Jemaat Jemaat Allah Al Maséhi

 

 

[274]

 

 

 

Sabat Di Dalam Qur’an [274]

 

 (Edition 1.1 19981212-19990921)

 

 

Artikel ini mengkaji apa yang dikatakan Qur'an, atau istilah lainnya Koran, mengenai Sabat.

 

 

 

 

Christian Churches of God

PO Box 369,  WODEN  ACT 2606,  AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

 

(Hakcipta 1998, 1999 Dr. Thomas McElwain and Wade Cox)

(Tr. 2002)

 

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org and http://www.ccg.org

 


Sabat Di Dalam Qur'an [274]


 

Pengenalan

Berikut adalah suatu kajian Sabat hari ketujuh di dalam Qur'an. Ia bermula dengan siasatan beberapa rujukan kepada perkataan Arab sabt, dan diikuti dengan beberapa komen mengenai bagaimana Sabat sebarusnya dipelihara seperti yang diajar Qur’an. Petikan-petikan Qur’an akan diambil dari terjemahan Pickthall kecuali dinyatakan lain.

 

Ada sebab yang baik kenapa kita menkaji mengenai Sabat di dalam Qur’an. Qur’an berasal daripada Timur Tengah, sama seperti Taurat. Kerana itu kita boleh pasti bahawa kedua-dua kitab suci ini akan merujuk kepada topic-topic yang sama dengan pendekatan kebudayaan yang sama. Lebih-lebih lagi, Qur’an menunjukkan adanya hubung-kaitnya dengan Alkitab dalam banyak hal, contohnya di dalam Surah kedua atau bab kedua yang juga bergelar Lembu yang merujuk kepada cerita lembu emas di dalam ayat 67-71 (suatu rujukan berbentuk puisi terhadap lembu merah yang dinyatakan di dalam Taurat). Dengan itu, rujukan ditulis sebagai Q untuk melambangkan Qur’an diikuti dengan nombor bilangan asal bagi Surah dan kemudiannya ayatnya, di sini hasilnya: Q2:42

 

“Dan percayalah kepada apa yang saya utuskan, yang mengenapi apa yang sedia ada denganmu.” (The Holy Qur’an, Islam International Publications Ltd., 1988)

 

Pickthall mengambil ertikata yang satu lagi bagi perkataan sdq, di dalam Q2:42

 

“Dan percayalah kepada apa yang saya tunjukkan, yang mengesahkan apa yang engkau sedia ada (iaitu Firman), dan janganlah menjadi orang pertama yang tidak percaya akan ini, dan jangan pisahkan dirimu daripada wahyu-wahyuKu kerana perkara kecil, dan laksanakanlah tanggungjawabmu bagiKu” (The Meaning of the Glorious Koran, An Explanatory Translation oleh Marmaduke Pickthall, Dorset Press, New York).

 

Yang pasti, memandangkan begitu banyak rujukan sedemikian, Qur’an menyatakan bahawa ia adalah pengesahan dan penggenapan kepada Alkitab.

 

Kekuasaan peraturan keagamaan gereja akan sentiasa bergantung kepada badan agama tersebut. Apabila seseorang itu berhadapan dengan persoalan kepada betapa tepatnya peraturan ini dan sejauh mana ia berasal dari ilham Tuhan, ia akan juga berhadapan dengan kemungkinan berlakunya pengubahsuaian ke atas ajaran yang diwahyukan oleh Alkitab. Pengubahsuaian sedemikian telah dipengaruhi oleh cara penterjemahan dan juga oleh tradisi ulama Yahudi yang berdasarkan kepada cara-cara yang telah digunakan oleh orang Farisi, yang telahpun dikutuk oleh Yesus Kristus. Perubahan-perubahan lain yang sama juga telah diperkenalkan oleh Majlis-majlis Kristian. Perkara yang sama berlaku dalam hal Hadith (atau rekod tradisi) bagi agama Islam. Persoalan mengenai kekuasaan peraturan agama adalah suatu hal yang sangat serius. Alkitab mengajar seperti berikut. Hukum dan para nabi telah diwahyukan oleh Allah melalui satu perantara. Malaikat Yahovah mengutuskannya kepada Musa yang kemudiannya menyampaikannya Hukum  tersebut kepada orang Israel. Allah memperkenalkan kehendakNya melalui suatu perantara kepada Para Nabi di dalam Roh Kudus. Kesemua wahyu haruslah dibandingkan dengan Hukum dan Kesaksian. Jika seseorang nabi tidak mengajar sesuai dengan Hukum dan Kesaksian, maka tiada terang di dalam dia (Yesaya 8:20). Dengan itu Perjanjian Baru haruslah sejajar dengan Hukum dan Nubuat Perjanjian Lama dan menggenapi Perjanjian Lama, bukan bertentangan dengannya. Dengan cara yang sama Qur’an telah diilhamkan untuk menggenapi peraturan Alkitab dan bukannya melawannya.

