Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[QI]

 

 

 

 

Pengenalan Kepada Komentar Tentang Quran

(Edisi 1.0 20060112-20060112)

 

Quran atau Koran adalah satu karya yang penting iaitu merupakan Perjanjian Kudus bagi kira-kira satu bilion manusia. Sebilangn kecil orang yang memahami mesej dan maksudnya yang asal. Ia sebenarnya digunakan sebagai komentar kepada Alkitab oleh golongan Unitarian yang memelihara Sabat di Arab pada kurun yang ketuuh pada zaman itu. Karya ini menjelaskan teologi serta mesejnya. Pengenalan ini menjelaskan dasar yang lojis di belakang iman serta bahasa yang digunakan di dalam Quran.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ©  2006 Wade Cox)

(Tr. 2006)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Komentar Tentang Quran [QI]

 


Pengenalan

Istilah yang digunakan di dalam Koran selalu dikelirukan dan disalahgunakan untuk menyembunyikan apa yang dianggap kumpulan agama yang penting dan yang mana mengenal pasti prinsip-prinsip yang bertalian langsung kepada teks-teks nubuatan  di dalam Alkitab. Quran yang moden tidak dipertalikan dengan Kitab dalam terjemahan oleh para pengulas dan telah disalahgunakan serta diselewengkan oleh para pengulas yang awal yang mengamalkan tradisi dan dasar yang sama disgunakan oleh golongan Farisi pada permulaan zaman itu. Tradisi-tradisi orang Farisi ini menjadi tradisi rabinikal yang menghasilkan Mishnah, yang mana disusun pada sekitar 200 CE. Mishnah yang telah menyelewengkan tulisan Kitab dengan tradisi lisan, kemudiannya dikembangkan oleh tradisi yang lebih luas ke dalam Talmud, yang terus berkembang ke dalam milenium yang kedua pada zaman itu. Ia bertumbuh di sepanjang jangka masa lebih daripada satu ribu tahun. Demikian juga tradisi yang telah mengubah Islam dipanggi Hadis atau Ahadis dan merupakan pemusnahan kepada pimpinan sertaa ajaran  Quran yang asal.

 

Walaupun terdapat khatib yang utama (mursal) bagi orang Arab yang mana telah memperkenalkan Surah di dalam Quran atau Koran kepada orang Arab yang kafir dan di sekitar  tempat di mana Ahadis kebanyakannya didasarkan, ianya masih diragukan kita boleh mencari namanya yang asal. Dalam tulisan mengenai dia, ianya lebih tepat untuk tidak merujuk dia sebagai Nabi kerana gelaran ini merujuk secara khususnya kepada keturunan genetik yang dimiliki (Q3:68) oleh bangsa Abraham (Q6:161, Q16:120) dan yang mana, bersama dengan anggotanya yang telah berubah mewarisi kekuasaan dari reformasi agama yang bermula dengan ajaran Yohanes Pembaptis dalam lokasi serta administrasi yang pelbagai. Administrasi inilah Nasraani (Q3:67) AhlulBayt (Q33:33) pengantin Rasullulah (Q33:53) –Mursalin (Q2:252) yang memiliki Roh Nubuatan. Mereka juga diketahui dari teks sebagai Al-Ansaar.

 

Sesiapa sahaja yang menulis perkataan yang membentuk Quran yang asal adalah nabi bagi orang Arab. Sekiranya kita boleh mengikat mesejnya secara langsung ke dalam Alkitab, kita boleh kemudiannya memanggil dia nabi Allah kepada orang Arab. Allah berfirman melalui nabi Yesaya bahawa sekiranya mereka tidak bercakap menurut hukum dan kesaksian, maka tidak ada terang di dalam mereka (Yes 8:20). Ini adalah ujian standar terhadap nabi di sepanjang pengungkapan Allah kepada manusia melalui nabi-nabi yang tercatat dan diterima. Justru itu, orang ini serta mesej di dalam Quran yang dia tulis harus menurut hukum dan Kesaksian untuk menganggapnya sebagai inspirasi dari Allah, atau nafas Allah. Quran tentu sahaja mendakwanya sebagai tuntutan iman dalam surah-surah yang pelbagai, atau bab-bab yang membentuk teks-teksnya (cth. Q3:3, Q4:82, Q5:68). Karya ini melarang pengikutnya untuk mengikuti tulisan di dalam Alkitab termasuk Injil dan tulisan-tulisan yang membentuk dalil yang diterima di dalam Kitab Kristian (Q5:68). Tidak ada orang yang boleh mendakwa pengikut Islam dan tidak mengendahkan ajaran Alkitab, seperti yang kita lihat dari perkataan-perkataan Quran itu sendiri.

 

Dalam Surah 10:64 ianya berbunyi: Tidak ada perubahan di dalam firman Allah…

Justru itu, Quran adalah ulasan kepada tulisan di dalam Alkitab sama seperti Perjanjian Baru adalah ulasan kepada tulisan Kitab dan yang mana membentuk satu catatan tentang pergelutan dan masalah dalam jemaat awal, seperti yang dicatat di bawah inspirasi Ahmed, Yang Dipuji, atau Roh Kudus, oleh murid-murid Kristus. Ujian inspirasi yang kritikal adalah ia mengesahkan serta terbentuk di dalam teks Alkitab dan tidak bertentangan dengan karya yang diinspirasikan yang mendahuluinya.

 

Nama khatib yang dipersoalkan tidak dikelirukan dengan penggunaan sebutan Muhhamad kerana ini adalah hanya satu meterai atau gelaran. Ianya sama seperti memanggil seseorang Bangsawan atau yang memiliki martabat Diraja yang bererti perbadanan orang yang disokong oleh Ahmed (Pembela), roh Yesus Anak Allah. Muhammad adalah “Meterai” dari 144,000 nabi.

 

Rasul orang Arab ada kemungkinan seorang golongan Nasaari Monophysit apabila dia berkahwin dengan isteri pertamanya yang penganut Kristian. Kemungkinan besar orang yang kita perkatakan ini adalah satu daripada orang yang memiliki iman Kristian yang diajar oleh anggota keluarganya, sama ada secara langsung atau melalui perkahwinan. Tradisi awal percaya bahawa paman kepada isterinya yang telah mengajar dia tentang Kitab. Minatnya yang serius terhadap Kitab membuatkan dia menjadi dikenali sebagai Bapa Qasim, yang merupakan gelaran yang dilarang di dalam iman kepercayaan Kristus yang sebenar kecualilah  Abu Qasim bermaksud “bapa kepada Qasim”. Tidak lama kemudian kemahuannya yang bersungguh-sungguh untuk mencari kebenaran di dalam Kitab membawa kepada masalah keprihatiannya dengan doktrin golongan Nasaari Monophysit, yang seolah-olah bertentangan dengan teksnya yang asal. Secara dasar roh mula memanggil dia melalui kerudung yang disebut Evangelion (Kitab Injil). Dia mencari jemaat yang benar. Kitab Purana dari India menandakan bahawa dia menjadi dikenalai di dalam Jemaat Allah yang ada di sana. Jemaat yang dipanggil oleh Muhammad dalam mimpinya, dan Rasul Arab mempunyai penglihatan semasa meditasinya di dalam gua. Ia mengerikan tetapi menginspirasikan dia. Justru itu, dia menjadi Unitarian yang memelihara Sabat dari jemaat di sana di Arab, telah dibaptiskan (sekali lagi) sebelum memulakan misinya. Bukan keturunan genetik dari Harun atau Lewi, dia telah berpindah ke dalam AhlulBayt dari mempelai Rasulullah seabagai Nasraani Sabi (TheoSebes/QEO-SEBHS/sebovmenoi =Penyembah Allah) Mursal. Beberapa Hadis membuktikan kepada fakta bahawa dia telah menjadi seorang Sabi. Sebagai seorang Mursal (Mempelai Rasulullah) dia telah menerima pengertian yang lebih banyak. Akhirnya, dari pembaptisannya, dia telah dikuatkan di dalam Roh Kudus (ahmed) dan mencapai keadaan mahmudan dan menjadi Muhammad sebagai seorang Kristian yang benar di dalam Jemaat-jemaat Allah.

