Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[299A]

 

 

 

 

Perang Dunia III Bahagian I:

Kerajaan Binatang

(Edisi 1.0 20100223-20100223)

 

Naskah ini mengisahkan permulaan waktu Tiga Puluh Tahun terakhir zaman ini sebelum mulanya Milenium di bawah Kristus. Ini meliputi permulaan Perang itu dan penubuhan sistem pemerintahan yang digambarkan dalam Wahyu sebagai Binatang.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta © 2010 Wade Cox)

(tr. 2010)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Kerajaan Binatang



Pengenalan

 

Dalam naskah Tiga Puluh Tahun Terakhir: Perjuangan Akhir (No. 219) (diterbitkan 1997) perkembangan Perang-perang Zaman Akhir dihuraikan. Pergerakan kuasa-kuasa NATO ke dalam negara-negara bekas Soviet Union (untuk konflik di Afghanistan) diperincikan dan begitu juga serangan lanjut Iraq. Dalam pita yang dikeluarkan bersama naskah itu pewaktuan permulaan perang-perang akhirat ii dinyatakan sebagai bermula pada 2001. Seperti yang kita tahu sekarang 9/11/2001 digunakan sebagai dalih untuk serangan Afghanistan dan serangan itu terjadi. Peristiwa 9/11 itu kini rancak dipersoalkan sebagai peristiwa bendera palsu dan adanya panggilan untuk penyiasatan hal itu dengan sebaiknya. Jika ini benar seperti yang kelihatan maka bencana itu akan tercatat sebagai pengkhianatan paling keji terhadap rakyat oleh pentadbirannya sendiri dalam sejarah dunia. Peristiwa-peristiwa akan terus berkembang dari segi itu sehingga semuanya didahului oleh operasi-operasi terancang konflik utama. Situasi ini benar-benar terlalu ngeri untuk fikiran biasa memahami kenyataan sebenar segalanya.

 

Situasi di Afghanistan menyaksikan pangkalan dan kawasan bekalan didirikan di kawasan-kawasan sekeliling dalam bekas negara-negara Soviet iaitu Uzbekistan, Kazakhstan dan juga di Turkmenistan dan Tajikistan. Pembekalan kembali kini dijalankan melalui Baltik dan terus melalui Rusia. Kawasan itu telah menjadi zon perang yang terus meningkat sampai hari ini. Perjanjian Soviet lama telah disahkan kembali dan AS telah terpaksa menutup salah satu pangkalannya tetapi tempat itu secara dasarnya masih merupakan zon perang atas wilayah itu.

 

Tempoh tiga puluh tahun yang disebut dalam naskah No. 219 merupakan padanan waktu Berkabung untuk Musa selama 30 hari dalam Padang Gurun pada akhir Empat puluh tahun sebelum kemasukan ke Tanah Perjanjian. Tempoh ini ialah tiga puluh tahun terakhir daripada empat puluh yobel dalam padang gurun dari 27 CE hingga 2027 CE sebelum kemasukan ke Tanah Perjanjian untuk pemerintahan Mesias dalam Milenium.

 

Pada 19 Mac 2003, di bawah samaran palsu Senjata Pemusnah Besar-besaran (WMD), AS dan “gabungan mereka yang sudi” menyerang Iraq. Semua peristiwa telah berlaku tepat seperti yang kami terbitkan dalam Mesej-mesej Sabat pada waktu sebelum dan sewaktu pencerobohan itu (lihat Mesej-mesej Sabat 2003 et seq. http://www.ccg.org/indonesian/Sabbath/2003/Sabbath2003.htm)

 

Tiada damai dan kestabilan di mana-mana tempat, dan perang itu bakal menghebat. Sudah lebih sejuta orang mati dengan ramai lagi yang bakal menyusuli. Tiada jaminan berikutan perbuatan-perbuatan ini.

 

Semua peristiwa ini memulakan “Perang-perang Zaman Akhir” yang secara berkesannya merupakan satu kebakaran berterusan yang akan dirujukkan dari segi sejarah sebagai PDIII.

 

Alkitab tidak senyap tentang aktiviti-aktiviti ini dan kebanyakan nabi membicarakannya sedikit sebanyak. Rujukan-rujukan nubuatan utamanya terkandung dalam naskah Perang Hamon-Gog (No. 294). Iran juga penting sekali kepada nubuatan-nubuatan ini dan peningkatan itu akan memerangkap Iran dan negara-negara lain. Naskah ini bertujuan memperincikan perkembangan sistem-sistem dunia yang memusat untuk menjelaskan apa Alkitab maksudkan bila ia membincangkan nubuatan, khususnya nubuatan dalam Wahyu, dalam menjelaskan semua yang bakal terjadi pada hari-hari di hadapan kita.

 

Tuhan sudah hampir menangani dunia ini dan pemikiran dan kelakuan jahatnya. Negara-negara Muslim dijangkiti kemunafikan dan kelakuan itu dimaafkan oleh pihak Barat. Semburit berleluasa di kalangan orang Afghan dan umat Islam umumnya, dan khususnya di kalangan para pemimpinnya. Ini dikenali sebagai Bacha Bazi atau pengasuhan dan penyemburitan kaum pemuda dengan sistematik serta latihan mereka sebagai penari dan pelacur atasan. Tuhan tidak membiar diriNya dipermainkan. Keadaan ini akan dihapuskan.

 

Kerajaan Binatang

 

Kita akan perhatikan Kerajaan terakhir Iblis yang kita fahami sebagai Kerajaan Binatang.

 

Kita temui rujukan kepada sistem ini dalam Wahyu bab 13 dan 14. Urutan ini menyusuli dari bab 12, tetapi berlainan daripada urutan itu.