 

Sebagai kesimpulannya, setiap tulisan Alkitab yang telahpun diasaskan haruslah menjadi dasar kepada penilaian tulisan-tulisan yang baru.

 

Hampir keseluruhan masyarakat keagamaan, berlawanan dengan ajaran Alkitab,  menganggap bahawa Firman yang kemudiannya membatalkan Firman yang datang sebelumnya. Kajian ke atas Alkitab dan Qur’an mengikut cara yang dinyatakan Allah seperti di atas menunjukkan bahawa ajaran mereka masing-masingnya konsisten, secara bersendirian ataupun antara satu sama lain, lantas membuktikan bahawa mereka sah. Firman yang datang kemudiannya bertujuan untuk memberi huraian atau memperluaskan Firman awal, menerangkan sesuatu ajaran itu dalam keadaan-keadaan yang baru yang mungkin tidak difahami kerana perubahan pada kebudayaan atau bahasa dan dalam keadaan kemurtadan. Dengan itu kita membuat penilaian sepertimana yang disebutkan Yesaya 8:20 iaitu melalui Hukum dan Kesaksian. Sesuatu nabi itu haruslah mengajarkan sesuai dengan hukum dan kesaksian, jika tidak ertinya tiada terang di dalam dia. Kerana itu, seluruh Alkitab dan Qur’an dinilai dan diterjemah berdasarkan intipati Taurat iaitu Hukum.

 

Qur’an, ketika ia diwahyukan, memberi kesaksiannya kepada orang Yahudi mengenai kekuasaan Yesus, yang telahpun mereka tolak pada masa Muhammad (AS), dan juga kepada orang Kristian bahawa Yesus bukanlah pihak ketiga di dalam Tiga, iaitu maksudnya sebahagian daripada Trinitas, di mana ini adalah suatu fahaman yang sudah berasas namun masih baru pada masa pemberian Qur’an. Alangkah baiknya jika para Kristian dan Yahudi telah mengkaji dan mendalami Qur’an dengan lebih serius lagi.

 

Sebaliknya pula, seperti yang kita akan lihat nanti, ada baiknya bagi masyarakat Muslim untuk menilai kembali ajaran Qur’an mengenai Sabat. Tradisi Sunni melaporkan bahawa Nabi biasanya melaksanakan dua penyembahan doa Duha di masjid Quba pada pagi Sabtu dan hanya pada pagi Sabtu sahaja. Ada juga tertulis di dalam sejarah mengenai perbuatan yang sama di kalangan para Kalifah. Namun, para Muslim Sunni tidak mengikut teladan Nabi ini. Tradisi Shi’ite pula menganggap Sabat sebagai suatu puasa mustahab (di mana tidak bersalah jika melanggarnya), di mana di dalam tempoh masa ini sebarang perkara yang dilakukan akan berulang pada suatu masa hadapan. Kerana itu, perkahwinan, pengkebumian, dan pemotongan kuku secara lazimnya dijauhi oleh para Shi’ites pada hari Sabat.

 

Rujukan pertama mengenai Sabat (Sabtu) didapati di dalam bab kedua.

 

“Dan sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar di antaramu pada h ari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".  Maka Kami jadikan yang demikian itu peringatan bagi orang-orang di masa itu, dan bagi mereka yang datang kemudian, serta menjadi pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.” Q2:65,66.

 

Ayat ini ditujukan buat orang Yahudi. Peristiwa yang berlaku di sini sering dianggap sebagai peristiwa yang sama yang disebutkan kemudiannya di dalam Surah Ketujuh (Q7:163). Ia merupakan pelanggaran pengambilan makanan, iaitu memancing ikan pada hari Sabat, dan dengan itu bersamaan dengan pelanggaran pemungutan manna pada hari Sabat seperti yang disebut di dalam Keluaran 16.