 

Selepas Muhammad (yang mana kita hanya mengenalinya dari tradisi dan dengan salah mengenalp pasti dia sebagai “Bapa Abu Qasim) mati dan pemberontakan telah meletus. Seorang lagi Nasraani “Bapa” kepada (Abu) Bakr telah mengatur Jemaat setempat dan membentuk Kalifah. Kemudian Omar mengambil alih kendalian. Ia seolah-olah bahawa Empat Kalifah yang dipimpin dipunyai oleh Jemaat Allah yang Benar. Perkara ini perlu dikaji dengan teliti tetapi ianya jelas dari teks Quran sendiri tentang pembaptisan, Sabat-Sabat dan sejarah serta injuksi mengenai Hukum dan Injil. Mereka tentunya golongan Unitarian yang memelihara Sabat yang menyokong iman dan pembaptisan. Ianya pasti bahawa Ali, menantu kepada Rasul Arab adalah anggota, dan akhirnya dia juga mencapai keadaan mahmudan. Bagaiman pun, bukannya Ali tetapi Usman yang mengambil alih kendalian selepas kematian Omar. Dia telah membakar bukti tentang Jemaat yang bertentangan dengan rancangannya dan memperdayakan domba pada waktu dengan sejauh mungkin tanpa ditnagkap oleh majoriti. Tetapi pihak Ali mengetahui apa yang telah berlaku. Apabila Usman mati Ali mengambil alih kendalian, tetapi pengikut Usman telahpun menjadi kuat. Ali telah dibunuh dan akhirnya Jemaat sekali lagi terpaksa beroperasi secara tersembunyi. Quran melarang pembaptisan (ghusl) Allah keatas orang yang setia tetapi Hadis telah mengubah ajaran itu dengan menyelewengkannya.

 

Menurut Quran, semua nabi (144,000) mengajarkan tentang Muhammad. Berikutan itu Muhammad disebut “Meterai” nabi a.k.a Rasul yang telah didahului oleh semua Rasul (Q3:144). Rasul, selalunya diterjemahkan sebagai pengutus, sebenarnya menandakan apa-apa kecuali agama yang benar (Q3;86), yang mana telah menjadi Mempelai lelaki (Q33:53), yakni Kristus. Oleh kerana Mursalin adalah mempelai Rasulullah (Q33:53), Rasul juga boleh dirujuk kepada mereka (Q63:1, 7:158). Tentu saja oleh kerana beberapa golongan Mursalin adalah Muhammad, Rasul juga boleh dirujuk kepada Muhammad (Q33:40, Q48:29).

 

AlAlihatun (Q38:5) merujuk kepada Semua sifat Allah yang Satu termasuk Bapa Kita, malaikat-malaikat sebagai Elohim yang lain (Q6:19) atau ANak-anak Eloah, dan semua Umat Pilihan di dalam keadaan mereka yang akan datang. Konsep yang sama dipalikasikan di dalam Perjanjian Lama dimana semua pengutus bagi Eloah dirujuk sebagai Yahovah (YHVH). Eloha adalah Yahovah alam semesta. Bentuk yang lainnya ialah Elohim sebagai bentuk Jamak. Eloah adalah Ha Elohim atau Elohim sebagai entiti pusat, tetapi semua anak-anak Allah adalah hanya elohim.

 

Quran dalam Surah 3:18 menyatakan, “ Lah sendiri adalah saksi bahawa tidak ada Eloah kecuali Dia dan Malaikat-malaikat dan manusia yang berilmu (yang juga mengakui demikian). Mentadbir penciptaannya dengan keadilan, tidak ada Eloah kecuali Dia yang Maha Besar, yang Maha Bijaksana.”

 

Justru itu, pernyataan iman Islam (Shahaadah) adalah benar bahawa tidak ada Eloah tetapi Eloah (La Elaaha Ella Allah (lihat juga 37:35; 47:19)). Kemudian mereka memusnahkannya dengan menambah perkataan-perkataan: “Dan Muhammad adalah nabi Allah.” Rashad Khalifah berkata: “ Muslim yang korup menegaskan untuk menambahkan “Shahaadah” yang kedua yang menyatakan bahawa Muhammad dalah pesuruh Allah. Ini adalah ‘syirik’ (pemujaan) secara definasinya dan merupakan tentangan terhadap Allah dan para Pengutus Allah yang Jelas.” (R. Khalifah, Koran The Final Testament (Rev. edisi II) University Freemont, catatan bawah untuk 3:18, ms. 305). Sekarang sekiranya mereka merujuk kepada nabi orang Arab, maka mereka bercakap bertentangan dengan Quran dalam kesyirikan di mana Quran menyatakan bahawa iman tidak membuat apa-apa berbezaan di antara atau di kalangan para nabi. Semua nabi adalah sama dari segi inspirasi mereka yang daripada Allah. Khalifah berkata betul tentang aspek ini bahawa ianya satu syirik apabila Muslim menambah pernyataan iman ini. Bagaimana pun, sekiranya mereka bercakap tentang Jemaat sebagai Muhammad meka mereka mencakupi semua nabi di dalam aspek itu dan bukannya satu kesyirikan.

 

Mungkin ianya sesuai untuk hanya memanggil khatib ini sebagai Nabi orang Arab, sehingga kita mengetahui lebih mendalam lagi dari beberapa analisis karya tulis mengenai dia.

 

Khatib ini adalah yang telah memberikan mesej-mesej kepada dunia orang Arab kafir. Dunia ini dikuasai oleh aristokrasi orang Yahudi yang bidaah dan suku kaum yang berpengaruh yang mana telah menolak Gabriel sebagai malaikat yang jatuh dan menyembah Ezra sebagai Anak Allah. Quran memanggil orang Yahudi ortodoks Alladhina Hadu, tetapi memperuntukkan istilah Akyahudi yang hanya merujuk kepada bidaah itu sahaja. Kultus ini telah memanipulasikan orang Arabdan cuba untuk memusnahkan tugas-tugas Jemaat Allah ( orang Kristian “Yahudi” dan pengikut baru) di Arabia. Ianya seolah-olah dari penulisan Quran yang sebenar bahawa orang ini serta kumpulan ini adalah orang penting di dalam pergelutan yang besar bagi kebebasan dan kebenaran Alkitab  keatas bidaah orang Trinitarian yang telah diolah di Barat. Mereka bersekutu dengan Kristian yang memelihara Sabat di Barat. Golongan orang yang memelihara Sabat ini (Sabatarian) dipanggil “Paulician” yang telah membentuk penyangga di Asia Kecil sehingga di Pergunungan Taurus menentang golongan Trinitarian yang menggunakan Empayar Timur di Constanttinople sebagai pangkalan mereka.

 

Orang pagan (kafir) telah memusnahkan mesej Quran sama seperti orang Farisi memusnahkan Perjanjian Lama, dan sama seperti golongan Trinitarian di Empayar Roma memusnahkan seluruh peraturan. Perlambangan Islam, seperti bulan sabit, berasal dari fahaman paganisme yang telah diperkenalkan oleh orang Turki pada seawal kurun yang ke-15. Alkitab dan Quran agak bertentangan dari segi perlambangannya.

 

Justru itu, dua bahagian yang besar, yang mana didakwa dari satu iman yang berlandaskan Alkitab, telah tercipta di mana sepatutnya tidak wujud.