 

Wahyu 12

[1] Maka tampaklah suatu tanda besar di langit: Seorang perempuan berselubungkan matahari, dengan bulan di bawah kakinya dan sebuah mahkota dari dua belas bintang di atas kepalanya. [2] Ia sedang mengandung dan dalam keluhan dan penderitaannya hendak melahirkan ia berteriak kesakitan. [3] Maka tampaklah suatu tanda yang lain di langit; dan lihatlah, seekor naga merah padam yang besar, berkepala tujuh dan bertanduk sepuluh, dan di atas kepalanya ada tujuh mahkota. [4] Dan ekornya menyeret sepertiga dari bintang-bintang di langit dan melemparkannya ke atas bumi. Dan naga itu berdiri di hadapan perempuan yang hendak melahirkan itu, untuk menelan Anaknya, segera sesudah perempuan itu melahirkan-Nya. [5] Maka ia melahirkan seorang Anak laki-laki, yang akan menggembalakan semua bangsa dengan gada besi; tiba-tiba Anaknya itu dirampas dan dibawa lari kepada Allah dan ke takhta-Nya. [6] Perempuan itu lari ke padang gurun, di mana telah disediakan suatu tempat baginya oleh Allah, supaya ia dipelihara di situ seribu dua ratus enam puluh hari lamanya. [7] Maka timbullah peperangan di sorga. Mikhael dan malaikat-malaikatnya berperang melawan naga itu, dan naga itu dibantu oleh malaikat-malaikatnya, [8] tetapi mereka tidak dapat bertahan; mereka tidak mendapat tempat lagi di sorga. [9] Dan naga besar itu, si ular tua, yang disebut Iblis atau Satan, yang menyesatkan seluruh dunia, dilemparkan ke bawah; ia dilemparkan ke bumi, bersama-sama dengan malaikat-malaikatnya. [10] Dan aku mendengar suara yang nyaring di sorga berkata: "Sekarang telah tiba keselamatan dan kuasa dan pemerintahan Allah kita, dan kekuasaan Dia yang diurapi-Nya, karena telah dilemparkan ke bawah pendakwa saudara-saudara kita, yang mendakwa mereka siang dan malam di hadapan Allah kita. [11] Dan mereka mengalahkan dia oleh darah Anak Domba, dan oleh perkataan kesaksian mereka. Karena mereka tidak mengasihi nyawa mereka sampai ke dalam maut. [12] Karena itu bersukacitalah, hai sorga dan hai kamu sekalian yang diam di dalamnya, celakalah kamu, hai bumi dan laut! karena Iblis telah turun kepadamu, dalam geramnya yang dahsyat, karena ia tahu, bahwa waktunya sudah singkat." [13] Dan ketika naga itu sadar, bahwa ia telah dilemparkan di atas bumi, ia memburu perempuan yang melahirkan Anak laki-laki itu. [14] Kepada perempuan itu diberikan kedua sayap dari burung nasar yang besar, supaya ia terbang ke tempatnya di padang gurun, di mana ia dipelihara jauh dari tempat ular itu selama satu masa dan dua masa dan setengah masa. [15] Lalu ular itu menyemburkan dari mulutnya air, sebesar sungai, ke arah perempuan itu, supaya ia dihanyutkan sungai itu. [16] Tetapi bumi datang menolong perempuan itu. Ia membuka mulutnya, dan menelan sungai yang disemburkan naga itu dari mulutnya. [17] Maka marahlah naga itu kepada perempuan itu, lalu pergi memerangi keturunannya yang lain, yang menuruti hukum-hukum Allah dan memiliki kesaksian Yesus. Dan ia tinggal berdiri di pantai laut.

 

Dalam bab 12 kita lihat konflik Kristus dan Iblis dan selepas itu penganiayaan perempuan yang melahirkan seorang anak lelaki. Ini ialah Jemaat Tuhan yang tinggal dalam bangsa Yehuda dan Lewi iaitu sisa bangsa Israel. Bangsa Israel ialah hak lahir Mesias dan daripadanya dia lahir (lihat Ulangan 32:8dst). Perempuan itu ialah bangsa-bangsa hak lahir yang membentuk Israel Tuhan, dan intinya dibentuk oleh nabi-nabi Tuhan. Perempuan ini dan nabi-nabi Kitab Suci membentuk Jemaat-jemaat Tuhan sepanjang waktu Perjanjian Lama dan Empat puluh Yobel di Padang Gurun dari 27 CE sampai 2027 CE. Mereka harus menempuhi 1260 hari nubuatan/tahun ini yang disebut dalam teks ini. Tempoh ini menunjukkan perkembangan sampai kelahiran Mesias dan selepas itu kematiannyata dan kenaikannya ke dalam syurga. Urutan dalam bab 12 ini terbahagi kepada dua bahagian. Kedua-duanya membabitkan penganiayaan jemaat oleh Iblis. Dua tempoh 1260 hari itu menunjukkan kita berdepan dengan tempoh 1260-tahun hari sebagaimana biasa bagi nubuatan dan juga urutan kedua iaitu satu masa, dua masa dan setengah masa (1260 hari atau tiga setengah tahun). Ini diulangi, menunjukkan dua tempoh taip-antitaip yang berbeza antara satu sama lain dalam tempoh penganiayaan. Bahagian pertama adalah ketika jemaat dan juga Yehuda dibawa ke dalam padang gurun. Bangsa itu juga diserakkan dan dianiaya kerana itu. Ia masih merupakan pusaka Mesias dan di dalam tubuh ini adanya gen-gen anak-anak Tuhan masa depan di bawah Kristus. Tetapi mereka belum lagi boleh dipanggil begitu. Kebanyakan mereka sebenarnya bangsa lain, dan bukan Yahudi atau Lewi, dan mereka juga bergantung pada Kristus untuk keselamatan.

 

Ramai keturunan Israel dan anak cucu Daud tersembunyi dalam garis silsilah bangsa lain. Orang Celt dan Anglo-Saxon Eropah dan Kepulauan British mengandungi anak cucu Israel dan golongan perempuan pula telah berkahwin campur sehingga bangsa-bangsa ini merupakan anak cucu Israel, dan ramai yang merupakan anak cucu keluarga Kristus. Ramai orang ini ialah Desposyni, atau mereka yang milik Tuan [Kristus], yang sistem agama pelacur telah gagal hapuskan (lihat naskah Asal Genetik Bangsa-bangsa (No. 265) dan juga naskah-naskah berkaitan dengannya, Perawan Mariam dan Keluarga Yesus Kristus (No. 232) dan Orang Hittite dalam Keluarga Daud (No. 067C)).

 

Selepas tempoh kedua 1260 hari kita perhatikan perang diadakan ke atas sisa keturunan perempuan itu. Ini ialah mereka yang menuruti hukum-hukum Tuhan dan memiliki kesaksian Yesus (KJV). RSV mengatakan memberi kesaksian tentang Yesus namun itu bukan pengertian teks itu. Concordant Literal NT menafsirkan teks itu sebagai “yang memiliki Kesaksian Yesus.” Marshall’s Greek English Interlinear menafsirkan bahasa Yunani itu sebagai: “dan memiliki kesaksian Yesus,” iaitu erti sebenarnya, juga seperti ditafsirkan oleh Concordant Literal NT. Wahyu 14:12 mengenal pasti umat pilihan sebagai mereka yang menuruti perintah Tuhan dan Iman Yesus yang serupa dengan tafsiran Concordant dalam Wahyu 12:17.