 

Hukuman kepada pelanggaran ini adalah suatu sumpahan di mana orang-orang ini disebut sebagai kera. Sumpahan ini diperluaskan maksudnya di dalam Q5:60

 

“Katakanlah: Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi dan penyembah berhala (Taghut). Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul.”

 

Mereka yang disebut kera di sini bukan saja melanggar Sabtu, tetapi dengan berbuat demikian mereka melayani berhala. Istilah yang digunakan bagi berhala di sini adalah Taghut, yang bermaksud seseorang yang melepasi batasnya, dalam hal ini batasnya adalah pemeliharaan hari Sabtu. Namun istilah ini secara amnya merujuk kepada Setan, kepada orang yang memesongkan orang lain daripada jalan yang benar, dan kepada sebarang berhala. Pelanggaran Sabat, dalam ertikata lain, dimaksudkan sebagai penyembahan Setan, mengikut pemimpin palsu, dan penyembahan berhala.

 

Walaupun ayat ini ditujukan khasnya bagi orang Yahudi, ayat yang seterusnya memberitahu bahawa ajaran ini bukan hanya untuk mereka. Ianya juga untuk generasi-generasi yang seterusnya. Generasi yang kemudiannya bermaksud bukan saja keturunan orang Yahudi tetapi juga mereka takut akan Tuhan (bertakwa). Dengan itu, ajaran ini adalah bagi sesiapapun yang takut akan Allah, iaitu barangsiapa yang mahu mengikut jalan yang benar. Ramai pembicara mencadangkan bahawa ajaran yang dimaksudkan di sini adalah hukuman terhadap ketidaktaatan, dan bukannya hukuman kerana melanggar Sabat / Sabtu. Dengan itu, perintah untuk memelihara Sabat ini dianggap sebagai ditujukan kepada orang Yahudi sahaja, dan bukan orang lain. Namun, tiada pengajaran yang boleh didapati daripada penghukuman terhadap ketidaktaatan ini, tanpa menyatakan hukum yang dimaksudkan. Ada dua pilihan bagi menterjemahkan hal ini: sama ada ianya melibatkan hukuman kerana melanggar Sabat, atau hukuman kerana melanggar sesuatu hukum yang lain. Tapi tiada lagi hukum lain yang disebutkan di sini. Dengan itu, hukuman terhadap pelanggaran Sabatlah yang menjadi amaran bagi semua yang bertakwa di dalam generasi kita. Jika kita menganggap bahawa perintah Sabat ini tidak melibatkan kita, dan hukumannya tidak melibatkan kita, maknanya sebutan ‘orang yang bertakwa’ ini juga tidak melibatkan kita. Atau dalam kata lain, jika kita menamakan diri kita sebagai orang-orang yang bertakwa, maka perintah Sabat ini meliputi kita, dan begitu juga hukuman terhadap pelanggarannya.

 

Tiada persetujuan dapat dibuat kepada maksud perubahan kepada kera, sama ada ia benar-benar begitu atau sebaliknya. Namun hasilnya sama, tidak kira ianya perubahan fizikal ataupun mental. Sabat telah dikaruniakan bagi pembangunan kerohanian kita melalui penyerahan diri kepada perintah ilahi, dan melalui pembacaan, pendengaran, dan pengajian buku-buku suci di dalam penyembahan. Gagal di dalam penyerahan diri kepada Allah dan tidak memperdulikan berkat-berkat Sabat yang sudah diwahyukan, bererti membuatkan diri bagaikan kera—iaitu membuatkan diri sendiri seolah-olah taat dengan cara meniru dan bukannya dengan pemahaman rohani. Ini tidak bermaksud bahawa kera adalah sesuatu yang tidak baik. Cuma dari segi pandangan manusia, kera disifatkan sebagai mempunyai sikap yang suka meniru. Menjadi kera bermaksud mengikut teladan-teladan keagamaan tanpa memahami atau mendalami maksud rohaninya. Inilah hasilnya kerana tidak memperdulikan Sabat.

 

Rujukan seterusnya mengenai Sabat terdapat di dalam bab empat.