 

Teologi didalam Quran

Istilah “Dewi” (ALHT) disebut 15 kali dalam merujuk kepada berhala Q4:117, 37:149-150, 43:19, semuanya disebut menentang diviniti perempuan, tetapi sebaliknya nama-nama Allah yang digunakan didalam Quran adalah sama dengan Alkitab dimana Quran menggunakan ALH yang berbentuk tunggal (disebut ilahi atau sekiranya merujuk kepada Yang Satu, ianya disebut sebagai ilahun) dari Ibrani bentuk yang sama dengan Eloah; dan ALHH (disebut alihatun) dari Aramaik bentuk yang sama dengan Elahh (Elohim Ibrani) dalam merujuk kepada sifat Yang Satu. Sebagai contoh ALHH mula-mula muncul di dalam Q6:19 dan ALH mula-mula muncul didalam Q2:133. Bagaimana pun, Quran menggunakan nama-nama ini dengan hematnya dan kuat istilah deskriptif Lah (Ton-Theon, yang bertukar-ganti dengan Allah-Alrahman-Alrahim, dan Alrahman-Alrahim, dan Huwa, dan Alrahman, dan Al-Alihatun, dan Ilahun Wahidul – Allah Satu Yang Benar) digunakan sebaliknya.

 

Lah (Allah) adalah berbeza dari istilah-istilah ini iaitu ianya adakah deskripsi. Dalam Ibrani ianya adalah (Ha)Loah. Ianya sama ada dalam bentuk katatunjuk tetap atau dalam bentuknya sendiri, dan ianya tidak wujud dalam bentuk yang lain. Istilah ini telah diungkap kerana semua perkataan yang lain bagi Allah diberikan dalam bentuk jamak, bentuk perempuan, atau dalam sifat keperibadian lelaki. Tetapi istilah “(Al)lah” adalah bebas dari pertalian ini dan diugkap kepada komuniti yang tekun untuk memeliharanya bagi generasi mendatang dengan cara ini, yang hanya merujuk kepada Yang Satu. Ianya berhubungan dengan bentuk tunggal Eloah dalam bahasa Ibrani.

 

Bahasa Ibrani untuk “Eloah”, sama seperti ALH, bila disebut ilaha, hanya digunakan oleh entiti lain yang mana mereka bukannya Allah. Ha Elohim adalah kebiasaan, merujuk hanya kepada Bapa atay Elyon, Allah yang Maha Tinggi.

 

Kelompok ini agak pasti Quran menggunakan Lh sebagai satu akar bagi semua sumber maksud yang ada di belakang Eloah. Maksud-maksud ini termasuklah mengagumkan/mengharukan/mempesonakan/membingungkan. Secara teologi ianya adakah “Yang Satu”, “Sumber”, “Yang Tidak Terlukiskan”, “Yang Mengagumkan”. Ketuhanan adalah terjemahan bahasa Inggeris yang terbaik untuk meliputi penggunaan serta maksudnya.

 

Itulah yang Tuhan Bapa ungkapkan kepada kita. Ia adalah destinasi kita. Ia tidak memperanakkan mahupun diperanakkan. Kepadanya adalah penghasilan. Ianya adalah sumber roh yang sebenar – kuasa Allah, Pembela itu sendiri. Justru itu, perbezaan di dalam entiti mungkin boleh dijelaskan: Ketuhanan adalah Janakuasa dan Ahmed atau Roh Kudus adalah kuasa elektriknya. Eloah diertikan Dewa dan Ketuhanan dilihat sebagai pusat kooperasi/interaksi iaitu Eloah. Mungkin ianya berasal dari bahasa Kasdim Elahh dan dari bahasa Aramaik Timur, yang telah menjadi bahasa Arab ilaha bersama dengan kata tunjuk awalan “Al-“. Dengan sengaja membuka “i-“, atau melalui pertembungan, ianya menjadi sebagai Al-Lah’ (Ketuhanan).

 

Terdapat beberapa perincian tentang hierarki yang diungkap didalam Quran. Ahmed adalah unsur yang membuat tuhan menjadi tuhan tetapi tidak ada tuhan tanpa Kepala Ketuhanan. Cara yang sama bahawa “Firman Tuhan” berfirman melalui para nabi zaman dulu dan mereka telah didahului oleh formula “Demikian tuhan berfirman”, Quran adalah dibaca dengan Nama Ketuhanan - Smillahalrahmanalrahim. Setiap bab didahului oleh formula yang sama “dengan nama Alrahman-Alrahim (Q1:1). Permulaan bab 9 telah hilang jadi bismillah tidak ada di situ. Bismillah bukan sebahagian dari pengungkapan kecuali ianya digunakan di dalam tujuan tersebut. Di dalam Quran Nama Ketuhanan memuji Ketuhanan di atas segalanya (Q1:5). Lebih lagi Nama Ketuhanan sering bertukar dari menyebutnya dalam bentuk tunggal orang pertama kepada bentuk jamak orang pertama dan kembali lagi walaupun dalam ayat yang sama (Q2:38). Corak ini boleh dibandingkan dengan firman Tuhan yang berganti-ganti firman Elohim melalui Nabi pada zaman dahulu. Sama seperti firman Tuhan di dalam Keluaran 4:22 dan Yeremia 31:9 tentang Israel, Nama Ketuhanan bercakap kepada kita sebagai anak-anaknya dari Q31:16-19 dan didalam Q90:3 mungkin dipastikannya sendiri atau oleh Kristus (Q19:15 dan 33) sebagai yang memperanakkan dan yang diperanakkan yang mana Ibrani 1:8-9 menandakan bahawa beberapa “Elohim” dari Mazmur 45:6-7 lebih rendah dari Allah yang Maha Tinggi. Q43:57-60 Nama Ketuhanan bercakap tentang Yesus sebagai Hamba dan Kalifah, sebaliknya, dengan tidak secara langsung menyatakan keilahiannya. Sementara itu, Ketuhanan yang menjadi sumber Roh (Q4:171, Q58:22) tidak memperanakkan (Q10:68, Q17:111, Q18:4, Q19:35, Q19:88-92, Q21:26, Q23:91, Q25:2, Q37:152, Q43:81, Q72:3) – kecuali melalui adopsi (Q39:4) – tetapi itupun memerlukan deklarasi asal-asul yang sebenar (Q33:5). Ia juga tidak diperanakkan (Q112:3) walaupun tidak ada tuhan tanpanya (Q2:163). Namun, sementara bahan unsur adalah ibu kita, Roh adalah Bapa kita, sementara Ketuhanan tidak mempunyai pasangan (Q6:101). Walaupun demikian Nama Ketuhanan adalah Bapa Kita, dan melalui namanya, Ketuhanan adalah pelindung kita.

 

Justru itu, Ketuhanan adalah pusat kooperasi yang mana Bapa adalah Pencipta dan kuasa pimpinan dalan penciptaan. Lah adalah aspek yang utama tetapi berbeza dengan Ahmed, yang merupakan pembela seperti Roh Kudus, yang menguatkan umat pilihan dan membolehkan mereka menjadi tuhan-tuhan sebagai anak-anak Yang Maha Tinggi. Dengan ini, Roh Kudus menghubungkan anak-anak Allah kepada Ketuhanan (yang mana entiti juga dirujuk sebagai Ha Elohim atau Eloah). Justru itu, kita boleh melihat bahawa Tulisan Kitab bercakap tentang ini seperti yang dicatat oleh Yohanes apabila Kristus berkata: “Ianya tertulis di dalam hukum kamu: ‘Aku berkata kamu adalah tuhan-tuhan’. Sekiranya dia memanggil mereka tuhan-tuhan, kepada siapakah perkataan Allah ini diungkap, dan Kitab tidak boleh dibatalkan masihkah kamu berkata kepada Dia yang dikuduskan oleh Bapa dan yang telah diutus-Nya ke dalam dunia: Engkau menghujat Allah! Karena Aku telah berkata: Aku Anak Allah? (Yoh 10:34-36).

 

Justru itu, Jemaat telah diungkap didalam Quran dari Q2:252 sehingga Q48:29 Q58:22 dan Q17:79. “Engkau” yang digunakan bukan dari Muhammad sebagai manusia tetapi dari Jemaat dan malaikat-malaikatnya seperti yang ditujukan didalam Wahyu. Beberapa Sufi, dan malah dalam Sufi yang dianggap benar mengenal pasti jemaat di dalam Q48:29 dan 58:22. Mesej yang penting bagi Muslim adalah rentetan yang berikut ini:

 

Q2:252:

Itu adalah ayat-ayat Allah. Kami (Sifatullah) bacakan kepadamu (O Mursal) dengan hak (benar) dan sesungguhnya kamu benar-benar salah seorang di antara nabi-nabi (Mursalin)yang diutus.