 

Dengan itu kita boleh jangkakan, daripada Wahyu 12, satu tempoh 1260 tahun  penganiayaan Jemaat-jemaat Tuhan. Kita lihat penganiayaan ini terjadi dari 590 CE sampai 1850 sepanjang pembentukan dan kematian Kerajaan Rom Suci di semua kawasan yang diperintah jemaat Trinitarian. Banyak kisah luka ini dibincangkan dalam naskah Peranan Perintah Keempat dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah (No. 170) dan juga dalam naskah Distribusi Umum Jemaat-jemaat Pemelihara Sabat (No. 122). Lihat naskah Pasitan di Britain: Empat puluh Dekad untuk Pertaubatan (No. 290B).

 

Waktu penganiayaan hebat berikut terjadi daripada Kerajaan (Reich) Ketiga di bawah Hitler. Sistem kem di seluruh Eropah menyaksikan golongan Pemelihara Sabat dianiaya di serata Eropah bersama-sama dengan pengikut Yudaisme dan banyak lagi kumpulan dan orang. Sistem Saksi Yehovah juga terperangkap dalamnya tetapi itu tidak ditujukan khusus pada mereka. Penganiayaan ini berlangsung dari 1941 hingga 1944 dan pembunuhan besar-besaran berakhir di Eropah dengan kekalahan Nazi Jerman dan penghentian penganiayaan di Eropah Barat, tetapi fasa seterusnya bermula dan sistem di bawah Iblis meneruskan penganiayaan orang kudus di Eropah Timur sampai gulag Siberia. Penganiayaan ini terus berlaku dan tidak pernah berhenti di bawah sistem agama dunia itu. Tujuannya adalah untuk menindas iman dan kebenaran Injil Kerajaan Tuhan dan akhirnya memusnahkan jemaat dan semua dalamnya. Jika Kristus tidak kembali untuk menyelamatkan manusia tiada yang akan tinggal hidup. Kristus kembali untuk menyelamatkan mereka yang tidak sabar-sabar menunggunya. Itu termasuk mereka yang sungguh-sungguh diperdaya oleh sistem iblis itu namun menyandarkan segala harapan mereka pada kepulangan Mesias.

 

Penganiayaan ini berterusan sampai akhirnya. Iblis dan sistem agamanya akan cuba menghapuskan seluruh umat pilihan yang ditentukan dari semula dengan panggilan Tuhan. Orang-orang ini termasuk mereka yang merupakan orang Yahudi dan Lewi dan orang Semit lain sekarang yang mengatakan mereka Yahudi tetapi bukan, dan semua bangsa lain, yang kebanyakannya bukanpun orang Semit. Orang-orang ini khususnya mudah diserang sebab mereka belum lagi dibaptiskan ke dalam badan Kristus dan dengan itu dapat dibunuh melainkan mereka dikhususkan untuk dipanggil ke dalam Jemaat Tuhan. Kumpulan-kumpulan utama orang yang dimaksudkan untuk dimusnahkan ialah bangsa-bangsa lain Israel yang bukan sebahagian daripada Yehuda dan Lewi dan terserak di serata dunia. Semua ini kebanyakannya bahagian utama Bangsa Israel.

 

Bangsa Israel sebenarnya ditandakan oleh kumpulan super IJ malah kebanyakannya ialah Hg I seperti diterangkan dalam naskah Asal Genetik Bangsa-bangsa (No. 265). Untuk menyembunyikan fakta itu ahli evolusi telah mengawalkan tarikh Hg I itu kepada 30,000 tahun dan menyatakannya proto Semit setelah kami menunjukkan I dan J merupakan satu kumpulan super Hg IJ dan para saintis membuktikannya daripada hubungan-hubungan S2 dan S22. Hg J ialah satu divisi Hg I.

 

Agama Binatang

 

Sistem Zaman Akhir juga merupakan satu sistem dua ganda daripada badan Iblis dan membabitkan Bani Syurgawi Derhaka dan para pengikut setia Iblis dan pimpinan bumi mereka sekarang. Orang-orang ini akan cuba menghapuskan semua yang merupakan sebahagian daripada bangsa-bangsa Israel dan untuk berbuat demikian mereka harus mendirikan satu sistem dunia yang mampu berkuasa penuh dan dapat memaksa ibadat umum Iblis dan sistemnya. Kebanyakan pengikut setia Iblis tidak mengerti yang mereka akan mati kalau bukan sebab campur tangan Kristus dalam hari-hari terakhir ini.

 

Kita perhatikan bahawa sistem ini digambarkan sebagai satu binatang dan disembah kerana Naga itu telah memberinya kuasa dan takhta dan kekuasaan besarnya. Disebabkan kuasa yang dapat diberikannya, orang-orang sistem ini menyembah Naga Merah yang telah membawa sepertiga Angkatan Syurgawi bersamanya dan mereka telah dibuang ke bumi bersamanya juga.

 

