersetuju dengan sistem baru pada tahun 541, mungkin disebabkan oleh kekalahan Unitarians di sana, dan Edwards memaklumkan perkara itu pada halaman 38. Memang ironis di mana orang Celt sekarang mempertahankan sistem yang dulunya mereka tentang habis-habisan. Hakikatnya, Ireland telah diberikan kepada England oleh paus pada abad ke-12, semata-mata untuk menghapuskan sisa iman Sabbatarian yang masih diamalkan di sana. Situasi ini berlaku atas pimpinan raja Irish bagi pihak Katolik untuk menghapuskan iman terhadap alkitab di utara. Tokoh yang termasyhur dalam sekongkol ini ialah paderi Armagh (dipetik dari tulisan Paus yang Terakhir: Meneliti Nostradamus dan Malachy [288] bagi nubuatannya yang utama).

 

Perjanjian di Whitby hanya berlaku apabila Anglo Saxon mengancam untuk berperang berikutan penukaran agama pada tahun 598 apabila Augustine tiba pada tahun 597 (rujuk Neill, S. Anglicanism, m/s 11). 10,000 orang Angles menukar agama pada perayaan Krismas pagan di Kent di bawah pemerintahan raja Ethelbert. Britain tidak sepenuhnya Katolik sehingga tahun 716 era biasa meskipun pada tahun 786, utusan paus pertama yang tiba memberi komen tentang amalan pagan yang selamat. (sumber yang sama, halaman 45). Surat dari Alcuin kepada Etherhard, iaitu biskop agung York, menunjukkan bahawa sesetengah orang membawa tangkal ajaib dan “membawa ke bukit, di mana mereka menyembah” bukan dengan doa tetapi dengan kemabukan.

 
Katolik diasaskan menguasai tengah Sepanyol. Seluruh Sepanyol berada di bawah dominasi Unitarian dari masa ini dan Visgothic iaitu raja Toledo tinggal dengan mantap yang disebut Arian dengan Arianisme sebagai agama agung dan Paderi Toledo sebagai Uskup yang tertinggi di Sepanyol. Dari kekristianan Unitarian dan Islam, Sepanyol menjadi penempatan untuk kaum yahudi yang memelihara hari sabat dan Kristian yang serupa hinggalah Soal selidik pada abad ke-13. (Keanehan sistem Arian adalah kerana kalendernya bermula 38 tahun sebelum tarikh yang diterima sekarang dan berterusan hingga abad ke-11). Dari tahun 573, politik negara Sepanyol dipulihkan secara progresif dan Arianisme berada di bawah kawalan dan dominasi Roma. Pada tahun 586, orang Visigoth menjadi Katolik. Menjelang 590. Roma telah maju dengan sistem empirikal mereka.

 

Ahli sejarah berselisih pendapat dan sesungguhnya Ensiklopedia Katolik menyangkal fakta berkenaan dengan sebab pendudukan Afrika Utara pada 427-429, dengan lebih 80,000 tentera di bawah Genserik, tetapi Empress Placidia juga mungkin menghantar orang Visigoth dan Vandal ke Afrika untuk menetang pemberontakan oleh Count Boniface pada 427 era biasa. Mereka disertai oleh Maximinius, iaitu Biskop Unitarian. Augustine terpaksa membela mazhab Athanasian secara terang pada 428 era biasa. Ianya pasti bahawa Unitarian Goth dan Vandal berperang dengan Athanasian dari 429 yang akhirnya merupakan golongan Roman Katolik di Roma, tidak termasuk keamanan 435-439, dan menempati Roma pada 455. Ini seolah-olah benar atas permintaan Empress Eudoxia, yang meminta Genserik supaya membebaskan beliau dari perkahwinannya dengan Emperor Petronius Maximus yang amat beliau benci.

 
Dari penempatan ini dan dari kemaraan awal Vandal melalui Gaul, mitos terhebat sepanjang zaman adalah perbuatan jahat oleh Athanasian atau golongan Katolik. Orang Vandal merupakan Unitarian dan oleh kerana itu mereka adalah iconoclastic iaitu menolak sistem penyembahan berhala yang timbul di Roma dan peniruan upacara sinkretik dan patung pagan awal. Semua ini mereka musnahkan mula-mula di Gaul pada 409-422 dan pada ketibaan mereka di Sepanyol, di Afrika dan di Roma lagi. Mereka digelar sebagai orang gasar pagan dan dari sinilah asalnya perkataan Vandalisme, tetapi sebenarnya mereka adalah iconoclastic yang menolak penyembahan berhala syncretic. Mereka mungkin sudah memusnahkan Roma yang dilihat sebagai pemuja patung berhala jika tidak bersimpati atas permintaan Leo pada 2 Jun 455.