 

Q17:79:

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji (Mahmudan).

 

Q48:29:

Nabi MUHAMMAD (s.a.w) ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam) dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (yakni MUHAMMAD – Meterai dari 144,0000) terdapat pada muka mereka dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanam yang kerana Dia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.” (penekanan ditambahkan untuk menggariskan tumpuan pada teks ini).

 

Teks ini merujuk kepada jemaat yang merupakan hamba kepada Allah yang hidup dan membuat hukum Allah sebagai penyangga di antara mata mereka sebagai saksi-saksi kepada semua manusia.

 

Q58:22:

“Engkau (O Mursal) tidak akan mendapati orang yang percaya kepada tuhan dan Zaman Akhir mengasihi mereka yang menentang tuhan dan agamanya walaupu mereka ia menjadi bapa atau nak-anak mereka atau saudara-saudara mereka atau suku kaum mereka. seperti Ia telah menulis iman di dalam hati mereka dan menguatkan mereka didalam ROH (yakni Ahmed) DARI ALLAH dan ia akan membawa mereka kedalam Taman di bawah di mana air sungai mengalir dimana mereka akan diam tuhan merasa senang dengan mereka dan mereka merasa dengan dengannya. Sesungguhnya mereka adalah pihak tuhan! Bukankah pihak tuhan yang akan menjadi jaya?”

 

Kebanyakan Muslim tidak mengetahui bahawa Ahmed bukanlah nama kepada Abu Qasim tetapi kepada Roh Kudus kerana mereka tidak membaca Alkitab, dan terlebih lagi pada teks Yohanes dalam bahasa Aramaik.

 

Dengan informasi yang berguna ini dalam fikiran, kita harus kemudiannya bertanya siapa  ENGKAU di dalam ayat? Jawapannya ialah bahawa dalam Q2:252 ianya satu daripada MURSALIN.

 

Soalan yang harus kita tanya kemudiannya ialah: Adakah satu daripada mursalin adalah Muhammad?

 

Menurut  kepada Q48:29 jawapannya adalah tidak, kerana Firman Allah bercakap epada mursal tentang Muhammad.

 

Muhammad adalah meterai nabi-nabi menurut dalam Q33:40.

 

Bertanyalah kepada sesiapa Muslim berapa ramai nabi yang ada dan mereka akan memberitahu kamu jumlah 144,000. Namun mereka tidak memahami apa maksudnya ini. Kami dari Jemaat-jemaat Allah mengetahui maksud ini tetapi mereka tidak. Meterai 144,000 ini ada di dahi mereka sama seperti “mereka yang bersama dengan Muhammad” didalam Q48:29.

 

Q58:22 adalah bukti kerana ia memberitahu kita bagaimana mereka boleh berada di sana. Jawapannya adalah melalui bukan sahaja mempunyai roh seperti mursal yang dibaptis didalam Jemaat Allah tetapi dengan DIKUATKAN di dalam roh, ungkapan yang hanya digunakan dalam satu keadaan di dalam Quran. Teks ini digunakan didalam Q5:110 tentang Yesus Kristus.

 

Rentetan perkembangan iman ini dan mesej Jemaat, yakni Quran, Muslim harus memahami demi untuk berkembangg didalam iman dengan sebaiknya.

 

Satu kumpulan telah berusaha untuk memulihkan Quran yang asal dan menterjemahkannya di dalam bahasa inggeris yang muda dan memudahkan pertaliannya dengan Alkitab didalam komentar ini. Adalah pandangan kami bahawa satu daripada konsep yang paling penting  dalam menangani Quran adalah bahawa rujukan kepada Kristus dan Jemaat telah diubah dan disembunyikan, bukan sahaja oleh pihak utama didalam Islam, tetapi juga oleh golongan Trinitarian diluar Islam, kerana mereka semua dikutuk oleh rujukan-rujukan tersebut.

 

Sebagai contoh Surat 3:144 dan 5:75 menandakan bahawa Muhammad secara asalnya bukanlah nama sama sekali tetapi merupakan cara untuk menggambarkan mereka yang rukun kepada Kristus. Muhammad bukan satu nama dalam 3:144. ia adalah semata-mata satu ajektif  (kata sifat) “yang dibela”.

 

3.144: Dan tidak ada yang dibela tetapi agama akan hilang sama seperti semua agama sebelumnya. Jadi kalau dia pula mati atau terbunuh, patutkah kamu berbalik berpaling tadah menjadi kafir? Dan ingatlah, sesiapa yang berbalik menjadi kafir maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun dan sebaliknya Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.

 

5.75: Tiadalah Al-Masih Ibni Mariam tetapi agama akan hilang sama seperti semua agama sebelumnya dan ibunya seorang perempuan yang amat benar, mereka berdua adalah memakan makanan (datang didalam daging). Lihatlah bagaimana kami jelaskan kepada mereka keterangan-keterangan kemudian lihatlah bagaimana mereka dipalingkan.

 

Hanya terdapat dua kali didalam seluruh Quran ungkapan ini digunakan. Surah 3:144 adalah sebahagian daripada ayat ini bermula dari 3:137 bercakap tentang kematian Kristus.  Justru itu, kesimpulannya adalah bahawa istilah dibela dan Kristus adalah istilah yang berbeza kerana “agama yang sama hilang sama seperti semua agama sebelumnya” – meterai Jemaat-jemaat diberikan kepada 144,000. fakta bahawa bukan semua nabi adalah Muhammad menandakan bahawa Kristus adalah meterai yang diberikan kepada 144,000 untuk dikhotbahkan walaupun mereka gagal untuk merukunkan diri mereka kepadanya – sehingga semuanya akan menjadi satu.

 

Semua rujukan kepada “Engkau” yang digunakan di dalam teks Quran merujuk kepada mursal- anggota jemaat individu pada tahap yang tersendiri – kecuali ditetapkan ataupun sebaliknya dilayakkan oleh konteks sebagai contohnya didalam 66:1 dimana Qehilat telah dicerca kerana dikuasai oleh keputusan perempuan yang dikahwininya dan bukannya oleh nasihat yang diramalkan.

 

Justru itu, kesimpulannya adalah bahawa istilah dibela, kristus dan alrasul (agama) adalah istilah yang berbeza bagi “agama yang sama sebelum hilangnya semua agama” dan Meterai Jemaat inilah yang dilambangkan oleh 144,000.

 

Alislam yang bererti Kepatuhan atau yang Tunduk adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada sistem keagamaan dan secaea efectif menjadi nama bagi agama. Bagaimana pun, ia sebenarnya adalah nama sistem perundangan atau Din (Q3:19, 85; 5:3; 61:7-9). Iman yang Benar adalah istilahnya. Dalam Perjanjian Baru ianya adalah mazhab yang dipanggil Jalan atau Iman Yang Pernah Diberikan Kepada Umat Kudus dan itulah pengertian yang digunakan dalam Q61:7-9. Ianya jelas didalam penggunaan Quran, dan dibandingkan dengan Perjanjian Baru, bahawa KRISTUS adalah perwujudan agama kita seperti pengungkapan Allah kepaa Maryam. Sebagai contoh dalam surat Paulus, kita mendapati Kristus sebagai Kekristianan. Kristian adalah pengikut kristus dan bukannya pengikut Kekristianan. Agama ini juga dipanggil “Pengingatan kepada Allah” dan Kebenaran. Kesaksian Kristus adalah “Roh Nubuat.” Terdapat satu lagi aspek yang seolah-olah diaplikasikan juga seperti yang digambarkan dalam Gabriel (Q2:97). Gabriel kadang-kadang dirujuk dengan salah sebagai Roh Ameen (Q26:193) atau Roh Kebenaran, yang merupakan Roh Kudus (lihat Yoh. 14:17, 15:26, 16:13)). Malaikat Tuhan muncul kepada Yohanes di Patmos seperti anak manusia (Wah 1:13). Makluk ini, selepas inkarnasi Kristus, telah dikenal pasti sebagai Gabriel, Malaikat kepada pada Nabi dan Jemaat (Dan 8:15-12:13), begitu juga dengan Rasul Arab di dalam gua.