Wahyu 13

[1] Lalu aku melihat seekor binatang keluar dari dalam laut, bertanduk sepuluh dan berkepala tujuh; di atas tanduk-tanduknya terdapat sepuluh mahkota dan pada kepalanya tertulis nama-nama hujat. [2] Binatang yang kulihat itu serupa dengan macan tutul, dan kakinya seperti kaki beruang dan mulutnya seperti mulut singa. Dan naga itu memberikan kepadanya kekuatannya, dan takhtanya dan kekuasaannya yang besar. [3] Maka tampaklah kepadaku satu dari kepala-kepalanya seperti kena luka yang membahayakan hidupnya, tetapi luka yang membahayakan hidupnya itu sembuh. Seluruh dunia heran, lalu mengikut binatang itu. [4] Dan mereka menyembah naga itu, karena ia memberikan kekuasaan kepada binatang itu. Dan mereka menyembah binatang itu, sambil berkata: "Siapakah yang sama seperti binatang ini? Dan siapakah yang dapat berperang melawan dia?" [5] Dan kepada binatang itu diberikan mulut, yang penuh kesombongan dan hujat; kepadanya diberikan juga kuasa untuk melakukannya empat puluh dua bulan lamanya. [6] Lalu ia membuka mulutnya untuk menghujat Allah, menghujat nama-Nya dan kemah kediaman-Nya dan semua mereka yang diam di sorga. [7] Dan ia diperkenankan untuk berperang melawan orang-orang kudus dan untuk mengalahkan mereka; dan kepadanya diberikan kuasa atas setiap suku dan umat dan bahasa dan bangsa. [8] Dan semua orang yang diam di atas bumi akan menyembahnya, yaitu setiap orang yang namanya tidak tertulis sejak dunia dijadikan di dalam kitab kehidupan dari Anak Domba, yang telah disembelih. [9] Barangsiapa bertelinga, hendaklah ia mendengar! [10] Barangsiapa ditentukan untuk ditawan, ia akan ditawan; barangsiapa ditentukan untuk dibunuh dengan pedang, ia harus dibunuh dengan pedang. Yang penting di sini ialah ketabahan dan iman orang-orang kudus. [11] Dan aku melihat seekor binatang lain keluar dari dalam bumi dan bertanduk dua sama seperti anak domba dan ia berbicara seperti seekor naga. [12] Dan seluruh kuasa binatang yang pertama itu dijalankannya di depan matanya. Ia menyebabkan seluruh bumi dan semua penghuninya menyembah binatang pertama, yang luka parahnya telah sembuh. [13] Dan ia mengadakan tanda-tanda yang dahsyat, bahkan ia menurunkan api dari langit ke bumi di depan mata semua orang. [14] Ia menyesatkan mereka yang diam di bumi dengan tanda-tanda, yang telah diberikan kepadanya untuk dilakukannya di depan mata binatang itu. Dan ia menyuruh mereka yang diam di bumi, supaya mereka mendirikan patung untuk menghormati binatang yang luka oleh pedang, namun yang tetap hidup itu. [15] Dan kepadanya diberikan kuasa untuk memberikan nyawa kepada patung binatang itu, sehingga patung binatang itu berbicara juga, dan bertindak begitu rupa, sehingga semua orang, yang tidak menyembah patung binatang itu, dibunuh. [16] Dan ia menyebabkan, sehingga kepada semua orang, kecil atau besar, kaya atau miskin, merdeka atau hamba, diberi tanda pada tangan kanannya atau pada dahinya, [17] dan tidak seorangpun yang dapat membeli atau menjual selain dari pada mereka yang memakai tanda itu, yaitu nama binatang itu atau bilangan namanya. [18] Yang penting di sini ialah hikmat: barangsiapa yang bijaksana, baiklah ia menghitung bilangan binatang itu, karena bilangan itu adalah bilangan seorang manusia, dan bilangannya ialah enam ratus enam puluh enam.

 

Urutan ini juga berhubungan dengan nubuatan-nubuatan Perjanjian Lama dalam Daniel khususnya daripada bab 2 dan berikutnya yang mana kita lihat patung emas itu berterusan melalui kerajaan-kerajaan orang Babel, orang Media dan Persia, orang Yunani dan cabang-cabangnya. Kaki besi ialah Kerajaan Rom dan terus kepada Kerajaan Rom Suci yang menggantinya. Sistem agama ini ialah tapak kaki besi dan tanah liat dan kerajaan itu bertahan kuasanya sampai 1850 walaupun sudah dibubarkan oleh Napoleon pada 1809. Ini dipulihkan kembali pada 1815 dan bertahan kuasanya sehingga 1850 dengan revolusi-revolusi dan akhirnya dibubarkan sepenuhnya pada 1872. Kerajaan itu kemudiannya tidur tetapi berkomplot dengan negara-negara Eropah untuk menghapuskan keturunan perempuan itu dan masih berbuat demikian.

 

Sepuluh jari kaki adalah sebahagian daripada sistem itu tetapi sistemnya timbul dalam Zaman Akhir sebagai satu sistem baru yang mempunyai kedua-dua besi dan tanah liat, tetapi lebih berbagai-bagai lagi dan, sebab jari-jari kaki itu lebih kecil, kerajaannya lebih sekejap waktunya. Cabang Kerajaan Rom Suci ini, yang di dasarnya ialah suatu sistem agama yang berzina dengan raja-raja bumi di bawah pemerintahan Iblis, merupakan sistem agama Babel dan menguasai dunia sebagaimana sistem Rom dan Rom Suci sebelumnya. Ini muncul pada Perang Dunia II di bawah Hitler sebagai sebuah sistem quasi-Pagan yang menggunakan struktur agama Eropah, Katolik dan Protestan berdua. Ini hampir berjaya tetapi tidak cukup sampai. Struktur formal Binatang tidak diizinkan memerintah begitu awal sebab ini tentu telah menghapuskan semua orang melainkan Mesias diutus pada peringkat awal itu. Ini tentunya bererti satu waktu yang sama panjangnya pada akhir Milenium dan itu maknanya terlalu banyak kerosakan pada waktu itu. Justeru dia tidak dibenarkan menjayakan Kerajaan Binatang terakhir ini sehinggalah Zaman Akhir ini.

 

Waktu itu sudah tiba untuk kita. Kita berada dalam waktu Wahyu 13. Kerajaan Binatang sudah hampir ditubuhkan dan diberikan kuasa. Kuasa ini terbentuk dengan dua cara.

 

Mula-mula satu sistem Kedaerahan dibentuk. Raja Utara Terakhir dalam Kitab Daniel terbentuk daripada Kerajaan Sepuluh Jari Kaki. Ini terjadi selepas pelemahan dan perebutan sistem AS oleh kumpulan-kumpulan pengikut iblis pagannya. Ini dikepalai oleh Kesatuan Eropah yang berpusat pada Kelab Rom yang ditubuhkan sejak Mac 1957. PBB (UN) digunakan sebagai tudung bagi birokrasi pemerintahan dunia ini.

 

50 tahun (atau satu yobel) persiapan sistem itu berakhir pada Paskah 2007. Ini kemudian mula muncul. Pada 2009 negara terakhir di Eropah mensahkan Protokol Lisbon apabila Czechoslovakia menandatangan. United Kingdom akan mengumumkan hasratnya untuk sama ada memberi rakyat British suatu referendum atau tidak. Jika pihak Konservatif menyokong referendum maka kemungkinan sekali mereka akan menerima jawatan itu. Rakyat British mungkin menolak untuk menyertainya dan menarik diri. Ini sekarang sebahagian daripada satu Birokrasi Pan Eropah yang bukan kerajaan terpilih dari segi demokrasi.

 

Pendaerahan ini memerlukan AS menjadi sebahagian daripada suatu Kesatuan Amerika Utara. Untuk itu kuasa telah diberikan kepada orang komunis China oleh penganut Iblis dalam pentadbiran Amerika. Presiden Carter memindahkan penguasaan efektif Terusan Panama dan orang China kini sedang mendirikan pangkalan-pangkalan untuk angkatan bersenjata di Panama. Maklumat penting diserahkan kepada mereka oleh Presiden Clinton. Isterinya kini merupakan Setiausaha Negara AS. Pihak China akan mendaerahkan Pasifik. Konflik ini bakal menjadi titik lemah sistem itu dan akan menyebabkan perang yang berlanjutan.