 
Dr. Peter Heylyn (History of the Sabbath, London 1636, Bhgn 2, para. 5, hlmn 73-74) menyatakan bahawa Milan adalah pemelihara hari Sabat sejak zaman purba dan mengikut amalan timur.

 

Sementara itu, pada 510, Provence iaitu bahagian selatan-timur Perancis pergi ke Ostrogoth Itali hingga 563. Fakta ini menerangkan mengapa Sabbatani ada di hampir seluruh selatan Perancis, utara sepanyol dan utara Itali. Kristian memelihara hari sabat hingga abad ke -5 dan pada masa Jerome (kira-kira tahun 420) kristian yang saleh melakukan pekerjaan seperti biasa pada hari minggu (Dr. White, uskup Alley, Treaties of the Sabbath Day, hlmn 219; dipetik dari Augustine of Hippo NPNF Siri pertama Vol. 1,hlmn 353-354 dan juga Distribusi Umum Jemaat-jemaat yang Memelihara Sabat [122], hlmn 2.

 
Pada 511, raja orang Frank meninggal dan kerajaannya dibahagi kepada empat orang anaknya iaitu, Theodoric I (534), Chlodomer (524) Childebert I (558) dan Chlothar (561) dan mereka membangunkan mahkamah di Soissons, Paris, Metz dan Orleans masing-masing. Pada masa in I, rahib di St Cesaire di Arles diasaskan. Monasticisme juga memainkan peranan dalam perkembangan Trinitarian.


Pada 511, raja Vandal iaitu Thrasamund meninggal dan digantikan oleh Hilderik (hingga 530). Pada 524, Sigismund dibunuh oleh Chlodomer iaitu anak Clovis I. Ostrogoth membangunkan Arian Baptistery yang sekarang dikenali sebagai Baptistery S Maria di Cosmedian, Ravenna pada 525. Walaubagaimanapun, Theodorik yang agung meninggal pada 526 dan disemadikan di Ravenna. Anak perempuannya menjadi pemangku raja Itali (hingga 534).

 

Pada 527, Justinian I menjadi Emperor Byzantine (hingga 565) dan beberapa siri pembalikan dan turun naik berlaku terhadap orang Goth dan Vandal dan seterusnya gereja Unitarian untuk beberapa tempoh waktu hingga 590. Perubahan yang paling pentingdalam sejarah Eropah adalah apabila Franks menjadi Trinitarian, dan fakta ini membantu untuk membangun gereja Katolik di Eropah. Tanpa orang Frank, siapalah mereka. Kita akan melihat pergerakan ini hingga deklarasi Holy Roman Empire dari 590 era biasa dan empayar ini bertahan selama 1260 tahun hingga ia dibubarkan pada 1850.

 

Perang Akhir kepada Kebangkitan Islam dan Empayar Suci Roma

Pada 529, Justinian menutup ekolah falsafah Greek di Athen yang berusia selama 1000 tahun. Tindakan ini adalah akibat Paganisme tetapi ini memaksa penyatuan Neo-Platonis dan memaksa para professor untuk pergi ke Persia dan Syria di mana tahun berikut dan seterusnya di bawah Chosroes I (531-579), Persia mencapai tahap pendidikan tinggi yang baru. Ini menyebabkan tumpuan pembelajaran lebih berpusat kepada dunia Islam, apabila ia dibentuk abad berikutnya sebagai reaksi kepada kemaraan Trinitarian di Constantinople.

 

Pada 532, orang Frank menggulingkan kerajaan Burgundy yang telah menguasai kawasan Perancis, Switzerland dan Austria. General Belisarius juga menyelamatkan takhta Justinian dengan menghentikan pemberontakan Nika di Constantinople. Justinian dipanggil semula tahun sebelumnya selepas beliau disingkirkan akibat kekalahan beliau oleh orang Persia. Constantinople kemudiannya dibangun semula. Pada tahun 533, Belisarius menggulimkan kerajaan Vandal dan menjadikan Utara Afrika sebagai daerah Byzantine. Pada tahun 534 Toledo menjadi ibu Negara kerajaan Visogotik Unitarian di Sepanyol. (hingga tahun 711). Pada tahun 535, Belisarius menduduki kerajaan Ostrogoth Itali dan tinggal di sana hingga tahun 540. Tindakan ini membenarkan Provence pergi dari Ostrogot ke kerajaan Frank dan Naples menjadi sebahagian daripada Empayar Byzatine.