 

Terdapat hanya satu rujukan (Q33:53) didalam seluruh Quran tentang mempelai Kristus dalam bentuk orang ketiga (semua makluk lain adalah termasuk dalam “sebutan “Engkau”). Semua referensi terhadap para isteri Nabi itu adalah refensi terhadap perempuan Qehilat yang telah berkahwin. Anak-anak perempuan Alnabi adalah perempuan Qehilat yang tidak berkahwin, bertentangan dengan perempuan percaya yang tidak berkahwin yang harus mengambil sumpah setia demi untuk ikut serta Qehilat seabgai anak perempuan. Ini mempunyai kepentingan kepada konsep mempelai Rasulullah dalam pemanggilan kedalam Kerajaan Allah.

 

Nabi (Alnabi) dikenal pasti sebaagi Qehilat ( keturunan keluarga dan pengikut baru), Kerajaan Kristus di dunia dan Jemaat. AlBayt merujuk kepada rumah nabi, yakni rumah undang-undang dan AhlulBayt adalah Hakim-hakim. Peguan, Juri dan keluarga mereka (Dari kedua-dua Qehilat dan yang bukan sepenuhnya pengikut baru), bersama-sama mereka adalah Mempelai kepada Rasulullah dan terdiri daripada Kaabah baru.

 

Ini adalah kunci-kunci yang paling penting dalam pemahaman kepada Quran. Kerana Jemaat dan fungsinya dihindari oleh para pengulas Hadis, maksud Quran telah diremehkan dan ditanggapi dengan salah supaya pengikut Islam tidak boleh memberikan pengertian yang sebenar tentangnya.

 

Telah diperdebatkan bahawa jemaat telah ditindas dalam apa yang telah menjadi Islam yang musnah selepas berlalunya Empat Kalifah yang Dijaga.

 

Sekarang Imam Husayn golongan kudus Shiite mempunyai golongan pengikut Shiite di Iraq bebas untuk melakukan ziarah di tenpat kuburnya. Dia adalah lawan terakhir kepada korupsi  yang telag bermula melalui komuniti Muslim sejurus selepas Empat Kalifah Yang Dijaga. Dia kemungkinan besar adalah pemimpin yang telah dibaptis di dalam Jemaat Allah dan mempraktikkan ajaran Sabatarian. Selepas kematiannya, jemaat telah memilih fahaman politik quietisme untuk seketika waktu. Satu lagi imam yang diapnggil Jafar yang seolah-olah bertalian dengan pergerakan rahsia ini walaupun dia tidak pernah mengumumkannya secara umum kerana bahaya yang dibawanya. Golongan pengikut Shiite di Iraq diturunkan secara langsung dari kumpulan yang telah mengangkat Jafar kepada status “seperti paus” dan oleh itu menyingkirkan diri mereka dari jemaat yang benar. Dengan terputusnya pertalian ini, mereka telah mengembangkan pengaruh Suni bersama dengan jajaran mereka sendiri sementara jemaat pula bergerak di bidang lain dan bergabung kepada apa yang menjadi pusat budaya Sufi yang berkembang sejauh Cina.

 

Jemaat telah dipimpin oleh Roh Kudus dan ini adalah Ahmed/Pembela yang dirujuk didalam Quran. Perkataan Muhammad adalah sama kepada maksud jamak yang dibela. Yesus adalah Anak Manusia Alkitabiah, dan Muhammad (atau yang dibela) adalah anak-anak manusia dalam kerajaan mereka. Yesus adalah buah pertama dari Muhammad. Mahmudan adalah kata sifat adjektif, cth. “untuk mencapai keadaan mahmudan”. Empat Kalifah ini yang dijajari Hasan, Husayn dan Jafar juga dijajari Muhammad kemudiannya.

 

Justru itu, mahmudan ini dirujuk kepada bahasa yang sma seperti Kristus.

 

3.144: Dan tidak ada yang dibela tetapi agama akan hilang sama seperti semua agama sebelumnya. Jadi kalau dia pula mati atau terbunuh, patutkah kamu berbalik berpaling tadah menjadi kafir? Dan ingatlah, sesiapa yang berbalik menjadi kafir maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun dan sebaliknya Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.

 

33.40: Bukanlah Yang Dibela itu menjadi bapa yang sebenar bagi manusia di kalangan kamu tetapi dia adalah agama Allah dan (144,000) Meterai Nabi-nabi…

 

OR

 

33.40: Bukanlah Nabi Muhammad itu menjadi bapa yang sebenar bagi setiap manusia tetapi dia adalah agama Allah dan (144,000) Meterai Nabi-nabi… 

 

Dalam perkara ini mungkin melihat Yesaya 9:6 dan Mesiah sebagai Bapa yang berkekalan yang telah memberikan kehormatan sebagai agama Allah dari 144,00 nabi.

 

Kristus adalah imej (Yunani: gambaran, ibrani: Micha) Allah (El).

 

Wahyu Bab 7 adalah mengenai dengan 144,000 nabi dan alokasi bagi suku-suku kaum dengan 12,000 dalam satu suku kaum dan Kristus menjadi imam peribadi keatas orang yang banyak yakni jemaat.

 

47.2: Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh serta beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang ialah kebenaran dari Tuhan mereka, Allah mengampunkan d memberi mereka dan menjayakan keadaan mereka.

 

Keadaan mahmudan adalah menjadi seperti malaikat Kristus, dan maka itu Muhammad mengungkap Kristus (yang merupakan kebenran) dari Allah melalui dirinya sendiri. Kepentingan disini adalah bahawa iman harus didemonstrasikan melalui pekerjaan. Konsep ini telah dikembangkan oleh Rasul Yakobus, Yohanes, Petrus dan Paulus. Yakobus menyatakan bahawa iman tanap pekerjaan adalah mati (Yak 2:14-26). Teks ini merujuk kembali kepada sentimen di dalam Perjanjian Baru tentang iman dan pekerjaan.

 

Kita juga melihat disini bahawa Muhammad adalah agama Allah, yakni imej Satu Allah yang Benar melalui Roh Allah.

 

48.29:Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri. Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka terdapat pada muka mereka dari kesan sujud. Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanam - kerana Dia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki dengan kembang biaknya umat Islam itu. Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.

 

 Teks ini menunjukkan bahawa  mereka yang beriman, sebagai wakil Jemaat-jemaat Allah, adalah seperti Malaikat Pengungkapan Allah. Mereka adalah jagung yang dituai di tanah penginjilan yang subur. Roh Kudus membuat mereka sebagai imej Allah yang tidak boleh dilihat sebagai manifestasi agama Allah. Teks ini juga merujuk kepada doa yang tekun seperti yang diperintahkan dan yang bersamaannya ada didalam Torah. Oleh itu, mereka mengikuti hukum Allah didalam Torah. Dokumentasi tentang sunah Rasul Arab menyatakan kelengkapan Torah yang dipelihara oleh umat manusia, inilah yang membolehkan dia mencapai keadaan mahmudan dan terus melebihi dari hanya menjadi mursal biasa.

 

Q42:51 ditujukan kepada mursal mengenai perkembangan dari masa lalunya kepada keadaan sekarang. Ini dilakukan melalui Roh Kudus dari pembaptisan dan melalui iman -  Roh Ameen (Q26:193). Beberapa Muslim mengenal pasti Roh Ameen sebagai Gabriel dari Q2:97, dimana sebenarnya satu adalah kuasa Allah dalam diri individu dan yang satu lagi dalah pesuruh Allah kepada jemaat yang membantu Kristus.