 

Sesudah pendaerahan seharusnya ada penguasaan pemerintahan secara keseluruhan oleh satu kumpulan pemerintah tunggal. Sistem pemerintahan ini sedang dibentuk sekarang dan persetujuan draf yang disebarkan daripada kemuncak Copenhagen yang gagal itu akan menetapkan kerangka untuk itu. Tiada apa-apa ditandatangani di Copenhagen pada 2 Disember 2009 tetapi ini akan terjadi dari 2010 seterusnya. Draf PBB (UN) ada di laman web mereka dan semua yang tahu mengenainya sedang menyembunyikannya daripada para pemilih mereka sendiri. Ini ialah Persetujuan Kerangka Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim. Ini bermaksud untuk merebut penguasaan pemerintahan, ekonomi dan infrastruktur dunia.

 

Pakatan Dunia Baru (NWO, New World Order), iaitu Kerajaan Binatang Zaman Akhir alkitabiah, mempergunakan doktrin rekaan bahawa aktiviti manusia menyebabkan Pemanasan Global sedangkan nyata diketahui bahawa Pemanasan Global bersifat kitaran dan terjadi lebih kurang tiap 1000 tahun dan berlangsung selama kira-kira lima abad dan selepas itu menyejuk kembali (lihat naskah Pemanasan Global – Kitaran-kitaran Sejarah (No. 218b)). Masyarakat saintifik bersalah dari segi penipuan dan salah laku nyata dalam penanganan mereka akan sains isu ini dalam semua aspek penjelasannya. Ahli-ahli falsafah lebih teruk lagi dalam sikap pengecut mereka yang mempersetujui bohong oportunistik ini. Gerakan Alam Sekitar ini yang bersandar pada doktrin-doktrin iblis iaitu vegetarianisme dan pelarangan perkahwinan untuk memusnahkan keluarga merupakan agama baru Pakatan Dunia Baru itu. Ini didasarkan pada bohong dan doktrin iblis setan (lihat naskah Doktrin Iblis Setan dalam Zaman Akhir (No. 48) dan juga Vegetarianisme dan Alkitab (No. 183)). Panel Antarabangsa mengenai Perubahan Iklim (IPCC) ialah sumber penipuan dan propaganda untuk Binatang yang disusun PBB itu yang akan akhirnya menguasai dunia. Sesetengah ahli sains baru sekarang mula sedar akan propaganda mengejutkan yang dipakai untuk menipu seluruh dunia. Sesiapa yang menentang bohong itu dikutuk dengan propaganda dan fitnah.

 

Pelacur dan anak-anak perempuan sundalnya itu akan cuba menggunakan Agama Alam Sekitar ini dan dasar evolusinya tetapi akan akhirnya dibinasakan olehnya. Kami akan menjelaskan urutan itu kemudian nanti dalam siri ini.

 

Sistem politik Australia tahu mengenainya tetapi tiada mana-mana pihak dewan yang mahu membincangkannya ataupun memberitahu rakyat umum Australia. Mereka tahu mengenainya sebab kami membangkitkannya dengan beberapa senator dan menteri pembangkang terkemuka dan hanya satu jabatan saja menjawab. Mereka mengaku ini satu ancaman kepada kedaulatan negara dan hak milik peribadi. “Skim untuk susunan institusi baru di bawah Persetujuan itu” yang bermula pada mukasurat 18 mengandungi peruntukan untuk sebuah “kerajaan.” Tujuannya adalah untuk memberi satu badan PBB yang baru dan belum dinamakan, kuasa untuk campur tangan secara langsung dalam hal-hal kewangan, ekonomi, cukai dan alam sekitar semua negara yang menandatangani perjanjian itu (lihat juga artikel WSJ oleh Janet Albrechtsen di:

http://online.wsj.com/article/SB10001424052748703574604574500580285769074.htm).

 

Tuan Christopher Monckton menarik perhatian kepada hal ini dalam ucapan videonya yang disenaraikan dalam YouTube. Walaupun dia mengabaikan waktu-waktu panas yang berturut-turut sebelum Waktu Panas Zaman Pertengahan (MWP) dia memang mengakui fakta itu tetapi menuruti hujah yang menuntut waktu sejuk baru. Suatu pembekuan memang akan terjadi dalam jangka pendek dalam Arus Teluk, tetapi ini tidak akan menghalang mulanya Pemanasan Global untuk Waktu Panas Milenium yang baru.

 

Senang hati kami melihat bahawa di Canberra di kelab Akhbar Kebangsaan pada 3 Februari 2010 dalam pengenalannya kepada Christopher Monckton di situ Profesor Plymmer akhirnya merujuk kepada Waktu Panas Rom yang kami telah cuba buatkan mereka faham dan akui. Liputan akhbar untuk ucapan itu oleh ABC telah disangkal dengan keterangan salah dan komen bebal oleh pihak lain yang ditambah kepada laporan itu untuk menafikan apa yang dikatakan. Orang-orang ini sama ada betul-betul tidak berpengetahuan atau merupakan sebahagian masalah itu dan tidak peduli apa yang benar. Apa yang dikatakan sains hujahan itu terdiri daripada penipuan-penipuan sistematik secara terus-menerus dan perlahan-lahan orang umum mula sedar akan apa yang telah dilakukan kepada mereka.

 

Seluruh perjanjian PBB itu bertujuan untuk mendirikan organisasi baru ini dan untuk menguasai aliran tunai kewangan dan sememangnya mendorong mereka dengan memaksa negara-negara maju untuk membayar hutang penyesuaian kepada negara-negara membangun untuk kononnya menyokong pengurangan perubahan iklim. Klausa 33 (ms 39) mengatakan bahawa “menjelang 2020 skala aliran kewangan untuk menyokong penyesuaian dalam negara-negara membangun haruslah [sekurang-kurangnya $67 bilion] atau [dalam lingkungan $70 bilion hingga $140 bilion tiap tahun]” (ibid.). Mereka akan mengumpulkan wang itu daripada negara-negara maju seperti AS, Australia, Britain dan Kanada dengan cara seperti pilihan 7 pada mukasurat 135, yang memperuntukkan “cukai [global] 2 peratus pada transaksi [kewangan] pasaran kewangan antarabangsa kepada pihak-pihak Annex I.” Negara-negara Annex I ialah negara-negara berindustri. Mereka berharap untuk mendapatkan majoriti negara-negara membangun PBB untuk menandatangani perjanjian itu dan selepas itu menggunakan komiti PBB untuk memaksa peraturan-peraturan itu pada negara-negara maju yang cukup bodoh untuk menandatangan perjanjian itu. Sesudah menandatangan tiada sesiapapun dapat keluar daripadanya melainkan setiap penandatangan setuju, yang pasti mustahil. Dokumen ini dalam bentuk terakhirnya akan menjadi dasar pemerintahan dunia.