 

“Wahai orang-orang yang telah diberikan Kitab! Berimanlah kamu dengan apa yang telah Kami turunkan (Al-Quran), yang mengesahkan Kitab-Kitab yang ada pada kamu, sebelum Kami menyeksa dengan menghapuskan bentuk muka kamu (sehingga berubah menjadi rata, tidak bermulut, berhidung dan bermata), lalu Kami menjadikannya sama seperti rupa sebelah belakangnya atau Kami melaknatkan mereka sebagaimana Kami telah melaknatkan orang-orang (dari kaum mereka iaitu Yahudi) yang melanggar larangan bekerja pada hari Sabtu dan (ingatlah) perintah Allah itu tetap berlaku.  Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.” Q4:47,48.

Ayat ini juga mengambil peristiwa yang sama sebagai gambarannya, dan ianya diterangkan dengan lebih jelas lagi di dalam bab tujuh. Ia berbeza daripada ayat sebelumnya di mana kini ia ditujukan kepada kedua-dua orang Kristian dan juga orang Yahudi. Kita sudah melihat bagaimana penyembahan tuhan-tuhan palsu telah dikaitkan dengan Sabat, dan di sini hubung-kait ini lebih jelas lagi. Kepadanya ditambahkan satu lagi dosa, dosa ketiga, iaitu penyangkalan terhadap Qur’an. Iaitu bagaimana kenyataan yang dibuat Qur’an mengenai persekutuan Allah dan tanggungjawab semua dalam memelihara Sabat sebagai bukti akan kebenaran ilham Qur’an. Menyangkal Qur’an bermakna meletakkan pada diri sendiri sumpahan yang dikhaskan bagi pelanggar Sabat.  Dengan cara yang sama juga, penerimaan Qur’an bermaksud penerimaan terhadap semua yang memberi kesaksian tentang kebenarannya: iaitu tanggungjawab dalam memelihara Sabat dan dengan tidak mempersekutukan apa jua kepada Allah di dalam Trinitas.

 

Rujukan ketiga mengenai Sabat di dalam Qur’an terdapat di dalam bab empat.

 

“Dan Kami telah mengangkat "Gunung Tursina" ke atas mereka disebabkan (mereka ingkar akan) perjanjian setia mereka (mematuhi hukum-hukum Taurat) dan Kami perintahkan mereka: Masuklah kamu melalui pintu (negeri) itu dengan merendah diri dan Kami juga perintahkan mereka: Janganlah kamu melanggar perintah larangan yang ditentukan pada hari Sabtu dan Kami telah mengambil daripada mereka perjanjian setia yang teguh (yang mewajibkan mereka mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya).” Q4:154

 

Ayat ini ditujukan kepada para Kristian, sepertimana ayat sebelumnya telah nyatakan. Ia adalah sebahagian daripada respon terhadap para Kristian yang telah meminta agar Muhammad (AS) memanggil suatu buku untuk turun dari langit di hadapan penglihatan mereka. Jawapan yang diberi adalah bahawa Allah sudahpun memberikan hukum bersepuluh di Gunung Sinai. Oleh kerana semua ini masih sah lagi, tiada lagi “buku” yang serupa yang akan dikaruniakan kepada manusia. Ayat ini menyimpulkan sepuluh hukum kepada dua perintah. Pertama adalah perintah untuk menyembah sambil merendahkan diri, iaitu secara langsung menyokong hukum kedua. Hukum ini yang menyebut supaya tidak menyembah patung berhala, dalam kata lainnya bermaksud tunduk merendahkan diri terhadap Allah. Perintah kedua yang dimaksudkan adalah berkenaan pemeliharaan hari Sabat/Sabtu. Implikasinya adalah seluruh hukum bersepuluh boleh disimpulkan kepada dua perintah ini, dan hakikatnya bahawa kedua-duanya berhubung-kait antara satu sama lain. Dengan kata lain, tunduk menyembah Allah pada hari Sabat adalah satu kewajipan dan bukan saja merupakan intisari dua perintah ini, tetapi juga kesepuluh hukum. Ini bukanlah satu percubaan untuk mengubahkan istilah Dua Perintah Besar, tetapi cuma menerangkan dua aspek di dalam Perintah Besar Pertama.

 

Perenggan keempat yang menyebut pasal Sabat terdapat di dalam bab 7:163

 

“Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik.”