 

Dalam teks Q17:79 kita melihat bahawa Quran menyatakan bahawa kepala Jemaat, yakni Allah melalui Kristus akan menganugerahkan kepada mursal, iaitu anggota Jemaat atau mempelai Kristus, keadaan mahmudan atau menjadi Muhammad, iaitu dibela atau yang telah dibela, sekiranga mursal berjaga-jaga pada waktu malam (bandingkan ini dengan peraturan komuniti dari Qumran). Malam berjaga-jaga adalah rujukan langsung kepada Malam Berjaga yang bererti malam Paskah. Proses ini bermula pada permulaan 14 Abib, yang merupakan Perjamuan Malam dan permulaan kepada perayaan Paskah. Sama seperti Kristus telah dikuatkan pada masa ini, begitu juga kewaspadaan juga dikuatkan. Pada malam inilah Kristus telah diambil dan dibicarakan serta dianiaya pada hari berikutnya di kayu salib. Dia adalah domba perayaan Paskah dan telah dibunuh seabgai domba perayaan Paskah dan malam itu jemaat berwaspada yang dipanggil Malam Berjaga atau Malam Pemerhatian sehingga awal pagi Hari Kudus perayaan Roti Tidak Beragi apabila mereka kembali ke khemah mereka (petikan Ul 16:5-7). Q17:79 mengambil konsep dari Jemaat-jemaat Allah yang terkandung dalam Wahyu bab 2 dan 3 untuk mengembangkan proses didalam Tujuh Jemaat. Jangka waktu dimana Quran telah ditulis adalah zaman Pergamos. Jemaat Nabi Arab, dan jemaat golongan Paulicia yang mana mereka telah digabungkan bermusuhan dan tidak boleh dipaksa masuk kedalam fahaman ortodoks. Bagaimana pun, mereka tidak sempurna dan Kristus berkata bahawa mereka harus bertobat atau dia akan menentang mereka dengan pedang dari mulutnya.

 

17:79: Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji (Mahmudan) (yakni menjadi Muhammad)

 

Perkataan Yunani bagi paraclete (periklytos/paraklytos) yang mana istilah yang diterjemahkan sebagai Penghibur telah dikenal pasti didalam Yohanes 14:26 sebagai Roh Kudus, bererti secara literal “memanggil disisi”. Istilah yang digunakan untuk menterjemahkannya kedalam teks Alkitab Aramaik adalah Mahmed, yang juga mempunyai erti dipuji atau dirayakan dari dasar Ahmed. Ini dipercayai digunakan untuk menyampaikan konsep sama yang kita lihat dalam istilah Muhammad.

 

Justru, Surah 7:157 merujuk kepada Roh Kudus:

Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk dan dia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur yang diturunkan kepadanya, mereka itulah orang-orang yang berjaya.

 

 Teks ini bersyarat. HANYA mereka yang mengikuti agama itu yang akan melihat perlindungan Roh Kudus melalui Qehilat. Teks ini tidak boleh merujuk kepada orang yang menulis surah, dan ianya adalah penghujatan untuk mempertalikannya kepada manusia. Ia merujuk secara langsung kepada ulasan dalam Yohanes bab 14.

 

Teks didalam Yohanes 14:26 mengenai Roh Kudus sekali lagi dirujuk dalam surah 61:6:

“Dan ketika Nabi Isa Ibni Mariam berkata: Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang untuk mendidik agama kemudian daripadaku bernama: Ahmad. Maka ketika dia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: Ini ialah sihir yang jelas nyata” (Surah 61:6)

 

Rujukan kepada Roh Kudus (Ahmed) juga merujuk kepada reaksi yang dilihat apabila Roh Kudus melakukan mukjizat, dan fakta bahawa ianya akan hilang beransur-ansur sebagai sihir dan pada tahap pertama sebagai kemabukan di kalangan para rasul. Inilah maksud ayat dalam Surah 61.

 

Kidung Solomon membawa maksud dalam bab 5:16. Istilah yang diterjemahkan sebagai menyenangkan dalam KJV adalah 4261 Machmad dalam Strong yang berasal dari katakerja 2530 chamad, yang bererti mengingini atau menyenangkan, menggembirakan, yakni kecantikan dan dikasihi dengan mendalam. Maksud Aramaik, “untuk memuji” atau “eulogise” atau “menyetujui”. Ianya sama seperti akar dalam Ahmed, yakni HMD. Penggunaan ini bertalian dengan konsep Kristus memuji umat pilihan dalam jemaah Yang Maha Tinggi. Perkataan dalam 5:16 aalah machmadin menyampaikan pengertian kolektif dari objek yang dikasihi.

 

Machmad atau mahmed bererti objek yang disenangi da dikasihi. Yang dikasihi dalam Kidung 5:16 merujuk kepada Kristus kerana Kidung merujuk kepada Kristus dan Jemaat (lihat karya tulis Kidung Agung (No. 145). Dengan ini maksud dalam bahasa Ibrani boleh dipindahakan rujukannya kepada Kristus dan tubuh dan dilihat sebagai mahmed dalam bahasa Aramaik Timur dan Arabik. Muhammad adalah Kristus dan yang dikasihi atau dipuji didalam Jemaat.

 

Satu fakta yang menyakinkan telah dibuat dalam perbincangan tentang karya mengenai struktur teks Quran dan Alkitab.

 

Sebagai contoh, dalam Torah perkataan yang berkaitan dengan Allah menggunakan dua bentuk “Aku” satu bersifat maskulin “Ani” dan satu lagi bersifat feminin “Anki.” Ianya mengusulkan bahawa struktur ini mungkin berasal dari dua tuhan Mesopotamin yang dikenali sebagai An dan Enki). Ani selalu menyenangkan Anki. Dalam cara yang sama penceritaan (Amsal 11:2) disepanjang Quran atau Quran menyenangkan Allah.

 

Sekiranya kita menulis Quran dalam gaya bahasa Ibrani sebelum progresi teologi membedakan Allah, kita boeh menukar teks Arab untuk menggunakan Ani (Aku) dan Anki (Aku) dan tidak menggunakan sebutan “Aku” suara menyenangkan Allah. Dari karya tulis tentang sifat Allah kita boleh melihat bahawa “Aku” dalam Torah ini adalah sama dengan “Aku” yang digunakan dalam penglihatan Yohanes, dan bermaksud nama Allah yang tertinggi dan bukannya satu referensi sendiri. Ian datang dari teks dalam Keluaran 3:14 ‘eyeh ‘asher ‘eyeh atau Aku adalah Aku dan bukannya Aku. Justru itu ia berbunyi, “Aku adalah alfa dan omega” bagi satu daripada urutan itu.

 

Satu lagi informasi yang berkaitan adalah bahawa sekiranya kita menukar Kita/Milik Kita (keasalan dimana menunjukkan pembicara sedang bercakap baginya dalam kesatuan bersama semua Elohim) yang digunakan oleh sifat Allah dalam Quran kedalam gaya bahasa Ibrani, ianya berbunyi, “ Elohim berkata Aku/ Milikku”. Dalam Alkitab kita sering mendengar ekreditasi ini kepada Elohim, tetapi dalam Quran, oleh kerana Elohim itu sendiri yang bercakap, kita tidak pernah melihat ungkapan ini kerana komentar-komentar tidak pernah ditulis untuk menambah teks itu (akhirnya dicampur-adukkan dengan pemalsuan, sekarang menjadi permata yang hilang dalam kitab Hadis).

 

Penceritaan dalam teks Alkitab adalah Ha-Davar seperti Firman Allah dalam Ibrani Perjanjian Lama, yang mana diterjemhakan sebagai Logos dalam teks Ibrani. Seperi yang dibincangkan diatas, dalam Quran, Nama Allah yang menceritakan. Ini mengingatkan tradisi Ibrani, “Pada mulanya adalah Allah dan Nama” yang mana kita boleh simpulkan adalah sama ertikan dengan, “Pada mulanya adalah Logos dan Logos itu bersama dengan Ton Theon”.