 

Dari tahun 539 hingga tahun 562, empayar Byzantine berperang dengan Persia. Peperangan ini membenarkan Totila iaitu orang Ostrogoth untuk mengakhiri pemerintahan Byzantine di Itali pada tahun 540 dan menjadi raja pada tahun 541 selepas kematian bapa saudaranya iaitu Hildebad (hingga 552). Pada tahun 546, Totila memasuki Roma (meninggalkannya semula pada tahun 547). Pada tahun tersebut, Adouin iaitu orang Lombard mengasaskan dinasti Lombard dan meluaskan kekuasaannya melepasi Sungai Save. Pada tahun 550, Totila menakluk semula Roma dan Unitarian berkuasa kembali. Pada tahun yang sama, Turkish Avars memulakan migrasi ke barat dan suku Slav menetap di Mecklenburg.

 

Orang Poland menetap di barat Galicia, dan orang Ukrain menetap di timur Galicia. Pada tahun yang sama, orang Wales dijadikan sebagai Kristian oleh David dan pemeliharaan hari sabat dipertahankan di Wales di mana ianya tidak diusir sepenuhnya hinggalah abad ke-11. Pendeta yang berkahwin berterusan hingga abad ke-12. Penginjil Ireland iaitu Columban juga bermula pada masa ini di Perancis dan Itali (550-615). Penggunaan loceng di gereja di Perancis buat pertama kali pada tahun ini juga menandakan pengaruh Trinitarian syncratic melalui orang Frank.

 

Pada tahun 543, tulisan Origen dikutuk dengan perintah Justinian. Walaupun Origen mempunyai kecenderungan quasi-Gnostic, namun tulisannya dan Hexapla juga penting. Tindakan ini adalah sebahagian daripada penyatuan dogma Trinitarian yang Anti-Sabbatarian di Timur. Empress Theodoran meninggal pada tahun 548.

 

Pada tahun 551, tentera laut Ostrogot ditewaskan oleh Byzantine. Totila iaitu raja Ostrogoth dibunuh tahun berikutnya oleh Byzantine di bawah eunuch Narses (c. 478-c. 573) di medan tempur Taginae. Pada tahun 553, Narses kemudiannya merampas Naples dan Roma untuk Byzantine dan dilantik sebagai Exarch kepada Itali, iaitu kuasa tertinggi dalam tentera dan perkhidmatan awam. Takhta biskop agong Maximian juga dibangunkan di Ravenna pada tahun ini.

 

Pada tahun 558, Clothar I iaitu anak Clovis bersatu semula dengan orang Frank dan bertahan sehingga tahun 561 apabila ia terbahagi lagi di bawah anak-anaknya iaitu Charibert, Guntram, Sigebert dan Chilperic. Pada tahun 563, Sabbatarian Celtic Missionary Columba membangunkan dirinya endiri di Kepulauan Iona dan mula mengubah orang Picts.

 

Pada tahun 565, Justinian I meninggal dan diganti oleh anak saudaranya iaitu Justin II (578). Orang Lombard kemudiannya menghalau orang Byzantine dari utara Itali ke selatan, tetapi meninggalkan mereka di Ravenna. Audion digantikan oleh anaknya iaitu Albion yang membantu orang Avars, memusnahkan kerajaan Gothic Gepidae di bawah Vistula dan pada tahun 568 mengasaskan kerajaan Lombard di utara dan tengah Itali.

 

Pada tahun 567, raja Visigoth iaitu raja Leovigild (hingga 586) menghalau orang Byzantine dari barat Sepanyol dan menawan seluruh Sepanyol pada tahun 585. Kerajaan Frank juga berpecah di Austrasia kepada Lorraine, Belgium dan sebelah kanan tebing Rhine dan Neustria (Perancis) dan Burgundy.

Pada tahun 570, pengasas Islam iaitu Muhammad dilahirkan. Pada tahun 572, perang antara Persia dan Byzantine berlaku lagi dberlanjutan di bawah pemerintahan Chosroes II selepas belaiu naik takhta pada tahun 590 hingga 628 dan Islam membangun menjelang tahun 632. Menjelang tahun 632, pembahagian politik berlaku dan akhirnya mendorong kepada WW III.

 

Pada tahun 573, anak Clothar iaitu Chilperic dan Sigebert berperang.