 

Peristiwa melanggar Sabat sebelum ini dihuraikan dengan lebih jelas lagi di sini. Mengikut tradisi, peristiwa ini berlaku di suatu masyarakat Yahudi yang berdekatan dengan laut pada zaman Daud. Disebabkan ketidakadilan mereka, Allah telah menguji mereka. Dia menyebabkan ikan terperangkap di dalam bendungan mereka pada hari Sabat, tetapi tidak pada hari lain. Jika mereka tidak memasangkan bendungan mereka pada hari Sabat, ini tidak mungkin terjadi. Dengan berbuat demikian, mereka seolah-olah mencabar Allah untuk menghukum mereka. Pada masa yang sama, Allah juga menguji pemeliharaan Sabat mereka dengan hanya membenarkan ikan-ikan datang pada hari itu. Dia pasti tidak berbuat demikian jika mereka taat.

 

Ramai orang yang mengatakan bahawa pemeliharaan Sabat itu adalah suatu perkara yang mustahil. Sebenarnya ia mustahil bagi mereka kerana mereka terlebih dahulu telah menolak pemeliharannya. Dan disebabkan mereka gagal memeliharanya, mereka kehilangan keupayaan rohaniah untuk menghargainya.

 

Pernyataan terakhir mengenai Sabat terdapat di dalam bab 16.

“Sesungguhnya hari Sabtu itu dijadikan (Hari kelepasan yang wajib dihormati) atas orang-orang (Yahudi) yang telah berselisihan padanya dan sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat, tentang apa yang mereka telah berselisihan padanya.” Q16:124

 

Dua lagi versi berbunyi seperti berikut:

 

“Hukuman (punishment) ke atas pelanggaran Sabat hanya melibatkan mereka yang berselisih dengannya dan Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada Hari Kebangkitan berkenaan hal dalam mana mereka berselisih.” (The Holy Qur’an, Islam International Publications Ltd., 1988)

The Qur’an, a new translation oleh Muhammad Zafrulla Khan, Curzon Press, 1971, memberikan terjemahan berikut:

 

“Hukuman (penalty) bagi pelanggaran Sabat hanya melibatkan mereka yang telah berselisih mengenainya, dan Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari Pengadilan berkenaan hal dalam mana mereka berselisih.”

 

Perkataan punishment dan penalty yang digunakan di permulaan ayat ditambah oleh para penterjemah, kerana kedua-duanya dimaksudkan di dalam perkataan ju’ila. Erti ayat ini adalah adanya hukuman bagi pelanggaran Sabat, tetapi ia dikenakan ke atas mereka yang menpertikaikan kewajipan memelihara Sabat. Tambahan lagi, sebagai kesimpulan daripada ayat ini, tiada hukuman ke atas pelanggaran Sabat akan dijatuhkan sebelum hari kiamat/Pengadilan.

 

Ini adalah satu ilustrasi yang baik bagaimana Qur’an menggenapi dan menyempurnakan Alkitab. Di dalam Alkitab kita berhadapan dengan dua masalah. Pertama adalah hukuman bagi pelanggaran Sabat adalah mati. Secara praktiknya, ini tidak dilakukan pada zaman ini.

 

Terjemahan Taurat menunjukkan dengan jelas bahawa Sabat berkekalan dan boleh dikuatkuasakan dengan hukuman maut. Kristus memberi teladan bagaimana perundangan Perjanjian Lama harus diertikan. Dia tidaklah, sepertimana yang dikatakan kebanyakan Kristian, memansuhkan hukum. Lebih penting lagi, Perjanjian Lama menunjukkan bahawa Sabat akan dikuatkuasakan pada zaman seribu tahun pemerintahan Yesus Kristus. Kita tahu daripada Zakharia 14:16-21 bahawa perayaan-perayaan akan diadakan semasa jangkamasa ini dan bahawa hukumannya adalah tiada hujan yang membawa erti hukuman mati melalui kelaparan.

 

Yesaya 66:18-24 juga menunjukkan bahawa pada jangkamasa ini Bulan-Bulan Baru akan dipelihara oleh semua orang di bumi bersama-sama dengan Sabat. Hukum tidak pernah berubah. Untuk mendapat bagian di dalam Israel dan Kebangkitan Pertama, seseorang itu harus memelihara Sabat bagi membolehkannya masuk ke dalam penghakiman.

 

Masa bagi Penghakiman untuk anggota-anggota umat Allah adalah sekarang. Ia telah bermula dengan Jemaat sejak zaman para rasul (1 Petrus 4:17).

