Jemaat Jemaat Allah Al Maséhi

[027z]

 

 

 

Ringkasan:

Rut [027z]

(Edisi 2.0 19940515-200000802)

 

Kitab Rut membincangkan aspek-aspek khusus berkenaan undang-undang pewarisan pusaka. Ianya juga satu cerita mengenai suatu aspek keturunan Kristus dan merupakan suatu analogi antara hubungan Kristus dengan Jemaat. Ianya bukan sekadar suatu cerita ringkas yang mengisahkan seorang gadis yang menginginkan kasih dan perlindungan seorang suami.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ă 1994, 2000 Christian Churches of God)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Rut [027z]

 


Tujuan jelas buku Rut adalah untuk membantu mengingati kembali asal-usul rumah Daud, dan dengan itu juga, sebahagian penting keturunan Mesias. Melalui analogi-analogi, buku ini mengandungi panduan-panduan serta bimbingan bagi umat Kristian, sementara kita menyediakan diri kita secara individu dan secara berkumpulan untuk menjadi Pengantin Kristus pada kedatangannya. Ia juga menunjukkan kepada kita tanggungjawab-tanggungjawab kita di dalam memenangi jiwa mereka yang tidak percaya.

 

Rut adalah salah satu daripada dua buku Alkitab yang dinamakan sempena seorang perempuan. Yang satu lagi adalah Ester. Agak menarik bila kita perhatikan bahawa di dalam Rut, seorang perempuan bangsa lain telah mengahwini seorang lelaki Ibrani sementara di dalam Ester, seorang perempuan Yahudi telah mengahwini seorang lelaki bangsa lain. Kisa kedua-dua perempuan ini juga menunjukkan bahawa pesanan Tuhan bukan hanya untuk Israel sahaja tetapi juga dilanjutkan kepada bangsa-bangsa lain.

 

Buku ini memulakan kisahnya pada zaman Hakim-hakim dengan suatu peristiwa kebuluran di Yehuda. Seorang lelaki bernama Elimelekh (maknanya Tuhanku adalah raja) dan isterinya Naomi (Dia yang aku senangi) serta kedua-dua anak mereka, Mahlon (Sakit), dan Kilyon (Merindui) telah berpindah dari Betlehem ke negeri Moab untuk menjauhi kebuluran tersebut. Elimelekh telah mati dan anak-anaknya mengambil isteri masing-masing dari kalangan bangsa Moab di sekeliling mereka, iaitu Orpa (Rusa gazel) dan Rut (Persahabatan).

 

Sepuluh tahun selepas Elimelekh mati, kedua-dua anaknya Mahlon dan Kilyon juga telah mati. Nampaknya Naomi selama ini berpegang teguh pada pusaka, budaya serta kepercayaannya dan telah mengajarkan hal-hal ini kepada anak-anak menantunya itu. Apabila Naomi mengetahui bahawa kebuluran di Yehuda telah berakhir dia membuat keputusan untuk kembali. Kedua-dua menantunya yang telah menjanda itu memilih untuk mengikutinya tetapi akhirnya hanya seorang saja, Rut, yang tetap berbuat demikian.

 

Tanpa seorang suami untuk menyediakan keperluan mereka masing-masing, Naomi telah menyuruh Rut untuk berjumpa dengan Boas pada penghujung masa penuaian dan memberitahu keinginannya untuk mengahwini dia. Rut berbuat demikian, namun seorang saudara Elimelekh mempunyai hak terdahulu untuk mengahwini Rut. Boas telah menebusnya daripada saudara tersebut dan mengahwininya. Buku ini menutupi kisahnya dengan kelahiran seorang anak untuk Boas dan Rut, dengan Naomi yang bersukacita ke atas cucunya itu, dari mana Daud dan akhirnya Yosua (Yesus) Mesias telah datang.

 

Rut dan Komitmen Kristian

 

Salah satu daripada sifat Rut yang paling menyerlah sekali adalah kerelaannya untuk meninggalkan segalanya di dalam hidup. Dia meninggalkan segala yang penting bagi dia (tanahairnya, keluarganya, teman-temannya, budayanya, agamanya) untuk mengikut Naomi kembali ke Israel dan bersatu dengan dia dan umatnya, serta Tuhannya (Rut 1:1-18).

 

Ketika Naomi mula-mula mengatakan keinginannya untuk meninggalkan Moab dan kembali ke tanahairnya, kedua-dua Orpa dan Rut memulakan perjalanan itu dengan dia. Apabila Naomi membantah, Orpa akhirnya meninggalkan mereka dan kembali kepada bangsanya, sementara Rut tetap berpaut pada Naomi (Rut 1:19-22).

 

Tibanya masa untuk penuaian jelai bermaksud bahawa ianya masa untuk Paskah. Jenis komitmen yang ditunjukkan oleh Rut merupakan jenis komitment yang perlu kita ada sebagai umat-umat Kristian. Bagi kita, pertaubatan dan pembaptisan melambangkan penyangkalan diri sepenuhnya serta komitmen sepenuhnya kepada suatu identiti dan takdir yang baru (Roma 1:19-22; Kolose 3:3-4).