 

Suatu siri krisis sedang direncanakan dari 2010, menyusuli apa yang dipanggil Krisis Kewangan Global (GFC) untuk meyakinkan dunia untuk menyerahkan kuasa kepada badan ini yang akan memperhambakannya. Kesatuan Eropah tidak boleh dibiarkan menguasainya dengan Euro dan dolar AS juga tidak boleh jadi mata wang perantaraannya. Semua keruntuhan kewangan hanya bermaksud mendaerahkan mata wang dalam jangka waktu pendek supaya satu sistem dunia terakhir berasaskan Hak Pengambilan Istimewa (SDR) dapat dilaksanakan dan semua orang dikuasai oleh satu sistem terkawal saling berkait. Keruntuhan terencana negara-negara Kesatuan Eropah seperti Portugal, Ireland, Itali, Greece dan Sepanyol (PIIGS) hanya sebahagian konsolidasi kewangan Kuasa Binatang itu.

 

Konspirasi umum untuk menubuhkan Pakatan Dunia Baru itu wujud untuk dilihat semua dan ada di laman web PBB. Bagaimanapun, fasa penyangkalan sedang berlangsung yang mana konspirasi antarabangsa itu disangkal, walaupun mereka sedang melaksanakannya. Penggunaan disonans kognitif sudah biasa bagi jenis indoktrinasi ini. Idea adanya konspirasi antarabangsa diketawakan dan sesiapa yang mengusulkan bahawa ini ialah agenda sayap Kiri diserang sebagai “orang aneh sayap Kanan” atau “Gila” atau jika seseorang merujuk kepada Nubuatan Alkitab mereka dilabel sebagai “Gila Agama.” Apa yang menyedihkan ialah para sosialis antarabangsa ini akan mendapat benda yang mereka ingini dan sesudah mendapatnya mereka akan menerima angin badainya dan dibinasakan oleh apa yang mereka bantu jadikan. Ini sememangnya satu sistem fasis penguasaan dunia yang akan bertindak sebagai ekonomi terkawal tetapi jauh daripada firdaus hebat bagi pekerja yang mereka fikir mereka usahakan. Proses sama penyangkalan dan pengenalan secara diam-diam sudah sempurna dan digunakan terhadap jemaat-jemaat Tuhan untuk mendiamkan mereka dan menghancurkan kemampuan mereka terhadap kritikisme. Jemaat-jemaat Tuhan sudah pernah melalui semuanya dan seharusnya dapat mengenali apa yang sedang dilakukan kepada mereka. Ramai daripada jabatan pendeta sebenarnya mendukung atau menyokongnya.

 

Dana pencen (pensiun) sedang dihancurkan dan keberuntungan syarikat sedang dirosakkan sebagai sebahagian krisis yang berterusan itu.

 

Memang hakikatnya bahawa institusi-institusi PBB dan semua rekomendasi polisi mereka nyata sekali kurang diteliti. Institusi PBB atau antarabangsa sebegitu tidak mempunyai tentangan kekal sama yang berkembang melalui sistem parlimen. Mereka beroperasi dalam kerahsiaan yang tidak diawasi.

 

Birokrasi-birokrasi kekal institusi-institusi ini makin lama makin dimasuki para aktivis sayap Kiri. Mereka kemudian mengubah peranan mereka daripada pentadbir neutral kepada badan-badan penganjur polisi yang menasihati kerajaan-kerajaan mengenai apa yang mereka harus lakukan dan bagaimana mereka patut memerintah.

 

Mereka telah mendapatkan para sosialis sayap kiri dunia. Australia ialah satu contoh menyedihkan. Di konferens iklim Copenhagen itu, ada dilaporkan bahawa kira-kira 30,000 daripada 45,000 wakil berdaftar merupakan aktivis sayap Kiri-Hijau yang mendorong satu persetujuan PBB yang cuba menyeret kapitalisme ke dalam kerangka pengaturan berdasarkan prinsip-prinsip alam sekitar. Australia membawa sekumpulan 114 wakil pengikut.

 

Institusi-institusi PBB mendorong perdebatan tidak jujur itu mengenai perubahan iklim. Rakyat umum Australia telah diperdaya hingga memperdebatkan bagaimana untuk memperkenalkan cukai-cukai neutral bukan-hasil yang amat besar dan peraturan-peraturan yang akan membahayakan daya saing globalnya. Ini gila. Ahli-ahli politik perlu disingkir daripada jabatannya tetapi Alkitab jelas bahawa Iblis akan mengadakan sistem ini. Ini akan terjadi pada masa terdekat. “Orang-orang bodoh sesuai” ini daripada Pakatan Dunia Baru akan menjual dunia ke dalam perhambaan tanpa memahami sepenuhnya apa yang mereka lakukan.

 

PBB bukan saja prihatin dengan Perubahan Iklim. Mereka menginginkan penguasaan birokratik menyeluruh atas pemakanan dan makanan berdasarkan data palsu mengenai kesihatan dan ubat-ubatan.

 

Para aktivis dan teman-teman pengembara akademik mereka mahukan persetujuan kerangka untuk cuba mengikat negara-negara dari segi bagaimana mereka memberi servis kesihatan dan mengawal atur pemakanan makanan. Mereka membuatnya di bawah samaran menangani kegemukan dan peminuman berpesta, dan selanjutnya meminggirkan perokok dan seterusnya.

 

Rakyat umum tidak memahami betapa besarnya politikisasi institusi-institusi antarabangsa. Justeru para aktivis itu biasa menyebut rekomendasi PBB untuk menyokong pembatasan kebebasan-kebebasan yang kita pandang remeh.

 

Apa yang dipanggil kerangka politik “Liberal” telah gagal untuk menangani pihak sayap Kiri ini dalam struktur-struktur antarabangsa dan mereka sudah mundur sebelumpun mereka sedar apa yang dibuat kepada mereka. Sayap Kanan baru saja mula sedar akan apa yang telah dilakukan kepadanya tetapi sekarangpun tidak menyedari betapa besarnya hal ini, dan kini sudah terlalu lambat. Kumpulan-kumpulan sayap Kanan dan Liberal di AS bergabung dalam kepimpinannya untuk mengkhianati AS dan Demokrasi Barat serta perusahaan swasta.