 

Qur’an memberi suatu penerangan berkenaan praktisnya pada zaman ini. Ia telah disalah fahami sepenuhnya, juga disalah huraikan oleh Hadis dan juga para Yahudi dan Kristian. Tiada hukuman yang terlihat dijatuhkan pada pelanggaran Sabat. Namun ianya benar-benar wujud dan serta-merta. Jika seseorang individu itu tidak bertaubat dan dibaptiskan dan tidak memelihara Sabat sepertimana juga Muhammad dan empat khalifah yang terpimpin, ia tidak akan masuk ke dalam penghakiman. Dengan itu mereka akan digolongkan ke dalam Kebangkitan Kedua di penghujung Milenium (seribu tahun) dan bukannya pada Kebangkitan Pertama pada permulaan Milenium. Kebangkitan Pertama ini adalah apa yang dimaksudkan di dalam Qur’an sebagai Taman Syurga Pertama. Begitu juga, Kebangkitan Kedua adalah Taman Kedua. Kedua-dua kebangkitan ini terpisah oleh seribu tahun (Wahyu 20:4-13).

 

Hadis membinasakan tujuan Qur’an dan pemahaman sepertimana yang diberikan oleh nabi itu.

 

Qur’an mengikut tatatertib dan ajaran Alkitab. Penghakiman adalah serta-merta. Mereka yang taat dan berserah yang memelihara Sabat (dan Paskah) akan memasuki Penghakiman dan seterusnya Taman Syurga Pertama. Mereka yang tidak berbuat demikian akan dibiarkan ke Hari Penghakiman atau Kebangkitan Kedua, di mana mereka akan melalui sekali lagi seluruh proses pengajaran itu dan berbuat betul kali ini. Pemahaman ini adalah pemahaman dari dahulu dan benar bagi jemaat Allah berdasarkan kepada ayat-ayat di dalam Perjanjian Baru yang mengenalpasti orang saleh Kebangkitan Pertama sebagai mereka yang memelihara hukum Allah dan kesaksian Yesus (Wahyu 12:17; 14:12; 22:14 (KJV); dengan itu hukum dan Sabat menentukan Kebangkitan yang manakah yang akan dialami oleh seseorang itu.

 

Masalah kedua yang dimaksudkan adalah tiada alasan boleh diberikan bagi seseorang itu melambatkan pemeliharaan Sabat. Contohnya, jika ada sesuatu yang menghalang pemeliharaan Sabat pada hari ketujuh, tiada pernyataan di dalam Taurat mahupun mana-mana bahagian Alkitab yang boleh digunakan sebagai sokongan untuk menundanya kepada hari esoknya, sepertimana yang ada bagi Paskah, di mana di bawah keadaan-keadaan tertentu boleh ditunda ke bulan yang berikutnya. Ini bermakna bahawa ada kemungkinannya berlakunya keadaan di mana niat untuk memelihara Sabat tidak dapat dipenuhi sepenuhnya. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini atau dijangkakan, Sabat tidak boleh ditunda ke hari esoknya. Ia harus tetap seperti sediakala, sama ada pemeliharaannya disempurnakan atau tidak. Demikianlah, hukuman dikenakan ke atas mereka yang mempertikaikan tanggungjawab ini. Mereka yang berniat betul untuk memelihara Sabat, tetapi kerana hal-hal tertentu tidak dapat memeliharanya dengan sempurna, tidak dihukum kerana melanggar Sabat.

 

Dengan itu, maka berakhirlah penulisan ini berkenaan ayat-ayat Qur’an yang menyebutkan Sabat dengan jelas. Sabat di dalam Taurat biasanya dikaitkan dengan upacara-upacara yang berkaitan dengan hari keenam. Dalam kisah penciptaan, hari keenam adalah hari di mana manusia telah dicipta, diberkati,

 

dan diperintah untuk beranak-cucu serta menguasai bumi, yang bermaksud berkongsi di dalam sumber makanan bumi ini. Di dalam Qur’an, hari keenam adalah hari yang sama dengan yang disebutkan di dalam Taurat, iaitu hari sebelum Sabat. Ia adalah hari persediaan. Ia mempunyai fungsi khas, di mana yang paling jelas sekali seperti tercatat di dalam Qur’an, adalah perkumpulan untuk sembahyang petang. Namun ini melibatkan suatu isu lain dan dengan itu suatu pelajaran lain.