 

Sebaliknya, Orpa menunjukkan sejenis kedukacitaan duniawi – rasa bersalah yang tidak membawa kepada komitmen dan perubahan sebenar (2Korintus 7:10; Lukas 9:62). Rut pula merupakan suatu teladan komitmen sejati dan total, dan dia membayangi umat-umat Kristian yang sanggup melepaskan semuanya, termasuk hidup mereka sendiri jika perlu, demi mengikut Kristus.

 

Apabila Naomi dan Rut tiba di Betlehem, Rut telah sendirinya keluar dan memungut sisa-sisa jelai bagi keperluan ibu mertuanya serta dirinya sendiri (Rut 2:1-3). Rut keluar untuk memungut jelai dan “kebetulan” memungut di ladang bakal suaminya Boas. Harus kita ketahui bahawa seorang pemungut tidak menabur benih, memberi air, mahupun menjaga tanaman semasa ia tumbuh. Tugas-tugas ini merupakan tanggungjawab-tanggungjawab penjaga ladang yang memiliki ladang tersebut, tetapi seorang pemungut dibenarkan berkongsi serta mendapat bahagian di dalam usaha seorang yang lain. Dalam banyak hal, ini membayangi perhubungan antara umat-umat Kristian dengan bakal suaminya Kristus. Tuhan yang memanggil kita. Bacalah perumpamaan mengenai penabur benih di dalam Matius 13.

 

Contoh ini menarik kerana sementara “benih” injil itu ditabur ke sekeliling, ada yang jatuh ke atas tanah yang baik di mana ia membesar dan mengeluarkan buah. Kristus mengatakan bahawa tanah yang baik itu adalah mereka yang mendengar firman itu, menyimpannya dalam hati yang baik dan mengeluarkan buah dalam ketekunan (Lukas 8:15). Kristuslah yang menyediakan “tanah” kehidupan kita untuk menyediakan kita menerima hal-hal firman Tuhan, atau “benih” itu.

 

Bukan saja Tuhan mula-mula sekali menyediakan tanah kehidupan kita sebelum Dia menaburkan benih itu ke arah kita, tetapi Dia juga membimbing kita sepanjang perjalanan, memberikan kepada kita pengalaman serta peluang agar benih itu dapat tumbuh dan mengembang dan menghasilkan buah (1Korintus 3:6-7).

 

Boas adalah pembayang Kristus

 

Apabila Boas mengetahui bahawa Rut adalah menantu Naomi, dia memastikan yang dia akan selamat dan pekerjaannya membawakan hasil (Rut 2:4-14).

 

Dia juga sengaja menyuruh para penuainya untuk meninggalkan lebihan jelai untuk dipungut Rut, agar Rut digalakkan (Rut 2:15-17). Di dalam cara dia menjaga Rut, Boas membayangi kasih dan penjagaan dan keprihatinan Kristus terhadap kita. Sepertimana Boas menjaga bakal isterinya itu, Rut, begitu juga Kristus akan menjaga kita dengan pemahaman serta belas kasihan (Rut 2:18-23).

 

Ini adalah konsep kesetiaan kepada Kristus di dalam tugas-tugas yang diberi kepadanya. Kita diharapkan tetap setia kepada Kristus sepanjang penuaian ini sehinggalah akhir zaman. Kita tidak dibenarkan kembali ke dalam ladang-ladang Tuhan-tuhan lain yang ditempatkan ke atas kita (angkatan surgawi yang murtad). Kita harus tidak meninggalkan sehinggalah seluruh penuaian itu tamat. Dalam kata lain, kita mesti bekerja hingga kepada saat kedatangan Mesias. Kita tidak dibenarkan berhenti.

 

Rut mempunyai keberanian untuk meminta Boas, seorang pemilik tanah yang kaya dan terhormat, untuk mengahwininya. Naomi percaya bahawa Tuhan membimbing dalam hal ini. Juga terdapatnya persoalan legal di sini kerana keberaniannya itu bukan berpunca daripada keinginannya sendiri (Rut 3:1-18).

 

Rut meminta agar Boas “mengembangkan sayapnya” meliputinya, secara simboliknya dengan selimut pada kakinya dan dengan kata-katanya apabila dia bangun. Meminta Boas berbuat demikian bermaksud bahawa dia meminta Boas melaksanakan tanggungjawabnya sebagai saudara terdekat di bawah undang-undang Lewi. Ini merupakan haknya (rujuk Dosa Onan [162] dan Genealogi Mesias [119]). Boas menerima permintaannya itu dan berusaha melaksanakannya sendiri, sebagai pengganti kepada saudara yang lebih dekat itu, memandangkan ianya permintaan khusus Rut. Demikianlah juga, kita harus berusaha mencapai dengan berani “tangan” Tuan kita dalam perkahwinan. Kristus sedang menunggu untuk mengahwini kita (secara rohani) menurut hukum-hukum serta struktur yang telah ditetapkan Tuhan bagi dia. Rut membayangi Jemaat dan Boas membayangi Kristus (Efesus 5:25-32; Wahyu 22:17; 22:20).