 

Nama-nama jemaat dan strukturnya dalam Quran adalah mengenai dengan formasi tubuh seperti ia bermula dari Yohanes Pembaptis, tetapi ianya satu kesilapan yang besar untuk menganggap bahawa formasi sistem Islam telah dihadkan kepada sekolah itu dan bukannya bermula dengan sekolah itu dan terus berkembang kepada tubuh yang bertumbuh dari Kristus dan para Rasul selepas kematian Pembaptis. Tubh inilah Ahlulbayt.  Pembaptisan Yohanes tidak membawa kepada keselamatan seperti yang ditunjukkan dengan jelas dalam Perjanjian Baru. Pembaptisan Yohenes Pembaptis adalah bagi pertobatan (Teshuvah). Pembaptisan Yohanes akan memperbaiki jalan, tetapi membuat jalan bagi pembaptisan Kristus dan penerimaan Roh Kudus, yang menjadi Jemaat allah. Inilah Ahlulbayt. Inilah Jemaat di kalangan dimana Quran (bererti “Kompilasi” atau “Repetoir”) telah diungkap dan Jemaat yang terus-menerus mengurapi mursalin yang melayan serta bertindak sebagai Muhammad bagi Mesiah.

 

Keimamatan, yang sebenarnya adalah anak lelaki dan perempuan sulung yang diurapi sebagai raja-raja dan imam-imam, disebut dari Quran, dan dalam Islam, Alnabi. Israel adalah sebagai 144,000. Jemaat mengkhotbahkan Injil tentang Kerajaan Allah dan tentang Mesiah kepada Bangsa-bangsa sebagai “Al-nabi kepada golongan bukan Yahudi” atau “Al-nabi Al-emi.” Keimamatan jemaat, Al-nabi, dimiliki oleh institusi kuno. Sesiapa sahaja individu adalah mursalin atau Mursalin jamak. Semua sekali anggota ini terdiri daripada “Uma-umat Kaabaht” atau “Ahlulbayt”. Mereka juga dipanggil isteri-isteri Alrasul. Rumah Alnabi adalah pengadilan undang-undang dan pusat pelayanan bagi orang yang Percaya. “Agama Ketuhana Allah” adalah Rasulallah.

 

Di kalangan orang individu diserap kedalam kaabah, orang yang terdiri daripada “announcery”, adalah semua orang yang datang kepada jemaat untuk mencari perlindungan. Mereka dipanggil Ma Malikat Alaymen, “mereka yang dilindungi oleh janji-janji”.

 

Semua lelaki yang telah berkahwin dan diurapi adalah bapa-bapa (tetapi dipanggil Doddi – “Pamanku” – dan tidak akan dipanggil Abbi –“Bapaku” – ataupun Abina – “Bapa Kami” – yang merupakan istilah hanya bagi Allah), tetapi belia yang bertunang yang hanya telah melakukan sumpah setia yang pertama  akan dipanggil Anak-anak. Perkataan Anglo Saxon bagi Dad atau Daddy (Ayah) adalah berasal daripada bentuk bahasa Ibrani Doddi, dengan itu menghindari perkataan Bapa kerana ia mengaplikasikan Allah. Dengan cara yang sama jemaat di eropah, di kalangan golongan Waldensian, memanggil imam Barbes atau Paman supaya tidak melanggar injuksi Kristus mengenai dengan tidak memanggil orang “bapa”.

 

Semua belia muda yang belum berkahwin yang hanya telah mengambil sumpah setia mereka yang pertama dipanggil Anak-anak Saudara, sementara semua lelaki diurapi yang belum berkahwin dipanggil Saudara-saudara dan semua lelaki lain dipanggil Anak-anak Saudara perempuan.

 

Semua perempuan di bawah sumpah setia adalah saudara perempuan, perempuan yang telah berkahwin lebih lagi yang menjadi Isteri kepada Alnabi (Ibu kepada Orang yang Percaya) juga, semua yang lain hanya dirujuk sebagai kaum perempuan.

 

Hanya mereka yang telah dibaptis adalah mursalain (F = morasulat, M = morasuloon). Seperti nama ini nyatakan, mursal menandakan menjadi mempelai Alrasul (KEBENARAN), Pembaptisan dikahwinkan kepada Alrasul.

 

Orang yang percaya (muminin) juga disebut tetapi ini belum lagi menjadi Mempelai, mahupun menjadi Mursalin,  mahupun menjadi sebahagian daripada Ahlulbayt, tetapi mereka adalah hadirin pendengar bagi khotbah yang diberikan oleh Jemaat dan yang direkrut olehnya. Ini adalah mereka yang dalam proses panggilan kedalam tubuh Kristus, yakni Jemaat Allah.

 

Dibawah orang yang percaya adalah pendamai (Muslim) yang baik dengan jemaat dan diperuntukkan untuk akhirnya menjadi anak-anak Allah walaupun kepercayaan belum lagi memasuki hati mereka.

 

Walaupun kita bercakap tentang seorang yang bernama Muhammad dan mempertalikan Quran kepadanya, rombongan kami tidak menyetujuinya. Kami fikir Quran adalah satu kompilasi dari wahyu-wahyu yang beratus-ratus banyaknya dan datang melalui nabi-nabi dari Jemaat  sejak lama dahulu. Persatuan ini menyebabkan mengapa beberapa tradisi mengatakan Rasul Arab adalah Sabi. Sabiyah adalah nama Arab bagi orang bukan keturunan Israel sebagai anggota pengikut baru Nabi itu tetapu hanya mereka yang menyerap kedalam jemaat melalui pembaptisan, walaupun istilah ini didakwa sebagai pengikut Yohanes Pembaptisan. Bagaimana pun, itu adalah mustahil dari kesaksian dalam Kitab dab sejarah Jemaat. Ia merujuk kepada Jemaat Roh Kudus yang memelihara Sabat. Semua pengungkapan ini telah dikompilasikan kedalam buku di Arab mungkin dibawah Usman.

 

Bagaimana pun, status  mahmudan yang dipuji itu difahami sebagai satu orang dan kompilasi repetoir telah dipertalikan kepadanya. Banyak tulisan Hadis yang berkenaan dengan dia merupakan cerita Musa yang telah ditulis semula.

 

Perkataan sama dari Q5:75 dan 3:144 menandakan bahawa Muhammad dan anak Mariam, Kristus adalah satu dalam “agama yang mana agama-agama sebelumnya terbit darinya (atau dari mereka)”. Mungkin “agama-agama yang terbit darinya” tidak boleh dilihat, dan Anak Mariam, Kristus dan Mohamed menggambarkan dua aspek pada perkara yang sama (yakni Agama), sekurang-kuranya satu daripada (Muhammad atau Muhamed) adalah hidup (3:144), yang satu lagi (Kristus) adalah bersifat ilahi. Ini akan menjelaskan bagaimana Firman Allah bercakap tentang Yesus orang yang ketiga dengan sibutan yang sama sebagai Muhammad.

 

Ianya benar bahawa beberapa kuasa yang memanggil kuasanya Muhammad wujud di kalangan Mempelai Rasulullah dan ia menghantar surat kepada Byzantine dan Cina (satu-satunya bukti sejarah kewujudannya http://www.islamicresources.com/member/modules.php?name=Sections&op=listarticles&secid=5). Tulisan pada benteng orang Arab menunjukkan perkataan ini juga digunakan untuk menandakan satu kuasa, tetapi ia juga jelas bahawa kerajaan ini tidak berkekalan (Q3:144).

 

Ianya jelas dari Q17:79 bahawa dibesarkan kepada keadaan Mahmudan adalah matlamat akhir bagi mursal. Ahmed semestinya bererti Pembela dan Muhammad (Q3:144, 33:40, 47:2, 48:29) dan Mahmudan (Q17:79) tentu sahaja menyatakan satu pertalian kepada Ahmed, tetapi mungkin mempunyai perbezaan nuansa dari apa yang kita jangkakan sebagai perkataan yang tidak mempunyai persamaan yang tepat dalam bahasa inggeris.