 

Padea tahun 590, raja Lombard iaitu Authari diganti oleh Agiluf ( tahun 615) dan paus Pelagius II diganti oleh paus Gregory I yang digelar Agung. Beliau mengistiharkan Empayar Suci Roma. Pada tahun 591, Columbanus (b. 543) tiba di Brittany dari Ireland. Gregory mengutus Augustine sebagai penginjil ke England pada tahun 597 dan membaptiskan Ethelbert di Kent dan memulakan system Katolik di Britain.

 

Menjelang tahun 600, penaklukan Eropah barat berakhir. Pada tahun yang sama, orang Khazar membentuk empayar sendiri antara bawah Volga dan bawah Don. Orang Czechs dan Slovak menetap di Bohemia dan Moravia manakala orang Yugoslav di Serbia. Eropah semakin stabil pada waktu ini. Walaubagaimanapun, salah satu hasil serta-merta dari perkembangan ini adalah apabila sistem mata wang bertukar kepada sistem barter pada tahun 600 dan penyakit cacar memasuki selatan Eropah dari India melalui Asia Minor.

 

Dengan kestabilan yang dilalui oleh Eropah, Trinitarian mengukuhkankan lagi herarki pemerintahan Eropah melalui kuasa orang Frank dan Angles dan juga melalui ketamakan mereka. Pada tahun 600, Gregory memulakan program untuk penukaran agama secara aman bangsa Yahudi. Beliau kemudiannya memperkeanlkan buku bergambar untuk menggantikan alkitab untuk orang buta huruf. Alkitab Gothic ditarikhkan kira-kira dari tahun 351. Alkitab tidak bernilai lagi, dan akhirnya disingkirkan dari pengetahuan umum oleh Roma sehinggalah empayar suci Roma berserakan pada tahun 1850. Pada tahun 603, orang Lombard bertukar menjadi Roman Katolik. Pada tahun 609, Roman Pantheon ditahbiskan sebagai gereja S. Maria Rotunda.

 

Dengan pengukuhan/penyatuan Eropah, Trinitarian kemudiannya berpindah arah ke Asia Minor. Kemaraan Eropah dan Byzantine ini muncul akibat reaksi yang datang dalam betuk Islam.

 

Kekristianan Trinitarian mempengaruhi orang Rusia pada akhir abad ke-10 dari struktur Ortodox Greek di Constantinople. Ia mungkin adalah keputusan politik dengan pandangan fakta bahawa orang Khazar di selatan dan melalui Ukraine ke Eropah adalah semuanya pemelihara hari sabat Unitarian, kedua-duanya Yahudi dan Kristian. Begitu juga dengan orang Bulgar yang datang pada waktu yang sama dengan dengan orang Hun pada abad ke-10. Begitu juga dengan orang Paulician ditempatkan semula di Thrace di bawah Constantine Capronymous pada abad ke-8 dan kemudiannya oleh John Tsimeskes pada abad ke-10 (dipetik dari tulisan ibid. [122]  Sesungguhnya, ianya benar bahawa keputusan dalam system Kristian Eropah berdasarkan kepada pertimbangan politik yang tiada kena mengena dengan iman yang yang diasaskan oleh Yesus Kristus seperti yang dinyatakan dalam teks-teks Alkitab.

 

Menjelang 1260 tahundari tahun 590 hingga 1850, gereja Roman Katolik telah membina asas theology yang salah, berdasarkan falsafah Greek dan sistem peribadatan pagan. Peniruan mereka terhadap kalender pagan menyebabkan Trinitarian mengalami konflik dengan semua suku dan orang yang sudah membaca dan mempelajari Alkitab dan Hukum Allah.

 

Sebagai hasil, untuk melindungi kekuasaannya, ia memperkenalkan sistem penganiayaan dan penindasan secara tempatan dan kebangsaan yang menyebabkan penghapusan jutaan warganegara yang memelihara hukum yang dulunya hidup aman di benua Eropah dan di Asia Minor (kemudiannya di Amerika). Serangan mereka terhadap Timur Tengah dalam apa yang dipanggil sebagai perang salib yang merangsangkan kebencian Islam yang berlanjutan dan merebak di hampir setengah dunia sekarang. Abad ke-20, perang ini dilihat maju menentang warganegara yang bersatu dalam hukum dengan penghapusan dan pembunuhan ramai bangsa Yahudi dan pemelihara hari sabat secara sengaja di Eropah. Perkara ini akan dibincangkan dengan lebih mendalam lagi dalam tulisan Pembinasaan: Meterai Kelima Penganiayaan.

q