 

Sistem PBB telah disediakan oleh Roosevelt dan Stalin di Yalta dan ini tidak pernah dihalang sejak itu. Iblis setan ini telah menjual dunia menjadi hamba.

 

Tujuannya ialah perbudakan menyeluruh dunia di bawah apa yang mereka fikir satu model sosialis Fabian. Hasilnya nanti ialah kebinasaan menyeluruh.

 

Ini bukan konflik benda yang dipanggil kebebasan dan nilai-nilai demokratik lawan ekonomi-ekonomi terkawal negara sosialis yang kebanyakan orang bodoh sedia ada ini fikir mereka usahakan. Inilah institusi terburuk yang manusia pernah lihat atau akan melihat. Ini dikawal oleh kuasa-kuasa iblis yang tujuan tunggalnya adalah untuk menghapuskan manusia dan para penganut Satanis itu terlalu bodoh untuk sedar mereka ialah mangsa terakhir dalam urutan direncana itu. Para perencana NWO mempergunakan orang bodoh sedia ada daripada semua lapisan masyarakat. Kelompok vegan (pemakan sayuran) menyokongnya supaya mereka boleh menguatkuasakan penyimpangan mereka pada masyarakat selebihnya. Orang komunis fikir mereka akan mendapat utopia mereka. Para pencinta alam fikir mereka akan menyelamatkan planet ini daripada masalah yang hakikatnya mereka tiada kuasa atasnya. Pengurus-pengurus bank bertujuan mengambil alih segala kewangan dunia dan memperhambakan dunia selebihnya. Kelompok Satanis mentaati iblis setan yang sebenarnya memandang rendah mereka dan bermaksud untuk membinasakan mereka. Mereka menguasai pelacur itu dan bermaksud untuk memusnahkannya. Mereka akan mencapai ini menjelang 2025 dan berbilion-bilion akan mati.

 

Inilah Pakatan Dunia Baru Kerajaan atau Empayar Binatang. Seluruh dunia akan menyerahkan kuasa mereka kepada Binatang ini. Ini akan dikawal di sebalik tabir oleh satu kumpulan kewangan yang dianggotai bank-bank Rizab (bank cadangan) milik kartel dan tiada negara yang akan dapat mengawal kedaulatan atau nasib kewangannya sendiri, sama sebagaimana AS tidak mampu lakukan sekarang. Negara-negara membangun akan ditipu untuk bersetuju, menganggap mereka akan beruntung tetapi mereka akan diperhambakan olehnya dan hanya sedikit saja akan beruntung dalam tempoh singkat sampai mereka sendiri dihancurkan. Teknologi moden akan digunakan untuk mengawal semua orang dan mimpi ngeri Orwell akan menjadi nyata, hanya lebih buruk daripada apa yang dibayangkannya. Teknologi itu sudahpun ada. Pergilah ke Facebook dan lihat berapa banyaknya alamat emel yang kamu hadapi yang kamu sudah gunakan seawal enam tahun lalu dan kadangkala hanya sekali atau dua kali. Mereka sudahpun mengetahui segalanya tentang kamu di AS.

 

Sebagai tambahan, satu cubaan bersepadu akan dibuat untuk menghapuskan bilangan besar orang dengan menggunakan pencemaran virus dan toksin bumi. Sebagai contoh, lihat artikel ini dan selepas itu berjagalah terhadap pelepasan jenis-jenis wabak virus buatan manusia yang baru dan membawa maut.

 

Flu Virus H1N1 oleh Dr. Russell Blaylock (www.russellblaylockmd.com)

 

Selain itu, empat daripada malaikat terkuat bumi yang ditahan sekarang ini bakal dilepaskan untuk membunuh sepertiga manusia. Kita akan bincangkan aspek-aspek ini kemudian.

 

Kerajaan ini diramalkan oleh Kitab Suci, kedua-dua Perjanjian Lama dan Baru, dan Kitab Suci tidak dapat dibatalkan (Yoh. 10:34-35). Hanya satu jalan keluar saja dan itu adalah melalui pergolakannya. Setiap orang yang menerima tanda ini dan menjadi sebahagian sistem ini akan mati. Inilah pembahagian terakhir bumi kepada dua sistem, satu sistem Tuhan dan satu lagi Baal atau Iblis (lihat naskah Tanda Binatang (No. 25)).

 

Ahli-ahli politik Amerika Syarikat dan Komanwel British sungguh bodoh memikirkan mereka dapat mengawal Binatang ini dan menjadi sebahagian sistem pemerintah elitnya. Tujuannya memang terbalik sekali. Tujuan sistem Babel terakhir itu adalah untuk menghapuskan umat Tuhan dan semua keturunan perempuan itu dan ini termasuklah mereka, dan mereka terlalu bodoh untuk menyedarinya.

 

Satu cubaan telah dibuat oleh para Republikan AS untuk memboikot perjumpaan komiti itu dengan menggunakan satu seksyen yang menyatakan bahawa harus ada sekurang-kurangnya dua daripada parti minoriti dalam pembuatan keputusan. Para Demokrat meggunakan satu lagi klausa untuk mengelaknya dan secara efektif mengabsahkannya dan mengirim satu persetujuan de facto ke Copenhagen. Walaupun tiada persetujuan dicapai di Copenhagen, mereka tidak akan menghentikannya daripada terjadi dan apa yang akan terhasil daripada Kerajaan ini ialah perang dunia menyeluruh. Pada akhir zaman Raja Selatan akan menyerang Raja Utara. Islam Fundamentalis ialah Raja Selatan sekarang. Pendudukan Timur Tengah akan berterusan malah sampai Yerusalem. Sekarang tidak lama lagi fasa terakhir “Khabar dari Timur dan Utara” akan menggusarkan Raja Utara ini dan ia akan keluar untuk membinasa sama sekali ramai orang. Peristiwa ini ialah fasa terakhir Perang Dunia III.

 

Perang ini telah direncanakan dengan retorik sejak pencerobohan Iraq. Sejak 2003 konflik telah dipentaskan antara Israel dan Iran untuk membolehkan perang itu diadakan tanpa menghadapi hukuman.

 

Iran terjerat dalamnya disebabkan konflik hebat dalam sistemnya sendiri. Negara ini memerlukan perang untuk mengkonsolidasikan struktur dalamannya sendiri. Para Mullah tidakpun dapat berbicara sesama sendiri dan negara itu berpolarisasi. Perang tidak dapat dielakkan. Mereka cuba memancing Israel untuk menyerang untuk mengkonsolidasikan kuasa. Para penyokong Pakatan Dunia Baru merencanakan perang itu di sebalik tabir. Sesetengah tokoh tentera mengenalinya tetapi kebanyakannya dinaikkan pangkat melampaui tahap wewenang atau ketulusan mereka dan tidak mampu mencari jalan melepasinya.