 

Jeses (atau Jese) (sekarang Isa) adalah nama yang diberikan dalam Quran bagi lelaki pertama yang mampu menghidupkan peranan Keselamatan Allah. Sebagai Keselamatan Allah (Yahoshua dalam Ibrani yakni Yoshua) Je’ses (Yesus) adalah mubasher PEMBELA atau Ahmed (yang mana orang jahil memanggilnya sihir belaka dan kita mungkin benar-benar menganggapnya Kuasa). Jeses adalah buah pertama tetapi bukan dia seorang. Buah-buah pertama adalah jemaat yang telah dibaptis. Kita boleh lihat bahawa maksud gelaran Muhammad sebenarnya sinonim dengan pa sahaja gelaran yang diberikan kepada dia yang diberkati d kalangan Buah-buah Pertama. Justru itu, Jeses sebenarnya adalah Muhammad yang pertama. Oleh itu kita melihat Muhammad memberi pengaruh sebagai tubuh Jemaat dan istilah yang kolektif. Tetapi secara mutlak ianya adalah satu matlamat kepada semua Mursalin untuk mencapai keadaan Mahmudan.

 

Masalahnya ialah ianya tidak boleh satu orang sahaja kecuali ianya Jeses atau Isa, Kristus (Q3:144 + 5:75 + 61:6), tetapi ianya bukan Jeses kerana surat-surat serta benteng-benteng yang disebut diatas, justru itu ianya harus daripada satu tubuh yang berwewenang yang lebih daripada satu orang. Tetapi apakah tubuh berwewenang yang sinonim dengan anak Mariam, Kristus dan wujud di kalangan setiap generasi TETAPI sama seperti setiap generasi, mati dan hilang.

 

Kita anggap bahawa “Para Rasul” dalam Q23:51 merujuk kepada kuasa “Muhammad” yang kita cari. Kuasa ini adalah sama seperti Rasul yang disebut dalam 1 Korintus 12:28 sebagai kuasa tertinggi dalam jemaat. 12 itu adalah satu bersama dengan Anak Mariam Kristus (Yoh 17:22), Namun mereka juga makluk hidup dan mungkin dihancurkan/mati/dibunuh ataupun dibentuk.

 

Ianya sangat jelas bahawa pencapaian keadaan Mahmudan adalah matlamat yang terbesar. Ianya sangat jelas bahawa Muhammad dan Anak Mariam Kristus adalah “agama yang mana terbit agama-agama sebelumnya” dari Q3:144 dan bahawa tidak ada disamping kedua-dua gelaran ini. Ia juga jelas bahawa kematian buah pertama/yang dibela tidak dianggap masalah kerana “agama yang mana terbit agama-agama sebelumnya” adalah berkekalan walaupun individu kudus yang terkandung dalam aspek kekekalan ini jelas boleh musnah sehingga hari kebangkitan. Justru itu, ketua-ketua jemaat adalah  tubuh eksekutif yang membawa kuasa dan wewenang Allah sebagai Kuasa Roh Kudus atau Pembela. Justru itu, kepimpinan selalu difahami sebagai Dua Belas. Tradsi ini adalah lazim kepada Islam dan jemaat yang memelihara Sabat dan sebab mengapa dua belas digunakan selalu dalam formasi tubuh Jemaat Allah hari ini. Kita mempunyai persidangan para penatua dan mereka selalunya berintikan dua belas dan diperluaskan kepada kumpulan nasional dalam struktur itu.

 

Kitab menangani  tubuh dua belas suku kaum. Suku-suku kaum ini juga dipelopori dalam dua belas suku kaum Ismail dan mereka bersama-sama membentuk lingkaran luaran dan dalaman dalam persidangan yang mencerminkan 24 para penatua dan takhta kuasa mereka di langit. Suku-suku kaum ini menetapkan umat pilihan sebagai raja-raja dan imam-imam dan bahwa umat pilihan membentuk 144,000 dan orang ramai yang bersama dengan mereka, yang merupakan Jemaat. Meterainya adalah titik persefahaman di antara mereka yang membuat mereka menjadi tubuh Kristus melalui Roh Kudus.

 

Tradisi dua belas dalam Islam seolah-olah menghubungkan juga kepada nombor ini sebagai misteri dan dianggap hampir seperti azimat. Tradisi ini mempunyai keasalan dalam dua belas meterai para rasul sebagai ketua jemaat yang berterusan. Meterai-meterai ini digunakan bagi membuang undi dan dokumentasi disepanjang zaman Nabi orang Arab dan Empat Kalifah yang Dijaga. Dari Quran, tidak ada keraguan bahawa Nabi orang Arab ini memelihara Sabat dan merupakan anggota yang dibaptis dalam Jemaat Allah golongan Sabatarian Unitariaan di Arab. Dia diajar oleh satu daripada pegawainya yang berpelajaran yang merupakan paman kepada nabi ini. Dia telah digantikan oleh anggota jemaat yang mana dia juga adalah Sabatarian dari Jemaat Allah sehingga akhir zaman Empat Kalifah yang Dijaga bersama Jafar.

 

Bab 114 dalam 26 pernyataan Islam telah ditetapkan sebelum dua belas ini sebagai rasul dan di tempat dimana roh nubuatan terletak dan dengan ini pernyataan ini telah diberikan meterai kuasa jemaat sebagai doktrin.

 

Komentar-komentar atau pernyataan-pernyataan adalah seperti berikut:

 

Eilami

Terdapat 6 ulasan terhadap teks yang disebut Eilami. Inilah satu-satunya set di mana Nama Allah (Ketuhanan) (mungkin dilihat sebagai bapa yang berkekalan dari Yes 0:6 dan juga dimana NamaKU ada didalam dia) memberikan perintah langsung kepada kita sebagai anak-anaknya sejurus selepas bercakap mengenai Lukeman.

 

Eilamiusu

Terdapat satu komentar dari Elamus.

 

Eilar

Terdapat 5 komentar dari Eilara.

 

Eilamira

Terdapat satu komentar dari Eilamira.

 

Kahaiyasu

Komentar tentang Kahaiyasu adalah satu-satunya dimana nama Allah diberikan secara konsisten sebagai Kemurahan dan bukannya Kuasa.

 

Taho

Terdapat hanya satu komentar dari Taho.

 

Tuisimi

Terdapat dua komentar dari Tusimi.

 

Tuisi

Terdapat satu komentar dari Tuisi.

 

Yosi

Terdapat satu komentar dari Yosi.

 

S (Simon)

Terdapat satu komentar dari S.

 

Hami dan Aisiqa

Terdapat enam komentar tentang Hami. Satu daripada komentar ini adalah dari Aisiqa.

 

Yang terakhir adalah komentar tentang Q, mungkin sebagai Quran. Ia adalah yang terakhir dalam karakternya dan seolah-olah boleh dianggap sebagai Perkataan Allah yang terakhir bagi kompilasi seperti yang diungkap apabila kompilasi yang tidak siap telahpun terbentuk dalam Nunciary atau Jemaat Allah. Bab N (68) bukan satu warkah tetapi ianya warkah kerana ianya masih lagi diucapkan, lebihan perkataan Bulan yang bererti bak tinda, dan dalam beberapa salinan Quran, ianya masih dieja dalam tiga huruf jadi ianya tidak boleh dianggap seabgai satu daripada meterai.

 

Justru itu, kita lihat bahawa Quran adalah komentar dalam Jemaat Allah terhadap tulisan Kitab. Untuk menguji teori ini kita akan mengkaji perkataan yang sebenar dari teks ini dan meletakkan semuanya didalam konteks Hukum dan Kesaksian, di tempat dimana ianya harus diadili (Yes 8:20). Sekiranya pernyataan Quran tidak menurut dengan Hukum dan Kesaksian maka Quran gagal menjadi kesaksian bagi umat pilihan Allah yang diinspirasikan. Seperti yang kita lihat, ianya tidak gagal, dan telah diterjemahkan serta dijelaskan dengan betul, ianya menjadi komentar terhadap Alkitab dan menunjukkan kedudukan Jemaat Allah di Timur Tengah pada kurun yang ketujuh pada zaman itu.

 

q