 

Seperkara yang menarik adalah bahawa, di dalam perkahwinan kita kepada Kristus, ianya akan merupakan perkahwinan di antara makhluk-makhluk yang setara, iaitu Elohim kepada Elohim. Kita akan berada pada tahap kewujudan yang sama dengan dia, sebagai anak-anak rohani termulia Bapa kita yang juga adalah Bapa dan Tuhan kepada Kristus, sebagai saudara-saudara Kristus, dan waris-waris bersamanya. Dia adalah kepala kita sebagaimana suami adalah kepala isterinya, namun kedua-duanya setara dari segi jenis dan kewujudan diri (Ibrani 2:11; Roma 8:16-17).

 

Boas menebus Rut


 

Sungguhpun Boas dan Rut ingin berkahwin, Boas tidak bebas mengahwini Rut disebabkan bagaimana Hukum kahwin semula bekerja (Ulangan 25:5-9).

 

Anak-anak Elimelekh telah mati tanpa meninggalkan waris dan tidak ada anak lain untuk meneruskan keturunan Elimelekh. Jadi, adik-beradik Elimelekh, sebagai saudara terdekat yang berketurunan sama, bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas menyediakan seorang waris di bawah hukum Lewi. Kerana tidak ada saudara yang masih hidup, maka tanggungjawab itu kemudiannya jatuh kepada sanak saudara terdekat di dalam suku.

 

Boas rela mengahwini Rut dan dengan itu membesarkan seorang anak dengan nama Elimelekh, namun terdapat seorang saudara yang lebih dekat kepada Elimelekh berbanding Boas dan kerana itu mempunyai “hak terdahulu” di dalam proses ini (Rut 4:1-12).

 

Ini sangat penting di dalam hubungan antara Kristus dan Angkatan Surgawi. Lihatlah hal ini dari segi rohani dan kamu akan lihat Kristus dan Angkatan Surgawi yang telah dipertanggungjawabkan ke atas manusia. Kita diambil keluar daripada bangsa-bangsa lain.

 

Pembayang rohani kepada semua ini adalah bahawa Boas sedia untuk, dan sememangnya perlu untuk, menebus Rut sebelum dia boleh mengahwininya. Begitu juga dengan Kristus. Proses penebusan kita bermula dengan kematian Kristus pada waktu Paskah (1 Petrus 1:18-19). Namun proses bagi kita masih lagi berterusan dan akan berlanjutan hinggalah kebangkitan pertama itu apabila tubuh badan kita diubah daripada bentuk fizikal kepada roh, dan pengangkatan sebagai anak ke dalam keluarga Tuhan disempurnakan (Roma 8:23; Efesus 1:14; 4:30).

 

 

Boas merupakan sejenis taip atau pembayang bagi Kristus yang perlu menebus hak terdahulu saudara terdekat. Di dalam Ulangan 32:8, kita bacakan bahawa Tuhan telah membahagi-bahagikan kesemua bangsa menurut bilangan anak-anak Tuhan. Setiap bangsa ini diberikan kepada anak-anak Tuhan tersebut. Mereka mempunyai hak ke atas bangsa-bangsa ini dari segi pimpinan dan perkembangan mereka. Angkatan surgawi ini harus melepaskan hak mereka kepada Kristus. Kristus perlu menebus dan kumpulan angkatan surgawi telah diberikan tanggungjawab ke atas bangsa-bangsa ini dari waktu penciptaan hinggalah waktu pelayanan Yesus Kristus. Mereka diperuntukkan 4,000 tahun untuk melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab mereka dan selanjutnya selama 2,000 tahun lagi selepas kedatangan Mesias masa itu.

 

Mesias sedang membawa Jemaat keluar daripada bangsa-bangsa lain. Dia menebus mereka daripada angkatan surgawi murtad yang mempunyai hak terdahulu di bawah Iblis sebagai Bintang Fajar. Harga itu telah dijelaskan oleh Kristus dan dia sedang menangani aspek tersebut. Tuhan membawa orang-orang keluar daripada bangsa-bangsa lain untuk diberikan kepada Kristus bagi membina Jemaat. Itulah apa yang terjadi di sini dengan Boas dan penebusan tersebut.

 

Buku Rut adalah buku yang kecil, namun penuh bermakna. Ianya suatu kisah yang indah dan menyentuh perasaan secara sendirinya, dan merupakan suatu pesanan yang menggalakkan dan mengilhamkan bagi umat-umat Kristian sementara mereka menunggu perkahwinan mereka kepada Raja dan Tuan yang hampir tiba, iaitu Yosua Mesias.

 

q