 

Konflik di timur dan utara akan memaksa kuasa-kuasa NATO ke dalam perang umum di masa terdekat. Konflik akan wujud dari Iran sampai Turki hingga Rusia. Kami akan menjelaskan bagaimana konflik itu terjadi dalam bahagian-bahagian berikut siri ini.

 

Sesudah Kuasa Utara itu kembali ke Yerusalem dan mendirikan khemah-khemah mewahnya untuk penguasaan dunia ia akan menduduki dari Gaza sampai Yerusalem selama 42 bulan atau 1260 hari Saksi-saksi itu (lihat naskah Saksi-saksi (termasuk Dua Saksi) (No. 135)).

 

Kristus akan datang dan batu yang tidak dibuat tangan manusia itu akan memukul patung ini pada kaki besi dan tanah liat berlumpur itu dan ia akan binasa tanpa ada sesiapa untuk menolongnya. Kemudian kita akan menangani dunia selebihnya di bawah Mesias, seperti yang kita perhatikan daripada bab seterusnya. Kami akan menerangkan bagaimana perang-perang akhir zaman berkembang dan itu akan berlaku seterusnya.

 

Wahyu 14

[1] Dan aku melihat: sesungguhnya, Anak Domba berdiri di bukit Sion dan bersama-sama dengan Dia seratus empat puluh empat ribu orang dan di dahi mereka tertulis nama-Nya dan nama Bapa-Nya. [2] Dan aku mendengar suatu suara dari langit bagaikan desau air bah dan bagaikan deru guruh yang dahsyat. Dan suara yang kudengar itu seperti bunyi pemain-pemain kecapi yang memetik kecapinya. [3] Mereka menyanyikan suatu nyanyian baru di hadapan takhta dan di depan keempat makhluk dan tua-tua itu, dan tidak seorangpun yang dapat mempelajari nyanyian itu selain dari pada seratus empat puluh empat ribu orang yang telah ditebus dari bumi itu. [4] Mereka adalah orang-orang yang tidak mencemarkan dirinya dengan perempuan-perempuan, karena mereka murni sama seperti perawan. Mereka adalah orang-orang yang mengikuti Anak Domba itu ke mana saja Ia pergi. Mereka ditebus dari antara manusia sebagai korban-korban sulung bagi Allah dan bagi Anak Domba itu. [5] Dan di dalam mulut mereka tidak terdapat dusta; mereka tidak bercela. [6] Dan aku melihat seorang malaikat lain terbang di tengah-tengah langit dan padanya ada Injil yang kekal untuk diberitakannya kepada mereka yang diam di atas bumi dan kepada semua bangsa dan suku dan bahasa dan kaum, [7] dan ia berseru dengan suara nyaring: "Takutlah akan Allah dan muliakanlah Dia, karena telah tiba saat penghakiman-Nya, dan sembahlah Dia yang telah menjadikan langit dan bumi dan laut dan semua mata air." [8] Dan seorang malaikat lain, malaikat kedua, menyusul dia dan berkata: "Sudah rubuh, sudah rubuh Babel, kota besar itu, yang telah memabukkan segala bangsa dengan anggur hawa nafsu cabulnya." [9] Dan seorang malaikat lain, malaikat ketiga, menyusul mereka, dan berkata dengan suara nyaring: "Jikalau seorang menyembah binatang dan patungnya itu, dan menerima tanda pada dahinya atau pada tangannya, [10] maka ia akan minum dari anggur murka Allah, yang disediakan tanpa campuran dalam cawan murka-Nya; dan ia akan disiksa dengan api dan belerang di depan mata malaikat-malaikat kudus dan di depan mata Anak Domba. [11] Maka asap api yang menyiksa mereka itu naik ke atas sampai selama-lamanya, dan siang malam mereka tidak henti-hentinya disiksa, yaitu mereka yang menyembah binatang serta patungnya itu, dan barangsiapa yang telah menerima tanda namanya." [12] Yang penting di sini ialah ketekunan orang-orang kudus, yang menuruti perintah Allah dan iman kepada Yesus. [13] Dan aku mendengar suara dari sorga berkata: Tuliskan: "Berbahagialah orang-orang mati yang mati dalam Tuhan, sejak sekarang ini." "Sungguh," kata Roh, "supaya mereka boleh beristirahat dari jerih lelah mereka, karena segala perbuatan mereka menyertai mereka." [14] Dan aku melihat: sesungguhnya, ada suatu awan putih, dan di atas awan itu duduk seorang seperti Anak Manusia dengan sebuah mahkota emas di atas kepala-Nya dan sebilah sabit tajam di tangan-Nya. [15] Maka keluarlah seorang malaikat lain dari Bait Suci; dan ia berseru dengan suara nyaring kepada Dia yang duduk di atas awan itu: "Ayunkanlah sabit-Mu itu dan tuailah, karena sudah tiba saatnya untuk menuai; sebab tuaian di bumi sudah masak." [16] Dan Ia, yang duduk di atas awan itu, mengayunkan sabit-Nya ke atas bumi, dan bumipun dituailah. [17] Dan seorang malaikat lain keluar dari Bait Suci yang di sorga; juga padanya ada sebilah sabit tajam. [18] Dan seorang malaikat lain datang dari mezbah; ia berkuasa atas api dan ia berseru dengan suara nyaring kepada malaikat yang memegang sabit tajam itu, katanya: "Ayunkanlah sabitmu yang tajam itu dan potonglah buah-buah pohon anggur di bumi, karena buahnya sudah masak." [19] Lalu malaikat itu mengayunkan sabitnya ke atas bumi, dan memotong buah pohon anggur di bumi dan melemparkannya ke dalam kilangan besar, yaitu murka Allah. [20] Dan buah-buah anggur itu dikilang di luar kota dan dari kilangan itu mengalir darah, tingginya sampai ke kekang kuda dan jauhnya dua ratus mil.

 

Waktu dari sekarang sampai kedatangan kembali Mesias dan kebangkitan kita merupakan satu mimpi ngeri, tetapi dengan iman kita akan melalui semuanya.

 

Perang-perang itu berterusan selepas kepulangan Mesias dan terus sampai 2025.

 

Lebih sepertiga dunia akan terbunuh dalam Perang Sangkakala Keenam sajapun.

 

Kami akan menjelaskan urutan itu dalam Bahagian B.

 

 

 

q